Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUALA LUMPUR (BAHAGIAN SIVIL) DI DALAM NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: WA-A52NCvC-14-01/2023
WA-A52NCvC-14-01/2023
Sessions Court of Malaysia11 Jun 2026
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“an balik (burden of proving repayment) terletak pada pihak bank sebaik sahaja pelanggan membuktikan kewujudan deposit melalui resit asal. Di dalam kes Voo Foot Yiu v Oversea-Chinese Banking Corpn Ltd [1936] MLJ 56, Mahkamah memutuskan seperti berikut : "The production of the fixed deposit receipt by the depositor is pr”
“langgan/pendeposit dengan pihak bank adalah berasaskan hubungan Penghutang (Debtor) dan Pemiutang (Creditor). Prinsip am ini dinyatakan di dalam kes Kian Lup Construction v Hongkong Bank Malaysia Bhd [2002] MLJU 252. Bank bertindak sebagai penghutang yang meminjam wang pelanggan dan mempunyai obligasi mutlak untuk memu”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUALA LUMPUR (BAHAGIAN SIVIL) DI DALAM NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: WA-A52NCvC-14-01/2023
1
ANTARA SEE SWEE PENG
2
HENG SAU WAH (NO. K/P: 470419-10-5036) ... PLAINTIF-PLAINTIF DAN HONG LEONG BANK BERHAD (NO. SYARIKAT: 193401000023 [97141-X]) ... DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN A. PENGENALAN [1] Kes ini melibatkan suatu tuntutan oleh Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua (yang merupakan ibu kepada Plaintif Pertama) terhadap Defendan, Hong Leong Bank Berhad. Tuntutan ini dikemukakan bagi menuntut bayaran prinsipal dan faedah terakru di bawah dua (2) Resit Simpanan Tetap (Fixed Deposit Receipts) asal yang dikeluarkan oleh Hong Leong Finance Berhad pada 31 Disember 1996. 26/06/2026 13:51:14 WA-A52NCvC-14-01/2023 Kand. 41 S/N dM7PBozph0K7VJ5Rmh0mqg [2] Defendan merupakan sebuah institusi perbankan berlesen yang telah mengambil alih keseluruhan aset, liabiliti, dan perniagaan Hong Leong Finance Berhad melalui satu Perintah Peletakhakan (Vesting Order) Mahkamah Tinggi yang berkuat kuasa pada 1 Ogos 2004. [3] Setelah mendengar perbicaraan penuh dan meneliti hujahan bertulis serta dokumen-dokumen yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak, saya membenarkan tuntutan Plaintif-Plaintif seperti dipohon berserta kos. B. LATAR BELAKANG [4] Pada 31 Disember 1996, Plaintif-Plaintif telah mendepositkan wang berjumlah RM101,286.47 ke dalam dua akaun simpanan tetap (FD) berasingan di Hong Leong Finance Berhad (HLFB). Perincian peletakan deposit tersebut adalah seperti berikut:
i
Resit FD No. 563872: Jumlah RM50,643.24 pada kadar faedah 7.30% setahun.
II
(ii) Resit FD No. 563873: Jumlah RM50,643.23 pada kadar faedah 7.30% setahun. Kedua-dua simpanan tetap ini diletakkan untuk tempoh matang asal selama satu (1) bulan. [5] Resit-resit simpanan tetap asal tersebut telah tersalah letak oleh Plaintif-Plaintif selama bertahun-tahun. Pada September 2021, semasa Plaintif Pertama mengemas dokumen-dokumen milik ibunya (Plaintif Kedua), beliau telah menjumpai semula kedua-dua resit FD asal tersebut dalam keadaan fizikal yang masih baik dan utuh. [6] Susulan daripada penemuan tersebut, Plaintif Pertama telah hadir ke cawangan Defendan di Wisma Hong Leong pada 6 Oktober 2021 untuk mengemukakan resit asal dan menuntut pengeluaran wang prinsipal berserta faedah terakru dari mula simpanan tetap di buat sehingga tarikh semasa. [7] Walau bagaimanapun, pihak Defendan enggan membuat sebarang pembayaran atas alasan tiada rekod mengenai akaun-akaun tersebut di dalam S/N dM7PBozph0K7VJ5Rmh0mqg sistem komputer/pangkalan data semasa mereka. Defendan mendakwa bahawa baki akaun tersebut adalah kosong dan berkemungkinan besar wang tersebut telah pun dikeluarkan oleh Plaintif sebelum penggabungan entiti pada tahun 2004. [8] Plaintif-Plaintif telah mengambil tindakan susulan dengan membuat semakan di Jabatan Akauntan Negara (tetapi tiada rekod wang tak dituntut) serta membuat aduan rasmi kepada Bank Negara Malaysia. Namun, Defendan tetap tegas dengan pendiriannya tidak membuat bayaran balik simpanan tetap tersebut. [9] Peguam cara Plaintif-Plaintif kemudiannya menghantar Surat Tuntutan (Letter of Demand) bertarikh 21 November 2022. Defendan mengakui penerimaan surat tersebut pada 23 November 2022 tetapi gagal atau enggan menyelesaikan tuntutan tersebut. Akibatnya, Plaintif-Plaintif memfailkan tindakan undang-undang ini pada awal tahun 2023. C. ASAS TUNTUTAN KES DAN ALASAN SOKONGAN [10] Tuntutan Plaintif-Plaintif adalah berasaskan kontrak perbankan (special banking contract) yang diwujudkan melalui pengeluaran dua Resit Simpanan Tetap asal yang sah. Alasan-alasan berikut dijadikan sandaran oleh plaintif untuk membuat tuntutan ini.
i
Pegangan Fizikal Resit Asal: Plaintif-Plaintif masih memegang dan telah mengemukakan resit fizikal simpanan tetap asal di Mahkamah. Mengikut amalan dan undang-undang perbankan, pemulangan/penyerahan resit asal kepada pihak bank adalah syarat wajib (condition precedent) sebelum sebarang pengeluaran wang deposit dibenarkan.
II
(ii) Tiada Pengeluaran Pernah Di buat Plaintif-Plaintif menegaskan bahawa mereka tidak pernah mengeluarkan wang simpanan tersebut pada bila-bila masa atau menyerahkan resit asal itu kepada HLFB atau Defendan sebelum ini. S/N dM7PBozph0K7VJ5Rmh0mqg
III
(iii) Pengakuan Implisit Pegawai Bank: Plaintif Pertama (SP1) memberikan keterangan bahawa seorang pegawai bank Defendan bernama Sonia Shirini telah memaklumkan bahawa pihak bank sedang melakukan pengiraan faedah tahun-tahun lepas (calculation of interest for past years) bagi tujuan penyediaan cadangan pembayaran (proposal to pay). Tindakan ini membentuk satu pengakuan implisit liabiliti oleh pihak bank.
IV
(iv) Liabiliti di bawah Perintah Peletakhakan 2004 Berdasarkan Perintah Peletakhakan Mahkamah Tinggi, Defendan mengambil alih semua liabiliti kontrak Hong Leong Finance Berhad (HLFB). Oleh itu, Defendan terikat dari segi undang-undang untuk menunaikan obligasi membayar balik simpanan tetap tersebut apabila resit asal dikemukakan. D. ALASAN KENAPA TUNTUTAN DITENTANG [11] Defendan menentang tuntutan ini berdasarkan alasan-alasan berikut:
i
Ketiadaan Rekod Dalam Sistem Defendan menegaskan bahawa tiada sebarang rekod aktif atau arkib mengenai akaun-akaun simpanan tetap berkenaan di dalam pangkalan data mereka sejak proses migrasi data dari HLFB di buat. Rekod menunjukkan akaun berkaitan mempunyai baki kosong (RM0.00).
II
(ii) Anggapan Pengeluaran Defendan berhujah bahawa memandangkan tempoh matang simpanan adalah satu (1) bulan dari 31 Disember 1996 dan tuntutan hanya di buat pada tahun 2021 (selepas tempoh 24 tahun), terdapat anggapan kuat bahawa wang tersebut telah pun dikeluarkan oleh Plaintif-Plaintif sebelum tahun 2004.
III
(iii) Ketiadaan Pembaharuan Automatik Defendan menyatakan bahawa tiada terma bertulis di dalam resit simpanan tetap tersebut yang memperuntukkan pembaharuan S/N dM7PBozph0K7VJ5Rmh0mqg automatik (automatic renewal) secara berterusan pada kadar faedah tetap 7.30% setahun selama hampir tiga dekad.
IV
(iv) Beban Bukti Di bawah Seksyen 102 Akta Keterangan 1950 bahawa beban bukti terletak pada Plaintif-Plaintif untuk membuktikan bahawa wang simpanan tersebut masih belum dibayar dan mereka berhak ke atas kadar faedah kontrak tersebut secara berterusan. E. ISU-ISU YANG PERLU DIPUTUSKAN [12] Mahkamah mendapati isu-isu utama yang perlu diputuskan adalah seperti berikut:
i
Sama ada pengemukaan Resit Simpanan Tetap asal oleh Plaintif merupakan bukti kukuh prima facie kewujudan deposit wang yang belum dibayar oleh pihak bank.
II
(ii) Sama ada kegagalan Defendan menyimpan atau menunjukkan rekod simpanan di dalam sistem dalamannya boleh menafikan hak kontrak Plaintif-Plaintif untuk menuntut wang deposit mereka.
III
(iii) Sama ada Plaintif-Plaintif berhak menuntut faedah kontrak pada kadar 7.30% setahun dari tarikh matang simpanan (29 Januari 1997) sehinggalah tarikh penghakiman diberikan. F. FAKTA DIPERSETUJU ATAU TIDAK DIPERTIKAIKAN [13] Berdasarkan pliding, fakta-fakta dipersetujui, keterangan saksi, dan dokumen-dokumen yang diterima sebagai bukti, berikut adalah fakta-fakta yang diakui atau tidak dipertikaikan di dalam kes ini:
1
Kedudukan Pihak-Pihak
a
Plaintif Pertama adalah anak perempuan kepada Plaintif Kedua.
b
Kedua-dua Plaintif merupakan pelanggan bank Defendan (Hong Leong Bank Berhad). S/N dM7PBozph0K7VJ5Rmh0mqg
c
Defendan merupakan sebuah bank berlesen yang diperbadankan di Malaysia.
2
Penggabungan dan Liabiliti Bank
a
Hong Leong Finance Berhad (HLFB) telah bergabung dengan Defendan pada atau sekitar 1 Ogos 2004.
b
Melalui suatu Perintah Peletakhakan (Vesting Order) oleh Mahkamah Tinggi Malaya bertarikh 27 Julai 2004, segala aset, liabiliti, dan perniagaan HLFB telah diletakhakkan atau diserahkan kepada Defendan.
3
Perincian Simpanan Tetap (FD) Asal
a
Pada 31 Disember 1996, Plaintif-Plaintif telah mendepositkan wang ke dalam dua (2) akaun simpanan tetap di HLFB.
b
Dua Resit Simpanan Tetap asal telah dikeluarkan oleh HLFB dengan butiran berikut:
i
Resit No. 563872: Berjumlah RM50,643.24.
II
(ii) Resit No. 563873: Berjumlah RM50,643.23.
c
Kadar faedah asal yang ditetapkan adalah 7.30% setahun.
d
Tempoh matang asal simpanan tersebut adalah untuk satu (1) bulan dan matang pada 29 Januari 1997.
e
Akaun simpanan tetap tersebut adalah tertakluk kepada terma dan syarat HLFB serta Peraturan dan Undang-undang Persatuan Syarikat-syarikat Kewangan Malaysia (AFCM).
4
Urutan Peristiwa Tuntutan
a
Pada atau sekitar 6 Oktober 2021, Plaintif-Plaintif telah hadir ke cawangan Defendan di Wisma Hong Leong untuk mengeluarkan wang deposit tersebut berserta faedah dengan mengemukakan resit-resit asal.
b
Defendan mengakui telah menerima Surat Tuntutan (Letter of Demand) daripada peguam cara Plaintif pada 23 November 2022. S/N dM7PBozph0K7VJ5Rmh0mqg
5
Status Rekod Semasa
a
Defendan mengakui bahawa tiada sebarang rekod mengenai akaun simpanan tetap tersebut ditemui dalam sistem pangkalan data atau arkib mereka (sistem CMOD) selepas proses migrasi data dari HLFB.
b
Rekod Defendan menunjukkan Plaintif-Plaintif masih mempunyai akaun-akaun lain yang aktif atau dikekalkan (seperti akaun semasa dan akaun simpanan tetap lain dengan baki kosong) setakat 4 April 2023.
c
Kedua-dua pihak mengakui bahawa wang deposit tersebut tidak pernah diserahkan kepada Jabatan Akauntan Negara sebagai wang tak dituntut. G. ANALISA DAN DAPATAN MAHKAMAH Hubungan antara Bank dan Penyimpan/Pelanggan/Pendeposit [14] Hubungan undang-undang antara seorang pelanggan/pendeposit dengan pihak bank adalah berasaskan hubungan Penghutang (Debtor) dan Pemiutang (Creditor). Prinsip am ini dinyatakan di dalam kes Kian Lup Construction v Hongkong Bank Malaysia Bhd [2002] MLJU 252. Bank bertindak sebagai penghutang yang meminjam wang pelanggan dan mempunyai obligasi mutlak untuk memulangkan wang tersebut apabila tuntutan di buat mengikut terma simpanan. Kewujudan Deposit dan Kesan Resit Asal [15] Mengenai keperluan resit asal sebagai syarat wajib pengeluaran wang, rujukan di buat kepada teks undang-undang Poh Chu Chai, Law of Banker and Customer (5th edn, Lexis Nexis 2004), Muka surat 52-54 yang menyatakan: "In Singapore, money in a deposit account is usually repayable by the bank subject to the fulfilment of the terms and conditions of the deposit by the depositor. Until the conditions of deposit are duly complied with by the depositor, the deposit does not become payable. The fulfilment of the conditions of deposit constitutes a condition precedent to the liability of the bank to repay the deposit." Prinsip undang-undang perbankan ini terpakai sepenuhnya di Malaysia. Bank tidak boleh dan tidak akan S/N dM7PBozph0K7VJ5Rmh0mqg melepaskan wang simpanan tetap melainkan resit simpanan tetap asal diserahkan balik oleh pelanggan. [16] Beban membuktikan pembayaran balik (burden of proving repayment) terletak pada pihak bank sebaik sahaja pelanggan membuktikan kewujudan deposit melalui resit asal. Di dalam kes Voo Foot Yiu v Oversea-Chinese Banking Corpn Ltd [1936] MLJ 56, Mahkamah memutuskan seperti berikut : "The production of the fixed deposit receipt by the depositor is prima facie evidence that the money is still owing by the bank, and the burden of proving that the money has been repaid lies on the bank." [17] Plaintif-Plaintif telah berjaya mengemukakan dua Resit Simpanan Tetap asal (No. Siri: 563872 & 563873) di Mahkamah. Kehadiran resit fizikal asal ini di tangan Plaintif mewujudkan inferens undang-undang yang sangat kuat bahawa wang deposit tersebut belum pernah dikeluarkan. [18] Berdasarkan amalan perbankan yang sah, jika pengeluaran telah dibuat, resit-resit asal ini wajib diserahkan, dibatalkan, dan disimpan oleh pihak bank. Fakta bahawa resit asal masih berada dalam milikan Plaintif mematahkan pendirian pihak Defendan yang menyatakan wang itu mungkin sudah dikeluarkan. [19] Walaupun pihak Defendan membuat sandaran kepada kes Standard Chartered Bank v Tiong Ngit Ting [1998] 5 MLJ 220 untuk membangkitkan "anggapan pembayaran" (presumption of payment) akibat tempoh masa yang lama, prinsip-prinsip dalam kes tersebut sebenarnya lebih menyokong pendirian Plaintif berdasarkan alasan-alasan berikut:
a
Prinsip utama dalam kes Standard Chartered menyatakan bahawa apabila seorang pelanggan memiliki resit yang dikeluarkan oleh bank bagi wang yang didepositkan, resit tersebut merupakan bukti prima facie terhadap bank mengenai wujudnya hutang kepada pelanggan.
b
Berbeza dengan kes Standard Chartered di mana dokumen yang dipegang (Eks P-1) hanyalah sekeping surat makluman kredit dan bukan resit FD yang lengkap, Plaintif dalam kes ini memegang dua Resit FD asal yang sah (No. 563872 & 563873) yang mengandungi butiran lengkap seperti kadar faedah dan tarikh matang. Oleh itu, bukti prima facie Plaintif adalah jauh lebih kukuh dan tidak boleh dinafikan. S/N dM7PBozph0K7VJ5Rmh0mqg
c
Kes Standard Chartered mengakui amalan perbankan bahawa pembukaan akaun simpanan tetap akan diikuti dengan pengeluaran sijil atau resit, dan penyimpan wajib menyerahkan semula resit tersebut untuk membuat pengeluaran wang.
d
Resit FD Plaintif menyatakan secara nyata "Penyimpan hendaklah menandatangani semasa pengeluaran". Memandangkan resit asal masih berada dalam milikan fizikal Plaintif tanpa sebarang tandatangan pengeluaran, ini membuktikan secara teknikal bahawa pengeluaran tidak pernah berlaku mengikut syarat kontrak perbankan tersebut.
e
Dalam kes Standard Chartered, bank berjaya menafikan tuntutan plaintif kerana dokumen pelanggan tidak mempunyai terma yang lengkap, menyebabkan beban bukti tidak berpindah kepada bank. Walau bagaimanapun, prinsip perundangan menetapkan bahawa sebaik sahaja pelanggan membuktikan kewujudan deposit melalui resit asal yang lengkap, beban membuktikan pembayaran balik berpindah sepenuhnya kepada pihak bank.
f
Oleh kerana Plaintif telah mengemukakan resit asal yang lengkap, Defendan (HLBB) kini memikul beban undang-undang untuk membuktikan bahawa mereka telah membayar wang tersebut. Defendan gagal berbuat demikian dan sekadar memberikan alasan "tiada rekod", yang mana menurut prinsip undang-undang tidak mencukupi untuk mematahkan bukti dokumentari asal yang ada pada Plaintif.
g
Mahkamah dalam Standard Chartered memutuskan bahawa anggapan pembayaran timbul kerana dokumen pelanggan (Eks P-1) tidak mempunyai butiran penting seperti kadar faedah dan tempoh deposit, menyebabkan ia tidak boleh dianggap sebagai resit FD yang sah.
h
Memandangkan resit Plaintif mempunyai semua butiran penting tersebut, anggapan pembayaran yang digunakan dalam kes Standard Chartered tidak boleh terpakai secara automatik di sini. Kewujudan resit S/N dM7PBozph0K7VJ5Rmh0mqg fizikal yang lengkap dan bersih mematahkan anggapan bahawa wang tersebut telah dikeluarkan. [20] Selain itu , prinsip di dalam Public Bank Bhd v Ng Yoon Lin [2001] 5 MLJ 70 mendedahkan secara keseluruhannya ia menyokong kes Plaintif, atas alasan-alasan berikut:
a
Keperluan Mengembalikan Resit Asal Kes ini mengesahkan prinsip daripada kes Voo Foot Yiu (supra) bahawa terdapat keperluan mandatori untuk mengembalikan resit simpanan tetap (FD) asal sebelum sebarang pengeluaran boleh di buat. Dalam kes semasa, Plaintif masih memegang resit asal, yang mengukuhkan kedudukan mereka bahawa wang tersebut tidak pernah dikeluarkan.
b
Kecuaian dan Tanggungjawab Bank Dalam kes Public Bank, mahkamah memutuskan bahawa bank telah cuai dan melanggar kewajipan berhati-hati (duty of care) kerana mengeluarkan wang kepada pihak ketiga tanpa pengesahan yang wajar dan tanpa resit asal. Ini menyokong kedudukan Plaintif bahawa defendan sebagai sebuah bank tidak boleh melepaskan tanggungjawab kontrak mereka hanya dengan alasan ketiadaan rekod dalam sistem mereka.
c
Bukti Prima Facie Hutang Kes ini menyokong prinsip bahawa pengemukaan resit FD asal merupakan bukti prima facie kewujudan hutang bank kepada pelanggan. Sebaik sahaja deposit dibuktikan melalui resit asal, beban membuktikan pembayaran balik berpindah sepenuhnya kepada pihak bank.
d
Kegagalan Sistem Bukan Alasan Keputusan dalam kes Public Bank menunjukkan bahawa kesilapan prosedur atau pentadbiran pihak bank (seperti menerima dokumen palsu atau salinan resit) tidak menafikan hak pendeposit asal. Ini selari dengan hujah Plaintif bahawa kelemahan pengurusan dalaman (internal management lapse) semasa migrasi data HLBB tidak seharusnya menghapuskan hak mereka. S/N dM7PBozph0K7VJ5Rmh0mqg [21] Kedudukan undang-undang adalah selagi resit asal tidak ditandatangani dan diserahkan kembali kepada bank, liabiliti bank untuk membayar balik simpanan tersebut tetap kekal. Alasan Ketiadaan Rekod Dalam Sistem Bank [22] Pembelaan utama Defendan adalah bahawa tiada rekod mengenai akaun simpanan tetap tersebut ditemui dalam sistem atau arkib mereka selepas proses migrasi data daripada Hong Leong Finance Berhad. Mahkamah tidak dapat menerima hujahan tersebut sebagai jawapan kepada tuntutan Plaintif-Plaintif. [23] Keterangan SD1 menunjukkan bahawa kenyataan mengenai baki sifar dan ketiadaan rekod di buat berdasarkan semakan sistem komputer semasa Defendan dan bukannya berdasarkan pengetahuan peribadi mengenai apa yang berlaku terhadap deposit tersebut. Tiada saksi dikemukakan untuk membuktikan bahawa pembayaran benar-benar telah di buat kepada Plaintif-Plaintif. [24] Lebih penting lagi, ketiadaan rekod tidak boleh dianggap bahawa pembayaran telah di buat. Setelah Plaintif-Plaintif membuktikan kewujudan deposit melalui resit asal, Defendan sepatutnya mengemukakan bukti positif seperti baucar pembayaran, arahan pengeluaran, pengakuan penerimaan wang atau dokumen lain yang menunjukkan bahawa deposit tersebut telah ditebus. Tiada bukti sedemikian dikemukakan. [25] Saya mendapati bahawa sebarang kehilangan rekod atau kegagalan migrasi data semasa proses penggabungan antara Hong Leong Finance Berhad dan Defendan merupakan isu pentadbiran dalaman bank. Kelemahan sedemikian tidak boleh digunakan untuk menafikan hak kontrak seorang pendeposit yang masih memegang dokumen asal yang sah. [26] Saya juga mengambil kira fakta yang dipersetujui bahawa wang deposit tersebut tidak pernah diserahkan kepada Jabatan Akauntan Negara sebagai wang tak dituntut. Fakta ini tidak menyokong dakwaan bahawa wang telah dibayar. Sebaliknya, ia lebih konsisten dengan kemungkinan bahawa rekod S/N dM7PBozph0K7VJ5Rmh0mqg deposit tersebut telah tercicir atau tidak dipindahkan dengan sempurna semasa proses migrasi data dan penyusunan semula korporat. Keterangan Mengenai Kenyataan Pegawai Bank Bernama Sonia Shirini [27] Plaintif Pertama memberi keterangan bahawa seorang pegawai Defendan bernama Sonia Shirini telah memaklumkan kepada beliau bahawa pihak bank defendan sedang mengira faedah terakru bagi tujuan menyediakan cadangan pembayaran kepada Plaintif-Plaintif. [28] Kesan dari keterangan ini adalah pihak defendan mengakui bahawa wang simpanan tetap plaintif-plaintif di dalam tuntutan ini masih belum dikeluarkan oleh plaintif-plaintif dan masih dipegang oleh pihak defendan. Diperturunkan di bawah ini soalan dan jawapan SP1 mengenai perkara ini di soalan nombor 17 penyata saksi, seperti berikut:
17
Q: Was there any written reply from the Bank to your complaint? A: No. So I wrote email dated 9/8/2022 to BNM and copy to Bank – Page 35/36 IDP stating that the Bank has made no effort to reply to my complaint. The Bank responded to this email by their email of 9/8/2022 – Page 37 IDP. They acknowledged receipt of my email and stated that they have forwarded my email to Ms Sonia. Ms Sonia Shirini called me on 17/8/2022 and informed me that the Bank is going through the RBS Storage System and also doing interest calculation for past years for their proposal to pay, they will come back to me next week. Q: Did Ms Sonia Shirini or anyone else from the Bank came back to you? A: No. [29] Keterangan ini tidak dicabar secara berkesan semasa pemeriksaan balas. Walaupun Defendan mempunyai peluang untuk memanggil Sonia Shirini sebagai saksi bagi menafikan dakwaan tersebut, mereka memilih untuk tidak berbuat demikian. S/N dM7PBozph0K7VJ5Rmh0mqg [30] Dalam keadaan sedemikian, Mahkamah berhak membuat inferens bertentangan di bawah Seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 bahawa keterangan beliau, jika dipanggil, tidak akan membantu kes Defendan. Tuntutan Faedah [31] Mengenai tuntutan faedah, pihak Defendan berhujah bahawa kadar faedah 7.30% setahun tidak boleh terus digunakan memandangkan kadar faedah pasaran telah berubah secara ketara sejak tahun 1997. [32] Mahkamah menerima bahawa kadar faedah perbankan berubah mengikut keadaan pasaran. Walau bagaimanapun, Defendan gagal membuktikan bahawa deposit tersebut pernah dibayar atau bahawa hubungan kontrak berkenaan telah ditamatkan mengikut undang-undang. [33] Dalam keadaan sedemikian, Plaintif-Plaintif tidak seharusnya diprejudiskan akibat kegagalan Defendan menunaikan obligasi kontraknya. Oleh itu, Mahkamah berpendapat bahawa Plaintif-Plaintif berhak memperoleh faedah mengikut kadar yang dipersetujui sehingga tarikh penghakiman sebagai pampasan terhadap kehilangan penggunaan wang mereka sepanjang tempoh tersebut. Isu Had Masa (Limitation) dan Kelewatan (Laches) [34] Pihak Defendan menyatakan bahawa tuntutan ini dihalang oleh masa kerana ia melibatkan deposit tahun 1996. Berdasarkan autoriti Kian Lup Construction (supra), Dengan penuh hormatnya, saya menolak hujah ini. Hak tindakan (cause of action) Plaintif-Plaintif hanya terbit pada 6 Oktober 2021, iaitu tarikh di mana Plaintif Pertama hadir membuat tuntutan rasmi dengan mengemukakan resit asal di kaunter bank. Memandangkan tindakan difailkan pada tahun 2023, ia adalah jauh di dalam tempoh had masa 6 tahun yang dibenarkan di bawah Akta Had Masa 1953. Doktrin laches juga tidak terpakai kerana kelewatan menjumpai resit tersebut telah diperjelaskan secara munasabah oleh Plaintif. S/N dM7PBozph0K7VJ5Rmh0mqg I. KESIMPULAN [35] Setelah mempertimbangkan keseluruhan keterangan dan hujahan pihak-pihak, Mahkamah mendapati bahawa Plaintif-Plaintif telah berjaya membuktikan kes mereka atas imbangan kebarangkalian. Sebaliknya, Defendan gagal memikul beban pembuktian untuk menunjukkan bahawa deposit berkenaan telah dibayar balik atau bahawa liabiliti tersebut telah luput di sisi undang-undang. [36] Oleh yang demikian, Mahkamah membuat perintah-perintah berikut:
a
Tuntutan Plaintif-Plaintif dibenarkan. Defendan diperintahkan membayar jumlah prinsipal RM101,286.47 (iaitu RM50,643.24 bagi Resit No. 563872 dan RM50,643.23 bagi Resit No. 563873) kepada Plaintif-Plaintif.
b
Defendan diperintahkan membayar faedah kontrak pada kadar 7.30% setahun ke atas jumlah prinsipal tersebut dikira mulai 29 Januari 1997 (tarikh matang asal) sehingga tarikh Penghakiman penuh ini.
c
Faedah statutori sebanyak 5% setahun ke atas jumlah keseluruhan penghakiman dikira dari tarikh Penghakiman sehingga tarikh penyelesaian penuh.
d
Kos tindakan ini mengikut skala hendaklah dibayar oleh Defendan kepada Plaintif-Plaintif. Bertarikh: 11 Jun 2026 ……………………………………. ZAMAN BIN MOHD NOOR Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur S/N dM7PBozph0K7VJ5Rmh0mqg
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.