Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN SUNGAI PETANI DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN GUAMAN SIVIL NO : KB-B53KP– 1– 09/ 2020
KB-B53KP-1-09/2020
Sessions Court of Malaysia30 Dec 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
What the court ordered
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“ted with a proposed treatment. It did not deal with the standard of care expected in respect of either diagnosis or treatment.” [ 18 ] Dalam kes Prince Court Center Sdn Bhd v Abhishek Devi Das & Anor [2024] CLJU 729, Mahkamah menyatakan seperti berikut:”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN SUNGAI PETANI DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN GUAMAN SIVIL NO : KB-B53KP– 1– 09/ 2020
1
SHAHRUL IZAM BIN MAT DESA
2
SITI MUSLIHAH BINTI MUSHTAR (NO.KP: 850826-14-6032) (Menuntut bagi Simati, Izzara Nur Zulaikha Binti Shahrul Izam) … PLAINTIF-PLAINTIF
1
DR. MOHAMAD SHAHBODIN BIN SARIK
2
PANTAI HOSPITAL SUNGAI PETANI SDN BHD (426082-W) ... DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN [ 1 ] Plaintif-plaintif telah memfailkan tuntutan ini terhadap defendan-defendan bagi menuntut pelbagai gantirugi akibat kecuaian perubatan yang didakwa telah dilakukan oleh defendan pertama semasa anak plaintif-plaintif iaitu Izzara Nur Zulaikha Binti Shahrul Izam (selepas ini disebut sebagai kanak-kanak tersebut) mendapatkan rawatan di Hospital Pantai Sungai Petani , Kedah Darul Aman , dari 1 April 2014 sehingga 5 April 2014. Kanak-kanak tersebut telah meninggal dunia pada 5 April 2014 di Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani semasa berumur 13 bulan. [ 2 ] Defendan pertama adalah Pakar Perunding Kanak-Kanak di Hospital Pantai Sungai Petani yang mendiagnos dan merawat kanak-kanak tersebut mulai 1 April 2014 sehingga 5 April 2014. [ 3 ] Defendan kedua adalah Hospital di mana defendan pertama bertugas dan segala fasiliti dan rawatan ke atas kanak-kanak dibuat. TUNTUTAN PLAINTIF [ 4 ] Plaintif-plaintif mendakwa kecederaan dan kematian kanak-kanak tersebut adalah di sebabkan kecuaian defendan-defendan seperti berikut :
1
Gagal memastikan bahawa infant mendapat pemeriksaan yang rapi bagi memastikan kesemua prosedur-prosedur rawatan terhadap infant tersebut dalam keadaan baik;
2
Gagal melaksanakan kecermatan perubatan yang munasabah;
3
Gagal mengambil apa-apa langkah yang sesuai dan wajar bagi mengelakkan keadaan infant yang semakin teruk dari 1 April 2014 sehingga 5 April 2014;
4
Gagal memaklumkan kepada plaintif-plaintif keadaan sebenar infant berkenaan dengan segera sepanjang tarikh 1 April 2014 sehingga 5
5
Gagal memaklumkan kepada plaintif-plaintif yang defendan-defendan akan memindahkan infant tersebut ke HSAH pada 5 April 2014; dan
6
Gagal melaksanakan prosedur dengan rapi dan selamat di manan terdapat jangkitan kuman dalam badan infant tersebut. [ 5 ] Butir-butir kecuaian defendan-defendan telah diplidkan seperti di dalam pernyataan tuntutan pada perenggan 25 iaitu pada BUTIR-BUTIR KECUAIAN SALAH LAKU DEFENDAN-DEFENDAN [ 6 ] Plaintif – plaintif menuntut terhadap defendan-defendan :
1
Gantirugi Khas
2
Gantirugi Am
3
Gantirugi Teladan
4
Gantirugi Teruk
5
Faedah ; dan
6
Kos PEMBELAAN DEFENDAN-DEFENDAN [ 7 ] Defendan-defendan dalam pembelaan mereka antara lainnya menyatakan seperti berikut :
1
Pada 1 April 2014 jam 8.40 malam ,kanak-kanak tersebut telah dibawa ke hospital defendan kedua dan diberi rawatan awal oleh Dr T Jesysudhan Nair di bilik kecemasan;
2
Defendan pertama kemudiannya membuat diagnos awal dan di dapati kanak-kanak tersebut mengalami selesema akibat jangkitan virus dan selepas diberikan rawatan kanak-kanak tersebut dalam keadaan stabil dan suhu badan yang direkodkan adalah 36.5 celcius pada jam 9 malam. Pada jam 9.45 malam plaintif-plaintif telah memohon untuk membawa kanak-kanak pulang ke rumah atas risiko sendiri;
3
Pada hari berikutnya iaitu 2 April 2014 jam 12.40 pagi , kanak-kanak di bawa semula ke hospital defendan kedua untuk rawatan selanjutnya;
4
Defendan pertama telah memberikan rawatan dan ubatan yang bersesuaian serta pemerhatian terhadap kanak-kanak tersebut. Keputusan darah menunjukkan kanak-kanak tersebut dijangkitan virus tetapi terkawal dan sederhana. Kanak-kanak diberikan ubat anti virus kali kedua. Pada 3 April 2014 jam 7 pagi suhu badan kanak-kanak telah turun kepada 36.5 celcius;
5
Rawatan yang diterima oleh kanak-kanak tersebut adalah prosedur perubatan yang dibenarkan bagi menyelamatkan pesakit. Walaupun saluran IV yang tidak diselenggarakan tetapi ubatan masih diberikan dengan cara menyuapkannya melalui mulut kanak-kanak;
6
Berdasarkan amalan perubatan yang dibenarkan, defendan pertama tetap meneruskan pemberian ubat-ubatan melalui suapan ulut dnegan memberikan anti viral serta antibiotic dan mengawasi keadaan kanak-kanak setiap masa secara berkala; dan
7
Sebelum pemindahan kanak-kanak ke Hospital Sultan Abdul halim , Sungai Petani, defendan pertma telah memberikan dan memastikan kanak-kanak mendapatkan ubatan dan melalui prosedur pemindahan yang selamat. FAKTA-FAKTA DIPERSETUJUI [ 8 ] Fakta – fakta dipersetujui adalah seperti berikut:
1
Izzara Nur Zulaikha binti Sahrul Izam (Simati) adalah anak perempuan kepda plaintif-plaintif d iatas ynag berumur 13 bulan semasa pergi mendapatkan rawatan di hospital defendan kedua;
2
Simati mendapatkan rawatan dengan defendan pertama di hospital defendan kedua pada tarikh 01/04/2014 sehingga 05/04/2014; dan
3
Simati telah dipindahkan ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani pada 05/04/2014 jam 11 pagi BEBAN PEMBUKTIAN [ 9 ] Dalam kes sivil seumpama ini, beban pembuktian adalah pada plaintif untuk membuktikannya atas imbangan kebarangkalian. Undang-undang adalah jelas sepertimana yang diperuntukkan dalam seksyen 101 Akta Keterangan 1950 seperti berikut : “ s. 101 :
1
Whoever desires any court to give judgment as to any legal right or liability, dependent on the existence of facts which he asserts, must prove those facts exists “. [ 10 ] Dalam kes Mahkamah Persekutuan, Wong Thin Yit v Mohamed Ali (1971) 2 MLJ 175, YA Ong (pada ketika itu) telah menyatakan seperti berikut : “.. in a negligence action the onus of proof rests wholly on the plaintiff, whether or not the defendant gives evidence. The plaintiff cannot succeed without proof of the defendant’s negligence.” [ 11 ] Begitu juga , Mahkamah Persekutuan dalam kes Datuk Mohd Ali Hj Abdul Majid & Anor v Public Bank (2014) 6 CLJ 269, menyatakan bahawa: “ It is trite law that a claimant claiming damages must prove that he has suffered that damage. The claimant has the burden of proving both liability and quantum of damages, before he can recover the sum claimed. This follows from the general rule that the burden of proving a fact is upon him who alleges it and not upon him who denies it, so that where a particular allegation forms an essential part of a person’s case, the proof of such allegation falls on him”. STANDARD PEMBUKTIAN [ 12 ] Standard pembuktian di dalam kes-kes sivil adalah atas imbangan kebarangkalian. Dalam kes Inas Faiqah Mohd Helmi ( A child Suing Through Her Father And Next Friend; Mohd Helmi Abdul Aziz) v Kerajaan Malaysia & Ors (2016) 2 CLJ 885, Mahkamah Persekutuan menyatakan bahawa: “ The standard of proof in civil cases is the legal standard to which a party is required to prove its case, namely on a balance of probabilities. In civil litigation, the question of probability or improbability of an action occurring is an important consideration to be taken into account in deciding whether that particular event had actually taken place or not.” [ 13 ] Begitu juga dalam kes Sinnaiyah & Sons Sdn Bhd v Damai Setia Sdn Bhd (2015) 7 CLJ 584, Mahkamah Persekutuan menyatakan bahawa: “ At law there are only two standards of proof, namely beyond reasonable doubt for criminal cases while it is on balance of probabilities for civil cases.” UNDANG-UNDANG MENGENAI KECUAIAN PERUBATAN [ 14 ] Terdapat banyak kes yang telah membincang dan memutuskan undang-undang mengenai kecuaian perubatan. Dalam kes Shalini Kanagaratnam v Pusat Perubatan Universiti Malaya & Anor (2016) 6 CLJ 584, Mahkamah Rayuan menyatakan bahawa: “in cases of professional negligence and /or medical negligence, the plaintif has to prove four elements. They are (i) duty of care;(ii) breach of standard of care; (iii) breach of the duty of care; and (iv) caused damages. In consequence, the plaintif has to lead evidence to show the standard of care has been breached”. [ 15 ] Selanjutnya Mahkamah Rayuan juga menyatakan seperti berikut : “ It is also well established in medical negligence cases that the plaintiff must establish the appropriate standard of care and demonstrate that the standard of care has been breached, with expert evidence” [ 16 ] Dalam kes Dato’ Dr Thuraisingam & anor v Sanmarkan Ganapathy & Anor (2015) 8 CLJ 248, Mahkamah Rayuan menyatakan bahawa : “That is to say, the threshold for the plaintiffs to succeed is high in contrast to ordinary negligence cases. However, eventhough the threshold is high for the plaintiff, once duty of care as well as standard of care has been breach and it is established against the doctor, case laws have placed the evidential burden on the doctor to rebut the plaintiffs’ allegation when such allegation is supported by expert evidence to say the doctor has not satisfied the standard of care, expected of his professional standing.” [ 17 ] Dalam membincangkan Ujian Bolam ‘Bolam Test”, Mahkamah Persekutuan dalam kes Zulhasnimar v Dr Kuppu Velumani; [2017] 8 CLJ 605 ,menyatakan seperti berikut: “[23] In the course of summing up to the jury, McNair J made the following remarks on the standard of proof in a medical negligence suit: But where you get a situation which involves the use of some special skill or competence, then the test whether there has been negligence or not is not the test of the man on the top of a Clapham omnibus, because he has got this special skill. The test is the standard of the ordinary skilled man exercising and professing to have that special skill. [24] On the duty and standard of care of a doctor vis a vis a patient, McNair J made this pronouncement: A doctor is not guilty of negligence if he has acted in accordance with a practice accepted as proper by a responsible body of medical men skilled in that particular art... Putting it the other way round, a doctor is not negligent, if he is acting in accordance with such a practice, merely because there is a body of opinion that takes a contrary view. ... [26] The approach of the Bolam test practically meant that while the law imposed a duty of care, the standard of care owed by a doctor to a patient is left to the medical fraternity ie the 'practice accepted as proper by a responsible body of medical men skilled in that particular art'. In other words, the medical practitioners had the final say whether there was negligence and not the courts. [27] The Bolam test as formulated was wide enough to encompass all aspects of medical practice. It made no distinction between diagnosis, treatment or the duty to advise of the risk. Instead, the test offered a single all-encompassing and comprehensive test to be applied to medical practitioners in the discharge of every aspect of the duty of care they owe to their patients. …………. [ 57] Based on the above, we are of the view that the decision of this court in Foo Fio Na must necessarily be limited only to the duty to advise of risks, this is because in coming to the said decision, it had made specific reference to Rogers v. Whitaker, acknowledging it to be the applicable test. This court in Foo Fio Na however dealt only with a medical practitioner's duty to advise of risks associated with a proposed treatment. It did not deal with the standard of care expected in respect of either diagnosis or treatment.” [ 18 ] Dalam kes Prince Court Center Sdn Bhd v Abhishek Devi Das & Anor [2024] CLJU 729, Mahkamah menyatakan seperti berikut:
20
Standard of duty of care The test of standard of care as laid down in the case of Bolam v. Friern Hospital Management Committee [1957] 2 All ER 118 is well settled and also followed by our Courts as stated in the case of Zulhasnimar v. Dr Kuppu Velumani [2017] 8 CLJ 605; [2017] 5 MLJ 428.
21
The conclusion the Federal Court arrived in Zulhasnimar's case is as follows: Conclusion [94] Thus, it is our judgment that in respect of the standard of care in medical negligence cases, a distinction must be made between diagnosis and treatment on the one hand and the duty to advise of risks on the other. This is because diagnosis and treatment are purely in the realm of medicine and that in the field of medicine, there are genuine differences of professional opinion in respect of diagnosis and treatment. Although as a discipline, medicine involves specific knowledge, its practice, however, often does not admit to scientific precision. It is not always the case that there is a definite answer one way or the other. In fact, medical experts do genuinely and frequently differ in opinion on diagnosis and treatment. [95] Given the fact that there are genuine differences in opinion in diagnosis and treatment, it is therefore not a matter that the court can, or is, equipped to resolve. It is in this context that the Bolam test makes good sense. It requires the court to accept, not just the views of medical experts simpliciter, but the views of a responsible body of men skilled in that particular discipline. It removes from the courts the responsibility of resolving a dispute that is not equipped to resolve. [96] On the other hand, different consideration ought to apply to the duty to advise of risks as opposed to diagnosis and treatment. That duty is said to be noted in the right of selfdetermination. As decided by the Australian High Court in Rogers v. Whitaker and followed by this court in Foo Fio Na, it is now the courts' (rather than a body of respected medical practitioners) which will decide whether a patient has been properly advised of the risks associated with a proposed treatment. The courts would no longer look to what a body of respectable members of the medical profession would do as the yardstick to govern the standard of care expected in respect of the duty to advise. [97] Based on the foregoing, we will answer question 1 in the following manner. The test propounded by the Australian case in Rogers v. Whitaker and followed by this court in Foo Fio Na in regard to standard of care in medical negligence is restricted only to the duty to advise of risks associated with any proposed treatment and does not extend to diagnosis or treatment. With regard to the standard of care for diagnosis or treatment, the Bolam test still applies, subject to qualifications as decided by the House of Lords in Bolitho.
22
The conclusion of the Federal Court clearly encapsulate the manner the standard of care is to be determined and makes a differentiation between the standard of care in diagnosis and treatment and the giving of advise. Whilst for diagnosis and treatment the Court has to rely on opinion of experts for the giving of advise the Court can decide based on the facts and circumstances of the case.” [ 19 ] Berdasarkan kes-kes yang dirujuk di atas, terdapat beberapa elemen yang perlu dibuktikan oleh plaintif sebelum defendan didapati melakukan kecuaian perubatan kepada plaintif. Elemen-elemen tersebut adalah:
1
Kewajipan berjaga-jaga defendan terhadap plaintif (duty of care) ;
2
Kemungkiran standard berjaga-jaga oleh defendan (breach of standard of care);
3
Kemungkiran kewajipan berjaga-jaga (breach of the duty of care); dan
4
Kerosakan/kerugian yang diakibatkan oleh kegagalan melaksanakan tugas berjaga-jaga tersebut (caused damages). LIABILITI [ 20 ] Dalam kes kecuaian perubatan, Mahkamah mestilah memutuskan setelah meneliti keterangan pakar samada diagnosis dan rawatan yang diberikan kepada seseorang pesakit itu adalah merupakan amalan yang diterima dalam bidang perubatan yang diterima pakai oleh majoriti pakar dalam bidang yang berkenaan. Walaupun akan ada perbezaan pendapat, ianya tidak boleh menjadi faktor menentukan yang mana lebih baik dan betul. [ 21 ] Mestilah diingatkan bahawa dalam kes tuntutan kecuaian perubatan, kemungkiran standard kewajipan berjaga-jaga itu hendaklah dikemukakan kepada Mahkamah melalui keterangan pakar perubatan. [ 22 ] Dalam perbicaraan, pihak plaintif telah mengemukakan seramai 6 saksi manakala pihak defendan-defendan mengemukakan seramai 2 saksi masing-masing. Saksi pakar pihak plaintif adalah Dr Syed Abdul Khaliq bin Syed Abd Hamid [SP4] Pakar Pediatrik, Hospital Pakar An-Nur, Bandar Baru Bangi, Selangor dan Prof. Dr. Zolkepli bin Haji Yahaya (SP5), Pakar Bius dari UniSHAMS. Manakala saksi pakar pihak defendan adalah Dr Ahmad Rustam bin Mohd Zainudin (SD1-2), Pakar Pediatrik dan Pakar Kardiologi Pediatrik KPJ Penang Specialist Hospital, Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan Dr Lim Ee Sze (SD2-2), Pakar Pediatrik , Hospital Pantai Klang, Selangor . [ 23 ] Defendan pertama dalam keterangannya telah menjelaskan diagnosis yang telah dibuatnya mulai dari kanak-kanak tersebut dimasukkan ke Hospital Pantai Sungai Petani sehinggalah kanak-kanak tersbeut dipindahkan ke Hosiptal Sultan Abdul Halim Sungai Petani. Ini termasuklah rawatan yang diberikan termasuklah ubat-ubatan dan pemantauan yang telah dilakukan sepanjang masa tersebut. [ 24 ] Dr Syed Abdul Khaliq bin Syed Abd Hamid (SP4) dalam keterangannya tidak bersetuju dengan penggunaan Rocephin dan Acyclovir oleh defendan pertama dalam merawat kanak-kanak tersebut yang dikatakan tidak mengikut amalan. Walaubagaimanapun Dr Ahmad Rustam bin Mohd Zainudin (SD1-2) menyatakan bahawa berdasarkan nota klinikal dos Acyclovir yang diberikan oleh defendan pertama kepada kanak-kanak tersebut adalah berpatutan. Penggunaan Resophine mungkin disebabkan terjadinya Thombophebitis dan defendan pertama ingin “more coverage to work”. Penggunaan kedua-dua ubatan ini adalah baik. Apabila dikesan terjadinya Thombopheblitis, branula telah dikeluarkan dan pemberian antibiotik secara sapuan telah dilakukan dan ubatan kepada kanak-kanak diteruskan secara oral. [ 25 ] Dr Lim Ee Sze (SD2-2) pula dalam keterangannya menyatakan bahawa diagnosis sesuatu penyakit dibuat oleh Pakar Pediatrik (defendan pertama) dan bukannya dibuat oleh pegawai perubatan atau tanggung jawab pihak hospital. Sepanjang di wad, kanak-kanak telah dipantau secara berkala oleh jururawat yang bertugas. Ini adalah berdasarkan rekod yang didokumenkan. [ 26 ] Mahkamah dengan ini memutuskan bahawa diagnosis dan rawatan yang digunakan oleh defendan pertama adalah mematuhi standard perubatan (medical standard) yang telah ditetapkan . Walaupun terdapat perbezaan pendapat di antara SP4 dan SD1-2 , ianya masih dalam amalan perubatan yang diterima pakai bagi rawatan kepada kanak-kanak berdasarkan keadaan kanak-kanak pada masa rawatan diberikan. Defendan pertama juga telah melakukan tindakan yang betul dengan memindahkan kanak-kanak ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani supaya kanak-kanak tersebut dapat diberikan rawatan berserta fasiliti yang lebih baik (yang tidak terdapat di hospital defendan kedua). [ 27 ] Oleh yang demikian, tidak berlaku sebarang kemungkiran standard kewajipan berjaga-jaga oleh defendan pertama terhadap plaintif-plaintif. [ 28 ] Mengenai tuntutan terhadap defendan kedua pula, Mahkamah ini memutuskan bahawa:
1
Liabiliti Vikarius dan “non-delegable duty” tidak diplidkan dalam pindaan pernyataan tuntutan. Adalah prinsip undang-undang yang mantap bahawa mahkamah hanya akan memutuskan tuntutan berdasarkan apa yang diplidkan. Phak-pihak adalah terikat dnegan plidingnya.
2
Tiada keterangan bahawa jangkitan kuman terhadap kanak-kanak diakibatkan kecuaian defendan kedua samada dari sinki tempat kanak-kanak dimandikan atau dari lain-lain tempat di hospital defendan kedua;
3
“Non - delegable duty” tidak terpakai terhadap defendan kedua. Defendan kedua hanya menyediakan tempat dan peralatan. Doktor yang merawat adalah dipilih sendiri oleh pesakit. Diagnosis dan rawatan dilakukan oleh defendan pertama. [ 29 ] Oleh itu , defendan kedua tidak melakukan kemungkiran kewajipan berjaga-jaga (breach of the duty of care) dan kerosakan/kerugian yang diakibatkan oleh kegagalan melaksanakan tugas berjaga-jaga tersebut (caused damages). [ 30 ] Atas alasan-alasan tersebut di atas, Mahkamah memutuskan bahawa tiada kecuaian perubatan telah dilakukan oleh defendan-defendan terhadap plaintif-plaintif. Tuntutan plaintif-plaintif adalah ditolak dengan kos. Kos kepeguaman dan membela kepada defendan-dfendan masing-masing sebanyak RM6,825.00. [ 31 ] Bagi melengkapkan penghakiman ini, Mahkamah ini menyediakan jumlah gantirugi yang boleh dibenarkan sekiranya kecuaian dibuktikan. Ianya adalah sepertimana di bawah ini. KUANTUM (Tertakluk kepada liabiliti) GANTIRUGI KHAS [ 32 ] Prinsip mengenai gantirugi khas telah dijelaskan dalam kes Ong Ah Long v Dr S. Underwood (1983) CLJ (Rep) 300, Syed Agil Barakbah FJ menyatakan seperti berikut : “ It is a well established principle that special damages in contrast to general damages, have to be specifically pleaded and strictly proved. They are recoverable only where they can be included in the proper measure of damages and are not too remote ( see Halsbury’s Law of England 4th Edition Vol. 11 p. 218 para 386).” [ 33 ] Gantirugi khas mestilah diplidkan dan dibuktikan dengan ketat. Jika diteliti keterangan yang diberikan adalah jelas gantirugi khas ini tidak dibuktikan. Oleh itu tuntutan bagi gantirugi khas ini tidak dibenarkan.
1
Pain and Suffering ( selama 5 hari dari 01/04/2014 sehingga 05/04/2014) [ 34 ] Kesakitan kanak-kanak semasa mendapatkan rawatan dari defendan pertama bagi tempoh 5 hari adalah dibenarkan sebanyak
2
Kesakitan Mental (Plaintif kedua) [ 35 ] Hanya terdapat 1 laporan psiktrik bagi plaintif kedua. Tiada rawatan susulan, Dibenarkan sebanyak RM10,000. GANTIRUGI TELADAN [ 36 ] Tiada keterangan atau faktor-faktor yang plaintif-plaintif boleh bergantung untuk melayakkan gantirugi ini. GANTIRUGI TERUK [ 37 ] Tiada keterangan atau faktor-faktor yang plaintif-plaintif boleh bergantung untuk melayakkan gantirugi ini.
para
[ 38 ] Secara keseluruhannya, Mahkamah memutuskan bahawa plaintif – plaintif telah gagal membuktikan tuntutan terhadap defendan-defendan . Tuntutan plaintif-plaintif dengan ini adalah ditolak dengan kos. Kos kepeguaman dan membela kepada defendan-defendan masing-masing sebanyak RM6,825.00. Bertarikh pada 03 Mac 2025 ROSLAN BIN HAMID HAKIM MAHKAMAH SESYEN SUNGAI PETANI KEDAH DARUL AMAN Keputusan pada : 30.12.2024 Notis Rayuan difailkan pada : 10.01.2025 Peguam Plaintif : Tetuan Shaharuddin Hidayu & Marwaliz (Kelantan) Peguam Defendan Pertama : Tetuan Rizal & Hafez (Pulau Pinang) Peguam Defendan Kedua : Tetuan Chan Ban Eng & Co (Pulau Pinang)
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.