Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA RAYUAN NO : 12A-73-09/2015
12A-73-09/2015
High Court of Malaysia5 Jan 2016
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“te discretion to set aside the judgment, if necessary, on terms and allow the case to be heard on the merits. Lord Atkin stated clearly the principles in which the court should act in Evans v Bartlam [1937] AC 473 in these words: … The principle obviously is that unless and until the court has pronounced a judgment upo”
“rusan dengan Defendan Kedua sahaja; dan e) Plaintif-Plaintif tidak membayar apa-apa royalti kepada Defendan Pertama. [15] Di dalam kes Public Finance Berhad v Zainal Bin Osman t/a Putera Foto Studio [2001] MLJU 476, Hakim Low Hop Bing (YA pada ketika itu) dalam diktanya telah menyatakan berikut: “In an application to s”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA RAYUAN NO : 12A-73-09/2015
1
RS NEWS DOT COM (No Pendaftaran Perniagaan: SA0037193-D) ….PERAYU
2
PRECIOUS ESSENCE SDN BHD (No.Syarikat: 877222-X)
1
BEN FOURTY FIVE ENTERPRISE (No Pendaftaran Perniagaan: SA0205710-A)
2
MOHAMAD SAFUAN BIN ABDUL RAHMAN (No K/P : 850110-11-5521) .…RESPONDEN-RESPONDEN ALASAN PENGHAKIMAN (Rayuan terhadap Keputusan Hakim Mahkamah Sesyen) [1] Ini merupakan rayuan yang telah difailkan oleh Perayu (Defendan Pertama) terhadap keputusan Hakim Mahkamah Sesyen (HMS) yang menolak permohonan Defendan Pertama untuk mengenepikan Penghakiman Ingkar Kehadiran bertarikh 1.9.2015 dan Penghakiman Ingkar Terpinda (PI) bertarikh 26.12.2014 di 2 bawah Aturan 42 Kaedah 13 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. PI adalah seperti di muka surat 85 Rekod Rayuan. Latar Belakang Kes [2] Latar belakang kes yang membawa kepada pemfailan rayuan adalah seperti berikut:
2
2.1 Plaintif Pertama (Ben Fourty Five Enterprise) adalah satu perniagaan yang mempunyai alamat utama perniagaan di No. 2, Taman Pelabuhan, Jalan Melikai 52, 42000, Pelabuhan Kelang, Selangor Darul Ehsan.
2
2.2 Plaintif Kedua (Mohamad Safuan bin Abdul Rahman) adalah seorang individu yang mempunyai alamat kediaman di No. 2, Taman Pelabuhan, Jalan Melikai 52, 42000, Pelabuhan Kelang, Selangor Darul Ehsan.
2
2.3 Defendan Pertama (RS News Dot Com) adalah satu perniagaan yang mempunyai alamat utama perniagaan di B12, Bukit Tinggi, Giant Klang, 421000 Klang, Selangor Darul Ehsan. 3
2
2.4 Defendan Kedua (Precious Essence Sdn Bhd) sebuah syarikat persendirian yang ditubuhkan di Malaysia dan mempunyai alamat berdaftar di No. 37-1, Jalan Kuchai Maju 7, Off Jalan Kuchai Lama, 58200 Kuala Lumpur.
2
2.5 Pada sekitar bulan November 2011, Defendan Kedua telah merepresentasikan kepada Plaintif Kedua bahawa Defendan Kedua menjalankan perniagaan menjual buku-buku, alatan tulis dan barang runcit di sebuah kedai (outlet) yang beralamat di B12, Bukit Tinggi, Giant Klang, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan.
2
2.6 Defendan Kedua juga merepresentasikan bahawa perniagaan tersebut adalah satu perniagaan franchais yang dimiliki oleh Defendan Pertama.
2
2.7 Berdasarkan representasi tersebut, Plaintif Kedua telah memasuki perjanjian bertarikh 1.12.2011 (“Perjanjian Pertama”) dengan Defendan Pertama untuk memperoleh perniagaan Plaintif Pertama dengan hak-hak sebagai seorang pemegang franchais. 4
2
2.8 Pada 1.12.2011 juga, Plaintif Pertama telah memasuki perjanjian dengan Defendan Kedua (“Perjanjian Kedua”).
2
2.9 Sekitar 13.5.2012, Plaintif Kedua telah mendapat tahu daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bahawa Defendan Pertama bukannya pemegang suatu franchais.
2
2.10 Plaintif Pertama telah mendakwa bahawa representasi Defendan Pertama tersebutlah yang telah menyebabkan Plaintif Pertama memasuki Perjanjian Kedua di mana Plaintif Pertama telah terkhilaf mengenai pemegang hak franchais yang menjadi pokok Perjanjian Kedua.
2
2.11 Plaintif-Plaintif juga mendakwa bahawa Defendan Pertama dan Defendan Kedua (kedua-dua Defendan) telah berkonspirasi untuk mencederakan ekonomi Plaintif-Plaintif.
2
2.12 Plaintif-Plaintif telah mendakwa atas representasi dan perbuatan konspirasi kedua-dua Defendan tersebut, Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua telah mengalami kerugian akibat perbelanjaan bagi melaksanakan franchais tersebut. 5
2
2.13 Suatu Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan telah dikeluarkan oleh Plaintif-Plaintif terhadap kedua-dua Defendan pada 28.11.2013 dan Plainti-Plaintif menuntut antara lain relif-relif berikut:
a
ganti rugi sebanyak RM268,586.54;
b
ganti rugi teruk;
c
ganti rugi teladan; dan
d
faedah pada kadar 5% setahun ke atas jumlah penghakiman dikira dari tarikh penghakiman sehingga tarikh pembayaran sepenuhnya.
2
2.14 Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan telah diserah secara penyampaian ganti kerana penyampaian kediri ke alamat terakhir yang diketahui oleh Plaintif-Plaintif tidak berjaya dilaksanakan terhadap Defendan-Defendan.
2
2.15 Kedua-dua Defendan telah gagal memfailkan Memorandum Kehadiran mereka.
2
2.16 Plaintif-Plaintif kemudiannya telah memfailkan Penghakiman Ingkar Kehadiran (Penghakiman Ingkar) terhadap Defendan-Defendan pada 19 Disember 2013. 6
2
2.17 Selepas Plaintif-Plaintif memperolehi Penghakiman Ingkar (PI) terhadap Defendan Pertama pada 19 Disember 2013, Plaintif-Plaintif telah memfailkan satu permohonan untuk meminda PI untuk memasukkan nama pengarah Perayu bernama Rajaduray a/l Karuppiah.
2
2.18 Pada 26 September 2014, permohonan Plaintif-Plaintif untuk meminda PI bagi memasukkan nama Rajaduray a/l Karuppiah (Rajaduray) telah dibenarkan oleh Mahkamah.
2
2.19 Bagi menguatkuasakan penghakiman yang telah diperolehi mereka, Plaintif-Plaintif telah kemudiannya memulakan prosiding bankrapsi terhadap Rajaduray dengan mengeluarkan satu Notis Kebankrapan terhadapnya.
2
2.20 Rajaduray telah mendakwa beliau hanya mengetahui tentang Notis Kebankrapan tersebut daripada penyewa yang menyewa di premis Defendan Pertama di No.27, Jalan 20, Taman Mujur, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan. 7
2
2.21 Lantaran itu, pada 23.6.2015 Defendan Pertama telah memfailkan permohonan untuk mengenepikan Penghakiman Ingkar yang diperolehi oleh Plaintif-Plaintif.
2
2.22 Permohonan Defendan Pertama telah ditolak oleh HMS pada 1.9.2015.
2
2.23 Tidak puas hati atas keputusan tersebut, Defendan Pertama telah memfailkan Notis Rayuan merayu terhadap keputusan HMS tersebut. [3] Defendan Pertama telah membangkitkan alasan-alasan berikut bagi menyokong permohonannya:
a
serahan Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan adalah tidak sempurna
b
Defendan Pertama mempunyai pembelaan bermerit
c
Permohonan pindaan adalah salah di sisi undang-undang 8
d
Serahan permohonan pindaan kepada Defendan Pertama adalah tidak sempurna [4] Sebelum mempertimbangkan alasan-alasan yang dibangkit oleh Defendan Pertama , molek sekiranya Mahkamah ini menyentuh dengan ringkas prinsip undang-undang berhubung dengan permohonan-permohonan untuk mengenepikan penghakiman Ingkar. [5] Undang-undang adalah jelas bahawa bagi mengenepikan penghakiman ingkar yang diperolehi oleh Plaintif-Plaintif atas ketidakhadiran Defendan, Mahkamah perlu melihat samada penghakiman ingkar tersebut adalah suatu penghakiman yang teratur (regular judgment) ataupun tidak teratur (irregular judgment). Undang-undang jelas dan jitu bahawa penghakiman ingkar yang tidak teratur boleh diketepikan ex debitio justitae, namun bagi penghakiman ingkar yang teratur ianya hanya boleh diketepikan sekiranya Defendan boleh menunjukkan bahawa wujudnya pembelaan yang bermerit atas tindakan Plaintif-Plaintif terhadapnya. 9 [6] Prinsip ini telah diputuskan di dalam begitu banyak kes. Memadai kalau Mahkamah ini merujuk kepada kes Ai Yoke Ngan v Chin Teck Kwee [1997] 2 MLJ 565 di mana telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan antara lain seperti berikut; “The principle of setting aside a default judgment under O 13 r 8 has been well established and needs no detailed repetition. What is important to observe is that a default judgment is not a judgment on the merits. Accordingly, when such judgment is obtained irregularly, such irregularity would be a sufficient ground by itself for setting it aside. But where the default judgment has been obtained regularly, in order to succeed, the defendant must file an affidavit of merits, ie the defendant must disclose by affidavit evidence that prima facie he has a defence on the merits. Put in another way, the affidavit must disclose that he has an arguable or triable issue on the merits (see Evans v Bartlam [1937] AC 473). The following judgment of Lee Hun Hoe CJ in Fira Development Sdn Bhd v Goldwin Sdn Bhd [1989] 1 MLJ 40 at p 41 is also instructive: Where judgment is entered on the failure of a defendant to take any of the procedural steps laid down under the Rules of the High Court 1980, the court has an absolute discretion to set aside the judgment, if necessary, on terms and allow the case to be heard on the merits. Lord Atkin stated clearly the principles in which the court should act in Evans v Bartlam [1937] AC 473 in these words: … The principle obviously is that unless and until the court has pronounced a judgment upon the merits or by consent, it is to have the power to revoke the expression of its coercive power where that has only been obtained by a failure to follow any of the rules of procedure. n the instant case, the learned judge did not consider the judgment to be irregular. The Mallal’s Supreme Court Practice (2nd Ed) (Vol 1) at p 84 explains the position where the judgment is regular thus: 10 The discretion will only be exercised if the affidavit supporting the application to set aside discloses facts showing a defence on the merits; or for some very sufficient reason: Bank Bumiputra Malaysia Bhd v Majlis Amanah Ra’ayat [1979] 1 MLJ 23; Farden v Richter (1889) 23 QBD 124. A defence on the merits means merely raising only an arguable or triable issue, eg contributory negligence in a running down case in White v Weston [1968] 2 QB 647. A judgment in default is not a judgment on the merits: L Oppenheim & Co v Mahomed Haneef [1922] 1 AC 482.”
a
Samada serahan Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan adalah tidak sempurna [7] Adalah suatu yang tidak dipertikaikan bahawa Writ Saman dan Penyata Tuntutan di dalam kes ini telah diserahkan ke atas Defendan-Defendan melalui suatu penyampaian ganti apabila penyerahan kediri tidak dapat disempurnakan ke atas Defendan-Defendan. Di dalam menyempurnakan penyampaian ganti tersebut, Plaintif-Plaintif bukan sahaja telah menampal sesalinan Perintah dan writ tersebut di papan notis mahkamah tetapi juga telah melaksanakan suatu pengiklanan. Penyampaian ganti writ melalui pengiklanan bertarikh 12.11.2013 telah disiarkan di suratkhabar New Straits Times pada 29.11.2013 (Eksibit “KS-1”, Afidavit Penyampaian Krishnamoorthi a/l Subramaniam). 11 [8] Peguam Defendan Pertama telah cuba mempertikaikan penyerahan writ yang telah disempurnakan oleh Plaintif-Plaintif dengan telah menghujahkan Plaintif-Plaintif pada percubaan menyampaikan writ dan penyata tuntutan secara kediri telah menyampaikannya di alamat terakhir Defendan Pertama di B12, Bukit Tinggi, Giant Klang, 41200 Klang, Selangor. Alamat terakhir ini telah diperolehi oleh Plaintif-Plaintif dengan membuat carian (“SA-1”) di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada pada 10 April 2012. Menurut peguam Defendan Pertama, Writ dan Penyata Tuntutan telah hanya dikeluarkan oleh Plaintif-Plaintif pada 6.9.2013 iaitu selepas lebih kurang lebih setahun. Defendan Pertama telah mendakwa bahawa pada 23.4.2012 Defendan Pertama telah berpindah ke alamat Lot 2-05, 2nd Floor, Show Center Point, 41400 Klang Selangor dan perpindahan alamat telah di tunjukkan dengan mengeksibitkan pencarian alamat SSM (Eksibit “R-A”, Affidavit Jawapan Defendan Pertama). Telah dihujahkan lagi oleh peguam Defendan Pertama bahawa Plaintif-Plaintif sepatutnya menyerahkan Writ dan Penyata Tuntutan di alamat Lot 2-05, 2nd floor, Show Centre Point, 41400 Klang, Selangor dan bukannya di alamat B12, Bukit Tinggi, Giant Klang, 41200 Klang, Selangor. 12 [9] Oleh itu adalah menjadi hujahan peguam Defendan Pertama bahawa alamat terakhir Defendan Pertama adalah Lot 2-05, 2nd Floor, Show Center Point, 41400 Klang Selangor, dan atas alasan ini serahan Writ dan Penyata Tuntutan adalah tidak sempurna. [10] Mahkamah ini berpendapat bahawa dapatan fakta yang dibuat oleh HMS adalah betul bahawa serahan Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan adalah sempurna. Pertama, carian SSM yang dibuat oleh Plaintif-Plaintif setakat 10.4.2012 adalah merupakan alamat Defendan Pertama terakhir yang diketahui oleh Plaintif-Plaintif setakat 10.4.2012. HMS adalah betul apabila memutuskan bahawa alamat yang diperolehi oleh Plaintif-Plaintif adalah berdasarkan alamat yang terakhir yang diketahui oleh Plaintif-Plaintif hasil daripada semakan SSM yang dibuatnya pada 10.4.2012. Menurut semakan yang dieksibitkan oleh Defendan Pertama, Defendan Pertama telah berpindah alamat pada 23.4.2012 selepas 12 hari semakan dibuat oleh Plaintif-Plaintif. [11] Bagi Mahkamah ini, di dalam kes ini, tempoh dari tarikh semakan SSM dibuat sehingga pengeluaran writ dan penyata tuntutan di dalam kes ini adalah selama lebih kurang setahun (10.4.2012 sehingga 6.9.2013) tidaklah merupakan tempoh waktu yang tidak 13 lama atau panjang. Di sini Defendan Pertama telah meletakkan beban kepada Plaintif-Plaintif dengan mendakwa Plaintif-Plaintif hanya boleh mengeluarkan Writ dan Penyata Tuntutan dalam jangka masa tertentu selepas membuat semakan mereka ke atas daftar perniagaan SSM. Undang-undang tidak meletakkan beban kepada mana-mana pihak untuk membuat semakan berkali-kali ke atas daftar SSM sebelum pengeluaran Writ dan Penyata Tuntutan dikeluarkan. Di dalam hal ini, Mahkamah ini berpandangan bahawa Plaintif-Plaintif telah melaksanakan sesuatu yang sepatutnya iaitu membuat semakan kepada daftar SSM berkenaan alamat Defendan Pertama dan mendapati alamat terakhir yang tertera pada 10.4.2012 ialah di B12, Bukit Tinggi, Giant Klang, 41200 Klang, Selangor. [12] Mahkamah ini juga bersetuju dengan HMS yang menolak hujahan Defendan Pertama yang mengatakan bahawa Plaintif-Plaintif dikehendaki mencari alamat Defendan Pertama terkini di Jabatan Pendaftaran Negara. Sememangnya tidak ada undang-undang yang meletakkan beban atau suatu tanggungjawab kepada Plaintif-Plaintif untuk mencari alamat terkini, pindaan alamat dan pertukaran alamat Defendan Pertama di Jabatan Pendaftaran Negara. 14 [13] Namun apa pun, di dalam kes ini, penyerahan Writ Saman dan Penyata Tuntutan ke atas Defendan-Defendan telahpun dilaksanakan penyampaian ganti di mana salinan perintah untuk penyampaian ganti dan salinan Writ Saman dan Penyata Tuntutan telah di tampal di papan notis mahkamah dan pengiklanan telah disiarkan di akhbar New Straits Times. Oleh itu, tidaklah boleh dipertikaikan bahawa penghakiman ingkar yang diperolehi Plaintif-Plaintif adalah satu penghakiman ingkar yang diperolehi secara teratur. Maka penghakiman ingkar ini hanya boleh diketepikan sekiranya Defendan Pertama boleh membuktikan ia mempunyai pembelaan yang bermerit.
b
Samada Defendan Mempunyai Pembelaan Yang Bermerit [14] Di dalam afidavit yang diikrarkan oleh Rajaduray A/L Karupiah pada 23 Jun 2015, Defendan Pertama telah cuba menunjukkan pembelaan berikut: 15 a) Tiada apa-apa kontrak tulis atau lisan terdapat antara Plaintif-Plaintif dan Defendan Pertama; b) Defendan Pertama tidak memberi apa-apa representasi kepada Plaintif-Plaintif dan tidak pernah menerima daripada Plaintif-Plaintif; c) Defendan Pertama tidak pernah memberi apa-apa waranti atau jaminan kepada Plaintif-Plaintif; d) Adalah dipercayai Plaintif Kedua telah berurusan dengan Defendan Kedua sahaja; dan e) Plaintif-Plaintif tidak membayar apa-apa royalti kepada Defendan Pertama. [15] Di dalam kes Public Finance Berhad v Zainal Bin Osman t/a Putera Foto Studio [2001] MLJU 476, Hakim Low Hop Bing (YA pada ketika itu) dalam diktanya telah menyatakan berikut: “In an application to set aside a regular judgment in default of appearance, the burden is on the defendant to show a defence on the merits: Kwong Yik Bank 16
473
Bhd v Sa’adiah Bte Mastan [1994] 2 MLJ 830; Evans v Bartlam [1093] AC It is therefore incumbent on the defendant to show in his affidavit that he has a defence on the merits…Therefore, where, as in this case, the defendant’s affidavit discloses no defence on the merits or for that matter no triable issue or arguable issue, the application to set aside a judgment in default should be dismissed.” [16] Mahkamah ini juga merujuk kepada kes Utama Merchant Bank Bhd v Cawis Wira Sdn Bhd & Ors [2006] 7 CLJ 143. Di muka surat 148, Abdul Wahab Patail H (YA pada ketika itu) telah menyatakan bahawa: “In an affidavit based application, it is not enough to assert a fact in an affidavit. An assertion is not evidence. When an assertion is disputed, the onus lies upon the maker of that assertion to tender his evidence in a further affidavit, if he has not done so in his earlier affidavit where the assertion was made.” [17] Berdasarkan kepada kes-kes di atas, dan setelah meneliti dan menimbangkan pembelaan yang dinyatakan dalam afidavit oleh Defendan Pertama, Mahkamah berpendapat bahawa pembelaan Defendan Pertama hanyalah merupakan penafian semata-mata (“bare denial”). Mahkamah ini tidak berpuas hati atas keterangan 17 pembelaan Defendan Pertama kerana tiada apa-apa dokumen sokongan yang dikemukakan oleh Defendan Pertama. Defendan Pertama gagal menyakinkan Mahkamah bahawa terdapat pembelaan prime facie terhadap tuntutan Plaintif-Plaintif.
c
Samada Permohonan pindaan Penghakiman Ingkar oleh HMS adalah salah di sisi undang-undang
d
Samada Serahan permohonan pindaan kepada Defendan Pertama adalah tidak sempurna Alasan (c) dan (d) akan ditimbangkan bersekali [18] Adalah dihujahkan bagi pihak Defendan Pertama bahawa permohonan Plaintif-Plaintif untuk meminda Penghakiman Ingkarnya di bawah Aturan 20 Kaedah 11 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (KKM 2012) dengan menambahkan nama Rajaduray A/L Karupiah adalah salah di sisi undang-undang.
Preamble
Menurut peguam Defendan Pertama, pindaan di bawah Aturan 20 Kaedah 11 KKM 2012 hanya boleh dibuat bagi membetulkan “typing error” atau “accidental slip” sahaja. Menurut peguam 18 Defendan Pertama lagi, nama Rajaduray tidak wujud langsung di dalam Writ Saman dan yang tidak langsung diplidkan dalam Penyata Tuntutan. Oleh itu, nama beliau tidak boleh dimasukkan dalam Penghakiman secara pindaan begitu sahaja. Untuk berbuat demikian, peguam Defendan Pertama menghujahkan bahawa Plaintif-Plaintif hendaklah meminda Writ dan Penyataan tuntutan mereka. [19] Peguam Plaintif pula menghujahkan bahawa adalah fakta yang tidak dapat dipertikaikan bahawa Rajaduray A/L Karupiah adalah merupakan pemilik tunggal RS News Dot Com. Oleh itu, pindaan nama Defendan Pertama dalam Penghakiman Ingkar Terpinda dalam mana-mana keadaan tidak menukar ciri-ciri tindakan guaman ini atau memprejudiskan Defendan Pertama dalam mana-mana keadaan. [20] Bagi memutuskan isu ini, HMS telah menggunakan kuasa yang diberikan dengan tepat di bawah Aturan 1A dan Aturan 2 Kaedah 1 KKM 2012 yang menyatakan bahawa sebarang ketidakpatuhan prosedur hanya merupakan ketidakaturan dan seharusnya tidak menjadikan sesuatu prosiding sebagai tidak sah. Keadilan 19 sepatutnya menjadi objektif utama daripada ketidakpatuhan prosedur. [21] Seterusnya, HMS telah memutuskan bahawa walau pun pindaan kepada Penghakiman Ingkar bukan untuk membetulkan “typing error” atau “accidental slip” tetapi Penghakiman Ingkar ini tidak boleh diketepikan semata-mata atas alasan ketidakaturan. Defendan Pertama tidak menunjukkan sebarang prejudis yang dialami akibat pindaan terhadap Penghakiman Ingkar tersebut. [22] Berkaitan dengan isu serahan terhadap permohonan untuk meminda Penghakiman Ingkar, adalah menjadi dapatan Mahkamah ini bahawa bagi pemutusan di dalam permohonan untuk mengenepikan Penghakiman Ingkar adalah terpakai sama ke atas isu ini. [23] Atas pertimbangan-pertimbangan dan alasan-alasan di atas, kes ini bukanlah satu kes yang sesuai untuk Mahkamah ini mengganggu keputusan HMS, Mahkamah ini berpendapat HMS telah membuat keputusan yang betul apabila memutuskan bahawa Defendan Pertama tidak mempunyai pembelaan bermerit ke atas tuntutan Plaintif-Plaintif. 20 [24] Maka, Mahkamah ini menolak rayuan Defendan Pertama untuk mengenepikan Penghakiman Ingkar dengan kos sebanyak RM3000 kepada Responden. ...................................................... (DATUK AZIMAH BINTI OMAR) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Shah Alam Selangor Darul Ehsan Bertarikh 5 haribulan Januari 2016 Peguam Perayu - Tetuan S.T. Raj Encik S.T. Raj Encik Shengar Singh Peguam Responden-Responden - Tetuan Kamil Hashim Raj & Lim Encik S Prakash
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.