Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KLANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA NO. KES: BA-45A-(99 &100)-10/2019 ANTARA PENDAKWA RAYA DAN R. KARUPPIAH @ RAJA A/L RAMASAMY (OKT1) & PENDAKWA RAYA
BA-45A-100-10/2019
High Court of Malaysia31 Jan 2023
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“n elemen fizikal iaitu milikan yang merujuk kepada jagaan atau kawalan fizikal ke atas dadah berbahaya tersebut serta elemen pengetahuan (mens rea possession). [49] Di dalam kes Chan Pean Leon v. PP [1956] CLJU 17; [1956] 1 LNS 17; [1956] 22 MLJ 237, Hakim Thomson telah menjelaskan tentang kedua-dua unsur tersebut pada”
“(iv) after defence is called, the accused elects to give evidence, then go through the steps out in Mat v. Public Prosecutor [1963] 1 LNS 82; [1963] MLJ 263.” [37] Berdasarkan kepada nas-nas undang-undang tersebut adalah menjadi tanggungjawab Hakim perbicaraan untuk menganalisa, menilai dan memberikan pertimbangan seca”
“ibungkus dan ditutup secara kemas, maka adalah logik kandungannya tidak diketahui oleh pihak yang datang memungutnya. [53] Mahkamah ini merujuk kepada kes Mahkamah Rayuan Venkatesan Chinnasami v. PP [2011] CLJU 1736; [2011] 1 LNS 1736 yang memutuskan “innocent carrier” seperti berikut: “... A defence of innocent carrie”
“leh seseorang yang tidak mengesyakinya. Adalah menjadi undang-undang yang mampat bahawa mere proximity adalah tidak mencukupi untuk pembuktian mens rea possession. Nas Low Thiam Teck v. Pendakwa Raya [2014] CLJU 1104 memutuskan seperti berikut: “'On the issue of proximity to the drugs, we agreed with learned counsel th”
“s pendakwaan kerana berkemungkinan Boy dan Burn adalah pengedar dadah sebenar dan OKT1 hanyalah seorang drug mule tidak dapat ditolak. Mahkamah merujuk kepada kes Pendakwa Raya lwn Inthiran Rajendran [2021] CLJU 1388 yang mana telah diputuskan bahawa siasatan yang tidak lengkap boleh menimbulkan kelompangan dalam kes p”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KLANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA NO. KES: BA-45A-(99 &100)-10/2019 ANTARA PENDAKWA RAYA DAN R. KARUPPIAH @ RAJA A/L RAMASAMY (OKT1) & PENDAKWA RAYA
1
Di dalam kes pertama, (BA-45A-99-10/2019), OKT R. Karuppiah @ Raja A/L Ramasamy telah dituduh dengan kesalahan mengedar dadah berbahaya iaitu Cannabis seberat 1,966 gram. Di dalam kes kedua, (BA- S/N DB0cMcvxckavbijTpcLuIg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 2 45A-100-10/2019), OKT1 (R. Karuppiah @ Raja A/L Ramasamy) dan OKT2 (Lemans Collins Osuji) telah bersama-sama dituduh atas kesalahan mengedar dadah berbahaya iaitu 3,4- Methylenedioxymethamphetamine seberat 687.88 gram. Pertuduhan-pertuduhan yang dikemukakan adalah seperti berikut: Pertuduhan Kes Pertama Bahawa kamu R. KARUPPIAH @ RAJA A/L RAMSAMY pada 9 April 2019, lebih kurang jam 11.00 pagi di tepi jalan Jalan Dato Dagang 24, Desa Idaman 2, Taman Sentosa, di dalam daerah Klang, di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan telah mengedar dadah berbahaya iaitu Cannabis seberat 1,966 gram dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 39B(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) Akta yang sama. Pertuduhan Kes Kedua Bahawa kamu bersama-sama pada 9 April 2019, lebih kurang jam 11.00 pagi hingga 12.00 tengahari di tepi jalan Jalan Dato Dagang 24, Desa Idaman 2, Taman Sentosa, di dalam daerah Klang, di dalam Negeri Selangor Darul Ehsan telah mengedar dadah berbahaya iaitu 3,4-Methylenedioxymethamphetamine (“MDMA”) seberat 687.88 gram dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 39B(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) Akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan. S/N DB0cMcvxckavbijTpcLuIg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 3
2
Pertuduhan-pertuduhan tersebut dibacakan kepada OKT1 dan OKT2. OKT1 dan OKT2 faham dengan pertuduhan-pertuduhan tersebut dan telah minta dibicarakan. Pihak Pendakwaan telah memanggil seramai 21 orang saksi untuk membuktikan kes mereka.
3
Sebelum perbicaraan bermula, pihak Pendakwaan telah memohon agar kedua-dua kes untuk dibicarakan bersama selaras dengan Seksyen 165(1) Kanun Keseksaan yang dibaca bersama dengan Seksyen 170(1) Kanun Keseksaan. Mahkamah ini telah membenarkan permohonan tersebut yang tidak dibantah oleh peguam kedua-dua OKT.
4
Di akhir kes pendakwaan, Mahkamah memutuskan bahawa pihak Pendakwaan telah gagal membuktikan kes prima facie di dalam kedua-dua kes. Mahkamah lalu memutuskan agar OKT1 dan OKT2 dilepaskan dan dibebaskan tanpa dipanggil membela diri untuk kedua-dua pertuduhan.
5
Setelah tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut, pihak Pendakwaan telah memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah ini bagi kedua-dua kes.
6
Ini merupakan alasan-alasan bagi keputusan Mahkamah ini.
7
Pada 8.4.2019 pada jam lebih kurang 10.00 pagi, Pembantu Penguasa Kastam Mohd Zamzuri Muhammad Zain ("SP4") yang bertugas di Pusat Mel dan Kurier ("PMK") Jabatan Kastam Diraja Malaysia ("JKDM") Kuala Lumpur International Airport ("KLIA") telah mengimbas S/N DB0cMcvxckavbijTpcLuIg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 4 satu kotak parcel bernombor EA151210814B dari Belgium yang dialamatkan kepada Raja Selvarajoo di alamat No. 26A Jalan Dato Dagang 24, Desa Idaman 2, Taman Sentosa 41200 Klang, Selangor [kotak P22] yang mana terdapat imej biji-biji pil yang mencurigakan telah terhasil hasil imbasan yang dilakukan. SP4 telah memaklumkan penemuan tersebut kepada Pembantu Penguasa Kastam Hasanah Mohd Azman ("SP5") untuk dibuat pemeriksaan.
8
SP5 telah menurunkan cop "dibuka oleh pos untuk pemeriksaan kastam dengan tarikh 8 April 2019" dan SP5 telah meminta bantuan petugas Pos Malaysia, Encik Hazrul Ezuan bin Ahmad ("SP6") untuk melakukan proses "unbox seal" bagi kotak P22. Setelah kotak P22 dibuka, SP5 telah mengeluarkan empat kotak yang kelihatan seperti kotak mainan dan kemudiannya SP5 mengangkat semula kotak yang telah kosong itu di mana beliau merasakan kotak tersebut masih berat.
9
SP5 telah mengimbas semula kotak P22 yang telah kosong tersebut dan mendapati masih terdapat imej biji-biji pil yang mencurigakan pada kotak tersebut. SP5 telah menoreh sisi kotak P22 dari bahagian dalam dan mendapati terdapat plastik gelap berwarna hitam yang mengandungi biji-biji pil. SP5 kemudiannya telah memasukkan semula empat kotak mainan ke dalam kotak P22 dan membawa kotak tersebut ke Bilik Ketua Unit Shift yang bertugas iaitu Penguasa Kastam Tuan Norazmakhairoladhar bin Abu Hassan ("SP7") dan memaklumkan kepada beliau tentang penemuan tersebut. SP5 telah menyerahkan kotak P22 kepada SP7 untuk tindakan lanjut.
10
SP7 telah memaklumkan tentang kotak P22 kepada Cawangan Narkotik, Ibu Pejabat JKDM. Penguasa Kastam Ahmad Yazid Khan S/N DB0cMcvxckavbijTpcLuIg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 5 ("SP8") dari Cawangan Narkotik, Ibu Pejabat JKDM telah hadir ke PMK KLIA untuk mendapatkan kotak P22 daripada SP7. SP8 telah diiringi oleh SP7 untuk membuat imbasan keluar kotak P22 tersebut menggunakan mesin pengimbas Pos Malaysia KLIA supaya kotak tersebut direkodkan di dalam sistem Pos Malaysia bagi menunjukkan seolah-olah ia akan dihantar kepada penerima secara penghantaran biasa. Setelah selesai proses imbasan, SP8 mendapati parcel berkenaan di bawah kendalian Pusat Poslaju Klang.
11
SP8 telah memaklumkan kepada PKPK I Tuan Hafiz bin Haris dari Bahagian Penguatkuasaan, Cawangan Operasi JDKM Selangor bahawa kotak P22 tersebut akan dihantar olehnya ke Pusat Poslaju Klang pada pagi keesokan harinya (9.4.2019) dan meminta Bahagian Penguatkuasaan, Cawangan Operasi JKDM Selangor bersedia dengan pasukan serbuan untuk pelaksanaan prosedur penghantaran terkawal (controlled delivery).
12
SP8 telah membawa pulang kotak P22 berkenaan ke Cawangan Narkotik, Ibu Pejabat JKDM dan telah menyimpan parcel tersebut di dalam almari besi berpalang dan berkunci di dalam pejabatnya yang mana hanya boleh diakses oleh SP8.
13
Pada 9.4.2019 pada jam lebih kurang 7.00 pagi, SP8 telah ke Pejabat Poslaju Klang dan telah bertemu dengan Encik W. Mohd Anwar Wan Adam ("SP9") yang merupakan Penyelia Kurier dengan membawa kotak P22 tersebut. SP8 telah memaklumkan kepada SP9 bahawa Bahagian Penguatkuasaan JKDM Selangor akan melakukan penghantaran terkawal bagi kotak P22 berkenaan pada hari yang sama kerana disyaki mengandungi dadah. SP8 telah meminta kerjasama SP9 S/N DB0cMcvxckavbijTpcLuIg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 6 untuk membantu proses penghantaran terkawal tersebut dan meminta beliau untuk menyimpan secara selamat kotak P22 berkenaan sementara menunggu wakil Bahagian Penguatkuasaan JKDM Selangor tiba bagi melaksanakan operasi tersebut.
14
SP9 telah menyimpan kotak P22 berkenaan di dalam pejabatnya yang berkunci untuk simpanan selamat yang hanya boleh diakses oleh beliau sahaja. Pada jam lebih kurang 10.00 pagi tarikh yang sama, Pegawai Kastam Shaiful Rizal Abdul Sani ("SP11") telah hadir di Pusat Poslaju Klang dan bertemu dengan SP9 di mana SP11 telah memaklumkan bahawa beliau merupakan wakil JKDM Selangor yang akan bersama-sama membuat penghantaran kotak P22 pada hari tersebut. SP9 telah menyerahkan kotak P22 kepada SP11. SP9 kemudiannya telah memberikan penerangan mengenai proses penghantaran kotak P22 ke alamat penerima kepada SP11. SP11 juga telah memberi penerangan tentang operasi pihak JKDM Selangor berkenaan kotak P22 kepada SP9.
15
SP11 dan SP9 telah keluar membuat penghantaran kotak P22 berkenaan dengan menggunakan kenderaan Poslaju jenis Toyota Hiace dengan nombor pendaftaran VAD 9746 ke alamat yang tertera di atas parcel yang ditulis dan tertera nama penerima sebagai RAJA SELVARAJOO NO 26A, JALAN DATO DAGANG 24 DESA IDAMAN TAMAN SENTOSA 41200 KLANG SELANGOR MALAYSIA Tel.
0167475996
Kotak P22 tersebut berada dalam kawalan SP11 ketika SP9 memandu kenderaan Poslaju. [16] Pada jam lebih kurang jam 11.00 pagi, setelah tiba di alamat yang tertera di kotak P22, SP9 mendapati kediaman bagi alamat pada kotak S/N DB0cMcvxckavbijTpcLuIg P22 berada di tingkat atas dan SP9 mendapati pintu untuk menaiki tangga berada dalam keadaan berkunci. SP9 telah menghubungi nombor yang tertera pada kotak P22 iaitu 0167475996 (OKT 2) dan telah bercakap dengan seorang lelaki yang berbunyi seperti warga asing. Individu tersebut menyatakan bahawa beliau akan hadir mengambil kotak P22 tersebut. [17] Sementara menunggu ketibaan penerima kotak P22, SP9 telah dihubungi oleh seorang individu lelaki dengan nombor yang lain iaitu 0102718795 (OKT 1). Individu tersebut memaklumkan akan tiba di alamat berkenaan untuk mengambil kotak P22. Selepas menunggu selama beberapa minit, SP9 dan SP11 mendapati terdapat sebuah kenderaan jenis Ford Everest berwarna biru bernombor pendaftaran WNH 1018 datang dari arah depan dan berhenti di belakang kenderaan Poslaju. [18] Kemudiannya, SP9 dan SP11 melihat OKT 1 keluar dari kenderaan tersebut dan menghampiri sebelah kiri kenderaan Poslaju dan OKT 1 telah menghulurkan lesen memandu kepada SP11. SP11 telah mengambil lesen memandu tersebut dan SP11 mendapati nama yang tercatat pada lesen tersebut adalah R. Karuppiah @ Raja A/L Ramasamy (P45). SP9 telah meminta kad pengenalan daripada OKT 1 tersebut untuk dicatatkan di dalam Delivery Run Sheet (P46) namun OKT 1 memaklumkan tidak membawa kad pengenalannya. SP9 dan SP11 telah bertanya beberapa kali kepada OKT 1 dengan pertanyaan "barang ni u punya ke? kalau bukan nama you, saya tak boleh bagi kalau bukan you punya" kerana nama pada lesen memandu yang diberikan adalah tidak sepadan dengan nama pada kotak P22. OKT 1 menyatakan bahawa kotak P22 tersebut adalah kepunyaannya kerana terdapat nama "Raja" pada parcel berkenaan. OKT 1 juga mengakui bahawa beliau yang S/N DB0cMcvxckavbijTpcLuIg menghubungi pihak pos melalui panggilan telefon menggunakan nombor 0102718795 untuk menerima kotak P22 berkenaan. [19] OKT 1 telah menandatangani P46 dan SP9 telah menyerahkan kotak P22 kepada OKT 1. SP11 kemudiannya telah membuat panggilan telefon kepada Pegawai Serbuan Tuan Jalaludin Mat Yaman ("SP17") yang telah berada di kawasan sekitar alamat pada kotak P22 bersama pasukan serbuan dan telah memaklumkan bahawa OKT 1 telah menerima kotak parcel P22. SP17 kemudiannya telah mengarahkan anggota serbuan Kastam untuk membuat tangkapan. [20] Pembantu Penguasa Kastam Ahmad Zulhairi Zainal (SP12) bersama PiK Mohd Azlul Hisham Rahimi dan PiK Mohamad Fadzil Mat Zangi telah menghampiri kenderaan Ford Everest WNH 1018 yang masih belum bergerak dan SP12 telah memperkenalkan diri sebagai Pegawai Kastam (sambil menunjukkan kad kuasa) dan meminta OKT 1 untuk turun dari kenderaan. SP12 mendapati kotak P22 berada di tempat duduk penumpang hadapan kenderaan tersebut. SP17 yang tiba kemudian telah menahan OKT 1 dan memaklumkan sebab-sebab penahanan kepada OKT 1. [21] Hasil dari penahanan OKT 1 tersebut, SP17 telah mendapat maklumat daripada OKT 1 bahawa kotak P22 tersebut akan diserahkan kepada OKT 2. SP17 telah meminta OKT 1 untuk menelefon OKT 2 bagi mengatur pertemuan dengan OKT 2 untuk tujuan penyerahan kotak tersebut. Hasil maklumat dari OKT 1, kotak P22 tersebut akan diserahkan kepada OKT 2 di kawasan Jalan Laksamana 5, 41000 Klang Selangor berhampiran Restoran Sakti yang tidak jauh dari lokasi pertama. Hasil maklumat daripada OKT 1 juga, SP17 telah memaklumkan kepada S/N DB0cMcvxckavbijTpcLuIg anggota serbuan bahawa OKT 2 yang akan mengambil kotak tersebut akan menaiki kereta jenis Chevrolet Aveo berwarna hitam bernombor pendaftaran W 4042 Α. [22] SP12 telah diarahkan oleh SP17 untuk memandu kenderaan OKT 1 iaitu Ford Everest bernombor pendaftaran WNH 1018 bersama dengan PiK Shaddanend a/l Nesen ("SP13") dan PiK Mohamad Fadzil Mat Zangi yang mengawal OKT 1 di dalam kenderaan tersebut. OKT 1 duduk sambil memangku kotak P22 di bahagian belakang di tengah bersama SP13 dan PiK Mohamad Fadzil Mat Zangi. [23] Pada jam lebih kurang 11.55 pagi, pasukan serbuan Kastam telah bergerak ke lokasi yang kedua iaitu Jalan Laksamana 5, 41000 Klang Selangor di hadapan Restoran Sakti dengan dipandu arah oleh OKT 1. Sebaik tiba di lokasi kedua, SP12 dan PiK(P) Mohamad Fadzil meninggalkan OKT 1 bersama dengan SP13 di dalam kereta Ford Everest. OKT 1 diarahkan untuk duduk di kerusi pemandu kereta Ford Everest manakala SP13 telah duduk di bahagian penumpang hadapan. Kotak P22 telah dipangku oleh OKT 1 di dalam kereta tersebut. SP12 telah berpindah menaiki kenderaan RN 6523 yang dipandu oleh PiK(P) Azlul Hisham dan membuat pemantauan dari belakang dalam jarak sekitar 50 meter dari kenderaan Ford Everest tersebut. [24] SP17 telah mengarahkan mana-mana anggota pasukan yang melihat OKT 2 yang menaiki kenderaan Chevrolet Aveo berwarna hitam bernombor pendaftaran W4042A untuk membuat tangkapan. Tidak lama selepas itu, kenderaan Chevrolet Aveo bernombor pendaftaran W4042A telah tiba di lokasi dan telah berhenti di sebelah kenderaan Ford Everest, SP13 menyatakan OKT 2 telah bertanyakan kepada OKT 1 "where is the S/N DB0cMcvxckavbijTpcLuIg box?". Namun sebelum sempat OKT 1 menjawab, OKT 2 tersebut telah menyedari kehadiran SP13 di sebelah OKT 1. OKT 2 telah menggerakkan kenderaannya ke hadapan sebelum kenderaan anggota serbuan RN 6523 membuat halangan (blocking) di hadapan kenderaan Chevrolet Aveo tersebut. [25] SP12 bersama PiK(P) Azlul Hisham dan PiK Mohamad Fadzil telah turun dari kenderaan RN 6523 dan memperkenalkan diri sebagai Pegawai Kastam kepada OKT 2. OKT 2 kelihatan cemas dan terkejut lalu terus keluar dari keretanya dan melarikan diri ke arah belakang bangunan. SP12, PiK(P) Azlul Hisham dan PiK Mohamad Fadzil telah mengejar OKT 2 dan berjaya ditahan lalu dibawa kepada SP17. [26] SP17 mengarahkan pasukan serbuan kastam untuk membawa pulang OKT 1 dan OKT 2 dan dua (2) kenderaan tersebut ke Pejabat Kastam Pelabuhan Utara, Klang. SP12 telah membawa pulang kereta Aveo manakala kenderaan Ford Everest WNH 1018 pula telah dipandu oleh PiK Shahrair Umma Samsudin ("SP14") bersama SP13 dan OKT 1. Kotak P22 masih berada dengan OKT 1 di dalam kenderaan Ford Everest. [27] Setibanya di Pejabat Kastam Pelabuhan Utara, Klang, SP17 telah mengarahkan anggota pasukan yang memandu kedua-dua kenderaan untuk mengunci kedua-dua buah kereta tersebut sebelum pemeriksaan lanjut dibuat. SP17 telah mengambil kedua-dua kunci kenderaan tersebut. SP17 turut mengarahkan anggota pasukan untuk membawa kedua-dua OKT ke aras 4 Pejabat Kastam Pelabuhan Utara, Klang bersama kotak P22 untuk proses pembongkaran barang kes. Bagi proses S/N DB0cMcvxckavbijTpcLuIg pembongkaran, SP17 telah mengarahkan PiK Firdaus Salim ("SP15") untuk menjadi pencatat senarai barang kes di dalam Borang Bongkar. [28] Proses pembongkaran parcel dan penandaan telah dibuat di hadapan kedua-dua OKT. SP17 telah mengarahkan PiK Dennis Anak Belun ("SP10") untuk merakamkan gambar proses penandaan dan pembongkaran barang kes. Hasil pembongkaran yang dibuat oleh SP17 terhadap kotak P22 telah menemui:
a
Kotak Bertulis Mosaic Jewellery Box berisi mainan;
b
Kotak Bertulis Nickleodeon Slime Sowker berisi mainan;
c
Kotak Bertulis Magic Markers kosong; dan
d
Kotak bertulis Magic Markers berisi mainan. [29] Setelah mengeluarkan kotak-kotak mainan tersebut, SP17 telah memeriksa kotak P22 dan mendapati terdapat kesan torehan pada sisi kotak parcel tersebut yang mana SP17 dapat melihat terdapat bungkusan berwarna hitam. SP17 telah menoreh setiap sisi kotak parcel tersebut dan telah menjumpai 12 bungkusan plastik berwarna hitam. SP17 telah membuka setiap bungkusan plastik berwarna hitam dan mendapati setiap bungkusan mempunyai lapisan plastik berwarna "silver" yang mana setelah dibuka di dalamnya masing-masing terdapat pil-pil yang disyaki dadah berbahaya. Selesai proses pembongkaran dan penandaan awal, SP17 telah memasukkan semula semua barang kes ke dalam kotak P22 dan menyimpannya di dalam pejabatnya yang berkunci sementara menunggu kehadiran Pegawai Penyiasat. [30] Kemudian, SP17 telah mengarahkan SP14, SP15 dan SP10 untuk membuat pemeriksaan rapi ke atas dua buah kenderaan bernombor S/N DB0cMcvxckavbijTpcLuIg pendaftaran WNH 1018 dan W 4042 A di perkarangan Pejabat Kastam Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang sambil disaksikan oleh kedua dua OKT. SP17 telah serahkan kunci kedua-dua buah kereta kepada SP14. [31] Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan Ford Everest WNH 1018, SP14 telah menemui satu bungkusan plastik berwarna jingga di dalam gulungan permaidani di bahagian belakang dalam kereta tersebut. Pemeriksaan lanjut ke atas bungkusan plastik tersebut telah menjumpai 2 bungkusan surat khabar yang masing-masing mempunyai ketulan daun kering mampat yang disyaki dadah. SP14 menyatakan OKT 1 berada dalam keadaan tergamam dan menggigil setelah ditunjukkan plastik berwarna jingga tersebut. [32] SP14 telah menyerahkan barang kes yang ditemui dalam kenderaan Ford Everest WNH 1018 kepada SP17. SP17 telah membuat pembongkaran dan penandaan terhadap rampasan barang kes yang ditemui di dalam kenderaan Ford Everest WNH 1018 di hadapan di kedua-dua OKT dan hasil pembongkaran yang dibuat telah menemui item berikut:
a
(1) permaidani berwarna kuning;
b
(1) ketulan daun kering mampat disyaki dadah ganja;
c
(c)
1
ketulan daun kering mampat disyaki dadah ganja;
d
(1) plastik berwarna jingga; dan
e
(2) bungkusan surat khabar. [33] Kes telah disiasat oleh Pegawai Penyiasat Hairul Azwan Saadon ("SP21"). SP21 telah mengemukakan barang kes dadah di dalam kes ini ke Jabatan Kimia Malaysia untuk analisis dadah. Dr Vanitha Kunalan dari S/N DB0cMcvxckavbijTpcLuIg Jabatan Kimia Malaysia ("SP3") telah menjalankan analisis dan mengesahkan jenis dadah Cannabis seberat 1,966 gram (bagi kes BA- 45A-99-10/2019) dan dadah 3,4-Methylenedioxymethamphetamine ("MDMA") seberat 687.88 gram (bagi kes BA-45A-100-10/2019) sepertimana pertuduhan di Mahkamah ini. Beban Pembuktian di Akhir Kes Pendakwaan [34] Beban pembuktian di akhir kes Pendakwaan adalah “prima facie” sepertimana diperuntukan di bawah Seksyen 180(1) KTJ: “When the case for the prosecution is concluded, the Court shall consider whether the prosecution has made out a prima facie case against the Accused.” [35] Tahap prima facie telah diterangkan di dalam kes Mahkamah Persekutuan iaitu Balachandran v PP (2005) 1 CLJ 85 bahawa: “The test at the close of the prosecution would therefore be: is the evidence sufficient to convict the accused if he elects to remain silent? If the answer is in the affirmative then a prima facie case has been made out. This must, as of necessity, require a consideration of the existence of any reasonable doubt in the case for the prosecution. If there is any of such there can be no prima facie. As the accused can be convicted on the prima facie evidence it must have reached a standard which is capable of supporting a conviction beyond reasonable doubt.” S/N DB0cMcvxckavbijTpcLuIg [36] Mahkamah ini juga merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan iaitu PP v Mohd Radzi bin Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 yang memutuskan seperti berikut: “(i) At the close of the prosecution’s case, subject the evidence led by the prosecution in its totality to a maximum evaluation. Carefully scrutinise the credibility of each of the prosecution’s witnesses. Take into account all reasonable inferences that may be drawn from that evidence. If the evidence admits of two or more inferences, then draw the inference that is most favourable to the accused;
II
(ii) ask yourself the question: If I now call upon the accused to make his defence and he elects to remain silent am I prepared to convict him on the evidence now before me? If the anwer to that question is “Yes”, then a prima facie case has been made out and the defence should be called. If the answer is “No” then, a prima facie case has not been made out and the accused should be acquitted;
III
(iii) after the defence is called, if the accused elects to remain silent, then convict;
IV
(iv) after defence is called, the accused elects to give evidence, then go through the steps out in Mat v. Public Prosecutor [1963] 1 LNS 82; [1963] MLJ 263.” [37] Berdasarkan kepada nas-nas undang-undang tersebut adalah menjadi tanggungjawab Hakim perbicaraan untuk menganalisa, menilai dan memberikan pertimbangan secara penilaian maksima terhadap kes pendakwaan dengan mengambilkira keterangan saksi-saksi pendakwaan, ekshibit-ekshibit yang dikemukakan dan soal balas yang S/N DB0cMcvxckavbijTpcLuIg diajukan oleh pihak pembelaan bersekali dengan hujahan kedua-dua pihak. Secara ringkasnya saya memperingati diri saya sendiri bahawa langkah-langkah yang telah diperincikan dalam kes PP v. Mohd Radzi Abu Bakar (supra) perlulah dipatuhi dengan ketat. Elemen Pertuduhan [38] Menurut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952; ‘No person shall, on his own behalf or on behalf of any other person, whether or not such person is in Malaysia, traffic in a dangerous drugs’ [39] Bagi membuktikan pertuduhan pengedaran dadah berbahaya di bawah Seksyen 39B(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, pihak Pendakwaan perlu membuktikan kesemua elemen/intipati seperti berikut: I. Dadah tersebut tersenarai di bawah ADB 1952 dan dengan berat seperti yang dinyatakan dalam pertuduhan; II. Dadah yang dirampas ada di dalam milikan tertuduh, iaitu tertuduh mempunyai jagaan dan kawalan ke atas dadah tersebut serta tertuduh mempunyai pengetahuan bahawa dadah tersebut adalah dadah berbahaya; dan III. Tertuduh telah mengedar dadah berbahaya tersebut. S/N DB0cMcvxckavbijTpcLuIg
i
Dadah tersebut tersenarai di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dengan berat seperti yang dinyatakan di dalam pertuduhan [40] SP17 telah menjumpai 12 bungkusan plastik berwarna hitam yang masing-masing mengandungi pil-pil disyaki dadah berbahaya di dalam kotak P22 dan juga telah menjumpai 1 bungkusan plastik berwarna jingga P35 yang di dalamnya mengandungi 2 ketulan daun kering mampat disyaki dadah berbahaya. [41] Kesemua barang kes yang telah dirampas oleh SP17 telah dibuat tandaan secara tandatangan dan tarikh oleh SP17. Pegawai penyiasat (SP21) juga membuat tandaannya secara tandatangan ke atas barang kes yang diterima daripada SP17. Ahli kimia (SP3), SP17 dan SP21 telah mengecamkan kesemua barang kes ini dengan tandaan masing-masing semasa perbicaraan. [42] Bagi kandungan dalam kotak P22 telah dianalisa dan disahkan oleh SP3 dalam keterangan beliau adalah dadah jenis 3, Methylenedioxymethamphetamine (MDMA) seberat 687.88g dan kandungan dalam plastik P35 telah dianalisa dan disahkan oleh SP3 dalam keterangan beliau adalah dadah jenis Cannabis seberat 1,966g. [43] Mahkamah mendapati bahawa dalam keadaan ini menunjukkan bahawa tidak ada putusnya rantaian keterangan mengenai barang kes sebelum dihantar kepada SP3 malahan sehingga dikemukakan ke Mahkamah ini semasa perbicaraan. Mahkamah merujuk kepada kes Shahrizal Abdul Ghani v. PP [2014] 1 CLJ 70; [2014] 1 MLJ 70 yang menyatakan sedemikian: S/N DB0cMcvxckavbijTpcLuIg “The exhibit recovered or seized by the police was the same exhibit sent to and examined by the chemist and subsequently produced in the court as evidence. The prosecution had adduced sufficient evidence in respect of every link in the chain of custody, from the moment the exhibit was recovered by the police up to the time it was produced in the court. The witnesses had described how and from whom it was received, where it was and what happened to it while in the witnesses' custody, the condition in which it was received and the condition in which it was handed over to the next link in the chain of custody. (para 44)" [44] SP3 merupakan seorang ahli kimia yang masih di dalam perkhidmatan. Oleh itu, keterangan pakar kimia ini harus diterima oleh Mahkamah kerana ianya sempurna dan tiada kecacatan. SP3 merupakan seorang ahli kimia yang bertauliah dan menjelaskan secara terperinci analisa yang telah dijalankan olehnya. Rujukan adalah dibuat kepada kes Munusamy Vengadasalam v. PP [1987] CLJ Rep 221; [1987] 1 CLJ 250: “As a rule, a chemist in drug cases does not give any opinion as to ownership, control or possession of the substance sent for analysis, but he merely reports the result of the chemical examination of the substance. The only reason for sending the exhibits to the chemist is to determine its identity and to confirm what other witnesses have suspected. This type of opinion must in our view be distinguished from opinions which are of very technical or complicated nature, such as those given by handwriting, trade mark, copyright or ballistic experts. Without being derogatory it is common knowledge that even animals, such as snuff dogs when sufficiently trained, are able to detect certain dangerous drugs. We are therefore of the view, that in this type of cases where the opinion of the chemist is confined only to the elementary nature and identity of substance, the Court is S/N DB0cMcvxckavbijTpcLuIg entitled to accept the opinion of the expert at its face value, unless it is inherently incredible or the defence calls evidence in rebuttal by another expert to contradict the opinion". [45] Oleh itu, Mahkamah mendapati bahawa elemen pertama telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan dan dadah yang dirampas oleh SP17 sebagaimana pertuduhan-pertuduhan adalah dadah sepertimana yang disenaraikan di dalam Seksyen 2 Akta Dadah Berbahaya 1952.
II
(ii) Dadah yang dirampas adalah berada di dalam milikan OKT-OKT, iaitu OKT-OKT mempunyai jagaan atau kawalan ke atas dadah tersebut serta OKT-OKT mempunyai pengetahuan bahawa dadah tersebut adalah dadah berbahaya. Kes OKT1 dan OKT2: BA-45A-100-10/2019 [46] Mahkamah akan menumpukan kepada kes BA-45A-100-10/2019 terlebih dahulu, di mana OKT1 dan OKT2 telah dituduh secara bersama-sama bagi dadah yang dijumpai di dalam kotak P22. [47] Fakta kes yang dibentangkan oleh pihak pendakwaan untuk membuktikan milikan OKT1 terhadap kotak P22 adalah seperti berikut:
a
SP9 yang merupakan Penyelia/Penghantar Kurier bagi Pusat Poslaju Klang telah memberi keterangan dan menjelaskan bahawa beliau telah dihubungi oleh seorang individu lelaki dengan nombor 0102718795. SP9 yang menggunakan nombor 019-2699325 menyatakan individu yang menghubunginya S/N DB0cMcvxckavbijTpcLuIg memaklumkan akan hadir untuk menuntut kotak P22. Pemilik nombor 0102718795 adalah OKT 1 seperti yang telah disahkan melalui carian nombor telefon oleh SP21 (P124);
b
SP9 dan SP11 mengesahkan bahawa OKT 1 hadir di tepi Jalan Dato' Dagang 24, Desa Idaman 2, Taman Sentosa, Klang dengan sebuah kenderaan jenis Ford Everest berwarna biru bernombor pendaftaran WNH 1018 datang dari arah depan dan berhenti di belakang kenderaan Poslaju;
c
SP9 dan SP11 mengesahkan OKT 1 menghulurkan lesen memandunya dan lesen tersebut adalah atas nama OKT 1 iaitu
d
SP9 dan SP11 dalam keterangannya menyatakan bahawa telah bertanya beberapa kali kepada OKT 1 "barang ni u punya ke? kalau bukan nama you, saya tak boleh bagi kalau bukan you punya".
e
SP9 dan SP11 dalam keterangannya telah mengesahkan OKT 1 telah menyatakan bahawa kotak P22 tersebut adalah kepunyaannya kerana terdapat nama "Raja" pada parcel berkenaan. SP9 dan SP11 juga dalam keterangannya telah mengesahkan bahawa OKT 1 juga mengakui bahawa beliau yang menghubungi pihak Poslaju melalui panggilan telefon menggunakan nombor 0102718795 untuk menerima parcel. SP3 dan pasukannya telah sampai ke tempat kejadian sebelum ketibaan tertuduh. berkenaan. Butiran panggilan telefon OKT 1 dan SP9 juga telah disahkan di dalam carian P124.
f
OKT 1 juga menandatangani rekod penerimaan parcel iaitu Delivery Run Sheet (P46) dan SP9 kemudiannya menyerahkan kotak P22 kepada OKT 1.
g
SP12 dan SP17 dalam keterangannya telah mengesahkan bahawa kotak P22 berada di tempat duduk penumpang hadapan kenderaan Ford Everest WNH 1018 milik OKT 1 semasa serbuan dibuat. [48] Bagi pembuktian milikan, pihak pendakwaan hendaklah membuktikan elemen fizikal iaitu milikan yang merujuk kepada jagaan atau kawalan fizikal ke atas dadah berbahaya tersebut serta elemen pengetahuan (mens rea possession). [49] Di dalam kes Chan Pean Leon v. PP [1956] CLJU 17; [1956] 1 LNS 17; [1956] 22 MLJ 237, Hakim Thomson telah menjelaskan tentang kedua-dua unsur tersebut pada muka surat 239 seperti berikut: "A movable thing is said to be in possession of a person when he is situated with respect to it that he has the power to deal with it as owner to the exclusion of all other persons and when the circumstances are such that he may be presumed to intend to do so in case of need. To put it otherwise, there is a physical element and mental element which must both be present before possession is made out." [50] Bagi pembuktian elemen milikan terhadap dadah, undang-undang adalah mantap bahawa jagaan atau kawalan terhadap dadah adalah tidak S/N DB0cMcvxckavbijTpcLuIg mencukupi untuk bukti pemilikan dadah tersebut. Mahkamah merujuk kepada kes Ibrahim Mohamad & Anor v. PP [2011] 4 CLJ 1 13. [51] Berbalik kepada fakta kes ini, Mahkamah menilai keterangan saksi-saksi pendakwaan dan dapati bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan pengetahuan di pihak OKT1 mengenai dadah berbahaya di dalam kotak P22. Mahkamah ini mendapati bahawa atas kotak P22 tidak ada nama, alamat ataupun nombor telefon milik OKT1. Berdasarkan kepada eksibit P124(b) juga, Mahkamah mendapati bahawa OKT1 tidak pernah menghubungi nombor yang tertera di atas kotak P22 iaitu 016 –
7475996
Berdasarkan keterangan SP11 pula, kotak P22 tersebut diserahkan kepada OKT1 kerana dia adalah orang yang datang untuk mengambil kotak tersebut dan SP11 akan menyerahkan kepada sesiapapun yang datang untuk mengambilnya walaupun bukan nama yang tertera di atas kotak tersebut. Mahkamah juga mendapati keterangan SP9 dan SP11 juga bersetuju bahawa OKT1 adalah sebagai wakil yang mengambil kotak tersebut dengan menggunakan kereta dan telefon nombor miliknya untuk berhubung dengan SP9. Tambahan pula, OKT1 menggunakan nama, nombor kad pengenalan dan nombor lesen kenderaan miliknya untuk mengutip kotak tersebut. Oleh itu, Mahkamah ini berpuas hati bahawa OKT1 tidak pernah cuba untuk menyembunyikan identitinya yang berkemungkinan besar akan dilakukan apabila seseorang memungut barang yang salah di sisi undang-undang seperti dadah. [52] Mahkamah ini juga meneliti keterangan SP9 dan mendapati bahawa tindak tanduk OKT1 adalah biasa (normal) dan hanya rasa terkejut apabila ditahan. Mahkamah ini mendapati bahawa reaksi OKT1 adalah normal kerana pistol SP12 tidak disembunyikan dan dapat dilihat S/N DB0cMcvxckavbijTpcLuIg oleh OKT1. Mahkamah juga mendapati bahawa pada ketika kejadian, enjin kereta OKT1 dalam keadaan hidup dan tindakan OKT1 tidak cuba untuk melarikan diri daripada pihak Kastam adalah konsisten dengan seorang yang tidak bersalah. Mahkamah juga mengambil kira bahawa kotak P22 daripada luar negara telah dibungkus dan ditutup secara kemas, maka adalah logik kandungannya tidak diketahui oleh pihak yang datang memungutnya. [53] Mahkamah ini merujuk kepada kes Mahkamah Rayuan Venkatesan Chinnasami v. PP [2011] CLJU 1736; [2011] 1 LNS 1736 yang memutuskan “innocent carrier” seperti berikut: “... A defence of innocent carrier refers to a state of affairs where an accused person acknowledges carrying, for example a bag or a box, as in the case before us, containing the dangerous drugs but disputes having knowledge of the drugs. Whether it will succeed or not would very much depend on the facts of each case.” [54] Pembelaan “innocent carrier” adalah juga pembelaan yang sah seperti mana diputuskan oleh kes Mahkamah Persekutuan Munuswamy Sundar Raj v. PP [2016] 1 CLJ 357, “…The defence of innocent carrier is a valid defence that could be alluded to by an accused person, and in this case the appellant. A plethora of cases sprinkles the legal journals in Malaysia and suffice if we merely refer to a chosen few to clarify this defence without the need for comprehensive judicial activism.” [55] Daripada keseluruhan keterangan saksi-saksi pendakwaan dan juga nas-nas undang, Mahkamah ini berpuashati bahawa OKT1 adalah S/N DB0cMcvxckavbijTpcLuIg seorang “innocent carrier” dan pihak pendakwaan telah gagal membuktikan elemen pengetahuan iaitu mens rea possession terhadap OKT1 bagi kes BA-45A-100-10/2019. [56] Fakta kes yang dibentangkan oleh pihak pendakwaan untuk membuktikan milikan OKT2 terhadap kotak P22 adalah seperti berikut:
a
Berdasarkan siasatan SP21 melalui maklum balas DIGI di dalam P124 mendapati nombor 016-7475996 ada menerima panggilan daripada nombor 019-2699325 yang digunakan oleh SP9 dan SP9 menyatakan bahawa individu di talian tersebut adalah seperti warga asing yang menyatakan akan hadir mengambil kotak P22.
b
Nombor telefon 016-7475996 ini adalah nombor yang tercatat pada kotak P22 yang merupakan nombor telefon bagi telefon bimbit NOKIA bertanda N2 yang dirampas daripada OKT 2.
c
Berdasarkan siasatan SP21 terhadap nombor 016-3889277 yang merupakan nombor bagi satu lagi telefon bimbit NOKIA bertanda N1 yang dirampas daripada OKT 2 telah didapati pada tarikh 9.4.2019 nombor 016-3889277 telah menghubungi nombor 010-2718795 milik OKT 1 dan menghantar pesanan ringkas. OKT 2 telah menghantar nombor 019-2699325 yang merupakan nombor yang digunakan oleh SP9 kepada OKT 1.
d
Berdasarkan maklum balas DIGI di dalam P124, didapati nombor 010-2718795 milik OKT 1 telah membuat panggilan kepada nombor 0163889277 milik OKT 2 (telefon bertanda N1) dan S/N DB0cMcvxckavbijTpcLuIg panggilan kepada nombor 019-2699325 iaitu nombor yang digunakan oleh SP9;
e
Keterangan berhubung panggilan dan mesej ini, menunjukkan peranan OKT 2 dalam memastikan kotak P22 dapat diterima oleh OKT 1 daripada pihak Poslaju dan akhirnya untuk tujuan diserahkan kepadanya.
f
Tambahan lagi, nombor telefon 016-3889277 disimpan sebagai "Mike" di dalam telefon bimbit OKT 1. Berdasarkan versi pembelaan OKT 1, Mike merujuk kepada OKT 2.
g
Ketika di lokasi serbuan kedua, OKT 2 telah bertanyakan kepada OKT 1 "where is the box?". Namun belum sempat OKT 1 menjawab, OKT 2 telah menyedari kehadiran SP13 di sebelah OKT 1. OKT 2 telah menggerakkan kenderaannya ke hadapan sebelum kenderaan anggota serbuan RN 6523 membuat halangan (blocking) di hadapan kenderaan Chevrolet Aveo tersebut. SP12 telah mengesahkan OKT 2 telah cuba melarikan diri di lokasi serbuan kedua sebelum berjaya ditahan. [57] OKT2 merupakan tangkapan susulan daripada tangkapan OKT1 dan bagi pembuktian pemilikan terhadap kotak P22, Pendakwaan hendaklah membuktikan bahawa OKT2 mempunyai kawalan atau jagaan serta pengetahuan bagi kotak P22. [58] Setelah Mahkamah meneliti keterangan saksi-saksi pendakwaan, Mahkamah mendapati bahawa kotak P22 tidak ada pada OKT2 secara fizikal semasa tangkapan dan masih berada pada OKT1. OKT2 dalam S/N DB0cMcvxckavbijTpcLuIg kes ini tidak pernah memegang mahupun diserahkan dengan kotak P22 tersebut. Maka, Mahkamah ini mendapati bahawa OKT2 tidak mempunyai kawalan atau jagaan terhadap kotak P22 tersebut. [59] Isu seterusnya adalah samada OKT2 merupakan pemilik bagi kotak P22. Mahkamah mendapati bahawa nama dan alamat yang tertera di atas kotak P22 bukan milik OKT2 dan nombor telefon 016-7475996 bukan berdaftar atas nama OKT2 dalam kes ini. Malahan nama yang ada merupakan seorang individu bernama Raja Selvaraju. Tiada keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan menunjukkan OKT2 yang tinggal di alamat tersebut. Pemilik rumah bagi alamat yang tertera atas kotak P22 iaitu SP16 juga tidak mengenali dan cam OKT2 dalam kes ini. [60] Mahkamah ini juga mendapati bahawa pendakwaan telah gagal memanggil saksi daripada pihak Poslaju untuk mengesahkan bahawa OKT2 adalah pemilik sebenar parcel yang telah menempah parcel tersebut. [61] Pihak pendakwaan ingin mengaitkan suara OKT2 dengan suara dalam panggilan nombor telefon 016-7475996 yang diterima oleh SP9. Namun, Mahkamah ini mendapati bahawa ada kemusykilan samada OKT2 adalah orang yang sebenar-benarnya yang menjawab panggilan telefon tersebut, ini adalah kerana SP2 bertutur dalam Bahasa Melayu dan tidak boleh dikenalpasti SP9 bercakap dengan siapa dan tiada keterangan menunjukkan OKT2 faham Bahasa Melayu. [62] Semasa tangkapan OKT2 pula, nombor telefon OKT2 yang dihubungi adalah 016-3889277 dan bukannya nombor yang tertera atas kotak P22 iaitu 016-7475996. Dalam keterangan SP21, nombor telefon S/N DB0cMcvxckavbijTpcLuIg 016-7475996 telah dimaklumkan oleh OKT2 sebagai milik individu yang bernama Obinna. Mahkamah telah meneliti keterangan SP21 dan mendapati bahawa watak Obinna sebenarnya wujud dan telah diberitahu oleh OKT2 kepada pihak kastam pada peringkat awal siasatan mereka, malahan SP21 telah pergi ke rumah Obinna namun tidak berjaya berjumpa Obinna. [63] Berkaitan dengan keterangan yang dikatakan diberi oleh OKT1 kepada pihak Kastam semasa OKT1 ditangkap, apa sebenarnya yang dibualkan antara OKT1 dan OKT2 tidak diketahui oleh SP17 dan perbualan sekiranya wujud tidak dicatatkan di dalam mana-mana dokumen. Tangkapan OKT2 adalah berdasarkan kepada maklumat daripada OKT1 dan untuk membuat satu dapatan bahawa kotak P22 adalah milik OKT2 adalah tidak selamat. [64] Penilaian Mahkamah ini bagi soalan yang dikatakan dibuat oleh OKT2 iaitu “where is the box”, tidak dinyatakan dalam laporan polis mahupun dicatitkan di mana-mana. Tambahan pula, soalan tersebut tidak pernah dimaklumkan oleh SP13 kepada SP17 atau SP21. Selain daripada SP13, tiada keterangan oleh saksi-saksi pendakwaan yang boleh mengesahkan tentang apa yang diucap oleh OKT2. Oleh itu, ketulenan keterangan SP13 mengenai apa yang diucap oleh OKT2 adalah diragui. [65] Mahkamah ini juga meneliti kotak P22 yang dikemukakan ke Mahkamah dan mendapati bahawa kotak P22 tersebut dibungkus dan di “seal” dengan rapat. Keadaan kotak P22 tersebut hanyalah jika dibuka, barulah kandungan dalam kotak P22 boleh diketahui. Memandangkan OKT2 tiada jagaan dan kawalan fizikal terhadap kotak P22 tersebut dan S/N DB0cMcvxckavbijTpcLuIg tiada peluang untuk membuka P22, maka adalah tidak selamat untuk mengatakan OKT2 mengetahui kandungan kotak P22. Mahkamah juga merujuk kepada keterangan SP21 dalam soalan balas yang mengakui bahawa OKT2 tidak mengetahui isi kotak P22. [66] Mahkamah ini juga meneliti tindakan OKT2 yang cuba melarikan diri apabila ditahan oleh pihak Kastam dan didapati bahawa tindakan OKT2 tidak hanya boleh dianggap mempunyai pengetahuan tentang isi kandungan dalam kotak P22, kerana ada juga berkemungkinan bahawa reaksi OKT2 sebegitu kerana diserbu oleh sekumpulan orang yang berpakaian preman. Nas Simon Savarimuthu Thevarajah v PP [2005] 5 CLJ 105 adalah dirujuk: “[35] In this case the policeman, including SP6 and SP7, carrying out the operation to deliver the box and to arrest the Appellant were not in police uniform. SP7 said that Appellant looked shocked but SP7’s perception of the Appellant’s facial expression looking shocked could be very subjective. To the Appellant, these men who approached him were not in uniform and complete strangers to him. It was natural for the Appellant to react, to struggle and tried to run not knowing their intentions although SP7 said that he identified themselves as police and tried to arrest him…” [67] Adalah kes pendakwaan bahawa kedua-dua kenderaan OKT1 dan OKT2 telah bertemu secara bersebelahan antara tempat duduk pemandu kereta OKT1 dan tempat duduk pemandu kereta OKT2. Namun, sekiranya dirujuk kepada gambar tempat kejadian P41(1-7), tiada kelihatan kenderaan OKT1 dan ini telah disahkan oleh keterangan SP10, SP13 dan SP17 yang mengesahkan gambar-gambar tempat kejadian tersebut diambil sejurus selepas serbuan dan tangkapan ke atas OKT2. S/N DB0cMcvxckavbijTpcLuIg Maka, Mahkamah ini mendapati terdapat percanggahan yang material dalam keterangan saksi-saksi pendakwaan dengan gambar tempat kejadian yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan. [68] Mahkamah ini dapat menyimpulkan bahawa dengan keterangan yang ada, anggapan di bawah Seksyen 37(d) Akta Dadah Berbahaya 1952 adalah tidak terpakai ke atas OKT2 kerana pihak pendakwaan gagal membuktikan OKT2 ada kawalan atau jagaan terhadap kotak P22. [69] Bagi penggunaan common intention di bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan, keterangan yang sedia ada hanyalah satu anggapan bahawa kotak P22 dimiliki bersama oleh kedua-dua OKT, sedangkan tidak ada keterangan mengenai perbincangan untuk melanjutkan matlamat bersama iaitu mengedar dadah. Mahkamah juga mendapati bahawa kedua-dua OKT dalam kes ini tidak ditangkap bersama dan tidak ada bukti yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan yang menyatakan mereka telah menempah kotak P22 daripada Belgium. Keterangan yang ada dalam kes ini adalah OKT1 dan OKT2 sudah kenal lama dan ini sahaja adalah tidak mencukupi untuk membuktikan niat bersama telah berlaku. Kes OKT1: BA-45A-99-10/2019 [70] Bagi kes BA-45A-99-10/2019, hanya OKT1 seorang sahaja yang menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi 2 bungkusan surat khabar (P36 dan P37) yang masing-masing mengandungi ketulan daun kering mampat, yang mana setelah dianalisa adalah dadah jenis Cannabis seberat 1,966 grams. S/N DB0cMcvxckavbijTpcLuIg [71] Fakta kes yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan bagi kes ini adalah seperti berikut:
a
SP9 dan SP11 mengesahkan bahawa OKT 1 hadir di tepi Jalan Dato' Dagang 24, Desa Idaman 2, Taman Sentosa, Klang dengan sebuah kenderaan jenis Ford Everest berwarna biru bernombor pendaftaran WNH 1018 (P42) di lokasi serbuan pertama dan hadir bersendirian,
b
Setelah selesai serbuan di lokasi pertama dan lokasi kedua, kereta P42 telah dibawa balik ke perkarangan Pejabat Kastam Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang dan telah dikunci.
c
SP14, SP15 dan SP10 telah diarahkan oleh SP17 untuk membuat pemeriksaan rapı ke atas kenderaan Ford Everest WNH 1018. Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan P42, SP14 telah menemui satu bungkusan plastik berwarna jingga di dalam gulungan permaidani di bahagian belakang dalam kereta tersebut. Pemeriksaan lanjut ke atas bungkusan plastik tersebut telah menjumpai 2 bungkusan surat khabar yang masing-masing mempunyai ketulan daun kering mampat yang telah disahkan sebagai dadah jenis Cannabis oleh SP3;
d
SP21 di dalam siasatannya telah mengesahkan bahawa kenderaan P42 telah didaftarkan atas nama OKT 1. S/N DB0cMcvxckavbijTpcLuIg [72] Mahkamah ini mengulang nas-nas yang telah dirujuk dan undang-undang adalah mantap bahawa kawalan atau jagaan sahaja adalah tidak cukupi untuk membuktikan elemen pemilikan, kes Ibrahim Mohamad & Anor v. PP [2011] 4 CLJ 1 13 adalah dirujuk. [73] Dalam penelitian pembelaan bagi kes ini, Mahkamah mendapati bahawa pembelaan OKT1 adalah sama sepertimana dalam kes BA-45A- 100-10/2019 iaitu ‘innocent carrier’. Secara khususnya pembelaan OKT1 adalah OKT1 diberikan 2 permaidani oleh seorang bernama Boy untuk diserahkan kepada seorang lagi bernama Burn. [74] Mahkamah ini mendapati bahawa watak Boy dan Burn sememangnya wujud dan fakta ini telah disahkan oleh SP17, SP20 dan SP21 dalam keterangan saksi-saksi tersebut. Mahkamah ini juga mendapati bahawa watak Boy dan Burn telah dimaklumkan kepada pihak Kastam pada peringkat yang paling awal siasatan iaitu semasa rakaman percakapan OKT1 diambil. Mahkamah mendapati bahawa OKT1 telah mematuhi pemberian notis Alcontara kepada pihak Kastam untuk menjalankan siasatan yang lebih lanjut berdasarkan kepada maklumat yang telah diberikan dan nas Alcontara Ambross Anthony v. Public Prosecutor [1996] 1 CLJ 705 adalah dirujuk: “Thus, the evidence suggests that the first opportunity the appellant had to explain was at the time he was interviewed and his cautioned statement recorded from him the day after his arrest. There was, therefore, no evidence of delay on his part in offering an explanation. On the other hand, evidence suggests that such delay as there was, in this regard, had been occasioned entirely by the police. It follows that it was wrong for the Judge to have assumed, contrary to the evidence, that there had been a belated disclosure of the defence, S/N DB0cMcvxckavbijTpcLuIg which suggested concoction. On the contrary, the evidence indicates, that given the circumstances, the appellant had made prompt disclosure of his defence in his cautioned statement.” [75] Mahkamah juga mendapati ringkasan rekod panggilan telefon OKT 1 iaitu eksibit D131 jelas menunjukkan bahawa pada tarikh tangkapan OKT1, Burn telah menelefon OKT1. Namun, OKT1 tidak dibenarkan untuk menjawab panggilan telefon tersebut dan alasan-alasan saksi pendakwaan diberikan adalah tidak memuaskan dalam melarang OKT1 menjawab panggilan telefon tersebut. Antara lain alasan yang diberikan adalah saksi tengah sibuk, saksi ikut arahan, arahan daripada atasan adalah perlu dan buat kerja seperti biasa. Keadaan ini menunjukkan watak Burn ini boleh disiasat lanjut pada hari yang sama untuk mengetahui keadaan sebenarnya tentang dadah tersebut, namun ini tidak dilakukan oleh saksi-saksi pendakwaan. [76] Mahkamah juga meneliti keterangan SP17 dan mendapati bahawa SP17 tidak memaklumkan mengenai OKT1 menerima panggilan telefon daripada Burn kepada SP21 sejurus selepas tangkapan. Hanya 3 hari kemudian baru SP21 dapat tahu mengenai panggilan telefon tersebut dan selepas 4 hari lagi, watak Burn yang mana SP21 percayai wujud sudah tidak dapat lagi dikesan. Mahkamah ini menyimpulkan bahawa pihak Kastam telah mengambil cara mudah untuk melengkapkan penyiasatan dengan menyiasat apa yang terkandung dalam kereta OKT1 dan siasatan menjurus kepada sesiapa yang berada dalam kereta pada ketika kejadian sahaja. Malah apabila OKT1 telah memberi penjelasan dan maklumat yang berkemungkinan boleh membuktikan OKT1 sememangnya tidak mengetahui kandungan dalam permaidani tersebut, pihak Kastam telah mengabaikannya dan memilih untuk berlengah dalam menyiasat perkara S/N DB0cMcvxckavbijTpcLuIg tersebut walaupun diakui dalam keterangan SP21 bahawa watak Burn adalah penting dalam kes ini. [77] Mahkamah juga meneliti keterangan SP20 dan mendapati bahawa watak Burn ini adalah seorang yang diragui (dubious character) di mana sejak bulan April 2019, Burn telah mengambil wang kutipan dan tiba-tiba menghilangkan diri. Dengan itu, untuk membuat kesimpulan bahawa Burn berkemungkinan merupakan pemilik sebenar dadah tersebut dan OKT1 hanyalah seorang innocent carrier adalah satu real possibility dan ini juga diakui dalam keterangan SP21 semasa disoal balas. [78] Bagi watak Boy, Mahkamah mendapati bahawa penyiasatan gagal untuk dilakukan yang mana rakaman CCTV tidak diambil dan kegagalan ini telah mencacatkan kes pendakwaan kerana berkemungkinan Boy dan Burn adalah pengedar dadah sebenar dan OKT1 hanyalah seorang drug mule tidak dapat ditolak. Mahkamah merujuk kepada kes Pendakwa Raya lwn Inthiran Rajendran [2021] CLJU 1388 yang mana telah diputuskan bahawa siasatan yang tidak lengkap boleh menimbulkan kelompangan dalam kes pendakwaan. "Adalah jelas daripada keterangan-keterangan diatas, kegagalan pihak pendakwaan untuk memanggil Madhavan a/l Kattan sebagai saksi telah menimbulkan kelompangan dalam kes pendakwaan. Keterangan Madhavan akan membawa satu perbicaraan yang adil atas tertuduh kerana hanya beliau yang tahu sama ada bot biru milik beliau itu telah diletakkan dengan tong oren/jingga sebelum dinaiki oleh Tertuduh dan simati. S/N DB0cMcvxckavbijTpcLuIg SP8 tidak menyiasat lebih lanjut berkenaan pemilik bot biru itu atas alasan ianya tidak didaftarkan. Persoalan disini ada pihak yang mengaku bahawa bot biru itu miliknya iaitu Madhavan. Maka usaha untuk mendapatkan Madhavan sebagai saksi harus dibuat dan ditunjukkan kepada Mahkamah atau sekurang-kurangnya menawarkan Madhavan sebagai saksi pembelaan. Ini tidak berlaku disini. " [79] Adalah juga menjadi penelitian Mahkamah ini bahawa dadah dalam P36 dan P37 terkandung dalam gulungan permaidani yang tidak dapat dilihat oleh seseorang yang tidak mengesyakinya. Adalah menjadi undang-undang yang mampat bahawa mere proximity adalah tidak mencukupi untuk pembuktian mens rea possession. Nas Low Thiam Teck v. Pendakwa Raya [2014] CLJU 1104 memutuskan seperti berikut: “'On the issue of proximity to the drugs, we agreed with learned counsel that physical proximity to the drugs per se is insufficient to prove possession without proof of knowledge. Except for the evidence of proximity, there was nothing in the conduct of either the appellant or the 2nd accused at the time of their arrest upon which a prima facie inference could be made that the appellant or both of them had knowledge of the drugs. At the highest, the evidence merely showed that perhaps the appellant had some momentary custody of the bags together with the 2nd accused. In such circumstances there was no possession (per Lord Morris in Warner v. Metropolitan Police Commissioner [1968] 2 All ER 356)." [80] Mahkamah juga merujuk kepada keterangan SP14 dan SP15 yang menyatakan bahawa OKT1 menunjukkan reaksi terkejut apabila dadah dijumpai. Mahkamah ini mendapati bahawa terdapat 2 inferens yang boleh dibuat bagi reaksi OKT1, pertamanya OKT1 terkejut apabila pihak S/N DB0cMcvxckavbijTpcLuIg Kastam dapat bongkarkan dimana OKT1 telah menyorok dadah-dadah tersebut, dan keduanya adalah OKT1 terkejut apabila pihak Kastam bongkarkan dadah-dadah dalam gulungan permaidani kerana ianya adalah pertama kali OKT1 mengetahui tentang kewujudan barang-barang tersebut. Undang-undang adalah jelas bahawa inferens yang paling memihak kepada tertuduh harus diambil, nas PP v. Mohd Radzi bin Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 adalah dirujuk. Maka, Mahkamah mendapati bahawa reaksi OKT1 yang terkejut apabila dadah-dadah tersebut dibongkar oleh pihak Kastam adalah biasa dan tidak menjurus kepada OKT1 mempunyai pengetahuan tentang dadah-dadah tersebut. [81] Dengan itu bagi kes BA-45A-99-10/2019, Mahkamah ini membuat kesimpulan bahawa OKT1 hanya mempunyai momentary custody tanpa mempunyai pengetahuan bagi dadah-dadah yang dijumpai dalam P36 dan P37. Kesimpulan di Akhir Kes Pendakwaan [82] Adalah menjadi kewajipan Mahkamah ini untuk menilai keterangan yang dikemukakan dengan penilaian maksima dan menelitinya secara terperinci dengan merujuk kepada PP v. Mohd Radzi Abu Bakar (supra). Setelah meneliti dan menilai kesemua keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan dan cabaran yang dikemukakan oleh pihak pembelaan, pada tahap penilaian maksima, Mahkamah mendapati bagi kes BA-45A-99-10/2019 dan kes BA-45A-100-10/2019, kes prima facie gagal dibuktikan ke atas OKT1 dan OKT2. Oleh itu, OKT1 dilepaskan dan dibebaskan tanpa dipanggil untuk membela diri terhadap S/N DB0cMcvxckavbijTpcLuIg kedua-dua pertuduhan manakala OKT2 juga dilepaskan dan dibebaskan tanpa dipanggil untuk membela diri terhadap pertuduhan yang dihadapi. Bertarikh: 15 November 2024 ……………………………………… AZMI BIN ABDULLAH Hakim Mahkamah Tinggi Mahkamah Tinggi Klang PIHAK-PIHAK Pendakwa Raya: Shafiq bin Mahadi Timbalan Pendakwa Raya, Jabatan Kastam Di Raja Malaysia Bahagian Perundangan, Aras 4 Selatan, No. 3 Persiaran Perdana, Kompleks Kementerian Kewangan, Presint 2, 62596 Putrajaya. S/N DB0cMcvxckavbijTpcLuIg Peguam OKT1: Dato N. Sivananthan M/s Sivananthan Advocates & Solicitors Suite No.1, L17-01, PJX Tower, No. 16A, Persiaran Barat, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Peguam OKT2: Dato Rajpal Singh M/s Rajpal, Firah & Vishnu Advocates & Solicitors No. 42-1A, First Floor, Jalan Medan Batu Caves 1, 68100 Batu Caves, Selangor.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.