Content
DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA GUAMAN NO: DA-A51KJ-3-06/2023
DA-A51KJ-3-06/2023
Sessions Court of Malaysia15 May 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“, 102 dan 103 ini telah diolah dengan teliti dalam kes International Times & Ors v. Leong Ho Yuen [1980] 2 MLJ 86 ,di mana Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa: “According to ss. 102 and 103 of the Evidence Act, if the party with whom this onus lies whether initially or subsequently as a result of its shifting does n”
“oceedings, whether civil or criminal, be relied on by any party to the proceedings as tending to establish or to negative any liability which is in question in those proceedings: section 68(3) of the Road Transport Act 1987 ("RTA”). [Emphasis added]. See also Thanalakshmi Muchan v Ong Koi Soi [2009] 10 CLJ 735.” [ 19 ]”
“ahkamah bahawa Plaintif Pertama telah disaman pada 1/9/2020 kerana telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 43(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Berdasarkan kes Bong Chee Min v Jacknoris Golinjun [2020] AMEJ 0090 di mana Mahkamah Tinggi telah menyatakan seperti berikut: **Note : Serial number will be used to verify”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA GUAMAN NO: DA-A51KJ-3-06/2023
1
ROHANI BIN HASHIM (NO. K/P: 720601-03-5416) …PLAINTIF PERTAMA
2
CHE NOR ELYANA BINTI CHE MOHD SABRI (NO. K/P: 140701-03-1112) …PLAINTIF KEDUA (Seorang dibawah umur dan membawa tindakan Ini melalui ibu yang sah serta wakil litigasinya Iaitu Plaintif Pertama)
1
DAN IBRAHIM PIKRI BIN DAUD (NO. K/P: 630829-03-5421) …DEFENDAN PERTAMA
2
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA …DEFENDAN KEDUA
3
KERAJAAN MALAYSIA …DEFENDAN KETIGA PENGHAKIMAN A.PENDAHULUAN [ 1 ] Plaintif menuntut gantirugi am dan khas melibatkan satu kes kemalangan jalan raya yang berlaku pada 3.3.2019 jam lebih kurang 11.30 pagi di Kampung Bendang Pauh antara motosikal no. pendaftaran DCS 3172 (selepas ini dirujuk sebagai ‘motosikal Plaintif’) yang ditunggang oleh Plaintif Pertama bersama Plaintif Kedua sebagai pembonceng dengan motovan no. pendaftaran BPL 1836 (selepas ini dirujuk sebagai ‘motovan Defendan’) yang dipandu oleh Defendan Pertama. [ 2 ] Seramai 5 orang saksi yang telah dipanggil di mana Plaintif-Plaintif telah memanggil 2 orang saksi seperti berikut: i)SP1 Rohani binti Hashim Plaintif Pertama/ Penunggang Motosikal ii)SP2 Insp. Mohd Ril Ikhwan bin Sapli Pegawai Penyiasat [ 3 ] Manakala, Defendan-Defendan telah memanggil 3 orang saksi seperti berikut: i)SD1 Ibrahim Pikri bin Daud Defendan Pertama/ Pemandu Motovan ii)SD2 Suzana binti Husein Pembantu Tadbir Kewangan iii)SD3 Wan Raudhee bin Wan Ab Rahman Penolong Jurutera [ 4 ] Terdapat dua versi bagaimana kemalangan berlaku. Plaintif menyatakan bahawa apabila beliau bersama anaknya semasa menunggang motorsikal telah dilanggar oleh sebuah ambulan yang dipandu oleh Defendan yang telah memotong sebuah motorkar dan telah memasuki jalan sebelah. Manakala versi Defendan pula menyatakan bahawa pelanggaran berlaku apabila sebuah motorsikal yang ditunggang oleh Plaintif yang berada di hadapan motorvan ambulans Defendan telah secara tiba-tiba membuat pusingn U. Pegawai Penyiasat telah mengklasifikasikan kes sebagai “Refer to Magistrete(RTM)”. [ 5 ] Mahkamah ini telah membuat keputusan untuk menolak tuntutan Plaintif dan membenarkan tuntutan balas Defendan-defendan. B. BEBAN PEMBUKTIAN [ 6 ] Dalam kes sivil, beban pembuktian adalah pada Plaintif untuk membuktikan kecuaian Defendan atas imbangan kebarangkalian. Kes Wong Thin Yit v Mohamed Ali [1971] 2 MLJ 175 dirujuk, yang mana Mahkamah Persekutuan memutuskan seperti berikut: “In a negligence action the onus of proof rests wholly on the Plaintiff whether or not the Defendant gives evidence. The Plaintiff cannot succeed without proof of the Defendant’s negligence. Evidence is the foundation of proof with which it must not be confounded. Proof is that which leads to a conclusion as to the truth or falsity of the alleged facts which are the subject of inquiry. Evidence, if accepted and believed may result in proof, but it is not necessarily proof of itself.” [ 7 ] Defendan-Defendan di dalam hujahannya merujuk kepada Seksyen 101, 102 dan 103 Akta Keterangan 1950 yang memperuntukkan undang-undang mengenai beban bukti sesuatu pihak terutamanya Plaintif yang perlu membuktikan bahawa terdapat kecuaian daripada Defendan-Defendan. Seksyen 101, 102 dan 103 ini telah diolah dengan teliti dalam kes International Times & Ors v. Leong Ho Yuen [1980] 2 MLJ 86 ,di mana Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa: “According to ss. 102 and 103 of the Evidence Act, if the party with whom this onus lies whether initially or subsequently as a result of its shifting does not give any or further evidence or gives evidence which is not sufficient, such party must fail.” [ 8 ] Berdasarkan autoriti-autoriti di atas, Plaintif-Plaintif perlu membuktikan bahawa kemalangan tersebut adalah disebabkan kecuaian Defendan-Defendan. Sekiranya Plaintif-Plaintif gagal untuk membuktikan tuntutannya itu, Mahkamah ini wajar menolak tuntutan Plaintif-Plaintif dengan kos. DAPATAN MAHKAMAH C. PENENTUAN LIABILITI [ 9 ] Terdapat dua versi yang berbeza tentang bagaimana kemalangan ini telah berlaku.
9
VERSI PLAINTIF-PLAINTIF 1 Plaintif-Plaintif memplidkan bahawa pada tarikh yang material, Plaintif Pertama sedang menunggang motosikal no. pendaftaran DCS 3172 bersama Plaintif Kedua sebagai pembonceng dari rumah menghala ke kedai dan apabila sampai di Jalan Pasir Mas – Tanah Merah, Defendan Pertama yang memandu motovan no. pendaftaran BPL 1836 dengan tiba-tiba tanpa sebarang amaran dan/atau isyarat telah memasuki/menceroboh laluan sah Plaintif-Plaintif dan melanggar PlaintifPlaintif dan motosikal Plaintif di laluan bertentangan.
9
VERSI DEFENDAN-DEFENDAN 2 Defendan-Defendan memplidkan bahawa pada tarikh dan masa yang material, Defendan Pertama sedang memandu motovan no. pendaftaran BPL 1836 dari Kota Bharu menghala ke Jeli dan apabila sampai di Kampung Bendang Pauh, motosikal yang ditunggang oleh Plaintif Pertama dengan Plaintif Kedua sebagai pembonceng yang berada di hadapan telah membuat pusingan U secara tiba-tiba. Defendan Pertama tidak sempat membrek dan motosikal Plaintif tersebut telah melanggar motovan Defendan. [ 10 ] Sekiranya ada dua versi cerita yang berbeza, Mahkamah akan mempertimbangkan segala keterangan yang bernas, relevan dan munasabah sebelum membuat sesuatu keputusan. Dalam kes Jithendren Supramanian & 1 Lagi v. Salleh Abdul Roff [2013] 1 LNS 821, Mahkamah Tinggi telah memutuskan seperti berikut: “[5] The question that arose in this appeal on liability was whether the SCJ had critically examined the evidence of the Plaintiff to determine its truth and veracity bearing in mind that the burden of proof was on the Plaintiff. It is trite law that in a running down claim based on negligence, the Plaintiff bears the onus of proving affirmatively that it was the negligence of the defendant that caused the accidental injuries to the Plaintiff and there is no corresponding onus of the Defendant to disprove negligence on this part. In this regard, the Plaintiff has to adduce credible evidence to show that his version is inherently probable. In Tabarani Mohd Arsad & Anor v. Chan Tenn Yeu [1999] 3 CLJ 188, Abdul Malik Ishak, J (as he then was) held: “The trial court fell in error when it approached the case solely on basis of deciding which story to be believed. When confronted with two conflicting versions, the duty of the trial court was to consider which version was inherently probable or improbable. The trial court should have been more meticulous and considered other probable versions provided they were within the scope and ambit of the pleadings and supportable by admissible evidence including the neutral ones. This approach provides a wide leverage for the trial court to manoeuvre bearing in mind, always the testimony of the credible witnesses.” [ 11 ] Mahkamah juga akan merujuk dan mempertimbangkan bukti-bukti senyap yang dikemukakan sepanjang perbicaraan dalam menentukan punca dan liabiliti pihak-pihak yang menyebabkan kemalangan. Mahkamah Rayuan dalam kes Krishnan Perumal v Yang Cheng Choy & Anor [2010] 1 LNS 436] memutuskan bahawa keterangan senyap seperti rajah kasar, gambar kemalangan dan kerosakan kenderaan harus diambil kira seperti berikut: “[8] It is not disputed that the accident happened in the middle of the road, where it was a bend. What is in dispute was as to how the accident happened. The litigants gave conflicting versions as to who encroached on whose path. It is trite law that where there are two conflicting versions as to how an accident occurred, the approach is to refer to independent evidence such as the sketch plan, photographs and the nature of damages to the respective vehicles.” ISU PERTAMA: SAMA ADA VERSI PLAINTIF-PLAINTIF ATAU DEFENDAN-DEFENDAN YANG LEBIH ‘PROBABLE’? Keterangan SD1 konsisten dengan percakapan saksi bebas [ 12 ] Berdasarkan keterangan SD1, kemalangan berlaku semasa SP1 sedang membuat pusingan U. Manakala, SP1 menafikan versi SD1 dan menyatakan bahawa kemalangan berlaku semasa SP1 dalam keadaan berhenti di bahu kanan jalan. Di dalam laporan polis yang dibuat oleh SD1, SD1 menyatakan bahawa motosikal yang ditunggang oleh Plaintif Pertama telah membuat pusingan U secara tiba-tiba dan melanggar motovan yang dipandu oleh SD1. Sewaktu pemeriksaan utama, SD1 telah memberikan keterangan bahawa Plaintif Pertama telah membuat pusingan U secara tiba-tiba dan Plaintif Pertama juga tidak memberikan sebarang isyarat sebelum membuat pusingan U. Berdasarkan siasatan pegawai penyiasat iaitu SP2, keterangan SD1 ini juga disokong oleh keterangan saksi bebas. [ 13 ] Semasa pemeriksaan balas, SP2 menyatakan bahawa beliau telah mengambil keterangan daripada saksi bebas, Zakaria bin Othman iaitu pemandu motokar no. pendaftaran DBY 6340 yang berada di hadapan motovan Defendan. Keterangan SP2 – Pegawai Penyiasat Pemeriksaan Balas FC Boleh Insp. jelaskan apa keterangan yang diberitahu oleh saksi bebas ni? SP2 Saksi bebas, Zakaria bin Othman, dia adalah pemilik motokar DBY 6340 jenis Toyota Vios iaitu kenderaan yang berada di hadapan motovan ambulans, keluar berjalan-jalan lebih kurang jam 11.00 pagi, semasa melalui jalan tersebut, melihat seorang penunggang motosikal nombor tidak pasti berwarna merah bersama anak kecil di sebelah kiri laluan dari Pasir Mas ke Tanah Merah. Apabila melalui Kampung Bendang Pauh, penunggang motosikal membelok ke kanan secara tiba-tiba. Saya menjerit “Allahuakbar” kerana motosikal tesebut membuat pusingan U-turn secara mengejut. Pada masa yang sama, sebuah motovan Jabatan Kesihatan sedang memotong motokar saya berada di laluan sebelah kanan dari arah Pasir Mas ke Tanah Merah. Disebabkan jarak yang dekat, motovan Jabatan Kesihatan telah bergesel di bahagian hadapan sebelah kiri di laluan sebelah kanan jalan Pasir Mas ke Tanah Merah. Penunggang motosikal jatuh di atas jalan. Saya berhenti di bahu jalan sebelah kiri dan membantu penunggang dan anaknya. [ 14 ] keterangan SD1 di atas adalah konsisten dengan keterangan saksi bebas tentang bagaimana kemalangan tersebut berlaku yang mana kemalangan berlaku semasa SP1 membuat pusingan U. Kerosakan Motosikal Plaintif dan Motovan Defendan [ 15 ] Mahkamah mendapati kerosakan yang dialami oleh motovan Defendan dan motosikal Plaintif adalah konsisten dengan versi kemalangan Defendan-Defendan. SP1 datang dari arah kiri jalan dan membuat pusingan U, adalah munasabah bahawa kerosakan motosikal Plaintif adalah tertumpu di bahagian kanan, manakala kerosakan motovan Defendan adalah tertumpu di bahagian kiri.
15
15.1 Butir-butir kerosakan motovan Defendan adalah seperti berikut: i) Laporan Polis (Ekshibit D6): cermin sisi kiri tercabut, pemijak kaki kiri rosak, rim hadapan kiri, tayar hadapan kiri rosak, lampu besar hadapan kiri retak dan pintu hadapan kiri rosak ii) Borang Laporan Kerosakan (Ekshibit D11): Tayar depan kiri rosak, cover rim depan kiri calar, cermin sisi depan kiri pecah/patah, lampu depan kiri pecah, bumper depan kiri pecah, fender depan kiri kemek, bodi kiri kemek, pintu depan kiri calar/kemek dan pemijak kaki depan kiri kemek iii) Gambar Kemalangan (Ekshibit P7(b) dan (d): Tertumpu di bahagian hadapan kiri 15.2 Manakala, butir-butir kerosakan motosikal Plaintif adalah seperti berikut: i) Laporan polis (Ekshibit P5): kerosakan teruk di bahagian hadapan motosikal. ii) Gambar Kemalangan (Ekshibit P7(c), (e), (g) dan (h): Tertumpu di bahagian kanan [ 16 ] Sepanjang perbicaraan Mahkamah dapati keterangan Defendan-defendan adalah konsisten bahawa motovan Defendan mengalami kerosakan di bahagian kiri. Sewaktu pemeriksaan balas dan pemeriksaan semula, SP1 telah mengesahkan bahawa motosikal Plaintif mengalami kerosakan di bahagian kanan. Adalah mustahil untuk motovan Defendan mengalami kerosakan di bahagian hadapan sebelah kiri sekiranya benar Plaintif Pertama berada dalam keadaan berhenti di tempat yang ditandakan X dalam Rajah Kasar (Ekshibit P4). Hal ini adalah kerana sekiranya benar perlanggaran tersebut berlaku di X, maka kerosakan yang dialami oleh motovan Defendan sepatutnya di sebelah kanan. [ 17 ] Berdasarkan keterangan SP1 sewaktu ditanyakan sama ada motosikal Plaintif yang dikatakan dalam keadaan berhenti tersebut menghadap ke bawah atau ke atas adalah tidak konsisten di mana SP1 berulang kali menukar jawapan sewaktu pemeriksaan balas dan pemeriksaan semula. Namun, jawapan akhir yang diberikan oleh SP1 adalah motosikal tersebut menghala ke atas iaitu menghala ke Tanah Merah. Jadi, sekiranya benar motosikal Plaintif menghadap ke atas, kerosakan yang dialami oleh motosikal Plaintif adalah sepatutnya di bahagian kiri. Keputusan Penyiasatan Siasatan [ 18 ] Pegawai Penyiasat memberitahu Mahkamah bahawa Plaintif Pertama telah disaman pada 1/9/2020 kerana telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 43(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Berdasarkan kes Bong Chee Min v Jacknoris Golinjun [2020] AMEJ 0090 di mana Mahkamah Tinggi telah menyatakan seperti berikut: “[27] Counsel for the Defendant contended that the summons and fine were not conclusive of liability. I am mindful of the cases of Annamalay Retnam v. Mah Chong Peng & Anor [2010] 6 CLJ 487, Rozita Ahmad & Yang Lain lwn. Mohd Yusof Saidin & Satu Lagi [2015] 1 LNS 1289, and Mohd Salleh Samad v Zainuddin Dongking [2002]1 CLJ 139, to that effect. However, although not conclusive of liability, it is nevertheless a very telling fact. [28] It is pertinent to note that failure on the part of any person to observe any provision of the traffic rules shall not of itself render that person liable to criminal proceedings of any kind, but any such failure may in any proceedings, whether civil or criminal, be relied on by any party to the proceedings as tending to establish or to negative any liability which is in question in those proceedings: section 68(3) of the Road Transport Act 1987 ("RTA”). [Emphasis added]. See also Thanalakshmi Muchan v Ong Koi Soi [2009] 10 CLJ 735.” [ 19 ] Mahkamah ini bersetuju bahawa Keputusan Penyiasatan Kes ini juga secara tidak langsung menyokong keterangan SD1 bahawa kemalangan berlaku akibat daripada kecuaian SP1 yang cuba untuk membuat pusingan U di jalan tersebut. ISU KEDUA: SAMA ADA TERDAPAT KECUAIAN SERTAAN ATAU SEPENUHNYA DARIPADA PLAINTIF PERTAMA SENDIRI? [ 20 ] Defendan-Defendan di dalam hujahannya menyatakan bahawa kemalangan tersebut berlaku akibat daripada kecuaian sepenuhnya Plaintif Pertama sendiri atas sebab-sebab yang berikut: i) Membuat pusingan U secara tiba-tiba tanpa memberi perhatian terhadap jalan raya dan pengguna jalan raya yang lain; ii) Mewujudkan situasi cemas dan berbahaya kepada pengguna jalan raya yang lain dan gagal memberi sebarang peluang untuk Defendan Pertama mengelak kemalangan tersebut; dan iii) Gagal untuk mengamalkan langkah-langkah keselamatan yang diperuntukkan undang-undang di Malaysia bagi mengelakkan kemalangan sekaligus mengelakkan daripada kecederaan menimpa diri Plaintif sendiri dan pemboncengnya. Membuat pusingan U secara tiba-tiba tanpa memberi perhatian terhadap jalan raya dan pengguna jalan raya yang lain [ 21 ] Mahkamah dirujuk kepada kes Md Nazri bin Abu Bakar v Saranah binti Abdullah [2024] 2 PIR [45] di mana Mahkamah telah memutuskan bahawa kecuaian adalah 100% pada Plaintif kerana telah membuat pusingan U di tempat yang tidak dibenarkan sehingga menyebabkan kemalangan seperti berikut: “[19] Kaedah 13 Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 LN 166/1959 memperuntukkan berkaitan pusingan U (U-Turns) seperti berikut:
1
(1)Subject to subrule (2), no driver of any motor vehicle whilst being driven on any road shall cause his motor vehicle to be turned in such a manner that it is made to face the opposite direction unless either – (a)he shall have first negotiated a round-about; or (b)such turn is permissible by virtue of the road sign No. 34E, Traffic Signs (Size, Colour and Type) Rules 1959 [L.N. 167/1959]. [20] Oleh yang demikian, pusingan U tidak dibenarkan kecuali dua keadaan iaitu pemandu kenderaan bermotor telah melepasi bulatan atau pusingan U dibenarkan menurut isyarat jalan No. 34E, Kaedah-Kaedah Isyarat Lalu Lintas (Saiz, Warna dan Jenis) 1959 seperti dinyatakan dalam kaedah 13 di atas. … “[27] Namun perlu diambil perhatian bahawa dalam situasi kes di hadapan mahkamah ini, adalah jelas bahawa tindakan plaintif membuat pusingan U sama ada di garisan putus-putus atau dua garisan berterusan (berkembar), kedua-duanya adalah salah dan tidak dibenarkan oleh kaedah 13 Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 LN 166/1959 iaitu bukan melepasi bulatan atau tempat yang mempunyai papan tanda kebenaran membuat pusingan U.” [ 22 ] Berdasarkan rajah kasar dan kunci dan gambar tempat kemalangan, tiada sebarang papan tanda yang membenarkan mana-mana kenderaan untuk membuat pusingan U di kawasan tersebut. Jadi Mahkamah berpendapat bahawa kecuaian adalah terletak pada Plaintif Pertama sepenuhnya dalam kes ini kerana telah membuat pusingan U secara tiba-tiba di tempat yang tidak dibenarkan sehingga menyebabkan kemalangan ini berlaku. Mewujudkan situasi cemas dan berbahaya kepada pengguna jalan raya yang lain dan gagal memberi sebarang peluang untuk Defendan Pertama mengelak kemalangan tersebut [ 23 ] Mahkamah merujuk kepada kes Lim Kar Bee v Abdul Latif bin Ismail [1978] 1 MLJ 109 di mana Mahkamah Persekutuan telah menyatakan seperti berikut: “The law is content to take the cavalier view that a driver of a motor car travelling along a main highway is under no duty to be on the look-out for anybody suddenly darting out into the road in a negligent and irresponsible manner.” [ 24 ] Berdasarkan keterangan-keterangan yang telah dikemukakan di Mahkamah, tindakan Plaintif Pertama dari kiri jalan dan secara tiba-tiba membuat pusingan U telah mewujudkan satu situasi yang bahaya dan mustahil untuk Defendan Pertama mengelak kemalangan tersebut. Prinsip ‘agony of moment’ adalah terpakai dalam kes ini kerana tindakan Plaintif Pertama yang secara tiba-tiba memasuki laluan bertentangan semasa Defendan Pertama sedang memotong kenderaan di hadapannya telah menyebabkan kemalangan ini berlaku. [ 25 ] Tindakan Plaintif Pertama yang secara tiba-tiba membuat pusingan U di tempat yang tidak dibenarkan juga adalah jelas telah melanggar undang-undang jalan raya dan merupakan satu tindakan yang ‘reckless’ serta berbahaya kepada pengguna jalan raya yang lain terutamanya Defendan Pertama sehingga menyebabkan Defendan Pertama tidak dapat mengelak kemalangan tersebut. Plaintif Pertama juga telah gagal menggunakan ‘reasonable care’ apabila gagal untuk melihat kehadiran motokar Defendan Pertama dari arah belakang. Gagal untuk mengamalkan langkah-langkah keselamatan yang diperuntukkan undang-undang di Malaysia bagi mengelakkan kemalangan sekaligus mengelakkan daripada kecederaan menimpa diri Plaintif sendiri dan pemboncengnya [ 26 ] Dalam kes Raymond Cheah Choon Sing v. Jurutera Daerah, Jabatan Kerja Raya Seberang Perai Tengah & Ors [2018] 1 MLJ 362 , Mahkamah telah menafsirkan kecuaian sebagai sesuatu yang gagal diberi perhatian atau kegagalan melakukan sesuatu. “[16] The word ‘neglect’ is defined as ‘fail to give proper care or attention to’ or ‘fail to do something’ (Concise Oxford English Dictionary (11th Ed) Revised (2008).” [ 27 ] Seterusnya Mahkamah mendapati tindakan Plaintif Pertama yang membonceng motosikal bersama Plaintif Kedua tanpa memakai topi keledar serta meletakkan Plaintif Kedua di dalam bakul hadapan motosikal adalah jelas menunjukkan bahawa Plaintif Pertama gagal untuk memberikan perhatian terhadap keselamatan Plaintif Kedua. [ 28 ] Berdasarkan fakta kes, Plaintif Kedua telah mengalami kecederaan di bahagian kepala. kecederaan yang dialami oleh Plaintif Kedua tersebut adalah berpunca daripada kegagalan Plaintif Pertama untuk memastikan Plaintif Kedua memakai topi keledar semasa membonceng motosikal. [ 29 ] Selanjutnya, fakta bahawa jalan di tempat kemalangan adalah lurus adalah satu fakta yang relevan dan tidak pernah dipertikai oleh pihak-pihak. Plaintif Pertama sebenarnya tidak peka dan tidak memberikan perhatian kepada jalan raya sehingga tidak menyedari kehadiran motovan Defendan Pertama yang berada di jalan tersebut. Adalah mustahil untuk Plaintif Pertama tidak menyedari kehadiran motovan yang dipandu oleh Defendan Pertama sekiranya benar Plaintif Pertama telah memberikan perhatian yang sepenuhnya kepada jalan raya sebelum membuat pusingan U. Sekiranya Plaintif Pertama memberikan perhatian kepada keadaan jalan raya, sudah tentu Plaintif Pertama akan dapat melihat dengan jelas kehadiran motovan yang dipandu oleh Defendan Pertama kerana keadaan jalan raya yang lurus dan tiada halangan pandangan. [ 30 ] Oleh yang demikian, Mahkamah ini bersetuju dan berpendapat bahawa tindakan Plaintif Pertama yang gagal untuk menumpukan perhatian kepada jalan raya telah menyebabkan berlakunya kemalangan dan kecuaian adalah sebanyak 100% pada Plaintif Pertama dan tiada kecuaian pada Defendan Pertama. D. PENENTUAN KUANTUM ISU KETIGA: SAMA ADA PLAINTIF-PLAINTIF LAYAK TERHADAP GANTIRUGI YANG DITUNTUT? [ 31 ] Mahkamh mendapati Plaintif-Plaintif telah gagal untuk membuktikan kecuaian Defendan-Defendan dalam kes ini. Oleh yang demikian, Plaintif-Plaintif adalah tidak layak terhadap sebarang gantirugi yang dituntut. I. TUNTUTAN BALAS DEFENDAN-DEFENDAN TERHADAP PLAINTIF-PLAINTIF ISU KEEMPAT: SAMA ADA DEFENDAN-DEFENDAN LAYAK TERHADAP GANTIRUGI YANG DITUNTUT? [ 32 ] Kemalangan yang berlaku adalah diakibatkan oleh kecuaian sepenuhnya Plaintif Pertama. Akibat daripada kemalangan tersebut, motovan Defendan yang dipandu oleh Defendan Pertama telah mengalami kerosakan dan Defendan-Defendan telah mengalami kerugian dan menuntut balas terhadap Plaintif-Plaintif. GANTIRUGI KHAS DEFENDAN-DEFENDAN Item (a) – Jumlah pembaikan motovan Defendan [ 33 ] Berdasarkan Pesanan Kerajaan (Ekshibit D9) di m/s 13 dan resit pembaikan (Ekshibit D10) di m/s 14 dan 15 Ikatan D, pembayaran sebanyak RM10,452.47 telah dibuat bagi tujuan pembaikan motovan Defendan. SD2 juga telah memberikan keterangan bahawa beliau telah ditugaskan untuk membuat pembayaran kepada Crestmax Auto (KB) Sdn Bhd bagi pembaikan motovan Defendan tesebut. [ 34 ] Pesanan Kerajaan dan resit pembaikan tersebut yang mana turut disokong oleh keterangan daripada SD2 adalah memadai untuk membuktikan bahawa Defendan-Defendan telah menanggung kos pembaikan akibat kemalangan tersebut. Oleh yang demikian, Mahkamah berpendapat bahawa tuntutan balas Defendan-Defendan bagi jumlah pembaikan motovan Defendan sebanyak RM10,452.47 seharusnya dibenarkan. KESIMPULAN [ 35 ] Mahkamah ini setelah mendengar segala keterangan saksi-saksi dan hujahan kedua belah pihak dengan ini memutuskan tuntutan Plaintif-Plaintif ditolak dengan kos dan Tuntutan Balas Defendan-Defendan dibenarkan dengan kos. Sekian, terima kasih. Bertarikh pada 2 Julai 2025 ……………..t.t………………………. EFFANDI NAZILA BIN ABDULLAH HAKIM SESYEN MAHKAMAH KOTA BHARU
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.