Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO.: KA-22NCvC-46-08/2022
KA-22NCvC-46-08/2022
High Court of Malaysia26 Aug 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“(as executor to SL Alameloo Achi alias Sona Lena Alamelo Acho, deceased) & Anor [2017] 4 MLJ 697; [2017] 3 MLRA 501 seperti yang berikut: “[49] The expression ‘onus of proof’ does not appear in the Evidence Act. Only the expression ‘burden of proof’ appears in ss 101-103 of the Evidence Act. But there is a difference b”
“1982 Guj 308, P Desai and S Majmudar thus illustrated the ‘burden of proof’ to establish the case which never shifts and the shifting burden to adduce evidence in the context of ss 101 and 102 of the Indian Evidence Act which are identical to ss 101 and 102 of the Evidence Act: It is also well to bear in mind that ther”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO.: KA-22NCvC-46-08/2022
1
ROSDIDI BIN ABD RAHMAN (No. K/P: 6795632 / 620217-02-5485) Yang berniaga atas nama dan gaya RA NETWORK SERVICES (No. Syarikat: 198903074907 (AS0102518-H)) ….. PLAINTIF PERTAMA
2
MOHD RIDHWAN BIN ROSDIDI (No. K/P: 870301-02-5893) Yang berniaga atas nama dan gaya RDNET SERVICES (No. Syarikat: 201803351172 (002895086-W) ….. PLAINTIF KEDUA DAN ABX EXPRESS (M) SDN BHD (No. Syarikat : 198401017696 (130250-H)) ….. DEFENDAN 24/02/2026 13:51:29 KA-22NCvC-46-08/2022 Kand. 58
1
Tuntutan Plaintif-Plaintif terhadap Defendan dalam tindakan ini adalah seperti yang berikut:
a
Deklarasi bahawa Defendan telah melanggar Kontrak/Perjanjian Agensi yang dimasuki antara Plaintif-Plaintif dengan Defendan sejak tahun 1988 (selepas ini dirujuk sebagai “Kontrak tersebut”);
b
Injunksi bagi menghalang Defendan daripada terus membuka cawangan di mana-mana kawasan dalam Negeri Kedah dan
c
Defendan membayar kepada Plaintif-Plaintif ganti rugi am atas dasar pelanggaran Kontrak tersebut untuk satu jumlah yang ditentukan oleh Mahkamah Yang Mulia ini atau untuk ditaksirkan;
d
ganti rugi khas berjumlah RM2,413,700.00;
e
ganti rugi teruk;
f
ganti rugi teladan;
g
kos;
h
faedah atas kadar 5% setahun ke atas keseluruhan penghakiman daripada tarikh pemfailan sehingga tarikh penghakiman serta sehingga ke tarikh penyelesaian penuh jumlah penghakiman tersebut; dan
i
lain-lain relief yang difikirkan suai manfaat oleh Mahkamah Yang Mulia ini.
2
Tuntutan balas Defendan terhadap Plaintif-Plaintif pula adalah seperti yang berikut:
a
ganti rugi khas sebanyak RM104,493.09 dibayar oleh Plaintif-Plaintif kepada Defendan secara bersesama dan berasingan (jointly and severally);
b
ganti rugi am untuk ditaksirkan oleh Mahkamah yang Mulia ini untuk dibayar oleh Plaintif-Plaintif kepada Defendan secara bersesama dan berasingan;
c
faedah pada kadar 5% setahun atas jumlah RM104,493.09 dari tarikh untuk ditentukan oleh Mahkmah yang Mulia ini sehingga tarikh penghakiman;
d
faedah pada kadar 5% setahun atas jumlah RM104,493.09 dari tarikh penghakiman sehingga tarikh penyelesaian sepenuhnya; dan
e
kos.
3
Setelah suatu perbicaraan penuh dijalankan dengan dua (2) orang saksi Plaintif-Plaintif dan dua (2) orang saksi Defendan dan setelah Mahkamah ini meneliti, menilai dan mempertimbangkan segala pliding, keterangan lisan dan dokumentar serta penghujahan kedua-dua pihak Plaintif-Plaintif dan Defendan, Mahkamah ini berpuas hati dan mendapati bahawa Plaintif-Plaintif telah gagal membuktikan tuntutannya terhadap Defendan atas imbangan kebarangkalian, manakala Defendan pula telah berjaya membuktikan tuntutan balasnya terhadap Plaintif-Plaintif atas imbangan kebarangkalian. Oleh itu, Mahkamah ini telah menolak tuntutan Plaintif-Plaintif terhadap Defendan dan membenarkan sebahagian tuntutan balas Defendan terhadap Plaintif-Plaintif dengan kos sebanyak RM20,000.00 tertakluk kepada fi alokatur.
4
Alasan Mahkamah ini seperti di bawah.
5
Plaintif-Plaintif adalah pihak yang berurusan dengan pihak Defendan sebagai ejen lantikan Defendan bagi menjalankan kerja-kerja pengutipan dan penghantaran (pick-up and delivery) bagi seluruh Negeri Kedah dan Perlis.
6
Kontrak antara Plaintif Pertama dengan Defendan telah dimasuki sejak tahun 1988 yang mana melalui Kontrak tersebut, Plaintif Pertama merupakan satu-satunya ejen sah yang dilantik oleh Defendan bagi menjalankan kerja-kerja pengutipan dan penghantaran tersebut di seluruh Negeri Kedah dan Perlis.
7
Plaintif-Plaintif telah menjalankan operasi kerja-kerja tersebut di beberapa cawangan di Alor Setar, Jitra, Yan, Pokok Sena, Langgar, Pendang dan Kota Sarang Semut.
8
Melalui Kontrak tersebut adalah dipersetujui bahawa Defendan perlu mendapatkan kebenaran dan/atau persetujuan Plaintif Pertama sekiranya Defendan ingin membuka cawangan di Negeri Kedah dan Perlis.
9
Defendan telah melanggar persetujuan tersebut dengan membuka cawangannya sendiri tanpa kebenaran dan/atau persetujuan daripada Plaintif Pertama. Ini menyebabkan Plaintif-Plaintif menanggung kerugian dari segi kehilangan pendapatan parcel, kos-kos latihan pekerja dan sewaan kedai kesan daripada pembukaan cawangan di kawasan-kawasan yang sama dengan Plaintif-Plaintif.
10
Oleh itu, Plaintif-Plaintif memulakan tindakan ini untuk menuntut segala kerugian yang telah dialami oleh Plaintif-Plaintif tersebut.
11
RA Network Services Sdn Bhd (No. Syarikat 334887-X) (“RA Network Services Sdn Bhd”) pada asalnya telah dilantik oleh Defendan sebagai ejen pengutipan dan penghantaran bagi pihak Defendan dalam Negeri Kedah dan Perlis.
12
Walau bagaimanapun, pada atau sekitar tahun 2010-an, RA Network Services Sdn Bhd tidak lagi berurusan dengan Defendan dan kerja-kerja sebagai ejen pengutipan dan penghantaran tersebut telahpun dilepaskan dan dipindahkan kepada Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua.
13
Pada setiap masa yang material, Plaintif Pertama, Plaintif Kedua dan RA Network Services Sdn Bhd adalah syarikat-syarikat dan perniagaan-perniagaan yang saling berkait dan dimiliki oleh Plaintif Kedua dan bapa beliau, yang juga merupakan pengarah dalam syarikat Plaintif Pertama. Mereka adalah entiti-entiti yang satu dan sama.
14
Sebarang perjanjian dan/atau persetujuan (yang mana adalah dinafikan) untuk menyekat perdagangan dan/atau perniagaan yang sah (restraint of lawful trade/business) adalah menyalahi undang-undang dan sama sekali bercanggah dengan seksyen 28 Akta Kontrak 1950.
15
Defendan mempunyai hak untuk membuka cawangan-cawangan perniagaannya di mana-mana Negeri termasuklah Negeri Kedah dan/atau Perlis asalkan perniagaan tersebut adalah sah dari segi undang-undang.
16
Defendan yang juga selaku ejen kepada Plaintif-Plaintif akan mengeluarkan invois-invois bulanan kepada Plaintif-Plaintif bagi kerja-kerja pengutipan dan penghantaran yang dilakukan oleh Defendan bagi pihak Plaintif-Plaintif. Setakat 31.8.2022, Plaintif-Plaintif masih berhutang dengan Defendan sebanyak RM79,919.46 bagi perkhidmatan-perkhidmatan yang telah dijalankan oleh Defendan.
17
Walaupun Defendan telah berkali-kali menuntut Plaintif-Plaintif untuk melunaskan jumlah terhutang tersebut, namun Plaintif-Plaintif telah gagal berbuat demikian. Oleh itu, Defendan telah menamatkan perkhidmatannya selaku ejen kepada Plaintif-Plaintif pada 2.9.2022.
18
Sejak tahun 2020, Plaintif-Plaintif selaku ejen kepada Defendan bagi kerja-kerja pengutipan dan penghantaran parcel di Negeri Perlis dan Kedah telah lalai dan/atau cuai dalam kerja-kerja penghantaran mereka. Kelalaian dan/atau kecuaian Plaintif-Plaintif menjadi semakin kerap dan serius sehingga Defendan tiada pilihan lain kecuali menamatkan perkhidmatan Plaintif-Plaintif pada sekitar bulan Mei 2022.
19
Plaintif-Plaintif mengetahui tugas dan obligasi kontraktual mereka bahawa parcel-parcel yang telah dikutip hendaklah dihantar ke destinasi yang telah ditetapkan dalam tempoh tiga (3) hari. Kegagalan Plaintif-Plaintif berbuat demikian boleh menyebabkan Defendan dikenakan penalti oleh pelanggan-pelanggannya termasuk tetapi tidak terhad kepada Shopee, Cainiao, Lazada dan lain-lain di bawah kategori kehilangan semasa transit (loss in transit) dan/atau kemusnahan barangan (damaged goods) kecuali dan melainkan rayuan terhadap pelanggan-pelanggan Defendan dibenarkan.
20
Akibat kelalaian dan/atau kecuaian Plaintif-Plaintif sejak bulan Februari tahun 2020 sehingga bulan April 2022, Defendan telah menanggung kerugian dan kerosakan berjumlah sebanyak RM24,573.63 seperti mana yang telah diplidkan. Analisis dan Dapatan Mahkamah
21
Isu-isu yang perlu diputuskan oleh Mahkamah ini adalah seperti yang berikut:
a
sama ada Kontrak/Perjanjian Agensi sejak tahun 1988 adalah sah di sisi undang-undang;
b
sama ada Kontrak/Perjanjian Agensi tersebut adalah mengikat Plaintif-Plaintif dan Defendan;
c
sekiranya jawapan kepada isu (a) dan (b) adalah afirmatif –
i
sama ada terdapat pelanggaran Kontrak/Perjanjian Agensi tersebut di pihak Defendan;
II
(ii) sama ada Defendan terhalang daripada membuka dan menjalankan operasi cawangan perniagaan dalam Negeri Kedah dan Negeri Perlis;
III
(iii) sama ada Plaintif-Plaintif telah mengalami kerugian akibat daripada pelanggaran Kontrak/Perjanjian Agensi tersebut;
IV
(iv) sama ada Plaintif-Plaintif berhak menuntut ganti rugi-ganti rugi terhadap Defendan;
d
sama ada Plaintif-Plaintif mempunyai tunggakan hutang jumlah sebanyak RM79,919.46 terhadap Defendan; dan
e
sama ada Defendan berhak menuntut kerugian dan kerosakan berjumlah sebanyak RM24,573.63 akibat dan/atau kecuaian dalam kerja-kerja penghantaran Plaintif-Plaintif.
22
Seksyen 101 dan seksyen 102 Akta Keterangan 1950 [Akta 56] memperuntukkan bahawa beban pembuktian adalah terletak pada pihak yang menghendaki Mahkamah untuk memberikan penghakiman kepadanya, iaitu seperti yang berikut: “Burden of proof
101
(1) Whoever desires any court to give judgment as to any legal right or liability, dependent on the existence of facts which he asserts, must prove that those facts exist.
2
When a person is bound to prove the existence of any fact, it is said that the burden of proof lies on that person. On whom burden of proof lies
102
The burden of proof in a suit or proceeding lies on that person who would fail if no evidence at all were given on either side.”. [Penekanan ditambah]
23
Prinsip undang-undang ini telahpun diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan melalui penghakiman yang disampaikan oleh Jeffrey Tan FCJ dalam kes Letchumanan Chettiar Alagappan @ L Allagappan (as executor to SL Alameloo Achi alias Sona Lena Alamelo Acho, deceased) & Anor [2017] 4 MLJ 697; [2017] 3 MLRA 501 seperti yang berikut: “[49] The expression ‘onus of proof’ does not appear in the Evidence Act. Only the expression ‘burden of proof’ appears in ss 101-103 of the Evidence Act. But there is a difference between the sense of the expression ‘burden of proof’ in s 101 and the sense of that same expression in s 102. [50] In International Times & Ors v Leong Ho Yuen [1980] 2 MLJ 86, Salleh Abas FCJ (as he then was), delivering the judgment of the court, said that the first sense of the expression ‘burden of proof’ in s 101 is the burden to establish the case which rests throughout on the party who asserts the affirmative of the issue, while the second sense of the expression ‘burden of proof’ in s 102 is the burden to adduce evidence: For the purpose of this appeal it is necessary to bear in mind the distinction between the two senses in which the expressions burden of proof and onus of proof are used (Nanji & Co v Jatashankar Dossa & Ors AIR 1961 SC 1474 1748 and Raghavamma v Chenchamma AIR 1964 SC 136-143). The first sense, signified by the expression burden of proof such as referred to in s 101 of the Evidence Act is the burden of establishing a case and this rests throughout the trial on the party who asserts the affirmative of the issue. The appellants in the present appeal relied on justification and fair comment. Therefore, the burden of proving these defences rests entirely upon them (Gatley on Libel and Slander 7th Ed, paras 351 and 354). The second sense referred to as onus of proof, on the other hand, relates to the responsibility of adducing evidence in order to discharge the burden of proof. The onus as opposed to burden is not stable and constantly shifts during the trial from one side to the other according to the scale of evidence and other preponderates. Such shifting is one continuous process in the evaluation of evidence. According to ss 102 and 103 of the Evidence Act, if the party with whom this onus lies whether initially or subsequently as a result of its shifting does not give any or further evidence or gives evidence which is not sufficient, such party must fail. It is this onus that we are concerned with in the present appeal. [51] ‘There is an essential distinction between burden of proof and onus of proof, burden of proof lies upon the person who has to prove a fact and it never shifts, but the onus of proof shifts’ (Addagada Raghavamma And Anr v Addagada Chenchamma And Anr 1964 SCR (2) 933). [52] The ‘burden of proof’ in s 101 is the burden to establish a case which rests throughout on the party who asserts the affirmative of the issue. The ‘burden of proof’ in s 102 is the burden to adduce evidence, to make out or rebut the claim. The ‘burden of proof’ in s 102 shifts from one side to the other according to the weight of the evidence. To differentiate the sense used, the ‘burden of proof’ in s 101 is ‘burden of proof’, while the ‘burden of proof’ in ss 102 and 103 is dubbed ‘onus of proof’. In some jurisdictions, the s 101 ‘burden of proof’ is labelled ‘legal burden’ while the s 102 burden of proof’ is referred to as ‘evidential burden’. [53] In Ranchhodbhai Somabhai And Anr v Babubhai Bhailalbhai And Ors AIR 1982 Guj 308, P Desai and S Majmudar thus illustrated the ‘burden of proof’ to establish the case which never shifts and the shifting burden to adduce evidence in the context of ss 101 and 102 of the Indian Evidence Act which are identical to ss 101 and 102 of the Evidence Act: It is also well to bear in mind that there is an essential distinction between ‘burden of proof’ and ‘onus of proof’; burden of proof lies upon the person who has to prove a fact and it never shifts, but the onus of proof shifts. Such a shifting of onus is a continuous process in the evaluation of evidence (see Raghavamma v Chenchamma AIR 1964 SC 136). Burden of proof has two distinct meanings, namely, (i) the burden of proof as a matter of law and pleadings, and (ii) the burden of proof as a matter of adducing evidence. Section 101 of the Evidence Act deals with the former and Section 102 of the Evidence Act with the latter. The first remains constant but the second shifts. In a claim application, therefore, the burden of proof, in the first sense, certainly lies on the claimant. If he examines himself and his witness, if any, and if the evidence, tested in the light of the principles set out above, is found to be acceptable, the onus shifts on the tortfeasor to prove those circumstances, if any, which dislodge the assertions of the claimants. If the tortfeasor fails to prove before the Court any fact or circumstance which tends to affect the evidence led by the claimant, the claimant would be entitled to ask the Court to hold that he has established the case and, on that basis, to make a just award it would thus appear, that though the legal burden — the burden as a matter of law and pleadings — remains constant on the claimant, the burden as a matter of adducing evidence changes often times as the trial of the claim petition progresses. [54] Section 101(1) provides that ‘Whoever desires any court to give judgment as to any legal right or liability, dependent on the existence of facts which he asserts, must prove that those facts exist’. ‘Section 101 states that the initial burden of proving a prima facie case in his favour is cast on the plaintiff …’ (Woodroffe and Amir Ali, Law of Evidence (19th Ed Vol 3) at p 3194). Illustration (b) to s 101 puts it beyond doubt that the ‘burden of proof’ rests throughout on the plaintiff. Section 102 provides that ‘The burden of proof in a suit or proceeding lies on that person who would fail if no evidence at all were given on either side’. ‘The initial onus of proving the case is always on the plaintiff’ (Sarkar Law of Evidence 16th Ed at p 1593). Illustration (a) to s 102 puts it beyond doubt that a plaintiff has the initial onus of proof. [55] But ‘when (the plaintiff) gives such evidence as will support a prima facie case, the onus shifts on to the defendant, to adduce rebutting evidence to meet the case made out by the plaintiff. As the case continues to develop, the onus may shift back again to the plaintiff. It is not easy to decide at what particular stage, in the course of the evidence, the onus shifts from one side to the other. When after the entire evidence has been adduced, the tribunal feels it cannot make up its mind as to which of the versions is true, it will hold that the party on whom the burden lies has not discharged the burden, but if it has, on the evidence, no difficulty arriving at a definite conclusion, then the burden of proof on the pleading recedes into the background’ (Woodroffe and Amir Ali, at p 3194; see also Abrath v The North Eastern Railway Company at p 452). ‘… the onus of proof may shift … but the question must ultimately arise whether the person who is bound to prove the affirmative of the issue … has discharged … that burden’ (Jane Wakelin v The London and South Western Railway Company (1886) 12 App Cas 41 per Lord Halsbury LC) or proved ‘his case sufficiently to justify a judgment in his favour’ (Stoney v Eastbourne Rural District Council [1927] 1 Ch 367 at p 397 per Lord Hanworth MR). [56] Thus, a plaintiff has both the burden of proof as well as the initial onus of proof. In Britestone Pte Ltd v Smith & Associates Far East, Ltd [2007] 4 SLR 855, the Singapore Court of Appeal per VK Rajah JCA, delivering the judgment of the court, explained that at the start of the plaintiff’s case the burden of proof and the onus of proof coincide: … at the start of the plaintiff’s case, the legal burden of proving the existence of any relevant fact that the plaintiff must prove and the evidential burden of some (not inherently incredible) evidence of the existence of such fact coincide. Upon adduction of that evidence, the evidential burden shifts to the defendant, as the case may be, to adduce some evidence in rebuttal. If no evidence in rebuttal is adduced, the court may conclude from the evidence of the defendant. If, on the other hand, evidence in rebuttal is adduced, the evidential burden shifts back to the plaintiff. If, ultimately, the evidential burden comes to rest on the defendant, the legal burden of proof of the relevant fact would have been discharged by the plaintiff. The legal burden of proof — a permanent and enduring burden — does not shift. A party who has the legal burden of proof on any issue must discharge it throughout. Sometimes, the legal burden is spoken of, inaccurately, as ‘shifting’; but what is truly meant is that another issue has been engaged, on which the opposite party hears the legal burden of proof. [57] The rule is that ‘the onus of proof of any particular fact lies on the party who alleges it, not on him who denies it; et incumbit probation qui decit, non qui negat, Actori incibit probation … The plaintiff is bound in the first instance, to show a prima facie case, and if he leaves it imperfect, the court will not assist him. Hence the maxim Potior est condition defendantis. A plaintiff cannot obviously advantage himself by the weakness of the defence. A plaintiff’s case must stand or fall upon the evidence adduced by him. When, however, the defendant, or either litigant party, instead of denying what is alleged against him, relies on some new matter which, if true, is an answer to it, the burden of proof changes sides; and he, in his turn, is bound to show a prima facie case at least and, if he leaves it imperfect, the court will not assist him.”. [Penekanan ditambah]
24
Prinsip yang sama turut diputuskan dalam kes Keruntum Sdn Bhd v The Director of Forests & Ors [2017] 3 MLJ 281; [2017] 4 MLRA 277, Hong Yik Trading v Liziz Plantation Sdn Bhd [2017] 5 MLJ 398; [2017] 4 MLRA 89 dan Tenaga Nasional Bhd v. Perwaja Steel Sdn Bhd [1998] 2 CLJ 740; [1998] 1 MLRA 178.
25
Berdasarkan nas-nas undang-undang di atas, beban pembuktian dalam sesuatu kes sivil sentiasa terletak pada bahu pihak plaintif atau pihak yang menuntut dan ia adalah atas imbangan kebarangkalian. Kegagalan plaintif atau pihak yang menuntut berbuat demikian akan menyebabkan tuntutan plaintif atau pihak yang menuntut terhadap defendan atau pihak yang dituntut ditolak oleh Mahkamah.
26
Dalam kes ini, setelah Mahkamah ini meneliti, menilai dan mempertimbangkan segala pliding serta keterangan lisan dan dokumentar yang dikemukakan oleh Plaintif-Plaintif dan Defendan, Mahkamah ini mendapati bahawa Plaintif-Plaintif telah gagal membuktikan tuntutan mereka terhadap Defendan. Oleh itu, beban pembuktian tersebut tidak berpindah kepada Defendan untuk menafikan dakwaan dan/atau tuntutan Plaintif-Plaintif tersebut.
27
Sebaliknya, Mahkamah ini mendapati bahawa Defendan telah berjaya membuktikan tuntutan balasnya terhadap Plaintif-Plaintif atas imbangan kebarangkalian.
28
Memandangkan Plaintif-Plaintif telah gagal membuktikan tuntutannya atas imbangan kebarangkalian terhadap Defendan dan Defendan telah berjaya membuktikan tuntutan balasnya terhadap Plaintif-Plaintif atas imbangan kebarangkalian, maka Mahkamah ini telah menolak tuntutan Plaintif-Plaintif terhadap Defendan dan membenarkan tuntutan balas Defendan terhadap Plaintif-Plaintif dengan kos.
29
Dalam menolak tuntutan Plaintif-Plaintif dan membenarkan tuntutan balas Defendan tersebut, Mahkamah ini bersetuju dan menerima sepenuhnya hujahan peguam cara Defendan dan tidak berhasrat untuk mengulanginya satu persatu di sini. Mahkamah ini hanya ingin menekankan beberapa isu seperti di bawah sahaja.
30
Sebelum Mahkamah ini boleh menentukan dan memutuskan isu sama ada Kontrak/Perjanjian Agensi sejak tahun 1988 tersebut adalah sah di sisi undang-undang dan mengikat Plaintif-Plaintif dan Defendan seperti mana dakwaan Plaintif-Plaintif, beban adalah terletak pada Plaintif-Plaintif untuk membuktikan bahawa Kontrak/Perjanjian Agensi sejak tahun 1988 tersebut adalah wujud.
31
Tanpa melihat, merujuk dan meneliti kandungan Kontrak/Perjanjian Agensi yang kononnya wujud sejak tahun 1988 tersebut, jika benar Kontrak/Perjanjian Agensi tersebut wujud, Mahkamah ini tidak dapat mengetahui dan menilai apakah terma-terma yang dipersetujui antara Plaintif-Plaintif dengan Defendan, khususnya berhubung dengan hubungan kontrak (contractual relationship) antara Plaintif-Plaintif dengan Defendan, terma-terma kerja-kerja pengutipan dan penghantaran bagi seluruh Negeri Kedah dan Negeri Perlis dan bahawa Defendan perlu mendapatkan kebenaran dan/atau persetujuan Plaintif Pertama sekiranya Defendan ingin membuka cawangan di Negeri Kedah dan Negeri Perlis.
32
Sungguhpun begitu, sehingga Plaintif-Plaintif menutup kes mereka, dokumen Kontrak/Perjanjian Agensi yang didakwa wujud oleh Plaintif- Plaintif sejak tahun 1988 tersebut, yang mana merupakan asas tuntutan Plaintif-Plaintif terhadap Defendan dalam tindakan ini, telah gagal dikemukakan dan dibuktikan oleh Plaintif-Plaintif dalam Mahkamah ini. Oleh itu, berdasarkan prinsip pembuktian dan nas undang-undang di atas, beban pembuktian tersebut tidak berpindah kepada Defendan untuk menafikan dakwaan dan/atau tuntutan Plaintif-Plaintif tersebut.
33
Sebaliknya, Plaintif-Plaintif telah bergantung kepada sepucuk surat yang menggunakan kepala surat AiRBORNE EXPRESS untuk menyokong tuntutan Plaintif-Plaintif terhadap Defendan (rujuk dokumen di muka surat 98 Ikatan Dokumen Bersama (Bahagian III)), iaitu seperti di bawah – “25hb Mac 1994 KEPADA SESIAPA YANG BERKENAAN Adalah dimaklumkan kami telah melantik syarikat R.A. Network Services sebagai ejen penghantaran dan pengutipan surat untuk seluruh negeri Kedah dan Perlis semenjak 1988 sehingga hari ini. Harap maklum. Sekian, terima kasih. Yang benar AIRBORNE EXPRESS SDN BHD t.t. Mohamed Ali Noordin Pengarah Urusan”.
34
Pada pendapat Mahkamah ini, surat AiRBORNE EXPRESS bertarikh 25hb Mac 1994 tersebut hanyalah merupakan Surat Rujukan (Reference Letter) kepada pihak-pihak yang berkenaan sahaja dan bukanlah suatu Kontrak/Perjanjian Agensi antara Plaintif-Plaintif dengan Defendan seperti mana yang diplidkan oleh Plaintif-Plaintif dalam Writ dan Pernyataan Tuntutannya. Oleh itu, surat AiRBORNE EXPRESS bertarikh 25hb Mac 1994 tersebut bukanlah suatu dokumen kontrak/perjanjian yang mengikat Plaintif-Plaintif dan Defendan.
35
Memandangkan Plaintif-Plaintif telah gagal membuktikan kewujudan Kontrak/Perjanjian Agensi sejak tahun 1988 tersebut, maka pada pendapat Mahkamah ini Plaintif-Plaintif tidak mempunyai asas dan kausa tindakan yang sah terhadap Defendan dan gagal membuktikan kesnya atas imbangan kebarangkalian terhadap Defendan.
36
Oleh yang demikian, adalah wajar tuntutan dan permohonan Plaintif-Plaintif terhadap Defendan bagi perintah Deklarasi, perintah Injunksi, ganti rugi am, ganti rugi khas, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan tersebut ditolak dengan kos.
37
Mengenai tuntutan balas Defendan pula, berdasarkan keterangan pihak Defendan, Mahkamah ini berpuas hati dan mendapati bahawa Defendan telah berjaya membuktikan atas imbangan kebarangkalian tuntutan ganti rugi khas sebanyak RM79,919.46 (rujuk dokumen-dokumen di muka surat 446-447 Ikatan Dokumen Bersama 2 (Bahagian B)).
38
Oleh itu, Mahkamah ini telah membenarkan ganti rugi khas sebanyak RM79,919.46 tersebut berserta faedah pada kadar 5% setahun atas jumlah RM79,919.46 dari tarikh penghakiman sehingga tarikh penyelesaian sepenuhnya.
39
Berdasarkan alasan-alasan di atas, memandangkan Plaintif-Plaintif telah gagal membuktikan kesnya atas imbangan kebarangkalian terhadap Defendan, maka Plaintif-Plaintif tidak berhak untuk menuntut sebarang ganti rugi daripada Defendan. Sebaliknya, memandangkan Defendan telah berjaya membuktikan tuntutan balasnya atas imbangan kebarangkalian terhadap Plaintif-Plaintif, maka Mahkamah ini telah membenarkan tuntutan balas Defendan tersebut dengan kos sebanyak RM20,000.00. Bertarikh : 23 FEBRUARI 2026 (DR. ARIK SANUSI BIN YEOP JOHARI) HAKIM MAHKAMAH TINGGI MALAYA, ALOR SETAR KEDAH DARUL AMAN (KEDAH DARUL AMAN) Peguam bagi Plaintif-Plaintif: Cik Ainun Hawa Binti Azhar Tetuan M.S Nizam & Co Peguam Bela dan Peguam Cara No.1, L-2, Jalan Kompleks Perniagaan Jelatek Jalan Langgar 05460 Alor Setar Kedah Peguam bagi Defendan: Encik Ee Yen Chin Tetuan Ee Yen Chin & Co Peguam Bela dan Peguam Cara Suite 33-01-18, 33rd Floor Menara Keck Seng 203, Jalan Bukit Bintang 55100 Kuala Lumpur
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.