Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI GEORGETOWN DALAM NEGERI PULAU PINANG, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO. PA-12B-30-10/2023
PA-12B-30-10/2023
High Court of Malaysia24 Jul 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“at the Judge has acted upon wrong principles of law then it is justified in reversing; indeed, it is its duty to reverse the finding of the trial Judge." [19] Begitu juga dalam kes Topaiwah v. Salleh [1968] CLJU 161; [1968] 1 MLJ 284 yang turut menegaskan garis panduan bilakah hakim bicara boleh campur tangan dalam gan”
“of the word used and their semantics, they must also essentially be a substantial one and not speculative." [17] Seterusnya di dalam kes Wong Li Fatt William (an infant) v. Haidawati bt Bolhen & Anor [1994] CLJU 196; [1994] 1 LNS 196; [1994] 2 MLJ 497, Mahkamah menyatakan:- "In considering the issue of quantum of damag”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI GEORGETOWN DALAM NEGERI PULAU PINANG, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO. PA-12B-30-10/2023
1
SAFIEE BIN DERANI
2
T.S.T LOGISTICS SDN BHD (NO. PEND. SYARIKAT: 595845-U) … PERAYU-PERAYU DAN NAZIR FIKRI BIN NAYAN (NO. K/P: 990104-56-5061) … RESPONDEN DIGABUNGKAN DAN DIDENGAR BERSAMA-SAMA DALAM MAHKAMAH TINGGI DI PULAU PINANG DALAM NEGERI PULAU PINANG, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO. PA-12B-31-10/2023 ANTARA NAZIR FIKRI BIN NAYAN (NO. K/P: 990104-56-5061) … PERAYU DAN 1. SAFIEE BIN DERANI
2
T.S.T LOGISTICS SDN BHD (NO. PEND. SYARIKAT: 595845-U) … RESPONDEN-RESPONDEN ALASAN PENGHAKIMAN A. PENGENALAN [1] Ini adalah rayuan oleh kedua-dua pihak iaitu Plaintif dan Defendan terhadap keseluruhan keputusan Hakim Mahkamah Sesyen (HMS) kes kemalangan jalan raya terhadap isu liabiliti dan kuantum yang diberikan pada 19.9.2023. Rayuan Plaintif adalah No. PA-12B-31-10/2023 manakala rayuan Defendan pula adalah PA-12B-30-10/2023. Kedua-dua rayuan ini didengar dan diputuskan secara bersama. [2] Pihak-pihak akan dirujuk sebagai Plaintif dan Defendan sebagaimana di Mahkamah Sesyen dalam alasan penghakiman ini. B. LATAR BELAKANG [3] Pada 15.3.2020 jam 12.44 pagi, Plaintif yang menunggang motosikalnya bernombor pendaftaran VCE 9614 di Lebuhraya Utara Selatan KM157.3 (U) telah mengalami kemalangan jalanraya dengan sebuah motorlori bernombor pendaftaran VCF 2488 yang dipandu oleh Defendan Pertama. [4] Akibat kemalangan tersebut, Plaintif mengalami kecederaan yang parah dan menuntut gantirugi am dan khas, faedah serta kos. Selepas perbicaraan penuh, HMS telah memutuskan bahawa Defendan-Defendan bertanggungan 90% liabiliti menyebabkan kemalangan dan liability 10% sumbang cuai ke atas Plaintif. [5] Bagi isu kuantum, HMS telah membenarkan jumlah gantirugi berdasarkan 100% liabiliti seperti berikut:- [a] Ganti rugi am:- [i] Closed fracture right 2nd, 3rd, 6th, 7th & 8th ribs award - RM 20,000.00. [ii] Cerebral concussion and retrograde amnesia award - RM 6,000.00. [iii] Closed fracture right midshaft clavicle united with difficulty awad - RM 17,000.00. [iv] Closed fracture left proximal phalanx x award - RM7,000.00. [v] Bilateral scapula fractures award - RM 30,000.00. [vi] Bilateral pneumothorax award - RM 13,000.00. [vii] Right kidney laceration award - RM 10,000.00. [viii] Right adrenal hematoma award - RM 3,000.00. [ix] Fracture dislocation T11 & T12 with neurological deficits (paraplegia) award - RM 300,000.00. [x] Laceration wound over lips award RM 2,500.00. [xi] Scars – RM 12,000-00. [xii] Sacral sores award - RM 20,000.00. [xiii] Erectile dysfunction - RM 24,000.00. Jumlah Keseluruhan: RM464,500.00. [b] Ganti rugi khas (dengan faedah):- [i] Kos membaiki motorsikal – RM1,409.00. [ii] Kerosakan Item Peribadi – RM150.00. [iii] Kos perbelanjaan perubatan Hospital Seberang Jaya – RM110.00. [iv] Perbelanjaan ulang-alik keluarga ke Hospital Seberang Jaya – RM500.00. [v] Kos ulang-alik dengan ambulans – RM5,041.00. [vi] Kos perjalanan berjumpa doctor di Gleneagles Medical Centre – RM100.00. [vii] kos laporan perubatan pakar dari Gleneagles Medical Centre RM1,987.00. [viii] Kos Fisioterapi yang telah dibayar – RM320.00. [ix] Kos kerusi roda 1/3 x RM235,000.00 sebanyak RM80,000.00 [x] Kos ubat dan item farmasi – RM3,610.00.00. [xi] Kos laporan perubatan dari Columbia Asia Extended Care Hospital Shah Alam – RM4,250.00 [c] Ganti rugi khas (tanpa faedah):- [i] Kos penjagaan – RM1,293,145.78. [ii] Kos item dan peralatan penjagaan – RM290,117.00. [c] Faedah 2.5% setahun atas gantirugi khas dari tarikh kemalangan hingga tarikh Penghakiman dan 5% setahun keatas keseluruhan jumlah penghakiman dari tarikh Penghakiman sehingga ke tarikh Penyelesaian Penuh. [d] Kos untuk keseluruhan tindakan adalah mengikut skala. C. PENEMUAN DAN DAPATAN HMS [6] Setelah meneliti keterangan kedua-dua pihak, keterangan senyap serta penghujahan pihak-pihak, HMS dalam memutuskan peratusan liabiliti mendapati Defendan Pertama yang memandu kenderaan, terutamanya kenderaan berat di jalan besar seperti lebuhraya mempunyai tugas berhati-hati terhadap Plaintif yang berada di atas jalan yang sama. Dalam hal ini, Defendan Pertama mestilah memastikan tiada kenderaan menghampiri dari belakang semasa menukar lorong sama ada dari kanan ke kiri atau sebaliknya bagi mengelak dilanggar oleh kenderaan yang datang dari arah belakang. [7] Namun begitu, HMS juga memutuskan bahawa kemalangan ini berlaku akibat kecuaian Plaintif apabila gagal menunggang motosikalnya dalam keadaan yang selamat. Plaintif gagal mengekalkan jarak selamat dan memperlahankan kenderaan apabila melihat kenderaan besar seperti motorlori yang hendak menukar lorong. Plaintif sebagai penunggang motosikal juga tidak sepatutnya memandu di tengah jalan kerana pada masa kejadian, tiada halangan untuk Plaintif menunggang lebih rapat ke sebelah kiri jalan. [8] Dengan itu HMS memutuskan secara wajar liabiliti 90% keatas Defendan-Defendan dan 10% ketas Plaintif. D. ANALISA DAN KEPUTUSAN [9] Adalah menjadi prinsip undang-undang yang mantap bahawa Mahkamah yang mendengar rayuan lazimnya tidak akan mengganggu dapatan yang dilakukan oleh Mahkamah bicara. Ia akan dilakukan sekiranya dapat ditunjukkan bahawa hakim bicara telah membuat dapatan yang tidak disokong oleh keterangan, bercanggah dengan pinsip undang-undang atau gagal menggunakan keistimewaan sebagai hakim bicara yang berpeluang melihat saksi-saksi memberi keterangan dan telah membuat dapatan yang salah. Saya juga merujuk kepada kes Mahkamah Rayuan iaitu Sivalingam Periasamy V. Periasamy & Anor [1996] 4 CLJ 545; [1995] 3 MLJ 395 yang telah menegaskan dapatan bahawa: "It is trite law that this court will not readily interfere with the findings of fact arrived at by the court of first instance to which the law entrusts the primary task of evaluation of the evidence. But we are under a duty to intervene in a case, where, as here, the trial court has so fundamentally misdirected itself, that one may safely say that no reasonable court which had properly directed itself and asked the correct questions would have arrived at the same conclusion". [10] Dalam kemalangan ini terdapat dua versi berbeza. Versi Plaintif menyatakan beliau yang sedang meneruskan perjalanan menggunakan lorong sebelah kiri mendakwa bahawa Defendan Pertama yang berada di hadapannya terus menukar haluan memasuki ke laluan Plaintif di sebelah kiri jalan secara mengejut tanpa sebarang isyarat. Akibat terlalu dekat, Plaintif tidak sempat membrek dan mengelak menyebabkan Plaintif terlanggar bahagian belakang motorlori tersebut. Akibat daripada kemalangan tersebut, Plaintif mengalami kecederaan parah. [11] Manakala versi Defendan Pertama pula menyatakan apabila sampai di Lebuhraya Utara Selatan KM157.3 (U), beliau cuba mengelak ke sebelah kanan kerana terdapat sebuah motorbas yang berhenti di lorong kecemasan. Defendan Pertama kemudiannya terdengar bunyi dentuman dari arah belakang motorlorinya dan berhenti di sebelah kiri jalan untuk memeriksa lalu mendapati sebuah motorsikal no. VCE 9614 yang ditunggang oleh Plaintif telah melanggar belakang motorlorinya. Rayuan Keatas Liabiliti [12] Dalam memutuskan liabiliti terhadap Defendan sebanyak 90% saya bersetuju dengan dapatan HMS bahawa Defendan sebagai pemandu yang berniat untuk menukar lorong atau laluannya mempunyai tugas berhati-hati untuk memastikan jalan adalah selamat untuk menukar lorong itu. Dalam kes Kamaruddin Mohd Nor & Anor v. Soon Soo Moe & Anor [1998] 4 CLJ Supp 301, Mahkamah telah memutuskan seperti berikut:- “In that situation if the rear vehicle is not given the opportunity to avoid the collision, due to the suddenness of the entry of the front vehicle onto the road or path, be it to cut across, do a U-turn or even for purposes of continuing his journey, the blame must be placed on that front vehicle.” [13] HMS dalam memutuskan bahawa Plaintif telah sumbang cuai dan bertanggungan 10% pula mendapati Plaintif telah gagal mengekalkan jarak selamat semasa menunggang motosikal sehingga melanggar belakang motorlori Defendan. HMS juga memutuskan Plaintif tidak sepatutnya dikecualikan sepenuhnya dari bertanggungan dengan membuat inferen setelah melihat tahap kerosakan kedua-dua kenderaan membawa kepada indikasi yang Plaintif telah menunggang dengan kelajuan yang tinggi dan berada di tengah jalan semasa kemalangan. [14] Saya dapati bahawa HMS tidak terkhilaf dalam memutuskan bahawa Plaintif telah sumbang cuai yang mengakibatkan kemalangan dan kecederaan keatas dirinya. Dalam kes Miskinah Binte Jaya & Ors v. Mohamed Bin Salleh & Anor [1983] CLJ Rep 630; [1984] I MLJ 187, diputuskan: "lack of knowledge of any accident must imply a finding that he was driving without due care and attention; and had not been keeping a proper look-out. On this count alone, some negligence must be laid at his door." [15] Atas alasan-alasan diatas, saya mengekalkan penemuan liabiliti oleh HMS dan memutuskan rayuan oleh Plaintif dan Defendan atas isu liabiliti adalah ditolak. Rayuan Ke atas Kuantum [16] Adalah prinsip undang-undang yang mantap berkenaan award ganti rugi, sebagaimana diputuskan dalam kes Inas Faiqah Mohd Helmi (A Child Suing Through Her Father And Next Friend; Mohd Helmi Abdul Aziz) v. Kerajaan Malaysia & Ors [2016] 2 CLJ 885, yang mana Mahkamah Persekutuan menyatakan:
1
It is trite that damages served as compensation, not a reward, less still a punishment. In assessing damages, the courts should not be motivated by sympathy and award fair compensation based on cogent evidence. The court could not descend into a domain of speculation. The evaluation of evidence which form the basis of any risk of future damage, must still be undertaken. The trial judge could only evaluate such evidence based on the recognized balance of probability standard, but with a lower degree of certainty as to the occurrence of such loss or damage in the future. Such a lower degree to be attached is best term by the word 'possibility' 'chance', 'risk', 'danger' or 'likehood' but regard of the word used and their semantics, they must also essentially be a substantial one and not speculative." [17] Seterusnya di dalam kes Wong Li Fatt William (an infant) v. Haidawati bt Bolhen & Anor [1994] CLJU 196; [1994] 1 LNS 196; [1994] 2 MLJ 497, Mahkamah menyatakan:- "In considering the issue of quantum of damages, bear in mind that an award must be fair which means that must be a proper compensation for the injury suffered and the loss sustained." [18] Dalam mendengar rayuan berkenaan dengan gantirugi Mahkamah ini perlu mempertimbangkan panduan yang diberikan dalam kes Tan Kuan Yau v. Suhindrimani [1985] CLJ Rep 323; [1985] 2 MLJ 22 seperti berikut: “The principle that could guide this court in determining whether it should interfere with the quantum of damages is crystal clear. What is also clear is that much depends on the circumstances of each case, in particular the amount of the award. In a particular case therefore it is for the appeal court to consider whether in the light of the circumstances of that case there is an erroneous estimate of the amount of the damage in that, either there was an omission on the part of the Judge to consider some relevant materials, or he had admitted for purposes of assessment some irrelevant considerations. If the court is satisfied or convinced that the Judge has acted upon wrong principles of law then it is justified in reversing; indeed, it is its duty to reverse the finding of the trial Judge." [19] Begitu juga dalam kes Topaiwah v. Salleh [1968] CLJU 161; [1968] 1 MLJ 284 yang turut menegaskan garis panduan bilakah hakim bicara boleh campur tangan dalam gantirugi yang telah diputuskan oleh hakim bicara. Mahkamah Persekutuan menyatakan seperti berikut: "Or another way of putting it - that it is a matter of assessment but not of calculation. So far as this court is concerned we should, to paraphrase Greer L.J. in Flint Levell [1935] 1 KB 354 360 be disinclined to reverse the finding of a trial judge as to the amount of damages merely because we think that if we had tried the case in the first instance we would have given a lesser sum. To justify reversing him, we should be convinced that he acted upon some wrong principle of law, or that the amount awarded was so extremely high or so very small as to make it an entirely erroneous estimate of the damage. The assessments which the courts have made over the years form some guide to the kind of figure which is proper and which the appellate court will follow in the light of the special facts of each particular case." [20] Saya bersetuju dengan HMS dalam memutuskan isu kuantum telah berpandukan laporan-laporan perubatan, laporan-laporan pakar, gambar-gambar dan hujahan-hujahan bertulis pihak-pihak sebelum memutuskan award bagi ganti rugi am kepada Plaintif. Bagi tuntutan ganti rugi am yang diberi oleh HMS untuk kecederaan sacrel sore sebanyak RM20,000.00 dan kecederaan erectile dysfunction sebanyak RM24,000.00 adalah dikekalkan kerana rujukan telah dibuat kepada Revised Compendium of Personal Injury Awards (Revised 2018) dan otoriti-otoriti sebagai garis panduan dalam menentukan award yang bersesuaian. [21] Dalam membenarkan kuantum sepertimana yang diputuskan, saya dapati HMS telah mengambilkira berkenaan dengan gantirugi am dan gantirugi khas berkaitan pendapatan masa hadapan, kos penjagaan sebelum perbicaraan, penjagaan sebelum perbicaraan dan penjagaan selepas perbicaraan dan kos kos lainnya. Kesemua itu saya berpendapat penelitian yang wajar telah dibuat oleh HMS dalam mencapai jumlah yang telah diawadkan. [22] Saya berpandangan tiada keperluan untuk saya membincangkannya secara terperinci awad yang telah dibenarkan oleh HMS tetapi memadai untuk menyatakan bahawa setelah meneliti alasan penghakiman dan keterangan saksi-saksi serta dokumen-dokumen yang dikemukakan, keputusan HMS dalam hal tersebut ianya adalah wajar dan tidak ada sebarang alasan untuk saya mengganggu dapatan tersebut. [23] Namun begitu, bagi tuntutan gantirugi khas iaitu berkenaan item-item lain yang diperlukan untuk penjagaan Plaintif, saya mengenepikan awad HMS sebanyak RM290,117.00 dan menaikkan awad kepada RM752,842.00. Keputusan saya ini dibuat setelah mempertimbangkan laporan pakar yang disediakan oleh Dato’ Dr Balwant Singh dari Bains Physio yang mana beliau telah memberi keterangan bahawa kos dan keperluan item-item asas yang diperlukan oleh Plaintif adalah berjumlah RM752,842.00. [24] Setelah mengambil kira bahawa Defendan tidak mengemukakan sebarang laporan daripada pakar fisio dan juga tidak mencabar laporan pakar yang dikemukakan Plaintif, saya berpendapat bahawa adalah tepat untuk membenarkan kos item penjagaan Plaintif mengikut laporan pakar iaitu sebanyak RM752,842.00. [25] Secara kesimpulan, berdasarkan alasan-alasan di atas saya memutuskan seperti berikut:- [a] Rayuan Defendan No. PA-12B-30-10/2023 atas isu liabiliti dan kuantum ditolak dengan kos sebanyak RM3,000.00. [b] Rayuan Plaintif No. PA-12B-31-10/2023 atas isu liabiliti ditolak. Rayuan Plaintif atas isu kuantum bagi item penjagaan Plaintif dibenarkan sebanyak RM752,842.00. Lain-lain keputusan HMS ke atas kuantum adalah dikekalkan. Kos sebanyak RM3,000.00. Tarikh: 3 Oktober 2024 Peguamcara Pihak-Pihak Paramjit Singh & T. Sri Raam (Tetuan Paramjit Singh & Co.) bagi pihak Perayu. Dev Kumarendran & Thanu (Tetuan Kumar & Co.) bagi pihak Responden.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.