Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN RAYUAN SIVIL NO.: BA-12BCY-5-07/2024 Antara
BA-12BCY-5-07/2024
High Court of Malaysia18 Feb 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
What the court ordered
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“the facts). **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 10 [29] Secara asasnya, saya merujuk kepada kes Rasidin bin Partorjo v. Frederick Kiai [1976] CLJU 123, yang mana Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperti berikut: "The principle upon which an appellant co”
“ara spesifik kepada prinsip membenarkan gantirugi teladan/teruk, saya merujuk kepada penelitian yang dibuat dalam kes Sambaga Valli a/p KR Ponnusamy v. Datuk Bandar Kuala Lumpur & Ors and anor appeal [2017] CLJU 500, seperti berikut: "[32] Now, aggravated damages are classified as a species of compensatory damages, whi”
“ahan Farlim (Penang) Sdn. Bhd. & Ors [1994] 1 CLJ 19; [1993] 3 MLJ 352 where Edgar Joseph Jr. SCJ, sitting as a High Court Judge, said this: "In a famous passage in his judgment in Rookes v. Barnard [1964] AC 1129 Lord Devlin, with the unanimous approval of all his brethren, reviewed the law and laid down that exemplar”
“ry has been caused or exacerbated by the exceptional conduct of the defendant. … [42] As for exemplary damages, an award may be justified in the exceptional circumstances laid down Rookes v. Barnard [1964] UKHL 1 as approved in **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING p”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN RAYUAN SIVIL NO.: BA-12BCY-5-07/2024 Antara
2
ZAITON BINTI MOHAMED JUDI … PERAYU-PERAYU Dan NORASMUNIRA BINTI MOHD ALWI … RESPONDEN (DALAM MAHKAMAH SESYEN DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO.: BA-B53CY-5-03/2022) Antara 1.
2
ZAITON BINTI MOHAMED JUDI … PLAINTIFF-PLAINTIF Dan NORASMUNIRA BINTI MOHD ALWI … DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN Pendahuluan [1] Ini adalah rayuan Perayu-Perayu/Plaintif terhadap keputusan amaun gantirugi yang diputuskan oleh Hakim Mahkamah Sesyen (HMS) yang diberikan kepada Perayu-Perayu iaitu gantirugi am sebanyak RM30,000.00, gantirugi teladan dan/atau teruk sebanyak RM5000.00 beserta kos sebanyak RM5000.00. [2] HMS telah merekodkan penghakiman pada 1.9.2024 tanpa perbicaraan kerana ketidakhadiran Responden/Defendan menurut Aturan 35 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (KKM). [3] Lanjutan dari penghakiman di atas, taksiran gantirugi telah dibuat dan HMS membenarkan gantirugi am, teladan dan juga kos. [4] Tidak berpuas hati dengan jumlah yang diberikan, Perayu-Perayu merayu terhadap keputusan HMS tersebut. [5] Setelah mempertimbangkan hujahan Perayu dan meneliti Rekod Rayuan yang difailkan, saya telah membenarkan rayuan ini sebahagiannya iaitu dengan membenarkan jumlah gantirugi teladan dinaikkan kepada RM15,000.00 untuk setiap seorang Perayu dan mengekalkan perintah-perintah HMS yang lain. [6] Perayu-Perayu tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut dan kini merayu ke Mahkamah Rayuan. [7] Berikut adalah alasan saya dan pihak-pihak akan dirujuk sebagaimana di Mahkamah Sesyen. Fakta kes [8] Plaintif-Plaintif merupakan sepasang suami-isteri dan mereka mengenali Defendan sejak tahun 2012 bilamana Defendan telah mengupah Plaintif-Plaintif untuk menjadi pengasuh kepada anak pertama Defendan. [9] Oleh kerana berpuas hati dengan penjagaan anak pertamanya, Defendan telah meminta bantuan Plaintif-Plaintif untuk juga mengasuh anak kedua dan ketiga Defendan pada sekitar tahun 2020. Kali terakhir Defendan menghantar anak-anaknya ke rumah Plaintif-Plaintif adalah pada sekitar bulan Mac 2021. [10] Namun pada 8.10.2021, Defendan dikatakan dengan tiba-tiba menghubungi Plaintif-Plaintif menerusi applikasi Facebook dan menuduh anak lelaki Plaintif-Plaintif yang bernama Mohd Hafiz telah melakukan penderaan seksual dan fizikal ke atas anak pertama Defendan, Mohd Firdaus Hakimi bin Zakaria semasa Plaintif Kedua menjadi pengasuh kepada anak-anak Defendan. [11] Berikutan dengan tuduhan tersebut, Plaintif-Plaintif telah membuat laporan polis pada 9.10.2021. [12] Pada 14.10.2021, pihak polis telah membuat serbuan ke kediaman Plaintif-Plaintif dan menahan mereka atas pertuduhan, disyaki meliwat dan mendera anak-anak Defendan. Selepas siasatan awal dijalankan, Plaintif-Plaintif telah dibebaskan atas jaminan polis pada 17.10.2021. [13] Sementara itu, pada 15.10.2021, Defendan telah menerbitkan satu kenyataan/hantaran di laman Facebook (Kumpulan (Group) Facebook Seksyen 30 Shah Alam) menggunakan akaun “Norasmunira Ira” seperti berikut (hantaran pertama): “Pengasuh Anjing.. Harapkan pagar pagar yang makan padi umie akan tuntut keadilan untukmu anak2ku… ANAK2 KU DIZALIMI dan DIANIAYA PENGASUH YANG ZALIM umie akan tuntut keadilan untuk Arwah Along Angah and baby firas…” [14] Dari hantaran pertama ini, Defendan telah membuat komen lanjutan dari respon pengguna lain seperti berikut: “Nor Liyana kes dera sekarang dia kena reman di ipd shah alam” “Bukti kaki ank dipukul dengan kayu suami pengasuh pukul…” (gambar disertakan). [15] Hantaran pertama ini telah dipadamkan oleh pentadbir kumpulan kerana mengandungi tuduhan yang berat. [16] Akan tetapi, Defendan terus menyebarkan kenyataan-kenyataan yang berunsur fitnah terhadap Plaintif-Plaintif melalui satu hantaran lain di profil Facebook beliau sendiri pada 16.10.2021 (jam 2.39 p.m) seperti berikut (hantaran kedua): “Tolong viralkan… Jangan hantar ANAK2 dengan pengasuh ini SUAMI ISTERI jahat melakukan homoseksual dera kanak2 berusia 7tahun dan 1tahun 5 bulan… Akan aku tuntut keadilan untuk Anak2 ku..” [17] Defendan juga telah “tag” 50 akaun Facebook lain untuk hantaran kedua ini untuk menyebar kenyataan tersebut. [18] Defendan juga telah membalas komen-komen lantaran hantaran tersebut seperti berikut: “Hanim Ismail dera ank orang hanim” “Ya patut hakim balik sakit bontot sokmo rupanya dia lewat bontot ank aku sampai mati arwah tk cerita” “Angah cerita ayah masukkan kayu dlm bontot lepastu masukkan burung dalam bontot...” “Nor Asmunita tak padan gan tua firman oyt jubu kucing pun dia lewat sampat tubik darah,bukan manusi ni saiton...” [19] Seterusnya pada 16.10.2021 pada jam 10.52 p.m, Defendan membuat hantaran ketiga dengan memuat naik laporan polis yang dibuat serta kenyataan seperti berikut: “Assalammualaikum.. Bukan ingin mengaibkan orang sekadar berkongsi kisah dan cerita tentang anak saya salam kemaafan saya hulurkan buat semua rakan Alam maya saya sekiranya cerita saya tidak menyenangkan hati tuan puan semua... Jangan hantar Anak2 dengan pengasuh ini dia melakukan homosek dan dera anak2 saya... Saya takut lepasni Anak2 orang lain pulak yang menjadi mangsa manusia yang bertopengkan saiton ini,saya sudah membuat report dan dia sekarang sedang direman saya hanya ingin keadilan buat anak2 saya cukuplah apa yang telah berlaku kepada anak2 saya,kalau s aya diamkan diri. Mungkin hal yang sama akan terjadi kepada anak2 yang dihantar kepada pengasuh ini... Anak saya 2org, seorang berumur 7 thn,seorang lagi berumur setahun lebih... setelah saya kehilangan anak saya tahun lepas yang accident dekat jln kebun kedua2 penunggang maut... pemergian nya sy telah redha...tp hati saya tidak tenang.. kerana arwah sering datang kpd sy.. dan berpesan umi jaga adik elok2...maka petunjuk Allah itu dtng segera krn hati sy selalu merintih Minggu lepas... anak saya yang kedua...melihat sy solat dan dia bertanya umi knpa umi solat angkat tangani tinggi2 ,pastu umi menangis, Lalu ht sy tergerak..adik umi nak tanya adik...Adik duduk rumah mama n rumah ayat macamana..tiba2 dia terus menangis... Dan satu persatu dibuka cerita yang membuatkan hati saya menderita,Rupanya Anak sy diperlakukan lebih Dr kewarasan manusia, Anak saya diberi makan Dr bekas makanan kucing, Anak saya diliwat... di suruh anak saya menongging, lalu dimasukkan kayu yang ada terdapat bekas cat, kedalam punggungnya, lalu manusia yg dipanggil ayat itu memasukkan kemaluannya jugak, A nak saya yang kecil,dimandikan dan dijirus sehingga lemas...Lalu menangis,manusia yang dipanggil mama terus meletakkan di penjuru dinding, ditinggal menangis..sambil berkata lantaklah kau...lalu anak saya yg berumur 7 tahun.. berkata mama Dahla,kesian adik...terus dia meriba adiknya ...dimanakah hati nuraninya ,Anak saya dipukul dikepala,dibadan,dan dikaki,Diikat tangan, dipukul dengan kayu di belakangnya, lalu diletakkan berseorangan di dalam bilik stor rumahnya...Bukan setakat itu .kayu dibakar hingga menjadi arang lalu dilayur kan dileher anak saya Apalah dosa anak2 saya hingga diperlakukan begitu, Sekarang SUAMI dan ISTERI telah ditangkap dan direman berada di IPD Shah alam... Bukan meminta simpati sekadar berkongsi semoga tidak terjadi kepada Anak2 orang lain...” [20] Untuk hantaran ketiga ini juga, Defendan telah “tag” 50 akaun Facebook yang lain. [21] Defendan juga telah meninggalkan komen dari respon pengguna Facebook lantaran hantaran ketiga seperti berikut: “Siti Rohani Ya kak baru tahu rupanya dari Arwah hakim umur 7 tahun lagi dia liwat gan dera Arwah ni sapa mati tak bagi tahu dkt sy dia kena dera, mujur firman cerdik cerita dkt sy klu tak Anak2 sy jadi mangsa nafsu saiton dia, Ya Allah berikanlah pembalasan kepada Zaiton Mohd Judi dan suaminya...” “Tidak layak dipanggil mama,layak dipanggil saiton ibilis,perbayakkan amal ibadah kau didunia ini kerana enkaulah manusia yang akan muflis dipadang mahsyar nanti akan aku tuntut untuk anak2 aku disana nanti...” “Berselindung disebalik baju dan tudung nampak baik hakikatnya peragai mcm IBLIS...” [22] Berikutan dengan kenyataan-kenyataan Defendan yang dikatakan berunsurkan fitnah terhadap Plaintif-Plaintiff, telah dihujahkan bahawa ianya menyebabkan reputasi Plaintif-Plaintif tercemar di kalangan komuniti di kawasan tempat tinggal Plaintif-Plaintif sehingga menyebabkan mereka digambarkan sebagai pasangan yang telah melakukan kezaliman dan penderaan terhadap anak-anak asuhan mereka. [23] Keadaan ini menyebabkan Plaintif-Plaintif tidak lagi bebas dalam menjalani rutin harian dan menyebabkan tekanan emosi dan perasaan malu terhadap khalayak ramai. [24] Tuduhan-tuduhan Defendan juga telah menyebabkan kacau ganggu ketenteraman kehidupan Plaintif-Plaintif kerana orang ramai berterusan membuat hantaran serta komen-komen negatif di media sosial. [25] Keadaan di atas telah menjejaskan reputasi dan pendapatan Plaintif-Plaintif yang tidak lagi boleh berniaga menjual karipap sejuk-beku yang merupakan punca pendapatan mereka sebelum ini. Prosiding taksiran HMS [26] Defendan gagal hadir untuk perbicaraan dan juga prosiding taksiran di hadapan HMS, namun pembelaan mereka seperti mana diplidkan telah dipertimbang oleh HMS (rujuk perenggan 17 dan 18 alasan HMS). [27] Dalam prosiding taksiran ini, HMS telah berpandangan seperti berikut: - Penghakiman direkodkan kerana ketidak-hadiran Defendan pada tarikh perbicaraan, maka HMS telah menganggap kenyataan yang disenaraikan dalam tuntutan Plaintif-Plaintif adalah bersifat fitnah dan menganggap ia telah memenuhi elemen-elemen kausa tindakan fitnah. - Tanpa kehadiran Defendan, pembelaan justifikasi atau perlindungan bersyarat tidak dibuktikan. - Kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Defendan adalah suatu tuduhan jenayah yang berat sedangkan tiada pertuduhan dibuat terhadap Plaintif-Plaintif. HMS mengambil kira impak kenyataan yang berlaku hanya dalam tempoh masa yang singkat. - Paparan yang dibuat oleh Defendan telah mendapat respon dan komen yang negatif dan ini adalah sesuatu yang memalukan dan mengaibkan pihak Plaintif. Tetapi, tanpa ada pertuduhan, secara tersiratnya, secara tersiratnya telah menjawab kepada komen-komen negatif tersebut bahawa alegasi-alegasi Defendan di dalam paparan-paparan tersebut adalah tanpa asas untuk membolehkan Plaintif-Plaintif dituduh di Mahkamah. - Mengenai kesan penerbitan tersebut, HMS berpandangan, menghadapi tekan emosi adalah munasabah bagi seseorang yang ditahan reman, namun oleh kerana tiada pertuduhan dibuat terhadap mereka, maka HMS berpendapat trauma tidak sepatutnya berlanjutan. - Defendan juga tidak dapat menunjukkan bukti untuk menyokong mengenai pendapatan perniagaan karipap sejuk-beku sebelum dan selepas kejadian untuk membolehkan HMS menilai impak kepada perniagaan tersebut. - Plaintif-Plaintif gagal melepaskan beban untuk membuktikan bahawa reputasi mereka telah tercemar di kalangan masyarakat setempat. - Defendan telah membuat kenyataan jenayah secara melulu walaupun HMS faham yang Defendan berada dalam keadaan emosi yang tidak stabil dan tertekan kerana kehilangan dan kematian anak pertamanya. - Atas alasan-alasan di atas, dan di atas imbangan kebarangkalian, HMS memberikan gantirugi-gantirugi yang memadai seperti berikut; a. Gantirugi Am sebanyak RM30,000.00; b. Gantirugi teladan dan/atau gantrugi teruk sebanyak RM5,000.00; c. Kos perbicaraan taksiran gantirugi sebanyak RM5,000.00. Asas rayuan terhadap taksiran gantirugi [28] Tuntutan untuk gantirugi merupakan salah satu remedi yang dibenarkan untuk mana-mana pihak yang berjaya membuktikan kesalahan fitnah terhadapnya. Namun, dalam memutuskan jumlah atau kuantum, ianya bersandarkan taksiran yang dilakukan dan kebiasaannya Mahkamah diperingkat rayuan tidak akan mengganggu keputusan yang dibuat melainkan keputusannya tidak berteraskan penghargaan kehakiman terhadap keterangan bukti yang dikemukakan (judicial appreciation of the evidence) atau telah mempertimbangkan fakta secara salah (misapprehended the facts). [29] Secara asasnya, saya merujuk kepada kes Rasidin bin Partorjo v. Frederick Kiai [1976] CLJU 123, yang mana Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperti berikut: "The principle upon which an appellant court will interfere with an award of damages made by a judge sitting alone has been stated by Lord Wright in Davies v. Powell Associated Collieries Ltd. At pages 616-7 as follows: "Where an award is that of the judges alone, the appeal is by way of rehearing on damages as on all other issues, but as there is generally so much room for individual choice so that the assessment of damages is more like an exercise of discretion than an ordinary act of decision, the appellate court is particularly slow to reverse the trial judge on the question of the amount of damages. It is difficult to lay down any precise rule which will cover all cases, but a good general guide is given by Greer J in Flint v. Lovell. In effect the court, before it interferes with an award of damage, should be satisfied that the judge has acted on a wrong principle of law, or has misapprehended the facts, or has for these or other reasons, made wholly erroneous estimate of damage suffered. It is not enough that there is a balance of opinion or preference. The scale must go down heavily against the figure attacked of the appellant court is to interfere, whether on the ground of excess or insufficiency." [30] Saya juga merujuk kepada kes Dato Harris Mohd Salleh v. Datuk Yong Teck Lee &Anor [2018] 1 CLJ 145 di mana Mahkamah Persekutuan telah merujuk kepada Defamation Law, Procedure & Practice by Price & Duodu (3rd edition) mengenai factor yang boleh dipertimbang oleh Mahkamah dalam menaksir gantirugi akibat reputasi dan emosi seperti berikut: "The amount of damages awarded in respect of vindication and injury to reputation and feelings depends on a number of factors:
1
The gravity of the allegation.
2
The size and influence of the circulation.
3
The effect of the publication.
4
The extent and nature of the claimant's reputation.
5
The behaviour of the defendant.
6
The behaviour of the claimant. This list is most helpful. But it must be borne in mind that this is not by any means exhaustive of the matters which the court may take into account when making an assessment" Analisa dan Dapatan [31] Dalam rayuan ini, Perayu/Plaintif telah berhujah panjang lebar dalam hujahan mereka mengatakan HMS telah khilaf kerana gagal memberikan penekanan kepada fakta reputasi Plaintif-Plaintif yang tercemar dan HMS tidak sepatutnya menggunakan ketiadaan pertuduhan jenayah terhadap Plaintif-Plaintif sebagai satu mitigasi kepada amaun gantirugi yang diberikan. [32] Selain daripada nas duluan yang dinyatakan di atas, secara spesifik kepada prinsip membenarkan gantirugi teladan/teruk, saya merujuk kepada penelitian yang dibuat dalam kes Sambaga Valli a/p KR Ponnusamy v. Datuk Bandar Kuala Lumpur & Ors and anor appeal [2017] CLJU 500, seperti berikut: "[32] Now, aggravated damages are classified as a species of compensatory damages, which are awarded as additional compensation where there has been intangible injury to the interest of personality of the plaintiff, and where this injury has been caused or exacerbated by the exceptional conduct of the defendant. … [42] As for exemplary damages, an award may be justified in the exceptional circumstances laid down Rookes v. Barnard [1964] UKHL 1 as approved in Malaysia. See for example, Cheng Hang Guan & Ors v. Perumahan Farlim (Penang) Sdn. Bhd. & Ors [1994] 1 CLJ 19; [1993] 3 MLJ 352 where Edgar Joseph Jr. SCJ, sitting as a High Court Judge, said this: "In a famous passage in his judgment in Rookes v. Barnard [1964] AC 1129 Lord Devlin, with the unanimous approval of all his brethren, reviewed the law and laid down that exemplary damages could only be awarded in three categories of cases; namely, oppressive action by officers of the Crown; secondly, cases where 'a defendant with a cynical disregard for a plaintiff's rights has calculated that the money to be made out of his wrongdoing will probably exceed the damages at risk; and thirdly, where statute expressly authorised it" -Penekanan ditambah [33] Bagi tujuan ini, saya melihat kepada alasan yang diberikan oleh HMS dalam membuat pertimbangan untuk jumlah gantirugi yang diberikan dan mendapati, HMS telah dengan wajar melihat kepada kesan penerbitan yang dibuat oleh Defendan mengenai Plaintif-Plaintif di laman Facebook kepada reputasi mereka dikalangan masyarakat setempat. [34] Saya setuju, kenyataan fitnah seperti itu telah mempengaruhi dan menyebabkan orang yang membaca hantaran sebegitu berpandangan secara negatif terhadap Plaintif-Plaintif. Namun, saya juga setuju dengan pertimbangan HMS menerima fakta bahawa tiada pertuduhan terhadap Plaintif-Plaintif juga telah membantu memulihkan reputasi mereka dikalangan komuniti yang sama. Oleh itu, keputusan HMS bahawa trauma mereka tidak seharusnya berpanjangan adalah wajar. [35] Oleh itu, saya dapati, penghargaan (appreciation) HMS terhadap fakta-fakta ini, telah dibuat dengan betul oleh HMS dalam memerintahkan gantirugi am sebanyak RM30,0000.00. [36] Akan tetapi, saya berpandangan, pertimbangan HMS menentukan jumlah gantirugi teladan/teruk sedikit rendah dan tidak setimpal dengan fakta tindakan Defendan yang jelas membelakangi undang-undang, terlalu beremosi tanpa kawalan dan merupakan satu ketidakpedulian yang sinis terhadap hak-hak Plaintif-Plaintif (cynical disregard for a plaintiff's rights) (rujuk kes Cheng Hang Guan & Ors v. Perumahan Farlim (Penang) Sdn. Bhd. & Ors [1994] 1 CLJ 19). [37] Atas sebab itu, saya berpendapat, jumlah gantirugi teladan/teruk mempunyai justifikasi untuk dinaikkan ke satu jumlah yang lebih tinggi dan berpandangan RM15,000.00 untuk setiap seorang Plaintif adalah wajar dan setimpal. [38] Keputusan di atas ada kaitan dengan kesan kepada reputasi Plaintif-Plaintif yang dibuktikan semasa dihadapan HMS. Saya setuju dengan HMS bahawa Plaintif-Plaintif gagal membuktikan kesan dan impak kenyataan fitnah tersebut mewajarkan jumlah yang lebih tinggi sebagaimana yang dihujahkan. Plaintif-Plaintif merujuk kepada pelbagai nas keputusan kes-kes yang membenarkan sejumlah RM150,000.00 ke atas sebagai panduan, namun, saya berpendapat, setiap fakta dalam kes-kes yang dirujuk adalah berbeza dan pertimbangan atas jumlah gantirugi juga wajar berbeza. [39] Sebolehnya saya tidak akan menganggu keputusan budibicara HMS untuk gantirugi am, akan tetapi, oleh kerana terdapat kekhilafan dalam pertimbangan untuk gantirugi teladan, sepertimana yang dibincangkan diatas, jumlah tersebut saya benarkan kenaikan kepada RM15,000.00. [40] Sebagai tambahan, jika mengikut keputusan Mahkamah Rayuan dalam Chin Choon v. Chua Jui Meng [2005] 2 CLJ 569, panel berpandangan bahawa gantirugi teladan/teruk tidak perlu diperintahkan secara berasingan dan boleh diberikan bersama dengan gantirugi am. [41] Namun, mengikut prinsip asal sepertimana dibincangkan, dari kes Rookes v. Barnard terdapat keadaan yang dibenarkan untuk gantirugi teladan ditimbang secara berasingan jika ia tergolong dalam kategori yang dinyatakan (rujuk kes Sambaga Valli).
para
[42] Oleh yang demikian, saya memutuskan untuk membenarkan rayuan sebahagiannya, di mana jumlah gantirugi teladan dinaikkan ke RM15,000.00 untuk setiap seorang Perayu dengan kos rayuan sebanyak RM3000.00 (tertakluk kepada fi alokator). Keputusan untuk jumlah gantirugi yang lain dikekalkan. Tarikh: 22 April 2025 ~signed~ (NOOR HAYATI BINTI HAJI MAT) Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam NCVC 9 Perwakilan: Untuk Perayu-Perayu: Mohd Iznan Abdul Malik Tetuan Liyana & Co Untuk Responden: Tidak hadir dan tidak diwakili
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.