(iv) PP v. Syahrani Ishak [2017] 1 LNS 503. [33] Mengenai alasan rayuan (b), peguambela terpelajar berhujah bahawa penyiasatan yang telah dijalankan oleh SP4 tidak memuaskan. SP4 dihujahkan telah gagal untuk melakukan siasatan terhadap tuan punya atau penghuni rumah tersebut dan gagal menyiasat dengan jiran-jiran yang berdekatan dengan rumah tersebut. SP4 dikatakan gagal untuk mengambil keratan kuku jari perayu kedua untuk mengesan resin Cannabis jika sekiranya benar bahawa perayu kedua dilihat oleh SP3 sedang memotong dadah ganja. Kegagalan SP4 untuk menyiasat perkara-perkara yang dibangkitkan itu, dihujahkan telah mendatangkan prejudis dan ketidakadilan kepada perayu kedua. Dihujahkan juga bahawa kegagalan SP4 untuk melakukan penyiasatan dengan lebih sempurna dan terperinci dalam kes ini telah mencalar kredibiliti SP4. Peguambela berpegang kepada keputusan dalam kes Deepanraj Subramaniam v. PP [2015] 3 CLJ 439. [34] Mengenai alasan terakhir rayuan perayu kedua di perenggan (c), peguambela terpelajar berhujah bahawa hakim bicara khilaf dalam menolak pembelaan perayu kedua dengan menyatakan pembelaan 22 perayu kedua sebagai satu penafian kosong semata-mata. Pembelaan perayu-perayu ialah bahawa dadah ganja yang dipertuduhkan telah ditemui oleh Castello di luar bahagian belakang rumah tersebut. Namun pendakwaan gagal untuk memanggil Castello untuk mematahkan versi pihak pembelaan. Dihujahkan hakim bicara telah salah arah dalam menolak pembelaan perayu kedua dan telah memprejudiskan perayu-perayu dalam kes ini. Peguambela merujuk kepada kes Ganapathy a/l Rengasamy v. PP [1998] 2 CLJ 1 dan Megat Halim Megat Omar v. PP [2009] 1 CLJ 154. [35] Peguambela terpelajar bagi perayu kedua turut membangkitkan satu isu sampingan bahawa pertuduhan adalah cacat kerana hanya menyebutkan berat Cannabis sebagai 2,917.41 gram sedangkan SP3 dan Laporan Kimia (eksibit P14A dan P14B) menyatakan berat sebenar Cannabis adalah 2,928.75 gram. Wujud perbezaan berat sebanyak 11.34 gram. [36] Dengan merujuk kepada keputusan dalam kes Noor Azman Abidin v. PP [2013] 1 LNS 478, peguambela terpelajar menghujahkan bahawa sabitan terhadap perayu kedua adalah tidak selamat atau tidak memuaskan. Oleh itu, sabitan wajar diketepikan oleh Mahkamah ini. 23 Dapatan dan Keputusan Kami [37] Alasan utama rayuan perayu-perayu di hadapan kami berkisar atas satu elemen penting pertuduhan iaitu elemen milikan. Perayu pertama menghujahkan bahawa elemen milikan tidak dibuktikan, oleh itu kes prima facie telah gagal ditimbulkan terhadap perayu pertama. Hakim bicara telah terkhilaf apabila memerintahkan perayu pertama untuk membela diri atas pertuduhan. Perayu kedua pula menghujahkan bahawa oleh kerana elemen milikan gagal dibuktikan, hakim bicara telah terkhilaf apabila mengguna pakai anggapan di bawah seksyen 37(da) Akta untuk elemen pengedaran. [38] Kami telah meneliti hujahan perayu mengenai isu yang berkaitan elemen milikan terutama alasan-alasan yang telah diberikan mengapa mereka menghujahkan elemen milikan telah gagal dibuktikan oleh pihak pendakwaan. Untuk perayu pertama, Tuan Haji Hisyam menghujahkan bahawa anak guamnya sedang tidur di atas sebuah katil sewaktu serbuan dilakukan oleh pihak polis dan langsung tidak ada pengetahuan tentang dadah yang dipertuduhkan. Selebihnya, peguambela menghujahkan bahawa perayu pertama secara kebetulan berada di rumah tersebut bertujuan untuk berteduh kerana cuaca pada hari itu ada hujan renyai-renyai. Perayu-perayu juga menyatakan bahawa dadah ditemui di luar 24 rumah tersebut oleh pegawai polis bernama Castello, dan bukan ditemui dalam rumah tersebut oleh SP3. Mengenai kelakuan perayu pertama cemas, takut dan cuba untuk melarikan diri, dihujahkan hanya setakat menunjukkan pengetahuan sahaja serta kehadiran di rumah tersebut sahaja tidak cukup untuk membuktikan milikan oleh perayu pertama terhadap dadah yang dipertuduhkan. [39] Kami bersetuju dengan hujahan peguambela bahawa pengetahuan sahaja serta kehadiran semata-mata di rumah tersebut tidak mencukupi untuk membuktikan pemilikan dadah yang dipertuduhkan ke atas perayu pertama kecuali keterangan yang lain yang dapat mengaitkan perayu pertama dengan dadah tersebut. Untuk membuktikan milikan, nas-nas yang sahih dan tersohor telah memutuskan bahawa ianya melibatkan dua elemen penting iaitu elemen mental dan juga elemen fizikal. Thomson J dalam kes Chan Pean Leon v. PP [1956] 22 MLJ 237 telah menjelaskannya dengan terperinci di m/s 239, seperti berikut: “Possession” itself as regards the criminal law is described as follows in Stephen’s Digest (9th Edition, page 304): “A moveable thing is said to be in the possession of a person when he is so situated with respect to it that he has the power to deal with it as owner to the exclusion of all other persons, and when the 25 circumstances are such that he may be presumed to intend to do so in case of need”. To put it otherwise, there is a physical element and a mental element which must both be present before possession is made out. The accused must not only be so situated that he can deal with the thing as if it belonged to him, for example have it in his pocket or have it lying in front of him on a table. It must also be shewn that he had the intention of dealing with it as if it belonged to him should he see any occassion to do so, in other words, that he had some animus possidendi. Intention is a matter of fact which in the nature of things cannot be proved by direct evidence. It can only be proved by inference from the surrounding circumstances. Whether these surrounding circumstances make out such intention is a question of fact in each individual case. If a watch is in my pocket then in the absence of anything else the inference will be clear that I intended to deal with it as if it were my own and accordingly I am in possession of it. On the other hand, if it is lying on a table in a room in which I am but which is also frequently used by other people then the mere fact that I am in physical proximity to it does not give rise to the inference that I intended to deal with it as if it belonged to me. There must be some evidence that I am doing or having done something with it that shews such an intention. Or it must be clear that the circumstances in which it is found shew such an intention. It may be found in a locked room to which I hold the key or it may be found in a drawer mixed up with my own belongings or it may be found, as occured in a recent case, in a box under my bed. The possible circumstances cannot be set out exhaustively and it is impossible to lay down any general rule on the point. But there must be something in the evidence to satisfy the Court that the person who is physically 26 in a position to deal with the thing as his own had the intention of doing so. It is true that in prosecutions under the Dangerous Drugs Ordinance a lack of evidence in this connection may be made good by the statutory presumptions contained in that Ordinance. But there are no such presumptions in the Common Gaming Houses Ordinance nor are there any such presumptions in relation to possession of stolen property. Once possession is proved then before the accused person can be convicted it is necessary in addition to prove mens rea. And for this purpose as was pointed out by Gordon-Smith Ag. C.J. in the case of Toh Ah Lam and Mak Thim v Rex, supra, it is necessary to prove that the person in possession knows the nature of the thing possessed.” [40] Isu dan persoalan sama ada seseorang itu mempunyai milikan adalah satu persoalan fakta tetapi apa yang dimaksudkan milikan adalah satu persoalan undang-undang. Kami telah berpeluang meneliti rekod rayuan dan alasan penghakiman hakim bicara dalam kes ini dan kami mendapati bahawa hakim bicara telah membuat dapatan fakta berdasarkan kepada keterangan yang telah dikemukakan oleh saksi-saksi pendakwaan bahawa perayu-perayu mempunyai kawalan dan/atau jagaan terhadap barang kes dadah yang ditemui di dalam rumah tersebut. Dapatan hakim bicara mengenai elemen milikan ini adalah seperti berikut: 27 “[54] Saksi pendakwaan SP3 tidak melihat mana-mana pihak ketiga selain dari T1 dan T2. Semasa pengintipan di luar rumah dibuat, lelaki yang berdiri dilihat ialah T2 manakala semasa serbuan T1 pula dilihat berada di atas katil. [55] Rumah tersebut menurut SP4 tidak ada akses lain selain pintu depan sahaja sebab pintu belakang telah ditutup dengan barang-barang perabut terbuang menurut SP4. [56] Walaupun pihak pendakwaan hanya memanggil seorang saksi yang berada di tempat kejadian semasa serbuan dan rampasan dadah namun kes tersohor menyatakan bahawa tidak ditetapkan berapa ramai saksi pendakwaan perlu dipanggil untuk menyokong kes pendakwaan. [57] Hanya untuk kes-kes seksual yang memerlukan keterangan sokongan. Malah keterangan saksi rakan sejenayah boleh diterima jika Mahkamah telah mengingatkan dirinya akan keterangan saksi sejenayah yang tidak disokong. [58] ……. [59] ……. [60] Keterangan SP3 bahawa T1 dan T2 kelihatan cemas dan takut dan cuba melarikan diri semasa serbuan adalah relevan terutamanya semasa itu dadah berada di hadapan T2 yang sedang memotongnya. [61] Sekiranya T1 dan T2 tidak mempunyai pengetahuan mens rea melakukan apa-apa yang menyalahi undang-undang kenapa perlu 28 mereka digambarkan kelihatan cemas dan takut dan kelakuan cuba melarikan diri dari tangkapan. [62] Di dalam dua kes tersohor Parlan Dadeh v. PP [2008] 6 MLJ 19; [2009] 1 CLJ 717, dan Ibrahim bin Mohamad v. PP [2011] 4 CLJ 113 Mahkamah Persekutuan telah memberi garis panduan yang berguna akan pemakaian peruntukan s. 8 dan s. 9 Akta Keterangan 1950. Tindakan melarikan diri adalah perlu dijelaskan oleh kedua-dua tertuduh lebih-lebih lagi dadah ganja belum diketahui dan dijumpai oleh pihak polis yang membuat serbuan. Kelakuan cuba melarikan diri oleh kedua-dua tertuduh adalah relevan dan tertuduh perlu jelaskan. [63] Mahkamah Persekutuan memberikan ulasan dan panduan ini di dalam kes Parlan bin Dadeh v. Public Prosecutor [supra]: “The reaction of the appellant in looking stunned or shocked upon being approached by the police was clearly admissible under s 8 of the Evidence Act 1950 (‘the Act’) since it has a direct bearing on the fact in issue as the drugs found were tucked away in the front of the jeans worn by him. The explanation for his reation must therefore be offered by the appellant himself as required by s 9 of the Act.” [64] ……. [65] SP3 bukan secara kebetulan ke rumah yang diserbu tetapi hasil dari maklumat orang awam sejurus sebelum satu atau dua jam diserbu. [66] Sewaktu SP3 sampai di luar rumah berkenaan dan membuat pemerhatian hanya T1 dan T2 sahaja yang berada di dalam rumah 29 berkenaan. Tiada sesiapa yang masuk atau keluar selama tempoh tersebut. [67] Keterangan ini ditambah dengan T1 dan T2 sahaja berada di dalam rumah bersama dadah dari jenis Cannabis yang mana mempunyai bau yang kuat dan secara prima facienya mereka mempunyai pengetahuan mens rea apabila cuba melarikan diri. Ini membuktikan T1 dan T2 mempunyai kawalan, jagaan dan pemilikan ke atas dadah yang ditemui berhampiran dengan T2 dan T1.” [41] Kami bersetuju dengan dapatan hakim bicara tersebut. Kami tidak mendapati apa-apa kekhilafan hakim bicara dalam membuat dapatan tersebut dan tiada sebab lain untuk kami mengganggu dapatan hakim bicara yang mempunyai kelebihan kerana telah mendengar dan melihat saksi-saksi pendakwaan memberi keterangan di peringkat kes prima facie. Untuk proposisi itu, kami merujuk kepada keputusan dalam kes tersohor, Herchun Singh & Ors v. PP [1969] 1 LNS 52; [1969] 1 MLRA 382 (FC) di mana Mahkamah Persekutuan menyatakan: “An Appellate Court should be slow in disturbing such finding of fact arrived at by the Judge, who had the advantage of seeing and hearing the witness, unless there are substantial and compelling reasons for disagreeing with the finding: see Sheo Swarup v. King Emperor AIR [1934] PC ….” 30 [42] Prinsip yang sama telah diikuti dalam kes-kes terkemudian, antara lainnya dalam kes Public Prosecutor v Muhammad Nasriq Abdullah [2015] 1 LNS 393; [2015] MLRHU 322, [2014] 3 MLJ 380 di mana Mahkamah memutuskan bahawa: “Ianya juga adalah undang-undang yang mantap bahawa mahkamah yang mendengar rayuan tidak akan mencampuri keputusan mahkamah rendah terhadap penemuan sebarang fakta kecuali penemuan fakta tersebut adalah salah (sila rujuk kepada kes: Gobinath Reddy a/l Gopal v. Public Prosecutor [2014] 5 CLJ 275; [2014] 1 MLJ 446 di mana kemudiannya diikuti dalam kes: Reza Malik Zadeh Sahabali v. Public Prosecutor [2014] 1 LNS 1873; [2012] MLRHU 1815, [2014] 3 MLJ 380) yang memutuskan sebagaimana berikut: The present appeal is substantially factual. The learned judge has considered and evaluated the evidence before him and found that the defence has failed to raise a reasonable doubt in the prosecution case. We find no error that warrants appellate intervention. In any case, an appellate court should be slow in interfering with the trial judge’s findings of fact. On the totality of the evidence we are of the view that there is sufficient evidence to support the findings of the learned judge that the appellant is guilty as charged.” [43] Mahkamah ini di dalam kes Alandu a/l Santhanasamy v. Public Prosecutor [2013] 1 LNS 1019; [2013] MLRAU 371, melalui Hamid Sultan bin Abu Backer, HMR memperingatkan: 31 It is well settled that in the hands of the trier of facts to assess the quality of evidence and to determine whether the evidence on record justifies a conviction. In so doing if the court orders an acquittal or conviction it cannot be set aside by the appellate court unless it records a finding that the view taken by the trial court was not a possible reasonable view of the evidence on record (See Pramod Mandal v. State of Bihar (SC) [2004] 4 LRI 24; PP v. Thenegaran A/L Murugan [2013] 4 CLJ 364; [2013] 3 MLJ 328). [44] Dan dalam keputusan terbaru Mahkamah ini dalam kes PP v. Hamzah Yunus [2017] 1 LNS 1185, Ahmadi Hj. Asnawi, HMR telah sekali lagi mengulangi prinsip mantap yang sama, seperti berikut: “[34] We were with the learned trial judge. These were findings of fact and/or inferences made by the trial judge who had the audio and visual advantage of observing and assessing the witnesses testifying before him, something which we did not possess. Such findings of fact by the trial judge is therefore entitled to great respect and great weight should be attached thereto unless of course the decision of the fact finder is plainly wrong. On the evidence, we were fully satisfied that the learned trial judge had not erred and his findings were fully supported by the evidence heaped against the respondent. In our view, it leaves no leeway for appellate interference in all the circumstances of this case.” [45] Peguambela terpelajar turut menghujahkan bahawa keterangan saksi SP3 tidak disokong oleh lain-lain keterangan termasuk laporan polis 32 (eksibit P15) yang dibuat oleh SP3 sendiri. Oleh itu dihujahkan saksi SP3 tidak berkredibel dan sabitan hanya atas keterangan seorang saksi (SP3) adalah tidak selamat. Dengan hormatnya, kami tidak bersetuju. Berhubung dengan isu ini, prinsip undang-undang mantap jelas menyatakan bahawa keterangan dari seorang saksi, jika dipercayai dan dapat membentangkan keseluruhan naratif fakta kes pihak pendakwaan, boleh diterima untuk membuktikan sesuatu fakta. Seksyen 134 Akta Keterangan 1950 memperuntukkan: “No particular number of witnesses shall in any case be required for the proof of any fact.” [46] Dalam kes Aziz Muhamad Din v. PP [1997] 1 CLJ supp. 523, Augustine Paul, JC (ketika itu) telah menjelaskan mengenai isu yang sama, seperti berikut: “Section 134 of the Evidence Act 1950 says that no particular number of witnesses shall in any case be required for the proof of any fact. The section enshrines the well recognized maxim that “evidence has to be weighed and not counted.” On the need for corroborative evidence for the proof of any fact Sinha J said in Vadivelu Thevar v. State of Madras AIR [1957] SC 614 in the following terse terms at pp. 618 – 619: 33 On a consideration of the relevant authorities and the provisions of the Evidence Act, the following propositions may be safely stated as firmly established –