Content
1 MALAYSIA NEGERI PERAK DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUALA KANGSAR
AG-A53KJ-18-03/2022
Sessions Court of Malaysia31 Jan 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“ued shall be liable to an action for damages, notwithstanding the death of the person injured, and although the death has been caused under such circumstances as amount in law to an offence under the Penal Code [Act 574].”
“aintif perlu membuktikan mengikut adalah di atas keberangkalian yang munasabah (Juga diputuskan di dalam kes Ng Chui Sia v Maimon bt Ali [1983] 1 MLJ 110 dan Nadarajah a/l Muniandy v Ayob bin Jauhari [2001] MLJU 374). [17] Oleh itu berdasarkan prinsip-prinsip yang telah diputuskan di dalam kes kes terdahulu, maka Plain”
“gi kehilangan tanggungan, ia adalah monetary loss oleh itu adalah satu prinsip undang-undang yang mantap bahawa tuntutan ini hendaklah dibuktikan. Di dalam kes Devadass a/l Raju v Tham Soon Kum & Ors [2012] MLJU 1071, Hakim Mahkamah Tinggi telah merujuk kepada beberapa kes terdahulu berkaitan prinsip ini: [8] The claim”
“will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 12 [15] Mahkamah telah merujuk kepada keputusan di dalam kes Abu Bakar B Pangis & Ors v Tung Cheong Sawmill Sdn Bhd & Ors [2014] MLJU 483 yang mana Datuk Abdul Wahab bin Patail JCA pada masa tersebut telah memutuskan: A conclusion and decision i”
“n a person is bound to prove the existence of any fact, it is said that the burden of proof lies on that person. [11] Di dalam kes Muhamad Ridhwaan bin Mohamed Rafik v Regatta Maritime Sdn Bhd & Ors [2022] MLJU 2442 Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa beban pembuktian adalah terletak sepenuhnya ke a”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 MALAYSIA NEGERI PERAK DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUALA KANGSAR
1
PUTERI NURSYAMIRA IZZATI BINTI MOHD HAFISOL (mendakwa sebagai anak/tanggungan Yang sah kepada Mohd Hafisol bin Mat, si mati)
2
PUTERI SALSABILA BALQIS BINTI MOHD HAFISOL (mendakwa sebagai anak/tanggungan yang sah kepada Mohd hafisol bin Mat, si mati)
2
SC LEE TRANSPORT & TRADING [Business Registration No.: SA0213823-D] GUAMAN SIVIL NO: AG-B53KJ-2-02/2022 SUASANA HOLIDAY SDN BHD [Business Registration No.: 619971-A]
2
SC LEE TRANSPORT & TRADING DEFENDAN-DEFENDAN [Business Registration No.: SA0213823-D] PUTERI NURSYAMIRA IZZATI BINTI MOHD HAFISOL (wakil diri harta pusaka Mohd Hafisol Bin Lat (si mati) PIHAK KETIGA MAHKAMAH MAJISTRET
3
NUR ALIA ARISSA BINTI ABDUL HADI (seorang budak bawah umur yang membawa tindakan ini Melalui ibu dan sebagai wakil litigasinya, Nurul Farhana binti Baharuddin)
1
PUTERI NURSYAMIRA IZZATI BINTI MOHD HAFISOL (wakil diri harta pusaka Mohd Hafisol Bin Lat (si mati)
2
SUASANA HOLIDAY SDN BHD [Business Registration No.: 619971-A]
4
SC LEE TRANSPORT & TRADING [Business Registration No.: SA0213823-D] MAHKAMAH MAJISTRET GUAMAN SIVIL NO: AG-A73KJ-19-03/2022 YATIM BIN MAT (Plaintif adalah bapa dan wakil diri yang sah Dalam harta pusaka Siti Aishah binti Yatim, Simati)
1
PUTERI NURSYAMIRA IZZATI BINTI MOHD HAFISOL (wakil diri harta pusaka Mohd Hafisol Bin Lat (si mati)
2
SUASANA HOLIDAY SDN BHD [Business Registration No.: 619971-A]
4
SC LEE TRANSPORT & TRADING [Business Registration No.: SA0213823-D] ALASAN PENGHAKIMAN PENGENALAN: [1] Oleh kerana kesemua tuntutan ini adalah berpunca dari kemalangan yang sama maka perbicaraan bagi kesemua kes ini digabungkan dan dijalankan bersama. Alasan penghakiman bagi isu liabiliti akan terpakai untuk kesemua kes kerana saksi saksi yang dipanggil adalah sama iaitu pegawai penyiasat (SP1) dan Defendan Pertama (SD1) [2] Kesemua tindakan dalam kes ini berbangkit akibat dari satu kemalangan jalanraya yang berlaku pada 30 April 2019, pada jam lebih kurang 4.05 pagi di KM23.5 Lebuh Raya Utara Selatan menghala ke Utara. [3] Kemalangan itu melibatkan sebuah motorbus no KER 5655 yang pada masa itu dipandu oleh Mohd Hafisol bin Lat (si mati) dengan sebuah motor treler No. BMD 1575 yang dipandu oleh Mariappan a/l Rajamany. Syarikat SC Lee Transport pula adalah pemilik kepada motor treler BMD 1575. Pemandu motorbus KER 5655 telah meninggal dunia pada tarikh kemalangan. [4] Hanya ada 2 saksi berkaitan isu liability yang dikemukakan di mahkamah iaitu Pegawai Penyiasat (SP1) dan pemandu motor treler (SD1). Di akhir perbicaraan kes ini, setelah mahkamah meneliti dan menimbangkan secara maksima keterangan-keterangan lisan saksi saksi ini, juga keterangan keterangan senyap yang lain, mahkamah telah memutuskan atas imbangan keberangkalian munasabah bahawa pihak Plaintif bagi kesemua tuntutan telah gagal membuktikan bahawa kemalangan tersebut berlaku akibat dari kecuaian pemanduan Defendan Pertama sepenuhnya. Oleh itu tuntutan kesemua Plaintif telah ditolak dengan kos. Mahkamah juga telah membenarkan tuntutan pihak Defendan Defendan ke atas pihak ketiga. [5] Mahkamah seterusnya akan mengemukakan alasan alasan mahkamah bagi penghakiman tersebut. LIABILITI [6] Bagi membuktikan isu liabiliti, keterangan saksi saksi berikut adalah berkaitan: SP1: Pegawai Penyiasat SD1: Defendan pertama VERSI PLAINTIF PLAINTIF: [7] Pemandu bas yang memandu bas no KER 5655 semasa kemalangan telah meninggal dunia serta merta akibat dari kemalangan tersebut. Oleh itu keterangan terus dari saksi pihak Plaintif bagaimana kemalangan berlaku tidak dapat diperolehi. Walaubagaimanapun, versi peguam Plaintif adalah kemalangan berlaku akibat dari tindakan pemandu motortreler yang secara tiba tiba mengubah haluan dari lorong kiri ke lorong kanan dan telah menyebabkan halangan ke atas motorbus yang pada masa itu berada di lorong kanan. Peguam Plaintif bergantung kepada keterangan Pegawai Penyiasat dan juga keterangan senyap yang lain untuk menghujahkan kes mereka. [8] Berikut adalah keterangan Pegawai Penyiasat iaitu hasil dari siasatan yang telah dijalankan di tempat kejadian, kerosakan kenderaan kenderaan terlibat dan daripada rakaman keterangan yang diperolehi dari saksi saksi. Semasa di mahkamah, pegawai penyiasat telah menyediakan penyata saksi bertulis (PSP1) dan juga memberikan keterangan lisan. Kemalangan melibatkan dua kenderaan iaitu motorbus KER 5655 yang dioandu oleh Mohd Hafisol bin Lat (si mati) dan motortreler BMD 1575 yang dipandu oleh Mariapan a/l Rajasamy. Arah perjalanan kedua dua kenderaan adalah dari arah Selatan ke Utara, di Leburaya Utara Selatan dan motortreler berada di hadapan motorbus. Motortreler membawa muatan besi bundle semasa kemalangan. Keadaan jalan di tempat kemalangan adalah mendaki bukit. Kerosakan motorbus KER 5655 adalah windscreen hadapan pecah keseluruhan, bumper hadapan hancur/remuk, hampir keseluruhan dashboard hadapan hancur dan remuk beserta system steering pemandu, pintu keluar/masuk penumpang remuk/pecah/kemek, cermin sisi hadapan kiri dan kanan patah/pecah, rim kanan belakang bengkok, permukaan yang bengkok kurang daripada 50% keseluruhan rim. Kerosakan motrtreler BMD 1575 adalah di bahagian treler iaitu anti underrun bumper terperosok ke dalam, lantai bahagian belakang kanan kemek, roda dan gandar xle 4 kanan tayar tiada/tanggal, rim bengkok, sideboard belakang kanan pecah/lubang, kesan calar dan bengkok pada ai below axle 4. Pemandu motorbus telah meninggal dunia di tempat kejadian. Selepas kemalangan kedudukan kenderaan kenderaan adalah motorbus berada di belakang motortreler secara menyerong sedikit ke kanan dan dalam keadaan melekat. Kawasan kemalangan adalah gelap dan tiada lampu jalan. Terdapat kesan tayar di belakang motorbus dan kesan tayar ini menyerong sedikit ke kanan. Siasatan pegawai penyiasat adalah motortreler telah masuk ke lorong kanan, barulah kemalangan berlaku. Hasil siasatan pegawai penyiasat menunjukkan kemalangan diakibatkan oleh pemandu motorbus. VERSI DEFENDAN [9] Defendan Pertama (SD1) adalah pemandu motor treler No. BMD 1575 pada tarikh dan masa kemalangan. Keterangan SD1 adalah seperti berikut (melalui PSD1 dan keterangan lisan): Mengesahkan beliau terlibat dengan kemalangan jalanraya pada 30.4.2019 jam lebih kurang 4.05 pagi di KM231.5 Lebuh Raya Utara Selatan. Pada tarikh tersebut beliau dalam perjalanan dari Kuala Lumpur hendak ke Pulau Pinang. Keadaan cuaca adalah baik dan jalan tidak sibuk. Apabila sampai di KM 231.5 Lebuhraya Utara Selatan, beliau nampak sebuah motorlori yang rosak di laluan kiri dalam jarak 200 meter ke 300 meter di hadapan motor treler beliau. Selepas pastikan keadaan selamat, beliau telah masuk ke Lorong kanan. Selepas bergerak dalam jarak 200 meter di Lorong kanan, sebuah motorbus telah melanggar motor treler beliau dari arah belakang. Motor bas itu pada mulanya berada di Lorong kiri dan telah cuba masuk ke laluan kanan dan telah melanggar motor treler yang dipandu oleh SD1. Kelajuan motor treler pada masa itu adalah 30-40 km/j sahaja. ANALISA DAN DAPATAN MAHKAMAH [10] Sejajar dengan peruntukan di bawah Seksyen 101(1) Akta Keterangan 1950, beban pembuktian sesuatu kes sepanjang perbicaraan adalah terletak di atas bahu Plaintif dan ianya akan berpindah kepada Defendan selepas beban tersebut dilepaskan. Seksyen 101 (1) Akta Keterangan berbunyi:
1
Whoever desires any court to give judgment as to any legal right or liability, dependent on the existence of facts which he asserts, must prove that those facts exist.
2
When a person is bound to prove the existence of any fact, it is said that the burden of proof lies on that person. [11] Di dalam kes Muhamad Ridhwaan bin Mohamed Rafik v Regatta Maritime Sdn Bhd & Ors [2022] MLJU 2442 Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa beban pembuktian adalah terletak sepenuhnya ke atas Plaintif untuk membuktikan bahawa beliau mempunyai hak ke atas tuntutan tuntutan yang dibuat ke atas Defendan: [10] It must be borne in mind that the burden of proof lies solely on the Plaintiff to prove that he is entitled to any of the claims pleaded against the Defendants. [12] Seterusnya di dalam kes Mahkamah Persekutuan Inas Faiqah Mohd Helmi v Kerajaan Malaysia [2016] 2 CLJ 885, YAA Abdul Hamid Embong telah memutuskan: - The standard of proof in civil cases is the legal standard to which a party is required to prove its case, namely on a balance of probabilities. In civil litigation, the question of the probability or improbability of an action occurring is an important consideration to be taken into account in deciding whether that particular event had actually taken place or not. In the case of Miller v. Minister of Pensions [1947] 2 All ER 372, Lord Denning said the following about the standard of proof in civil cases: The... [standard of proof]... is well settled. It must carry a reasonable degree of probability... if the evidence is such that the tribunal can say: burden is discharged, but, if the [13] Mahkamah juga telah merujuk kepada prinsip yang diputuskan di dalam kes KRISHNA MURTHEY & ANOR V LAW LYE CHUA [1992] 1 CLJ 668: not negligent. As was succinctly pointed out by Hashim Yeop Sani (as he then was) in NG CHUI SAI v MAIMON BT ALI (1983) 1 MLJ 110 as follows: the onus of proving the allegation of negligence rests on the person who makes it unless there are disclosed facts which raise a presumption in favour of the plaintiff. The plaintiff must show affirmatively that there has been a breach of a specific or genuine duty by the defendant and this resulted in the damage to the plaintiff. If he fails to [14] Seterusnya di dalam kes Yew You & Anor v. Mah Poay Koh & Anor [1970] 1 MLJ 57, mahkamah telah menyatakan: ... It is elementary law that the onus on the plaintiffs is satisfactorily discharged once it appears to the court on balance of probabilities that the circumstances are more consistent than not with the defendants' negligence. Evidence in support of the plaintiffs' case is not necessarily confined to what is adduced on their behalf, but the whole of the evidence, from whatever source, must also be taken into consideration. [15] Mahkamah telah merujuk kepada keputusan di dalam kes Abu Bakar B Pangis & Ors v Tung Cheong Sawmill Sdn Bhd & Ors [2014] MLJU 483 yang mana Datuk Abdul Wahab bin Patail JCA pada masa tersebut telah memutuskan: A conclusion and decision in a civil suit as to whether a plaintiff has proved his claim upon a balance of probabilities, is arrived at by application of law to the totality of the facts (a) not disputed, (b) facts conceded, agreed and (c) findings of fact found to be proved upon a balance of probabilities as explained above. It involves an [16] Oleh itu adalah undang-undang yang jelas dan mantap bahawa prinsip pembuktian sesuatu kes sivil terletak ke atas pihak yang menuntut iaitu Plaintif dan Plaintif perlu membuktikan mengikut adalah di atas keberangkalian yang munasabah (Juga diputuskan di dalam kes Ng Chui Sia v Maimon bt Ali [1983] 1 MLJ 110 dan Nadarajah a/l Muniandy v Ayob bin Jauhari [2001] MLJU 374). [17] Oleh itu berdasarkan prinsip-prinsip yang telah diputuskan di dalam kes kes terdahulu, maka Plaintif di dalam kes ini mempunyai tanggungjawab utama untuk mengemukakan sebanyak mungkin keterangan yang boleh membuktikan bahawa sememangnya Defendan Pertama telah bertindak secara cuai dan mengakibatkan kemalangan ini dengan sepenuhnya. [18] Berkenaan dengan pembuktian di dalam kes tort kecuaian, terdapat tiga elemen yang perlu dipenuhi iaitu: a. Defendan mempunyai tugas berhati hati di dalam tindakannya (duty of care); b. Di dalam menjalankan tugasnya, Defendan telah memecahkan kewajipan untuk berhati hati tersebut; c. Akibat daripada perlanggaran kewajipan berhati-hati itu, Plaintif telah mengalami kerugian/kemalangan/kecederaan. [19] Mahkamah juga telah merujuk kepada sebuah kes yang diputuskan oleh Persekutuan iaitu Tenaga Nasional Malaysia v Batu Kemas Industri Sdn Bhd and another appeal [2018] 5 MLJ 561 yang mana YA Hakim di dalam kes tersebut menyatakan: OUR DECISION [33] The first matter that must be established to proceed with a claim based on the tort of negligence is that the defendant owed a duty of tort of negligence requires first of all that there be a duty of care on the part of the (defendant) not to do any act or omit to do any act the doing of which or the omission of which could foreseeably affect other persons resulting in damage or loss to such (Siew Yaw Jen v Majlis Perbandaran Kajang and another appeal [2015] 4 MLJ 411 per Zaharah Ibrahim JCA, as she then was, wrongful act where the common law imposes a duty to take reasonable Lok Kok Beng & 49 Ors v Loh Chiak Eong & Anor per Zainun Ali FCJ delivering the judgment of the court). Once a duty existed, the plaintiff must show that the defendant breached it. [20] Untuk mahkamah memutuskan samada Plaintif telah berjaya membuktikan elemen elemen kecuaian tersebut, dan versi kemalangan manakah yang lebih probable, semua keterangan yang dikemukakan di mahkamah samada secara lisan atau dokumentasi harus dipertimbangkan dan diperhalusi semaksimanya. Untuk itu keterangan lisan kesemua saksi dan juga keterangan senyap yang lain akan dirujuk dan dipertimbangkan. [21] Berkenaan dengan keterangan SP1 yang merupakan pegawai penyiasat di dalam kes ini, beliau telah menjalankan siasatan di tempat kejadian dan menemuramah semua pihak yang terlibat atau berkaitan dengan kemalangan ini. Keputusan siasatan SP1 telah dikemukakan sebagai eksibit D4 yang mana SD1 merumuskan bahawa kemalangan adalah berpunca dari si mati sendiri yang telah melanggar bahagian belakang motor treler. [22] Semasa perbicaraan dan di dalam hujahan mereka, peguam Plaintif mencadangkan bahawa kemalangan berlaku apabila motor treler yang dipandu oleh Defendan Pertama secara tiba tiba mengubah haluan dari lorong kiri ke kanan dan kemudiannya telah menghalang laluan motor bas yang pada masa itu berada di lorong kanan dan kemalangan telah diakibatkan oleh Defendan Pertama namun cadangan ini tidak dipersetujui oleh pegawai penyiasat. [23] Untuk membuat keputusan versi manakah yang lebih probable, mahkamah telah merujuk kepada kesemua keterangan yang ada di mahkamah ini. Berkenaan dengan versi Plaintif, pemandu motor bas telah meninggal dunia dan tidak dapat memberikan keterangan di pihaknya. Tidak ada juga saksi bebas yang melihat bagaimana kemalangan berlaku. Semua penumpang bas juga tidak nampak bagaimana kemalangan berlaku kerana mereka tidur. [24] Walaupun hanya ada keterangan Defendan Pertama yang merupakan pihak yang terlibat dalam kemalangan, tidak bermaksud bahawa mahkamah akan terus mempercayai keterangan beliau sepenuhnya. Mahkamah akan membuat pertimbangan dan penilaian maksima dengan merujuk kepada keterangan lisan dan keterangan senyap lain untuk membuat keputusan yang adil. [25] Merujuk kepada Rajah kasar dan gambar gambar kemalangan, mahkamah dapati kedua dua keterangan ini adalah selari dengan keterangan Defendan di mahkamah dan juga laporan polis yang beliau buat selepas kemalangan (pada hari yang sama). Apabila meneliti gambar gambar kemalangan, dapat dilihat bahawa motor bas berada di belakang motor treler dalam keadaan melekat. Mahkamah juga melihat motor treler berada di laluan kanan dan dalam keadaan lurus di dalam lorong kanan. Berkenaan keadaan motorbas pula, mahkamah dapati ia berada dalam keadaan senget sedikit dari kiri ke kanan. Jika merujuk gambar B (m/s 12 Ikatan Dokumen A), terdapat juga kesan brek yang memanjang dari belakang motorbus dan boleh dilihat kesan brek itu menyerong sedikit dari kiri ke kanan. Malah jika dilihat kepada Rajah kasar, SP1 (pegawai penyiasat) juga melukis kesan brek di belakang motorbus yang senget dari kiri ke kanan jalan. [26] Berkenaan versi pihak Plaintif bahawa motor treler defendan pertama yang telah masuk secara tiba tiba ke lorong kanan di hadapan motorbus si mati dan menyebabkan halangan laluan, mahkamah berpendapat agak mustahil sebuah lori yang besar dan berat membawa muatan besi boleh secara tiba tiba masuk ke lorong kanan. Sebuah motor treler seperti ini akan memerlukan masa yang agak lama untuk menukar haluan dan meluruskan keseluruhan treler belakang di dalam lorong kanan. Tetapi jika melihat keadaan motor treler selepas kemalangan, keseluruhan motor treler telah pun berada secara lurus di dalam lorong kanan. Ini menunjukkan motor treler memang telah sedia ada di dalam lorong kanan semasa motorbus melanggar dari belakang. [27] Mahkamah juga menimbangkan fakta bahawa terdapat sebuah motor lori rosak di sebelah kiri jalan. Fakta ini ditimbulkan oleh SD1 dan disahkan oleh SP1 tetapi SP1 tidak merekodkan keterangan pemandu motorlori tersebut kerana motorlori telah bergerak selepas kemalangan. Daripada keterangan keterangan yang diberikan oleh saksi saksi dan merujuk kepada keterangan senyap yang ada, mahkamah berpendapat keterangan SD1 adalah konsisten dengan keterangan senyap yang ada seperti rajah kasar dan gambar gambar kemalangan. [28] Melihat kepada kedudukan motor treler yang berada sepenuhnya di dalam lorong kanan dan dalam keadaan lurus (selari dengan jalanraya), mahkamah berpendapat ia menunjukkan bahawa SD1 telah berjaya mengelakkan motorlori yang rosak di hadapannya dan telah bergerak di laluan yang sah dan selamat. Berkenaan motorbus pula, mahkamah berpendapat kemalangan berlaku apabila si mati hanya perasankan motorlori yang rosak dalam jarak yang dekat dan si mati cuba mengelak dari melanggar motorlori itu. Dalam keadaan tersebut juga, si mati telah mengelak ke kanan dan melanggar motor treler SD1 yang pada masa itu berada di lorong kanan. Mahkamah berpendapat versi kemalangan ini lebih konsisten dengan keterangan SP1, SD1 dan keterangan senyap yang lain. Mahkamah juga bersetuju dengan keputusan siasatan Pegawai Penyiasat di dalam kes ini bahawa simati adalah pihak yang menyebabkan kemalangan namun oleh kerana pihak yang menyebabkan kemalangan telah meninggal dunia maka keputusan diklasifikasikan [29] Mahkamah juga berpendapat setiap pemandu hendaklah sentiasa peka dan fokus kepada pemanduan mereka dan juga memastikan jarak yang selamat dengan kereta di hadapan mereka. Di dalam kes ini, mahkamah berpendapat kemalangan berlaku apabila si mati gagal memberi perhatian sepenuhnya ke hadapan dan menyebabkan beliau hanya perasan motorlori rosak itu dalam jarak masa yang sangat dekat dan dalam keadaan panik telah mengelak ke kanan dan terlanggar motor treler defendan yang pada masa itu berada di lorong kanan. [30] Oleh itu atas imbangan keberangkalian yang munasabah mahkamah memutuskan bahawa versi Defendan bagaimana kemalangan ini berlaku adalah lebih probable dan kemalangan ini adalah disebabkan oleh kecuaian si mati sendiri. KUANTUM GUAMAN SIVIL NO: AG-A53KJ-18-03/2022 [31] Bagi kes ini, Plaintif Plaintif adalah anak kandung kepada pemandu bas KER 5655 iaitu Hafisol bin Lat yang memandu motorbus tersebut semasa tarikh kemalangan. Hafisol bin Lat (si mati) telah meninggal dunia di tempat kejadian. Oleh itu anak anak si mati iaitu Plaintif Pertama dan Kedua kini menuntut kehilangan tanggungan di bawah Seksyen 7 Akta Undang Undang Sivil 1956. Seksyen 7 tersebut memperuntukkan:
7
Compensation to the family of a person for loss occasioned by his death
1
Whenever the death of a person is caused by wrongful act, neglect or default, and the act, neglect or default is such as would, if death had not ensued, have entitled the party injured to maintain an action and recover damages in respect thereof, the party who would have been liable if death had not ensued shall be liable to an action for damages, notwithstanding the death of the person injured, and although the death has been caused under such circumstances as amount in law to an offence under the Penal Code [Act 574].
2
Every such action shall be for the benefit of the wife, husband, parent, and child, if any, of the person whose death has been so caused and shall be brought by and in the name of the executor of the person deceased.
3
The damages which the party who shall be liable under subsection
1
to pay to the party for whom and for whose benefit the action is brought shall, subject to this section, be such as will compensate the party for whom and for whose benefit the action is brought for any loss of support suffered together with any reasonable expenses incurred as a result of the wrongful act, neglect or default of the party liable under subsection (1): Provided that
i
in assessing the damages there shall not be taken into account
a
any sum paid or payable on the death of the person deceased under any contract of assurance or insurance, whether made before or after the coming into force of this Act;
b
any sum payable, as a result of the death, under any written law relatin
c
any pension or gratuity, which has been or will or may be paid as a result of the death; or
d
any sum which has been or will or may be paid under any written law relating to the payment of any benefit or compensation whatsoever, in respect of the death;
II
(ii) damages may be awarded in respect of the funeral expenses of the person deceased if such expenses have been incurred by the party for whose benefit the action is brought;
III
(iii) no damages shall be awarded to a parent on the ground only of his having been deprived of the services of a child; and no damages shall be awarded to a husband on the ground only of his having been deprived of the services or society of his wife; and
IV
(iv) in assessing the loss of earnings in respect of any period after the death of a person where such earnings provide for or contribute to the damages under this section the Court shall
a
take into account that where the person deceased has attained the age of fifty five years at the time of his death, his loss of earnings for any period after his death shall not be taken into consideration; and in the case of any other person deceased, his loss of earnings for any period after his death shall be taken into consideration if it is proved or admitted that the person deceased was in good health but for the injury that caused his death and was receiving earnings by his own labour or other gainful activity prior to his death;
b
take into account only the amount relating to the earnings as aforesaid and the Court shall not take into account any prospect of the earnings as aforesaid being increased at any period after t death;
c
take into account any diminution of any such amount as aforesaid by such sum as is proved or admitted to be the living expenses of the person deceased at the time of his death;
d
take into account that in the case of a person who was of the age of purchase shall be 16; and in the case of any other person who was of the age range extending between thirty one years and fifty four years at the time of his death, th by using the figure 55, minus the age of the person at the time of death and dividing the remainder by the figure 2.
11
In this section, unless the context otherwise requires- "child" includes son, daughter, grandson, grand-daughter, stepson and stepdaughter; [32] Tuntutan Plaintif Plaintif di dalam kes ini adalah seperti berikut: a. Gantirugi kesedihan (Bereavement) b. Kehilangan tanggungan [33] Berkenaan dengan tuntutan bereavement, kemalangan di dalam kes ini berlaku pada 30.4.2019. Seksyen 7 (3B) di bawah Akta Undang Undang Sivil 1956 pada masa itu memperuntukkan seperti berikut:
3B
A claim for damages for bereavement shall only be for the benefit
a
of the spouse of the person deceased; and
b
where the person deceased was a minor and never married, of his parents. [34] Terdapat pindaan kepada Seksyen 7(3B) ini yang berkuatkuasa pada 31 Mei 2019 yang memperuntukkan seperti berikut:
3B
A claim for damages for bereavement shall only be for the benefit of
a
the spouse of the person deceased;
b
the child of the person deceased; and
c
the parents of the person deceased. [35] Oleh kerana kemalangan berlaku sebelum dari pindaan yang dibuat ke atas Undang Undang sivil 1956, maka anak anak si mati tidak boleh membuat tuntutan ini yang mana hanya isteri beliau sahaja yang dibenarkan menuntut. [36] Seterusnya bagi kehilangan tanggungan, ia adalah monetary loss oleh itu adalah satu prinsip undang-undang yang mantap bahawa tuntutan ini hendaklah dibuktikan. Di dalam kes Devadass a/l Raju v Tham Soon Kum & Ors [2012] MLJU 1071, Hakim Mahkamah Tinggi telah merujuk kepada beberapa kes terdahulu berkaitan prinsip ini: [8] The claim for housekeeping services comes under the head of special damages and it is a well-established principle that special damages in contrast to general damages, have to be specifically pleaded and strictly proved. [9] In the case of Ong Ah Long v Dr. S. Underwood [1983] 2 MLJ 324, Syed Agil Barakbah, FJ held: "It is well-established principal that special damages in contrast to general on that special damages have to be specifically pleaded is to comply with its object which is to crystallized the issue and to enable both parties to prepare for trial. amount of item of damages has become clear before the trial either because it has already occurred and so become crystallized or because it can be measured with complete accuracy." [10] In the case of Thrimalai & Anor v Mohamed Masryy Bin Tukimin [1987] 1 MLJ 153 Shankar J, opined that: "Special damages must be strictly proved. To my mind the evidentiality burden here goes beyond establishing the claim on a balance of probabilities. The figures put forward for special damages must come as close to mathematical certainty as the circumstances of the case would allow." [37] Di dalam kes Mariam bt Mansor v JD Peter [1975] 1 MLJ 279 mahkamah memutuskan seperti berikut: It is trite law that any claim for special damages must be specifically pleaded and strictly proved as opposed to general damages which is subject to assessment (See Sam Wun Hoong v Kader Ibramshah [1981] 1 MLJ 295 at 297, FC). In Yeap Cheng Hock v Kajima-Taisei Joint Venture [1973] 1MLJ 230 at 236 Syed Agil Barakbah, J. held: special damages unless it has been agreed. It is not enough for him to write down the particulars and leave them for the court to decide. It is [38] Bagi membuktikan tuntutannya, pihak Plaintif telah memanggil majikan Plaintif iaitu Encik Muhammad Faiz bin Mohd Fauzi yang merupakan Pengarah Urusan Suasana Holiday Sdn Bhd. Keterangan saksi tersebut adalah seperti berikut: Si mati yang bernama Hafisol bin Lat bekerja sebagai pemandu bas di syarikatnya. Dalam 1 bulan si mati menjalankan dalam 20-25 trip dari Kangar ke Jalan Duta, BTS, Putrajaya, Kelang. Arwah mula bekerja dengan syarikat ini sejak bas KER 5655 keluar. Arwah bekerja part time sahaja atas kehendak arwah sendiri. Tidak ada potongan KWSP dan SOCSO dibuat atas kehendak arwah sendiri. Majikan membayar arwah sebanyak RM110 untuk 1 trip. Kalau 1 bulan, majikan membayar arwah dalam RM2,000- RM2,500 Gaji dibayar secara cash Arwah bekerja hari hari [39] Antara dokumen yang dikemukakan oleh saksi untuk membuktikan pekerjaan si mati adalah P40 iaitu surat pengesahan jawatan sebagai pemandu. Tidak ada sebarang slip gaji atau sebarang bukti penyerahan wang gaji kepada si mati yang dikemukakan oleh pihak Plaintif. Majikan juga tidak membuat potongan KWSP dan SOCSO. Bayaran gaji juga dikatakan dibuat secara tunai. Selain itu majikan juga merujuk kepada penyata perjalanan bas KER 5655 yang menunjukkan ada nama si mati pada beberapa tarikh iaitu pada 18/4/2019, 19/4/2019, 21/4/2019 dan 23/4/2019. Si mati juga dikatakan baru saja mula bekerja dengan majikan iaitu sejak bas KER 5655 beroperasi. [40] Majikan si mati juga memberi keterangan bahawa si mati bekerja setiap hari dan dibayar RM110 untuk 1 trip. Beliau juga memaklumkan yang si mati sendiri yang meminta untuk bekerja part time dan tidak mahu bekerja tetap kerana tidak mahu terikat dengan majikan. [41] Daripada semua keterangan ini, mahkamah menyatakan terdapat percanggahan antara keterangan lisan majikan dengan dokumen yang dikemukakan di mahkamah. Majikan mengatakan si mati bekerja setiap hari tetapi dokumen yang ada di mahkamah menunjukkan si mati memandu motorbus KER5655 pada tarikh 18/4/2019, 19/4/2019, 21/4/2019 dan 23/4/2019 sahaja. Pada tarikh tarikh sebelum itu, motorbus KER5655 dipandu oleh pemandu yang lain. [42] Selain itu, si mati juga dikatakan hanya mula bekerja dengan majikan ini selepas motorbus KER5655 beroperasi. Tetapi tidak ada bukti dokumentasi yang jelas menunjukkan perkara ini. Walaupun majikan mengemukakan penyata perjalanan bas yang menyatakan nombor bas dan pemandu, namun tidak ada tandatangan pengesahan dari pegawai yang incharge (bertanggunngjawab) untuk mengesahkan dokumen ini. Jika melihat sekali imbas dokumen ini, ia boleh dibuat oleh sesiapa saja dan kemungkinan dibuat bagi tujuan kes ini sahaja kerana tidak ada cop nama pegawai yang membuat catitan di dalam dokumen ini. Kakitangan yang menyediakan penyata perjalanan ini juga tidak dipanggil memberi keterangan. [43] Selain itu mahkamah dapati ada beberapa perbezaan pada penyata penyata perjalanan motorbus KER5655 ini. Jika dilihat penyata perjalanan di mukasurat 10, 18, 27, 35, 49, dan 55 ikatan B dan dibandingkan dengan penyata perjalanan di mukasurat 43, 61, 64, 69 dan 75 mahkamah dapati penyata perjalanan di m/s 43, 61, 64, 69 dan 75 adalah bersih dan tidak dipenuhi catitan catitan seperti di dalam penyata perjalanan yang lain. Seolah olah penyata tersebut ditulis dengan berhati hati dan banyak data yang tidak ada seperti di dalam penyata perjalanan di mukasurat 10, 18 dan seterusnya. [44] Seperti mana yang mahkamah maklumkan sebelum ini, tidak ada tandatangan atau cop nama yang diletakkan di atas dokumen penyata perjalanan motorbus ini. Mahkamah juga tidak dikemukakan dengan dokumen asal oleh pihak Plaintif untuk mahkamah pastikan kesahihan dokumen ini. Makamah ini tidak boleh menerima terus keterangan majikan kerana tidak dibuktikan dengan jelas samada beliau yang mengisikan borang ini atau pun orang lain. [45] Majikan mengatakan pembayaran gaji dibuat secara tunai. Adalah mustahil dalam zaman serba moden ini, wang kertas bernilai RM3000-00 diberi secara tunai. Sekiranya benar apa yang dinyatakan, mesti terdapat bukti pemberian wang tersebut kepada OKT. Sesebuah syarikat tidak mungkin akan menyerahkan wang sebanyak RM3,000-00 kepada seseorang tanpa sebarang pengesahan penerimaan dibuat seperti tandatangan pada voucher gaji. RM3,000 bukan satu jumlah yang sedikit dan syarikat sepatutnya mempunyai rekod pemberian gaji untuk rujukan di masa akan datang sekiranya ada apa apa tuntutan dibuat. [46] Dengan ketiadaan bukti dokumentasi dan bukti bukti lain yang boleh menyakinkan mahkamah, mahkamah menggunakan judicial notice bahawa si mati mampu bekerja kerana mempunyai tubuh badan yang sihat dengan pendapatan RM1,500 mengikut gaji minima yang ditetapkan oleh kerajaan. [47] Bagi Plaintif pertama, beliau telah berumur 20 tahun semasa tarikh kemalangan dan masih bersekolah di sekolah kerajaan. Beliau mula bekerja pada tahun 2022 sebagai Operator Kilang. Beliau tidak tahu berapa pendapatan bapanya (simati). Beliau megesahkan bahawa bapanya bekerja part time di Syarikat Suasana Holiday Sdn Bhd. Plaintif pertama menuntut jumlah tanggungan bulanan sebanyak RM1,500.00 sebulan daripada Defendan Defendan. [48] Merujuk semula kepada pendapatan simati yang mahkamah putuskan di atas, pendapatan simati dikira RM1,500 sebulan kerana pihak Plaintif gagal buktikan bahawa si mati berpendapatan RM3,000-3,500.00 sebulan. Jadi dengan pendapatan anggaran RM1,500.00 sebulan, tidak mungkin simati dapat memberikan wang bulanan sebanyak RM1,500.00 kepada Plaintif Pertama seorang diri. Mengambil kira secara munasabah, si mati perlu membuat pembayaran lain seperti bil bil elektrik, bil air, makan minum sekeluarga dan sebagainya. Oleh itu mahkamah berpendapat jumlah RM300 sebulan kepada Plaintif Pertama adalah munasabah dan berpatutan untuk perbelanjaan Plaintif Pertama dari tarikh kemalangan hingga tahun beliau mula bekerja iaitu 2022. RM300 x12 x 3 tahun = RM10,800.00. [49] Bagi Plaintif kedua, beliau berumur 17 tahun semasa simati terlibat dalam kemalangan. Beliau bersekolah di sekolah kerajaan pada masa itu. Plaintif kedua duduk di rumah dan tidak menetap di asrama. Pada masa ini Plaintif Kedua sedang menyambung pelajaran di Universiti Kolej Bestari, Trengganu untuk Diploma Kejururawatan (swasta). Seperti hujahan mahkamah di atas, mahkamah berpendapat RM300-00 adalah jumlah yang munasabah dan adil untuk diberikan kepada Plaintif Kedua bagi tempoh 6 tahun, dengan mengambil kira pemberian simati kepada Plaintif Pertama dan perbelanjaan simati yang lain. RM300 x 12 x 6 tahun = RM21,600.00. [50] Adalah ditekankan semula bahawa undang undang adalah mantap bahawa setiap tuntutan bagi gantirugi khas hendaklah dibuktikan dengan kukuh. Sekiranya mahkamah membenarkan tuntutan pihak pihak atas keterangan lisan, maka perintah mahkamah akan menjadi ikutan dan rujukan pihak pihak lain dan ini akan memprejudiskan pihak yang perlu membuat bayaran kerana perlu membayar wang yang tidak sepatutnya atau yang sebenarnya tidakpun ditanggungrugi oleh pihak yang menuntut sebelum ini. [51] Bagi gantirugi khas, pihak defendan telah bersetuju untuk jumlah RM150.00 bagi kos dokumen, RM300-00 untuk kos perjalanan kedua dua Plaintif dan RM5,000 untuk kos pengkebumian. Mahkamah membenarkan jumlah tersebut dan berpendapat ia adil dan munasabah. [56] Mahkamah juga membenarkan kos dan faedah pada kadar biasa yang ditetapkan mengikut undang undang. Berkaitan dengan tuntutan lain yang telah dibenarkan dan dipersetujui oleh kedua-dua pihak, mahkamah juga mengawardkan faedah sebanyak 5% setahun ke atas tuntutan am dari tarikh penyampaian saman dan penyata tuntutan hingga tarikh penghakiman dan faedah pada kadar 5% setahun ke atas gantirugi khas dari tarikh kemalangan hingga tarikh penghakiman dan 5% setahun ke atas gantirugi am dan khas sehingga tarikh penyelesaian menurut Aturan 42 Kaedah 12 dan mengikut Arahan Amalan Ketua Hakim Negara Bilangan 1 tahun 2012. ROHAIDA BINTI ISHAK Hakim Sesyen Mahkamah Kuala Kangsar Bertarikh: 1/4/2024 Peguam
1
Tetuan N M TIONG & CO, Peguambela dan Peguamcara bagi pihak Plaintif/Perayu 2. Tetuan Raj Selva & Co. Peguambela dan Peguamcara bagi pihak Defendan Defendan
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.