Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI AMPANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN NO. KES SAMAN: BC-A52NCvC-8-04/2022
BC-A52NCvC-8-04/2022
Sessions Court of Malaysia10 Jan 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“dalam lingkungan undang-undang fitnah dan sebarang percubaan untuk menggabungkan fitnah dan kecuaian tidak dibenarkan (Lihat juga 345 Mohd Soffian bin Nordin Ali v Oriental Bank Berhad, Kuala Lumpur [2003] MLJU 241, Kho Poh Teck v Digi Telecommunications Sdn Bhd [2006] 6 MLJ 349). [26] Oleh yang demikian, tuntutan Plai”
“kal dan mental yang telah dihadapi oleh mereka akibat penamatan keahlian kelab tersebut. Peguamcara Plaintif-Plaintif telah merujuk kepada kes Malaysian Airline System Berhad v. Tarn Chin Siong & Ors [2009] MLJU 501 dan berhujah 210 bahawa Plaintif-Plaintif telah mengalami kesukaran dan kesulitan kerana kehilangan akse”
“kerugian yang dialami olehnya akibat daripada tindakan Defendan. Peguamcara Defendan turut merujuk kes The Board of Trustees of the Sabah Foundation & Ors v Datuk Syed Kechik bin Syed Mohamed & Anor [2011] MLJU 806 yang memutuskan Plaintif seharusnya mengemukakan bukti dokumentari yang mantap (‘cogent 280 documentary e”
“i sebarang kesusahan atau kesan fizikal yang dialami mereka. (Rujuk kes Taiping Poly (M) Sdn Bhd v 305 Wong Fook Toh & Ors [2011] 3 CLJ 837, Sambaga Valli a/p KR Ponnusamy v Datuk Bandar Kuala Lumpur [2017] MLJU 557). **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 15 [”
“g dituntut olehnya. (Rujuk juga Yayasan Selangor v Aviation **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 14 Development Corporation (M) Sdn Bhd [2019] MLJU 650 yang memutuskan tuntutan perlu dibuktikan, sekiranya gagal, tiada ganti rugi dan/atau ganti rugi nominal ak”
“Rujuk Wong Kok Leong (mendakwa di bawah kapasiti sebagai Ahli Jawatankuasa 325 Persatuan Kochow Malaysia) v Foo Chu Jong (didakwa di bawah kapasiti sebagai Pengerusi Persatuan Kochow Malaysia) & Anor [2022] MLJU 1872, Kris Angsana Sdn Bhd v Eu Sim Chuan @ Eu Sam Yan & Anor [2007] 5 MLJ 13) 330 [24] Kes Hj Ahmad Kamal b”
“eka yang bertahun-tahun dan ia membebankan 215 mereka dari segi kewangan, masa dan tenaga. Rujukan telah dibuat kepada kes Hj Ahmad Kamal bin Zakaria & Ors v Perak Integrated Network Services Sdn Bhd [2022] MLJU 470 yang mana Mahkamah Tinggi Shah Alam telah mengawadkan suatu jumlah secara global RM100,000.00 kepada set”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI AMPANG DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN NO. KES SAMAN: BC-A52NCvC-8-04/2022
1
ROSEMAN BIN HASSAN
2
ZAKARIA BIN YACOB 10
3
ROSNAN BIN SHAFIE (NO. K/P: 540307-08-6169) 15
4
MOHAMED ZAMANI BIN ISMAIL (NO. K/P: 640601-10-8371) …PLAINTIF-PLAINTIF DAN 20 KDE RECREATION BERHAD (NO. PENDAFTARAN: 198401008705 (121237-P) …DEFENDAN 25 16/05/2025 10:36:29 BC-A52NCvC-8-04/2022 Kand. 101 ALASAN PENGHAKIMAN [1] Penghakiman ini dibuat hanya berkenaan taksiran ganti rugi lanjutan 30 dari keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah bahawa penamatan keahlian kelab terhadap Plaintif-Plaintif adalah tidak sah dan terbatal. LATAR BELAKANG KES 35 [2] Plaintif-Plaintif telah memfailkan suatu tindakan terhadap Defendan untuk suatu perintah deklarasi bahawa penamatan keahlian yang dibuat oleh Defendan terhadap Plaintif-Plaintif adalah tidak sah dan terbatal. Plaintif-Plaintif juga dalam tindakan ini telah membuat tuntutan terhadap kerugian-kerugian yang dialami mereka. Kes ini 40 telah didengar oleh Hakim Mahkamah Sesyen terdahulu yang telah bersara (Hakim terdahulu) secara perbicaraan penuh. [3] Pada 15 Ogos 2024, Hakim terdahulu telah memutuskan bahawa penamatan keahlian Plaintif-Plaintif adalah tidak sah. Tuntutan Plaintif- 45 Plaintif telah dibenarkan dengan kos sebanyak RM50,000.00. Hakim terdahulu juga turut mengarahkan untuk kerugian yang dituntut oleh Plaintif-Plaintif ditaksirkan oleh Mahkamah melalui taksiran ganti rugi. FAKTA KES 50 [4] Plaintif-Plaintif merupakan ahli kelab berdaftar dalam kelab Defendan. Plaintif-Plaintif juga telah dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa Perhubungan kelab Defendan bagi sesi 2020/2021 dan sesi 2021/2022. Plaintif-Plaintif telah menghadiri suatu sesi suai-kenal dan 55 sarapan atas jemputan Pengurus Kelab Defendan yang baharu, Encik Hisham pada 2 September 2021. Sesi suai-kenal dan sarapan tersebut telah diadakan di kafeteria kelab Defendan. Pelbagai aduan, rungutan dan isu telah dibincangkan semasa sesi suai-kenal tersebut. Selepas lebih kurang 45 minit sesi suai-kenal dan sarapan berlangsung, 60 Pengurus kelab Defendan telah kelihatan tegang dan tidak sedar. Kakitangan kelab kemudiannya telah menghubungi ambulans dan Encik Hisham telah dihantar ke hospital. [5] Pada 17 Disember 2021, Plaintif-Plaintif telah menerima surat tunjuk 65 sebab daripada Defendan yang mendakwa Plaintif-Plaintif telah bertindak agresif dan mengeluarkan perkataan kesat kepada Encik Hisham sehingga beliau mengalami strok. Selanjutnya, suatu sesi inkuiri telah dijalankan pada 10 Januari 2022 dan pada 28 Januari 2022, Plaintif-Plaintif telah dimaklumkan melalui sepucuk surat 70 bahawa lesen keahlian kelab mereka ditamatkan secara serta-merta dan tiada rayuan boleh dibuat terhadap keputusan tersebut. [6] Plaintif-Plaintif kemudiannya pada 21 Mac 2022 melalui peguamcara mereka telah menghantar surat menuntut pembatalan keputusan 75 tersebut atas alasan bahawa segala proses dan prosedur bagi tindakan disiplin dan inkuiri yang telah diadakan tersebut telah melanggar prinsip keadilan namun Defendan masih mengekalkan keputusan mereka. Oleh itu, Plaintif-Plaintif kemudiannya telah memulakan prosiding guaman terhadap Defendan bagi suatu 80 deklarasi untuk keputusan penamatan keahlian tersebut adalah tidak sah dan terbatal. TUNTUTAN GANTI RUGI PLAINTIF-PLAINTIF 85 [7] Plaintif-Plaintif telah menuntut ganti rugi seperti berikut:
i
Kerugian kewangan akibat penamatan keahlian kelab sebanyak RM21,950.00: • Anggaran bayaran sukan golf untuk tempoh Januari 2022 hingga Oktober 2024 RM12,400.00 • Bayaran gimnasium di Blue Gym & Fitness System untuk tempoh Januari 2022 hingga Oktober 2024 RM8,550.00 • Bayaran gimnasium KDE (keahlian sementara isteri) dari tempoh November 2023 hingga Jun 2024 RM900.00 • Hadiah baucar KDE RM100.00
II
(ii) Kerosakan reputasi dan sosial kedudukan; dan
III
(iii) Kos guaman ditanggung oleh Plaintif-Plaintif secara kolektif Plaintif Kedua
i
Kerugian kewangan akibat penamatan keahlian kelab sebanyak RM12,400.00:
II
(ii) Kerosakan reputasi dan imej; dan
III
(iii) Kos guaman ditanggung oleh Plaintif-Plaintif secara kolektif Plaintif Ketiga
i
Kerugian kewangan akibat penamatan keahlian kelab sebanyak RM17,622.80: • Anggaran bayaran sukan golf untuk tempoh Januari 2022 hingga Oktober 2024 RM15,500.00 • Rawatan perubatan untuk tempoh dari Januari 2022 hingga Oktober 2024 RM3,164.80
II
(ii) Kerosakan reputasi dan imej; dan
III
(iii) Kos guaman ditanggung oleh Plaintif-Plaintif secara kolektif Plaintif Keempat
i
Kerugian kewangan akibat penamatan keahlian kelab sebanyak RM21, 051.45: • Anggaran bayaran sukan golf untuk tempoh Januari 2022 hingga Oktober 2024 RM15,500.00 • Bayaran gimnasium di Fitness First untuk tempoh Januari 2022 hingga Oktober 2024 RM5,551.45
II
(ii) Kerosakan reputasi, imej dan maruah; dan
III
(iii) Kos guaman ditanggung oleh Plaintif-Plaintif secara kolektif PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG 90 [8] Untuk penaksiran ganti rugi, Aturan 37 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 memperuntukkan seperti berikut: “37. Assessment of damages 95
1
Assessment of damages by Registrar (O. 37 r.1)
1
Where judgment is given for damages to be assessed and no provision is made by the judgment as to how they are to be assessed, the damages shall, subject to 100 the provisions of this Order, be assessed by the Registrar, and the party entitled to the benefit of the judgment shall, within one month from the date of the judgment, apply to the Registrar for directions and the provisions of Order 34 shall, with the necessary 105 modifications, apply.
2
On the hearing of the applications for directions, the Registrar may, in addition to making such orders as are necessary and appropriate under Order 34, give 110 directions as to the time by which a notice of appointment for assessment of damages shall be filed and such notice upon being filed shall, notwithstanding anything in Order 62, rule 10, be served not later than seven days thereafter on the party against whom the 115 judgment is given. Notice of appointment for assessment of damages shall be in Form 62A.” [9] Dalam membuat penilaian terhadap taksiran gantirugi akibat perlanggaran kontrak, gantirugi untuk jumlah tuntutan perlu dibuat 120 dengan meletakkan pihak yang mengalami kehilangan itu sepertimana sedia asal, iaitu sepertimana dia posisi di mana tidak berlaku sebarang kehilangan; dan perkara kedua ialah pihak Plaintif tidak dibenarkan mengaut keuntungan atas perkara tersebut. (Lihat Subramaniam Paramasivam & 2 Ors v. Malaysian Airline System Bhd [2002] 1 125 MLJ 45). GANTI RUGI AM [10] Peguam Plaintif-Plaintif telah berhujah bahawa anakguamnya telah 130 mengalami pelbagai kerugian am berikutan penamatan keahlian secara tidak sah oleh Defendan termasuklah kehilangan kemudahan dan keseronokan (“loss of enjoyment”) dan telah menghadapi kesukaran dan ketidakselesaan (“inconvenience and discomfort”) serta telah mengalami kerosakan reputasi, nama baik dan karakter. 135 Bagi tuntutan ganti rugi terhadap kehilangan kemudahan dan keseronokan, peguamcara Plaintif-Plaintif juga telah merujuk kepada kes Yeo Kim Kuan v Hamid [1968] 2 MLJ 188 yang mana telah merujuk kepada penghakiman Lord Devlin di dalam kes West v. Shephard yang memutuskan bahawa: 140 “There are two ways in which the loss of enjoyment can be considered, it can be said that from beginning to end it is really all mental suffering … If this is the true view then total unconsciousness as in Wise v. Kaye & Anor., supra, relieves all 145 mental suffering and nothing can be recovered for a deprivation which is not being experienced. The other way to look upon the deprivation of a limb is as a loss of personal assets, something in the nature of a property, A limb 150 can be put both to a profitable use and to a pleasurable use. In so far as it is put to a profitable use, the loss is compensated for by calculating loss of earnings and not by assessing mental pain. On the same principle, it can be said, a sum must be assessed for loss of pleasurable use irrespective of whether there is mental 155 suffering or not.” [11] Berdasarkan kes tersebut, peguamcara Plaintif-Plaintif berhujah bahawa Mahkamah di Malaysia telah mengiktiraf ganti rugi untuk kehilangan kemudahan nikmat dan/atau kepuasan peribadi bagi 160 individu. Bagi kes ini, Plaintif-Plaintif telah membayar yuran keahlian yang banyak untuk mendaftar sebagai ahli kelab untuk menikmati fasiliti dan kemudahan yang disediakan di kelab Defendan. Penamatan keahlian itu telah menyebabkan Plaintif-Plaintif dan ahli keluarga mereka kehilangan akses kepada kemudahan-kemudahan 165 yang menyumbang kepada kegembiraan, kepuasan dan nikmat selama bertahun-tahun dan juga telah mempengaruhi kesejahteraan fizikal, mental dan emosi Plaintif-Plaintif. Peguamcara Plaintif-Plainitf telah merujuk kepada kes Ranjit Singh a/l Gurnam Singh (suing on behalf of himself and 79 members of the Bougainvillea Country 170 Club, Ipoh) v Dato Goh Cheng Hong & Ors and another suit [2015] 10 MLJ 269 di mana Hakim Mahkamah Tinggi telah memutuskan seperti berikut: “… The plaintiff and the other 79 members he represents wanted 175 to be compensated for the loss they have suffered and also the damages for the loss of membership and deprivation of continued use of the BCC’s facilities against the fourth defendant. 180 COST I also allowed the cost of RM80,000 to be paid to the plaintiff. From the amount, the first defendant is liable to pay RM30,000 and the third and fourth defendants liable to pay RM25,000 185 each.” [12] Peguamcara Plaintif-Plaintif juga telah merujuk kepada kes Suzannah Helen Harvey & Anor v Langkawi Yacht Club Bhd [2024] 7 MLJ 385 di mana Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah memberi 190 RM10,000.00 sebagai ganti rugi untuk kehilangan kemudahan dan keseronokan (“loss of enjoyment”) dan tekanan mental (“mental distress”). [13] Peguamcara Plaintif-Plantif turut merujuk kepada kes Suzannah 195 Helen Harvey & Anor v Langkawi Yacht Club Bhd [2024] 7 MLJ 385 di mana Mahkamah telah memberi award sebanyak RM10,000 untuk tuntutan ‘loss of enjoyment and mental distress’. Kes Toh Shu Hua & Ors v Wawasan Rajawali Sdn Bhd [2023] 8 MLJ 860 turut dirujuk, yang mana Mahkamah memberi award sebanyak RM50,000 200 untuk ‘loss of enjoyment of the use of the apartments in a manner promised to them’ akibat dari kehilangan kegunaan pangsapuri sepertimana yang dijanjikan. [14] Selanjutnya, Plaintif-Plaintif telah memohon untuk diberikan awad 205 gantirugi ketidakselesaan dan kesulitan (“inconvenience and discomfort”) termasuk kesan fizikal dan mental yang telah dihadapi oleh mereka akibat penamatan keahlian kelab tersebut. Peguamcara Plaintif-Plaintif telah merujuk kepada kes Malaysian Airline System Berhad v. Tarn Chin Siong & Ors [2009] MLJU 501 dan berhujah 210 bahawa Plaintif-Plaintif telah mengalami kesukaran dan kesulitan kerana kehilangan akses kepada kemudahan dan perkhidmatan yang biasa digunakan seperti padang golf, padang sasar, gimnasium dan gelanggang tenis. Mereka terpaksa membuat perubahan drastik kepada rutin mereka yang bertahun-tahun dan ia membebankan 215 mereka dari segi kewangan, masa dan tenaga. Rujukan telah dibuat kepada kes Hj Ahmad Kamal bin Zakaria & Ors v Perak Integrated Network Services Sdn Bhd [2022] MLJU 470 yang mana Mahkamah Tinggi Shah Alam telah mengawadkan suatu jumlah secara global RM100,000.00 kepada setiap Plaintif Pertama, Kelima, Keenam dan 220 RM60,000.00 kepada Plaintif Ketiga ganti rugi akibat ketidakselesaan dan lain-lain. [15] Seterusnya, peguamcara Plaintif-Plaintif turut memplidkan bahawa plaintif-Plaintif berhak untuk menerima ganti rugi akibat kerosakan 225 reputasi, nama baik dan karakter yang disebabkan tuduhan-tuduhan tidak benar dan berniat jahat serta penamatan kontrak secara tidak sah oleh Defendan. Peguamcara Plaintif-Plaintif berhujah bahawa Plaintif-Plaintif merupakan individu-individu yang berpendidikan tinggi dan berkerjaya dalam bidang perniagaan masing-masing dan 230 mempunyai ramai kenalan. Akibat penamatan keahlian tersebut, jawatan Plaintif-Plaintif di kelab turut dibatalkan. Peguamcara Plaintif-Plaintif telah merujuk kes Florence Bailes v Dr Ng Jit Leong [1985] 1 MLJ 374 di mana Mahkamah Agong ketika itu telah memberi awad RM10,000.00 untuk ganti rugi yang dialami akibat malu dan tekanan 235 (“embarrassment, distress and humiliation”). GANTI RUGI KHAS [16] Plaintif-Plaintif telah menuntut kos-kos yang telah ditanggung mereka 240 bagi kemudahan atau fasiliti di kelab golf yang lain serta kos guaman mereka. Peguamcara Plaintif-Plaintif telah merujuk kepada kes Tekun Nasional v Plenitude Drive (M) Sdn Bhd and another appeal [2021] 6 MLJ 619 yang memutuskan bahawa pihak yang menuntut ganti rugi khas atau am mempunyai atau menanggung beban pembuktian bagi 245 fakta dan kuantum terhadap kecederaan yang dialami. Dalam menilai ganti rugi tersebut, objektif utama ialah untuk meletakkan pihak yang mengalami kehilangan itu sepertimana sedia asal, iaitu sepertimana dia posisi di mana tidak berlaku sebarang kehilangan. Peguamcara Plaintif-Plaintif berhujah bahawa Plaintif-Plaintif kerap bermain golf 250 dengan anggaran sekurang-kurangnya tiga kali dalam seminggu. Plaintif-Plaintif menuntut bayaran yang telah dibayar atas kadar yang lebih mahal untuk kemudahan di kelab golf dan gimnasium di tempat lain (sepertimana jadual di atas). 255 [17] Peguamcara Defendan dalam bantahannya terhadap tuntutan tersebut berhujah bahawa kerugian kewangan dan kuantum yang dituntut Plaintif-Plaintif aktiviti sukan golf, gimnasium dan rawatan perubatan tidak disokong oleh sebarang bukti dokumentari dan tidak disebabkan oleh penamatan keahlian kelab tersebut. Peguamcara 260 Defendan juga berhujah Plaintif-Plaintif tidak berhak menuntut kepada kos guaman kerana kos tindakan telah diperintahkan sebanyak RM50,000.00 pada 15 Ogos 2020 yang mana telah diselesaikan oleh Defendan. 265 [18] Peguamcara Defendan juga berhujah bahawa Plaintif-Plaintif tidak berhak menuntut sebarang kerosakan reputasi, imej, kedudukan sosial dan maruah kerana ini bukan tindakan fitnah, apatah lagi tiada sebarang kerosakan yang telah dialami atau dibuktikan oleh Plaintif-Plaintif. 270 [19] Dalam menyokong hujahannya, peguamcara Defendan telah merujuk kepada kes Taiping Poly (M) Sdn Bhd v Wong Fook Toh & Ors [2011] 3 CLJ 837 yang mana Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa Plaintif-Plaintif mempunyai beban bukti yang kukuh untuk 275 membuktikan kerugian yang dialami olehnya akibat daripada tindakan Defendan. Peguamcara Defendan turut merujuk kes The Board of Trustees of the Sabah Foundation & Ors v Datuk Syed Kechik bin Syed Mohamed & Anor [2011] MLJU 806 yang memutuskan Plaintif seharusnya mengemukakan bukti dokumentari yang mantap (‘cogent 280 documentary evidence’) untuk menyokong jumlah gantirugi yang dituntut olehnya. (Rujuk juga Yayasan Selangor v Aviation Development Corporation (M) Sdn Bhd [2019] MLJU 650 yang memutuskan tuntutan perlu dibuktikan, sekiranya gagal, tiada ganti rugi dan/atau ganti rugi nominal akan diawad). 285 [20] Berdasarkan kes-kes tersebut, peguamcara Defendan telah berhujah bahawa Plaintif-Plaintif telah gagal untuk memuaskan beban bukti mereka mengenai fakta dan kuantum ganti rugi yang dituntut, Oleh itu, mereka tidak berhak menuntut ganti rugi kewangan. 290 KEPUTUSAN Ganti Rugi Am 295 [21] Bagi tuntutan ganti rugi berikutan penamatan keahlian secara tidak sah oleh Defendan termasuklah kehilangan kemudahan dan keseronokan (“loss of enjoyment”) dan telah menghadapi kesukaran dan ketidakselesaan (“inconvenience and discomfort”) serta telah mengalami kerosakan reputasi, nama baik dan karakter, adalah 300 didapati tiada sebarang bukti dokumentari yang dikemukakan oleh Plaintif-Plaintif terhadap kesan fizikal dan mental yang telah dialami. Sepertimana yang diperuntukkan oleh undang-undang, Plaintif-Plaintif seharusnya mengemukakan bukti sebarang kesusahan atau kesan fizikal yang dialami mereka. (Rujuk kes Taiping Poly (M) Sdn Bhd v 305 Wong Fook Toh & Ors [2011] 3 CLJ 837, Sambaga Valli a/p KR Ponnusamy v Datuk Bandar Kuala Lumpur [2017] MLJU 557). [22] Bagi tuntutan terhadap kehilangan kemudahan dan keseronokan (“loss of enjoyment”), Mahkamah memutuskan untuk mengawadkan 310 RM5,000.00 kepada setiap Plaintif. Jumlah tersebut dibuat setelah mengambil kira kes-kes duluan yang mana Plaintif-Plainif dalam kes ini tidak dapat menggunakan kemudahan dan akses kepada kelab tersebut. Walaupun kehilangan akses kepada kelab ini, ia tidak memberi gangguan kepada Plaintif-Plaintif dan ia tidak dibuktikan. 315 Oleh yang demikian, Mahkamah berpendapat jumlah tersebut adalah munasabah dan berpatutan. [23] Bagi tuntutan ganti rugi terhadap kesukaran dan ketidakselesaan (“inconvenience and discomfort”), sepertimana yang diputuskan oleh 320 kes-kes tersebut, Plaintif-Plaintif seharusnya mengemukakan bukti dokumentari yang mencukup berkenaan sebarang ketidakselesaaan dari segi fizikal dan mental yang dituntut. Tanpa sebarang bukti, ia menjadi satu dakwaan kosong dan patut ditolak. (Rujuk Wong Kok Leong (mendakwa di bawah kapasiti sebagai Ahli Jawatankuasa 325 Persatuan Kochow Malaysia) v Foo Chu Jong (didakwa di bawah kapasiti sebagai Pengerusi Persatuan Kochow Malaysia) & Anor [2022] MLJU 1872, Kris Angsana Sdn Bhd v Eu Sim Chuan @ Eu Sam Yan & Anor [2007] 5 MLJ 13) 330 [24] Kes Hj Ahmad Kamal bin Zakaria (supra) yang telah dirujuk oleh peguamcara Plaintif dalam menyokong hujahan mereka mengenai kesukaran dan ketidakselesaan adalah tidak tepat kerana kes tersebut menggunapakai prinsip undang-undang berkenaan mangsa tort penyalahgunaan proses Mahkamah (Rujuk kes Sonic Finance Inc & 335 Anor v Halim Mohammad & Ors [2019] 1 LNS 651). [25] Mahkamah juga bersetuju dengan hujahan peguamcara Defendan bahawa tuntutan ini bukanlah tuntutan fitnah yang menyebabkan Plaintif-Plaintif mengalami kerosakan reputasi imej, kedudukan sosial 340 dan maruah. Ini merupakan kes penamatan keahlian kelab yang telah diputuskan oleh Mahkamah sebagai tidak sah. Oleh itu, sebarang tuntutan untuk mencederakan reputasi mesti terletak dalam lingkungan undang-undang fitnah dan sebarang percubaan untuk menggabungkan fitnah dan kecuaian tidak dibenarkan (Lihat juga 345 Mohd Soffian bin Nordin Ali v Oriental Bank Berhad, Kuala Lumpur [2003] MLJU 241, Kho Poh Teck v Digi Telecommunications Sdn Bhd [2006] 6 MLJ 349). [26] Oleh yang demikian, tuntutan Plaintif-Plaintif untuk ganti rugi bagi 350 kesukaran dan ketidakselesaan (“inconvenience and discomfort”) serta kerosakan reputasi, nama baik dan karakter adalah ditolak. Ganti Rugi Khas 355 [27] Plaintif-Plaintif masing-masing telah menuntut perbelanjaan yang telah dibuat bagi kegunaan padang golf, gymnasium, rawatan perubatan serta hadiah baucar KDE. Sepertimana kes-kes duluan yang telah dirujuk, kerosakan hendaklah dibuktikan secara tepat. (Lihat kes Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor v Selangor Country Club 360 Sdn Bhd [2017] 2 MLJ 819, Lee Sau Kong v Leow Cheng Chiang [1961] 1 MLJ 17, Karun Klasik Sdn Bhd v Tenaga Nasional Bhd [2023] 2 MLJ 566). [28] Berpandukan kes tersebut, Mahkamah memberikan awad untuk ganti 365 rugi khas kepada Plaintif-Plaintif seperti berikut: Plaintif Pertama i) a) Bayaran gymnasium: RM5700.00 (RM950 x 7 resit 069, 073, 075, 080, 078, 079, 090 dikemukakan), 370 ditolak dengan RM950 bagi tuntutan berganda). Hanya 7 resit dikemukakan, namun ditolak RM950 kerana tuntutan berganda (RH6). Terdapat dua tuntutan untuk isteri bagi gymnasium gentian. Plaintif hanya boleh menuntut salah satu keahlian sahaja. 375 Bayaran ahli KDE sementara: RM900.00 b) Hadiah baucar KDE RM100.00 c) Tuntutan untuk sukan aktiviti golf di tempat lain: ditolak kerana perbelanjaan tersebut tiada keterangan bahawa perbelanjaan tersebut adalah disebabkan penamatan keahlian di KDE. 380 ii) Kerosakan reputasi sosial dan kedudukan: ditolak iii) Kos guaman: ditolak Plaintif Kedua i) Tuntutan untuk sukan aktiviti golf di tempat lain: ditolak 385 ii) Kerosakan reputasi sosial dan kedudukan: ditolak iii) Kos guaman: ditolak Plaintif Ketiga i) Tuntutan untuk sukan aktiviti golf di tempat lain: ditolak 390 ii) Rawatan perubatan: ditolak iii) Kos guaman: ditolak Plaintif Keempat i) Tuntutan untuk sukan aktiviti golf di tempat lain: ditolak 395 ii) Kerosakan reputasi sosial dan kedudukan: ditolak iii) Kos guaman: ditolak [29] Tuntutan-tuntutan bagi kegunaan gimnasium, bayaran ahli kelab sementara dan baucar adalah dibenarkan berdasarkan resit-resit yang 400 telah dikemukakan. Ini berpandukan peruntukan undang-undang yang memerlukan pembuktian setiap perbelanjaan dibuat dengan tepat berdasarkan bukti yang dikemukakan. [30] Bagi tuntutan aktiviti golf, Mahkamah memutuskan untuk menolak 405 tuntutan tersebut kerana tiada pertalian atau keterangan bahawa keperluan Plaintif bermain sukan golf di tempat atau kelab lain selain KDE disebabkan keahlian di KDE telah tamat. Adalah menjadi kebiasaan bagi setiap pemain golf untuk bermain di tempat-tempat lain atau kelab-kelab lain dan bukan di satu tempat sahaja, atau hanya 410 bermain di kelab yang mana mereka mempunyai keahlian. Pemain-pemain golf biasanya akan bermain di pelbagai kelab lain atas jemputan rakan-rakan lain. Oleh itu, tuntutan terhadap sukan aktiviti golf di tempat lain ini tidak wajar dibenarkan. Begitu juga tuntutan bagi rawatan perubatan, tuntutan tersebut ditolak kerana tiada keterangan 415 bahawa kerugian dan perbelanjaan tersebut timbul akibat penamatan keahlian kelab KDE. Tuntutan tersebut adalah terpencil dan tidak munasabah sepertimana dakwaan Plaintif Ketiga bahawa beliau mengalami kemerosotan kesihatan fizikal kerana tidak menjalani aktiviti riadah dan sosial secara berskala sepertimana sebelum 420 penamatan keahlian kelab. Ini bercanggah dengan aktiviti beliau yang telah bermain di kelab golf lain. Faktor kesihatan Plaintif Ketiga itu juga berkemungkinan disebabkan faktor usia Plaintif dan dakwaan ia disebabkan oleh penamatan keahlian adalah tidak munasabah dan terpencil. Dakwaan itu juga tidak disokong oleh mana-mana laporan 425 perubatan. Adalah menjadi prinsip asas dalam taksiran ganti rugi juga bahawa pihak Plaintif tidak dibenarkan mengaut keuntungan atas tuntutan. (Lihat Subramaniam Paramasivam & 2 Ors v. Malaysian Airline System Bhd [2002] 1 MLJ 45 supra). 430 [31] Tuntutan Plaintif-Plaintif untuk kerosakan reputasi sosial dan kedudukan adalah ditolak atas alasan tuntutan ini adalah samar dan seharusnya dibuat di bawah kausa tindakan berlainan kerana sebarang tuntutan untuk mencederakan reputasi mesti terletak dalam lingkungan undang-undang fitnah dan sebarang percubaan untuk 435 menggabungkan fitnah dan kecuaian tidak dibenarkan (Lihat juga Mohd Soffian bin Nordin Ali v Oriental Bank Berhad, Kuala Lumpur [2003] MLJU 241, Kho Poh Teck v Digi Telecommunications Sdn Bhd [2006] 6 MLJ 349). 440 [32] Tuntutan Plaintif-Plaintif untuk kos guaman juga adalah ditolak kerana Hakim terdahulu telah memerintahkan kos sebanyak RM50,000.00 pada 15 Ogos 2024. Ini berdasarkan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Golden Star & Ors v Ling Peek Hoe & Anor [2024] 4 MLJ 749 yang mana telah menolak tuntutan kos yuran 445 guaman atas alasan bahawa perintah kos yang telah diberikan dan kos yuran guaman adalah termasuk dalam perintah kos tersebut dan kos termasuk kos guaman tidak boleh dipulihkan sebagai gantirugi khas dalam prosiding yang sama antara pihak yang sama. Mary Lim, HMP memutuskan seperti berikut: 450 “… Costs including legal costs are not recoverable as special damages in the same proceedings between the same parties.” [33] Berdasarkan alasan-alasan tersebut, tuntutan Plaintif-Plaintif untuk 455 kos guaman juga adalah ditolak. Bertarikh: 9 Mei 2025. 460 (Fadzlin Suraya binti Mohd Suah) Hakim Mahkamah Sesyen (Sivil) Ampang 465 Selangor Darul Ehsan.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.