Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI MERSING DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM KES JENAYAH NO: JJ-85-60-10/2022 PENDAKWA RAYA lwn.
JJ-85-60-10/2022
Magistrates Court of Malaysia19 Sept 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“(iv) after defence is called, the accused elects to give evidence, then go through the steps set out in Mat v. Public Prosecutor [1963]1 LNS 82; [1963] MLJ 263.”. [27] Setelah meneliti keterangan-keterangan saksi dan bukti-bukti dokumentasi yang dikemukakan secara keseluruhan. Pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI MERSING DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM KES JENAYAH NO: JJ-85-60-10/2022 PENDAKWA RAYA lwn.
1
OKS 1, See Choon Yong @ Khoh Ri Ling dan OKS 2, Tan Kok Boon telah dituduh di bawah seksyen 160 Kanun Keseksaan. Pertuduhan tersebut adalah seperti berikut: - PERTUDUHAN “BAHAWA KAMU BERSAMA-SAMA PADA 02/10/2022, JAM LEBIH KURANG 10.40 PAGI DI HADAPAN KEDAI MAKAN JI MEE FOOD, TERMINAL BAS & TEKSI, JALAN JETI, DALAM DAERAH MERSING, DI DALAM NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM YANG MERUPAKAN SUATU TEMPAT AWAM, TELAH MELAKUKAN GADUH GEMPAR. OLEH YANG DEMIKIAN KAMU BERSAMA-SAMA TELAH MELAKUKAN SUATU KESALAHAN YANG BOLEH DIHUKUM DI BAWAH SEKSYEN 160 KANUN KESEKSAAN.” S/N W0/lzndFnkK/YfA5k1xe3w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 2 HUKUMAN “BOLEH DIHUKUM DENGAN PEMENJARAAN SELAMA TEMPOH YANG BOLEH SAMPAI 6 BULAN ATAU DENGAN DENDA YANG BOLEH SAMPAI RM1000.00 ATAU DENGAN KEDUA-DUANYA.”
2
OKS 2 telah mengaku salah dan dijatuhkan hukuman denda RM 500.00 gagal bayar 1 bulan penjara manakala OKS 1 telah membuat pengakuan tidak bersalah.
3
Pihak Pendakwaan telah memanggil seramai 6 orang saksi bagi membuktikan kes mereka seperti berikut: i. SP1 – Tan Kok Boon ii. SP2 – Tan Peng How iii. SP3 – Inspektor Muhammad Fitri bin Azhari iv. SP4 – Dr. Norasyafikah binti Rosli v. SP5 – Dr. Nordiyana binti Mohd Amir vi. SP6 – Inspektor Mohd Harizi bin Ab Latif
4
Pihak Pendakwaan juga telah mengemukakan sebanyak 10 ekshibit untuk menyokong kes di peringkat pendakwaan: i. P1 - Laporan Polis Mersing/3727/22 ii. P2A-D - 4 keping Gambar Tempat Kejadian iii. P3A-D - 4 keping Gambar Kecederaan SP1/OKS 2 iv. P4 - Laporan Polis Mersing/3729/22 v. P7A-D - 4 keping Gambar Kecederaan OKS1 vi. P9 - Laporan Perubatan OKS 1 vii. ID10 - Laporan Perubatan SP1/OKS2 viii. ID11 - Kad Merah Tan Kok Boon ix. P12 - Rajah Kasar Tempat Kejadian x. WSSP6 - Penyata Saksi SP6
5
Pihak Pembelaan telah memanggil seramai 2 orang saksi seperti berikut: i. SD1 – See Choon Yong @ Khoh Ri Ling ii. SD2 – Mohamad Azizi Bin Bahudin S/N W0/lzndFnkK/YfA5k1xe3w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 3
6
Manakala, Pihak Pembelaan telah mengemukakan sebanyak 3 ekshibit sewaktu pemeriksaan balas terhadap saksi-saksi pendakwaan seperti berikut:- i. D5(1-27) - 27 keping Gambar Premis disewakan kepada PW1 ii. D6 - Pendrive mengandungi rakaman video tempat kejadian iii. D8 - Laporan Polis Mersing/3725/22
7
Pada 2.10.2022 sekitar jam 10.40 pagi, semasa OKS 1 dan SP1/OKS2 berada di hadapan Kedai Makan Ji Mee Food, Terminal Bas & Teksi, Jalan Jeti Mersing, kedua-dua OKS telah bergaduh dan memukul antara satu sama lain sehingga menyebabkan kecederaan. OKS 1 mengalami kecederaan di lengan sebelah kanan dan belakang badan manakala OKS2 telah cedera di jari kanan dan tangan kiri akibat pergaduhan tersebut. OKS1 telah membuat laporan polis sebagaimana Mersing/3725/22 dan OKS2 telah membuat laporan polis sebagaimana Mersing/3727/2022.
8
Inspektor Harizi, iaitu Pegawai Penyiasat di dalam kes ini telah ke tempat kejadian untuk membuat rajah kasar serta mengambil gambar tempat kejadian. Semasa berada di tempat kejadian, Inspektor Harizi telah mengesahkan bahawa tempat kejadian atalah tempat awam di mana orang mempunyai akses untuk masuk dan keluar.
9
Pegawai perubatan yang merawat OKS1 dan OKS2 telah mengesahkan kecederaan yang dialami oleh OKS1 dan OKS2 dan kecederaan adalah konsisten dengan sejarah OKS1 serta OKS2.
10
Perbuatan OKS1 serta OKS2 juga telah menggangu ketenteraman awam kerana pada hari kejadian, saksi telah mengesahkan bahawa terdapat ramai orang di tempat kejadian ketika kejadian pergaduhan berlaku di antara OKS1 dan OKS2. S/N W0/lzndFnkK/YfA5k1xe3w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 4
11
Seksyen 159 Kanun Keseksaan menerangkan tentang apa yang dimaksudkan dengan gaduh-gempar: - Apabila dua orang atau lebih, mengganggu ketenteraman awam, dengan jalan bergaduh di tempat awam, mereka adalah dikata "melakukan suatu gaduh-gempar". “When two or more persons, by fighting, in a public place, disturb the public peace, they are said to “commit an affray”.
12
Oleh itu, Pihak pendakwaan perlu membuktikan elemen-elemen bagi kes gaduh-gempar seperti berikut: -
i
Dua orang atau lebih (two or more persons);
II
(ii) Bergaduh (fighting);
III
(iii) Tempat Awam (public place); dan
IV
(iv) Menggangu ketenteraman awam (disturb public peace) (lihat the elements of the offence for committing affray in Ratanlal & Dhirajlal's Law of Crimes, 26th edn, p. 732) Elemen pertama – Dua orang atau lebih (Two or more persons). [13] Elemen pertama telah berjaya dibuktikan berdasarkan keterangan berikut: 1) SP1 menyatakan bahawa beliau berada di tempat kejadian dan telah bergaduh dengan OKS 1 pada jam lebih kurang 10 pagi. 2) Penyataan SP1 disahkan oleh SP2 yang menyatakan beliau berada di tempat kejadian dan melihat bahawa OKS1 telah memarahi SP1 dan menggunakan tongkat untuk menyerang SP1 lebih dari 2 kali sehingga menyebabkan kecederaan di jari kanan. S/N W0/lzndFnkK/YfA5k1xe3w 3) Pengecaman terhadap OKS1 juga telah dibuat oleh SP1/OKS 2 dan juga SP2. 4) Ia juga disokong oleh Laporan Polis Mersing 3727/22 (P1) menyatakan berlaku pergelutan antara SP1/OKS 2 dan OKS 1 yang menunjukkan ia melibatkan 2 orang dalam kejadian gaduh-gempar tersebut. Elemen Kedua – Fighting (Bergaduh) [14] Bagi elemen kedua, definisi bergaduh seperti yang dinyatakan dalam Ratanlal & Dhirajlal's Law of Crimes, 26th edn, p. 732, ‘Two or more persons’ – The fight must be between two or more persons. An affray requires two sides fighting. Passive submission by one party to a beating by the other will not do. Nor will mere howling in pain do. An answering of the challenge or war-cry or even any active non-violent resistance might do. So where a person does not resist back violently or nonviolent resistance might do. So where a person does not resist back violently when he is beaten by others, the assailants cannot be convicted under this section. (lihat dalam kes Navindran A/L Narayanan v Public Prosecutor [2018] 1 LNS 888) [15] Dalam kes Mohd Ridzuan Gun Bin Abdullah & Anor v Public Prosecutor [2021] 1 LNS 1383, JC telah merujuk pada Ratanlal and Dhirajlal ‘The Law of Crimes’ (24th Edition) mengenai elemen “sudden fight”: “The word ‘fight” is used to convey something more than a verbal quarrel. “Fight” postulates a bilateral transaction in which blows are exchanged. It takes two to make a fight. A fight is a combat between two persons. It is not necessary that weapons should be used in a fight. An affray can be a fight even if only one party in the fight is successful in landing a blow on his opponent. In order to constitute fight, it is necessary that blows should be exchanged even if they do not all find their target. The word “sudden” implies that the fight should not have been pre-arranged”. S/N W0/lzndFnkK/YfA5k1xe3w [16] Elemen kedua telah berjaya dibuktikan daripada keterangan berikut: 1) Keterangan SP1 menyatakan bahawa OKS 1 telah datang membawa tongkat dan memukul SP1 sehingga mengalami kecederaan di jari kanan. Ini telah disahkan oleh keterangan SP2 yang menyatakan ada melihat OKS1 menggunakan tongkat menyerang SP1 sehingga mengakibatkan kecederaan di tangan. 2) Laporan Polis Mersing 3727/22 (P1) menyatakan berlaku pergelutan antara SP1 dan OKS 1 sehingga SP1 tercedera akibat dipukul. 3) Gambar kecederaan SP1/OKS2 (P3) dan OKS1 (P7) menunjukkan terdapat kecederaan yang dialami oleh mereka berdua semasa pergaduhan berlaku. Ini telah disokong oleh Laporan Perubatan OKS1 (P9) yang telah disahkan oleh keterangan SP4 dan juga Laporan Perubatan SP1/OKS2 (ID10) yang telah disahkan oleh keterangan SP5 mengenai kecederaan yang dialami. 4) Ini menunjukkan terdapat “exchange of blows” antara OKS 1 dan SP1 dan bukan “passive submission” semasa pergaduhan tersebut. Elemen Ketiga – Tempat Awam (Public Place) [17] Seksyen 3 Akta Tafsiran 1948 and 1967 memberikan tafsiran “tempat awam” seperti berikut:- “public place” includes every public highway, street, road, bridge, square, court, alley, lane, bridle way, footway, parade, wharf, jetty, quay, public garden or open space, and every theatre, place of public entertainment of any kind or other place of general resort to which admission is obtained by payment or to which the public have access; S/N W0/lzndFnkK/YfA5k1xe3w [18] Mahkamah juga merujuk kepada Rantanlal & Dhirajalal’s Law of Crimes, 26th edn, p. 734 bagi definisi “tempat awam”: - ”… It has to established that the site is actually used as a path by the members of the public. Where the contention of the defence was that the ingredients of section 159, namely 'public place' had not been proved by the prosecution, and the lower court having elaborately discussed the evidence adduced on the question had found that the portion in question was a private pathway and not a public pathway, it was held that the ingredient of ‘public place’ not having been proved beyond doubt, the accused would be entitled to the benefit of doubt.” [19] Seterusnya, elemen ketiga juga telah berjaya dibuktikan daripada keterangan berikut:- 1) SP1 ketika memberikan keterangan telah mengesahkan kejadian berlaku di hadapan Kedai Ji Mee food yang mana ia adalah tempat awam. Gambar tempat kejadian Eksbit P2(A-D) telah dicamkan oleh SP1. 2) SP6 juga melalui penyata saksi yang ditanda WSSP6 telah mengesahkan perkara berikut: -
i
Kejadian berlaku di hadapan Kedai Ji Mee food
II
(ii) Tempat kejadian adalah tempat awam
III
(iii) Rajah Kasar Ekshibit P12 juga telah dicamkan oleh SP1 3) SP2 juga ketika memberikan keterangan telah mengesahkan tempat kejadian adalah di hadapan gerai makanan Jimmy Food dalam stesen bas, di terminal bas dan teksi Mersing. Gambar tempat kejadian Ekshibit P2(A-D) telah dicamkan oleh SP2. Elemen Keempat - Menggangu ketenteraman awam (disturb public peace) [20] Bagi isu keempat ini, Mahkamah merujuk definisi menganggu ketenteraman awam di dalam Rantanlal & Dhirajalal’s “Law of Crimes”, 26th edn, p. 734, yang menyatakan seperti berikut: - S/N W0/lzndFnkK/YfA5k1xe3w
9
‘Disturb the public peace’ – It is essential that there must be a disturbance of the public peace. The offence under this section postulates the commission of a definite assault or breach of peace, Mere quarrelling in a street over money matters without exchange of blows is not sufficient. Even if there is no exchange of blows, there should be an exchange of some violence between the contending parties before it can be said that the parties are fighting. If one person uses violence against another and the other person remains passive, it cannot be said that there is a fighting between two persons. There must be definite disturbance of the public peace due to the fight in the public place to make the offence of affray. Mere causing of inconvenience to the public is not sufficient. That the parties fought in a public place and that would have surely caused annoyance to the public is not sufficient to convict the accused of the offence of affray. There must be definite evidence of disturbance of public peace. [21] Merujuk kepada kes Public Prosecutor v Koo Gee Leong & Ors [1962] 1 MLJ 101, Mahkamah Tinggi memutuskan: The Magistrate found that there had been a fight between two or more persons and that the fight was in a public place but refused to call on the defence because he said that there was no evidence that the fight must have disturbed the public peace. It was because of this finding that the learned Deputy Public Prosecutor appealed. I think the learned Magistrate had mis-understood the commentary given in Ratanlal (19th Edition), pages 372 & 373. It says this: ' Disturb the public peace.' – It is essential that there must be a disturbance of the public peace. – The offence under this section postulates the commission of a definite assault or breach of the peace. Mere quarrelling in a street over money matters without exchange of blows is not sufficient. This clearly postulates that once there has been a fight with blows struck, there has been disturbance of the peace and no further proof by the prosecution is necessary. This is also so in England. [22] Berdasarkan otoriti kes yang telah dirujuk, elemen menganggu ketenteraman awam wujud apabila satu pergaduhan tercetus di tempat awam dan tiada bukti lanjut yang diperlukan daripada pihak pendakwa. S/N W0/lzndFnkK/YfA5k1xe3w [23] Elemen terakhir iaitu kejadian gaduh-gempar tersebut menggangu ketenteraman awam di dalam kes ini juga berjaya dipenuhi apabila SP2 iaitu saksi mata di tempat kejadian memberikan keterangan dan mengesahkan bahawa terdapat orang lain di tempat kejadian seperti ibu beliau, Pemilik Ji Mee Food, tourist, pemilik warung dan orang awam yang lain. [24] Mahkamah juga merujuk kepada video rakaman (D6) dimana jelas kelihatan terdapat beberapa orang awam di sekeliling cuba meleraikan pergaduhan dan menenangkan OKS 1, SP1 dan juga SP2. Selain itu, terdapat juga beberapa orang awam yang kelihatan menjauhkan diri dari tempat kejadian. PRIMA FACIE [25] Seksyen 173 (f) (i) Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) memperuntukkan: “When the case for the prosecution is concluded the Court shall consider whether the prosecution has made out a prima facie case against the accused.” [26] Beban pembuktian bagi kes di peringkat pendakwaan adalah beban prima facie. Menurut Seksyen 180 Kanun Tatacara Jenayah (selepas ini dirujuk sebagai “KTJ”), pihak pendakwaan perlu membuktikan suatu kes prima facie di akhir kes pendakwaan. Merujuk kepada Seksyen 173 (h)(i) KTJ, ia menyatakan bahawa di akhir kes pendakwaan, mahkamah perlu mempertimbangkan sama ada pihak pendakwaan telah membuktikan suatu kes prima facie terhadap OKS. Pengujian suatu kes prima facie adalah seperti yang diputuskan di dalam kes PP v Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457: [15] For the guidance of the courts below, we summarise as follows the steps that should be taken by a trial court at the close of the prosecution’s case -
i
the close of the prosecution’s case, subject the evidence led by the prosecution in its totality to a maximum evaluation. Carefully scrutinise the credibility of each of the prosecution’s witnesses. Take into account all reasonable inferences that may be drawn from that evidence. If the evidence admits of two or more inferences, then draw the inference that is most favourable to the accused;
II
(ii) ask yourself the question: If I now call upon the accused to make his defence and he elects to remain silent am I prepared to convict him on the evidence now before me? If the answer to that question is “Yes”, then a prima facie case has been made out and the defence should be called. If the answer is “No” then, a prima facie case has not been made out and the accused should be acquitted;
III
(iii) after the defence is called, the accused elects to remain silent, then convict;
IV
(iv) after defence is called, the accused elects to give evidence, then go through the steps set out in Mat v. Public Prosecutor [1963]1 LNS 82; [1963] MLJ 263.”. [27] Setelah meneliti keterangan-keterangan saksi dan bukti-bukti dokumentasi yang dikemukakan secara keseluruhan. Pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie. OKT telah dipanggil untuk membela diri. [28] OKT telah diterangkan dengan tiga pilihan selaras dengan seksyen 173 (ha) KTJ. OKT telah memberi keterangan bersumpah. KES PEMBELAAN [29] Pada masa kejadian, OKS 1 bersama-sama pemandu keretanya telah pergi ke Stesen Bas Food Court Centre di Mersing untuk sarapan pagi. [30] Kemudian, OKS 1 telah terserempak dengan SP1/OKS 2 iaitu Tan Kok Boon, yang berada di Food Court Centre tersebut untuk sarapan juga bersama-sama keluarganya. Namun, secara tiba-tiba SP1/OKS 2 telah memarahi OKS1. [31] OKS 1 menyatakan di keterangannya bahawa SP1 dan anaknya, SP2, iaitu Tan Peng How, telah datang menuju ke meja OKS 1 dan telah menumbuk OKS1 sehingga terjatuh. Kemudian, OKS 1 telah dibawa pergi dari tempat kejadian. [32] OKS 1 menyatakan bahawa OKS 1 tidak ada pukul SP1 atau SP2 langsung. Sebaliknya, hanya OKS 1 sahaja yang dipukul mereka. S/N W0/lzndFnkK/YfA5k1xe3w [33] OKS 1 juga menyatakan di keterangannya bahawa punca SP1 memarahinya adalah berpunca dari perselisihan faham mengenai isu sewaan rumah oleh SP1. ANALISA KES PEMBELAAN [34] Seterusnya, Mahkamah harus menilai semula kesemua keterangan saksi-saksi yang terlibat di dalam kes ini bagi menentukan sekiranya pihak pembelaan telah berjaya menimbulkan sebarang keraguan munasabah di dalam kes ini. Sama ada elemen Fighting (Bergaduh) wujud [35] Isu utama yang dibangkitkan oleh pihak pembelaan bahawa ia bukan satu pergaduhan melainkan OKS 1 telah diserang terlebih dahulu sehingga berlaku kekecohan. [36] Di dalam keterangan OKS 1, beliau menyatakan bahawa OKS 2 telah datang menyerang dan menumbuk beliau sehingga beliau terjatuh seterusnya memijak perut OKS 1 bersama-sama dengan SP2. Selepas OKS 1 jatuh, pemandu beliau mengangkat beliau untuk bantu berdiri dan bawa ke kerusi berhampiran untuk duduk. [37] Keterangan OKS 1 disokong oleh keterangan saksi pembelaan, SD2 yang menyatakan beliau terdengar bunyi macam orang bergaduh sewaktu sedang bertugas menyapu sampah jaraknya 2-3-meter dari tempat kejadian. SD2 pergi ke tempat kejadian dan melihat bahawa SP1 telah memarahi OKS 1 kemudian pergi ke arah OKS 1 lalu menumbuk beliau sehingga jatuh. [38] Apabila Mahkamah meneliti semula video rakaman (D6), Mahkamah mendapati bahawa OKS 1 telah jatuh ke bawah dalam keadaan terbaring dan cuba diangkat oleh orang awam yang berdekatan. Kelihatan juga SP2 dalam S/N W0/lzndFnkK/YfA5k1xe3w keadaan marah manakala SP1 yang telah ditenangkan oleh orang awam berada jauh sedikit daripada OKS 1. [39] Oleh yang demikian, ini menunjukkan bahawa ada kemungkinan bahawa OKS 1 telah dipukul oleh SP1/OKS 2 dan tiada elemen pergaduhan antara mereka berlaku memandangkan SP1/OKS 2 yang memulakan menumbuk OKS 1 terlebih dahulu sehingga OKS 1 terjatuh dan OKS tidak membalas pukulan tersebut (berdasarkan video rakaman D6). Sama ada saksi-saksi pembelaan adalah kredibel [40] Pihak pendakwaan menyatakan bahawa OKS 1 adalah saksi yang tidak kredibel kerana ketika soal balas OKS 1 mengakui bahawa beliau tidak berapa ingat kejadian tersebut berikutan ia telah berlaku pada tahun 2022, hanya mengetahui nama sebenar SP1 setelah datang ke Mahkamah, gagal menyatakan nama 2 lelaki cina yang terlibat dalam kejadian ini. [41] Mahkamah meneliti keterangan-keterangan OKS 1 semasa pemeriksaan utama, balas dan semula dan mendapati walaupun ada ketika ingatan beliau agak samar dan kabur namun apabila ditanyakan soalan demi soalan, beliau mampu untuk menjawabnya dengan konsisten. [42] Tingkah laku/Demeanor OKS 1 yang menangis juga diambil kira memandangkan sewaktu memberi keterangan menyatakan bahawa apabila OKS 1 terjatuh, SP1 bersama SP2 telah menggunakan kaki memijak perut beliau sehingga menyebabkan beliau kesakitan. Tambahan lagi, OKS 1 menyatakan bahawa OKS 1 berada dalam ketakutan selepas kejadian itu kerana OKS 1 hanya berbadan kecil dan SP1 dan SP2 berbadan besar dan jika ditolak akan jatuh. [43] Pihak pendakwaan juga menyatakan bahawa SD2 adalah saksi yang tidak kredibel dan tidak boleh dipercayai kerana tiada sebarang bukti menunjukkan beliau ada di situ, bekerja sebagai tukang sapu di Terminal Bas Mersing di S/N W0/lzndFnkK/YfA5k1xe3w bawah SWM Environment (tiada tanda pengenalan, surat, slip gaji, letter offer mahupun gambar dirinya sebagai pekerja dilampirkan). [44] Mahkamah telah berhati-hati dalam menerima keterangan SD2 memandangkan tiada sebarang bukti pengenalan SD2 sebagai tukang sapu di bawah SWM Environment sewaktu kejadian walaupun SD2 telah memberi keterangan bersumpah di Mahkamah. Mahkamah berpendapat keterangan SD2 dapat diterima pakai memandangkan SD2 dapat memberikan keterangan tentang keberadaan beliau di tempat kejadian (tandaan Z di gambar tempat kejadian) dan dapat mengecam warna pakaian OKS 1 dan SP1 sewaktu kejadian. SAMA ADA PEMBELAAN OKT BERJAYA MENIMBULKAN KERAGUAN YANG MUNASABAH. [45] Di akhir kes pembelaan, pihak pendakwaan masih perlu membuktikan kes mereka di luar keraguan munasabah, berdasarkan peruntukan Seksyen 176
m
(m)(i) KTJ yang menyatakan seperti berikut:
m
(i) At the conclusion of the trial, the Court shall consider all the evidence adduced before it and shall decide whether the prosecution has proved its case beyond reasonable doubt. [46] Di dalam kes PP v Bernadito L. Alejandro Jr. [2015] 1 LNS 1507, Mahkamah Rayuan telah menjelaskan kewajiban mahkamah untuk menilai semula kesemua keterangan kes di peringkat pendakwaan dan pembelaan dengan memutuskan seperti berikut: We, therefore, find no merit in the argument that the trial judge made two inconsistent findings, one at the end of the prosecution case and another at the end of the defence case because it is trite that at the end of the defence case the trial judge must re-evaluate all the evidence of the prosecution and defence and ask himself whether the prosecution had proven its case beyond S/N W0/lzndFnkK/YfA5k1xe3w reasonable doubt or, as the case may be whether the defence had cast a reasonable doubt on the prosecution case. (See Seow Wei Hoong v. Public Prosecutor [2002] 1 LNS 338). It is obvious that a finding made at the end of the prosecution case is not necessarily immutable because if this is so, it would not be necessary to reevaluate all the evidence at the end of the defence case. It is an essential element of our criminal justice system that the trial judge must re-evaluate all the evidence at the end of the defence case and in so doing may make a finding which is at variance with an initial finding made at the prosecution stage of the trial. The question of inconsistency does not, therefore, arise. [47] Berdasarkan analisa kes pembelaan, Mahkamah mendapati pihak pembelaan telah berjaya menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah bahawa OKS 1 mungkin telah diserang/dipukul oleh SP1/OKS 2 dan OKS 1 tidak membalas serangan tersebut berdasarkan rakaman video D6. (rujuk seksyen 173 (m) (i) KTJ dan Radhi Yaakob v Public Prosecutor [1991] 1 CLJ (Rep) 311). KESIMPULAN [48] Setelah mahkamah membuat penilaian yang semaksimum mungkin terhadap keseluruhan kes, bermula dari kes di peringkat pendakwaan sehingga kes di peringkat pembelaan, mahkamah ini berpuashati dan berpendapat pihak pembelaan telah berjaya untuk menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah di dalam kes ini. [49] Oleh yang demikian, OKS dilepaskan dan dibebaskan. Berdasarkan keputusan ini, Mahkamah juga memerintahkan supaya wang jaminan sejumlah RM1,000.00 yang telah didepositkan di Mahkamah dikembalikan kepada OKT. BERTARIKH: 13 NOVEMBER 2025 S/N W0/lzndFnkK/YfA5k1xe3w Disediakan oleh, (NURKHALIDA FARHANA BINTI ABU BAKAR) Majistret Mahkamah Majistret Mersing Johor KAUNSEL: Bagi pihak pendakwaan – Afdhallan Syafiq Timbalan Pendakwa Raya Bagi pihak peguam bela – Desmond, Ramesh Vasa & Michael Lau; Tetuan Ramesh Vasan & Co. Kes-kes yang dirujuk: Mohd Ridzuan Gun bin Abdullah & Anor v Public Prosecutor [2021] 1 LNS 1383 Public Prosecutor v Koo Gee Leong & Ors [1962] 1 MLJ 101 PP v Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.