Content
Page 1 of 29 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI BUTTERWORTH DALAM NEGERI PULAU PINANG RAYUAN JENAYAH NO: PB-41S-7-06/2022
PB-41S-7-06/2022
High Court of Malaysia1 Aug 2023
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“karam a/l Odayam [2010] MLJU 1729, yang menyatakan: “………..I agree with the contention of the learned defence counsel that before the prosecution can invoke the presumption under Section 135(2) of the Customs Act 1967, the element of possession of the prohibited items by the respondent/ accused has to be established. In”
“yah. Untuk menggunakan seksyen 34, tidak perlu menunjukkan tindakan tertuduh-tertuduh, kes pendakwaan boleh bergantung kepada keterangan ikut keadaan. [Rujuk kes: Suresh v. State of Uttar Pradesh AIR [2001] SC 1344, and Hari Ram v. State of Uttar Pradesh [2004] 3 LRI 523 (SC), yang telah diikuti oleh Mahkamah Rayuan da”
“rary………….” **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Page 23 of 29 [69] Mahkamah juga merujuk kepada kes Pendakwa Raya v. Sekaram a/l Odayam [2010] MLJU 1729, yang menyatakan: “………..I agree with the contention of the learned defence counsel that before the prosecu”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
Page 1 of 29 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI BUTTERWORTH DALAM NEGERI PULAU PINANG RAYUAN JENAYAH NO: PB-41S-7-06/2022
4
JAYANTHI A/P VEERASAMY ….PERAYU-PERAYU DAN PENDAKWA RAYA …RESPONDEN ALASAN PENGHAKIMAN Pendahuluan [1] Ini adalah rayuan oleh keempat-empat tertuduh yang terkilan terhadap perintah sabitan dan hukuman oleh Majistret (Hakim Bicara) atas pertuduhan yang dihadapi oleh keempat-empat tertuduh di bawah seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 yang boleh dihukum di bawah seksyen 135(1)(v)(aa) Akta yang sama. Pertuduhan adalah seperti berikut:- Page 2 of 29 “Bahawa kamu bersama-sama pada 13.06.2019 jam lebih kurang 00.30 hrs, di dalam sebuah premis SJ Lucky Stars Enterprise yang beralamat di No.19, Jalan Kendi Taman Merak Jaya, 14100 Simpang Ampat Pulau Pinang telah ditahan oleh Pegawai Kastam kerana memiliki barang tak berkastam iaitu:
1
San Miguel Pale Pilsen Premium Beer - 44 tin x 330 ml
2
Skol Beer 4% MDNP - 42 tin x 320 ml
3
Carlsberg Copenhagen 1847 MDNP 5% - 47 tin x 320 ml
4
Heineken Lager 5% MDNP - 44 Tin x 320 ml
5
Foster Lager Beer 4.9% Australia - 11 tin x 500 ml
6
Carsberg 5% MDNP - 17 tin x 500 ml
7
Skol Super Beer 9% - 17 tin x 500 ml
8
Super Strong Southan Lager beer - 37 tin x 500 ml
9
Grant’s Blended Scotch Whisky 40% - 4 btl x 1000 ml 10.Dewar’s True Scotch “White Label” whisky - 4 btl x 1000 ml bernilai RM 704.44 di mana barang-barang tersebut adalah barang yang dilarang pengimportan di bawah Butiran 3, Bahagian II, Jadual Ketiga Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017 [P.U.(A) 490], dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 yang boleh dihukum di bawah seksyen 135(1)(v)(aa) Akta yang sama. [2] Selanjutnya Hakim Bicara telah menjatuhi hukuman terhadap keempat-empat tertuduh seperti berikut:-
1
Tertuduh Pertama, Kedua dan Ketiga: 16 bulan penjara dari tarikh sabitan.
2
Tertuduh keempat: 8 bulan penjara dari tarikh sabitan. [3] Mahkamah ini setelah mendengar rayuan tersebut, memutuskan bahawa perintah sabitan adalah tidak selamat, maka Mahkamah ini Page 3 of 29 telah membenarkan rayuan dan memerintahkan kesemua tertuduh dilepas dan dibebaskan. [4] Pihak pendakwaan yang terkilan dengan keputusan tersebut telah memfailkan Notis Rayuan ke Mahkamah Rayuan pada 14 Ogos 2023. Ini adalah alasan penghakiman saya terhadap keputusan membenarkan rayuan tertuduh-tertuduh dan mengenepikan perintah sabitan dan hukuman oleh Mahkamah Majistret. Fakta Kes [5] Fakta Kes sepertimana dinyatakan oleh Hakim Bicara dalam Alasan Penghakiman, iaitu bahawa pada 13.06.2019 jam lebih kurang 12.30 malam, SP4 telah mengetuai pasukan serbuan yang disertai oleh lima
5
orang anggota Kastam membuat rondaan sehingga ke Simpang Ampat dan mendapati sebuah kedai runcit masih beroperasi. Kedai runcit tersebut adalah SJ Lucky Stars Enterprise yang beralamat di No.19 Jalan Kendi, Taman Merak Jaya 14100 Simpang Ampat, Pulau Pinang. Pasukan Serbuan telah memberhentikan kereta di hadapan kedai tersebut untuk membuat pemeriksaan. [6] Pasukan Serbuan telah masuk ke dalam kedai tersebut, dan mereka mendapati Tertuduh Pertama (Sashitaran) berada di kaunter kedai. SP1 telah memberitahu Tertuduh Pertama tujuan mereka datang ke kedai tersebut. Page 4 of 29 [7] Selanjutnya anggota pasukan serbuan telah menjalankan pemeriksaan di dalam premis kedai tersebut dan hasil pemeriksaan mendapati di dalam dua buah peti sejuk, SP1 menemui sebilangan minuman beer tak berkastam. SP2 pula menemui empat (4) botol whisky di bawah kaunter dan empat (4) botol whisky lagi di dalam almari di bahagian belakang kaunter. [8] SP4 telah mengarahkan SP2 untuk mengambil gambar-gambar barang kes yang ditemui serta menyediakan rajah kasar. Gambar-Gambar tersebut telah ditandakan sebagai Ekshibit P1 (1-29) manakala rajah kasar ditandakan sebagai Ekshibit P2. [9] SP3 juga membuat pemeriksaan di bahagian belakang kedai tetapi tidak menemui apa-apa barang salah. Selanjutnya SP3 telah menyediakan Borang Bongkar. SP3 juga memaklumkan bahawa barang-barang kes yang dirampas dari premis tersebut telah dimasukkan ke dalam dua (2) buah kotak besar yang dijumpai di dalam premis tersebut. [10] Tertuduh Pertama gagal mengemukakan sebarang dokumen berkenaan minuman-minuman keras yang ditemui tersebut. Barang rampasan dan tertuduh pertama telah dibawa balik ke Bahagian Penguatkuasaan Pejabat Marin Pulau Pinang untuk tindakan selanjutnya. [11] SP4 telah menyediakan Laporan Polis No Repot: Simpang Ampat 002140/19 (P4), Notis Sitaan bertarikh 15.06.2019 (P5) dan Borang Page 5 of 29 serah menyerah Barang kes (P6). Semua barang kes telah diserahkan kepada SP8 iaitu Pegawai Penyiasat. SP4 juga memaklumkan bahawa barang-barang kes yang dirampas dialih ke dalam sembilan
9
buah kotak kecil yang lain kerana 2 kotak besar yang asal telah rosak dan basah. [12] Ahli Kimia (SP5) mendapati bahawa barang kes mengandungi cecair yang merupakan “intoxicating liquor” sebagaimana ditakrifkan di bawah seksyen 2(1) Akta Kastam 1967. [Rujuk Laporan Kimia P24, di m/s 15 - 18, Rekod Rayuan Jilid 3] [13] Pegawai Penjenisan (SP6) juga mengesahkan bahawa barang kes diperjeniskan di bawah Kod Tarif 2203.00.91 00, 2203.00.99 00 dan 2208.30.91 00. [Rujuk Keputusan Penjenisan P26, di m/s 31 - 32, Rekod Rayuan Jilid 3]. [14] Pegawai Penilaian (SP7) juga mengesahkan bahawa barang kes mempunyai jumlah cukai sebanyak RM 3,016.30. [Rujuk Keputusan Penilaian P39, di m/s 35 - 36, Rekod Rayuan Jilid 3]. [15] SP8 telah mendapatkan pengesahan dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (P53) yang menunjukkan Tertuduh Kedua, Ketiga dan Keempat merupakan pengarah-pengarah bagi syarikat SJ Lucky Stars Enterprise sejak 17.02.2016. Page 6 of 29 Dapatan Hakim Bicara di akhir kes pendakwaan [16] Hakim bicara telah membuat penilaian maksimum terhadap keterangan pihak pendakwaan dan mendapati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kesemua empat elemen pertuduhan dan seterusnya berjaya membuktikan kes prima facie terhadap kesemua tertuduh, justeru keempat-empat tertuduh dipanggil untuk membela diri. Elemen pertama: kempat-empat tertuduh secara bersesama dengan berpengetahuan memiliki barang larangan import iaitu minuman keras bernilai RM 704.44. [17] Berdasarkan keterangan SP 1, SP2, SP3 dan SP4 bahawa pada tarikh dan masa seperti dalam pertuduhan mereka telah terlibat dengan satu serbuan di sebuah premis dikenali sebagai SJ Lucky Stars Enterprise yang beralamat di No. 19, Jalan Kendi, Taman Merak Jaya 14100 Simpang Ampat Pulau Pinang. [18] Semasa serbuan dilakukan terdapat seorang lelaki berbangsa India (tertuduh pertama) berada di bahagian kaunter di premis tersebut. Pasukan serbuan telah menjalankan pemeriksaan dan mendapati di bahagian kaunter dan di dalam dua peti sejuk terdapat sejumlah minuman keras yang merupakan barang larangan import. Page 7 of 29 [19] Selanjutnya Hakim bicara berpendapat, memandangkan hanya tertuduh pertama berada di dalam premis pada masa serbuan tersebut, maka tertuduh pertama seharusnya berpengetahuan dan mempunyai milikan terhadap barang larangan import tersebut. Tertuduh pertama juga telah gagal mengemukakan apa-apa dokumen untuk membuktikan bahawa barang tersebut telah diimport secara sah. [20] Hakim bicara menyatakan walaupun pada masa serbuan mereka tidak berada di premis tersebut, mereka tidak dapat menafikan penglibatan mereka terhadap milikan barang-barang larangan import tersebut kerana melalui carian SSM (P53), menunjukkan Tertuduh kedua, ketiga dan keempat merupakan pemilik perniagaan SJ Lucky Stars Enterprise dan mereka mempunyai kawalan dan jagaan terhadap premis tersebut. [21] Hakim Bicara selanjutnya menyatakan bahawa “Mahkamah sesungguhnya percaya bahawa mereka turut bersubahat dengan OKT 1 untuk menyimpan barang-barang tersebut seperti dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan”. Page 8 of 29 Elemen kedua: Barang-barang yang dirampas adalah minuman keras yang merupakan barang larangan import di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017. [22] Hakim bicara telah merujuk kepada seksyen 2(1) Akta Kastam 1967 yang memberikan definisi “barang larangan” dan di Butiran 3 Bahagian II Jadual Ketiga dalam Perintah Kastam (Mengenai Larangan Import)
2017
Berdasarkan kedua-dua peruntukan ini, menunjukkan bahawa barang yang dirampas adalah barang larangan import. [23] Selanjutnya barang yang dirampas telah dihantar ke Jabatan kimia untuk dianalisa dan ahli Kimia (SP5) melalui Laporan Kimia (P24) mengesahkan bahawa barang-barang rampasan tersebut adalah “intoxicating liquor” yang digunakan sebagai suatu minuman seperti yang ditakrifkan di bawah seksyen 2(1) Akta kastam 1967. [24] Pada botol-botol minuman keras tersebut tidak dilekatkan dengan label cukai (tax stamp) yang diluluskan oleh ketua Pengarah Kastam. Tertuduh-tertuduh juga gagal mengemukakan apa-apa dokumen untuk membuktikan pengimportan telah dilakukan menurut cara dan kaedah yang ditetapkan oleh Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017. [25] Berdasarkan perkara-perkara yang dinyatakan di atas, Hakim bicara berpuashati bahawa barang-barang yang dirampas seperti yang dinyatakan dalam pertuduhan adalah barang larangan import. Page 9 of 29 Elemen Ketiga: Tertuduh-tertuduh mempunyai pengetahuan dan kawalan keatas milikan barang-barang tersebut. [26] Hakim Bicara bergantung kepada anggapan statutori di bawah seksyen 135(2) Akta Kastam 1967, yang menyatakan seperti berikut:- “(2) In any prosecution under this section or section 139 any dutiable, uncustomed or prohibited goods shall be deemed to be dutiable, uncustomed or prohibited goods, as the case may be, to the knowledge of the defendant unless the contrary be proved by such defendant.” [27] Seksyen 135(2) ini meletakkan beban kepada tertuduh-tertuduh untuk membuktikan mereka tiada pengetahuan mengenai barang yang dirampas adalah barang larangan import. [28] Hakim Bicara berpuashati bahawa fakta kes dan “surrounding circumstances” menunjukkan bahawa kesemua tertuduh mempunyai pengetahuan mengenai minuman keras yang dijumpai di premis tersebut adalah barang larangan import. Dapatan Hakim bicara adalah berdasarkan fakta bahawa semasa serbuan dilakukan, hanya tertuduh pertama berada di dalam premis tersebut. Oleh itu tertuduh pertama mempunyai kawalan terhadap premis dan minuman keras tersebut. [29] Hakim bicara berpendapat bahawa tertuduh kedua, ketiga dan keempat juga mempunyai kawalan keatas premis tersebut kerana mereka adalah pemilik perniagaan di premis tersebut berdasarkan exhibit P53. Hakim bicara juga menyatakan “secara tidak langsung Page 10 of 29 mereka mempunyai pengetahuan berhubung dengan barang-barang yang terdapat dalam premis tersebut”. Elemen Keempat: Tertuduh-tertuduh telah bersama-sama melakukan kesalahan menyimpan barang larangan import [30] Hakim Bicara mendapati tiada keterangan terus daripada saksi-saksi pendakwaan untuk menunjukkan niat bersama tertuduh-tertuduh. Tetapi niat bersama telah dibuktikan melalui fakta dan “surrounding circumstance”, iaitu fakta bahawa tertuduh pertama telah ditahan di dalam premis tersebut bersama-sama dengan barang larangan import yang dijumpai di dalam premis tersebut dan tertuduh kedua, ketiga dan keempat merupakan pemilik bersama premis perniagaan tempat barang larangan itu dirampas, ini menunjukkan mereka juga turut terlibat dalam penyimpanan barang larangan tersebut kerana mereka bersubahat dengan tertuduh pertama, walaupun pada masa serbuan mereka tidak berada di premis tersebut”. [31] Kesimpulan oleh Hakim bicara bahawa berdasarkan penilaian menyeluruh terhadap keterangan yang dikemukakan, pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap tertuduh. Oleh itu tertuduh-tertuduh di panggil membela diri. (Perenggan 39 Alasan penghakiman). Page 11 of 29 Kes Pembelaan [32] Keempat-empat tertuduh telah memberi keterangan secara bersumpah. Berdasarkan keterangan mereka, Hakim bicara mendapati fakta kes pembelaan bahawa pada 13.6.2019 jam 12.30am semasa SD1 sedang bersiap-siap untuk menutup kedai, tiba-tiba premis / kedai tersebut telah didatangi oleh seramai empat orang anggota Kastam hendak memeriksa kedai. [33] Anggota Kastam tersebut telah membawa keluar barang-barang dari kereta Kastam dan meletakkan di dalam kedai serta mengambil gambar barang-barang tersebut. Kemudiannya SD1 ditangkap dan SD1 diminta menghubungi pemilik kedai untuk datang ke kedai. Pemilik kedai ialah SD2, SD3 dan SD4. [34] SD2 datang ke kedai selepas menerima panggilan telefon daripada SD1 dan SD3. Apabila sampai di kedai, SD2 nampak SD1 telah ditangkap oleh pihak Kastam. SD2 telah diarahkan untuk mengikut anggota Kastam berserta SD1 ke Pejabat Kastam Pulau Pinang. [35] SD2 dalam keterangannya menyatakan bahawa perniagaan SJ Lucky Star Enterprise menjual barangan runcit dan telah menjalankan perniagaan sejak tahun 2016. SD2 juga mengesahkan bahawa kedai tersebut diuruskan oleh SD1 dan kunci kedai dipegang oleh SD1. Page 12 of 29 [36] SD3 ialah adik kepada SD2 dan merupakan pemilik bersama premis perniagaan bersama ibu mereka, SD4. SD3 dalam keterangannya menafikan penglibatannya dalam perniagaan di premis tersebut dan pada masa kejadian dia berada di Sungai Petani. [37] SD3 mendapat maklumat berkaitan serbuan di premis kedai tersebut apabila dia dihubungi melalui telefon oleh SD1. SD3 kemudiannya menghubungi SD2 untuk pergi ke premis tersebut kerana diminta oleh pihak kastam. SD3 telah ditangkap di IPD Sungai Petani selepas seminggu tangkapan keatas SD1. [38] SD4 dalam keterangannya mengesahkan bahawa dia ialah ibu kepada SD2 dan SD3. Dia juga adalah rakan kongsi perniagaan tersebut tetapi tidak terlibat dalam hal ehwal perniagaan. SD4 mendakwa bahawa dia hanya menurunkan tandatangan untuk mendaftarkan perniagaan tersebut di SSM. SD4 menyatakan semasa SD1 ditangkap, SD4 berada di rumah dan selepas dua hari SD1 ditangkap barulah SD4 mengetahui tentang tangkapan ke atas SD1. Dapatan Hakim Bicara di akhir kes pembelaan [39] Berdasarkan keterangan keempat-empat tertuduh, Hakim bicara merumuskan bahawa satu-satunya pembelaan yang dikemukakan oleh kesemua tertuduh adalah barang-barang tersebut bukan milik mereka, sebaliknya barang-barang tersebut di bawa masuk oleh pihak Page 13 of 29 Kastam ke premis perniagaan tersebut sebagai satu “frame up” dan “fabrication” oleh pihak Kastam. [40] Walaupun pihak pembelaan telah menimbulkan isu ini dalam kes pendakwaan, tetapi ianya hanya secara umum. Soalan-soalan yang diajukan kepada saksi pendakwaan tidak mencadangkan secara terperinci berkenaan dakwaan bahawa barang-barang kes tersebut dibawa masuk oleh pihak Kastam. [41] SD1 dalam keterangannya tidak memberikan kronologi serta butir-butir barang kes yang dikatakan dimasukkan oleh pihak Kastam ke dalam premis tersebut. Jika dakwaan tersebut benar, ianya merupakan satu dakwaan yang serius kerana ianya merupakan satu penganiayaan terhadap keempat-empat tertuduh. [42] Hakim bicara berpuashati bahawa isu penganiayaan tidak ditimbulkan secara spesifik oleh pihak pembelaan semasa dalam kes pendakwaan. Pihak pembelaan juga sepatutnya membuat Laporan Polis jika pihak Kastam benar-benar menganiaya mereka. [43] Memandangkan kesemua tertuduh tidak membuat laporan polis berkaitan isu penganiayaan, maka Hakim bicara merumuskan bahawa pembelaan keempat-empat tertuduh adalah “afterthought” dan penafian tertuduh-tertuduh berkenaan milikan barang kes tersebut tidak mewujudkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. SD1 juga mengakui bahawa barang-barang tersebut adalah miliknya. Page 14 of 29 [44] Berdasarkan dapatan di atas, Hakim Bicara memutuskan bahawa pihak pembelaan telah gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan, maka keempat-empat tertuduh di dapati bersalah dan disabitkan kesalahannya seperti dalam pertuduhan. Analisis dan dapatan Mahkamah ini [45] Pihak tertuduh di dalam Petisyen rayuan telah mengemukakan 50 alasan rayuan yang boleh diringkaskan seperti berikut:- a) Pertuduhan adalah cacat kerana kegagalan menyatakan kesalahan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan. b) Samada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan. c) Samada tertuduh-tertuduh berjaya mematahkan beban bukti yang terletak kepada tertuduh-tertuduh seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 119 Akta Kastam 1967 atau menimbulkan keraguan yang munasabah; dan d) Samada hukuman terhadap tertuduh-tertuduh adalah hukuman melampau (“excessive sentence”). [46] Mahkamah ini akan meneliti keempat-empat isu tersebut berdasarkan Rekod Rayuan untuk memutuskan samada Hakim Bicara tidak khilaf dalam membuat keputusannya bahawa pihak pendakwaan telah Page 15 of 29 berjaya membuktikan kes prima facie terhadap keempat-empat tertuduh. Jika ianya telah berjaya dibuktikan, maka adakah pembelaan telah berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. Peruntukan undang-undang [47] Pertuduhan adalah di bawah seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967, yang memperuntukkan seperti berikut (dalam Bahasa asal);- S. 135. Penalty for various smuggling offences
1
Whoever-
a
(a)......
b
(b)......
c
(c)......
d
knowingly harbours, keeps, conceals, or is in possession of, or permits, suffers, causes or procures to be harboured, kept or concealed, any uncustomed or prohibited goods;
e
(e)......
f
(f)......
g
(g)...... shall be guilty of an offence and shall, on conviction –
i
(i)…;
II
(ii)...;
III
(iii)...;
IV
(iv)...;
v
in the case of cigarettes containing tobacco or intoxicating liquor which are prohibited goods - Page 16 of 29 (aa) be liable for the first offence to a fine of not less than ten times the value of the goods or one hundred thousand ringgit, whichever is the greater amount, and of not more than twenty times the value of the goods or five hundred thousand ringgit, whichever is the greater amount, or to imprisonment for a term of not less than six months and not more than five years or to both; and (bb) ... [48] Mahkamah juga merujuk kepada Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang menyatakan seperti berikut (dalam Bahasa asal): "When a criminal act is done by several persons, in furtherance of the common intention of all, each of such persons is liable for that act in the same manner as if the act were done by him alone." [49] Berdasarkan peruntukkan yang tersebut di atas, maka elemen-elemen pertuduhan yang mesti dibuktikan oleh pihak pendakwaan adalah:-
1
Barangan yang disenaraikan dalam pertuduhan adalah barang larangan import di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017 2. Bahawa keempat-empat tertuduh dengan disedari / pengetahuan memiliki barangan tersebut.
3
Kesemua empat orang tertuduh mempunyai niat bersama di bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan Isu [a]: Kecacatan Pada Pertuduhan [50] Sebelum Mahkamah membincangkan lebih lanjut mengenai elemen pertuduhan, terlebih dahulu Mahkamah menyentuh mengenai isu yang Page 17 of 29 dibangkitkan oleh pihak pembelaan yang menyatakan bahawa “Pertuduhan cacat” kerana tidak menyebut mengenai seksyen 34 Kanun keseksaan. [51] Dalam konteks undang-undang jenayah, pertuduhan cacat adalah merujuk kepada pertuduhan yang mengandungi kesilapan, peninggalan atau kekurangan yang boleh menyebabkannya tidak mencukupi dari segi undang-undang, boleh mengelirukan dan memprejudiskan tertuduh serta boleh menjejaskan keupayaan tertuduh untuk mengemukakan pembelaan yang berkesan serta mendapat perbicaraan yang adil. [52] Oleh itu adalah penting bagi pihak pendakwaan untuk merangka pertuduhan dengan teliti bagi memastikan ia adalah kukuh dari segi undang-undang dan menggambarkan dengan tepat kesalahan yang didakwa. Begitu juga, pihak pembelaan haruslah mengenal pasti dan membangkitkan sebarang kecacatan dalam pertuduhan semasa prosiding berlangsung untuk melindungi hak tertuduh. [53] Di dalam pertuduhan di sini dinyatakan “BERSAMA-SAMA” dan tidak dinyatakan “DALAM MENCAPAI NIAT BERSAMA” (in furtherance of common intention) dan tidak dinyatakan “DI BACA BERSAMA SEKSYEN 34 KK”. [54] Mahkamah ini berpandangan bahawa memang terdapat perbezaan antara "didakwa bersama" dan "niat bersama". Bagi tertuduh yang didakwa bersama, mereka terlibat secara aktif dalam jenayah itu Page 18 of 29 secara bersama-sama, manakala bagi tertuduh yang mempunyai niat bersama, mereka secara langsung atau tidak langsung melakukan jenayah itu tetapi mereka juga bertanggungjawab ke atas tindakan orang lain yang bertindak dalam mencapai objektif jenayah bersama. Kedua-dua prinsip itu digunakan untuk memastikan mereka yang terlibat dalam kegiatan jenayah, sama ada secara langsung atau tidak, boleh dipertanggungjawabkan di bawah undang-undang. [55] Mahkamah ini menerima hujahan Responden (pihak pendakwaan) bahawa seksyen 34 Kanun Keseksaan hanya merupakan suatu peraturan berhubung keterangan dan bukan suatu undang-undang kesalahan substantive. Kegagalan memasukkan peruntukkan tersebut tidak menjadikan pertuduhan dalam kes ini cacat. [56] Mahkamah ini juga merujuk kes Mohd Amin bin Mohd Razali & ors vs PP (2003) 4 MLJ 129, yang mana telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan bahawa: “kegagalan untuk memasukkan perkataan “niat bersama” di dalam pertuduhan tidaklah bermakna seksyen 34 tidak boleh dipakai jika keterangan atas rekod membuktikan niat bersama. Pertuduhan tersebut tidak boleh dikatakan cacat atau telah memprejudiskan Perayu. Ia perlu dibuktikan dahulu bahawa Perayu telah diprejudiskan dengan ketiadaan perkataan “niat bersama tersebut”. [57] Sebagai rumusannya, dengan berpandukan nas yang dinyatakan di atas, Mahkamah ini berpendapat apabila tertuduh didakwa secara bersama, ini menunjukkan pihak pendakwaan juga bergantung Page 19 of 29 kepada niat bersama oleh tertuduh-tertuduh untuk melakukan perbuatan seperti yang dipertuduhkan. Dalam erti kata lain, mereka dituduh bertindak bersama-sama dengan niat yang sama untuk mencapai objektif jenayah. [58] Dalam isu ini, Mahkamah memutuskan bahawa pertuduhan yang dikemukakan adalah teratur dan tidak cacat. Mahkamah juga mendapati tiada keterangan yang menunjukkan bahawa keempat-empat tertuduh diprejudiskan oleh ketinggalan perkataan “niat bersama dan seksyen 34 Kanun Keseksaan” dalam pertuduhan. Isu [b] : Sama ada pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie. [59] Pihak pendakwaan dikatakan berjaya membuktikan kes prima facie, apabila semua elemen pertuduhan berjaya dibuktikan menurut seksyen 180 Kanun Prosedur Jenayah. [60] Suatu kes “Prima Facie” dinyatakan dalam kes: Looi Kow Chai & Anor v. Public Prosecutor [2003] @ MLJ 65 at 81 (E-F) (MR), [2002] 2 MLRA 383, iaitu:- “It is therefore follows that there in only once exercise that a judge sitting alone under Section 180 of the Code has to undertake at the close of Prosecution case. He, must subject the Prosecution evidence to the maximum evaluationand to ask himself the question, if decide to call upon the accused to enter his defence and he elects to remain silent, am I prepared to convict him on the totality of the evidence contained in the Prosecution case? If the answer is in Page 20 of 29 negative then no prima facie case has been made out and the Accused would be entitled to an acquittal”. [61] Dalam kes Public Prosecutor v. Ong Cheng Heong [1998] 6 MLJ 678 at 691, [1998] 2 MLRH 345, Mahkamah Rayuan juga menerangkan pendekatan yang perlu diambil menurut Seksyen 173(f) dan 180 KPJ di akhir kes pendakwaan. Begitu juga dalam kes Pendakwa Raya lawan Mohd Radzi bin Abu Bakar [2006] 6 CLJ 465, [2005] 2 MLRA 590, [2005] 6 MLJ 393 yang mana Mahkamah Persekutuan juga menerima pakai ujian-ujian yang disyaratkan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Looi Kow Chai. Elemen pertama: Barangan yang disenaraikan dalam pertuduhan pindaan adalah barang larangan import di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017 [62] Apakah barang larangan? Seksyen 2 Akta Kastam 1967 mentakrifkan Barang Larangan sebagai “barang-barang yang mana import atau eksportnya dilarang, samada dengan mutlak atau dengan bersyarat oleh suatu perintah di bawah Seksyen 31 atau oleh mana-mana undang-undang bertulis lain. [63] Di dalam kes ini, Perintah-perintah dan undang-undang bertulis yang terpakai sepertimana yang dinyatakan dalam Seksyen 2 Akta Kastam 1967 di atas adalah merujuk kepada Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017, di Butiran 3 Bahagian II Jadual Ketiga di mana Page 21 of 29 minuman keras boleh diimport dengan cara-cara yang dinyatakan iaitu label cukai (tax stamp) yang diluluskan oleh Ketua pengarah Kastam hendaklah dilekatkan pada botol minuman keras. [64] Hakim Bicara dalam Alasan penghakimannya telah menyatakan bahawa dalam kes ini label cukai (tax stamp) tidak terdapat pada botol-botol minuman keras yang dirampas. Tertuduh-tertuduh juga telah gagal mengemukakan apa-apa dokumen untuk membuktikan bahawa minuman keras tersebut telah dimport menurut cara dan kaedah yang ditetapkan oleh Perintah kastam (Larangan Import) 2017 sepertimana yang diperuntukkan di Butiran 3, Bahagian II, Jadual Ketiga. Hakim bicara juga mendapati berdasarkan keterangan SP5 dan Laporan Kimia (P24), bahawa minuman yang dirampas adalah “intoxicating liquor” yang digunakan sebagai suatu minuman seperti yang ditakrifkan di bawah seksyen 2(1) Akta kastam 1967. [65] Mahkamah ini mendapati Hakim bicara adalah betul dalam memutuskan bahawa “barang-barang tak berkastam” adalah termasuk “barang-barang larangan import”. Di dalam kes ini adalah jelas bahawa barang yang dirampas sebagaimana yang dinyatakan dalam pertuduhan adalah berkaitan “barang larangan import”. Minuman keras adalah barang larangan import di bawah perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017. [66] Selanjutnya Mahkamah ini mendapati Hakim Bicara telah dengan betul memutuskan bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan elemen pertama bahawa barang-barang tersebut adalah barang Page 22 of 29 larangan import di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017. Elemen Kedua: Bahawa keempat-empat tertuduh dengan disedari / pengetahuan menyimpan barangan tersebut. [67] Mahkamah dapati Hakim Bicara menerima hujahan pihak pendakwaan bahawa anggapan di bawah seksyen 135(2) Akta Kastam 1967 adalah terpakai di dalam kes ini, iaitu suatu barang larangan adalah dianggap sebagai barang larangan dengan disedari / dengan pengetahuan tertuduh melainkan tertuduh membuktikan sebaliknya. Seksyen 135(2) menyatakan seperti berikut:- “(2) In any prosecution under this section or section 139 any dutiable, uncustomed or prohibited goods shall be deemed to be dutiable, uncustomed or prohibited goods, as the case may be, to the knowledge of the defendant unless the contrary be proved by such defendant.” [68] Mahkamah ini merujuk kepada keputusan Sharma J dalam kes Wolfgang Pzetzholdt v. Public Prosecutor [1970] 1 NLRH 284, [1970] 2 MLJ 195, yang menyatakan: “…………….there is no doubt that the presumption came into operation once it was proved that the prohibited goods were in the possession of the appellant. All the presumption says is that the appellant was thereby deemed to have knowledge that those goods were prohibited good or uncustomed goods unless he proved to the contrary………….” Page 23 of 29 [69] Mahkamah juga merujuk kepada kes Pendakwa Raya v. Sekaram a/l Odayam [2010] MLJU 1729, yang menyatakan: “………..I agree with the contention of the learned defence counsel that before the prosecution can invoke the presumption under Section 135(2) of the Customs Act 1967, the element of possession of the prohibited items by the respondent/ accused has to be established. In other words, that this is a “parasitic presumption” which does not stand alone but relies on the proof of possession. Without proof of possession the element of “knowingly concerned” cannot be established………..” [70] Berpandukan kepada dua kes yang dinyatakan di atas, Mahkamah ini menegaskan bahawa adalah menjadi tugas dan beban kepada pihak pendakwaan untuk terlebih dahulu membuktikan bahawa barang larangan import itu di dalam milikan kesemua tertuduh bagi membolehkan anggapan di bawah s. 135(2) digunakan. [71] Mahkamah ini berpendapat bahawa Hakim Bicara tidak boleh terus bergantung kepada anggapan di bawah seksyen 135(2) Akta Kastam bahawa tertuduh-tertuduh dengan disedari terlibat di dalam memiliki barang-barang kes tersebut tanpa terlebih dahulu membuktikan pemilikan oleh kesemua tertuduh. [72] Mahkamah ini mendapati Hakim Bicara telah memutuskan bahawa kesemua tertuduh memiliki barang larangan tersebut atas alasan bahawa tertuduh pertama adalah penjaga kedai, manakala tertuduh kedua, ketiga dan keempat ialah pemilik perniagaan. [73] Mahkamah ini berpendapat hanya kerana tertuduh pertama berada dalam premis tersebut pada masa serbuan dilakukan dan tertuduh Page 24 of 29 kedua, ketiga dan keempat sebagai pemilik perniagaan tersebut, tidak menjadikan kesemua tertuduh mempunyai milikan terhadap barang kes. [74] Mahkamah ini merujuk kepada suatu kes klasik yang masih relevan penghakimannya iaitu Toh Ah Loh and Mark Thim v. Rex [1948] 1 LNS 72; [1949] 1 MLJ 54, di mana Gordon Smith AG CJ menegaskan bahawa: "........possession, in order to incriminate a person, must have the following characteristics. The possessor must know the nature of the thing possessed, must have in him a power of disposal over the thing. If these factors are absent, his possession can raise no presumption of mens rea, without which (except by statute) possession cannot be criminal........." [75] Berpandukan penghakiman kes di atas, adalah menjadi beban kepada pihak pendakwaan untuk membuktikan elemen-elemen pertuduhan khususnya elemen pemilikan sebelum menggunapakai anggapan pengetahuan di bawah Seksyen 135(2) Akta Kastam 1967. [76] Pihak pendakwaan mempunyai tugas untuk membuktikan barang kes tersebut berada dalam kawalan dan jagaan serta pengetahuan kesemua tertuduh. Meneliti keterangan saksi-saksi pendakwaan, Mahkamah ini mendapati tiada seorang pun dari saksi-saksi pendakwaan dapat mengesahkan bahawa keempat-empat tertuduh memiliki barang kes tersebut. Page 25 of 29 [77] Melalui keterangan saksi-saksi pendakwaan, adalah jelas bahawa tertuduh pertama merupakan seorang pekerja di kedai tersebut dan tertuduh kedua, ketiga dan keempat adalah pemilik perniagaan. Tanpa keterangan-keterangan lain yang lebih kukuh, Mahkamah ini berpendapat adalah tidak mencukupi untuk membuktikan bahawa kesemua tertuduh mempunyai milikan, kawalan dan jagaan keatas barang rampasan tersebut. [78] Memandangkan pihak pendakwaan gagal membukikan bahawa keempat-empat tertuduh mempunyai milikan keatas barang larangan tersebut, maka anggapan di bawah seksyen 135(2) kesemua tertuduh dengan disedari (mempunyai pengetahuan) menyimpan barang larangan import adalah tidak dapat diaktifkan. [79] Mahkamah ini memutuskan bahawa Hakim bicara telah terkhilaf apabila memutuskan bahawa anggapan statutori di bawah seksyen 135(2) Akta Kastam 1967 terpakai apabila pihak pendakwaan gagal membuktikan bahawa kesemua tertuduh mempunyai milikan dan kawalan terhadap barang larangan tersebut. Elemen Ketiga: Kesemua empat orang tertuduh mempunyai niat bersama di bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan [80] Pihak pendakwaan telah mengemukakan pertuduhan dengan niat bersama di bawah seksyen 34 Kanun Keseksaan untuk menjadikan keempat-empat tertuduh bersalah. Seksyen 34 Kanun Keseksaan Page 26 of 29 menjadikan seseorang bertanggungjawab atas suatu kesalahan yang dilakukan oleh individu lain, iaitu dengan siapa dia mempunyai niat bersama untuk melakukan kesalahan tersebut. Seksyen 34 Kanun Keseksaan menyatakan:- When a criminal act is done by several persons, in furtherance of the common intention of all, each of such persons is liable for that act in the same manner as if the act were done by him alone. [81] Seksyen 34 Kanun Keseksaan mengiktiraf prinsip “vicarious liability” dalam undang-undang jenayah. Untuk menggunakan seksyen 34, tidak perlu menunjukkan tindakan tertuduh-tertuduh, kes pendakwaan boleh bergantung kepada keterangan ikut keadaan. [Rujuk kes: Suresh v. State of Uttar Pradesh AIR [2001] SC 1344, and Hari Ram v. State of Uttar Pradesh [2004] 3 LRI 523 (SC), yang telah diikuti oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Sabarudin Non v. PP & Other Appeals [2005] 1 CLJ 466 CA.] [82] Selanjutnya berdasarkan keputusan dalam nas-nas duluan iaitu Sabarudin Non v. PP & Other Appeals [2005] 1 CLJ 466 CA; Namasiyiam Doraisamy v. Public Prosecutor & Other Cases [1987] CLJ Rep 241 SC, bahawa kewujudan niat bersama dalam setiap kes adalah satu persoalan fakta yang perlu dibuktikan sebagai satu inferens berdasarkan keadaan sesuatu kes tersebut. Niat bersama dapat diandaikan melalui perbincangan sebelum kejadian atau persetujuan bersama sebelum melakukan kesalahan. Niat seperti ini boleh berkembang daripada perancangan sebelum kesalahan, atau semasa pelaksanaan kesalahan, atau secara tiba-tiba. Page 27 of 29 [83] Meneliti keterangan saksi-saksi pendakwaan, Mahkamah ini tidak mendapati sebarang bukti wujudnya perancangan awal atau persetujuan bersama antara keempat-empat tertuduh, sama ada secara langsung atau dari keterangan ikut keadaan dalam kes ini. Keterangan yang ada tidak menunjukkan bahawa pada bila-bila masa kesemua tertuduh mempunyai niat bersama atau secara bersama memiliki barang rampasan tersebut. [84] Hakim bicara berpuashati bahawa semasa serbuan hanya tertuduh pertama berada di premis tersebut, manakala tertuduh yang lain merupakan pemilik perniagaan SJ Lucky Stars Enterprise berdasarkan ekshibit P53 iaitu carian SSM. Selanjutnya Hakim bicara menyatakan bahawa “mereka tidak dapat menafikan penglibatan mereka terhadap milikan barang larangan import tersebut. Mahkamah percaya bahawa mereka turut bersubahat dengan tertuduh pertama untuk menyimpan barang-barang tersebut dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan”. [85] Mahkamah ini mendapati bahawa Hakim bicara telah terkhilaf apabila memutuskan bahawa “mereka turut bersubahat ……. dan dibaca bersama dengan seksyen 34”. Ini kerana persubahatan dan niat bersama adalah dua perkara yang berbeza yang dikawal selia oleh peruntukan undang-undang yang berbeza. Dalam pertuduhan yang dirangka keatas tertuduh-tertuduh tidak wujud perkataan bersubahat, malah dalam keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan, tidak membuktikan kewujudan elemen persubahatan dan tidak membuktikan wujudnya niat bersama. Page 28 of 29 [86] Berdasarkan dapatan Hakim Bicara yang tersebut di atas, Mahkamah ini berpendapat bahawa Hakim Bicara telah terkeliru dalam menilai keterangan saksi-saksi dan beliau tidak mengarahkan mindanya dengan jelas dalam membuat keputusan di akhir kes pendakwaan. [87] Mahkamah ini mendapati bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan niat bersama di bawah seksyen 34 Kanun Keseksaan. Kesimpulan [88] Maka, berdasarkan alasan-alasan di atas Mahkamah ini berpuas hati bahawa terdapat salah arah yang serius berlaku ketika di peringkat kes Pihak Pendakwaan lagi. Tertuduh-tertuduh sepatutnya tidak dipanggil membela diri. Mahkamah ini mendapati wujud kekhilafan oleh Hakim bicara dalam membuat keputusan sepertimana yang dibincangkan di atas dan mewajarkan campur tangan Mahkamah. [89] Selanjutnya di akhir kes pembelaan, Mahkamah dapati Hakim bicara telah gagal untuk membuat penilaian yang maksima terhadap keseluruhan keterangan di dalam perbicaraan kes ini sehingga menyebabkan ketidakadilan berlaku apabila tertuduh-tertuduh didapati bersalah dan disabitkan atas pertuduhan dan seterusnya dijatuhi hukuman seperti yang dirayu oleh tertuduh-tertuduh di hadapan Mahkamah ini. [90] Mahkamah juga mendapati rayuan ini mempunyai merit, dan Mahkamah berpendapat bahawa sabitan keatas kesemua tertuduh Page 29 of 29 adalah tidak selamat. Oleh itu Mahkamah ini berkewajiban untuk membenarkan rayuan oleh tertuduh-tertuduh dan mengenepikan perintah sabitan dan hukuman yang dikenakan keatas keempat-empat tertuduh. Justeru, kesemua tertuduh dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan yang dikenakan terhadap mereka. Bertarikh: 4.10.2023 (FATHIYAH BINTI IDRIS) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya di Butterworth Pulau Pinang Bagi pihak Perayu-Perayu: Loo Yook Khin Tetuan Y.K. Loo & Co. Peguam Bela dan Peguam Cara Bagi pihak Responden: Nur Anida binti Mohd Nasir
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.