Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA (DALAM BIDANGKUASA RAYUAN) RAYUAN SIVIL NO.: BA-12B-30-04/2023
BA-12B-30-04/2023
High Court of Malaysia21 Sept 2023
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“the evidence he gave in this trial. To my mind he is skilful enough for this court to take into serous consideration of some of the things said by him in his evidence.”. [36] Peruntukan seksyen 106 Evidence Act 1950 adalah “When any fact is especially within the knowledge of any person, the burden of proving that fact”
“ujuk keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes Gurisha Taranjeet Kaur (an infant suing by her father and litigation representative, Taranjeet Singh s/o Bhagwan Singh) & Anor v. Dr Premitah Damodaran & Anor [2020] MLJU 519. Penilaian, Analisis dan Dapatan Mahkamah ini dalam memutuskan rayuan terhadap keputusan Pn HMS yang bij”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA (DALAM BIDANGKUASA RAYUAN) RAYUAN SIVIL NO.: BA-12B-30-04/2023
1
1.
2
SPANCO SDN BHD − PERAYU-PERAYU DAN MOHD AZHARI BIN TURMUZI − RESPONDEN (Dalam Mahkamah Sesyen Di Selayang Dalam Negeri Selangor Darul Ehsan, Malaysia Guaman No.: BD-B53KJ-19-09/2021 ANTARA MOHD AZHARI BIN TURMUZI − PLAINTIF
1
1.
2
SPANCO SDN BHD − DEFENDAN-DEFENDAN) [yang diputuskan oleh Puan Nor Rajiah binti Mat Zin, Hakim Mahkamah Sesyen, Selayang yang diberi pada 31-3-2023] ALASAN PENGHAKIMAN Pengenalan [1] Rayuan dari Mahkamah Rendah iaitu Mahkamah Sesyen Selayang difailkan oleh Defendan-Defendan sebagai Perayu-Perayu terhadap keputusan Puan Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana (selepas ini disebut “Pn HMS yang bijaksana”) selepas suatu perbicaraan penuh. Defendan-Defendan (Perayu-Perayu) merayu terhadap isu liabiliti sahaja. [2] Pada 31-3-2023, Pn HMS yang bijaksana memutuskan bahawa setelah meneliti semua kertas kausa yang difailkan, bukti dokumentari dan keterangan lisan dan setelah membaca dan menimbang penghujahan bertulis peguam-peguam, Pn HMS yang bijaksana memutuskan bahawa – • Defendan-Defendan adalah bertanggungan sebanyak 70% dan Plaintif adalah bertanggungan (cuai sumbang) sebanyak 30%. • pada kadar 100% Defendan-Defendan hendaklah membayar kepada Plaintif seperti berikut:
a
Jumlah Ganti rugi Am = RM102,000.00
b
Jumlah Ganti rugi Khas = RM28,000.00 • Faedah ke atas Ganti rugi Am sebanyak RM102,000.00 pada kadar 5% setahun dari tarikh penyampaian writ saman sehingga tarikh penghakiman iaitu 185 hari = RM2,584.93; Faedah ke atas Ganti rugi Khas (kehilangan pendapatan sebenar) sebanyak RM21,000.00 pada kadar 2.5% setahun dari tarikh kemalangan sehingga tarikh penghakiman iaitu 2230 hari = RM3,207.53; Faedah ke atas jumlah penghakiman sebanyak RM130,000.00 pada kadar 5% setahun dari tarikh penghakiman sehingga pembayaran sepenuhnya. • Defendan-Defendan hendaklah membayar kepada peguam cara Plaintif kos mengikut skala sebanyak RM14,424.20. [3] Defendan-Defendan yang tidak berpuas hati dengan keputusan Pn HMS yang bijaksana memfailkan rayuan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam (MTSA). [4] Saya telah mendengar rayuan ini dan pada 21-9-2023, saya memutuskan rayuan Perayu-Perayu/Defendan-Defendan dibenarkan di mana liabiliti ialah Responden/Plaintif bertanggungan 70% manakala Perayu/Defendan-Defendan bertanggungan 30%. Selanjutnya, keputusan MTSA ialah − KEPUTUSAN RAYUAN Radzuan bin Abidin dan SPANCO Sdn Bhd iaitu defendan-defendan dalam kes di hadapan Mahkamah Sesyen Selayang tidak berpuas hati terhadap isu liabiliti yang diputuskan iaitu Perayu/defendan-defendan bertanggungan 70% manakala Mohd Azhari bin Turmuzi iaitu Responden/plaintif bertanggungan 30%. Adakah Perayu/defendan-defendan berjaya menunjukkan betapa Pn Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana (Pn HMS) telah khilaf dari segi undang-undang dan fakta kerana gagal mengambil kira kesemua keterangan Pegawai Penyiasat (IO), plaintif dan defendan pertama apabila mencapai dapatan mengenai liabiliti? Mahkamah ini telah meneliti notis rayuan, memorandum rayuan terpinda yang mengandungi 19 alasan Perayu/defendan-defendan dan hujahan bertulis utama pihak-pihak. Berdasarkan Nota Keterangan dan Alasan Penghakiman, Mahkamah ini mendapati Pn HMS khilaf apabila mencapai dapatan mengenai liabiliti bahawa Perayu/defendan-defendan bertanggungan 70% manakala Mohd Azhari bin Turmuzi iaitu Responden/plaintif bertanggungan 30%. Terdapat fakta yang jelas menunjukkan bahawa kemalangan jalan raya ini bukan berpunca daripada Perayu/defendan-defendan sehingga liabiliti Perayu/defendan-defendan diputuskan sebagai 70%. Kemalangan ini berpunca daripada Responden/plaintif. Walaupun, kes ini dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) dan diputuskan sebagai “NFA”, namun keseluruhan pendapat & penelitian TPR perlu dipertimbangkan. Mahkamah ini memutuskan bahawa –
a
rayuan Perayu/defendan-defendan dibenarkan di mana liabiliti ialah Responden/plaintif bertanggungan 70% manakala Perayu/defendan-defendan bertanggungan 30%.
b
Mahkamah membenarkan kos sebanyak RM1000.00 dibayar oleh Responden/plaintif kepada Perayu/defendan-defendan. [5] Kini, Plaintif tidak berpuas hati dengan keputusan MTSA merayu ke Mahkamah Rayuan. Rayuan di Mahkamah Tinggi [6] Dalam memorandum rayuan, Defendan-Defendan menyenaraikan alasan di mana terdapat kekhilafan Pn HMS yang bijaksana yang memutuskan bahawa Defendan-Defendan bertanggungan sebanyak 70% manakala Plaintif hanya bertanggungan sebanyak 30%. Defendan-Defendan menyatakan keputusan ini khilaf dari segi undang-undang dan fakta, iaitu −
a
punca kemalangan sebenarnya adalah disebabkan oleh Plaintif yang hilang kawalan lalu tergelincir dan terjatuh sendiri lalu terbabas di atas jalanraya.
b
gagal mengambilkira keterangan Plaintif di Mahkamah yang berbeza dengan kandungan laporan polisnya di mana – i. kandungan laporan polis Plaintif tidak mengandungi pengataan “masuk ke lalauan saya” dan pengataan ini hanya muncul pertama kali apabila Plaintif memberi keterangan di Mahkamah. ii. kandungan laporan polis Defendan Pertama yang dibuat kurang 3 jam selepas kemalangan dengan jelas menyebut “telah terbabas dan memasuki laluan saya dan menghentam bahagian kanan hadapan m/kar saya”. iii. keterangan Defendan Pertama di Mahkamah adalah konsisten dengan kandungan laporan polisnya dan harus diterima oleh Mahkamah berbanding dengan keterangan Plaintif.
c
gagal membuat penemuan fakta yang tempat perlanggaran yang munasabah berlaku di “Y” dalam rajah kasar seperti yang ditanda oleh Defendan Pertama berbanding di “X” seperti yang ditanda oleh Plaintif.
d
gagal membuat penemuan fakta yang tepat bahawa kesan kerosakan m/kar Defendan pada bumper hadapan adalah konsisten dengan versi Defendan Pertama tentang bagaimana kemalangan berlaku.
e
gagal membuat penemuan fakta yang m/kar Defendan berada dalam laluan sahnya berdasarkan dari kedudukan mayat si mati (isteri Plaintif) yang berada di atas jalan di sebelah kanan m/kar Defendan di antara pintu hadapan dan pintu belakang kanan m/kar dan mayat berada di atas garisan berkembar pembahagi jalan.
f
gagal mengambilkira keputusan siasatan polis adalah “NFA” dan keterangan Pegawai Penyiasat bahawa kecuaian adalah di pihak penunggang m/sikal dan bahawa Plaintif tidak dipertuduhkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan atau disaman di bawah mana-mana kesalahan trafik atas faktor simpati isteri beliau meninggal dunia dalam kemalangan tersebut.
g
apabila tidak mempertimbangkan arahan Timbalan pendakwa Raya dalam Kertas Siasatan yang dibacakan oleh Pegawai Penyiasat yang berbunyi “kemalangan berlaku berpunca daripada penunggang m/sikal sendiri yang hilang kawalan lalu terbabas kemudian bertembung dengan kereta Spanco. Si mati adalah isteri K2. K2 masih bersedih di atas kematian isteri. Sila NFA.”.
h
gagal membuat penemuan fakta bahawa Plaintif telah gagal membuktikan kecuaian Defendan Pertama.
i
gagal mengambilkira situasi “agony of the moment situation-collision” yang dilakukan oleh Plaintif yang menyebabkan Defendan Pertama tidak dapat berbuat apa-apa untuk mengambil apa-apa langkah untuk mengelak dari kemalangan tersebut.
j
terkhilaf apabila mendapati Plaintif cuai sumbang hanya 30% sedangkan Plaintif yang menjadi punca sebenar kemalangan ini.
k
gagal menolak tuntutan Plaintif atas kegagalan Plaintif membuktikan kecuaian Defendan Pertama. [7] Defendan-Defendan (Perayu-Perayu) memohon agar rayuannya mengenai isu liabiliti dibenarkan dan keputusan Pn HMS yang bijaksana untuk isu liabiliti diketepikan. [8] Pada peringkat rayuan ini, Mahkamah merujuk pihak-pihak sebagaimana mereka di Mahkamah Sesyen Selayang. Keputusan Mahkamah Tinggi [9] Fokus Mahkamah bagi rayuan ini ialah sama ada wujud kecuaian di pihak Defendan-Defendan dan sama ada Plaintif cuai sumbang. [10] Pada 21-9-2023, Mahkamah ini telah meneliti rekod rayuan, nota keterangan, hujahan bertulis utama pihak-pihak dan Alasan Penghakiman Pn HMS yang bijaksana, Mahkamah ini memutuskan untuk membenarkan rayuan oleh Defendan-Defendan dan keputusan Pn HMS yang bijaksana mengenai isu liabiliti diketepikan. Mahkamah mendapati Plaintif adalah cuai sumbang sebanyak 70% dan Defendan-Defendan hanya bertanggungan sebanyak 30%. [11] Pn HMS yang bijaksana dalam alasan penghakimannya (AP) menilai keterangan lisan 3 orang saksi Plaintif iaitu Pegawai Penyiasat (SP-1), majikan Plaintif (SP-2) dan Plaintif (SP-3). Melalui saksi-saksi Plaintif dan Defendan-Defendan, dokumen yang dikemukakan sebagai ekshibit adalah – • P1 → Rajah kasar & kunci. • P2 (a) hingga (k) → 11 keping gambar tempat kejadian. • D3 → Laporan polis Defendan Pertama. • P4 (1) hingga (7) → Pendaftaran Perniagaan Team Multilogistics (M) Sdn Bhd. • P5 (1) hingga (6) → Slip Gaji Plaintif bagi bulan Oktober hingga Disember 2016 dan Januari hingga Mac 2017. • P6 → Laporan polis Plaintif. • P7 (1) hingga (19) → Sijil Cuti Sakit Plaintif. • P8 (1) hingga (2) → Memo Pusat Perubatan Universiti Malaya. • P9 → Tax Invoice & resit rasmi dari Zuelliq Pharma. • D10 → Laporan pembetulan Defendan Pertama. [12] Dalam menganalisa fakta mengenai kemalangan dengan memfokuskan kepada isu liabiliti, Pn HMS yang bijaksana dalam alasan penghakimannya (AP) menyatakan bahawa beliau telah meneliti laporan polis oleh Plaintif dan laporan polis oleh Defendan Pertama dan pada perenggan [16], Pn HMS yang bijaksana merumuskan − “[16] Setelah meneliti kedua-dua laporan polis Plaintif dan laporan polis Defendan Pertama, terdapat dua versi berbeza tentang bagaimana kemalangan berlaku. Menurut Plaintif, motokar Defendan Pertama yang datang dari arah bertentangan dan melanggar Plaintif dan isterinya. Motorsikal Plaintif mengalami kerosakan iaitu calar di bahagian cover set sebelah kiri, paddle di sebelah kiri bengkok dan kerosakan-kerosakan lain yang belum dipastikan. Defendan Pertama pula menyatakan bahawa Plaintif telah terbabas dan memasuki laluan Defendan Pertama dan Plaintif telah melanggar bahagian kanan hadapan motokar Defendan Pertama. Kerosakan motokar Defendan Pertama pada bumper hadapan sebelah kanan dan kerosakan-kerosakan lain yang belum dipastikan. Oleh itu, Mahkamah perlu mempertimbangkan versi mana yang lebih ‘probable’ dan versi mana yang tidak ‘probable’ dan perlu ditolak. Mahkamah merujuk kepada kes Tabarani Mohd Arshad & Anor v. Chan Tenn Yau [1999] 3 CLJ 188 apabila Mahkamah Tinggi Johor Bahru memutuskan seperti berikut: ‘There were two versions of the accident. One version came from the respondent, plaintiff himself while the other version was that of the first appellant/defendant. The trial court fell in error when it approached the case solely on the basis of deciding which story to be believed. When confronted with two conflicting versions, the duty of the trial court was to consider which version was inherently probable or improbable. The trial court should have been more meticulous and considered other probable versions provided they were within the scope and ambit of the pleadings and supportable by admissible evidence including the neutral ones. This approach provides a wide leverage for the trial court to manoeuvre bearing in mind, always, the testimony of the credible witness.’ ”. [13] Dalam menggunapakai prinsip yang dinyatakan dalam kes Tabarani Mohd Arshad & Anor v. Chan Tenn Yau tersebut, Pn HMS yang bijaksana telah meneliti dan menilai keterangan SP-1. Pengamatan Pn HMS yang bijaksana kepada keterangan SP-1 adalah – “[19] Mahkamah mendapati keterangan lisan SP-1 adalah berubah-ubah tentang tandaan “C” pada Ekshibit P1 sebagai tempat kejadian dan tempat mayat jatuh dan tercampak selepas kemalangan. Walau bagaimanapun daripada keterangan yang diberikan oleh SP-1, lokasi kejadian atau tempat mayat manusia ditandakan “C” adalah berada di tengah-tengah jalan lebih ke dalam laluan Plaintif. Kes ini telah diklasifikasikan sebagai “No Further Action (NFA)” oleh Timbalan Pendakwa Raya setelah dirujuk oleh SP-1 supaya SP3 disaman di bawah Rule 10 L.N. 166/1959 walaupun kes ini disiasat di bawah subseksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Oleh itu, SP-3 tidak dikenakan apa-apa saman oleh pihak polis. [20] Walaupun keterangan lisan SP-1 adalah berubah-ubah tentang tandaan “C” yang merujuk kepada tempat pertembungan dan tempat mayat jatuh selepas kemalangan, Mahkamah menerima keterangan SP-1 bahawa tandaan “C” adalah tempat pertembungan motorsikal Plaintif dan motokar Defendan Pertama memandangkan tandaan “C” tersebut dan catatan pada Ekshibit P1 telah dibuat oleh SP-1 selepas SP-1 membuat siasatan penuh terhadap kes ini. Mahkamah merujuk kepada kes Abdul Rahman v. Soon Ah Hai [1978] 2 MLJ 31 apabila Mahkamah Persekutuan mengakas keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapati Perayu 100% cuai dan memutuskan bahawa – ‘The sketch plan showed the impact to be very near the centre of the road. In the circumstances the appellant and the respondent were equally to be blamed and liability of the appellant should be 50%.’ ”. [14] Berkenaan dengan pengamatan Pn HMS yang bijaksana kepada keterangan Plaintif sendiri (SP-3), alasan penghakiman Pn HMS yang bijaksana menyatakan – “[22] Mahkamah mendapati SP-3 tidak menyatakan dalam laporan polisnya di Ekshibit P5 bahawa motokar SD-1 datang dari arah bertentangan, masuk ke laluan SP-3 dan menyebabkan kemalangan. Walau bagaimanapun, Mahkamah meneliti Ikatan Pliding dan mendapati butir-butir kecuaian Defendan Pertama di muka surat 4 dan 5 Ikatan A telah diplid yang menyatakan bahawa motokar Defendan Pertama masuk ke laluan SP-3 dari arah bertentangan dan menyebabkan kemalangan.”. [15] Keterangan saksi-saksi Defendan-Defendan yang dinilai oleh Pn HMS yang bijaksana pula dinyatakan pada perenggan 23 hingga 26. Pn HMS yang bijaksana menilai fakta mengenai tempat pertembungan dan versi berbeza dan bertentangan mengenai bagaimana kemalangan ini berlaku, Pn HMS yang bijaksana telah merujuk keputusan kes Lee Ewe Teik v. Ariffin bin Hussain [1990] 2 CLJ (Rep) 332 di Mahkamah Tinggi, keputusan kes Chew Soo Lan v. Ludhiana Syndicate & Anor [1976] 2 MLJ 205 di Mahkamah Persekutuan dan keputusan kes Siti Rohani Mohd Shah & Anor v. Hj. Zainal Hj Saifiee and Anor [2001] 1 CLJ 498 di Mahkamah Tinggi. [16] Dalam menggunapakai ketiga-tiga nas undang-undang kes itu, pada perenggan 27 dan 28 alasan penghakiman Pn HMS yang bijaksana menyatakan – “[27] Mahkamah merujuk kepada keterangan SP-3 semasa pemeriksaan balas apabila SP-3 tidak bersetuju dengan cadangan peguam Defendan-Defendan bahawa SP-3 selepas hilang kawalan terhadap motorsikal yang ditunggang telah masuk ke laluan bertentangan. Berdasarkan prinsip yang dinyatakan dalam kes Chew Soo Lan v. Ludhiana Syndicate & Anor (supra) dan kes Siti Rohani Mohd Shah & Anor (supra), memandangkan motokar SD-1 mengambil selekoh ke kanan dari laluan atas ke bawah, Mahkamah membuat inferens bahawa motokar SD-1 boleh memotong sudut (cut corners) dan masuk ke laluan sah motorsikal Plaintif. Mahkamah juga merujuk kepada tandaan “X” (berwarna hitam) oleh SP-3 sebagai tempat di mana pertembungan berlaku antara motokar SD-1 dan motorsikal SP-3 adalah di hujung sudut laluan sah Plaintif di selekoh kiri di laluan SP-3. Ekshibit P1 juga menunjukkan bahawa mayat manusia iaitu isteri Plaintif berada di tengah-tengah jalan dan lebih di laluan sah Plaintif disokong oleh keterangan SP-1 bahawa tandaan “C” di tengah-tengah jalan adalah ‘1st place of impact’. [28] Berdasarkan bukti kerosakan yang tertumpu kepada bumper hadapan sebelah kanan motokar SD-1, atas imbangan kebarangkalian, bahawa kemalangan ini berlaku disebabkan
3
SD-1 masuk ke laluan sah SP-3 dan melanggar motorsikal SP- Mahkamah juga mendapati bahawa keterangan SP-3 adalah konsisten dengan siasatan dan keterangan SP-1 yang mengesahkan tempat pertembungan di tandaan “C” dan tandaan “C” tersebut adalah dalam laluan sah SP-3.”. [17] Pn HMS yang bijaksana telah memutuskan bahawa Plaintif telah cuai sumbang memandangkan keterangan SP-3 sendiri menyatakan bahawa dalam keadaan cuaca hujan SP-3 telah hilang kawalan terhadap motorsikal dan motorsikal SP-3 telah menggelongsor dan jatuh atas jalan. Mahkamah berpendapat dalam keadaan hujan SP-3 sepatutnya mengambil langkah-langkah berjaga-jaga dalam menunggang motorsikal. Dalam keadaan cuaca pada hari kejadian adalah hujan SP-3 sepatutnya menunggang motorsikal dengan kelajuan yang boleh dikawal jika terdapat mana-mana kenderaan yang masuk ke laluan SP-3. SP-3 tidak memberikan sebarang perhatian yang sewajarnya pada keadaan trafik serta keadaan sekelilingnya dan beliau telah gagal mengawal motorsikalnya sehingga hilang kawalan dan menggelongsor atas jalan sehingga menyebabkan SD-1 yang datang dari arah bertentangan menghadapi situasi atau keadaan yang tidak boleh dielak dalam menyebabkan kemalangan. [18] Pn HMS yang bijaksana memutuskan bahawa walaupun SP-3 menyatakan bahawa kelajuan motorsikal SP-3 adalah 30-40km/j, Mahkamah berpendapat bahawa SP-3 menunggang motorsikalnya secara laju kerana jika dengan kelajuan yang sederhana 30-40km/j, SP- 3 sepatutnya boleh mengawal motorsikal yang ditunggangnya dalam keadaan cuaca hujan dan boleh mengelak daripada motorsikal hilang kawalan dan menggelongsor atas jalan. Tambahan bagi laluan SP-3 adalah menuruni bukit. Pn HMS yang bijaksana merujuk keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes Gurisha Taranjeet Kaur (an infant suing by her father and litigation representative, Taranjeet Singh s/o Bhagwan Singh) & Anor v. Dr Premitah Damodaran & Anor [2020] MLJU 519. Penilaian, Analisis dan Dapatan Mahkamah ini dalam memutuskan rayuan terhadap keputusan Pn HMS yang bijaksana [19] Keputusan Mahkamah ini berkenaan dengan isu laibiliti yang dirayu oleh Defendan-Defendan memutuskan bahawa keputusan Pn HMS yang bijaksana adalah khilaf apabila mendapati bahawa Plaintif berjaya membuktikan tuntutannya dan liabiliti Defendan-Defendan ialah sebanyka 70% dalam menyebabkan kemalangan ini dan Plaintif menyumbang cuai sebanyak 30% dalam menyebabkan kemalangan ini. [20] Keputusan Mahkamah ini pada peringkat rayuan telah mengusik dapatan fakta oleh Pn HMS yang bijaksana dan sekaligus mengubah dapatan Mahkamah Rendah dalam isu liabiliti. [21] Seperti juga yang dinyatakan dalam keputusan Pn HMS yang bijaksana, pendekatan yang perlu diikuti oleh Mahkamah perbicaraan di mana terdapat percanggahan material di antara versi kedua-dua pihak adalah dengan menimbangkan versi manakah di antara kedua-duanya lebih berkemungkinan dengan berdasarkan bukti yang dikemukakan di Mahkamah, versi manakah yang lebih berkemungkinan. Nas undang-undang yang dirujuk oleh Pn HMS yang bijaksana adalah betul dan saya merujuk kepada kes Noorianti bte Zainol Abidin & Ors Tang Lei Nge [1990] 2 MLJ 243, di mana dinyatakan pendekatan yang perlu diikuti oleh Hakim perbicaran dalam kes-kes sebegini− “It has also been said two conflicting stories he should not approach the case upon the basis of considering which of the two conflicting stories he should believe but rather on the basis of considering which version is inherently probable or improbable - see for the instance Koay Teik Choo & Ors v. R [1956] MLJ
52
52.”. [22] Versi manakah yang lebih berkemungkinan? Mahkamah ini mendapati bahawa Pn HMS yang bijaksana berpendapat bahawa versi Plaintif lebih berkemungkinan berbanding dengan versi Defendan-Defendan. [23] Pn HMS yang bijaksana memutuskan bahawa keterangan Pegawai Penyiasat (SP-1) tidak memuaskan hati hakim yang membicarakan manakala penilaian kepada tempat kemalangan lebih berkemungkinan di mana Defendan Pertama yang memasuki laluan sah Plaintif. [24] Dalam menimbangkan mengenai capaian cuai sumbang, Pn HMS yang bijaksana menyatakan mengenai keadaan cuaca, Plaintif gagal mengawal motorsikalnya hingga menyebabkan motorsikal Plaintif menggelongsor, tempat kemalangan adalah selekoh dan Mahkamah Sesyen membuat inferens bahawa motokar SD-1 boleh memotong sudut (cut corners) dan masuk ke laluan sah motorsikal Plaintif adalah dapatan Mahkamah bicara bahawa Defendan Pertama bertanggungan 70% dan Plaintif hanya 30%. [25] Pada peringkat rayuan, hujahan bertulis utama Defendan-Defendan (perayu-perayu) dan Plaintif (respionden) di samping rekod rayuan yang mengandungi alasan penghakiman Pn HMS yang bijaksana telah membantu Mahkamah ini untuk mengubah dapatan bagi isu liabiliti. Dapatan Rayuan: Isu Liabiliti [26] Undang-undang berkait dengan beban pembuktian adalah mantap. Dalam kes tuntutan kerugian akibat kemalangan jalan raya, pihak yang menuntut perlulah terlebih dahulu membuktikan tuntutannya berdasarkan peruntukan seksyen 101 Akta Keterangan 1950. [27] Hashim Yeop A Sani H (pada ketika itu) dalam kes Ng Chul Sia v Maimon Bt Ali [1983] 1 MLJ 110, memutuskan – “In an action for negligence the onus of proving the allegation of negligence rests on the person who makes it unless there are disclosed facts which raise a presumption in favour of the plaintiff. The plaintiff must show affirmatively that there has been a breach of a specific or general duty by the defendant and this resulted in the damage to the plaintiff. If he fails to prove this the action must fail. ...When an accidental harm is done it is not for the doer to excuse himself by proving that the accident was inevitable and that there was no negligence on his part. It is for the person who suffers the harm to prove affirmatively that the accidental harm was due to the negligence of the other person.”. [28] Jelasnya, pada setiap masa beban pembuktian adalah di bahu Plaintif membuktikan dengan tegas kecuaian di pihak Defendan-Defendan kecuali dapat dibuktikan ada anggapan yang memihak kepada Plaintif bagi Defendan-Defendan membuktikan sebaliknya. Persoalan yang perlu diputuskan mahkamah bicara adalah sama ada pihak Plaintif telah membuktikan dengan tegas di atas imbangan kebarangkalian Defendan-Defendan telah cuai semasa kemalangan tersebut berlaku. [29] Keterangan Plaintif perlulah diteliti dan diuji. Berdasarkan keterangan pihak plaintif sendiri adalah nyata bahawa laporan polis oleh Paintif menyebut bahawa Plaintif (penunggang motorsikal) telah menggelongsor. Dalam keadaan menggelongsor itu, motorsikal Plaintif memasuki ke laluan Defendan Pertama dan bukan menggelongsor ke arah satu lagi. Apabila ini berlaku, motokar Defendan Pertama dari arah bertentangan tidak dapat mengawal keadaan dan bukti kerosakan pada kedua-dua kenderaan (motorsikal Plaintif dan motokar Defendan Pertama) adalah sepadan dengan impak pertembungan. Apa yang mendukacitakan ialah isteri Plaintif (yang membonceng motorsikal suaminya) menemui ajal akibat daripada kemalangan ini. Walau bagaimanapun, tuntutan ini adalah di antara Plaintif (suami) dan Defendan-Defendan sahaja. [30] Apabila Pn HMS yang bijaksana membuat inferens bahawa – “[27] … motokar SD-1 boleh memotong sudut (cut corners) dan masuk ke laluan sah motorsikal Plaintif. Mahkamah juga merujuk kepada tandaan “X” (berwarna hitam) oleh SP-3 sebagai tempat di mana pertembungan berlaku antara motokar SD-1 dan motorsikal SP-3 adalah di hujung sudut laluan sah Plaintif di selekoh kiri di laluan SP-3. Ekshibit P1 juga menunjukkan bahawa mayat manusia iaitu isteri Plaintif berada di tengah-tengah jalan dan lebih di laluan sah Plaintif disokong oleh keterangan SP-1 bahawa tandaan “C” di tengah-tengah jalan adalah ‘1st place of impact’. [28] Berdasarkan bukti kerosakan yang tertumpu kepada bumper hadapan sebelah kanan motokar SD-1, atas imbangan kebarangkalian, bahawa kemalangan ini berlaku disebabkan
3
SD-1 masuk ke laluan sah SP-3 dan melanggar motorsikal SP- Mahkamah juga mendapati bahawa keterangan SP-3 adalah konsisten dengan siasatan dan keterangan SP-1 yang mengesahkan tempat pertembungan di tandaan “C” dan tandaan “C” tersebut adalah dalam laluan sah SP-3.”, Mahkamah ini mendapati Pn HMS yang bijaksana mempercayai keterangan Plaintif berdasarkan inferens yang Mahkamah bicara nyatakan. Ternyata Pn HMS yang bijaksana telah tersalah arah apabila pada suatu sudut Pn HMS yang bijaksana menyatakan bahawa keterangan Pegawai Penyiasat berubah-ubah. Manakala dari sudut satu lagi, Pn HMS yang bijaksana bergantung kepada pengesahan tempat pertembungan Pegawai Penyiasat. [31] Mahkamah Persekutuan dalam kes Wong Thin Yit v. Mohamed Ali [1971] 2 MLJ 175 memutuskan – “In a negligence action the onus of proof rests wholly on the plaintiff, whether or not the defendant gives evidence. The plaintiff cannot succeed without proof of the defendant's negligence. “Evidence is the foundation of proof, with which it must not be confounded. Proof is that which leads to a conclusion as to the truth or falsity of alleged facts which are the subject of inquiry. Evidence, if accepted and believed, may result in proof, but it is not necessarily proof of itself.” see 15 Halsbury (3rd Ed.) p. 260.”. [32] Dalam kes Krishna Murthey & Anor v. Law Lye Chua [1992] 1 CLJ 684, KC Vohrah H (pada ketika itu) setelah merujuk kepada kes Ng Chul Sia v. Maimon Bt Ali telah memutuskan – “The onus is not on the defendant to prove that he was not negligent.”. [33] Pn HMS yang bijaksana sepatutnya membuat penilaian terlebih dahulu ke atas keterangan yang dikemukakan oleh Plaintif bagi menentukan sama ada Plaintif telah membuktikan kecuaian di pihak Defendan-Defendan; dan Plaintif layak untuk memperoleh ganti rugi am dan khas akibat kecuaian Defendan Pertama. Agihan liabiliti antara kedua-dua pihak perlu mengambil kira setelah Plaintif berjaya membuktikan kecuaian di pihak Defendan-Defendan. [34] Kemalangan ini melibatkan 2 buah kenderaan iaitu sebuah motorsikal dan sebuah motokar. Apabila melibatkan kenderaan besar dan kecil, anggapan bahawa motokar yang bersalah handaklah disemak dan menilai keterangan neutral pegawai penyiasat (SP-1) [35] Dalam kes Chan Sau Chuan v Choi Kong Chaw & Yap Yun Chun [1991] 2 CLJ 394, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa – “Taking the evidence of the investigation officer, PW3, first I must mention that this witness has no personal interest in this action between the two parties. The second observation I would like to make is that although PW3 is not an expert witness in the strict sense of the words, nevertheless he is more than competent to give his views because of his experience as an investigation officer in traffic accidents and the quality of the evidence he gave in this trial. To my mind he is skilful enough for this court to take into serous consideration of some of the things said by him in his evidence.”. [36] Peruntukan seksyen 106 Evidence Act 1950 adalah “When any fact is especially within the knowledge of any person, the burden of proving that fact is upon him.”. [37] Laporan polis oleh kedua-dua pihak telah dikemukakan semasa perbicaraan dan punca kemalangan sebenarnya adalah disebabkan oleh Plaintif yang hilang kawalan lalu tergelincir dan terjatuh sendiri lalu terbabas di atas jalanraya. Persoalan “terbabas di atas jalanraya” hendaklah jelas iaitu sama ada terbabas ke laluan Defendan Pertama atau kekal di laluan Plaintif sendiri. Jawapan yang logik ialah “terbabas ke laluan Defendan Pertama”. Kesan kerosakan dan impak kerosakan tidak bercanggah dan ianya sepadan untuk memahami bagaimana kemalangan/pertembungan berlaku. [38] Fakta khas yang hanya dalam pengetahuan Plaintif dan Defendan Pertama iaitu sama ada Plaintif menunggang dalam had sederhana, sama ada gagal mengawal motorsikal dan sama ada motokar Defendan Pertama yang memasuki laluan sah Plaintif adalah persoalan yang hanya boleh dibentangkan di Mahkamah bicara melalui keterangan lisan saksi-saksi iaitu SP-1 (Pegawai Penyiasat), Plaintif (SP-3) dan Defendan Pertama (SD). [39] Keputusan pihak polis untuk “NFA” di mana Plaintif dan Defendan Pertama tidak dikenakan apa-apa tindakan undang-undang atas kemalangan ini. Keputusan ‘NFA’ sebab pihak polis tidak dapat menentukan siapa yang bersalah dan tidak cukup keterangan untuk dakwa dan saman mana-mana pihak, bukan menjadi faktor utama untuk agihan liabiliti. [40] Mahkamah ini mengenepikan dapatan fakta yang ditemui oleh Pn HMS yang bijaksana. Hasil daripada dapatan fakta tersebut Mahkamah ini mendapati Pn HMS yang bijaksana terkhilaf menggunakan prinsip undang-undang untuk mencapai keputusannya. Dapatan fakta oleh Pn HMS yang bijaksana adalah berdasarkan keterangan yang diperoleh daripada keterangan saksi-saksi dan keterangan dokumentar. Maka, sewajarnya Pn HMS yang bijaksana menganalisa fakta di hadapannya dengan teliti untuk memutuskan mengenai isu liabiliti. Dapatan oleh Pn HMS yang bijaksana adalah terkhilaf. Prinsip Campur tangan dan Gangguan Mahkamah pada peringkat rayuan [41] Ciri utama bagi sesuatu “appellate intervention” adalah jelas dan mantap dalam semua peringkat rayuan. Tugas Mahkamah yang mendengar rayuan ialah untuk memastikan sama ada Mahkamah yang membicarakan itu mencapai keputusannya berdasarkan keputusan atau dapatan secara betul mengenai keterangan dan berasaskan kepada undang-undang. [42] Mahkamah Persekutuan dalam kes Gan Yook Chin (P) & Anor v. Lee Ing Chin @ Lee Teck Seng & Ors [2005] 2 MLJ 1 memutuskan – “[14] In our view, the Court of Appeal in citing these cases had clearly borne in mind the central feature of appellate intervention, ie to determine whether or not the trial court had arrived at its decision or finding correctly on the basis of the relevant law and/or the established evidence. In so doing, the Court of Appeal was perfectly entitled to examine the process of evaluation of the evidence by the trial court. Clearly, the phrase ‘insufficient judicial appreciation of evidence’ merely related to such process. This is reflected in the Court of Appeal’s restatement that a judge who was required to adjudicate upon a dispute must arrive at his decision on an issue of fact by assessing, weighing and, for good reasons, either accepting or rejecting the whole or any part of the evidence placed before him. The Court of Appeal further reiterated the principle central to appellate intervention, ie that a decision arrived at by a trial court without judicial appreciation of the evidence might be set aside on appeal. This is consistent with the established plainly wrong test.”. [43] Begitu juga dalam kes Kerajaan Malaysia v. Global Upline Sdn Bhd and Another Appeal [2017] 1 MLJ 170 di mana Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa “an appellate court will not intervene unless the trial court is shown to be plainly wrong in arriving at its conclusion and where there has been insufficient judicial appreciation of the evidence. [44] Mahkamah Persekutuan dalam kes Ng Hoo Kui & Anor v. Wendy Tan Lee Peng (administratrix for the estate of Tan Ewe Kwang, deceased) & Ors [2020] 10 CLJ 1 memutuskan “the principle on which an appellate court could interfere with findings of fact by the trial court is ‘the plainly wrong test’ principle”. [45] Prinsip undang-undang mengenai appellate intervention only justified that on the available evidence, that the SCj is erred (Kes Tan Sri Khoo Teck Puat & Anor v. Plenitude Holdings Sdn Bhd [1993] 2 CLJ 146). [46] Dua ujian yang dikenal pasti perlu dipenuhi bagi tujuan appellate intervention adalah “plainly wrong test” and “insufficient judicial appreciation of evidence test” (the case of Lee Ing Chin @ Lee Teck Seng & Ors v. Gan Yook Chin & Anor [2003] 2 MLJ 97 at 98-99). [47] Dalam kes Ong Leong Ciou & Anor v. Keller (M) Sdn Bhd & Ors And Another Appeal [2019] 3 MLRA 322 at 329, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa – “[125] We are mindful of the limited role of the appellate court in relation to the findings of facts made by the court of first instance. The general principle is that the conclusion of a trial judge is a finding of fact on the oral evidence based on the demean our and credibility of the witness before him or her. Generally, such finding ought not be disturbed unless the appellate court is convinced that it is plainly wrong. It would not be sufficient to warrant an appellate interference merely because the appellate court entertains doubt whether such finding is right.”. [48] Dalam kes Ng Hoo Kui & Anor v. Wendy Tan Lee Peng, Administrator of the Estates of Tan Ewe Kwang, Deceased & Anor [2020] 10 CLJ 1, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa – “... an appellate Court should not interfere with factual findings of a trial judge unless it was satisfied that the decision of the trial Judge was plainly wrong or one that no reasonable Judge could have reached. If it is not, the fact that the appellate Court may have reached a different conclusion on the facts, is irrelevant.”. [49] Dalam kes rayuan dari Mahkamah Sesyen ini, isu liabiliti adalah menjadi paksi kepada pertikaian pihak-pihak. Berdasarkan Analisa Mahkamah ini ke atas keputusan Pn HMS yang bijaksana mendapati bahawa Defendan-Defendan bertanggungan sebanyak 70% dan Plaintif adalah bertanggungan sebanyak 30% adalah tidak boleh dikekalkan. [50] Tindakan Plaintif yang “senyap” mengenai masuk ke laluan siapa hanya disebut dalam keterangan lisan Plaintif di Mahkmah bicara. Peguam cara terpelajar Defendan membangkitkan isu/persoalan ini dan Mahkamah ini mendapati bahawa Pn HMS yang bijaksana memutuskan ketiadaan pengataan “masuk ke laluan saya” ada diplidkan dalam pernyataan tuntutan. Berbanding dengan laporan polis oleh Defendan Pertama yang melaporkan bahawa motorsikal Plaintif terbabas dan memasuki laluan saya (Defendan Pertama). [51] Selepas meneliti keseluruhan keterangan dalam perbicaraan melalui rekod rayuan dan hujahan peguam-peguam di peringkat rayuan, Mahkamah ini bersetuju dan dapat memahami tempat pertembungan antara 2 kenderaan ialah motorsikal Plaintif menuruni bukit manakala motokar Defendan Pertama menaiki bukit. Keadaan terbabas lebih kepada Plaintif dan bukannya Defendan Pertama. [52] Oleh yang demikian, Mahkamah ini mengetepikan dapatan liabiliti oleh Pn HMS yang bijaksana dan Defendan-Defendan adalah hanya bertanggungan sebanyak 30% sahaja. Cuai sumbang Plaintif adalah sebanyak 70%. [53] Dalam kes Ahmad Zulfendi bin Anuar v. Mohd Shahril bin Abdul Rahman [2022] 4 MLJ 892, Mahkamah Rayuan memutuskan − “[102] The law in that situation requires proof and evidence of negligence either to limit such a claim, to such extent that the claimant may be liable on a certain apportionment of contributory negligence or deny the claim altogether, if he is found to be fully liable.”. [54] Mahkamah ini menjumpai terdapat keterangan kukuh yang dapat mengetepikan keputusan Pn HMS yang bijaksana. Keterangan Defendan-Defendan sama ada di peringkat perbicaraan dan peringkat rayuan tetap kukuh menegakkan bahawa tiada kecuaian Defendan-Defendan kepada kemalangan yang mencederakan Plaintif dan meragut nyawa isteri Plaintif. Plaintif-Plaintif gagal melunaskan beban pembuktiannya untuk menuntut bahawa Defendan-Defendan cuai. [55] Dalam kes Formosa Resort Properties Sdn Bhd v. Bank Bumiputra Malaysia [2010] 6 CLJ 530, yang mana Suriyadi Halim Omar JCA memutuskan bahawa – “It is trite in civil cases that he who asserts must prove, and here the appellant is the asserting party… on that premise the appellant had failed to prove its case on a balance of probability.”. [56] Apabila dapatan fakta oleh Pn HMS yang bijaksana yang tidak tepat maka rumusan bahawa Defendan-Defendan adalah cuai dan Plaintif cuai sumbang maka agihan liabiliti perlu dibetulkan. Kesimpulan [57] Berdasarkan alasan yang saya nyatakan di atas, penghakiman saya memutuskan bahawa keputusan Pn HMS yang bijaksana adalah terkhilaf dan gagal menurut lunas undang-undang. Oleh yang demikian rayuan Defendan-Defendan dibenarkan dengan kos sebanyak RM1000.00. [58] Pada peringkat rayuan di hadapan Mahkamah ini, saya telah menjalankan appellate role. Oleh itu Mahkamah ini would interfere with findings of facts. The findings and interpretation of the law by the learned SCj are incorrect. [59] Pembelaan Defendan-Defendan berjaya menangkis keterangan yang dikemukakan oleh Plaintif melalui keterangan lisan dan keterangan dokumentar. Terdapat kekhilafan dalam keputusan Pn HMS yang bijaksana sebagaimana yang disenaraikan oleh peguam cara terpelajar Defendan-Defendan dalam notis rayuannya. Bertarikh: 2 Februari 2024. RoziBainon ( ROZI BINTI BAINON ) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Shah Alam Sivil NCvC12 Peguam cara: Bagi Pihak Perayu-Perayu/Defendan-Defendan: Noor Haliza binti Ishak Tetuan V P Nathan & Partners, Petaling Jaya Bagi Pihak Responden/Plaintif: Jagjit Singh A/L Pomman Singh Tetuan Thomas Bala & Associates, Petaling Jaya
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.