Jika benar sekalipun semasa serbuan SP1 bukan lagi pemilik berdaftar premis tersebut, namun keterangan beliau bahawa pada sepanjang masa yang material, hanya SP1 yang menguruskan dan memantau penyewaan premis tersebut tidak pernah dicabar oleh pembelaan. Malahan, jika pun SP1 bukan pemilik berdaftar premis tersebut semasa menandatangani perjanjian penyewaan dengan dan P22A tidak ditandatangani oleh SD1, pada hemat mahkamah ini, ia tidak memudaratkan kes pendakwaan. Ini kerana apa yang pendakwaan perlu buktikan melalui keterangan SP1 adalah fakta bahawa SD1 adalah penyewa (occupier) rumah tempat kejadian semasa serbuan. Perihal keabsahan perjanjian sewaan tersebut dari sudut undang-undang kontrak, bukanlah menjadi isu yang perlu ditangani oleh pendakwaan dan diputuskan oleh Mahkamah ini. Justeru pembelaan SD1 bahawa beliau bukan lagi penyewa premis berkenaan semasa serbuan memang seharusnya ditanyakan kepada SP1. Rujukan juga dibuat kepada kes Mahkamah Persekutuan iaitu Alcontara a/l Ambross Anthony v Public Prosecutor [1996] 1 MLRA 47; [1996] 1 MLJ 209, [1996] 1 CLJ 705; [1996] 1 AMR 817 di mana Edgar Joseph Jr FCJ telah menyatakan: “Speaking generally, in a criminal trial, the whole point and purpose of the defence having to put its case to such of the prosecution witnesses as might be in a position to admit or deny it, is to enable the prosecution to check on whether an accused's version of the facts is true or false, and thus avoid the adverse comment, that the defence is a recent invention — in other words, ‘kept up its sleeve’, as it were — and revealed for the first time when the accused makes his defence from the witness box or the dock, thus detracting from the weight to be accorded to the defence.” [22] Kami bersetuju dengan dapatan YA PK atas isu ini. Kami berpendapat tidak ada keperluan untuk memanggil isteri/anak lelaki SP1 untuk memberi keterangan ataupun ditawarkan kerana mereka bukanlah saksi-saksi yang relevan walaupun rumah tempat kejadian telah dipndahmilik kepada mereka. Fakta dan keterangan adalah jelas bahawa SP1 lah yang telah berurusan dengan OKT2/Perayu Kedua berkaitan penyewaan rumah tempat kejadian. [23] Tidak ada sebab untuk Mahkamah untuk tidak mempercayai keterangan SP1 dan YA PK sebagai Hakim Bicara mempunyai ‘prerogative’ dalam menilai “demeanour” SP1 yang memberi keterangan. Tidak terdapat kekhilafan di pihak YA PK dalam menerima keterangan SP1 bahawa OKT2/Perayu Kedua adalah penyewa dan masih tinggal di rumah tempat kejadian semasa serbuan. [24] Adalah perlu ditekankan bahawa Mahkamah yang mendengar rayuan perlu perlahan dalam mengusik dapatan fakta Hakim Bicara yang melibatkan kredibiliti di mana kelebihan audio visual terletak mutlak kepada Hakim yang mengendalikan perbicaraan. Mahkamah Persekutuan melalui penghakiman Abdul Hamid Embong FCJ dalam kes Isidro Leonardo Quito Cruz v PP [2013] 2 CLJ 1025 (FC) telah menekankan prinsip ini seperti berikut: “[16] The Federal Court too does not make its own findings of fact. (see PP v. Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457). The function of this court, at this final stage of appeal in dealing with the findings of fact by the courts below is now limited in its scope, confined to the advice of the Privy Council in this passage from Antonio Dias Caldeira v. Frederick Augustus Gray [1934] CLJU 5; [1934] 1 LNS 5; [1936] MLJ 137, 138 which says: ... that the functions of an appellate court, when dealing with a question of fact, and a question of fact in which questions of credibility are involved, are limited in their character and scope, and that in an appeal from a decision of a trial judge based on his opinion of the trust-worthiness of witnesses whom he has seen, an appellate court must in order to reverse, not merely entertain doubts whether the decision below is right but must be convinced that it is wrong. Now, it settled law that it is no part of the function of an appellate court in a criminal case or indeed any case to make its own findings of fact. That is a function exclusively reserved by the law to the trial court. The reason is obvious. An appellate court is necessarily fettered because it lacks the audio-visual advantage enjoyed by the trial court. This case, it must be underlined, raises for the most part essentially factual issues on which the courts below were in agreement. On such issues, the rule is that an appellate court should not reverse the trial judge in the absence of palpable and overriding error which affected his or her assessment of the facts. There is also the now trite principle that this court will not interfere with any concurrent findings of fact by both the trial court and the intermediate appellate court. Unless there is a plain and overriding error which affected their assessment of facts. (see Lim Geak Liang v. East West UMI Insurance Bhd [1997] 4 CLJ 405; [1997] 3 MLJ 517. Also, Low Kian Boon & Anor v. PP [2010] 5 CLJ 489).” [Penekanan diberikan] [25] YA PK telahpun menilai pembelaan OKT2/Perayu Kedua bahawa dia tidak lagi tinggal di rumah tempat kejadian dan hanya ke sana bagi tujuan menceroboh. Kami bersetuju dengan dapatan YA PK bahawa versi pembelaan OKT2/Perayu Kedua adalah tidak logik serta gagal menimbulkan keraguan munasabah ke atas kes pendakwaan. Penilaian dan dapatan YA PK adalah seperti berikut: “59. Walaubagaimana pun, menyedari tugas Mahkamah ini untuk tetap meneliti, menilai dan membuat dapatan terhadap setiap pembelaan yang dibangkitkan, maka, penelitian telah dibuat terhadap pembelaan yang dibangkitkan. Hasil penelitian ini, Mahkamah berpendapat bahawa pembelaan SD1 ini adalah tidak logic, tidak disokong oleh apa-apa keterangan lain, gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah dan hanyalah satu rekaan serta pemikiran terkemudian semata-mata. Ini kerana dalam konteks ini, keterangan SD1 adalah saling bercanggah sesame sendiri. Pada satu ketika, SD1 menyatakan setelah berpindah ke Kulim, dia tidak pernah lagi ke Pulau Pinang kerana ketiadaan kenderaan dan masalah kewangan. Namun pada satu ketika yang lain pula, SD1 telah memberikan keterangan yang dipetik seperti berikut: “Peguambela : 2018 sebelum tarikh kamu ditangkap oleh polis pada bila-bila masa ada tak kamu jumpa Lee Bun Si (SP1)? : Ada sekali saya berjumpa dengan dia untuk jual kasut dan jam tangan. Peguambela : Di mana kamu berjumpa dengan beliau? : Di Pulau Pinang. Maybank Gelugor.”