Karthik a/l Segar] Rayuan Jenayah No: B-05(M)-298-08/2016 2 KORAM: MOHTARUDIN BAKI, HMR AHMADI HAJI ASNAWI, HMR KAMARDIN HASHIM, HMR PENGHAKIMAN MAHKAMAH Pendahuluan [1] Perayu-Perayu telah dihadapkan dengan satu pertuduhan secara bersama-sama melakukan satu kesalahan membunuh di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan. Butir-butir pertuduhan terhadap Perayu-Perayu adalah seperti berikut: “Bahawa kamu bersama-sama pada 21 Julai 2013, jam lebih kurang 12.30 pagi bertempat di taman rekreasi, Taman Aman Perdana, Bandar Bukit Raja, di dalam daerah Klang, di dalam negeri Selangor Darul Ehsan dalam mencapai niat bersama kamu berdua, telah melakukan bunuh terhadap Mohd Siraj bin Abdullah (No. KPT: 560715-02-5925) dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun yang sama.” [2] Di akhir perbicaraan, Hakim Mahkamah Tinggi (‘hakim bicara’) telah mendapati Perayu-Perayu bersalah dan disabitkan atas pertuduhan. Perayu-Perayu telah dijatuhkan dengan hukuman mati di tali gantung. Terkilan dengan sabitan dan hukuman tersebut, Perayu-Perayu telah memfailkan notis rayuan ke Mahkamah ini. Rayuan Jenayah No: B-05(M)-298-08/2016 3 [3] Kami telah mendengar rayuan Perayu-Perayu pada 10.12.2018. Setelah mendengar dan menimbangkan hujahan pihak-pihak, kami telah menolak rayuan Perayu-Perayu dan mengesahkan sabitan serta hukuman Perayu-Perayu. Sekarang kami memberikan alasan-alasan penolakan rayuan Perayu-Perayu. Kes Pendakwaan [4] Kes pendakwaan bergantung kepada keterangan saksi mata, Marimuthu a/l Anpalakan (SP1) dan juga bergantung kepada keterangan mengikut keadaan. SP1 menyatakan bahawa dia berada bersama-sama dengan Perayu-Perayu di tempat kejadian semasa si mati, Mohd Siraj bin Abdullah dipukul menggunakan kayu buluh dan juga ditikam menggunakan sebilah pisau pemotong daging (P52A). SP1 telah mengenali Perayu Pertama selama satu tahun sebelum kejadian pembunuhan melalui laman ‘facebook’ dan selepas itu telah bekerja menjaga kedai makan milik si mati. Si mati adalah bapa saudara sebelah ibu kepada Perayu Pertama. SP1 menyatakan bahawa setiap hari si mati akan datang ke kedai makan itu untuk meminta wang daripada Perayu Pertama. [5] Seterusnya SP1 menceritakan bahawa pada 20.7.2013 jam lebih kurang 8.30 malam, Perayu Pertama dan SP1 bersama-sama bertolak untuk pergi ke kedai makan itu. Sebelum keluar rumah, SP1 menyatakan bahawa Perayu telah menyuruhnya untuk mengambil pisau P52A dari dapur rumah Perayu Pertama dan menyimpan pisau itu di dalam kereta yang disewa oleh Perayu Pertama, iaitu sebuah kereta jenis Perodua Myvi berwarna putih dengan nombor pendaftaran AHW 4971 (P45). Rayuan Jenayah No: B-05(M)-298-08/2016 4 [6] Setelah sampai di Klang, Perayu Pertama telah menelefon Perayu Kedua dan bertanya Perayu Kedua berada di mana. Selepas itu Perayu Pertama telah menyuruh SP1 untuk memandu kereta P45 ke rumah Perayu Kedua di Meru. Mereka menunggu Perayu Kedua di Kedai 7- Eleven, Meru. Selepas kira-kira 5 minit Perayu Kedua sampai dan menaiki kereta mereka. SP1 mendengar perbualan antara Perayu Kedua dengan Perayu Pertama mengenai masalah antara Perayu Pertama dengan si mati dan Perayu Pertama bercadang untuk buat sesuatu kepada si mati. Dari Meru, SP1 telah diarah oleh Perayu Pertama untuk memandu ke kawasan Taman Aman Perdana setelah Perayu Kedua mencadangkan tempat tersebut sesuai untuk melakukan sesuatu terhadap si mati. Setelah tiba di situ, Perayu Pertama telah turun dari kereta dan melihat kawasan sekeliling. Terdapat sebuah tasik di situ. Selepas itu, mereka bertolak ke sebuah kedai makan di Klang. [7] Apabila sampai di kedai makan tersebut, SP1 melihat si mati berada di dalam kedai itu sedang membaca surat khabar. Perayu Pertama telah mengajak si mati ke kereta sewa yang diparkir berdekatan dengan kedai makan itu. Manakala SP1 dan Perayu Kedua terus berada di dalam kedai makan itu. Tidak lama kemudian, Perayu Pertama balik semula ke kedai makan bersama si mati. Sebelum ke kedai makan semasa dalam perjalanan, Perayu Pertama menyuruh Perayu Kedua berlakun sebagai saudara kepada ‘Ah Long’ yang si mati meminjam wang. [8]