Content
DA-21NCvC-32-12/2021 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA GUAMAN NO: DA-21NCVC-32-12/2021
DA-21NCvC-32-12/2021
High Court of Malaysia16 Mar 2026
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“ah Daerah Kota Tinggi [2017] MLJU 214 seperti berikut- [11] ... In law, the party who desires the court to give judgment as to any legal right or liability bears the burden of proof (S.101(1) of the Evidence Act 1950). The burden of proof on that party is twofold; (i) the burden of establishing a case and (ii) the burd”
“no need for one to be in a contractual relationship with another before there can arise a duty of care. In fact, the way the law of negligence was first developed in the case of Donoghue v. Stevenson [1932] AC 562 was in the context where there was no contractual relationship between the consumer of the ginger beer tha”
“he proof of that fact shall lie on any particular person." [21] Pemakaian seksyen 101 Akta 56 telah dijelaskan oleh Mahkamah Rayuan dalam Pengerang Farm Sdn Bhd v. Pentadbir Tanah Daerah Kota Tinggi [2017] MLJU 214 seperti berikut- [11] ... In law, the party who desires the court to give judgment as to any legal right”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
DA-21NCvC-32-12/2021 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA GUAMAN NO: DA-21NCVC-32-12/2021
3
RLI OIL GAS & TRADING (NO. PENDAFTARAN PERNIAGAAN:199603037062 (KT0112543-V) ...PLAINTIF-PLAINTIF
6
KERAJAAN MALAYSIA ...DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN Pendahuluan [1] Plaintif-Plaintif di dalam kes ini telah memfailkan Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan bertarikh 29.12.2021 mendakwa Defendan-Defendan telah secara bersesama dan/atau berasingan gagal, enggan dan/atau cuai terhadap kewajipan berjaga-jaga (duty of care) dan selanjutnya menuntut gantirugi terhadap Defendan-Defendan akibat daripada tindakan penguatkuasaan dan sitaan yang salah, antara lain: a) Gantirugi am sebanyak RM1,000,000.00; b) Gantirugi teruk sebanyak RM1,000,000.00; c) Gantirugi tauladan sebanyak RM1,000,000.00; d) Gantirugi sebanyak RM1,290,600.00 ke atas kehilangan hak penggunaan motorlori bernombor pendaftaran DAM 2589 (717 hari x RM1800 sehari); e) Gantirugi sebanyak RM4,291,245.00 ke atas kehilangan hak penggunaan penggunaan tong-tong gas LPG Mira 14kg di atas motorlori tersebut (RM15 keuntungan minima berulang sehari x 717 hari x 399 tong); f) Gantirugi sebanyak RM1,556,607.00 ke atas kehilangan hak penggunaan penggunaan tong-tong gas LPG Petron 12kg di atas motorlori tersebut (RM13 keuntungan minima berulang sehari x 717 hari x 167 tong); dan g) Gantirugi sebanyak RM2,000,000.00 ke atas kehilangan reputasi perniagaan dan kehilangan pendapatan daripada aktiviti perniagaan. [2] Defendan-Defendan telah memfailkan Pembelaan untuk menafikan tuntutan Plaintif-Plaintif. Pembelaan Defendan-Defendan diringkaskan seperti berikut: a) Semasa pemeriksaan dan serbuan dijalankan, premis Plaintif Rli Oil Gas & Trading ("Plaintif 3") menyimpan LPG melebihi 1000kg. Lesen berniaga Plaintif 3 yang sah hanya dengan had kuantiti 1000kg; b) Rosli bin Hassan ("Plaintif 1") menyatakan stok barang kawalan yang berada di premis Plaintif 3 sebagai stok barang kawalan yang disimpan oleh EQ-East Coast. Hasil semakan Defendan Nor Maizwarnida binti Mat Jusoh ("Defendan 1") mendapati bahawa EQ-East Coast tidak memiliki sebarang lesen berniaga untuk menjual barang kawalan LPG; c) Ekor motortreler di mana sebahagian barang kawalan LPG ditemui, tidak bersambung pada "prime mover" dan berada dalam kawasan premis Plaintif 3. Hasil carian mendapati ekor motortreler nombor pendaftaran T/R 136 dan pendaftaran perniagaan KT0427185-M dimiliki oleh Mohamed Amer bin Rosli; d) Kertas siasatan oleh Defendan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia ("Defendan 5") telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dan arahan diterima adalah no further action (NFA) terhadap siasatan tersebut; e) Defendan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ("Defendan 4") telah memaklumkan kepada EQ-East Coast bahawa siasatan telah selesai dan ekshibit yang disita akan dikembalikan. EQ-East Coast telah diminta hadir ke Pejabat untuk tujuan mengambil ekshibit sitaan tersebut; f) Defendan-Defendan tidak mempunyai tanggungjawab untuk menyerahkan apa-apa dokumen berkaitan lelongan barang sitaan kepada Plaintif-Plaintif; g) Defendan 4 telah mengeluarkan Sijil Pelupusan Barang Barang Rampasan mengarahkan hasil jualan barang rampasan/sitaan dikembalikan kepada EQ-East Coast dan kesemuanya telah dikembalikan kepada pemilik berdaftar EQ-East Coast; h) Defendan-Defendan menegaskan bahawa tindakan siasatan, serbuan dan rampasan terhadap EQ-East Coast adalah berasas kerana Defendan-Defendan mempunyai syak munasabah EQ-East Coast telah melakukan kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 [Akta 122]; i) Defendan-Defendan telah menjalankan kewajipan berjagajaga Defendan-Defendan dalam menjalankan tanggungjawab Defendan-Defendan selaku penjawat awam; dan j) Plaintif-Plaintif tidak mempunyai locus standi untuk mengeluarkan Notis Tuntutan kepada Defendan-Defendan. [3] Plaintif-Plaintif telah memanggil seramai tiga (3) orang saksi untuk memberikan keterangan. Defendan-Defendan telah memanggil seramai empat (4) orang saksi. [4] Setelah Mahkamah ini meneliti, menilai dan mempertimbangkan segala pliding, keterangan lisan dan dokumentar serta penghujahan kedua-dua pihak, Mahkamah ini pada 16.3.2026 telah memutuskan tuntutan Plaintif-Plaintif ditolak dan kos RM10,000.00 dibayar oleh Plaintif-Plaintif kepada Defendan-Defendan. [5] Terkilan dengan keputusan tersebut, Plaintif-Plaintif telah memfailkan Notis Rayuan bertarikh 30.3.2026 ke Mahkamah Rayuan. [6] Pihak-pihak dirujuk dalam Alasan Penghakiman ini sebagaimana rujukan pihak-pihak dalam kes perbicaraan dalam Mahkamah ini. Ringkasan Fakta kes [7] Serbuan dijalankan pada 31.03.2019, jam lebih kurang 10.00 pagi, di premis Lot 1776 Kampung Bechah, Keranji, 16400, Kota Bharu, Kelantan ("Premis Tersebut") yang dianggotai oleh 16 orang anggota penguatkuasa. Defendan 1 telah memasuki Premis Tersebut dan berjumpa dengan Plaintif 1 yang berada di Premis Tersebut. [8] Defendan 1 telah menyerahkan satu Notis di bawah seksyen 8 Akta 122 kepada Plaintif 1 yang berada di dalam Premis Tersebut semasa pemeriksaan dijalankan. Plaintif 1 telah mengisytiharkan stok barang kawalan yang berada di Premis Tersebut sebagai stok barang kawalan yang disimpan oleh EQ-East Coast di alamat perniagaan yang sama. [9] Plaintif 1 telah menyerahkan kepada Defendan 1 sesalinan lesen barang kawalan dengan nombor lesen KR 28270 ("Lesen CSA"). Lesen CSA di bawah nama perniagaan Plaintif 3 masih berkuatkuasa dan lesen CSA tersebut adalah untuk perniagaan secara runcit barang kawalan jenis "Liquidated Petroleum Gas" (LPG) yang mana salah satu syarat lesen tersebut hanya membenarkan perniagaan Plaintif 3 menyimpan stok barang kawalan tidak melebihi 1000 kg. [10] Berdasarkan semakan lesen dan pengisytiharaan stok yang dibuat oleh Plaintif 1, terdapat syak yang munasabah bahawa satu kesalahan telah dilakukan di Premis Tersebut. Defendan 1 telah menyita barangbarang untuk siasatan lanjut. Barang-barang sitaan adalah motorlori nombor pendaftaran DAM 2589, kunci motorlori, tong gas LPG Petron 12 kg (167 unit), tong gas LPG Mira 14 kg (399 unit), Lesen runcit LPG No. KR 28270, resit cash bill, buku stok dan salinan SSM. [11] Setelah siasatan dijalankan oleh Defendan 5, kertas siasatan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya. Setelah meneliti kertas siasatan yang dikemukakan, Timbalan Pendakwa Raya telah mengarahkan "No Further Action" (NFA) terhadap siasatan tersebut. [12] Berdasarkan arahan Timbalan Pendakwa Raya, Defendan 4 telah mengambil tindakan selaras dengan seksyen 12(2)(b) Akta 122 mengeluarkan Sijil Pelupusan Barang-Barang Rampasan bertarikh 18.12.2020 dengan arahan hasil penjualan barang rampasan/sitaan dikembalikan kepada EQ-East Coast. [13] Defendan 4 melalui surat bertarikh 7.1.2021 telah memaklumkan kepada EQ-East Coast bahawa siasatan telah selesai dan ekshibit yang disita pada 31.3.2019 akan dikembalikan. EQ-East Coast telah diarahkan untuk mengambil ekshibit di pejabat. [14] Hasil jualan barang-barang sitaan tersebut sebanyak RM47,044.00 telah dikembalikan kepada EQ-East Coast. Defendan-Defendan telah menghubungi, Mohd Faeq Fairos Bin Rosli (pemilik berdaftar EQ-East Coast) untuk memaklumkan mengenai kemasukan duit ke dalam akaun milik beliau pada 27.1.2021. [15] Plaintif-Plaintif mendakwa bahawa mereka tidak pernah diserahkan dengan sebarang dokumen berkenaan dengan lelongan barang sitaan di atas. Plaintif-Plaintif merasa bimbang dengan wang yang dimasukkan yang jelas tidak mengikut sebarang prosedur mengikut undang-undang yang sepatutnya. Maka, suatu laporan polis telah dibuat berhubung perkara ini pada 27.01.2021. [16] Plaintif-Plaintif juga mendakwa bahawa sitaan yang dibuat ini juga adalah dengan niat jahat atas sebab sitaan tersebut telah menjejaskan reputasi Plaintif-Plaintif sebagai satu entiti perniagaan yang amat dikenali di negeri Kelantan dan telah berkecimpung di dalam perniagaan jual beli gas LPG terutamanya sejak lebih daripada 40 tahun yang lalu. [17] Plaintif-Plaintif selanjutnya menyatakan Defendan-Defendan mempunyai kewajipan berjaga-jaga (duty of care) untuk menjalankan tanggungjawab pekerjaan mereka selaku penjawat awam. Namun, Defendan-Defendan telah secara bersesama dan/atau berasingan gagal, enggan dan/atau cuai terhadap kewajipan berjaga-jaga (duty of care) tersebut. Ringkasan hujahan Plaintif-Plaintif [18] Plaintif-Plaintif berhujah secara ringkas, antara lain seperti berikut: a) Kerugian Plaintif-plaintif adalah disebabkan oleh pelanggaran tanggungjawab penjagaan daripada Defendan-Defendan yang merupakan pegawai-pegawai awam yang berkuat kuasa terhadap Plaintif-Plaintif dalam kes ini; b) Defendan-defendan sebagai pegawai awam mempunyai tanggungjawab yang jelas untuk mengikut prosedur yang ditetapkan namun Defendan-Defendan tetap bertindak secara cuai, sembarangan, atau dengan niat jahat (malice) kerana telah menggunakan kuasa yang diberikan oleh undang-undang secara berlebihan semasa menjalankan proses penyitaan terhadap Plaintiff-Plaintif; c) Defendan-defendan gagal dan/atau enggan dan/atau cuai melakukan siasatan yang menyeluruh ke atas perniagaan Plaintifplaintif di mana Plaintif-Plaintif mempunyai lesen yang sah untuk menjalankan perniagaan berkenaan bahan gas petroleum cecair (LPG) dengan sah dan berdaftar melalui lesen bernombor GR45284; d) Defendan-defendan telah menyita barang-barang yang dimiliki oleh Plaintif-Plaintif di atas motortreler tersebut menyebabkan Plaintif-Plaintif terpaksa menanggung kerugian akibat kehilangan pendapatan daripada aktiviti perniagaan. Selain itu, Plaintif-Plaintif juga menanggung kerugian ke atas kehilangan hak penggunaan motorlori tersebut dan hak penggunaan tong-tong gas LPG yang dirampas; e) Defendan-defendan telah melelong tong-tong gas LPG yang disita walaupun tiada pertuduhan atau pendakwaan terhadap Plaintif-plaintif serta memberikan sejumlah wang hasil lelongan tong-tong gas LPG kepada anak Plaintif Pertama tersebut tanpa sebarang dokumen-dokumen rasmi dan tanpa penjelasan munasabah terhadap undang-undang yang terpakai semasa melakukan tindakan tersebut; f) Plaintif tidak boleh dikatakan secara automatik bersalah kerana didapati memiliki atau disyaki dengan keraguan munasabah tong-tong gas LPG melebihi had, kerana tong-tong gas tersebut adalah tong-tong gas yang masih berada di atas lori dan baru sahaja diambil daripada pembekal atau pengilang. Plaintif-Plaintif tidak melakukan kesalahan kerana Plaintif hanya menyimpan tong gas di dalam stor Plaintif seperti yang dibenarkan oleh Akta Kawalan Bekalan dan penjualan tong gas beliau yang berada di atas lori yang melebihi 1,000kg juga bukanlah satu kesalahan; g) Plaintif mengatakan bahawa pemilikan dan kewujudan lesen yang sah oleh Plaintif-plaintif dapat menafikan sepenuhnya sebarang syak munasabah di bawah seksyen 21 Akta yang sama mengatakan bahawa Plaintif-Plaintif memiliki barang kawalan secara tidak sah; h) Defendan-Defendan telah menyalahgunakan kuasa awam mereka, malah bertindak dengan niat jahat dan sikap tidak perduli yang melulu kerana telah pun merampas tong gas LPG Plaintif-Plaintif walaupun tong gas Plaintif tidak pun melebih had dan ini membuktikan elemen berniat jahat seperti dalam kes Cost Cutter Global; i) Defendan-defendan telah gagal mengikuti prosedur penyerbuan yang betul kerana telah melaksanakan pemerhatian dengan tidak terperinci, kehilangan dokumen yang mencatat jumlah tong gas yang ada ketika itu dan penggunaan cop premis perniagaan yang salah; j) Pada masa serbuan dijalankan, Plaintif-Plaintif masih mempunyai lesen perniagaan yang sah dan belum tamat tempoh di bawah nama RLI Oil Trading & Gas untuk menjalankan perniagaan bahan petroleum dan gas LPG. Tong-tong gas LPG yang disita didakwa sebagai stok simpanan melebihi had diambil daripada sebuah motortreler; k) Plaintif juga tidak menerima sebarang penjelasan atau dokumen daripada pihak Defendan-defendan yang menjelaskan proses lelongan. Ini adalah satu bentuk ketidakadilan dan prosedur pelupusan yang tidak sah dari segi undang-undang sekaligus menunjukkan bahawa pelupusan tong-tong gas tersebut telah dilelongkan dalam keadaan tergesa-gesa; dan I) SD-3 juga mengesahkan bahawa kes ini telah diarahkan No Further Action (NFA) oleh Timbalan Pendakwa Raya dan menunjukkan bahawa tiada sebarang pertuduhan difailkan terhadap Plaintif-Plaintif namun status tersebut langsung tidak dimaklumkan kepada Plaintif-Plaintif. Ringkasan hujahan Defendan-Defendan [19] Defendan-Defendan berhujah secara ringkas, antara lain seperti berikut: a) Beban pembuktian adalah terletak kepada Plaintif-Plaintif untuk membuktikan bahawa terdapatnya kecuaian oleh Defendan-Defendan dalam menjalankan menjalankan tanggungjawab mereka terhadap Plaintif-Plaintif dan jelas, berdasarkan keterangan saksi-saksi dan dokumen-dokumen yang telah difailkan di Mahkamah yang Mulia ini, Plaintfi-Plaintif telah gagal untuk membuktikannya; b) Kausa tindakan Plaintif-Plaintif yang telah diplidkan di dalam Pernyataan Tuntutan adalah kecuaian. Sebelum kecuaian Defendan-Defendan diputuskan, bahawa Plaintif hendaklah membuktikan tiga (3) perkara seperti yang digariskan dalam kes Projek Lebuh Raya Utara-Selatan Sdn Bhd v. Kim Seng Enterprise (Kedah) Sdn Bhd [2013] 6 CLJ 958; c) Defendan-Defendan percaya bahawa Plaintif-Plaintif perlu untuk membuktikan Defendan-Defendan telah gagal dalam ujian sepertimana yang telah diputuskan dalam kes Caparo Industries Plc v. Dickman And Others [1990] 2 AC 605 [TAB 4 IAD] ujian yang digunapakai untuk menentukan sama ada sesuatu tindakan itu boleh dijangka dengan munasabah (reasonably forseeable) seperti berikut:
a
Whether the damage is reasonably forseeable?
b
Whether there is a relationship of proximity between the claimant plaintiff and the defendant? and
c
Whether it is just, fair and reasonable to impose a duty in such a situation? d) Berdasarkan keterangan yang diberikan oleh Defendan Pertama, hasil pemeriksaan di premis Plaintif-Plaintif dan semakan kepada lesen CSA yang telah diserahkan oleh Plaintif-Plaintif, Defendan 1 percaya bahawa terdapat syak yang munasabah bahawa Plaintif-Plaintif telah melakukan kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 [Akta 122] dan Peraturan 10 Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 [P.U.(A) 103/74]; e) Syarat-syarat lesen P6 ini telah disahkan oleh SD1 yang merupakan pegawai di KPDN Kelantan. Dalam P6, Plaintif 3 tidak dibenarkan untuk ada dalam miliknya atau di bawah jagaannya atau kawalannya dan tidak boleh membenarkan sesiapa ada dalam miliknya atau di bawah jagaannya atau kawalannya mebih daripada kuantiti yang dibenarkan dalam lesen tersebut iaitu LPG dengan kuantiti 1000-kilogram sahaja. Berdasarkan keterangan SD2, pemeriksaan di premis Plaintif 3 ini telah menemui gas LPG melebihi kuantiti yang telah disyaratkan dalam lesen; f) Melalui ekshibit P21 iaitu laporan polis yang dibuat oleh Plaintif 1, terdapat pengakuan oleh Plaintif 1 sendiri bahawa Plaintif-Plaintif telah ada dalam simpanan Plaintif-Plaintif gas LPG melebihi syarat lesen; g) SD2 dalam keterangannya jelas menyatakan bahawa walaupun tujuan asal pemeriksaan di premis Plaintif 3 adalah untuk tindakan susulan bagi syarikat yang membekalkan gas LPG kepada EQ East Coast di Gua Musang, namun hasil pemeriksaan menunjukkan bahawa EQ East Coast tidak mempunyai lesen menjual runcit di Lot 1776 Kampung Bechah Keranji. Plaintif 3 pula mempunyai lesen CSA untuk kuantiti 1000kg sahaja; h) Walaupun Plaintif-Plaintif mempertikaikan bahawa terdapat tong gas berisi yang berada di atas motolori dan ekor treler tersebut tidak berada dalam stor Plaintif 3, Defendan-Defendan menghujahkan bahawa berdasarkan keterangan SD2 semasa disoal balas, beliau menyatakan bahawa premis bukan tertakluk kepada stor penyimpanan sahaja, ia merangkumi keseluruhan premis berdasarkan seksyen 2 Akta 122; i) Seksyen 2 Akta 122 memperuntukkan tafsiran "premis" seperti yang berikut: "premises" includes any house, shop, store, room, shed, conveyance, structure or any place whether opened or closed; j) Jika dilihat kepada tafsiran premis ini, Defendan-Defendan menghujahkan bahawa kesemua tong gas yang dirampas oleh Defendan Pertama adalah berada dalam premis Plaintiff Ketiga termasuk gas LPG yang berada atas ekor treler dan juga motolori DAM 2589; k) Peraturan 10 [P.U.(A) 103/74] memperuntukkan elemen possession, custody atau control yang perlu dibuktikan. Perkara-perkara ini adalah sama sepertimana dalam lesen P6; I) Dalam kes ini, keseluruhan gas LPG yang telah dirampas oleh Defendan 1 adalah dalam milikan, jagaan atau kawalan Plaintif-Plaintif. Bagi gas LPG yang dirampas dalam stor simpanan jelas menunjukkan bahawa ianya dalam jagaan dan kawalan Plaintif-Plaintif. Dalam kes ini, keterangan saksi saksi jelas menyatakan bahawa premis Plaintif 3 ini merupakan satu premis yang berpagar di mana stor dan ekor treler berada dalam premis berpagar tersebut. Manakala motorlori DAM 2589 yang berada di luar pagar hadapan premis Plaintif 3 adalah milikan Plaintif 3; m) Kerugian yang dinyatakan oleh Plaintif-Plaintif dalam tuntutan mereka adalah tidak berasas. Ini kerana berdasarkan P6, Plaintif-Plaintif tidak berhak untuk ada dalam milikan, jagaan atau kawalan mereka gas LPG melebihi kuantiti yang dibenarkan. Kerugian yang didakwa Plaintif-Plaintif ini adalah daripada satu syak bahawa kesalahan telah dilakukan oleh Plantif-Plaintif; n) Plaintif-Plaintif juga menyatakan bahawa kerugian juga adalah akibat rampasan/sitaan kepada motorlori DAM 2589. SD2 dalam keterangannya menyatakan bahawa alasan beliau merampas/menyita lori tersebut kerana ia berada dalam kawasan premis Plaintif 3. Berdasarkan keterangan SD2 dan juga D40(f) m/s 7 Ikatan H, motolori DAM 2589 ini juga ada diletakkan tong gas LPG berisi. Ini selaras dengan seksyen 11 Akta 122. Defendan-Defendan berhujah bahawa SD2 boleh menggunakan budi bicaranya untuk merampas/menyita motolori DAM 2589 yang telah digunakan oleh Plaintif-Plaintif dalam melakukan kesalahan di bawah Peraturan 10 [P.U.(A) 103/74]; o) Berdasarkan keterangan SD3 yang merupakan pegawai penyiasat yang menyiasat kes terhadap Plaintif-Plaintif di bawah Akta 122, beliau telah beberapa kali memaklumkan kepada Plaintif-Plaintif untuk menawarkan pengembalian motorlori tersebut namun telah tidak diterima oleh Plaintif-Plaintif. Mahkamah boleh merujuk kepada ekshibit D12 (m/s 25), D28 (m/s 58) Ikatan B dan D30 (m/s1-5) Ikatan I yang mana Plaintif 1 secara jelas tidak menerima tawaran tersebut sehingga kes selesai. SD3 telah menggunakan budi bicara untuk mengembalikan motorlori tersebut berdasarkan peruntukan seksyen 12(2) Akta 122; p) Keengganan Plaintif-Plaintif sehingga menyebabkan kerugian ini tidak boleh diletakkan di atas bahu Defendan-Defendan. Defendan-Defendan jelas ingin mengembalikan motolori DAM 2589 selepas siasatan selesai. Namun apabila Plaintif-Plaintif sendiri yang enggan untuk menerima tawaran tersebuut, kerugian tersebut adalah berpunca daripada Plaintif-Plaintif sendiri; q) Plaintif-Plaintif juga mendakwa bahawa Plaintif-Plaintif telah mengalami kerugian akibat gas-gas yang disita tersebut. Jika dilihat daripada keterangan SD3, beliau telah menjual gas-gas LPG yang dirampas atas alasan gas LPG ini dikategorikan sebagai barang mudah rosak dan/atau merbahaya di bawah Akta 122; r) Dalam kes ini, selepas tiada pertuduhan dikenakan kepada Plaintif-Plaintif dan wang hasil jualan tersebut telah dipulangkan. Oleh itu, tiada sebarang kerugian telah dialami oleh Plaintif-Plaintif dalam kes ini akibat gas LPG yang dirampas oleh Defendan-Defendan; s) Salah satu elemen yang perlu dibuktikan dalam ujian Caparo ialah sama ada wujud hubungan yang dekat antara Plaintif dan Defendan. Dalam kes ini, Defendan-Defendan berhujah bahawa Defendan-Defendan merupakan pegawai-pegawai yang bertugas untuk menguatkuasakan undang-undang secara amnya dan secara khususnya di bawah Akta 122. Dalam kes ini, Defendan-Defendan telah melakukan tugas mereka mengikut undang-undang. Pemeriksaan, rampasan/sitaan dan siasatan yang dijalankan adalah berlandaskan undang-undang yang berkuatkuasa; t) Defendan-Defendan menghujahkan bahawa dalam Defendan-Defendan telah mengikuti segala peruntukan undang-undang dan garis panduan yang ditetapkan dalam membuat pemeriksaan, rampasan/sitaan dan siasatan terhadap Plaintif-Plaintif. Kewajipan berjaga-jaga itu termasuk untuk tidak meletakkan Plaintif-Plaintif dalam kerugian yang tidak sepatutnya semasa pemeriksaan, rampasan/sitaan dan siasatan terhadap Plaintif-Plaintif; u) Pemeriksaan Defendan-Defendan yang membawa kepada rampasan/sitaan gas LPG itu adalah berdasarkan lesen P6 yang berkuatkuasa. Lebihan gas LPG yang berada dalam milikan, kawalan atau jagaan Plaintif-Plaintif ini bukan hanya lebihan yang sedikit atau boleh diragui, tapi lebihan tersebut adalah lebihan yang besar yang mana lebihan tersebut hampir 7 kali ganda melebihi kuantiti yang dibenarkan oleh lesen P6; v) Tiada secebis pun bukti dalam kes Plaintif-Plaitif untuk menyokong tuntutan salah guna jawatan awam (tort misfeasance) kerana Defendan-Defendan telah melakukan sebarang salah laku yang menyalahi undang-undang. Tiada bukti niat jahat dikemukakan di hadapan Mahkamah ini. Tiada bukti untuk mencadangkan Defendan-Defendan telah bertindak dengan motif yang tidak wajar atau tersembunyi atau bahawa mereka tidak mempunyai kuasa untuk melakukan perbuatan yang didakwa dan bahawa perbuatan tersebut telah mendatangkan kerugian kepada Plaintif-Plaintif; w) Berdasarkan keterangan yang ada di Mahkamah pada hari ini jelas menunjukkan Defendan-Defendan telah melakukan pemeriksaan, rampasan/sitaan dan siasatan hasil daripada pemeriksaan susulan yang dilakukan di Gua Musang. Terdapat siasatan yang dibuka untuk kes di Gua Musang yang membawa kepada tindakan susulan Defendan-Defendan di premis Plaintif-Plaintif; x) Adakah dengan tindakan susulan ini menunjukkan bahawa Defendan-Defendan mempunyai 'targetted malice' terhadap Plaintif-Plaintif? Tidak. Ini kerana semasa pemeriksaan di premis Plaintif-Plaintif, Defendan-Defendan percaya terdapat kesalahan yang dilakukan oleh Plaintif-Plaintif dengan penemuan sejumlah besar tong gas LPG berisi di dalam premis Plaintif-Plaintif yang mana melebihi syarat lesen P6; y) Dihujahkan bahawa ganti rugi khas yang sewajarnya diplidkan dan dibutirkan secara jelas. SP1 dan SP2 ada menjelaskan kepada Mahkamah pengiraan berhubung kerugian-kerugian ini. Namun begitu, Defendan-Defendan percaya bahawa Plaintif-Plaintif telah gagal untuk membuktikan melalui manamana dokumen berhubung kerugian yang telah dialami oleh Plaintif-Plaintif; z) Bagi ganti rugi sebanyak RM1,290,600.00 ke atas kehilangan hak penggunaan motolori bernombor pendaftaran DAM 2589 (717 hari x RM1,800.00 sehari), Defendan-Defendan berhujah bahawa tiada sebarang resit ditunjukkan kepada Mahkamah bahawa Plaintif-Plaintif telah menyewa kenderaan motolori lain bagi semasa motorlori DAM2589 berada dalam siasatan; aa) Plaintif-Plaintif juga ada menuntut ganti rugi sebanyak RM4,291,245.00 ke atas kehilangan hak penggunaan tongtong gas LPG Mira 14kg di atas motolori tersebut. Adalah tidak lojik jumlah kerugian ini. Jumlah ini adalah spekulatif kerana Plaintif-Plaintif mengandaikan sahaja bahawa setiap tong gas LPG yang berisi yang telah dirampas/disita oleh Defendan-Defendan akan diisi semula (refill) beberapa kali dalam sehari. Plaintif-Plaintif telah gagal menunjukkan bahawa Plaintif-Plaintif sememangnya akan mengisi semula tong gas kosong dan berjaya menjual kepada pelanggan-pelanggan tong gas yang telah diisi semula itu; bb) Buku rekod jualan yang telah diekshibitkan iaitu ekshibit P20 m/s 42-45 Ikatan B dan juga di ekshibit P46, P47 m/s 9-137 Ikatan J, Plaintif-Plaintif sendiri gagal untuk membuktikan penjualan harian dan penjualan isian semula gas LPG tersebut; cc) Plaintif-Plaintif juga menuntut ganti rugi sebanyak RM2,000,000.00 ke atas kehilangan reputasi perniagaan dan kehilangan pendapatan daripada aktiviti perniagaan. Dalam tuntutan ini, Plaintif-Plaintif gagal membuktikan bahawa reputasi perniagaan Plaintif-Plaintif telah terjejas. Tiada sebarang dokumen di Mahkamah untuk menunjukkan terdapatkan kehilangan pendapatan daripada aktiviti perniagaan ini. Ekshibit P20 m/s 42-45 Ikatan B dan juga di ekshibit P46, P47 m/s 9-137 Ikatan J hanyalah dokumen yang menunjukkan rekod terdahulu sebelum rampasan/sitaan dibuat. Tiada sebarang rekod ditunjukkan di Mahkamah untuk menunjukkan terdapatnya penurunan aktiviti perniagaan penjualan gas LPG Plaintif-Plaintif; dd) Ganti rugi teruk ialah ganti rugi yang dibenarkan oleh Mahkamah apabila terdapat kecederaan kepada maruah atau kebanggaan (dignity or pride) Plaintif-Plaintif. Kerosakan sedemikian adalah bersifat pampasan dan bukanlah untuk menghukum Defendan-Defendan. la membayangkan bahawa Mahkamah tidak sepatutnya memberikan ganti rugi yang berlebihan yang mungkin kelihatan bersifat punitive; ee) Daripada keterangan yang ada di hadapan Mahkamah ini jelas menunjukkan tiada sebarang tindakan yang outrages atau berlebihan dan Defendan-Defendan tidak pernah bertindak secara tidak konsis ten dengan undangundang dan perlembagaan; ff) Defendan-Defendan berhujah bahawa adalah suatu undangundang yang mantap bahawa ganti rugi teladan hanya akandiberikan sekiranya Plaintif-Plaintif berjaya membuktikanbahawa tindakan Defendan-Defendan adalah termasuk dibawah 3 kategori atau keadaan seperti yang berikut:
a
where there is oppressive, arbitrary or unconstitutional action by the servants of the Government;
b
where the defendant's conduct had been calculated to make a profit; dan
c
where expressly it is authorized by statute; gg) Defendan-Defendan menghujahkan bahawa ganti rugi teladan adalah tidak wajar untuk diberikan kepada Plaintif-Plaintif kerana dakwaan Plaintif-Plaintif terhadap Defendan-Defendan sepertimana yang telah diplidkan adalah tidak terjumlah atau jatuh dalam mana-mana kategori yang dinyatakan di dalam kes Rookes tersebut dan juga bukanlah suatu perbuatan yang melampaui (outrageous conduct) sebagaimana digariskan oleh kes A v Bottrill. Tiada sebarang kecuaian dilakukan oleh Defendan-Defendan; dan hh) Bagi ganti rugi am, Defendan-Defendan percaya bahawa Plaintif-Plaintif tidak layak menuntut ganti rugi ini kerana Plaintif-Plaintif gagal untuk membuktikan tuntutan mereka bagi kecuaian dan minsfeasans dalam jawatan awam di pihak Defendan-Defendan. Prinsip undang-undang [20] Seksyen 101, 102 dan 103 Akta Keterangan 1950 [Akta 56] memperuntukkan beban bukti di atas bahu pihak yang menuntut untuk membuktikan tuntutannya- "101. Burden of proof
1
whoever desires any court to give judgment as to any legal right or liability, dependent on the existence of facts which he asserts, must prove that those facts exist.
2
when a person is bound to prove the existence of any facts, it is said that the burden of proof lies on that person.
102
On whom burden of proof lies The burden of proof in a suit or proceeding lies on that person who would fail if no evidence at all were given on either side.
103
Burden of proof as to particular fact The burden of proof as to particular fact lies on that person who wishes the court to believe in its existence, unless it is provided by any law that the proof of that fact shall lie on any particular person." [21] Pemakaian seksyen 101 Akta 56 telah dijelaskan oleh Mahkamah Rayuan dalam Pengerang Farm Sdn Bhd v. Pentadbir Tanah Daerah Kota Tinggi [2017] MLJU 214 seperti berikut- [11] ... In law, the party who desires the court to give judgment as to any legal right or liability bears the burden of proof (S.101(1) of the Evidence Act 1950). The burden of proof on that party is twofold; (i) the burden of establishing a case and (ii) the burden of introducing evidence. The burden of proof lies on the party throughout the trial. The standard of proof requires of the claimant is on the balance of probabilities." [22] Prinsip undang-undang mantap ini telah ditegaskan dalam kes Mahkamah Rayuan, Randhir Singh Bhajnik Singh v. Sunildave Singh Parmar [2018] 1 LNS 1374 yang memutuskan seperti berikut: [8] We have read the appeal records and the able submissions of the parties. After giving much consideration to the submission of the learned counsel for the respondent, we take the view that the appeal must be allowed. Our reasons inter alia are as follows:
a
It is trite that legal burden is on the plaintiff and the evidential burden and/or opposing evidence to rebut the plaintiff's claim on the balance of probability lies on the defendant. In Pan Malaysian Pools Sdn Bhd v. Kwan Tat Thai & Anor and other appeals [2018] 4 CLJ 323, the Court of Appeal observed: [7] It is well-established as a general rule that 'burden of proof' in a civil case is on the plaintiff but the burden will shift when the plaintiff has adduced sufficient evidence of probative value which requires the defendant to rebut the plaintiff's evidence ". [See Selvaduray v. Chinniah [1939] 1 LNS 107; [1939] 1 MLJ 253]." [Penekanan ditambah] [23] Dalam kes Dr Chin Yoon Hiap v Ng Eu Khoon & Ors and other appeals [1998] 1 MLJ 57, Mahkamah Rayuan telah memutuskan, antara lain, bahawa: [3] To succeed in an action based on negligence, whether against a doctor or against anyone else, it is necessary to establish a breach of that duty to take care which the law requires, and the degree of want care which constitutes negligence must vary with circumstances. Where the conduct of a doctor is concerned, the circumstances are not so precise and clear cut as in the normal case. The true test for establishing negligence in diagnosis or treatment on the part of a doctor is whether he has been proved to be guilty of such failure as no doctor of ordinary skill acting with ordinary care would be guilty of. A doctor cannot be held negligent if he follows what is the general and approved practice in the situation with he is faced." [24] Mahkamah ini juga menerima pakai kes-kes yang dirujuk oleh Defendan-Defendan iaitu kes Johara Bi Binte Abdul Kadir Marican V Lawrence Lam Kwok Fou & Anor [1981] 1 MILJ 39 dan Tan Kim Khuan V. Tan Kee Kiat (M) Sdn Bhd [1998] 1 MLJ 697. [25] Undang-undang adalah mantap dan jitu bahawa bagi plaintiff untuk berjaya dalam kesnya untuk tort terhadap defendan-defendan, adalah menjadi tanggungjawab plaintiff untuk membuktikan atas imbangan kebarangkalian melalui keterangan-keterangannya bahawa: a) Defendan Pertama mempunyai kewajipan berjaga-jaga (duty of care) terhadap Plantif; b) Defendan Pertama telah memungkiri atau melanggari kewajipan berjaga-jaga tersebut (breach of duty of care); dan c) Kesan kemungkiran atau pelanggaran kewajipan berjaga-jaga tersebut Plantif telah mengalami kerugian secara langsung (damages). [26] Oleh itu, Mahkamah ini perlu menganalisa keterangan yang dinyatakan oleh Plaintif-Plaintif melalui keterangan lisan dan keterangan dokumentar untuk menunjukkan bahawa Plaintif-Plaintif berjaya mencapai tahap pembuktian 'on balance of probabilities. Selanjutnya, Defendan-Defendan mempunyai beban keterangan untuk menyangkal segala keterangan yang telah dikemukakan dan dibuktikan oleh Plaintif-Plaintif. ISU-ISU UNTUK DIBICARAKAN [27] Mahkamah ini berpendapat isu-isu yang relevan untuk diputuskan oleh Mahkamah ini adalah seperti berikut:
a
sama ada terdapat syak yang munasabah untuk membuat serbuan, sitaan dan lelongan terhadap premis Plaintif-Plaintif;
b
sama ada Defendan-Defendan mempunyai kewajipan berjaga-jaga terhadap Plaintif-Plaintif;
c
Sama ada Defendan-Defendan telah melanggar kewajipan berjaga-jaga terhadap Plaintif-Plaintif;
d
Sama ada tindakan Defendan-Defendan menjurus kepada tindakan misfeasance dalam jawatan awam;
e
Sama ada tindakan-tindakan Defendan-Defendan telah menyebabkan Plaintif-Plaintif mengalami kerugian; dan
f
Sama ada Plaintif-Plaintif layak menerima ganti rugi daripada Defendan-Defendan. Analisis dan dapatan Mahkamah Isu: Sama ada terdapat syak yang munasabah untuk membuat serbuan, sitaan dan lelongan terhadap premis Plaintif-Plaintif? [28] Plaintif 3 telah dilesenkan dengan lesen berniaga runcit gas LPG sepertimana ekshibit P6 yang berkuat kuasa untuk tempoh 28.9.2015 hingga 27.9.2020 dengan syarat-syarat: a) lesen ini hanya sah untuk berniaga secara runcit sahaja; b) gas LPG ini hendaklah menyimpan gas LPG ini di premis yang beralamat di Lot 1776, Kampung Bechah Keranji, 16400 Kota Bharu, Kelantan; c) Had gas LPG yang boleh ada dalam milikan atau jagaan atau kawalan Plaintif Ketiga ini adalah sebanyak 1000 kilogram sahaja; dan d) Lesen ini tidak boleh dipindah milik kepada orang/syarikat lain. [29] Defendan-Defendan melalui tindakan oleh penguatkuasa di bawahnya telah menjalankan pemeriksaan di premis perniagaan Plaintif 3 pada 31.3.2019. Keterangan di Mahkamah ini menunjukkan bahawa semasa operasi dijalankan, pegawai penguatkuasa telah menemui sejumlah besar tong gas LPG yang melebihi kuantiti yang dibenarkan berada dalam kawalan Plaintif-Plaintif. [30] Dalam P6, Plaintif 3 tidak dibenarkan untuk ada dalam miliknya atau di bawah jagaannya atau kawalannya dan tidak boleh membenarkan sesiapa ada dalam miliknya atau di bawah jagaannya atau kawalannya melebihi daripada kuantiti yang dibenarkan dalam lesen tersebut iaitu LPG dengan kuantiti 1000 kilogram sahaja. [31] Di dalam kes ini, SD2 telah membuat laporan polis (ekshibit D9) menyatakan bahawa terdapat 2004kg gas LPG 12kg jenama Petron (167 tong) dan 5886kg gas LPG 14kg jenama Mira (399 tong) yang telah dirampas di premis Plaintif 3. Jelas bahawa gas LPG yang dirampas ini telah melebihi syarat lesen P6. [32] Mahkamah ini mendapati bahawa pada masa serbuan dijalankan, pegawai penguat kuasa mempunyai alasan yang munasabah untuk menjalankan pemeriksaan lanjut dan seterusnya membuat penyitaan terhadap barang-barang yang disyaki berkaitan dengan suatu kesalahan di bawah Akta tersebut khususnya kesalahan di bawah Peraturan 10 [P.U.(A) 103/74]. Peraturan 10(1) memperuntukkan seperti berikut: "10 Sales by retailers
1
A retailer shall not have in his possession or under his custody or control at any one time more than such quantity of any scheduled article as may be specified in the licence." [33] Plaintif-Plaintif menyatakan bahawa ia menyimpan barang kawalan itu bagi pihak EQ-East Coast, namun EQ-East Coast sendiri tidak mempunyai lesen yang sah untuk menyimpan barang kawalan tersebut. [34] Mahkamah ini berpendapat bahawa kewujudan syak yang munasabah pada masa tindakan penguatkuasaan diambil adalah mencukupi untuk mengaktifkan kuasa statutori yang diberikan kepada pegawai penguatkuasa. Mahkamah ini merujuk kepada seksyen 11 Akta 122 yang memperuntukkan seperti berikut: "11 Power of Controller to take possession of controlled articles, vehicles, vessels and other articles
1
If the Controller or supplies officer has reason to believe that any person is committing an offence against this Act, he may take possession in such manner as he shall deem fit of any controlled article in respect of which he has reason to believe such an offence has been committed or of any vehicle, vessel or other article by means of which any such offence has been committed or which he has reason to believe is intended to be used for the commission of that offence." [35] Oleh itu, Mahkamah ini tidak dapat menerima hujahan bahawa serbuan dan penyitaan tersebut dilakukan tanpa kuasa atau secara menyalahi undang-undang. Isu: Sama ada Defendan-Defendan mempunyai kewajipan berjaga jaga terhadap Plaintif-Plaintif Sama ada Defendan-Defendan telah melanggar kewajipan berjaga-jaga terhadap Plaintif-Plaintif Sama ada tindakan Defendan-Defendan menjurus kepada tindakan misfeasance dalam jawatan awam [36] Mahkamah ini akan mengulas isu-isu ini bersekali kerana ia saling berkait. [37] Mahkamah Persekutuan dalam kes Tenaga Nasional Malaysia v. Batu Kemas Industri Sdn Bhd and another appeal [2018] 5 MLJ 561 telah memutuskan seperti berikut: [33] The first matter that must be established to proceed with a claim based on the tort of negligence is that the defendant owed a duty of care to the plaintiff. 'The tort of negligence requires first of all that there be a duty of care on the part of the (defendant) not to do any act or omit to do any act the doing of which or the omission of which could foreseeably affect other persons resulting in damage or loss to such other persons...” [Penekanan ditambah] [38] Bagi menentukan sama ada Defendan-Defendan mempunyai tanggungjawab berjaga-jaga terhadap Plaintif-Plaintif, Mahkamah Persekutuan dalam kes di atas telah merujuk kepada 3 faktor pertimbangan yang diputuskan dalam kes Caparo Industries Plc v Dickman and others [1990] 1 All ER 568 seperti berikut: [50] Caparo's 'three-fold test' to determine a new situation duty of care, encompassed public policy concerns, probably, to limit 'a liability in an indeterminable amount for an indeterminable time to an indeterminable class' (Ultramares Corporation v. Touche 174 NE 441 [1932] per Cardozo CJ) if Lord Atkin's neighbour principle were applied without restriction. In order for a duty of care to arise in negligence: (i) harm must be reasonably foreseeable as a result of the defendant's conduct (as established in Donoghue v. Stevenson); (ii) the parties must be in a relationship of proximity; and (iii) it must be fair, just and reasonable to impose liability." [Penekanan ditambah] [39] Di dalam kes ini, Defendan-Defendan merupakan pihak/agensi yang bertanggungjawab memantau dan mengawal selia perdagangan dalam negeri. Ini bermaksud tiada pihak/agensi lain yang boleh menjalankan fungsi tersebut. antara fungsi adalah melibatkan penguatkuasaan dan pengawalan pelesenan serta pembangunan perniagaan. [40] Mahkamah ini bersetuju bahawa Defendan-Defendan mempunyai tanggungjawab berjaga-jaga dalam melaksanakan fungsi-fungsi tersebut walaupun Defendan-Defendan tidak mempunyai hubungan kontrak dengan Plaintif-Plaintif. [41] Dalam kes Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Bhd v. RHB Investment Bank Bhd [2023] 1 CLJ 495, Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa tanggungjawab berjaga-jaga boleh berbangkit dalam situasi di mana pihak-pihak tidak mempunyai hubungan kontrak antara satu sama lain. [21] There is no need for one to be in a contractual relationship with another before there can arise a duty of care. In fact, the way the law of negligence was first developed in the case of Donoghue v. Stevenson [1932] AC 562 was in the context where there was no contractual relationship between the consumer of the ginger beer that was found to contain a partially decomposed snail and the manufacturer of the ginger beer." [Penekanan ditambah] [42] Di dalam kes ini, Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan Defendan-Defendan bahawa semasa menjalankan tugas mereka menguatkuasakan Akta 122 dan juga Peraturan 10 [P.U.(A) 103/74], Defendan-Defendan telah mengikuti segala peruntukan undang-undang dan garis panduan yang ditetapkan dalam membuat pemeriksaan, rampasan/sitaan dan siasatan terhadap Plaintif-Plaintif. Kewajipan berjaga-jaga itu termasuk untuk tidak meletakkan Plaintif-Plaintif dalam kerugian yang tidak sepatutnya semasa pemeriksaan, rampasan/sitaan dan siasatan terhadap Plaintif-Plaintif. [43] Mahkamah ini juga bersetuju bahawa Defendan-Defendan merupakan pegawai yang bertugas untuk menguatkuasakan undang-undang secara amnya dan secara khususnya di bawah Akta 122. Dalam kes ini, Defendan-Defendan telah melakukan tugas mereka mengikut undang-undang. Pemeriksaan, rampasan/sitaan dan siasatan yang dijalankan adalah berlandaskan undang-undang yang berkuatkuasa. [44] Oleh itu, Mahkamah ini menerima keterangan terdapat hubungan antara Defendan-Defendan dan Plaintif-Plaintif. [45] Berhubung dengan pelanggaran tanggungjawab berjaga-jaga (breach of duty of care), Mahkamah ini merujuk kepada kes Mahkamah Rayuan dalam kes Arab-Malaysia Finance Bhd (2003) 1 CLJ 585 telah memutuskan seperti berikut: "We have already said that a plaintiff must also prove breach of the relevant duty. As to what constitutes a breach, we would refer to the well-known test formulated byBaron Alderson in Blyth v. Birmingham Waterworks Co [1856] 11 Exch 781 at p 784. He said that negligence is: The omission to do something which a reasonable man, guided upon those considerations which ordinarily regulate the conduct of human affairs, would do, or doing something which a prudent and reasonable man would not do." [Penekanan ditambah] [46] Defendan-Defendan berhujah bahawa tiada sebarang peninggalan kewajipan berjaga-jaga oleh Defendan-Defendan terhadap Plaintiff-Plaintif. Ini kerana semua tindakan Defendan-Defendan adalah berdasarkan peruntukan undang-undang yang berkuatkuasa. [47] Dalam hal ini, kertas siasatan oleh Defendan 5 telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dan arahan diterima adalah no further action (NFA) atas siasatan tersebut. Plaintif-Plaintif berhujah bahawa keputusan Timbalan Pendakwa Raya untuk mengklasifikasikan kes sebagai NFA membuktikan bahawa tiada kesalahan dilakukan oleh Plaintif-Plaintif dan oleh itu keseluruhan tindakan Defendan-Defendan adalah salah di sisi undang-undang. Namun, Mahkamah tidak bersetuju dengan hujahan ini dan berpandangan bahawa ia tidak bermakna bahawa tindakan Defendan-Defendan sebelum ini adalah salah atau tidak menurut undang-undang kerana ia adalah kuasa Pendakwa Raya untuk meneruskan dengan pendakwaan atau tidak. Hak untuk mendakwa adalah hak prerogatif Pendakwa Raya, seksyen 376(1) Kanun Tatacara Jenayah dan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan. [48] Keputusan NFA tidak boleh disamakan dengan suatu pengisytiharan bahawa tindakan penyiasatan atau penyitaan yang terdahulu adalah tidak sah. Mahkamah mendapati bahawa penilaian mengenai kesahan tindakan penguatkuasaan hendaklah dibuat berdasarkan fakta dan keadaan yang wujud pada masa tindakan tersebut diambil dan bukannya berdasarkan keputusan pendakwaan yang dibuat kemudian. [49] Dalam kes ini, Defendan-Defendan mempunyai alasan yang munasabah untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan penguatkuasaan berdasarkan maklumat serta keadaan yang ditemui semasa operasi dijalankan. Oleh itu, Mahkamah tidak dapat menerima hujahan bahawa keputusan NFA dengan sendirinya membuktikan kecuaian atau salah laku oleh Defendan-Defendan. [50] Memandangkan arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya adalah untuk siasatan NFA, maka Defendan 4 telah mengeluarkan Sijil Pelupusan Barang-Barang Rampasan menurut seksyen 12(2)(b) Akta 122 bertarikh 18.12.2020 mengarahkan hasil jualan barang rampasan/sitaan dikembalikan kepada pemilik berdaftar EQ-East Coast. [51] Hasil jualan barang-barang sitaan tersebut sebanyak RM47,044.00 telah dikembalikan kepada EQ-East Coast. Defendan-Defendan telah menghubungi pemilik berdaftar EQ-East Coast, Mohd Faeq Fairos Bin Rosli untuk memaklumkan mengenai kemasukan duit ke dalam akaun milik beliau pada 27.1.2021. [52] Malahan surat tawaran untuk pengembalian motorlori bertarikh 17.5.2019 telahpun dikeluarkan (ekshibit D12) selaras dengan peruntukan seksyen 12(2)(b) Akta 122. [53] Plaintif-Plaintif turut mendakwa bahawa Defendan-Defendan telah melakukan tort misfeasance in public office. Mahkamah mengambil maklum bahawa tort ini merupakan satu tort yang serius dan memerlukan pembuktian yang ketat. Plaintif-Plaintif hendaklah membuktikan bahawa Defendan-Defendan mengetahui bahawa tindakan mereka adalah di luar kuasa atau bertindak dengan sikap tidak peduli yang melulu terhadap kesahannya serta mengetahui bahawa tindakan tersebut berkemungkinan menyebabkan kerugian kepada Plaintif-Plaintif. [54] Tort misfeasance memerlukan elemen yang berikut sebagaimana yang dinyatakan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Tony Pua Kian Wee v. Government of Malaysia [2020] 1 CLJ 337: a) Penyalahgunaan kuasa awam; b) Oleh pegawai awam; c) Yang bertindak dengan niat jahat tersasar atau sikap tidak peduli yang melulu; dan d) Menyebabkan kerosakan kepada plaintiff. [55] Mahkamah ini mendapati bahawa Plaintif-Plaintif gagal menunjukkan sebarang bukti niat jahat atau sikap tidak peduli yang melulu terhadap mereka. Mahkamah ini tidak menjumpai apa-apa bukti penyalahgunaan kuasa awam oleh Defendan-Defendan. Defendan membuat sitaan di bawah bidang kuasa yang diperuntukkan di bawah undang-undang, meneruskan tindakan dengan menyiasat kes dan juga mengemukakan hasil siasatan kepada pihak pendakwaan. [56] Mahkamah ini berpandangan bahawa Plaintif-Plaintif tidak mengemukakan apa-apa bukti untuk menyokong tuntutan salah guna jawatan awam (tort misfeasance) kerana Defendan-Defendan telah melakukan sebarang salah laku yang menyalahi undang-undang. Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan Defendan-Defendan bahawa tiada bukti niat jahat dikemukakan di hadapan Mahkamah ini. Tiada bukti untuk mencadangkan Defendan-Defendan telah bertindak dengan motif yang tidak wajar atau tersembunyi atau bahawa mereka tidak mempunyai kuasa untuk melakukan perbuatan yang didakwa dan bahawa perbuatan tersebut telah mendatangkan kerugian kepada Plaintif-Plaintif. [57] Setelah meneliti keseluruhan keterangan, Mahkamah mendapati tiada bukti bahawa mana-mana Defendan-Defendan bertindak dengan niat jahat, motif terselindung, dendam peribadi atau tujuan untuk mencederakan Plaintif-Plaintif. Tiada juga keterangan yang menunjukkan bahawa Defendan-Defendan mengetahui tindakan mereka adalah tidak sah tetapi tetap meneruskannya. Sebaliknya, keseluruhan keterangan menunjukkan bahawa tindakan yang diambil adalah dalam pelaksanaan fungsi statutori yang diberikan kepada mereka oleh undang-undang. [58] Oleh yang demikian, Mahkamah ini berpendapat bahawa Defendan-Defendan telah menjalankan kewajipan berhati-hati serta tidak cuai dalam menjalankan tugas statutori tersebut. Kesimpulannya, Mahkamah ini tidak mendapati apa-apa kecuaian di pihak Defendan-Defendan mahupun apa-apa misfeasance dalam pelaksanaan tugas/tanggungjawab sebagai penjawat awam mahupun pelanggaran kewajipan atau tanggungjawab 'duty of care' oleh Defendan-Defendan. Isu: Sama ada tindakan-tindakan Defendan-Defendan telah menyebabkan Plaintif-Plaintif mengalami kerugian? Sama ada Plaintif-Plaintif layak menerima ganti rugi daripada Defendan-Defendan? [59] Setelah meneliti keseluruhan keterangan, Mahkamah mendapati Plaintif-Plaintif gagal membuktikan bahawa tindakan Defendan-Defendan telah mencapai tahap kecuaian yang menimbulkan liabiliti tort. [60] Sebaliknya, keterangan menunjukkan bahawa Defendan-Defendant telah bertindak dalam kapasiti rasmi mereka sebagai pegawai penguat kuasa yang menjalankan siasatan terhadap kemungkinan berlakunya pelanggaran Akta 122. [61] Setelah mempertimbangkan keseluruhan keterangan dan hujahan kedua-dua pihak, Mahkamah mendapati bahawa Plaintif-Plaintif telah gagal membuktikan kes mereka atas imbangan kebarangkalian. [62] Undang-undang yang mantap menghendaki Plaintif membuktikan bahawa Defendan telah melanggar suatu kewajipan berjaga-jaga yang diiktiraf di sisi undang-undang dan pelanggaran tersebut secara langsung menyebabkan kerugian yang dituntut. [63] Plaintif-Plaintif menuntut gantirugi khas, gantirugi teruk, gantirugi teladan, gantirugi am dan kerugian sampingan yang lain. Adalah prinsip undang-undang yang mantap bahawa gantirugi khas hendaklah dibuktikan secara ketat. Mahkamah ini menggunapakai kes yang dirujuk oleh Defendan-Defendan iaitu kes Mahkamah Persekutuan dalam kes Ong Ah Long V. Dr. S. Underwood [1983] 2 MLJ 324 dan kes Mohd Yomni Idris Lwn. Siti Esah Yaakob & Yang Lain [2018] 1 LNS 811 berkenaan gantirugi teruk. Secara keseluruhannya, Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan Defendan-Defendan berkenaan gantirugi. [64] Mahkamah mendapati bahawa kebanyakan tuntutan Plaintif-Plaintif adalah berdasarkan pengiraan yang dibuat sendiri oleh Plaintif-Plaintif dan tidak disokong oleh dokumen perakaunan yang lengkap atau keterangan bebas yang mencukupi. Tiada penyata kewangan yang mencukupi dikemukakan bagi membolehkan Mahkamah mengesahkan jumlah keuntungan yang didakwa hilang akibat tindakan Defendan-Defendan. [65] Oleh yang demikian, Mahkamah mendapati bahawa Plaintif-Plaintif gagal membuktikan kerugian khas yang dituntut mengikut standard pembuktian yang diperlukan oleh undang-undang. Keputusan [66] Maka berdasarkan alasan-alasan di atas dan setelah meneliti keseluruhan keterangan yang ada, Mahkamah ini mendapati bahawa Plaintif-Plaintif gagal membuktikan kesnya di atas tahap imbangan kebarangkalian. Maka, Mahkamah ini memutuskan untuk menolak sebarang tuntutan gantirugi-gantirugi oleh Plaintif terhadap Defendan-Defendan sepertimana yang diplidkan dalam perenggan 45 Pernyataan Tuntutan Plaintif. Selanjutnya, tuntutan Plaintif ditolak dengan kos sebanyak RM10,000.00. Bertarikh: 6 Jun 2026 KAUNSEL: Bagi pihak Plaintif-Plaintif - Mohd Azrul Hasyimi Mohammad Tetuan Azrul Hasyimi & Co Bagi pihak Defendan-Defendan - Siti Syakimah Ibrahim Peguam Kanan Persekutuan Jabatan Peguam Negara
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.