Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO.: WA-22NCvC-24-01/2021
/akn/my/judgment/high-court/2026/2e386faa-7beb-43e5-851f-401c2f7ecc57
High Court of Malaysia5 May 2026WA-22NCvC-24-01/2021
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO.: WA-22NCvC-24-01/2021
1
RAUB MINING & DEVELOPMENT COMPANY SDN BHD (No. Syarikat: 4708-A)
2
RAUB OIL MILL SDN BHD (No. Syarikat: 26175-P)
3
UNITED RAUB OIL PALMS SDN BHD (No. Syarikat: 6598-V)
4
CORPORATE MINDS SDN BHD (No. Syarikat: 771648-V)
5
LEAD ENTERPRISES SDN BHD (No. Syarikat: 105236-T)
6
GRANDFOODS SDN BHD (No. Syarikat: 174825-D)
7
GRANNY’S KITCHEN SDN BHD (No. Syarikat: 174826-A) ….. PLAINTIF-PLAINTIF 15/07/2026 21:16:47 WA-22NCvC-24-01/2021 Kand. 272
1
DATO’ SRI ANDREW KAM TAI YEOW (No. K/P: 620202-10-6039)
2
TETUAN THOMAS PHILIP (didakwa sebagai sebuah firma)
3
3.
4
4.
5
NICHOLAS NAVARON CHULA @ NAVARON ANAK CHULA ….. DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN
1
Dalam tindakan ini, Plaintif-Plaintif mendakwa bahawa Defendan-Defendan telah melanggar Akta Cukai Pendapatan 1967 [Akta 53] kerana telah mendapatkan dan menggunakan maklumat pendapatan dan dokumen-dokumen cukai Plaintif-Plaintif yang mengandungi kedudukan kewangan dan rahsia perniagaan Plaintif-Plaintif daripada ejen-ejen cukai Plaintif-Plaintif secara salah dan tidak sah serta tanpa izin dan kebenaran bertulis daripada Plaintif-Plaintif dalam prosiding-prosiding yang dinyatakan dan diperincikan di perenggan 29 dan 30 Pernyataan Tuntutan Plaintif-Plaintif (Kandungan 128).
2
Akibat daripada perbuatan Defendan-Defendan tersebut, Plaintif-Plaintif telah mengalami kerugian dan oleh itu, telah menuntut daripada Defendan-Defendan antara lain seperti yang berikut:
a
(a) ganti rugi am;
b
(b) satu injunksi secara kekal menghalang Defendan-Defendan dan setiap daripada mereka, sama ada secara sendiri atau melalui pengkhidmat-pengkhidmat atau ejen-ejen atau selainnya bagaimana jua pun, daripada selanjutnya mendedahkan atau menyebabkan pendedahan atau menggunakan maklumat pendapatan dan dokumen-dokumen cukai rahsia Plaintif-Plaintif atau mana-mana daripadanya atau isi kandungannya;
c
(c) satu injunksi mandatori memaksa Defendan-Defendan memulangkan kepada Plaintif-Plaintif semua salinan maklumat pendapatan dan dokumen-dokumen cukai rahsia Plaintif-Plaintif yang kini berada dalam milikan, jagaan dan kuasa Defendan-Defendan;
d
(d) satu injunksi mandatori memaksa Defendan-Defendan memadamkan maklumat pendapatan dan dokumen-dokumen cukai rahsia Plaintif-Plaintif daripada rekod-rekod mereka termasuk tetapi tidak terhad kepada apa-apa peranti yang menyimpan salinan-salinan elektroniknya;
e
(e) ganti rugi teladan; dan
f
(f) ganti rugi teruk. LATAR BELAKANG KES Kes Plaintif-Plaintif
3
Plaintif Pertama hingga Plaintif Ketujuh merupakan syarikat-syarikat sendirian berhad yang diperbadankan di bawah peruntukan-peruntukan Akta Syarikat 1965 dan mempunyai alamat utama perniagaan mereka di Unit G-08, Ground Floor, Wisma Badan Peguam Malaysia, No. 2, Leboh Pasar Besar, 50050 Kuala Lumpur.
4
Defendan Pertama merupakan seorang individu yang mempunyai alamat terakhir yang diketahui di No. 45, Langgak Tunku, Bukit Tunku, 50480 Kuala Lumpur dan pernah pada suatu masa menjadi Pengarah Syarikat kepada Plaintif-Plaintif kecuali Plaintif Keempat.
5
Defendan Kedua merupakan sebuah firma peguam bela dan peguam cara yang menjalankan amalan atas nama dan gaya Thomas Philip dan mempunyai alamat perniagaannya di No. 5-1, Jalan 22A/70A, Wisma CKL, Desa Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur.
6
Defendan Ketiga merupakan pekongsi urusan Defendan Kedua dan seorang peguam bela dan peguam cara di Mahkamah Tinggi Malaya.
7
Defendan Keempat dan Defendan Kelima merupakan pekerja Defendan Kedua dan seorang peguam bela dan peguam cara di Mahkamah Tinggi Malaya.
8
Tuntutan Plaintif-Plaintif dalam tindakan ini adalah terhadap kesemua Defendan, namun semasa penjalanan prosiding kes ini –
a
(a) Plaintif-Plaintif dengan Defendan Keempat dan Defendan Kelima telah memasuki Penghakiman Persetujuan pada 3.9.2025; dan
b
(b) Mahkamah ini telah membatalkan Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan Plaintif-Plaintif terhadap Defendan Pertama atas alasan bahawa Defendan Pertama telah diisytiharkan bankrap pada 24.10.2025 dan Plaintif-Plaintif telah mengambil pendirian bahawa Plaintif-Plaintif tidak perlu mendapatkan izin (leave) daripada Mahkamah Bahagian Kebankrapan menurut seksyen 8(1)(a) dibaca bersama seksyen 40 Akta Insolvensi 1967 [Akta 360] untuk meneruskan tindakan terhadap Defendan Pertama. Mahkamah ini walau bagaimanapun berpendapat sebaliknya. Keputusan Mahkamah ini yang membatalkan tindakan Plaintif-Plaintif terhadap Defendan Pertama tersebut sedang dirayu di Mahkamah Rayuan.
9
Oleh itu, perbicaraan penuh kes ini telah dijalankan antara Plaintif-Plaintif dengan Defendan Kedua dan Defendan Ketiga sahaja.
10
Dalam kes ini, Plaintif Pertama hingga Plaintif Keempat telah melantik Mazars Taxation Services Sdn Bhd (579147-A) (“Mazars”) sebagai ejen cukai untuk menguruskan perkara-perkara mengenai cukai syarikat termasuk untuk mengemukakan cukai pendapatan syarikat kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (“LHDN”), manakala Plaintif Kelima hingga Plaintif Ketujuh pula telah melantik YYC Tax Consultants Sdn Bhd (742134-V) (“YYC”) sebagai ejen cukai mereka untuk menguruskan perkara yang sama. Oleh itu, Mazars dan YYC serta pekerja-pekerja mereka adalah “orang terkelas” (classified person) menurut subseksyen 138(5) Akta Cukai Pendapatan 1967.
11
Antara tugas dan tanggungjawab ejen-ejen cukai tersebut ialah mendapatkan maklumat dan dokumen-dokumen mengenai pendapatan Plaintif-Plaintif (selepas ini dirujuk sebagai “maklumat pendapatan Plaintif-Plaintif”) bagi pengiraan dan penyediaan penyata cukai Plaintif-Plaintif (selepas ini dirujuk sebagai “dokumen-dokumen cukai Plaintif- Plaintif”) untuk dikemukakan kepada LHDN menurut Akta Cukai Pendapatan 1967 (selepas ini dirujuk secara kolektif sebagai “maklumat pendapatan dan dokumen-dokumen cukai Plaintif-Plaintif”).
12
Berdasarkan subseksyen 138(5) Akta Cukai Pendapatan 1967, maklumat pendapatan dan dokumen-dokumen cukai Plaintif-Plaintif yang mengandungi maklumat kewangan dan rahsia perniagaan Plaintif-Plaintif adalah “bahan terkelas” (classified material) di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.
13
Oleh itu –
a
(a) ejen-ejen cukai Plaintif-Plaintif hendaklah menganggap dan mengendalikan bahan terkelas tersebut sebagai sulit dan rahsia menurut subseksyen 138(1) Akta Cukai Pendapatan 1967; dan
b
(b) hanya wakil-wakil Plaintif-Plaintif yang diberi kuasa sahaja yang boleh berkomunikasi dan berurusan dengan ejen-ejen cukai Plaintif-Plaintif tersebut bagi pihak Plaintif-Plaintif.
14
Dalam kes ini, Plaintif-Plaintif menghujahkan bahawa Defendan Pertama telah berkomunikasi dengan pekerja-pekerja ejen-ejen cukai Plaintif-Plaintif tersebut tanpa izin dan kebenaran bertulis daripada Plaintif-Plaintif sehingga mendorong pekerja-pekerja tersebut untuk memberikan maklumat pendapatan dan dokumen-dokumen cukai Plaintif-Plaintif tersebut kepada Defendan Pertama yang kemudiannya menyerahkan dokumen-dokumen cukai Plaintif-Plaintif tersebut kepada Defendan Kedua dan Defendan Ketiga untuk difailkan sebagai dokumen-dokumen Mahkamah dalam prosiding-prosiding yang dinyatakan di perenggan 1 di atas melalui sistem e-Filing Mahkamah.
15
Plaintif-Plaintif selanjutnya menghujahkan bahawa tindakan Defendan Kedua dan Defendan Ketiga memfailkan dokumen-dokumen cukai Plaintif-Plaintif dalam prosiding-prosiding tersebut, yang merupakan bahan-bahan terkelas, melalui sistem e-Filing Mahkamah, iaitu domain awam yang boleh diakses oleh orang awam, adalah tidak sah dan melanggar Akta Cukai Pendapatan 1967.
16
Ini kerana, perbuatan Defendan Kedua dan Defendan Ketiga tersebut –
a
(a) telah mendedahkan maklumat rahsia perniagaan Plaintif-Plaintif kepada pesaing-pesaing perniagaan Plaintif-Plaintif; dan
b
(b) telah menyebabkan Plaintif-Plaintif mengalami kerugian, kerosakan dan kesulitan (loss, damage and inconvenience).
17
Hujahan Plaintif-Plaintif tersebut adalah berdasarkan keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Dato’ Sri Andrew Kam Tai Yeow v Raub Mining & Development Company Sdn Bhd and Raub Oil Mill Sdn Bhd (Rayuan Sivil No.: W-02(IM)(NCC)-1687-11/2020) yang didengar bersama empat (4) Rayuan yang lain, iaitu Rayuan No. W- 02(IM)(NCC)-1705-11/2020, W-02(IM)(NCC)-1706-11/2020, W- 02(IM)(NCC)-1707-11/2020 dan W-02(IM)(NCC)-1708-11/2020 (rujuk Ikatan Dokumen Plaintif (Jilid 1) (Ikatan B6), di muka surat 33 hingga 68 (Kandungan 154)) yang diputuskan pada 25.11.2021, yang mana Perayu dalam Rayuan-Rayuan tersebut adalah Defendan Pertama dalam tindakan ini, manakala Responden dalam Rayuan-Rayuan tersebut masing-masing ialah Plaintif Pertama, Plaintif Kedua, Plaintif Kelima, Plaintif Keenam dan Plaintif Ketujuh.
18
Dalam keputusan tersebut, Mahkamah Rayuan melalui penghakiman yang disampaikan oleh Kamaludin Md. Said JCA telah memutuskan antara lain seperti yang berikut: “58. In the circumstances, we agree with the High Court decision that the tax documents shall not be /allowed to be adduced in evidence and to be expunged in its entirety on grounds that the tax documents are documents that were made for the purposes of the ITA and relating to the income of the Respondents, and they contain information which had come to the notice of official of the Inland Revenue Board and the Respondents’ tax agent, both of whom are defined as “classified person” under s. 138(5). These documents fall within the definition of “classified material” under s. 138(5) of the ITA.”.
19
Oleh itu, dokumen-dokumen cukai Plaintif-Plaintif dalam Rayuan-Rayuan tersebut telah diperintahkan untuk dipadam (expunge) dan dibatalkan daripada rekod Mahkamah dan tidak boleh dijadikan keterangan dalam Mahkamah. Versi Defendan Kedua dan Defendan Ketiga
20
Defendan Kedua dan Defendan Ketiga sebaliknya menghujahkan bahawa tindakan mereka memfailkan dokumen-dokumen cukai Plaintif-Plaintif melalui sistem e-Filing Mahkamah dalam prosiding-prosiding tersebut adalah sah dan tidak melanggar Akta Cukai Pendapatan 1967 kerana –
a
(a) Defendan Pertama sebagai Pengarah Syarikat kepada semua Plaintif kecuali Plaintif Keempat berhak dan/atau mempunyai kuasa untuk mendapatkan dokumen-dokumen cukai Plaintif-Plaintif tersebut;
b
(b) Defendan Kedua dan Defendan Ketiga mempunyai alasan yang munasabah dan sah untuk mempercayai bahawa Defendan Pertama berhak dan/atau mempunyai kuasa untuk mendapatkan dokumen-dokumen cukai Plaintif-Plaintif tersebut dan seterusnya mendedahkan dokumen-dokumen cukai Plaintif-Plaintif tersebut kepada Defendan Kedua dan mengarahkan Defendan Kedua untuk mengemukakan dokumen-dokumen cukai Plaintif-Plaintif tersebut dalam litigasi ini;
c
(c) dokumen-dokumen cukai Plaintif-Plaintif tersebut bukan bahan-bahan terkelas menurut Akta Cukai Pendapatan 1967 dan oleh itu, Defendan Pertama tidak dihalang di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 untuk mengemukakan dokumen-dokumen cukai Plaintif-Plaintif tersebut dalam litigasi ini; dan
d
(d) apabila dokumen-dokumen cukai Plaintif-Plaintif tersebut dikemukakan dalam litigasi tersebut, ia dibuat secara sah bagi tujuan litigasi tersebut dan bukan bagi tujuan kolateral (collateral purpose). Apatah lagi, dokumen-dokumen cukai Plaintif-Plaintif tersebut adalah keterangan material dan/atau relevan kepada isu-isu yang dibangkitkan dalam litigasi tersebut. ISU BERBANGKIT
21
Isu yang berbangkit dalam tindakan ini ialah –
a
(a) sama ada dokumen-dokumen cukai Plaintif-Plaintif yang mengandungi maklumat pendapatan dan rahsia perniagaan Plaintif-Plaintif tersebut adalah termasuk di bawah tafsiran bahan terkelas di bawah subseksyen 138(5) Akta Cukai Pendapatan 1967 dan oleh itu, ia adalah dilarang untuk dikemukakan sebagai dokumen Mahkamah dan digunakan sebagai keterangan dalam Mahkamah; dan
b
(b) sama ada tindakan Defendan Kedua dan Defendan Ketiga memfailkan dokumen-dokumen cukai Plaintif-Plaintif melalui sistem e-Filing Mahkamah tanpa izin dan kebenaran bertulis daripada Plaintif-Plaintif adalah sah dari segi undang-undang. ANALISIS DAN DAPATAN MAHKAMAH Sama ada dokumen-dokumen cukai Plaintif-Plaintif yang mengandungi maklumat pendapatan dan rahsia perniagaan Plaintif-Plaintif tersebut adalah termasuk di bawah tafsiran bahan terkelas di bawah subseksyen 138(5) Akta Cukai Pendapatan 1967 dan oleh itu, ia adalah dilarang untuk dikemukakan sebagai dokumen Mahkamah dan digunakan sebagai keterangan dalam Mahkamah
22
Mengenai isu di atas, berdasarkan keterangan saksi-saksi dalam kes ini, adalah menjadi dapatan Mahkamah ini bahawa –
a
(a) memandangkan hanya Mazars, YYC dan pekerja-pekerja mereka sahaja yang dilantik oleh Plaintif-Plaintif sebagai ejen-ejen cukai untuk mengendalikan maklumat pendapatan dan dokumen-dokumen cukai Plaintif-Plaintif tersebut, maka orang lain seperti Defendan Pertama, Defendan Kedua dan Defendan Ketiga tiada hak dan kuasa untuk mengendalikan dokumen-dokumen cukai Plaintif-Plaintif tersebut di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 tanpa izin dan kebenaran bertulis daripada Plaintif-Plaintif;
b
(b) memandangkan maklumat pendapatan dan dokumen-dokumen cukai Plaintif-Plaintif tersebut mengandungi maklumat kewangan dan rahsia perniagaan Plaintif-Plaintif, maka dokumen-dokumen cukai tersebut adalah sulit dan rahsia menurut subseksyen 138(1) Akta Cukai Pendapatan 1967 dan adalah termasuk di bawah tafsiran bahan terkelas di bawah subseksyen 138(5) Akta Cukai Pendapatan 1967; dan
c
(c) memandangkan maklumat pendapatan dan dokumen-dokumen cukai Plaintif-Plaintif tersebut adalah sulit dan rahsia serta diklasifikasikan sebagai bahan terkelas di bawah subseksyen 138(5) Akta Cukai Pendapatan 1967, maka Defendan Kedua dan Defendan Ketiga adalah dilarang di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 untuk memfailkan dokumen-dokumen cukai Plaintif-Plaintif tersebut melalui sistem e-Filing Mahkamah dan menggunakannya sebagai keterangan dalam Mahkamah.
23
Sebagai rujukan, subseksyen 138(1), (2) dan (5) Akta Cukai Pendapatan 1967 memperuntukkan seperti yang berikut: “Certain material to be treated as confidential
138
(1) Subject to this section, every classified person shall regard and deal with classified material as confidential; and, if he is an official, he shall make and subscribe before the prescribed authority a declaration in the prescribed form that he will do so.
Subsection
(2) No classified material shall be produced or used in court or otherwise except —
a
(a) for the purposes of this Act or another tax law;
b
(b) in order to institute or assist in the course of a prosecution for any offence committed in relation to tax or in relation to any tax or duty imposed by another tax law: or
c
(c) with the written authority of the Minister or of the person or partnership to whose affairs it relates. …
Subsection
(5) In this section — “classified material” means any return or other document made for the purposes of this Act and relating to the income of any person or partnership and any information or other matter or thing which comes to the notice of a classified person in his capacity as such; “classified person” means —
a
(a) an official;
b
(b) the Auditor-General and public officers under his direction and control;
c
(c) any person advising or acting for a person who is or may be chargeable to tax, and any employee of a person so acting or advising if he is an employee who in his capacity as such has access to classified material; or
d
(d) any employee of the Inland Revenue Board of Malaysia;”. [Penekanan ditambah]
24
Berdasarkan peruntukan undang-undang di atas, Mahkamah ini berpendapat bahawa memandangkan –
a
(a) Defendan Kedua dan Defendan Ketiga telah gagal memenuhi segala kehendak dan pengecualian di bawah seksyen 138 Akta Cukai Pendapatan 1967 tersebut; dan
b
(b) Defendan Kedua dan Defendan Ketiga telah gagal mendapatkan izin dan kebenaran bertulis daripada Plaintif-Plaintif untuk mendapatkan, mengemukakan dan menggunakan dokumen-dokumen cukai Plaintif-Plaintif tersebut, yang merupakan bahan-bahan terkelas, sebagai keterangan dalam Mahkamah, maka tindakan Defendan Kedua dan Defendan Ketiga memfailkan dan menggunakan dokumen-dokumen cukai Plaintif-Plaintif tersebut sebagai keterangan dalam Mahkamah melalui sistem e-Filing Mahkamah yang merupakan domain awam –
a
(a) telah mendedahkan maklumat pendapatan dan rahsia perniagaan Plaintif-Plaintif kepada pesaing-pesaing perniagaan Plaintif-Plaintif dan pihak ketiga yang lain;
b
(b) telah menyebabkan Plaintif-Plaintif mengalami kerugian, kerosakan dan kesulitan; dan
c
(c) adalah tidak sah dan melanggar peruntukan Akta Cukai Pendapatan 1967.
25
Oleh itu, pada pendapat Mahkamah ini, dokumen-dokumen cukai Plaintif-Plaintif tersebut tidak boleh dijadikan keterangan dalam Mahkamah dan hendaklah dipadam dan dibatalkan daripada rekod Mahkamah.
26
Dapatan Mahkamah ini adalah bersandarkan kepada keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Dato’ Sri Andrew Kam Tai Yeow v Raub Mining & Development Company Sdn Bhd and Raub Oil Mill Sdn Bhd (supra) di atas, yang mana telah diputuskan seperti yang berikut: “23. It is not disputed that the documents sought to be adduced by the Appellant in the said five (5) Originating Summonses vide the supplementary affidavits are income tax documents. The tax documents are the documents mentioned in paragraph 11 of the learned judge’s grounds of judgment. …
25
It is not disputed that the tax documents were obtained by the Appellant from the Respondents’ tax agents without the Respondents’ consent or authorization. The tax documents were prepared and/or submitted by Respondents’ tax agents and/or instructions received by the tax agents from the Respondents in the course of preparation of the said documents. …
28
In this appeal we are also confining ourselves to the only issue which was decided by the learned judge and which become the subject matter of the appeal. Similarly, the submissions of the Appellant and the Respondents will be confined to the issue of law pertaining to the said tax documents under section 138 of the ITA. In other words, the sole question before this Court is whether the tax documents sought to be adduced by the Appellant in the said five (5) OS Actions are prohibited from use in Court and/or inadmissible under section 138 of the ITA. …
41
We are only concern on the reading of section 138 of the ITA and whether the decision of the learned judge is correct. Secondly, on the confidentiality aspect of the tax documents, in our view, it is also not in issue. We agree with the Appellant that the tax documents are “classified material” and we also agree on the rationale submitted by him in the submissions which also refer to the Indian and English position that the confidentiality of the documents must be protected. However, we did not agree with the Appellant that anybody including him can use the tax documents in their possession and if it is admissible, the court is not concerned with how the evidence was obtained and the documents can be adduced in evidence.
42
It is our view that the “classified material” cannot be declassified by an illegal act. Section 138(2) of the ITA operates to prohibit its use or production in court unless the taxpayer consents to their production. Section 117(1A) prohibits the Appellant from using, producing, or disclosing the tax documents. Section 117 of the ITA provides as follows: - “117. (1) Any classified person who in contravention of section 138 –
a
(a) communicates classified material to another person; or
b
(b) allows another person to have access to classified material, shall be guilty of an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding four thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding one year or to both.
Subsection
(1A) Any person who receives any classified material, knowing or having reasonable ground to believe at the time when he receives it that such classified material is communicated or disclosed to him in contravention of this Act, shall not use the classified material, or produce or disclose the classified material to any other person.
Subsection
(1B) Any person who contravenes subsection (1A), shall be guilty of an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding four thousand ringgit or to imprisonment for a term not exceeding one year or to both.
Subsection
(2) In this section “classified material” and “classified person” have the same meaning as in section 138.” …
44
Based on the approach in the above case, we are not wrong in saying that the purpose or intention of section 138 of the ITA is very clear and unambiguous. Section 138(5) of the ITA provides the definition of “classified materials” and the words “classified person” in section 138(5) is defined under section 138(2). These words are very pertinent. They are not to be given some other meaning.
45
Section 138(1) of the ITA provides as follows: - “Subject to this section, every classified person shall regard and deal with classified material as confidential; and, if he is an official, he shall make and subscribe before the prescribed authority a declaration in the prescribed form that he will do so.” Section 138(2) of the ITA states as follows: - “No classified material shall be produced or used in court or otherwise except—
a
(a) for the purposes of this Act or another tax law;
b
(b) in order to institute or assist in the course of a prosecution for any offence committed in relation to tax or in relation to any tax or duty imposed by another tax law; or
c
(c) with the written authority of the Minister or of the person or partnership to whose affairs it relates.”
46
“Classified material” is defined under section 138(5) of the ITA as follows: - “classified material” means any return or other document made for the purposes of this Act and relating to the income of any person or partnership and any information or other matter or thing which comes to the notice of a classified person in his capacity as such …
47
Also, under section 138(5) of the ITA: - “classified person” means —
a
(a) an official;
b
(b) the Auditor-General and public officers under his direction and control;
c
(c) any person advising or acting for a person who is or may be chargeable to tax, and any employee of a person so acting or advising if he is an employee who in his capacity as such has access to classified material; or
d
(d) any employee of the Inland Revenue Board of Malaysia.
48
It is not disputed that the Appellant received the tax documents from the Respondents’ tax agent. Based section 138(5) above, it is very clear that the Respondents’ tax agent clearly falls under the definition of “classified person”. Therefore, the tax documents, which are tax returns and other documents made for the purposes of the ITA and relating to the income of the companies, and/or information or other matter or thing which came to the notice of the tax agent (a classified person) in its capacity as such, are “classified material” under the ITA.
49
As such, pursuant to section 138(2) of the ITA, the tax documents are prohibited from being produced or used in Court. We agree with the Respondents that the language of the statute (“No classified material shall be produced or used…”) is imperative and therefore the prohibition is mandatory. …
52
The High Court was correct in holding that the exception in section 138(2)(c) of the ITA does not apply to the Appellant. Under section 138(2)(c) of the ITA, in order to produce or use a classified material in Court, the Appellant must obtain written authority of “the person to whose affairs it relates”. Here, “person” includes a company (see section 2 of the ITA on the definition of “person”). It is imperative upon the Appellant to obtain written authority or consent from the Respondents before he may produce their tax documents in Court. The Respondents submitted that their opposition to the Appellant’s application is self-evident that no such written authority has been or will be given to him.
53
The High Court was correct in rejecting the Appellant’s contention that section 138(2) of the ITA does not apply against him as he is not a “classified person” as defined under section 138(5) of the ITA. The Appellant has obtained the classified material which were prepared for the purpose of the ITA (the tax documents) from the classified persons (the tax agents) without the consent and authorities of the tax payers (the Respondents) and therefore in contravention of section 138(1) of the ITA. …
58
In the circumstances, we agree with the High Court decision that the tax documents shall not be allowed to be adduced in evidence and to be expunged in its entirety on grounds that the tax documents are documents that were made for the purposes of the ITA and relating to the income of the Respondents, and they contain information which had come to the notice of official of the Inland Revenue Board and the Respondents’ tax agent, both of whom are defined as “classified person” under s. 138(5). These documents fall within the definition of “classified material” under s. 138(5) of the ITA.”. [Penekanan ditambah]
27
Sebagai kesimpulan, berdasarkan nas undang-undang di atas, Mahkamah ini berpendapat bahawa memandangkan dokumen-dokumen cukai Plaintif-Plaintif yang mengandungi maklumat pendapatan dan rahsia perniagaan Plaintif-Plaintif tersebut adalah bahan-bahan terkelas yang dilindungi di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 dan ia telah diperolehi dan digunakan oleh Defendan Kedua dan Defendan Ketiga tanpa izin dan kebenaran bertulis daripada Plaintif-Plaintif, maka dokumen-dokumen cukai Plaintif-Plaintif tersebut tidak boleh difailkan melalui sistem e-Filing Mahkamah dan digunakan sebagai keterangan dalam Mahkamah dan kesemua dokumen-dokumen cukai Plaintif-Plaintif tersebut hendaklah dipadam dan dibatalkan daripada rekod Mahkamah. Sama ada tindakan Defendan Kedua dan Defendan Ketiga memfailkan dokumen-dokumen cukai Plaintif-Plaintif melalui sistem e-Filing Mahkamah tanpa izin dan kebenaran bertulis daripada Plaintif-Plaintif adalah sah dari segi undang-undang
28
Mengenai isu ini, berdasarkan alasan-alasan dan nas-nas undang-undang di atas, adalah menjadi dapatan Mahkamah ini bahawa tindakan Defendan Kedua dan Defendan Ketiga memfailkan dokumen-dokumen cukai Plaintif-Plaintif melalui sistem e-Filing Mahkamah tersebut adalah tidak sah dan melanggar peruntukan Akta Cukai Pendapatan 1967.
29
Ini kerana –
a
(a) maklumat pendapatan dan dokumen-dokumen cukai Plaintif-Plaintif tersebut, yang mengandungi maklumat kewangan dan rahsia perniagaan Plaintif-Plaintif, adalah bahan-bahan terkelas yang dilindungi di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 dan hanya orang terkelas dan yang diberi kuasa oleh Plaintif-Plaintif sahaja yang boleh mengendalikan dokumen-dokumen cukai Plaintif-Plaintif tersebut;
b
(b) Defendan Kedua dan Defendan Ketiga bukan orang terkelas dan tidak diberikan hak dan kuasa oleh Plaintif-Plaintif untuk mengendalikan dokumen-dokumen cukai Plaintif-Plaintif tersebut, namun telah mengendalikan dokumen-dokumen cukai Plaintif-Plaintif tersebut tanpa izin dan kebenaran bertulis daripada Plaintif-Plaintif apabila memfailkan dokumen-dokumen cukai Plaintif-Plaintif tersebut dalam sistem e-Filing Mahkamah;
c
(c) tindakan Defendan Kedua dan Defendan Ketiga memfailkan dokumen-dokumen cukai Plaintif-Plaintif tersebut dalam sistem e-Filing Mahkamah yang merupakan domain awam tanpa izin dan kebenaran bertulis daripada Plaintif-Plaintif telah mendedahkan kedudukan kewangan dan rahsia perniagaan Plaintif-Plaintif kepada pesaing-pesaing perniagaan Plaintif-Plaintif dan pihak ketiga yang lain secara tidak sah, tidak wajar dan tidak munasabah; dan
d
(d) dengan tidak mendapatkan izin dan kebenaran bertulis daripada Plaintif-Plaintif untuk mengendalikan dan menggunakan dokumen-dokumen cukai Plaintif-Plaintif tersebut, Defendan Kedua dan Defendan Ketiga secara jelas telah melakukan kesalahan dan pelanggaran serius kepada seksyen 138 dan subseksyen 117(1) dan (1A) Akta Cukai Pendapatan 1967.
30
Sehubungan dengan itu, Mahkamah ini berpendapat bahawa Plaintif-Plaintif berhak untuk mendapatkan remedi dan ganti rugi daripada Defendan Kedua dan Defendan Ketiga dan dokumen-dokumen cukai Plaintif-Plaintif yang telah difailkan oleh Defendan Kedua dan Defendan Ketiga menerusi sistem e-Filing Mahkamah dalam prosiding-prosiding tersebut hendaklah dipadam dan dibatalkan daripada rekod Mahkamah.
31
Oleh yang demikian, Mahkamah ini telah membenarkan remedi dan ganti rugi yang dituntut oleh Plaintif-Plaintif terhadap Defendan Kedua dan Defendan Ketiga bagi suatu jumlah yang difikirkan wajar, munasabah dan setimpal dengan kerugian, kerosakan dan kesulitan yang dialami oleh Plaintif-Plaintif, iaitu seperti yang berikut:
a
(a) Defendan Kedua dan Defendan Ketiga dihalang dan satu injunksi dengan ini dikeluarkan secara kekal menghalang Defendan Kedua dan Defendan Ketiga dan setiap daripada mereka, sama ada secara sendiri atau melalui pengkhidmat-pengkhidmat atau ejen-ejen atau selainnya bagaimana jua pun, daripada selanjutnya mendedahkan atau menyebabkan pendedahan atau menggunakan maklumat pendapatan dan dokumen-dokumen cukai rahsia Plaintif-Plaintif atau mana-mana daripadanya atau isi kandungannya;
b
(b) satu injunksi mandatori dengan ini dikeluarkan yang memaksa Defendan Kedua dan Defendan Ketiga memulangkan kepada Plaintif-Plaintif semua salinan maklumat pendapatan dan dokumen-dokumen cukai rahsia Plaintif-Plaintif yang kini berada dalam milikan, jagaan dan kuasa Defendan Kedua dan Defendan Ketiga;
c
(c) satu injunksi mandatori dengan ini dikeluarkan yang memaksa Defendan Kedua dan Defendan Ketiga memadamkan maklumat pendapatan dan dokumen-dokumen cukai rahsia Plaintif-Plaintif daripada rekod-rekod mereka termasuk tetapi tidak terhad kepada apa-apa peranti yang menyimpan salinan-salinan elektroniknya;
d
(d) Defendan Kedua dan Defendan Ketiga hendaklah secara bersesama dan berasingan membayar ganti rugi seperti yang berikut:
Subsection
(1) ganti rugi am –
i
(i) RM1,000,000.00 kepada Plaintif Pertama;
Subparagraph
(ii) RM1,000,000.00 kepada Plaintif Kedua;
Subparagraph
(iii) RM500,000.00 kepada Plaintif Kelima;
Subparagraph
(iv) RM500,000.00 kepada Plaintif Keenam; dan
v
(v) RM500,000.00 kepada Plaintif Ketujuh;
Subsection
(2) ganti rugi teladan –
i
(i) RM100,000.00 kepada Plaintif Pertama;
Subparagraph
(ii) RM100,000.00 kepada Plaintif Kedua;
Subparagraph
(iii) RM50,000.00 kepada Plaintif Kelima;
Subparagraph
(iv) RM50,000.00 kepada Plaintif Keenam; dan
v
(v) RM50,000.00 kepada Plaintif Ketujuh; dan
e
(e) faedah ke atas ganti rugi tersebut pada kadar 3% setahun berasaskan keingkaran sengaja atas dasar baki bulanan dari tarikh Penghakiman ini, iaitu pada 5.5.2026 sehingga penyelesaian penuh. KESIMPULAN
32
Berdasarkan alasan-alasan di atas, Mahkamah ini telah membenarkan tuntutan Plaintif-Plaintif terhadap Defendan Kedua dan Defendan Ketiga tersebut dengan kos sebanyak RM50,000.00 tertakluk kepada fi alokatur. Bertarikh : 10 JULAI 2026 (DR. ARIK SANUSI BIN YEOP JOHARI) HAKIM MAHKAMAH TINGGI MALAYA, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (KUALA LUMPUR) Peguam bagi pihak Plaintif-Plaintif: Encik Wong Yee Chue dan Cik Hannah Yeoh Yi Han Tetuan Y.C. Wong Peguam Bela dan Peguam Cara Suite 13A-3A, Level 13A Menara 1MK, No. 1, Jalan Kiara Mont Kiara 50480 KUALA LUMPUR Tel : 03-6413 1344 Faks : 03-6413 1345 Ruj : WYC/KL/S3-B/1/21 E-mel : mk-admin@ycwong-lawfirm.com ikPeguam bagi pihak Defendan Kedua dan Defendan Ketiga: Encik Mohd Azinuddin Bin Abdul Karim dan Cik Chong Mei Zhi Tetuan Macy Chong & Associates Peguam Bela dan Peguam Cara 29-2, Plaza Crystalville 1 Jalan 22A/70A Desa Sri Hartamas 50480 KUALA LUMPUR Tel : 03-6206 3626 Ruj : MC.LIT.MTP.0125.22 E-mel: mc@mchong.com.my
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.