Content
ALASAN PENGHAKIMAN NA-12B-8-08/2024 1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SEREMBAN DALAM NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO: NA-12B-8-08/2024
NA-12B-8-08/2024
High Court of Malaysia18 Dec 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“(ii) Burden of proof as a matter of adducing evidence. Section 101 of the Evidence Act 1950 deals with the former and s 102 of the Evidence Act 1950 deals with the latter. The first remain constant, but the second may shift. In the instant case, on the claim of negligence against the defe”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
ALASAN PENGHAKIMAN NA-12B-8-08/2024 1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SEREMBAN DALAM NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO: NA-12B-8-08/2024
1
SADIQ SODHY VEERASAMY
2
SODHY S/O KANDAPPAN VEERASAMY (NO PASSPORT: S0133584G) …PERAYU-PERAYU DAN NUR AIMAN NAJMY NORAZMAN ...RESPONDEN Dalam Mahkamah Tinggi Di Seremban Dalam Negeri Sembilan, Malaysia Rayuan Sivil No: NA-12B-7-08/2024 Antara Nur Aiman Najmy Norazman ...Perayu Dan 1. Sadiq Sodhy Veerasamy (No. Passport: S8730090J)
2
Sodhy S/O Kandappan Veerasamy (No Passport: S0133584G) …Responden-Responden Digabungkan Melalui Perintah Mahkamah bertarikh 18.10.2024 Dan Didengar Bersama ALASAN PENGHAKIMAN NA-12B-8-08/2024 2 Dalam Mahkamah Tinggi Di Seremban Dalam Negeri Sembilan, Malaysia Rayuan Sivil No: NA-12B-8-08/2024 Antara 1. Sadiq Sodhy Veerasamy (No. Passport: S8730090J)
2
Sodhy S/O Kandappan Veerasamy (No Passport: S0133584G) …Perayu-Perayu Dan Nur Aiman Najmy Norazman ...Responden Dalam Mahkamah Sesyen Di Kuala Pilah Dalam Negeri Sembilan, Malaysia Guaman Sivil No: NB-A53KJ-23-01/2023 Antara Nur Aiman Najmy Norazman ...Plaintif Dan 1. Sadiq Sodhy Veerasamy (No. Passport: S8730090J)
2
Sodhy S/O Kandappan Veerasamy (No Passport: S0133584G) …Defendan-Defendan ALASAN PENGHAKIMAN NA-12B-8-08/2024 3 ALASAN PENGHAKIMAN Pendahuluan [1] Di dalam kes Rayuan Sivil No. NA-12B-8-08/2024 ini pihak Perayu-Perayu (Defendan-Defendan) telah memfailkan Notis Rayuan bertarikh 13.8.2024 di bawah Lampiran - 1 terhadap sebahagian keputusan yang telah diberikan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Pilah (“HMS”) bertarikh pada 30.7.2024 berkenaan dengan isu kuantum iaitu berkaitan dengan awad-awad yang telah diberikan untuk kecederaan, “closed fracture midshaft of the left femur”, “PCL Injury” dan juga “custom made special shoes with bilateral insole” kepada Responden (Plaintif). [2] Selanjutnya, Responden (Plaintif) juga telah memfailkan Notis Rayuan bertarikh 9.8.2024 (Di dalam Kes Rayuan Sivil No. NA- 12B-7-08/2024) terhadap keseluruhan keputusan Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Pilah (“HMS”) bertarikh pada 30.7.2024 tersebut di atas iaitu berkaitan dengan isu liabiliti dan kuantum. [3] Memandangkan, kedua-dua kes rayuan ini timbul dari satu perbicaraan yang sama dari Mahkamah Sesyen Kuala Pilah (Kes ALASAN PENGHAKIMAN NA-12B-8-08/2024 4 No. NB-A53KJ-23-01/2023) dan yang melibatkan kemalangan jalanraya yang sama di mana saksi-saksi yang terlibat juga adalah sama dan keputusan yang diberikan juga adalah dari satu perbicaraan yang sama, maka kedua-dua kes rayuan ini Kes Rayuan Sivil NA-12B-8-08/2024 dan NA-12B-7-08/2024 telah digabungkan untuk didengar secara bersama oleh Mahkamah ini. [4] Setelah Mahkamah ini membaca, meneliti dan menilai rekod rayuan, alasan penghakiman oleh Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Pilah tersebut (“HMS”) berserta dengan penghujahan-penghujahan bertulis yang telah difailkan oleh kedua-dua belah pihak kepada Mahkamah, maka pada 18.12.2024, Mahkamah ini telah memutuskan untuk mengekalkan keputusan yang telah diberikan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Pilah tersebut (“HMS”) dan telah menolak Notis Rayuan pihak Perayu-Perayu (Defendan-Defendan) di bawah di bawah Lampiran - 1 dan juga menolak Notis Rayuan Responden (Plaintif) di dalam Kes Rayuan Sivil No.NA-12B-7-08/2024 tanpa apa-apa perintah terhadap kos. [5] Pihak Perayu-Perayu (Defendan-Defendan) merasa tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah ini yang bertarikh ALASAN PENGHAKIMAN NA-12B-8-08/2024 5 pada 18.12.2024 tersebut di atas, telah memfailkan Notis Rayuan bertarikh 16.1.2025 (Lampiran - 19) untuk merayu kepada Mahkamah Rayuan terhadap keseluruhan keputusan yang telah diberikan oleh Mahkamah ini yang menolak rayuan Perayu-Perayu (Defendan-Defendan) berkenaan dengan isu kuantum iaitu berkaitan dengan awad-awad yang telah diberikan kepada pihak Responden (Plaintif) untuk kecederaan dan juga rawatan berikut, iaitu “closed fracture midshaft of the left femur”, “PCL Injury” dan juga “custom made special shoes with bilateral insole”. [6] Manakala, Responden (Plaintif) pula telah memfailkan Notis Rayuan bertarikh 13.1.2025 (Di dalam Kes Rayuan Sivil No. NA- 12B-7-08/2024) terhadap keseluruhan keputusan Mahkamah ini bertarikh pada 18.12.2024 tersebut yang telah menolak Notis Rayuan Responden (Plaintif) mengenai isu liabiliti dan kuantum. [7] Seterusnya, bagi tujuan penyediaan alasan penghakiman ini dan untuk kemudahan kesemua pihak, pihak-pihak akan dirujuk dalam kapasiti mereka yang asal iaitu Perayu-Perayu akan dirujuk sebagai Defendan-Defendan. Manakala, pihak Responden pula akan dirujuk sebagai pihak Plaintif semasa di peringkat rayuan ini. ALASAN PENGHAKIMAN NA-12B-8-08/2024 6 Latar Belakang Kes [8] Tuntutan Plaintif-Plaintif terhadap Defendan di dalam tindakan ini terakru daripada satu kemalangan jalanraya yang berlaku di KM
228
228.7 Lebuhraya Utara Selatan, Arah Utara pada tarikh 17.8.2019 jam lebih kurang pukul 6.30 pagi, di mana Plaintif yang menunggang motorsikal MDD 4473 telah melanggar motorkar Defendan-Defendan yang sedang diparkir di Lorong Kecemasan. Versi Pihak-Pihak Mengenai Kemalangan Versi Plaintif [9] Plaintif sedang menunggang motorsikal No. pendaftaran MDD 4473 dari Melaka hendak menuju ke Seremban dan apabila sampai di KM 228.7 Lebuhraya Utara Selatan, Arah Utara, beliau menunggang di lorong kiri dan tiba-tiba datang sebuah motorkar nombor tidak pasti dari arah kanan menghimpit motorsikalnya dan Plaintif mengelak ke kiri, namun telah terlanggar dengan sisi belakang kanan motorkar Defendan-Defendan yang diletakkan dilorong kecemasan tanpa sebarang lampu ataupun tanpa signal. ALASAN PENGHAKIMAN NA-12B-8-08/2024 7 Versi Defendan [10] Defendan Pertama memandu dari Singapura menuju ke Subang Jaya dan apabila sampai di KM 228.7 Arah Utara Lebuhraya Ayer Keroh - Senawang, motorkarnya telah mengalami kerosakan enjin lalu Defendan Pertama telah memberhentikan motorkarnya di Lorong Kecemasan. Defendan Pertama menyatakan bahawa dia hanya dimaklumkan mengenai kemalangan ini semasa atau ketika dia berada di R&R Senawang oleh pemandu trak tunda. [11] Di dalam kes ini, saksi-saksi yang telah memberikan keterangan bagi pihak Plaintif dan Defendan adalah seperti yang berikut:-
a
SP1 – Pegawai Penyiasat Gantian
b
SP2 - Plaintif
c
SD1 – Defendan Pertama Analisis dan Penemuan Mahkamah [12] Untuk menentukan versi yang mana “more inherently probable”, Mahkamah perlu mengambil kira kesemua keterangan yang ada termasuk keterangan saksi-saksi, keterangan senyap (“silent evidence”) seperti rajah kasar, kesan-kesan di atas jalan raya dan kerosakan pada kedua-dua kenderaan dalam memutuskan isu ALASAN PENGHAKIMAN NA-12B-8-08/2024 8 liabiliti. Sila rujuk kes Mohd Yusof b Abdul Ghani v. Tee Song Kee & Anor [1995] 3 CLJ 378 dan kes Abdul Kadir Mohamad v. Kamarulzaman Mohd Zin & Anor [2001] 1 AMR 599. [13] Mahkamah juga mengambil maklum bahawa adalah merupakan kedudukan undang-undang yang mantap bahawa Plaintif di dalam tindakan ini memikul beban untuk membuktikan kesnya terhadap pihak Defendan atas darjah imbangan kebarangkalian. [14] Mahkamah ini merujuk kepada peruntukkan Seksyen 101 Akta Keterangan 1950, yang jelas memperuntukkan seperti berikut: Seksyen 101. Beban membuktikan
1
Sesiapa yang berhasrat supaya mana-mana mahkamah memberikan penghakiman tentang apa-apa hak atau liabiliti di sisi undang-undang, dengan bergantung pada kewujudan fakta yang ditegaskan olehnya, mestilah membuktikan bahawa fakta itu wujud.
2
Apabila seseorang terikat untuk membuktikan kewujudan apa-apa fakta, dikatakan bahawa beban pembuktian terletak pada orang itu. [15] Di dalam kes ini, Mahkamah ini bersetuju dengan dapatan HMS yang telah mendapati bahawa Plaintif telah gagal untuk ALASAN PENGHAKIMAN NA-12B-8-08/2024 9 membuktikan bahawa Defendan-Defendan adalah cuai dan mengakibatkan kemalangan ini berlaku, lalu telah menolak tuntutan Plaintif terhadap Defendan dengan kos mengikut skala. Keterangan Plaintif tidak konsisten dan bercanggah dengan Pliding [16] Di dalam plidingnya, Plaintif antara lain memplidkan bahawa: “3. Pada 17.8.2019, lebih kurang 6.10 pagi sewaktu Plaintif sedang menunggang motorsikal MDD 4473 dari Melaka menuju ke Seremban dan apabila sampai di KM 228.7, Lebuhraya Utara Selatan, Arah Utara, satu kemalangan telah berlaku di antara motosikal MDD 4473 dan motorkar SLX7858C yang dipandu oleh Defendan Pertama yang berhenti di lorong kecemasan dan mengakibatkan berlaku perlanggaran di jalan tersebut.
4
Kemalangan tersebut diakibatkan semata-mata atas kecuaian Defendan Pertama selaku pemandu motorkar SLX7858C yang juga dimiliki oleh Defendan Kedua. ALASAN PENGHAKIMAN NA-12B-8-08/2024 10 [17] Manakala, butir-butir kecuaian Defendan Pertama seperti berikut: c. Meletakkan motorkar No SLX7858C tanpa isyarat di laluan Plaintif yang sah tanpa menghiraukan kehadiran Plaintif; d. Gagal memberikan sebarang amaran terakhir atau isyarat ketika meletakkan motorkarnya tanpa isyarat di laluan Plaintif yang sah di jalan tersebut; e. Meletakkan motokar No SLX7858 tanpa isyarat di laluan Plaintif yang sah tanpa menghindari atau menentukan samada selamat atau merbahaya untuk berbuat demikian; f. Meletakkan motorkar SLX7858C tanpa isyarat di laluan Plaintif yang sah dan menghalang laluan sah Plaintif dan menghalang perjalanannya; j. Gagal meletakkan tanda amaran (segi tiga / Hazard signage) untuk memberikan amaran kepada kenderaan lain terutamanya kepada motorsikal No MDD 4473 supaya kemalangan tersebut dapat dielakkan.” ALASAN PENGHAKIMAN NA-12B-8-08/2024 11 [18] Di dalam kes ini adalah tidak dinafikan bahawa motorkar Defendan-Defendan telah diletakkan di Lorong Kecemasan pada masa kemalangan tersebut berlaku akibat kerosakan. Di dalam keterangan Pegawai Penyiasat (SP-1) kepada Mahkamah, SP-1 telah mengesahkan bahawa menurut kertas siasatan kenderaan Defendan Pertama (SD-1) telah mengalami kerosakan. Defendan Pertama (SD-1) juga telah menjelaskan bahawa motorkar yang dipandunya mengalami kerosakkan dan langsung tidak dapat bergerak dan terpaksa diletakkan di Lorong Kecemasan sementara dia berusaha untuk mendapatkan kereta tunda. [19] Mahkamah ini bersetuju dengan dapatan HMS bahawa adalah tidak munasabah untuk Defendan Pertama secara sengaja meletakkan motorkarnya di Lorong Kecemasan dan terpaksa menunggu di dalam motorkarnya sehingga pagi tanpa sebarang sebab. Oleh itu, Mahkamah ini atas imbangan kebarangkalian mendapati bahawa motorkar Defendan diletakkan di Lorong Kecemasan tersebut oleh kerana telah mengalami kerosakan. [20] Seterusnya, adalah juga fakta yang tidak dapat dinafikan bahawa kemalangan tersebut berlaku di Lorong Kecemasan (A1-A2). ALASAN PENGHAKIMAN NA-12B-8-08/2024 12 Laporan polis oleh SP-2 sendiri jelas mengatakan bahawa motorkar SLX7858C berada di Lorong Kecemasan. Gambar-gambar juga dengan jelas menunjukkan motorkar SLX7858C tersebut berada di antara laluan Lorong Kecemasan iaitu A1-A2. SD-1 juga telah mengatakan bahawa motorkarnya telah mengalami kerosakan enjin yang menyebabkan motorkarnya tidak boleh bergerak dan terpaksa diletakkan di Lorong Kecemasan itu. [21] Mahkamah ini merujuk kepada Kaedah 53 Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (LN166/59) di mana telah diperuntukkan bahawa: “tiada sebarang kenderaan boleh dipandu, ditunda, ditolak, diletak atau ditinggalkan tanpa jagaan di mana-mana Lorong Tambahan atau bahu jalan di sebelah kiri jalan yang ditentukan sebagai Lorong Kecemasan kecuali dalam kes kecemasan sementara.” [22] Di dalam kes ini jelas bahawa Lorong Kecemasan bukanlah laluan sah Plaintif. SP-2 di dalam keterangannya mengatakan dia menunggang betul-betul di garisan A2 di dalam Rajah Kasar dan menafikan dia menunggang di Lorong Kecemasan (A1-A2). Oleh itu, Mahkamah ini mendapati bahawa keterangan SP-2 adalah bercanggah dengan pliding Plaintif yang mengatakan motorkar ALASAN PENGHAKIMAN NA-12B-8-08/2024 13 SLX7858C telah menghalang laluan sah Plaintif. Ini kerana laluan sah Plaintif adalah di Lorong A2-A3 dalam Rajah Kasar. [23] Justeru itu, Mahkamah ini bersetuju dengan dapatan HMS yang telah mendapati bahawa motorkar Defendan telah berada dalam kedudukan yang sah iaitu di Lorong Kecemasan akibat mengalami kerosakan. Oleh yang demikian, atas alasan ini sahaja adalah wajar untuk Mahkamah menolak tuntutan Plaintif disebabkan pihak-pihak adalah terikat dengan pliding mereka. Versi Plaintif Gagal Dibuktikan [24] Seterusnya, sebagaimana versi Plaintif, adalah menjadi beban kepada Plaintif untuk membuktikan bahawa telah datang sebuah motorkar dari arah kanan menghimpit kenderaannya menyebabkan dia mengelak ke kiri dan berlanggar dengan motokar SLX7858C tersebut yang diletakkan tanpa lampu dan signal. Tiada sebarang keterangan lain yang dikemukakan oleh Plaintif melainkan oleh SP2 sahaja bagi membuktikan kewujudan motorkar lain yang dikatakan menghimpit motorsikal SP2 tersebut. ALASAN PENGHAKIMAN NA-12B-8-08/2024 14 [25] Selain itu, Plaintif juga memplidkan bahawa tiada sebarang tanda atau kon diletakkan di tempat kejadian oleh Defendan. Tiada juga terdapat sebarang keterangan lain berkenaan isu ini melainkan keterangan oleh SP-2 sahaja. Oleh itu, Mahkamah ini juga mendapati bahawa Plaintif telah gagal membuktikan Defendan-Defendan telah cuai dalam memastikan bahawa terdapat tanda ataupun kon yang diletakkan di belakang kereta sebagai amaran. [26] Selanjutnya, Mahkamah ini juga telah meneliti kepada gambar-gambar (P1a-f) dan rajah kasar (P5 dan P5K) dan mendapati bahawa terdapat kon keselamatan diletakkan di bahagian belakang motorkar Defendan. Gambar P1(e) jelas menunjukkan kewujudan kon dan papan tanda. SD-1 telah menjelaskan bahawa kon-kon tersebut diletakkan oleh Pegawai PLUS dan parameternya dalam 7 ke 8 meter. SD-1 turut menjelaskan bahawa semasa dia meninggalkan keretanya, keadaan kon adalah sepertimana di dalam gambar Ekshibit P(1)(e) tersebut. [27] Keterangan SP-1 juga menunjukkan bahawa kon-kon tersebut telah ada semasa Pegawai Penyiasat hadir di tempat kejadian. ALASAN PENGHAKIMAN NA-12B-8-08/2024 15 Ini adalah konsisten dengan keterangan SD-1 yang mengatakan kon telah diletakkan sebelum dia meninggalkan motorkarnya. [28] Seterusnya, keterangan SD-1 ini juga adalah disokong oleh gambar-gambar dan Rajah Kasar yang jelas menunjukkan kewujudan kon dan tanda jalan. Oleh itu, Mahkamah ini mendapati bahawa Defendan Pertama telah menjalankan tanggungjawabnya dan telah memenuhi “standard of care” dengan memberikan amaran kepada pengguna jalan raya yang lain. Atas alasan ini juga Mahkamah ini mendapati bahawa Plaintif telah gagal untuk membuktikan bahawa Defendan adalah bertanggungan cuai dan menyebabkan kemalangan sekaligus menyebabkan kecederaan dan kerugian kepada pihak Plaintif. [29] Oleh itu, Mahkamah ini bersetuju dengan dapatan dan keputusan HMS bahawa adalah wajar untuk Mahkamah menolak tuntutan pihak Plaintif terhadap Defendan ini dengan kos mengikut skala. [30] Merujuk kepada kes Lee Seng Kee v Sukatno (Ong Thean Soo, Third Party) [2008] 4 MLJ 716, di mana Mahkamah Tinggi di dalam kes tersebut telah memutuskan seperti berikut: ALASAN PENGHAKIMAN NA-12B-8-08/2024 16 “[21] In Ng Chui Sia v Maimon bt Ali [1983] 1 MLJ 110 “In an action fo negligence onus of proving the allegation of negligence rests on the person who makes it unless there are disclosed facts which raised a presumption in favour of the plaintiff. The Plaintiff must show affirmatively that there has been a breach of a specific or general duty by the defendant and this resulted in damage to plaintiff. If he fails to prove this action must fail. It was contended by counsel for the respondent that the appellant should have pleaded inevitable accident if he maintained that the motorcycle skidded and knocked into his car. Where an accidental harm is done it is not for the doer to excuse himself by proving that the accident was inevitable and that there was no negligence on his part. It is for the person who suffers the harm to prove affirmatively that the accidental harm was due to the negligence of the other person.” [22] In fact, burden of proof has two distinct meanings, namely:
i
The burdem of proof as a matter of law and pleadings, and
II
(ii) Burden of proof as a matter of adducing evidence. Section 101 of the Evidence Act 1950 deals with the former and s 102 of the Evidence Act 1950 deals with the latter. The first remain constant, but the second may shift. In the instant case, on the claim of negligence against the defendant, the burden of proof lies on the plaintiff. It is only it the plaintiff’s evidence is found to be acceptable or is inherently probable, the onus shifts to the defendant to show the circumstances if ALASAN PENGHAKIMAN NA-12B-8-08/2024 17 any, as to how the accident occurred in order to rebut the assertions of the plaintiff. In ascertaining which party is asserting the affirmative, the court looks to the substance or the substantive fact and not just mere words or mechanical application of the principle of law.” Kuantum [31] Di dalam kes ini, kuantum yang diawadkan adalah tertakluk kepada dokumen-dokumen yang telah ditandakan sebagai eksibit dan juga Laporan Pakar yang telah dikemukakan. Laporan perubatan dan laporan pakar yang dirujuk adalah seperti berikut:
a
Laporan perubatan dari Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Tuanku Jaafar Seremban bertarikh 24.4.2021;
b
Laporan perubatan dari Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Melaka bertarikh 14.5.2017;
c
Laporan perubatan dari Jabatan Ortopedik Hospital Melaka bertarikh 4.11.2019;
d
Laporan perubatan dari Jabatan Ortopedik Hospital Tuanku Jaafar Seremban bertarikh 13.10.2020;
e
Laporan Pakar Plaintif dari Mahkota Orthopaedic Bone & Joint Clinic bertarikh 13.12.2021;
f
Laporan penilaian Ortotik Plaintif dari lim Brace Rehab Appliances bertarikh 8.8.2022; ALASAN PENGHAKIMAN NA-12B-8-08/2024 18
g
Laporan Pakar pilihan Defendan dari Life Care Diagnostic Medical Centre bertarikh 25.6.2022; dan
h
Laporan penilaian Ortotik pilihan Defendan dari KK prosthetic & Orthopaedic Equipment Sdn Bhd bertarikh 5.12.2022. [32] Seterusnya, pihak-pihak telah merekodkan bahawa kesemua laporan di atas dipersetujui tertakluk kepada hujahan. Berdasarkan laporan-laporan perubatan dan laporan pakar di atas, Plaintif telah mengalami kecederaan-kecederaan berikut:
a
Closed fracture distal 1/3 of the right radius with distal radio ulnar joint (DRUJ) dislocation (Galeazzi fracture)
b
Left perilunate dislocation
c
Closed frature midshaft of the left femur
d
Laceration wound over the chin
e
Multiple scars
f
Muscle wasting
g
Risk of developing osteoarthritis
h
Left posterior cruciate Ligament (PCL) ALASAN PENGHAKIMAN NA-12B-8-08/2024 19 [33] Mahkamah ini mendapati kuantum yang diberikan oleh HMS di dalam kes ini adalah berpatutan dan mengikut trend semasa. Iaitu berdasarkan jumlah yang dihujahkan oleh pihak-pihak serta berpandukan kepada Compendium of Personal Injury Awards Revised setakat 16 Oktober 2018 serta kes-kes yang diputuskan. [34] Mahkamah juga mengambil kira prinsip yang dinyatakan dalam kes Ku Jhia Shiuen (an infant suing through her mother and next friend, Tay Pei Hoon) & Anor v Government of Malaysia & Ors [2013] 4 MLJ 108 di mana Mahkamah telah menyatakan seperti berikut:- “It is settled law that damages in tort are not meant to be punitive; neither a reward. Damages are meant to be form of compensation that will give the injured party reparation for the wrongful act so far as money can compensate. It is not meant to enrich the injured party. Therefore, the compensation must be fair, reasonable and adequate but not excessive (Yang Salbiah & Anor v Jamil bin Harun [1981] 1 MLJ 292). The aim is put to the injured party back as it were, as far as possible to his original position prior to the tortuous act which caused the damage (Shanmugam a/l Gopal v Zinal Abidin bin Nazim & Anor [2003] 3 MLJ 76; Ong Ah Long v Dr S Underwood [1983] 2 MLJ 324 (FC).” ALASAN PENGHAKIMAN NA-12B-8-08/2024 20
i
Gantirugi Am [35] Mahkamah ini juga bersetuju dengan dapatan HMS, mengambil kira prinsip-prinsip undang-undang di atas, atas dasar liabiliti 100%, Mahkamah telah membenarkan awad-awad yang berikut:
a
Laceration wound over the chin: RM3,000.00 [36] Kedua-dua Plaintif dan Defendan menghujahkan awad sebanyak RM3,000.00 adalah wajar dan berpadanan bagi laceration wound over the chin yang dialami oleh Plaintif. Oleh itu HMS telah membenarkan awad sebanyak RM3,000.00 sebagaimana dihujahkan oleh kedua-dua pihak. Kompendium 2018 juga telah menggariskan awad di antara RM2,500.00 hingga RM9,500.00 bagi single to multiple lacerations. Mahkamah ini mendapati jumlah yang dibenarkan adalah selaras dengan panduan di dalam Kompendium 2018 dan adalah berpadanan, berpatutan dan tidak berlebihan dengan kecederaan yang dialami olehPlaintif tersebut.
b
Closed fracture distal 1/3 of the right radius with distal radio ulnar joint (DRUJ) dislocation (Galeazzi fracture): RM20,000.00 ALASAN PENGHAKIMAN NA-12B-8-08/2024 21 [37] Plaintif menghujahkan awad sebanyak RM20,000.00 adalah wajar dibenarkan mengambil kira kecederaan Plaintif. Plaintif merujuk kepada kes Muhammad Uzair bin Mohd Bokhari v Abdul Wahab b Saad [2013] 2 PIR [29] di mana Mahkamah telah membenarkan awad sebanyak RM20,000.00 bagi closed fracture of the left Galeazzi (fracture distal third of the left radius with dislocated distal radio ulnar joint). Defendan juga telah merujuk kepada kes yang sama dan turut menghujahkan awad sebanyak RM20,000.00 adalah wajar. Mengambil kira kecederaan Plaintif serta hujahan kedua-dua pihak, HMS telah membenarkan awad sebanyak RM20,000.00 bagi Closed fracture distal 1/3 of the right radius with distal radio ulnar joint (DRUJ) dislocation (Galeazzi fracture) yang dialami oleh Plaintif. Mahkamah ini mendapati jumlah yang dibenarkan adalah selaras dengan panduan di dalam Kompendium 2018 dan adalah berpadanan, wajar dan tidak berlebihan dengan kecederaan yang dialami olehPlaintif tersebut.
c
Left perilunate dislocation: RM8,000.00 [38] Plaintif menghujahkan awad sebanyak RM10,000.00 adalah wajar dibenarkan dengan merujuk kepada kes Nathan a/l Chinnasamy v Pannerselvam a/l Sivalingam & Anor [2020] 2 ALASAN PENGHAKIMAN NA-12B-8-08/2024 22 PIR [59] di mana Mahkamah telah membenarkan RM10,000.00 bagi fracture dislocation of the left lunate with scaphoid lunate ligamentous injury. Defendan pula menghujahkan bahawa awad sebanyak RM6,000.00 adalah memadai dengan merujuk kepada kes yang sama. Mahkamah ini telah menimbangkan bahawa Kompendium 2018 telah menggariskan bahawa awad di antara RM5,000 hingga RM8,500.00 bagi Carpal (scaphoid / lunate / pisiform). Mengambil kira kecederaan Plaintif dan perubahan masa, HMS telah membenarkan awad sebanyak RM8,000.00. Mahkamah ini berpendapat bahawa awad ini adalah wajar, berpatutan dan berpadanan serta ianya adalah tidak berlebihan merujuk kepada kecederaan yang dialami oleh Plaintif tersebut.
d
Closed fracture midshaft of the left femur: RM50,000.00 [39] Kecederaan ini tidak dapat dinafikan oleh kedua pihak Plaintif dan Defendan. Kedua-dua Pakar Plaintif dan Defendan mengesahkan bahawa Plaintif telah mengalami kependekan sebanyak 4 cm. Bahkan Defendan menghujahkan bahawa kedua-dua Pakar Plaintif dan Defendan telah mengesahkan bahawa Plaintif telah mengalami kecederaan closed fracture midshaft of the left femur ALASAN PENGHAKIMAN NA-12B-8-08/2024 23 dengan kesan sampingan limb length discrepancy of 4 cm and 4 cm shortening of left femur and muscle wasting. [40] Defendan juga telah menghujahkan bahawa awad sebanyak RM40,000.00 adalah awad yang munasabah untuk kecederaan ini dengan merujuk kepada Kompendium 2018 yang menggariskan bagi kecederaan femur awad adalah di antara RM21,500.00 ke RM48,500.00. Manakala Plaintif pula menghujahkan awad sebanyak RM60,000.00 adalah wajar dibenarkan dengan merujuk kepada kes Syukur bin Che Salleh v Mohd Taupief bin Husin & Anor [2015] 2 PIR [13] di mana Mahkamah telah mengawadkan RM60,000.00 bagi closed fracture distal third of the left femur (Note: the plaintiff as a result suffers from malunion of the fracture with overlap of fracture fragments and 3 cm shortening of the lower limb). [41] HMS telah membenarkan awad sebanyak RM50,000.00 setelah mengambil panduan yang digariskan di dalam Kompendium 2018 yang mencadangkan awad di antara RM36,000.00 hingga RM60,000.00 untuk kecederaan femur (with shortening). HMS juga telah membezakan kecederaan yang dinyatakan di dalam ALASAN PENGHAKIMAN NA-12B-8-08/2024 24 kes rujukan Plaintif di atas yang jelas menunjukkan kecederaan yang lebih teruk (“suffers from malunion of the fracture with overlap of fracture fragments”) berbanding kecederaan Plaintif di dalam kes ini sungguhpun Plaintif di dalam kes ini mengalami kependekan sebanyak 4 cm. Mahkamah ini berpendapat bahawa awad ini adalah wajar, berpadanan serta ianya tidak berlebihan merujuk kepada kecederaan yang dialami oleh Plaintif dan setelah mengambil perubahan masa dan perbezaan nilai wang.
e
PCL injury: RM25,000.00 [42] Kedua-dua Laporan Pakar Plaintif dan Defendan telah mengesahkan bahawa Plaintif ada mengalami PCL Injury. Defendan menghujahkan awad sebanyak RM20,000.00 adalah memadai dengan merujuk kepada kes Alan Tew Ching Yik & 2 ORS v Wakil Diri Kepada Chew Gee Geong, Si Mati [2018] 1 PIR [42] di mana Mahkamah telah membenarkan awad sebanyak RM20,000.00 bagi left knee posterior cruciate ligament injury (Note: The plaintiff as a result suffers from 5 reduced knee flexion and inability to squat). ALASAN PENGHAKIMAN NA-12B-8-08/2024 25 [43] Plaintif pula menghujahkan bahawa awad sebanyak RM25,000.00 adalah berpadanan dengan merujuk kepada kes Puvendran a/l Rajamanickam v Muhammad Ammar bin Adenan & 2 Ors [2017] 1 PIR [55] di mana Mahkamah telah membenarkan awad sebanyak RM25,000.00 bagi kecederaan Posterior ligament laxity of the right knee. [44] Mahkamah ini telah merujuk kepada Kompendium 2018 dan mendapati awad yang digariskan bagi knee ligaments (anterior/posterior cruciate) adalah di antara RM18,000.00 hingga RM30,000.00. Mengambil kira kecederaan Plaintif di dalam kes ini serta faktor perubahan masa serta penurunan nilai mata wang, Mahkamah ini berpendapat awad sebanyak RM25,000.00 adalah berpadanan dan wajar serta tidak berlebihan untuk dibenarkan untuk kecederaan Posterior Cruciate Ligament Injury (“PCL”) ini.
f
Muscle wasting: RM5,000.00 [45] Defendan telah menghujahkan awad bagi muscle wasting diberikan secara global di dalam kecederaan close fracture midshaft left femur. Namun, Plaintif menghujahkan awad berasingan bagi muscle wasting dan mengatakan awad ALASAN PENGHAKIMAN NA-12B-8-08/2024 26 sebanyak RM5,000.00 adalah wajar dibenarkan. Plaintif telah merujuk kepada kes Wan Sarah Solehah binti Rohaizad & Anor v Tan Seng Lim [2018] 1 PIR [63] di mana Mahkamah telah membenarkan awad sebanyak RM5,000.00 bagi muscle wasting in the thigh and calf. HMS telah bersetuju dengan hujahan Plaintif dan membenarkan awad sebanyak RM5,000.00 bagi muscle wasting yang dialami oleh Plaintif. HMS juga menggunapakai panduan awad oleh Kompendium 2018 yang menetapkan awad sebanyak RM3,000.00 hingga RM5,000.00. Mahkamah ini berpendapat bahawa awad ini adalah wajar, berpadanan, berpatutan serta ianya adalah tidak berlebihan merujuk kepada kecederaan yang telah dialami oleh Plaintif dan juga setelah mengambil perubahan masa dan perbezaan terhadap nilai wang.
g
Multiple scars: RM10,000.00 [46] Mahkamah ini mendapati bahawa kedua-dua pakar Plaintif dan Defendan mengesahkan bahawa Plaintif mempunyai parut pada bahagian berikut:
i
4 cm linear scar over chin
II
(ii) 9 cm scar over volar aspect of right wrist
III
(iii) 19 cm scar over lateral aspect of left thigh ALASAN PENGHAKIMAN NA-12B-8-08/2024 27 [47] Mahkamah ini telah merujuk kepada Kompendium 2018 yang menggariskan awad bagi multiple scars adalah di antara RM2750.00 hingga RM12,000.00 bagi operation scars. Hakim Mahkamah Sesyen (‘HMS’) berpendapat bahawa awad sebanyak RM10,000.00 adalah wajar dan berpadanan dengan 3 parut di 3 bahagian badan Plaintif iaitu pada dagu, tangan kanan dan peha kiri. Mahkamah ini berpendapat bahawa awad ini adalah wajar, berpadanan serta ianya adalah tidak berlebihan merujuk kepada kecederaan yang telah dialami oleh Plaintif dan juga setelah mengambil perubahan masa dan perbezaan terhadap nilai wang.
h
Risk of developing Osteoarthritis (OA): RM6,000.00 [48] Laporan pakar Plaintif (Rekod Rayuan Jilid 1 Mukasurat 210 - 232), menyatakan bahawa Plaintif telah mengalami malunited fracture of the right distal radius dan “patients with intra-articular fractures are at increased risk of developing post-traumatic osteoarthritis (OA) of the wrist”. Pakar Plaintif juga menyatakan bahawa “This LLD will alter the patient’s biomechanics (stance and gait) and can lead to the development of degenerative spine desease and lower back pain as well predispose the patient to the development of knee osteoarthritis”. Selain itu pakar Plaintif juga ALASAN PENGHAKIMAN NA-12B-8-08/2024 28 menyatakan bahawa “The patient risk of developing osteoarthritis (OA) is high because of the severity of deformity, age of the patient and activity level.” [49] Pakar Defendan tidak menyentuh mengenai “risk of developing osteoarthritis” yang mana ianya telah diakui di dalam hujahan Defendan. Mahkamah ini mendapati kedua-dua pakar Plaintif dan Defendan tidak boleh menafikan kecederaan pada wrist dan limb length discrepancy yang dialami oleh Plaintif. Oleh itu, Mahkamah ini menggunapakai Laporan Pakar Plaintif dan bersetuju dengan awad sebanyak RM6,000.00 yang telah diberikan oleh HMS bagi risk of developing OA ini. Mahkamah ini menggunapakai kes rujukan Plaintif iaitu Madavan a/l Krishnan Nair v Azahar bin Zailani & Anor [2017] 1 PIIR [17] di mana Mahkamah telah membenarkan awad sebanyak RM6,000.00 bagi risk of developing osteoarthritis/early osteoarthritis. Mahkamah ini berpendapat bahawa awad ini adalah wajar, berpatutan, berpadanan serta ianya adalah tidak berlebihan merujuk kepada kecederaan yang telah dialami oleh Plaintif ini. ALASAN PENGHAKIMAN NA-12B-8-08/2024 29
II
(ii) Gantirugi Khas [50] Gantirugi khas atas dasar liabiliti 100% yang dibenarkan adalah sepertimana yang berikut:
i
Kos perjalanan keluarga dan rawatan susulan: RM500.00 secara global
II
(ii) Kos perbelanjaan perubatan di HTJ: RM153.00 (telah dipersetujui)
III
(iii) Kos perbelanjaan rawatan lanjut di Hospital Melaka: RM6.00 (telah dipersetujui)
IV
(iv) Kos laporan JPJ: RM191.99 (telah dipersetujui)
v
Kos laporan perubatan HTJ: RM80 di dalam kos (Mukasurat 271, 273 dan 274 Rekod
VI
(vi) Kos laporan perubatan Hospital Melaka: RM40.00 di dalam kos (Mukasurat 269 Rekod Rayuan Jilid 1)
VII
(vii) Kos laporan polis, rajah kasar dan gambar: RM38.00 di dalam kos
VIII
(viii) Kos laporan perubatan pakar dari Mahkota Orthopeadic: RM1720.00 dipersetujui di bawah kos (Mukasurat 275 Rekod Rayuan Jilid 1) ALASAN PENGHAKIMAN NA-12B-8-08/2024 30
IX
(ix) Kos laporan perubatan dari Praba Specialist: RM1195.00 dipersetujui di bawah kos
x
Kos sebut harga dari Lim Brace Rehab Appliances: RM1000.00 dipersetujui di bawah kos
XI
(xi) Knee brace: Tidak dibenarkan
XII
(xii) Custom made special shoes with bilateral insole: RM203,040.00
XIII
(xiii) Future surgery:
a
Limb lengthening procedure - RM25,000.00
b
Corrective osteotomy left femur – tidak dibenarkan
c
Corrective osteotomy left radius – tidak dibenarkan
d
PCL reconstruction – RM10,000.00
e
Removal of implant – RM7,500.00
XIV
(xiv) Kos fisioterapi: RM1280.00
XV
(xv) Pain and suffering for future surgery: RM15,000.00 Kos perjalanan keluarga dan rawatan susulan (RM500.00 secara global) [51] Di dalam kes ini, adalah tidak dapat dinafikan bahawa Plaintif telah diwadkan di Hospital Tuanku Jaafar selama 3 hari dan kemudiannya diwadkan di Hospital Melaka selama 5 hari (lihat ALASAN PENGHAKIMAN NA-12B-8-08/2024 31 Laporan perubatan di Mukasurat 243-245 Rekod Rayuan Jilid 1 dan Mukasurat 246-247 Rekod Rayuan Jilid 1). SP-2 telah memberikan keterangan bahawa keluarganya ada datang melawat semasa dia diwadkan dan SP-2 juga mengatakan dia ada mendapatkan rawatan susulan. Oleh itu, HMS telah membenarkan kos perjalanan keluarga dan rawatan susulan ini secara global sebanyak RM500.00. HMS berpendapat adalah munasabah untuk perbelanjaan tersebut di alami walaupun tiada sebarang dokumen dikemukakan. Mahkamah ini bersetuju dengan dapatan HMS tersebut dan berpendapat bahawa awad ini adalah wajar dan munasabah untuk diberikan kepada Plaintif sebagai kos perjalanan keluarga dan rawatan susulan tersebut. Knee Brace [52] Seterusnya, di dalam kes ini, adalah tidak dipertikaikan bahawa Plaintif sememangnya mengalami 4 cm kependekan pada kaki kirinya. Mahkamah ini telah meneliti laporan pakar Plaintif dan Defendan dan mendapati bahawa Pakar Plaintif mengatakan sepertimana yang berikut:
10
CONCLUSION Limb length discrepancy (LLD) ALASAN PENGHAKIMAN NA-12B-8-08/2024 32 The patient sustained a fracture of the left femur which was treated conservatively and surgically. The fracture has malunited with 4 cm shortening of the left femur. This was determined by clinical examination using tape measure method (TMM) and full length standing anteroposterior radiograph. This shortening is permanent. There is evidence that LLD can lead to long term pathology. This LLD will alter the patient’s biomechanics (stance and gait), and can lead to the development of degenerative spine disease and lower back pain, as well as predispose the patient to the development of knee osteoarthritis and hip pain. The patient can be referred to an orthotist for shoe modification to address this issue. The shoes would require periodical change due to wear and tear. Limb lengthening can be used to treat larger LLD of more than or equal to 2 cm. As the patient is recommended at a cost of about RM75,000 in a private medical centre. Multiple surgeries may be required to achieve limb lengthening. Combined treatment of shoe modification and limb lengthening surgery is recommended for large LLD as this. This combined treatment will help to reduce the complications of a limb lengthening surgery if used alone." [53] Begitu juga, di dalam Laporan Pakar Defendan telah menyatakan sepertimana berikut: Comments 4. Malunited fracture distal third radius ALASAN PENGHAKIMAN NA-12B-8-08/2024 33 • Mr Nur Aiman sustained an extra articular distal third right radius fracture which has malunited. • This malunion however has not caused any loss of function as he has full range movement of his wrist and forearm. Photographs on page 5 and 6 of this report • X-rays taken on 25/06/2022, 2 years and 10 months after the initial injury show no evidence of post traumatic arthritis • No further intervention is required.
5
Limb length discrepancy • Scanogram (x-ray of both lower lim visualising both hip joints till ankle joints) taken on 25/6/2022 for the purpose of an objective means of measuring the limb length of both limbs. • There is a limb length discrepancy of 3.91 cm. X-ray on page 13 for reference. This deficit is permanent. • This shortening is due to the varus deformity over the left femur at the fracture site. • Instead of a limb lengthening procedure, I would recommend a corrective osteotomy procedure to corrective te varus deformity at the fracture site. • The likelihood of requiring limb lengthening after the corrective osteotomy is low as it is likely that the limb length will be restored. • Once the lim length is restored, he will not require a shoe raise. ALASAN PENGHAKIMAN NA-12B-8-08/2024 34 • According to the patient he is being planned for corrective osteotomy by his treating hospital but he has opted to delay the surgery. • This procedure if done in a government hospital will cost between RM5,000.00 to RM8,000.00 depending on type of fixation used.” [54] Oleh itu, berdasarkan daripada kedua-dua Laporan Pakar Plaintif dan Defendan, Mahkamah mendapati tiada keperluan kepada “knee brace” ini dinyatakan. Oleh yang demikian, Mahkamah ini bersetuju dengan dapatan HMS untuk tidak membenarkan sebarang kos bagi “knee brace”, walaupun ia ada dinyatakan di dalam Laporan oleh Limb Brace Rehab Appliances. Tambahan juga, Mahkamah ini telah membenarkan kos bagi pembedahan masa depan pada “PCL reconstruction” sebanyak RM10,000.00 bagi mengatasi keilatan yang dialami oleh lutut kiri Plaintif ini. Limb lengthening procedure [55] Selanjutnya, Mahkamah ini mendapati bahawa pakar Defendan mencadangkan “corrective osteotomy” dijalankan. Namun begitu, tiada sebarang kos di Hospital Swasta dinyatakan. Pakar Defendan hanya menyatakan kos adalah di antara RM5,000.00 ke RM8,000.00 bergantung kepada “type of fixation” yang ALASAN PENGHAKIMAN NA-12B-8-08/2024 35 digunakan di Hospital Kerajaan. Oleh itu, Mahkamah ini mendapati bahawa Laporan Pakar Defendan adalah tidak berapa jelas berkenaan dengan rawatan “corrective osteotomy” tersebut. [56] Di dalam Laporan Pakar Defendan juga langsung tidak memberikan sebarang komen sekiranya Plaintif memilih untuk membuat pembedahan “limb lengthening”, apakah kos atau keperluan Plaintif. Sedangkan, di dalam Laporan Pakar Plaintif yang disediakan lebih awal telah dicadangkan pembedahan “limb lengthening” tersebut. Hal ini menjadikan Laporan Pakar Defendan tidak jelas dan tidak lengkap untuk membantu Mahkamah ini membuat penilaian bagi isu ini. Di dalam Laporan Pakar Defendan juga ada dinyatakan bahawa Plaintif telah dirancang untuk dijalankan pembedahan osteotomy tetapi Plaintif memilih untuk menangguhkannya. Namun fakta ini dinafikan oleh Plaintif ketika memberikan keterangan di hadapan Mahkamah ini. [57] Mahkamah ini berpendapat bahawa Plaintif adalah berhak untuk membuat pilihan untuk mendapatkan rawatan yang terbaik untuk dirinya agar dapat kembali sedekat yang boleh kepada keadaan asalnya dan tidak semestinya mendapatkan rawatan di Hospital ALASAN PENGHAKIMAN NA-12B-8-08/2024 36 Kerajaan sahaja. Oleh itu, Mahkamah ini memilih untuk menggunapakai cadangan oleh Pakar Plaintif di mana kos untuk Limb lengthening procedure dibenarkan sebanyak RM25,000.00 (1/3 dari kos RM75,000.00 yang dinyatakan oleh Pakar Plaintif). Custom made special shoes with bilateral insole [58] Bagi kos kasut khas pula, Mahkamah ini menerimapakai jumlah sebut harga Plaintif yang diberikan oleh Limb Brace Rehab Appliances, memandangkan ia adalah lebih lengkap dan disertai dengan Laporan berbanding hanya sebut harga Defendan daripada KK Prosthetic & Orthopaedic Equipment Sdn Bhd. Oleh itu, Mahkamah ini telah membenarkan kos untuk “custom made special shoes with bilateral insole” ini sebanyak RM203,040.00. Corrective Osteotomy [59] Selanjutnya, Mahkamah ini bersetuju dengan dapatan HMS untuk tidak membenarkan sebarang kos bagi ‘corrective osteotomy left femur’ dan ‘corrective osteotomy bagi left radius’ memandangkan Laporan Pakar Defendan jelas mengatakan bahawa tiada sebarang keperluan oleh kerana tiada sebarang “loss of function” dan Plaintif sudah mempunyai “full range of movement”. ALASAN PENGHAKIMAN NA-12B-8-08/2024 37 Tambahan juga, penilaian oleh Doktor Pakar Defendan adalah merupakan penilaian terkini dan telah disokong dengan gambar-gambar yang telah dilampirkan bersama dalam Laporan tersebut. Lain-Lain Alasan [60] Selain itu, Mahkamah mendapati bahawa Plaintif dan Defendan telah gagal untuk menunjukkan mana-mana bahagian di dalam perintah atau penghakiman Hakim Mahkamah Sesyen (‘HMS’) tersebut yang dikatakan telah dikatakan terkhilaf atau tersalah arah. Mahkamah mendapati bahawa tidak ada terdapat sebarang bukti bahawa Hakim Mahkamah Sesyen (‘HMS’) telah terkhilaf atau tersilap di dalam keputusan dan penghakimannya di dalam kes ini. Malahan, kesemua faktor dan alasan telah diterangkan atau dijelaskan dan diambilkira serta telah dipertimbangkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen di dalam alasan penghakiman beliau. [61] Tambahan juga, perlu ditegaskan bahawa Mahkamah Tinggi seharusnya mengambil pendekatan lebih berhati-hati di dalam pendengaran rayuan oleh kerana penemuan dan dapatan fakta oleh Hakim Mahkamah Sesyen (‘HMS’) adalah disokong dengan keterangan-keterangan dan juga bukti-bukti serta ekshibit- ALASAN PENGHAKIMAN NA-12B-8-08/2024 38 ekshibit terutamanya laporan perubatan dan laporan pakar yang telah dikemukakan di hadapan beliau sewaktu perbicaraan kes. [62] Di dalam kes Kanagesh Kumar Mahendran v. Sadiah Muhammad Taib (2022) MLRHU 17, di mana Mahkamah Tinggi telah memutuskan seperti berikut:- “[5] At the outset, it was imperative to state that I am mindful of the presumption that the decision of the trial court is appealed against was correct in every respect. Therefore, to succeed in an appeal, the Plaintiff in this case must convinced this Court that the decision appealed against was wrong; and if this Court was not so convinced, the appeal should fail. This is based on the premise that the findings of the trial judge who had the advantage of seeing, hearing, assessing and evaluating the witnesses must be respected: Yahaya bin Mohamed v Chin Tuan Nam [1975] 1 MLRA 322 P. An appellate court therefore, should be cautious of upsetting the findings of the trial judge.” [63] Seterusnya, di dalam kes United Oriental Assurance Sdn Bhd v. Penang Medical Centre Sdn Bhd [1999] 2 MLJ 542 di mana Mahkamah Rayuan telah memutuskan seperti berikut:- “It is trite law and very well settled that an appellate court will not lightly interfere with the finding of the court below unless it can be shown the ALASAN PENGHAKIMAN NA-12B-8-08/2024 39 lower court had erred. In an application to the Court of Appeal where leave is sought, the matter is still dealt with by the principles enunciated in Pang Hon Chin v Nahar Singh [1986] 2 MLJ 145 where Edgar Joseph Jr J (as he then was) held that leave can only be given ‘where the applicant is able to demonstrate a prima facie case of error’. We find no such error.” [64] Selanjutnya, merujuk kepada kes Setapak Heights Development Sdn Bhd v. Tekno Kota Sdn Bhd [2006] 1 MLRA 423, di mana Mahkamah Rayuan di dalam kes tersebut telah memutuskan seperti berikut:- “[18] The Principles of the appellate intervention with a finding of fact by the trial Judges are well settled. We as an appellate Court will not readily interfere with the findings of fact arrived at by the court of first instance to which the law entrusts the primary task of evaluating the evidence. It is only in cases where we as an appellate Court exercising an appellate jurisdiction are convinced that there was no judicial appreciation of the evidence adduced at the trial by the trier of fact or that the audio-visual advantage reserved to trial Judge had been missed or that the findings made by the trial Judge do not accord with the probabilities of the case, would we intervene and upset the findings made by the trial Judge and substituting therewith with our own findings. In this case we see no such fault in the conclusion made by the learned Judge. See the case of Tan Sri Khoo Teck Puat & Anor v. Plenitude Holdings Sdn Bhd [1993] 1 AMR
607
607.” ALASAN PENGHAKIMAN NA-12B-8-08/2024 40 Kesimpulan [65] Justeru itu, berdasarkan kepada alasan-alasan tersebut di atas, Mahkamah ini mendapati bahawa Notis Rayuan yang telah difailkan oleh Defendan-Defendan (Kes Rayuan Sivil No. NA- 12B-8-08/2024) dan Notis Rayuan yang telah difailkan oleh Plaintif (Kes Rayuan Sivil No. NA-12B-7-08/2024) adalah jelas tidak berasas dan tidak bermerit sama sekali. Oleh itu, Mahkamah dengan ini memutuskan untuk menolak Notis Rayuan Defendan-Defendan di dalam Kes Rayuan Sivil No. NA-12B-8-08/2024 dan Notis Rayuan Plaintif di dalam Kes Rayuan Sivil No. NA-12B-7- 08/2024 dengan kos ditanggung oleh pihak-pihak masing-masing. Disediakan oleh: t.t. (Mohamad Haldar bin Abdul Aziz) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi 2 Seremban Negeri Sembilan Darul Khusus. Bertarikh: 13 haribulan Mac 2025. ALASAN PENGHAKIMAN NA-12B-8-08/2024 41 PEGUAMCARA PERAYU-PERAYU / DEFENDAN-DEFENDAN: TETUAN OTHMAN HASHIM & CO LP Floor, Unit No. LP08-09 Menara TJB No. 9, Jalan Syed Mohd Mufti 80000 Johor Bahru Johor Darul Takzim. PEGUAMCARA RESPONDEN / PLAINTIF: TETUAN CHAND, JAG & ASSOCIATES No. 44-1, Jalan BPM 2 Taman Bukit Piatu Mutiara 75150 Melaka.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.