Perkara ini juga disokong melalui Perakuan Pelesenan (P21). Maka, mengambil kira kes ini adalah sat ukes ‘stirct liability’ iaitu liability ketat, maka ketiadaan lesen itu sudah cukup membuktikan kes pendakwaan dan tidak memerlukan pembuktian niat. [47] Dengan itu, elemen kedua juga telah Berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan. Akan tetapi, dalam hujahan bertulis OKS telah menyatakan mereka langsung tiada pengetahuan tentang lesen sah telah luput kerana PKP telah bermula pada bulan Mac 2020. Mahkamah tidak menerima pembelaan ini atas beberapa alasan. [48] Yang pertama, sebagai seorang yang memiliki lesen mereka sepatutnya mengetahui bila lesen mereka akan luput dan cara pembaharuan lesen tersebut. ‘Ignorance of law is not a defence.’ Peraturan 14(2) Peraturan-Peratuan Lembaga Minyak Kelapa Sawit (Pelesenan) 2005 jelas menyatakan, “seseorang pemegang lesen yang berhasrat untuk memperbaharui lesen hendaklah, dalam tempoh tidak kurang daripada satu bulan tetapi tidak awal dari 3 bulan daripada tarikh habis tempoh lesen, memohon bagi pembaharuan itu. Maka, adalah je;as disini bahawa bagi seseorang itu meneruskan urusan jual beli buah kelapa sawit, seharusnya memperbaharui lesen mereka sekurang-kurangnya 1 bulan sebelum luput. [49] Yang kedua, alasan PKP adalah tidak wajar digunakan memandangkan lesen MPOB OKS1 telah luput sebelum PKP diumumkan iaitu pada 29 Februari 2020. Tambahan pula, OKS1 sepatutnya memperbaharui lesen MPOB mereka sekurang-kurangnya sebulan sebelum tarikh 29 Februari 2020 iaitu pada 29 Januari 2020. Dimana, pada tempoh masa tersebut masih belum dikenakan Perintah Kawalan Pergerakkan. [50] Yang ketiga, keterangan pihak pendakwaan jelas menunjukkan pembaharuan lesen tidak memerlukan untuk kehadiran pemilik lesen ke kaunter, malah pembaharuan dibuat secara atas talian. Malah, pada tahun 2020, hampir semua permohonan di kesemua agensi kerajaan adalah dibuat secara atas talian. Selain itu, jika memang betul mereka tiada apa-apa dokumen maka bagaimana mereka telah membuat perisytiharaan bagi bulan Mac 2020 dan April 2020? Juga, jika OKS1 mengetahui memang pengisytiharaan urusan penjualan dibuat secara atas talian, maka tidak masuk akal untuk mereka tidak tahu pembaharuan elsen juga boleh dibuat secara atas talian. [51] Selain itu, pihak pembelaan dalam hujahan balas menyatakan lesen MPOB OKS1 telah disalahgunakan oleh pihak ketiga tanpa pengetahuan OKS. Pesoalan disini adalah bagaimana lesen mereka telah disalahgunakan? Sehingga kes pembelaan tiada keterangan atau bukti yang dikemukakan oleh pihak pembelaan dalam membuktikan dakwaan ini. Malah, Mahkamah mendapati dakwaan ini adalah hanya satu dakwaan dan pembelaan OKS-OKS adalah penafian semata-mata. [52] Pembelaan OKS-OKS juga tidak menunjukkan pembelaan yang jelas dimana mereka pada awalnya mendakwa lesen mereka telah disalahgunakan, kemudian mendakwa mereka telah terlupa memperbaharui lesen dan tidak dapat memperbaharui lesen kerana berlaku PKP akan tetapi mereka sempat membuat pengisytiharaan berkenaan urusan jual beli dengan syarikan SP2 iaitu TLY Enterprise bagi bulan Mac 2020 dan bulan April 2020. Jika betul, lesen mereka telah disalahgunakan, bagaimana kejadian tersebut telah berlaku? Sememangnya, seseorang itu perlu ada kata laluan untuk mengakses akaun MPOB mereka, adakah OKS1 atau OKS2 telah memberikan kata laluan tersebut kepada orang lain? Jika ya, siapa mereka? Dalam hal ini, Mahkamah mendapati pembelaan hanya memutarbelitkan fakta tanpa keterangan yang disokong dengan eksibit-eksibit. [53] Berkenaan dengan pembelaan mereka yang mana, OKS-OKS tidak pernah mengarahkan SP4 untuk menjalankan urusan jual beli bagi tempoh Mac 2020 hingga Mei 2020 dan tidak tahu bahawa urusan tersebut telah berlaku. Jika betul, bagaimana OKS1 mengetahui berkenaan dengan jumlah tan penjualan dan harga serta telah membuat pengisytiharaan yang tepat di atas talian MPOB? Sehingga kes pembelaan, pembelaan gagal memberi jawapan yang kukuh bagi persoalan tersebut. [54] Bagi menjawab persoalan diatas, Mahkamah merujuk kepada kes Pendakwa Raya lwn Tan Sri Mohd Isa bin Abdul Samad [2022] 12 MLJ 747, dimana dinyatakan: “Tiada cacat pertuduhan-pertuduhan di bawah s 153 Kanun Tatacara Jenayah (‘KTJ’) yang mensyaratkan setiap pertuduhan mengandungi butiran masa, tarikh, tempat, dan orang yang dituduh secara cukup sebagai notis kepada tertuduh mengenai pertuduhan terhadapnya. Juga, tiada peruntukan undang-undang yang menghendaki tarikh yang perlu dinyatakan di dalam suatu pertuduhan mesti dinyatakan secara spesifik, dan tiada larangan terhadap anggaran tempoh dinyatakan di dalam pertuduhan. Perkara yang penting ialah sama ada tempoh dan jangka masa tarikh yang dinyatakan dalam sembilan pertuduhan menidakkan kebolehan tertuduh mengemukakan pembelaan dan mendapat perbicaraan yang adil (lihat perenggan 626–628). [6] Mahkamah Tinggi menyatakan ia mempunyai kuasa sedia ada (inherent power) untuk mengetepikan dan membatalkan pertuduhan atau menggantung pertuduhan secara kekal. Walau bagaimanapun, kuasa sedia ada mahkamah mestilah dilaksanakan dalam hal keadaan luar biasa (exceptional circumstances) bagi mengelakkan penindasan dan penyalahgunaan proses mahkamah. Mahkamah hanya akan melaksanakan kuasa sedia ada apabila terdapat salah laksana keadilan (miscarriage of justice). [7] Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi (‘HMT’) yang bijaksana telah menyatakan mahkamah tidak boleh melaksanakan kuasa sedia ada berhubung mana-mana perkara yang diliputi oleh peruntukan khusus undang-undang atau pelaksanaannya akan melanggar mana-mana peruntukan khusus undang-undang. …. [9] Menurut pandangan HMT juga tiada kekaburan mengenai pertuduhan pindaan pertama hingga pertuduhan pindaan kesembilan di bawah AMLATFPUAA. Pertuduhan-pertuduhan tersebut telah mematuhi kaedah-kaedah untuk merangka suatu pertuduhan. Pertuduhan-pertuduhan mengandungi butiran iaitu kesalahan yang mana perayu dipertuduhkan iaitu kesalahan pengubahan wang haram dengan menerima hasil daripada aktiviti haram dan peruntukan undang-undang berkenaan kesalahan tersebut iaitu di bawah s 4(1)(b) AMLATFPUAA. Waktu dan tempat kesalahan dilakukan juga telah dinyatakan. HMT menyatakan pertuduhan-pertuduhan telah memberi perayu notis mencukupi mengenai perkara yang dia dipertuduhkan dan perayu berupaya untuk menyediakan pembelaannya. Pertuduhan bukan dirangka dengan cara yang boleh mengelirukan atau memprejudiskan perayu, hingga ke tahap dia tidak boleh mengemukakan pembelaan sewajarnya. HMT berpendapat perayu tidak menunjukkan bagaimana dia terkeliru atau diprejudiskan. [55] Menurut kes diatas, Mahkamah ini mendapati pertuduhan pindaan pertama hingga pertuduhan pindaan ketiga adalah tidak cacat mahupun defektif. Kekurangan butiran sebagaimana dihujahkan OKS-OKS, iaitu tidak menyatakan alamat yang betul dan tepat hanya lebih kepada kesilapan dan ketinggalan bukan menjadikan pertuduhan defektif. Bagaimanapun, apa yang penting bukan kesilapan dan ketinggalan dalam pertuduhan tetapi sama ada kesilapan dan ketinggalan tersebut menyebabkan perayu terkeliru. [56] Dalam kes sekarang, OKS-OKS langsung tidak menunjukkan bagaimana mereka terkeliru atau diprejudiskan oleh kesilapan dalam butiran pertuduhan menyebabkan dia tidak boleh mengemukakan pembelaan sewajarnya. Selain itu, Mahkamah ini juga mendapati kesilapan itu tidak menyebabkan kegagalan keadilan (failure of justice). Pertuduhan pindaan pertama hingga pertuduhan pindaan ketiga, menyatakan OKS-OKS telah menjual buah kelapa sawit bagi bulan Mac 2020, April 2020 dan Mei 2020 tanpa adanya lesen yang sah. Pada pendapat Mahkamah ini, telah memberi perayu notis mencukupi mengenai perkara yang dipertuduhkan. [57] Semua pertuduhan terhadap perayu telah membutirkan perkara-perkara perlu di dalamnya. Memandangkan ini telah dinyatakan secukupnya, maka tidak boleh dikatakan pertuduhan-pertuduhan ini adalah defektif. Malah, pihak pendakwaan telah menjelaskan berkenaan alamat yang digunakan dalam pertuduhan-pertuduhan dan Mahkamah ini mendapati tiada kecacatan terhadap pertuduhan-pertuduhan ini dan perayu tidak pernah terkeliru atau ‘misled’ dengan butir-butir yang dinyatakan di dalam semua pertuduhan. Juga tidak boleh dikatakan pertuduhan-pertuduhan ini memprejudiskan perayu. Perayu berupaya mencabar keterangan pihak pendakwaan di dalam perbicaraan. Oleh itu tidak boleh dikatakan terdapat kecacatan terhadap semua pertuduhan. FAKTOR-FAKTOR YANG DIPERTIMBANGKAN SEWAKTU JATUH HUKUM [58] Faktor Pemberatan a) keseriusan kesalahan yang dilakukan; b) rekod jenayah pesalah, iaitu sama ada kesalahan yang dilakukan itu ialah kesalahan pertama atau berulang; c) berleluasanya kes-kes berkaitan di sesuatu kawasan; d) polisi hukuman yang diterjemahkan oleh Parlimen dalam undang-undang yang berkaitan; dan e) kepentingan awam. [59] Faktor-Faktor Peringanan a) sama ada pesalah telah mengaku salah apabila peluang terawal telah diberikan kepadanya; b) sama ada pesalah adalah merupakan pesalah pertama; c) sama ada pesalah telah memberi kerjasama kepada pihak penguatkuasaan; dan d) terdapat sebab-sebab istimewa yang mewajarkan hukuman diringankan, seperti tiada kehilangan harta-benda, tiada sesiapa yang mengalami kecederaan, pesalah telah mengambil langkah-langkah membaik pulih kerugian yang dialami mangsa dan sebagainya. [60] Tidak wujudnya suatu "hard and fast rule" apa yang dianggap sebagai suatu "hukuman yang setimpal" atau sebaliknya. la bergantung ke atas fakta dan keadaan kes masing-masing. Apabila undang-undang tidak menetapkan penalti kepada sesuatu kesalahan tertentu, kebiasaannya perbezaaan hukuman yang dikenakan oleh mahkamah akan berlaku kerana fakta dan keadaan memerlukan pertimbangan yang berbeza (lihat PP v. Shahrul Azuwan Adanan & Anor [2013] 2 CLJ 686). [61] Di dalam kes Abdul Karim v. Regina [1954] 1 LNS 3 yang mana mahkamah melalui Brown Ag CJ mengatakan trend untuk menetapkan sesuatu hukuman standard mengikut "jenis kesalahan" perlu dielakkan oleh mahkamah. Hukuman perlulah berdasarkan kepada fakta yang ada di hadapan mahkamah dan bukan mengikut trend hukuman di bawah "jenis kesalahan". Berikut adalah apa yang dikatakan oleh beliau: “In the matter of punishment, the "type of offence" is the concern of the Legislature, which has provided the maximum punishment which can be inflicted for a serious offence of that type. The particular offence and the particular offender, are the concern of the court, whose business it is to decide what punishment is merited upon the facts of the individual case within the limits which the legislature has provided. Any tendency to standardise punishment for any type of offence is to be deplored because it means that the individual offender is being punished not upon the facts of his particular case but because he has committed an offence of that type.” [62] Pendek kata, sesuatu hukuman yang baik seharusnya mempunyai kesan pencegahan bukan sahaja kepada pesalah dari mengulangi kesalahan yang sama tetapi juga kepada orang lain dari mengikuti jejak langkahnya. Pendekatan yang betul adalah untuk mendapatkan perseimbangan, sebaik mungkin yang boleh, di antara kepentingan awam dan kepentingan pesalah. Lord Goddard LCJ dalam kes Rex v. Gronkowski yang dirujuk di dalam kes PP lwn. Abdul Halim Ishak & Satu Lagi [2013] 9 CLJ 559 telah memberikan satu nasihat seperti berikut: “The judge must consider the interests of justice as well as the interests of the prisoners. It is too often, nowadays, thought, or seems to be thought, that the interests of justice mean only the interests of the prisoners.” [63] Sewaktu menjatuhkan hukuman, mahkamah mestilah menimbangkan semua hal keadaan dan bukan faktor-faktor peribadi pesalah yang tidak ada kaitan dengan kesalahan seperti kesusahan kepada pesalah dan keluarga jika dia dipenjarakan. Perkara-perkara ini, harus difikirkannya sebelum melakukan kesalahan tersebut. Namun begitu, atas sebab-sebab munasabah, adalah perlu juga untuk "temper justice with mercy" dan keseimbangan dicapai antara rasa simpati kepada pesalah dan kesakitan dan kedukaan yang didatanginya kepada mangsa atau kecelakaan yang berlaku kepada masyarakat. [64] Mahkamah ini telah mengambil kira prinsip menjatuhkan hukuman dalam mempertimbangkan hukuman yang sesuai dalam kes ini. Bermula dengan kes Mohamed Jusoh bin Abdullah and Anor. v. PP [1947] CLJU 73; [1947] MLJ 130, Willan CJ menyatakan: "In our view no sentence can be assessed by a simple mathematical formula. Many factors must be taken into account according to the circumstances of each individual case. In that respect we would draw attention to the matters which should be taken into account in fixing punishments as set out in Halsbury's Laws of England (Hailsham Edition) volume 9, para 365:'The Court, in fixing the punishment for any particular crime, will take into consideration the nature of the offence, the circumstances in which it was committed, the degree of deliberation shown by the offender, the provocation which he has received, if the crime is one of violence, the antecedents of the prisoner up to the time of sentence, his age and character.'" [65] Di dalam kes PP v. Ali bin Ahmad [2020] 1 CLJ 548; [2019] 11 MLJ 485, mahkamah telah memutuskan: "[16] In Tan Lay Chen v. Public Prosecutor [2000] 4 CLJ 492, [2001] 1 MLJ 135; Augustine Paul J (as His Lordship then was) made the following observation: The phrase 'pass sentence according to law' in the subsection means that the sentence imposed must not only be within the ambit of the punishable section but it must also be assessed and passed in accordance with established judicial principles (see Re Chang Cheng Hoe & Ors [1966] 1 LNS 155; [1966] 2 MLJ 252; Public Prosecutor v. Jafa bin Daud [1981] 1 LNS 28; [1981] 1 MLJ 315; Philip Lau Chee Heng v. Public Prosecutor [1988] 2 CLJ Rep 144; [1988] 3 MLJ 107). The assessment of a sentence in accordance with judicial principles clearly contemplates, inter alia, a consideration of the mitigating circumstances in favour of the person to be sentenced. It is generally accepted that an accused person should be given credit or discount for pleading guilty (see Sau Soo Kim v. Public Prosecutor [1975] 1 LNS 158; [1975] 2 MLJ 134; Public Prosecutor v. Sulaiman bin Ahmad [1993] 1 MLJ 74; Public Prosecutor v. Ravindran & Ors [1992] CLJU 47; [1993] 1 MLJ 45).However, this is not a strict rule as the court may, in the exercise of its discretion, refuse to grant any discount in an appropriate case (see Zaidon bin Shariff v. Public Prosecutor [1996] 4 CLJ 441; [1996] MLJU 159; Lee Say & Ors v. Public Prosecutor [1985] 2 CLJ 155). The severity of the offence committed may outweigh the mitigating affect of a guilty plea (see Loh Hock Seng v. Public Prosecutor [1979] CLJU 48; [1980] 2 MLJ 13, Public Prosecutor v. Oo Leng Swee & Ors [1981] CLJU 205; [1981] 1 MLJ 247). Where public interest demands a deterrent sentence in the circumstances of a particular case, then the effect of a guilty plea must also give way (see Sim Gek Yong v. Public Prosecutor [1995] 1 SLR 537; R v. Costen [1989] 11 Cr App R (S) 182). Thus, there can be no automatic rule that a guilty plea on its own entitles an accused to a lesser punishment (see Public Prosecutor v. Govindnan a/l Chinden Nair [1998] 2 CLJ 370; [1998] 2 MLJ 181).... The grounds of judgment must therefore show why the guilty plea cannot, on the facts of the case, be considered as a mitigating factor. Failure to do so will lead to the criticism, as in this case, that the plea has not been taken into account in imposing sentence. In this case the learned sessions court judge had not explained why he had disregarded the guilty plea, and, by the same process of reasoning, the clean record of the accused. This is a misdirection in law." [Penekanan ditambah] [66] Terkini, Mahkamah mengambil kira prinsip penghukuman dalam kes Letitia Bosman v. Public Prosecutor & other appeals (No 1) [2020] 8 CLJ 147; [2020] 5 MLJ 277 yang menyatakan: "[125] In passing sentence, the court takes into consideration the mitigating and aggravating factors in order to ensure that the sentence is in accordance with the law. Passing a sentence according to law means the sentence imposed must not only be within the ambit of the sentence period stipulated but also assessed and passed according to established judicial principles (see Jafa bin Daud at p 316 of the judgment of Mohamed Azmi J)." KESERIUSAN KESALAHAN [67] Berbalik kepada kes di hadapan mahkamah ini, adalah tidak dipertikaikan bahawa kcsalahan yang dilakukan oleh OKS-OKS merupakan satu kesalahan yang serius. Ini adalah kerana buah kelapa sawit itu adalah apa yang dipanggil ‘primary commodities’. Dimana apabila jualan buah kelapa sawit yang tidak diselia oleh MPOB makin berleluasa ia akan mengakibatkan berlakunya penjualan secara haram dan perkara ini akan menjejaskan bekalan minyak kelapa sawit yang digunakan untuk penyediaan minyak masak yang merupakan barangan yang dikawal di bawah Akta Kawalan Bekalan. [68] Selain itu, hukuman bagi kesalahan ini adalah didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit (RM200,000.00) atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali. Dari sudut itu sahaja kita dapati kesalahan yang dilakukan OKS-OKS ini adalah satu kesalahan yang serius dan wajar diberikan hukuman yang adil untuk memperingatkan "would be offenders" di luar sana. FAKTOR MITIGASI OKS [69] Peguam menghujahkan berusuia 35 tahun, bujang, syarikat iaitu OKS1 telah digulungkan dan mempunyai hutang lebih RM400,000.00. Selain itu, peguam juga memaklumkan Ini adalah merupakan kesalahan pertamaOKS. Peguam telah turut merujuk kepada Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988, dimana bagi apa-apa kesalahan yang dilakukan telah dinyatakan pada perenggan 11, “mana-mana orang yang melakukan mana-mana peruntukan peraturan-peraturan ini atau mana-mana arahan ketua pengarah atau seorang pegawai di beri kuasa, untuk melakukan satu kesalahan boleh atau apabila disabitkan di denda tidak melebihi RM1000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya”. Maka, memandangkan kesalahan ini berlaku sewaktu tahun 2020, Akta ini akan ‘precide over’ semua undang-undang lain. Mahkamah tidak bersetuju dengan interpretasi peguam dalam seksyen ini dan mendapati seksyen tersebut hanyalah bergantung kepada kesalahan-kesalahan yang terbabit dengan Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit. FAKTOR PEMBERATAN PENDAKWAAN [70] Pendakwaan pula memohon hukuman yang setimpal mengambil kira kes sudah lebih 3 tahun dibicarakan dan terpaksa ditangguh banyak kali, dan banyak kos serta masa pendakwaan dan Mahkamah yang digunakan. Serta, seksyen yang dikemukakan oleh Peguam adalah tidak membabitkan kes-kes dibawah MPOB. [71] Adalah menjadi perkara yang sia-sia sahaja sekiranya mahkamah yang dianggap sebagai benteng terakhir untuk menegakkan keadilan memberikan hukuman yang ringan dan tidak wajar untuk kes sebegini. Oleh yang demikian itu, mahkamah mendapati hukuman Bagi OKS1 Denda RM4,000.00 bagi Pertuduhan pindaan pertama, Denda RM4,000.00 bagi Pertuduhan pindaan kedua, Denda RM4,000.00 bagi Pertuduhan pindaan ketiga dan bagi OKS2 Denda RM3,000.00 gagal bayar 3 bulan penjara bagi Pertuduhan pindaan pertama, denda RM3,000.00 gagal bayar 3 bulan penjara bagi Pertuduhan pindaan kedua dan denda RM3,000.00 gagal bayar 3 bulan penjara bagi Pertuduhan pindaan ketiga yang dijatuhkan ke atas OKS-OKS adalah munasabah dan setimpal. Mahkamah percaya dengan hukuman sedemikian, ia telah memberi amaran bukan sahaja kepada OKS-OKS tetapi juga kepada masyarakat umum bahawa kesalahan ini adalah satu kesalahan yang serius. [72] Tugas mahkamah di peringkat ini sudah semestinya untuk mengenakan satu hukuman yang berat, sekurang-kurangnya dapat menyedarkan "would be offenders" di luar sana agar meninggalkan terus jenayah ini. [73] Pendek kata, sesuatu hukuman yang baik seharusnya mempunyai kesan pencegahan bukan sahaja kepada pesalah dari mengulangi kesalahan yang sama tetapi juga kepada orang lain dari mengikuti jejak langkahnya. Pendekatan yang betul adalah untuk mendapatkan perseimbangan, sebaik mungkin yang boleh, di antara kepentingan awam dan kepentingan pesalah. Mahkamah ini telah membuat pendekatan imbangan (“balancing exercise”) untuk memastikan hukuman yang diberikan adalah bersesuaian dengan mengambil-kira faktor-faktor sekeliling supaya memadai dan seimbang. [74] Justeru hukuman yang mahkamah ini beri adalah wajar dan memadai. Mahkamah juga ingin merujuk kepada kes PP lwn. Mohammad Ridwan Mohd Fauzi [2015] 1 LNS 838 yang menjulangi kata-kata Hilbery J di dalam kes R v. Kenneth John Ball: "the public interest is indeed served and best served, if the offender is induced to turn from criminal ways to honest living". [75] Hukuman yang dikenakan setelah mengambil kira secara keseluruhan faktor-faktor mitigasi dan pemberat. Sesungguhnya adalah tidak dapat dinafikan peranan mahkamah adalah untuk memelihara kepentingan awam agar sesuatu kesalahan itu dianggap serius dan dengan harapan apabila sesuatu hukuman yang dijatuhkan itu akan menyedarkan yang lain agar menghindari dari kesalahan tersebut. Hal ini telah termaktub di dalam kes R v. Ball [1951] 35 Cr App R 164 yang menyatakan: “In deciding the appropriate sentence, a court should always be guided by certain considerations. The first and foremost is the public interest. The criminal law is publicly enforced, not only with the object of punishing crime, but also in the hope of preventing it. A proper sentence, passed in public, serves the public interest in two ways. It may deter others who might be tempted to try crime as seeming to offer easy money on the supposition, that if the offender is caught and brought to justice, the punishment will be negligible. Such a sentence may also deter the particular criminal from committing a crime again, or induce him to turn from a criminal to an honest life. The public interest is indeed served, and best served, if the offender is induced to turn from criminal ways to honest living. Our law does not, therefore, fix the sentence for a particular crime, but fixes a maximum sentence and leaves it to the court to decide what is, within that maximum, the appropriate sentence for each criminal in the particular circumstances of each case. Not only regard to each crime, but in regard to each criminal, the court has the right and the duty to decide whether to be lenient or severe. [76] Secara konklusinya, hukuman yang telah dijatuhkan ke atas OKS-OKS sememangnya adalah wajar dan adil kerana dengan mengambil kira fakta kes seperti di dalam kes ini, hukuman yang berat seharusnya dijatuhkan kepada pesalah seperti OKS-OKS. Ia memberi gambaran kesalahan ini dianggap serius oleh mahkamah. ………..tt……… ASHVINII THINAKARAN