Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN (RAYUAN SIVIL NO: BA-12B-82-06/2018)
BA-12B-82-06/2018
High Court of Malaysia12 Nov 2018
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“ion. A plainly wrong decision happens when the trial court is guilty of no or insufficient judicial appreciation of evidence. (See Chow Yee Wah & Anor v. Choo Ah Pat [1978] 1 MLRA 461, Watt v. Thomas [1947] AC 484 and Gan Yook Chin & Anor v. Lee Ing Chin & Ors [2004] 2 MLRA 1)………….” Dalam meneliti nota-nota keterangan”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN (RAYUAN SIVIL NO: BA-12B-82-06/2018)
1
RIDZUAN AHMAD BIN IDRUS (No. K/P: 600116-08-5501)
2
WASMAZIAH BINTI MD NOORDIN (NO. K/P: 640102-08-8898) ………APPELLANT AND MOHD YUSOF BIN OMAR (NO. K/P: 610313-06-5293) ..….RESPONDENTS (DALAM MAHKAMAH SESYEN DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN (GUAMAN SIVIL NO: B52-68-04/2015) BETWEEN MOHD YUSOF BIN OMAR (NO. K/P: 610313-06-5293) ………PLAINTIFF AND 2
1
RIDZUAN AHMAD BIN IDRUS (No. K/P: 600116-08-5501)
2
WASMAZIAH BINTI MD NOORDIN (NO. K/P: 640102-08-8898) ....….DEFENDANTS PENGHAKIMAN
1
Ini merupakan suatu rayuan terhadap keputusan Hakim Mahkamah Sesyen yang diberikan pada 18 Mei 2018 yang telah membenarkan tuntutan Responden / Plaintiff terhadap Perayu-perayu, di mana Perayu-perayu hendaklah membayar sebanyak RM320,000-00. Perayu Pertama secara persendirian juga hendaklah membayar wang sebanyak RM80,000-00. Perayu-perayu hendaklah membayar kos sebanyak RM10,000-00.
2
Pihak Merayu merupakan Defendan manakala Responden merupakan Plaintiff yang dinamakan di Mahkamah Sesyen. Kedua-dua Perayu merupakan pasangan suami isteri.
3
Berdasarkan kepada fakta-fakta kes perbicaraan, kes ini dapat disimpulkan seperti berikut : 3
a
Adalah fakta yang tidak dinafikan bahawa Responden dan Perayu Pertama merupakan kawan baik semenjak
1979
Kedua-dua mereka dan rakan-rakan yang lain seringkali melakukan percutian dan mengembara dengan kenderaan 4x4. Di antara percutian ini, kedua-dua mereka bertukar-tukar fikiran dan berbincang yang mana Responden bersetuju untuk memberi pinjaman kepada Perayu Pertama untuk menyiapkan suatu projek bagi syarikatnya. Sebelum daripada ini, kedua-dua mereka tidak pernah mempunyai sebarang urusan peminjaman wang di antaranya;
b
Tuntutan Responden adalah bahawa pada 27 Jun 2011, Perayu-perayu telah meminjam wang sebanyak RM320,000-00 daripada Responden. Wang pinjaman tersebut perlu dipulangkan pada atau sebelum 31 Julai 2013 (Pinjaman Pertama);
c
Pada 11 Oktober 2012, Perayu Pertama telah meminjam sekali lagi dari Responden wang sebanyak RM80,000-00 wang pinjaman tersebut akan dipulangkan pada atau sebelum 31 Julai 2013 (Pinjaman Kedua);
d
Kedua-dua pinjaman tersebut dibuat atas dasar persahabatan dan kepercayaan pada setiap masa yang material; 4
e
Perayu-perayu telah gagal membayar wang pinjaman tersebut walaupun dituntut berkali-kali oleh Responden;
f
Kedua-dua Perayu mendakwa bahawa Pinjaman Pertama hanya RM200,000-00 sahaja dan bukan RM320,000-00. Mereka juga mendakwa hanya Perayu Pertama yang terlibat dengan pinjaman tersebut dan Perayu Kedua tidak terlibat langsung;
g
Perayu Pertama tidak mempertikaikan Pinjaman Kedua sebanyak RM80,000-00 tersebut; dan
h
Adalah menjadi kes pihak Perayu-perayu bahawa Perayu Pertama yang berhutang RM280,000-00 kepada Responden. PENGHUJAHAN PEGUAM PERAYU/ DEFENDAN
4
Peguam Perayu menghujahkan bahawa fakta-fakta yang dihuraikan adalah didapati bahawa Hakim Mahkamah Sesyen terlalu bergantung kepada Akuan Bersumpah yang dibuat oleh Perayu Pertama dan Perayu Kedua dalam mencapai keputusan bahawa Responden telah meminjamkan wang RM320,000 yang mana Akuan Bersumpah tersebut tiada mempunyai sebarang nilai probative.
5
Hakim Sesyen telah khilaf apabila enggan untuk melihat pergerakan wang tersebut yang mana sepatutnya menolak Pengakuan 5 Bersumpah. Sekiranya diteliti, adalah jelas bahawa pergerakan wang tersebut menunjukkan bahawa hanya RM280,000-00 merupakan pinjaman dan hanya kepada Perayu Pertama sahaja.
6
Hakim Sesyen sepatutnya menerima keterangan bahawa Perayu Kedua tidak menerima sebarang bentuk wang dan pergerakan wang hanya bertumpu kepada Perayu Pertama yang menerima RM280,000-00 dan bukannya RM400,000-00.
7
Di mukasurat 41 dan 42, Perenggan 41, 43 dan 44, Rekod Rayuan Tambahan Hakim Sesyen memberikan keputusan seperti berikut :
41
Mahkamah telah berpendapat bahawa keseluruhan jumlah RM320,000-00 (dalam pinjaman pertama) adalah wang yang dipinjamkan oleh Plaintiff kepada Defendan-defendan dan tiada faedah dikenakan oleh Plaintiff. Oleh kerana pinjaman yang diberikan tidak dicajkan dengan faedah maka ia tidak termasuk di dalam transaksi pinjaman wang (money lending transaction) yang dicegah oleh undang-undang tetapi ianya merupakan suatu pinjaman persahabatan………..
43
Defendan Pertama mengakui tidak membayar pinjaman yang diambil daripada Plaintiff. Walaupun pinjaman pertama untuk jumlah RM200,000-00 (daripada 6 RM320,000-00) tidak dipertikaikan dan pinjaman kedua berjumlah RM80,000-00 juga tidak dipertikaikan, namun jumlah pinjaman yang tidak dipertikaikan ini juga tidak pernah dibayar balik sebagaimana yang dijanjikan…….
44
Mahkamah berpendapat tiada alasan untuk Defendan-defendan tidak membayar balik hutang pinjaman kerana jumlah-jumlah yang dipinjamkan oleh Plaintiff telah diakui. Seperti yang dinyatakan, Mahkamah berpendapat bahawa jumlah yang dipertikaikan sebanyak RM120,000-00 (untuk pinjaman pertama) adalah wang yang dipinjamkan sebagaimana ekshibit P1A dan bukan faedah yang dikenakan. Maka dengan itu Defendan-defendan bertanggungan untuk membayar balik keseluruhan jumlah yang dipinjamkan berjumlah RM400,000-00 (RM320,000-00 + RM80,000-00) yang telah diterima oleh mereka.
8
Berdasarkan kepada nas-nas mahkamah, adalah menjadi suatu undang-undang matan bahawa Mahkamah Rayuan amatlah jarang sekali untuk menganggu keputusan yang diputuskan oleh Hakim Bicara yang mempunyai peluang untuk mendengar sendiri keterangan-keterangan saksi-saksi melainkan berpuashati bahawa Hakim Bicara telah khilaf di atas prinsip-prinsip undang-undang ataupun telah khilaf menaksir gantirugi yang dialami, samada 7 kekhilafan tersebut dengan tiada mengambil dan mempertimbangkan butiran-butiran yang material ataupun menerima butiran-butiran dan pertimbangan-pertimbangan yang tidak material. Nas-nas tersebut adalah : Tan Kuan Yau v. Suhindrimani Angasamy (1985) 1 CLJ 429; (1985) CLJ (Rep)323; Kyros International Sdn. Bhd. v. Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri (2013) 2 CLJ 813; dan kes: Kerajaan Malaysia v. Global Upline Sdn. Bhd. & Another Appeal
2016
1 LNS 1158; (2017) 1 MLJ 187.
9
Dalam kes : Datuk Syed Kechik bin Syed Mohamed & Anor v. The Board of Trustees of the Sabah Foundation & Ors. and another appeal (1998) 2 MLJ 137, di mana keputusan Hakim Bicara berdasarkan kepada keterangan-keterangan affidavit dan mahkamah memutuskan bahawa: “………….are we in those circumstances entitled to intervene and reversed his decision?? I think not. It has been repeatedly said that this court has no original discretion in an appeal of this nature. Its initial function on appeal is one of review only. It is only after an appellant demonstrates either a serious misdirection by the judge or that the judge has taken into account something that he should not, or that he has failed to take into account something he should not, or that he has failed to take into account something he should have had regard to, or that his order amounts to a miscarriage or failure of justice, that this court would be entitled to intervene and exercise a discretion of its own. Despite the very careful and lucid arguments of Mr. Cherryman, I remain unconvinced that there has been a wrongful exercise of discretion by the judge in each of these cases. It is very 8 sad that the Defendants, indeed the Plaintiffs, have to fight a battle so stale and so late in a day. But that unfortunately is not the fault of the Plaintiffs as found by the learned judge. I realized that the findings of fact by the judge have been made on affidavit evidence but I can do no better than remind myself of the judgement of Raja Azlan Shah FJ (as he then was) in Samar bte Mansor v. Mustafa Kamarul Ariffin (1974) 2 MLJ 71 where his Lordship said (at page 72)…….However much an appellate court maybe in an equal position with the trial judge as to the drawing of the inferences. It ought not to reverse the finding of fact unless it is convinced that it is wrong. It is not whether the inferences are right but whether an appellate is convinced that they are wrong. If that finding is a view reasonable open on the evidence, it is not enough to warrant its reversal just because an appellate court would have come to a different view. Merely differing views do not establish that either view is wrong, but in balancing these two views an appellate should give due weight to the nature of the fact as found by the trial judge. Thus Bennax v. Austin Motor Co. Ltd. (1955) AC 370, is authority for the proposition that an appellate court is not bound by inferences of fact drawn by the trial judge which did not turn out on the credibility of witnesses, seen and heard by him, that it may not examine the matter afresh……………..”
10
Dalam suatu pertikaian guaman, beban pembuktian untuk membuktikan sesuatu tuntutan adalah kepada pihak Plaintiff dan pihak Plaintiff hendaklah membuktikan sesuatu kausa tindakan terhadap pihak Defendan seperti dalam penghakiman Mahkamah Persekutuan dalam kes: Letchumanan Chettiar Alagappan @ L. Allagapan, M. Venkatachalam S/O Venkatachalam Chettiar v. 9 Secure Plantation Sdn Bhd (2017) 5 CLJ 418; (2017) 4 MLJ 697. Berdasarkan kepada nas kes ini peruntukan Seksyen 101 Akta Keterangan menegaskan bahawa beban untuk membuktikan sesuatu kes tersebut adalah kepada pihak yang menyatakan sesuatu sedemikian terhadap sesuatu isu tersebut.
11
Melalui Rekod-rekod dan Memorandum Rayuan, ianya berkisar kepada isu-isu berikut:
a
Samada jumlah wang yang dipinjamkan oleh Defendan-defendan adalah RM280,000-00 atau RM400,000-00??
b
Samada Perayu Kedua adalah terlibat dengan pinjaman-pinjaman tersebut ?? ISU (1) Samada jumlah wang yang dipinjamkan oleh Defendan defendan adalah RM280,000-00 atau RM400,000-00??
12
Melalui fakta-fakta kes perbicaraan dan nota-nota keterangan, adalah menjadi fakta yang tidak dinafikan bahawa Perayu-perayu telah memperolehi pinjaman daripada Responden. Dalam keadaan yang sama, kedua-dua pihak tidak menafikan bahawa ujud dua pinjaman wang yang diberikan oleh Responden kepada Perayu- 10 perayu. Dalam kes Responden, pinjaman pertama adalah sebanyak RM320,000-00 dan pinjaman kedua adalah sebanyak RM80,000-00. Perayu-perayu telah menegaskan bahawa keseluruhan pinjaman adalah sebanyak RM280,000-00 sahaja dan bukannya RM400,000-
00
Ini adalah kerana menurut Perayu Pertama, bagi pinjaman pertama RM320,000-00, beliau hanya meminjam sebanyak RM200,000-00 sahaja dan bakinya sebanyak RM120,000 adalah merupakan bayaran faedah. Peguam Perayu-perayu menghujahkan bahawa Hakim Mahkamah Sesyen terlalu bergantung kepada Pernyataan Bersumpah yang ditandatangani oleh kedua-dua Perayu semasa mencapai keputusan bahawa Responden telah meminjamkan wang RM320,000 kepada kedua-dua Perayu. Menurut peguam Pernyataan Bersumpah tersebut bersalahan dan tidak mempunyai sebarang kesan serta tiada mempunyai sebarang nilai probative. Ini adalah keranaa Pernyataan Bersumpah tersebut telah disediakan oleh Responden dan diserahkan kepada Perayu Pertama untuk ditandatangani. Pihak Responden mempunyai kawalan mengenai caramana Pernyataan Bersumpah tersebut disediakan dari segi kandungan dan Bahasa yang digunakan. Peguam menghujahkan bahawa Perayu Pertama menandatanganinya atas permintaan Responden kerana tekanan kerana sangat-sangat memerlukan pinjaman tersebut dan wang tunai tersebut sebenarnya tidak diterima dan wang RM120,000-00 adalah merupakan faedah yang diambil oleh Responden. Perayu Pertama mempertikaikan Pernyataan Bersumpah bertarikh 27 Jun 2011 yang mengatakan bahawa Perayu-perayu telah menerima keseluruhan pinjaman RM320,000-00 padahal adalah jelas Telegraphic Transfer bagi 11 RM100,000-00 itu bertarikh 29 Jun 2011 dan cek RM100,000-00 pula bertarikh 11 Julai 2011. Justeru itu Pernyataan Bersumpah tersebut haruslah ditolak oleh mahkamah.
13
Dalam mengadili isu ini, saya ingin kembali kepada penghakiman Hakim Mahkamah Sesyen. Dalam perenggan 22 sehingga 30 Rekod Rayuan Tambahan, Hakim Sesyen telah memutuskan seperti berikut: “...22. Untuk kesenangan, Mahkamah menurunkan semula kandungan Surat Akuan bertarikh 27.6.2011 (m/s 1 Ikatan B) seperti berikut: "Bahawa kami, RIDZUAN AHMAD BIN IDRUS (No. K/P: 600116-08-5501) DAN WASMAZIAH BINT! MD NORDIN (No. K/P: 640102-08-8898) beralamat di.......dengan ini mengaku telah membuat PINJAMAN PERSAHABATAN sebanyak RM320,000.00 (Dengan Perkataan: RINGGIT MALAYSIA TIGA RATUS DUA PULUH RIBU SAHAJA) daripada MOHD YUSOF BIN OMAR (No. K/P: 6103313-06-5293), beralamat di........
2
Bahawa kami telah pun menerima keseluruhan pinjaman tersebut secara TUNAi dan CEK secara berperingkat.
3
Bahawa kami akan menjelaskan keseluruhan pinjaman tersebut pada atau sebelum 31 JULAI 2013.
5
12 Dan kami membuat akuan ini dengan penuh kepercayaan bahawa apa-apa yang tersebut di dalamnya adalah benar mengikut AKTA AKUAN BERKANUN I960."
23
Surat Akuan ini telah ditandatangani oleh defendan-defendan. Berikutan itu, kedua-dua defendan juga telah menandatangani pengesahan pengakuan penerimaan tunai sebanyak RM120,000.00 pada 11.7.2011 (exh. P1A - m/s 1 Ikatan C). Mahkamah juga menurunkan di sini kandungan pengesahan yang dibuat daiam tulisan tangan yang jelas menyatakan berikut: “11/7/11 - Bahawa kami telah menerima RM120,000.00 (SERATUS DUA PULUH RIBU) secara tunai."
24
Defendan Pertama mendakwa bahawa RM 120,000.00 tidak diterima dan ia adalah faedah kerana tiada money trail ditunjukkan oleh plaintif iaitu bagaimana plaintif mendapatkan wang RM120,000.00 untuk dipinjamkan kepada defendan-defendan.
25
Mahkamah berpendapat bagaimana wang tersebut diperolehi oleh plaintif tidak lagi menjadi isu kerana defendan-defendan telah mengakui penerimaan wang secara tunai di exh. P1A. Jika wang tidak diterima, maka tiada pengesahan sedemikian akan dibuat oleh defendan-defendan dalam tulisan tangan.
26
Mahkamah berpendapat jika benar defendan-defendan tidak menerima pinjaman tunai tersebut, maka di peringkat awal lagi mereka tidak akan membuat pengesahan di dalam P1A dan tidak akan menurunkan tandatangan untuk mengesahkan penerimaan tunai sebanyak RM120.000.00. Namun waiaupun mendakwa tidak 13 menerima RM120.000.00, mereka masih menandatanganinya sebagai pengakuan penerimaan ke atas jumlah yang dinyatakan (iaitu RM120,000.00) pada 11.7.2011. (Nota: pengesahan ini dibuat selepas defendan-defendan menandatangani Surat Akuan pada 27.6.2011).
27
Oleh itu Mahkamah berpendapat exh. P1A sudah mencukupi untuk menunjukkan bahawa defendan-defendan telah menerima wang RM120.000.00 daripada plaintif dan wang tersebut adaiah pinjaman dan bukan faedah. Mahkamah berpendapat jika defendan-defendan meragui dimana wang tersebut diperolehi, defendan-defendan tidak sepatutnya menandatangani exh. P1A pada 11.7.2011 dan membangkitkan persoalan semasa dihendaki menandatangani P1A tersebut. Oieh kerana exh. P1A telah ditandatangani oleh defendan-defendan tanpa ugutan dan paksaan, Mahkamah berpendapat RM120,000.00 tersebut sebenarnya telah diterima daripada plaintif dan ianya adalah pinjaman sebagaimana pengakuan yang dibuat oleh kedua-dua mereka.
28
Jika wujud paksaan, Mahkamah berpendapat pastinya defendan-defendan akan membuat laporan polis terhadap plaintif kerana dipaksa untuk membuat suatu pengakuan yang tidak benar dan tidak wujud. Namun ini tidak dilakukan.
29
Mahkamah lebih mempercayai keterangan plaintif bahawa jumlah RM120,000.00 tersebut adalah pinjaman yang diberikan kepada defendan-defendan dan ia bukan faedah seperti yang didakwa. Mahkamah berpendapat demikian kerana selepas mendapat pinjaman pertama, defendan-defendan telah bertindak untuk mengambil pinjaman kedua daripada plaintif sebanyak 14 RM80,000.00 lagi. Mahkamah berpendapat jika wang RM120,000.00 tersebut adalah faedah, pastinya defendan-defendan tidak akan meneruskan dengan pinjaman kedua. Namun pinjaman kedua telah dipohon daripada plaintif. Defendan Pertama juga mengakui bahawa untuk pinjaman kedua yang berjumlah RM80,000.00, plaintif tidak mengenakan faedah terhadapnya.
30
Selain itu, defendan telah memplidkan di perenggan 2.5 (d) Pernyataan Pembelaan seperti berikut: “2.5 Plaintif telah memberitahu D1 bahawa beliau akan meremitkan sumbangan RM200,000.00 tersebut hanya jika:
a
.......... ;
b
......... ;
c
........ ;
d
Syarikat tersebut mengeluarkan satu surat melantik Plaintif sebagai perunding kewangan pada kadar RM120,000.00. Ini adalah untuk menjustifikasikan dari segi dokumentasi yang Plaintif berhak dibayar RM120,000.00, yang sebenarnya merupakan faedah.”
14
Melalui fakta-fakta kes dan nota keterangan, saya mendapati Responden telah mengemukakan bukti-bukti mengenai pinjaman tunai RM120,000-00. Yang pertama adalah mengenai Pernyataan Bersumpah bertarikh 27 Jun 2011 yang telah ditandatangani oleh kedua-dua Perayu yang mengakui telah menerima RM320,000-00 secara tunai. Yang Kedua adalah mengenai Nota Tulisan bertarikh 11 Julai 2011 (P1A) yang ditandatangani oleh kedua-dua Perayu 15 mengakui menerima RM120,000-00 secara tunai. Nota ini turut disokong dengan Salinan kad-kad pengenalan yang ditandatangani masing-masing serta ditulis dengan tulisan tangan masing-masing (P1B)(P1C). Dalam meneliti dokumen-dokumen tersebut, saya mendapati ianya hanya melibatkan kesilapan teknikal yang amat minor dari segi perkataan yang digunakan. Dalam keadaan yang sedemikian, tidak semestinya Pernyataan Bersumpah tersebut tiada mempunyai sebarang nilai probative dan harus ditolak terus. Kedua-dua Perayu telah menandatangani Pernyataan Bersumpah tersebut di hadapan Pesuruhjaya Sumpah dan jumlah yang diperakukan adalah RM320,000-00. Pada hemat saya, apalah nilai probative pembelaan Perayu-perayu apabila menyatakan bahawa mereka terpaksa untuk menandatangani Pernyataan Bersumpah tersebut. Kalaulah benar cerita Perayu-perayu bahawa mereka dipaksa untuk membuat Pernyataan Bersumpah tersebut, mengapakah tiada satu pun laporan polis dibuat dan dikemukakan di mahkamah semasa hari perbicaraan? Oleh yang demikian, cerita dan pembelaan Perayu-perayu hanyalah suatu penafian semata-mata dan tiada asas kebenaran. Saya mendapati Hakim Mahkamah Sesyen telah mengambil perhatian dan pertimbangan yang sewajarnya.
15
Dalam masa yang sama, di mukasurat 123 Rekod Rayuan, saya mendapati Pernyataan Bersumpah tersebut turut diikuti dengan Nota Tulisan Tangan bertarikh 11 Julai 2011 (P1A) yang ditandatangani oleh kedua-dua Perayu yang mengakui menerima RM120,000-00 secara tunai. Dalam menimbangkan isu ini, saya mendapati dari satu segi, Responden telah mengemukakan 2 dokumen-dokumen seperti 16 di atas yang telahpun ditandatangani oleh kedua-dua Perayu yang menunjukkan kedua-dua Perayu telah menerima wang tunai RM120,000-00. Manakala Perayu Pertama secara jelas memaklumkan kepada mahkamah bahawa beliau telah menandatangani Pernyataan Bersumpah yang tidak benar kandungannya. Sungguhpun mengakui telah menandatangani Nota
00
Tulisan Tangan tetapi menafikan menerima wang tunai RM120,000- Adalah menjadi hemat saya bahawa penafian yang dibuat oleh Perayu Pertama ini amatlah diragui dan bercanggah dengan perbuatannya menandatangani kedua-dua dokumen tersebut. Kalaulah betul pembelaan Perayu-perayu, mengapakah Perayu Kedua tidak dipanggil untuk memberikan keterangan walhal turut sama menandatangani kedua-dua dokumen yang dipertikaikan tersebut. Dalam keadaan sedemikian, saya mendapati bahawa keterangan Perayu Kedua amatlah material bagi membantu mahkamah dan mengesahkan keterangan Perayu Pertama mengenai pembelaan yang dikemukakan. Sungguhpun demikian, saya mendapati tiada satu pun alasan yang diberikan mengenai kegagalan untuk memanggil Perayu Kedua untuk memberikan keterangan semasa perbicaraan dahulu. Dalam membuat pertimbangan tersebut, saya merujuk kepada kes: Dream Property Sdn. Bhd. v. Atlas Property Sdn. Bhd. (2015) 2 MLRA 247 (FC), Azahar Mohamed FCJ memberikan penghakiman mahkamah menegaskan bahawa : “……..[60] It is now established that the principle on which an appellate court could interfere with findings of fact by the trial 17 court is “the plainly wrong test” principle; see the Federal Court in Gan Yook Chin & Anor v. Lee Ing Chin & Ors [2004] 2 MLRA 1 (at p 10) per Steve Shim CJSS. More recently, this principle of appellate intervention was affirmed by the Federal Court in UEM Group Bhd v. Genisys Integrated Engineers Pte Ltd & Anor [2010] 2 MLRA 668 where it was held at p 675: It is well settled law that an appellate court will not generally speaking, intervene with the decision of a trial court unless the trial court is shown to be plainly wrong in arriving at its decision. A plainly wrong decision happens when the trial court is guilty of no or insufficient judicial appreciation of evidence. (See Chow Yee Wah & Anor v. Choo Ah Pat [1978] 1 MLRA 461, Watt v. Thomas [1947] AC 484 and Gan Yook Chin & Anor v. Lee Ing Chin & Ors [2004] 2 MLRA 1)………….” Dalam meneliti nota-nota keterangan dan Rekod Rayuan, adalah hemat saya bahawa tindakan Perayu-perayu untuk menerima wang pinjaman RM320,000-00 adalah sangat jelas dan tidak dapat dinafikan lagi. Hakim Mahkamah Sesyen telah membuat keputusan yang betul dan menurut peruntukan undang-undang. ISU (2) Samada Defendan Kedua turut bertanggungan diatas pinjaman tersebut??
16
Peguam kedua-dua Perayu menghujahkan bahawa Hakim Mahkamah Sesyen telah khilaf apabila menyatakan bahawa Perayu 18 Kedua turut bertanggungan untuk membayar hutang kepada Responden. Dalam keadaan yang sebenarnya, Perayu Kedua tidak pernah menerima sebarang bentuk wang. Wang pinjaman tersebut sebenarnya hanya diterima oleh Perayu Pertama, itu pun hanya RM280,000-00 dan bukannya RM400,000-00. Hakim Mahkamah Sesyen sepatutnya memutuskan bahawa laibiliti hutang hanyalah setakat RM280,000-00 terhadap Perayu Pertama sahaja dan tidak melibatkan Perayu Kedua.
17
Dalam menimbangkan isu ini, saya merujuk kepada penghakiman Hakim Mahkamah Sesyen perenggan 32, 33, 34, 38 mukasurat 11 hingga 14 Rekod Rayuan Tambahan seperti berikut : “32. Berkenaan isu samada hanya Defendan Pertama yang meminjam daripada plaintif dan bukannya bersekali dengan Defendan Kedua, Mahkamah merujuk semula kepada Surat Akuan bertarikh 27.6.2011 yang telah ditandatangani oieh Defendan Pertama dan Kedua. Kandungan surat akuan adalah jelas dan dinyatakan seperti berikut: “Bahawa kami RIDZUAN AHMAD BIN IDRUS, NO. K/P: 600116-08-5501 DAN WASMAZIAH BT. MD NOORDIN, NO. K/P: 640102-08-8898, beralamat di 38, JALAN GASING 5/69, GASING INDAH, 46000 PETALING JAVA, SELANGOR dengan ini mengaku teiah membuat PINJAMAN PERSAHABATAN sebanyak RM320.000.00.... daripada MOHD YUSOF BIN OMAR ... 19
2
Bahawa kami telah pun menerima kesefuruhan pinjaman tersebut secara TUNA! dan CEK secara berperingkat.
3
Bahawa kami akan menjelaskan keseiuruhan pinjaman tersebut pada atau sebelum 31JULAI2013.”
33
Daripada pembacaan Surat Akuan di atas, adalah difahami bahawa Defendan Kedua juga adalah peminjam bersama dengan Defendan Pertama. Perkataan yang digunakan adaiah “kami” iaitu merujuk kepada lebih daripada seorang peminjam. Nama Defendan Kedua juga jelas dinyatakan di dalamnya.
34
Kedua-dua defendan juga teiah menurunkan tandatangan dengan sempurna di atas Surat Akuan tanpa sebarang paksaan atau ugutan.
38
Berdasarkan alasan-alasan yang dinyatakan, Mahkamah berpendapat bahawa kedua-dua defendan telah mengambil pinjaman daripada plaintif walaupun wang pinjaman tidak diserahkan kepada Defendan Kedua. Mahkamah juga berpendapat adalah tidak saiah untuk cek dituliskan atas seorang penama / peminjam sahaja kerana seperti yang dinyatakan oleh Defendan Pertama, wang pinjaman tersebut akan digunakan untuk kepentingan syarikat defendan-defendan (iaitu syarikat Putra Al-Mawashi Genetics Sdn Bhd) dimana Defendan Kedua juga adaiah pengarah bersama dalam syarikat tersebut. Fakta ini dapat dilihat di dalam keterangan Defendan Pertama semasa pemeriksaan balas seperti berikut - Q & A no. 66 - 80 Pemeriksaan Balas SD1: “Q66: So, these money which you borrowed, what you used it for? 20 Weil, there was one particular project I need to complete, there was the laboratory building at 2500 sq. ft. Q68: It's part of Putra Al-Maneshi? Ya, correct Q69: That means you used the money for your company, right? Ya, to complete the lab building which is now all completed, you know. Q70: You are the Director of Putra Al-Maneshi, right? Putra Al-Mawashi. Q71: Sorry, Putra Al-Mawashi. And who else is the director of that company? Me and my wife. Q72: So the 2nd Defendant is the director of that company? Yes. 073: And the money was used for the company, right? So for... Q74: The money used for the company? Yes. Q75: So she has interest in the money, do you agree? Okay. Q 76: Do you agree with me or not? She got no interest in the money. 21 Q77: She got no interest in the money but she got interest in the company? Yes, the reason because .,. Q78: Just answer my question. She has an interest in the company for which the money was used, do you agree with me? Well, her name is there. She has interest, correct. Q79: And she signed all those documents? Yes, whatever I request as a Director, she needs to follow.. Q80: And she signed? She signed." Melalui fakta-fakta kes dan nota keterangan Rekod Rayuan, saya mendapati bahawa Responden Kedua turut menandatangani dokumen-dokumen Pernyataan Bersumpah dan Nota Tulisan Tangan. Perayu Kedua juga turut menandatangani penerimaan cek RM100,000-00 dan salinan kad pengenalannya juga turut diperolehi. Dalam keadaan yang sedemikian, persoalan yang timbul adalah Kenapa dan Mengapakah Perayu Kedua turut menandatangani dokumen-dokumen tersebut?? Kalaulah benar, pada hemat saya, Perayu Kedua seharusnya memberikan keterangan di mahkamah mengapakan beliau menandatangani dokumen-dokumen tersebut sekiranya tidak bertanggungjawab bersama. Dalam keterangan Perayu Pertama menjelaskan bahawa duit pinjaman tersebut digunakan untuk syarikatnya dan Perayu Kedua juga adalah pengarah syarikat tersebut. 22 “S66 : So, these money which you borrowed what you used it for? : Well, there was one particular project I need to complete; there was the laboratory building at 2500 sq ft. S67 : Which part of Putra... : In the farm. S68 : Is part of Putra Al-Maneshi... ; Ya, correct. S69 : That’s means you used the money for your company, right? : Ya, to complete the lab building which is now is all completed, you know. S70 : You are Director of Putra Al-Maneshi, right? : Putra Al-Mawashi S71 : Sorry, Putra Al-Mawashi, and who else is the Director of that company? : Me and my wife. S72 : So, the 2nd Defendant is the Director of the company, right? Yes. S73 : And the money was used for the company, right? So for... 23 S74 : The money used for that company? Yes. S75 : So, she has interest in the money, do you agree with me? Okay... S76 : Do you agree with me or not? She got no interest in the money. S77 : She got no interest in the money but she got interest in the company? Yes, the reason because... S78 : Just answer my question, please. She has an interest in the company for which the money was used, do you agree with me? Well, her name is there, she has interest, correct. S79 : And she signed all those documents. Yes, whatever I request as a Director she needs to follow whatever as she. S80 : And she signed? : She signed.” Dalam keadaan yang sedemikian, saya mendapati Hakim Sesyen telah membuat pertimbangan yang sewajarnya dalam Alasan Penghakiman dan saya amat bersetuju dimukasurat 17 Rekod Rayuan Tambahan, perenggan 44 seperti berikut: 24 “44. Mahkamah berpendapat tiada alasan untuk defendan-defendan tidak membayar balik hutang pinjaman kerana jumlah-jumlah yang dipinjamkan oleh plaintif telah diakui. Seperti yang dinyatakan, Mahkamah berpendapat bahawa jumlah yang dipertikaikan sebanyak RM120,000.00 (untuk pinjaman pertama) adalah wang yang dipinjamkan sebagaimana exh. P1A dan bukan faedah yang dikenakan. Maka dengan itu defendan-defendan bertanggungan untuk membayar balik keseluruhan jumlah yang dipinjamkan berjumlah RM400,000.00 (RM320,000.00 + RM80,000.00) yang telah diterima oleh mereka.”
18
KESIMPULAN Dalam menimbangkan merit rayuan ini, saya sentiasa mengingati diri sendiri melalui pesanan dan nasihat dalam kes: Gan Yook Chin (P) & Anor v. Lee Ing Chin @ Lee Teck Seng (2004) 4 CLJ 309; (2005) 2 MLJ 1(FC), Steve Shim CJ (Sabah and Sarawak) (pada ketika itu) semasa memberikan penghakiman mahkamah menyatakan: “…………..The Court of Appeal had clearly borne in mind the central feature of appellate intervention i.e., to determine whether or not the trial court had arrived at its decision or finding correctly on the basis of the relevant law and/or the established evidence. In so doing, the Court of Appeal was perfectly entitled to examine the process of the evaluation of the evidence by the trial court. Clearly, the phrase "insufficient judicial appreciation of evidence" merely related to such a process. This was reflected in the Court of Appeal's restatement that a judge who was required to adjudicate upon a dispute must arrive at his decision on an issue of fact by assessing, weighing and, for 25 good reasons, either accepting or rejecting the whole or any part of the evidence placed before him. The Court of Appeal further reiterated the principle central to appellate intervention ie, that a decision arrived at by a trial court without judicial appreciation of the evidence might be set aside on appeal. This was consistent with the established "plainly wrong" test. Therefore, there was no merit in the appellants' contention that the Court of Appeal had adopted a new test for appellate intervention. What the Court of Appeal had done was merely to accentuate the established "plainly wrong" test consistently applied by the appellate courts in this country…………….”
16
Setelah menimbangkan fakta-fakta kes dan nas-nas undang-undang, adalah jelas kepada saya bahawa Hakim Mahkamah Sesyen telah menggunapakai prinsip undang-undang dan fakta yang betul dalam mencapai keputusan yang diberikan. Justeru itu, saya mendapati tiada sebarang kecacatan dalam penghakiman Hakim Mahkamah Sesyen dan tiada cadangan untuk mengubah serta menganggu keputusan tersebut. Oleh yang demikian, rayuan ini adalah ditolak dengan kos sebanyak RM3,000-00. Dated 12 November 2018. (DATO’ HJ. MOHAMAD SHARIFF BIN HJ. ABU SAMAH) Judicial Commissioner High Court of Malaya Shah Alam, Selangor Darul Ehsan 26 Counsel For the Appellant : Dinesh Praveen Nair & Jagdesh Singh (Messrs. Dinesh Praveen Nair) For the Respondent: Muaz’ Zafor (Messrs. Mazwan Dee Nasar & Sharma)
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.