Content
DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA BIDANG KUASA RAYUAN RAYUAN SIVIL NO: N-04(W)-496-11/2023 & N-04(W)-497-11/2023
N-04(W)-496-11/2023
Court of Appeal of Malaysia19 Mar 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA BIDANG KUASA RAYUAN RAYUAN SIVIL NO: N-04(W)-496-11/2023 & N-04(W)-497-11/2023
2
2.
3
JABATAN KERJA RAYA SEREMBAN KERAJAAN MALAYSIA ...PERAYU-PERAYU
1
IQMAL IZZUDDEEN BIN MOHD ROSTHY
5
SDN BHD (NO. SYARIKAT: 613778-D) SELIA SELENGGARA SELATAN SDN BHD (NO. SYARIKAT: 613778-D) ...RESPONDEN-RESPONDEN [Dalam Mahkamah Tinggi Malaya di Seremban Dalam Negeri Sembilan Darul Khusus, Malaysia
1
Pengurus Kawasan Selia Selenggara Selatan Sdn Bhd (No. Syarikat: 613778-D)
2
Selia Selenggara Selatan Sdn Bhd (No. Syarikat: 613778-D) ...Perayu-Perayu
1
Iqmal Izzuddeen Bin Mohd Rosthy (No. K/P: 991030-05-5281)
2
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seremban
3
Majlis Perbandaran Seremban
4
Pengarah/Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya Seremban
5
Jabatan Kerja Raya Seremban
6
Kerajaan Malaysia ...Responden-Responden] ["Dalam Mahkamah Sesyen Di Seremban Dalam Negeri Sembilan Darul Khusus, Malaysia Guaman No. NA-A51KJ-6-12 Tahun 2018 Antara Iqmal Izzuddeen Bin Mohd Rosthy (No. K/P: 991030-05-5281) …Plaintif
1
Yang Dipertua
2
Majlis Perbandaran Seremban
3
Majlis Perbandaran Seremban
4
Jabatan Kerja Raya Seremban
5
Jabatan Kerja Raya Seremban
6
Kerajaan Malaysia Pengurus Kawasan Selia Selenggara Selatan Sdn Bhd (No. Syarikat: 613778-D)
7
Selia Selenggara Selatan Sdn Bhd (No. Syarikat: 613778-D) ....Defendan-Defendan] KORUM DATO’ AHMAD ZAIDI BIN IBRAHIM, HMR DATO’ MOHD NAZLAN BIN MOHD GHAZALI, HMR DATUK MOHAMED ZAINI BIN MAZLAN, HMR KEPUTUSAN (BROAD GOJ) [1] Ini adalah keputusan dan alasan ringkas Mahkamah ini bagi rayuan R3 & R4 di atas yang telah kami dengar secara bersekali. [2] R3 & R4 adalah rayuan terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi (YA HMT) Seremban bertarikh 25.05.2023 bagi kes Rayuan MT No. NA-12B-9-04/2022 (Rayuan MT No. 9/2022). R3 & R4 bertitik mula dari keputusan Hakim Mahkamah Sesyen Seremban (HMS) bertarikh 31.3.2022 bagi Guaman No. NA-A51 KJ-6-12/2018 (Guaman MS No. 6/2018). [3] Selanjutnya, pihak-pihak di sini akan dirujuk sepertimana mereka dalam Guaman MS No. 6/2018 iaitu:
i
Iqmal Izzuddeen Bin Mohd Rosthy - Plaintif
II
(ii) Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seremban - Defendan 1
III
(iii) Majlis Perbandaran Seremban - Defendan 2
IV
(iv) Pengarah/Jurutera Daerah Jabatan Kerja - Defendan 3 Raya Seremban
v
Jabatan Kerja Raya Seremban - Defendan 4
VI
(vi) Kerajaan Malaysia - Defendan 5
VII
(vii) Pengurus Kawasan Selia Selenggara - Defendan 6 Selatan Sdn Bhd
VIII
(viii) Selia Selenggara Selatan Sdn Bhd - Defendan 7 Latar Belakang – Fakta dan Kronologi: [4] Plaintif telah cedera akibat ditimpa sebatang pokok yang tumbang semasa beliau sedang menunggang motosikal di Jalan Rasah/Seremban. Pada masa kejadian beliau sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat di jalan tersebut. Susulan itu, beliau memfailkan tuntutan gantirugi melalui Guaman No. NA-A51 KJ-6-12/2018. (Guaman MS No. 6/2018) terhadap 7 Defendan berikut:
i
YDP MP Seremban - Defendan 1
II
(ii) MPS - Defendan 2
III
(iii) Pengarah/JKR Daerah JKR Seremban - Defendan 3
IV
(iv) JKR Seremban - Defendan 4
v
Kerajaan Malaysia - Defendan 5
VI
(vi) Pengurus Kawasan Selia Selenggara - Defendan 6 Selatan Sdn Bhd (SSS SB)
VII
(vii) SSS Sdn Bhd - Defendan 7 [5] Butir-butir terperinci tuntutan Plaintif adalah sepertimana yang diplidkan dalam Pernyataan Tuntutan Pindaan beliau. [6] Secara ringkasnya Plaintif mendakwa Defendan-Defendan (D1-D7) telah cuai dan melakukan perlanggaran tugas statutory mereka kerana gagal menyelia/menyelenggara pokok tersebut sehingga menyebabkan ianya tumbang dan menghempap beliau. [7] Fakta material yang diakui/tidak dipertikaikan adalah bahawa:
i
kemalangan berlaku di atas jalan persekutuan (Jalan
II
(ii) pokok tumbang tersebut ditanam di atas tanah rizab jalan persekutuan; dan
III
(iii) Jalan tersebut (tempat kejadian) terletak dalam kawasan Majlis Perbandaran Seremban. [8] Defendan 1-7 mempertikaikan dakwaan bahawa mereka cuai dan telah melanggar tugas statutory mereka sepertimana dalam Pembelaan masing-masing. Secara ringkasnya:
a
Defendan 1 dan 2 mendakwa walaupun kawasan kemalangan terletak dalam kawasan dan bidangkuasa mereka, pokok tersebut yang ditanam di tanah rizab jalan persekutuan adalah di bawah tanggungjawab Defendan 3-5 untuk diselia/diselenggara. Lantikan Defendan 6 dan 7 untuk menjalankan kerja pembersihan dan kerja selenggara jalan persekutuan menyokong dakwaan mereka.
b
Defendan 3-5 (Perayu-Perayu) secara ringkas, mendakwa:
i
Mereka tidak bertanggungjawab untuk menyelia pokok tersebut. Sebaliknya tanggungjawab adalah terletak pada Defendan 1 dan 2 kerana pokok tersebut berada dalam kawasan dan bidangkuasa mereka;
II
(ii) Jika wujud tanggungjawab untuk menyelia pokok tersebut sekalipun, tanggungjawab tersebut telah diambil alih/beralih kepada Defendan 6 dan 7, iaitu syarikat/pihak yang telah dilantik/diberi konsesi penyelenggaraan jalan persekutuan oleh Kerajaan;
III
(iii) Kemalangan adalah malapetaka/bencana alam (act of God), suatu yang diluar jangkaan/kawalan mereka; dan
IV
(iv) Plaintif gagal membuktikan dakwaan kecuaian dan pelanggaran tugas statutory oleh mereka.
c
Defendan 6 dan 7 pula mendakwa mereka tidak bertanggungjawab kerana semasa kejadian/kemalangan melibatkan Plaintif tersebut, perjanjian konsesi mereka dengan Kerajaan telah tamat. [9] Diakhir perbicaraan berhubung dengan liabiliti, HMS mendapati Plaintif gagal membuktikan tuntutan terhadap Defendan 1 dan 2 tetapi berjaya membuktikan tuntutan terhadap Defendan 3-7. HMS mendapati Defendan 3-7 bertanggungjawab sepenuhnya (100% liable). [10] Secara ringkasnya, HMS mendapati walaupun pokok tersebut terletak dalam kawasan Defendan 1 dan 2, oleh kerana pokok tersebut terletak dalam rizab jalan persekutuan, tugas/tanggungjawab menyelia terletak pada mereka Defendan 3-7. [11] Berdasarkan kepada saksi-saksi Plaintif, HMS mendapati elemen kecuaian berjaya dibuktikan terhadap Defendan 3-7. [12] Diperingkat rayuan di Mahkamah Tinggi, YA HMT bersetuju dengan dapatan HMS berhubung liabiliti terhadap Defendan 3-5. Namun, YA HMT mengenepikan dapatan liabiliti HMS terhadap Defendan 6 dan 7. [13] Susulan keputusan YA HMT tersebut, Defendan 3-5 merayu kepada Mahkamah Rayuan terhadap keputusan MT tersebut. Hatta Rayuan R3 dan R4 di sini. Isu di peringkat Rayuan [14] Isu utama untuk diputuskan oleh kami adalah:
i
Siapakah yang bertanggungjawab menyelia pokok tersebut?
II
(ii) Adakah elemen kecuaian di pihak Defendan berjaya dibuktikan oleh Plaintif? Dapatan berhubung Defendan 6 dan 7: [15] HMS mendapati Defendan 6 dan 7 turut bertanggungjawab bagi penyelenggaraan di tempat kejadian berdasarkan kepada pliding Defendan 3-5 di mana Defendan 3-5 mengakui Defendan 6 dan 7 adalah bertanggungjawab bagi penyelenggaraan pokok di tempat kejadian. Berdasarkan kepada ‘pengakuan’ Defendan 3-5 tersebut, Defendan 6 dan 7 didapati turut bertanggungjawab 100% ke atas kemalangan yang menimpa Plaintif (perenggan 36 Alasan Penghakiman HMS dirujuk). [16] YA HMT mengenepikan dapatan HMS terhadap Defendan 6 dan 7. Berdasarkan kepada fakta kes keterangan yang dikemukakan kami bersetuju dengan dapatan YA HMT. Kami dapati tiada kekhilafan di pihak YA HMT di sini. Fakta yang tidak disangkal adalah bahawa perjanjian/konsesi penyelenggaraan jalan persekutuan antara Defendan 6 dan 7 dan Kerajaan telah tamat dan tidak dilanjutkan pada masa kemalangan ke atas Plaintif berlaku. Oleh itu, pada hemat kami, tiada kecuaian atau perlanggaran tugas dalam menyelia/menyelenggara pokok tersebut oleh Defendan 6 dan 7 pada masa yang material. [17] Tambahan pula kami mendapati HMS jelas terkhilaf dalam mendapati ‘pengakuan’ oleh Defendan 3-5 dalam Pernyataan Tuntutan mereka telah mengikat Defendan 6 dan 7. Oleh itu rayuan berhubung dengan keputusan/dapatan YA HMT yang menolak tuntutan Plaintif terhadap Defendan 6 dan 7 adalah ditolak. Dapatan berhubung Defendan 3-5 dan Defendan 1 dan 2: [18] HMS mendapati Defendan 3-5 bertanggungjawab untuk menyelenggara/menyelia pokok tersebut walaupun pokok tersebut berada dalam kawasan bidang kuasa Defendan 1 dan 2, kerana pokok tersebut ditanam di tanah rizab jalan persekutuan. HMS membezakan fakta kes ini dengan fakta kes AHMAD JAAFAR ABDUL LATIF v DATO’ BANDAR KUALA LUMPUR [2015] 1 MRA 87. YA HMT bersetuju dengan dapatan HMS tersebut. [19] Adalah tidak dipertikaikan pokok tersebut terletak dalam kawasan Defendan 1 dan 2. Tidak juga dipertikaikan bahawa pokok tersebut ditanam/terletak dalam tanah rizab jalan persekutuan, iaitu tanah milik Defendan 3 dan 4. [20] Peguam Kanan Persekutuan (PKP) berhujah bagi pokok/tumbuhan dalam kawasan Majlis Tempatan, seperti dalam kes ini, tugas/tanggungjawab Defendan 3 dan 4 adalah untuk menyelia dan menyelenggara jalan sahaja bagi memastikan ianya selamat pada pengguna. [21] Sebagai contoh, PKP memberikan contoh seperti membersihkan/ mengalih sebarang halangan seperti pokok yang tumbang dan yang menghalang laluan jalan. Tugas/tanggungjawab mereka tidak menjangkaui tugas/menyelia pokok/tumbuhan ditepi jalan. Tugas tersebut mengikut PKP adalah tanggungjawab pihak Majlis Tempatan seperti mana yang telah diputuskan oleh Mahkamah dalam kes Ahmad Jaafar Abdul Latif (supra). Tanggungjawab tersebut adalah sepertimana yang ditetapkan oleh undang-undang, khususnya seksyen 101 Akta Kerajaan Tempatan 1976. [22] Kami telah meneliti dengan terperinci Alasan Penghakiman YA HMT berhubung dengan seksyen 101(b) AKT 1976. YA HMT memperakui bahawa di bawah seksyen 101(b) AKT tersebut, peruntukan seksyen tersebut dengan jelas meletakkan tanggungjawab menyelia pokok/tumbuhan kepada Majlis Tempatan. Pada hemat YA HMT oleh kerana JKR mempunyai kewajipan untuk menjaga dan menyelia jalan persekutuan bagi memastikan jalan tersebut selamat digunakan oleh orang awam/pengguna, maka JKR secara logiknya juga berkewajipan untuk memastikan supaya jalan tersebut bebas dari sebarang bahaya seperti lopak/lubang (potholes), kerosakan pada lampu isyarat dan juga pokok tumbang. Kami bersetuju dengan YA HMT berhubung dengan senarai tanggungjawab yang dinyatakan oleh YA HMT tersebut, kecuali tugas untuk memastikan atau untuk mengambil tindakan yang munasabah supaya pokok yang berada ditepi jalan juga diselenggara/diselia oleh JKR bagi memastikan ianya selamat. Pada hemat kami, tugas tersebut adalah terletak pada Majlis Tempatan yang berkenaan. [23] Pada hemat kami tiada pertindihan antara AKT 1976 dan Akta Jalan Persekutuan 1959 berkaitan tugas penyelenggaraan jalan persekutuan yang terletak di dalam kawasan Majlis Tempatan. Pada hemat kami kedua-dua Akta tersebut saling menyokong (complement one another). [24] Oleh itu, kami mendapati YA HMT dan juga HMS telah terkhilaf di dalam mendapati Defendan 3-5 mempunyai kewajipan untuk menyelia dan menyelenggara pokok dalam kes ini. HMS dan YA HMT juga terkhilaf dalam mendapati Defendan 3-5 bertanggungjawab (liable) ke atas kecederaan yang dialami oleh Plaintif. Sebaliknya, kami mendapati atas fakta dan kedudukan undang-undang yang mantap iaitu, peruntukan seksyen 101(b) AKT 1976, Defendan 1 dan 2 adalah pihak yang bertanggungan sepenuhnya ke atas kemalangan dan kecederaan yang dialami oleh Plaintif di sini kerana gagal menyelia dan menyelenggara pokok tersebut sehingga ia tumbang pada hari kemalangan. [25] Sehubungan itu, rayuan Defendan 3-5 (Perayu 1-3) terhadap keputusan YA HMT adalah dibenarkan. Susulan itu, keputusan YA HMT yang menolak rayuan Defendan 3-5 terhadap keputusan HMS adalah diketepikan. Kami mendapati atas imbangan kebarangkalian Plaintif berjaya membuktikan tuntutan terhadap Defendan 1 dan 2. [26] Berkaitan dengan isu “causation and remoteness”, HMS sebagai hakim bicara, setelah mempertimbangkan keterangan saksi-saksi Plaintif, telah mendapati bahawa pokok tersebut telah tumbang kerana ianya terbukti “top heavy” dan juga keadaan batang yang mereput and rapuh (old brittle, dry and rotten). Dapatan fakta oleh HMS tersebut telah disahkan/dipersetujui oleh YA HMT di peringkat rayuan. Kami bersetuju dengan concurrent finding tersebut. [27] Kita sedia maklum bahawa, kecuali terdapat alasan yang kukuh yang membolehkan dapatan fakta mahkamah bicara diusik, mahkamah di peringat rayuan tidak akan mengusik dapatan tersebut. Menggunakan prinsip undang-undang tersebut, kami dapati tiada sebab kukuh untuk kami mengusik dapatan fakta HMS tersebut. Rumusan-Rayuan berhubung liabiliti: [28] Atas alasan yang dinyatakan, Rayuan Defendan 3-5 (Perayu 1-3) terhadap keputusan YA HMT berhubung dengan liabiliti terhadap mereka adalah dibenarkan. Keputusan/dapatan YA HMT yang berkenaan adalah diketepikan. Rayuan Defendan 3-5 (Perayu 1-3) di sini adalah dibenarkan dengan kos. Rayuan berhubung Kuantum: [29] Jumlah gantirugi yang dibenarkan oleh HMS tidak diusik oleh YA HMT diperingkat rayuan. Oleh kerana terdapat concurrent finding oleh Mahkamah berhubung jumlah kuantum, kami mendapati tiada sebab kukuh diberikan oleh Perayu untuk membolehkan kami mengusik award yang diberikan oleh HMS. Apa pun kami mendapati tidak dibuktikan jumlah award HMS adalah suatu yang melampau (manifestly excessive). Oleh itu rayuan terhadap kuantum adalah ditolak. - t.t - AHMAD ZAIDI BIN IBRAHIM Hakim Mahkamah Rayuan Putrajaya Bertarikh: 19.03.2025 Peguam Perayu 1-3: Amalina Binti Zainal Mokhtar & Mohamad Shafiq Bin Sazali PEJABAT PENASIHAT UNDANG-UNDANG NEGERI SEMBILAN, Jalan Campbell, Bandar Seremban, 70200 Seremban, Negeri Sembilan. Peguam Responden 1: Vimalarani A/P A. Sothiratnam & Tuan Siti Nursalamah binti Tuan Azman V. KATHIGASU & CO., No. 83, 2nd Floor, Bangunan Mookapillai, Jalan Yam Tuan, 70000 Seremban, Negeri Sembilan. Peguam Responden 2-3: Aisha A/P Jothilingam GANESALINGAM VIJAYARATNAM & AISHA JOTHILINGAM, 35-1, Jalan Rasah Prima 3, Rasah Prima, Jalan Rasah, 70300 Seremban, Negeri Sembilan. Peguam Responden 4-5: Jaqdesh Singh Johal MOHANA KRISHNAN, Suite M.04, Mezzanine Floor, Wisma E & C, No. 2 Lorong Dungun Kiri, 50490 Damansara Heights, Kuala Lumpur.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.