Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN JENAYAH 3 SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN NO KES: BA-62RS-10-04/2022
BA-62RS-10-04/2022
Sessions Court of Malaysia24 Mar 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“ons in the first information report, we would endorse Sohoni’s commentary on section 154 of the Indian Criminal Procedure Code (16th Edition, Vol. I, page 750), which is similar to section 107 of our Criminal Procedure Code, as follows :- “It is a mistake to believe that a person cannot be the accused unless his name a”
“g of an identification parade is a part of the investigation process carried out by the investigating authority. The evidence of the identification parade is relevant and admissible under s. 9 of the Evidence Act 1950, and can be used to corroborate the substantive evidence given by the witnesses in court on identifica”
“27 hujahannya adalah relevan. Ong Hock Thye CJ (Malaya) di muka surat 211 memutuskan: As regards omissions in the first information report, we would endorse Sohoni’s commentary on section 154 of the Indian Criminal Procedure Code (16th Edition, Vol. I, page 750), which is similar to section 107 of our Criminal Procedur”
“telah memberikan panduan bagaimana menguruskan percanggahan fakta - “[82] The proper approach to deal with discrepancies in evidence is well settled by case law. In Khoon Chye Hin v Public Prosecutor [1961] MLJ 105b it was held that even where a witness demonstrably lies, it would be to go too far to say that his evide”
“nasabah ke atas kes pendakwaan sebagaimana prinsip undang-undang mapan. [Rujukan kepada kes Mahkamah Persekutuan PP v Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 yang merujuk kes Mahkamah Tinggi, Mat v PP [1963] MLJ 263]. [58] Dalam menentukan sama ada pembelaan membangkitkan keraguan yang munasabah Mahkamah tidak akan mener”
“81. [83] In Ugar v State of Bihar AIR [1965] SC 277 the Supreme Court of India pointed out that one hardly comes across a witness whose evidence does not contain a grain of untruth or at any rate exaggerations, embroideries or S/N o74ze8QE0kCo9Zaw9Wb0”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN JENAYAH 3 SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN NO KES: BA-62RS-10-04/2022
1
1.
2
SANDANATHEVAN A/L TAMIL SELVAN (NO. KP.: 031107101875) HENG LEE MUN (NO. KP.:010127101589) ALASAN PENGHAKIMAN PENDAHULUAN [1] Dalam kes ini, OKT1 dan OKT2 telah dituduh bersama dengan 5 orang lain yang masih bebas dengan kesalahan merompak mangsa iaitu Muhammad Hakim bin Suharman. Barang yang dirompak adalah sebuah motosikal jenis Yamaha 125ZR No.
4
Pendaftaran VY4240, sebuah dompet dan sebuah telefon bimbit jenis Huawei Nova Semasa merompak, mereka juga telah menyebabkan kecederaan dengan memukul mangsa dengan tangan dan kaki serta menggunakan topi keledar. Oleh itu OKT-OKT jika disabitkan bersalah di bawah S.394 KK, berhadapan dengan hukuman penjara boleh sampai 20 tahun dan denda atau sebatan. Pertuduhan disalinkan sepertimana berikut- “Bahawa kamu bersama-sama 5 orang suspek yang masih bebas pada 3/4/2022 jam lebih kurang 3.30 pagi, bertempat di persimpangan lampu isyarat S/N o74ze8QE0kCo9Zaw9Wb0rQ Persiaran Setia Dagang Seksyen U13 Setia Alam, 40170 Shah Alam, di dalam daerah Petaling, di dalam negeri Selangor Darul Ehsan, telah melakukan rompakan terhadap harta kepunyaan Muhammad Hakim Bin Suharman (No. KPT 960129-10-6411) iaitu sebuah motorsikal jenis Yamaha 125ZR No. Pendaftaran VY4240, sebuah dompet dan sebuah telefon jenis Huawei Nova 4, kamu dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada Muhamad Hakim Bin Suharman (No. KPT 960129-10-6411) dengan menggunakan helmet semasa melakukan rompakan. Oleh yang demikian kam telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan”. ELEMEN KESALAHAN [2] Seksyen 394 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman bagi kesalahan ini sebagaimana yang berikut-Voluntarily causing hurt in committing robbery 394. If any person, in committing or in attempting to commit robbery, voluntarily causes hurt, such person, and any other person jointly concerned in committing or attempting to commit such robbery, shall be punished with imprisonment for a term which may extend to twenty years, and shall also be liable to fine or to whipping [3] Oleh itu elemen kesalahan yang perlu dibuktikan oleh pendakwaan adalah –
i
OKT-OKT dan 5 lagi yang masih bebas telah melakukan rompakan ke atas SP1; dan S/N o74ze8QE0kCo9Zaw9Wb0rQ
II
(ii) Semasa melakukan rompakan, OKT-OKT dan 5 yang masih bebas telah bersama-sama menyebabkan kecederaan terhadap mangsa. KES DI PERINGKAT PENDAKWAAN [4] Pendakwaan telah memanggil 5 orang saksi pendakwaan untuk mengemukakan sebanyak 15 eksibit, saksi-saksi pendakwaan adalah – - SP1 : Muhammad Hakimi bin Suharman – mangsa - SP2 : Nor Sabrina Ain binti Rosni – isteri mangsa dan juga pengadu - SP3 : Inspektor Muhammad Ridzuan bin Ibrahim – Pegawai Kawad Cam - SP4 : Nur Muhammad Al Faruqi – Jurufoto - SP5 : ASP Farouq Fakhzan bin Mohd Nordin – Pegawai Tangkapan - SP6 : Dr Ainna binti Mohd Datt – Pegawai Perubatan yang memeriksa mangsa - SP7 : Inspektor Saiedayu binti Kamisan – Pegawai Penyiasat FAKTA KES PENDAKWAAN [5] Mangsa (SP1) telah keluar dari rumahnya di Taman Berkat, Pekan Meru, Klang Selangor, pada petang 3/4/2022 bersendirian dengan menaiki motosikal Yamaha 125ZR No. Pendaftaran VY 4240, untuk menghantar barang secara cash on delivery (COD) kepada pelanggan atas taliannya. Dalam perjalanan pulang ke rumah, kira-kira jam 4 pagi, ketika melalui jalan di kawasan lampu isyarat Persiaran Setia Dagang Seksyen U13 Setia Alam, SP1 telah ditahan secara tiba-tiba oleh 2 orang lelaki India yang menaiki sebuah motosikal. Dua lelaki India ini telah memukul SP1 yang menyebabkannya terjatuh daripada motosikalnya. Kemudian, terdapat beberapa buah motosikal yang lain iaitu kira-kira 6 buah S/N o74ze8QE0kCo9Zaw9Wb0rQ motosikal dan penunggangnya juga berkerumun dan memukul SP1. Keseluruhannya kira-kira 6 hingga 8 orang suspek telah memukul SP1 dengan tumbukan, tendangan dan pukulan dengan topi keledar. Namun, SP1 masih dapat mengenalpasti lelaki yang memukulnya sebagai OKT1 dan OKT2 kerana mereka adalah orang yang pertama menahan dan memukulnya dalam jarak yang dekat dan pencahayaan yang terang di tempat kejadian disebabkan lampu jalan. [6] Semasa dipukul beramai-ramai, SP1 menyedari poket seluarnya diseluk dan dompet serta talifon bimbitnya diambil. Kemudian, OKT1 dan OKT2 dan 5 lagi saspek yang masih bebas telah melarikan diri bersama barang-barang peribadi SP1 termasuk motosikal dan helmetnya. SP1 yang dalam keadaan cedera telah mendapatkan pertolongan daripada seorang pengawal keselamatan di Setia Alam Residence yang tidak jauh dari tempat kejadian. SP1 kemudiannya telah menghubungi isterinya (SP2) yang tidak lama selepas itu datang mengambilnya dan membawa SP1 pulang ke rumah. Pada keesokan harinya, SP2 membuat laporan polis. DAPATAN MAHKAMAH [7] Di akhir kes pendakwaan, tugas pihak pendakwaan adalah untuk membuktikan satu kes prima facie terhadap OKT sebagaimana peruntukan seksyen 173 (f) dan (h) Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) masing-masing disalinkan seperti berikut- “173. Procedure in summary trials …
f
(i) When the case for the prosecution is concluded the Court shall consider whether the prosecution has made out a prima facie case against the accused. … S/N o74ze8QE0kCo9Zaw9Wb0rQ
h
(iii) For the purpose of subparagraphs (i) and (ii), a prima facie case is made out against the accused where the prosecution has adduced credible evidence proving each ingredient of the offence which if unrebutted or unexplained would warrant a conviction.” [8] Dalam kes Balachandran v PP [2005] 1 CLJ 85, HMP Augustine Paul telah juga memperjelaskan maksud “prima facie” sebagai- “… a prima facie case is therefore one that is sufficient for the accused to be called upon to answer. This in turn means that the evidence adduced must be such that it can be overthrown only the evidence in rebuttal. The phrase “prima facie case” is defined in similar terms in Mozley and Whiteley’s Law Dictionary, 11th edn as: “a litigating party is said to have a prima facie case when the evidence in his favour is sufficiently strong for his opponent to be called on to answer it. A prima facie case, then, is one which is established by sufficient evidence, and can be overthrown only by rebutting evidence adduced by the other side.” The result is that the force of the evidence adduced must be such that, if unrebutted, it is sufficient to induce the court to believe in the existence of the facts stated in the charge or to consider its existence so probable that a prudent man ought to act upon the supposition that those facts exist or did happen…In order to make a finding either way the court must, at the close of the case for the prosecution, undertake a positive evaluation of the credibility and reliability of all the evidence adduced so S/N o74ze8QE0kCo9Zaw9Wb0rQ as to determine whether the elements of the offence have been established…” [9] Manakala, Mahkamah pula bertanggungjawab mempertimbangkan kesemua keterangan dan bukti secara terperinci untuk menentukan sama ada wujud satu kes prima facie dan memberi penilaian maksima terhadap keterangan yang dikemukakan pendakwaan bagi menentukan sama ada elemen-elemen pertuduhan telah dibuktikan sehingga ke tahap bahawa terdapat kemungkinan yang tinggi bahawa kejadian itu telah berlaku. Pertimbangan Mahkamah ini sebagaimana yang dinyatakan dalam Looi Kow Chai & Anor v PP (2003) 1 CLJ 734 di muka surat 736 dan 737 iaitu- “A judge sitting alone must subject the prosecution evidence to the maximum evaluation and ask himself the question. If I decide to call upon the accused to enter his defence and he elects to remain silent, am I prepared to convict him on the totality of the evidence contain the prosecution’s case? If the answer was in negative, then no prima facie case had been made out and the accosed would be entitled to an acquital.” [10] Pada hari kejadian, anggaran masa kejadian berlaku pada jam 3.30 hingga 4.30 pagi di mana keadaan pencahayaan di kawasan persimpangan lampu isyarat Persiaran Setia Dagang Seksyen U13 Setia Alam adalah terang dengan lampu jalan. SP1 baru selesai membuat penghantaran barang jualannya secara COD dan dalam perjalanan pulang ke rumahnya dengan menaiki motosikalnya bersendirian. Apabila berhenti di lampu isyarat tersebut, dengan tiba-tiba SP1 ditahan oleh 2 orang lelaki berbangsa India yang menaiki 1 motosikal dan mereka telah memukulnya sehingga SP1 terjatuh dari motosikalnya. Ini adalah keterangan SP1 semasa pemeriksaan utama. S/N o74ze8QE0kCo9Zaw9Wb0rQ : Pada 3/4/22 apa yang berlaku? : Saya keluar pergi COD barang, lepas itu, saya nak jalan balik, saya lalu dekat Jalan Setia City Mall, short cut, lepas tu ada orang tahan saya, dia tanya you apahal? Takde cakap banyak, dia pukul. Lepas tu ada seorang sampai, pukul. Yang tahan pertama tu 1 motor 2 orang, kali kedua tu datang lagi seorang sambung pukul, kemudian 5 biji motor sambung pukul. Total 7 motosikal ada 8 orang di situ. Lepas kena pukul, saya pengsan. Bila saya bangun saya cek, dompet wallet motor dah takde. Ada security guard dekat Setia Alam Residence seberang jalan. Saya panggil dia untuk saya call wife saya, pukul 4.30 pagi. Wife sampai around 5.10 pagi. [11] Dalam keterangannya, SP1 masih mengingati wajah OKT1 dan OKT2 dengan jelas dan dapat memberikan gambaran mereka kerana OKT1 dan OKT2 tidak memakai face mask dan membuka visor helmet masing-masing. : Ada 2 orang yang tahan kamu, dia naik motosikal. Ingat bangsa apa? : Saya cam yang tanya tu “kamu apahal”. Dia yang pembawa motosikal. Bangsa India, lelaki. Yang membonceng juga lelaki India. : Ingat pakaian mereka? : Yang tahan dan pukul saya mula-mula itu, pakai baju warna merah maroon, yang badan agak berisi, yang bawa motor. : Macam mana diorang tahan kamu? : Dia blocking di depan saya dan takde cakap banyak, pukul, saya terus jatuh : Siapa yang turun? : Yang bawa motor itu. Pembonceng turun, tapi yang first yang mula-mula pukul saya yang bawa motor. Yang bawa motor tu, dia pukul saya S/N o74ze8QE0kCo9Zaw9Wb0rQ dengan tangan (tumbuk), kemudian kedua dan ketiga dia buka helmet dan pukul saya dengan helmet dia. Kemudian saya terus jatuh. : Yang pembonceng, dia juga ada pukul? : Ada. Dia pukul dengan helmet, kaki, tangan. : Pembonceng guna helmet siapa? : Helmet dia : Kamu jatuh dari mana? : Jatuh dari atas motor. : Bagaimana keadaan pencahayaan? : Di traffic light. Ada lampu jalan. Suram dan sunyi. : Pernah kenal ke dengan 2 Lelaki India yang mula-mula datang dan tahan kamu tu? : Tak kenal. Itu kali pertama lihat mereka : Keadaan cahaya masa tu dengan cahaya lampu jalan, kamu boleh Nampak muka mereka? : Dapat, sebab mereka tak pakai face mask. Semua yang pukul. : Tadi kamu kata dalam kejadian ni ada 8 orang yang pukul, adakah semua tak pakai face mask? : Ya, semua tak pakai face mask : Selepas jatuh, baru ada orang lain yang datang pula. Mula-mula yang seorang datang, tu naik apa? : Motosikal juga : Ingat lagi bangsa dan jantina? S/N o74ze8QE0kCo9Zaw9Wb0rQ : Sama : Selepas yang second tu datang, diorang buat apa? : Datang dan terus pukul. Pukul dengan kaki, tangan, helmet. : Hari ini kamu masih boleh cam muka mereka? : Dapat : Ada di mahkamah hari ini? : Ya, mereka ada di tengah Mahkamah (SP1 camkan OKT-OKT) : Yang baju merah apa peranannya? : Pukul. Dia yang datang, yang first baju putih, yang tahan first. Yang second dan yang third memang baju merah. : Baju putih sebagai apa? : Penunggang motosikal [12] Semasa pemeriksaan balas oleh peguambela, SP1 masih mengekalkan pendiriannya bahawa ia masih mengingati OKT1 dan OKT2 sebagai orang yang telah mencederakannya kali pertama. : Pada hari kejadian OKT 1 yang berbaju merah, tak berada di situ, setuju atau tak? : Tak : Pernah kenal dengan OKT 1 sebelum ni? S/N o74ze8QE0kCo9Zaw9Wb0rQ : Tak : Saya cadangkan, bukan OKT1 yang pukul kamu, setuju atau tak? : Tak setuju : Saya cadangkan, kamu tak camkan pun muka OKT1, setuju atau tak? : Tak setuju : Saya cadangkan bukan OKT1 yang ambil barang-barang kamu? : Saya tak pasti : Saya cadangkan, pada hari kejadian, semua suspek pakai helmet masa tahan dan pukul kamu? : Setuju : Saya cadangkan semua suspek pakai helmet dan wiser? : Wiser dibuka : Pada masa kamu dipukul kamu tak nampak muka saspek sebab semua pakai helmet? : Tak setuju : Lihat pada gambar kecederaan, kami cadangkan kesan luka bukan disebabkan oleh dipukul dengan helmet? : Tak setuju : Saya cadangkan OKT1 tidak berada di tempat kejadian tapi ada lelaki India yang lain yang saiz badan yang sama dengan OKT1? : Tak setuju S/N o74ze8QE0kCo9Zaw9Wb0rQ [13] Setelah dipukul oleh 2 lelaki India tersebut, SP1 telah dipukul pula beramai-ramai oleh 6 hingga 8 orang lelaki India yang datang kemudiannya. SP1 tidak begitu pasti bilangan sebenar kerana peristiwa ini telah berlaku pada tahun 2022 dan ketika itu SP1 berada dalam kesakitan. Semasa dipukul, SP1 juga dapat merasakan poket seluarnya diseluk dan barangan peribadinya seperti dompet dan telefon bimbitnya diambil. [14] SP1 tidak dapat mengenal pasti siapa yang menyeluk poket seluarnya dan siapa yang mengambil barangan peribadinya. Kemudian, motosikal dan helmetnya juga dilarikan. SP1 tidak dapat memastikan siapa yang membawa lari motosikalnya dalam keadaan dirinya kesakitan. Namun SP1 telah mengesahkan tempat kejadian sebagaimana gambar dalam eksibit P1 (1-3) dan mengesahkan kecederaan yang dialaminya di bahagian kepala, lebam di muka, badan, tangan dan kaki sebagaimana gambar kecederaan dalam eksibit P2(1-10). [15] Gambar di P1 dan P2 telah diambil oleh SP4 di pejabat Pegawai Penyiasat SP7 pada 3-4-2022 dan selepas itu SP4 dengan SP7 dan SP1 telah pergi ke tempat kejadian pada sebelah malamnya. Kemudian pada 10-4-2022 SP4 selanjutnya telah mengambil gambar barang kes di pejabat SP7 sebelum menyerahkan kesemuanya kepada SP7. [16] Selepas dipukul beramai-ramai dan ditinggalkan, SP1 telah pengsan sebentar kerana kesakitan dan apabila tersedar semula, SP1 melihat ada seorang Pengawal Keselamatan di Kondominium Setia Residence dan menghampirinya untuk mendapatkan bantuan. SP1 dipapah oleh Pengawal Keselamatan tersebut dan dipinjamkan telefon bimbit untuk SP1 menghubungi isterinya, SP2. Tidak lama S/N o74ze8QE0kCo9Zaw9Wb0rQ selepas itu, SP2 telah datang ke tempat kejadian dan mengambil SP1 untuk dibawa pulang ke rumah. [17] Dalam lingkungan 6-8 orang saspek ini, hanya OKT1 dan OKT2 yang berjaya ditangkap susulan laporan polis (eksibit P3) yang dibuat oleh SP2 pada keesokan harinya 3-4-2022 jam 1.54 petang. Segala maklumat dalam P3 adalah sebagaimana yang dimaklumkan oleh SP1 kepada SP2. Menurut SP1, laporan polis itu tidak dibuat olehnya sendiri kerana pada masa itu SP1 masih dalam keadaan trauma dan perlukan rehat. [18] Keterangan SP1 disokong oleh keterangan SP2 yang selari dengan penceritaan SP1 semasa pemeriksaan utama. Keterangan SP2 selari dengan kandungan P3 yang mana adalah maklumat daripada SP1. : Pada 3/4/2022 apa yang berlaku? : Pada jam 4.30 pagi saya dapat panggilan daripada 1 nombor yang tak dikenali daripada suami saya. Dia nyatakan dia pinjam telefon bimbit daripada pengawal keselamatan yang bekerja di Setia City Residence di Setia Alam. Dia beritahu saya dia telah disamun. Dia meminta saya mengambilnya di Setia City Residence. Pada jam 5.10 pagi, saya tiba di Setia City Residence dan saya nampak keadaan suami saya dalam keadaan sangat letih. Suami saya beritahu saya, bahawa dia telah disamun oleh 6 orang lelaki India. Kemudian suami saya beritahu, beberapa barang peribadi beliau seperti dompet, telefon bimbit jenama Huawei Nova 4 dan motosikal beliau Yamaha 112ZR nombor Plet VY 4240 serta topi keledar beliau telah dibawa lari oleh lelaki India. Beliau mempunyai kecederaan bengkak di bahagian muka, luka di tangan kanan, luka di kaki kiri dan sakit pada badan dan luka tempat lain saya belum pasti. Barang peribadi yang hilang pada dia ketika itu kad pengenalan, lesen memandu, kad ATM CIMB Bank, Kad ATM Hong S/N o74ze8QE0kCo9Zaw9Wb0rQ Leong Bank dan wang tunai jumlah tak pasti. suami saya waktu itu ingin pulang ke rumah selepas menghantar barang. : Kamu ingat lagi tak bagaimana keadaan suaranya? : Menangis dan minta pertolongan daripada saya dengan suaranya yang sangat lemah. : Selepas kamu dah sampai, apa yang terjadi? : Saya terus bawa suami pulang ke rumah. Lepas itu, pagi itu saya tak dapat bercakap dengan suami dengan jelas kerana keadaan dia yang tak begitu baik. Saya biar dia rehat. Tengahari, bapa mertua minta saya pergi ke balai polis Setia Alam untuk membuat laporan polis. Dalam anggaran 1.52 tengahari saya buat laporan polis atas kejadian yang berlaku pada suami saya. : Kenapa yang buat report ini bukan suami kamu? : Sebab bapa mertua yang minta saya buat report atas risiko bahaya kepada suami saya. Lagi pun suami saya dalam keadaan yang lemah. [19] Keterangan SP1 masih dapat mengecam OKT1 dan OKT2 telah disokong oleh keterangan SP3 yang menyatakan SP1 telah mengecam OKT1 dan OKT2 semasa kawad cam berdasarkan paras rupa mereka. Perkara ini dinyatakan dalam eksibit P6 Laporan Kawad Cam. Menurut SP3, pada 9-4-2022 jam 3 petang, SP3 telah menjalankan prosidur kawad cam melibatkan SP1. Sesi dijalankan dengan penggunaan cermin 1 hala di mana saspek tidak dapat melihat saksi. Sesi kawad cam dijalankan dalam 3 sesi di mana setiap sesi terdiri daripada 10 peserta lelaki India termasuk OKT1 dan OKT2. Hasil kawad cam ini, SP1 berjaya membuat pengecaman positif ke atas OKT1 dan OKT2 berdasarkan rupa paras saspek sebagai orang yang telah menumbuk, menendang dan memukulnya menggunakan helmet. S/N o74ze8QE0kCo9Zaw9Wb0rQ [20] Keterangan SP3 dan Laporan Kawad Cam telah menyokong keterangan SP1 tentang kejadian ini. Dalam kes Lim Tiong Seng & satu lagi lwn Public Prosecutor [2011] 5 CLJ 1 Mahkamah telah memutuskan keterangan kawad cam adalah relevan untuk menyokong keterangan mangsa. Mahkamah menyatakan - “[21] Kedudukan undang-undang tentang pengecaman adalah jelas. Keterangan substantif adalah pengecaman ke atas orang kena tuduh sebagai orang yang telah melakukan kesalahan oleh saksi-saksi dalam mahkamah semasa perbicaraan. Keterangan pengecaman dalam kawad cam adalah relevan dan boleh digunakan sebagai keterangan sokong kepada keterangan substantif yang dinyatakan tadi.” [21] Perkara yang sama telah disebut dalam kes Mahkamah Rayuan Dorai Pandian a/l Munian & Anor v Public Prosecutor [2009] 4 MLJ di mana Mahkamah telah memutuskan bahawa - “The holding of an identification parade is a part of the investigation process carried out by the investigating authority. The evidence of the identification parade is relevant and admissible under s. 9 of the Evidence Act 1950, and can be used to corroborate the substantive evidence given by the witnesses in court on identification of the accused as the perpetrator of the alleged crime. It is well settled that the substantive evidence is the evidence of identification in court”. [22] Semasa memberi keterangan di Mahkamah, SP1 tanpa sedikit pun keraguan sebaliknya penuh keyakinan, telah mengecamkan OKT1 dan OKT2 dalam kendang tertuduh sebagai pelaku pertama yang menyebabkan kecederaannya. Keterangan SP1 adalah keterangan substantive yang telah disokong dengan laporan kawad cam S/N o74ze8QE0kCo9Zaw9Wb0rQ oleh SP3 yang dilakukan ketika proses siasatan. Keterangan SP3 adalah keterangan yang relevan. Oleh itu keterangan SP1 adalah kredible dan boleh dipercayai. [23] Selanjutnya, menurut keterangan SP1 yang selari dengan keterangan SP2, keesokan hari selepas kejadian, iaitu pada 3-4-2022 di sebelah malamnya, SP1 telah dibawa oleh SP2 ke Hospital Shah Alam untuk mendapatkan rawatan dan Pegawai Perubatan SP6 telah mengesahkan bahawa dia telah menerima dan membuat pemeriksaan ke atas SP1 pada 3-4-2022 jam 11 malam. SP6 mendapati SP1 telah mengalami kecederaan di bahagian mata kiri, bengkak di belakang tangan kiri dan bengkak di atas kaki kiri, yang mana keterangan SP6 adalah konsisten dengan keterangan SP1 dan SP2 tentang kecederaan yang dialami SP1 dan apa yang telah dilihat oleh SP2 tentang keadaan suaminya ketika mula-mula ditemui selepas kejadian. [24] SP6 juga telah mengesahkan bahawa kecederaan SP1 adalah konsisten dengan sejarah pesakit sepertimana yang dimaklumkan oleh SP1 sendiri kepadanya, iaitu SP1 telah disamun dan dipukul menggunakan helmet dan tangan. Kejadian SP1 dipukul dan disamun berlaku pada 3-4-2022 dalam lingkungan jam 3.30 hingga 4 pagi manakala sejarah kecederaan SP1 yang dimaklumkan kepada SP6 ini dibuat pada 3- 4-2022 jam 11 malam. Oleh itu kenyataan yang dibuat oleh SP1 kepada SP6 adalah yang paling awal selepas kejadian, iaitu selepas kenyataan SP1 kepada SP2. Secara semulajadi, kenyataan yang paling awal adalah kenyataan yang paling tepat kerana masih segar dalam ingatan dan bukannya keterangan yang direka-reka. Keterangan ini telah direkodkan oleh SP6 dalam Laporan Perubatannya di eksibit P14. [25] Keterangan SP1 kepada SP6 adalah konsisten dengan keterangan SP1 kepada SP2 dan juga keterangan SP1 di mahkamah. Walaupun terdapat beberapa S/N o74ze8QE0kCo9Zaw9Wb0rQ perkara yang tidak sama, iaitu bilangan saspek yang telah memukulnya, kerana SP1 menyatakan pada mulanya dia diserang oleh 6 hingga 8 orang lelaki yang tidak dikenali, tetapi kemudian SP1 memberitahu SP6, dia telah dipukul oleh 7 orang lelaki. Namun percanggahan maklumat ini adalah wajar kerana dipengaruhi faktor bahawa SP1 tidak mengingati semua perkara secara tepat kerana keadaannya yang cedera pada masa itu dan kejadian telah berlaku 2 tahun lalu. Walau bagaimanapun, lokasi kejadian, tarikh serta masa kejadian, dan bagaimana dia dipukul dan disamun adalah konsisten. [26]
Preamble
Menurut SP6 dalam P14, SP1 juga menyatakan telah “initially was stopped by the stranger and was hit over his abdomen subsequently was hit using helmet over his neck, face and was run over his abdomen, post trauma, sustained pain over the neck, chest, able to ambulate...” yang mengesahkan bahawa SP1 sememangnya telah ditahan dan dipukul oleh seorang yang tidak dikenalinya, sebelum dia dikerumuni oleh lebih ramai penyerang. Ini adalah konsisten dengan keterangannya sejak awal. [27] Hasil pemeriksaan fizikal terhadap SP1, SP6 membuat diagnos dalam P14 bahawa SP1 telah mengalami kecederaan “Soft tissue injury over face and neck” di mana SP6 telah memberikan rawatan “analgesic” dan keadaan SP1 pada masa rawatan adalah stabil. Ketika ditanya dalam pemeriksaan utama, SP6 menjelaskan- : Bahagian pemeriksaan fizikal. Jelaskan secara ringkas apakah hasil pemeriksaan? : Pesakit datang dengan kesedaran yang penuh, tekanan darah, nadi dalam keadaan normal. Melalui local examination aspek muka dan badan, muka ada bengkak di bawah mata tapi tiada mata merah. Dia S/N o74ze8QE0kCo9Zaw9Wb0rQ memang ada bengkak di belakang tangan kanan dan juga bengkak sedikit di atas kaki kiri. : Jelaskan apakah diagnosis doktor? : Pesakit ada bengkak di bawah mata, belakang tangan dan atas kaki, saya proceed dengan x-ray kepala di leher dan dada. Daripada x-ray tiada retakan atau pendarahan. Saya diagnosekan dia sebagai soft tissue injury dan pesakit dibenarkan pulang. : Bahagian keadaan pesakit ketika jumpa doktor, “stable condition” apa maknanya? : Stable condition - patient stabil untuk dibawa pulang ke rumah dan dipantau di rumah. Biasanya kalau pesakit ada kecederaan di kepala, saya akan advise untuk datang ke hospital sekali lagi untuk pemeriksaan selanjutnya, tapi pesakit ini, kecederaannya minimal, saya tak lihat keretakan. Jadi pesakit dibenarkan pulang dan diberikan ubat tahan sakit. : Mengikut pengalaman doktor, apakah punca kecederaan pesakit? : Berkemungkinan besar adalah hentakan daripada barang tumpul, macam ditumbuk atau dipukul dengan benda yang tumpul. : Adakah kecederaan pesakit konsisten dengan apa yang diberitahu oleh pesakit sebagaimana dalam bahagian sejarah yang diberitahu pesakit? : Betul, konsisten. : Tadi doktor kata punca kecederaan mungkin disebabkan benda tumpul. Pohon dirujuk saksi kepada P5 gambar 12 (gambar helmet). Adakah objek ini boleh menjadi punca kecederaan pesakit? : Boleh S/N o74ze8QE0kCo9Zaw9Wb0rQ [28] Fakta oleh SP6 ini telah mengesahkan fakta bahawa SP1 telah dicederakan dan kesan kecederaan adalah konsisten dengan pukulan dengan tangan (tumbukan) dan pukulan dengan kaki (tendangan) serta pukulan dengan menggunakan helmet. Perkara ini adalah konsisten dengan keterangan SP1 telah dipukul dengan tumbukan, tendangan dan pukulan dengan helmet. [29] 5 hari selepas kejadian, iaitu pada 8-4-2022 lebih kurang jam 12.10 malam, Pegawai Tangkapan (SP5) telah membuat tangkapan ke atas 5 saspek kes ini termasuk OKT1 dan OKT2 serta merampas beberapa barang kes iaitu sebuah motosikal Yamaha Y15 warna biru, topi keledar warna hitam jenama SGV, topi keledar warna merah jenama BELL sebagaimana yang dinyatakan dalam laporan polis di eksibit P9, P10 dan P11. Kesemua barang rampasan dinyatakan dalam borang bongkar di P12. SP5 juga mengecamkan P5 (1-13) gambar barang kes yang dirampas iaitu motosikal OKT1, seluar jeans biru dan tshirt putih bertulis Rule Maker, helmet hitam SGV dan selipar biru yang dirampas daripada OKT1 dan OKT2. SP5 juga setuju bahawa tiada rampasan dibuat bagi barangan SP1 yang telah disamun iaitu telefon bimbit, dompet, motosikal dan helmetnya. Menurut SP5 dan disahkan SP7, barang peribadi SP1 termasuk motosikal dan helmetnya yang disamun telah tidak ditemui. [30] Pegawai Penyiasat (SP7) telah membentangkan keseluruhan kronologi siasatan dan membuat penemuannya. SP7 telah merakam percakapan SP2 dan SP1 masing-masing pada 3-4-2022 jam 1.54 petang dan 5.15 petang. Kemudian SP7 telah mengarahkan SP4 mengambil gambar kecederaan SP1 iaitu lebam di mata kiri dan pipi kiri, luka di belakang telinga kiri, leher, lebam di bahagian badan serta luka di bahagian kaki kanan dan kiri. Pada sebelah malamnya, SP7, SP4 dan SP1 telah ke S/N o74ze8QE0kCo9Zaw9Wb0rQ tempat kejadian untuk mengenalpasti lokasi kejadian dan mengambil gambar di Persimpangan Jalan Persiaran Setia Dagang, Seksyen U13 Setia Alam. [31] Pada 8-4-2022, SP7 dimaklumkan oleh SP5 bahawa telah ada tangkapan dibuat terhadap 5 lelaki India bersabit kes ini iaitu OKT1, Logaraj a/l Chandran, Dinesh a/l Ravichandran, Kishendran a/l Kartigesu dan OKT2. Pada 9-4-2022 satu sesi kawad cam telah dijalankan oleh SP3 melibatkan SP1 untuk mengenalpasti kelima-lima saspek ini dan SP1 telah dapat mengecamkan OKT1 dan OKT2 sebagai pelaku yang mencederakan dan menyamunnya. Laporan kawad cam oleh SP3 adalah konsisten dengan rakaman percakapan SP1. Setelah menerima arahan tuduh daripada TPR, kes ini dituduh pada 12-4-2022 sepertimana pertuduhan di sini, manakala laporan perubatan SP6 diterima pada 30-6-2022. [32] Hasil siasatan, SP7 mendapati terdapat 8 orang saspek dalam kes ini yang kesemuanya lelaki India. Tempoh kejadian samun berlaku dalam 10 minit saja yang melibatkan SP1 kehilangan motosikal, dompet, wang ringgit, telefon bimbit dan mengalami kecederaan kerana dipukul. Fakta ini selari dengan keterangan SP1 tentang bagaimana kejadian berlaku, dan disokong keterangan SP6 tentang kecederaan yang dialami SP1. [33] Selepas kejadian ini, terdapat video yang viral di media sosial Tiktok yang diterima SP7 daripada SP1. SP1 melihat video tersebut dalam aplikasi Tiktok lalu menyimpannya dan menghantarnya dalam whatsapp kepada SP7. SP7 kemudian memindahkan video ke dalam cakera padat (CD) untuk dikemukakan di Mahkamah. Selepas dimainkan video ini, SP1 telah dengan yakinnya mengecamkan pada minit 00.57 video tersebut bahawa mangsa dalam video itu, yang telah dipukul beramai-ramai, adalah dirinya. SP1 juga telah mengecamkan baju warna maroon dan baju S/N o74ze8QE0kCo9Zaw9Wb0rQ warna putih yang telah dirampas semasa tangkapan oleh SP5 sebagai pakaian yang dipakai oleh saspek dalam video tersebut. [34] Mahkamah telah menonton video ini dan menerimanya sebagai eksibit P16A
CD
dan P16 (sampul CD). Video ini memaparkan kejadian beberapa buah motosikal berserta beberapa orang penunggang serta pemboncengnya telah berhenti di sebuah persimpangan lampu isyarat, pada waktu malam tetapi dapat dilihat dengan jelas kerana pencahayaan terang daripada lampu jalan. Penunggang dan pembonceng motosikal tersebut telah bertindak memukul mangsa dengan menumbuk dan menendang mangsa dan memukul dengan helmet ke seluruh badan dan kepala mangsa. [35] Selepas memukul mangsa, kesemua penunggang dan pembonceng motosikal telah melarikan diri dan salah seorangnya telah turut membawa lari motosikal mangsa. Kejadian berlaku begitu pantas dan mangsa kelihatan kesakitan dan rebah ketika cuba bangun selepas dipukul beramai-ramai. Oleh kerana mangsa, iaitu SP1 telah mengenalpasti bahawa dirinyalah mangsa dalam video tersebut dengan yakin dan tanpa ragu-ragu, maka keterangan ini adalah relevan untuk menyokong keseluruhan keterangan lain yang telah dikemukakan pendakwaan. Berdasarkan keterangan yang telah dikemukakan melalui SP1 hingga SP7, Mahkamah membuat dapatan bahawa elemen “menyebabkan kecederaan” dan “melakukan rompak” oleh OKT1, OKT2 dan saspek-saspek lain yang masih bebas, telah dibuktikan. [36] Seterusnya, Mahkamah melihat kepada isu sama ada OKT1 dan OKT2 telah terlibat dengan rompakan atau tidak kerana SP1 tidak dapat mengesahkan siapa yang telah menyeluk tangan ke dalam poket seluarnya dan mengambil dompet, telefon bimbit dan melarikan motosikal serta helmetnya kerana pelaku adalah lebih daripada S/N o74ze8QE0kCo9Zaw9Wb0rQ seorang. SP1 hanya dapat mengenalpasti secara positif OKT1 dan OKT2 sahaja sebagai individu-individu yang telah mula-mula memberhentikan motosikal dan memukulnya, sedangkan terdapat kira-kira 6 hingga 8 orang saspek lagi yang terlibat dalam kejadian samun ini. Adakah perlu bagi pihak pendakwaan membuktikan penglibatan dan sumbangan setiap seorang daripada 6 hingga 8 orang saspek ini termasuk OKT1 dan OKT2 sebelum Mahkamah memutuskan elemen pertuduhan telah dipenuhi? [37] Untuk itu, Seksyen 394 KK perlu dilihat semula untuk menentukan apakah membuktikan sumbangan setiap saspek secara terperinci dalam samun berkumpulan menjadi elemen utama untuk dipenuhi. Dalam kes Ang Eng Beng v Public Prosecutor [1990] 3 MLJ 321 tentang pembacaan Seksyen 394KK Mahkamah telah menyatakan bahawa- “A reading of s 394 of the Code will show that it deals with the group liability of robbers one or more of whose number causes or cause hurt. Under it the guilty act of a robber who causes hurt in committing the robbery is imported to all the others who are ‘jointly concerned’ in the commission of the robbery. Such hurt must be caused voluntarily for the end of the robbery. The section obviously refers to two distinct classes of persons:
a
those who cause the hurt, and
b
those who do not, but are ‘jointly concerned’ in the commission of the robbery. S/N o74ze8QE0kCo9Zaw9Wb0rQ It should also be noted that s 394 does not in terms provide that all the robbers must have committed the robbery ‘in furtherance of the common intention of them all’. [38] Prinsip undang-undang yang digariskan dalam kes tersebut adalah, dalam satu kegiatan samun berkumpulan, kesemua pelaku dianggap mempunyai tujuan yang sama dan liabiliti yang sama adalah terpakai kepada setiap seorang daripada mereka tidak kira apakah peranan yang telah disumbangkan dalam kejadian rompakan tersebut, sama ada mereka ada memainkan peranan atau tidak, mereka tetap dipertanggungjawabkan. Oleh yang demikian, tidak kira berapa orang pun yang terlibat menjadi saspek, termasuk OKT1 dan OKT2, pendakwaan tidak wajib untuk membuktikan peranan setiap seorang daripada mereka dalam perlakuan jenayah ini kerana ia dilakukan secara berkumpulan dan tujuan mereka adalah sama iaitu merompak dan mencederakan mangsa. [39] Berkenaan bilangan saspek yang terlibat, dalam pertuduhan dinyatakan bahawa OKT1 dan OKT2 dituduh bersama dengan 5 lagi yang masih bebas, menunjukkan bilangan saspek yang terlibat dalam kes ini adalah 7 orang. SP1 menyatakan terdapat dalam 6 hingga 8 orang saspek yang telah memukulnya beramai-ramai sebelum merompaknya. Hal ini juga dinyatakan dalam laporan polis SP2 di eksibit P3 berdasarkan maklumat SP1 kepada SP2. Bilangan saspek tidak diingati kerana SP1 sedang dalam kesakitan pada masa itu akibat dipukul yang pertama kalinya oleh OKT1 dan OKT2 yang dapat dikenalpastinya dengan yakin. Namun menurut SP5 terdapat 5 lelaki India yang telah ditangkap kerana menjadi saspek kes ini termasuk OKT1 dan OKT2. SP3 pula mengesahkan semasa kawad cam, dia telah menyediakan 13 orang saspek termasuk 5 saspek yang ditangkap oleh S/N o74ze8QE0kCo9Zaw9Wb0rQ SP5 tersebut untuk dicamkan SP1. Manakala video yang viral dalam P7A memaparkan penglibatan lebih daripada 8 orang saspek yang telah mengerumuni dan memukul SP1 sebelum melarikan diri bersama motosikal dan helmet SP1 serta barangan peribadi SP1. [40] Dalam menilai sama ada keterangan yang bercanggah ini adalah suatu percanggahan yang material atau tidak, Mahkamah perlu mengambilkira faktor-faktor sampingan seperti tempoh masa kejadian yang berlaku begitu pantas; jarak masa di mana maklumat diberitahu oleh SP1 kepada SP2 dan SP6 serta rakaman percakapan SP1 yang diambil oleh SP7; jarak masa daripada kejadian sehingga ke proses kawad cam oleh SP1; dan masa yang diambil untuk SP1 untuk mengingat kembali apa yang telah terjadi kepadanya semasa memberi keterangan di Mahkamah. [41] Mahkamah juga wajar mengambil kira pada masa tersebut, setelah dipukul oleh OKT1 dan OKT2, SP1 sedang berada dalam kesakitan. Maka, adalah semulajadi bagi orang yang sedang berhadapan dengan situasi ini untuk merasa trauma dan takut akan nasib dirinya dan wajar jika SP1 tidak pasti tentang bilangan saspek yang terlibat pada masa itu dan apakah penglibatan mereka. [42] Dalam kes Public Prosecutor v Datuk Haji Harun bin Haji Idris (No 2) [1977] 1 MLJ 15, Raja Azlan Shah FJ menyatakan tentang percanggahan keterangan seperti berikut- “… In my opinion, the discrepancies there will always be, because in the circumstances in which the events happened, every witness does not remember the same thing and he does not remember accurately every single thing that happened. The question is whether existence of certain discrepancies is sufficient to destroy their credibility. There is no rule of law that the testimony S/N o74ze8QE0kCo9Zaw9Wb0rQ of a witness must either be believed in its entirety or not at all. A court is fully competent, for good and cogent reasons, to accept one part of the testimony of a witness and to reject the other..”. [43]
Preamble
Menurut Mahkamah Persekutuan dalam kes di atas, percanggahan keterangan daripada saksi-saksi adalah suatu kebiasaan apabila mengambilkira faktor keterbatasan ingatan manusia. Jadi, Mahkamah akan menentukan sama ada percanggahan ini adalah material dan mempengaruhi kredibiliti keterangan itu secara keseluruhannya atau tidak. Mahkamah tidak semestinya mengambil kesemua keterangan yang dikemukakan oleh seseorang saksi itu. [44] Sementara itu dalam kes Puganeswaran a/l Ganesan & Ors v PP (2020) 12 MLJ 165 Mahkamah telah memberikan panduan bagaimana menguruskan percanggahan fakta - “[82] The proper approach to deal with discrepancies in evidence is well settled by case law. In Khoon Chye Hin v Public Prosecutor [1961] MLJ 105b it was held that even where a witness demonstrably lies, it would be to go too far to say that his evidence must be rejected entirely. The proper way to deal with the evidence of such witness is to treat it with suspicion and caution. In considering them, what the court has to decide is whether they are of such a nature as to discredit the witness entirely and render the whole of his evidence worthless and untrustworthy: see De Silva v Public Prosecutor [1964] 1 MLJ
81
[83] In Ugar v State of Bihar AIR [1965] SC 277 the Supreme Court of India pointed out that one hardly comes across a witness whose evidence does not contain a grain of untruth or at any rate exaggerations, embroideries or S/N o74ze8QE0kCo9Zaw9Wb0rQ embellishments. Raja Azlan Shah FJ (as he then was) spoke in similar vein when he said in Public Prosecutor v Datuk Haji Harun bin Haji Idris (No 2) [1977] 1 MLJ 15 at p 19: “In my opinion discrepancies there will always be, because in the circumstances in which the events happened, every witness does not remember the same thing and he does not remember accurately every single thing that happened. It may be open to criticism, or it might be better if they took down a notebook and wrote down every single thing that happened and every single thing that was said. But they did not know that they are going to be witnesses at this trial. I shall be almost inclined to think that if there are no discrepancies, it might be suggested that they have concocted their accounts of what had happened or what had been said because their versions are too consistent. The question is whether the existence of certain discrepancies is sufficient to destroy their credibility. There is no rule of law that the testimony of a witness must either be believed in its entirety or not at all. A court is fully competent, for good and cogent reasons, to accept one part of the testimony of a witness and to reject the other. It is, therefore, necessary to scrutinize each evidence very carefully as this involves the question of weight to be given to certain evidence in particular circumstances.” [84] In the case before us, it was not suggested that SP3, SP4 and SP5 had demonstrably lied in all aspects of their evidence that implicated the second appellant. We have taken note of the alleged discrepancies in the evidence of SP3, SP4 and SP5 as pointed out by learned counsel for the second appellant, S/N o74ze8QE0kCo9Zaw9Wb0rQ but we do not find the discrepancies, if at all they can be described as discrepancies, to be so material as to vitiate the finding of guilt against the second appellant. The court must not concern itself with trivialities for to do so will divert attention away from the real issues before the court. [85] At the risk of repetition, we need to emphasise that the second appellant had played a key role in the murder of her husband by opening the front door of the house to allow SP3, SP4 and SP5 to enter the house and to pass the pillow to SP5, which evidence she did not challenge at all in cross-examination.” [45] Dalam isu laporan polis oleh SP2 (eksibit P3) yang tidak konsisten dengan keterangan SP1 berkenaan dengan bilangan saspek yang terlibat, Mahkamah telah merujuk kes Juhairi bin Jaafar (2017) MLJU 1287, yang mana YA Hakim Che Mohd Ruzima Ghazali menyatakan bahawa laporan polis pertama tidak sepatutnya menjadi suatu keterangan komprehensif yang tidak boleh ada kesilapan. Prinsip ini dijelaskan dengan panjang lebar seperti berikut – “[17] Selain itu, peguam OKT juga berhujah bahawa terdapat percanggahan material di antara laporan pertama (FIR) dengan keterangan SP3 di mahkamah yang gagal dipertimbangkan HMS. Keterangan yang mengatakan OKT mengacu parang ke leher SP3 tidak pernah dinyatakan di dalam FIR. Begitu juga dengan keadaan SP3 ditolak dan ditarik keluar dari kereta di dalam keterangan di mahkamah bercanggah dengan fakta SP3 diarahkan keluar dari kereta di dalam FIR. Kegagalan membuat pertimbangan ke atas percanggahan tersebut adalah satu salah arahan di pihak HMS. [18] Dalam isu ini, keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam kes Herchun Singh & Ors v Public Prosecutor [1969] 2 MLJ 209 yang dirujuk TPR di dalam S/N o74ze8QE0kCo9Zaw9Wb0rQ hujahannya adalah relevan. Ong Hock Thye CJ (Malaya) di muka surat 211 memutuskan: As regards omissions in the first information report, we would endorse Sohoni’s commentary on section 154 of the Indian Criminal Procedure Code (16th Edition, Vol. I, page 750), which is similar to section 107 of our Criminal Procedure Code, as follows :- “It is a mistake to believe that a person cannot be the accused unless his name appears in the first information report. The provisions of the Code lay down no such stipulation. All that is required for purpose of this section is that there should be clear, definite information about the commission of a cognizable offence to set the investigation machinery in motion. Further, the information required need not contain the circumstances of the commission of the offence, nor the names of the offenders or the witnesses, for the main purpose of investigation is to ascertain these matters…. The first information report is not an Encyclopaedia. It is not the beginning and ending of every case. It is only a complaint to set the affairs of law and order in motion. It is only at the investigation stage that all the details can be gathered and filled up. But it cannot be said that omissions in the first information report would always be of no significance. The report is not substantive evidence and omissions in it will not ipso facto lead to the case being thrown out. But it is a piece of corroborative evidence; omissions in it will, other things being the S/N o74ze8QE0kCo9Zaw9Wb0rQ same, deprive the prosecution of the most valuable corroboration and thereby make the story suspicious. When a first information report contains an omission as to an important fact relied upon by the prosecution, the omission is important and in the absence of any other evidence, the court may in a given case refuse to consider the evidence of the informant on that fact because of such omission. For a correct appraisal of the effect of omission as contradicting the informant it is essential to keep in view the circumstances in which the report was lodged. For instance, an omission in a report hurriedly lodged under the press of events should not have the same significance as one in a report lodged after cool calculation.” In short, it is wrong to hold up the first information report as a sure touchstone by which the compainant’s credit may invariably be impeached. It can only be used for that purpose with discrimination, in much the same way as previous statements by the witness are used, so that irrelevant errors in detail are not given exaggerated importance, nor omissions, objectively considered in the light of surrounding circumstances. [19] Jelasnya, ketinggalan sebarang fakta relevan di dalam sesuatu FIR tidaklah memudaratkan kes PP atau pun boleh dianggap sebagai suatu percanggahan di dalam keterangan SP3. FIR hanyalah satu makluman awal pengadu kepada pihak polis bagi membolehkan suatu siasatan dimulakan. Apa yang penting, penelitian dan pertimbangan yang dibuat hakim bicara adalah ke S/N o74ze8QE0kCo9Zaw9Wb0rQ atas keterangan yang dikemukakan SP3 di mahkamah bagi ditentukan kebolehpercayaan dan kebolehterimaan keterangan tersebut. Sehubungan dengan itu, kelebihan yang ada kepada hakim bicara yang mendengar dan melihat sendiri saksi memberikan keterangan perlulah juga diberikan diambil kira. Setelah diteliti, adalah didapati bahawa tidak terdapat sebarang salah arahan yang dilakukan HMS semasa menimbang isu tersebut”. [46] Jadi, menurut kes di atas, apa yang menjadi keutamaan kepada Mahkamah adalah untuk melihat kepada keterangan saksi di Mahkamah semasa perbicaraan. Manakala keterangan lain yang dikemukakan seperti laporan polis pertama akan menjadi keterangan sokongan. Laporan polis pertama tidak semestinya perlu mengandungi semua keterangan yang disebutkan oleh saksi semasa perbicaraan, laporan polis juga tidak diwajibkan untuk tiada kesilapan langsung, kerana pada asalnya, laporan polis hanyalah suatu maklumat untuk menjadi asas kepada siasatan pihak polis. Maka laporan polis tidak wajib lengkap sepenuhnya seumpama ensiklopedia atau pada masa sekarang, google atau chatGPT. Jadi, adalah normal jika kandungan dalam laporan polis tidak komprehensif kerana ia hanya akan menjadi bukti sokongan kepada keterangan lisan saksi di Mahkamah. [47] Pada akhirnya berkenaan percanggahan fakta bilangan saspek yang terlibat, sepertimana yang dibincangkan di atas, Mahkamah membuat keputusan bahawa percanggahan tersebut adalah tidak material dan tidak menyebabkan kredibiliti keterangan SP1 mahupun keterangan pendakwaan secara keseluruhannya menjadi lemah. Isu sama ada OKT1 dan OKT2 telah terlibat dalam merompak barangan SP1 atau tidak, adalah tidak relevan. Ini kerana Mahkamah telah menyimpulkan bahawa Seksyen 394 KK telah mempertanggungkan liabiliti kepada setiap saspek kes samun berkumpulan secara sama rata tanpa perlu pendakwaan membuktikan secara terperinci apakah peranan setiap saspek S/N o74ze8QE0kCo9Zaw9Wb0rQ dalam kejadian samun berkumpulan itu, kerana apa yang penting, perlakuan mereka menunjukkan mereka mempunyai niat yang sama, iaitu untuk mencederakan dan menyamun mangsa. [48] Daripada keterangan SP1 yang disokong rakaman video viral P16A, Mahkamah melihat tindakan kesemua saspek adalah selari, di mana, OKT1 dan OKT2 adalah yang mula-mula menghentikan motosikal dan memukul SP1, kemudian saspek-saspek yang lain terus menghampiri SP1 dan turut sama melakukan perbuatan seperti OKT1 dan OKT2 sebelum mereka melarikan diri dengan barangan peribadi dan motosikal serta helmet SP1. Keseluruhan siasatan tidak dapat memperincikan apakah peranan setiap saspek termasuk OKT1 dan OKT2 namun kesemua saspek dilihat mempunyai niat yang sama. Hanya saja cuma OKT1 dan OKT2 yang tertangkap manakala saspek-saspek yang lain masih bebas. [49] Kesimpulannya, Mahkamah dapati pendakwaan telah membuktikan kedua-dua elemen pertuduhan dengan keterangan yang kredibel. Mahkamah berpuas hati keterangan telah menunjukkan bahawa SP1 telah dipukul secara berkumpulan oleh OKT1 dan OKT2 dan saspek-saspek yang masih bebas. Barangan peribadi serta motosikal dan helmet SP1 telah dirompak. Keterangan juga menunjukkan SP1 konsisten masih dapat mengecam OKT1 dan OKT2 terlibat dalam pertuduhan ini dan undang-undang tidak memerlukan pendakwaan untuk memperincikan peranan setiap tertuduh dalam samun secara berkumpulan. Oleh itu atas penilaian maksima mahkamah berpuas hati bahawa pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap OKT1 dan OKT2 atas pertuduhan terhadap mereka dan OKT1 dan OKT2 dipanggil untuk membela diri sebagaimana S.173(h)(i) KTJ. [50] OKT1 dan OKT2 diberikan 3 pilihan sama ada memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi dan boleh disoal balas oleh pihak pendakwaan; atau S/N o74ze8QE0kCo9Zaw9Wb0rQ memberi keterangan tidak bersumpah dari kandang tertuduh; atau berdiam diri. OKT1 dan OKT2 memilih untuk memberi keterangan bersumpah dari kandang saksi dan pembelaan mengemukakan 4 orang saksi pembelaan iaitu OKT1, OKT2, Bapa OKT1 dan Bapa OKT2. KES PEMBELAAN [51] Dalam kes Balachandran v PP (2005) (supra), Mahkamah Persekutuan telah mengulas berkenaan dengan beban pembuktian di luar keraguan munasabah seperti berikut: “Proof beyond reasonable doubt involves two aspects. While one is the legal burden on the prosecution to prove its case beyond reasonable doubt the other is the evidential burden on the accused to raise a reasonable doubt. Both these burdens can only be fully discharged at the end of the whole case when the defense has closed its case. Therefore a case can be said to have been proved beyond reasonable doubt at the conclusion of the trial upon a consideration of all the evidence adduced as [provided by s 182 A(1) of the Criminal Procedure Code. That would normally be the position where the accused has given evidence. However, where the accused remains silent there will be no necessity to re-evaluate the evidence in order to determine whether there is a reasonable doubt in the absence of any further evidence for such a consideration. The prima facie evidence which was capable of supporting a conviction beyond reasonable doubt will constitute proof beyond reasonable doubt”. [52] Dengan kata lain, beban pembuktian di akhir kes pembelaan ke atas pihak pembelaan adalah dengan menimbulkan keraguan munasabah (to cast a reasonable S/N o74ze8QE0kCo9Zaw9Wb0rQ doubt) ke atas kes pihak pendakwaan. Manakala beban ke atas pihak pendakwaan pula adalah untuk membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah (beyond a reasonable doubt). [53] Pembelaan OKT-OKT hanya perlu menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan sepertimana diputuskan dalam kes PP v. Ho Sek Kong [2006] 5 CLJ - “Although the burden of proof in criminal trial lies throughout in bringing home a conclusion that it had proven its case beyond reasonable doubt, the accused, if called upon to his defence bears the evidential burden of casting that doubt”. [54] Apakah syarat untuk menentukan bahawa sesuatu keraguan itu dianggap ‘keraguan yang munasabah?’ Ini telah dijelaskan dalam kes PP v Saimin & Ors [1971] 2 MLJ 16 - “… a reasonable doubt must be a doubt arising from the evidence and cannot be an imaginary doubt or conjecture unrelated to evidence.” [55] Akan tetapi, ini tidak bermakna pihak pendakwaan harus membuktikan sesuatu kes pada tahap melampaui segala keraguan (beyond any shadow of doubt) sebagaimana dalam kes PP v Foo Jua Eng [1966] 1 MLJ 197 yang mengatakan - “What the prosecution has to accomplish in this case is whether it has proved its case beyond reasonable doubt but not beyond the shadow of doubt”. [56] Kes tersebut juga telah memetik penghakiman Denning J. dalam kes Miller v Minister of Pension [1947] ALL ER 372 yang berikut – S/N o74ze8QE0kCo9Zaw9Wb0rQ “Proof beyond reasonable doubt does not mean proof beyond the shadow of doubt. The law would fail to protect the community if it admitted fanciful possibilities to deflect the course of justice”. [57] Dengan kata lain, di peringkat pembelaan sebagaimana kehendak Seksyen 173(m)(l) KTJ, Mahkamah akan menimbangkan kesemua keterangan serta bukti yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan dan juga pihak pembelaan untuk menentukan sama ada pihak pendakwaan berjaya membuktikan pertuduhan terhadap OkT-OKT melampaui keraguan munasabah. Pembuktian kes masih tetap di tangan pihak pendakwaan dan pihak pembelaan tidak perlu membuktikan bahawa OKT-OKT tidak bersalah. Mahkamah akan membebaskan dan melepaskan OKT-OKT daripada pertuduhan sekiranya pembelaan membangkitkan keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan sebagaimana prinsip undang-undang mapan. [Rujukan kepada kes Mahkamah Persekutuan PP v Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 yang merujuk kes Mahkamah Tinggi, Mat v PP [1963] MLJ 263]. [58] Dalam menentukan sama ada pembelaan membangkitkan keraguan yang munasabah Mahkamah tidak akan menerima keterangan pembelaan yang diselaputi elemen yang direka-reka sebagaimana yang disebutkan dalam kes Liew Kaling v PP (1960) 26 MLJ 306 – “That degree is well settled. It need not reach certainty, but it must carry a high degree of probability. Proof beyond reasonable doubt does not mean proof beyond the shadow of doubt. The law would fail to protect the community if it admitted fanciful possibilities to deflect the course of justice. If the evidence is so strong against a man as to leave only a remote possibility in his favour which can be dismissed with the S/N o74ze8QE0kCo9Zaw9Wb0rQ sentence 'of course it is possible, but not in the least probable,' the case is proved beyond reasonable doubt, but nothing short of that will suffice… You will not, I am sure, allow yourselves to be bewildered or troubled by such a phrase. What it means is not some whimsical or fanciful doubt, which a person might conjure up for the purpose of creating a difficulty but such a doubt as would govern a man's course of action in some private affair of moment of his own.” [59] Dalam kes ini, setelah mendengar kes pembelaan Mahkamah dapati intipati pembelaan adalah bahawa OKT1 dan OKT2 tidak berada di tempat kejadian pada 3-4-2022 antara jam 3.30 pagi hingga jam 4 pagi kerana mereka berada di rumah dan bapa-bapa mereka dikemukakan sebagai saksi yang menyokong keterangan ini selain daripada rakaman percakapan mereka. DAPATAN MAHKAMAH [60]
Preamble
Menurut OKT1 yang menjadi SD1, pada 3-4-2022 lebih kurang jam 1.40 pagi, dia telah keluar bersama kawan-kawan untuk melepak dengan menunggang motosikalnya ke stesyen minyak Shell Setia Alam seorang diri dan di sana dia bertemu rakan-rakannya bernama Loga, Dinesh dan Kishen. Kemudian mereka bergerak ke tepi jalan berhampiran Setia City Mall dan menghabiskan masa di sana sehingga jam 3.15 pagi untuk menyaksikan lumba haram. Pada jam 3.15 pagi, SD1 dan Loga telah ke Restoran Ghani di Klang Utama untuk makan dan lebih kurang pada jam 3.40 pagi, SD1 pulang ke rumahnya di Taman Klang Utama, Klang. Ketika pulang, ayahnya (SD2) telah membukakan pintu kerana ayahnya tidur di ruang tamu. Pada 8-4-2022 jam 1 pagi, SD1 ditangkap pihak polis dan motosikalnya Yamaha Y15 biru no pendaftaran BQG2699 dan helmet merah jenama BELL dirampas. Rakan-rakannya Loga, Dinesh dan Kishen juga telah ditangkap namun dibebaskan dengan jaminan polis. Keterangan SD1 disokong keterangan ayahnya (SD2) S/N o74ze8QE0kCo9Zaw9Wb0rQ tentang membukakan pintu ketika SD1 pulang dan tiba di rumah pada jam 4 pagi. SD1 juga mengemukakan rakaman percakapannya di eksibit D17. Namun D17 tidak menyatakan jika SD2 sememangnya menyaksikan SD1 pulang ke rumah pada jam antara 3.40 pagi hingga 4 pagi. Keterangan SD1 dalam penyata saksinya dengan rakaman percakapannya di D17 adalah sama, melainkan tiada kenyataan tentang penglibatan SD2. [61] OKT2 memberi keterangan sebagai SD3 mengatakan pada 3-4-2022 lebih kurang jam 2.30 pagi, SD3 dan rakannya bernama Ruben, dengan menunggang motosikal berasingan, telah pergi ke kawasan sekitar Setia City Mall untuk menyaksikan lumba haram dan mencari lokasi lumba haram di Lebuhraya Persekutuan. SD3 juga telah mengisi minyak motosikalnya di Shell Setia Alam terlebih dahulu. Namun, lumba haram yang dicari tidak ada, lalu SD3 dan rakannya pulang ke rumah masing-masing. Selain Ruben yang menaiki motosikalnya sendiri, terdapat beberapa rakan berbangsa India yang lain seperti Kalaimogan dan juga rakan-rakan berbangsa Melayu. SD3 tiba di rumahnya pada jam 3.25 pagi dan ketika membuka pintu, bapanya (SD4) telah memarahinya kerana pulang lewat malam. Keterangan ini disokong SD4 yang mengesahkan anaknya telah pulang ke rumah pada jam 3.30 pagi. Selain itu, ketika sampai di rumah, SD3 telah memaklumkan bekas teman wanitanya bernama Lochana melalui Whatsapp tetapi mesej ini tidak dikemukakan. SD3 juga mengemukakan rakaman percakapannya dalam eksibit D18, namun tiada kenyataan mengenai bapanya telah melihat SD3 pulang ke rumah pada masa yang dikatakan. Keterangan SD3 dalam penyata saksinya dengan D18 adalah sama melainkan D18 tidak menyatakan penglibatan SD4. [62] Kedua-dua OKT telah menafikan penglibatan mereka dalam kes ini dan tidak tahu mengapa mereka ditangkap dan dituduh sedangkan mereka hanya mengetahui tentang kes ini melalui media sosial kerana video yang viral. Kedua-dua saksi bapa (SD2 dan SD4) juga S/N o74ze8QE0kCo9Zaw9Wb0rQ mengesahkan mereka mahu menyelamatkan anak mereka daripada hukuman kerana percaya anak mereka tidak terlibat dengan jenayah dalam pertuduhan di sini. [63] Pertamanya, Mahkamah berhati-hati dalam menilai keterangan pihak pembelaan kerana SD1 dan SD3 adalah Tertuduh-tertuduh dalam kes ini. Manakala SD2 dan SD4 sebagai bapa-bapa OKT1 dan OKT2, mereka adalah saksi-saksi berkepentingan. Dalam kes PP v Foong Chee Cheong (1970) 1 MLJ 97 telah diputuskan bahawa: “...there is certainly no legal presumption that an interested witness should not be believed. He is entitled to credence until cogent reasons for disbelief can be advanced in the light of evidence to the contrary and to surrounding circumstances.” Begitu juga dalam kes PP v Mohd Noor Yusof [2008] 7 CLJ 504 yang mana Yang Arif Mahkamah Tinggi menyatakan – “[66] Hakim perbicaraan telah gagal mengambil kira bahawa SP15 adalah saksi yang berkepentingan kerana suaminya menghadapi pertuduhan yang serius. Sekiranya keterangan SP15 diperhalusi terdapat banyak keraguan atas keterangannya.” Oleh itu, walaupun saksi-saksi pembelaan adalah saksi berkepentingan, namun keterangan mereka tidak boleh ditolak bulat-bulat. Jadi, adalah wajar bagi Mahkamah ini untuk menilai dengan sangat teliti dan sangat berhati-hati akan keterangan pembelaan sebelum dapat membuat kesimpulan. [64] Pembelaan telah mengemukakan isu “masa kejadian” sebagai kunci untuk membangkitkan keraguan kepada kes pendakwaan kerana dalam pertuduhan, OKT1 dan OKT2 dituduh melakukan jenayah tersebut pada jam 3.30 pagi. Jadi, pembelaan mengatakan, mereka tiada di tempat kejadian pada masa itu kerana telah pulang ke rumah, dan ini disahkan oleh bapa-bapa mereka yang menyaksikan mereka ada di rumah. Ini S/N o74ze8QE0kCo9Zaw9Wb0rQ bermakna OKT1 dan OKT2 membangkitkan pembelaan alibi, namun, tiada notis alibi di bawah S.402A(2) KTJ yang dikemukakan kepada pendakwaan sedangkan telah diperuntukkan bahawa “Where the accused seeks to put forward a defence of alibi, he shall put forward a notice of alibi during the case management process”. Jika Mahkamah mengambilkira bantahan ini sahaja, kes pembelaan sememangnya telah terkubur. Namun, Mahkamah memberikan peluang kepada keseluruhan keterangan pembelaan untuk melihat jika ada merit yang dikemukakan. [65] Apabila OKT1 dan OKT2 mengatakan tidak berada di tempat kejadian, seolah-olah mereka tidak pergi langsung ke tempat kejadian pada tarikh dan malam tersebut. Tetapi berdasarkan keterangan pendakwaan, terutamanya paparan video viral, memang terdapat kejadian samun berkumpulan berlaku di mana OKT1 dan OKT2 telah dicamkan oleh SP1. SP1 juga mengesahkan mangsa dalam video viral itu adalah dirinya. Pada tahap ini, Mahkamah tidak dapat membuat kesimpulan bahawa OKT1 dan OKT2 tidak berada langsung di tempat kejadian, kerana selain keterangan pendakwaan, OKT1 dan OKT2 sendiri menyatakan mereka telah pergi ke tempat kejadian pada tarikh dan malam itu untuk melihat lumba haram. Hanya saja berbeza dari sudut masa. Namun, “masa” yang dikatakan boleh saja diubahsuai untuk disesuaikan dengan versi pembelaan dengan memetik “masa” yang ditulis dalam rakaman percakapan. Tidak ada seorang saksi mata pun yang dikemukakan pembelaan untuk menyokong keterangan bahawa OKT1 dan OKT2 tidak pergi ke tempat kejadian. [66]
Preamble
Menurut pemerhatian Mahkamah, OKT1 dan OKT2 telah pun pergi dan berada di tempat kejadian pada tarikh 3-4-2022 tersebut. OKT1 sekitar jam 1.40 pagi hingga jam 3 pagi. Manakala OKT2 sekitar jam 2.30 pagi hingga jam 3.30 pagi. Ini adalah berdasarkan rakaman percakapan dan keterangan mereka. “Masa” dalam pertuduhan adalah S/N o74ze8QE0kCo9Zaw9Wb0rQ sebagaimana yang dinyatakan oleh SP1 dalam laporan polis P3 dan rakaman percakapannya, iaitu sekitar jam 3.30 pagi hingga 4.30 pagi. Mahkamah telah mengambil kira keadaan SP1 pada masa kejadian. SP1 mengalami trauma dan kesakitan kerana dipukul. Oleh itu adalah tidak wajar untuk Mahkamah menetapkan apakah masa kejadian yang paling tepat. Justeru Mahkamah akan menetapkan masa secara probability. Ini bermakna, “masa kejadian” yang “probable” adalah sekitar jam 3.30 pagi sehingga jam 4 pagi. [67] Adalah mustahil bagi seseorang manusia biasa untuk mengetahui dengan begitu detail dan spesifik tentang masa kejadian yang berlaku pada 2 atau 3 tahun yang lepas jika tiada catatan rekod. Justeru, keterangan SD2 dan SD4 tentang telah melihat anak-anak mereka pulang pada hari tersebut pada jam yang spesifik, menimbulkan persoalan sama ada ianya adalah genuine atau rekaan, kerana tiada rekod catatan atau faktor sampingan lain yang menyokong perkara ini. Ingatan SD2 dan SD4 tentang telah menjadi saksi melihat anak mereka pulang ke rumah pada 3-4-2022 adalah dicurigai. Oleh itu, keterangan bahawa SD1 dan SD3 tidak berada ditempat kejadian pada jam 3.30 pagi hingga 4 pagi, adalah tidak disokong, lantas menjadikan keterangan ini hanya sekadar rekaan dan pemikiran semula. Apa yang tinggal pada keterangan pembelaan adalah penafian semata-mata. Undang-undang mapan telah menetapkan, pemikiran semula dan penafian bukanlah pembelaan bermerit yang boleh membangkitkan keraguan kepada keseluruhan kes pendakwaan. [68] Setelah mendengar kes pembelaan, Mahkamah dapati, keterangan pembelaan ini tidak mematahkan elemen pertuduhan yang telah dibuktikan iaitu OKT1, OKT2 dan 5 lagi yang masih bebas telah mencederakan dan merompak SP1 di mana, SP1 telah mengecamkan wajah OKT1 dan OKT2. Mangsa telah dipukul dan dirompak ketika melalui S/N o74ze8QE0kCo9Zaw9Wb0rQ Jalan Setia City Mall pada tarikh 3-4-2022 di antara jam 3.30pagi hingga 4 pagi. Rakaman percakapan OKT1 dan OKT2 mengesahkan mereka telah pergi ke tempat berkenaan sekitar jam 1.40pagi hingga jam 3.40 pagi dan tiada keterangan yang membuktikan mereka tiada di tempat kejadian pada masa kejadian. Oleh itu, keterangan pembelaan yang mengatakan OKT1 dan OKT2 tidak berada langsung di tempat kejadian pada masa kejadian berlaku, adalah tidak benar. Penglibatan SD2 dan SD4 sebagai saksi kenyataan OKT1 dan OKT2 menimbulkan curiga kerana penglibatan mereka tidak dinyatakan langsung dalam rakaman percakapan OKT1 dan OKT2 yang dibuat pada 9-4-2022. Keterangan SD2 dan SD4 telah diteliti secara berhati-hati dan didapati meragukan. [69] Mahkamah juga mendapati OKT1 dan OKT2 dengan SP1 tidak kenal antara satu sama lain dan tidak ada kemungkinan aduan SP1 terhadap OKT1 dan OKT2 adalah untuk menganiaya OKT1 dan OKT2 sedangkan kecederaan SP1 dan kehilangan barang peribadi dan motosikalnya telah dibuktikan. Malah SP1 telah mengenal pasti OKT1 dan OKT2 sebagai orang yang telah memukulnya pertama kali. [70] Mahkamah berpendapat, jika dibandingkan keseluruhan keterangan pendakwaan yang mengandungi keterangan daripada saksi-saksi yang tiada kepentingan dan keterangan eksibit-eksibit, maka keterangan pembelaan OKT1 dan OKT2 hanyalah suatu pemikiran semula dan suatu penafian yang tidak dibuktikan sewajarnya. Pembelaan berbentuk pemikiran semula dan penafian tidak menimbulkan keraguan kepada kes pendakwaan. Oleh itu selepas menilai keseluruhan kes pendakwaan, mahkamah berpuas hati bahawa pendakwaan telah membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah. OKT1 dan OKT2 didapati bersalah dan disabitkan bersalah atas pertuduhan di sini. S/N o74ze8QE0kCo9Zaw9Wb0rQ RAYUAN [71] OKT1 berumur 21, masih bujang dan bekerja di sebuah kilang percetakan sejak November 2024 dengan pendapatan RM1500 sebulan. Ini adalah kesalahan pertama OKT1, tiada sabitan sebelum ini dan selepas kes ini. Memandangkan OKT 1 masih muda, pohon diberikan diskaun terhadap hukumannya dan tidak dihantar ke penjara. Selain itu, pertuduhan tidak melibatkan Seksyen 397 dan Seksyen 394KK, oleh itu pohon hukuman sebatan tidak dikenakan. Ayah OKT1 mengalami sakit jantung dan baru discaj daripada hospital dan kini sedang dalam perjalanan ke Mahkamah. OKT1 adalah anak bongsu dalam 5 adik beradik dan selepas ayahnya tidak lagi dapat bekerja, tanggungjawab menanggung keluarga digalas OKT1. Abang OKT1 juga adalah pesakit OKU. Oleh itu dipohon hukuman yang ringan. [72] OKT2 kini berumur 24 tahun, baru mula bekerja sebagai pemandu van dengan anggaran gaji RM1500 sebulan, masih bujang dan tinggal dengan ibu dan ayahnya. OKT2 mempunyai seorang abang dan kakak dan kedua-duanya berkahwin dan tidak lagi tinggal dengan mereka. OKT2 adalah penanggung tunggal keluarga di mana gaji yang diterima akan diberikan kepada ayahnya. OKT2 memohon hukuman yang minima dan mengecualikan hukuman sebatan kerana ini adalah kesalahan pertama OKT2. [73] Hujahan pemberatan pihak pendakwaan menyatakan bahawa Mahkamah seharusnya mengenakan hukuman yang berat sebagai pengajaran kepada OKT-OKT dan amaran kepada masyarakat supaya tidak meniru perbuatan yang sama. Mangsa bukan saja kerugian harta benda malah trauma kerana dicederakan semasa sedang mencari rezeki sehingga lewat pagi. Mangsa telah dipukul dan dirompak. Motosikal yang digunakan untuk mencari rezeki kini telah tiada. S/N o74ze8QE0kCo9Zaw9Wb0rQ HUKUMAN [74] Setelah mendengar rayuan OKT1 dan OKT2 melalui peguambelanya dan hujahan pemberatan oleh pihak pendakwaan, Mahkamah berpendapat hukuman ini adalah wajar bagi kes ini berdasarkan alasan-alasan yang berikut. Mahkamah mengambil kira prosiding telah berjalan sejak 12-4-2022 dan perbicaraan telah mengambil masa kira-kira 2 tahun sejak 7-12-2023 hingga 27-1-2025. Pada akhirnya OKT1 dan OKT2 didapati bersalah kerana tiada pembelaan yang boleh membangkitkan keraguan terhadap kes pendakwaan. Banyak masa dan kos yang telah dibelanjakan untuk memanggil 8 orang saksi pendakwaan dan 4 orang saksi pembelaan serta kesemuanya 26 eksibit perbicaraan. Mahkamah juga telah merujuk kes-kes terdahulu berkenaan prinsip penghukuman bagi kes seperti ini dan berpendapat hukuman ini adalah yang sewajarnya, atas dasar untuk memberi pengajaran kepada OKT1 dan OKT2 dan masyarakat supaya tidak mengulangi kesalahan yang sama iaitu menyebabkan kecederaan dan merompak secara berkumpulan. Oleh itu Mahkamah menjatuhkan hukuman kepada setiap OKT penjara 10 tahun bermula hari ini (24-3-2025) dan 3 kali sebatan. Selanjutnya wang jamin dikembalikan kepada penjamin dan barang kes dikembalikan kepada pihak pendakwaan untuk dilupuskan mengikut budibicaranya. Norazlin binti Othman Hakim Mahkamah Sesyen 3 Shah Alam Disediakan pada 9-4-2025 S/N o74ze8QE0kCo9Zaw9Wb0rQ Pihak Pendakwaan: Timbalan Pendakwaraya Tuan Amir Saifullah, Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor, Tingkat 4 Podium Utara, Bangunan Sutan Salahuddin Abdul Aziz Shah, 40512 Shah Alam, Selangor Pihak Pembelaan: Bagi pihak OKT 1, Tetuan Pari & Partners Peguambela dan Peguamcara, No. 16-2A, Tingkat 2 Jalan Raya Barat, 41100 Klang, Selangor Darul Ehsan. Bagi pihak OKT 2, Tetuan Gabriel Susayan and Partners Peguambela dan Peguamcara, No. 61 Tingkat 2 Bangunan Ban Guan Hin, Jalan Dato Hamzah, 41000 Klang, Selangor Darul Ehsan S/N o74ze8QE0kCo9Zaw9Wb0rQ
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.