Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI JENAYAH GEORGETOWN DALAM NEGERI PULAU PINANG PERBICARAAN JENAYAH NO: PA-45A-25-05/2019 DAN PA-45A-26-05/2019 ANTARA PENDAKWA RAYA
PA-45A-26-05/2019
High Court of Malaysia30 Nov 2023
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
What the court ordered
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“asih lagi menjadi salah satu pilihan untuk dijatuhkan atas sabitan bagi kesalahan di bawah seksyen 39B DDA 1952, namun, Akta yang menghapuskan sifat mandatori hukuman mati tersebut iaitu Abolition of Mandatory Death Panalty Act 2023 (Act 846) telah digubal dengan semangat dan hasrat untuk memelihara nyawa/kehidupan (pr”
“2023 (Act 846) telah digubal dengan semangat dan hasrat untuk memelihara nyawa/kehidupan (preserve life). Ini boleh dilihat dari Handsard pada bacaan kedua dan ketiga rang undang-undang Abolition of Mandatory Death Penalty Act 2023 yang bertarikh 11 April 2023, di mana Timbalan Menteri Undang-Undang telah menyatakan se”
“mengenai dadah-dadah berkenaan. Rujukan dibuat kepada kes PP v Mohd. Farid Mohd. Sukis & Anor (2002) 3 MLJ 401 yang telah merujuk kepada kes PP v Chia Leong Foo [2000] 6 MLJ 705, Chan Pean Leon v PP [1956] MLJ 237, PP v Badrulsham bin Baharom [1988] 2 MLJ 585 dan PP v Phua Keng Tong [1986] 2 MLJ 279, yang memutuskan ba”
“(iv) after defence is called, the accused elects to give evidence, then go through the steps set out in Mat v. Public Prosecutor [1963] 1 LNS 82; [1963] MLJ 263.”.”
“ginality of this document via eFILING portal 24 LNS 17 / [1956] 1 MLJ 237; Pendakwa Raya v Lim Chsung Meng & Anor [2015] 1 LNS 1226 / [2015] MLJU 2234 dan Emmanuel Yaw Teiku v PP [2006] 3 CLJ 597 / [2006] MLJ 209.”
“or [1956] **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 24 LNS 17 / [1956] 1 MLJ 237; Pendakwa Raya v Lim Chsung Meng & Anor [2015] 1 LNS 1226 / [2015] MLJU 2234 dan Emmanuel Yaw Teiku v PP [2006] 3 CLJ 597 / [2006] MLJ 209.”
“ran DNA individu lain yang tidak dapat dikenal pasti di rumah tersebut adalah ditolak. Di dalam memutuskan sedemikian, saya telah merujuk kepada kes Mahkamah Rayuan iaitu Hermankumar Subramaniam v PP [2020] MLJU 217/ [2020] 3 CLJ 844 yang telah membincangkan perkara ini dan memutuskan yang dipetik seperti berikut:- “[2”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI JENAYAH GEORGETOWN DALAM NEGERI PULAU PINANG PERBICARAAN JENAYAH NO: PA-45A-25-05/2019 DAN PA-45A-26-05/2019 ANTARA PENDAKWA RAYA
2
KELANA BIN YUNUS (NO. K/P : 780305-075717) ALASAN PENGHAKIMAN
1
Kedua-dua orang kena tuduh (OKT-OKT) telah dihadapkan dengan dua pertuduhan mengedar dadah berbahaya di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB 1952) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) Akta yang sama. Kedua-dua pertuduhan telah didaftarkan dengan dua nombor kes yang berbeza iaitu PA-45A-25-05/2019 dan PA-45A-26- 05/2019. Atas permohonan pihak pendakwaan dan dengan persetujuan pihak pembelaan, kedua-dua kes ini telah dibicarakan bersama.
2
Justeru bagi maksud rayuan ini, hanya satu alasan penghakiman yang disediakan bagi kedua-dua nombor pendaftaran rayuan yang berkenaan.
3
Pertuduhan-pertuduhan yang dikenakan terhadap OKT-OKT adalah seperti berikut :
i
Bagi nombor kes PA-45A-25-05/2019 ('Pertuduhan Pertama') BAHAWA KAMU BERSAMA-SAMA PADA 08.08.2018, JAM LEBIH KURANG 14.45 HRS (2.45 PETANG) BERTEMPAT DI ALAMAT 1A-08-03, SUNNY VILLE JALAN BATU UBAN, 11700 GELUGOR PULAU PINANG, DALAM DAERAH TIMUR LAUT, DALAM NEGERI PULAU PINANG TELAH MENGEDAR DADAH BERBAHAYA IAITU METHAMPHETAMINE SEBERAT 326.4 GRAM DAN DENGAN ITU KAMU TELAH MELAKUKAN SATU KESALAHAN DI BAWAH SEKSYEN 39B (1)(a) AKTA DADAH BERBAHAYA 1952 DAN BOLEH DIHUKUM DI BAWAH SEKSYEN 39B (2) AKTA YANG SAMA.
II
(ii) Bagi nombor kes PA-45A-26-05/2019 ('Pertuduhan Kedua') BAHAWA KAMU BERSAMA-SAMA PADA 08.08.2018, JAM LEBIH KURANG 14.45 HRS (2.45 PETANG) BERTEMPAT DI ALAMAT 1A-08-03, SUNNY VILLE JALAN BATU UBAN, 11700 GELUGOR PULAU PINANG, DALAM DAERAH TIMUR LAUT, DALAM NEGERI PULAU PINANG TELAH MENGEDAR DADAH BERBAHAYA SEBERAT 1651.34 (1629.44 GRAM HEROIN DAN 21.9 GRAM MONOACETYLMORPHINES) DAN DENGAN ITU KAMU TELAH MELAKUKAN SATU KESALAHAN DIBAWAH SEKSYEN 39B(1)(a) AKTA DADAH BERBAHAYA 1952 DAN BOLEH DIHUKUM DIBAWAH SEKSYEN 39B (2) AKTA YANG SAMA.
4
Perbicaraan kes ini telah dimulakan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Georgetown yang terdahulu (Hakim terdahulu) di mana, pemilik rumah (SP1), ahli kimia (SP2), pegawai serbuan (SP3) dan pegawai sains DNA (SP4) telah selesai memberikan keterangan mereka di hadapan Hakim terdahulu. Saya telah menyambung dengar kes ini di peringkat keterangan pegawai perubatan di jabatan forensik (SP5), pegawai polis unit forensik (SP6) dan juga pegawai penyiasat (SP7).
5
Selaku Hakim yang menyambung dengar kes ini, saya telah meneliti rakaman prosiding perbicaraan di hadapan Hakim terdahulu melalui sistem Court Recording and Transcription (CRT). Dari penelitian tersebut, saya mendapati mutu audio dan visual rakaman bagi keterangan kesemua saksi yang telah memberikan keterangan di hadapan Hakim terdahulu adalah lengkap dan memuaskan. Justeru saya telah berpeluang mendengar, melihat dan menilai perilaku (demeanor) setiap saksi tersebut melalui rakaman berkenaan. Selain itu, saya juga berpuashati bahawa segala rekod, catatan dan minit prosiding kes ini yang telah dijalankan di hadapan Hakim terdahulu adalah lengkap, sempurna dan teratur. Sehubungan itu, tiada apa-apa keperluan untuk saya memanggil semula mana-mana saksi ini. Sementelah pula, pihak pembelaan juga tidak memohon untuk memanggil semula mana-mana saksi tersebut.
6
Bagi membuktikan pertuduhan-pertuduhan yang dikenakan terhadap OKT-OKT, pendakwaan perlu mengemukakan keterangan kukuh yang membuktikan setiap satu intipati pertuduhan pada tahap melampaui sebarang keraguan yang munasabah.
7
Intipati-intipati pertuduhan yang terbeban di bahu pendakwaan untuk dibuktikan adalah ; i) Jenis dadah tersebut adalah tersenarai sebagai dadah berbahaya di dalam Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dengan berat seperti yang dinyatakan di dalam pertuduhan-pertuduhan ; ii) OKT-OKT mempunyai milikan iaitu jagaan dan kawalan ke atas dadah berbahaya berkenaan serta OKT-OKT ada pengetahuan bahawa ianya adalah dadah berbahaya ; iii) Rantaian keterangan barang kes dadah adalah terpelihara dan tidak terputus pada bila-bila masa; dan iv) OKT-OKT telah mengedarkan dadah berbahaya tersebut.
8
Kes Pendakwaan Kes pendakwaan melalui keterangan saksi-saksi mereka adalah diringkaskan seperti berikut: Keterangan Pegawai Serbuan ASP Mohd Rozaidi bin
8
Ahmad (SP3) 1 Pada 08 Ogos 2018 lebih kurang jam 2.45 petang, ASP Mohd Rozaidi bin Ahmad (SP3) telah mengetuai sepasukan anggota polis membuat serbuan di alamat 1A-08-03, Sunny Ville, Jalan Batu Uban, 11700 Gelugor, Pulau Pinang (rumah tempat kejadian) yang merupakan satu unit kondominium di tingkat 8 bangunan.
8
8.2 Apabila SP3 dan pasukannya sampai di hadapan rumah tersebut, mereka mendapati pintu gril bagi pintu utama/hadapan dalam keadaan berkunci. SP3 dan pasukannya bertindak mengumpil pintu gril berkenaan.
8
8.3 Setelah SP3 dan pasukannya berjaya masuk, SP3 nampak seorang lelaki India di ruang tamu. SP3 memperkenalkan diri ‘polis’ dan telah menahan OKT1 di ruang tamu berkenaan. Seterusnya, SP3 turut menahan seorang lelaki Melayu (OKT2) di hadapan pintu bilik pertama.
8
8.4 Pemeriksaan badan ke atas OKT1 dan OKT2 tidak menjumpai apa-apa barang yang menyalahi undang-undang.
8
8.5 Dengan disaksikan oleh OKT1 dan OKT2, SP3 dan anggotanya telah membuat pemeriksaan di seluruh rumah tempat kejadian. Hasil pemeriksaan tersebut, SP3 telah menjumpai :- Di atas kabinet dapur :- a) 4 peket plastik lutsinar setiap satu berisi serbuk/ketulan warna keperangan disyaki dadah jenis heroin. b) 1 peket plastik lutsinar berisi serbuk warna putih disyaki dadah jenis heroin. c) 1 bungkusan plastik warna kuning bertulis ‘Guan Yin Wang’ di dalamnya berisi serbuk/ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu. Di dalam laci kabinet dapur :- a) 1 beg berwarna merah/kelabu jenama ’Alanta Studio 2’ berzip dan di dalamnya terdapat 4 ketulan mampat berwarna hijau bertulis ‘AK’ dan serbuk warna putih disyaki dadah jenis heroin base. Di atas lantai bilik tidur pertama :- a) 1 besen plastik warna biru didalamnya berisi serbuk warna putih disyaki kafein. b) 1 besen plastik warna merah didalamnya terdapat (2) penapis besi, (2) senduk kayu, (1) senduk besi pemegang plastik warna hitam, (1) senduk besi, (1) berus cat warna coklat dan (1) berus cat warna merah. c) 1 besen besi warna kekuningan didalamnya terdapat (1) besen plastik kecil warna ungu dan (1) papan pemotong. d) 1 alat penimbang digital. e) 1 alat penapis pernafasan. f) 2 sarung tangan kain. g) Cermin mata plastik lutsinar. h) 1 alat sealer. i) 1 kipas angin jenama Khind. j) 2 kotak warna coklat di dalamnya terdapat (1) bungkusan plastik lutsinar yang mengandungi serbuk putih disyaki kafein. k) 1 dapur masak. l) 1 tong gas jenama Petronas warna hijau/merah jambu m) 3 botol kaca berisi cecair jernih disyaki bahan kimia. n) 2 botol kecil jenama ‘Star Brand’ perisa pandan. o) 1 botol kaca warna hitam bertulis chloroform di dalamnya berisi cecair disyaki bahan kimia. p) 1 botol plastik warna putih di dalamnya mengandungi cecair disyaki bahan kimia. q) 2 peket plastik biru bertulis ‘Eno’. Di dalam kabinet almari di dalam bilik tidur pertama :- a) (26) peket plastik lutsinar di dalamnya berisi serbuk/ketulan warna perang disyaki dadah jenis heroin. SP3 turut merampas: a) Pakaian iaitu baju dan seluar OKT1 dan OKT2 b) Mangga kunci jenama CJ Lock Germany c) 3 anak kunci pintu mangga d) 1 anak kunci pintu kayu hadapan e) 2 cip akses ke Apartment Sunny Ville f) 1 laci kabinet dapur
8
8.6 Di tempat kejadian itu juga, SP3 telah membuat tandaannya ke atas kesemua barang kes yang telah dirampas iaitu :- A1 sehingga A6 dan catatan tarikh rampasan iaitu 08/08/2018 serta tandatangan SP3 ke atas kesemua barang kes yang telah dirampas dari atas kabinet dapur. B1 sehingga B1d dan catatan tarikh 08/08/2018 serta tandatangan SP3 ke atas kesemua barang kes yang dirampas dari dalam laci kabinet dapur. C sehingga T2 dan catatan tarikh 08/08/2018 serta tandatangan SP3 ke atas kesemua barang kes yang telah dirampas dari atas lantai bilik tidur pertama. U1 hingga U26 dan catatan tarikh 08/08/2018 serta tandatangan SP3 bagi barang-barang kes dadah yang dirampas dari dalam kabinet almari dalam bilik tidur pertama. V1 dan V2, catatan tarikh 08/08/2018 serta tandatangan SP3 bagi sehelai baju dan sehelai seluar yang dirampas dari OKT1. W1 dan W2, catatan tarikh 08/08/2018 dan tandatangan SP3 bagi sehelai baju dan sehelai seluar yang dirampas dari
8
8.7 Seterusnya SP3 telah menangkap OKT1 dan OKT2, menyediakan Borang Senarai Geledah (P2) berkait kesemua rampasan dengan menyatakan tandaan-tandaan yang telah dibuat oleh SP3 pada setiap barang kes berkenaan.
8
8.8 Satu salinan Borang Senarai Geledah (P2) telah diserahkan kepada OKT1 dan OKT2 dan masing-masing telah menandatangani Borang Senarai Geledah tersebut.
8
8.9 Seterusnya SP3 telah membawa OKT-OKT dan rampasan ke Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (BSJND) Timur Laut, Pulau Pinang untuk tindakan selanjutnya. Pada kesemua masa barang-barang kes yang dirampas berada di dalam kawalan dan jagaan SP3 seorang sahaja sehingga diserahkan kepada pegawai penyiasat (SP7).
8
8.10 Di pejabat BSJND Timur Laut, SP3 telah membuat timbangan ke atas barang kes yang disyaki dadah dan menyediakan borang serah terima barang kes dengan menyatakan anggaran berat dadah yang diperolehinya. SP3 juga telah membuat laporan polis mengenai tangkapan OKT-OKT dan rampasan barang kes di tempat kejadian iaitu Sg. Nibong
8
8.11 Pada 09/08/2018 jam 3.00 pagi, SP3 telah menyerahkan kesemua barang kes dan OKT-OKT kepada Pegawai Penyiasat iaitu Inspektor Nurna Asyikin binti Abdul Rahman (SP7). Sebagai bukti penyerahan, SP3 dan SP7 telah menandatangani borang serah terima barang kes yang telah disediakan oleh SP3.
8
8.12 Semasa di tempat kejadian, SP3 juga telah meminta bantuan dari Inspektor Abdul Majid bin Heroid (SP6) dan anggotanya dari Pasukan Forensik, IPK Pulau Pinang untuk membuat siasatan forensik di rumah tempat kejadian. Hasil siasatannya, SP6 telah menyerahkan kepada SP3 barang-barang kes forensik yang dikutip di rumah tempat kejadian yang mana butirannya dinyatakan di dalam borang penyerahan iaitu eksibit P8.
8
8.13 Barang-barang kes forensik tersebut juga telah diserahkan oleh SP3 kepada SP7 selaku pegawai penyiasat melalui Borang Penyerahan Barang-Barang Kes Forensik (eksibit
8
8.14 Di Mahkamah, selain mengecam setiap barang kes yang dirampas melalui pernandaannya, SP3 juga turut camkan 38 keping gambar tempat kejadian [P49 (1-38)] yang menunjukkan lokasi di mana setiap barang kes tersebut ditemui dan dirampas di dalam rumah tempat kejadian.
8
8.15 SP3 langsung tidak disoal balas oleh pihak pembelaan berkenaan dengan keterangannya. Keterangan Inspektor Abdul Majid bin Heroid (SP6)
8
8.16 Hasil pemeriksaannya di rumah tempat kejadian, SP6 telah menemui dan merampas barang-barang kes bagi tujuan penyiasatan forensik seperti berikut: a) Sehelai tuala mandi berwarna putih bercetak ‘EVERGREEN’ yang dijumpai di ampaian di ruang tamu yang SP6 telah tandakan dengan ‘Tanda 1’. b) Sehelai tuala mandi berwarna putih bercetak ‘EVERGREEN’ yang dijumpai di ampaian di ruang tamu yang SP6 telah tandakan dengan ‘Tanda 2’. c) Bekas abu rokok berwarna hitam yang dijumpai di atas meja kaca di ruang tamu yang SP6 telah tandakan dengan ‘Tanda 3’. d) Satu puntung rokok warna kuning yang dijumpai di dalam bekas abu rokok bertanda’Tanda 3’ yang SP6 telah tandakan dengan ‘Tanda 4’. e) Satu puntung rokok warna kuning jenama ‘DUNHILL’ yang dijumpai di dalam bekas abu rokok bertanda ‘Tanda 3’ yang SP6 telah tandakan dengan ‘Tanda 5’. f) Satu puntung rokok warna kuning jenama ‘DUNHILL’ yang dijumpai di dalam bekas abu rokok bertanda ‘Tanda 3’ yang SP6 telah tandakan dengan ‘Tanda 6’. g) Satu berus gigi warna ungu/putih jenama ‘Colgate’ yang dijumpai di atas rak plastik dalam tandas bilik utama yang SP6 telah tandakan sebagai ‘Tanda 7’. h) Satu berus gigi warna ungu/putih jenama Colgate yang dijumpai di atas rak plastik dalam tandas bilik utama yang SP6 telah tandakan sebagai ‘Tanda 8’. i) Swab bahan disyaki dadah pada tangan kanan penama Kelana bin Yunus K/P: 780305-03-5717 (OKT2). j) Swab bahan disyaki dadah pada tangan kiri penama Kelana bin Yunus K/P: 780305-03-5717 (OKT2) k) Swab bahan disyaki dadah pada telinga kanan penama Kelana bin Yunus K/P: 780305-03-5717 (OKT2) l) Swab bahan disyaki dadah pada telinga kiri penama Kelana bin Yunus K/P: 780305-03-5717 (OKT2) m) Swab bahan disyaki dadah pada tangan kanan penama Ramachandran a/l Verasamy K/P: 640414-07-5797 n) Swab bahan disyaki dadah pada tangan kiri penama Ramachandran a/l Verasamy K/P: 640414-07-5797 o) Swab bahan disyaki dadah pada telinga kanan penama Ramachandran a/l Verasamy K/P: 640414-07-5797 p) Swab bahan disyaki dadah pada telinga kiri penama Ramachandran a/l Verasamy K/P: 640414-07-5797
8
8.17 Kesemua barang kes ini telah dibungkus dengan baik oleh SP6 sebelum menyerahkannya kepada SP3 di tempat kejadian.
8
8.18 Di Mahkamah, SP6 telah camkan kesemua barang kes yang beliau rampas melalui pernandaan yang beliau buat ke atas setiap barang kes tersebut.
8
8.19 Barang kes forensik tersebut telah diserahkan oleh pegawai penyiasat (SP7) kepada pegawai sains DNA iaitu SP4 untuk dianalisis.
8
8.20 SP6 juga tidak disoal balas oleh pembelaan.
8
8.21 Melalui keterangan lisan dan penyataan saksinya (WSP4), SP4 telah mengesahkan bahawa hasil analisisnya ke atas sampel-sampel yang diterimanya daripada SP7 mendapati bahawa :- a) DNA OKT 1 - Ramachandran A/L Verasamy adalah diperolehi daripada puntung rokok ‘Tanda 4’ hingga ‘Tanda 6’, pada tuala ‘Tanda 2’ dan pada berus gigi ‘Tanda 8’. b) DNA OKT 2 - Kelana bin Yunus adalah diperolehi pada tuala ‘Tanda 1’.
8
8.22 SP4 telah mengemukakan laporan DNA yang disediakannya dan telah ditandakan sebagai eksibit pendakwaan P18.
8
Keterangan Pemilik Rumah (SP1) 23 SP1 telah memberikan keterangan bahawa rumah tempat kejadian adalah milik beliau yang beliau telah sewakan kepada OKT2 sejak tahun 2017. SP1 camkan rumah beliau yang menjadi tempat kejadian tersebut melalui 26 keping gambar tempat kejadian iaitu eksibit P49 (1-26).
8
8.24 SP1 juga telah camkan OKT2 sebagai orang yang menyewa rumah tempat kejadian tersebut dari SP1.
8
8.25
Preamble
Menurut SP1, sebelum beliau menyewakan rumah tempat kejadian kepada OKT2, beliau telah membersihkan rumah tersebut. Apabila ditunjukkan dengan gambar barang-barang kes iaitu eksbit P50 (1-26), SP1 menyatakan bahawa dia tidak pernah nampak barang-barang kes sepertimana di dalam gambar-gambar tersebut di rumah tempat kejadian.
8
8.26 SP1 juga telah camkan Tenancy Agreement - P22A. Mengenai P22A yang tidak ditandatangani dan tiada “signing page”, keterangan SP1 adalah, ini kerana beliau tidak dapat mengambil tandatangan OKT2 yang sering memberi alasan dia tiada di Pulau Pinang kerana outstation. P22A tersebut adalah untuk tempoh 01/1/2018 sehingga 31/12/2018.
8
8.27 Apabila dirujuk dengan P22B, SP1 cam dan sahkan bahawa itu adalah Tenancy Agreement bagi rumah tempat kejadian untuk tahun sebelumnya iaitu 2017. P22B juga adalah di antara SP1 sebagai pemilik rumah tempat kejadian dan OKT2 sebagai penyewa. P22B ini mempunyai signing page dan telah ditandatangani oleh kedua-dua pihak iaitu SP1 selaku landlord dan OKT2 selaku tenant.
8
Keterangan Ahli Kimia (SP2) 28 Semua barang kes yang disyaki dadah telah dihantar oleh pegawai penyiasat (SP7) kepada ahli kimia Encik Abdul Jalil (SP2) untuk dianalisis. Di dalam keterangan lisan dan penyata saksinya (WSP2), Encik Abdul Jalil telah mengesahkan bahawa hasil analisisnya ke atas barang kes yang diterimanya dari pegawai penyiasat (SP7) tersebut, mendapati bahawa ianya adalah dadah jenis Methampethamine, Heroin dan Monoacetylmorphines yang tersenarai dalam Jadual Pertama ADB 1952 dengan berat masing-masing adalah sepertimana yang dinyatakan dalam pertuduhan-pertuduhan.
8
8.29 SP2 telah mengemukakan laporan kimia yang disediakannya mengenai analisis yang telah beliau jalankan tersebut dan ditandakan di Mahkamah sebagai eksibit P16.
8
8.30 SP2 juga tidak disoal balas oleh pembelaan. Hujahan-Hujahan Di Akhir Kes Pendakwaan Hujahan Pendakwaan 9. Berdasarkan keterangan saksi-saksi secara lisan di mahkamah dan melalui penyataan-penyataan bertulis mereka, keterangan dokumentar dan keterangan hal keadaan, pendakwaan menghujahkan bahawa kesemua elemen pertuduhan telah dibuktikan, iaitu;
1
Jenis dan berat dadah yang dipertuduhkan.
9
9.1 Dadah yang dirampas di tempat kejadian telah dianalisis oleh SP2 yang merupakan seorang ahli kimia kerajaan yang bertauliah dan masih di dalam perkhidmatannya. SP2 melalui keterangan dan laporan kimianya (P16) telah mengesahkan barang kes adalah dadah berbahaya jenis Methampethamine, Heroin dan Monoacetylmorphines yang tersenarai dalam Jadual Pertama ADB 1952 dengan berat bersih adalah sepertimana dalam pertuduhan-pertuduhan. Dengan merujuk kepada otoriti Munusamy Vengadasalam v PP [1987] CLJ Rep 21 [1987] 1 CLJ 250: (di muka surat 226), Pendakwaan menghujahkan bahawa keterangan SP2 ini seharusnya diterima oleh Mahkamah. Sementelah pula, pembelaan langsung tidak menyoal balas SP2, justeru keseluruhan keterangan SP2 adalah dianggap diakui oleh pembelaan.
2
Rantaian Keterangan Tidak Terputus Dengan itu Kredibiliti Barang Kes Adalah Terpelihara.
9
9.2 Kesemua barang kes yang telah dirampas di rumah tempat kejadian telah dikemukakan di Mahkamah dan telah dicamkan oleh SP3 (Pegawai Serbuan), SP6 (pegawai polis unit forensik), SP2 (ahli kimia - dadah) SP4 (pegawai sains - DNA) dan SP7 (Pegawai Penyiasat) melalui tandaan masing-masing. Berdasarkan keterangan saksi-saksi ini, tiada sebarang pemutusan rantaian keterangan (break in the chain of evidence) berkaitan dengan barang kes ini dan pergerakannya dari tarikh serbuan/rampasan sehingga ianya dikemukakan di Mahkamah. Bersandarkan kepada antara lain, kes Shahrizal Abdul Ghani v PP [2014] 1 MLJ 70 (dimuka surat 781) dan Su Ah Ping v PP [1980] 1 MLJ 75 (Mahkamah Persekutuan) (dimuka surat 76), pendakwaan menghujahkan bahawa rantaian keterangan berkaitan perjalanan dan identiti barang kes yang dirampas telah dibuktikan.
3
3.Dadah yang dirampas adalah dalam milikan OKT-OKT-OKT-OKT mempunyai jagaan dan kawalan ke atas dadah berkenaan serta mempunyai pengetahuan bahawa dadah tersebut adalah dadah berbahaya.
9
9.3 Berdasarkan keterangan pegawai serbuan (SP3), pegawai unit forensik PDRM (SP6), pegawai sains DNA (SP4) dan pemilik rumah (SP1), pendakwaan menghujahkan bahawa elemen milikan ini juga telah dibuktikan. Keterangan saksi-saksi ini jelas menunjukkan bahawa kedua-dua OKT ditangkap di dalam rumah tempat kejadian di mana dadah-dadah yang menjadi sabjek pertuduhan turut ditemui dan dirampas. Semasa serbuan hanya OKT-OKT yang berada di dalam rumah tempat kejadian. Pendakwaan menghujahkan bahawa OKT2 adalah penyewa rumah tempat kejadian berkenaan sewaktu serbuan. Manakala kehadiran DNA OKT1 pada puntung rokok ‘Tanda 4’ hingga ‘Tanda 6’ yang ditemui dalam bekas habuk rokok ‘Tanda 3’ di atas meja di ruang tamu rumah tempat kejadian dan juga pada barangan peribadi iaitu tuala mandi ‘Tanda 2’ yang dirampas di ampaian di ruang tamu dan berus gigi ‘Tanda 8’ yang di rampas di atas rak di dalam tandas bilik pertama, menunjukkan OKT1 juga adalah penghuni di rumah berkenaan. Fakta bahawa barang kes dadah di dalam empat (4) peket plastik lutsinar dalam jumlah yang banyak telah ditemui di dalam keadaan terdedah di atas kabinet dapur dan peralatan memproses dadah juga di dapati berserakan di atas lantai bilik pertama juga dalam keadaan terdedah, telah memberikan inferen bahawa kedua-dua OKT mempunyai pengetahuan mengenai dadah-dadah berkenaan. Dengan merujuk kepada antara lain, otoriti PP v Mohd. Farid Mohd. Sukis & Anor (2002) 3 MLJ 401, (dimuka surat 420), pihak pendakwaan menghujahkan bahawa elemen milikan dan pengetahuan OKT-OKT mengenai dadah-dadah yang dirampas di rumah tempat kejadian itu juga telah dibuktikan.
4
OKT-OKT telah mengedarkan dadah tersebut 9.4 Memandangkan elemen milikan dan pengetahuan telah dibuktikan melalui keterangan lansung dan keterangan berkeadaan, maka berdasarkan jenis dan berat dadah yang dirampas dari rumah tempat kejadian, pihak pendakwaan bergantung kepada anggapan statutori mengenai pengedaran yang diperuntukkan di bawah Seksyen 37(da)(xvi) dan (iiia) ADB 1952. Dengan itu, pendakwaan menghujahkan bahawa elemen pengedaran dadah-dadah oleh OKT-OKT juga telah berjaya dibuktikan.
10
Hujahan Pembelaan Seperti yang telah dinyatakan, pembelaan tidak mempertikaikan keterangan dan hasil analisis ahli kimia (SP2) mengenai jenis dan berat dadah yang menjadi sabjek pertuduhan. Pembelaan juga langsung tidak mempertikaikan keterangan pegawai serbuan tentang di mana dan bagaimana OKT-OKT ini telah ditangkap dan dadah-dadah tersebut ditemui dan dirampas. Hujahan pembelaan adalah pendakwaan gagal membuktikan barang kes dadah tersebut adalah dalam milikan dan pengetahuan kedua-dua OKT atas faktor-faktor berikut:
i
Pemilik sebenar/berdaftar rumah tempat kejadian tidak dibuktikan kerana pihak pendakwaan gagal mengemukakan geran atau strata title bagi rumah tempat kejadian. Sedangkan dalam keterangan SP1, ada menyatakan bahawa SP1 telah memindah milik rumah tempat kejadian tersebut kepada anak lelakinya. Manakala, pada satu ketika lain pula, SP1 menyatakan pemilik berdaftar rumah berkenaan adalah isterinya. Hal ini telah menimbulkan inferen bahawa anak lelaki SP1 dan juga isteri SP1 juga mempunyai akses kepada rumah tempat kejadian. Justeru adalah berkemungkinan bahawa mereka adalah orang yang sebenarnya telah meletakkan dadah-dadah di rumah tempat kejadian tersebut tanpa pengetahuan OKT-OKT. Tambahan pula, laporan kimia (DNA) P18 dan keterangan SP4 turut menunjukkan kehadiran DNA dua individu yang tidak dikenali di rumah tempat kejadian. Dengan merujuk kepada otoriti Leow Nghee Lim v Reg. [1955] 22 MLJ 28), pembelaan menghujahkan bahawa milikan gagal dibuktikan kerana pendakwaan gagal mengenepikan (exclude) akses oleh orang lain ke rumah tempat kejadian.
II
(ii) Perjanjian Penyewaan bagi tempoh 01.1.2018 - 31.12.2018, yang termasuk tarikh kejadian iaitu P22A gagal dibuktikan kerana keterangan SP1 jelas menunjukkan bahawa muka surat yang ada tandatangan OKT2 selaku penyewa hanya diphotostat oleh SP1 dari penjanjian penyewaan bagi tahun sebelumnya iaitu exhibit P22B.
III
(iii) Versi pembelaan adalah, pada tarikh kejadian OKT2 tidak lagi menyewa di rumah tempat kejadian. Kehadiran OKT-OKT di rumah tempat kejadian semasa serbuan oleh SP3 dan pasukannya hanyalah secara kebetulan. Ini kerana pada hari kejadian, OKT-OKT telah menceroboh masuk ke rumah tempat kejadian dengan menggunakan kunci dan kad pengimbas lift (lift scanner) yang masih disimpan oleh OKT2. Milikan dan pengetahuan OKT-OKT mengenai dadah di rumah tempat kejadian gagal dibuktikan kerana pihak pendakwaan tidak membuktikan sejak bila kedua-dua OKT telah berada di rumah tersebut sebelum kehadiran pasukan serbuan pada hari kejadian. Tiada keterangan yang menunjukkan SP3 dan pasukannya telah terlebih dahulu membuat permantauan mengenai pergerakan keluar masuk ke rumah tempat kejadian sebelum melaksanakan serbuan dan tangkapan ke atas OKT-OKT di dalam rumah berkenaan. Pendakwaan juga gagal membawa keterangan lain seperti rakaman CCTV yang terdapat di bangunan kondominum tersebut bagi menunjukkan bagaimana dan sejak bila OKT-OKT mengakses dan masuk ke dalam rumah tempat kejadian tersebut.
IV
(iv) Kehadiran kesan DNA OKT-OKT di tempat kejadian adalah tidak konklusif bagi membuktikan OKT-OKT adalah penghuni rumah tempat kejadian. Ini kerana keterangan SP4 semasa disoal balas, jelas menunjukkan; a) kehadiran kesan DNA seseorang di tempat kejadian tidak boleh menunjukkan masa iaitu sejak bila pemilik DNA tersebut telah berada di tempat berkenaan; b) kehadiran DNA seseorang pada sesuatu barangan peribadi tidak membuktikan secara konklusif bahawa orang itu adalah pemilik kepada barangan tersebut. TUGAS MAHKAMAH DI AKHIR KES PENDAKWAAN
11
Tugas Mahkamah di akhir kes Pendakwaan adalah seperti yang diperuntukkan oleh Seksyen 180 (1) Kanun Tatacara Jenayah. Panduan mengenai langkah-langkah yang perlu diambil sejajar dengan peruntukan ini pula, telah diberikan dengan jelas dalam kes PP v Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 / [2005] 6 MLJ 393, yang dipetik seperti berikut: “[15] For the guidance of the courts below, we summarise as follows the steps that should be taken by a trial court at the close of the prosecution’s case-
i
at the close of the prosecutions’s case, subject the evidence led by the prosecution in its totality to a maximum evaluation. Carefully scrutinise the credibility of each of the prosecution’s witnesses. Take into account all reasonable inferences that may be drawn from that evidence. If the evidence admits of two or more inferences, then draw the inference that is most favourable to the accused.
II
(ii) ask yourself the question: if I now call upon the accused to make his defence and he elects to remain silent am I prepared to convict him on the evidence now before me? If the answer to that question is “Yes”, then a prima facie case has been made out and the defence should be called. If the answer is “No” then, a prima facie case has not been made out and the accused should be acquitted;
III
(iii) after the defence is called, the accused elects to remain silent, then convict;
IV
(iv) after defence is called, the accused elects to give evidence, then go through the steps set out in Mat v. Public Prosecutor [1963] 1 LNS 82; [1963] MLJ 263.”.
12
Manakala pengertian kes prima facie pula telah dijelaskan di dalam antara lain kes Mohd Naki Mohd Yusof v PP [2014] 7 CLJ 441 seperti berikut: “A prima facie case is one that is sufficient for the appellant to be called upon to answer. This means that the evidence adduced must be such that it can be overthrown only by evidence in rebuttal. The court must, at the close of the case for the prosecution, undertake a positive evaluation of the credibility and reliability of all of the evidence adduced so as to determine whether the elements of the offence have been established. The force of the evidence adduced must be such that, if unrebutted, is sufficient to induce the court to believe in the existence of the facts stated in the charge or to consider its existence so probable that a prudent man ought to act upon the supposition that those facts exist or did happen.”
13
Berpandukan kepada prinsip undang-undang yang telah digariskan tersebut dan dengan mengaplikasikan langkah-langkah sebagaimana yang disarankan, di akhir kes pendakwaan, saya telah membuat penilaian yang maksimun ke atas keseluruhan keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan bagi memastikan samada keterangan tersebut dari segi kredibiliti dan relaibilitinya telah membuktikan setiap elemen pertuduhan pada tahap yang jika OKT-OKT memilih untuk berdiam diri apabila pembelaan mereka dipanggil, adalah mencukupi untuk mensabitkan OKT-OKT atas pertuduhan-pertuduhan yang dikenakan.
1
Penilaian Dan Dapatan Mahkamah Dadah Yang Dipertuduhkan.
14
Walaupun pihak pembelaan tidak menyoal balas ahli kimia (SP2) dan dengan itu dianggap menerima kesemua keterangannya, namun adalah tugas Mahkamah ini untuk membuat dapatan sendiri mengenai pembuktian elemen jenis dan berat dadah yang dipertuduhkan.
15
Setelah meneliti dan memperhalusi keterangan ahli kimia (SP2), penyataan bertulisnya (WSP2) dan laporan kimia (P16), Mahkamah ini berpuas hati bahawa pihak pendakwaan telah membuktikan bahawa sabjek pertuduhan-pertuduhan dalam kes ini adalah dadah berbahaya jenis Methampethamine, Heroin dan Monoacetylmorphines yang tersenarai dalam Jadual Pertama ADB 1952 dengan berat bersih sepertimana dalam pertuduhan-pertuduhan.
16
Walaupun SP2 memaklumkan Mahkamah bahawa beliau telah membuat kesilapan pada bahagian rujukan pernandaan di dalam laporan kimianya (P16) di mana, rujukan pada AD7-AD10 sepatutnya dibaca sebagai AD6-AD10, namun, setelah mengambil kira keterangan lisan SP2, SP3 (pegawai serbuan) dan SP7 (pegawai penyiasat) berkaitan barang kes secara keseluruhannya (in totality) dan dengan merujuk dan membandingkan penandaan pada barang-barang kes berkenaan secara fizikal, saya mendapati dan berpuas hati bahawa semuanya jelas menunjukkan bahawa rujukan penandaan yang betul adalah AD6-AD10. Oleh itu, Mahkamah ini membuat dapatan dan memutuskan bahawa kesilapan pada laporan kimia P16 tersebut bukanlah fatal dan langsung tidak menjejaskan kes pendakwaan.
17
Di samping itu, Mahkamah juga mendapati bahawa rantaian keterangan berkait dengan barang kes dadah dari mula ianya dirampas oleh SP3 sehingga diserahkan kepada SP7 dan seterusnya diserahkan oleh SP7 kepada ahli kimia (SP2) untuk analisis dan akhirnya dikemukakan di Mahkamah ini sebagai eksibit, adalah tidak terputus dan sentiasa terpelihara. Malahan tiada cabaran langsung dari pihak pembelaan bahawa dadah-dadah yang dikemukakan di Mahkamah ini adalah dadah-dadah yang sama yang telah dirampas oleh SP3 di rumah tempat kejadian, diserahkan kepada pegawai penyiasat (SP7) dan yang diterima dari SP7 dan dianalisis oleh SP2 dan merupakan inti pertuduhan-pertuduhan terhadap OKT-OKT. Oleh yang demikian, Mahkamah berpuas hati bahawa identiti dan intergriti barang kes dadah telah pun dibuktikan.
2
Milikan – Jagaan, Kawalan Dan Pengetahuan 18. Prinsip undang-undang mengenai pembuktian kawalan, jagaan dan pengetahuan seseorang tertuduh ke atas dadah yang menjadi inti pertuduhan telah dijelaskan dengan mantap dalam kes-kes duluan. Antaranya, kes PP v Denish a/l Madhavan [2009] 2 MLJ 194 / [2009] 2 CLJ 209; Chan Pean Leon v Public Prosecutor [1956] LNS 17 / [1956] 1 MLJ 237; Pendakwa Raya v Lim Chsung Meng & Anor [2015] 1 LNS 1226 / [2015] MLJU 2234 dan Emmanuel Yaw Teiku v PP [2006] 3 CLJ 597 / [2006] MLJ 209.
19
Prinsip undang-undang yang boleh disimpulkan dari otoriti-otoriti di atas adalah, milikan perlu mempunyai beberapa elemen iaitu; a) elemen fizikal iaitu jagaan dan kawalan; b) elemen mental (Mens Rea Possession) iaitu pengetahuan mengenai dadah berkenaan dan c) elemen kedekatan fizikal (physical proximity) tertuduh dengan dadah tersebut dan kawalan/kuasa eksklusif tertuduh untuk berurusan (exclusive power to deal) dengan dadah tersebut jika tertuduh berhasrat untuk berbuat sedemikian seolah-olah dadah tersebut adalah miliknya.
20
Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, pegawai serbuan (SP3) langsung tidak disoal balas oleh pembelaan. Justeru keseluruhan keterangan SP3 adalah dianggap diterima dan tidak dipertikaikan. Selain itu, versi atau cadangan pembelaan OKT-OKT juga gagal dicadangkan kepada SP3. Dalam kes Wong Swee Chin v. PP [1980] 1 LNS 138; [1981] 1 MLJ 212, telah dinyatakan seperti berikut: “there is a general rule that a failure to cross-examine a witness on a crucial part of the case will amount to an acceptance of a witness's testimony.” Manakala, Mahkamah Persekutuan dalam kes Tan Kim Ho & Anor v PP [2009] 3 CLJ 236, pula telah menyatakan seperti berikut:- “[33] In our adversarial system of justice, the duty of each party is to show that his case is the truth. This is done by him adducing his own witnesses to support his contention. When it is the plaintiff or prosecutor who is adducing the evidence, his witnesses are subject to cross examination by the defence or the accused person. When a prosecution witness makes a statement of fact which is disagreed to by the defence it becomes the defence's duty to, in whatever way, put to the plaintiff or prosecution witness that what the witness has said is not true. In addition, he could also use the plaintiff's or prosecution's witnesses to adduce evidence to support his defence and to indicate what his defence is. This he is required to do to enable the plaintiff or prosecution to bring out evidence to disprove what the defence intends to adduce. If the defence does not in any way indicate by cross examination of those facts, those statements made by the plaintiff's or prosecution's witnesses must be accepted as true. Even if the plaintiff's or prosecution's witness does not say anything relating to the defence case, it is still the duty of the defence to bring out his case during plaintiff's or prosecution's case. In fact this duty to disclose his defence during the prosecution's case is more relevant in criminal cases than in civil. This is particularly so when the plaintiff or prosecution's witness is relevant to the fact in issue. In criminal cases, the prosecution does not know what the defence is going to be, except in alibi, until the defence adduces its evidence. [34] The failure of a party to put questions to his opponent's material witnesses in cross-examination is said by Gopal Sri Ram JCA in Aik Ming (M) Sdn Bhd & 8 Ors v. Chang Ching Chuen & 3 Ors & Another Case [1995] 3 CLJ 639 to be an abandonment of the pleaded case and may be barred from raising it in argument thereafter.”
21
Tidak dapat dinafikan bahawa SP3 adalah saksi pendakwaan yang material berdasarkan peranannya selaku pegawai serbuan yang menjalankan tangkapan ke atas OKT-OKT dan rampasan barang-barang kes di rumah tempat kejadian. Justeru kegagalan untuk menyoal balas SP3 dan meletakkan versi/pembelaan OKT-OKT kepada SP3 telah menjadikan keterangan SP3 sebagai fakta yang tidak dipertikaikan.
22
Keterangan material SP3 yang telah menjelma sebagai fakta adalah; a) kedua-dua OKT telah ditangkap di dalam rumah tempat kejadian; b) semasa serbuan hanya OKT berdua sahaja yang berada di rumah berkenaan; c) hasil pemeriksaan di rumah tempat kejadian, SP3 telah menemui dadah dan peralatan memproses dadah dalam kuantiti yang sangat banyak; d) peralatan memproses dadah dan sebahagian dari dadah ditemui dalam keadaan terdedah dalam erti kata ianya boleh dilihat dengan jelas oleh mata kasar.
23
Perincian kedudukan barang kes yang dijumpai adalah, di atas kabinet dapur, SP3 dan anggotanya telah menjumpai, antaranya, empat (4) peket plastik lutsinar setiap satu berisi serbuk/ketulan warna keperangan disyaki dadah jenis heroin dan satu (1) peket plastik lutsinar berisi serbuk warna putih disyaki dadah jenis heroin (rujuk gambar barang kes eksibit P50 gambar no.3). Manakala di atas lantai bilik pertama telah dijumpai pelbagai peralatan memproses dadah antaranya besen yang mengandungi serbuk warna putih disyaki kafein, penimbang digital, alat penapis penafasan, sealer, dapur memasak dan tong gas (rujuk P50 gambar no.9-21). Di dalam kabinet almari dalam bilik pertama pula telah dijumpai 26 peket plastik lutsinar di dalam setiap satunya berisi serbuk/ketulan warna perang disyaki dadah jenis heroin (rujuk eksibit P50 gambar no.22).
24
Fakta bahawa di atas kabinet dapur telah dijumpai lima (5) peket dadah dalam plastik lutsinar dan di atas lantai bilik pertama telah ditemui pelbagai peralatan yang berdasarkan sifatnya dan dengan mengambil notis kehakiman (judicial notice), adalah peralatan memproses dadah dalam keadaan terdedah, memberikan inferen bahawa OKT-OKT ada pengetahuan mengenai dadah-dadah berkenaan. Rujukan dibuat kepada kes PP v Mohd. Farid Mohd. Sukis & Anor (2002) 3 MLJ 401 yang telah merujuk kepada kes PP v Chia Leong Foo [2000] 6 MLJ 705, Chan Pean Leon v PP [1956] MLJ 237, PP v Badrulsham bin Baharom [1988] 2 MLJ 585 dan PP v Phua Keng Tong [1986] 2 MLJ 279, yang memutuskan bahawa bukti mengenai pengetahuan selalunya adalah melalui inferen.
25
SP1 telah camkan OKT2 sebagai penyewa yang telah menandatangani perjanjian penyewaan rumah tempat kejadian tersebut di dalam kehadiran SP1 dalam tahun 2017. Selanjutnya, SP1 turut mengesahkan pada tarikh kejadian, OKT2 adalah masih penyewa di rumah tempat kejadian.
26
Keterangan SP1 ini menunjukkan bahawa OKT2 adalah penghuni (occupier) bagi rumah tempat kejadian. Selain itu, fakta bahawa hanya OKT-OKT yang berada di rumah tempat kejadian semasa serbuan dan dikuatkan lagi dengan kehadiran DNA OKT-OKT pada barang kes forensik yang ditemui di tempat kejadian iaitu, DNA OKT 1 pada tiga (3) puntung rokok di dalam bekas habuk rokok di ruang tamu, tuala mandi yang tergantung di ampaian di ruang tamu dan berus gigi yang berada di atas rak plastik di dalam tandas bilik pertama dan DNA OKT 2 pada tuala mandi yang terdapat di ampaian di ruang tamu, memberikan inferen bahawa OKT-OKT bukan hanya mempunyai akses kepada rumah tempat kejadian dan bilik pertama tersebut, tetapi mereka juga telah mendiami atau menghuni rumah dan bilik pertama tersebut untuk suatu tempoh yang lama.
27
Kedekatan fizikal (proximity) OKT-OKT dengan dadah berkenaan dan fakta bahawa mereka adalah penghuni (occupiers) di rumah tempat kejadian serta fakta bahawa hanya mereka yang berada di rumah tempat kejadian semasa serbuan jelas menunjukkan bahawa OKT-OKT mempunyai pengetahuan, kawalan dan kuasa esklusif untuk berurusan dan mempelakukan mengikut kehendak mereka berkait dengan dadah-dadah yang menjadi inti pertuduhan-pertuduhan.
28
Hujahan peguambela bahawa OKT-OKT hanyalah penceroboh di rumah tempat kejadian yang tidak bernasib baik kerana telah berada di tempat yang salah pada masa yang salah adalah tidak berasas sama sekali. Ini kerana versi ini tidak pernah dicadangkan secara spesifik kepada saksi-saksi pendakwaan yang material iaitu SP1 (pemilik rumah) dan SP3 (pegawai serbuan). Selain itu, versi ini adalah tidak logik dan tidak mencukupi untuk menimbulkan apa-apa keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan. Ini kerana, adalah di luar dari adat dan kelaziman bagi penceroboh di rumah kediaman orang lain untuk mandi manda, memberus gigi, seterusnya menyidai tuala mandi yang digunakan di ampaian di ruang tamu dan menghisap sehingga tiga (3) batang rokok di rumah berkenaan. Kelazimannya, seseorang penceroboh akan bersegera melaksanakan misi mereka dan meninggalkan rumah yang dicerobohi dengan secepat mungkin serta akan seboleh mungkin mengelak dari meninggalkan apa-apa kesan atau jejak mereka di rumah yang dicerobohi bagi memastikan pelakuan jenayah mereka tidak terbongkar.
29
Hujahan peguambela terpelajar bahawa milikan gagal dibuktikan kerana ternyata ada individu lain juga mempunyai akses kepada rumah tempat kejadian berdasarkan keterangan SP4 dan laporannya (P18) yang menunjukkan kehadiran DNA individu lain yang tidak dapat dikenal pasti di rumah tersebut adalah ditolak. Di dalam memutuskan sedemikian, saya telah merujuk kepada kes Mahkamah Rayuan iaitu Hermankumar Subramaniam v PP [2020] MLJU 217/ [2020] 3 CLJ 844 yang telah membincangkan perkara ini dan memutuskan yang dipetik seperti berikut:- “[27] The defence submitted that there was no exclusivity of possession of the said room where the drugs were found because the room wherein the drugs were found was accessible to others. In his defence, the appellant said that the room was occupied and used by his mother, father, his niece and his sister. [28] We disagreed with the defence on the issue of exclusive element of possession of the said room wherein the drugs were found. Lack or absence of exclusivity of the use of a room, per se, does not necessarily mean that the accused person does not have custody or control of the room. There are plethora of authorities on this point. The facts and circumstances of the case need to be scrutinized. The Federal Court case of PP v Denish Madhaven [2009] 2 CLJ 209 which referred to the case of Leow Ngee Lim v Reg [1955] 1 LNS 53 provides an illumination on this issue of exclusivity, wherein Taylor J said: “…It is often said that “possession must be exclusive”. This is ambiguous. Possession need not be exclusive to the accused. Two or more persons may be in joint possession of chattels, whether innocent or contraband. The exclusive element of possession means that the possessor or possessors have the power to exclude other persons from enjoyment of the property. Custody likewise may be sole or joint and it has the same element of excluding others. The main distinction between custody and possession is that a custodian has not the power of disposal. The statement that ‘possession must be exclusive’ is often due to confusion of the fact to be proved with the evidence by which it is to be proved. It is essential to keep this distinction clearly in mind, especially when applying presumptions. [18] Thomson J, in Chan Pean Leon v Public Prosecutor [1956] 1 LNS 17, said that “possession” for the purposes of criminal law involves possession itself - which some authorities term “custody” or “control” - and knowledge of the nature of the thing possessed. As to possession itself he cited the following definition in Stephen’s Digest (9th edn, p 304), in which the exclusive element mentioned by Taylor J appears: ‘A moveable thing is said to be in the possession of a person when he is so situated with respect to it that he has the power to deal with it as owner to the exclusion of all other persons, and when the circumstances are such that he may be presumed to intend to do so in case of need.’ [19] Once the elements needed to constitute possession are established, including the element of exclusive power to deal, then what is established is possession, not exclusive possession. So much for exclusive possession.” [29] Discerning from the aforesaid authorities, there is nothing in the law that requires the prosecution to prove the exclusive use of the said room before a conviction under section 39B (1)(a) of the DDA can be sustained. What is needed to be proved by the prosecution is the possession of the drugs by the appellant and that the appellant had trafficked in the same. Proof of possession need not be “exclusive” to the appellant. Hence, if possession need not be exclusive, there is no reason why exclusive use of the room needs to be proved. The fact that others had access to the room does not mean that the appellant loses his control and custody of the room. It all depends on the facts and circumstances of the case.”
30
Adalah jelas dari otoriti di atas bahawa Mahkamah masih boleh membuat dapatan bahawa berdasarkan fakta dan keterangan, seseorang tertuduh itu mempunyai milikan terhadap dadah yang dijumpai di sesuatu tempat walau pun ada pihak lain yang tidak dituduh juga mempunyai akses kepada tempat tersebut.
31
Sehubungan itu, adalah dapatan saya bahawa kehadiran DNA individu lain tidak menjadikan OKT-OKT tidak mempunyai milikan terhadap dadah-dadah berkenaan. Ini kerana bukanlah menjadi kehendak undang-undang bahawa milikan terhadap dadah yang dipertuduhkan mestilah secara ekslusif hanya kepada OKT-OKT sahaja.
32
Justeru berdasarkan fakta yang terbukti melalui keterangan langsung, inferen-inferen dari fakta yang terbukti dan juga berdasarkan keterangan-keterangan berkeadaan sebagaimana yang telah dihuraikan, saya berpuashati bahawa OKT-OKT mempunyai milikan (jagaan dan kawalan) dan pengetahuan serta kuasa esklusif untuk berurusan dengan dadah-dadah yang dirampas di rumah tempat kejadian yang menjadi subjek kepada pertuduhan-pertuduhan terhadap mereka.
3
Mengenai perbuatan mengedar dadah-dadah yang dipertuduhkan
33
Setelah memutuskan bahawa melalui keterangan langsung, OKT-OKT mempunyai milikan, pengetahuan dan kuasa untuk berurusan dengan dadah yang menjadi sabjek pertuduhan, Mahkamah ini perlu memutuskan samada OKT-OKT telah mengedar dadah berkenaan melalui anggapan di bawah seksyen 37(da)(xvi) dan 37(da) (iiia) ADB 1952.
34
Berat dadah methamphetamine yang dipertuduhkan dalam pertuduhan pertama adalah 326.4 gram. Manakala berat dadah jenis heroin dan monoacetylmophines yang dipertuduhkan dalam pertuduhan kedua adalah 1651.34 gram. Berdasarkan berat dadah-dadah ini yang jelas melebihi berat minima di bawah seksyen 37(da)(xvi) dan 37(da) (iiia) ADB 1952, maka anggapan statutori (statutory presumption) bahawa OKT-OKT telah mengedar dadah-dadah berkenaan adalah dibangkitkan dan terpakai. Rujukan dibuat kepada kes Chua Boon Hong v PP [2012] 3 MLRA 103, di mana Abdul Malik Ishak JCA telah menyatakan yang dipetik seperti berikut: “[32] Here, there was evidence of actual possession and once actual possession is present, the compelling presumption under s 37(da)(xvi) of the DDA has to arise. There are no two ways about it.”
35
Setelah membuat dapatan di atas dan dengan mengambil panduan yang diberikan oleh Mahkamah atasan di dalam kes PP v Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457, di akhir kes pendakwaan saya telah memutuskan seperti berikut: “setelah Mahkamah ini membuat penilaian maksimun ke atas keseluruhan keterangan yang dikemukakan di peringkat pendakwaan, Mahkamah ini mendapati dan berpuas hati bahawa di akhir kes pendakwaan, pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie bagi kedua-dua pertuduhan di bawah seksyen 39B (1)(a) ADB 1952 yang dikenakan terhadap kedua-dua OKT dalam kes no. 45A-25- 05/2019 (Pertuduhan Pertama) dan kes no. 45A-26-05/2019 (Pertuduhan Kedua) masing-masing. Mahkamah mendapati elemen pemilikan dan pengetahuan telah dibuktikan melalui keterangan langsung dan keterangan berkeadaan (circumstantial evidence), manakala elemen pengedaran telah dibuktikan melalui anggapan statutori di bawah seksyen 37(da) (xvi) dan (iiia) berdasarkan jenis dan jumlah dadah yang terbukti berada dalam milikan kedua-dua Dengan ini, kedua-dua OKT adalah dipanggil untuk membela diri atas kedua-dua pertuduhan tersebut.
36
Mahkamah ini telah menjelaskan tiga (3) pilihan mod untuk OKT-OKT mengemukakan pembelaan mereka dan kesan-kesannya di bawah undang-undang, iaitu; (a) memberi keterangan secara bersumpah di kandang saksi; atau (b) memberi penyataan tidak bersumpah dari kendang tertuduh; atau (c) mendiamkan diri. Setelah faham akan pilihan yang ada serta kesan masing-masing, OKT-OKT telah memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah di kandang saksi. Kes Pembelaan Keterangan OKT2/SD1 37. Atas permohonan peguambela dan dengan tiada bantahan dari Timbalan Pendakwa Raya, keterangan dalam pembelaan telah dikemukakan oleh OKT2 terlebih dahulu. Naratif pembelaan SD1 (OKT2) adalah, pada hari kejadian, akibat kesempitan kewangan yang amat mendesak, SD1 berniat untuk melakukan curi di rumah sewa lamanya (rumah tempat kejadian) yang mana SD1 masih lagi menyimpan kunci rumah dan pengimbas lift bagi akses ke bangunan dan unit kondominium berkenaan. Oleh kerana tidak mempunyai sebarang kenderaan sendiri dan tanpa memberitahu niat jahatnya untuk mencuri tersebut, SD1 telah mengajak OKT1 yang merupakan sahabat lamanya ke kondominium berkenaan dengan menaiki motosikal kepunyaan OKT1. Sesampai ke destinasi, SD1 dengan menggunakan pengimbas lift dan kunci rumah tempat kejadian telah berjaya masuk ke rumah tersebut. Setelah memastikan tiada sesiapa di dalamnya, SD1 telah mengajak OKT1 untuk turut masuk sebelum SD1 menguncikan semula mangga pintu gril hadapan rumah tersebut dari dalam.
38
Malangnya, hanya dalam tempoh lebih kurang seminit sahaja mereka berdua berada dalam rumah tempat kejadian itu dan sebelum sempat pun mereka meninjau atau melakukan apa-apa pun di dalam rumah berkenaan, tiba-tiba pasukan serbuan polis yang diketuai oleh SP3 telah mengumpil pintu gril hadapan dan menyerbu masuk lalu kedua-dua mereka telah ditangkap oleh SP3 dan pasukannya.
39
SD1 menegaskan bahawa dadah-dadah yang dirampas di rumah tempat kejadian tersebut bukan kepunyaannya dan beliau tiada pengetahuan langsung mengenainya. Semasa berpindah keluar dari rumah tersebut pada akhir tahun 2017, SD1 telah membawa bersamanya semua barangan miliknya. Dadah dan semua barang kes yang dirampas oleh pasukan SP3 di rumah tempat kejadian pada hari kejadian tiada di rumah berkenaan sewaktu SD1 meninggalkan rumah tersebut. SD1 tidak tahu dadah-dadah dan kesemua barang kes tersebut milik siapa dan dibawa masuk ke rumah tempat kejadian itu oleh siapa dan bila.
40
Berkenaan bagaimana DNAnya boleh terdapat dan dikesan pada tuala yang tersangkut di ampaian di ruang tamu rumah tempat kejadian itu, SD1 telah memberikan penjelasan yang dipetik seperti berikut: “SD1 : Masa ditangkap diorang kumpulkan saya dan Rama di kawasan berdekatan dengan towel. Saya ada lap muka saya sebab berpeluh. Saya cuma lap sekali saja. Peguambela : Tangan kamu digari macam mana boleh lap ? : Saya tenyeh muka (ditunjukkan).” Keterangan OKT1/SD2 41. SD2 (OKT1) telah memberikan keterangan yang menyokong keterangan SD1 dalam konteks bahawa pada hari kejadian mereka hanyalah penceroboh di rumah tempat kejadian dan mereka telah diserbu dan ditangkap di dalam rumah berkenaan hanya selepas lebih kurang satu minit berada di dalamnya. SD2 juga menafikan dadah-dadah berkenaan adalah miliknya. SD2 juga menegaskan dia tiada pengetahuan langsung mengenai dadah dan juga barang-barang kes lain yang dirampas di rumah berkenaan.
42
Berkenaan persoalan bagaimana DNAnya boleh terdapat dan dikesan oleh SP4 pada berus gigi yang dirampas dari atas rak plastik dalam tandas bilik pertama yang mana sejumlah besar dadah dan peralatan memproses dadah telah dijumpai, SD2 telah memberikan penjelasan yang dipetik seperti berikut: “Peguambela : Baik Mr. Rama, tolong jelaskan, macam mana diorang boleh kata yang DNA kamu ada di situ SD2 : Berus ini bukan berus saya. Peguambela : Ada kamu pergi dekat sinki ini tak dalam rumah ? SD2 : Sinki, ada, masa kita duduk di sana masa itu hidung saya dok bleeding/berdarah dengan bibir saya. Saya tak selesa. Masa itu saya panggil polis suruh bawa pi, saya cakap “boleh saya pergi cuci muka tak, darah semua” then mereka buka gari saya dari belakang taruk depan saya. Satu orang bawa saya pergi, pegang tangan saya, pergi ke sana dan saya cuci, saya kumur mulut saya darah semua. Saya kumur di sana, itu saja saya tahu, saya tak pasti yang lain.”
43
Manakala mengenai DNAnya yang dikesan pada salah satu tuala di ruang tamu, keterangan SD2 yang relevan adalah seperti berikut : “Peguambela : Rujuk exhibit P51, gambar no. 8. Ada 2 tuala pada ampaian yang ada tanda 1. Ada 1 lagi di bawah. Dalam kes ini, saksi pendakwaan telah memberi keterangan ada DNA kamu pada salah satu tuala ini. SD2 : Tuala ini bukan tuala saya. Peguambela : Jadi macam mana DNA kamu boleh berada di situ? SD2 : Saya tak tahu memang kita duduk di sana Peguambela : Kamu kata kamu duduk di sana, duduk di mana ? SD2 : Dekat tempat yang apa sidai towel Peguambela : Tempat towel itu ?
44
Berkenaan dengan DNAnya yang terdapat pada tiga (3) puntung rokok yang dirampas dari dalam bekas habuk rokok di atas meja di ruang tamu rumah tempat kejadian pula, penjelasan SD2 adalah, dia menyimpan puntung-puntung rokok dari 3 batang rokok, iaitu, pertama yang beliau hisap semasa dalam perjalanan ke kondominium berkenaan, yang kedua semasa di tempat parkir motosikal di bawah bangunan kondominium tersebut dan yang terakhir adalah puntung rokok dari rokok yang dia hisap sebelum memasuki rumah tempat kejadian.
Preamble
Menurut SD2, beliau mengenggam puntung-puntung rokok itu dalam tangannya kerana sebelum itu dia tidak menemui tempat untuk membuangnya sehinggalah beliau nampak bekas habuk rokok di atas meja di ruang tamu rumah tempat kejadian tersebut.
45
Hujahan Pembelaan Sebagaimana keterangan OKT-OKT, pembelaan OKT-OKT adalah ketika serbuan mereka hanyalah penceroboh di rumah tempat kejadian dan hanya berada di dalam premis tersebut lebih kurang seminit sebelum diserbu dan ditangkap oleh SP3 dan pasukannya. Oleh itu, mereka tiada pengetahuan langsung mengenai dadah-dadah yang dirampas itu apatah lagi memilikinya. Pada tarikh kejadian, OKT2 tidak lagi menyewa di rumah berkenaan. OKT-OKT dapat akses masuk ke rumah tempat kejadian dengan menggunakan kunci dan pengimbas lift yang OKT2 tidak pulangkan kepada pemilik (SP1) sewaktu OKT2 berpindah keluar dari rumah tersebut pada akhir tahun 2017. DNA OKT-OKT yang terdapat pada barangan peribadi yang dijumpai di rumah tempat kejadian adalah secara kebetulan sahaja sebagaimana penjelasan OKT-OKT di dalam keterangan mereka. Pembelaan menghujahkan, oleh kerana Pembelaan telah berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes Pendakwaan mengenai elemen milikan dan pengetahuan mengenai dadah yang menjadi subjek kedua-dua pertuduhan, maka, pembelaan juga berjaya mematahkan anggapan pengedaran dadah berkenaan di atas imbangan kebarangkalian. Hujahan Pendakwaan 46. Pembelaan OKT-OKT adalah bersifat pemikiran terbelakang (afterthought) ianya adalah suatu pembelaan yang direka-reka selepas sahaja OKT-OKT dipanggil untuk membela diri. Ini kerana pengataan bahawa OKT2 telah lama keluar dari rumah tempat kejadian, namun masih memegang kunci rumah dan kad akses sehingga membolehkan OKT2 dan OKT1 masuk ke rumah tempat kejadian ini tidak pernah disoal, dicabar mahupun dicadangkan kepada tuan rumah iaitu SP1.
47
Begitu juga dengan keterangan atau penjelasan OKT-OKT mengenai kehadiran DNA mereka yang dikesan pada barangan peribadi yang terdapat di rumah tempat kejadian adalah semata-mata rekaan dan hanya difikirkan kemudian. Ini juga kerana tiada sebarang soalan, cabaran atau cadangan dikemukakan kepada SP3 selaku pegawai serbuan bahawa semasa kejadian OKT1 dan OKT2 ada dibawa dan dikumpulkan di ruang tamu di mana mereka telah berada berdekatan dengan tuala-tuala yang mana DNA mereka dikesan. Tiada juga soalan, cabaran atau cadangan kepada pegawai serbuan (SP3) bahawa OKT1 telah tercedera semasa proses tangkapan dan telah dibawa oleh salah seorang anggota serbuan ke tandas dalam bilik pertama untuk membersihkan hidung dan bibirnya yang berdarah di sinki dalam tandas berkenaan.
48
Sebaliknya, pendakwaan menghujahkan bahawa kehadiran DNA OKT-OKT tersebut menunjukkan bahawa OKT-OKT memiliki jagaan dan kawalan, akses serta pengetahuan berkenaan rumah tempat kejadian dan seterusnya turut mempunyai jagaan dan kawalan, akses serta pengetahuan terhadap dadah yang dijumpai di dalam rumah tempat kejadian dalam kuantiti yang sebegitu banyak sekali dan sebahagiannya dalam keadaan terdedah kepada mata kasar.
49
Juga dihujahkan bahawa kehadiran DNA OKT-OKT pada barangan yang bersifat peribadi seperti tuala dan berus gigi juga menunjukkan bahawa OKT1 dan OKT2 bukanlah hanya sekadar penceroboh atau tetamu kepada rumah tempat kejadian tetapi mereka adalah penghuni di rumah tempat kejadian yang mempunyai akses, kawalan dan jagaan terhadap rumah tempat kejadian dan seterusnya adalah mempunyai pengetahuan terhadap barang-barang kes dadah yang dirampas di dalam rumah tersebut.
50
Seksyen 182A Kanun Tatacara Jenayah memperuntukkan seperti berikut: “At the conlusion of the trial, the Court shall consider all the evidence adduced before it and shall decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt.”
51
Adalah jelas bahawa di sepanjang perbicaraan adalah menjadi tugas pihak pendakwaan untuk membuktikan pertuduhan yang dikenakan terhadap OKT-OKT melampau sebarang keraguan yang munasabah. Di akhir kes pembelaan, Mahkamah harus menilai keseluruhan keterangan yang dikemukakan di sepanjang perbicaraan dan setelah membuat penilaian itu, Mahkamah mesti memcapai dan membuat dapatan samada pihak pendakwaan telah membuktikan pertuduhan yang dikenakan melampaui sebarang keraguan yang munasabah atau sebaliknya. Jika dapatan adalah positif bahawa pendakwaan telah berjaya melunaskan beban tersebut dan OKT-OKT hendaklah disabitkan dengan kesalahan yang dipertuduhkan dan seterusnya dijatuhkan hukuman sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang. Sekiranya dapatan yang dicapai adalah sebaliknya, maka OKT-OKT harus dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan yang dikenakan.
52
Undang-undang pada bila-bila masa tidak meletakkan beban kepada OKT-OKT untuk membuktikan ketidakbersalahannya (innocence). OKT-OKT hanya perlu menimbulkan keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan. Prinsip undang-undang mengenai tugas Mahkamah untuk membuat penilaian semua keterangan adalah mantap. Ini adalah seperti mana yang telah digariskan di dalam kes-kes duluan yang tersohor iaitu Balachandran v PP [2005] 2MLJ 301/ [2005] 1 CLJ 85 dan Mohamad Radhi bin Yaakob v PP [1991] 3 MLJ 169 / [1991] 3
53
Pada masa yang sama, perlu ditegaskan bahawa, walaupun OKT tidak mempunyai beban undang-undang untuk membuktikan ketidakbersalahannya dan hanya perlu membangkitkan keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan, namun, OKT mempunyai beban keterangan (evidential burden) untuk mengemukakan keterangan yang dapat menimbulkan keraguan tersebut. Perkara ini telah dijelaskan oleh Mahkamah Rayuan di dalam kes Sarumathi Rengasamy v PP [2015] 1 LNS 1519 yang diperturunkan semula seperti berikut: “[46] With respect, it is incorrect to say that the learned trial Judge had shifted the onus of proof to the appellant. In our view, learned counsel has taken the learned trial Judge’s comments out of its proper content. The above passage should be understood to mean that the prosecution, having discharged its legal burden to establish a prima facie case at the close the prosecution case, the evidential burden shifted to the defence to displace that the impugned drugs were not for the purpose of trafficking and the inference of knowledge on the part of the appellant. [47] The burden upon the prosecution to prove the guilt of an accused must be carefully distinguished from the evidential burden of adducing evidence. The burden of proving guilt is always on the prosecution. The evidential burden on the other hand, consists of an obligation to produce evidence to raise up a particular issue. In Sheldrake v. OPP, Attorney General’s Reference (No 4 of 2002), Lord Bingham stated at (P 289): “An evidential burden is not a burden of proof. It is a burden of raising, on the evidence in the case, an issue as to the matter in question fit for consideration by the tribunal of fact. If an issue is properly raised, it is for the prosecutor to prove, beyond reasonable doubt, that that ground of exoneration does not avail the defendant.”. [48] The comments by the learned trial Judge must be read against the defence set up by the appellant ie, she brought the exercise devise to Penang as requested by an unknown man. His Lordships’ comment merely goes to show the probability and the weight attached to appellant’s defence. [49] It is important to bear in mind that for the appellant to discharge the evidential burden, there has to be evidence before the court, if believed, that could be taken by the learned trial Judge to support the defence. These are pure question of facts for the learned trial Judge to decide. The learned trial Judge had considered the evidence in support of the defence of innocent carrier put forth by the appellant and gave reasons for rejecting it. We found no cogent reasons to disagree with his findings.” Pertimbangan dan Analisa:
1
Mengenai OKT2 tidak lagi menyewa di rumah tempat kejadian pada tarikh serbuan.
54
Dalam konteks ini, keterangan OKT2 (SD1) yang relevan dan diberi penelitian dan pertimbangan, adalah dipetik seperti berikut: “Peguambela : Selepas kamu keluar dari rumah tersebut setelah tak sewa dah pada 2018 dan pada hari kamu ditangkap oleh polis pada 8.8.2018 kamu ada bawa 1 set kunci dan 2 scanner card. Kalau kamu kata kamu tak sewa, kenapa kunci dan scanner card itu masih dalam simpanan kamu ? SD1 : Sebab masa saya keluar saya hanya beritahu pada owner rumah yang saya tak mahu sambung sewa dan saya terus keluar. Saya tak bagi kunci dengan scanner card dan dia pun tak tanya saya apa-apa. Peguambela : Kamu ada beritahu bahawa selepas pindah ke Kulim, susah nak ke Pulau Pinang. Apa maksud kamu susah nak pergi ke Pulau Pinang? SD1: Saya maksudkan, dengan saya tak ada kerja dan duit tak banyak dan masalah transport. Saya tak ada kereta ataupun motosikal.”
55
Secara ringkas, naratif OKT2 adalah, dalam Oktober 2017 iaitu selepas dua bulan berkahwin, dia telah diberhentikan kerja, akibatnya, dia menghadapi masalah kewangan yang teruk dan tidak lagi mampu untuk menyewa di kondominium rumah tempat kejadian. Justeru OKT2 memutuskan untuk tidak lagi menyambung kontrak penyewaan tersebut bagi tahun 2018 dan telah keluar dan berpindah ke rumah sewa yang lebih murah di Kulim. OKT2 hanya memaklumkan SP1 yang dia tidak mahu menyewa lagi untuk tahun 2018 dan telah terus berpindah pada akhir 2017 tanpa menyerahkan kembali kunci rumah dan dua (2) kad pengimpas kepada tuan rumah (SP1). Selepas itu, SD1 tidak lagi datang ke Pulau Pinang kerana tiada wang dan juga tidak memiliki sebarang kenderaan untuk berbuat demikian.
56
Setelah menilai dan meneliti keterangan SD1 ini serta membandingkannya dengan keterangan saksi-saksi pendakwaan terutamanya pemilik rumah (SP1) sendiri, saya mendapati keterangan SD1 ini tidak menyakinkan dan lebih bersifat satu pemikiran semula (after thought). Ini kerana, versi SD1 ini tidak pernah ditanya atau dicadangkan atau dicabar kepada SP1 sendiri. Dalam konteks ini, SP1 adalah saksi yang paling material bagi fact in issue dalam maksud hanya SP1 yang mempunyai pengetahuan peribadi mengenainya dan dengan itu hanya SP1 yang berada dalam posisi samada untuk mengesahkan atau menafikan atau memberikan penjelasan mengenai versi SD1. Ini terutamanya mengenai dakwaan SD1 bahawa SP1 tidak langsung menanyakan mengenai kunci dan kad pengimbas berkenaan dan langsung tidak meminta apatah lagi mendesak untuk ianya dikembalikan apabila SD1 menyampaikan hasratnya kepada SP1 untuk menamatkan kontrak penyewaan dan ingin berpindah keluar dari rumah tempat kejadian tersebut. Berkait dengan isu ini, rujukan dibuat sekali lagi kepada kes Mahkamah Persekutuan iaitu kes Tan Kim Ho & Anor v PP [supra].
57
Mengenai hujahan peguambela yang terpelajar bahawa SP1 bukanlah saksi yang tepat kerana pada masa kejadian SP1 bukan lagi pemilik berdaftar rumah tempat kejadian tersebut. Pada hemat mahkamah ini, isu samada SP1 masih lagi pemilik berdaftar rumah tempat kejadian atau pun tidak semasa serbuan di dalam konteks undang-undang tanah (land law) adalah tidak material. Ini kerana, adalah jelas bagi SD1 sendiri berdasarkan keterangannya bahawa pemilik (landlord) rumah tempat kejadian itu adalah tidak lain dan tidak bukan adalah SP1. SD1 tidak pernah mempertikaikan bahawa sememangnya dia memasuki perjanjian penyewaan rumah tempat kejadian itu (P22B) dalam tahun 2017 dengan SP1 sebagai land lord dan SD1 sebagai tenant (penyewa).
58
Jika benar sekali pun semasa serbuan SP1 bukan lagi pemilik berdaftar premis tersebut, namun keterangan beliau bahawa pada sepanjang masa yang material, hanya SP1 yang menguruskan dan memantau penyewaan premis tersebut tidak pernah dicabar oleh pembelaan. Malahan, jika pun SP1 bukan pemilik berdaftar premis tersebut semasa menandatangani penjanjian penyewaan dengan dan P22A tidak ditandatangani oleh SD1, pada hemat mahkamah ini, ia tidak memudaratkan kes pendakwaan. Ini kerana apa yang pendakwaan perlu buktikan melalui keterangan SP1 adalah fakta bahawa SD1 adalah penyewa (occupier) rumah tempat kejadian semasa serbuan. Perihal keabsahan perjanjian sewaan tersebut dari sudut undang-undang kontrak, bukanlah menjadi isu yang perlu ditangani oleh pendakwaan dan diputuskan oleh Mahkamah ini. Justeru pembelaan SD1 bahawa beliau bukan lagi penyewa premis berkenaan semasa serbuan memang seharusnya ditanyakan kepada SP1. Rujukan juga dibuat kepada kes Mahkamah Persekutuan iaitu Alcontara a/l Ambross Anthony v. Public Prosecutor [1996] 1 MLRA 47; [1996] 1 MLJ 209; [1996] 1 CLJ 705; [1996] 1 AMR 817 di mana Edgar Joseph Jr FCJ telah menyatakan : “Speaking generally, in a criminal trial, the whole point and purpose of the defence having to put its case to such of the prosecution witnesses as might be in a position to admit or deny it, is to enable the prosecution to check on whether an accused's version of the facts is true or false, and thus avoid the adverse comment, that the defence is a recent invention - in other words, "kept up its sleeve", as it were revealed for the first time when the accused makes his defence from the witness box or the dock, thus detracting from the weight to be accorded to the defence.”
59
Walaubagaimana pun, menyedari tugas Mahkamah ini untuk tetap meneliti, menilai dan membuat dapatan terhadap setiap pembelaan yang dibangkitkan, maka, penelitian telah dibuat terhadap pembelaan yang dibangkitkan ini. Hasil penelitian ini, Mahkamah berpendapat bahawa pembelaan SD1 ini adalah tidak logik, tidak disokong oleh apa-apa keterangan lain, gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah dan hanyalah satu rekaan serta pemikiran terkemudian semata-mata. Ini kerana dalam konteks ini, keterangan SD1 adalah saling bercanggah sesama sendiri. Pada satu ketika, SD1 menyatakan setelah berpindah ke Kulim, dia tidak pernah lagi ke Pulau Pinang kerana ketiadaan kenderaan dan masalah kewangan. Namun, pada satu ketika yang lain pula, SD1 telah memberikan keterangan yang dipetik seperti berikut : “Peguambela : 2018 sebelum tarikh kamu ditangkap oleh polis pada bila-bila masa ada tak kamu jumpa Lee Bun Si (SP1)? : Ada sekali saya berjumpa dengan dia untuk jual kasut dan jam tangan. Peguambela : Di mana kamu berjumpa dengan beliau ? :
60
Dari petikan keterangan di atas, jelas menunjukkan bahawa selepas berpindah ke Kulim, SD1 ada ke Pulau Pinang. Malahan, keterangan ini menunjukkan bahawa SD1 bukan sekadar ke Pulau Pinang dalam tahun 2018, malahan, SD1 telah bekerja di Pulau Pinang, iaitu SD1 berniaga menjual kasut dan jam tangan di hadapan MayBank Cawangan Gelugor, Pulau Pinang. Keterangan ini juga adalah konsisten dengan keterangan SP1 (Lee Bun Si) yang menyatakan dia ada berjumpa dengan SD1 dalam tahun 2018 di hadapan MayBank Cawangan Gelugor, Pulau Pinang. Keterangan SP1 yang berkenaan semasa pemeriksaan semula adalah dipetik seperti berikut : “TPR : Lawyer ask you, you said that you see Kelana when he shown you the boot. When is the time it took place ? SD1 : Year 2018. It is in front of the Maybank Gelugor. The car there. I think that time he said he’s doing on line business, so I try to support him.”
61
Selain itu, penelitian Mahkamah kepada klausa 2 Perjanjian Penyewaan untuk tahun 2017 (eksibit P22B) yang disahkan oleh telah ditandatanganinya sendiri selaku penyewa, mendapati semasa memasuki perjanjian tersebut, SD1 dikehendaki membayar keseluruhannya sejumlah RM1,650.00 sebagai deposit penyewaan. Deposit ini pula, akan dikembalikan kepada SD1 setelah penamatan kontrak penyewaan. Pada hemat Mahkamah, adalah amat tidak munasabah bagi SD1 yang sedang mengalami kesempitan kewangan yang teruk itu untuk tanpa apa-apa sebab yang jelas, sengaja tidak mengembalikan kunci dan kad pengimbas lift kepada SP1. Ini kerana, dengan berbuat demikian, SD1 akan turut kehilangan hak dan peluang untuk menuntut kembali wang deposit tersebut. Malahan, SD1 boleh dikenakan penalti (denda) atas kegagalan memulangkan kad pengimbas lift berkenaan kepada pihak pengurusan bangunan/SP1. Secara logik dan kemunasabahannya, bagi seseorang yang sedang mengalami masalah kewangan, jumlah RM1,650.00 adalah sangat besar dan amat diperlukan untuk kelangsungan hidup. Maka, adalah mustahil untuk seseorang yang di dalam keadaan kewangan yang kritikal seperti yang didakwa oleh SD1, sengaja melepaskan peluang untuk mendapatkan semula wangnya dan pada masa yang sama sengaja mengambil risiko didenda (penalty) sebagaimana yang dinyatakan dalam catatan bertarikh 24.11.2017 dalam Perjanjian Penyewaan (P22B), yang tidak dinafikan oleh SD1 telah ditandatanganinya sendiri semasa menerima kad pengimbas berkenaan daripada SP1.
62
Justeru, berdasarkan alasan-alasan di atas dan dengan juga mengambil kira keterangan SP1 bahawa penjanjian penyewaan dengan SD1 tidak pernah ditamatkan dan tidak berlaku sebarang penukaran penyewa bagi rumah tempat kejadian pada tahun 2018. Di mana, menurut SP1, dia yakin dalam tahun 2018, penyewa di rumah tempat kejadian itu adalah masih SD1. Ini kerana dalam tahun 2018, SP1 masih lagi berterusan menerima bayaran sewa bulanan bagi rumah tempat kejadian tersebut pada setiap bulan bagi tahun 2018 yang dikreditkan ke akaun banknya. Ini adalah kaedah atau cara pembayaran yang sama sebagaimana kelazimannya dilakukan oleh SD1 di sepanjang tahun 2017, Mahkamah ini membuat dapatan bahawa SD1 adalah penyewa di rumah tempat kejadian pada tarikh serbuan.
2
Mengenai DNA OKT-OKT yang dikesan pada barang-barang kes di tempat kejadian.
63
Berkait dengan isu ini, Mahkamah mendapati keterangan/penjelasan SD1 dan SD2 mengenai DNA mereka yang di kesan pada tuala adalah kerana SD1 menenyeh mukanya ke tuala berkenaan untuk mengelap peluh, manakala SD2 pula semata-mata kerana dia telah berada berdekatan dengan tuala berkenaan, dan penjelasan SD2 mengenai DNAnya pada berus gigi adalah kerana dia telah menggunakan sinki di dalam tandas di mana berus gigi tersebut berada, adalah sangat lemah, tidak menyakinkan dan gagal menimbulkan apa-apa keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan.
64
Ini kerana penjelasan-penjelasan ini tidak pernah dicadangkan kepada SP3 iaitu ketua serbuan selaku saksi yang boleh mengesahkan atau menyangkal penjelasan tersebut. Sekali lagi, rujukan dibuat kepada kes Mahkamah Persekutuan iaitu Tan Kim Ho & Anor v PP [Supra].
65
Pun begitu, Mahkamah ini masih menimbangkan dan menilai penjelasan kedua-dua OKT ini. Di mana Mahkamah mendapati dengan menafikan tuala dan berus gigi (bagi OKT1) yang mempunyai kesan DNA mereka adalah milik mereka, maka, inferen yang boleh dibuat adalah OKT-OKT mengatakan bahawa tuala dan berus gigi berkenaan adalah milik orang lain. Seterusnya, jika benar tuala dan berus gigi berkenaan kepunyaan orang lain, Mahkamah ini berpendapat, sudah pasti selain DNA OKT-OKT, SP4 juga akan dapat mengesan kesan surih DNA individu-individu lain yang tidak dikenali pada tuala dan berus gigi berkenaan. Namun, penelitian kepada laporan DNA (P18) dan keterangan lisan ahli kimia (DNA) iaitu SP4, jelas menunjukkan hanya DNA OKT-OKT yang dikesan pada barangan tersebut. Ini memberikan inferen bahawa tuala dan berus gigi berkenaan hanya digunakan oleh OKT-OKT. Seterusnya, fakta bahawa DNA OKT-OKT terdapat pada barangan peribadi berkenaan menunjukkan bahawa OKT-OKT adalah penghuni di rumah tempat kejadian tersebut dan bukannya sekadar penceroboh yang hanya sempat berada di rumah tempat kejadian dalam tempoh lebih kurang seminit sebelum ditangkap seperti yang mereka dakwa.
66
Sehubungan itu, di akhir kes pembelaan, Mahkamah berpuas hati bahawa tiada keterangan dari pihak pembelaan yang telah menimbulkan keraguan mengenai isu milikan barang kes dadah yang dipertuduhkan terhadap OKT-OKT. Kewujudan DNA OKT1 pada barangan peribadi iaitu tuala yang dijumpai di ruang tamu, berus gigi yang berada di dalam tandas bilik pertama dan pada 3 puntung rokok di dalam bekas habuk rokok di ruang tamu menunjukkan OKT1 mempunyai akses, kegunaan dan penghunian di rumah tempat kejadian dan bilik pertama rumah berkenaan. Keadaan barang kes dadah dan peralatan memprosesnya yang terdedah dan dalam kuantiti yang banyak di dalam bilik pertama tersebut tidak memungkinkan OKT1 untuk menafikan pengetahuannya mengenai dadah tersebut. Begitu juga dengan OKT2, keterangannya tidak dapat menimbulkan keraguan yang munasabah bahawa dia bukan lagi penyewa di rumah tempat kejadian semasa serbuan. Selaku penyewa (occupier) OKT2 mempunyai akses, kegunaan dan penghunian seluruh rumah tempat kejadian. Sementelah pula, tiada langsung keterangan dalam pembelaan bahawa bilik pertama di mana peralatan memproses dan sebahagian dadah tersebut dijumpai berkunci dan dihuni oleh orang lain. Sama seperti OKT1, keadaan barang kes dadah dan peralatan memprosesnya yang terdedah dan dalam kuantiti yang banyak di dalam bilik pertama dan di atas kabinet dapur tersebut tidak memungkinkan OKT2 untuk menafikan pengetahuannya mengenai dadah yang dipertuduhkan tersebut.
67
Mahkamah mendapati keseluruhan keterangan OKT-OKT adalah satu pemikiran semula yang hanya direka bagi menyokong penafian OKT-OKT terhadap pemilikan dadah yang dipertuduhkan kepada mereka semata-mata. OKT-OKT gagal mengemukakan apa-apa keterangan yang kredibel. Rujukan dibuat kepada kes PP v Mohamad Malek Ridhzuan Che Hassan [2013] 8 CLJ 359; [2013] 1 LNS 447 di mana Mahkamah Rayuan melalui Mohd Zawawi Salleh HMR (pada masa itu) telah menyatakan seperti berikut : “A denial if not supported by strong and credible evidence, was a “self-serving assertion” which had no evidential value in law”.
68
Oleh yang demikian, setelah menilai keseluruhan keterangan di setiap peringkat seperti yang dikehendaki oleh seksyen 182A Kanun Tatacara Jenayah dan dengan berpandukan kepada otoriti duluan dari mahkamah atasan iaitu kes Mohamad Radhi bin Yaacob v PP [1991] 3 MLJ 169 / [1991] 3 CLJ 2073, Mahkamah ini mendapati bahawa OKT-OKT telah gagal menimbulkan apa-apa keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan bagi kedua-dua pertuduhan yang dikenakan. Mahkamah ini juga mendapati bahawa di atas imbangan kebarangkalian, OKT-OKT juga telah gagal menyangkal anggapan statutori bagi perbuatan mengedar dadah-dadah berkenaan. Dengan yang demikian, Mahkamah mendapati bahawa Pendakwaan telah membuktikan satu kes pada tahap melampaui keraguan yang munasabah bagi kedua-dua pertuduhan yang dikenakan terhadap OKT-OKT. Justeru Mahkamah mendapati kedua-dua OKT adalah bersalah dan disabitkan dengan kesalahan mereka di bawah seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi kedua-dua pertuduhan seperti yang dipertuduhkan. Hukuman
69
Rayuan dalam mitigasi Dengan menyatakan latar belakang setiap OKT secara ringkas dan dengan menekankan fakta bahawa kedua-dua OKT adalah pesalah pertama, peguam terpelajar memohon agar mahkamah ini menimbangkan untuk menjatuhkan hukuman alternatif selain dari hukuman mati ke atas OKT-OKT. Manakala Puan Timbalan Pendakwa Raya, hanya menyerahkan kepada budibicara Mahkamah untuk menjatuhkan hukuman yang sewajarnya ke atas
70
Dalam keadaan yang demikian, Mahkamah ini mengambil perhatian bahawa walau pun hukuman mati masih lagi menjadi salah satu pilihan untuk dijatuhkan atas sabitan bagi kesalahan di bawah seksyen 39B DDA 1952, namun, Akta yang menghapuskan sifat mandatori hukuman mati tersebut iaitu Abolition of Mandatory Death Panalty Act 2023 (Act 846) telah digubal dengan semangat dan hasrat untuk memelihara nyawa/kehidupan (preserve life). Ini boleh dilihat dari Handsard pada bacaan kedua dan ketiga rang undang-undang Abolition of Mandatory Death Penalty Act 2023 yang bertarikh 11 April 2023, di mana Timbalan Menteri Undang-Undang telah menyatakan seperti berikut: “Selain itu, hukuman mati yang telah dilaksanakan juga tidak boleh diperbaiki ataupun dipulihkan, dengan izin Tuan Yang di-Pertua, you cannot undo the death penalty as it is irreversible. Oleh itu, kita tidak boleh dengan sewenangnya mengabaikan kewujudan hak asasi untuk hidup ataupun dengan izin, the inherent right to life setiap individu. Pemansuhan hukuman mandatori di Malaysia bertujuan menghormati hak untuk hidup setiap individu di Malaysia sambil memastikan keadilan bagi semua pihak. Selaras dengan tujuan menghormati hak untuk hidup bagi setiap individu, prinsip asas di sebalik setiap hukuman di Malaysia merupakan pemulihan ataupun, dengan izin, rehabilitation banduan agar mereka dapat kembali ke Masyarakat dan menjadi individu yang dapat berkhidmat kepada keluarga, masyarakat dan negara setelah selesai menjalani hukuman. … Sehubungan itu, pada 17 Mac 2023, Mesyuarat Jemaah Menteri telah bersetuju dengan Cadangan hukuman gantian terhadap hukuman mati mandatori iaitu hukuman mati atas budi bicara mahkamah atau hukuman pemenjaraan bagi suatu tempoh yang tidak kurang daripada 30 tahun tetapi tidak melebihi 40 tahun dan juga hukuman sebatan tidak kurang 12 kali. ..”.
71
Justeru dengan mengambil kira hasrat dan tujuan Akta 846 ini, Mahkamah berpendapat kecuali jika ada faktor-faktor pemberatan melampau (extreme), serius dan jauh mengatasi faktor-faktor mitigasi, maka pendekatan memilih hukuman yang menghormati dan memelihara nyawa serta kehidupan seharusnya diberikan keutamaan.
72
Memandangkan tiada langsung faktor-faktor pemberatan yang dikemukakan apatah lagi yang sedemkian rupa untuk pertimbangan Mahkamah, maka, saya telah menjatuhkan hukuman alternatif yang diperuntukkan iaitu, terhadap OKT1, 30 tahun penjara bermula dari tarikh tangkap bagi kedua-dua pertuduhan (OKT1 telah melebihi usia 50 tahun sewaktu sabitan) dan hukuman 30 tahun penjara bermula dari tarikh tangkap dan 12 kali sebatan rotan bagi kedua-dua pertuduhan terhadap OKT2 (hukuman penjara berjalan serentak manakala hukuman sebat secara berasingan). Rofiah binti Mohamad Pesuruh Jaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Georgetown, Pulau Pinang.
09
09.10.2024. Timbalan Pendakwa Raya Puan Ayu Rohaiza Binti Ghazali (Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Pulau Pinang) bagi pihak pendakwaan. Encik T.Jayaraj (Tetuan T.Jeyaraj & Company) bagi pihak kedua-dua
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.