Content
Penghakiman Page 1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN RAYUAN JENAYAH NO: BA-42K-10-12/2021
/akn/my/judgment/high-court/2022/c840bdd9-2235-4edc-8a9b-bfdc119274cd
High Court of Malaysia30 Aug 2022BA-42K-10-12/2021
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
Penghakiman Page 1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN RAYUAN JENAYAH NO: BA-42K-10-12/2021
1
1.
2
MUHAMMAD ZULKHARI BIN ABD MAJID … PERAYU-PERAYU DAN PENDAKWA RAYA ... RESPONDEN (Dalam Mahkamah Sesyen Petaling Jaya (4) Kes Tangkap No: BB-MS4-62K-120-07/2018) ANTARA PENDAKWA RAYA
2
MUHAMMAD ZULKHAIRI BIN ABD MAJID S/N ufw4JxYhskqhZHwWwRa3dQ Penghakiman Page 2 PENGHAKIMAN PENDAHULUAN [ 1 ] Perayu-Perayu dalam kes ini menghadapi pertuduhan di bawah seksyen 408 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama seksyen 34 Kanun yang sama seperti berikut – “Bahawa kamu bersama-sama pada 6.6.2018 di Syarikat Safeguards G4S Sdn Bhd bertempat di Lot 4 dan 6, Jalan 225, Seksyen 51A, 46100 Petaling Jaya, dalam Daerah Petaling, di dalam Negeri Selangor, selaku pekerja syarikat di Jabatan CIT, dalam kapasiti tersebut telah diamanahkan dengan wang tunai RM4,702,000.00 yang dikutip dari pelanggan iaitu Public Bank Berhad Cawangan Sungai Jarum, telah melakukan pecah amanah jenayah iaitu dengan curangnya menyalah-gunakan wang tunai RM400,000.00. Oleh yang demikian kamu telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 408 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun yang sama.” [ 2 ] Hakim Mahkamah Sesyen Petaling Jaya (“HMS”) telah mensabitkan kedua-dua Perayu di akhir kes pembelaan dan menjatuhkan hukuman 11 tahun penjara. Rayuan kedua-dua Perayu terhadap sabitan ke Mahkamah Tinggi telah ditolak dan sabitan dikekalkan. Sementara rayuan kedua-dua Perayu terhadap hukuman dibenarkan dan hukuman penjara 11 tahun oleh HMS diketepikan lalu digantikan dengan hukuman penjara 6 tahun dan 2 sebatan setiap seorang. Penggantungan pelaksanaan hukuman dibenarkan dengan tambahan jumlah dan syarat jaminan sementara rayuan dibuat oleh kedua-dua Perayu ke Mahkamah Rayuan. S/N ufw4JxYhskqhZHwWwRa3dQ Penghakiman Page 3 FAKTA KES [ 3 ] Syarikat keselamatan Safeguards G4S (“G4S”) yang menawarkan perkhidmatan cash in transit (“CIT”) yang memungut wang tunai dari premis perniagaan atau bank untuk dihantar ke tempat peti simpanan syarikat sebelum tindakan selanjutnya. Pemungutan wang dilakukan oleh pekerja syarikat G4S yang bersenjata dan pemandu van. Tindakan pemungutan wang oleh pekerja syarikat ditetapkan oleh garispanduan tertentu (“SOP”) yang perlu dipatuhi tanpa pengecualian antaranya van dalam transit dari kutipan wang untuk dihantar ke peti simpanan G4S tidak dibenarkan berhenti di mana-mana dan hendaklah terus menyerahkan kutipan tersebut bagi simpanan selamat. [ 4 ] Dalam kes ini, salah satu van pengutip wang dianggotai oleh pemandu tiga pekerja G4S iaitu SP4 serta OKT 1 dan OKT 2 sebagai pegawai CIT dan pengawal keselamatan bersenjata (“armed guard”) telah ditugaskan untuk mengutip karung wang dari Public Bank, cawangan Jenjarum, Klang pada 6.6.2018 untuk disimpan di peti simpanan (vault) syarikat G4S di Petaling Jaya. Wang yang perlu dikutip dan dihantar ke peti simpanan syarikat di Petaling Jaya berjumlah RM4,702,000.00. Jumlah wang tunai ini telah disahkan oleh SP3, pegawai Public Bank yang membuat pengiraan. [ 5 ] Dalam perjalanan ke Petaling Jaya, OKT 1 telah mengarahkan SP4 untuk singgah di Shah Alam untuk berbuka puasa di mana OKT 2 telah dihantar ke rumahnya dan SP4 pergi berbuka puasa di kedai. Isteri OKT 1 telah datang untuk makan bersama dengan mereka. S/N ufw4JxYhskqhZHwWwRa3dQ Penghakiman Page 4 [ 6 ] Selepas itu, van meneruskan perjalanan ke Petaling Jaya dan karung wang yang dikutip telah ditinggalkan di pejabat peti simpanan G4S untuk pengiraan imbangan. Pengiraan hanya dibuat keesokan hari dan didapati jumlah wang dalam karung dari Public Bank Jenjarum terkurang sebanyak RM400,000.00. Siasatan dalaman telah dibuat dan laporan polis berkaitannya disiasat. Kedua-dua OKT telah ditangkap dan dituduh di mahkamah di bawah seksyen 408 Kanun Keseksaan. ISU YANG BERBANGKIT DALAM RAYUAN PERAYU [ 7 ] Peguam Perayu yang bijaksana telah membangkitkan beberapa isu berkaitan elemen pembuktian kes pendakwaan seperti dinyatakan dalam Petisyen Rayuan dan Hujah Bertulis serta lisan pihak Perayu. Elemen pertama pertuduhan: Pihak pendakwaan gagal membuktikan kedua-dua OKT adalah pekerja syarikat G4S [ 8 ] Peguam Perayu menghujahkan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan deskripsi atau skop tugas OKT 1 dan OKT 2 yang berbeza iaitu sebagai pegawai CIT atau armed guard. Peguam merujuk kepada eksibit P5 iaitu peraturan pegawai CIT yang tidak menyatakan pegawai CIT adalah juga armed guard. [ 9 ] Peguam menghujahkan keterangan lisan SP1 mengenai tugas dan tanggungjawab kedua-dua OKT tidak disokong oleh mana-mana dokumen dan tidak mencukupi untuk membuktikan elemen ini. S/N ufw4JxYhskqhZHwWwRa3dQ Penghakiman Page 5 [ 10 ] Pelantikan kedua-dua OKT telah dibuktikan melalui keterangan SP1 dan eksibit P1 hingga P8 (OKT 1) dan P9 hingga P11 (OKT 2). Tugas kedua-dua OKT sama sahaja dan nama jawatan dibezakan untuk tujuan Kesatuan Sekerja [lihat SP1, ms. 76, Rekod Rayuan, Jilid 2]. Dokumen pelantikan dan penerimaan jawatan kedua-dua OKT sebagai pegawai CIT menjelaskan OKT-OKT dan pekerja G4S turut tertakluk kepada peraturan dan tanggungjawab yang ditetapkan majikan – tidak dinyatakan peraturan tersebut perlu dalam bentuk bertulis (lihat perenggan 10, P3). Justeru, selain dokumen P5, keterangan yang diberikan oleh SP1 tentang peraturan dan tanggungjawab kedua-dua OKT adalah relevan dan terpakai. [ 11 ] Mahkamah juga bersetuju dengan Analisa dan Dapatan HMS yang bijaksana seperti di ms. 25 – 26, Rekod Rayuan, Jilid I. Dalam hujahan bertulis peguam yang bijaksana sendiri tidak mempertikaikan kedua-dua OKT adalah pekerja syarikat G4S Sdn. Bhd. Elemen kedua pertuduhan: Pengamanahan atau penguasaan ke atas harta yang dipertuduhkan [ 12 ] Peguam yang bijaksana menghujahkan bahawa pengamanahan wang tunai RM4,702,000.00 yang dikutip dari Public Bank Berhad cawangan Sungai Jenjarum tidak dibuktikan dengan bergantung pada kes Dato’ Sri Mohd Najib Hj Abd Razak (“DNSR”) v PP [2022] 1 MLRA 354. S/N ufw4JxYhskqhZHwWwRa3dQ Penghakiman Page 6 [ 13 ] Peguam juga menghujahkan terdapat keraguan berkaitan jumlah wang yang diamanahkan di dalam pertuduhan berdasarkan – a. Pengiraan wang Public Bank oleh SP3 dibuat sehari sebelum kutipan dan cctv pengiraan tidak dikemukakan; b. Tripsheet (ID12) menunjukkan kutipan dikendalikan oleh kedua-dua OKT dan SP4 tidak dibuktikan dan cctv dalam van tidak dikemukakan; c. Wang telah diserahkan kepada pegawai vault di syarikat G4S pada tarikh sama tapi hanya dikira keesokan hari. Jadi, amanah harta tersebut ke atas kedua-dua OKT telah berakhir setelah karung wang tersebut diserahkan kepada peti simpanan syarikat. d. Anggapan sek. 114(g) Akta Keterangan 1950 terpakai apabila rakaman cctv dalam van dan rakaman cctv semasa pengiraan di Public Bank tidak dikemukakan dan pegawai vault G4S yang membuat pengiraan imbangan wang di syarikat G4S tidak dipanggil. [ 14 ] SP1 dan SP2 dalam keterangannya telah menjelaskan tugas kedua-dua OKT sebagai pegawai CIT dan armed guard kerana ada lesen senjata. Penjalanan tugas kedua-dua OKT juga tertakluk kepada arahan, peraturan dan kontrak pekerjaan dengan majikan. Mengikut amalan pekerjaannya, kedua-dua OKT juga telah melaksanakan tugas kutipan dan kawalan dalam transit wang pelanggan sehingga diserahkan dan disahkan oleh pegawai S/N ufw4JxYhskqhZHwWwRa3dQ Penghakiman Page 7 vault syarikat. Pengamanahan harta dan pengamanahan penguasaan ke atas harta ini berakhir hanya setelah jumlah wang yang diterima diimbangkan oleh pegawai vault syarikat G4S tanpa ditetapkan tempoh untuk pengiraan itu. [ 15 ] Penjalanan pengamanahan harta tersebut diselia oleh “Golden Rules” iaitu aturan SOP syarikat seperti disenaraikan di eksibit P5. Peraturan pertama memperuntukkan – “Pegawai CIT tidak dibenarkan dan perlu mematuhi:
1
Berhenti di tempat yang tidak dibenarkan (Kecuali kawasan tertentu yang dibenarkan dalam SOP)
2
…” [ 16 ] Kegagalan mematuhi setiap SOP tersebut akan menyebabkan tindakan disiplin dikenakan termasuk pembuangan kerja. P5 adalah suatu bentuk kontrak antara OKT 1 dan majikannya yang disokong dengan amalan pekerjaannya seperti yang dinyatakan oleh SP1 dan SP2. Kandungan P5 selaras dengan kehendak seksyen 405 Kanun Keseksaan – “Whoever, being in any manner entrusted with property, or with any dominion over property either solely or jointly with any other person dishonestly misappropriates, or converts to his own use, that property, or dishonestly uses or disposes of that property in violation of any direction of law prescribing the mode in which such trust is to be discharged, or of any legal contract, express or implied, which he has made touching the S/N ufw4JxYhskqhZHwWwRa3dQ Penghakiman Page 8 discharge of such trust, or wilfully suffers any other person so to do, commits "criminal breach of trust". (penekanan ditambah) [ 17 ] Pengiraan wang di pihak Public Bank telah dijelaskan oleh SP3. Keterangannya tidak dicadangkan sebagai tidak benar atau suatu pembohongan oleh pihak pembelaan. Kredibiliti SP3 tidak dicabar, proses kiraan dan jumlah kiraan wang tunai juga tidak pernah dicabar, maka keterangannya boleh diterima. Ketiadaan rakaman cctv semasa pengiraan dibuat bukanlah suatu kelemahan yang fatal kepada kes pendakwaan kerana rakaman cctv hanyalah suatu keterangan sokongan sahaja sekiranya kredibiliti SP3 dipersoalkan. [ 18 ] Begitu juga rakaman cctv di dalam van yang digunakan untuk menghantar kutipan wang tersebut ke peti simpanan syarikat G4S tidak perlu dikemukakan kerana telah ada keterangan daripada SP4 bahawa terjadi kesalahan pelanggaran SOP yang terpakai ke atas kedua-dua OKT dari kontrak pekerjaan mereka dengan majikan. Justeru apabila terdapat pelanggaran SOP oleh kedua-dua OKT berkaitan penjalanan amanah dan penguasaan ke atas harta tersebut, suatu kesalahan pecah amanah jenayah telah berlaku. [ 19 ] Dari keterangan saksi-saksi SP1, SP2 dan eksibit P1 hingga P11, pelantikan sebagai pekerja dan SOP semasa membawa wang dalam transit (P5) yang terpakai ke atas kedua-dua OKT, pengamanahan harta dan penguasaan harta telah dibuktikan. Alasan Penghakiman HMS yang bijaksana seperti di ms. 26 – 27, Rekod Rayuan, Jilid I adalah disetujui. S/N ufw4JxYhskqhZHwWwRa3dQ Penghakiman Page 9 Elemen ketiga: pecah amanah jenayah atas harta tersebut [ 20 ] Peguam yang bijaksana menghujahkan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan Perayu-perayu telah dengan curang menggunakan harta tersebut dengan merujuk kepada seksyen 24 Kanun Keseksaan. Peguam yang bijaksana juga menghujahkan bahawa anggapan di bawah seksyen 409B Kanun Keseksaan tidak terpakai kerana elemen pengamanahan tidak dibuktikan akibat kelemahan-kelemahan yang dinyatakan dalam hujah bertulis Perayu di perenggan 61 hingga 98 (kandungan 25). [ 21 ] Pengamanahan harta yang terlibat kepada OKT 1 dan 2 telah dibuktikan daripada keterangan SP1, SP2, SP3, SP4 dan dokumen-dokumen berkaitan tugas mereka seperti P5 yang menyenaraikan SOP yang perlu dipatuhi dan eksibit P13 hingga P19 berkaitan pengiraan dan penyerahan karung wang Public Bank kepada kedua-dua OKT. Persoalannya sama ada kontrak dan SOP tugas OKT 1 dan 2 telah dipatuhi berhubung kutipan dan penghantaran kutipan wang pelanggan ke peti simpanan syarikat G4S di Petaling Jaya. [ 22 ] Keterangan SP4 adalah jelas bahawa SOP berkaitan penjalanan pengamanahan ke atas harta pelanggan itu telah dilanggar oleh OKT 1 dan
2
SP4 mengesahkan OKT 1 mengarahkan SP4 melencong dari perjalanan ke pejabat G4S di Petaling Jaya dan menghantar OKT 2 ke rumahnya di Shah Alam serta mengarahkan SP4 untuk berhenti berbuka puasa sebelum meneruskan perjalanan ke syarikat G4S di Petaling Jaya. S/N ufw4JxYhskqhZHwWwRa3dQ Penghakiman Page 10 [ 23 ] Kesan daripada pelanggaran SOP ini telah menyebabkan kehilangan salah (wrongful loss) kepada wang pelanggan syarikat iaitu Public Bank cawangan Jenjarum berjumlah RM400,000.00. OKT 1 dan 2 telah melakukan pecah amanah jenayah dalam keadaan dan fakta ini. Kekurangan / kehilangan sejumlah RM400,000 daripada RM4,702,000 disahkan oleh SP5 dan SP6 yang membuat pengiraan imbangan setelah karung wang Public Bank diserahkan. [ 24 ] Selain itu, terdapat keterangan ikut keadaan yang menjadi keterangan sokongan daripada tindakan atau perlakuan kedua-dua OKT yang menunjukkan mereka mempunyai pengetahuan salah (guilty conduct and knowledge) di bawah seksyen 8 Akta Keterangan 1950 apabila kedua-dua OKT – a. Tidak hadir bekerja selepas menghantar karung wang yang dikutip tanpa kelulusan majikan walaupun selepas cuti sakit dan cuti rehat yang diambil selepas kejadian; b. Tidak membuat laporan polis untuk melindungi kedudukan mereka dari tuduhan; c. Memandu arah pihak polis sehingga dapat menemui sejumlah wang denominasi RM100 (seperti denominasi wang yang hilang) tanpa mencadangkan wang yang dijumpai bukan milik mereka. Wang tersebut hanya dijumpai hasil pandu arah kedua-dua OKT menunjukkan hanya mereka yang mengetahui dan boleh berurusan dengannya. S/N ufw4JxYhskqhZHwWwRa3dQ Penghakiman Page 11 [ 25 ] Mahkamah juga bersetuju dengan analisa dan dapatan HMS yang bijaksana berkaitan elemen-elemen ini seperti di ms. 27 hingga 39, RR Jilid I. Mahkamah mendapati HMS yang bijaksana telah mengaplikasikan penilaian maksima ke atas kes pendakwaan sebelum memanggil kedua-dua OKT membela diri. KES PEMBELAAN [ 26 ] Secara ringkas, kes pembelaan OKT-OKT adalah tugas OKT 1 sebagai pegawai CIT dan bukan armed guard, tetapi pada tarikh kejadian dia diarahkan menjalankan tugas armed guard juga. OKT 1 mengatakan tiada isu tentang pembetulan nombor seal. Selain itu, berhenti di mana-mana untuk makan dibenarkan, malah van telah berhenti sebelum itu untuk OKT 2 membeli makanan untuk teman wanitanya. OKT 1 mempersoalkan kenapa mereka tidak ditahan semasa menghantar karung wang dan van di tempat simpanan syarikat G4S pada malam kejadian dan mereka tidak terus ditahan setelah kiraan imbangan tunai mendapati perbezaan jumlah wang kutipan itu. Berkaitan wang RM80,000 yang diumpai dalam laci di rumah sewa di Senawang, OKT 1 mendakwa ia hanya dijumpai dalam serbuan kedua oleh pihak polis. OKT 1 telah memanggil saksi SD4 untuk menjelaskan milikan Kereta Honda WQA 7292 dan OKT 2 mengatakan kereta Honda AFS 7722 adalah milik penama Hafizol. Dalam Pernyataan Saksi OKT 2 turut mendakwa polis hanya memberitahu mereka tentang jumpaan wang RM80,000 dari laci meja tidak berkunci (bukan hasil pandu arah). OKT 2 menafikan memberi maklumat atau pandu arah pihak polis ke pondok terbiar milik UMNO di Kedah di mana wang berjumlah RM94,000 dijumpai. S/N ufw4JxYhskqhZHwWwRa3dQ Penghakiman Page 12 [ 27 ] Hujahan peguam Perayu tidak menyentuh kes pembelaan kedua-dua Perayu. Walau bagaimanapun isu berbangkit dalam kes pembelaan kedua-dua Perayu telah dinyatakan dalam petisyen rayuan Perayu seperti di perenggan (o) hingga (r), RR Jilid I, ms. 17 iaitu secara ringkas – o. HMS khilaf apabila mendapati pembelaan kedua-dua OKT adalah penafian semata-mata, ciptaan baru dan pemikiran semula; p. HMS khilaf apabila memutuskan telah berlaku pecah amanah jenayah atas wang tunai tersebut; q. HMS khilaf apabila membuat keputusan berdasarkan keterangan yang tiada dari saksi-saksi pendakwaan; r. HMS khilaf apabila memutuskan pelanggaran SOP dan bonjolan dalam sweater OKT 2 membuktikan pecah amanah jenayah oleh Perayu-Perayu. [ 28 ] HMS yang bijaksana telah meneliti keterangan kes pembelaan terhadap kes pendakwaan seperti dalam Alasan Penghakimannya di ms. hingga 47, Rekod Rayuan, Jilid I. Setelah menimbangkan secara keseluruhan keterangan kes, HMS yang bijaksana telah memutuskan bahawa pembelaan OKT-OKT adalah suatu penafian, pemikiran semula dan rekaan semata-mata serta tidak membangkitkan keraguan ke atas kes pendakwaan yang telah diputuskan secara penilaian maksima. Walaupun analisa keterangan oleh HMS yang bijaksana agak ringkas, mahkamah mendapati keputusan HMS yang bijaksana boleh diterima. S/N ufw4JxYhskqhZHwWwRa3dQ Penghakiman Page 13 [ 29 ] Mahkamah turut meneliti hujahan pihak-pihak yang dikemukakan di akhir kes pembelaan dan bersetuju dengan hujahan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan yang memperincikan bagaimana pembelaan kedua-dua OKT telah gagal membangkitkan apa-apa keraguan ke atas kes pendakwaan (ms. 490 hingga 507, Rekod Rayuan Jilid 4). Secara ringkas mahkamah bersetuju bahawa – a. OKT 1 dan 2 dalam tugas mereka bertanggungjawab menjalankan arahan-arahan bertulis dan lisan daripada majikan sepanjang bertugas dan pembelaan OKT tidak menidakkan keterangan SP1 yang mengesahkan tugas kedua-dua OKT adalah sama sebagai pegawai CIT dan OKT 1 juga bertugas sebagai armed guard kerana mempunyai lesen senjata; b. Pembelaan OKT tidak menyangkal keterangan SP3 berkaitan jumlah wang yang diserahkan oleh Public Bank Jenjarum dan tidak menjelaskan kenapa seal asal yang diubah tidak dikepilkan dengan seal baru; c. Pembelaan OKT 1 tentang wang RM80,000 dijumpai di rumah sewa di Senawang tidak menidakkan bahawa jumpaan wang tunai itu adalah hasil pandu arah dari OKT 1 sendiri; d. Pembelaan OKT 2 tentang jumpaan wang RM94,000 di atas siling pondok UMNO terbiar di Jalan Jentang, Gurun, Kedah hanya penafian sahaja, sedangkan pandu arah oleh OKT 1 dan 2 merupakan keterangan relevan di bawah seksyen 8 Akta Keterangan 1950. Keterangan pandu arah oleh kedua-dua OKT juga tidak tercabar; S/N ufw4JxYhskqhZHwWwRa3dQ Penghakiman Page 14 e. Pembelaan bahawa berhenti atau detour dibenarkan untuk makan tidak menidakkan keterangan SP1, SP2 dan SP4 bahawa perbuatan ini dilarang dan melanggar SOP yang wajib diikuti oleh semua pekerja syarikat. Selain itu, penjelasan yang diberikan oleh kedua-dua OKT mengenai sebab melanggar SOP itu tidak meyakinkan; f. Pembelaan OKT-OKT bahawa mereka tidak ditahan sebaik menyerahkan karung duit bertentangan dengan fakta bahawa kiraan imbangan wang hanya dilakukan keesokan hari iaitu setelah pasukan OKT 1, OKT 2 dan SP4 pulang. Selain itu, OKT 1 dan 2 tidak hadir bekerja selepas kejadian. Terdapat penjelasan dari syarikat bahawa siasatan dalaman perlu dibuat sebelum tindakan laporan polis dibuat dalam kes ini; g. Fakta yang lebih relevan tetapi tidak dijawab oleh pembelaan ialah kedua-dua OKT tidak membuat laporan polis untuk melindungi diri mereka dari tuduhan dan tidak dapat mencabar keterangan pendakwaan tentang pandu arah kedua-dua OKT dan jumpaan wang dalam denominasi RM100 yang menunjukkan pengetahuan salah kedua-dua OKT mengenai kejadian itu; h. Keterangan SD5 lebih kepada dengar cakap (hearsay) berkaitan dengan kejadian dan tidak selari dengan keterangan saksi-saksi daripada syarikat G4S mengenai peraturan dan tugas pegawai CIT dan armed guard selain SD5 tidak pernah menjalankan tugas itu; i. Lain-lain saksi pembelaan tidak dapat menyangkal atau membangkitkan keraguan ke atas kes pendakwaan. S/N ufw4JxYhskqhZHwWwRa3dQ Penghakiman Page 15 [ 30 ] Setelah meneliti keseluruhan keterangan dan eksibit yang dikemukakan, mahkamah bersetuju dengan HMS yang bijaksana bahawa pihak pembelaan telah gagal membangkitkan keraguan munasabah ke atas kes pendakwaan dan pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan pertuduhan terhadap kedua-dua OKT melampaui keraguan munasabah. Sehubungan itu, mahkamah mendapati sabitan oleh HMS yang bijaksana adalah selamat dan tidak wajar diganggu. Sabitan ke atas kedua-dua OKT dikekalkan. [ 31 ] Keputusan ini adalah selari dengan Mahkamah Rayuan di dalam kes Alandu a/l Santhanasamy v. Public Prosecutor [2013] 1 LNS 1019, di mana Hamid Sultan bin Abu Backer, JCA menyatakan seperti berikut – “It is well settled that it is in the hands of the trier of facts to assess the quality of evidence and to determine whether the evidence on record justifies a conviction. In so doing if the court orders an acquittal or conviction it cannot be set aside by the appellate court unless it records a finding that the view taken by the trial court was not a possible reasonable view of the evidence on record. [See Pramod Mandal v. State of Bihar (SC) [2004] 4 LRI 24; PP v. Thenegaran a/l Murugan [2013] 5 CLJ 850; [2013] 3 MLJ 328]” HUKUMAN [ 32 ] Mahkamah berpendapat hukuman penjara 11 tahun yang dijatuhkan oleh HMS yang bijaksana adalah terlalu berat mengambil kira faktor-faktor mitigasi antaranya ini adalah kesalahan pertama kedua-dua OKT dan jumlah kerugian yang terlibat hanya sebahagian kecil dari jumlah kutipan tersebut. S/N ufw4JxYhskqhZHwWwRa3dQ Penghakiman Page 16 Mahkamah juga mengambil maklum keputusan terbaru Mahkamah Persekutuan yang mengesahkan keputusan kes PP v Dato’ Sri Najib Razak [2020] 8 CLJ 319 HC berkaitan kesalahan di bawah seksyen 409 Kanun Keseksaan di mana OKT telah dihukum penjara sepuluh tahun bagi kerugian wang berjumlah RM42 juta. [ 33 ] Sehubungan itu, rayuan terhadap hukuman dibenarkan dan hukuman penjara 11 tahun digantikan dengan hukuman penjara 6 tahun dan 2 sebatan. (JULIA BINTI IBRAHIM) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya Shah Alam Selangor. Bertarikh : 30 Ogos 2022 Kaunsel: Bagi pihak Perayu-Perayu Azahir bin Nasir Najib bin Zakaria Nur Alyaa Mohd Zain Peguambela dan Peguamcara Tetuan Azahir Surainie & Azizan Ariff Kota Bharu, Kelantan. Bagi pihak Responden TPR Aidatul Azura binti Zainal Abidin Timbalan Pendakwa Raya Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor. S/N ufw4JxYhskqhZHwWwRa3dQ
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.