Content
ALASAN PENGHAKIMAN NA-21NCVC-8-08/2022 1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SEREMBAN DALAM NEGERI SEMBILAN, MALAYSIA GUAMAN NO: NA-21NCvC-8-08/2022
NA-21NCvC-8-08/2022
High Court of Malaysia14 Dec 2023
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“Enterprise Sdn. Bhd v. Huawei Technologies (Malaysia) Sdn. Bhd [2012] 8 CLJ 221 Mahkamah Tinggi di dalam kes tersebut telah memutuskan seperti berikut:- “(2) The general principle underlying s. 131 Evidence Act 1950 (‘the Act’) appears to be that a person, who is in possession of another’s document, cannot be compelled”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
ALASAN PENGHAKIMAN NA-21NCVC-8-08/2022 1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SEREMBAN DALAM NEGERI SEMBILAN, MALAYSIA GUAMAN NO: NA-21NCvC-8-08/2022
1
SAFAR EHSAN BIN MOHAMAD
2
MUHAMMAD HAKIMMIE BIN MOHD IDRIS (NO. K/P: 960904-07-5557) …PERAYU-PERAYU DAN 1.
2
MUHAMMAD IMRAN SHARWANDY BIN SUWANDI YAZID
3
3.
4
4.
5
KERAJAAN MALAYSIA …RESPONDEN-RESPONDEN 04/03/2024 15:53:56 NA-21NCvC-8-08/2022 Kand. 42 ALASAN PENGHAKIMAN NA-21NCVC-8-08/2022 2 [DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SEREMBAN DALAM NEGERI SEMBILAN, MALAYSIA GUAMAN NO.: NA-21NCVC-8-08/2022
1
SAFAR EHSAN BIN MOHAMAD (NO. K/P: 920810-05-5217) …PLAINTIF PERTAMA
2
MUHAMMAD HAKIMMIE BIN MOHD IDRIS (NO. K/P: 960904-07-5557) …PLAINTIF KEDUA
1
JOHN DOE …DEFENDAN PERTAMA
2
MUHAMMAD IMRAN SHARWANDY BIN SUWANDI YAZID (G25141) …DEFENDAN KEDUA
3
KETUA POLIS NEGARA …DEFENDAN KETIGA
4
KEMENTERIAN DALAM NEGERI …DEFENDAN KEEMPAT
5
KERAJAAN MALAYSIA …DEFENDAN KELIMA ALASAN PENGHAKIMAN NA-21NCVC-8-08/2022 3 ALASAN PENGHAKIMAN
1
Di dalam kes ini Perayu-Perayu / Plaintif-Plaintif telah memfailkan Notis Rayuan bertarikh 7/01/2024 (Lampiran - 36) terhadap keputusan yang telah diberikan oleh Mahkamah ini pada 14/12/2023 di mana Mahkamah ini telah memutuskan untuk menolak Notis Permohonan Perayu-Perayu / Plaintif-Plaintif untuk Penzahiran Dokumen-Dokumen di bawah Aturan 24 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 bertarikh pada 11.07.202 (Lampiran - 20) dengan kos. Selanjutnya, Mahkamah juga telah memutuskan bahawa kos permohonan ini adalah di dalam kausa.
2
Oleh itu Notis Rayuan yang difailkan oleh Perayu-Perayu / Plaintif-Plaintif adalah terhadap keseluruhan keputusan yang diberikan oleh Mahkamah ini bertarikh 14/12/2023 tersebut. Notis Permohonan Defendan-Defendan (Lampiran - 20)
3
Di dalam Lampiran - 20, Defendan-Defendan memohon di bawah Aturan 24 Kaedah 3 dan / atau Aturan 24 Kaedah 7 dan / atau Aturan 24 Kaedah 9 dan / atau Aturan 24 Kaedah 10 dan / atau ALASAN PENGHAKIMAN NA-21NCVC-8-08/2022 4 Aturan 24 Kaedah 12 dan / atau Aturan 24 Kaedah 16 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dan / atau Aturan 92 Kaedah 4 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dan / atau bidang kuasa sedia ada Mahkamah ini untuk perintah-perintah seperti berikut:-
i
Perintah bahawa Defendan Kedua hingga Kelima untuk memberikan penzahiran dokumen-dokumen yang dilampirkan kepada Notis Permohonan ini (Lampiran A) kepada Plaintif-Plaintif dalam tempoh empat belas (14) hari;
II
(ii) Perintah bahawa Defendan Kedua hingga Kelima hendaklah membuat dan menyampaikan senarai dokumen yang ada atau telah ada dalam milikan, kuasa dan penjagaannya dalam tempoh empat belas (14) hari;
III
(iii) Selanjut kepada permohonan (2) di atas, Perintah bahawa Defendan Kedua hingga Kelima membuat dan memfailkan afidavit yang mengesahkan senarai dokumen dan memberi salinan afidavit tersebut kepada peguamcara yang bertindak bagi Plaintif-Plaintif dalam tempoh empat belas (14) hari;
IV
(iv) Perintah bahawa Defendan Kedua hingga Kelima membuat dan memfailkan afidavit yang menyatakan ALASAN PENGHAKIMAN NA-21NCVC-8-08/2022 5 sama ada mana-mana dokumen yang dinyatakan atau diterangkan dalam Lampiran A dan / atau dokumen yang terkandung dalam senarai dokumen yang disampaikan mengikut permohonan (2) telah pada bila-bila masa berada dalam milikan, jagaan dan / atau kuasa dan jika tiada dalam milikan, jagaan dan / atau kuasa, bila Defendan Kedua hingga Kelima berpisah dengan dokumen tersebut dan apa yang telah menjadi kepada dokumen tersebut dalam tempoh empat belas
14
hari;
v
Perintah bahawa semua dokumen-dokumen, senarai-senarai, semua dokumen-dokumen yang terkandung di dalam senarai dan afidavit tersebut, bahawa Mahkamah yang Mulia ini memerintahkan Defendan Kedua hingga Kelima membuat dan fail dihasilkan kepada Mahkamah dan kepada peguamcara yang bertindak untuk Plaintif-Plaintif dalam tempoh empat belas (14) hari untuk diperiksa;
VI
(vi) Perintah bahawa peguamcara yang bertindak bagi Plaintif-Plaintif dibenarkan membuat semua salinan ALASAN PENGHAKIMAN NA-21NCVC-8-08/2022 6 yang diperlukan bagi semua dokumen-dokumen yang dihasilkan untuk diperiksa oleh Plaintif-Plaintif;
VII
(vii) Perintah bahawa notis penal menurut Aturan 45, kaedah 7 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 hendaklah dimasukkan dalam mana-mana perintah yang diberikan oleh Mahkamah Yang Mulia ini;
VIII
(viii) Bahawa kos permohonan ini dijadikan kos dalam kausa; dan
IX
(ix) Relif lain dan / atau selanjutnya yang dianggap sesuai oleh Mahkamah yang Mulia ini.
4
(4)
Lampiran
Lampiran 20 ini disokong oleh afidavit yang diikrarkan oleh Defendan Kedua di dalam tindakan ini iaitu Muhammad Hakimmie bin Mohd Idris bertarikh pada 11.7.2023 (Lampiran 21). Alasan-Alasan Permohonan (5) Di antara alasan-alasan yang telah diberikan oleh Plaintif di dalam afidavit sokongannya (Lampiran 21) untuk menyokong permohonan ini adalah seperti berikut:- (i) Semua item yang dinyatakan dalam Lampiran A adalah dokumen-dokumen; ALASAN PENGHAKIMAN NA-21NCVC-8-08/2022 7 (ii) Dokumen-dokumen yang terkandung dalam Lampiran A adalah dalam milikan, jagaan dan / atau kuasa Defendan Kedua hingga Kelima; (iii) Dokumen-dokumen yang terkandung dalam Lampiran A adalah relevan untuk tujuan prosiding ini; (iv) Plaintif-Plaintif akan bersandar kepada dokumen-dokumen yang terkandung dalam Lampiran A; (v) Dokumen-dokumen dalam Lampiran A yang menyokong kes Plaintif-Plaintif; dan (vi) Plaintif-Plaintif juga memohon perintah bahawa Defendan Kedua hingga Kelima membuat dan menyampaikan senarai dokumen yang ada atau telah ada dalam milikan, kuasa dan / atau jagaannya. Analisis Mahkamah Kedudukan Undang-Undang berkenaan penzahiran / pendedahan dokumen (6) Menurut Aturan 24 Kaedah 3 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012, ianya memperuntukkan seperti berikut:- Order for discovery (O. 24, r. 3) 3. (1) Subject to the provisions of this rule and of rules 4 and 8, the Court may at any time order any party to a cause or matter (whether ALASAN PENGHAKIMAN NA-21NCVC-8-08/2022 8 begun by writ, originating summons or otherwise) to give discovery by making and serving on any other party a list of the documents which are or have been in his possession, custody or power and may at the same time or subsequently also order him to make and file and affidavit verifying such a list and to serve a copy thereof on the other party. … … (4) The documents which a party to a cause or matter may be ordered to discover under paragraph (1) are as follows: (a) the documents on which the party relies or will rely; and (b) the documents which could – (i) adversely affect his own case; (ii) adversely affect another party’s case; or (iii) support another party’s case. (7) Prinsip undang-undang bagi permohonan untuk penzahiran dokumen-dokumen di bawah Aturan 24 Kaedah 3 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 telah dijelaskan di dalam kes Mahkamah Tinggi, Yekambaran Marimuthu v. Malayawata Steel Berhad [1994] 2 CLJ 581 sebagaimana berikut:- “The essential elements for an order for discovery are threefold: namely, first there must be a ‘document’, secondly, the document must be ‘relevant’ and thirdly, the document must be or have been in the ALASAN PENGHAKIMAN NA-21NCVC-8-08/2022 9 ‘possession, custody or power’ of the party against whom the order for discovery is sought. It is indisputable, that the items of which discovery is sought are documents and that they are in the possession, custody or power of the defendants and nothing more need to be said about this.” (8) Seterusnya, di dalam kes Syarikat Chin Seng Supermarket v. United Continental Insurance Sdn Bhd [1996] 1 LNS 10, Mahkamah Tinggi di dalam kes tersebut telah menyatakan seperti berikut:- "…the power of the Court to order production of any document, to my mind, is discretionary in nature, the exercise of which depends on the merit of each case. It is not the law that the party seeking the production of the document is entitled to the production as of right. The party has to satisfy the Court that its application fits in with the above rules. (See Mallal's Supreme Court Practice, 2nd Edition Vol. 1 page 317). (9) Oleh itu, kedudukan undang-undang berkenaan dengan penzahiran dokumen-dokumen (“discovery of documents”) adalah jelas dan mantap di mana Mahkamah mempunyai kuasa budi bicara untuk memerintahkan dokumen-dokumen yang dipohon untuk dirujuk di Mahkamah didedahkan atau pun dizahirkan kepada pihak-pihak yang terlibat di dalam suatu prosiding tersebut. Seterusnya, pihak yang ingin memohon untuk ALASAN PENGHAKIMAN NA-21NCVC-8-08/2022 10 penzahiran dokumen tersebut mesti membuktikan kepada Mahkamah elemen-elemen berikut:- (i) Dokumen yang dipohon tersebut memang wujud; (ii) Dokumen tersebut adalah relevan; dan (iii) Dokumen tersebut berada dalam simpanan, milikan dan kawalan pihak yang mana permohonan untuk pengemukakan dokumen tersebut dipohon. Dokumen-dokumen yang tidak dibantah untuk penzahiran / pendedahan oleh Defendan-Defendan (10) Di dalam notis permohonan untuk penzahiran dokumen-dokumen ini, terdapat beberapa dokumen yang dimohon penzahiran oleh Plaintif-Plaintif sebagaimana yang terdapat di bawah Lampiran - A yang tidak dibantah oleh Defendan Defendan. Dokumen-dokumen tersebut adalah seperti berikut:- (a) Gambar-Gambar kenderaan Defendan-Defendan bernombor pendaftaran DAJ 4635 (“Motorkar tersebut”) berserta dengan (“softcopy”) gambar-gambar tersebut yang telah diambil semasa siasatan; (b) Salinan buku log penyelenggaraan bagi Motorkar tersebut; ALASAN PENGHAKIMAN NA-21NCVC-8-08/2022 11 (c) Gambar-gambar yang diambil semasa proses (“forensic recovery”) dan/atau dokumen-dokumen yang menunjukkan masa dan tarikh tepat bagi (“forensic recovery evidence”), sebelum dan selepas penandaan; dan (d) Borang Prime dan / atau Laporan Pemeriksaan oleh pegawai Forensik PDRM; (11) Oleh itu, bagi tujuan alasan penghakiman ini, Mahkamah hanya akan membincangkan berkaitan dengan dokumen-dokumen yang dibantah penzahirannya sahaja oleh Defendan-Defendan. Isu Pertama: Sama ada dokumen-dokumen yang dimohon untuk penzahiran tersebut sememangnya wujud dan berada dalam milikan Defendan-Defendan (12) Di dalam kes ini, berdasarkan kepada Afidavit Sokongan Plaintif-Plaintif (Lampiran - 21) dan Afidavit Balasan Plaintif-Plaintif (Lampiran - 30), Plaintif-Plaintif telah gagal untuk menunjukkan dan membuktikan kepada Mahkamah bahawa dokumen-dokumen yang dipohon oleh Plaintif-Plaintif untuk dizahirkan ALASAN PENGHAKIMAN NA-21NCVC-8-08/2022 12 tersebut (sebagaimana Lampiran - A) sememangnya wujud dan berada dalam milikan, jagaan dan kawalan Defendan-Defendan. (13) Dalam lain perkataan, Plaintif-Plaintif sendiri sebenarnya tidak pasti dan tidak yakin sama ada dokumen-dokumen yang dipohon oleh Plaintif-Plaintif sebagaimana yang terdapat di dalam Lampiran - A tersebut benar-benar berada dalam milikan, jagaan, kawalan dan simpanan Defendan-Defendan di dalam tindakan ini. (14) Sebaliknya, melalui Afidavit Jawapan Defendan-Defendan (Lampiran - 24), yang telah diikrarkan oleh Inspektor M. Imran Sharwandy bin Suwandi Yazid bertarikh 14.08.2023 (Pegawai Penyiasat kes), Pegawai Penyiasat kes telah menegaskan bahawa sebahagian daripada dokumen-dokumen yang dipohon oleh Defendan-Defendan untuk penzahiran atau pendedahan tersebut sememangnya tidak ada dalam simpanan dan juga milikan Defendan-Defendan sepertimana berikut:- (i) Hasil-hasil siasatan mengenai rakaman CCTV dan Rakaman CCTV bagi pergerakan masuk dan keluar motorkar tersebut daripada Balai Polis bagi sepanjang ALASAN PENGHAKIMAN NA-21NCVC-8-08/2022 13 bulan Ogos 2019. Pegawai Penyiasat kes telah mengikrarkan bahawa sepanjang siasatan beliau sememangnya tiada CCTV dan apa-apa juga rakaman CCTV di kawasan IPD Jempol yang merakamkan berkenaan pergerakan keluar masuk motorkar tersebut. (ii) Pendapat Pakar (“Expert Opinion”) daripada Pakar Pelanggaran (“Collision Expert”) dan / atau (“Reconstruction Expert”) yang telah dibuat semasa penyiasatan. Berkenaan laporan pakar perlanggaran (“expert collision”) dan / atau (“Reconstruction Expert”), Pegawai Penyiasat kes juga telah mengikrarkan dan menjelaskan bahawa sepanjang siasatan beliau terhadap kes tersebut, beliau tidak pernah merujuk kes tersebut kepada mana-mana pakar perlanggaran. (iii) Gambar odometer motorkar tersebut semasa penyiasatan Polis dijalankan. Pegawai Penyiasat kes telah menjelaskan dan menegaskan bahawa bagi dokumen gambar odometer motorkar tersebut, gambar tersebut tidak pernah dirakamkan oleh Pegawai Penyiasat kes semasa siasatan kes tersebut dijalankan. ALASAN PENGHAKIMAN NA-21NCVC-8-08/2022 14 (iv) Borang POL 69A (Daftar Pekerjaan Hari-Hari (“Duty roster”) bagi anggota polis bernama Kamarudin Bin Leman (No. Badan R116676) atau dikenali sebagai Che Din. Bagi dokumen POL 69A untuk anggota polis bernama Kamarudin Bin Leman (No. Badan R116676), Pegawai Penyiasat kes telah menegaskan bahawa dokumen tersebut kini tidak lagi berada di dalam milikan atau di dalam simpanan Polis DiRaja Malaysia (PDRM). (v) Borang POL 69A (Daftar Pekerjaan Hari-Hari (“Duty roster”) bagi anggota polis bernama Awe. Untuk dokumen POL 69A bagi anggota polis bernama Awe, Pegawai Penyiasat kes juga telah menerangkan dan menegaskan bahawa dokumen tersebut juga tiada dalam milikan Defendan-Defendan. Ini adalah kerana identiti sebenar individu yang dikatakan bernama “Awe” tersebut tidak dapat dikenalpasti memandangkan tiada anggota polis yang bernama Awe yang bertugas di IPD Jempol dan tiada “duty roster” dalam simpanan PDRM. ALASAN PENGHAKIMAN NA-21NCVC-8-08/2022 15 (15) Kesemua penegasan dan fakta yang telah diberikan atau yang telah dikemukakan oleh Pegawai Penyiasat kes di dalam Afidavit Jawapan Defendan-Defendan (Lampiran - 24) ini telah gagal untuk dicabar, disangkal dan dijawab serta dipertikaikan oleh Plaintif-Plaintif di dalam Afidavit Balasan Plaintif-Plaintif (Lampiran - 30). (16) Oleh itu, adalah jelas dan nyata di sini bahawa Plaintif-Plaintif telah gagal untuk menunjukkan kepada Mahkamah bahawa dokumen-dokumen tersebut berada dalam simpanan Defendan-Defendan. Sebaliknya, Defendan-Defendan telah berjaya membuktikan kepada Mahkamah ini bahawa dokumen-dokumen tersebut sememangnya tidak ada berada di dalam milikan atau pun di dalam simpanan Defendan-Defendan untuk dizahirkan atau didedahkan. Isu Kedua: Sama ada dokumen-dokumen yang dimohon untuk penzahiran tersebut dinyatakan secara spesifik (17) Di dalam permohonan Plaintif-Plaintif untuk penzahiran dokumen-dokumen ini, Mahkamah mendapati bahawa Plaintif- ALASAN PENGHAKIMAN NA-21NCVC-8-08/2022 16 Plaintif telah gagal untuk menyatakan dengan spesifik dan jelas apakah dokumen-dokumen yang dimohon untuk dizahirkan oleh Defendan-Defendan. Dalam erti kata yang lain, kegagalan Plaintif-Plaintif tersebut telah menyebabkan kesukaran kepada Defendan-Defendan untuk mengenal pasti apakah dokumen atau pun maklumat yang dimohon untuk dizahirkan tersebut dan samada dokumen atau maklumat tersebut wujud, relevan dan berada dalam simpanan dan / atau kawalan dan / atau kuasa Defendan-Defendan. (18) Berikut adalah antara senarai dokumen-dokumen yang dimohon penzahiran oleh Plaintif-Plaintif sebagaimana terdapat di dalam Lampiran - A, yang mana Mahkamah berpandangan ianya adalah terlalu umum, tidak jelas dan tidak spesifik:- (i) Rekod penyiasatan pihak Polis berkenaan dengan dua (2) orang anggota Polis yang dikatakan dilihat berada di tempat kejadian semasa kejadian berlaku; (ii) Rekod penyiasatan pihak Polis berkenaan dengan Laporan Polis Mohd Nasir bin Mamat dan keberadaan beliau semasa masa kejadian termasuk rekod (“punch card”) beliau; dan ALASAN PENGHAKIMAN NA-21NCVC-8-08/2022 17 (iii) Rekod penyiasatan Polis berkenaan dengan saksi-saksi awam dan / atau individu-individu yang tinggal berdekatan dengan tempat kejadian; (19) Mahkamah mendapati bahawa permohonan Plaintif-Plaintif untuk mendapatkan “rekod penyiasatan” tersebut daripada Defendan-Defendan adalah terlalu umum, tidak jelas dan tidak spesifik (“too general, too vague and not specific”). Plaintif-Plaintif tidak pernah memberikan apakah identiti sebenar mana-mana anggota polis tersebut dan gagal untuk mengecam identiti mana-mana anggota polis yang terlibat semasa kemalangan tersebut berlaku. Dalam keadaan ini, Mahkamah mendapati dan berpandangan bahawa permohonan Plaintif-Plaintif ini adalah lebih menjurus atau pun lebih bersifat kepada suatu “fishing expedition” semata-mata memandangkan rekod penyiasatan boleh jadi apa sahaja dokumen. (20) Merujuk kepada kes Billion Prima Sdn Bhd & 1 Ors v Nutech Company Limited & 1 Ors [2017] 1 CLJ 179, Mahkamah Tinggi di dalam kes tersebut telah memutuskan seperti berikut:- ALASAN PENGHAKIMAN NA-21NCVC-8-08/2022 18 (i) specify or describe the documents in respect of which the order is sought; (ii) the supporting affidavit shall show, if practicable by reference to any pleading served that the documents are relevant to an issue arising or likely to arise out of the claim made; (iii) the supporting affidavit shall show that the “person against whom the order is sought is likely to have or have had the documents in his possession, custody or power; (iv) the Applicant bears the legal onus to satisfy the Court that a discovery is required to either to fairly dispose of the pending suit or to save costs as required under Order 24 rule 8 of the ROC 2012; (v) the documents are not privileged and the third party can be compelled by an order under Order 24 rule 7A(5) of the ROC 2012 to produce the documents; and according to Order 24 rule 7A(2) and (4) of the ROC 2012, the discovery application and the supporting affidavit shall be served personally on the third party and on every party in the pending suit. (21) Seterusnya, di dalam kes Datuk Amar James Wong Kim Min & Anor lwn Pendaftar Pertubuhan [2004] 6 MLJ 235, Mahkamah Tinggi di dalam kes tersebut telah memutuskan seperti berikut:- “To me, the applicants must be specific to the documents they are requesting for disclosure. Otherwise, their application will turn out to be ALASAN PENGHAKIMAN NA-21NCVC-8-08/2022 19 a mere fishing expedition. This court is not going to issue the applicants the fishing licence.” (22) Oleh itu, bersandarkan kepada nas-nas perundangan yang dinyatakan tersebut di atas, prinsip utama (“cardinal principle”) untuk permohonan bagi penzahiran atau pun untuk pendedahan dokumen-dokumen, dokumen yang dimohon untuk dizahirkan tersebut mestilah dinyatakan secara spesifik, jelas dan terang. Hal ini adalah bagi mengelakkan pihak yang memohon daripada menyalahgunakan proses Mahkamah (“abuse of court process”) dan agar ianya tidak terjumlah kepada suatu ekspedisi untuk mendapatkan dokumen secara “fishing expedition” semata-mata. Di dalam permohonan Plaintif-Plaintif untuk penzahiran dokumen-dokumen ini, Mahkamah mendapati bahawa Plaintif-Plaintif telah gagal untuk menyatakan secara spesifik, secara jelas dan secara terang apakah dokumen yang dimohon untuk penzahiran tersebut. ALASAN PENGHAKIMAN NA-21NCVC-8-08/2022 20 Isu Ketiga: Sama ada dokumen siasatan adalah diklasifikasikan sebagai sulit (23) Di dalam kes ini, perlu ditegaskan bahawa segala maklumat mahupun apa-apa dokumen berkaitan dengan siasatan pihak polis yang terkandung di dalam kertas siasatan adalah dokumen yang diklasifikasikan atau yang boleh dikategorikan sebagai dokumen-dokumen sulit. Ini adalah kerana kandungan kertas siasatan tersebut meliputi kesemua aspek siasatan yang dilengkapkan oleh seseorang pegawai penyiasat sebelum ianya dirujuk kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya untuk membentuk sesuatu pertuduhan. (24) Oleh itu, adalah menjadi undang-undang matan bahawa segala dokumen yang terkandung di dalam kertas siasatan adalah bersifat atau boleh dianggap sebagai “Sulit” yang jika mana jika ianya didedahkan kepada mana-mana pihak ianya boleh memprejudiskan kepada siasatan yang dijalankan oleh pihak polis di dalam kes ini. ALASAN PENGHAKIMAN NA-21NCVC-8-08/2022 21 (25) Merujuk Seksyen 131 Akta Keterangan 1950, ianya jelas memperuntukkan seperti berikut:- 131. Pengemukaan dokumen yang seorang lain yang memilikinya boleh enggan mengemukakannya Tiada sesiapa jua boleh dipaksa mengemukakan dokumen yang ada dalam miliknya yang seseorang lain boleh enggan mengemukakan jika dokumen itu ada dalam miliknya, kecuali bagi maksud pengenalan, melainkan jika orang yang kemudian tersebut itu mengizinkan dokumen itu dikemukakan, dan juga tiada sesiapa yang boleh enggan mengemukakan sesuatu dokumen boleh dipaksa memberi keterangan lisan mengenai kandungan dokumen itu. (26) Seterusnya, merujuk kepada kes Dibena Enterprise Sdn. Bhd v. Huawei Technologies (Malaysia) Sdn. Bhd [2012] 8 CLJ 221 Mahkamah Tinggi di dalam kes tersebut telah memutuskan seperti berikut:- “(2) The general principle underlying s. 131 Evidence Act 1950 (‘the Act’) appears to be that a person, who is in possession of another’s document, cannot be compelled to produce a document if the other person refuses to do so. Hence, the first defendant could not be compelled to disclose the contents of any documents which might result ALASAN PENGHAKIMAN NA-21NCVC-8-08/2022 22 in the disclosure of confidential, secret or privileged information in which Huawei Hong Kong might be in a position to raise an objection...” (27) Oleh itu, Mahkamah ini berpandangan bahawa dokumen-dokumen yang dipohon oleh Plaintif-Plaintif di dalam kes ini adalah berkait dengan siasatan jenayah yang telah dibuat atau yang telah dijalankan oleh pihak polis di mana kertas siasatan tersebut adalah diklasifikasikan sebagai “Sulit”. Justeru itu, Mahkamah ini memutuskan bahawa dokumen tersebut tidak boleh dikemukakan untuk penzahiran. Kesimpulan Oleh yang demikian, berdasarkan kepada alasan-alasan yang dinyatakan tersebut di atas, Mahkamah dengan ini memutuskan untuk menolak Notis Permohonan Perayu-Perayu / Plaintif-Plaintif untuk Penzahiran Dokumen-Dokumen di bawah Aturan 24 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 bertarikh pada 11.07.202 (Lampiran - 20) dengan kos. Selanjutnya, Mahkamah juga telah memutuskan bahawa kos Notis Permohonan di bawah Lampiran - 20 ini adalah kos di dalam kausa. ALASAN PENGHAKIMAN NA-21NCVC-8-08/2022 23 Disediakan oleh: t.t. (Mohamad Haldar bin Abdul Aziz) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi 2 Seremban Negeri Sembilan Darul Khusus. Bertarikh: 4 haribulan Mac 2024. ALASAN PENGHAKIMAN NA-21NCVC-8-08/2022 24 PEGUAMCARA PERAYU-PERAYU/PLAINTIF-PLAINTIF: TETUAN ANDY & CO No. 8-2, Jalan PJS 8/17 Dataran Mentari, Bandar Sunway 46150 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan. PEGUAMCARA RESPONDEN-RESPONDEN / DEFENDAN-DEFENDAN: PEGUAM PERSEKUTUAN Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan Jalan Campbell 70000 Seremban Negeri Sembilan Darul Khusus.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.