Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUALA LUMPUR WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR GUAMAN SIVIL NO: WA-B52NCC-995-12/2022
WA-B52NCC-995-12/2022
Sessions Court of Malaysia18 Nov 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“an oleh undang-undang. S/N aSaig8vPvEKcIpnq4eNl2w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 23 "It is also clearly provided under s.38 of the Contracts Act 1950 that a party to a contract must, unless excused under the Contracts Act or any other law, be bound by t”
“Permodalan Kelantan Bhd & Anor [2025] 9 CLJ 933 menyatakan: “The most important protection to a franchisee would be the express term as to the territory or area it is allowed to operate. Hence, the Franchise Act 1998 (‘Act’) provides the mandatory requirement to set out terms related to franchise territory.” S/N aSaig8”
“cument via eFILING portal 37 "Goodwill" Generally [33] The classic attempt at a definition of goodwill is the dictum of Lord Macnaghten in Inland Revenue Commissioners v. Muller & Co's Margarine Ltd [1901] AC 217 ("Muller"), a decision of the House of Lords to which the High Court referred and which we accept. At pp. 2”
“s document via eFILING portal 45 berdasarkan fakta dan perlakuan pihak yang melakukan pelanggaran. Prinsip berhubung gantirugi teladan telah dijelaskan oleh House of Lords dalam kes Rookes v Barnard [1964] AC 1129 di mana Lord Devlin menyatakan: “Exemplary damages are intended to punish and deter.””
“74. Dalam kes Cassell & Co Ltd v Broome [1972] AC 1027 Mahkamah menjelaskan bahawa aggravated damages boleh diberikan apabila perlakuan Defendan meningkatkan kecederaan (“injury”) kepada Plaintif; termasuk melalui tindakan yang angkuh, berniat jahat atau”
“, and in a case like this it must be dealt with as such. ….. [35] Whatever be the definition of "goodwill", as Lord Diplock put it in Star Industrial Co Ltd v. Yap Kwee Kor t/a New Star Industrial Co [1976] CLJU 145; [1976] 1 LNS 145; [1976] 1 MLJ 149 (at p. 155) paraphrasing from Lord Macnaghten in Muller (supra): Goo”
“al, it is sufficient if we merely restate briefly the basics as follows. [29] Lord Diplock stated the five different elements of the tort in Erven Warnink BV & Ors v. Townend & Sons (Hull) Ltd & Ors [1979] AC 731 ("the Advocaat Case"). In the same case, Lord Fraser of Tullybelton also formulated his own test in a separ”
“72. Dalam kes AstraZeneca Sdn Bhd v OBor Biomedicals Sdn Bhd [2022] MLJU 665. Mahkamah menyatakan bahawa gantirugi teladan adalah wajar apabila pelanggaran dilakukan secara sengaja, S/N aSaig8vPvEKcIpnq4eNl2w **Note : Serial number will be used to verify the originality of th”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUALA LUMPUR WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR GUAMAN SIVIL NO: WA-B52NCC-995-12/2022
1
PERMODALAN KELANTAN BERHAD
2
KOPERASI PERMODALAN KELANTAN BERHAD (NO. DAFTAR: D-5-0228) ...PLAINTIF-PLAINTIF DAN KOPERASI SAHABAT AMANAH IKHTIAR MALAYSIA BERHAD (NO. DAFTAR: W-6-0818) ... DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN
1
Tindakan guaman ini telah berjalan melalui suatu prosiding perbicaraan penuh berhubung dengan tuntutan Plaintif-Plaintif terhadap Defendan yang berasaskan kepada perlanggaran Perjanjian Francais Ar-Rahn, penggunaan cap dagangan dan harta intelek tanpa S/N aSaig8vPvEKcIpnq4eNl2w kebenaran, pengelirupaan (passing off), tuntutan injunksi kekal, taksiran gantirugi dan/atau pengiraan keuntungan bagi Cawangan Ar-Rahn Bachok dan Cawangan Ar-Rahn Wangsa Melawati.
2
Mahkamah ini telah meneliti keseluruhan pliding, kertas-kertas kausa, keterangan saksi-saksi, nota prosiding, ikatan dokumen bersama, ikatan dokumen tambahan, hujahan bertulis pihak-pihak serta ikatan otoriti yang telah dirujuk oleh pihak-pihak. Pihak Plaintif-Plaintif di dalam kes ini telah memanggil seramai tiga orang saksi, iaitu: i. SP1 - Abdul Rahman bin Ali; ii. SP2 - Mohd Shahrul Ridzuan bin Abdullah; dan iii. SP3 - Mohd Firdaus bin Mahamood.
3
Pihak Defendan pula memanggil tiga orang saksi, iaitu: i. SD1 Izy Shah bin Ismail; ii. SD2 Ainul Mardhiah binti Mahadi; dan iii. SD3 Nor Asmah binti Jaaffar. S/N aSaig8vPvEKcIpnq4eNl2w
4
Plaintif-Plaintif telah melalui Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan bertarikh 21.12.2022 memfailkan tuntutan terhadap defendan yang memohon tuntutan-tuntutan yang berikut: a. gantirugi am untuk ditaksirkan; b. gantirugi teladan; c. gantirugi teruk; d. injunksi kekal bagi menghalang penggunaan nama dan/atau cap dagangan Ar-Rahn di Cawangan Bachok dan Wangsa Melawati; e. perintah pengemukaan akaun keuntungan; f. taksiran gantirugi atau pengiraan keuntungan; g. faedah 5% setahun, h. kos; dan i. lain-lain relif yang difikirkan adil oleh Mahkamah.
5
Selepas menimbang keseluruhan keterangan dan undang-undang yang terpakai, Mahkamah ini diakhir kes ini atas imbangan kebarangkalian telah membenarkan tuntutan Plaintif-Plaintif terhadap Defendan dengan alasan-alasan yang akan dihuraikan selanjutnya di bawah S/N aSaig8vPvEKcIpnq4eNl2w
6
Plaintif Pertama, Permodalan Kelantan Berhad (PKB), ialah syarikat yang diperbadankan di Malaysia dan merupakan pemilik serta francaisor kepada perniagaan pajak gadai Islam di bawah jenama Ar-Rahn. Plaintif Kedua, Koperasi Permodalan Kelantan Berhad (KPKB), ialah koperasi yang bertindak sebagai syarikat pengurusan francais bagi program Francais Ar-Rahn.
7
Defendan, Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad (KSAIMB), ialah koperasi yang pada materialnya merupakan salah satu francaisi di bawah program Francais Ar-Rahn.
8
Hubungan kontraktual antara Plaintif-Plaintif dan Defendan bermula sejak tahun 2013. Sepanjang hubungan tersebut, Defendan telah diberikan kebenaran dan/atau kelulusan untuk mengendalikan beberapa cawangan francais Ar-Rahn di seluruh Malaysia.
9
Setakat tempoh yang material, sebanyak 23 cawangan telah diluluskan dan/atau dibenarkan oleh Plaintif-Plaintif untuk Defendan mengoperasikan cawangan francais tersebut, antaranya Pasir Tumboh, Jertih, Kemaman, Gong Badak, Meru, Mentakab, Shah Alam, S/N aSaig8vPvEKcIpnq4eNl2w Pengkalan Chepa, Teluk Intan, Manjung, Banting, Berserah, Sungai Besar, Jitra, Alor Setar, Batang Kali, Port Dickson, Ayer Keroh, Setiu, Bertam, Pendang, Batu Pahat dan Kluang.
10
Perniagaan Ar-Rahn merupakan sistem pajak gadai Islam yang dibangunkan oleh Plaintif Pertama dengan objektif menyediakan alternatif muamalat berlandaskan syariah. Melalui program francais, Plaintif-Plaintif menyediakan sistem operasi, latihan, prosedur operasi standard, penggunaan cap dagangan, harta intelek dan sistem yang wajib dipatuhi oleh francaisi.
11
Plaintif-Plaintif adalah pemilik berdaftar cap dagangan Ar-Rahn, termasuk cap dagangan bernombor 2013004415 dan 04019280. Cap dagangan dan logo tersebut merupakan harta intelek yang digunakan dalam sistem perniagaan Ar-Rahn dan tertakluk kepada kebenaran, kawalan dan kelulusan Plaintif-Plaintif.
12
Pertikaian dalam kes ini berbangkit daripada tindakan Defendan membuka dan/atau mengoperasikan dua cawangan, iaitu Cawangan Bachok, Kelantan dan Cawangan Wangsa Melawati, Kuala Lumpur, yang menurut Plaintif-Plaintif tidak pernah diberikan kelulusan bertulis, S/N aSaig8vPvEKcIpnq4eNl2w tidak mempunyai perjanjian francais berasingan dan menggunakan cap dagangan serta harta intelek Ar-Rahn tanpa kebenaran Plaintif-Plaint
13
Kes Plaintif-Plaintif adalah bahawa Perjanjian Francais Ar-Rahn bertarikh 14.4.2019 bagi Cawangan Alor Setar dijadikan contoh perjanjian yang mengandungi terma-terma standard yang sama bagi cawangan-cawangan francais Ar-Rahn. Walaupun perjanjian tersebut adalah bagi cawangan khusus, terma-terma umum, obligasi dan halangan yang terkandung di dalamnya mengawal hubungan francais Ar-Rahn di antara pihak-pihak.
14
Plaintif-Plaintif menghujahkan bahawa setiap cawangan baharu memerlukan permohonan, pertimbangan dan kelulusan Plaintif-Plaintif serta kemasukan perjanjian francais berasingan bagi cawangan tersebut. Oleh itu, Defendan tidak boleh secara unilateral membuka cawangan baharu dan menggunakan sistem, cap dagangan, logo, bahan pengiklanan serta harta intelek Ar-Rahn tanpa kelulusan bertulis Plaintif-Plaintif. S/N aSaig8vPvEKcIpnq4eNl2w
15
Bagi Cawangan Bachok, Defendan melalui surat bertarikh 14.5.2020 telah memaklumkan hasrat membuka cawangan baharu termasuk Bachok. Plaintif-Plaintif melalui surat bertarikh 22.6.2020 memberi maklum balas tidak bersetuju. Defendan kemudiannya membuat rayuan pada 7.8.2020 dan 4.9.2020. Rayuan tersebut ditolak melalui surat bertarikh 26.8.2020 dan ditegaskan semula sebagai muktamad melalui surat bertarikh 10.9.2020. Meskipun demikian, Defendan terus mengemukakan permohonan pemasangan sistem bagi Cawangan Bachok pada 10.11.2020
16
Plaintif-Plaintif seterusnya mengemukakan tawaran mengambil alih premis Cawangan Bachok melalui surat bertarikh 30.11.2020 sebagai langkah mitigasi bagi mengelakkan kerugian kepada Defendan. Tawaran tersebut tidak dipersetujui oleh Defendan. PKINK kemudiannya sekali lagi mengemukakan tawaran mengambil alih melalui surat bertarikh 10.12.2020 dan pada masa yang sama menegaskan bahawa Cawangan Bachok tidak dibenarkan beroperasi atas alasan pasaran pajak gadai di Kelantan hampir tepu, pembukaan cawangan tersebut akan menjejaskan cawangan berhampiran seperti Ar-Rahn Jelawat, dan demi menjaga keharmonian serta keadilan antara francaisi. S/N aSaig8vPvEKcIpnq4eNl2w
17
Bagi Cawangan Wangsa Melawati, Defendan melalui surat bertarikh 14.1.2021 telah memaklumkan hasrat membuka cawangan baharu bagi tahun 2021 termasuk Wangsa Melawati. Plaintif-Plaintif melalui surat bertarikh 27.1.2021 telah memaklumkan keputusan tidak bersetuju bagi pembukaan Cawangan Ar-Rahn Wangsa Melawati. Namun demikian, Plaintif-Plaintif kemudian mendapati Defendan telah menjalankan perniagaan Ar-Rahn di Cawangan Wangsa Melawati sejak 6.12.2021 tanpa kebenaran dan/atau kelulusan bertulis.
18
Plaintif-Plaintif menyatakan bahawa akibat tindakan Defendan, Plaintif-Plaintif telah mengeluarkan notis bertarikh 20.2.2022 yang mengarahkan Defendan menutup Cawangan Bachok dan Wangsa Melawati dalam tempoh tujuh hari. Defendan tidak mematuhi notis tersebut dan melalui surat bertarikh 14.3.2022 mengekalkan pendiriannya untuk meneruskan operasi kedua-dua cawangan tersebut.
19
Plaintif-Plaintif seterusnya menyatakan bahawa Defendan tidak pernah menyerahkan Laporan Terkumpul Bulanan dan tidak pernah membayar fi royalti bagi Cawangan Bachok dan Wangsa Melawati. S/N aSaig8vPvEKcIpnq4eNl2w Defendan juga dikatakan telah menukar sistem dan menghalang proses audit, sekali gus menyebabkan Plaintif-Plaintif tidak dapat memastikan jumlah sebenar keuntungan dan royalti yang sepatutnya dibayar.
20
Defendan secara umumnya menafikan bahawa Perjanjian Francais Ar-Rahn yang dirujuk Plaintif-Plaintif merupakan perjanjian francais utama yang mengikat Cawangan Bachok dan Wangsa Melawati. Defendan menyatakan bahawa perjanjian bertarikh 14.4.2019 tersebut hanyalah perjanjian bagi Cawangan Alor Setar dan bukan perjanjian bagi kedua-dua cawangan yang dipertikaikan.
21
Defendan juga membangkitkan bahawa terdapat amalan pihak-pihak sebelum ini di mana cawangan-cawangan tertentu dibenarkan beroperasi walaupun perjanjian francais belum ditandatangani. Oleh itu, Defendan menghujahkan bahawa Plaintif-Plaintif adalah diestop daripada mendakwa bahawa operasi Bachok dan Wangsa Melawati adalah tanpa kebenaran. S/N aSaig8vPvEKcIpnq4eNl2w
22
Defendan selanjutnya menyatakan bahawa alasan Plaintif-Plaintif menolak pembukaan Cawangan Bachok dan Wangsa Melawati adalah tidak munasabah, terdapat mala fide dan Plaintif-Plaintif tidak datang ke Mahkamah dengan clean hands. Bagi isu cap dagangan, Defendan menyatakan bahawa ia telah mendapat kebenaran lisan dan menggunakan cap dagangan tersebut dengan suci hati bagi perniagaan yang sama seperti yang didaftarkan.
23
Defendan juga membangkitkan bahawa Plaintif-Plaintif gagal membuktikan elemen-elemen pengelirupaan (passing off), khususnya nama baik, representasi salah dan kerosakan yang berpunca daripada tindakan Defendan. E. KETERANGAN SAKSI-SAKSI Keterangan SP1 - Abdul Rahman bin Ali 24. SP1 ialah Pengurus Kanan Operasi Ar-Rahn bagi Plaintif Pertama. Beliau menerangkan latar belakang program Francais Ar-Rahn, hubungan pihak-pihak dan terma-terma utama Perjanjian Francais yang mengawal kelulusan pembukaan cawangan baharu, penggunaan premis, sistem, cap dagangan, logo dan obligasi pembayaran royalti. S/N aSaig8vPvEKcIpnq4eNl2w
25
SP1 memberi keterangan bahawa Defendan mempunyai pengetahuan yang jelas tentang keperluan mendapatkan kelulusan bertulis Plaintif-Plaintif sebelum membuka cawangan baharu kerana Defendan sendiri telah mengemukakan permohonan dan rayuan berulang kali bagi Cawangan Bachok dan Wangsa Melawati. Pada hemat Mahkamah, fakta permohonan dan rayuan tersebut merupakan bukti keadaan yang kukuh bahawa Defendan mengetahui bahawa kelulusan Plaintif-Plaintif adalah syarat asas sebelum operasi boleh dimulakan.
26
SP1 turut menerangkan bahawa tindakan Defendan membuka Cawangan Bachok dan Wangsa Melawati tanpa kebenaran telah melanggar Klausa 2.1, Klausa 9.1(a), Klausa 9.5, peruntukan cap dagangan, prinsip pengelirupaan serta kerangka Akta Francais 1998. Dalam pemeriksaan balas, SP1 tidak berganjak daripada pendirian bahawa tiada kelulusan bertulis diberikan kepada Defendan bagi kedua-dua cawangan tersebut. S/N aSaig8vPvEKcIpnq4eNl2w Keterangan SP2 - Mohd Shahrul Ridzuan bin Abdullah 27. SP2 ialah Penolong Pengurus Perakaunan Plaintif Pertama. Beliau menerangkan proses laporan kewangan bulanan, pengiraan fi royalti dan pengeluaran invois kepada francaisi. Menurut SP2, Defendan sebelum pertikaian merupakan antara francaisi terbesar dan pernah merekodkan prestasi baik dalam penyediaan laporan dan pembayaran royalti.
28
Walau bagaimanapun, selepas pertikaian, Defendan gagal menyerahkan Laporan Terkumpul Bulanan dan menghentikan pembayaran fi royalti. Bagi Cawangan Bachok dan Wangsa Melawati, SP2 menyatakan bahawa sejak pembukaan kedua-dua cawangan tersebut, Defendan tidak pernah menyerahkan laporan bulanan dan tidak pernah membuat pembayaran royalti. Mahkamah menerima keterangan SP2 ini sebagai relevan untuk tujuan menilai kerugian am, taksiran gantirugi dan/atau keperluan perintah akaun keuntungan.
29
Bantahan Defendan bahawa keterangan berkaitan fi royalti dan laporan bulanan tidak diplidkan telah dipertimbangkan. Mahkamah menerima bahawa tuntutan Plaintif-Plaintif bukanlah tuntutan gantirugi khas yang memerlukan setiap angka khusus diplidkan secara S/N aSaig8vPvEKcIpnq4eNl2w terperinci pada peringkat liabiliti, tetapi keterangan tersebut adalah relevan di bawah Seksyen 12 Akta Keterangan 1950 untuk menilai kerugian, kesan dan taksiran yang wajar dibuat kemudian. Keterangan SP3 - Mohd Firdaus bin Mahamood 30. SP3 memberi keterangan tentang proses permohonan cawangan dan kawalan operasi francais. Dalam pemeriksaan balas, beliau menerima bahawa beliau tidak terlibat secara langsung dalam siasatan lokasi Bachok dan Wangsa Melawati. Namun, keterangan ini tidak menjejaskan kes Plaintif-Plaintif kerana isu utama bukanlah kesempurnaan siasatan lokasi, tetapi sama ada Defendan mempunyai kelulusan bertulis untuk membuka dan mengoperasikan kedua-dua cawangan tersebut. Keterangan SD1, SD2 dan SD3 31. SD1, SD2 dan SD3 pada umumnya memberi keterangan bahawa Defendan mempunyai hubungan francais lama dengan Plaintif-Plaintif dan bahawa terdapat cawangan-cawangan terdahulu yang beroperasi sebelum perjanjian formal disempurnakan. Namun, Mahkamah mendapati keterangan tersebut tidak memadai untuk membuktikan S/N aSaig8vPvEKcIpnq4eNl2w kewujudan kelulusan lisan khusus bagi Cawangan Bachok dan Wangsa Melawati.
32
Keterangan SD2 adalah signifikan kerana beliau mengakui bahawa logo dan cap dagangan Ar-Rahn adalah milik Plaintif-Plaintif dan bahawa penggunaan logo serta cap dagangan tersebut memerlukan kebenaran Plaintif-Plaintif. Pengakuan ini menyokong kedudukan Plaintif-Plaintif bahawa penggunaan cap dagangan dan logo bagi cawangan tanpa kelulusan adalah bertentangan dengan hak Plaintif-Plaintif.
33
Keterangan SD3 juga menunjukkan bahawa Defendan tetap mengoperasikan kedua-dua cawangan walaupun notis penutupan telah dikeluarkan dan diterima. SD3 turut mengakui bahawa cawangan-cawangan tersebut dan beberapa cawangan baharu lain tidak pernah membayar yuran francais atau fi royalti kepada Plaintif-Plaintif. Mahkamah mendapati pengakuan ini memperkukuh dapatan bahawa Defendan bukan sahaja beroperasi tanpa kelulusan, bahkan terus memperoleh manfaat ekonomi daripada penggunaan jenama S/N aSaig8vPvEKcIpnq4eNl2w dan sistem Ar-Rahn tanpa menyerahkan akaun yang telus kepada Plaintif-Plaintif.
34
Isu-isu yang berbangkit di dalam kes ini adalah seperti berikut:
34
34.1 Sama ada wujud sebarang perjanjian di antara Plaintif-Plaintif dan Defendan bagi pengoperasian Cawangan Bachok dan Cawangan Wangsa Melawati.
34
34.2 Sama ada Defendan terikat di bawah Perjanjian Francais Ar-Rahn serta terma-terma halangan yang dirujuk oleh Plaintif-Plaintif.
34
34.3 Sama ada Defendan telah melanggar terma-terma halangan di bawah Perjanjian Francais Ar-Rahn.
34
34.4 Sama ada tindakan Defendan mengendalikan Cawangan Bachok dan Cawangan Wangsa Melawati telah dilakukan tanpa kebenaran dan/atau kelulusan Plaintif-Plaintif. S/N aSaig8vPvEKcIpnq4eNl2w 16 34.5 Sama ada tindakan Defendan menyebabkan kerugian kepada Plaintif-Plaintif dan francaisi-francaisi lain.
34
34.6 Sama ada Plaintif-Plaintif gagal memitigasi kerugiannya.
34
34.7 Sama ada Defendan bertanggungan terhadap kerugian yang dialami oleh Plaintif-Plaintif.
34
34.8 Sama ada tindakan Defendan merupakan pelanggaran kontrak.
34
34.9 Sama ada tindakan Defendan menjejaskan nama baik dan reputasi Plaintif-Plaintif.
34
34.10 Sama ada tindakan Defendan merupakan pengelirupaan (passing off) dan/atau pelanggaran hak cap dagangan.
34
34.11 Sama ada Plaintif Pertama membuat representasi bahawa Defendan tidak terikat dengan sistem francais setelah mencapai lebih 10 cawangan.
34
34.12 Sama ada merupakan amalan biasa Plaintif-Plaintif membenarkan operasi walaupun perjanjian belum ditandatangani. S/N aSaig8vPvEKcIpnq4eNl2w
34
34.13 Sama ada Plaintif-Plaintif diestop daripada mendakwa Defendan beroperasi tanpa kebenaran.
34
34.14 Sama ada alasan Plaintif-Plaintif menolak pembukaan Bachok dan Wangsa Melawati munasabah dan selaras dengan Perjanjian Francais. G. PRINSIP UNDANG-UNDANG Beban dan standard pembuktian 35. Prinsip asas adalah bahawa pihak yang mendakwa sesuatu fakta menanggung beban untuk membuktikannya. Seksyen 101, 102 dan 103 Akta Keterangan 1950 memperuntukkan bahawa sesiapa yang menghendaki Mahkamah memberikan penghakiman terhadap hak atau liabiliti undang-undang bergantung kepada kewujudan fakta yang ditegaskan olehnya, hendaklah membuktikan bahawa fakta tersebut wujud.
36
Dalam tindakan ini, Plaintif-plaintif menanggung beban untuk membuktikan tuntutan mereka atas imbangan kebarangkalian. S/N aSaig8vPvEKcIpnq4eNl2w Tuntutan Plaintif-plaintif adalah berasaskan pelanggaran Perjanjian Francais Ar-Rahn, penggunaan cap dagangan dan harta intelek tanpa kebenaran, kekelirupaan atau passing-off, injunksi kekal, akaun keuntungan dan/atau taksiran gantirugi.
37
Prinsip asasnya ialah pihak yang mendakwa sesuatu hak atau liabiliti mesti membuktikan fakta yang menjadi asas kepada tuntutan tersebut.
38
Seksyen 101 Akta Keterangan 1950 memperuntukkan: “Whoever desires any court to give judgment as to any legal right or liability dependent on the existence of facts which he asserts must prove that those facts exist.”
39
Seksyen 102 Akta Keterangan 1950 pula memperuntukkan: “The burden of proof in a suit or proceeding lies on that person who would fail if no evidence at all were given on either side.”
40
Seksyen 103 Akta Keterangan 1950 memperuntukkan: “The burden of proof as to any particular fact lies on that person who wishes the court to believe in its existence…” S/N aSaig8vPvEKcIpnq4eNl2w
41
Oleh itu, dalam kes ini, Plaintif-plaintif perlu membuktikan fakta-fakta utama berikut:
41
41.1 wujud hubungan kontraktual antara Plaintif-plaintif dan Defendan melalui program francais Ar-Rahn;
41
41.2 Defendan merupakan francaisi dalam sistem Ar-Rahn;
41
41.3 Plaintif-plaintif ialah pemilik dan/atau pihak yang mengawal cap dagangan, sistem, harta intelek dan model operasi Ar-Rahn;
41
41.4 pembukaan cawangan Bachok dan Wangsa Melawati dibuat tanpa kelulusan dan/atau kebenaran bertulis Plaintif-plaintif;
41
41.5 Defendan menggunakan sistem, cap dagangan, logo, nama dan identiti Ar-Rahn dalam cawangan tersebut tanpa kelulusan dan/atau kebenaran Plaintif-Plaintif;
41
41.6 tindakan Defendan tersebut telah melanggar klausa-klausa Perjanjian Francais Ar-Rahn, khususnya Klausa 2.1, 9.1(a) dan 9.5; S/N aSaig8vPvEKcIpnq4eNl2w 20 41.7 akibat tindakan Defendan tersebut, Plaintif-plaintif telah mengalami kerugian, kehilangan royalti, kehilangan kawalan terhadap sistem francais, serta kerosakan kepada nama baik dan reputasi.
42
Dalam tindakan guaman sivil ini, standard beban pembuktian ialah atas imbangan kebarangkalian. Mahkamah Persekutusan di dalam kes Sinnaiyah & Sons Sdn Bhd v Damai Setia Sdn Bhd [2015] 5 MLRA 191, menegaskan bahawa standard pembuktian dalam kes sivil adalah imbangan kebarangkalian, termasuk dalam dakwaan serius yang bersifat sivil. Oleh itu, Mahkamah ini perlu menilai sama ada fakta dan keterangan versi Plaintif-Plaintif lebih berkemungkinan benar berbanding versi Defendan.
43
Maka Mahkamah ini tidak perlu mencari pembuktian melampaui keraguan munasabah. Mahkamah ini hanya perlu menentukan versi manakah yang lebih munasabah, lebih konsisten dengan dokumen yang material, lebih selari dengan keterangan saksi, dan lebih berkemungkinan benar. S/N aSaig8vPvEKcIpnq4eNl2w
44
Dalam konteks kes ini, Mahkamah ini perlu menilai sama ada lebih berkemungkinan bahawa:
44
44.1 Defendan membuka dan mengendalikan cawangan Bachok serta Wangsa Melawati tanpa kelulusan dan/atau kebenaran bertulis Plaintif-plaintif; atau
44
44.2 Defendan benar-benar telah mendapat kelulusan lisan seperti yang didakwa.
45
Jika dakwaan kelulusan lisan tidak disokong oleh dokumen yang material, surat kelulusan, minit mesyuarat atau perjanjian bertulis, maka Mahkamah boleh membuat dapatan bahawa Plaintif-plaintif telah berjaya membuktikan ketiadaan kelulusan dan/atau kebenaran bertulis atas imbangan kebarangkalian. Interpretasi kontrak dan perlanggaran kontrak 46. Dalam kes Sri Kelangkota-Rakan Engineering JV Sdn Bhd & Ors v Arab Malaysian Prima Realty Sdn Bhd [2001] 1 MLJ 324, Mahkamah Rayuan menyatakan bahawa dalam tindakan berasaskan S/N aSaig8vPvEKcIpnq4eNl2w kontrak, persoalan pihak mana yang melanggar kontrak adalah persoalan fakta yang bergantung kepada keadaan kes. Mahkamah ini perlu mentafsir terma dokumen bertulis dan menentukan sama ada perlanggaran yang dikatakan benar-benar berlaku. "If the contract is in writing, the first task of the court is to interpret the terms of the documents to ascertain its meaning... The next task is to determine on the peculiar facts of the particular case as to whether the breach complained of did occur."
47
Selanjutnya di dalam kes Anuar bin Abu Bakar v Samsuri bin Booyman [2016] 6 MLJ 96, Mahkamah Rayuan menegaskan prinsip bahawa pihak-pihak terikat dengan janji dan terma kontrak masing-masing. Mahkamah ini menerima prinsip tersebut bersama Seksyen 38 Akta Kontrak 1950 bahawa pihak kepada kontrak hendaklah melaksanakan janji masing-masing kecuali dikecualikan oleh undang-undang. S/N aSaig8vPvEKcIpnq4eNl2w "It is also clearly provided under s.38 of the Contracts Act 1950 that a party to a contract must, unless excused under the Contracts Act or any other law, be bound by the terms of the contract so entered between them."
48
Prinsip am bagi pelanggaran kontrak boleh dirujuk kepada Seksyen 40 Akta Kontrak 1950, yang memperuntukkan: “When a party to a contract has refused to perform, or disabled himself from performing, his promise in its entirety, the promisee may put an end to the contract, unless he has signified, by words or conduct, his acquiescence in its continuance.”
49
Selanjutnya Seksyen 56 Akta Kontrak 1950 pula memperuntukkan: “When a party to a contract promises to do a certain thing at or before a specified time, or certain things at or before specified times, and fails to do any such thing at or before the specified time, the contract, or so much of it as has not been performed, becomes voidable at the option of the promisee, if the intention S/N aSaig8vPvEKcIpnq4eNl2w of the parties was that time should be of the essence of the contract.”
50
Mahkamah ini merujuk kes Berjaya Times Square Sdn Bhd v M Concept Sdn Bhd [2010] 1 CLJ 269 yang memutuskan seperti berikut: “a) Mahkamah perlu memutuskan samada terdapat perlanggaran kontrak atau tidak iaitu pihak mana yang teraniaya (innocent) dan pihak mana yang melanggar kontrak (guilty party); b) Sekiranya satu pihak melanggar kontrak, pihak tersebut dikatakan telah menolak repudiate) kontrak berkenaan; c) Pihak yang teraniaya boleh memilih samada menerima penolakan kontrak tersebut (repudiation) dan menamatkan kontrak, atau tidak menerima penolakan kontrak dan mahukan kontrak diteruskan. S/N aSaig8vPvEKcIpnq4eNl2w d) Sekiranya kontrak ditamatkan, segala tanggungjawab masa hadapan pihak-pihak tamat, tetapi tanggungjawab yang lepas masih kekal dan berkuatkuasa; e) Perlanggaran kontrak hendaklah perlanggaran satu yang merupakan asas kontrak (go to the root of the contract), iaitu pihak yang bertanggungjawab untuk melaksanakan telah gagal melaksanakannya secara keseluruhannya; f) Sekiranya sebahagian pelaksanaan kontrak telah dilaksanakan, pihak yang teraniaya TIDAK BOLEH menamatkan kontrak; g) Oleh yang demikian, pembatalan kontrak bukanlah remedi yang boleh digunakan di dalam kes perlanggaran di mana kontrak telah dilaksanakan sebahagiannya
51
Dalam konteks kes ini, Plaintif-plaintif perlu membuktikan bahawa r\terdapat pelanggaran oleh Defendan bukan sekadar isu teknikal, S/N aSaig8vPvEKcIpnq4eNl2w tetapi menyentuh terma penting yang mengawal operasi francais Ar-Rahn, iaitu kewajipan mendapatkan kelulusan dan/atau kebenaran bertulis sebelum membuka atau mengoperasikan cawangan lain.
52
Dalam menilai Perjanjian Francais Ar-Rahn, Mahkamah ini hendaklah memberi kesan kepada perkataan kontrak sebagaimana dipersetujui oleh pihak-pihak. Dalam Berjaya Times Square Sdn Bhd v M Concept Sdn Bhd [2010] 1 MLJ 597, Mahkamah Persekutuan menyatakan: “The court has no power to improve upon the instrument which it is called upon to construe, whether it be a contract, a statute or articles of association. It cannot introduce terms to make it fairer or more reasonable. It is concerned only to discover what the instrument means.”
53
Selanjutnya di dalam MBF Holdings Berhad v Dato’ Loy Teik Ngan & Ors [2013] 1 LNS 495, Mahkamah menyatakan: “The Court does not make a contract for the parties. The Court will not even improve the contract which the parties have made for themselves, however desirable the improvement might be. S/N aSaig8vPvEKcIpnq4eNl2w The Court's function is to interpret and apply the contract which the parties have made for themselves. If the express terms are perfectly clear and free from any ambiguity, there is no choice to be made between different possible meanings; the clear terms must be applied even if the court thinks some other terms would have been suitable.”
54
Berdasarkan prinsip undang-undang berikut, sekiranya Mahkamah mendapati bahawa Klausa 9.1(a) dan 9.5 adalah jelas dan tidak kabur, Mahkamah hendaklah memberi kesan kepada perkataan “prior approval in writing” dan “shall not commence operation” sebagaimana yang termaktub dalam Perjanjian Francais.
55
Walau bagaimanapun, dalam kes ini, Mahkamah ini juga perlu menilai pembelaan Defendan bahawa Perjanjian Francais bertarikh 14.4.2019 adalah terhad kepada Cawangan Alor Setar dan tidak terpakai kepada Cawangan Bachok dan Wangsa Melawati. Defendan telah secara khusus menghujahkan bahawa Perjanjian Francais bertarikh 14.4.2019 tidak mengikat Defendan dalam tindakan ini kerana ia terhad kepada Cawangan Alor Setar. S/N aSaig8vPvEKcIpnq4eNl2w Prinsip francais dan wilayah eksklusif 56. Keputusan Mahkamah Tinggi di dalam kes Koperasi Tanjong Keramat Malaysia Bhd v Permodalan Kelantan Bhd & Anor [2025] 9 CLJ 933 adalah amat relevan kerana melibatkan program Ar-Rahn dan isu operasi cawangan Koperasi Sahabat di Wangsa Melawati. Dalam kes tersebut, Mahkamah Tinggi menekankan bahawa perlindungan paling penting kepada francaisi ialah terma ekspres berhubung wilayah atau kawasan operasi. Mahkamah juga menyatakan bahawa perjanjian francais bukan sekadar perjanjian komersial persendirian, tetapi membawa jangkaan ketelusan, etika perniagaan dan layanan saksama kepada francaisi. "The most important protection to a franchisee would be the express term as to the territory or area it is allowed to operate."
57
Dalam kes yang sama, Mahkamah Tinggi mendapati bahawa kegagalan francaisor mengambil tindakan efektif terhadap pembukaan cawangan Koperasi Sahabat di wilayah eksklusif francaisi lain boleh menjadi perlanggaran fundamental. Prinsip tersebut menyokong kepentingan pematuhan ketat terhadap terma wilayah dan larangan pembukaan cawangan tanpa kelulusan. S/N aSaig8vPvEKcIpnq4eNl2w "The exclusive right to operate within a defined territory was not merely an incidental term, but a cornerstone of the franchise arrangement."
58
Merujuk kepada Seksyen 18(2)(b) Akta Francais 1998 yang memperuntukkan bahawa perjanjian francais hendaklah mengandungi hak wilayah francaisi seperti berikut: “Kehendak perjanjian francais 18.
1
Perjanjian francais hendaklah dalam bentuk bertulis.
2
Perjanjian francais hendaklah mengandungi tetapi tidak terhad kepada –
a
nama dan perihal keluaran dan perniagaan di bawah francais;
b
hak wilayah yang diberikan kepada francaisi;
c
fi francais, fi promosi, royalti atau apa-apa jenis bayaran yang berkaitan yang boleh dikenakan atas francaisi, jika ada; S/N aSaig8vPvEKcIpnq4eNl2w
d
kewajipan francaisor;
e
kewajipan francaisi;
f
hak francaisi untuk menggunakan cap atau apa-apa harta intelektual lain, sementara menanti pendaftaran atau selepas pendaftaran francais;
g
syarat-syarat yang di bawahnya francaisi boleh menyerahhakkan hak di bawah francais;
h
pernyataan tentang tempoh bertenang sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (4);
i
perihal mengenai cap atau apa-apa harta intelektual lain yang dipunyai oleh atau yang berkaitan dengan francaisor yang digunakan dalam francais; S/N aSaig8vPvEKcIpnq4eNl2w
j
jika perjanjian itu adalah berkaitan dengan francaisi induk, identiti francaisor dan hak yang diperoleh oleh francaisi induk daripada francaisor;
k
jenis dan butir-butir bantuan yang diberikan oleh francaisor;
l
tempoh francais, dan terma pembaharuan dan pelanjutan perjanjian francais; dan
m
kesan penamatan atau habis tempoh perjanjian francais.
59
Di dalam kes Koperasi Tanjong Keramat Malaysia Bhd v Permodalan Kelantan Bhd & Anor [2025] 9 CLJ 933 menyatakan: “The most important protection to a franchisee would be the express term as to the territory or area it is allowed to operate. Hence, the Franchise Act 1998 (‘Act’) provides the mandatory requirement to set out terms related to franchise territory.” S/N aSaig8vPvEKcIpnq4eNl2w
60
Dalam kes yang sama, Mahkamah juga menyatakan bahawa: “A franchise agreement is not merely a private commercial arrangement between two contracting parties. Instead, it carries with it broader obligations that include the expectation of transparency, ethical business conduct, and equitable treatment of franchisees.”
61
Dalam kes ini, isu wilayah francais timbul kerana Defendan menghujahkan bahawa Cawangan Bachok dan Wangsa Melawati telah mematuhi Klausa 4.2. Defendan juga memplidkan bahawa Plaintif-plaintif, bukannya Defendan, telah melanggar Klausa 4.2 apabila tidak membenarkan operasi cawangan tersebut. Justeru, Plaintif-plaintif perlu membuktikan bukan sahaja bahawa Klausa 4.2 terpakai, tetapi juga bahawa pematuhan radius wilayah semata-mata tidak mencukupi untuk membenarkan Defendan membuka cawangan tanpa mematuhi Klausa 2.1, 9.1(a) dan 9.5. S/N aSaig8vPvEKcIpnq4eNl2w Prinsip cap dagangan dan passing off 62. Bagi tuntutan pengelirupaan, prinsip umum yang diterima pakai ialah Plaintif perlu membuktikan nama baik (goodwill), representasi salah yang berkemungkinan menyebabkan kekeliruan, dan kerosakan atau kemungkinan kerosakan. Prinsip klasik ini berasal daripada kes Reckitt & Colman Products Ltd v Borden Inc [1990] 1 WLR 491 dan telah diterima pakai dalam undang-undang common law Malaysia. "The law of passing off can be summarised in one short general proposition: no man may pass off his goods as those of another."
63
Mahkamah Persekutusan di dalam kes MOHAMMAD HAFIZ HAMIDUN v. KAMDAR SDN BHD [2021] 6 CLJ 799 [2021] 1 LNS 590, YAA KHN Tengku Maimoon memutuskan yang berikut: “[28] The law on passing off and its constituent elements, is very much settled. Its history and development are lucidly explained in the judgment of Abdul Malik Ishak JCA in Yong Sze Fun & Anor v. Syarikat Zamani Hj Tamin Sdn Bhd & Anor [2011] CLJU S/N aSaig8vPvEKcIpnq4eNl2w 34 1307; [2011] 1 LNS 1307; [2012] 1 MLJ 585 ("Yong Sze Fun"). For the purposes of this appeal, it is sufficient if we merely restate briefly the basics as follows. [29] Lord Diplock stated the five different elements of the tort in Erven Warnink BV & Ors v. Townend & Sons (Hull) Ltd & Ors [1979] AC 731 ("the Advocaat Case"). In the same case, Lord Fraser of Tullybelton also formulated his own test in a separate speech. [30] In a later case, that is, Reckitt and Colman Products Ltd v. Borden Inc & Ors [1990] 1 All ER 873 ("Reckitt"), Lord Oliver further summarised the five elements identified by Lord Diplock into three. His Lordship stated as follows, at p. 880: Neither the appellants nor the respondents contend that the principles of law are in any doubt. The law of passing off can be summarised in one short general proposition, no man may pass off his goods as those of another. More specifically, it may be expressed in terms S/N aSaig8vPvEKcIpnq4eNl2w of the elements which the plaintiff in such an action has to prove in order to succeed. These are three in number. First, he must establish a goodwill or reputation attached to the goods or services which he supplies in the mind of the purchasing public by association with the identifying 'get-up' (whether it consists simply of a brand name or a trade description, or the individual features of labelling or packaging) under which his particular goods or services are offered to the public, such that the get-up is recognised by the public as distinctive specifically of the plaintiff's goods or services. Second, he must demonstrate a misrepresentation by the defendant to the public (whether or not intentional) leading or likely to lead the public to believe that goods or services offered by him are the goods or services of the plaintiff. Whether the public is aware of the plaintiff's identity as the manufacturer or supplier of the goods or services is immaterial, as long as they are identified with a particular source which is in fact the plaintiff. For example, if the public is accustomed to rely upon a particular brand name in purchasing goods S/N aSaig8vPvEKcIpnq4eNl2w of a particular description, it matters not at all that there is little or no public awareness of the identity of the proprietor of the brand name. Third, he must demonstrate that he suffers or, in a quia timet action, that he is likely to suffer damage by reason of the erroneous belief engendered by the defendant's misrepresentation that the source of the defendant's goods or services is the same as the source of those offered by the plaintiff. [31] In short, the three elements which have now come to be known as the "classic trinity" of passing off, are that the plaintiff must be able to establish (i) goodwill; (ii) misrepresentation; and (iii) damage or possibility of damage (if the action is quia timet). Each of these constituent elements can lead to reams of discussions on their own but they are generally accepted, following a line of cases after Reckitt, as the primary constituents of the tort. S/N aSaig8vPvEKcIpnq4eNl2w "Goodwill" Generally [33] The classic attempt at a definition of goodwill is the dictum of Lord Macnaghten in Inland Revenue Commissioners v. Muller & Co's Margarine Ltd [1901] AC 217 ("Muller"), a decision of the House of Lords to which the High Court referred and which we accept. At pp. 223-224, Lord Macnaghten explained it as follows: ... What is goodwill? It is a thing very easy to describe, very difficult to define. It is the benefit and advantage of the good name, reputation, and connection of a business. It is the attractive force which brings in custom. It is the one thing which distinguishes an old-established business from a new business at its first start. The goodwill of a business must emanate from a particular centre or source. However widely extended or diffused its influence may be, goodwill is worth nothing unless it has power of attraction sufficient to bring customers home to the source from which it emanates. Goodwill is composed of a variety of elements. It differs in its composition in different trades and in different businesses in the same trade. One element may preponderate here and another element there. To S/N aSaig8vPvEKcIpnq4eNl2w analyse goodwill and split it up into its component parts, to pare it down as the Commissioners desire to do until nothing is left but a dry residuum ingrained in the actual place where the business is carried on while everything else is in the air, seems to me to be as useful for practical purposes as it would be to resolve the human body into the various substances of which it is said to be composed. The goodwill of a business is one whole, and in a case like this it must be dealt with as such. ….. [35] Whatever be the definition of "goodwill", as Lord Diplock put it in Star Industrial Co Ltd v. Yap Kwee Kor t/a New Star Industrial Co [1976] CLJU 145; [1976] 1 LNS 145; [1976] 1 MLJ 149 (at p. 155) paraphrasing from Lord Macnaghten in Muller (supra): Goodwill, as the subject of proprietary rights, is incapable of subsisting by itself. It has no independent existence apart from the business to which it is attached. [36] What is clear from the cases is that goodwill, if it exists, is always attached to a business or trade. The evidence in the present appeal is S/N aSaig8vPvEKcIpnq4eNl2w quite overwhelming that there is goodwill attached to the name "Hafiz Hamidun" such that any misrepresentation of it will cause or is likely to cause damage to the goodwill of a business conducted using it. [37] The more crucial question in the present appeal is: who exactly has the standing to prosecute a claim against the misrepresentation of that unregistered trademark which has been established against the defendant. [38] Goodwill, an intangible and fluid asset, is (as we understand it) necessarily wide in definition. In our view, the strongest authority to illustrate this is the judgment of Danckwerts J in Bollinger and Others v. Costa Brava Wine Company Ltd [1959] 3 All ER 800 ("Bollinger"). ….. [42] Essentially, the point of the case is that goodwill need not necessarily be confined to any particular trader so long as the goodwill in that trade is sufficiently established in that business such that any misrepresentation of it causes or is likely to cause harm to it. S/N aSaig8vPvEKcIpnq4eNl2w …… [44] The foregoing authorities generally clarify that goodwill, by its definition and in a business may not necessarily be attached so strictly to any particular individual or group of persons. Goodwill resides in the trade or in the goods or in the service or in the name, description or any other insignia, mark or distinguishing feature relevant to those goods or services. [45] It therefore stands to reason that if the goodwill of a particular trade or goods or service or description of those things is capable of being identified geographically (as it was in the case of Bollinger), then any trader with sufficient nexus to that business is eligible to sue. [46] In the present appeal, the defendant's submissions to the extent that it attempts to make a technical distinction between the plaintiff and HSB (without regard to the overwhelming evidence in the goodwill established in "Hafiz Hamidun") must therefore be rejected. S/N aSaig8vPvEKcIpnq4eNl2w [47] On the factual matrix of the present appeal, we are of the view that the learned High Court Judge was correct to find that the goodwill in the name "Hafiz Hamidun" belongs to the plaintiff and not HSB. The findings indicate that the unregistered trademark is identified with the plaintiff, that he uses it and it has accumulated goodwill in that sense are contained in paras. 29-32 of the learned High Court Judge's judgment. We were minded to endorse those findings.”
64
Dalam konteks kes ini, penggunaan logo, cap dagangan, sistem, bahan pengiklanan dan premis berjenama Ar-Rahn oleh Defendan tanpa kelulusan dan/atau kebenaran bertulis Plaintif-Plaintif telah membawa suatu representasi kepada orang awam bahawa Cawangan Bachok dan Wangsa Melawati merupakan cawangan sah dan diluluskan dalam rangkaian francais Ar-Rahn yang dibenarkan oleh Plaintif-Plaintif sedangkan fakta memunjukkan sebaliknya. Representasi sedemikian berpotensi menjejaskan goodwill dan kawalan francais Plaintif-Plaintif.
65
Defendan sebaliknya telah memplidkan bahawa Plaintif-plaintif gagal membuktikan elemen goodwill dan passing-off. Dalam Pernyataan S/N aSaig8vPvEKcIpnq4eNl2w Pembelaan, Defendan menyatakan bahawa hubungan francais pihak-pihak telah bermula sejak 2013 dan “sukar untuk membezakan produk itu milik Defendan atau Plaintif-plaintif”, lalu Defendan menghujahkan bahawa Plaintif-plaintif menanggung beban untuk menunjukkan mereka mempunyai nama baik bagi produk tersebut.
66
Oleh itu, Plaintif-plaintif mempunyai beban dari segi undang-undang untuk menunjukkan mereka memiliki nama baik bagi produk tersebut, dan bagi tuntutan passing-off, beban Plaintif-plaintif adalah lebih khusus dan tidak memadai sekadar menunjukkan bahawa Defendan menggunakan nama atau sistem Ar-Rahn. Plaintif-plaintif mesti membuktikan tiga elemen klasik passing-off seperti yang dinyatakan dalam Reckitt & Colman dan Mohammad Hafiz Hamidun. Gantirugi, akaun keuntungan dan injunksi 67. Seksyen 74 Akta Kontrak 1950 memperuntukkan bahawa apabila kontrak dipecahkan, pihak yang mengalami kerugian berhak menerima pampasan bagi kerugian yang secara semula jadi timbul daripada perlanggaran tersebut atau yang diketahui oleh pihak-pihak pada masa kontrak dibuat sebagai berkemungkinan timbul daripada S/N aSaig8vPvEKcIpnq4eNl2w perlanggaran itu. Pampasan tidak diberikan bagi kerugian yang terlalu jauh atau tidak langsung. "When a contract has been broken, the party who suffers by the breach is entitled to receive compensation for any loss or damage caused to him thereby, which naturally arose in the usual course of things from the breach."
68
Dalam Koperasi Tanjong Keramat, Mahkamah Tinggi menegaskan bahawa hak pampasan di bawah Seksyen 74 Akta Kontrak 1950 bertujuan meletakkan pihak yang teraniaya, setakat wang mampu berbuat demikian, dalam kedudukan seolah-olah kontrak telah dilaksanakan dengan sempurna. Mahkamah ini mengguna pakai prinsip tersebut bagi tujuan taksiran gantirugi dan/atau akaun keuntungan.
69
Berhubung gantirugi teruk dan teladan, Mahkamah mengambil maklum prinsip dalam Rookes v Barnard [1964] 1 All ER 367, Sambaga Valli a/p KR Ponnusamy v Datuk Bandar Kuala Lumpur [2018] 1 MLJ 784, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) S/N aSaig8vPvEKcIpnq4eNl2w & Anor v Awang Soh Mamat & Ors [2009] 5 CLJ 1, Chong Siew Chiang v Chua Chin Geh & Anor [1995] 1 CLJ 173 dan Soo Kian Huat v Zenith Aim Sdn Bhd [2016] 1 LNS 977. Gantirugi teladan adalah bersifat menghukum dan diberikan dalam kategori terhad, manakala gantirugi teruk bersifat pampasan bagi keadaan yang meningkatkan penderitaan atau kecederaan terhadap pihak yang menuntut. "Exemplary damages or punitive damages are additional damages awarded with reference to the conduct of the defendant, to signify disapproval, condemnation or denunciation of the defendant’s tortious act, and to punish the defendant." Ganti Rugi Teladan dan Ganti Rugi Teruk Prinsip Undang-Undang 70. Mahkamah ini mendapati bahawa selain daripada gantirugi biasa, Mahkamah ini mempunyai bidang kuasa untuk menganugerahkan gantirugi teladan (“exemplary damages”) dan gantirugi teruk (“aggravated damages”) dalam keadaan-keadaan yang wajar S/N aSaig8vPvEKcIpnq4eNl2w berdasarkan fakta dan perlakuan pihak yang melakukan pelanggaran. Prinsip berhubung gantirugi teladan telah dijelaskan oleh House of Lords dalam kes Rookes v Barnard [1964] AC 1129 di mana Lord Devlin menyatakan: “Exemplary damages are intended to punish and deter.”
71
Lord Devlin selanjutnya menjelaskan bahawa gantirugi teladan boleh diberikan apabila tindakan Defendan menunjukkan perlakuan yang menindas, sewenang-wenangnya, tidak berperikemanusiaan, atau dilakukan dengan niat mendapatkan keuntungan secara salah. Prinsip tersebut telah diterimapakai dalam pelbagai keputusan Mahkamah di Malaysia bahawa gantirugi teladan diberikan bukan semata-mata untuk pampasan, tetapi untuk menghukum (“punitive”) dan memberi pengajaran supaya tindakan serupa tidak diulangi.
72
Dalam kes AstraZeneca Sdn Bhd v OBor Biomedicals Sdn Bhd [2022] MLJU 665. Mahkamah menyatakan bahawa gantirugi teladan adalah wajar apabila pelanggaran dilakukan secara sengaja, S/N aSaig8vPvEKcIpnq4eNl2w berterusan dan dengan pengetahuan bahawa tindakan tersebut menyalahi hak pihak lain.
73
Gantirugi teruk pula diberikan apabila cara atau keadaan pelanggaran itu dilakukan telah menambahkan kecederaan kepada Plaintif, menjejaskan maruah, reputasi, nama baik atau menyebabkan tekanan dan penghinaan yang lebih serius kepada Plaintif.
74
Dalam kes Cassell & Co Ltd v Broome [1972] AC 1027 Mahkamah menjelaskan bahawa aggravated damages boleh diberikan apabila perlakuan Defendan meningkatkan kecederaan (“injury”) kepada Plaintif; termasuk melalui tindakan yang angkuh, berniat jahat atau tidak menghormati hak Plaintif.
75
Mahkamah di Malaysia juga menerima prinsip bahawa gantirugi teruk boleh diberikan apabila perlakuan Defendan selepas pelanggaran, cara pembelaan dan sikap Defendan semasa prosiding telah memburukkan lagi kerugian atau kecederaan Plaintif. S/N aSaig8vPvEKcIpnq4eNl2w
76
Mahkamah memberi perhatian khusus kepada beberapa klausa material dalam Perjanjian Francais Ar-Rahn kerana tuntutan Plaintif-Plaintif sebahagian besarnya bergantung kepada persoalan sama ada Defendan dibenarkan membuka cawangan baharu tanpa kelulusan bertulis dan tanpa perjanjian cawangan khusus.
77
Klausa 1 memberikan takrif “Business” sebagai perniagaan francais Ar-Rahn yang beroperasi di premis yang dibenarkan, di bawah cap dagangan, harta intelek, sistem dan standard yang ditetapkan oleh Plaintif-Plaintif.
78
Dengan itu, perniagaan yang dijalankan di bawah jenama Ar-Rahn bukan sekadar aktiviti pajak gadai Islam secara umum, tetapi suatu sistem francais yang dikawal oleh pemilik jenama.
79
Klausa 2.1 adalah terma yang amat penting. Klausa 2.1 memperuntukkan seperti berikut: “2. Grant of Franchised Rights and Reservations
2
2.1 The Franchisor hereby grants to the Franchisee and the S/N aSaig8vPvEKcIpnq4eNl2w Franchisee hereby accepts during the term of this Agreement a franchise to carry on the Business at or operate the Business from, the Premise subject to and in accordance with the terms of this Agreement. However, this grants of franchise is only limited to the specified premised only. A separate agreement must be signed between the parties of this Agreement should the parties agreed to expand the Business to other premises.”
80
Terma ini menunjukkan bahawa hak yang diberikan kepada francaisi adalah tertakluk kepada premis yang dikhususkan. Ia juga memperuntukkan bahawa sekiranya francaisi ingin meluaskan operasi kepada premis lain, perjanjian berasingan perlu dimasuki.
81
Mahkamah ini menerima hujahan Plaintif-Plaintif bahawa klausa ini bertujuan mengelakkan pembukaan cawangan secara unilateral dan memastikan semua cawangan baharu tertakluk kepada kawalan, standard dan rekod rasmi Plaintif-Plaintif.
82
Klausa 4.1 memperuntukkan bahawa setiap perjanjian francais adalah terhad dan eksklusif kepada cawangan yang dinyatakan dalam perjanjian. Klausa 4.1 memperuntukkan yang berikut: S/N aSaig8vPvEKcIpnq4eNl2w “4.1 The rights granted to the Franchisee under this Agreement shall extend only to carrying on or operating the Business at or from the Premises within the Franchise Territory.”
83
Klausa 4.2 pula menetapkan wilayah francais, iaitu dalam mana-mana ibu negeri pada radius 1 kilometer dan dalam wilayah lain pada radius 3 kilometer. Klausa 4.2 memperuntukkan: “4.2 For the purpose of this Agreement, the Franchise Territory shall be as follows:
a
Any state capital – in a radius of one (1) kilometer; or
b
All other territories – in a radius of three (3) kilometer.”
84
Mahkamah ini mendapati klausa ini bukan sekadar peruntukan teknikal, tetapi satu jaminan komersial kepada francaisi bahawa sistem francais dikawal bagi mengelakkan pertindihan, persaingan tidak adil dan gangguan kepada francaisi lain. Selanjutnya, Mahkamah Tinggi dalam kes Koperasi Tanjong Keramat Malaysia Bhd v Permodalan S/N aSaig8vPvEKcIpnq4eNl2w Kelantan Bhd & Anor [2025] 9 CLJ 933 menegaskan bahawa perlindungan wilayah francais merupakan perlindungan paling penting kepada francaisi.
85
Klausa 8 dan 8.6 menyenaraikan obligasi francaisi termasuk kewajipan mematuhi standard, menyerahkan pelan susun atur, menggunakan sistem yang ditetapkan, membayar yuran pembukaan, membayar fi royalti bulanan, menyerahkan laporan kewangan bulanan dan membenarkan audit. Kegagalan Defendan menyerahkan laporan dan membayar royalti bagi cawangan yang dipertikaikan menunjukkan bahawa Defendan telah mengambil manfaat daripada jenama Ar-Rahn tanpa memikul obligasi yang sepatutnya dipikul oleh francaisi.
86
Klausa 8.6 memperuntukkan yang berikut: “The Franchisee shall during the term of this Agreement:
a
inform the Franchise Management Company of any suspected infringement or misappropriation of the Franchisor’s Intellectual Property and to take such reasonable action as the Franchise Management Company S/N aSaig8vPvEKcIpnq4eNl2w shall direct at the expense of the Franchisor in relation to such infringement or misappropriation; and
b
compensate the Franchisor for any damage suffered in the case of any use by the Franchisee of the Intellectual Property otherwise than in accordance with this Agreement and to indemnify the Franchisor for any liability incurred to third parties for any use of the Intellectual Property other than in accordance with this Agreement.
c
to be permitted to use signage board with Franchisee’s own name and logo. Franchisee also undertakes to maintain the word “Ar Rahn” and the “Jawi” word to portray/respond trademark of the Franchisor.”
87
Klausa 9.1(a) dan 9.5 pula menekankan bahawa francaisi tidak boleh menjalankan perniagaan, membuat perubahan premis, memulakan operasi atau menggunakan bahan berkaitan francais tanpa kebenaran dan/atau kelulusan Plaintif-Plaintif.
88
Klausa 9.1(a) memperuntukkan: S/N aSaig8vPvEKcIpnq4eNl2w “9.1 The Franchisee shall not:
a
operate the Business or any part of the System at any location other than the Premises without the prior approval in writing of the Franchise Management Company.”
89
Klausa 9.5 memperuntukkan secara verbatim: “The Franchisee shall not commence operation of the Business until the Franchise Management Company has approved the specified premises and the construction and alterations resulting therefrom.”
90
Pada hemat Mahkamah ini, klausa-klausa ini jelas dan tidak kabur. Apa yang diperlukan ialah kelulusan bertulis dan bukan dakwaan kelulusan lisan yang tidak disokong oleh bukti dokumentari.
91
91.
Schedule
Jadual 1 Perjanjian Francais turut merujuk kepada cap dagangan dan logo Ar-Rahn. Oleh itu, penggunaan logo Ar-Rahn bukan hak bebas Defendan. Ia adalah penggunaan berlesen yang hanya boleh berlaku S/N aSaig8vPvEKcIpnq4eNl2w dalam lingkungan kebenaran yang diberikan oleh pemilik cap dagangan dan tertakluk kepada premis serta cawangan yang diluluskan. 92. Takrif “Trade Mark” di bawah Klausa 1 merujuk secara langsung kepada Jadual 1 seperti berikut: “Trade Mark” means a device, brand, heading, label, ticket, name, signature, word, letter, numeral or any combination thereof as represented in paragraph 3.0 of Schedule 1, its accompanying logo currently in use or in any other form, colour and style to be used by and at the discretion of the Franchisor.” 93. Mahkamah ini mendapati Jadual 1 tersebut telah memperincikan perkara-perkara yang berikut: 1. cap dagangan “Ar-Rahn”; 2. logo Ar-Rahn; 3. tulisan jawi; 4. identiti dan gaya penggunaan cap dagangan; 5. warna, bentuk dan gaya logo; S/N aSaig8vPvEKcIpnq4eNl2w 6. penggunaan atas budi bicara Plaintif sebagai Francaisor. 94. Mahkamah ini juga mendapati Jadual 1 tersebut merupakan asas kepada hak proprietari Plaintif, kawalan penggunaan cap dagangan dan standard sistem francais Ar-Rahn. 95. Maka, sebarang penggunaan cap dagangan tersebut tanpa kebenaran dan/atau kelulusan dan/atau di luar skop perjanjian boleh membawa kepada pelanggaran kontrak, pelanggaran harta intelek, dan penyalahgunaan sistem francais Plaintif. I. KRONOLOGI DOKUMEN MATERIAL 96. Mahkamah ini telah meneliti kronologi dokumen yang telah dikemukakan dalam Ikatan Dokumen Bersama dan Ikatan Dokumen Tambahan oleh pihak-pihak terlibat. Kronologi dokumentari ini adalah penting diteliti dan diperhalusi kerana dokumen kontemporari ini lazimnya mempunyai nilai probatif yang tinggi berbanding ingatan saksi-saksi selepas pertikaian dan/atau sebarang isu berbangkit atau timbul di sini. S/N aSaig8vPvEKcIpnq4eNl2w 55 97. Bermula pada 17.11.2013, Plaintif Pertama telah melantik Defendan sebagai francaisi Ar-Rahn. Pelantikan ini membentuk latar belakang hubungan perniagaan di antara pihak-pihak. Sejak itu, Defendan telah beroperasi sebagai francaisi dan telah menubuhkab beberapa cawangan yang telah diluluskan oleh Plaintif-Plaintif dari semasa ke semasa. 98. Seterusnnya pada 14.4.2019, pihak-pihak telah memasuki satu Perjanjian Francais Ar-Rahn bagi Cawangan Alor Setar. Walaupun dokumen tersebut berkaitan cawangan khusus, Mahkamah ini telah menerima bahawa kandungan perjanjian tersebut menggambarkan terma-terma standard program Francais Ar-Rahn yang difahami dan amat jelas diterima oleh pihak-pihak yang terlibat dalam program fraincaisi ini. 99. Pada 5.2.2020 dan 12.3.2020, terdapat dokumen berkaitan permohonan pihak lain bagi lokasi Bachok. Ini menyokong penjelasan Plaintif-Plaintif bahawa kawasan Bachok telah menjadi subjek pertimbangan francais dan bahawa Plaintif-Plaintif perlu menilai kesan terhadap francaisi lain. S/N aSaig8vPvEKcIpnq4eNl2w CAWANGAN BACHOK 100. Pada 14.5.2020, Defendan telah melalui suratnya kepada Plaintif-Plaintif memaklumkan hasrat untuk membuka beberapa cawangan baharu termasuk cawangan Bachok. Pada 22.6.2020, Plaintif Pertama memberi maklum balas bahawa pembukaan Bachok tidak dipersetujui. Pada 7.8.2020 dan 4.9.2020, Defendan mengemukakan rayuan atas keputusan penolakan Plaintif pertama tersebut. Pada 26.8.2020 dan 10.9.2020, Plaintif-Plaintif menolak rayuan dan menegaskan keputusan penolakan rayuan tersebut sebagai muktamad. Rantaian surat ini menunjukkan dengan jelas bahawa Defendan mengetahui kebenaran dan/atau kelulusan secara bertulis untuk membuka cawangan Bachok telah tidak diberikan dan/atau tidak dipersetujui oleh Plaintif-Plaintif. 101. Pada 10.11.2020, walaupun keputusan tidak bersetuju telah dimuktamadkan, Defendan masih memohon pemasangan Sistem Ar-Rahn di Cawangan Bachok. Pada 30.11.2020, Plaintif-Plaintif menawarkan pengambilalihan premis Bachok sebagai penyelesaian praktikal. Pada 2.12.2020, Defendan tidak bersetuju degan cadangan S/N aSaig8vPvEKcIpnq4eNl2w plaintif-plaintif. Pada 10.12.2020, PKINK turut menegaskan alasan penolakan dan tawaran pengambilalihan. CAWANGAN WANGSA MELAWATI 102. Pada 14.1.2021, Defendan memaklumkan hasratnya kepada Plaintif-Plaintif untuk membuka beberapa cawangan baharu bagi tahun 2021 termasuk cawangan Wangsa Melawati. Pada 27.1.2021, Plaintif-Plaintif memaklumkan keputusan tidak bersetuju. Walaupun begitu, keterangan dari saksi-saksi plaintif dan defendan telah menunjukkan bahawa Cawangan Wangsa Melawati telah mula beroperasi pada atau sekitar 6.12.2021. Ini adalah fakta penting yang menunjukkan tindakan Defendan tersebut jelas bertentangan dengan jawapan bertulis Plaintif-Plaintif. 103. Pada 20.2.2022, Plaintif-Plaintif telah mengeluarkan suatu notis kepada Defendan untuk mengarahkan penutupan bagi Cawangan Bachok dan Wangsa Melawati. Notis tersebut tidak dipatuhi dan/atau diabaikan oleh Defendan. Pada 14.3.2022, Defendan menegaskan pendiriannya untuk meneruskan operasi di cawangan tersebut. Mahkamah ini mendapati dan melihat bahawa surat ini jelas S/N aSaig8vPvEKcIpnq4eNl2w merupakan suatu bukti bahawa pelanggaran pembukaan cawangan Bachok dan Wangsa Melawati bukan suatu tindakan pengoperasian tidak sengaja, tetapi tindakan berterusan oleh Defendan tanpa kelulusan dan/atau persetujuan Plaintif-Plaintif walaupun selepas amaran jelas diberikan. 104. Rentetan peristiwa tersebut, pada 12.12.2022, Koperasi Tanjong Keramat telah memfailkan tindakan guaman terhadap Plaintif-Plaintif di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berkaitan pembukaan Cawangan Wangsa Melawati oleh Defendan. Walaupun Defendan bukan pihak dalam tindakan tersebut, Mahkamah ini mendapati bahawa tindakan tersebut telah menunjukkan kesan langsung dan risiko liabiliti yang timbul terhadap Plaintif-Plaintif akibat operasi cawangan yang tidak dikawal dalam wilayah yang telah diperuntukkan kepada francaisi lain. J. HUJAHAN PIHAK-PIHAK Hujahan Plaintif-Plaintif 105. Plaintif-Plaintif menghujahkan bahawa isu utama ialah ketiadaan kelulusan bertulis dan ketiadaan perjanjian francais khusus bagi Cawangan Bachok dan Wangsa Melawati. Menurut Plaintif-Plaintif, Defendan sendiri telah mempunyai pengetahuan dan kefahaman S/N aSaig8vPvEKcIpnq4eNl2w tentang keperluan kelulusan dan/atau kebenaran dari Plaintif-Plaintif sebelum membuka dan/atau mengoperasikan cawangan-cawangan tersebut kerana Defendan telah berkali-kali menulis surat permohonan, mengemukakan rayuan dan membuat permohonan pemasangan system kepada Plaintif-Plaintif walaupun tiada kelulusan diperolehi. 106. Plaintif-Plaintif menghujahkan bahawa Defendan tidak boleh menggunakan sejarah hubungan komersial lama sebagai lesen untuk membuka cawangan baharu secara unilateral. Setiap cawangan mempunyai implikasi wilayah, hak francaisi lain, royalti, audit, standard operasi dan reputasi. Oleh itu, pembukaan cawangan baru tanpa kelulusan bertulis adalah pelanggaran perjanjian francais yang serius. 107. Plaintif-Plaintif juga menghujahkan bahawa penggunaan cap dagangan, logo dan bahan promosi Ar-Rahn oleh Defendan di cawangan Bachok dan Wangsa Melawati telah menyebabkan pengelirupaan. Orang awam akan menganggap cawangan tersebut adalah cawangan yang sah dalam sistem Ar-Rahn dan yang telah diluluskan oleh Plaintif-Plaintif sedangkan hakikatnya ia tidak diluluskan dan/atau tidak dibenarkan untuk beroperasi. S/N aSaig8vPvEKcIpnq4eNl2w 108. Berkenaan kerugian, Plaintif-Plaintif menghujahkan bahawa Defendan telah menikmati keuntungan tanpa membayar fi royalti dan tanpa mengemukakan akaun yang sewajarnya dan/atau sepatutnya dikemukakan oleh cawangan yang diluluskan kepada Plaintif-Plaintif. Oleh itu, Plaintif-Plaintif kini memohon akaun keuntungan dan taksiran gantirugi kerana jumlah sebenar hanya berada dalam pengetahuan dan kawalan Defendan sahaja. Hujahan Defendan 109. Defendan menghujahkan bahawa Perjanjian Francais Alor Setar tidak boleh digunakan untuk mengikat Cawangan Bachok dan Wangsa Melawati kerana ia adalah perjanjian cawangan khusus. Menurut Defendan, tiada perjanjian khusus bagi kedua-dua cawangan tersebut, maka Plaintif-Plaintif tidak boleh bergantung kepada perjanjian tersebut untuk mendakwa terdapat pelanggaran perjanjian francais di antara pihak-pihak. 110. Defendan selanjutnya juga menghujahkan bahawa terdapat amalan di mana beberapa cawangan lain telah dibenarkan untuk beroperasi sebelum perjanjian ditandatangani. Oleh itu, keadaan ini menunjukkan S/N aSaig8vPvEKcIpnq4eNl2w bahawa Plaintif-Plaintif boleh dikatakan telah mewujudkan representasi bahawa operasi boleh dimulakan tanpa perjanjian formal ditandatangani dan dimasuki di antara pihak-pihak. Plaintif-Plaintif kini adalah terhalang untuk membangkitkan isu ini dan Defendan seterusnya membangkitkan isu estopel, mala fide dan tuntutan Plaintif-Plaintif tida dibawa secara clean hands. 111. Bagi cap dagangan, Defendan menghujahkan bahawa Defendan telah menjalankan perniagaan pajak gadai Islam yang sama dan telah lama berada dalam rangkaian Ar-Rahn. Maka, Defendan menyatakan tiada kekeliruan atau representasi salah. Defendan juga mencabar keterangan kerugian dan menyatakan bahawa tuntutan kerugian tidak dibuktikan secara khusus oleh Plaintif-Plaintif. K. PENILAIAN KREDIBILITI DAN KETERANGAN 112. Dalam menilai keterangan saksi, Mahkamah ini perlu meneliti sama ada keterangan saksi-saksi tersebut konsisten dengan keterangan dokumentar yang telah dikemukakan di mahkamah ini. Mahkamah mendapati keterangan saksi-saksi Plaintif-Plaintif, khususnya SP1 dan SP2, telah disokong oleh surat-menyurat, notis, laporan dan dokumen S/N aSaig8vPvEKcIpnq4eNl2w yang dikemukakan. Keterangan SP1 dan SP2 tidak berdiri secara kosong. 113. Sebaliknya, dakwaan Defendan mengenai kelulusan lisan tidak disokong oleh sebarang dokumen seperti surat, minit mesyuarat, e-mel, mesej atau sebarang dokumen yang boleh dijadikan rujukan di dalam tuntutan ini. 114. Dalam konteks hubungan perniagaan francais yang formal, yang melibatkan puluhan cawangan, royalti dan cap dagangan berdaftar, Mahkamah mendapati adalah tidak munasabah untuk menerima bahawa kelulusan bagi dua cawangan penting yang menjadi pertikaian di sini telah diberikan secara lisan tanpa sebarang rekod dokumentar. 115. Mahkamah ini telah juga menilai pengakuan saksi Defendan bahawa penggunaan logo dan cap dagangan memerlukan kebenaran Plaintif-Plaintif. Pengakuan tersebut melemahkan pembelaan Defendan bahawa penggunaan logo bagi cawangan Bachok dan Wangsa Melawati adalah bebas atau boleh dilakukan atas dasar hubungan lama sahaja. S/N aSaig8vPvEKcIpnq4eNl2w 63 116. Kegagalan Defendan mengemukakan akaun keuntungan dan laporan bulanan bagi kedua-dua cawangan juga membolehkan Mahkamah ini membuat inferens bahawa dokumen tersebut, sekiranya dikemukakan, tidak semestinya memihak kepada Defendan. Dalam keadaan Defendan menguasai dokumen keuntungan, keadilan menuntut supaya akaun keuntungan diarahkan untuk dikemukakan kepada Plaintif-Plaintif bagi menentukan tuntutan keuntungan dan royalti yang sepatutnya dibayar. L. DAPATAN MAHKAMAH INI TERHADAP ISU-ISU YANG BERBANGKIT Isu 1: Sama ada wujud perjanjian bagi Cawangan Bachok dan Wangsa Melawati 117. Mahkamah ini mendapati sememangnya tiada perjanjian francais berasingan yang wujud di antara Plaintif-Plaintif dan Defendan bagi Cawangan Bachok dan Cawangan Wangsa Melawati. Fakta ini tidak dipertikaikan secara serius kerana tiada dokumen perjanjian khusus bagi kedua-dua cawangan tersebut dikemukakan oleh Defendan. 118. Namun begitu, ketiadaan perjanjian berasingan tersebut tidak membantu Defendan. Sebaliknya, ianya menyokong kes Plaintif-S/N aSaig8vPvEKcIpnq4eNl2w Plaintif bahawa Defendan tidak mempunyai asas kontraktual dan/atau kelulusan dan/atau kebenaran yang sah untuk membuka, mengendalikan, mengoperasikan dan menggunakan cap dagangan Ar-Rahn bagi kedua-dua cawangan tersebut. 119. Dalam sistem francais, kebenaran dan/atau kelulusan untuk mengoperasikan sesuatu cawangan bukan boleh disimpulkan semata-mata daripada hubungan lama antara pihak-pihak tetapi ianya perlu berpunca daripada kelulusan dan/atau kebenaran yang jelas dan tertakluk kepada terma francais sebagaimana yang terkandung di dalam perjanjian francais yang mana terma-terma yang sama digunakan terhadap semua francais yang telah dibenarkan dan/atau diluluskan untuk beroperasi secara sah. Isu 2 hingga 4: Sama ada Defendan terikat dan telah melanggar Perjanjian Francais 120. Mahkamah ini menerima bahawa walaupun Perjanjian Francais bertarikh 14.4.2019 dirujuk sebagai contoh perjanjian francais bagi Cawangan Alor Setar, terma-terma standard yang mengawal hubungan francais antara pihak-pihak adalah terpakai sebagai kerangka dan/atau standard untuk operasi francais Ar-Rahn. S/N aSaig8vPvEKcIpnq4eNl2w Defendan sendiri selama bertahun-tahun beroperasi sebagai francaisi, membuat bayaran royalti, menyerahkan laporan dan memohon kelulusan cawangan baharu. Tingkah laku tersebut menunjukkan penerimaan Defendan terhadap perjanjian tersebut yang merupakan suatu kerangka francais yang sama. 121. Klausa 2.1 memperuntukkan bahawa pemberian hak untuk mengoperasikan perniagaan adalah tertakluk kepada premis yang dikhususkan dan bahawa perjanjian berasingan hendaklah dimasuki sekiranya francaisi hendak meluaskan perniagaan kepada premis lain. 122. Klausa 4.1 dan 4.2 telah memperuntukkan wilayah francais, termasuk radius satu kilometer di ibu negeri dan tiga kilometer di wilayah lain. Klausa 8 mengenakan obligasi operasi, laporan, bayaran royalti dan pematuhan sistem. 123. Klausa 9.1(a) dan 9.5 menghalang francaisi daripada menjalankan perniagaan atau memulakan operasi tanpa kelulusan bertulis serta kelulusan premis dan pembinaan oleh Plaintif-Plaintif. S/N aSaig8vPvEKcIpnq4eNl2w 66 124. Berdasarkan fakta permohonan Defendan, rayuan Defendan dan penolakan bertulis Plaintif-Plaintif bagi cawangan Bachok dan Wangsa Melawati, Mahkamah ini menilai dan mendapati bahawa Defendan sememangnya mempunyai pengetahuan dan/atau kesedaran sebenar bahawa kelulusan dan/atau kebenaran Plaintif-Plaintif adalah amat diperlukan sebelum memulakan, membuka dan mengoperasikan cawangan Bachok dan Wangsa Melawati tersebut. Dakwaan Defendan bahawa kelulusan lisan telah diperolehi dari wakil Plaintif-Plaintif yang mana tidak berjaya dibuktikan dan juga tidak disokong oleh sebarang dokumen, saksi bebas atau bukti-bukti lain yang munasabah. Mahkamah ini menolak dakwaan Defendan tersebut. 125. Oleh itu, atas imbangan kebarangkalian, Mahkamah ini mendapati Defendan adalah terikat dengan kerangka Perjanjian Francais Ar-Rahn dan mahkamah ini dapati Defendan telah melanggar terma-terma halangan apabila membuka, mengendalikan dan/atau mengoperasikan Cawangan Bachok dan Wangsa Melawati tanpa kelulusan dan/atau kebenaran bertulis dari Plaintif-Plaintif. S/N aSaig8vPvEKcIpnq4eNl2w Isu 5 hingga 7: Kerugian, mitigasi dan tanggungan Defendan 126. Mahkamah ini menerima keterangan SP2 bahawa Defendan tidak pernah menyerahkan Laporan Terkumpul Bulanan atau membayar fi royalti bagi Cawangan Bachok dan Wangsa Melawati kepada Plaintif-Plaintif. Mahkamah ini juga menerima keterangan yang menyatakan bahawa Plaintif-Plaintif tidak dapat mengesahkan jumlah sebenar keuntungan yang diperoleh Defendan kerana hanya Defendan yang menguasai akaun, laporan dan sistem yang digunakan bagi cawangan-cawangan tersebut. 127. Dalam keadaan Defendan membuka cawangan tanpa kelulusan dan/atau kebenaran Plaintif-Plaintif, menggunakan jenama dan cap dagangan Plaintif-Plaintif tanpa kebenaran dan/atau kelulusan, serta keengganan Defendan untuk menutup cawangan-cawangan tersebut walaupun telah diarahkan, Mahkamah ini mendapati kerugian Plaintif-Plaintif bukan bersifat spekulatif semata-mata. 128. Kerugian Plaintif-Plaintif tersebut meliputi kehilangan royalti, kehilangan kawalan ke atas sistem francais, risiko tuntutan pihak francaisi lain, kerosakan kepada reputasi dan goodwill, serta S/N aSaig8vPvEKcIpnq4eNl2w keuntungan yang diperoleh Defendan melalui penggunaan harta intelek Plaintif-Plaintif tanpa kebenaran. 129. Mahkamah ini juga mendapati Plaintif-Plaintif telah mengambil langkah mitigasi yang munasabah. Plaintif-Plaintif telah menolak permohonan Defendan atas alasan-alasan yang diberikan, menawarkan pengambilalihan premis Bachok, mencadangkan penyelesaian usahasama, mengeluarkan notis penutupan dan akhirnya memfailkan tindakan ini atas keengganan Defendan menuruti arahan Plaintif-Plaintif. Oleh itu, Mahkamah ini menolak pembelaan Defendan bahawa Plaintif-Plaintif gagal memitigasi kerugian yang dituntutnya. 130. Atas imbangan kebarangkalian, Mahkamah ini mendapati bahawa Defendan adalah bertanggungan terhadap kerugian yang secara semula jadi timbul daripada perlanggaran kontrak dan penggunaan cap dagangan tanpa kebenaran dari Plaintif-Plaintif. Walau bagaimanapun, jumlah sebenar kerugian dan/atau keuntungan Defendan wajar ditentukan melalui taksiran gantirugi atau akaun keuntungan kerana dokumen keuntungan sebenar berada dalam kawalan Defendan. S/N aSaig8vPvEKcIpnq4eNl2w Isu 8: Pelanggaran kontrak 131. Mahkamah ini mendapati tindakan Defendan merupakan suatu tindakan pelanggaran kontrak yang jelas. Defendan bukan sahaja membuka cawangan tanpa kelulusan dan kebenaran, tetapi berterusan mengoperasikan cawangan-cawangan tersebut selepas notis penutupan dikeluarkan oleh Plaintif-Plaintif. Perlanggaran ini adalah secara berterusan, disengajakan dan menyentuh perkara asas dalam hubungan francais, iaitu kawalan francaisor terhadap lokasi, penggunaan jenama, standard operasi dan bayaran royalti. Isu 9 dan 10: Nama baik, cap dagangan dan passing off 132. Mahkamah ini mendapati Plaintif-Plaintif telah membuktikan goodwill dalam jenama Ar-Rahn melalui sejarah operasi sejak tahun 1992, perkembangan cawangan, pendaftaran cap dagangan, sistem operasi, latihan dan pengurusan francais. Goodwill tersebut tidak boleh dipisahkan daripada kawalan Plaintif-Plaintif terhadap penggunaan jenama dan cap dagangan Ar-Rahn. S/N aSaig8vPvEKcIpnq4eNl2w 70 133. Tindakan Defendan menggunakan logo, cap dagangan dan premis berjenama Ar-Rahn di Bachok dan Wangsa Melawati tanpa kelulusan berupaya menyebabkan kekeliruan terhadap orang awam yang akan membangkitkan anggapan bahawa cawangan-cawangan tersebut adalah cawangan sah dan yang telah diluluskan Plaintif-Plaintif sedangkan sebaliknya. 134. Mahkamah ini menolak hujahan Defendan bahawa tiada misrepresentasi hanya kerana Defendan menjalankan perniagaan pajak gadai Islam yang sama. Inti pati pengelirupaan di sini bukan jenis perniagaan, tetapi representasi bahawa Defendan mempunyai kebenaran dan/atau kelulusan yang sah untuk menggunakan nama, logo, sistem dan harta intelek Plaintif-Plaintif bagi cawangan yang dipertikaikan. 135. Keterangan SD2 bahawa penggunaan logo dan cap dagangan sememangnya memerlukan kebenaran Plaintif-Plaintif adalah suatu pengakuan penting yang memihak kepada Plaintif-Plaintif. Mahkamah ini mendapati Plaintif-Plaintif telah membuktikan elemen goodwill, misrepresentation dan damage. Tindakan Defendan juga telah memenuhi asas pelanggaran hak cap dagangan kerana penggunaan S/N aSaig8vPvEKcIpnq4eNl2w Defendan ke atas cap dagangan tersebut dibuat tanpa lesen atau kebenaran dari pemilik berdaftar dalam keadaan yang manaboleh menjejaskan fungsi cap dagangan sebagai penunjuk asal dan kawalan kualiti bagi Plainti-Plaintif. Isu 11 hingga 14: Representasi, amalan biasa, estopel dan kemunasabahan penolakan 136. Mahkamah ini seterusnya mendapati Defendan telah gagal membuktikan bahawa Plaintif Pertama pernah membuat representasi bahawa Defendan tidak lagi terikat dengan sistem francais selepas mencapai lebih daripada 10 cawangan. Tiada sebarang dokumen, minit, surat atau saksi bebas yang menyokong dakwaan Defendan tersebut. Sebaliknya, tingkah laku Defendan yang terus memohon kelulusan dan membuat rayuan menunjukkan Defendan masih berpengetahuan dan kesedaran bahawa Defendan masih tertakluk kepada sistem francais dan perjanjian francais yang pernah dimasuki di antara pihak-pihak sebelumnya. 137. Mahkamah ini mendapati terdapat beberapa cawangan yang pernah beroperasi walaupun perjanjian formal belum disempurnakan. Namun, S/N aSaig8vPvEKcIpnq4eNl2w keadaan tersebut berbeza daripada fakta kes ini kerana cawangan-cawangan tersebut diberi kelulusan atau tidak menjadi pertikaian di antara pihak dan ianya telah mendapat kelulusan dan/atau kebenaran Plaintif-Plaintif untuk Defendan membuka dan mengoperasikan cawangan-cawangan tersebut. Berbeza dengan fakta di dalam tindakan guaman di sini, Plaintif-Plaintif secara jelas dan jawapan bertulis tidak bersetuju dan/atau tidak membenarkan Defendan untuk pembukaan dan/atau mengoperasikan cawangan Bachok dan Wangsa Melawati atas alasan-alasan yang telah dijelaskan dalam surat menyurat di antara pihak-pihak. Oleh itu, amalan lalu tidak boleh diambil kira dan digunakan pakai dengan keadaan guaman ini untuk mengatasi penolakan khusus yang telah dimaklumkan kepada Defendan secara jelas dan nyata. 138. Pembelaan estopel di bawah Seksyen 115 Akta Keterangan 1950 tidak terpakai kerana Defendan gagal membuktikan representasi jelas oleh Plaintif-Plaintif yang menyebabkan Defendan bertindak berdasarkan representasi tersebut sehingga memudaratkan dirinya. Sebaliknya, keterangan saksi-saksi dan bukti dokumentar jelas menunjukkan Defendan tetap meneruskan operasi cawangan tersebut walaupun mengetahui bahawa kelulusan telah ditolak. Defendan tidak S/N aSaig8vPvEKcIpnq4eNl2w boleh bergantung kepada estopel bagi mengesahkan tindakan yang dilakukan dengan pengetahuan bahawa kebenaran telah ditolak. 139. Seksyen 115 Akta Keterangan 1950 [Akta 56] memperuntukkan seperti berikut: “115. Estoppel When one person has by his declaration, act or omission intentionally caused or permitted another person to believe a thing to be true and to act upon such belief, neither he nor his representative shall be allowed, in any suit or proceeding between himself and that person or his representative, to deny the truth of that thing.” 140. Di bawah prinsip estopel ini mahkamah ini mendapati tiada mana-mana wakil dari pihak Plaintif-plaintif yang telah membuat sebarang representasi melalui perkataan, perlakuan atau peninggalan untuk pihak Defendan mempercayai representasi tersebut dan untuk pihak Defendan bertindak berdasarkan kepercayaan itu; dan tiada mana-mana wakil Plaintif yang kononnya didakwa membuat representasi itu kemudian diestop daripada menafikan representasi tersebut. S/N aSaig8vPvEKcIpnq4eNl2w 141. Di dakam konteks kes francais ini, seksyen ini lazimnya berkaitan representasi oleh Plaintif-Plaintif (jika ada yang mana dibuktikan tidak wujud) terhadap kelulusan pembukaan cawangan; sama ada Defendan telah bergantung kepada representasi tersebut; dan sama ada Plaintif-plaintif kini diestop daripada menafikan kelulusan atau persetujuan yang didakwa diberikan. 142. Berdasarkan penelitian mahkamah ini terhadap pliding Defendan, hujahan bertulis serta rekod prosiding, Mahkamah ini mendapati bahawa isu estoppel sebenarnya tidak diplidkan secara spesifik di dalam Pernyataan Pembelaan Defendan, walaupun prinsip estoppel kemudiannya dihujahkan secara meluas di dalam hujahan bertulis Defendan. 143. Mahkamah mendapati bahawa Defendan secara jelas menghujahkan bahawa Plaintif-plaintif adalah diestop daripada menafikan kebenaran pembukaan cawangan Bachok dan Wangsa Melawati. Defendan menyatakan berdasarkan fakta dan keterangan yang ada, Plaintif-plaintif diestop daripada segi perbuatan daripada mendakwa S/N aSaig8vPvEKcIpnq4eNl2w kononnya Defendan telah membuka cawangan Bachok dan Wangsa Melawati, yang juga tiada perjanjian francais sebagaimana 6 cawangan lain, tanpa kebenaran Plaintif-plaintif. Mahkamah ini mendapatu bahawa Defendan hanya membangkitkan isu estoppel hanya peringkat hujahan dan bukan secara nyata di dalam pliding Defendan. 144. Selanjutnya, Mahkamah ini berpendapat dan sejajar dengan prinsip undang-undang yang mantap sebagaimana yang telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam Deepak Jaikishan v Intrared Sdn Bhd & Another Appeal [2019] 1 MLJ 449 bahawa pihak-pihak adalah terikat kepada pliding masing-masing dan Mahkamah ini hanya boleh memutuskan isu-isu yang telah diplidkan. Fakta, pembelaan atau isu yang tidak diplidkan tidak boleh dibangkitkan buat pertama kali melalui keterangan ataupun hujahan bertulis. 145. Mahkamah ini juga merujuk kepada dapatan mahkamah persekutuan di dalam kes Boustead Trading (1985) Sdn Bhd v Arab-Malaysian Merchant Bank Bhd [1995] 3 MLJ 331 yang memutuskan berikut: S/N aSaig8vPvEKcIpnq4eNl2w “As the law stands, issues not raised in the pleadings cannot be raised at the trial.” 146. Selanjutnya di dalam kes Janagi v Ong Boon Kiat [1971] 2 MLJ 196 Mahkamah Persekutuan memutuskan: “Parties are bound by their pleadings and the court is not entitled to decide a suit on a matter which was not pleaded.” 147. Mahkamah juga mendapati alasan Plaintif-Plaintif yang menolak permohonan dan rayuan Defendan untuk cawangan pembukaan Bachok dan Wangsa Melawati adalah munasabah. Bagi cawangan Bachok, alasan yang diberikan termasuk pasaran pajak gadai yang padat, kesan terhadap cawangan berdekatan dan keadilan kepada francaisi lain yang turut memohon lokasi sama. 148. Bagi cawangan Wangsa Melawati, kewujudan francaisi lain di kawasan berhampiran dan isu wilayah francais adalah alasan sah dan kukug dalam konteks perjanjian francais. Mahkamah ini tidak mendapati kewujudan mala fide atau ketiadaan clean hands di pihak Plaintif-Plaintif. S/N aSaig8vPvEKcIpnq4eNl2w M. REMEDI 149. Berdasarkan dapatan yang telah dihuraikan di atas, Mahkamah ini mendapati Defendan telah melanggar kontrak, menggunakan cap dagangan dan harta intelek Plaintif-Plaintif tanpa kebenaran serta melakukan pengelirupaan, Mahkamah ini berpuas hati bahawa injunksi kekal adalah remedi yang sesuai. Tanpa injunksi, pelanggaran yang sama akan berterusan dan Plaintif-Plaintif akan terus kehilangan kawalan terhadap sistem francais dan goodwill Ar-Rahn. 150. Mahkamah dengan ini juga membenarkan perintah akaun keuntungan dan/atau taksiran gantirugi. Defendan hendaklah mengemukakan akaun keuntungan, laporan bulanan, penyata urus niaga, penyata kewangan, laporan sistem, rekod penebusan, rekod gadaian dan dokumen berkaitan bagi Cawangan Bachok dan Wangsa Melawati untuk tempoh operasi cawangan tersebut sehingga tarikh pematuhan perintah Mahkamah. 151. Bagi gantirugi am, Mahkamah membenarkan tuntutan untuk ditaksirkan. Gantirugi tersebut hendaklah mengambil kira kehilangan S/N aSaig8vPvEKcIpnq4eNl2w royalti, kehilangan kawalan francais, kesan kepada goodwill, kerugian reputasi, kos tindakan wajar yang diambil Plaintif-Plaintif dan apa-apa kerugian yang secara semula jadi timbul daripada perlanggaran Defendan. 152. Bagi gantirugi teladan dan gantirugi teruk, Mahkamah mengambil kira bahawa tindakan Defendan adalah berterusan walaupun notis telah dikeluarkan. Oleh itu, tuntutan ini wajar dibenarkan dan Defendan untuk bertanggungan ke atas gantirugi teladan dan teruk terhadap Plaintif-Plaintif. 153. Mahkamah ini mendapati bahawa tindakan Defendan membuka dan mengoperasikan Cawangan Bachok dan Wangsa Melawati tanpa kelulusan bertulis Plaintif-plaintif bukanlah suatu pelanggaran teknikal semata-mata. Sebaliknya, keterangan saksi-saksi dan dokumentar telah menunjukkan bahawa Defendan: 153.1 mengetahui kewujudan Perjanjian Francais; 153.2 mengetahui kewajipan mendapatkan “prior approval in writing”; S/N aSaig8vPvEKcIpnq4eNl2w 153.3 mengetahui keperluan menandatangani perjanjian berasingan; 153.4 namun Defendan tetap meneruskan operasi kedua-dua cawangan tersebut. 154. Mahkamah ini mendapati bahawa Klausa 2.1, Klausa 9.1(a) dan Klausa 9.5 Perjanjian Francais adalah jelas dan tidak kabur. Klausa-klausa tersebut secara nyata melarang Defendan membuka premis lain, mengoperasikan sistem Ar-Rahn atau memulakan operasi tanpa kelulusan bertulis Plaintif Kedua. Walaupun Defendan sedar akan keperluan tersebut, Defendan tetap menggunakan sistem Ar-Rahn, menggunakan cap dagangan Ar-Rahn, menggunakan goodwill Plaintif-plaintif dan memperoleh manfaat komersial daripada operasi tersebut. 155. Mahkamah mendapati tindakan Defendan menunjukkan satu bentuk “conscious disregard” terhadap hak kontraktual Plaintif-plaintif dan keengganan mematuhi struktur kawal selia sistem francais Plaintif-plaintif. Mahkamah juga mengambil kira bahawa Defendan ialah entiti S/N aSaig8vPvEKcIpnq4eNl2w koperasi yang telah lama terlibat dalam sistem francais Ar-Rahn dan bukan pihak yang jahil mengenai keperluan kontrak atau prosedur francais. Oleh itu, pelanggaran yang dilakukan bukanlah akibat kekeliruan semata-mata tetapi suatu tindakan yang disengajakan dengan pengetahuan penuh mengenai keperluan kontrak. 156. Mahkamah selanjutnya mendapati bahawa Defendan memperoleh manfaat ekonomi daripada penggunaan nama “Ar-Rahn”, sistem Plaintif-plaintif dan reputasi perniagaan Plaintif-plaintif tanpa mematuhi sepenuhnya syarat yang dipersetujui. 157. Dalam keadaan sedemikian, Mahkamah berpendapat bahawa suatu award gantirugi biasa sahaja adalah tidak mencukupi. Mahkamah berpuas hati bahawa suatu award gantirugi teladan sebanyak RM10,000.00 adalah munasabah untuk menghukum perlakuan Defendan, untuk menandakan ketidaksenangan Mahkamah terhadap pelanggaran sengaja tersebut dan untuk menghalang pihak-pihak lain daripada bertindak sesuka hati terhadap sistem francais dan hak harta intelek pihak lain. Mahkamah juga mendapati jumlah RM10,000.00 S/N aSaig8vPvEKcIpnq4eNl2w adalah sederhana, munasabah dan tidak keterlaluan mengambil kira sifat pelanggaran dan kedudukan pihak-pihak. 158. Mahkamah seterusnya mendapati bahawa tindakan Defendan turut menyebabkan kecederaan yang lebih serius kepada Plaintif-plaintif melebihi kerugian komersial biasa. Plaintif-plaintif ialah pemilik sistem francais Ar-Rahn yang bergantung kepada integriti system, kawalan operasi, standard premis, dan perlindungan cap dagangan. 159. Apabila Defendan membuka dan mengoperasikan cawangan Bachok dan Wangsa Melawati tanpa kelulusan bertulis dari Plaintif-plaintif telah menyebabkan Plaintif-plaintif hilang kawalan terhadap standard operasi, Plaintif-plaintif terdedah kepada risiko reputasi dan integriti sistem francais Plaintif-plaintif terjejas. 160. Mahkamah ini mendapati bahawa penggunaan cap dagangan dan sistem Ar-Rahn tanpa pematuhan penuh kepada syarat francais berpotensi mengelirukan orang awam, menjejaskan keyakinan pelanggan dan merosakkan reputasi sistem Ar-Rahn secara keseluruhan. S/N aSaig8vPvEKcIpnq4eNl2w 161. Mahkamah ini juga mengambil kira bahawa Plaintif-plaintif terpaksa memfailkan tindakan mahkamah ini, menanggung kos litigasi dan menjalani prosiding penuh tindakan guaman ini semata-mata untuk menguatkuasakan hak kontraktual dan hak proprietari mereka. 162. Mahkamah ini mendapati bahawa tindakan Defendan selepas pertikaian timbul juga tidak membantu meredakan keadaan, sebaliknya Defendan terus mempertikaikan hak Plaintif-plaintif walaupun terma-terma kontrak adalah jelas. 163. Dalam keadaan tersebut, Mahkamah ini mendapati Plaintif-plaintif telah mengalami tekanan komersial, gangguan kepada sistem francais serta kecederaan kepada nama baik dan integriti sistem perniagaan mereka. Oleh itu, Mahkamah berpendapat bahawa gantirugi teruk sebanyak RM10,000.00 adalah wajar bagi mengambil kira kecederaan tambahan yang dialami Plaintif-plaintif termasuk kesan terhadap reputasi, goodwill dan integriti sistem francais Plaintif-plaintif. S/N aSaig8vPvEKcIpnq4eNl2w 83 164. Mahkamah juga mendapati jumlah tersebut adalah munasabah dan seimbang dengan fakta kes ini serta tidak bersifat menghukum secara berlebihan. 165. Setelah menimbangkan keseluruhan fakta, keterangan dokumentar, perlakuan Defendan serta prinsip undang-undang yang terpakai, Mahkamah ini mendapati bahawa: (a) tindakan Defendan merupakan pelanggaran sengaja terhadap terma-terma material Perjanjian Francais; (b) tindakan tersebut dilakukan dengan pengetahuan penuh mengenai keperluan mendapatkan kelulusan bertulis; (c) Defendan tetap memperoleh manfaat komersial daripada penggunaan sistem dan goodwill Plaintif-plaintif; dan (d) tindakan Defendan telah menjejaskan integriti, reputasi dan kawalan sistem francais Plaintif-plaintif. 166. Justeru itu, Mahkamah ini berpendapat bahawa award gantirugi teladan sebanyak RM10,000.00 dan gantirugi teruk sebanyak S/N aSaig8vPvEKcIpnq4eNl2w RM10,000.00 adalah munasabah, wajar dan perlu demi kepentingan keadilan berdasarkan fakta dan keadaan kes ini. N. KEPUTUSAN MAHKAMAH 167. Berdasarkan keseluruhan alasan di atas, Mahkamah ini mendapati bahawa Plaintif-Plaintif telah berjaya atas imbangan kebarangkalian yang munasabah membuktikan tuntutan mereka terhadap Defendan. Mahkamah dengan ini membenarkan tuntutan Plaintif-Plaintif terhadap Defendan seperti berikut: 167.1 Defendan dihalang secara kekal, sama ada sendiri, melalui wakil, pengkhidmat, ejen atau pesuruhnya, daripada menggunakan nama, logo, cap dagangan, bahan pengiklanan, harta intelek dan/atau sistem Ar-Rahn bagi Cawangan Bachok dan Cawangan Wangsa Melawati tanpa kelulusan dan/atau kebenaran bertulis Plaintif-Plaintif; 167.2 Defendan dihalang secara kekal daripada meneruskan perbuatan pengelirupaan (passing off) dengan menjalankan perniagaan yang menggambarkan Cawangan Bachok dan S/N aSaig8vPvEKcIpnq4eNl2w Cawangan Wangsa Melawati sebagai cawangan Ar-Rahn yang sah diluluskan oleh Plaintif-Plaintif; 167.3 Defendan hendaklah dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh penghakiman mengemukakan kepada Plaintif-Plaintif akaun keuntungan dan dokumen sokongan berhubung operasi Cawangan Bachok dan Cawangan Wangsa Melawati; 167.4 Gantirugi am dibenarkan dan hendaklah ditaksirkan oleh Mahkamah; 167.5 Sebagai alternatif atau tambahan yang bersesuaian, Plaintif-Plaintif diberikan pilihan untuk menuntut akaun keuntungan yang diperoleh Defendan daripada operasi Cawangan Bachok dan Cawangan Wangsa Melawati; 167.6 Faedah pada kadar 5% setahun ke atas jumlah yang ditetapkan selepas taksiran atau akaun keuntungan dari tarikh yang ditentukan oleh Mahkamah sehingga penyelesaian penuh; S/N aSaig8vPvEKcIpnq4eNl2w 86 167.7 Gantirugi teladan (exemplary damages) sejumlah RM10,000.00 dibayar oleh Defendan kepada Plaintif-Plaintif; 167.8 Gantirugi teruk (aggravated damages) sejumlah RM10,000.00 dibayar oleh Defendan kepada Plaintif-Plaintif; dan 167.9 Kos tindakan ini diberikan kepada Plaintif-Plaintif sejumlah RM8,000.00 dibayar oleh Defendan kepada Plaintif-Plaintif. 168. Mahkamah menolak pembelaan Defendan berhubung kelulusan lisan, estopel, mala fide, clean hands, ketiadaan goodwill dan ketiadaan pengelirupaan. Mahkamah mendapati pembelaan tersebut tidak disokong oleh bukti yang mencukupi dan tidak mengatasi dokumen kontemporari yang menunjukkan penolakan bertulis Plaintif-Plaintif terhadap pembukaan kedua-dua cawangan tersebut. O. KESIMPULAN 169. Secara kesimpulannya, Mahkamah ini mendapati bahawa isu pokok dalam kes ini bukanlah sama ada Defendan pernah menjadi francaisi yang berjaya atau sama ada hubungan pihak-pihak pernah berjalan baik. Isu pokok ialah sama ada Defendan boleh, setelah S/N aSaig8vPvEKcIpnq4eNl2w permohonannya ditolak secara bertulis, terus membuka dan mengoperasikan cawangan baharu dengan menggunakan nama, logo, cap dagangan, sistem dan goodwill milik Plaintif-Plaintif. Jawapan muktamad Mahkamah ini berdasarkan keterangan fakta dan pembuktian yang dikemukakan adalah tidak. 170. Sistem francais hanya akan dapat berfungsi dengan baik sekiranya francaisor mempunyai kawalan terhadap lokasi, jenama, standard operasi, sistem dan perlindungan francaisi lain. Tindakan Defendan ini yang telah membuka Cawangan Bachok dan Wangsa Melawati tanpa kelulusan telah menggugat asas keutuhan sistem tersebut. Atas sebab-sebab itu, tuntutan Plaintif-Plaintif adalah wajar dibenarkan. Bertarikh: 9 Mei 2026 ..………fatimah……….... (SITI FATIMAH BINTI TALIB) HAKIM MAHKAMAH SESYEN SIVIL 11 KUALA LUMPUR S/N aSaig8vPvEKcIpnq4eNl2w Peguamcara Plaintif-Plaintif: Mohammad Hazim Bin Mohd Yaacob Tetuan Azmi & Associates, Peguambela & Peguamcara Peguamcara Defendan: Afaf Binti Abdul Rahman Tetuan Tawfeek Badjenid & Partners, Peguambela & Peguamcara 1. SENARAI RUJUKAN OTORITI DAN DOKUMEN YANG DIRUJUK Anuar bin Abu Bakar v Samsuri bin Booyman [2016] 6 MLJ 96. 2. AstraZeneca Sdn Bhd v OBor Biomedicals Sdn Bhd [2022] MLJU 665. 3. Berjaya Times Square Sdn Bhd v M Concept Sdn Bhd [2010] 1 CLJ 269 / [2010] 1 MLJ 597. 4. Bollinger and Others v Costa Brava Wine Company Ltd [1959] 3 All ER 800. 5. Cassell & Co Ltd v Broome [1972] AC 1027. 6. Chong Siew Chiang v Chua Chin Geh & Anor [1995] 1 CLJ 173. 7. Erven Warnink BV & Ors v Townend & Sons (Hull) Ltd & Ors [1979] AC 731. 8. Inland Revenue Commissioners v Muller & Co’s Margarine Ltd [1901] AC 217. 9. Koperasi Tanjong Keramat Malaysia Bhd v Permodalan Kelantan Bhd & Anor [2025] 9 CLJ 933. 10. Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) & Anor v Awang Soh Mamat & Ors [2009] 5 CLJ 1. S/N aSaig8vPvEKcIpnq4eNl2w 11. MBF Holdings Berhad v Dato’ Loy Teik Ngan & Ors [2013] 1 LNS 495. 12. Mohammad Hafiz Hamidun v Kamdar Sdn Bhd [2021] 6 CLJ 799 / [2021] 1 LNS 590. 13. Reckitt & Colman Products Ltd v Borden Inc [1990] 1 WLR 491. 14. Rookes v Barnard [1964] AC 1129 / [1964] 1 All ER 367. 15. Sambaga Valli a/p KR Ponnusamy v Datuk Bandar Kuala Lumpur [2018] 1 MLJ 784. 16. Sinnaiyah & Sons Sdn Bhd v Damai Setia Sdn Bhd [2015] 5 MLRA 191. 17. Soo Kian Huat v Zenith Aim Sdn Bhd [2016] 1 LNS 977. 18. Sri Kelangkota-Rakan Engineering JV Sdn Bhd & Ors v Arab Malaysian Prima Realty Sdn Bhd [2001] 1 MLJ 324. 19. Star Industrial Co Ltd v Yap Kwee Kor t/a New Star Industrial Co [1976] 1 MLJ 149. 20. Yong Sze Fun & Anor v Syarikat Zamani Hj Tamin Sdn Bhd & Anor [2012] 1 MLJ 585. 21. Seksyen 12, 101, 102, 103 Akta Keterangan 1950. 22. Seksyen 18, 18(2)(b) Akta Francais 1998. 23. Seksyen 38, 40, 56, 74 Akta Kontrak 1950. S/N aSaig8vPvEKcIpnq4eNl2w
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.