Content
September 24, 2024 1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI MUAR DALAM NEGERI JOHOR, MALAYSIA
JB-12BNCvC-12-06/2023
High Court of Malaysia24 Sept 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
What the court ordered
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“(ii) The defendant - 30% liability to the second plaintiff. [4] The defendant had filed a counterclaim based on s. 10 and in particular sub-s. 10(1)(c) of the Civil Law Act 1956 (Act 67) and the learned Sessions Court Judge dismissed the counterclaim of the defendant. The learned High Court Judge on 5 October 2011 also”
“an yang diterima dari pihak SOCSO harus diambil kira, saya berpendapat dalam penaksiran awad gantirugi bagi pihak Plaintif Ketiga, bantuan kewangan ini yang diterima daripada SOCSO menurut Employee’s Social Security Act, 1969 tidak perlu diambil kira menurut Seksyen 28A(1)(c) Akta Undang-Undang Sivil, 1956 yang memperu”
“d that there were school children in the vicinity who were liable to cross the road. [penekanan ditegaskan] The second point concerns what Thomson LP had said in Seng Chong Metal Works Ltd v. Lew Fa [1962] MLJ 65 with regard to the necessity for putting to the plaintiff the case for the defendant. In my view, this woul”
“torkar Simati telah berpusing dan masuk ke laluan motorbas. Maka Defendan-defendan tidak terkeliru atau mengalami prejudis. [45] Sila juga rujuk kepada kes KR Taxi Service Ltd & Anor v Zaharah & Ors [1968] CLJU 53 di mana dalam penghakiman Mahkamah Persekutuan menunjukkan bahawa Mahkamah bebas untuk membuat penemuan be”
“ent party responsible for causing damage or injury to him in the accident. In coming to that finding, the learned judge relied on a long line of authorities namely Oli Mohamed v. Keith Murphy & Anor [1969] CLJU 122; [1969] 1 LNS 122;[1969] 2 MLJ 244; Wong Fook & Anor v. Abdul Shukur Abdul Hakim (Wong Piang Loy, Third P”
“ng Piang Loy, Third Party) [1990] 2 CLJ 382; [1990] 1 CLJ (Rep) 536, Samsuri bin Saad & Anor v. Chew Kit Toh and Another Appeal [1996] 2 CLJ 109 and Jayakumar Kuppusamy & Anor v. Chen Kit Hong & Anor [1983] CLJU 59; [1983] 1 LNS 59. All the authorities cited by the learned judge point to one conclusion, that an innocen”
“aintif Kedua telah dibenarkan menurut Seksyen 10(1)(c) Akta Undang-Undang Sivil 1956, atas dasar Plaintif Pertama adalah “joint tort feasor”. [75] Otoriti Ibrahim Ayobe & Anor v Goh Tock Meng & Anor [2004] MLRH 164 yang dikemukakan oleh Plaintif-Plaintif tidak membantu Mahkamah. Dalam kes tersebut, kedua-dua penunggang”
“au juga sedang membawa motorbas dengan laju sewaktu hujan lebat serta kelihatan di sekeliling jalanraya pada ketika itu juga adalah terhad akibat hujan lebat. Dalam kes Chai Voon Lee lwn Wee Jee Fong [2014] CLJU 404, Hakim Mairin Idang J telah putuskan seperti berikut: - “It is logical that when you apply the brake abr”
“memutuskan award untuk seorang pembantu iaitu RM1,500 x 27 x 12 = RM486, 000.00 adalah memadai dan munasabah. Mahkamah merujuk kepada kes Nurul Husna Muhammad Hafiz & Anor v. Kerajaan Malaysia & Ors [2014] MLJU 1922 yang mana Hakim Vazeer Alam PK (pada ketika itu) telah membenarkan kos pembantu rumah serta kos penjagaa”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
September 24, 2024 1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI MUAR DALAM NEGERI JOHOR, MALAYSIA
1
1.
2
(mendakwa sebagai ibu bapa yang sah dan
3
(seorang kanak-kanak mendakwa Melalui datuknya atau sahabat wakilnya … PERAYU-PERAYU
1
RAHMAT BIN MOHD ALI
2
SERI MERDU SDN BHD (NO. SYKT: 229889-M) … RESPONDEN-RESPONDEN [Dalam Mahkamah Sesyen Di Segamat Guaman No.: JD-A53KJ-47-06 TAHUN 2020] 22/10/2024 15:21:58 JB-12BNCvC-12-06/2023 Kand. 28 September 24, 2024 2
1
1.
2
(mendakwa sebagai ibu bapa yang sah dan
3
(seorang kanak-kanak mendakwa Melalui datuknya atau sahabat wakilnya … PLAINTIF-PLAINTIF
1
RAHMAT BIN MOHD ALI
2
SERI MERDU SDN BHD (NO. SYKT: 229889-M) … DEFENDAN-DEFENDAN DIDENGAR BERSAMA DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI MUAR
1
1.
2
SERI MERDU SDN BHD (NO. SYKT: 229889-M) … PERAYU-PERAYU September 24, 2024 3
1
1.
2
(mendakwa sebagai ibu bapa yang sah dan
3
(seorang kanak-kanak mendakwa Melalui datuknya atau sahabat wakilnya … RESPONDEN-RESPONDEN [Dalam Mahkamah Sesyen Di Segamat
1
1.
2
(mendakwa sebagai ibu bapa yang sah dan
3
(seorang kanak-kanak mendakwa Melalui datuknya atau sahabat wakilnya … PLAINTIF-PLAINTIF September 24, 2024 4
1
1.
2
SERI MERDU SDN BHD (NO. SYKT: 229889-M) … DEFENDAN-DEFENDAN) KORAM: SURIA KUMAR A/L DURAIRAJ JOHNSON PAUL PESURUHJAYA KEHAKIMAN ALASAN PENGHAKIMAN PENGENALAN [1] Rayuan ini timbul daripada satu tuntutan kes kemalangan jalanraya yang telah dibicarakan di Mahkamah Sesyen. [2] Kedua-dua pihak telah merayu terhadap keputusan Mahkamah Sesyen tersebut terhadap liabiliti dan kuantum. [3] Rayuan Plaintif akan dirujuk sebagai Rayuan No. 3. Manakala Rayuan Defendan-Defendan akan dirujuk sebagai Rayuan No. 12. [4] Mahkamah telah mendengar kedua-dua Rayuan ini secara serentak. Pihak-pihak akan dirujuk sebagai Plaintif dan Defendan-Defendan dalam penghakiman ini. September 24, 2024 5 LATAR BELAKANG KES [5] Simati, pemandu motokar No. JLW 6206 adalah Muhamad Abu Dujanah. [6] Simati pada waktu itu telah menumpangkan isteri dan empat orang anaknya dalam motorkar tersebut. [7] Pada 12.12.2017, jam lebih kurang 6.30 petang, sewaktu simati sedang memandu motokar No. JLW 6206 di Jalan Johor Bahru – Seremban, Segamat, Johor, apabila sampai di KM 176 jalanraya tersebut, satu kemalangan telah berlaku di antara motokar Simati dengan motorbas No. JQF 3889 yang dipandu oleh Defendan Pertama dan dimiliki oleh Defendan Kedua. [8] Akibat kemalangan jalanraya tersebut, Simati, Isteri dan tiga orang anak telah meninggal dunia kecuali seorang anak iaitu Plaintif Ketiga yang mengalami cedera parah. [9] Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua sebagai ibu dan bapa kepada Simati dan Plaintif Ketiga sebagai anak Simati telah membawa tuntutan untuk kehilangan tanggungan menurut Seksyen 7 Akta Undang-Undang Sivil (Pindaan) 1984. [10] Plaintif Ketiga juga telah membawa tuntutan untuk kecederaan yang dialami olehnya. [11] Plaintif sewaktu perbicaraan telah memanggil saksi-saksi seperti berikut: - September 24, 2024 6 SP1 - Yew Cheng Sat (wakil majikan Ayam Pantas Maju Sdn Bhd) SP2 - Dzulkrinain bin Yusoh (Plaintif Pertama) SP3 - Inspektor Khairul Shazree bin Hashim (Pegawai penyiasat) SP4 - Dr Rakesh a/l Rethinasamy (Jabatan Neurosurgeri Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru) [12] Manakala Defendan tidak mengemukakan saksi. Defendan Pertama pula telah meninggal dunia sebelum perbicaraan pada 27.01.2021. [13] Plaintif-Plaintif telah memplidkan bahawa kemalangan tersebut diakibatkan semata-mata kecuaian Defendan Pertama sebagai pemandu motorbus No. JQF 3889 milikan Defendan Kedua dan memplidkan juga butir-butir kecuaian Defendan-Defendan. [14] Manakala Defendan-Defendan telah memplidkan bahawa kemalangan tersebut berlaku akibat kecuaian Simati di mana motorkar yang dipandu oleh Simati secara mengejut berpusing dan masuk ke laluan sah motorbas Defendan-Defendan walaupun Defendan Pertama telah mengarahkan motorbasnya ke sebelah kiri untuk cuba mengelak. Defendan-Defendan juga telah memplidkan butir-butir kecuaian Simati. [15] Defendan-Defendan juga telah menuntut terhadap Plaintif-Plaintif tolakan dan tuntutan balas untuk tanggung rugi atau sumbangan bagi liabiliti Simati. September 24, 2024 7 KEPUTUSAN HMS YB LIABILITI [16] Atas isu liabiliti, HMS YB telah memutuskan bahawa 10% ditanggung oleh Defendan-Defendan dan 90% ditanggung oleh Plaintif-Plaintif. [17] HMS YB juga telah membenarkan tuntutan balas Defendan-Defendan sebagaimana yang boleh dilihat dalam Penghakiman bertarikh 22.6.2023 seperti berikut: - “DAN ADALAH JUGA DENGAN INI DIHAKIMI bahawa tuntutan balas Defendan-Defendan dibenarkan dimana Defendan-Defendan dikehendaki membayar kepada Plaintif-Plaintif 10% pembahagian sebagaimana pengagihan liabiliti dan kos 10% mengikut skala, serta tolakan dari Plaintif Pertama, Plaintif Kedua dan Plaintif Ketiga terhadap liabiliti Simati.” RAYUAN ATAS LIABILITI [18] Bagi rayuan Plaintif-Plaintif terhadap liabiliti dalam kes Rayuan No. 3, Plaintif-Plaintif telah memaklumkan kepada Mahkamah sewaktu pendengaran rayuan bahawa mereka akan hanya meneruskan rayuan terhadap liabiliti untuk Plaintif Ketiga sahaja. Rayuan tersebut adalah bahawa Plaintif Ketiga sebagai penumpang tidak harus dipertanggungkan untuk 90% liabiliti memandangkan Mahkamah telah mendapati Defendan-Defendan bertanggungan 10%. Dalam erti kata lain, Plaintif Ketiga adalah berhak kepada kuantum atas dasar Defendan-Defendan bertanggngan liabiliti 100%. September 24, 2024 8 [19] Manakala bagi rayuan Defendan-Defendan terhadap liabiliti dalam kes Rayuan No. 12, Defendan-Defendan merayu bahawa Plaintif-Plaintif seharusnya didapati bertanggungan liabiliti 100% dan tuntutuan Plaintif-Plaintif harus ditolak sekaligus. ANALISA DAN DAPATAN MAHKAMAH [20] HMS YB telah membuat penemuan bahawa motorkar yang dipandu oleh Simati telah memotong masuk ke laluan motorbas yang dipandu oleh Defendan Pertama seperti berikut: - “[3] Mahkamah merujuk kepada siasatan SP3 dimana ketika kemalangan berlaku, hujan lebat dan Defendan 1 pertama kali melihat motorkar tersebut berpusing dalam jarak lebih kurang 50 hingga 70 meter di laluan bertentangan. Motorkar tersebut telah berpusing sebanyak 3 kali kemudiannya masuk ke laluan motorbas. Siasatan SP3 menunjukkan bahawa pemandu motorbas ada membrek dan mengelak ke kiri jalan sebaik sahaja melihat motokar tersebut memasuki laluan beliau. SP3 juga menemui kesan pecahan kaca dan komponen kenderaan atas jalan raya. SP3 tidak menemul sebarang kesan brek atas jalan raya di tempat kemalangan. Keterangan SP3 disokong oleh keterangan gambar di Eksibit P26 (A - EE) dan juga Rajah Kasar Kunci di Eksibit P30 dan P30K. [4] Jika dilihat daripada Rajah Kasar Kunci yang dilukis oleh SP3 dan keterangan SP3, arah perjalanan motorbas tersebut adalah di lorong kiri dari bawah ke atas Johor Bahru menghala ke Seremban (E ke F), manakala arah perjalanan motorlar tersebut adalah dari atas ke bawah, dl lorong kanan (F ke G), dimana Simati dari arah Seremban menghala ke Johor Bahru. SP3 mengesahkan Simati dalam perjalanan dari Muadzam hendak pulang ke Kluang, Kesan pecahan kaca dan komponen dan kesan perlanggaran ditandakan dalam rajah kasar di kedudukan September 24, 2024 9 C adalah di laluan motorbas tersebut iaitu di lorong E - F. Gambar kesan pecahan kaca juga dapat dilihat di dalam Eksibit P26(M). Ini menunjukkan motorkar tersebut yang dipandu oleh Simati telah memasuki laluan sah Defendan 1 dari arah yang bertentangan. Di dalam siasatan SP3 tidak menunjukkan bahawa motorbas terbabas masuk ke laluan Simati yang mana bercanggah dengan apa yang diplidkan oleh Plaintif.” [21] Selain daripada itu, HMS YB juga telah bergantung kepada gambar-gambar di tempat kejadian (Eksibit P26 A-EE) yang menunjukkan bahwa motorkar Simati berada di laluan motorbus sepenuhnya serta versi Defendan Pertama adalah konsisten sebagaimana dalam pembelaan Defendan-Defendan. [22] Selanjutnya, HMS YB juga membuat rumusan bahawa Simati seharusnya lebih cermat memandu dalam keadaan hujan lebat ketika itu serta sewaktu menuruni bukit. Simati juga harus mengambilkira keselamatan dan memberi perhatian kepada pengguna jalanraya lain khususnya yang berada di laluan bertentangan. [23] Kemudian, HMS YB juga telah membuat penemuan bahawa Defendan Pertama telah cuai sumbang seperti berikut: - “[10] Walau bagaimanapun, Mahkamah berpendapat Defendan 1 juga menyumbang kepada kemalangan ini di mana sekiranya Defendan 1 lebih berhati-hati, Defendan masih boleh mengelak motorkar tersebut. Mahkamah ini merujuk kepada keterangan SP3 yang mana SP3 menyatakan meskipun Defendan 1 di dalam laporan polisnya menyatakan Defendan 1 hanya sempat membrek dan mengelak namun SP3 tidak menemui sebarang kesan brek di tempat kemalangan jalan raya tersebut. Malahan keterangan SP3 juga menunjukkan motorbas tersebut tidak September 24, 2024 10 berhenti selepas perlanggaran di tandaan C, di dalam Rajah Kasar di Eksibit P30, sebaliknya motorbas tersebut telah menghentam dan menolak motorkar tersebut jauh ke hadapan motorbas. Mahkamah juga mendapati melalui eksibit gambar yang dikemukakan, kedudukan motorkar tersebut adalah melekat dengan motorbas.” [24] Plaintif Ketiga tidak mempertikaikan penemuan liabiliti sebanyak 10% terhadap Defendan Pertama. Apa yang dipertikaikan oleh Plaintif Ketiga adalah bahawa beliau sebagai seorang penumpang sahaja dalam motorkar yang dipandu oleh Simati, maka Plaintif Ketiga adalah berhak kepada liabiliti sebanyak 100% terhadap Defendan Pertama dan bukannya 10%. [25] Sebagai menyokong hujahan ini, Plaintif Ketiga bergantung kepada otoriti Mahkamah Rayuan dalam kes Muhamad Jafri Jantan & Ors v. Zainal Md Rais [2005] 1 CLJ 694 di mana Hakim Arrifin Zakaria (HMR) pada ketika itu telah memutuskan: - “Reverting to the primary issue in this appeal, which is whether the appellant, as the pillion rider, is entitled to damages on 100% basis even though the court found that the rider of the motorcycle was 50% liable for the accident, we only need to refer to some of the authorities cited to us by the parties. Firstly, we would refer to the case of Damai Cheras Sdn Bhd & Anor v. Poothapillai Krishnamoorthy [1999] 5 CLJ 576. In that case, the respondent (the plaintiff) was the registered owner of and a passenger in a car which was involved in a collision with the first defendant’ s car, driven by the second defendant. The plaintiff was travelling with his son (SP2) who was authorized by the plaintiff to drive the car. The plaintiff brought an action against the defendants. The SCJ held that the defendants were 10% liable for the accident and since the plaintiff was an innocent passenger at all material times, the plaintiff was entitled to damages on a 100% basis. The defendants appealed. It was September 24, 2024 11 submitted that the plaintiff was not an innocent passenger because of the fact that the plaintiff was the owner of the car and SP2 was driving the car with the authority of the plaintiff. Therefore, the plaintiff was vicariously liable for the negligence of SP2 who was 90% liable for the accident. The issue before the court was whether the plaintiff was an innocent passenger and so was entitled to damages on a 100% basis. In that case it was held, inter alia, that once a person has proved that he is an innocent passenger, he is entitled to a claim based on 100% liability. It is the personal prerogative of the innocent passenger to sue the negligent party responsible for causing damage or injury to him in the accident. In coming to that finding, the learned judge relied on a long line of authorities namely Oli Mohamed v. Keith Murphy & Anor [1969] CLJU 122; [1969] 1 LNS 122;[1969] 2 MLJ 244; Wong Fook & Anor v. Abdul Shukur Abdul Hakim (Wong Piang Loy, Third Party) [1990] 2 CLJ 382; [1990] 1 CLJ (Rep) 536, Samsuri bin Saad & Anor v. Chew Kit Toh and Another Appeal [1996] 2 CLJ 109 and Jayakumar Kuppusamy & Anor v. Chen Kit Hong & Anor [1983] CLJU 59; [1983] 1 LNS 59. All the authorities cited by the learned judge point to one conclusion, that an innocent passenger in a motor vehicle or a pillion rider is entitled to recover the total amount of damages against a tortfeasor and it is within his prerogative to recover the damages against any one of the tortfeasors. In Samsuri bin Saad & Anor v. Chew Kit Toh and Another Appeal(supra), the same issue as in the present case was raised, that is, whether a pillion rider was entitled to recover 100% damages against the respondent where the learned SCJ found that both the deceased rider of the motorcycle and the driver of the motor lorry were equally to blame. The learned High Court judge in that case, following Oli Mohamed v. Keith Murphy & Anor (supra) and Reliance Omnibus Co Sdn Bhd & Anor v. Ishak Mohd Jaafar & Anor [1993] 4 CLJ 291, held that the pillion rider is entitled to the total amount of damages notwithstanding the finding that the deceased rider of the motorcycle and the driver of the motor lorry were equally blameworthy. We wholly agree with the decision of the learned judge in that case. September 24, 2024 12 For the above reasons, we hold that the learned JC erred in law in holding that the appellant, the pillion rider on the motorcycle, is 50% liable for the accident. Following the authorities cited, we hold that the appellant is entitled to recover the total amount of damages against the respondent. [penekanan ditegaskan]” [26] Manakala Defendan-Defendan berhujah bahawa berdasarkan kepada keterangan Pegawai Penyiasat (SP3), kesan kemalangan, kawasan kemalangan, keadaan cuaca, “hydroplaning” yang boleh berlaku dalam keadaan hujan lebat dan tayar motorkar simati yang tidak berada dalam keadaan baik, Defendan Pertama tidak boleh mengelak kemalangan walaupun telah mencuba. Menurut Defendan-Defendan, keadaan tayar motorbas adalah memuaskan. [27] Defendan-Defendan juga berhujah bahawa Plaintif-Plaintif hanya memplidkan bahawa kemalangan tersebut adalah akibat kecuaian Defendan Pertama yang masuk ke laluan motokar simati. Menurut Defendan-Defendan, Plaintif-Plaintif tidak berhak menuntut sumbangan kecuaian terhadap Defendan-Defendan kerana Plaintif-Plaintif tidak memplidkan dalam alternatif bahawa Defendan Pertama gagal untuk mengelak motorkar simati yang masuk ke laluan motorbas Defendan-Defendan. [28] Akhir sekali, Defendan-Defendan berhujah bahawa menurut keterangan Pegawai Penyiasat (SP3), Defendan Pertama sentiasa berada dalam laluannya sendiri dan jika bukan kecuaian simati, kemalangan tersebut tidak akan berlaku. Plaintif-Plaintif hanya membangkitkan isu sumbang cuai kerana menurut keterangan Pegawai Penyiasat (SP3), Defendan Pertama gagal mengelak motorkar simati. September 24, 2024 13 [29] Setelah meneliti Rajah Kasar (P30) dan kunci (P30K) serta gambar-gambar tempat kejadian (P26A-EE), khususnya gambar (P26 I&M), saya mendapati HMS YB tidak terkhilaf dalam penemuannya bahawa Defendan Pertama sebagai pemandu motorbas telah menyumbang terhadap kemalangan tersebut. Tambahan kepada penemuan HMS YB bahawa walapun Defendan Pertama dalam laporan polisnya menyatakan bahawa beliau hanya sempat membrek namun SP3 tidak menemui sebarang kesan brek di tempat kemalangan jalanraya tersebut serta motorbas tersebut telah menghentam dan menolak motorkar tersebut jauh ke hadapan motorbas. Alasan-alasan yang saya bincangkan di bawah ini juga akan menyokong penemuan oleh HMS YB tersebut. [30] Pertamanya, sekiranya gambar P26 (I) dan (M) diteliti, terdapat satu “bumper” kenderaan tercabut keluar dan berada di tepi jalanraya di bahagian rumput. Malangnya tiada keterangan dikemukakan samada “bumper” tersebut adalah dari motorkar Simati atau dari motorbas. Menurut Defendan Pertama dalam laporan polisnya, “bumper” hadapan motorbas pecah. Manakala menurut hujahan lisan peguam kedua-dua pihak, “bumper” tersebut adalah dari motorkar Simati. [31] Selanjutnya, gambar P26(I), Rajah Kasar, P30 dan P30K menunjukkan bahawa motorbas telah menolak motorkar simati untuk satu jarak yang agak jauh dari titik pertembungan (“point of impact”). Manakala jarak antara kedudukan “bumper” dan lokasi di mana motorbas berhenti adalah agak jauh juga jika diteliti dalam gambar P26(I). Kedua-dua fakta ini menunjukkan bahawa Defendan Pertama juga sedang memandu motorbas dengan laju sewaktu hujan lebat dan satu pertembungan yang sangat kuat telah September 24, 2024 14 berlaku sehingga “bumper” motorkar tercabut dan “bumper” motorbas pecah. [32] Selanjutnya penyataan Defendan Pertama dalam percakapannya kepada polis bahawa apabila beliau nampak motorkar simati berpusing 50 hingga 70 meter sebelum kemalangan, beliau sempat brek dan mengelak tapi disebabkan keadaan menurun bukit pergerakannya terbatas juga tidak selari dengan apa yang dinyatakan dalam laporan polisnya seperti berikut: - “PADA 12/12/2017 JAM LEBIH KURANG 1830HRS SAYA MEMANDU M/BAS NO JQF3889 DARI JOHOR BAHRU HENDAK KE SEGAMAT. APABILA TIBA DI KM176 JLN JB SBN SAYA MELIHAT SEBUAT M/KAR NO JLW6206 DAR ARAH BERTENTANGAN SAYA SECARA TIBA-TIBA BERPUSING DAN MASUK KE LALUAN SAYA. SAYA CUBA MENGELAK KE SEBELAH KIRI JALAN TETAPI M/KAR TERSEBUT MASUK KE LALUAN SAYA TERUS MELANGGAR BAHAGIAN HADAPAN SEBELAH KANAN M/BAS SAYA.” [33] Saya berpendapat bahawa sebenarnya Defendan Pertama tidak dapat mengelak motorkar simati yang telah masuk ke laluannya serta membrek dengan serta-merta kerana beliau juga sedang membawa motorbas dengan laju sewaktu hujan lebat serta kelihatan di sekeliling jalanraya pada ketika itu juga adalah terhad akibat hujan lebat. Dalam kes Chai Voon Lee lwn Wee Jee Fong [2014] CLJU 404, Hakim Mairin Idang J telah putuskan seperti berikut: - “It is logical that when you apply the brake abruptly to avoid an accident there would be brake marks. It is notorious fact and it can be taken notice that a vehicle in motion takes time to stop and that the faster it was travelling, the longer it would take to stop. Therefore, at the speed of September 24, 2024 15 40/50 Km per hour the braking distance would be between 80-125 feet and the overall stopping distance would be 120-175 feet (See Bingham's Motor Claims Cases (7th edition)). But here it is not the case that there was brake mark because there was non in the sketch plan. So, it could also be inferred that 1st appellant was negligent as he did not see the victim and did not brake at all (which an experience driver would have done as his reaction or his instinct if you will) so as to avoid the accident which caused the death of the victim.” [34] Selanjutnya daripada gambar-gambar kemalangan P26 (H hingg R) boleh dirumuskan bahawa Defendan Pertama bukan mengelak ke sebelah kiri tetapi motorbas yang dipandu olehnya setelah bertembung dengan motorkar simati dan kemudiannya telah menghala ke sebelah kiri jalanraya mengheret motorkar Simati dan berhenti di lokasi kiri tepi jalanraya sebagaimana yang boleh dilihat dalam Rajah Kasar serta gambar-gambar kemalangan tersebut. [35] Mahkamah mendapati hujahan Defendan-Defendan bahawa keadaan tayar motorkar Simati tidak berada dalam keadaan memuaskan atau botak adalah tidak benar kerana menurut laporan Puspakom ke atas motorkar simati, hanya satu tayar motorkar simati sahaja yang tidak memuaskan manakala tiga tayar yang lain adalah memuaskan. [36] Oleh yang demikian, dalam penghakiman saya, HMS YB tidak terkhilaf dalam penemuannya bahawa Defendan Pertama juga telah cuai sebanyak 10%. [37] Selanjutnya Defendan-Defendan berhujah bahawa Plaintif-Plaintif gagal memplidkan sumbang cuai terhadap Defendan Pertama bahawa Defendan Pertama gagal mengelak motorkar simati yang memasuki laluannya dan Plaintif-Plaintif hanya membangkitkan isu September 24, 2024 16 sumbang cuai ini setelah Pegawai Penyiasat (SP3) memberi keterangan bahawa Defendan Pertama gagal untuk mengelak motorkar simati. [38] Menurut Defendan-Defendan, Plaintif hanya memplidkan bahawa Defendan Pertama cuai memandu motorbas sehingga hilang kawalan, terbabas dan menceroboh masuk ke laluan motorkar yang dipandu oleh simati. [39] Pada pendapat saya, hujahan Defendan-Defendan ini tidak berasas. Ini adalah kerana saya telah meneliti butir-butir kecuaian yang diplidkan oleh Plaintif-Plaintif dan mendapati bahawa selain daripada memplidkan motorbas yang dipandu oleh Defendan Pertama menceroboh masuk ke laluan Simati, Plaintif-Plaintif juga ada memplidkan kecuaian-kecuaian lain oleh Defendan Pertama seperti berikut: - “a) Gagal memandu dengan berhati-hati; b) Gagal memerhati atau nampak kehadiran simati-Simati dan Plaintif Kelima di jalan tersebut; c) …; d) …; e) …; f) …; g) …; h) Gagal menyesuaikan diri ketika melalui jalan tersebut dan menyebabkan kemalangan berlaku di jalan tersebut; i) Gagal menngunakan kebijaksanaan yang munasabah dan kecekapan dalam pengendalian dan pengawalan ke atas motorbas No. JQF 3889 untuk mengelakkan kemalangan tersebut dari berlaku; September 24, 2024 17 j) Gagal membrekkan motorbas No. JQF 3889 dengan tepat, mengurangkan kelajuan atau menunggu supaya kemalangan tersebut dapat dielakkan; k) Memandu motorbas No. JQF 3889 dengan sikap yang cuai dan merbahaya ketika hujan lebat; l) …; m) …; n) ………… memastikan tiada kenderaan sebelum memasuki laluan di jalan tersebut; o) …; p) …; q) …; r) Memandu dengan kelajuan melampau dan menyebabkan kemalangan tersebut berlaku; s) Gagal mematuhi segala peruntukkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan peraturan-peraturan yang diperbuat di bawahnya;” [40] Dalam kes Rosita Baharaom & Anor v Sabedin Salleh (1992) 3 CLJ (Rep) 492, hujahan yang serupa telah ditimbulkan oleh pihak Defendan dalam kes tersebut dan Hakim Edgar Joseph Jr (pada ketika itu) telah memutuskan seperti berikut: - “In the first place, two preliminary points deserve attention regarding this part of the case. The first point is this - from a procedural point of view, the plaintiff could have relied on the defendant’s version of the collision to establish her claim if, as indicated by Murray-Aynsley CJ in Wong See Leng’s case (supra), as soon as the defence was delivered, her solicitors had applied for leave to amend her statement of claim by adding a para. in the following words or words to the like effect: if negligence on the part of the plaintiff is proved, the defendant was also negligent and, but for this negligence, the collision would not have occurred. In support, the plaintiff should also have pleaded in her statement of claim particulars of the defendant’s negligence or September 24, 2024 18 contributory negligence by alleging, for example, that the defendant was travelling at an excessive speed, had failed to keep a proper look out and, as a result, had failed to anticipate the risk of the plaintiff crossing the road, had failed to give warning of his approach, bearing in mind that there were school children in the vicinity who were liable to cross the road. [penekanan ditegaskan] The second point concerns what Thomson LP had said in Seng Chong Metal Works Ltd v. Lew Fa [1962] MLJ 65 with regard to the necessity for putting to the plaintiff the case for the defendant. In my view, this would apply with equal force to the need to put a plaintiff’s case to the defendant. What his Lordship said was this: Mr. Cashin put it to us that there was a possibility that he was, as it were, lounging against the machine and his hand slipped in. Of course, that is a possibility. Everything is a possibility. But there was the plaintiff’s own evidence which was not contradicted that he was operating the machine and the hypothesis advanced by Counsel was not put to him in cross-examination. Now, had the plaintiff promptly pleaded in the alternative as aforesaid, and had her Counsel put it to the defendant in cross-examination, as he undoubtedly should have, that even on his own version he was guilty of contributory negligence and why, instead of merely putting it to him that his version was false whilst that of the plaintiff’s was true, then most probably the re-examination of the defendant and generally the case for the defendant would have been differently developed. It is for these reasons that I consider that the defendant had been taken by surprise and was therefore prejudiced within the meaning of the authorities to which I have referred.” Sila juga rujuk kepada kes Siti Aisha Ibrahim v Goh Cheng Hwai [1982] CLJ Rep 326. [41] Walaupun Plaintif tidak memplidkan kecuaian sumbangan terhadap Defendan-Defendan tetapi telah memplidkan butir-butir kecuaian September 24, 2024 19 yang lain, maka saya berpendapat bahawa berdasarkan kepada prinsip yang diputuskan dalam kes Rosita Bahrum (supra) maka Plaintif adalah tidak diestopkan daripada menghujahkan bahawa Defendan-Defendan telah cuai sumbang. [42] Selanjutnya berkenaan samada Defendan-Defendan terkejut (“taken by surprise”) dan mengalami prejudis dengan pendirian Plaintif-Plaintif sewaktu hujahan bahawa Defendan-Defendan telah cuai sumbang terhadap kemalangan tersebut, saya berpendapat tidak kerana Plaintif-Plaintif telah pun memplidkan butir-butir kecuaian yang lain terhadap Defendan-Defendan serta persoalan samada Plaintif-Plaintif gagal untuk menyoal balas Defendan Pertama berkenaan sumbang cuai ini tidak timbul kerana Defendan-Defendan tidak memanggil seorang saksi pun. Lebih-lebih lagi Defendan Pertama telah meninggal dunia sebelum perbicaraan bermula. [43] Selanjutnya dalam kes Siti Aisha Ibrahim v Goh Cheng Hwai [1982] CLJ Rep 326, walaupun Plaintif dalam kes tersebut telah menyimpang plidingnya mengenai bagaimana kemalangan berlaku, namun Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa Defendan dalam kes tersebut tidak mengalami sebarang prejudis kerana Defendan sendiri telah memplidkan dari mulanya bahawa Plaintif telah melintasi jalanraya. Ini boleh dilihat dalam penghakiman Abdul Hamid Omar FJ seperti berikut: - “The case under consideration is simple and straightforward. Although the appellant pleaded on her statement of claim that she was “lawfully walking along the proper side of the road”, in her evidence she clearly said that she was walking across the road. Moreover, in her police report included in the agreed bundle of documents (Ex. P1) at the trial she September 24, 2024 20 stated that she was crossing the road. Indeed, the defendant in his defence and his evidence stated that the plaintiff was crossing the road from left to right. It is clear therefore that the defendant was not misled, prejudiced, embarrassed or in any way taken by surprise, or led astray by the plaintiff’s pleading because from the very outset it was the contention of and the case for the defendant, that the plaintiff was walking across the road and not along the road. Evidence reveals that in the instant case the respondent saw the appellant an old lady some 30 feet away about to cross the road and the possibility of danger was therefore apparent. That being the case a special duty was created to take precautions and the failure by the respondent to take them was negligence (see Chan Peng Fook v. Kan Pak Lee [1974] 1 MLJ 197, per Hashim J). The learned President, in our view, correctly found as a fact that the respondent was negligent and that the appellant was herself not free from blame when she attempted to cross the road without fully ascertaining that it was safe to do so. We see no valid reason to hold that the apportionment of liability 50-50 was unwarranted by the evidence.” [44] Begitu juga dalam kes di sini di mana dari mulanya Defendan-Defendan telah memplidkan bahawa motorkar Simati telah masuk ke laluan motorbas Defendan-Defendan serta keteranga Pegawai Penyiasat (SP3) bahawa motorkar Simati telah berpusing dan masuk ke laluan motorbas. Maka Defendan-defendan tidak terkeliru atau mengalami prejudis. [45] Sila juga rujuk kepada kes KR Taxi Service Ltd & Anor v Zaharah & Ors [1968] CLJU 53 di mana dalam penghakiman Mahkamah Persekutuan menunjukkan bahawa Mahkamah bebas untuk membuat penemuan berkenaan sumbang cuai dalam satu kes September 24, 2024 21 kemalangan jalanraya berdasarkan kepada keterangan yang dikemukakan di hadapan Mahkamah. [46] Maka berdasarkan kepada prinsip yang diputuskan dalam otoriti-otoriti ini, boleh dirumuskan bahawa hujahan Defendan-Defendan adalah tidak berasas dan tidak bermerit. [47] Oleh yang demikian, saya mendapati HMS YB tidak tersilap dalam membuat penemuan bahawa Defendan Pertama adalah 10% cuai setelah meneliti keseluruhan keterangan dokumen dan lisan. Ini adalah kerana sekiranya Defendan Pertama tidak memandu laju pada ketika itu atau pun sempat membrek atau mengelak, kemungkinan pertembungan tersebut dapat dielakkan atau impak pertembungan adalah kurang. [48] Saya mendapati penemuan fakta yang dibuat oleh HMS YB disokong oleh keterangan lisan dan keterangan dokumen dan ianya tidak boleh diusik sewenang-wenangnya pada tahap rayuan. [49] Maka, saya memutuskan bahawa hujahan Defendan-Defendan atas isu liabiliti ini tidak bermerit dan Rayuan Defendan-Defendan atas liabiliti dalam kes Rayuan No. 12 ditolak. [50] Namun saya mendapati HMS YB telah terkhilaf dari segi undang-undang apabila hanya memutuskan liabiliti sebanyak 10% terhadap Defendan-Defendan bagi Plaintif Ketiga yang adalah hanya penumpang sahaja dalam motorkar yang dipandu oleh Simati. [51] Mahkamah ini terikat dengan prinsip yang diputuskan oleh Mahkamah atasan dalam kes Muhamad Jefri Jantan (supra) di September 24, 2024 22 mana seorang penumpang atau pembonceng yang tidak bersalah adalah berhak kepada liabiliti 100% terhadap Defendan. [52] Oleh yang demikian rayuan Plaintif Ketiga dalam kes Rayuan No. 3 dibenarkan. Plaintif Ketiga adalah berhak untuk liabiliti 100% terhadap Defendan-Defendan bagi jumlah kuantum atas dasar Defendan Pertama didapati bersalah 10%. TOLAKAN DAN TUNTUTAN BALAS [53] Dalam perenggan 14 Pembelaan, Defendan-Defendan telah memplidkan seperti berikut: - “14. Alternatif seterusnya, sekiranya yang mana adalah dinafikan, pihak Defendan adalah didapati berliable kepada Plaintif Ketiga, pihak Defendan akan meminta untuk Tolakan dari tuntutan Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua dan Plaintif Ketiga (budak) terhadap liabiliti sedemikian setakat mana tahap pembahagian (“apportionment”) liabiliti/kecuaian yang ditanggung oleh simati dalam kejadian tersebut dan/atau sebanyak mana jumlah yang akan diawad kepada mereka melalui tuntutan balas di dalam ini.” Dan kemudiannya menuntut balas seperti berikut: - “1. Tolakan dari Plaintif Pertama, Plaintif Kedua dan Plaintif Ketiga terhadap liabiliti simati (Pemandu Kenderaan Plaintif) kepada Plaintif Ketiga (budak) sepertimana pembahagian liabiliti yang ditanggung oleh simati atas kecuaiannya.”
2
Perintah bahawa Defendan-Defendan hanya diperlukan membayar mengikut pembahagian liabilitinya sepertimana akan dihakimi oleh Mahkamah Yang Mulia ini; dan/atau September 24, 2024 23
3
Tanggungan rugi dan sumbangan dari Plaintif Pertama, Plaintif Kedua dan Plaintif Ketiga ke atas penghakiman untuk sebarang jumlah dan faedah yang didapati kena dibayar oleh Defendan-Defendan;
4
Tanggungan rugi dan sumbangan dari Plaintif Pertama, Plaintif Kedua dan Plaintif Ketiga ke atas penghakiman untuk jumlah atau kos yang mana Defendan-Defendan diperintahkan membayar; serta
5
Relief lain yang Mahkamah Yang Mulia ini mendapati wajar.” [54] Pada pendapat saya, pliding Defendan-Defendan adalah tidak jelas dan mengelirukan. Adalah tidak jelas apakah tolakan yang dipohon oleh Defendan-Defendan dan bagaimana relief tolakan ini harus dibuat. [55] Malah, Defendan-Defendan langsung tidak membuat hujahan mengenai tuntutan balas yang diplidkan ini sewaktu di Mahkamah Sesyen. [56] Namun, memandangkan HMS YB telah membenarkan tuntutan balas sebagaimana dalam penghakiman serta ianya telah diplidkan, maka Mahkamah akan menimbangkan isu ini. [57] Tuntutan Balas dan Tolakan yang dibenarkan oleh HMS YB adalah seperti berikut: - “DAN ADALAH JUGA DENGAN INI DIHAKIMI bahawa tuntutan balas Defendan-Defendan dibenarkan dimana Defendan-Defendan dikehendaki membayar kepada Plaintif-Plaintif 10% pembahagian sebagaimana pengagihan liabiliti dan kos 10% mengikut skala, serta September 24, 2024 24 tolakan dari Plaintif Pertama, Plaintif Kedua dan Plaintif Ketiga terhadap liabiliti Simati.” [58] Pada fahaman saya, Defendan-Defendan nampaknya menuntut balas terhadap Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua agar liabiliti Simati sebanyak 90% ditolak daripada jumlah gantirugi yang diawadkan kepada Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua. [59] Kemudian nampaknya Defendan-Defendan menuntut balas untuk tanggung rugi dan sumbangan liabiliti Simati sebanyak 90% ditolak daripada jumlah gantirugi yang diawadkan kepada Plaintif Pertama, Plaintif Kedua dan Plaintif Ketiga. [60] Memandangkan HMS YB telah memutuskan pembahagian liabiliti 90% ditanggung oleh Plaintif-Plaintif dan 10% ditanggung oleh Defendan-Defendan, maka, saya tidak pasti apakah lagi tolakan yang dituntut balas oleh Defendan-Defendan terhadap Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua kerana Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua hanya diawadkan kuantum atas dasar 10% liabiliti terhadap Defendan-Defendan. [61] Manakala terhadap Plaintif Ketiga pula, memandangkan saya telah putuskan bahawa liabiliti Defendan-Defendan terhadap Plaintif Ketiga adalah 100% akibat Plaintif Ketiga adalah hanya seorang penumpang sahaja dalam motorkar Simati, Defendan-Defendan tidak berhak untuk menuntut tolakan terhadap Plaintif Ketiga kerana Plaintif Ketiga bukanlah pemandu motorkar dan seorang “joint tortfeasor” dalam kemalangan tersebut. Pemandu motorkar yang telah bertembung dengan motorbas yang dipandu oleh Defendan Pertama adalah Simati. September 24, 2024 25 [62] Begitu juga, Defendan-Defendan tidak boleh menuntut tanggung rugi dan sumbangan liabiliti Simati sebanyak 90% ditolak daripada jumlah gantirugi yang diawadkan kepada Plaintif Pertama, Plaintif Kedua dan Plaintif Ketiga kerana mereka bukanlah “joint tortfeasors” dalam kemalangan tersebut. [63] Seksyen 10(1)(c) Akta Undang-Undang Sivil 1956 memperuntukkan seperti berikut: - “(1) Where damage is suffered by any person as a result of a tort (whether a crime or not) –
a
……
b
…..
c
any tortfeasor liable in respect of that damage may recover contribution from any other tortfeasor who is, or would if sued have been, liable in respect of the same damage, whether as a joint tortfeasor or otherwise, so, however, that no person shall be entitled to recover contribution under this section from any person entitled to be indemnified by him in respect of the liability in respect of which the contribution is sought.” [64] Berdasarkan penemuan yang dibuat oleh HMS YB, simati dan Defendan Pertama adalah “joint tortfeasors”. Maka menurut Seksyen 10(1)(c) Akta Undang-Undang Sivil 1956, Defendan-Defendan hanya boleh menuntut tanggung rugi atau sumbangan daripada estet Simati setakat 10% gantirugi yang diawadkan kepada Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua serta 100% gantirugi yang diawadkan kepada Plaintif Ketiga. September 24, 2024 26 [65] Ini adalah kerana Plaintif Pertama, Plaintif Kedua dan Plaintif Ketiga bukan “joint tortfeasors” dalam kemalangan tersebut. Simati dan Defendan Pertama adalah “joint tortfeasors” dalam kemalangan tersebut. [66] Dalam kes Fadzil Harun v. Mohd Azrul Md Ariffin & Anor [2015] 2 CLJ 525, Mahkamah Rayuan telah putuskan seperti berikut: - “[3] The defendant filed an amended defence and counterclaim against the first plaintiff and inter alia sought to counterclaim from the first plaintiff the damages to the extent of the first plaintiff’s contribution in the accident payable to the second plaintiff who was the pillion rider. After a full trial, the learned Sessions Court Judge decided and apportioned liability as follows:
i
The first plaintiff - 70% liability; and
II
(ii) The defendant - 30% liability to the second plaintiff. [4] The defendant had filed a counterclaim based on s. 10 and in particular sub-s. 10(1)(c) of the Civil Law Act 1956 (Act 67) and the learned Sessions Court Judge dismissed the counterclaim of the defendant. The learned High Court Judge on 5 October 2011 also dismissed the defendant’s appeal (See the order at pp. 4-5 appeal record part A). Hence, the defendant filed this appeal. [6] The finding of liability in this case stemmed from the ruling of the Sessions Court that the first plaintiff was 70% liable to the second plaintiff and the defendant was 30% liable. The defendant now appeals against the refusal of the High Court Judge to allow a plea of contribution or indemnity wherein the defendant seeks 70% contribution in term of damages that the defendant has to pay out to the second plaintiff from the first plaintiff. September 24, 2024 27 [7] This is not a claim for apportionment of liability but a claim for contribution from the first plaintiff who is a joint tortfeasor…… [9] In the light of that, it is our finding that the defendant in this case is entitled to pursue its rights of contribution or indemnity against the first plaintiff up to 70% of damages awarded against the second plaintiff. The quantum of damages is not being disputed, we therefore are of the view the learned judge erred in law in dismissing the counterclaim of the defendant. In a case of an action of contribution, the appellant is entitled to rely on the quantum of damages already assessed and not in dispute and proceed to claim for contribution based on the ratio of liability already ordered by the court. There would be no necessity for any evidence to be led in this regard. [67] Pendapatan saya ini juga disokong oleh kes Chan Kit Hong & Anor v Jayakumar M. Kuppusamy & Anor (1985) CLJ (Rep) 55 di mana Mahkamah Persekutuan telah putuskan seperti berikut: - “When the action came for trial, the parties by consent agreed on liability as between the first respondent and the defendants, the former was 20 per cent to blame. As for the second respondent, the appellants admitted a 100 per cent liability, and they were in due course ordered to pay the second respondent the sum of RM230,871.92 general and special damages with interest and costs. Further arguments were then heard on appellants’ claim for contribution against the first respondent. Counsel for the appellants contended that they were liable to pay to second respondent only 80 per cent of the total award and that the balance of 20 per cent must be recovered by the second respondent direct from the first respondent. The learned Judge held that they could not. Since the plaintiffs in the present case under appeal are not husband and wife s. 10 of our Civil Law Act (s. 6 of the Law Reform (Married Women and Tort-feasors) Act 1935) should enable the defendant to recover because it applies to any tortfeasor, joint or separate. September 24, 2024 28 Mr. Sri Ram thinks that defendant should counterclaim, presumably against the first plaintiff as in Drinkwater’s case. He was of course referring to the requirement set out in O. 16 r. 8(2) which states, “Where a defendant makes such a claim as is mentioned in para. 1 and that claim could be made by a counterclaim in the action, para. 1 should not apply in relation to that claim.” Paragraph 1 refers to the notice which it issued to the plaintiffs. Since what he claims from first plaintiff should properly be made a counterclaim under O. 15 r. 2, we agree with Counsel.” [68] Dalam kedua-dua kes iaitu Fadzil Harun (supra) dan Chan Kit Hong (supra) yang dirujuk di atas, adalah jelas bahawa sumbangan atau tanggungrugi dituntut terhadap pihak yang terlibat dalam kemalangan iaitu “joint tortfeasor”. [69] Manakala dalam kes di sini Plaintif Pertama, Plaintif Kedua dan Plaintif Ketiga bukan sama sekali “joint tortfeasors” dalam kemalangan tersebut. [70] Defendan-Defendan seharusnya menuntut tolakan dan tuntutan balas terhadap estet Simati kerana tuntutan untuk kehilangan tanggungan adalah kausa tindakan yang berbeza dibawa oleh entiti yang lain. [71] Perbezaan di antara entiti yang berhak menuntut untuk kausa tindakan di bawah Seksyen 7 and Seksyen 8 Akta Undang-Undang Sivil 1956 telah dijelaskan oleh pengarang Lim Heng Seng dalam bukunya “Assessment of Damages in Personal Injury and Fatal Accident Claims: Principles and Practice” seperti berikut: - “4. TWO DISTINCT CAUSES OF ACTION September 24, 2024 29 The action which can be initiated under section 7 of the Civil Law Act 1956 by the statutorily recognized dependants of the deceased is essentially a claim for the loss of pecuniary benefits which would have been provided by the deceased for the support of his dependants had he not died. This claim for the loss of the support which is no longer available to the dependants because of the death of the deceased provider is commonly referred to as “the dependency claim”. The claim which may be brought by the personal representatives of the estate of the deceased in respect of the deceased person’s cause of action which survives for the benefit of the estate under section 8 is commonly referred to as “the estate claim”. The dependency and estate claims are based on two distinct and independent causes of action which are vested upon two distinct entities; one in favour of the dependants of the deceased person and the other in favour of the estate of the deceased person. It would follow that where an action is brought on behalf of the estate of the deceased and of his dependants which is based on their respective causes of action, the said causes of action will resound in two awards of damages, provided that compensatable losses in respect of both causes of action can be established. [Emphasis added]” [72] Mahkamah Persekutuan pula dalam kes Ketua Polis Negara & Ors v. Nurasmira Maulat Jaffar & Ors And Other Appeals [2018] 1 CLJ 585 telah memutuskan seperti berikut: - “[89] An action under s. 7 is brought by the specified dependants and the estate of the deceased person in their own right. [90] An action brought under s. 7 must be distinguished from an action brought under s. 8 of the CLA. Section 8 deals with certain causes of action which were already vested in the deceased person prior September 24, 2024 30 to his death and which he would have been able to pursue, but for his death. Those causes of action are not limited to causes of action arising from the wrongful act, neglect or default which resulted in his death ...…………… those causes of action survive for the benefit of the deceased person’s estate.” [73] Maka adalah jelas bahawa Defendan-Defendan seharusnya menuntut tolakan dan tuntutan balas terhadap estet Simati. [74] Otoriti Murugasan Kuppusamy & Anor v Chiew Eng Chai [2000] 1 CLJ 42 yang dikemukakan oleh Defendan-Defendan juga telah memutuskan sedemikian di mana tuntutan balas Defendan terhadap Plaintif Pertama iaitu suami kepada Plaintif Kedua iaitu isteri untuk sumbangan terhadap gantirugi yang perlu dibayar oleh Defendan kepada Plaintif Kedua telah dibenarkan menurut Seksyen 10(1)(c) Akta Undang-Undang Sivil 1956, atas dasar Plaintif Pertama adalah “joint tort feasor”. [75] Otoriti Ibrahim Ayobe & Anor v Goh Tock Meng & Anor [2004] MLRH 164 yang dikemukakan oleh Plaintif-Plaintif tidak membantu Mahkamah. Dalam kes tersebut, kedua-dua penunggang dan pembonceng motorsikal telah meninggal dunia dan tuntutan untuk kehilangan tanggungan dibawa oleh oleh bapa mereka. Walaupun fakta kes melibatkan isu tuntutan balas dan tolakan untuk gantirugi yang harus dibayar oleh Defendan kepada tanggungan pembonceng daripada gantirugi diawadkan kepada tanggungan penunggang, namun persoalan samada tanggungan simati penunggang motorsikal dalam kes tersebut adalah “joint tortfeasor” dalam kemalangan tidak disentuh dan diputuskan. September 24, 2024 31 [76] Maka, berdasarkan alasan-alasan tersebut di atas, saya membenarkan Rayuan Plaintif-Plaintif dalam kes Rayuan No. 3 dan mengenepikan keputusan HMS YB yang membenarkan tuntutan balas dan tolakan Defendan-Defendan. [77] Dalam erti kata lain, pembahagian liabiliti antara Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua bersama Defendan-Defendan kekal sebagai 90%:10% tanpa sebarang tolakan, tanggung rugi atau sumbangan. [78] Manakala terhadap Plaintif Ketiga, Defendan-Defendan adalah bertanggungan 100% tanpa sebarang tolakan, tanggung rugi atau sumbangan. KUANTUM [79] Plaintif dalam kes Rayuan No. 3 tidak meneruskan Rayuan mereka terhadap kuantum. [80] Manakala Defendan-Defendan dalam kes Rayuan No. 12 telah maklumkan kepada Mahkamah sewaktu hujahan bahawa mereka meneruskan rayuan terhadap kuantum atas dua item seperti berikut: -
i
Awad kehilangan tanggungan sebanyak RM96,000.00 yang diawadkan kepada Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua sebagai ibu bapa simati;
II
(ii) “Nursing care” sebanyak RM486,000.00 yang diawadkan kepada Plaintif Ketiga. September 24, 2024 32 [81] Berkenaan awad kehilangan tanggungan sebanyak RM96,000.00 yang diawadkan kepada Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua, hujahan Defendan-Defendan adalah bahawa HMS YB telah tersilap apabila memutuskan RM500.00 sebagai “multiplicand” berdasarkan kepada gaji kasar simati sebanyak RM1,545.00 dan gaji bersih sebanyak RM1,346.00. [82] HMS YB telah membuat penemuan seperti berikut berkenaan awad ini: - “Untuk item 12, berdasarkan keterangan yang diberikan oleh SP1, tidak dipertikaikan bahawa Ai mati merupakan pekerja di Ayam Pantas Maju Sdn. Bhd dengan jumlah pendapatan purata RM1545.00 sebulan termasuk gaji untuk kerja lebih masa. Keterangan SP2 menunjukkan Si mati ada memberikan RM500 sebulan kepada SP2 untuk digunakan oleh SP2 dan isterinya, dimana Si mati sekeluarga sebelum kemalangan tinggal bersama dengan SP2 dan Plaintiff 2. SP2 menggunakan wang tersebut untuk tujuan perubatan dan keperluan peribadi. SP2 sendiri tidak bekerja kerana telah mengalami stroke selama 12 tahun, manakala Plaintiff 2 menguruskan kedai makan. Ketika disoal oleh peguambela Defendan, SP2 tidak bersetuju Plaintif 2 tidak memerlukan wang kerana Plaintif 2 juga menguruskan rumah kedai. Peguam Defendan berhujah Si mati tidak menyumbang kan kepada Plaintiff 1 dan Plaintif 2 kerana Si mati sendiri mempunyai tanggungan yang ramai dan bergaji kecil. Dengan hormatnya Mahkamah tidak bersetuju dengan hujahan peguambela Defendan. Mahkamah berpandapat Plaintif 2 dan Plaintif 3 juga bergantung kepada pendapatan Si mati, apatah lagi Si mati tinggal bersama di rumah yang sama. Pastinya Si mati menyumbang untuk perbelanjaan isi rumah dan tiada sebab untuk Mahkamah menolak keterangan SP2. Maka Mahkamah memutuskan jumlah RM500 x 12 x 16 = RM96,000.00 adalah memadai dan munasabah.” September 24, 2024 33 [83] Menurut hujahan Defendan-Defendan, Plaintif hanya memplidkan kehilangan tanggungan sebanyak RM100.00 sebulan bagi Plaintif Pertama dan RM100.00 sebulan bagi Plaintif Kedua. Namun, HMS YB telah mengawadkan RM500.00 sebulan. [84] Menurut hujahan Plaintif-Plaintif pula, Peguam Defendan-Defendan tidak mengemukakan sebarang bantahan ketika keterangan dikemukakan melalui Plaintif Pertama bahawa simati ada memberikan sumbangan sebanyak RM500.00 kepada Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua. [85] Saya telah meneliti nota keterangan prosiding di Mahkamah Sesyen dan mendapati bahawa Defendan-Defendan langsung tidak mengemukakan sebarang bantahan mengenai keterangan sumbangan RM500.00 yang diberikan oleh simati kepada Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua. [86] Malah saya mendapati peguam Defendan telah menyoal balas Plaintif Pertama mengenai sumbangan RM500.00 tersebut dan langsung tidak mencabar bahawa Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua hanya memplidkan tuntutan sumbangan dari simati sebanyak RM100.00 setiap seorang. [87] Dalam kes Superintendent of Lands and Surveys, 4th Division & Anor v Hamit B. Matusin [1994] 3CLJ 567, Mahkamah Agung telah putuskan seperti berikut: - “[2] The rule is that if a party is taken by surprise by evidence which departs from pleaded material facts, he must object then and there at the point of time when such evidence emerges, in order for such evidence to be disregarded by the Court. It will be too September 24, 2024 34 late when it is objected to later on, as in the final submission at the close of the evidence, as happened in the instant case. Acceptance by the Court of such late objection would result in the party adducing such evidence to face the great risk of being denied leave to amend his pleading in question at that stage. [4] Such evidence when given without any objection by the opposing party will further have the effect of curing the absence of such plea in the relevant pleading by way of waiver unless the evidence represents a radical departure from the pleading and not just a variation, modification or development of what was alleged therein. In the instant appeal the evidence in issue is not such a radical departure but a mere development of what has been alleged by the defendant. It follows that the respondents, by allowing the appellants to give the evidence in question without any objection until such a late stage, must be deemed to have waived the impropriety of admission of such evidence.” [88] Pada pendapat saya variasi kepada kuantum sumbangan Simati dari RM100.00 kepada setiap Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua kepada RM500.00 bukanlah “radical departure”. Maka saya berpendapat bahawa memandangkan keterangan yang dikemukakan di Mahkamah adalah simati telah memberi sumbangan sebanyak RM500.00 sebulan kepada ibu bapanya dan tiada bantahan dikemukakan oleh Defendan-Defendan, maka HMS YB adalah tidak terkhilaf untuk membenarkan tuntutan kehilangan tanggunggan atas dasar RM500.00 bagi Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua. [89] Selanjutnya berkenaan hujahan Defendan-Defendan bahawa adalah tidak munasabah simati memberikan sejumlah RM500.00 kepada ibu bapanya kerana jumlah gajinya kecil serta beliau sendiri mempunyai tanggunggan yang ramai iaitu isteri dan anak-anak September 24, 2024 35 beliau, saya telah meneliti nota keterangan dan mendapati bahawa keterangan Plaintif Pertama sewaktu pemeriksaan utama, soal balas dan pemeriksaan semula adalah konsisten dan tidak bergoyah yang simati telah memberikan RM500.00 sebulan bagi perbelanjaan beliau dan Plaintif Kedua. [90] Menurut keterangan Plaintif Pertama, Simati dan keluarganya tinggal bersama beliau dan Plaintif Kedua di rumah mereka. Oleh yang demikian, adalah tidak munasabah untuk Simati memberikan sumbangan sebanyak RM500.00 kepada Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua. [91] Oleh yang demikian, saya mendapati tiada alasan untuk mengusik penemuan fakta yang dibuat oleh HMS YB berkenaan awad ini. [92] Berkenaan kos penjagaan untuk Plaintif Ketiga pula, Defendan-Defendan berhujah bahawa Plaintif Ketiga gagal membuktikan tuntutan ini kerana tidak mengemukakan satu laporan pakar untuk membuktikan apakah jangka riwayat hidup Plaintif Ketiga, kecacatan yang dialami oleh Plaintif Ketiga, butir-butir penjagaan yang diperlukan oleh Plaintif Ketiga serta butir-butir perbelanjaan untuk penjagaan tersebut. [93] Keterangan bagi pihak Plaintif Ketiga adalah hanya melalui Plaintif Pertama iaitu datuk beliau (SP2) dan Dr. Rakesh a/l Rethinasamy (SP4) iaitu doktor pakar “neuro surgery” dari Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru. [94] Selanjutnya, Defendan-Defendan juga berhujah bahawa tiada keterangan dikemukakan bagi pihak Plaintif Ketiga untuk September 24, 2024 36 perbelanjaan bagi lampin pakai buang dan susu serta bantuan dari SOCSO yang perlu diambil kira. [95] Defendan-Defendan pula tidak memanggil seorang saksi pakar untuk mengemukakan apakah kecacatan yang telah dialami oleh Plaintif Ketiga, jangka riwayat hidup Plaintif Ketiga dan penjagaan yang diperlukan oleh Plaintif Ketiga. [96] Hakim Mahkamah Sesyen YB telah mengawadkan RM486,000.00 berdasarkan kepada alasan-alasan seperti berikut: - “Untuk item 9, Mahkamah mengawadkan jumlah tersebut untuk penjagaan Plaintif 3 pada masa hadapan dengan mengambil kira keterangan SP2 (datuk kepada Plaintif 3) dan SP4 (Dr. Rakesh a/l Rethinasamy / pakar neurosurgery di Hospital Sultanah Aminah Johor Bharu). Dalam kemalangan ini, Plaintif 3 berusia 3 tahun ketika kemalangan berlaku dan ketika perbicaraan dijalankan usia beliau adalah 9 tahun. Plaintif 3 telah mengalami kecederaan yang serius akibat kemalangan tersebut dan memerlukan penjagaan 24 jam dan sering kali diserang sawan. Malahan keterangan SP2 mengesahkan Plaintif 3 tidak dapat berjalan, tidak bangun selepas kemalangan berlaku. PIaintif 3 dijaga oleh SP2 dan isteri SP2 yang masing-masing berusia 60 tahun dan 55 tahun. SP2 di dalam keterangan mengesahkan mereka berdua memerlukan pembantu untuk menguruskan keperluan Plaintif 3. Peguam Plaintif berhujah agar kos penjagaan masa hadapan untuk Plaintif 3 di rumah adalah RM3,529 x 27 tahun x 12 bulan = RM1,143,396.00 atau pun secara alternatif RM3,000 x 27 tahun x 12 bulan = RM972, 000.00. Manakala peguam Defendan berhujah supaya awatd ini ditolak kerana ketiadaan laporan pakar yang menyokong keterangan SP4. Mahkamah berpandangan bahawa Plantif 3 memerlukan seorang pembantu dengan berpandukan keterangan SP2 dan SP4. Mahkamah juga merujuk kepada laporan perubatan P21 yang mana Plaintif 3 September 24, 2024 37 mengalami “severe head injury” yang mana mengakibatkan beliau bergantung sepenuhnya kepada bantuan dan sokongan orang lain untuk meneruskan kehidupan. Oleh yang demikian, mahkamah memutuskan award untuk seorang pembantu iaitu RM1,500 x 27 x 12 = RM486, 000.00 adalah memadai dan munasabah. Mahkamah merujuk kepada kes Nurul Husna Muhammad Hafiz & Anor v. Kerajaan Malaysia & Ors [2014] MLJU 1922 yang mana Hakim Vazeer Alam PK (pada ketika itu) telah membenarkan kos pembantu rumah serta kos penjagaan oleh ahli keluarga.” [97] Setelah meneliti nota keterangan, saya mendapati SP4 (Dr. Rakesh a/l Rethinasamy) seorang pakar “neuro surgery” dari Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru telah memberi keterangan secara panjang lebar dan terperinci mengenai keadaan kesihatan semasa Plaintif Ketiga dan penjagaan yang diperlukan oleh Plaintif Ketiga. [98] Menurut SP4, Plaintif telah mengalami kecederaan pada kepala yang sangat serius serta mempunyai komplikasi seseorang yang masih belum sembuh sepenuhnya daripada kecederaan tersebut. SP4 memberi keterangan bahawa Plaintif Ketiga adalah seorang yang berada dalam kategori antara “persistence vegetatives state” dan “minimally conscious state patient”. [99] SP4 sendiri telah memeriksa dan merawat Plaintif Ketiga sebanyak dua kali dan kali terakhir adalah pada pada awal bulan Februari, 2023 iaitu lebih kurang 5 minggu sebelum beliau memberi keterangan di Mahkamah. [100] SP4 telah memberikan keterangan terperinci mengenai “cognitive function”, “mobility”, “ability to communicate with the external environment” Plaintif Ketiga. Selanjutnya, SP4 juga telah memberi keterangan mengenai tahap pemulihan Plaintif Ketiga sejak tahun September 24, 2024 38 2017, keadaan fizikal kaki dan tangan Plaintif Ketiga serta jangkaan riwayat kehidupan Plaintif Ketiga. Menurut SP4, jangkaan riwayat hidup Plaintif Ketiga adalah sekitar 26 hingga 27 tahun lagi dari tarikh kemalangan sewaktu beliau berumur 3 tahun yang menjadikan 30 tahun. [101] Menurut SP4, Plaintif Ketiga tidak akan mengalami sebarang pemulihan dari segi “cognitive function” serta “ambulation” kerana tempoh 6 tahun sudah berlalu sejak beliau mengalami trauma akibat kemalangan. SP4 juga memberi keterangan bahawa Plaintif Ketiga kerap mengalami “seizure” akibat kecederaan pada kepala yang dialami olehnya. [102] Sewaktu disoal oleh peguam Plaintif Ketiga berkenaan penjagaan Plaintif Ketiga, SP4 telah memberi keterangan bahawa beliau mendapat tahu daripada Plaintif Pertama bahawa pada ketika ini, Plaintif Ketiga dijaga oleh kedua-dua Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua dengan seorang pembantu. Menurut SP4, Plaintif Ketiga perlukan penjagaan oleh seorang jururawat terlatih yang mempunyai pengalaman menjaga seorang pesakit seperti Plaintif Ketiga. [103] Hujahan Defendan-Defendan bahawa SP4 bukanlah seorang saksi pakar yang boleh memberi keterangan mengenai jangkaan riwayat kehidupan Plaintif Ketiga dan penjagaan yang diperlukan oleh Plaintif Ketiga adalah tidak berasas. [104] Ini adalah kerana setelah meneliti keterangan SP4, saya mendapati SP4 adalah seorang pakar “neuro surgery” dari Hospital Kerajaan yang telah memberi keterangan mengenai jangkaan riwayat September 24, 2024 39 kehidupan Plaintif Ketiga serta penjagaan yang diperlukan oleh Plaintif Ketiga berdasarkan rekod-rekod perubatan Plaintif Ketiga, hasil pemeriksaan keadaan kesihatan Plaintif Ketiga serta dari pengetahuan dan pengalaman beliau sebagai seorang doktor pakar “neuro”. [105] Tambahan pula rekod-rekod perubatan Plaintif Ketiga tersebut yang dirujuk oleh SP4 dalam keterangannya adalah dari Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru di mana Plaintif Ketiga telah mendapat rawatan dan SP4 bertugas sebagai pakar “neuro”. [106] Saya mendapati pihak Defendan-Defendan tidak dapat menyangkal keterangan SP4 sewaktu soal balas beliau. Saya mendapati pihak Defendan-Defendan tidak mengambil sebarang usaha untuk merujuk Plaintif Ketiga kepada pakar mereka sendiri serta menyangkal keterangan SP4 melalui pakar mereka sendiri. [107] Defendan-Defendan hanya mengemukakan bantahan-bantahan yang tidak berasas sewaktu pemeriksaan semula SP4 yang cuba memberi penjelasan kepada Mahkamah mengenai keadaan Plaintif Ketiga dan pada akhir kes Plaintif-Plaintiff memohon untuk menandakan sijil kematian dan laporan polis Defendan Pertama sebagai ekshibit. [108] Defendan-Defendan sepatutnya bersedia dengan laporan pakar mereka serta memanggil pakar mereka sendiri untuk mengangkal keterangan SP4 dan bukannya menunggu sehingga satu laporan pakar dikemukakan bagi pihak Plaintif Ketiga dan baru selepas itu merujuk Plaintif Ketiga kepada pakar mereka sendiri. September 24, 2024 40 [109] Defendan-Defendan berhujah bahawa mereka terkejut apabila SP4 dipanggil oleh Plaintif-Plaintif untuk memberi keterangan secara lisan. Saya mendapati Defendan-Defendan langsung tidak membuat permohonan untuk menangguhkan bicara bagi tujuan untuk merujuk keterangan SP4 sewaktu pemeriksaan utama kepada pakar mereka sendiri untuk dapatkan maklumbalas sebelum menyoal balas SP4. [110] Oleh yang demikian, HMS YB tidak terkhilaf apabila menerima keterangan SP4 dalam memberikan awad gantirugi kepada Plaintif Ketiga. [111] Dalam kes Jaafar Shaari & Siti Jama Hashim v Tan Lip Eng & Anor [1997] 4 CLJ 509, Mahkamah Agung melalui penghakiman HMA Gopal Sri Ram telah memutuskan seperti berikut: - “For, once a defendant in civil proceedings elects not to call evidence, then all the evidence led by the plaintiff must be assumed to be true. In this context it is sufficient to refer to the following passage in the judgment of Elphinstone CJ Wasakah Singh v. Bachan Singh [1931] 1 MC 125, 128: If the party on whom the burden of proof lies gives or calls evidence which, if it is believed, is sufficient to prove his case, then the judge is bound to call upon the other party, and has no power to hold that the first party has failed to prove his case merely because the judge does not believe his evidence. At this stage the truth or falsity of the evidence is immaterial. For the purpose of testing whether there is a case to answer, all the evidence given must be presumed to be true. (Emphasis added) September 24, 2024 41 [penekanan ditegaskan]” [112] Daripada keterangan SP4 adalah jelas bahawa Plaintif Ketiga memerlukan penjagaan yang rapi dan sepenuh masa dari seorang jururawat terlatih. [113] Selain daripada membuat hujahan bahawa keterangan SP4 tidak harus diterima, Defendan-Defendan berhujah bahawa tiada keterangan menunjukkan bahawa Plaintif-Plaintif yang menjaga Plaintif Ketiga kerana Plaintif Pertama telah mengalami “stroke” serta Plaintif Kedua berniaga dari rumah dan tidak mengalami kekurangan pendapatan. [114] Saya mendapati hujahan ini tidak berasas kerana HMS YB telah pun menerima keterangan Plaintif Pertama (SP2) bahawa Plaintif Ketiga dijaga oleh Plaintif Pertama, Plaintif Kedua dengan dibantu oleh seorang pembantu. [115] Sebagai kesimpulan, Plaintif Ketiga telah berjaya membuktikan tuntutan untuk kos penjagaanya di atas imbangan kebarangkalian berdasarkan kepada keterangan dokumen rekod-rekod perubatan, keterangan SP4 dan SP2. [116] Oleh yang demikian, HMS YB dalam memberikan awad untuk kos penjagaan ini tidak terkhilaf apabila mengambil kira penjagaan yang diperlukan untuk Plaintif Ketiga dan penjagaan yang diberikan kepada Plaintif Ketiga oleh Plaintif Pertama, Plaintif Kedua dengan dibantu oleh seorang pembantu sebagaimana yang telah dibenarkan dalam kes Nurul Husna Muhammad Hafiz & Anor v Kerajaan Malaysia & Ors [2014] MLJU 1922. September 24, 2024 42 Sila juga rujuk kepada kes Inas Faiqah Mohd Helmi (A Child Suing Through Her Father and Next Friend; Mohd Helmi Abdul Aziz) v. Kerajaan Malaysia & Ors [2016] 2 CLJ 885, Tan Cheong Poh & Anor v. Teow Ah Keow [1996] 3 CLJ 665, Yusnita Johari v Dr Jerilee Mariam Khong & Ors [2023] 4 MLRH 263. [117] Selain daripada itu, tiada isu lain yang disentuh dan dihujahkan oleh Defendan-Defendan mengenai awad kos penjagaan ini berjumlah RM486,000.00 (RM1,500.00 x 27 x 12). [118] Maka jumlah kos penjagaan sebanyak RM1500.00 sebulan yang diawadkan oleh HMS YB walaupun Plaintif Ketiga menuntut RM3,529.00 atau pun RM3,000.00 sebulan bagi tempoh 27 tahun adalah munasabah. Lebih-lebih lagi dengan mengambil kira kadar inflasi yang semakin meningkat. [119] Akhir sekali berkenaan hujahan Defendan-Defendan bahawa bantuan yang diterima dari pihak SOCSO harus diambil kira, saya berpendapat dalam penaksiran awad gantirugi bagi pihak Plaintif Ketiga, bantuan kewangan ini yang diterima daripada SOCSO menurut Employee’s Social Security Act, 1969 tidak perlu diambil kira menurut Seksyen 28A(1)(c) Akta Undang-Undang Sivil, 1956 yang memperuntukkan seperti berikut: - “28A Damages in respect of personal injury
1
In assessing damages recoverable in respect of personal injury which does not result in death, there shall not be taken into account –
a
…
b
… September 24, 2024 43
c
any sum which has been or will or may be paid under any written law relating to the payment of any benefit or compensation whatsoever in respect of the personal injury.” [120] Sebagai kesimpulan, Mahkamah ini mendapati bahawa HMS YB tidak tersilap dalam memberikan awad untuk kos penjagaan ini kepada Plaintif Ketiga dan mendapati awad ini munasabah setelah mengambil kira keadaan kesihatan Plaintif Ketiga yang memerlukan penjagaan rapi dan sepenuh masa. [121] Maka, rayuan Defendan-Defendan dalam kes Rayuan Sivil No. 12 terhadap kuantum adalah tidak bermerit.
para
[122] Rayuan Plaintif Ketiga dalam kes Rayuan No. 3 terhadap liabiliti dibenarkan dengan kos dan keputusan HMS YB diketepikan. Plaintif Ketiga berhak untuk liabiliti 100% terhadap Defendan-Defendan. [123] Rayuan Defendan-Defendan atas liabiliti dalam kes Rayuan No. 12 ditolak dengan kos. [124] Rayuan Plaintif-Plaintif dalam kes Rayuan No. 3 terhadap keputusan HMS YB yang membenarkan tolakan dan tuntutan balas Defendan-Defendan dibenarkan dengan kos. Keputusan HMS YB yang membenarkan tolakan dan tuntutan balas Defendan-Defendan diketepikan. September 24, 2024 44 [125] Rayuan Defendan-Defendan dalam kes Rayuan No.12 terhadap kuantum ditolak dengan kos. [126] Kos mengikut skala di Mahkamah Sesyen bagi kuantum gantirugi yang diawadkan untuk Plaintif Ketiga dikira berdasarkan liabiliti 100% terhadap Defendan-Defendan. Bertarikh pada 24 September 2024 di Muar dalam Negeri Johor Darul Takzim. t.t. SURIA KUMAR DJ PAUL Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya Muar Johor Darul Ta’zim Kaunsel: - Bagi pihak Perayu-Perayu : Nora Amyrah binti Nozli Bagi pihak Responden-Responden : Munjeet Kaur Walib Singh with Christina Edwin Jacob Peguamcara: - Bagi pihak Perayu-Perayu Tetuan Chand, Jag & Associates September 24, 2024 45 Peguambela & Peguamcara No. 44-1, Jalan BPM 2 Taman Bukit Piatu Mutiara 75150 Melaka [Ruj. No.: CJA/ACC/M/1163/18] Bagi pihak Responden-Responden Tetuan Munjeet Waalib & Associates Peguambela & Peguamcara No. 3, Jalan Zamrud 1 Taman Dagang 83000 Batu Pahat Johor Darul Takzim [No. Ruj.: MW/BP/2134/2020/MMIP-1008(33295)] Tarikh Pendengaran : 29 November 2023, 14 Jun 2024 Tarikh Keputusan : 24 September 2024
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.