Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI SUNGAI PETANI DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN GUAMAN SIVIL NO : KB - A53KJ - 207 - 07 / 2021
KB-A53KJ-207-07/2021
Sessions Court of Malaysia5 Jun 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
What the court ordered
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI SUNGAI PETANI DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN GUAMAN SIVIL NO : KB - A53KJ - 207 - 07 / 2021
1
ROHAIZAD BIN ISMAIL bapa yang sah dan tanggungan kepada MUHAMMAD AKMAL BIN ROHAIZAD , Simati
2
ROSNIZA BINTI SHUIB IBU yang sah dan tanggungan kepada MUHAMMAD AKMAL BIN ROHAIZAD , Simati … PLAINTIF – PLAINTIF
1
KHOO SWEE CHENG TRADING
2
MUHAMMAD ZAMRI BIN MAHMUD … DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN PENGENALAN [ 1 ] Plaintif-plaintif merupakan ibubapa dan tanggungan kepada Muhammad Akmal bin Rohaizad , Simati. [ 2 ] Defendan Pertama adalah pemilik berdaftar motolori WDS 2427. Manakala Defendan Kedua merupakan pemandu motolori tersebut yang terlibat dalam kemalangan jalanraya pada 08.09.2018. [ 3 ] Tuntutan plaintif-plaintif terhadap defendan-defendan adalah untuk gantirugi am dan gantirugi khas akibat kemalangan jalanraya yang berlaku pada 08/09/2018 jam lebih kurang 3:00 petang di antara motosikal JNF 4245 dan motolori WDS 2427 di KM 107.7 Lebuh Raya Utara Selatan (arah utara). BEBAN PEMBUKTIAN [ 4 ] Beban adalah ke atas Plaintif untuk membuktikan tuntutannya terhadap Defendan-Defendan atas imbangan kebarangkalian. Mahkamah Persekutuan dalam kes Datuk Mohd Ali Hj Abdul Majid & Anor v Public Bank (2014) 6 CLJ 269, menyatakan bahawa: “ It is trite law that a claimant claiming damages must prove that he has suffered that damage. The claimant has the burden of proving both liability and quantum of damages, before he can recover the sum claimed. This follows from the general rule that the burden of proving a fact is upon him who alleges it and not upon him who denies it, so that where a particular allegation forms an essential part of a person’s case, the proof of such allegation falls on him”. STANDARD PEMBUKTIAN [ 5 ] Standard pembuktian di dalam kes-kes sivil adalah atas imbangan kebarangkalian. Dalam kes Inas Faiqah Mohd Helmi ( A child Suing Through Her Father And Next Friend; Mohd Helmi Abdul Aziz) v Kerajaan Malaysia & Ors (2016) 2 CLJ 885, Mahkamah Persekutuan menyatakan bahawa: “ The standard of proof in civil cases is the legal standard to which a party is required to prove its case, namely on a balance of probabilities. In civil litigation, the question of probability or improbability of an action occurring is an important consideration to be taken into account in deciding whether that particular event had actually taken place or not.” [ 6 ] Begitu juga dalam kes Sinnaiyah & Sons Sdn Bhd v Damai Setia Sdn Bhd (2015) 7 CLJ 584, Mahkamah Persekutuan menyatakan bahawa: “ At law there are only two standards of proof, namely beyond reasonable doubt for criminal cases while it is on balance of probabilities for civil cases.” LIABILITI [ 7 ] Dalam kes ini terdapat 2 versi bagaimana kemalangan tersebut berlaku. VERSI PLAINTIF [ 8 ] Versi plaintif adalah sebagaimana yang diplidkan dalam pernyataan tuntutan seperti berikut : Pada 08/09/2018 jam lebih kurang 3:00 petang, semasa si mati menunggang motosikal no. JNF 4245 di Lorong kiri Lebuhraya Utara Selatan (arah Utara) dari Seberang Jaya menuju ke Sungai Petani. Pada masa itu defendan kedua yang memandu motolori no. WDS 2427 di lorong kecemasan telah memandu secara cuai sehingga bahagian belakang motolori tersebut masuk ke laluan kiri Lebuhraya Utara Selatan dan menyebabkan Si mati terlanggar bucu bahagian belakang kanan motolori tersebut dan terpelanting ke bahagian kanan lebuhraya tersebut. VERSI DEFENDAN [ 9 ] Versi defendan adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam laporan polisnya seperti berikut: Pada 08/09/2018 jam lebih kurang 3:00 petang semasa memandu motolori no. WDS 2427, apabila sampai di KM107.7 (arah Utara) Lebuhraya Utara Selatan , semasa memandu di lorong kecemasan kerana mototreler ada mengalami sedikit kerosakan , tiba-tiba dengar bunyi yang kuat dari arah belakang dan kemudiannya saya nampak sebuah motosikal telah jatuh di penghadang jalan sebelah kanan dan penunggangnya terpelanting di hadapan mototreler. [ 10 ] Defendan kedua telah membuat laporan polis dan memberikan keterangan mengenai versinya bagaimana kemalangan tersebut berlaku. Memandangkan penunggang motosikal JNF 4245 telah meninggal dunia, maka tiada laporan polis dibuat mengenai kemalangan tersebut bagi pihaknya. Plaintif hanya bergantung kepada keterangan pegawai penyiasat dan versi yang diplidkan. DAPATAN MAHKAMAH [ 11 ] Memandangkan terdapat 2 versi yang nyata berbeza, adalah menjadi tugas mahkamah ini untuk menentukan versi siapakah yang kebarangkaliannya lebih (inherently probable) berdasarkan keterangan bebas dan keterangan senyap seperti keterangan saksi bebas yang melihat kemalangan dan keterangan pegawai penyiasat yang mengemukakan hasil siasatannya seperti rajah kasar dan gambar. Rujuk kes 1. Noorianti bte Zainol Abidin & Ors v Tang Lei Nge (1990) 2 MLJ
242
2. Ng Aik Kian & Anor v Sia Loh Sia (1997) 2 AMR 1996. [ 12 ] Dalam kes ini Pegawai penyiasat (SP1) telah mengemukakan rajah kasar ( P1), kunci rajah kasar (P1K) dan 21 keping gambar (P2(A) hingga P2(U) . Pegawai penyiasat juga memaklumkan bahwa tiada saksi bebas yang melihat kemalangan ini berlaku. [ 13 ] Beliau juga telah menyenaraikan kerosakan kenderaan seperti berikut :
1
Remuk bahagian hadapan;
2
Set lampu dan signal hadapan pecah;
3
Cover seat kiri dan kanan pecah;
4
Set lampu brek dan signal belakang pecah; dan
5
Tayar hadapan , rim hadapan dan absorber hadapan tercabut
1
Besi penghadang belakang sebelah kanan (bawah) bengkok je dalam
2
Lampu brek belakang sebelah kanan pecah dan tercabut; dan
3
No. pendaftaran tercabut [ 14 ] Dalam Rajah Kasar yang dikemukakan beberapa penandaan telah dibuat seperti berikut :
1
X1 - X2 adalah lorong kecemasan;
2
X2 - X3 adalah lorong kiri di Lebuhraya Utara Selatan; dan
3
X3 – X4 adalah lorong kanan di Lebuhraya Utara Selatan. [ 15 ] Mahkamah juga telah meneliti kepada semua gambar yang dikemukakan. Adalah jelas dari gambar bahawa :
1
Motolori defendan mengalami kerosakan dibahagian belakang sebelah kanan (hampir ke bucu kanan) ; dan
2
Motosikal Simati mengalami kerosakan dibahagian hadapan. [ 16 ] Ini menunjukkan bahawa perlanggaran berlaku di antara hadapan motosikal Si mati dan belakang sebelah (bucu) kanan motolori defendan . [ 17 ] Berdasarkan keterangan yang ada mahkamah menerima asas kedua-dua versi dan membuat kesimpulan bahawa kemalangan ini berlaku semasa motolori yang dipandu oleh defendan kedua sedang memasuki lorong kecemasan di X1-X2 . Walaubagaimanapun bahagian bucu kanan motolori tersebut masih berada di kiri lorong X2-X3 yang menyebabkan halangan kepada motosikal yang ditunggang oleh Si mati. Ini menyebabkan bahagian hadapan motosikal Simati telah merempuh bahagian belakang bucu kanan motolori yang dipandu oleh defendan kedua dan menyebabkan kemalangan ini berlaku. Oleh itu defendan kedua bertanggungan hampir sepenuhnya dalam kemalangan ini terutamanya memasuki lorong kecemasan di X1-X2 dari Lorong X2-X3 yang menghalang laluan sah Simati. Dakwaan kerosakan motolori pula tidak dibuktikan. [ 18 ] Berdasarkan kesimpulan yang dibuat ini, mahkamah berpendapat bahawa terdapat kecuaian sumbangan oleh Simati yang menyebabkan kemalangan ini. Kecuaian sumbangan ini adalah:
1
Menunggang dengan laju (berdasarkan kesan kerosakan yang teruk); dan
2
Gagal mengelak ke kanan memandangkan lorong X2-X3 yang luas. [ 19 ] Oleh itu Mahkamah memutuskan bahawa defendan pertama bertanggungan sebanyak 80 % dalam kemalangan tersebut. Manakala kecuaian sumbangan oleh plaintif adalah 20%. KUANTUM [ 20 ] Dalam menentukan jumlah gantirugi, Mahkamah ini berpandukan kepada kes-kes berikut :
1
Inas Faiqah Mohd Helmi ( A child Suing Through Her Father And Next Friend; Mohd Helmi Abdul Aziz) v Kerajaan Malaysia & Ors
2016
2 CLJ 885, Mahkamah Persekutuan menyatakan bahawa: “ It is trite that damages serve as compensation, not reward, less still a punishment (see Ong Ah Long v Dr S Underwood (1983) 2 CLJ 198. In assessing damages, the court should not be motivated by sympathy and award fair compensation based on cogent evidence.”
2
Datuk Mohd Ali Hj Abdul Majid & Anor v Public Bank (2014) 6 CLJ 269, YAA Tun Arifin Zakaria KHN, menyatakan : “ The object of an award of damages is to give the claimant compensation for damage, loss or injury he has suffered. The general principle governing the measure of damages has its origin in the words of Lord Blakburn in Livingstone v Rawyards Coal Co (1880) 5 App Cas 25 where he said : …that sum of money which will put the party who has been injured, or who has suffered, in the same position as he would have been in if he had not sustained the wrong for which he is now getting compensation or reparation.” [ 21 ] Memandangkan rayuan yang difailkan hanyalah atas keputusan mahkamah atas liabiliti, maka diperturunkan di sini keputusan mahkamah ini atas kuantum gantirugi secara ringkas sahaja. GANTIRUGI AM (ATAS DASAR LIABILITI 100%) Kehilangan Tanggungan Dibenarkan sebanyak RM28,800.00 [ RM150 X 12 X 16 tahun) GANTIRUGI KHAS (ATAS DASAR LIABILITI 100% ) [ 22 ] Prinsip undang-undang mengenai pembuktian bagi tuntutan gantirugi khas telah dinyatakan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Ong Ah Long v Dr. S. Underwood (1983) CLJ (Rep) 300, iaitu gantirugi khas mestilah diplidkan secara khusus dan dibuktikan secara ketat. Dalam kes Ong Ah Long v Dr S. Underwood (1983) CLJ (Rep) 300, Syed Agil Barakbah FJ menyatakan seperti berikut : “ It is a well established principle that special damages in contrast to general damages, have to be specifically pleaded and strictly proved. They are recoverable only where they can be included in the proper measure of damages and are not too remote ( see Halsbury’s Law of England 4th Edition Vol. 11 p. 218 para 386).” …… In special damages claims the exact loss must be pleaded where the precise amount of item of damages has become clear before the trial either because it has already occurred and so become crystallized or because it can be measured with complete accuracy (MacGregor on Damages 14th Edn. P.1012 para 1498)” [ 23 ] Gantirugi khas dibenarkan seperti berikut : i. Item (a) hingga (e) sebagai kos tindakan ini; ii. Item (f) sebanyak RM300; dan iii. Item (g) sebanyak RM4,000
para
[ 24 ] Tuntutan plaintif terhadap defendan – defendan dengan ini dibenarkan dengan faedah dan kos. Kos mengikut skala dan lain-lain kos yang dibenarkan di bawah Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. Faedah 5% setahun atas gantirugi am mulai dari tarikh penyerahan saman sehingga tarikh penghakiman. Faedah 2.5% setahun atas gantirugi khas mulai dari tarikh kemalangan sehingga tarikh penghakiman. Faedah 5% setahun atas kedua-dua gantirugi mulai dari tarikh penghakiman sehingga tarikh penyelesaian. Bertarikh pada 05 Ogos 2025 ROSLAN BIN HAMID HAKIM MAHKAMAH SESYEN SUNGAI PETANI KEDAH DARUL AMAN Tarikh Keputusan : 05.06.2025 Tarikh Rayuan : 13.06.2025 Peguam Plaintif : T/n S.Param & G Thila Peguam Defendan : T/n VP Nathan & Partners
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.