Content
DALAM MAHKAMAH SESYEN DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN, MALAYSIA KES JENAYAH NO: KA-61R-12-10/2021 PENDAKWA RAYA
KA-61R-12-10/2021
Sessions Court of Malaysia16 Jun 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“, Hakim Mahkamah Tinggi telah memutuskan seperti berikut: “[18] Similarly, I am of the opinion that this case has satisfied all the above tests. The original charges were under s 11(a) of the Anti– Corruption Act 1997. The ingredients of this offence are that the **Note : Serial number will be used to verify the origin”
“(3) Where in any proceedings against any person for an offence under section 165 of the Penal Code it is proved that such person has accepted or attempted to obtain any valuable thing without consideration or for a consideration which such person knows to be inadequate, such person shall be presum”
“is document via eFILING portal becomes the duty of the accused to disprove what section 14 begins to presume against him. For what is the degree of proof required of the accused see Rex v Carr-Briant [1943] KB 607, Saminathan v Public Prosecutor [1955] MLJ 121 and Otto George Gfella v The King AIR 1943 PC 211. The pres”
“y of the accused to disprove what section 14 begins to presume against him. For what is the degree of proof required of the accused see Rex v Carr-Briant [1943] KB 607, Saminathan v Public Prosecutor [1955] MLJ 121 and Otto George Gfella v The King AIR 1943 PC 211. The presumption cannot be said to have been rebutted w”
“r connection with the official function of his department.” [37] See also Mohd Khir Toyo v PP [2015] 8 CLJ 770. Mahkamah merujuk kepada kes Abu Bakar b. Seblie v Public Prosecutor [2012] 2 MLJ 842, [2011] MLJU 832, Hakim Mahkamah Tinggi telah memutuskan seperti berikut: “[18] Similarly, I am of the opinion that this ca”
“tion’ yang tidak sepatutnya diterima sebagai penjawat awam. **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal Di dalam kes PP v Zaharuddin Abdullah [2012] MLRSU 90, Mahkamah telah memutuskan seperti berikut: [22] Secara keseluruhannya, di dalam kes ini, mahkamah mendapati”
“dilakukan secara rasuah. Pihak pembelaan tidak mempunyai tanggungjawap untuk mematahkan anggapan tersebut atas imbangan kebarangkalian. Mahkamah merujuk kepada kes PP v Mohd Nadzri Saad & satu lagi [2017] MLRHU 12 di mana Mahkamah Rayuan telah mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen untuk melepaskan dan membebaskan tertu”
“, daripada orang yang ada kena mengena dalam apa-apa perbicaraan atau urusan yang dijalankan oleh penjawat awam itu Mahkamah merujuk kepada kes Sued Afendy Ali bin Syed Abid Ali v Public Prosecutor [2020] MLJU 2145; [2021] 8 MLJ 643 [36] The ingredients of the offence were set out in the case of Abu Bakar bin Seblie v”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
DALAM MAHKAMAH SESYEN DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN, MALAYSIA KES JENAYAH NO: KA-61R-12-10/2021 PENDAKWA RAYA
1
SHAH ERWAN BIN KASA @ MANSOR
2
ANDINOR BIN ZABIDIN ALASAN PENGHAKIMAN [1] Orang kena tuduh pertama dan kedua (selepas ini dirujuk sebagai OKT 1 dan OKT 2) telah dituduh dibawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) (selepas ini dirujuk sebagai Akta SPRM) seperti berikut: Pertuduhan Pertama: " Bahawa kamu, bersama pada 26 Mei 2017, jam lebih kurang 0030 hrs, bertempat di Jalan Lagenda 3, Sungai Petani, dalam daerah Kuala Muda, dalam Negeri Kedah, sebagai seorang ejen Kerajaan Malaysia, iaitu Koperal Polis dan Koperal Sokongan Polis yang bertugas di Unit MPV IPD Kuala Muda, Sungai Petani, Kedah, dengan niat bersama telah secara rasuah memperoleh untuk diri kamu satu suapan iaitu wang tunai sebanyak RM300.00 daripada Muhammad Faidhi Bin Parinordin (930522-02-5039) sebagai dorongan untuk kamu tidak melakukan suatu perkara yang berhubung dengan hal ehwal principal kamu iaitu tidak mengambil tindakan undang-undang ke atas Muhammad Faidhi Bin Parinordin dan Nuratikah Asyikin Binti Azlisham yang disyaki berkhalwat di dalam kereta dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) Akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.” Pertuduhan Kedua: “Bahawa kamu, bersama pada 12 Jun 2017, jam lebih kurang antara 2100 hingga 2130 hrs, bertempat di tepi tasik, Jalan Persiaran Perdana Height, Lot 88 dalam daerah Kuala Muda, dalam Negeri Kedah, sebagai seorang ejen Kerajaan Malaysia, iaitu Koperal Polis dan Koperal Sokongan Polis yang bertugas di Unit MPV IPD Kuala Muda, Sungai Petani, Kedah, dengan niat bersama telah secara rasuah memperoleh untuk diri kamu satu suapan iaitu wang tunai sebanyak RM200.00 daripada Muhammad Faidhi Bin Parinordin (930522-02-5039) sebagai dorongan untuk kamu tidak melakukan suatu perkara yang berhubung dengan hal ehwal principal kamu iaitu tidak mengambil tindakan undang-undang ke atas Muhammad Faidhi Bin Parinordin dan Nuratikah Asyikin Binti Azlisham yang disyaki berkhalwat di dalam kereta dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) Akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.” Hukuman yang diperuntukkan dibawah seksyen Seksyen 24 (1) Akta SPRM adalah jika disabitkan dengan kesalahan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang, atau sepuluh ribu ringgit, mengikut mana-mana yang lebih tinggi. [2] Setelah sepuluh (10) orang saksi Pendakwaan selesai memberi keterangan, pihak Pendakwaan telah mengemukakan dua (2) pertuduhan pilihan bagi setiap pertuduhan asal. Pertuduhan-pertuduhan pilihan adalah seperti berikut: Pertuduhan Pilihan Pertama: “...Bahawa kamu bersama-sama pada 26 Mei 2017 jam lebih kurang 1230 pagi bertempat di Jalan Lagenda 3, Sungai Petani, dalam Daerah Kuala Muda, dalam Negeri Kedah, sebagai seorang penjawat awam, iaitu yang berpangkat Koperal Polis dan Koperal Sokongan Polis yang bertugas di Unit MPV Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, Sungai Petani, Kedah telah menerima untuk diri kamu suatu barang berharga dengan tiada balasan sebagai satu dorongan, iaitu wang tunai sejumlah RM300.00 daripada Muhammad Faidhi Bin Parinordin (No. K/P : 930522- 02-5039), yang mana kamu mengetahui bahawa Muhammad Faidhi Bin Parinordin mempunyai hubungan dengan kerja-kerja rasmi kamu pada ketika itu, dan oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dihukum di bawah Kanun yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan...” Pertuduhan Pilihan Kedua: “...Bahawa kamu bersama-sama pada 12 Jun 2017 pada sebelah malam bertempat di tepi tasik, Jalan Persiaran Perdana Height, Lot 88 dalam Daerah Kuala Muda, dalam Negeri Kedah, sebagai seorang penjawat awam, iaitu yang berpangkat Koperal Polis dan Koperal Sokongan Polis yang bertugas di Unit MPV Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, Sungai Petani, Kedah telah menerima untuk diri kamu suatu barang berharga dengan tiada balasan sebagai satu dorongan, iaitu wang tunai sejumlah RM200.00 daripada Muhammad Faidhi Bin Parinordin (No. K/P : 930522-02-5039), yang mana kamu mengetahui bahawa Muhammad Faidhi Bin Parinordin mempunyai hubungan dengan kerja-kerja rasmi kamu pada ketika itu, dan oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dihukum di bawah Kanun yang sama dan dibaca Bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan...” Hukuman : Hukuman yang diperuntukkan dibawah seksyen 165 Kanun Keseksaan adalah pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai dua tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya sekali. [3] OKT 1 dan OKT 2 telah minta dibicarakan dan mereka diwakili oleh peguambela. Kes telah dibicarakan oleh Hakim lain dengan keterangan SP1 sehingga SP8. Apabila saya diarahkan untuk sambung bicara kes ini, saya telah mendengar keterangan SP9 sehingga SP11. Pada akhir kes Pendakwaan, Mahkamah mendapati pihak Pendakwaan telah gagal untuk membuktikan kes prima facie tehadap OKT 1 dan OKT 2 terhadap kedua-dua pertuduhan asal dan pertuduhan pilihan. Oleh yang demikian, OKT 1 dan OKT 2 telah dilepas dan dibebaskan dari kesemua pertuduhan. Pihak Pendakwa Raya tidak berpuas hati dengan keputusan melepaskan dan membebaskan kedua-dua OKT dan kini merayu ke Mahkamah Tinggi terhadap perintah tersebut. [4] Saksi pihak Pendakwaan adalah seperti berikut: SP1 Aisyah binti Ahmad Redzuan Pengurus Perkhidmatan Perbankan SP2 ASP Norhazambin bin Abdullah Ketua Bahagian Pengurusan IPD Kuala Muda SP3 TC Syah Reezal bin Md Bashah Pegawai Forensik SP4 Yunaisvari a/p Vengidasalam Pegawai tangkapan dan rampasan SP5 Mohd Nazeri bin Suib Penyampai Notis Tangkapan SP6 Abel Ayun Abat Penyampai Notis Tangkapan SP7 Nuratikah Asyikin bin Azlisham Pasangan SP8 Muhammad Faidhi bin Parinordin Mangsa SP9 ASP Zakaria bin Said Ketua Unit MPV SP10 Johari bin Johar Pegawai Pembangunan Masyarakat SP11 Azrul bin Zainal Pegawai Penyiasat Kes pihak Pendakwaan [5] Fakta kes secara ringkasnya adalah pada tarikh 26.5.2017, jam lebih kurang 12 pagi, Muhammad Faidhi Bin Parinordin (SP8) telah bersama rakan perempuannya Nuratikah Asyikin Binti Azlisham (SP7) sedang bersembang di dalam kereta yang diletakkan di Lagenda Height dekat dengan kedai JAKEL. Lebih kurang dalam masa 15 minit, sebuah kenderaan polis tiba dan ketuk cermin kereta SP8 dan mengarahkan SP8 dan SP7 mengeluarkan kad pengenalan dan lesen memandu. Kedua-dua polis yang dikenalpasti sebagai OKT 1 dan OKT 2 telah menulis butir-butir peribadi SP8 dan SP7. OKT 2 bertanyakan ‘macamana nak settle’? SP8 faham bahawa maksud OKT 2 adalah untuk meminta wang daripada SP8. Apabila SP8 bertanyakan jumlah wang yang diminta, perrbualan berlaku sepertimana di bawah:- “...saya cakap saya ada RM200..” “...Dia cakap RM200 tidak cukup...” Kemudian, anggota polis tersebut mengarahkan SP8 bertanyakan kepada SP7 dan SP7 menyatakan bahawa SP7 cuma mempunyai RM100.00. Kemudian SP8 memaklumkan bahawa beliau hanya ada RM300.00. Polis yang menahan tersebut telah mengarahkan SP8 pergi ke bank untuk mengeluarkan duit. Kemudian telah memaklumkan bahawa duit tidak dapat dikeluarkan selepas jam 12 tengah malam. kemudiannya menyerahkan kepada polis yang menahan tersebut sejumlah RM300.00. Sejurus selepas itu, SP8 dan SP7 kemudiannya balik. [6] Selepas dua (2) minggu kemudian iaitu pada 12.6.2017, SP8 telah menerima panggilan telefon meminta baki wang sebanyak RM200.00. SP8 telah serahkan wang tersebut kepada OKT 1 dan OKT 2 di Lot 88 pada waktu malam sekitar jam 8 malam ke 10 malam pada hari yang sama. Isu dan Pendapat [7] Pihak Pendakwaan hendaklah membuktikan suatu kes prima facie di akhir kes Pendakwaan seperti yang diperuntukkan dibawah seksyen 173 (f) Kanun Tatacara Jenayah. Mahkamah merujuk kepada kes PP v. Yong Choo Kiong [2022] 10 CLJ 103, dimana Mahkamah Tinggi telah memutuskan seperti berikut: “[22] Dalam kes Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85; [2005] 2 MLJ 301, Mahkamah Persekutuan semasa menjelaskan konsep prima facie antara lainnya menyatakan: ... A prima facie case is therefore one that is sufficient for the accused to be called upon to answer. This in turn means that the evidence adduced must be such that it can be overthrown only by evidence in rebuttal. [23] Seterusnya, prinsip kes 'prima facie ' telah diputuskan di dalam PP v. Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 (FC) sebagaimana berikut: ... In PP v. Dato' Seri Anwar Ibrahim (No. 3) [1999] 2 CLJ 215, Augustine Paul J describe what a prima facie is in the following terms: A prima facie case arises when then evidence in favour of a party is sufficiently strong for the opposing party to be called on to answer. The evidence adduced must be such that it can be overthrown only by rebutting evidence by the other side. Taken in its totality, the force of evidence must be such that, if unrebutted it is sufficient to induce the court to believe the existence of the facts stated in the charge or to consider its existence so probable that a prudent man ought to act upon the supposition that those facts existed or did happen. As this exercise can not be postponed to the end of the trial, a maximum evaluation of the credibility of witnesses must be done at the close of the case for the prosecution before the court can rule that a prima facie case had been made out in order to call for the defence. [24] Rujukan juga dibuat terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Mohd Naki Mohd Yusuf v. PP [2014] 7 CLJ 441 yang menyatakan di ms. 457 seperti berikut: [48] A prima facie case is one that is sufficient for the appellant to be called upon to answer. This means that the evidence adduced must be such that it can be overthrown only by evidence in rebuttal. The Court must, at the close of the case for the prosecution, undertake a positive evaluation of the credibility and reliability of all the evidence adduced so as to determine whether the elements of the offence have been established. The force of the evidence adduced must be such that, if rebutted, is sufficient to induce the court to believe in the existence of the facts stated in the charge or to consider its existence so probable that a prudent man ought to act upon the supposition that those facts exist or did happen. [25] Bagi mengenal pasti sama ada suatu kes telah dibuktikan secara "prima facie", adalah menjadi tugas mahkamah untuk membuat penilaian ke atas keterangan saksi-saksi pendakwaan secara keseluruhannya. Ini termasuk bahagian-bahagian keterangan saksi-saksi dalam peringkat pemeriksaan awal, pemeriksaan balas dan pemeriksaan semula. Keterangan saksi-saksi mestilah konsisten dalam segala tahap sedemikian. YA Mohd Zawawi Salleh HMR, (beliau semasa itu), semasa menyampaikan penghakiman Mahkamah Rayuan dalam kes Mohd Yusri Mangsor & Anor v. PP [2014] 7 CLJ 897 berkata di ms. 909 seperti demikian:
g
Further, it is the paramount duty of the court to consider entire evidence of a witness brought on record in the examination-in-chief, cross-examination and re-examination. In other word courts must take an overall view of the evidence of each witness. [26] Berdasarkan kepada kedudukan ini, pihak pendakwaan perlu mengemukakan keterangan yang secara keseluruhannya menghasilkan suatu fakta yang cukup lengkap dan jitu yang mana semuanya menjurus kepada penglibatan OKT dalam melakukan kesalahan seperti dalam pertuduhan. Dalam masa yang sama, pihak pendakwaan perlu mengemukakan keterangan-keterangan untuk menangkis kesemua pembelaan OKT yang diketengahkan oleh OKT melalui pemeriksaan balas yang dilakukan ke atas saksi-saksi pendakwaan bagi membolehkan mahkamah membuat keputusan sama ada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes secara prima facie dan sama ada OKT perlu dipanggil untuk membela diri.” [8] Bagi pertuduhan asal pertama dan kedua, Seksyen 17 (a) Akta SPRM memperuntukkan seperti yang berikut:- Kesalahan memberi atau menerima suapan oleh ejen
17
Seseorang melakukan kesalahan jika—
a
sebagai seorang ejen, dia secara rasuah menyetuju terima atau memperoleh, atau bersetuju untuk menyetuju terima atau cuba untuk memperoleh, daripada mana-mana orang, untuk dirinya sendiri atau untuk mana-mana orang lain, apa-apa suapan sebagai suatu dorongan atau upah bagi melakukan atau tidak melakukan, atau kerana telah melakukan atau tidak melakukan, apa-apa perbuatan berhubungan dengan hal ehwal atau perniagaan prinsipalnya, atau kerana memberikan atau tidak memberikan sokongan atau tentangan kepada mana-mana orang berhubungan dengan hal ehwal atau perniagaan prinsipalnya; [9] Elemen-elemen yang perlu dibuktikan bagi pertuduhan asal pertama dan kedua adalah seperti berikut:- a) OKT 1 dan OKT 2 adalah seorang ejen kepada Kerajaan Malaysia; b) OKT 1 dan OKT 2 memperoleh suapan wang tunai sebanyak RM300.00 dan RM200.00 daripada SP8 pada tarikh dan masa sepertimana di dalam pertuduhan; c) Bahawa OKT 1 dan OKT 2 memperoleh suapan tersebut sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang ke atas SP7 dan SP8 atas kesalahan disyaki berkhalwat; dan d) Bahawa OKT 1 dan OKT 2 telah memperoleh suapan wang tunai tersebut secara rasuah. . Elemen pertama pertuduhan asal – OKT 1 dan OKT 2 adalah seorang ejen kepada Kerajaan Malaysia [10] SP2 telah mengemukakan dokumen Perakuan Kedudukan dan Jawatan OKT 1 dan OKT 2 (Eksibit P7 dan P8) di bawah Seksyen 55(1) Akta SPRM. Pihak Pendakwaan telah membuktikan bahawa pada masa kejadian, OKT 1 dan OKT2 adalah ejen kepada Kerajaan Malaysia dan bertugas sebagai Koperal Polis dan Koperal Sokongan Polis yang bertugas di Unit MPV IPD Kuala Muda, Sungai Petani, Kedah.
55
(1) Perakuan yang dikeluarkan oleh seseorang principal atau seseorang pegawai bagi pihak prinsipalnya hendaklah boleh diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding terhadap mana-mana orang atas apa-apa kesalahan di bawah Akta ini sebagai bukti prima facie bahawa orang yang dinamakan dalam perakuan itu—
a
telah memegang kedudukan, jawatan atau sifat yang dinyatakan dalam perakuan itu dan selama tempoh yang dinyatakan sedemikian; dan
b
telah menerima emolumen yang dinyatakan dalam perakuan itu
2
Sesuatu perakuan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (1) hendaklah menjadi bukti prima facie bahawa perakuan itu telah dikeluarkan oleh orang yang berupa sebagai telah mengeluarkannya selaku prinsipal atau bagi pihak prinsipal itu tanpa bukti tentang tandatangan orang yang mengeluarkan perakuan itu dan tanpa bukti tentang kuasa orang itu untuk mengeluarkannya. Berdasarkan seksyen 55(1) Akta SPRM, perakuan seperti di Eksibit P7 dan P8 hendaklah prima facie diterima sebagai pengesahan OKT 1 dan OKT 2 sebagai ejen Kerajaan Malaysia. Pihak Pembelaan juga tidak mempertikaikan isu ini. Mahkamah mendapati bahawa pihak Pendakwaan telah membuktikan elemen pertama bahawa OKT 1 dan OKT 2 merupakan ejen Kerajaan Malaysia. Elemen kedua dan keempat bagi pertuduhan asal – OKT 1 dan OKT 2 memperoleh suapan wang tunai sebanyak RM300.00 dan RM200.00 daripada SP8 pada tarikh dan masa sepertimana di dalam pertuduhan; dan Bahawa OKT 1 dan OKT 2 telah memperoleh suapan wang tunai tersebut secara rasuah. [11] SP11 telah bersetuju bahawa Borang aduan (Eksibit P26) ini telah dibuat selepas keterangan SP8 dan SP7 diambil. Borang Aduan yang telah dilaporkan pada 6.8.2017 menyatakan bahawa kejadian dilaporkan berlaku pada penghujung bulan Mei 2017 dengan nilai suapan berjumlah RM500.00 telah diberikan oleh SP8 kepada OKT 1 dan OKT 2 sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap SP8 dan SP7 yang disyaki berkhalwat di dalam kereta. Borang Aduan langsung tidak menyatakan apa-apa mengenai kejadian pada tarikh 12.6.2017 seperti di dalam pertuduhan kedua. [12] SP8 telah memberi keterangan bahawa beliau telah pergi ke mesin ATM di dalam bank untuk mengeluarkan duit pada tarikh 26.5.2017. Akan tetapi, duit tidak dapat dikeluarkan pada masa tersebut. Pihak Pendakwaan telah mengemukakan rakaman CCTV (Eksibit P5A – P5E) di mesin ATM tersebut bagi tarikh 26.5.2017 bagi menyokong keterangan SP8. Akan tetapi, jika dirujuk kepada mukasurat enam (6) Laporan Analisa Forensik Digital (Eksibit P10) yang disediakan oleh Pegawai Forensik (SP3), tarikh dan masa ciptaan rakaman CCTV adalah pada 13.9.2017 jam 3.55 pagi manakala tarikh dimana SP8 dikatakan telah pergi ke mesin ATM untuk mengelurkan duit adalah pada 26.5.2017. Mahkamah mendapati bahawa tarikh rakaman CCTV pada 13.9.2017 bercangggah dengan keterangan SP8 dan SP7 bahawa kejadian berlaku pada 26.5.2017. [13] Keterangan SP7 di dalam pernyataan saksi (PSP7) mengenai deskripsi wajah dan badan OKT 1 dan OKT 2 adalah berlainan daripada keterangan lisan beliau di dalam Mahkamah. Mahkamah mendapati bahawa SP7 tidak dapat membuat pengecaman positif terhadap kedua-dua OKT. SP7 juga telah setuju bahawa beliau tidak pernah dipanggil untuk menjalani apa-apa proses kawad cam oleh pihak SPRM. Gambar OKT 1 dan OKT 2 telah ditunjukkan kepada SP7 dan SP8 bagi tujuan pengecaman. Pegawai Penyiasat (SP11) telah bersetuju bahawa hanya gambar OKT 1 dan OKT 2 ditunjukkan kepada SP7 dan SP8 dan tiada perbandingan dibuat dengan gambar-gambar individu-individu yang lain. SP11 juga bersetuju bahawa melalui gambar, ketinggian OKT 1 dan OKT 2 tidak dapat dipastikan. Gambar yang dirujuk kepada SP7 dan SP8 juga tidak dikemukakan di Mahkamah. [14] Pihak Pendakwaan telah mengemukakan Daftar Pekerjaan Hari-Hari, BPJKK – Unit Kereta Peronda, IPD Kuala Muda, Kedah (Eksibit P25) melalui Ketua Unit MPV (SP9) bagi membuktikan bahawa OKT 1 dan OKT 2 telah bertugas pada 26.5.2017. Walaupun nombor badan OKT 1 dan OKT 2 tertera di atas Daftar Pekerjaan (Eksibit P25), namum tiada tandatangan Pengatur tugas dan Ketua cawangan bagi mengesahkan dokumen Eksibit P25 tersebut. Mahkamah berpendapat bahawa pihak Pendakwaan gagal membuktikan bahawa OKT 1 dan OKT 2 telah bertugas pada 26.5.2017. [15] Salinan buku rekod PDRM (Eksibit P19) telah dikemukakan oleh pihak Pendakwaan bagi membuktikan ia adalah milik OKT 1. Namun pada tahap pemeriksaan balas, Pegawai Penyiasat (SP11) setuju bahawa nama OKT 1, nama OKT 2 dan nama jabatan tidak tertera di dalam buku tersebut. SP11 juga setuju bahawa berdasarkan Eksibit P19, tidak dapat buktikan ia milik siapa. Mahkamah mendapati bahawa pihak P endakwaan gagal membuktikan bahawa buku PDRM Eksibit P19 adalah milik OKT 1 atau OKT 2. [16] SP7 dan SP8 telah memberi keterangan bahawa kejadian telah berlaku serta butir-butir diri mereka telah direkodkan di hadapan Kedai Jakel. Walaubagaimanapun, jika dirujuk kepada Eksibit P19, butir-butir SP7 dan SP8 direkodkan di hadapan Bank Persatuan. Maka, timbul persoalan dan keraguan samada kejadian telah benar-benar terjadi, samada kejadian berlaku di hadapan Kedai Jakel atau Bank Persatuan dan samada wujud anggota polis lain yang telah menahan SP7 dan SP8. [17] Senarai Penyitaan Harta (Eksibit P18) menunjukkan barang-barang yang telah disita daripada rumah OKT 1. Di dalam butir barang yang disita, item No. 4 dicatit “Buku nota PDRM Kontinjen Kedah Darul Aman, Komuniti Sejahtera, Komitmen Kami”. Item No. 11 pula ditulis “Satu buku nota berwarna biru yang ditulis PDRM Komuniti Sejahtera, Komitmen Kami”. Pihak Pendakwaan telah mengemukakan Item No. 7 sebagai Eksibit P19. Item No. 4 langsung tidak dikemukakan ke Mahkamah. Pegawai Penyiasat (SP11) pada peringkat pemeriksaan balas telah memberi keterangan seperti berikut: Q: Setuju item 4 dan 7 merupakan dua buku yang berbeza? A: Ya, berbeza Q: Bagaimana kamu bezakan item 4 dan 7? A: Tak pasti Q: Setuju kamu tak boleh camkan yang mana item 4, yang mana item 7? A: Betul, tak cam Q: Semua barang sitaan ini diserahkan kepada pegawai penyiasat pada hari yang sama? A: Betul Timbul pelbagai persoalan dan keraguan disini; a) Milik siapakah buku rekod PDRM di item 4? b) Jika kedua-dua item 4 dan 7 dirampas daripada OKT 1, yang manakah milik OKT 2? c) Memandangkan SP5 mengatakan bahawa kesemua barang sitaan termasuk item 4 dan 7 telah diserahkan kepada SP11, dimanakah SP11 menyimpan item 4 tersebut? d) Memandangkan SP11 dengan yakin mengatakan bahawa Eksibit P19 ialah item 7, jadi di manakah item 4? e) Milik siapakah item 4? f) Apakah butir-butir yang direkodkan di dalam item 4? g) Mengapa ia tidak dikemukakan di Mahkamah? Apabila terdapat dua inferens di dalam kes Pendakwaan, inferens yang memihak kepada pihak Pembelaan akan terpakai. Mahkamah merujuk kepada kes PP v. Mohd Radzi bin Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 dimana diputuskan seperti berikut: “Thus, if the prosecution evidence admits of two or more inferences, one of which is in the accused's favour, then it is the duty of the court to draw the inference that is favourable to the accused.” Di dalam kes Tai Chai Keh v Public Prosecutor [1948] 1 LNS 1 122, Mahkamah telah memutuskan seperti berikut: “Where there is more than one inference which can reasonably be drawn from a set of facts in a criminal case, we are of opinion that the inference most favourable to the accused should be adopted.” [18] Pihak Pembelaan telah mengemukakan Preliminary Digital Forensics Report (Eksibit D28). Berdasarkan kepada hasil analisa tersebut, didapati bahawa Pegawa Penyiasat (SP11) telah menyerahkan tiga (3) nombor telefon iaitu 016-3980437, 010-7965241 dan 016- 5450455 kepada pihak forensik untuk menganalisa kandungan telekomunikasi nombor-nombor berikut bagi mengaitkan OKT 1 dan OKT 2 dengan kes ini. Walaubagaimanapun, hasil analisa mendapati bahawa tiada satu pun isi kandungan telekomunikasi yang dijumpai melibatkan OKT 1 dan OKT 2 dengan kes ini. Berdasarkan kepada hasil analisa tersebut, terdapat lima (5) call log berkaitan nombor 016-5450455 yang dikatakan “may be related to the case objective” yang direkodkan pada tahun 2014. Pada tahun 2017 termasuk tarikh 12.6.2017 sepertimana pertuduhan kedua, tiada data berkaitan yang dijumpai yang melibatkan OKT 1 dan OKT 2 dengan kes ini. [19] Pihak Pembelaan juga telah mengemukakan maklumbalas daripada Syarikat telekomunikasi DIGI (Eksibit D29) berkenaan pemilik nombor telefon 016-3980437. Pemilik nombor telefon 016-3980437 adalah seorang yang bernama Noor Haslinda binti Khamis dengan butir-butir lengkap berserta alamat tempat tinggal. Pada peringkat soal balas, Pegawai Penyiasat (SP11) telah menyatakan bahawa beliau telah siasat siapa penama Haslinda binti Khamis dan beliau setuju bahawa Haslinda binti Khamis tidak ada kaitan dengan kedua-dua OKT. Merujuk kepada kes Lee Kwan Who v. PP [2009] 5 CLJ 631 dimana Pegawai Penyasat gagal menjalankan penyiasatan lengkap, Mahkamah menyatakan seperti berikut:- “[21] … PW3, the investigation officer confirmed under cross examination that the appellant had, during investigations, informed her of this fact. She however failed to investigate this allegation at all. This is a serious omission. In Public Prosecutor v. Lim Ah Bek [1989] 2 CLJ 1090; [1989] 2 CLJ (Rep) 391 there was a doubt whether the investigating officer in that case had investigated the defence of alibi mentioned by the accused in his cautioned statement. Based on this possible omission, Gunn Chit Tuan J (as he then was) drew an inference in favour of the accused in that case. The present case is much stronger in that there was no investigation at all. An inference in the appellant’s favour ought therefore to have been drawn by the learned judge at the close of the prosecution case. Had that been done, doubt would have been cast upon the evidence of PW4 and PW8. [31] For the reasons already given, the appeal was allowed, the conviction was quashed and the sentence set aside” Di dalam kes Radin Irwan Iskandar Isagani v. PP [2017] 1 LNS 1508, Mahkamah Rayuan telah memutuskan seperti berikut: “[21] Mengenai alasan terakhir berkaitan siasatan polis yang tidak lengkap dan secara sambil-lewa, peguam bela terpelajar menghujahkan bahawa wujud kelompangan dalam kes pendakwaan apabila pihak polis gagal untuk mendapatkan keterangan terbaik bagi mengaitkan Perayu dengan dadah yang dipertuduhkan… [42] Bantahan peguam bela mengenai isu ini berkaitan dengan kegagalan pihak polis, terutamanya oleh Pegawai Penyiasat, Inspektor Prabu a/l Avadiappan (SP7) untuk membuat siasatan yang lengkap dan teliti. Sebaliknya, pihak pendakwaan bergantung sepenuhnya kepada keterangan lisan SP1. Aspek yang gagal disiasat oleh SP7 termasuklah kegagalan untuk mendapatkan rakaman CCTV di kawasan perumahan tersebut. Juga gagal disiasat oleh SP7 ialah buku rekod keluar masuk pelawat yang terdapat di Pondok Pengawal Keselamatan serta kesan DNA/cap jari pada barang kes dadah. [49] Kami berpandangan bahawa penjelasan yang diberikan oleh SP7 tidak boleh diterima kerana ia adalah satu keterangan dengar cakap. Kami dapati tiada penjelasan lain yang telah diberikan oleh pihak pendakwaan terhadap kegagalan mereka mengemukakan rakaman CCTV ke Mahkamah. Oleh yang demikian anggapan berlawanan di bawah seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 seharusnya digunapakai oleh Hakim bicara memihak kepada Perayu.” Merujuk kepada kes PP v. Wong Moy [1988] 3 MLJ 280, Mahkamah telah memutuskan bahawa penyiasatan yang gagal dan/atau tidak lengkap akan memberi kesan terhadap kes pihak Pendakwaan:- “Held:
2
The Investigation in this case were unsatisfactory conducted. The blemishes in the prosecution’s case had become accentuated, and more blemishes had been revealed.
3
The Cardinal Principle enshrined in the law of the country is that the onus of pouring the guilt of an accused is through out on the prosecution and if upon the whole evidence the Court is left in a real state of doubt, the prosecution had failed to satisfy the onus of proof which is upon it...” SP11 juga setuju bahawa melalui analisis di dalam Eksibit D28, tidak ada apa-apa yang menunjukkan bahawa kedua-dua OKT telah berhubung dengan SP7 atau SP8 pada 12.6.2017 sepertimana pertuduhan kedua asal dan pertuduhan pilihan kedua. [20] Mahkamah juga mendapati bagi pertuduhan memperoleh suapan sebegini tiada keperluan bagi pihak Pendakwaan untuk membuktikan wujudnya permintaan bagi suapan tersebut. Mahkamah merujuk kepada kes Resad Dillah v PP [2012] 1 LNS 361 dimana Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa: "[44] The Learned SCJ had correctly made a finding that solicitation or demand for gratification is not an ingredient of the present case, but acceptance is. To prove a charge of obtaining, there is no need for the prosecution to prove the element of solicitation as it is and was never an ingredient of an offence of obtaining gratification. This principle was also held in the case of Public Prosecutor v. Md Nor bin Hamid [2003] 1 LNS 591; [2004] 5 MLJ 97 : "In the instant appeal, the trial judge stated that fhe prosecution has failed to prove that the trap money in the sum of RM270 has been demanded by the accused from SP5 as a gratification. In this respect it has been held in Public Prosecutor v. Jamil Bin Mahmod & Anor [ 1998J J LNS 312; [1998] 4 MLJ 681 that under s. 4(a) of the 1961 Act, solicitation or demand is not an ingredient but acceptance is. In that case, the trap money recovered from the accused was not challenged, but the court below required proof of solicitation thereof, as a result of which the accused was acquitted without calling for his defence. On the learned public prosecutor's appeal, Jeffrey Tan J held that the trial court had fallen into serious error and ordered that defence be called. In the instant appeal, the trial judge fell into the same serious error in requiring the prosecution fo prove the ingredient of solicitafion or demand, when it has never been ingredient under s. 4(3…" [45] Hence, based on the above authority, the prosecution in this case is not bound to prove whether the Accused had solicited or demanded for gratification as it is not an ingredient under section 1 / (a) AC A 7
997
[seksyen 4(a) Akta 61 dan seksyen 11(a) APR 1997 adalah serupa dengan seksyen 17(a) Akta SPRM 2009] Dalam kes ini, Mahkamah mendapati bahawa pihak Pendakwaan langsung tidak dapat mengemukakan apa-apa keterangan bahawa OKT 1 dan OKT 2 telah memperoleh suapan wang tunai sepertimana di dalam pertuduhan dan bahawa mereka telah memperoleh suapan wang tunai tersebut secara rasuah. [21] Bagi pertuduhan dibawah seksyen 17(a) Akta SPRM, anggapan di bawah seksyen 50 Akta SPRM adalah terpakai jika pihak Pendakwaan dapat membuktikan adanya fakta-fakta asas berkaitan permintaan dan pemerolehan suapan oleh OKT.
50
Presumption in certain offences
1
Where in any proceedings against any person for an offence under section 16, 17, 18, 20, 21, 22 or 23 it is proved that any gratification has been received or agreedto be received, accepted or agreed to be accepted, obtained or attemptedto be obtained, solicited, given or agreed to be given, promised,or offered, by or to the accused, the gratification shall be presumed to have been corruptly received or agreed to be received, accepted or agreed to be accepted, obtained or attempted to be obtained, solicited, given or agreed to be given, promised, or offered as an inducementor a reward for or on account of the matters set out in the particulars of the offence, unless the contrary is proved. Selanjutnya, dalam kes Attan bin Abdul Ghani v PP [1970] 2 MLJ 143, Mahkamah telah memutuskan seperti yang berikut: "Once it is proved that the gratification has been paid or received then in the words of section 14 of the Act “Such gratification shall be deemed to have been paid or given or received corruptly… ” The presumption at once arises under the section. This presumption is a presumption of law and it is obligatory on the court to raise it in every proceeding for an offence under section 3 or 4 of the Act provided it is proved that the gratification had been paid, given or received. The prosecution has not to establish anything more than the payment of money (See State of Madras v Vaidyanatha Iyer AIR 1958 SC 61 and Emden v State of Uttar Pradesh AIR 1960 SC 548). It then becomes the duty of the accused to disprove what section 14 begins to presume against him. For what is the degree of proof required of the accused see Rex v Carr-Briant [1943] KB 607, Saminathan v Public Prosecutor [1955] MLJ 121 and Otto George Gfella v The King AIR 1943 PC 211. The presumption cannot be said to have been rebutted without sufficient evidence, i.e. such evidence as is reasonably sufficient to invite belief in its probable truthfulness. It was very strongly urged that as the defence was one of non-receipt of the money there was no onus on the appellant to prove “the contrary” suggested in section 14. The argument is fallacious because the presumption comes into operation only when the factum of payment is proved as it was to the satisfaction of the learned president in this case. If payment is not proved the presumption does not arise and consequently there is nothing which the accused is required to prove to the contrary.” Mahkamah juga merujuk kepada kes Ramly Md. Yasin & Ors v. PP [1982] CLJ (Rep) 724 di m.s 725:- "[2] The discoveries of the marked notes from each of the appellants are independent corroborative evidence which led to one and only irresistible conclusion that the appellants received the money from PW12. The presumption under s. 14 of the Act that the gratification is deemed to have been given and - received by the appellants corruptly as an inducement or reward, arises." Mahkamah mendapati pihak Pendakwaan telah gagal membuktikan fakta asas berkaitan intipati pertuduhan bahawa terdapat penerimaan dan pemerolehan wang sejumlah RM300.00 dan RM200.00 daripada SP8 kepada OKT 1 dan OKT 2. Di dalam kes ini, tiada apa-apa wang dijumpai atau dirampas daripada kedua-dua OKT semasa mereka ditahan dan ditangkap oleh pihak SPRM. Tiada apa-apa bukti bahawa OKT 1 dan OKT 2 telah memperoleh apa-apa wang tunai daripada SP8. Berikutan itu, anggapan di bawah seksyen 50 (1) Akta SPRM tidak terpakai terhadap kedua-dua OKT dalam kes ini bagi menyatakan pemerolehan wang suapan tersebut telah dilakukan secara rasuah. Pihak pembelaan tidak mempunyai tanggungjawap untuk mematahkan anggapan tersebut atas imbangan kebarangkalian. Mahkamah merujuk kepada kes PP v Mohd Nadzri Saad & satu lagi [2017] MLRHU 12 di mana Mahkamah Rayuan telah mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen untuk melepaskan dan membebaskan tertuduh dengan memutuskan seperti berikut; “Keputusan Mahkamah Ini ii) Seksyen 50 ASPRM memperuntukkan bahawa: (1) Where in any proceedings against any person for an offence under ss 16, 17, 18, 20, 21, 22 or 23 it is proved that any gratification has been received or agreed to be received, accepted or agreed to be accepted, obtained or attempted to be obtained, solicited, given or agreed to be given, promised, or offered, by or to the accused, the gratification shall be presumed to have been corruptly received or agreed to be received, accepted or agreed to be accepted, obtained or attempted to be obtained, solicited, given or agreed to be given, promised, or offered as an inducement or a reward for or on account of the matters set out in the particulars of the offence, unless the contrary is proved. iii) Pihak Responden hanya perlu menyangkal anggapan di bawah s 50 ASPRM 2009 ini atas imbangan kebarangkalian.” [22] Berdasarkan apa yang dibincangkan dari perenggan [11] ke perenggan [21], Mahkamah berpendapat bahawa pihak Pendakwaan gagal membuktikan elemen kedua dan keempat. Elemen ketiga bagi pertuduhan asal – Bahawa OKT 1 dan OKT 2 memperoleh suapan tersebut sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang ke atas SP7 dan SP8 atas kesalahan disyaki berkhalwat [23] SP7 dan SP8 memberikan keterangan bahawa mereka telah ditahan kerana disyaki berkhalwat di dalam kereta. Walaubagaimanapun kedua-dua SP7 dan SP8 juga bersetuju bahawa mereka tidak melakukan apa-apa perbuatan khalwat dan tidak melakukan apa-apa kesalahan. Kedua-dua SP7 dan SP8 juga bersetuju mereka tidak perlu ditakutkan kerana mereka tidak melakukakan kesalahan. SP11 selaku Pegawai Penyiasat juga telah memberi keterangan bahawa berdasarkan siasatan beliau, SP7 dan SP8 tidak melakukan perbuatan khalwat. Mahkamah setuju dengan hujah peguambela bahawa memandangkan perbuatan khalwat tidak berlaku, maka, tiada dorongan untuk OKT 1 dan OKT 2 melakukan apa-apa perbuatan berkaitan tugas rasmi mereka yang bertentang dengan Akta SPRM mahupun Kanun Keseksaan. Oleh yang demikian, Mahkamah berpendapat bahawa elemen ketiga juga gagal dibuktikan oleh pihak Pendakwaan. PERTUDUHAN PILIHAN [24] Kesalahan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan adalah seperti berikut:-
165
Penjawat awam menerima benda berharga, dengan tiada balasan, daripada orang yang ada kena mengena dalam apa-apa perbicaraan atau urusan yang dijalankan oleh penjawat awam itu Mahkamah merujuk kepada kes Sued Afendy Ali bin Syed Abid Ali v Public Prosecutor [2020] MLJU 2145; [2021] 8 MLJ 643 [36] The ingredients of the offence were set out in the case of Abu Bakar bin Seblie v Public Prosecutor [2012] 2 MLJ 842 where Ravinthran Paramaguru JC (as he then was) said: “The ingredients of an offence under s.165 are:
a
(a)that the appellant was a public servant at the material time;
b
(b)that the appellant accepted a valuable thing for himself without giving consideration or adequate consideration;
c
(c)that he gave no consideration for the valuable thing he obtained; and
d
(d)..... the person from whom the appellant had accepted the said gifts was known to the appellant to have had dealings or connection with the official function of his department.” [37] See also Mohd Khir Toyo v PP [2015] 8 CLJ 770. Mahkamah merujuk kepada kes Abu Bakar b. Seblie v Public Prosecutor [2012] 2 MLJ 842, [2011] MLJU 832, Hakim Mahkamah Tinggi telah memutuskan seperti berikut: “[18] Similarly, I am of the opinion that this case has satisfied all the above tests. The original charges were under s 11(a) of the Anti– Corruption Act 1997. The ingredients of this offence are that the appellant is a public servant and that he had received gratification without giving consideration as inducement for expediting payment. Section 165 is an analogous or cognate offence. It is a lesser offence as the prosecution need not prove reward or inducement. As long as a public servant receives a valuable thing without giving consideration from someone with whom he has official dealings, the charge will bite. [25] Mahkamah menggunapakai alasan yang sama sepertimana yang dibincangkan dari perenggan [7] sehingga [23] bagi pertuduhan pilihan pertama dan pertuduhan pilihan kedua. [26] Selain daripada itu, mengikut kes Abu Bakar b. Seblie (supra), pihak Pendakwaan tidak perlu membuktikan ‘reward or inducement’. Walaubagaimanapun, selepas mendengar kes pihak Pendakwaan, Mahkamah mendapati bahawa pihak Pendakwaan gagal membuktikan bahawa OKT 1 dan OKT 2 telah menerima barang berharga tanpa balasan atau balasan yang tidak sepadan daripada SP8. SP7 dan SP8 telah memberi keterangan bahawa mereka tidak melakukan apa-apa perbuatan yang menyalahi undang-undang. Keterangan ini juga disokong dengan keterangan Pegawai Penyiasat (SP11). Tiada apa-apa keterangan yang menunjukkan bahawa OKT 1 dan OKT 2 telah menerima ‘inadequate consideration’ yang tidak sepatutnya diterima sebagai penjawat awam. Di dalam kes PP v Zaharuddin Abdullah [2012] MLRSU 90, Mahkamah telah memutuskan seperti berikut: [22] Secara keseluruhannya, di dalam kes ini, mahkamah mendapati tidak terdapat satupun keterangan yang menunjukkan bahawa OKT ini telah menyalah gunakan kedudukannya sebagai seorang penjawat awam atau memperolehi apa-apa keuntungan atau imbuhan yang berharga tanpa sebarang balasan atau balasan tidak mencukupi atau menerima sesuatu yang berharga yang diperolehi oleh OKT yang bercanggah dengan tugas rasmi beliau atau tugas pihak dimana OKT bekerja di bawahnya bagi mengaitkan OKT dengan satu kesalahan di bawah s 165 KK atau apa-apa kesalahan lain. Memandangkan di dalam kes ini pihak pendakwaan telah gagal membuktikan elemen penting di bawah s 165 KK iaitu menerima barang berharga tanpa balasan atau balasan yang tidak sepadan, maka anggapan di bawah s 50(3) Akta SPRM 2009 seperti yang dihujahkan oleh pihak pendakwaan adalah tidak terpakai di dalam kes ini. [23] Oleh yang demikian dan berdasarkan alasan-alasan yang telah dinyatakan di atas, secara keseluruhannya mahkamah memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan kes prima facie bagi pertuduhan terhadap OKT di bawah s 165 Kanun Keseksaan ini dan dengan itu OKT dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan tanpa dipanggil membela diri.” [27] Anggapan dibawah seksyen 50(3) Akta SPRM adalah seperti berikut:
50
Presumption in certain offences
3
Where in any proceedings against any person for an offence under section 165 of the Penal Code it is proved that such person has accepted or attempted to obtain any valuable thing without consideration or for a consideration which such person knows to be inadequate, such person shall be presumed to have done so with such knowledge as to the circumstances as set out in the particulars of the offence, unless the contrary is proved. Oleh kerana pihak Pendakwaan gagal membuktikan elemen penting di bawah seksyen 165 Kanun Keseksaan iaitu menerima wang tunai tanpa balasan atau balasan yang tidak sepadan, maka anggapan di bawah seksyen 50(3) Akta SPRM juga tidak terpakai di dalam kes ini. Kesimpulan [28] Mahkamah merujuk kepada kes PP v Sharul Nizam AB Rahim [2019] 1 LNS 2076 dimana Mahkamah Tinggi telah memutuskan seperti berikut: “[29] Saya mengulangi bahawa ujian di akhir kes pendakwaan adalah suatu kes prima facie berdasarkan penilaian maksima ke atas keterangan-keterangan. Keterangan kes pendakwaan hendaklah diteliti secara rapi. Selepas suatu penilaian rapi dibuat, sekiranya mahkamah mendapati wujudnya sebarang keraguan, mahkamah hendaklah memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah gagal mengemukakan suatu kes prima facie. Ekoran itu, pembelaan tidak sewajarnya dipanggil hanya untuk menjelaskan mana-mana keraguan yang ditimbulkan. Berbalik kepada kes ini, setelah meneliti kes pihak pendakwaan secara rapi, saya mendapati tiada kekhilafan oleh Hakim Mahkamah Sesyen dari segi fakta dan undang-undang apabila Hakim Mahkamah Sesyen memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah gagal mengemukakan suatu kes prima facie ke atas OKT bagi kesemua pertuduhan.” Setelah menilai dan menimbang segala keterangan dalam kes pihak Pendakwaan secara penilaian maksimum sebagaimana yang digariskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes PP v Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457, suatu kes prima facie telah gagal dibuktikan oleh pihak Pendakwaan terhadap kedua-dua OKT. [29] Berdasarkan alasan-alasan seperti di atas, Mahkamah mendapati bahawa pihak Pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap OKT 1 dan OKT 2 bagi kedua-dua pertuduhan asal dan pertuduhan pilihan. Oleh yang demikian, OKT 1 dan OKT 2 telah dilepaskan dan dibebaskan dari kesemua pertuduhan tanpa dipanggil untuk membela diri. Mahkamah berpendapat pelepasan dan pembebasan ini adalah wajar dan patut. Bertarikh pada 14 Ogos, 2024 (PRISCILLA HEMAMALINI NADARAJAN) Hakim Mahkamah Sesyen Mahkamah Sesyen 2 Alor Setar, Kedah ---------------------------------------------------------------------------------------------- Peguamcara: Bagi pihak Timbalan Pendakwaraya : Rehab bt Abdul Shukur Bagi pihak OKT : Mohd Khairul Hafizuddin bin Ramli, Siti Salwa bt Jaafar dan Illyana Syafiqa bt Saad dari Tetuan Khairul Hafizuddin & Co.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.