Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU DI DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA GUAMAN NO: JA-22NCVC-250-12/2018
JA-22NCvC-250-12/2018
High Court of Malaysia25 May 2023
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“Hoe & Sons Sdn Bhd v Code Focus Sdn Bhd v Code Focus Sdn Bhd [2014] 3 CLJ 141 (Mahkamah Persekutuan) di ms. 164: - “[37] The effect of a void contract or agreement is provided for under s. 66 of the Contracts Act 1950, which reads:”
“pellant, as the stockbroking firm, to tender all those relevant documents and to call the remisier to testify during trial. If the appellant fail to do so, an adverse inference under s. 114(g) of the Evidence Act 1950 must be invoked against the appellant. The remisier had not been subpoenaed to testify in court, despi”
“eaning of the words "discovered to be void" or "becomes void" as found in s. 66 above. The Privy Council in Harnath Kaur v. Inder Singh [1922] LR 50 1A 69 in considering a claim based on s. 65 of the Indian Contract Act 1872 (which was identical to our s. 66 of the Contracts Act 1950 ) ruled: …an agreement, therefore,”
“on secuta ' (contract becoming impossible to perform owing to the outbreak of war in 1914). The Privy Council in Menaka v. Lum Kum Chum [1976] 1 LNS 181; [1977] 1 MLJ 91, in dealing with s. 65 of the Indian Contracts Act 1872 (which is identical to our s. 66 of the Contracts Act 1950 ) ruled: In that way effect will be”
“he received it. [38] The facts of the present case do fit the meaning of the words "discovered to be void" or "becomes void" as found in s. 66 above. The Privy Council in Harnath Kaur v. Inder Singh [1922] LR 50 1A 69 in considering a claim based on s. 65 of the Indian Contract Act 1872 (which was identical to our s. 6”
“contradict, vary, add to or subtract from any of the terms of a contract in writing, except in any of the situations spelled out in the provisoes thereto: see, inter alia, Foo Tock Lim v. Piong Liew [1963] MLJ 67 and Siah V. Tengku Nong [1963] 1 LNS 126 FC.” [63] Sebagai kemudahan, diperturunkan di sini peruntukan s.92”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU DI DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA GUAMAN NO: JA-22NCVC-250-12/2018
1
1.
2
P SARTHA … PLAINTIF-PLAINTIF
1
1.
2
PATHMAVATHI A/P SEKARAN … DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN Pengenalan [1] Plaintif-plaintif membawa tindakan ini ke atas defendan-defendan bagi menuntut sejumlah wang yang kononnya dipinjamkan oleh plaintif-plaintif kepada defendan-defendan. 08/02/2024 14:54:38 JA-22NCvC-250-12/2018 Kand. 79 [2] Sepanjang perbicaraan, seramai empat (4) orang saksi telah memberikan keterangan di Mahkamah iaitu kedua-dua plaintif dan kedua-dua defendan masing-masing. [3] Setelah mendengar keterangan-keterangan yang dikemukakan kedua-dua pihak dan hujahan-hujahan yang difailkan, Mahkamah ini pada 25.5.2023 telah memutuskan untuk menolak keseluruhan tuntutan plaintif-plaintif ke atas defendan-defendan. [4] Plaintif-plaintif kemudiannya telah merayu ke Mahkamah Rayuan ke atas keputusan Mahkamah ini yang tersebut. Berikut ini merupakan alasan-alasan penghakiman Mahkamah ini. [5] Bagi tujuan kemudahan rujukan, Plaintif Pertama akan dirujuk sebagai P1, Plaintif Kedua sebagai P2, Defendan Pertama sebagai D1 dan Defendan Kedua sebagai D2. Fakta-fakta kes dan dakwaan pihak-pihak [6] P1 dan P2 mendakwa bahawa mereka telah memberikan pinjaman kepada D1 dan D2 secara berperingkat-peringkat untuk sejumlah wang sebanyak SGD509,170.00 (bersamaan dengan
3
RM1,552,561.16 atas kadar pertukaran mata wang SGD 1 x RM 0492) setakat 12.12.2018. [7] Pada permulaanya, mengikut P1 dan P2, pinjaman tersebut telah diberikan dalam bentuk tunai kepada defendan-defendan di pejabat D1 sebanyak sepuluh (10) kali untuk wang berjumlah SGD 440,000.00. [8] Selanjutnya, P1 dan P2 mendakwa mereka telah menggadaikan barang kemas milik mereka untuk meminjamkan wang tambahan kepada D1 dan D2 sebanyak SGD 69,170.00. [9] P1 dan P2 menyatakan transaksi-transaksi di antara mereka dan D1 serta D2 tersebut merupakan satu pinjaman persabahatan. [10] D1 dan D2 pula secara ringkasnya mempertikai kewujudan pinjaman persabahatan antara mereka serta P1 dan P2. Pada masa yang sama, mereka menafikan keberhutangan mereka kepada P1 dan P2. Selain itu, mereka juga mendakwa jika pun ada mereka ada berhutang dengan P1 dan P2 sebelum ini, perkara tersebut telah pun diselesaikan dan tidak sepatutnya berbangkit lagi. Selanjutnya, D1 dan D2 juga mendakwa P1 dan P2 cuba untuk menguatkuasakan satu pinjaman wang haram di Mahkamah. [11] Mengambil kira fakta-fakta dan latar belakang kes ini secara ringkas yang dizahirkan di atas, isu yang perlu ditentukan oleh Mahkamah adalah samada D1 dan D2 berhutang dengan P1 dan P2 serta bertanggungan untuk memulangkan wang sebanyak SGD509,170.00 kepada mereka. [12] Memandangkan wang yang dikatakan dipinjamkan tidak diberikan dalam satu transaksi sekaligus, Mahkamah perlu meniliti satu-persatu transaksi-transaksi tersebut. Transaksi-transaksi bertarikh 27.05.2015, 30.07.2015, 12.08.2015 dan 26.08.2015 [13] Keempat-empat transaksi di atas melibatkan pemberian pinjaman secara tunai melibatkan wang sejumlah SGD 60,000.00 yang dikatakan telah diberikan oleh P1 dan P2 kepada D1 dan D2. D1 dan D2 menafikan menerima wang tersebut. [14] Sekiranya dianalisa keempat-empat transaksi ini, Mahkamah mendapati P1 dan P2 gagal untuk membuktikan yang wang SGD 60,000.00 telah sememangnya diserahkan kepada D1 dan D2. [15] Dalam hal ini, D1 telah mengemukakan keterangan iaitu salinan passport beliau yang menunjukkan beliau berada di luar negara atau secara spesifiknya di India pada tarikh-tarikh yang berkenaan. [16] Mahkamah tidak ada sebab untuk meragui keesahan endorsemen-endorsemen yang dibuat oleh pihak berkuasa India ke atas pasport D1 dalam hal ini. Mahkamah juga mengambil kira bahawa tidak ada bantahan serius diambil berkenaan keesahan endorsemen-endorsemen tersebut. [17] Dalam hal ini, Mahkamah memutuskan versi D1 lebih “probable” sekaligus memutuskan bahawa beliau tidak mungkin menerima wang sebanyak SGD 60,000.00 daripada P1 dan P2 memandangkan beliau tidak berada di Malaysia pada masa berkenaan. Rujukan dalam hal ini boleh dibuat kepada kes Chai Kim Choo (F) & Anor v Toh Kie Seng [2020] 1 LNS 1174 (Mahkamah Tinggi) di perenggan 36: - “[36] Apart from that it is also imperative for this court to highlight the position of law that in a civil trial the duty of the court is to decide, in light of the evidence presented before this court, which of the two versions is more probable. The Court of Appeal in the case of Mohd Shukri Mat (supra), decided as follows: It was also undisputed that there are two versions before the court, that of the plaintiff who asserts that there was an oral sale of the land from Wan Mek to Wan Abdullah in the sum of RM4,000.00, and that of the defendant who denied the existence of such an oral agreement. In such a case it was the duty of the court to decide which of the two versions was more probable.” [18] Versi plaintif-plaintif juga adalah lemah dan tidak meyakinkan apabila P1 dan P2 dalam keterangan mereka menyatakan kononnya seorang individu bernama JR Prabhu yang telah menerima wang tersebut pada tarikh-tarikh berkenaan bagi pihak D1. JR Prabhu pula tidak dipanggil sebagai saksi kes plaintif-plaintif. [19] Meskpun D1 mengakui mengenali JR Prabhu yang merupakan bekas pekerja beliau pada masa tersebut, D1 menafikan ada menerima wang melalui JR Prabhu ataupun mengetahui tentang kononnya wang tersebut diserahkan oleh plaintif-plaintif kepada JR Prabhu. Penafian D1 ini bukanlah penafian kosong semata-mata tetapi disokong fakta D1 berada di India (yang bukanlah sesuatu yang tidak mungkin ataupun inherently improbable) pada masa berkenaan seperti dapat dilihat dalam paspot antarabangsa beliau yang mana salinan telah dikemukakan sebagai keterangan di Mahkamah. Rujukan boleh dibuat kepada kes Supertindent of Lands and Surveys Kuching Division & Anor v Mohamad Rambli Kawi [2014] 1 LNS 851 (Mahkamah Rayuan) di perenggan 11: - “The standard of proof in civil cases is upon a balance of probabilities. This balance of probabilities is not the proof beyond reasonable doubt required in criminal cases. This balance of probabilities may be visualised as a scale with the plaintiff placing his evidence on one side and the defendant likewise on the other. The court evaluates the evidence as to the weight it carries. Of course incredible evidence carries no weight. Denials without evidence to justify the denial likewise can carry no weight, and hence the term "bare denial". At the end of the case, the court determines who, between the plaintiff and the defendant, has placed such evidence that the scale tilts in his favour. Sections 101 and 102 mean that to succeed, the scale must tilt in his favour.” [20] Namun demikian, tidak ada keterangan untuk menunjukkan bahawa JR Prabhu semangnya menerima wang pada tarikh-tarikh berkenaan sebagai wakil kepada D1 ataupun beliau sememangnya diarahkan oleh D1 untuk menerima wang tersebut bagi pihak D1. Tidak terhenti di situ, tidak ada juga keterangan yang sahih yang boleh membuktikan JR Prabhu ada menyerahkan wang tersebut kepada D1 atau D2. [21] Pada pandangan Mahkamah ini, JR Prabhu merupakan saksi penting yang boleh memberikan keterangan terbaik untuk menjelaskan perkara mengenai serah menyerah wang tersebut yang menjadi pertikaian dalam tindakan ini. Dalam latar belakang yang sebegini, sehingga wang tersebut berpindah kepada defendan-defendan dan/atau ejennya yang sah, tidak ada pinjaman boleh dikatakan telah dibuat oleh defendan-defendan. [22] Memandangkan P1 dan P2 yang menegaskan pinjaman wang berkenaan empat transaksi ini telah diberikan kepada D1 dan D2, maka beban bukti terletak kepada mereka untuk membuktikan sedemikian dengan memanggil JR Prabhu untuk memberikan keterangan. [23] Butir-butiran JR Prabhu ini termasuklah nombor telefon beliau dan nombor kad pengenalan beliau jelas diketahui pihak P1 dan P2 yang mana tidak ada sebab untuk mereka tidak memanggil individu ini untuk memberikan keterangan di Mahkamah. [24] Mahkamah mendapati bahawa ianya seolah-olah keterangan JR Prabhu ini dengan sengaja tidak dibawa kepada perhatian Mahkamah dengan menindas keterangan beliau daripada diutarakan untuk penelitian Mahkamah yang mana sekiranya JR Prabhu memberikan keterangan ia boleh jadi tidak memihak kepada P1 dan P2. [25] Oleh yang demikian, Mahkamah menggunapakai anggapan bertentangan di bawah illustrasi (g) Seksyen 114 Akta Keterangan 1950 ke atas plaintif-plaintif. Peruntukan tersebut berbunyi seperti berikut: - “The court may presume:
g
that evidence which could be and is not produced would if produced be unfavourable to the person who withholds it; …” [26] Rujukan dalam hal ini bolehlah juga dibuat kepada kes SBB Securities Sdn Bhd v Chan Kwan Foong [2013] 5 CLJ 590 (Mahkamah Rayuan) di ms. 600: - [18] The above provisions clearly indicate that the appellant through the remisier has all the necessary documents, including any mandates or instructions given by a client to the remisier in conducting their business of dealing in securities. That being the case, it is the burden of the appellant, as the stockbroking firm, to tender all those relevant documents and to call the remisier to testify during trial. If the appellant fail to do so, an adverse inference under s. 114(g) of the Evidence Act 1950 must be invoked against the appellant. The remisier had not been subpoenaed to testify in court, despite the respondent's vehement denial of giving instruction or order in respect of the purchase of the said shares. The respondent, in her evidence, claimed that the remisier's whereabouts in Ipoh is known to the appellant. This has not been challenged or denied by the appellant. That being the case, the court can reasonably infer that the evidence of the remisier, if produced in court, would be unfavourable to the appellant. [27] Ianya juga perlu diperhatikan bahawa watak JR Prabhu ini dibangkitkan oleh P1 dan P2 sendiri dalam keterangan lisan mereka. Rujukan lanjut bolehlah dibuat kepada kes C C Siah Properties Sdn Bhd v Ang Kheng Huat [2012] 1 LNS (Mahkamah Rayuan) Perenggan 90: - “In my view, the learned trial judge, with respect, should have drawn an adverse inference against the defendant by reason of his failure to call the so-called Dr Tan Poh Choon and Ms Sing Mei Ling as defence witnesses. It is to be appreciated that it is the defendant who brought into the picture the role of the said Dr Tan Poh Choon. And it is the defendant who is alleging that Sing Mei Ling had attested the signatures of PW1 and PW2 in the alleged SPA. In other words, the learned trial judge should have invoked the presumption under s. 114(g) of the Evidence Act 1950 against the defendant.”
28
Transaksi-transaksi bertarikh 04.01.2013, 15.01.2014, 24.01.2014,
01
01.2014, 08.04.2015 dan 17.02.2014 [28] Enam transaksi ini melibatkan wang sejumlah SGD 380,000.00 yang dikatakan diberikan secara tunai oleh P1 dan P2 kepada D1 dan D2. [29] Pihak P1 dan P2 telah bergantung kepada dokumen-dokumen yang kononnya merupakan “perjanjian-perjanjian pinjaman” bagi menyokong pengataan mereka ini. [30] Sebagai permulaan, Mahkamah akur bahawa secara amnya, sesuatu perjanjian tidak semestinya perlu dibuat secara bertulis dalam bentuk formal melainkan dinyatakan sedemikian dalam undang-undang bertulis. Tidak sedikit juga pihak-pihak memasuki perjanjian di antara satu sama lain secara lisan atau melalui dokumen-dokumen yang mengandungi catatan-catatan ringkas yang dibuat atas dasar percaya mempercayai di antara satu sama lain. [31] Namun demikian, dalam meneliti catatan-catatan yang dikemukakan oleh plaintif-plaintif yang kononnya dikatakan sebagai “perjanjian-perjanjian pinjaman” tersebut, dapatan Mahkamah ini ke atas dokumen-dokumen tersebut adalah kesemuanya tidak berupaya untuk dijadikan sandaran untuk membuktikan wujudnya pinjaman persahabatan yang dikatakan. [32] Pertama sekali, tidak jelas sebab mengapa terdapatnya tandatangan samada D1, D2 ataupun JR Prabhu dalam dokumen-dokumen tersebut. Dokumen-dokumen tersebut dalam tulisan tangan dan berserta dengan angka-angka yang dikatakan merujuk kepada jumlah pinjaman. [33] Kesemua dokumen-dokumen tersebut menyatakan “please pay” dan seumpamanya tanpa apa-apa rujukan kepada transaksi pinjaman ataupun isu pembayaran balik. Mahkamah tidak berupaya untuk membuat apa-apa inferens dengan hanya berpandukan dokumen-dokumen tersebut. [34] Tandatangan-tandatangan yang dikatakan diturunkan oleh penama-penama berkenaan juga tidak jelas samadanya ianya merupakan satu akuan penerimaan ataupun akuan keberhutangan dan seumpamanya. Sekali lagi secara logiknya Mahkamah tidak dapat menentukan apakah tujuan kewujudan tandatangan-tandatangan tersebut. [35] Persoalan yang timbul ialah memandangkan terdapat perkataan “please pay” dan tandatangan D1 ataupun D2, maka adakah ini bermakna mereka berhutang dengan P1 dan P2? Pada pandangan Mahkamah ini, perkara ini terjumlah kepada pemakaian inferens yang tidak dibenarkan di sisi undang-undang seperti diputuskan dalam kes PP v Tan Tatt Eek & Other Appeals [2005] 1 CLJ 713 (Mahkamah Persekutuan): - “The law does not permit an inference or a presumption (Direct Sales Co v. United states, 319 US 703; Nation v. United States (CA 3d) 113 F 2d 97) to be based upon another inference or presumption. The danger of permitting inference to be based upon inferences or presumptions upon presumptions is that in such cases fact B would be presumed or inferred from fact A, and fact C would be presumed or inferred from fact B. This would in effect mean that fact C would be inferred or presumed from fact A. If the law would not permit fact C to be inferred or presumed directly from the existence of fact A it is manifestly improper to allow that presumption or inference to be made under the guise of a double inference or double presumption.” [36] Dalam situasi sedemikian, Mahkamah ini tidak bersetuju untuk menerima dokumen-dokumen tersebut sebagai “perjanjian-perjanjian pinjaman” di antara plaintif-plaintif dan defendan-defendan. Dokumen-dokumen tersebut juga bukannya “self-explanatory” untuk Mahkamah membuat tafsiran dengan jelas ataupun untuk menerima atas rekod apa yang diniatkan oleh dokumen-dokumen tersebut. Rujukan bolehlah dibuat kepada Lee Chee Keong v Fadason Holdings Sdn Bhd [2014] 7 CLJ 102 (Mahkamah Tinggi) di ms. 113: - “[40] It must be borne in mind that CT Lee's letters have, by agreement of both parties after case management, been filed in the common bundle of documents ("CBOD") in part B, which means, under O. 34 r. 2(e)(i) of the Rules of Court 2012 ("the ROC"), they are "documents where the authenticity is not disputed but the contents are disputed". The question of admissibility of the documents do not arise. Thus, there is no requirement for the plaintiff to prove the authenticity or the making of such documents. It is left entirely to the plaintiff or defendant to decide whether to call CT Lee as a witness for cross-examination on the contents of the documents. The weight to be attached to the contents of the documents would have to be assessed and given by the court. Here, the plaintiff chose not to call CT Lee as a witness. [41] The defendant also did not call CT Lee as its witness to rebut the whole of the plaintiff's evidence. [42] In the absence of any evidence to the contrary to rebut the contents of CT Lee's letters, the court accepts those documents on the face of their record. The court finds CT Lee's letters self-explanatory. They show clearly that CT Lee had acted on behalf of the defendant in his capacity as the Director of defendant company. The plaintiff had no reason to doubt that CT Lee had no authority to act on behalf of the defendant or to sign all those letters and the SPA. Tindakan P1 dan P2 memajak barang kemas untuk meminjamkan wang kepada D1 [37] Berkenaan isu ini, P1 dan P2 mengatakan bahawa beliau telah meminjamkan wang sejumlah SGD 69,170.00 kepada D1 di mana wang ini dikatakan sebagai diperolehi hasil daripada beliau memajak barang kemas beliau di Kedai Pajak di Singapura. [38] Dalam hal ini, P1 dan P2 dikatakan telah menyerahkan wang sejumlah SGD 69,170.00 tersebut kepada kedua-dua D1 dan D2 walaupun D1 dan D2 menafikan perkara ini. [39] Dapatan Mahkamah dalam isu ini ialah tidak ada apa-apa nexus atau kaitan antara perbuatan P1 dan P2 memajak barang kemas mereka dengan penyerahan wang dikatakan kepada D1 dan D2. [40] Pada masa yang sama, semasa prosiding perbicaraan, Mahkamah telah membuat satu perhatian di mana tarikh pajakan untuk resit-resit pajak juga menimbulkan persoalan yang sehingga tamat perbicaraan gagal dijelaskan dengan sewajarnya oleh pihak P1 dan P2. [41] Rujukan kepada muka surat 24-49, Ikatan Dokumen Plaintif menunjukkan resit-resit pajak Gadai menunjukkan tarikh-tarikh pajakan dibuat di antara 27.10.2016 sehingga 24.11.2016 yang melibatkan 27 resit pajakan. 27 resit pajakan ini, walau pun dipersetujui sebagai Bahagian B, telah dicabar isi kandungannya sebagai tidak mempunyai perkaitan dengan jumlah wang yang dikatakan diberikan oleh plaintif-plaintif kepada defendan-defendan di antara 2013 hingga 2015. [42] Dalam hal ini, P2 cuba untuk menerangkan kepada Mahkamah bahawa meskipun resit-resit tersebut adalah untuk tahun 2016, tetapi barang-barang kemas yang digadai sebenarnya telah dibuat lebih awal dari tarikh itu. Menurut P2 lagi, amalan syarikat pajak gadai tempat gadaian dibuat adalah syarikat akan mengisu resit-resit baru setiap kali apabila P2 selesai membayar faedah pada tarikh akhir tempoh gadaian dan melanjutkan lagi tempoh gadaian. Peguam P1 dan P2 kemudiannya membuat rujukan kepada Ikatan Dokumen Tambahan Plaintif-Plaintif yang difailkan semasa perbicaraan di mana mereka menyatakan 27 resit asal yang dirujuk dalam Ikatan Dokumen Plaintif terkandung di sini. [43] Malangnya, semakan Mahkamah ini mendapati terdapat perbezaan tarikh apabila perbandingan dibuat di antara kesemua 27 resit dalam Ikatan Dokumen Tambahan Plaintif-Plaintif dengan 27 resit dalam Ikatan Dokumen Plaintif-Plaintif. Perbezaan tarikh yang dimaksudkan di sini merujuk kepada tarikh-tarikh pajakan itu sendiri. Selain itu, terdapat juga perbezaan dari segi dekripsi barang-barang kemas yang digadai di antara 27 resit tersebut. [44] P2 ketika memberikan keterangan telah cuba untuk memberikan penjelasan berkenaan isu resit dan perbezaan tarikh ini namun telah dibantah dengan ketat oleh peguam D1 dan D2 atas alasan saksi daripada kedai pajak berkenaanlah yang sepatutnya hadir memberikan keterangan mengenai cara syarikat mereka beroperasi dalam mengisu resit-resit tersebut. [45] Dalam hal keadaan yang sebegini, Mahkamah ini bersetuju dengan hujah-hujah peguam defendan-defendan bahawa P2 bukanlah orang yang sesuai untuk memberikan penjelasan berkenaan isu resit dan perbezaan tarikh tersebut. [46] Sepatutnya, pemilik kedai pajak gadai itu sendiri dan/ atau wakilnya yang arif tentang operasi proses pajak gadai yang sepatutnya dipanggil untuk memberikan keterangan berkenaan hal ini. Mahkamah merujuk sekali lagi kepada kes-kes SBB Securities Sdn Bhd v Chan Kwan Foong [2013] 5 CLJ 590 (Mahkamah Rayuan) dan C C Siah Properties Sdn Bhd v Ang Kheng Huat [2012] 1 LNS (Mahkamah Rayuan). [47] Berdasarkan kes Lee Chee Keong yang dirujuk di atas, resit-resit pajak gadai tersebut juga bukanlah self-explanatory untuk diterima oleh Mahkamah ini bagi menunjukkan bahawa wujudnya pinjaman persahabatan di antara plaintif-plaintif dan defendan-defendan. Sebaliknya, penjelasan perlu diberikan berkenaan perbezaan tarikh dan apakah proses yang terlibat sehingga terdapat dua set resit yang berbeza dengan tarikh-tarikh yang berbeza. Perlu diingatkan bahawa ianya adalah kes plaintif bahawa transaksi pinjaman diberikan secara berperingkat-berperingkat dan dokumen-dokumen yang dikatakan sebagai dokumen pinjaman pula menunjukkan transaksi pinjaman bermula sejak tahun 2013 sehingga 2015 sedangkan resit-resit pajak gadai yang dikemukakan adalah kesemuanya selepas tahun 2015. [48] Berdasarkan ketiadaan apa-apa keterangan berkenaan isi kandungan resit-resit pajak gadai tersebut yang dicabar, Mahkamah ini tidak berada dalam keadaan selamat untuk membuat dapatan bahawa resit- resit tersebut sesungguhnya merujuk kepada barang kemas P1 dan P2 yang kemudiannya telah dipajak untuk wang hasil pajakan dipinjamkan kepada D1 dan D2. [49] Mahkamah juga ingin menyentuh bahawa peguam P1 dan P2 semasa prosiding perbicaraan ada cuba memberikan penjelasan berkenaan isu resit-resit tersebut dari meja peguam namun Mahkamah memutuskan untuk tidak menenerima penjelasan ini kerana ianya bukannya keterangan. Untuk ini, panduan adalah diambil daripada kes Ng Hee Thoong & Anor v Public Bank Bhd [1995] 1 CLJ 609 (Mahkamah Rayuan) di ms. 615: - “The only reference to the delay point is to be found in the address of counsel for the respondent in the court below and the explanation is in reality that of counsel and not of his client under oath. It is a principle fundamental to our system of adversarial litigation that evidence upon a matter must be given on oath. The practice of counsel giving evidence from the Bar, as was done in this case, is to be deprecated.” [50] Mahkamah juga tidak boleh mengambil notis kehakiman berkenaan operasi kedai pajak gadai dan pengeluaran resit pajak gadai kerana isu ini tidak termaktub di bawah Seksyen 57(1) Akta Keterangan 1950 yang menyatakan seperti berikut: - “57(1) The court shall take judicial notice of the following facts:
a
all laws or regulations having the force of law now or heretofore in force or hereafter to be in force in Malaysia or any part thereof;
b
all public Acts passed or hereafter to be passed by the Parliament of the United Kingdom, and all local and personal Acts directed by it to be judicially noticed;
c
articles of war for the armed forces or any visiting force lawfully present in Malaysia;
d
the course of proceedings in Parliament, in the federal legislatures that existed in Malaysia before Parliament was constituted, in the legislature of any State in Malaysia and in the Parliament of the United
e
the accession of the Yang di-Pertuan Agong and the accession of the Ruler of any State in Malaysia and the appointment of a Yang di-Pertua
f
the accession and the sign manual of the Sovereign for the time being of the United Kingdom;
g
the seals of all the courts of Malaysia all seals which any person is authorized to use by any law in force for the time being in Malaysia or any part thereof, all seals of which English courts take judicial notice, and the seals of Courts of Admiralty and maritime jurisdiction and of notaries public;
h
the accession to office, names, titles, functions and signatures of the persons filling for the time being any public office in any part of Malaysia, if the fact of their appointment to such office is notified in the Gazette or in any State Gazette;
i
the existence, title and national flag of every State or Sovereign recognized by the Yang di-Pertuan Agong;
j
the ordinary course of nature, natural and artificial divisions of time, the geographical divisions of the world, the meaning of Malay and English words, and public festivals, fasts and holidays notified in the Gazette or in any State Gazette;
k
the Commonwealth countries;
l
the commencement, continuance and termination of hostilities between Malaysia or any other part of the Commonwealth and any other country or body of persons;
m
the names of the members and officers of the court and of their deputies and subordinate officers and assistants, and also of all officers acting in execution of its process, and of all advocates and other persons authorized by law to appear or act before it;
n
the rule of the road on the land, sea regulations and the rules of the air;
o
all other matters which it is directed by any written law to notice. Explanation - The words "Parliament of the United Kingdom" in paragraphs (b) and (d) mean-
i
the Parliament of the United Kingdom of Great Britain and Northern
II
(ii) the Parliament of the United Kingdom of Great Britain and Ireland;
III
(iii) the Parliament of Northern Ireland;
IV
(iv) the Parliament of Great Britain;
v
the Parliament of England;
VI
(vi) the Parliament of Scotland;
VII
(vii) the Parliament of Ireland prior to 1 January 1801.
2
In all these cases, and also on all matters of public history, literature, science or art, the court may resort for its aid to appropriate books or documents of reference.
3
If the court is called upon by any person to take judicial notice of any fact, it may refuse to do so unless and until the person produces any such book or document as it considers necessary to enable it to do so.” [51] Meskipoun ianya adalah undang-undang mantap bahawa skop Seksyen 57 Akta Keterangan 1950 tidak tertutup, namun nas-nas undang-undang cenderung menunjukkan bahawa Mahkamah masih boleh mengambil notis kehakiman dengan syarat sesuatu perkara itu merupakan subjek yang menjadi pengetahuan umum dan kewujudan atau operasinya diterima awam tanpa syarat ataupun bantahan. Ujian yang terpakai ialah sesuatu perkara itu “notoriously obvious” yang menjadikan ianya teratur untuk menganggap kewujudan perkara itu tanpa perlu dibuktikan. Panduan dibuat kepada kes Pembangunan Maha Murni Sdn Bhd v Juruurus Ladang Sdn Bhd [1986] 2 MLJ 30 (Mahkamah Agung) (ms.31-32): - Now, the general rule is that all facts in issue and relevant facts must be proved by evidence. There are, however, two classes of facts which need not be proved, viz. (a) facts judicially noticed and (b) facts admitted. The exceptions are dealt with by sections 56, 57 and 58 of the Evidence Act 1950 under the title "Facts which need not be proved." In so far as judicial notice is concerned, the provisions of section 57 subsection (1) makes it mandatory for the Court to take judicial notice of all laws and regulations having the force of law, public Acts passed by Parliament, the course of parliamentary proceedings and other matters that are enumerated in subsection (1) (a) to (o) of the section. The list however is not exhaustive since it is impossible to make a really complete list although a long list of facts which the English courts take judicial notice has been prepared. The important point to note is that section 57 does not prohibit the courts from taking judicial notice of other facts not mentioned therein. The matter which the Court will take judicial notice must be the subject of common and general knowledge and its existence or operation is accepted by the public without qualification or contention. The test is that the facts involved must be so sufficiently notorious that it becomes proper to assume its existence without proof. The opponent, however, is not prevented from disputing the matter by adducing evidence if he disputes it. (See Sarkar on Evidence, 13th Edn. paras. 606?609). Judicial knowledge is continually extended to keep pace with the advance of art, science and general knowledge. Subsections (2) and (3) of section 57 provide discretionary power to the Court to resort to the aid of appropriate books or documents of reference in all matters of public history, literature, science or art. [52] Berpandukan otoriti di atas, memandangkan tidak dapat dinyatakan dengan jelas dan tepat kenapa resit-resit pajak gadai mempunyai tarikh yang berbeza dan ada yang mengandungi butiran barang kemas yang berbeza, maka Mahkamah ini tidak boleh menyatakan bahawa 27 resit yang diperikaikan isi kandungannya merupakan satu subjek umum dan boleh diterima umum tanpa syarat bagi melayakkan Mahkamah menerimanya sebagai keterangan secara notis penghakiman seperti diputuskan dalam kes Pembangunan Maha Murni. [53] Oleh itu, Mahkamah menolak pengataan plaintif-plaintif bahawa 27 resit dalam Ikatan Dokumen Plaintif-Plaintif dan Ikatan Dokumen Tambahan Plaintif-Plaintif merujuk kepada barang kemas sama yang dipajak sebelum tarikh-tarikh resit tersebut. [54] Berkenaan catitan-catitan yang dibuat oleh Plaintif-Plaintif dalam muka surat 21-23 Ikatan Dokumen Plaintif, Mahkamah meletakkan nilai yang rendah ke atas kerelevanan dokumen ini memandangkan tidak ada keterangan yang menunjukkan melainkan keterangan lisan P1 dan P2 bahawa dokumen ini merujuk kepada barang kemas yang digadai dan wang hasil gadaian diserahkan kepada D1 dan D2. [55] Oleh yang demikian, Mahkamah memutuskan bahawa Plaintif-Plaintif gagal membuktikan di atas imbangan kebarangkalian bahawa mereka telah mengadaikan barang kemas mereka untuk memberikan pinjaman kepada Defendan-Defendan seperti didakwa. Samada terdapat kewujudan pinjaman wang haram [56] Peguamcara D1 dan D2 menekankan bahawa tuntutan P1 dan P2 ke atas D1 dan D2 satu transaksi pinjaman wang haram. Peguamcara P1 dan P2 pula menafikan perkara ini dan menyatakan tuntutan P1 dan P2 atas dasar perjanjian pinjaman persabahatan. [57] Sebagai langkah berjaga-jaga (“in abundance of caution”), sekiranya pengataan P1 dan P2 bahawa mereka sememangnya telah meminjamkan wang kepada D1 dan D2 adalah benar, isu yang timbul adalah samada mereka berhak untuk dipampas semula oleh D1 dan D2. [58] Mahkamah memutuskan bahawa transaksi-transaksi melibatkan pihak-pihak dalam kes ini bukanlah satu Perjanjian Pinjaman Persahabatan seperti yang didakwa P1 dan P2. [59] Dalam perkara ini, sekiranya dilihat kepada dokumen-dokumen yang dikatakan oleh plaintif-plaintif sebagai “perjanjian-perjanjian pinjaman”, nampak jelas terdapat perkataan “interest” digunakan yang mana jika diterjemahkam ke dalam Bahasa Melayu mudah bermaksud “faedah”. [60] Pengenaan “interest” ini menunjukkan transaksi-transaksi yang dikatakan melibatkan pihak-pihak bukanlah perjanjian pinjaman persabahatan kerana faedah tidak dikenakan dalam perjanjian sedemikian rupa. [61] Rujukan dalam hal ini bolehlah dibuat kepada kes Tan Aik Teck v Tang Soon Chye [2007] 5 CLJ 441 (Mahkamah Rayuan) Muka 452: - “A friendly loan is a loan between two persons based on trust. There may be an agreement such as an I.O.U. or security pledged to repayment but most important there will be no interest imposed.” [62] Penjelasan yang diberikan P1 bahawa D1 yang berniat untuk membayar lebih dan oleh sebab itu frasa “interest” digunakan satu penjelasan memanfaatkan diri P1 sendiri sahaja (“self-serving”) dan tidak boleh diterima Mahkamah kerana ianya tidak dinyatakan di mana-mana dan bertentangan dengan “dokumen-dokumen pinjaman” sebagai dokumen kontemporari yang dijadikan sandaran oleh P1 dan P2. Penjelasan P1 tersebut juga bertentangan dengan Rukun Keterangan Parol (“Parol Evidence Rule”) yang dijelaskan dalam kes Tindok Besar Estate Sdn Bhd v Tinjar Co [1979] 2 MLJ 229 (Mahkamah Persekutuan) di ms. 233: - “What he failed to observe, however, is that all the terms in this case had been reduced to writing, and the case he relied on is no authority for what he proposed to do. Section 92 specifically excludes evidence to contradict, vary, add to or subtract from any of the terms of a contract in writing, except in any of the situations spelled out in the provisoes thereto: see, inter alia, Foo Tock Lim v. Piong Liew [1963] MLJ 67 and Siah V. Tengku Nong [1963] 1 LNS 126 FC.” [63] Sebagai kemudahan, diperturunkan di sini peruntukan s.92 Akta Keterangan 1950 yang berbunyi seperti berikut: - When the terms of any such contract, grant or other disposition of property, or any matter required by law to be reduced to the form of a document, have been proved according to section 91, no evidence of any oral agreement or statement shall be admitted as between the parties to any such instrument or their representatives in interest for the purpose of contradicting, varying, adding to, or subtracting from its terms: Provided that-
a
any fact may be proved which would invalidate any document or which would entitle any person to any decree or order relating thereto, such as fraud, intimidation, illegality, want of due execution, want of capacity in any contracting party, the fact that it is wrongly dated, want or failure of consideration, or mistake in fact or law;
b
the existence of any separate oral agreement, as to any matter on which a document is silent and which is not inconsistent with its terms, may be proved, and in considering whether or not this proviso applies, the court shall have regard to the degree of formality of the document;
c
the existence of any separate oral agreement constituting a condition precedent to the attaching of any obligation under any such contract, grant or disposition of property, may be proved;
d
the existence of any distinct subsequent oral agreement, to rescind or modify any such contract, grant or disposition of property, may be proved except in cases in which the contract, grant or disposition of property is by law required to be in writing, or has been registered according to the law in force for the time being as to the registration of documents;
e
any usage or custom by which incidents not expressly mentioned in any contract are usually annexed to contracts of that description may be proved if the annexing of any such incident would not be repugnant to or inconsistent with the express terms of the contract; and
f
any fact may be proved which shows in what manner the language of a document is related to existing facts. [64] Mahkamah juga mendapati bahawa proviso kepada Seksyen 92 Akta Keterangan 1950 juga tidak terpakai kepada kes P1 dan P2 di mana mereka gagal untuk membuktikan bahawa “interest” itu boleh termasuk dalam “perjanjian pinjaman persahabatan”. Dalam hal ini, pliding mereka sendiri senyap berkenaan hal ini. Berkenaan isu proviso ini, Mahkamah Persekutuan dalam kes Tindok Besar di muka 233 telah memutuskan seperti berikut: - “However s.92 allows, so far as it concerns this particular case, evidence in proviso (b) of "any separate oral agreement, as to any matter on which a document is silent and which is not inconsistent with its terms" and in proviso (c) of "any separate oral agreement constituting a condition precedent to the attaching of any obligation under any such contract...." The provisoes qualify but do not eliminate the main provisions of the section, so that unless the additional evidence sought to be adduced falls within the scope of any of the provisoes, it should not be allowed to be introduced as it would be to contradict, vary, add to or subtract from the terms of the agreement. It will be readily seen that the evidence which the respondent sought to introduce did not fall within either of these two provisoes but was evidence adding a new term or terms to the agreement. It is equally obvious that the respondent's pleadings did not aver the existence of such terms.” [65] Transaksi-transaksi yang dikatakan P1 dan P2 sebagai perjanjian pinjaman persahabatan hakikatnya merupakan satu aktiviti pinjaman wang (“moneylending”) seperti yang ditakrifkan di bawah Seksyen 2 Akta Peminjam Wang 1951 seperti berikut: - "moneylending" means the lending of money at interest, with or without security, by a moneylender to a borrower; [66] Seterusnya, maksud “Interest” ataupun Faedah ditakrifkan di bawah Seksyen 2 Akta Peminjam Wang 1951 seperti berikut: - "interest" does not include any sum lawfully charged in accordance with this Act by a moneylender for or on account of stamp duties, fees payable by law and legal costs but, save as aforesaid, includes any amount by whatsoever name called in excess of the principal paid or payable to a moneylender in consideration of or otherwise in respect of a loan; [67] Tindakan P1 dan P2 yang meminjam wang kepada D1 dan D2 jatuh di bawah kategori aktiviti peminjaman wang berdasarkan fakta bahawa terdapat elemen “interest” dikenakan ke atas jumlah wang yang dipinjam. [68] D1 dan D2 sejak permulaan mengambil pendirian bahawa transaksi-transaksi pinjaman wang ini merupakan perjanjian wang haram. Perkara sama turut diulangi dalam keterangan mereka di Mahkamah semasa prosiding perbicaraan. [69] Mengambil kira perkara ini bersama-sama fakta bahawa “dokumen-dokumen” pinjaman dalam Ikatan Dokumen Plaintif-Plaintif dengan khusus menggunakan perkara “interest”, Mahkamah ini memutuskan untuk memakai anggapan bahawa P1 dan P2 menjalankan perniagaan meminjam wang seperti mana diperuntukkan di bawah Seksyen 10OA Akta Peminjam Wang 1951 yang berbunyi seperti berikut: - “Where in any proceedings against any person, it is alleged that such person is a moneylender, the proof of a single loan at interest made by such person shall raise a presumption that such person is carrying on the business of moneylending, until the contrary is proved.” [70] Oleh itu, walaupun D1 dan D2 tidak mengemukakan keterangan bagi menyatakan P1 dan P2 menjalankan aktiviti pinjaman wang, ianya tidak melepaskan P1 dan P2 dari beban bukti mereka untuk mematahkan anggapan di bawah Seksyen 10OA Akta Peminjam Wang 1951. [71] Dalam kes ini, keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh P1 dan P2 antara lain menyatakan mereka bukanlah peminjam wang tetapi membantu D1 dan D2 atas dasar percaya dan saling mengenali sejak lama lagi. Mereka juga menyatakan mereka terpaksa memajak barang kemas mereka untuk memberikan pinjaman kepada D1 dan D2. [72] Mahkamah telah memutuskan di atas untuk tidak menerima keterangan P1 dan P2 bahawa mereka mengadai barang kemas mereka untuk membantu D1 dan D2. Sekiranya mereka ikhlas mahu menghulurkan bantuan, tiada keperluan untuk mengenakan faedah pula sedangkan mereka tahu D1 khasnya mempunyai masalah kewangan. [73] Tindakan P1 melantik satu syarikat pengutip hutang juga menimbulkan persoalan berkenaan motif P1 dan P2 yang sebenar. Saksi yang sepatutnya dipanggil untuk memberikan keterangan tidak pula memberikan keterangan di Mahkamah walaupun satu pernyataan saksi telahpun disediakan dan oleh itu Mahkamah tidak boleh membuat rujukan ke atasnya kerana saksi tersebut akhirnya tidak tampil untuk memberikan keterangan. [74] Transaksi melibatkan kedua-dua pihak juga bukannya satu sahaja tetapi banyak transaksi yang menimbulkan persoalan samada P1 dan P2 cuba menyembunyikan sesuatu berkenaan operasi pinjaman wang mereka lagi-lagi kesemua transaksi dikatakan dibuat secara tunai dan diserahkan secara terus kononnya kepada D1 dan D2 atau kepada JR Prabhu bagi pihak defendan-defendan. [75] Maka, Mahkamah mendapati “dokumen-dokumen pinjaman” pihak P1 dan P2 merupakan dokumen-dokumen yang menzahirkan satu perjanjian pinjaman wang haram. Berdasarkan keterangan-keterangan yang dikemukakan, Mahkamah berpuas hati bahawa P1 dan P2 telah bertindak melanggari peruntukan Akta Peminjam Wang 1951 berdasarkan “dokumen-dokumen pinjaman” yang mengenakan faedah sedangkan perkara ini dilarang Seksyen 5 Akta Peminjam Wang 1951 di mana P1 dan P2 bukanlah peminjam wang berlesen. Sebagai kemudahan, s.5 tersebut berbunyi seperti berikut: -
1
No person shall carry on or advertise or announce himself or hold himself out in any way as carrying on the business of moneylending unless he is licensed under this Act.
2
Any person who carries on or advertises or announces himself or holds himself out in any way as carrying on the business of moneylending without a valid licence, or who continues to carry on such business after his licence has expired or been suspended or revoked shall be guilty of an offence under this Act and shall be liable to a fine of not less than two hundred and fifty thousand ringgit but not more than one million ringgit or to imprisonment for a term not exceeding five years or to both, and in the case of a second or subsequent offence shall also be liable to whipping in addition to such punishment. [76] Oleh yang demikian, “dokumen-dokumen pinjaman” tersebut adalah terbatal (“null and void”) dalam konteks kes ini kerana melanggari peruntukkan Seksyen 24 Akta Kontrak 1950 yang memperuntukkan seperti berikut: - “The consideration or object of an agreement is lawful, unless-
a
it is forbidden by a law;
b
it is of such a nature that, if permitted, it would defeat any law;
c
it is fraudulent;
d
it involves or implies injury to the person or property of another; or
e
the court regards it as immoral, or opposed to public policy. In each of the above cases, the consideration or object of an agreement is said to be unlawful. Every agreement of which the object or consideration is unlawful is void.” [77] Persoalan yang kini timbul ialah samada P1 dan P2 boleh dipampas di sisi undang-undang berkenaan jumlah prinsipal yang kononnya diberikan mereka kepada D1 dan D2. [78] Bagi tujuan ini, Mahkamah akan merujuk kepada beberapa peruntukkan dan prinsip undang-undang yang relevan. [79] Pertama sekali, samada Seksyen 71 Akta Kontrak 1950 terpakai yang mana peruntukkan ini berkenaan pampasan kepada seseorang yang menikmati satu kelebihan yang diberikan bukannya atas dasar percuma. Peruntukan tersebut berbunyi seperti berikut: - “Where a person lawfully does anything for another person, or delivers anything to him, not intending to do so gratuitously, and such other person enjoys the benefit thereof, the latter is bound to make compensation to the former in respect of, or to restore, the thing so done or delivered. [80] Berkenaan pra-syarat yang perlu dipenuhi oleh P1 dan P2 untuk bergantung kepada Seksyen 71 Akta Kontrak 1950, rujuk kes Siow Wong Fatt v Susur Rotan Mining Ltd & Anor [1967] 2 MLJ 118 (Majlis Privi) di ms. 120: - “It has been common ground before their Lordships that four conditions must be satisfied to establish a claim under section 71. The doing of the act or the delivery of the thing referred to in the section:
1
must be lawful
2
must be done for another person
3
must not be intended to be done gratuitously
4
must be such that the other person enjoys the benefit of the act or the delivery.” [81] Berdasarkan kes Siow Wong Fatt yang dirujuk di atas, Mahkamah memutuskan bahawa Seksyen 71 Akta Kontrak 1950 tidak terpakai kepada P1 dan P2 kerana terdapat perlanggaran peruntukkan Seksyen 5(1) Akta Peminjam Wang 1951 di mana mereka didapati menjalankan perniagaan pinjaman wang haram tanpa lesen. Ianya juga bertentangan dengan polisi awam untuk membenarkan pampasan semula dibuat kepada P1 dan P2 kerana peminjam wang haram tidak seharusnya dibenarkan mendapatkan semula wangnya yang hasilnya sendiri daripada perbuatan salah iaitu pinjaman wang secara haram. [82] Seksyen 66 Akta Kontrak 1950 berbunyi: - “When an agreement is discovered to be void, or when a contract becomes void, any person who has received any advantage under the agreement or contract is bound to restore it, or to make compensation for it, to the person from whom he received it.” [83] Rujuk kes Tan Chee Hoe & Sons Sdn Bhd v Code Focus Sdn Bhd v Code Focus Sdn Bhd [2014] 3 CLJ 141 (Mahkamah Persekutuan) di ms. 164: - “[37] The effect of a void contract or agreement is provided for under s. 66 of the Contracts Act 1950, which reads:
66
When an agreement is discovered to be void, or when a contract becomes void, any person who has received any advantage under the agreement or contract is bound to restore it, or to make compensation for it, to the person from whom he received it. [38] The facts of the present case do fit the meaning of the words "discovered to be void" or "becomes void" as found in s. 66 above. The Privy Council in Harnath Kaur v. Inder Singh [1922] LR 50 1A 69 in considering a claim based on s. 65 of the Indian Contract Act 1872 (which was identical to our s. 66 of the Contracts Act 1950 ) ruled: …an agreement, therefore, discovered to be void is one discovered to be not enforceable by law, and on the language of the section, would include an agreement that was void in that sense from its inception as distinct from a contract that becomes void. The above principle was followed by Wan Suleiman J in Ahmad Udoh & Anor v. Ng Aik Chong [1969] 1 LNS 4; [1969] 2 MLJ 116. [39] A right to restitution may arise out of a failure of a contract though the right itself be not a matter of contractual obligation. It appears to be based on the principle exemplified in the Roman Law 'condictio causa data causa non secuta ' (contract becoming impossible to perform owing to the outbreak of war in 1914). The Privy Council in Menaka v. Lum Kum Chum [1976] 1 LNS 181; [1977] 1 MLJ 91, in dealing with s. 65 of the Indian Contracts Act 1872 (which is identical to our s. 66 of the Contracts Act 1950 ) ruled: In that way effect will be given to section 65 under which each party is bound to restore any advantage which he has received to the person from whom he received it - see Govindram Seksaria v Radbone where Lord Morton of Henryton said: The result of section 65 of the Indian Contract Act was that, as from [the date on which the contract became void] each of the parties became bound to restore to the other any advantage which the restoring party had received under the contract of sale.” [84] Berdasarkan otoriti di atas, Mahkamah ini memutuskan untuk tidak membenarkan pampasan semula di bawah seksyen 66 Akta Kontrak 1950 kerana P1 dan P2 bukan sahaja bertindak melanggar peruntukkan Seksyen 5(1) Akta Peminjam Wang 1951 tetapi juga cuba menjustifikasi “dokumen-dokumen pinjaman” tersebut sebagai perjanjian pinjaman persahabatan walhal faedah turut dikenakan. [85] Polisi awam juga menghalang Mahkamah ini daripada membuat pampasan semula kepada P1 dan P2 berdasarkan doktrin Ex Turpi Cause Non Oritur Actio di mana satu perbuatan yang salah (pemberian pinjaman wang di bawah perjanjian pinjaman wang haram) tidak boleh diberikan pengiktirafan oleh Mahkamah ini. [86] Sekiranya Mahkamah ini mengarahkan pampasan semula dibuat kepada P1 dan P2, ianya akan bertentangan dengan objek Akta Peminjam Wang 1951 dan akan menghantar satu pesanan yang salah kepada pemberi pinjaman wang haram di luar bahawa undang-undang seolah-olah dapat digunakan untuk menyokong aktiviti salah sedemikian. Rujuk kes Yeow Guang Cheng v Tang Lee Hiok & Ors [2020] 1 LNS 1696 (Mahkamah Tinggi) di perenggan 47: - “To deter unlicensed moneylenders from continuing with their nefarious business, it is in the public interest for unlicensed moneylenders to be deprived of their illegal "principal loan sums", interest and whatever ill-gotten property or benefit enjoyed from their unlawful moneylending business.” [87] Seperkara lagi yang perlu diputuskan Mahkamah ialah samada P1 dan P2 boleh dipampaskan berdasarkan doktrin unjust enrichment di mana kes Dream Property Sdn Bhd v Atlas Housing Sdn Bhd [2015] 2 CLJ 453 (Mahkamah Persekutuan) di ms. 496: - The above passages from the judgments of the House of Lords are instructive and are a significant contribution to the development of the law of unjust enrichment. The principle underlying the cases of Banque Financiere de la Cite v. Parc (Battersea) Ltd. And Others (supra) and Sempra Metals Ltd (formerly Metallgesellschaft Ltd) v. Inland Revenue Commissioners and Another (supra) is that, in the context of the present case, a cause of action in unjust enrichment can give rise to a right to restitution where it can be established that:
a
The plaintiff must have been enriched;
b
The enrichment must be gained at the defendant's expense;
c
That the retention of the benefit by the plaintiff was unjust; and
d
There must be no defence available to extinguish or reduce the plaintiff's liability to make restitution. [88] Berbalik kepada kes ini, Mahkamah memutuskan yang P1 dan P2 tidak boleh bergantung kepada doktrin unjust enrichment seperti yang digunapakai dalam kes Dream Property kerana wang yang digunakan oleh P1 dan P2 berasal daripada aktiviti pinjaman wang haram seperti yang diputuskan oleh Mahkamah di atas di mana satu dapatan telah dibuat bahawa anggapan bahawa P1 dan P2 menjalankan aktiviti pinjaman wang haram di bawah Seksyen 10OA Akta Peminjam Wang 1951 terpakai. [89] Oleh yang demikian apa-apa “expense” di pihak P1 dan P2 tidak boleh dipertimbangkan di sisi undang-undang kerana wang pinjaman itu berasal daripada aktiviti yang dilarang undang-undang iaitu menjalankan aktiviti pinjaman wang tanpa lesen. [90] Berikutan itu, Mahkamah juga memutuskan bahawa soal “unjust enrichment” tidak timbul di sini kerana jika tidak ia akan memberikan isyarat yang salah kepada para peminjam wang haram bahawa walau pun aktiviti pinjaman wang mereka adalah haram, mereka masih dibenarkan oleh undang-undang untuk mendapatkan kembali jumlah prinsipal atau jumlah pinjaman dan seumpamanya yang mereka telah diberikan kepada peminjam. Isyarat sebegini sudah tentu akan bertentangan dengan Akta Peminjam Wang 1951 dan polisi awam yang melarang aktiviti peminjaman wang tanpa lesen. Penutup [91] Berdasarkan alasan-alasan yang dikemukakan di atas, Mahkamah ini berpuashati bahawa plaintif-plaintif telah gagal secara keseluruhannya untuk membuktikan kes mereka di atas imbangan kebarangkalian. Mahkamah dengan ini menolak tuntutan P1 dan P2 terhadap defendan-defendan dengan kos sebanyak RM 10,000.00 tertakluk kepada bayaran fi alokatur. Tarikh: 06 FEBRUARI 2024 …………………………………………. (NOOR HISHAM BIN ISMAIL) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Johor Bahru Peguam bagi pihak Plaintif-Plaintif: Dato’ Shamesh Jeevaretnam Tetuan Jeevapartnership Kuala Lumpur. Peguam bagi pihak Defendan-Defendan: Encik Marimuthu A/L Veerasamy Tetuan V. M. Muthu & Company Masai. Kes-kes yang dirujuk:
1
Chai Kim Choo (F) & Anor v Toh Kie Seng [2020] 1 LNS 1174;
2
Supertindent of Lands and Surveys Kuching Division & Anor v Mohamad
3
SBB Securities Sdn Bhd v Chan Kwan Foong [2013] 5 CLJ 590;
4
C C Siah Properties Sdn Bhd v Ang Kheng Huat [2012] 1 LNS;
5
PP v Tan Tatt Eek & Other Appeals [2005] 1 CLJ 713;
6
Lee Chee Keong v Fadason Holdings Sdn Bhd [2014] 7 CLJ 102;
7
Ng Hee Thoong & Anor v Public Bank Bhd [1995] 1 CLJ 609;
8
Pembangunan Maha Murni Sdn Bhd v Juruurus Ladang Sdn Bhd [1986] 2 MLJ 30;
9
Tan Aik Teck v Tang Soon Chye [2007] 5 CLJ 441;
10
Tindok Besar Estate Sdn Bhd v Tinjar Co [1979] 2 MLJ 229;
11
Siow Wong Fatt v Susur Rotan Mining Ltd & Anor [1967] 2 MLJ;
12
Tan Chee Hoe & Sons Sdn Bhd v Code Focus Sdn Bhd v Code Focus Sdn
13
Yeow Guang Cheng v Tang Lee Hiok & Ors [2020] 1 LNS 1696;
14
Dream Property Sdn Bhd v Atlas Housing Sdn Bhd [2015] 2 CLJ 453. Undang-undang yang dirujuk:
1
Akta Keterangan 1950;
2
Akta Peminjam Wang 1951;
3
Akta Kontrak 1950.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.