Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI BANDAR BARU BANGI DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN GUAMAN SIVIL NO
BI-A52NCvC-45-10/2020
Sessions Court of Malaysia25 Sept 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“26 Ramasamy & Ors, third parties) [2020] MLJU 2261 di mana Mahkamah memutuskan seperti berikut:- “The plaintiff contends that the directors should be held personally liable under section 304 of the Companies Act as they had carried on the business of the company with intention to defraud the plaintiff as the company’s”
“he SPA did not provide for any specific time frame for performance of the said obligation. It was submitted that since the SPA was uncertain in its terms it was thus void for uncertainty (s 30 of the Contracts Act 1950). Hence the SPA was not capable of specific performance. It was further submitted that since alienati”
“ul.” [ 26 ] Mahkamah dirujuk kepada kes Taiping Recovery Sdn Bhd (dulunya dikenali sebagai Taiping Plaintit Securities Sdn Bhd - dalam likuidasi) dan satu lagi Iwn NAA Holdings Sdn Bhd dan lain-lain [2017] MLJU 707 di mana Mahkamah memutuskan seperti berikut:- S/N F4ca6rq80eZ/Ezkr4fpGg **Note : Serial number will be us”
“Bhd v Top Square Sdn Bhd (Shanmugam a/l S/N F4ca6rq80eZ/Ezkr4fpGg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 26 Ramasamy & Ors, third parties) [2020] MLJU 2261 di mana Mahkamah memutuskan seperti berikut:- “The plaintiff contends that the directors should be held p”
“isrepresentation as set out in S/N F4ca6rq80eZ/Ezkr4fpGg **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 11 Panatron Pte Ltd v Lee Cheow Lee & Anor [2001] SLR 405 at p 408 which is as follows: The law as regards fraudulent representation is clear. Since the case of Pasl”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI BANDAR BARU BANGI DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN GUAMAN SIVIL NO
2
ANTARA 1.ROSMA AIDA BINTI RAMELI LEE CHIH CHIANG … PLAINTIF-PLAINTIF
2
DAN 1.FORESTRY ASSETS SDN BHD ESHMAEL RAO SOOSAY DASS … DEFENDAN-DEFENDAN PENGHAKIMAN PENGENALAN [ 1 ] Perbicaraan telah berlangsung selama 4 hari melibatkan dua orang saksi Plaintif dan seorang saksi Defendan. Kedua pihak Plaintif dan Defendan Pertama telah memasuki beberapa Perjanjian Jual Beli (PJB) bagi pembelian sejumlah pokok Aquilaria (Gaharu) ("Pokok"). Pokok telah dijual oleh Defendan Pertama yang mengakui ianya sebagai pemilik benefisial Pokok pada segala masa material. Plaintif-Plaintif juga telah melunaskan harga belian yang lengkap dan penuh untuk penjualan Pokok di bawah tiga Perjanjian Jual Beli tersebut di mana kesemuanya berjumlah RM183,500.00. 01/12/2024 22:33:33 BI-A52NCvC-45-10/2020 Kand. 101 S/N F4ca6rq80eZ/Ezkr4fpGg [ 2 ] Berdasarkan PJB tersebut, Defendan Pertama bertindak sebagai Pengurus Pokok selama tempoh dua (2) tahun daripada tarikh PJB tersebut atau selepas Pokok telah dituai (“Terma”). bagi pihak Plaintif-Plaintif, yang mana lebih awal. Sepanjang tempoh Terma dan setelah luputnya Terma, Plaintif-Plaintif menyedari bahawa tidak ada notis pemberitahuan apa pun yang telah diberikan dan/atau diserahkan oleh Defendan Pertama kepada Plaintif-Plaintif serta sebarang kemas kini mengenai status perlantikan dan jawatan pengurus walaupun terdapat pelbagai permintaan dan/atau tuntutan yang dibuat oleh Plaintif-Plaintif kepada Defendan Pertama. [ 3 ] Oleh kerana tiada tindakan dan/atau ketidakpedulian terhadap permintaan-permintaan di atas, Plaintif-Plaintif selepas itu, melalui peguamcara mereka pada 20hb Julai 2020 , telah menuntut kepada Defendan Pertama mengenai pengembalian wang bagi semua jumlah yang telah dibayar untuk Pokok oleh kerana pelanggaran kewajipan kontraktual Defendan Pertama di bawah Perjanjian di mana, antara lain, Defendan Pertama telah mengabaikan dan/atau gagal memenuhi permintaan-permintaan dan/atau tuntutan-tuntutan yang dibuat oleh Plaintif-Plaintif mengenai status terkini Pokok tersebut. Plaintif-Plaintif juga tidak pernah menerima sebarang pulangan keuntungan seperti yang telah dijanjikan oleh Defendan Pertama [ 4 ] Setelah mendengar keterangan saksi-saksi kedua belah pihak dan juga setelah membaca hujahan bertulis kedua pihak, maka Mahkamah memutuskan untuk membenarkan tuntutan Plaintif-plaintif beserta kos dan faedah. S/N F4ca6rq80eZ/Ezkr4fpGg TUNTUTAN PLAINTIF-PLAINTIF [ 5 ] Plaintif-plaintif menuntut seperti berikut: a) Satu deklarasi bahawa Perjnjian-perjanjian tersebut secara kolektif yang dimasuki oleh Plaintif-Plaintif dan Defendan Pertama adalah tidak sah dan terbatal; b) Satu deklarasi bahawasanya Defendan Pertama dan/atau Defendan kedua adalah sememangnya suatu pihak bersama dan mempunyai kawalan sepenuhnya ke atas perniagaan Defendan Pertama dengan tujuan untuk menipu Plaintif-Plaintif; c) Satu deklarasi bahawasanya Defendan Pertama dan/atau Defendan Ke- 2 adalah secara bersama dan/atau berasingan bertanggungjawab secara peribadi tanpa sebarang limitasi terhadap liabiliti-liabiliti Defendan Pertama; d) Satu perintah bahawa Defendan Pertama dan/atau Defendan Ke-2 adalah secara bersama dan/atau berasingan mengembalikan berjumlah RM183,500.00 kepada Plaintif-Plaintif; e) Gantirugi khas berjumlah RM429.00; f) Gantirugi am untuk ditaksirkan; S/N F4ca6rq80eZ/Ezkr4fpGg g) Ganti rugi teladan dan/atau gantirugi keterlaluan; h) Faedah pra-penghakiman pada kadar dan selama tempoh yang difikirkan patut oleh Mahkamah; 54.9 Faedah selepas penghakiman pada 5% setahun dari tarikh penghakiman pembayaran penuh dan muktamad; i) Kos; dan j) Apa-apa relif selanjutnya yang dianggap wajar dan sesuai. KETERANGAN SAKSI-SAKSI [ 6 ] Plaintif-plaintif telah memanggil 2 orang saksi iaitu:-
i
Rosma Aida Binti Rameli (SP-1)
II
(ii) Lee Chih Chiang ( SP-2 ) Defendan pula telah memanggil 1 orang saksi iaitu:- Eshamel Rao Soosay Dass (SD-1) ISU-ISU YANG DIBICARAKAN [ 7 ] Isu-isu yang dibicarakan antara pihak-pihak adalah:
a
Sama ada Perjanjian-Perjanjian Jual Beli bertarikh 6 Mac 2017, 3 Januari 2017, dan 16 Mac 2017 adalah terbatal. (para 13-43)
b
Sama ada Pokok di Tanah Rizab Melayu boleh diuruskan dan/atau dipajak oleh Defendan pertama;
c
Sama ada Defendan Pertama adalah sebuah syarikat pelaburan;
d
Sama ada Defendan Pertama telah melakukan usaha yang terbaik; dan
e
Sama ada Defendan Pertama telah melakukan Representasi Frod
f
Sama ada Defendan Pertama sebuah entity berasingan. KEPUTUSAN MAHKAMAH [ 8 ] Dalam perbicaraan ini plaintif telah memanggil dua orang saksi manakala Defendan memanggil seorang saksi. Setelah mendengar keterangan saksi-saksi dan meneliti pelbagai dokumen sokongan dan setelah membaca hujahan kedua-dua belah pihak saya berpuashati dan mendapati bahawa plaintif telah berjaya membuktikan kesnya kepada Mahkamah di atas imbangan kebarangkalian dan Mahkamah ini membenarkan tuntutan Plaintif . Berikut adalah alasan-alasan saya. DAPATAN Sama ada Perjanjian-Perjanjian Jual Beli bertarikh 6 Mac 2017, 3 Januari 2017, dan 16 Mac 2017 adalah terbatal. S/N F4ca6rq80eZ/Ezkr4fpGg [ 9 ] Mahkamah melihat kepada elemen yang melibatkan status pemilikan dan kewujudan pokok Aquilaria yang dikatakan dimiliki secara benefisial oleh Defendan Pertama semasa PJB dimasuki pihak-pihak di sini. [ 10 ] Plaintif dalam keterangannya telah menyatakan bahawa Plaintif hanya menerima sekeping Sijil tanpa sebarang dokumentasi lain bagi menunjukkan hakmlik Defendan Pertama terhadap Pokok dari segi undang-undang. Berdasarkan terma PJB, Perjanjian tersebut adalah selesai dan/atau lengkap sepenuhnya (completion) apabila Plaintif-Plaintif menerima Sijil tersebut. “5. Completion 5.1 It is the express intention of the Parties hereto that the agreement for the sale of the Trees shall be completed upon payment of the full Purchase Price by The Purchaser to FASB simultaneously with the execution of this Agreement. FASB shall within thirty (30) days from the date of receipt of the full Purchase Price as agreed in Clause 3 above forward to The Purchaser a Timber Ownership Certificate in respect of the Trees purchased by The Purchaser under this Agreement.” [ 10 ] Defendan Pertama melalui SD1 menayatakan bahawa telah menyerahkan sekeping Sijil tersebut sahaja kepada Plaintif-plaintif masing-masing selepas bayaran belian Pokok telah diterima sepenuhnya daripada Plaintif-Plaintif kepada Defendan Pertama. Plaintif juga telah merujuk Mahkamah kepada salinan-salinan Sijil tersebut yang telah diserahkan oleh Defendan Pertama kepada Plaintif-Plaintif. S/N F4ca6rq80eZ/Ezkr4fpGg [ 11 ] Seterusnya Plaintif menyatakan bahawa Defendan Pertama tidak pernah mendaftarkan Pokok di Pejabat Tanah yang berkaitan dan ianya tidak dinafikan bahawa Defendan Pertama tidak pernah mendaftarkan sebarang pajakan di Pejabat Tanah berkaitan tanah di mana Pokok tersebut berada pada segala masa yang material. Defendan Pertama sendiri memberi semasa memberi keterangan menayatkan bahawa tidak perlu mendaftarkan sebarang pajakan mengenai di mana pokok tersebut berada. [ 12 ] Mahkamah bersetuju dengan hujahan Plaintif bahawa sekiranya tanpa sebarang pendaftaran di atas geran-geran tanah berkaitan Pokok, ia pasti akan menyebabkan pelbagai implikasi negatif terhadap kepentingan (interest) Plaintif-Plaintif di bawah PJB seperti mana-mana pihak ketiga boleh membeli tanah di mana Pokok berada tanpa pengetahuan Plaintif-Plaintif atas sebab Plaintif-Plaintif bukan privy terhadap Perjanjian Pajakan tersebut dan mana-mana pihak ketiga yang membeli tanah boleh berbuat apa sahaja terhadap Pokok oleh kerana mereka juga bukan privi terhadap Perjanjian Pajakan tersebut. [ 13 ] Seksyen 30 Akta Kontrak 1950 menyatakan:-
30
“Agreements void for uncertainty Agreements, certain, or the meaning of which is not capable of being made certain, are void.” S/N F4ca6rq80eZ/Ezkr4fpGg [ 14 ] Sekiranya status pemilikan pokok secara benefisial oleh defendan Pertama adalah tidak menentu pada segala masa yang material menyebabkan Defendan Pertama tidak mempunyai sebarang hak dari segi undang-undang untuk menjual Pokok di bawah PJB kepada Plaintif-Plaintif oleh kerana term PJB adalah kemudian mustahil untuk dilaksanakan. Mahkamah berpendapat bahawa PJB adalah terbatal oleh kerana status pokok dan sijil tersebut pada segala masa yang material adalah tidak menentu. [ 15 ] Mahkamah dirujuk kepada kes Mahkamah Rayuan di dalam kes Saw Siew Tuan v Omicrast Manufacturers Sdn Bhd [2013] 6 MLJ 189 yang telah memutuskan, antara lain, bahawa:- “[5] Before us the only issue for our determination was whether the SPA was void for uncertainty. Learned counsel for the appellant submitted that the essential ingredient of the SPA was for the appellant to obtain approval from the state authority to alienate and/or lease the property in favour of the appellant. The SPA did not provide for any specific time frame for performance of the said obligation. It was submitted that since the SPA was uncertain in its terms it was thus void for uncertainty (s 30 of the Contracts Act 1950). Hence the SPA was not capable of specific performance. It was further submitted that since alienation/lease of the property to the appellant was a fundamental term of the SPA, failure to obtain such lease resulted in the appellant not acquiring the property and the entire SPA would be devoid of purpose. Similarly in the present appeal we find that though the appellant the intention to sell the property to the S/N F4ca6rq80eZ/Ezkr4fpGg respondent, at the material time she had no interest or title in the property which she could covenant to convey to the respondent.” [ 16 ] SD 1 semasa memberi keterangan menyatakan bahawa menjadi tanggungjawab Defendan untuk memperoleh lesen bagi penuaian Pokok namun sehingga kini masih gagal memperoleh lesen serta permit bagi tujuan penuaian dan perdagangan Pokok. Pokok Aquilaria di bawah PJB adalah termaktub di bawah Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesis Terancam 2008 (“Akta Perdagangan 2008”) Menjadi kewajiban Defendan Pertama untuk mendapatkan permit daripada Pihak Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (“LPKM”) sebelum Pokok tersebut boleh didagangkan atau dijual kepada mana-mana pihak. Seksyen 3 Akta Perdagangan 2008 menyatakan:- “'spesies tumbuhan, terjadual" ertinya termasuk apa-apa bahagian yang mudah dikenali atau terbitan haiwan atau tumbuhan itu yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga;” [ 17 ] Seterusnya di bawah GARIS PANDUAN PENDAFTARAN SEBAGAI PENANAMAN SPESIES TERJADUAL (KARAS/GAHARU) DI BAWAH AKTA 686 diperuntukkan :- “5. SYARAT PENDAFTARAN 5.1 Sesiapa yang i)Mengusahakan tapak semaian; atau ii)Menanam pokok Karas/Gaharu tanpa mengira luas kawasan tanaman dan bilangan dirian pokok bagi tujuan dengan MTIB.
5
5.2 Pemohon hendaklah mengemukakan dokumen-dokumen berikut:...” [ 18 ] Mahkamah berpendapat adalah jelas dengan kegagalan Defendan Pertama yang mempunyai obligasi disisi undang-undang untuk memenuhi syarat-syarat di bawah Akta Perdagangan 2008 dan seharusnya memperoleh permit dari LPKM terlebih dahulu menyebabkan PJB tersebut adalah bercanggah dengan Akta Perdagangan 2008 dan seharusnya Perjanjian adalah terbatal kerana tidak sah dan menyalahi undang-undang. [ 19 ] Mahkamah dirujuk kepada kes Golden Bond Sdn Bhd v Sabtra Sdn Bhd & Anor [2004] 7 di mana secara ringkasnya di dalam kes berkenaan, Plaintit Plaintif telah memasuki suatu perjanjian mengekstrak dan membeli kayu balak dengan defendan pertama dan plaintif telah. membayar defendan pertama deposit sebanyak RM2 juta . Plaintif telah memajukan tindakan ini untuk salah nyata fraud terhadap defendan pertama, sambil mengadu bahawa ia telah ditipu untuk mempercayai bahawa mereka boleh mengekstrak kayu balak daripada tanah berkenaan bilamana fakta-fakta seterusnya telah menunjukkan sebaliknya. Mahkamah di dalam kes berkenaan memutuskan bahawa:- “7 In the light of the the matters set out above, it is my finding that the Plaintiff has proved beyond reasobale doubt its contention that the fraudulent misrepresentation_made by John Nip induced the Plaintiff to enter into what amounted to a useless agreement. It is clear beyond reasonable doubt, that the Plaintiff has satisfied the essential ingredients of fraudulent misrepresentation as set out in S/N F4ca6rq80eZ/Ezkr4fpGg Panatron Pte Ltd v Lee Cheow Lee & Anor [2001] SLR 405 at p 408 which is as follows: The law as regards fraudulent representation is clear. Since the case of Pasleyv. Freeman (1789) 3 Term Rep 51, it has been settled that a person can be held liable in tort to another, if he knowingly or recklessly makes a false statement to that other with the intent that it would be acted upon, and that other does act upon it and suffers damage. This came to be known as the tort of deceit. In Derry v Peek (1889) 14 App Cas 337 the tort was further developed. It was held that in an action of deceit the plaintiff must prove actual fraud. This fraud is proved only when it is shown that a false representation has been made knowingly, or without belief in its truth, or recklessly, without caring whetherit be true or false. The essentials of this tort have been set out by Lord Maugham in Bradford Building Society v Borders [1941] 2 All ER 205.Basically these are the following essential elements. First, there must be a representation of fact made by words or conduct. Second, the representation must be made with the intention that it should be acted upon by the plaintiff, or by a class of persons which includes the plaintiff. Third, it must be proved that the upon the plaintiff had acted upon the false statement. Fouth, it must be proved that the plaintiff suffered damage by so doing. Fifth, the representation must be made with knowledge that it_is false; it S/N F4ca6rq80eZ/Ezkr4fpGg mustbe willfully false, or at least made in the absence of any genuine belief that it is true.” Isu Sama ada Pokok di Tanah Rizab Melayu boleh diuruskan dan/atau dipajak oleh Defendan pertama [ 20 ] Berdasarkan status pajakan tanah melalui Perjanjian Pajakan Defendan Pertama bersama Tuan Tanah adalah urusniaga berkaitan Tanah Rizab Melayu. terdapat dua Perjanjian Jual Beli di mana Pokok berada di atas tanah Rizab Melayu. Ini dapat dilihat melalui carian rasmi ke atas tanah-tanah tersebut iaitu:- a) Perjanjian bertarikh 6.3.2017 yang dimasuki oleh Plaintif Pertama; dan b) Perjanjian bertarikh 16.3.2017 yang dimasuki oleh Plaintif Kedua. [ 21 ] SD1 mengakui status syarikat Defendan Pertama adalah bukan milik Melayu. Defendan Pertama juga mengakui bahawa ianya tidak pernah didaftarkan sebagai pemilik tanah atau pemajak tanah di atas geran tanah Rizab Melayu di mana Pokok tersebut berada. a) Perjanjian Jual Beli Bertarikh 6.3.2017 yang dimasuki oleh Plaintif Pertama [ 22 ] Di bawah Seksyen 8 dan 19 Enakmen Rizab Melayu melitupi tanah rizab Melayu di Selangor iaitu MALAY RESERVATIONS ENACTMENT CAP 142 , pindahmilik, gadaian, (urusniaga atau dealings) dan pelupusan terhadap tanah-tanah rizab Melayu hanya boleh dilaksanakan kepada S/N F4ca6rq80eZ/Ezkr4fpGg seorang Melayu atau syarikat pegangan . Seksyen 8 dan 19 memperuntukkan seperti berikut- ‘8. Restriction as to transfers recharges and leases.
i
Subject to the provisions of sub-section (ii) and of section 16 and 17 no Malay holding shall be transferred, charged, leased or otherwise disposed of to any person not being a Malay, and no memorandum of transfer charge or lease in contravention of this section shall be capable of registration in any Land office or Registry of Titles
19
Dealings contrary to Enactment void.
i
(i)All dealings or disposals whatsoever and all attempts to deal in or dispose of any Malay holding contrary to the provisions of this Enactment shall be null and void and no rent paid in pursuance of any such dealing disposal or attempts shall be recoverable in any Court.” Melayu. Seksyen 2 Enakmen adalah berkaitan dengan tafsiran “malay” dan “malay holding”:-
2
Interpretation. In_this_enactment unless the context otherwise requires: "malay” _means a person belonging any Malayan race who habitually speaks the malay lanquage or any Malayan language and professes the Muslim religion; "malay holding" includes: language and
a
(a)any _registered _interest of a malay as proprietor or co-proprietor in any alienated land included in _a_malay Reservation duly declared and _gazetted under enactment: Provided that no such interest shall be deemed to be a malay holding until there shall have been registered against the register document of title for such land a requisition in the Form A in the First Schdule as provided in section 6;
b
any registered interest of a malay as proprietor or co-proprietor in any alienated land included in a malay Reservation duly declared and gazetted under the provisions of the malay reservations enactment, 1913 "malay holding company” means a company incorporated pursuant to any written law for the time being in force relating to companies:
i
all members of which are Malays; and
II
(ii) the articles of association of which prohibit the transfer of its shares to any person who is not a malay. [Ins. En. 7/1985, s. 2]" b). Perjanjian Jual Beli dimasuki Oleh Plaintif Kedua [ 23 ] Di bawah seksyen 9 dan seksyen 10 Enakmen Enakmen Rizab Melayu yang melitupi tanah rizab Melayu di Kedah iaitu MALAY RESERVATION ENACTMENT KEDAH 1930 (REVISED - 2019) , pindahmilik, gadaian, pajakan (urusniaga atau dealings) dan pelupusan terhadap tanah-tanah rizab Melayu hanya boleh dilaksanakan kepada seorang Melayu atau syarikat pegangan Melayu. Seksyen 9 dan 10 memperuntukkan seperti berikut-S/N F4ca6rq80eZ/Ezkr4fpGg “9. Restriction on sale and lease of Malay reservation.
1
No State land included in a malay reservation shall be sold, leased or otherwise disposed of to any person who is not either:
a
a malay; or
b
a Siamese certified by the Director in writing be a Siamese resident in the State.
10
Lease of Malay reservation. Nothing in section 6 contained shall be deemed to prevent the leasing of reservation land by a malay to a person other than a malay or by a Siamese to a Siamese to a person other than a malay or a Siamese for a term not exceeding three years; provided that any document executed prior to or during continuance the which purports to extend the term, whether by renewal of lease shall be void or otherwise, and provided no bendang land included in a malay reservation, which is held by a malay or a Siamese under any document of title and whereof the area does not exceed ten relongs shall be leased to any person other than a malay or either a malay or a Siamese, as the case may be, without the written consent of the Land Administratior of the district in 32. Plaintif which such land is situate. [ 24 ] Berdasarkan seksyen 10 Enakmen, pajakan boleh dimasuki sekiranya tidak melebihi tempoh 3 tahun. Namun begitu sekiranya menurut perjanjian pajakan di antara Defendan Pertama dan tuan tanah, ianya adalah melebihi tempoh tiga tahun di mana perjanjian pajakan bertarikh 1.3.2017 adalah tamat tempoh pada 1.8.2024. Oleh yang demikian, jelas S/N F4ca6rq80eZ/Ezkr4fpGg bahawa perjanjian tersebut ini adalah tidak sah dan melanggar undang-undang di bawah Seksyen 10 Enakmen yang memperuntukkan maksimum tiga tahun tempoh pajakan sahaja. [ 25 ]. Seksyen 24 Akta Kontrak 1950 pula menyenaraikan perkara-perkara pokok perjanjian yang boleh menjadikan suatu kontrak tersebut tidak sah. Seksyen 24 tersebut memperuntukkan seperti berikut- “24.What considerations and objects are lawful, and what not The consideration or object of an agreement is lawful, unless-
a
(a)it is forbidden by a law; Seksyen 57 Akta Kontrak 1950 memperuntukkan seperti berikut- “57 Agreement to do impossible act.
1
(1)An_agreement to do an act impossible in itself is Contract to do act afterwards becoming impossible or unlawful
2
A_contract to do an act which, after the contract is made, becomes impossible, or by reason of some event which the promisor could not prevent, unlawful, becomes void when the act becomes impossible or unlawful.” [ 26 ] Mahkamah dirujuk kepada kes Taiping Recovery Sdn Bhd (dulunya dikenali sebagai Taiping Plaintit Securities Sdn Bhd - dalam likuidasi) dan satu lagi Iwn NAA Holdings Sdn Bhd dan lain-lain [2017] MLJU 707 di mana Mahkamah memutuskan seperti berikut:- S/N F4ca6rq80eZ/Ezkr4fpGg “[59] Berdasarkan keterangan saksi plaintif pertama _sendiri _iaitu __SP1, _mengakui sepanjang pengetahuannya plaintif pertama bukanlah satu syarikat pegangan Melayu. Plaintif pertama juga tidak mengemukakan artikel pertubuhan syarikat yang menunjukkan bahawa plaintif pertama adalah syarikat pegangan Melayu atau Malay Holding Company seperti tafsiran Enakmen. Setelah menyemak Annexure 1 kepada seksyen 9 dan Jadual Kedua kepada seksyen 11, saya mendapati bahawa plaintif pertama tiada dalam senarai tersebut._Oleh itu penyerahanhakkan 4 lot hartanah tersebut adalah dilarang kepada plaintif pertama. Berdasarkan itu adalah mustahil defendan keempat boleh memindah milik 4 lot hartanah tersebut kepada plaintif pertama walaupun sekiranya plaintif pertama memperoleh izin daripada PBB. [60] Seksyen 24 Akta Kontrak 1950 menyenaraikan perkara-perkara Kontrak pokok perjanjian yang boleh menjadikan suatu kontrak tersebut tidak sah. Seksyen 24 tersebut memperuntukkan seperti berikut-
24
What considerations and objects are lawful, and what not The consideration or object of an agreement is lawful, unless-
a
(a)it is forbidden by a law; In or each of the above cases, the consideration or object of an Every agreement is said to be unlawful. Every agreement of which the object or consideration is unlawful is void. S/N F4ca6rq80eZ/Ezkr4fpGg [61] the Begitu juga dengan seksyen 57 yang telah untuk memperuntukkan melakukan apa-apa perkara yang perjanjian mustahil untuk dilakukan, perjanjian tersebut adalah tidak sah. Seksyen 57 memperuntukkan seperti berikut- 57 Agreement to do impossible act.
1
(1)An agreement to do an act impossible in itself is void. Contract to do act impossible or unlawful
2
A contract contract to do an act which, after the is made, becomes impossible, or by reason of some event which the promisor could not prevent, unlawful, becomes void when the act becomes impossible or unlawful. [62] Berdasarkan di atas adalah jelas perjanjian_yang dimasuki_di_antara plaintif pertama dan defendan keempat adalah tidak sah dan terbatal kerana objeknya tidak sah. Ini__kerana _halangan undang-undang di bawah seksyen 24 Akta Kontrak dan juga suatu _perbuatan yang mustahil boleh dilakukan di bawah seksyen 57 Akta Kontrak kerana dihalang oleh undang-undang.” [ 27 ] Mahkamah bersetuju dan berpendapat bahawa perjanjian-perjanjian pajakan yang dikemukakan dan dirujuk oleh Defendan Pertama adalah menyalahi Enakmen Rizab Melayu terbabit dan justeru dua PJB yang dinyatakan di sini seharusnya terbatal dan mustahil untuk dilaksanakan oleh Defendan Pertama pada sehala masa material. S/N F4ca6rq80eZ/Ezkr4fpGg Sama ada Defendan Pertama adalah sebuah syarikat pelaburan [ 28 ] Semasa pemeriksaan balas Defendan Pertama memberikan keterangan yang menunjukkan bahawa Defendan Perrtama bukanlah sebuah syarikat pelaburan:- “AN : Sila Encik bacakan di mukasurat 1, bawah sekali, bacakan nature of mengenai nature of business tersebut? SD1 : Nature dia operation of estate manager and dealer in all kinds of trees, plants and agriculture products, relevant management consultancy services. AN : Okay baik. Encik nyatakan bahawa…maafkan saya. Saya letakkan kepada encik, bahawa syarikat Defendan Pertama bukan sebuah syarikat pelaburan, Encik setuju? SD 1: Setuju.” [ 29 ] Defendan-Defendan juga telah gagal mengemukakan sebarang dokumentasi kelayakan Defendan Pertama untuk beroperasi sebagai sebuah syarikat pelaburan:- “‘AN : Itu bukan isu di sini Encik. Boleh Encik tunjukkan dokumentasi kelayakan Defendan Pertama mengenai pelaburan yang Encik katakan tadi? SD 1:Pelaburan... : AN:Mhm. : : : : : S/N F4ca6rq80eZ/Ezkr4fpGg SD 1:Ini dalam SSM kita cakap syarikat untuk menjual dan mengurus... AN:Di manakah dokumen tersebut Encik? Encik boleh kepada Mahkamah? Adakah terdapat dokumen yang menyatakan operasi pelaburan mengenai Defendan Pertama...operasi Defendan Pertama. SD 1: Dalam Jilid 1, Bahagian A dan B. Nature of business lah. AN: Jadi Encik merujuk kepada nature of business tadi mengenai pelaburan tersebut? SD 1: Mhm.” SAMA ADA DEFENDAN PERTAMA TELAH MELAKUKAN USAHA TERBAIK (BEST ENDEAVOURS) [ 30 ] Berkenaan isu ini, Mahkamah bersetuju bahawa PJB adalah terbatal dan tidak sah dari segi undang-undang kerana terdapat pelbagai elemen ketidaktentuan dan pelanggaran undang-undang. Oleh yang demikian, Defendan-Defendan adalah terhalang untuk menggunakan terma-terma di bawah PJB sebagai pembelaannya. [ 31 ] Defendan-Defendan juga menyatakan bahawa usaha terbaik telah dilakukan namun Defendan telah gagal mengemukakan sebarang dokumentasi bagi menyokong kenyataan tersebut, ianya adalah tidak berasas dan/ atau telah gagal membuktikan bahawa sememangnya menggunakan “usaha yang terbaik” dalam melaksanakan tanggungjawabnya di bawah PJB. Hujahan Defendan-Defendan mengenai S/N F4ca6rq80eZ/Ezkr4fpGg usaha terbaik adalah bergantung kepada keadaan yang munasabah. Defendan-Defendan menyatakan standard “munasabah” tersebut adalah mengikut standard dalaman. Namun Mahkamah mendapati Defendan-defendan telah gagal membuktikan usaha terbaik telah dilakukan sepanjang tempoh PJB. [ 32 ] Mahkamah dirujuk kepada kes Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor v Selangor Country Club Sdn Bhd [2017] 2 MLJ 819 di mana Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa Penjual/Perayu telah menggunakan usaha terbaiknya untuk memperoleh dokumen hakmilik tanah. Berbeza dengan kes di sini di mana jelas Defendan Pertama telah gagal untuk menunjukkan ianya telah menggunakan usaha terbaik untuk memperoleh sebarang lesen dan permit dari pihak berwaijib. Sama ada Defendan Pertama telah melakukan Representasi Frod [ 33 ]. Plaintif di dalam hujahannya menyatakan bahawa Defendan Pertama telah melalui Defendan Kedua dan/atau Pekerja-pekerja dan/atau Ejen-Ejen bagi Defendan Pertama sengaja menyembunyikan fakta-fakta mengenai ketidaktentuan dan/atau ketidaksahan berkenaan PJB di sini kepada Plaintif-Plaintif dengan niat memperdaya dan meyakinkan Plaintif-Plaintif untuk memasuki Perjanjian ini pada segala masa material. [ 34 ] Mahkamah dirujuk kepada kes Golden Bond Sdn Bhd v Sabtra Sdn Bhd & Anor [2004] 7 MLJ 493 di mana fakta ringkas kes berkenaan ' ialah bahawa Plaintif telah memasuki suatu perjanjian mengekstrak dan S/N F4ca6rq80eZ/Ezkr4fpGg membeli kayu balak dengan defendan pertama dan plaintif telah membayar defendan pertama deposit sebanyak RM2 juta. Plaintif telah memajukan tindakan ini untuk salah nyata fraud terhadap defendan pertama, sambil mengadu bahawa ia telah ditipu untuk mempercayai bahawa mereka boleh mengekstrak kayu balak daripada tanah berkenaan bilamana fakta-fakta seterusnya telah menunjukkan sebaliknya. Mahkamah di dalam kes berkenaan memutuskan bahawa:- “7 In finding the light that of the the matters set out above, it is my Plaintiff has proved beyond reasonable doubt its contention that the fraudulent misrepresentation made by John Nip inducedthe Plaintiff to enter into what amounted to a useless agreement. It is clear beyond reasonable doubt, that the Plaintiff has satisfied the essential ingredients of fraudulent misrepresentation as set out in Panatron Pte Ltd v Lee Cheow Lee & Anor [2001] SLR 405 at p 408 which is as follows: The law as regards fraudulent representation is clear. Since the case of Pasleyv. Freeman (1789) 3 Term Rep 51, it has been settled that a person can be held liable in tort to another, if he knowingly or recklessly makes a false statement to that other with the intent that it would be acted upon, and that other does act upon it and suffers damage. This came to be known as the tort of deceit. In Derry v Peek (1889) 14 App Cas 337 the tort was further developed. It was held that in an action of deceit the plaintiff must prove actual fraud. This fraud is proved only when it is shown that a S/N F4ca6rq80eZ/Ezkr4fpGg false representation has been made knowingly, or without belief in its truth, or recklessly, without caring whetherit be true or false. The essentials of this tort have been set out by Lord Maugham in Bradford Building ~ Society v Borders [1941] 2 All ER 205.Basically these are the following essential elements. First, there must be a representation of fact made by words or conduct. Second, the representation must be made with the intention that it should be acted upon by the plaintiff, or by a class of persons which includes the plaintiff. plaintiff Fourth, suffered had it Third, acted _must damage be it must be proved that the upon the proved by so false that doing. statement. the plaintiff the representation must be made with knowledge that Fifth, it_is false; it mustbe willfully false, or at least made in the absence of any genuine belief that it is true.” [ 35 ].Berdasarkan kes di atas, elemen-elemen untuk membuktikan misrepresentasi frod telah dipenuhi di mana:-
1
1.Terdapat representasi fakta yang dibuat dengan perkataan atau tingkah laku. Defendan Pertama melaui SD1 telah mengakui bahawa ianya adalah cara pemasaran bagi Defendan Pertama menjual Pokok iaitu dengan mengadakan pelbagai perjumpaan di hotel-hotel bersama pembeli yang berpotensi untuk membeli Pokok dari Defendan Pertama.
2
Representasi_mesti _dibuat dengan niat bahawa ia harus diambil tindakan oleh plaintif, atau oleh kelas orang yang termasuk plaintif. Wakil Defendan Pertama iaitu pekerja atau ejen telah meyakinkan Plaintif-Plaintif mengenai keuntungan daripada hasil jualan Pokok yang akan dijual kepada pengurusan pihak serta ketiga jualan yang Pokok berminat. ini juga diuruskan sepenuhnya oleh Defendan Pertama.
3
la_mesti dibuktikan bahawa plaintif telah bertindak atas kenyataan palsu itu. Di mana Plaintif-Plaintif telah memasuki PJB dan telah membayar Defendan sejumlah Pertama RM185,000.00 selepas dibuat kepada misrepresentasi frod tersebut melalui wakilnya.
4
4.la perlu dibuktikan bahawa Pertama plaintif mengalami kerosakan dengan berbuat demikian. Plaintif-Plaintif menyatakan bahawa Plaintif-Plaintif telah memberi keterangan bahawa mereka mengalami kerugian berjumlah RM183,500.00 mana dan/atau payah mereka kenikmatan kehilangan terhadap hak wang penggunaan hasil susah mereka akibat tindakan misrepresentasi frod Defendan Pertama ini.
5
Representasi _mesti dibuat dengan pengetahuan bahawa ia adalah palsu; ia mestilah palsu dengan sengaja, atau sekurang-kurangnya dibuat tanpa sebarang kepercayaan tulen bahawa ia adalah benar. Di sini, Defendan-Defendan mengetahui mengenai penyataan palsu berkenaan status Pokok kerana pada asasnya S/N F4ca6rq80eZ/Ezkr4fpGg Defendan-Defendan mempunyai tanggungjawab kontraktual serta fidusiari terhadap Plaintif-Plaintif. Defendan Kedua adalah mastermind kepada Defendan Pertama yang seharusnya mengetahui mengenai kesahan status Pokok yang dijual pada segala masa yang material. [ 36 ]. Plaintif juga telah merujuk kepada Mahkamah ini kepada sesalinan surat bertarikh 9.1.2017 yang telah dihantar oleh Defendan Pertama kepada plaintif ke 2 bahawa setiap kilogram cip kayu Pokok akan dijual pada harga RM2,000.00 dan setiap pokok akan mengeluarkan 5 kilogram cip kayu. SD 1 sendiri telah memberi keterangan bersumpah mengenai perkara ini dan mengakui bahawa ianya adalah untuk meyakinkan Plaintif Kedua mengenai harga keuntungan jualan tuaian Pokok woodchip tersebut adalah tinggi. Sama ada Defendan Pertama sebuah entity berasingan. [ 37 ] Mahkamah telah dikemukakan dengan carian SSM di mana Defendan Kedua adalah pengarah tunggal serta pemegang saham majoriti bagi Defendan Pertama. SD 1 juga telah memberi keterangan bahawa Defendan Kedua mempunyai kuasa sepenuhnya untuk membuat sebarang keputusan mengenai pengurusan syarikat defendan Pertama oleh kerana Defendan Kedua adalah pengarah pengurusan tunggal. [ 38 ] Mahkamah dirujuk kepada kes Panasonic Appliances Air-Conditioning (M) Sdn Bhd v Top Square Sdn Bhd (Shanmugam a/l S/N F4ca6rq80eZ/Ezkr4fpGg Ramasamy & Ors, third parties) [2020] MLJU 2261 di mana Mahkamah memutuskan seperti berikut:- “The plaintiff contends that the directors should be held personally liable under section 304 of the Companies Act as they had carried on the business of the company with intention to defraud the plaintiff as the company’s creditor. [58] Section 304(1) of the companies Act 1965 provides: “If in the course of winding up of a company or in any proceedings against a company it appears that any business of the company has been carried on with intent to defraud creditors of the company or creditors of any other person or for any fraudulent purpose, the Court on the application of the liquidator or any creditor or contributory of the company may if it thinks proper so to do declare that any person who was knowingly a party to the carrying on of the business in that manner shall be personally responsible, without any limitation of liability, for all or any of the debts or other liabilities of the company as the Court directs.” [59] In Chin Chee Keong v Toling Corporation 34 telah memberi bahawa keterangan Defendan syarikat merujuk & of the Ors kepada Companies Act the winding up of (M) Sdn Bhd [2016] 6 CLJ 666, the Court of Appeal explained the scope of section 304 at [17] and [29] as follows: veil S/N F4ca6rq80eZ/Ezkr4fpGg “The primary object behind s. 304(1) of the Act is to statutorily provide for the lifting of the of incorporation in the specific circumstances of fraudulent trading with a view to ultimately pinning personal accountability and liability on the directing minds behind such trading of the company. .. affords the creditor of the company a civil remedy against such persons. The applicable standard of proof a statutory claim under s. 304(1) is on a balance of for probabilities. The term ‘if it appears’ is deployed in the provision and this clearly indicates that a lower degree of proof is required. That lower degree of proof is on a balance of probabilities.” [60] To successfully rely on s.304(1), the plaintiff must prove the following elements:
a
(a)that the business of the first defendant was carried out ‘with intent to defraud creditors or for any fraudulent purpose’; and
b
(b)that the directors were knowingly a party to the carrying on of the business in that manner’ within the meaning of section 304(1). [61] In view of my finding at [34] and [35], that the first defendant had issued the subject invoices to defraud the plaintiff (a creditor of the first defendant), element (a) has been proven. [62] __As for the second element, Gana acknowledged that he was responsible for the issuance of the subject invoices to the plaintiff. As for the other directors, it was their pleaded defence that they were not privy to the fraud committed by the first defendant and Gana. It is trite that the legal burden of proving an allegation lies on the party asserting the allegation. In other words, where a given allegation forms an essential part of a party’s allegation case or rests S/N F4ca6rq80eZ/Ezkr4fpGg defence, on him. The burden was therefore on the directors to show that they played no role in management and the operation of the first defendant and were not privy_or complicit to the fraud in order to make good their defence. But, for reasons not disclosed, the other directors chose not to give evidence. By electing not to give evidence, it would follow that an adverse inference ought to be drawn against them. See Takako Sakao v Ng Pek Yuen [2010] 1 CLJ 381. [64] A the director not only owes a fiduciary duty to the company but also a duty to act in the company’s best interest. The fact that a person_accepts the position of a director impliedly warrants that he accepts the responsibilities together with its fiduciary and statutory duties. He must exercise fair and reasonable diligence in the management of the company’s affairs, and to act honestly. [65] In Hj this regard, it is useful to refer to Zaharen Zakaria v Redmax Sdn Bhd and other appeals [2016] 5 MLJ91, where the Court of Appeal explained the duties of a director. It was held at para 62: “In other words, a director of a company has give his all to serve in the best interest of company of which he is a director. As a fiduciary, the company is backed up by the statutory provision to expect nothing less from its directors. Gone are the days when a company director can be heard to say that he was a sleeping director and expect to escape liability. His duty may appear onerous but that is to be expected as he is part of the alter ego of the company. S/N F4ca6rq80eZ/Ezkr4fpGg He is a fiduciary, a trustee. It his not his business to act like a rogue, much less to act to the detriment of the company.” [66] In the premises, I find that Gana and other directors were knowingly parties to the first _defendant operating or carrying _on business with intent to defraud the plaintiff, a creditor of the first defendant. the circumstances, the plaintiff is also entitled to rely In on veil of section 304 to seek the corporate the first defendant be lifted to make Gana and the other directors personally liable on the plaintiff’s claim in this action.” [ 39 ] Mahkamah dapati Pengarah tunggal terbesar Defendan Pertama, serta Defendan Kedua mempunyai kawalan penuh terhadap keputusan dan juga urusan kewangan Defendan Pertama pada segala masa yang material. Adalah jelas penubuhan Defendan Pertama adalah semata-mata alat bagi penipuan frod demi mengelak Defendan Kedua daripada tindakan undang-undang. Ini menjustifikasikan tabir korporat disingkap (lifted) mana Defendan Kedua adalah sama-sama menanggung liabiliti terhadap misrepresentasi frod yang dibuat kepada Plaintif-Plaintif. Seterusnya menyebabkan Plaintif-Plaintif telah mengalami kerugian. KESIMPULAN [ 40 ] Mahkamah berpendapat bahawa kesemua isu-isu yang dibicarakan telah dijawab melalui keterangan saksi-saksi kedua-dua pihak. Mahkamah berpuas hati bahawa Plaintif-plaintif telah berjaya membuktikan S/N F4ca6rq80eZ/Ezkr4fpGg tuntutannya. Mahkamah memutuskan untuk membenarkan tuntutan Plaintif beserta kos dan faedah. Disediakan oleh : ……………………………………………….. [HJ.EFFANDI NAZILA BIN HJ.ABDULLAH] Hakim Mahkamah Sesyen Bandar Baru Bangi Tetuan Anis Nadia & Co Peguamcara Plaintif-Plaintif, Tetuan Darryl, Edward & Co Peguamcara Defendan-defendan
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.