Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA Dl SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERBICARAAN JENAYAH NO.: BA-45A-44-03/2022 dan BA-45A-45-03/2022 PENDAKWA RAYA
BA-45A-44-03/2022
High Court of Malaysia23 Sept 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“erikut:- Regarding intention derived from the struggle between the appellant and the police officers who apprehended him, this relates to the appellant's conduct which is admissible under s. 8 of the Evidence Act 1950. This element of conduct has been discussed by this court in detail in Parlan Dadeh v. PP (supra). It”
“W3, PW9 and PW10, DNA discovered and the CCTV footage, clearly shows beyond doubt that both the accused had possession and knowledge of the impugned drugs found in the car. (see Leow Nghee Lim v. Reg [1955] CLJU 53; [1956] 1 MLJ 28, Siew Yoke Keong v. PP [2013] 4 CLJ 149; [2013] 3 MLJ 630 and Chan Pean Leon v. PP [1956”
“ion and knowledge of the impugned drugs found in the car. (see Leow Nghee Lim v. Reg [1955] CLJU 53; [1956] 1 MLJ 28, Siew Yoke Keong v. PP [2013] 4 CLJ 149; [2013] 3 MLJ 630 and Chan Pean Leon v. PP [1956] CLJU 17; [1956] 22 MLJ 237.) **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via e”
“k saya meragui dan menolak keterangan saksi-saksi pendakwaan terutamanya saksi-saksi polis yang telah memberikan keterangan dalam tugasannya sebagai polis. (Rujuk kes Public Prosecutor v. Mohamed Ali [1962] CLJU 129 [1962] 1 LNS 129 ) Ketiadaan gambar, rakaman video, rakaman CCTV, DNA dan penimbulan cap jari [30] Pegua”
“aksimum dan memutuskan sama ada pihak pendakwaan telah membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah. Maksud keraguan munasabah telah diterangkan di dalam kes Public Prosecutor v. Saimin & Ors [1971] CLJU 115. Menurut Hakim Sharma, keraguan munasabah adalah keraguan yang membuatkan anda teragak-agak tentang kebe”
“dapati keterangan saksi-saksi pendakwaan adalah lebih boleh diterima berbanding keterangan pembelaan yang bersifat penafian semata-mata. Saya merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan DA Duncan v. PP [1980] CLJU 12; [1980] 1 LNS 12 yang memutuskan seperti berikut: "The defence was, in effect, a simple denial of the evide”
“uh ketiga diragui. Ia menunjukkan keterangan saksi-saksi pendakwaan terutamanya SP4 adalah kredibel dan tanpa keraguan. Saya merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan Wong Swee Chin v Public Prosecutor [1980] CLJU 138 yang memutuskan seperti berikut:- A correct statement of the law is that failure of the defence to cross”
“aan tersebut, tertuduh ketiga tidak boleh mengatakan dia tidak tahu apa yang berada dalam 2 beg hitam tersebut. Saya merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan Public Prosecutor v. Herlina Purnama Sari [2016] CLJU 1855; [2016] 1 LNS 1855; [2017] 1 MLRA 499, yang memutuskan seperti yang berikut: "[45] Wilful blindness nece”
“keterangan forensik seperti CCTV, cap jari, DNA, rakaman gambar dan video, langsung tidak mencacatkan kes pendakwaan. Saya merujuk kepada kes Mahkamah Rayuan Mohd Khairul Azwan Zakaria & Anor v. PP [2024] CLJU 1115 yang memutuskan seperti berikut: **Note : Serial number will be used to verify the originality of this do”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA Dl SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERBICARAAN JENAYAH NO.: BA-45A-44-03/2022 dan BA-45A-45-03/2022 PENDAKWA RAYA
3
LUM MUN LIONG LATAR BELAKANG [1] Tertuduh-tertuduh telah dituduh dengan dua pertuduhan mengedar dadah berbahaya di bawah seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (ADB). Perbicaraan penuh telah dijalankan terhadap tertuduh-tertuduh dengan pihak pendakwaan memanggil enam orang saksi. Tertuduh pertama dan kedua telah dilepas dan dibebaskan di akhir kes pendakwaan. Tiada rayuan telah difailkan oleh mana-mana pihak terhadap keputusan tersebut. Di akhir kes pembelaan, tertuduh ketiga telah disabitkan bersalah atas kedua-dua pertuduhan yang dihadapi olehnya. [2] Pertuduhan terhadap tertuduh-tertuduh adalah seperti berikut:- PERTUDUHAN PINDAAN 30/03/2026 08:10:48 Kand. 201 Bahawa kamu secara bersama-sama pada 3.2.2021 jam lebih kurang 4.30 petang dikawasan tempat letak kereta ditepi Jalan Kenari 19, Puchong Jaya, 47100 Puchong dalam Negeri Selangor, telah didapati mengedar dadah berbahaya METHAMPHETAMINE (jumlah berat bersih 6828.1 gram) dan dengan itu, kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 39B (l)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B (2) Akta yang sama dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan. BA-45A-45-03/2022 PERTUDUHAN PINDAAN Bahawa kamu secara bersama-sama pada 3.2.2021 jam lebih kurang 4.30 petang di kawasan tempat letak kereta ditepi Jalan Kenari 19, Puchong Jaya, 47100 Puchong dalam Negeri Selangor telah didapati mengedar dadah berbahaya KETAMINE (jumlah berat bersih 365.9 gram) dan dengan itu, kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 39B (l)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B (2) Akta yang sama dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan. Hukuman bagi setiap satu pertuduhan tersebut adalah: Apabila disabitkan, dihukum dengan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sekiranya tidak dijatuhkan hukuman mati, hendaklah juga dihukum dengan sebatan tidak kurang 12 sebatan. KES PENDAKWAAN [3] Bertindak atas maklumat, pada 03/02/2021 jam lebih kurang 3.30 petang, ASP Mohd Rashshidy bin Ab Rahman @ Ab Rahim (SP4) bersama pasukannya telah berlepas dari pejabat JSJN IPK Selangor ke kawasan tempat Ietak kereta di tepi Jalan Kenari 19, Puchong Jaya, Puchong Selangor. Setelah mengambil tempat masing-masing, lebih kurang 15 minit kemudian datang (1) kereta jenis Proton Waja No. pendaftaran WJM 8460 (selepas ini dirujuk sebagai kereta Waja) dan meletakkan kereta di kawasan tempat letak kereta di situ. Tertuduh pertama dan Sofyan Bin Jaafar (B2 tidak dituduh dalam kes ini) telah keluar dari kereta tersebut lalu berdiri sambil berbual-bual di luar kereta. Lebih kurang 15 minit kemudian, datang (1) kereta jenis Toyota Altis No. Pendaftaran WC 9316 M (selepas ini dirujuk sebagai kereta Altis) dan meletakkan kereta itu di kawasan tempat letak kereta tersebut. SP4 nampak tertuduh kedua telah keluar dari kereta Altis dan berjumpa dengan tertuduh pertama di tepi jalan. Mereka bertiga dilihat berbual-bual di kawasan tempat kereta tersebut. [4] Lebih kurang 20 minit kemudian, datang (1) kereta jenis Toyota Camry No. Pendaftaran JGA 5189 (selepas ini dirujuk sebagai kereta Camry) dan meletakkan kereta itu di sebelah kereta Waja. SP4 nampak tertuduh pertama masuk ke dalam kereta Waja manakala tertuduh kedua berjalan menuju ke kereta Camry tersebut. Dalam masa yang sama, tertuduh ketiga keluar dari bahagian pemandu kereta Camry dan pergi ke belakang kereta, lalu membuka but kereta tersebut. Tertuduh ketiga kemudiannya telah mengeluarkan (2) beg dari dalam but kereta Camry dan membawa 2 beg tersebut menggunakan tangan kanan dan kirinya. Tertuduh ketiga kemudiannya berjalan bersama tertuduh kedua menuju ke kereta Waja. [5] Pada masa itu SP4 dan pasukannya telah membuat serbuan dan menahan kesemua tertuduh manakala Insp. Muhammad Zaini bersama pasukannya menahan B2. Semasa memperkenalkan diri polis dengan menunjukkan kad kuasa, SP4 mengatakan tertuduh-tertuduh telah cuba melarikan diri tetapi berjaya ditangkap setelah berlaku pergelutan. [6] Dengan disaksikan oleh kesemua saspek dan saksi polis, SP4 telah membuat pemeriksaan ke atas 2 beg yang dibawa oleh tertuduh ketiga dan beg silang yang dipakainya. Pemeriksaan tersebut mendapati :-
1
beg warna hitam bertulisan port , di dalamnya terdapat
13
bungkusan Teh Cina bertulisan Guanyinwang di mana setiap bungkusan mengandungi bungkusan plastik lutsinar berisi bahan yang disyaki dadah jenis syabu (A/B : 1030 gram) (A/B Keseluruhan: 13 X 1030 gram = 13,390 gram); dan
1
beg warna hitam dan biru di dalamnya terdapat (13) bungkusan plastik lutsinar berisi pil berwarna biru yang disyaki pil ecstasy (A/B : 4170 gram). beg silang yang disilangkan dibadan oleh tertuduh ketiga telah menjumpai (1) kad pengenalan atas nama: Lum Man Liong, No. Kp : 671207-06-5125 dan (1) kad akses bertulisan lolex . [7] Semua barang kes telah dirampas dan dibawa balik ke pejabat Narkotik IPD Serdang untuk tindakan penimbangan dan penandaan. Ia kemudiannya telah diserahkan kepada Pegawai Penyiasat iaitu Inspektor Ivan Glen Anak Ong (SP6). Kesemua barang kes dadah telah diserahkan kepada ahli kimia iaitu En Hairul Nizwan bin Ab Manap (SP3) yang telah mengesahkan bahawa hasil analisa beliau mendapati:- 12 bungkusan plastik bertulis "GUANYINWANG" berwarna hijau dan 1 bungkusan plastik bertulis "GUANYINWANG" berwarna kuning yang setiap satunya berisi satu bungkusan plastik lutsinar mengandungi bahan kristal jernih dengan berat bersih 12846.6 gram yang mengandungi 6828.1 gram methamphetamine. lapan bungkusan plastik yang mengandungi tablet-tablet berlogo "PORSCH" berwarna biru dengan berat bersih tablet-tablet tersebut ialah 2456.3 gram yang mengandungi 221.0 gram ketamine. lima bungkusan plastik yang mengandungi tablet-tablet berlogo "PENGUIN" berwarna biru dengan berat bersih tablet-tablet tersebut ialah 1610.7 gram yang mengandungi 144.9 gram ketamine. methamphetamine dan ketamine adalah disenaraikan dalam Jadual Pertama ADB. TUGAS MAHKAMAH DI AKHIR KES PENDAKWAAN [8] Di akhir kes pendakwaan, Mahkamah harus meneliti bukti yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan secara maksimum untuk menentukan sama ada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh-tertuduh. Ia adalah seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 180 Kanun Tatacara Jenayah. Bukti yang dikemukakan haruslah begitu kukuh dan boleh dipercayai yang membuktikan setiap elemen kesalahan dan hanya boleh dipatahkan dengan pembuktian sebaliknya. Ini adalah kerana, jika tertuduh-tertuduh memilih untuk tetap berdiam diri, dia boleh disabitkan bersalah. (Rujuk kes Looi Kow Chai & Anor v. Pendakwa Raya [2003] 1 CLJ 734; PP v. Mohd Radzi bin Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457); Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85 ) SAMA ADA PIHAK PENDAKWAAN BERJAYA MEMBUKTIKAN KES PRIMA FACIE [9] Elemen-elemen pertuduhan di bawah seksyen 39B (1) (a) ADB yang perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan terhadap tertuduh-tertuduh adalah seperti berikut:
1
Dadah tersebut tersenarai di bawah ADB
2
Tertuduh-tertuduh mempunyai milikan dan pengetahuan terhadap dadah berbahaya tersebut.
3
Tertuduh-tertuduh telah mengedar dadah berbahaya tersebut.
4
Tertuduh-tertuduh, bagi mencapai niat bersama telah mengedar dadah berbahaya tersebut. Elemen Pertama: Dadah tersebut tersenarai di bawah ADB [10] Di dalam kes ini, tiada keraguan bahawa rampasan dadah yang dibuat oleh SP4 dan pasukannya, telah dibuktikan adalah dadah berbahaya jenis methamphetamine dan ketamine seperti yang disenaraikan dalam Jadual Pertama ADB. Ini adalah seperti yang disahkan melalui keterangan ahli kimia iaitu SP3 dan laporan kimia yang telah dikemukakan dan ditandakan sebagai eksibit P17. [11] Saya juga mendapati tidak terdapat lompang dalam rantaian keterangan berkenaan identiti barang kes dadah semenjak ia dirampas sehinggalah ia dikemukakan di Mahkamah. Saksi-saksi telah mengenal pasti kesemua barang kes dadah melalui gambar-gambar yang dikemukakan, barang kes fizikal yang dirampas dan tandaan-tandaan yang dibuat oleh mereka. Setiap saksi telah membuat pengecaman yang positif terhadap kesemua barang kes tersebut di Mahkamah. Elemen Kedua: Tertuduh-tertuduh mempunyai milikan dan pengetahuan terhadap dadah berbahaya tersebut. [12] Undang-undang telah menetapkan bahawa, mestilah terdapat unsur fizikal dan unsur mental iaitu pengetahuan sebelum elemen pemilikan itu dikatakan telah dibuktikan. Tertuduh-tertuduh tidak hanya perlu berada dalam keadaan mereka boleh mengendalikan barang kes dadah itu seolah-olah ia miliknya, tetapi perlu juga ditunjukkan bahawa mereka mempunyai niat untuk mengendalikannya sebagai pemilik, jika terdapat peluang untuk berbuat demikian, dengan mengecualikan semua orang lain,. Saya merujuk kepada kes Chan Pean Leon v PP (1956) 22 MLJ 237,Thomson J menjelask sebagai:- "Possession" itself as regards the criminal law is described as follows in Stephen's Digest (9th Edn., p. 304): "A moveable thing is said to be in the possession of a person when he is so situated with respect to it that he has the power to deal with it as owner to the exclusion of all other persons, and when the circumstances are such that he may be presumed to intend to do so in case of need." To put it otherwise, there is a physical element and a mental element, which must both be present before possession is made out. The accused must not only be so situated that he can deal with the thing as if it belonged to him, for example have it in his pocket or have it lying in front of him on a table. It must also be shewn that he had the intention of dealing with it as if it belonged to him should he see any occasion to do so, in other words, that he had some animus possidendi. [13] Di dalam kes ini, SP4 adalah saksi penting pendakwaan yang telah memberikan keterangan bahawa beliau telah nampak tertuduh ketiga mengangkat keluar 2 beg hitam dari but kereta yang dipandunya iaitu kereta Camry. Beliau juga nampak tertuduh ketiga mengangkat kedua-dua beg hitam itu dengan menggunakan kedua-dua tangannya sambil berjalan bersama tertuduh kedua menuju ke kereta Waja. Apabila diperiksa, ng 12 bungkusan plastik bertulis "GUANYINWANG" berwarna hijau dan 1 bungkusan plastik bertulis "GUANYINWANG" berwarna kuning yang setiap satunya berisi satu bungkusan plastik lutsinar mengandungi bahan kristal jernih yang mengandungi dadah jenis methamphetamine. Manakala pemeriksaan pada beg hitam biru (P9) mengandungi lapan bungkusan plastik yang mengandungi tablet-tablet berlogo "PORSCH" berwarna biru dan lima bungkusan plastik yang mengandungi tablet-tablet berlogo "PENGUIN" berwarna biru yang telah disahkan sebagai dadah jenis ketamine. [14] Fakta-fakta ini membuktikan elemen fizikal bahawa tertuduh ketiga sememangnya berada dalam milikannya dadah berbahaya tersebut. Dalam kedudukan tertuduh ketiga yang telah mengangkut beg-beg berisi dadah dalam kereta yang dipandunya berseorangan dan kemudiannya mengangkat keluar dan membawa beg-beg berisi dadah tersebut, menunjukkan tertuduh ketiga pada bila-bila masa, apabila dia mahu, boleh berurusan dengan dadah tersebut dengan mengecualikan orang lain. Di samping itu, ia juga menunjukkan pengetahuan tertuduh ketiga terhadap dadah yang berada dalam 2 beg tersebut. Semasa dia mengangkat dan membawa 2 beg tersebut, semestinya dia mengetahui bahawa beg tersebut mempunyai isi kandungan. Dalam keadaan dia berada dalam pemilikan beg-beg tersebut, tentulah dia juga dalam pemilikan dan mengetahui isi kandungan dalam 2 beg tersebut. Saya merujuk kepada kes Warner v. Metropolitan Police Commissioner [19681 2 ALL ER 356 yang memutuskan: If, however, someone deliberately assumes control of some package or container, then I would think that he is in possession of it. If he deliberately so assumes control knowing that it has contents, he would also be in possession of the contents. I cannot think that it would be rational to hold that someone who is in possession of a box which he knows to have things in it is in possession of the box but not in possession of the things in it. If he had been misinformed or misled as to the nature of the contents, or if he had made a wrong surmise as to them, it seems to me that he would nevertheless be in possession of them. " [15] Saya juga mendapati, tertuduh ketiga adalah dalam posisi untuk melihat ke dalam beg-beg tersebut kerana beg-beg tersebut adalah beg-beg berzip yang mudah untuk dilihat isi kandungannya. (Rujuk gambar P23 (1) hingga (4)). Hanya sedikit masa dan usaha diperlukan untuk dia berbuat demikian. Dalam keadaan tersebut, tertuduh ketiga tidak boleh mengatakan dia tidak tahu apa yang berada dalam 2 beg hitam tersebut. Saya merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan Public Prosecutor v. Herlina Purnama Sari [2016] CLJU 1855; [2016] 1 LNS 1855; [2017] 1 MLRA 499, yang memutuskan seperti yang berikut: "[45] Wilful blindness necessarily entails an element of deliberate action. If the person concerned has a clear reason to be suspicious that something is amiss but then embarks on a deliberate decision not to make further inquiries in order to avoid confirming what the actual situation is, then such a decision is necessarily a deliberate one. The key threshold element in the doctrine of wilful blindness itself is that of suspicion followed by (and coupled with) a deliberate decision not to make further investigations. Whether the doctrine of wilful blindness should be applied to any particular case would be dependent on the relevant inferences to be drawn by the trial judge from all the facts and circumstances of the particular case, giving due weight, where necessary, to the credibility of the witnesses. [46] The concept of 'wilful blindness' had been discussed in a number of local cases but it seems to have had its genesis in the dissenting judgment of Yong Pung How CJ (Singapore) in the case of Public Prosecutor v. Hla Win [1995] 2 SLR 424. The doctrine of 'wilful blindness' can be summarised to be applicable to a situation where the circumstances are such as to raise suspicion sufficient for a reasonable person to be put on inquiry as to the legitimacy of a particular transaction. To put it another way, if the circumstances are such as to arouse suspicion, then it is incumbent on a person to make the necessary inquiries in order to satisfy himself as to the genuineness of what was informed to him. Should he fail to embark upon this course of action, then he will be guilty of 'wilful blindness'. In other words, he is then taken to know the true situation. He then cannot be said to have either rebutted the presumption of knowledge or have raised a reasonable doubt as to his knowledge of the situation. [47] Most of the cases where the concept was held to apply concerned cases in which the accused was asked to carry certain articles, or a package, or a bag, or to swallow certain items. In these circumstances, where the request to do any of those things mentioned would be such as would arouse the suspicion of a reasonable person as to the contents, it was upon the accused to make sufficient inquiries so as to dispel or to set straight such suspicions. Should the accused not make any or any sufficient inquiries under those circumstances, the concept of wilful blindness would apply so as to fasten upon him or her the necessary knowledge as to the nature of those contents. In other words, if he deliberately 'shuts his eyes' to the obvious, because he 'doesn't want to know', he is taken to know." [16] Apatah lagi terdapat keterangan yang menunjukkan bahawa, semasa SP4 dan pasukannya memperkenalkan diri sebagai polis dengan menunjukkan kad kuasa, SP4 nampak tertuduh-tertuduh telah cuba melarikan diri tetapi telah berjaya ditangkap oleh pihak polis setelah berlaku pergelutan. Keterangan-keterangan sebegini menunjukkan pengetahuan tertuduh ketiga berkenaan dadah tersebut. Saya merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan Aedy Osman v. PP [2011] 1 CLJ 273 yang memutuskan seperti berikut:- Regarding intention derived from the struggle between the appellant and the police officers who apprehended him, this relates to the appellant's conduct which is admissible under s. 8 of the Evidence Act 1950. This element of conduct has been discussed by this court in detail in Parlan Dadeh v. PP (supra). It is not necessary for us to repeat except to say that the trial judge has correctly exercised his discretion in coming to a conclusion that in the circumstances of this case, the struggle between the appellant and the police officers, though in plain clothes, is a factor, amongst others, to imply that the appellant has knowledge of what was inside the bag. We agree that there may be another inference to this: such as the appellant being scared when pounced upon by certain men unknown to him but then, as the trial judge has said, other factors like the appellant walking in a suspicious manner and carrying a bag over his shoulder which contained the incriminating drugs considered as a whole implies that the appellant has knowledge of what was inside the bag. [17] Saya juga merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan Parlan Dadeh v. PP [2009] 1 CLJ 717, yang telah diikuti oleh kes Aedy Osman (supra) yang memutuskan seperti berikut:- [36] The law relating to evidence of conduct is thus patent. If there is no evidence to show that the conduct is influenced by any fact in issue or relevant fact as required by s. 8 then it is not admissible as it would then be an equivocal act justifying inferences favourable to the accused being drawn. If it satisfies the requirement of s. 8 it is admissible. It must be observed that the degree of proof required to establish evidence of conduct would depend on the nature of the conduct. Conduct like the flight of an accused is a more positive act and is easily established. On the other hand conduct like the accused looking stunned, nervous, scared or frightened is very often a matter of perception and more detailed evidence may be required. Once admitted the court cannot resort to any other explanation for the conduct or draw inferences on its own accord to render it inadmissible. The onus is on the accused to explain his conduct pursuant to s.
9
Such explanation must not be in their barest possible form, but with a reasonable fullness of detail and circumstance (see R v. Stephenson [1904] 68 JP 524). The onus may be discharged even in the course of the case for the prosecution, for example, by way of cross-examination of relevant witnesses. If not so done it can be discharged only at the defence stage. However, the evidence admissible under the section must be confined to what is necessary for the purposes enumerated. [18] Semasa SP4 dan saksi-saksi pendakwaan disoal balas, tiada penjelasan lain yang telah dikemukakan oleh peguambela tertuduh ketiga berkenaan tindakan tertuduh ketiga yang cuba melarikan diri. Justeru keterangan yang tinggal, hanyalah keterangan SP4 yang mengatakan terdapat cubaan oleh tertuduh ketiga untuk melarikan diri setelah diserbu oleh pihak polis, menunjukkan dia tahu di dalam 2 beg hitam itu mengandungi dadah berbahaya. [19] Pihak pendakwaan juga telah memanggil isteri kepada tertuduh ketiga iaitu Puan Lim Lee Hong (SP5). Beliau adalah pemilik berdaftar kepada kereta Camry tersebut. Beliau telah mengesahkan bahawa hanya ada 1 kunci kepada kereta Camry tersebut dan suaminya iaitu tertuduh ketiga yang memegang kunci itu. Kali terakhir beliau memandu kereta tersebut adalah pada tahun
2020
Keterangan SP5 ini adalah konsisten dengan keterangan SP4 yang nampak tertuduh ketiga memandu kereta tersebut pada hari kejadian. Alasan tertuduh pertama dan kedua dilepas dan dibebaskan diakhir kes pendakwaan [20] Melalui keterangan SP4 juga, saya dapati tiada keterangan prima facie yang menunjukkan tertuduh pertama dan kedua mempunyai milikan dan pengetahuan terhadap dadah berbahaya tersebut. Perlu diingat, keterangan terhadap tertuduh kedua adalah, dia dilihat berjalan bersama tertuduh ketiga menuju ke kereta Waja, manakala tertuduh pertama pula ditangkap dalam kereta Waja. Tiada keterangan yang menunjukkan tertuduh pertama dan kedua pernah berurusan dengan 2 beg hitam berisi dadah yang baru diangkat keluar oleh tertuduh ketiga dari kereta Camry tersebut. Keterangan bahawa tertuduh pertama dan kedua cuba untuk melarikan diri adalah tidak mencukupi untuk membuktikan elemen milikan dan pengetahuan tertuduh pertama dan kedua. Satu-satu keterangan yang boleh mengaitkan tertuduh pertama dan kedua adalah: mereka berada di tempat kejadian pada masa serbuan berlaku. Walau bagaimanapun, berada di tempat kejadian semata-mata bukanlah keterangan yang mencapai tahap prima facie bagi membolehkan mereka dipanggil untuk membela diri. Justeru, tertuduh pertama dan kedua telah saya perintahkan agar dilepas dan dibebaskan di akhir kes pendakwaan. Elemen Ketiga: Tertuduh-tertuduh telah mengedar dadah berbahaya tersebut [21] Saya telah memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan bahawa tertuduh ketiga telah mengedar dadah berbahaya iaitu jenis methamphetamine dan ketamine melalui Seksyen 2 ADB memberikan takrifan - "trafficking" includes the doing of any of the following acts, that is to say, manufacturing, importing, exporting, keeping, concealing, buying, selling, giving, receiving, storing, administering, transporting, carrying, sending, delivering, procuring, supplying or distributing any dangerous drug otherwise than under the authority of this Act or the regulations made under the Act; [22] Dalam kes ini SP4 mengatakan bahawa beliau nampak tertuduh ketiga memandu kereta Camry dan meletakkan kenderaannya di sebelah kereta Waja. Dalam but kereta Camry tersebut terdapat 2 beg hitam yang mengandungi dadah berbahaya. Keterangan ini membuktikan bahawa tertuduh ketiga telah mengangkut (transporting) dadah-dadah berbahaya tersebut ke tempat serbuan, [23] Dadah-dadah tersebut telah diletakkan dan disimpan (keeping) dalam 2 beg hitam dengan baik mengikut jenis dadah-dadah tersebut. Dadah jenis methamphetamine disimpan dalam beg hitam bertulis-tablet berwarna biru iaitu dadah jenis ketamine disimpan dalam beg hitam biru, juga bertulis Sport . Kedua-dua beg itu telah diletakkan dalam but kereta yang dipandu oleh tertuduh ketiga. Tertuduh ketiga kemudiannya telah mengeluarkan 2 beg hitam itu dari but kereta dan membawanya (carrying) menuju ke kereta Waja. Tindakan aktif tertuduh ketiga ini adalah terjumlah kepada perbuatan pengedaran dadah. [24] Apatah lagi, dadah berbahaya tersebut, adalah dalam jumlah yang banyak, iaitu 13 plastik Guanyinwang dengan berat bersih 12,846.6 gram yang mengandungi 6,828.1 gram methamphetamine dan 13 plastik lutsinar yang mengandungi tablet-tablet yang banyak dengan berat bersih 4,067 gram yang mengandungi 365.9 gram ketamine. Melihat kepada jumlah dadah yang banyak ini, ia bertujuan untuk diedarkan dan bukan untuk kegunaan sendiri. [25] Tindakan-tindakan aktif tertuduh ketiga berserta dengan fakta bahawa jumlah dadah methamphetamine dan ketamine adalah dalam jumlah yang besar, menunjukkan tertuduh ketiga telah mengedar dadah berbahaya tersebut selaras dengan tafsiran Mahkamah Persekutuan Johar Mustapha v. PP [2009] 6 CLJ 193 yang memutuskan seperti berikut:- [41] In our respectful view, the act of the appellant in carrying or transporting a large quantity of drugs, ie, 19,152 grams of cannabis, in the boot of his car, amounted to the act of trafficking of the said drugs as defined under s. 2 of the DDA
1952
[43] Therefore, in our judgment, looking at the totality of the evidence before the court, we conclude that there is abundant evidence to support a charge of trafficking, with or without resorting to the presumption of trafficking under s. 37(da) of the DDA 1952. [26] (overtact) tertuduh ketiga bagi menunjukkan dia telah mengedar dadah berbahaya. Ini adalah kerana mana-mana satu daripada tindakan yang ditetapkan dalam takrifan seksyen 2 ADB adalah termasuk sebagai tindakan pengedaran dadah. Saya juga merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan PP v. Herlina Purnama Sari (supra) yang memutuskan seperti berikut: [37] The second error of the trial judge's finding that to constitute trafficking, the mens rea possession must be accompanied by some overt act by the respondent It is unfortunate that the Court of Appeal had also committed similar error in agreeing with the finding of fact of the trial judge by holding "without any evidence that would show an overt act of one or other of the kind specified in the definition of trafficking in s. 2 of Act 234 or specifically of conveying, transporting, carrying, moving or promoting from one place to another in the sense of doing so to promote the distribution of the drug to another", the respondent could not be a trafficker but merely had passive possession of the impugned drugs. [38] With respect, the proposition that there must be in all cases an overt act in order to constitute trafficking is misconceived. It would he contrary to the definition of trafficking as provided for under s. 2 of the Act [39] We are of the view that whether or not a person is a trafficker within the definition of s. 2 of the Act is dependent of the facts and circumstances of a given case.. [27] Justeru, intipati ketiga pertuduhan telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan. Elemen Keempat: Tertuduh-tertuduh, bagi mencapai niat bersama telah mengedar dadah berbahaya tersebut [28] Saya mendapati, tiada elemen niat bersama yang berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan. Tiada keterangan yang menunjukkan terdapat hubungan atau kaitan antara tertuduh-tertuduh untuk membuktikan bahawa mereka mempunyai niat bersama untuk mengedar dadah. (Rujuk kes Namasiyiam Doraisamy v Public Prosecutor [1987] CLJ Rep 241) Tertuduh kedua hanyalah berjalan bersama dengan tertuduh ketiga manakala tertuduh pertama berada di dalam kereta Waja Kegagalan pihak pendakwaan membuktikan elemen keempat ini, adalah juga alasan untuk saya melepas dan membebaskan tertuduh pertama dan kedua dari pertuduhan ini di akhir kes pendakwaan. Saya juga telah meminda pertuduhan terhadap tertuduh ketiga dengan membatalkan peruntukan seksyen 34 Kanun Keseksaan. Apabila pertuduhan-pertuduhan pindaan dibacakan, tertuduh ketiga tidak mengaku salah dan memohon untuk dibicarakan. Kredibiliti Keterangan Saksi-Saksi Pendakwaan [29] Saya telah meneliti keterangan saksi-saksi pihak pendakwaan dan mendapati kredibiliti saksi-saksi ini adalah utuh dan dipercayai. Tiada percanggahan material dalam keterangan mereka malah ia konsisten dan menyokong antara satu sama lain. Justeru, tiada sebab untuk saya meragui dan menolak keterangan saksi-saksi pendakwaan terutamanya saksi-saksi polis yang telah memberikan keterangan dalam tugasannya sebagai polis. (Rujuk kes Public Prosecutor v. Mohamed Ali [1962] CLJU 129 [1962] 1 LNS 129 ) Ketiadaan gambar, rakaman video, rakaman CCTV, DNA dan penimbulan cap jari [30] Peguam tertuduh ketiga menghujahkan bahawa SP6 iaitu pegawai penyiasat telah gagal menjalankan suatu siasatan yang lengkap. Ini adalah kerana, SP6 mengakui bahawa beliau tidak pernah mengarahkan untuk sebarang penimbulan cap jari dibuat ke atas plastik-plastik yang mengandungi dadah dan juga 2 beg hitam tersebut. Disamping itu tiada juga pengambilan swab DNA dilakukan terhadap barang kes tersebut. Peguambela tertuduh ketiga juga menghujahkan bahawa tiada sebarang gambar atau video dirakamkan sewaktu tangkapan atau sebarang bukti CCTV diambil dari mana-mana kedai sebelum atau sewaktu tangkapan dilakukan. Kegagalan ini, menurut peguam tertuduh ketiga menyebabkan pihak pendakwaan gagal membuktikan bahawa tertuduh ketiga mempunyai milikan eksklusif ke atas dadah tersebut. [31] Saya telah meneliti isu yang ditimbulkan oleh pihak peguam dan mendapati ia adalah isu yang ditimbulkan tanpa asas. Ini adalah kerana keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan terhadap tertuduh ketiga adalah sangat meyakinkan (overwhelming). Tertuduh ketiga bukan sahaja dilihat mengangkut 2 beg hitam berisi dadah dalam but kereta yang dipandunya, tetapi juga telah mengangkat keluar dan membawa 2 beg tersebut. Justeru, tiada keperluan untuk suatu ujian DNA, penimbulan cap jari, rakaman gambar atau video dilakukan memandangkan semasa ditangkap, 2 beg hitam berisi dadah itu berada di tangan tertuduh ketiga dan keterangan berkenaan fakta ini kekal utuh. SP6 juga telah menjelaskan kepada mahkamah bahawa semasa beliau melawat tempat kejadian, beliau telah bertanya kepada beberapa orang pekerja di kawasan berhampiran mengenai CCTV tetapi tiada CCTV menghala ke arah tempat tertuduh-tertuduh ditahan. [32] Saksi-saksi pendakwaan telah disoal balas oleh peguambela tertuduh-tertuduh dan soalan-soalan itu telah dijawab dengan jujur. Ketiadaan keterangan forensik seperti CCTV, cap jari, DNA, rakaman gambar dan video, langsung tidak mencacatkan kes pendakwaan. Saya merujuk kepada kes Mahkamah Rayuan Mohd Khairul Azwan Zakaria & Anor v. PP [2024] CLJU 1115 yang memutuskan seperti berikut: [40] The other reason urged on behalf of the accused was the absence of fingerprints evidence and photos from the CCTV footage which were not tendered as evidence before the court and if the photos were produced, it will conclusively show whether the personal items were actually placed at the back seat or in the boot of the said car. [41] With respect, we beg to differ. From the evidence which we have endeavoured, we find that the absence of forensic evidence such as fingerprints and photos not tendered before the court as asserted by the defence were only a minor issue. We find no necessity for us to deliberate at length on this issue raised, safe to say that the direct evidence i.e. testimonies of the material witnesses (PW1, PW2, PW3, PW9 and PW10, DNA discovered and the CCTV footage, clearly shows beyond doubt that both the accused had possession and knowledge of the impugned drugs found in the car. (see Leow Nghee Lim v. Reg [1955] CLJU 53; [1956] 1 MLJ 28, Siew Yoke Keong v. PP [2013] 4 CLJ 149; [2013] 3 MLJ 630 and Chan Pean Leon v. PP [1956] CLJU 17; [1956] 22 MLJ 237.) Kesimpulan di Akhir Kes Pendakwaan [33] Di akhir kes pendakwaan, setelah membuat penilaian maksimum terhadap semua keterangan yang dikemukakan, saya mendapati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh ketiga bahawa dia telah mengedar dadah berbahaya seperti pertuduhan-pertuduhan yang telah dirangka terhadapnya. Saya mendapati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kesemua elemen di bawah seksyen 39B(1) (a) ADB. Oleh yang demikian tertuduh ketiga dipanggil untuk membela diri. KES PEMBELAAN [34] Tertuduh ketiga (SD1) telah memberikan keterangan secara bersumpah. Dia adalah saksi tunggal pembelaan. Dia mengatakan bahawa pada 3.2.2021, dia datang dari Batu Pahat dan tinggal di Hotel Jalan Kuchai Lama untuk berjumpa dengan seorang supplier / sahabatnya bernama Ah Hui di Old Town Puchong Jaya. Ah Hui adalah pembekal barangan rumah. Tertuduh ketiga ingin membeli barang daripada Ah Hui untuk dijual di pasar malam. Tertuduh ketiga mengatakan untuk ke tempat tersebut dia telah menggunakan kereta Camry milik isterinya. Menurut tertuduh ketiga, kereta Camry itu boleh digunakan oleh semua orang termasuklah kawan anaknya, memandangkan kuncinya diletakkan tergantung dekat pintu. [35] Tertuduh ketiga mengatakan pada hari kejadian, dia tidak tahu mengapa dia ditahan oleh pihak polis. Dia juga mengatakan semasa dia ditahan tiada apa-apa barang salah yang dirampas darinya dan dakwaan bahawa dia memiliki dadah, adalah tidak benar. Tertuduh ketiga menafikan pernah melihat 2 beg hitam tersebut dan menafikan ada ditunjukkan beg-beg tersebut semasa dia direman. Dia juga mengatakan yang dia tidak kenal dengan tertuduh pertama dan kedua. Menurutnya, pada hari kejadian, mereka datang kepadanya, bertanyakan di mana tempat mencuci kereta. Tertuduh ketiga mengatakan dia nampak salah seorang daripada mereka ada memegang sebuah beg. Dia juga mengatakan pada masa kejadian, semua polis mempunyai telefon tetapi tidak perasan jika mereka ada merekodkan kejadian yang berlaku. Pihak polis juga tidak melakukan penimbulan cap jari. Tertuduh ketiga juga mendakwa bahawa dia telah dipukul oleh pihak polis di telapak kakinya dengan menggunakan getah paip. TUGAS MAHKAMAH DI AKHIR KES PEMBELAAN [36] Seksyen 182A Kanun Tatacara Jenayah memperuntukkan bahawa di akhir pembelaan, Mahkamah hendaklah mempertimbangkan kesemua keterangan yang dikemukakan secara maksimum dan memutuskan sama ada pihak pendakwaan telah membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah. Maksud keraguan munasabah telah diterangkan di dalam kes Public Prosecutor v. Saimin & Ors [1971] CLJU 115. Menurut Hakim Sharma, keraguan munasabah adalah keraguan yang membuatkan anda teragak-agak tentang kebenaran kesimpulan yang anda capai setelah meneliti kesemua keterangan. Menurut kes Mahkamah Persekutuan Balachandran v. PP (supra) pembuktian melampaui keraguan yang munasabah mempunyai dua aspek iaitu beban undang-undang (legal burden) terhadap pihak pendakwaan yang perlu membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah manakala di pihak tertuduh yang mempunyai beban pembuktian (evidential burden) untuk menimbulkan keraguan yang munasabah. SAMA ADA PIHAK PENDAKWAAN BERJAYA MEMBUKTIKAN KES MELAMPAUI KERAGUAN MUNASABAH [37] Saya telah meneliti secara maksimum pembelaan tertuduh ketiga dan kesemua keterangan yang dikemukakan. Saya mendapati keterangan pembelaan gagal untuk menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah. Saya mendapati keterangan tertuduh ketiga adalah penafian semata-mata. Saya enggan untuk mempercayai keterangan tertuduh ketiga berkenaan tujuan dia ke sana adalah untuk berjumpa Ah Hui; bahawa kononnya dia tidak mengetahui berkenaan kewujudan 2 beg hitam berisi dadah tersebut; dan tidak pernah ditunjukkan dengan 2 beg dan isi kandungannya oleh pihak polis. Saya juga enggan untuk mempercayai bahawa kononnya dia nampak salah seorang daripada lelaki yang berjumpanya ada memegang sebuah beg. [38] Keterangan tertuduh ketiga menafikan keterangan yang diberikan oleh SP4 terhadapnya. Ini termasuklah keterangan yang penting berkenaan tertuduh ketiga dilihat mengangkat keluar 2 beg hitam yang berisi dadah itu dari but kereta Camry dan cubaan untuk melarikan diri apabila diserbu oleh pihak polis. Tertuduh ketiga gagal menjelaskan tindakannya itu memandangkan pembelaannya hanyalah bersifat penafian semata-mata. Saya mendapati keterangan saksi-saksi pendakwaan adalah lebih boleh diterima berbanding keterangan pembelaan yang bersifat penafian semata-mata. Saya merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan DA Duncan v. PP [1980] CLJU 12; [1980] 1 LNS 12 yang memutuskan seperti berikut: "The defence was, in effect, a simple denial of the evidence connecting the appellant with the four boxes. We cannot see any plausible ground for saying that the four boxes were not his. In the circumstances of the prosecution evidence, the High Court came, in our view, to the correct conclusion that this denial did not cast a doubt on the prosecution case against the appellant." [39] Di samping itu, dakwaan bahawa dia nampak salah seorang lelaki yang berjumpanya ada memegang sebuah beg dan bahawa dia telah dipukul oleh pihak polis tidak pernah ditimbulkan semasa kes pendakwaan. Kegagalan menyoal balas saksi-saksi pendakwaan menyebabkan kredibiliti tertuduh ketiga diragui. Ia menunjukkan keterangan saksi-saksi pendakwaan terutamanya SP4 adalah kredibel dan tanpa keraguan. Saya merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan Wong Swee Chin v Public Prosecutor [1980] CLJU 138 yang memutuskan seperti berikut:- A correct statement of the law is that failure of the defence to cross-examine the prosecution witnesses on the matter merely goes to the credibility of their testimony, to wit, the fact that they found the ammunition in the appellant's trouser pockets remains unshaken. Kesimpulan di Akhir Kes Pembelaan [40] Di akhir kes pembelaan, setelah membuat penilaian maksimum, saya mendapati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes mereka melampaui keraguan munasabah bahawa tertuduh ketiga memiliki dan mengetahui bahawa dia sedang memiliki dadah berbahaya jenis Methamphetamine dan Ketamine dan bahawa dia telah mengedar dadah-dadah berbahaya tersebut. Di akhir kes pembelaan, Mahkamah mendapati pembelaan telah gagal menimbulkan keraguan munasabah dalam kes pendakwaan. Justeru tertuduh ketiga disabitkan bersalah atas pertuduhan-pertuduhan yang dihadapi olehnya. HUKUMAN [41] Saya telah mendengar hujahan daripada kesemua pihak sebelum memutuskan hukuman yang setimpal terhadap tertuduh ketiga. Saya telah mengambil kira kepentingan awam sebagai faktor utama dimana dadah adalah musuh utama negara. Saya juga mengambil kira bahawa kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh ketiga adalah satu kesalahan yang serius yang melibatkan dadah dalam jumlah yang banyak iaitu berat bersih 12,846.6 gram yang mengandungi 6,828.1 gram methamphetamine dan tablet-tablet dengan berat bersih 4,067 gram yang mengandungi 365.9 gram ketamine. Jumlah yang banyak ini menunjukkan ia adalah untuk tujuan pengedaran. Mahkamah mesti memberikan isyarat yang jelas kepada tertuduh ketiga dan bakal pesalah-pesalah bahawa hukuman berat menanti mereka apabila disabitkan dengan kesalahan ini. Ini bagi melindungi orang awam dari pengedar dadah seperti tertuduh ketiga. Ia juga menjadi faktor deteren bukan sahaja terhadap tertuduh ketiga tetapi juga kepada bakal pesalah-pesalah di luar sana. [42] Selain dari itu , latar belakang dan umur tertuduh ketiga telah saya ambil kira. Tertuduh ketiga berumur 58 tahun, telah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Dia juga mempunyai ibu yang telah berusia tua. Tertuduh ketiga juga adalah pesalah pertama tanpa mempunyai rekod lampau yang melibatkan penjualan atau penagihan dadah. Atas faktor ini, saya enggan untuk menjatuhkan hukuman mati tetapi memutuskan untuk memberikan hukuman alternatif iaitu hukuman pemenjaraan seumur hidup sebagai hukuman yang wajar. Hukuman terhadap tertuduh ketiga adalah seperti berikut:- Hukuman penjara seumur hidup dari tarikh tangkap. BA-45A-45-03/2022 Hukuman penjara seumur hidup dari tarikh tangkap. Tertuduh ketiga terlepas dari hukuman sebatan memandangkan dia telah berusia 58 tahun semasa hukuman diberikan selaras dengan seksyen 289 (c) Kanun Tatacara Jenayah. BERTARIKH PADA 23 SEPTEMBER 2025 ROSZIANAYATI AHMAD Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Shah Alam, Selangor Perayu / Tertuduh Ketiga Lum Mun Liong D/A Pengarah Penjara Penjara Kajang 43000 Kajang SELANGOR. Responden / Pendakwa Raya Rosnee Binti Mohd Radzuan Timbalan Pendakwa Raya Kamar Peguam Negara Aras 5, No 45,Lot 4G7, Presint 4, Persiaran Perdana 62100 Putrajaya
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.