Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG DALAM NEGERI PULAU PINANG, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO. PA-12B-22-05/2024
PA-12B-22-05/2024
High Court of Malaysia5 Feb 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“semestinya muktamad; dan [c] keterangan itu mestilah kelihatan boleh dipercayai, walaupun tidak semestinya tidak dapat disangkal. 25. Mahkamah Persekutuan dalam Lau Foo Sun v. Government of Malaysia [1970] CLJU 56; [1970] 2 MLJ 70 memperuntukkan tiga (3) syarat yang mesti dipenuhi oleh Perayu bagi membolehkan keteranga”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG DALAM NEGERI PULAU PINANG, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO. PA-12B-22-05/2024
1
RASHYTTEREN A/L KATHIRASEN
2
VETRIIVHELL A/L SARAVANAN (NO. K/P: 970608-07-5199) … PERAYU-PERAYU DAN 1. VARATA RAJOO A/L NALASAMY
2
DAYVANAI A/P MUNIANDY
3
LONPAC INSURANCE BHD …RESPONDEN-RESPONDEN DALAM MAHKAMAH SESYEN DI GEORGETOWN DALAM NEGERI PULAU PINANG, MALAYSIA GUAMAN NO. PA-A53KJ-188-07/2019 ANTARA 1. RASHYTTEREN A/L KATHIRASEN
2
VETRIIVHELL A/L SARAVANAN (NO. K/P: 970608-07-5199) … PLAINTIF-PLAINTIF DAN 1. VARATA RAJOO A/L NALASAMY
2
DAYVANAI A/P MUNIANDY
3
LONPAC INSURANCE BHD … DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN A.
1
Ini adalah permohonan oleh Responden/Defendan Ketiga seperti di
Lampiran
Lampiran 17 untuk mendapatkan kebenaran Mahkamah untuk mengemukakan keterangan baru di peringkat rayuan. Responden/Defendan Ketiga dengan ini memohon agar dokumen-dokumen berikut diterimapakai sebagai keterangan tambahan dalam prosiding rayuan di Mahkamah Tinggi. [a] Surat Akuan Bersumpah Responden Pertama bertarikh 12.6.2024. [b] Laporan polis Responden Pertama nombor Trafik Timur Laut/018021/24 bertarikh 9.7.2024. [c] Surat Akuan Bersumpah Responden Pertama bertarikh 6.8.2024. [d] Laporan polis Responden Kedua nombor Trafik Timur Laut/013817/24 bertarikh 25.5.2024. [e] Laporan polis Responden Kedua nombor Semenyih/004425/24 bertarikh 25.5.2024. [f] Surat Akuan Bersumpah Responden Kedua bertarikh 27.5.2024. 2. Secara ringkasnya, Responden/Defendan Ketiga memasukkan permohonan ini disebabkan dokumen-dokumen tersebut tidak dapat diperolehinya, walaupun usaha yang munasabah telah dilakukan untuk cuba mendapatkannya semasa proses perbicaraan di Mahkamah Sesyen. Ini kerana Responden/Defendan Pertama dan Kedua mengelak memberi kerjasama kepada Penyelaras yang dilantik oleh Responden/Defendan Ketiga bagi tujuan menyiasat tuntutan Plaintif-Plaintif/Perayu-Perayu. 3. Pihak-pihak akan dirujuk sebagai Plaintif dan Defendan sebagaimana pihak-pihak dirujuk di Mahkamah Sesyen secara turutan. B. LATAR BELAKANG RAYUAN 4. Tuntutan oleh Plaintif-Plaintif di Mahkamah Sesyen adalah berasaskan satu kemalangan jalan raya yang berlaku pada 22 Januari 2027 di Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu, melibatkan sebuah motosikal bernombor pendaftaran PLP 7245 yang ditunggang oleh Plaintif Pertama, dan sebuah kereta bernombor pendaftaran WME 5214 yang dipandu oleh Defendan Kedua. Defendan Ketiga merupakan penanggung insurans bagi kenderaan milik Defendan Kedua. Setelah kes Plaintif selesai dibicarakan dan ditutup, Mahkamah telah mengarahkan agar Defendan Ketiga membawa penilai kerugian (adjuster) yang telah menjalankan siasatan berhubung kemalangan tersebut pada 27 September 2023, untuk hadir sebagai saksi bagi memberikan keterangan. 5 5. Pada tarikh 27 September 2023, walaupun saksi penilai kerugian (adjuster) hadir di mahkamah, Defendan Ketiga enggan memanggil saksi tersebut untuk memberi keterangan, dan sebaliknya memilih untuk berhujah bahawa terdapat "no case to answer". Defendan Pertama dan Defendan Kedua turut mengambil pendirian yang sama dan berhujah bahawa Plaintif-Plaintif telah gagal membuktikan kes prima facie terhadap mereka. 6. Pada 24 April 2024, selesai perbicaraan Mahkamah Sesyen telah menolak tuntutan Plaintif-Plaintif. Susulan daripada keputusan tersebut, Plaintif-Plaintif telah memfailkan rayuan terhadap keputusan tersebut di Mahkamah Tinggi. Kini, Defendan Ketiga telah memfailkan satu permohonan seperti dalam Lampiran 17, bertarikh 1 November 2024, bagi mendapatkan kebenaran untuk mengemukakan keterangan baru di peringkat rayuan. C. HUJAHAN DEFENDAN KETIGA Asas Permohonan Defendan Ketiga Untuk Kemasukan Keterangan Tambahan 7. Semasa perbicaraan Tuntutan Plaintif-Plaintif di Mahkamah Sesyen, adjuster insurans yang dilantik oleh Defendan Ketiga telah beberapa kali memohon kerjasama daripada Defendan Pertama dan Kedua. Walau bagaimanapun, Defendan Pertama tidak dapat dihubungi, manakala Defendan Kedua enggan memberikan kerjasama berhubung kemalangan jalan raya yang didakwa oleh Plaintif-Plaintif. Siasatan oleh adjuster telah dijalankan dalam tempoh yang panjang, iaitu dari tahun 2020 hingga 2024. 8. Berikutan keputusan Mahkamah Sesyen, adjuster telah menemui keterangan baharu yang didakwa penting dan relevan secara langsung kepada isu pokok dalam tindakan Plaintif, iaitu kemalangan yang menjadi asas tuntutan, serta mewujudkan elemen penipuan dalam dakwaan tersebut. Keterangan baharu ini tidak tersedia semasa prosiding Mahkamah Sesyen dijalankan, dan hanya berjaya diperoleh selepas perbicaraan selesai. 9. Berdasarkan siasatan semasa, adjuster mendapati bahawa kenderaan yang didakwa terlibat dalam kemalangan sebenarnya tidak pernah terlibat, dan laporan polis yang dibuat oleh Defendan Pertama adalah palsu, dengan tujuan untuk mengenakan liabiliti ke atas Defendan Ketiga selaku penanggung insurans. Penemuan ini dirujuk dalam beberapa laporan pelaras terdahulu, iaitu bertarikh 17.8.2020, 3.12.2020, 22.3.2022, 25.5.2022, 20.5.2023, dan 18.8.2024. 10. Adjuster turut melaporkan bahawa Defendan Kedua tidak dapat dikesan di alamat berdaftar kad pengenalannya, namun akhirnya berjaya ditemui di alamat yang lain. Semasa pertemuan tersebut, Defendan Kedua mengesahkan bahawa kenderaan yang didakwa tidak pernah terlibat dalam kemalangan tersebut, dan bersetuju untuk membuat laporan polis yang menafikan penglibatan tersebut. 11. Berkenaan Defendan Pertama, rekod menunjukkan bahawa beliau mempunyai sembilan laporan polis dan sepuluh pertuduhan jenayah, dan alamat terakhir beliau di Sabak Bernam yang tidak lagi didiami oleynya. Berdasarkan maklumat daripada pihak berkuasa, Defendan Pertama pernah ditangkap pada 9.9.2016, ditahan reman pada 3.10.2017, dan kemudiannya menjalani hukuman penjara selama 18 bulan bermula 23.5.2019 hingga 23.11.2020. Berdasarkan rekod tersebut, terdapat kemungkinan bahawa Defendan Pertama berada di Lembah Klang semasa kemalangan yang didakwa berlaku, dan bukan di lokasi kejadian seperti dinyatakan dalam tuntutan Plaintif. 12. Berdasarkan laporan-laporan adjuster tersebut, adalah jelas bahawa usaha gigih dan wajar telah diambil untuk mengesan dan mendapatkan keterangan daripada kedua-dua Defendan Pertama dan Kedua. Namun demikian, kurangnya kerjasama daripada kedua-dua Defendan tersebut sepanjang prosiding Mahkamah Sesyen telah menyulitkan proses pengumpulan keterangan pembelaan. Kekangan inilah yang menjadi sebab utama kegagalan Defendan Ketiga untuk mengemukakan keterangan yang mencukupi di peringkat perbicaraan. 8 13. Defendan Ketiga berhujah bahawa permohonannya untuk mengemukakan keterangan baru memenuhi keperluan di bawah Order 55 Rule 7(a) Rules of Court 2012, memandangkan permohonan ini hanya difailkan selepas penyelaras berjaya mendapatkan kerjasama daripada Defendan Kedua dan (kemudiannya) Defendan Pertama bagi menarik balik laporan polis asal dan mengemukakan keterangan baharu berhubung kemalangan yang didakwa. 14. Keterangan baharu yang dimaksudkan adalah dalam bentuk laporan polis yang dikemaskini serta akuan berkanun daripada Defendan Pertama dan Kedua, yang menurut Defendan Ketiga adalah boleh dipercayai dan relevan secara langsung kepada persoalan liabiliti dan kredibiliti tuntutan Plaintif. D. HUJAHAN BALAS PLAINTIF Kegagalan Defendan Ketiga Memanggil Saksi dan Mengemukakan Keterangan 15. Adalah jelas bahawa Defendan Ketiga secara sedar dan strategik telah memilih untuk tidak memanggil mana-mana saksi, tidak mengemukakan sebarang keterangan, bukti ataupun dokumen pembelaannya semasa perbicaraan di Mahkamah Sesyen, sebaliknya mengambil pendirian untuk berhujah bahawa terdapat “no case to answer”. Oleh yang demikian, Defendan Ketiga kini terikat dengan pilihannya sendiri di peringkat perbicaraan tersebut. Setelah memilih untuk tidak membela diri atau mengemukakan apa-apa keterangan ketika diberi peluang, Defendan Ketiga tidak boleh kini berbalik arah dan memohon untuk mengemukakan keterangan baru di peringkat rayuan. Tindakan sedemikian adalah satu cubaan untuk “approbate and reprobate”, iaitu menerima dan menolak dalam masa yang sama — sesuatu yang tidak harus dibenarkan oleh Mahkamah. Prinsip undang-undang dengan jelas menegaskan bahawa pihak yang memilih satu strategi perbicaraan tidak boleh kemudiannya mengambil pendirian yang bercanggah hanya kerana keputusannya tidak memihak kepadanya. 16. Plaintif-Plaintif berhujah bahawa Defendan Ketiga tidak pernah mengambil sebarang langkah atau usaha yang munasabah untuk mengemukakan saksi-saksi serta keterangan atau dokumen pembelaan semasa perbicaraan di Mahkamah Sesyen. Pada 27 September 2023, Defendan Ketiga telah menutup kesnya tanpa memanggil sebarang saksi dan telah memilih untuk berhujah bahawa terdapat “no case to answer”. 17. Berdasarkan Laporan Penyelaras bertarikh 20 Mei 2023, diketahui bahawa Defendan Ketiga mempunyai pengetahuan mengenai kewujudan seorang saksi bebas bernama Lim Chin Teong yang didakwa telah melihat bagaimana kemalangan tersebut berlaku. Namun begitu, tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak Defendan Ketiga untuk menyepina saksi tersebut untuk hadir dan memberi keterangan di Mahkamah Sesyen. Perkara ini jelas menunjukkan bahawa Defendan Ketiga, walaupun mengetahui akan kewujudan saksi penting tersebut, enggan untuk mengemukakan keterangan berkenaan ketika perbicaraan dijalankan. 18. Walaupun Defendan Ketiga telah melantik Tetuan Gan, Ho dan Razlan Hadri bagi mewakili Defendan Pertama dan Kedua, kedua-dua Defendan tersebut tidak pernah dipanggil untuk memberi keterangan. Defendan Ketiga tidak menyepina Defendan Pertama, dan walaupun Defendan Kedua telah disepina, Defendan Ketiga tetap memilih untuk tidak memanggil beliau sebagai saksi. Sekiranya benar Defendan Kedua enggan bekerjasama atau ingkar terhadap sepina, adalah menjadi hak Defendan Ketiga untuk memohon waran tangkap terhadapnya di bawah bidangkuasa Mahkamah Sesyen. Namun begitu, tiada waran tangkap dipohon, menandakan sikap pasif dan lalai pihak Defendan Ketiga dalam menjalankan pembelaan sewajarnya. 19. Encik Rizal Abbas, selaku Penyelaras (Adjuster) yang menyiasat kemalangan tersebut, turut hadir di Mahkamah Sesyen pada 27 September 2023, namun Defendan Ketiga sekali lagi memilih untuk tidak memanggil beliau sebagai saksi ataupun mengemukakan sebarang keterangan pembelaan. 20. Sekarang, setelah gagal dalam perbicaraan di Mahkamah Sesyen dan mengambil strategi "no case to answer", Defendan Ketiga kini cuba memperkenalkan dokumen dan keterangan baru di peringkat rayuan menerusi Permohonan bertarikh 1 November 2024 (Lampiran 17). Namun, tiada alasan yang munasabah dikemukakan oleh Defendan Ketiga untuk menunjukkan bahawa dokumen atau keterangan tersebut “could not have been obtained with reasonable diligence for use at the trial” seperti yang dikehendaki di bawah Order 55 Rule 7(a) Rules of Court 2012. 21. Permohonan ini adalah bercanggah sama sekali dengan pendirian dan strategi perbicaraan yang telah dipilih oleh Defendan Ketiga di Mahkamah Sesyen. Setelah memilih untuk tidak memanggil sebarang saksi dan berhujah “no case to answer”, Defendan Ketiga tidak sepatutnya dibenarkan untuk kini mengambil pendirian yang bercanggah. Tindakan sedemikian merupakan cubaan untuk "approbate and reprobate", yang tidak wajar dan harus ditolak oleh Mahkamah ini. 22. Oleh yang demikian, Plaintif-Plaintif dengan hormatnya menyatakan bahawa Defendan Ketiga telah gagal untuk memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan di bawah Order 55 Rule 7(a) ROC 2012, dan permohonan ini harus ditolak dengan kos. E. ANALISA DAN KEPUTUSAN 23. Dalam membuat keputusan terhadap permohonan ini, saya telah meneliti prinsip-prinsip undang-undang yang mantap berhubung permohonan untuk mengemukakan keterangan baru di peringkat rayuan, sebagaimana yang digariskan di bawah Aturan 55 Kaedah 7(a) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (KKM 2012). Kaedah tersebut memperuntukkan seperti berikut: "At the hearing of any appeal, fresh evidence shall not be admitted unless the Judge is satisfied that: [a] at the hearing in Subordinate Court, the evidence was not available to the party seeking to use it or that reasonable diligence would not have made it so available; and [b] the fresh evidence, if true, would have had or would have been likely to have a determining influence upon the decision of the Subordinate Court. 24. Dalam mempertimbangkan sama ada keterangan baru patut dibenarkan untuk dikemukakan di peringkat rayuan, Mahkamah hendaklah berpuas hati bahawa ketiga-tiga syarat kumulatif di atas telah dipenuhi oleh pihak yang memohon. Dengan kata lain, tiada keterangan lanjut boleh diterima di peringkat rayuan melainkan jika Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi, mengikut mana-mana yang berkenaan, berpendapat bahawa adalah wajar demi kepentingan keadilan untuk menerima keterangan lanjut tersebut. Permohonan hendaklah dibuat melalui notis permohonan yang disokong oleh afidavit, dan keterangan tersebut hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut: [a] keterangan itu tidak dapat diperoleh dengan usaha yang munasabah untuk digunakan semasa perbicaraan; [b] keterangan itu berkemungkinan akan memberi pengaruh yang penting terhadap keputusan kes, walaupun ia tidak semestinya muktamad; dan [c] keterangan itu mestilah kelihatan boleh dipercayai, walaupun tidak semestinya tidak dapat disangkal. 25. Mahkamah Persekutuan dalam Lau Foo Sun v. Government of Malaysia [1970] CLJU 56; [1970] 2 MLJ 70 memperuntukkan tiga (3) syarat yang mesti dipenuhi oleh Perayu bagi membolehkan keterangan baru diterima di peringkat rayuan - (i) It must be shown that the evidence could not have been obtained with reasonable diligence for use at the trial; (ii) the evidence must be such that, if given, it would probably have an important influence on the result of the case, although it need not be decisive; and (iii) the evidence must be such as is presumably to be believed or in other words, it must be apparently credible, although it need not be incontrovertible. 26. Manakala dalam kes Maju Holdings Sdn Bhd lwn Fortune Wealth (H-K) Ltd and Other appeals [2004] 4 CLJ 282; [2004] 4 MLJ 105, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa ketiga-tiga (3) syarat yang dinyatakan di atas mesti dipenuhi bagi membolehkan keterangan baru diterima dalam pendengaran sesuatu rayuan. 14 27. Mahkamah Rayuan dalam kes Datuk Seri Panglima Mohd Sari Datuk Hj Nuar v Vee Seng Development Sdn Bhd [2009] 6 CLJ 103, Mahkamah menerima pakai prinsip dalam kes Ladd v Marshall dan memutuskan seperti berikut:- "[16] …In order to justily the reception of fresh evidence or a new trial, three conditions must be fulfilled: first, it must be shown that the evidence could not have been obtained with reasonable diligence for use at the trial; second, the evidence must be such that, if given, it would probably have an important influence on the result of the case, although it need not be decisive; third, the evidence must be such as is presumably to be believed, or in the other words, it must be apparently creditable, although it need not be incontrovertible. [17] And according to three Malaysian Court of Appeal cases, the conditions stipulated in Ladd v. Marshall are to be read cumulatively and not disjunctively. See Ing Merchant Bank (Singapore) Ltd & Anor v. Dato' Mohamed Anuar bin Embong [2001] 4 CLJ 73 CA; Maju Holdings Son Bhd v. Fortune Wealth (H-K) Ltd and Other Appeals [2004] 4 CLJ 282 CA; and Maxisegar Son Bhd v. Silver Concept Sdn Bhd (2005) 3 CLJ 238 GA. [18] And if the appellant defendant fails to satisfy one condition, he fails altogether." 15 28. Setelah mendengar hujahan kedua-dua pihak, saya mendapati bahawa Defendan Ketiga telah gagal memenuhi kesemua syarat yang ditetapkan di bawah undang-undang bagi membolehkan keterangan dan/atau dokumen baru dikemukakan di peringkat rayuan ini. Syarat utama dan paling penting yang perlu dipenuhi di bawah Aturan 55 Kaedah 7(a) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012, iaitu: "it must be shown that the evidence could not have been obtained with reasonable diligence for use at the trial," telah gagal dipenuhi oleh Defendan Ketiga. 29. Sekiranya diteliti keseluruhan kertas kausa yang difailkan oleh Defendan Ketiga di bawah Permohonan Lampiran 17, adalah jelas bahawa tiada alasan yang munasabah dikemukakan untuk menunjukkan bahawa keterangan baru yang dimaksudkan tidak dapat diperoleh atau disediakan dengan usaha wajar semasa perbicaraan di Mahkamah Sesyen. Malah, pendekatan yang diambil oleh Defendan Ketiga untuk berhujah ‘no case to answer’ tanpa memanggil sebarang saksi pembelaan, termasuk adjuster sendiri yang telah hadir di Mahkamah pada tarikh perbicaraan, menunjukkan bahawa Defendan Ketiga secara sedar telah memilih untuk tidak mengemukakan keterangan yang kini cuba dibentangkan di peringkat rayuan. 16 30. Defendan Ketiga juga menghujahkan bahawa kegagalan memperolehi bukti semasa di Mahkamah Sesyen berpunca daripada ketiadaan kerjasama daripada Defendan Pertama dan Kedua. Namun, saya berpandangan bahawa alasan ini tidak munasabah dan tidak melepasi piawaian kehendak undang-undang. Ini kerana Defendan Ketiga pada setiap masa mempunyai hak dan kuasa undang-undang untuk memohon sepina terhadap mana-mana saksi, dan jika sepina tidak dipatuhi, Defendan Ketiga boleh memohon waran tangkap di bawah peruntukan undang-undang yang berkenaan. Tiada bukti dikemukakan menunjukkan bahawa langkah-langkah ini telah diambil oleh Defendan Ketiga sepanjang prosiding Mahkamah Sesyen. 31. Maka, berdasarkan alasan-alasan yang dikemukakan di atas, saya menolak Permohonan Defendan Ketiga seperti terkandung dalam Lampiran 17, dan memerintahkan bahawa kos sebanyak RM3,000.00 dibayar oleh Defendan Ketiga kepada Plaintif-Plaintif. Bertarikh 17hb Julai 2025 SGD (Rozana binti Ali Yusoff) Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang Kompleks Mahkamah Pulau Pinang Pulau Pinang Peguam bagi pihak Perayu : T. Tharuma, Baljit Singh dan Mr Kernail Singh Tetuan Baljit Singh & Co. Peguam bagi pihak Responden Kedua : J S Naicker Naicker & Associates Peguam bagi pihak Responden Ketiga : Sunil Singh Khera Tetuan Gan Ho & Razlan Hadri
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.