(f) The kidneys - incised wound on the lower 1/3rd of left kidney 05 cms x 01 cms consistent with external injury no. 5. [17] SP2 memberikan sebab-sebab kematian si mati sebagai “Haemorrhagic shock due to multiple penetrating stab wounds”. SP2 menyatakan kecederaan no. 1 dan kecederaan no. 5 yang telah menyebabkan kematian kepada si mati oleh kerana dua kecederaan itu telah menyebabkan si mati mengalami kehilangan banyak darah. Dua kecederaan yang sama telah melibatkan luka terhadap organ penting iaitu hati, paru-paru dan juga buah pinggang si mati. SP2 turut mengesahkan bahawa si mati tidak mempunyai sebarang penyakit yang menyebabkan atau yang menyumbang atau mempercepatkan kematian si mati. Walau pun begitu, SP2 turut mengesahkan bahawa perut besar si mati mengandungi makanan yang belum dihadamkan dan mengandungi alkohol. [18] SP2 turut menyatakan bahawa berdasarkan kepada kecederaan-kecederaan yang telah dialami oleh si mati, senjata yang telah digunakan adalah senjata yang tajam dan panjang, antara 10-15 cm atau mungkin lebih panjang dari 15 cm bergantung kepada tekanan (force) yang digunakan. Walau bagaimanapun, SP2 tidak pernah ditanya soalan peluang si mati untuk terus hidup dalam keadaan kecederaan-kecederaan yang telah dialami oleh si mati. Dapatan hakim bicara di akhir kes pendakwaan [19] Di akhir kes pendakwaan, hakim bicara berpuas hati setelah membuat penilaian secara maksimum bahawa satu kes prima facie telah berjaya dibuktikan terhadap ketiga-tiga Perayu atas pertuduhan yang Rayuan Jenayah No: B-05(M)-127-03/2017, B-05(M)-129-03/2017, B-05(SH)-151-04/2017 10 dihadapkan. Hakim bicara mendapati selain keterangan langsung, terdapat juga keterangan mengikut keadaan yang kukuh membuktikan penglibatan Perayu-Perayu dalam perancangan dan pembunuhan si mati. [20] Hakim bicara telah menerima keterangan saksi-saksi SP3, SP4 dan SP5 walaupun sedar tiga saksi itu merupakan rakan jenayah. Hakim bicara menerima keterangan mereka oleh kerana keterangan yang diberikan adalah konsisten, jelas dan terperinci. Hakim bicara telah mengingatkan dirinya tentang bahaya menerima keterangan saksi-saksi rakan jenayah yang tidak disokong oleh keterangan bebas. Namun hakim bicara sedar bahawa seksyen 133, Akta Keterangan, 1950, membenarkan sabitan boleh dikenakan dengan hanya bergantung kepada keterangan rakan jenayah. [21] Dapatan hakim bicara di akhir kes pendakwaan diperturunkan dengan sepenuhnya seperti di muka surat 39-45, Rekod Rayuan (RR), Jilid 1, seperti berikut: “Saya dapati bahawa peguam OKT 1 berhujah bahawa tiada sebarang bukti atau dokumen yang mengaitkan OKT 1 dengan pembunuhan itu. Beliau berhujah walaupun pihak pendakwaan telah merampas daripada rumah OKT 1 barang-barang yang merupakan parang yang dikaitkan dengan pembunuhan si mati, satu seluar yang dipakai oleh OKT 1 pada masa kejadian dan satu mop yang digunakan. Ini adalah kerana seluar dan mop tersebut didapati tidak mempunyai DNA si mati sama sekali seperti dalam laporan kimia dan keterangan SP6 yang merupakan Ahli Kimia. Tambahan pula, parang yang didakwa dirampas dari rumah OKT 1 juga tidak mempunyai sebarang darah atau DNA si mati sama sekali. Ini juga diakui oleh SP15 (Pegawai Penyiasat) dan pegawai forensik kimia. Rayuan Jenayah No: B-05(M)-127-03/2017, B-05(M)-129-03/2017, B-05(SH)-151-04/2017 11 Saya berpendapat walaupun parang, seluar dan mop tidak mempunyai DNA, saya berpuas hati dengan keterangan SP9 bahawa parang yang digunakan telah dijumpai oleh pihak polis. SP9 dalam keterangannya menyatakan bahawa beliau telah membuat soal siasat terhadap OKT 1. Hasil soal siasat SP9 terhadap OKT 1, OKT 1 telah menunjukkan parang yang digunakan semasa kejadian. Selain itu, hasil penemuan ini SP9 telah membuat laporan polis yang telah ditanda sebagai P26. SP9 telah membuat laporan polis di bawah seksyen 27 Akta Keterangan berkenaan ekshibit yang ditunjukkan oleh OKT 1 terhadap SP9 dan laporan polis ini kemudiannya ditanda sebagai ekshibit P27. Saya telah meneliti hujahan peguam-peguam OKT terutama penghujahan OKT 1. Saya berpendapat siasatan yang dijalankan oleh Pegawai Penyiasat tidak begitu lengkap seperti yang dihujahkan oleh peguam OKT 3 seperti gagal mengemukakan plaster of paris yang membalut tangan OKT 3 pada ketika OKT 3 ditahan di hospital. Selain daripada itu, SP3 telah memberitahu Mahkamah bahawa beliau telah dipukul oleh OKT 3 dan telah mendapat rawatan di hospital. Sepatutnya Pegawai Penyiasat memperolehi rekod daripada hospital atau memanggil doktor yang merawat SP3. Ini boleh menyokong dengan lebih kuat bahawa SP3 telah diugut untuk membunuh si mati. Ini kerana OKT 3 marah kepada SP3, SP4 dan SP5 yang ketakutan pada peringkat awal hendak membunuh si mati. SP5 juga mengesahkan bahawa apabila SP3, SP4 dan beliau sendiri (SP5) enggan menuruti plan untuk membunuh si mati, OKT 3 telah mengugut mereka. Walaupun Mahkamah ini berpendapat pihak pendakwaan gagal untuk membuktikan kecederaan SP3, fakta ini telah disahkan oleh SP4 dan SP5 di dalam keterangan mereka. Pihak pendakwaan sepatutnya memanggil pegawai perubatan daripada hospital untuk mengesahkan kecederaan SP3. Satu lagi kelemahan pihak polis di dalam kes ini adalah SP3 sewaktu pemeriksaan balas oleh peguam OKT 2 menyatakan OKT 1 telah Rayuan Jenayah No: B-05(M)-127-03/2017, B-05(M)-129-03/2017, B-05(SH)-151-04/2017 12 menerima panggilan dan sms daripada isteri si mati (OKT 2). Tetapi di dalam kes ini pihak penyiasat gagal membuat sebarang penyiasatan ke atas telefon dan sim kad yang digunakan oleh kedua-dua OKT bagi membuktikan kebenaran kata-kata SP3. Walaupun saya bersetuju bahawa ini telah mencacatkan penyiasatan oleh pihak pendakwaan OKT 1, ini tidak bererti tidak ada kes terhadap OKT 1. Di dalam kes ini, ketiga-tiga Tertuduh telah dituduh dengan niat bersama untuk membunuh seorang lelaki bernama Ganesan a/l Muniandy. Adalah undang-undang mantap bahawa 3 intipati yang berhak dibuktikan adalah pertamanya Ganesan telah mati, keduanya, beliau mati akibat kecederaan yang dialami oleh si mati, ketiga, kecederaan yang dialami oleh Ganesan a/l Muniandy adalah disebabkan perbuatan oleh semua Tertuduh yang dilakukan bagi mencapai tujuan niat secara bersama untuk membunuh si mati. Intipati pertama tidak dipertikaikan oleh pihak-pihak. Bagi intipati kedua pula, saya berpendapat bahawa berdasarkan keterangan SP2 dan dengan merujuk dokumen P11 yang telah dikemukakan, sebab kematian si mati adalah disebabkan haemorrhagic shock due to multiple penetrating stab wound. Intipati ketiga adalah amat penting untuk dibuktikan oleh pihak pendakwaan bahawa kecederaan yang dialami oleh Ganesan a/l Muniandy adalah disebabkan perbuatan oleh semua Tertuduh yang dilakukan bagi mencapai tujuan niat secara bersama untuk membunuh si mati. Bagi keterangan saksi-saksi pihak pendakwaan iaitu SP3, SP4 dan SP5, saya berpendapat telah memberi keterangan secara langsung Rayuan Jenayah No: B-05(M)-127-03/2017, B-05(M)-129-03/2017, B-05(SH)-151-04/2017 13 tentang kejadian dan penglibatan OKT 1, OKT 2 dan OKT 3 yang telah menyebabkan kematian si mati. Saya telah meneliti keterangan saksi-saksi utama dan memandangkan saksi-saksi ini telah dipanggil semula untuk memberi keterangan di hadapan saya, Mahkamah ini dapat menilaikan semula keterangan saksi-saksi SP3, SP4 dan SP5 dengan lebih jelas semasa saksi-saksi ini memberi keterangan. Saya dapati saksi-saksi ini telah memberi keterangan secara konsisten mengenai kejadian yang berlaku pada malam itu. Saya juga dapati SP4 dalam keterangannya jelas menyatakan dengan terperinci mengenai kejadian yang berlaku pada malam tersebut. SP4 juga secara terperinci menyatakan peranan yang dibuat oleh SP3, SP4 (saksi) dan SP5. SP4 juga dalam keterangan menyatakan bahawa OKT 3 telah tikam mangsa dan selepas tikaman pertama, SP3 telah melepaskan kaki mangsa dan melarikan diri. Keterangan ini adalah konsisten dengan keterangan SP3 yang menyatakan sebaik sahaja OKT 3 menikam si mati, dia melarikan diri kerana ketakutan. Saya berpendapat di dalam kes ini SP3, SP4 dan SP5 adalah rakan sejenayah dan Mahkamah sedar keterangan saksi-saksi ini perlu diambil kira secara berhati-hati. Mahkamah merujuk kepada s133 Akta Keterangan 1950 yang berbunyi: “An accomplice shall be a competent witness against an accused person; and a conviction is not illegal merely because it proceeds upon the uncorroborated testimony of an accomplice”. Mahkamah ini bersetuju bahawa sebagai langkah prudence practice, terdapat keperluan keterangan daripada rakan sejenayah disokong dengan keterangan bebas yang lain. Keterangan sokongan ini boleh Rayuan Jenayah No: B-05(M)-127-03/2017, B-05(M)-129-03/2017, B-05(SH)-151-04/2017 14 sama ada dalam bentuk keterangan langsung atau keterangan hal keadaan (circumstantial). Di dalam kes ini, walaupun SP3, SP4 dan SP5 adalah rakan sejenayah, Mahkamah ini berpendapat keterangan saksi-saksi boleh dipercayai dan konsisten sesama sendiri dan Mahkamah ini menerima keterangan ketiga-tiga saksi ini. Saya bersetuju dengan hujahan pihak pendakwaan mengenai peranan masing-masing. Saya juga bersetuju dengan pihak pendakwaan bahawa setiap OKT mempunyai niat yang sama untuk membunuh si mati seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 34 Kanun Keseksaan. Saya rujuk kepada kes Mimi Wong & Anor v PP [1972] 2 MLJ 75, telah diputuskan antara lain: “There is no doubt that for this section to apply there must be in existence a common intention between all the persons who committed the criminal act, and that a criminal act be done in furtherance of that common intention. When these two requirements are proved, each of such persons would be liable for the entire criminal act in the same manner as if he had done it alone. The Privy Council in Mahboob Shah v Emperor AIR 1945 PC 118 said this of section 34: “Section 34 lays down a principle of joint liability in the doing of a criminal act. The section does not say “the common intentions of all” nor does it say “an intention common to all”. Under the section, the essence of that liability is to be found in the existence of a common intention animating the Respondent leading to the doing of a criminal act in furtherance of such intention. To invoke the aid of section 34 sucessfully, it must be shown that the criminal act complained against was done by one of the Respondent persons in the furtherance of the common intention of all. If this is shown, then liability for the crime may be imposed on any one of the Rayuan Jenayah No: B-05(M)-127-03/2017, B-05(M)-129-03/2017, B-05(SH)-151-04/2017 15 persons in the same manner as if the act were done by him alone”. In an earlier case, Barendra Kumar Ghosh v Emperor AIR 1925 PC 1 the Privy Council said: “Section 34 deals with the doing of separate acts, similar or diverse, by several persons; if all are done in furtherance of a common intention, each person is liable for the result of them all, as if he had done them himself, for “that act” and “the act” in the latter part of the section must include the whole action covered by “a criminal act” in the first part, because they refer to it. In other words, “a criminal act” means that unity of criminal hehaviour, which results in something for which an individual would be punishable if it were done by himself alone, that is a criminal offence.” Berdasarkan sebab-sebab di atas, saya berpendapat pihak pendakwaan telah berjaya menimbulkan satu prima facie kes tentang ketiga-tiga OKT dan mereka dipanggil untuk membela diri.” Pembelaan Perayu Pertama [22] Perayu Pertama memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah. Perayu Pertama menyatakan pada hari kejadian waktu di antara jam 2.00 hingga 4.00 pagi dia berada di rumah menonton DVD bersama dengan Perayu Ketiga. Semasa menonton filem, dia mendengar ada orang menjerit dan bunyi seperti orang berlari di luar rumahnya. Pada masa yang sama, pintu rumahnya telah diketuk orang. Apabila dia membuka pintu, dia mendapati Perayu Kedua yang mengetuk pintu. Dia melihat suami Perayu Kedua (si mati) telah jatuh di kawasan luar rumah dalam keadaan berdarah. Perayu Ketiga juga berada bersama di pintu rumah dan mereka hanya memerhatikan keadaan si mati tanpa berbuat apa-apa. Selang beberapa minit ramai orang datang ke situ dan dia kemudian telah menyuruh Perayu Ketiga untuk pulang ke rumah. Rayuan Jenayah No: B-05(M)-127-03/2017, B-05(M)-129-03/2017, B-05(SH)-151-04/2017 16 [23] Perayu Pertama seterusnya menyatakan bahawa pihak polis dan ambulans tiba tidak lama kemudian. Setelah pihak polis menjalankan tugas mereka di tempat kejadian, dia telah membantu membersihkan darah di koridor tempat kejadian menggunakan mop yang diambil dari rumahnya. [24] Perayu Pertama menyatakan bahawa pada keesokan harinya dia telah ditangkap oleh pihak polis. Perayu Pertama mendakwa bahawa dia telah dipukul dan dipaksa oleh pihak polis supaya mengaku terlibat sama dalam pembunuhan si mati. Pihak polis turut menyatakan bahawa mereka akan menangkap dan menuduh ibu dan bapa Perayu Pertama terlibat dalam pembunuhan itu sekiranya dia enggan mengaku. Pembelaan Perayu Kedua [25] Perayu Kedua turut memberi keterangan secara bersumpah. Perayu menyatakan pada 16.2.2012 jam lebih kurang 2.00 pagi, dia berada di rumah sedang tidur di ruang tamu bersama anaknya yang berusia 5 tahun apabila suaminya, si mati balik ke rumah dalam keadaan mabuk dan berbau busuk. Suaminya telah mengetuk pintu sebelum dia membuka pintu untuk suaminya masuk dan dia bersama anak kembali tidur di ruang tamu selepas menghidangkan makan malam untuk suaminya. [26] Suaminya telah masuk ke dalam bilik tidur untuk salin pakaian dan tidak keluar bilik untuk makan. Perayu Kedua pergi melihat suaminya dari pintu bilik tidur dan nampak suaminya telah tidur baring atas katil. Perayu Kedua kembali berbaring di atas sofa di ruang tamu dan telah terus tertidur. Perayu Kedua menyatakan bahawa dia terkejut dari tidur apabila terdengar suara suaminya dalam keadaan kesakitan dan ada dengar macam orang Rayuan Jenayah No: B-05(M)-127-03/2017, B-05(M)-129-03/2017, B-05(SH)-151-04/2017 17 berbual dalam bilik tidur suaminya. Setelah bangun dari tidur, Perayu Kedua nampak 3 orang datang dari bilik tidur suaminya menuju ke pintu depan yang dalam keadaan terbuka. Dia tidak tahu bagaimana pintu dan gril terbuka. Kebiasaannya pintu rumah akan dikunci oleh suaminya setelah suaminya masuk ke dalam rumah. [27] Setelah melihat 3 orang berlari keluar rumahnya, dia terus menjerit dan dia nampak suami keluar dari dalam bilik menuju ke arah pintu hadapan dalam keadaan berlumuran darah. Suami keluar ke koridor dan dia ikut sama keluar sebelum suaminya jatuh di koridor. Dia telah menjerit untuk meminta pertolongan. Dalam beberapa minit, ramai jiran-jiran datang dan tidak lama kemudian polis dan ambulans pun sampai. Pada sebelah malam hari yang sama dia telah ditangkap ketika menghadirkan dirinya di balai polis. Pembelaan Perayu Ketiga [28] Perayu Ketiga juga telah memilih untuk memberi keterangan membela diri secara bersumpah. Perayu Ketiga mengesahkan keterangan Perayu Pertama bahawa pada sepanjang hari kejadian dia berada di rumah Perayu Pertama dan tidak ada pergi ke rumah si mati. Perayu Ketiga menyatakan sejak jam 2.00 pagi 16.2.2012 dia berada di rumah Perayu Pertama menonton televisyen di ruang tamu. Tidak ada orang lain berada atau masuk di rumah Perayu Pertama masa itu dan dia juga tidak pernah keluar dari rumah sehingga melihat si mati di koridor dalam keadaan berlumuran darah. Perayu Ketiga juga menafikan mereka ada minum arak di rumah Perayu Pertama. Rayuan Jenayah No: B-05(M)-127-03/2017, B-05(M)-129-03/2017, B-05(SH)-151-04/2017 18 [29] Seterusnya Perayu Ketiga menyatakan bahawa mereka mendengar bunyi orang berlari di koridor. Perayu Pertama telah membuka pintu dan Perayu Ketiga nampak seorang lelaki jatuh di hadapan rumah Perayu Pertama. Dia melihat mangsa yang jatuh itu berlumuran darah tetapi masih bernyawa. Selepas itu Perayu Pertama menyuruh dia balik. Dia tidak memberitahu sesiapa tentang kejadian itu kerana dia berasa takut. [30] Setelah pulang ke rumah, dia telah pergi ke PPUM kerana dia ada ‘appointment’. Tangan kirinya telah patah akibat satu kemalangan jalan raya pada bulan Januari 2012. Dia ke hospital bersama ibunya. Peha kaki kanannya juga turut tercedera. Pada masa kejadian dalam kes ini, tangan kirinya dibalut dengan ‘plaster of paris’ (POP) berwarna putih. Dia berada di wad hospital PPUM selama 2 hari sebelum polis datang menangkapnya. Ini berlaku selepas dawai dalam tangan kirinya dan POP dikeluarkan oleh doktor. [31] Di akhir kes pembelaan, hakim bicara telah menolak versi pembelaan Perayu-Perayu dan mendapati bahawa pembelaan Perayu-Perayu telah gagal untuk menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes pihak pendakwaan. Sebaliknya hakim bicara mendapati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes mereka terhadap ketiga-tiga Perayu tanpa sebarang keraguan yang munasabah. Hakim bicara mendapati pembelaan Perayu-Perayu bersifat satu pemikiran terkemudian (afterthought) dan bersifat penafian semata-mata (mere denial). Hakim bicara turut mendapati bahawa teras pembelaan Perayu-Perayu tidak pernah ditimbulkan atau dicadangkan kepada saksi-saksi kes pendakwaan. Rayuan Jenayah No: B-05(M)-127-03/2017, B-05(M)-129-03/2017, B-05(SH)-151-04/2017 19 [32] Dalam penghakimannya, hakim bicara telah memberi alasan-alasan terperinci apabila menolak pembelaan Perayu. Hakim bicara masih berpegang kepada keputusan terdahulunya yang dibuat di peringkat kes prima facie. Hakim bicara mempercayai dan menerima keterangan rakan jenayah, SP3, SP4 dan SP5 dalam kes ini. Setelah meneliti penghakiman hakim bicara tersebut serta meneliti rekod rayuan, kami mendapati tiada alasan untuk kami menyimpang daripada dapatan fakta yang telah dibuat oleh hakim bicara. [33] Hakim bicara mendapati Perayu-Perayu bersalah dan disabitkan atas pertuduhan. Ketiga-tiga Perayu telah dijatuhi hukuman gantung di leher sehingga mati. Justeru, rayuan Perayu-Perayu di hadapan kami. Rayuan Perayu-Perayu [34] Di hadapan kami, peguambela Perayu Pertama telah menghujahkan atas empat (4) alasan rayuan yang berkaitan untuk mengubah keputusan sabitan hakim bicara terhadap Perayu Pertama, iaitu: