i
(i) pengakuan salah oleh tertuduh dan penjimatan masa dan kos.
/akn/my/judgment/high-court/2026/3f1f86b2-4b02-41e5-81b6-efa706364818
High Court of Malaysia9 Jul 2026PA-45A-5-04/2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“(i) Pendakwaraya v Abd Ghafar bin Mohamed Ramli [2026] CLJU 669 di mana tertuduh telah dijatuhi hukuman penjara selama 14 tahun penjara dan 10 sebatan atas dua pertuduhan pilihan di bawah s.6 ADB 1952 kerana memiliki cannabis, masing-masing seberat 2,926.9 gram d”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Text
PA-45A-5-04/2025 23/07/2026 15:59:38 DALAM MAHKAMAH TINGGI JENAYAH DI PULAU PINANG KES NO: PA-45A-5-04/2025 PENDAKWA RAYA LAWAN
section
1. SHAIK ABDUL FAISAL BIN MOHAMED SIDIQUE (NO. KP:890714-02-5873)
section
2. FAZLINDA BINTI IBRAHIM (NO. KP: 931111-10-5824) ALASAN PENGHAKIMAN Pendahuluan
section
1. Tertuduh dalam kes ini, Shaik Abdul Faisal bin Mohamed Siddique, telah dituduh bersama-sama dengan seorang lagi individu bernama Fazlinda binti Ibrahim atas pertuduhan seperti yang dinyatakan di bawah-Bahawa kamu bersama-sama pada 30 Mei 2024, pada jam lebih kurang 6.30 petang, bertempat di rumah alamat Blok 7-9-1, Jalan Bukit Kecil 1, Taman Sri Nibong, 11900 Bayan Lepas, di dalam Daerah Barat Daya, di dalam Negeri Pulau Pinang, telah mengedar dadah berbahaya iaitu 1894.6 gram Cannabis dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) Akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan. Hukuman: Jika disabitkan akan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan hendaklah jika tidak dijatuhkan hukuman mati, dijatuhkan hukuman sebatan tidak kurang dari 12 sebatan. ("pertuduhan asal")
section
2. Pada 09.07.2026, pihak pendakwaan telah mengemukakan pertuduhan pilihan terhadap tertuduh di bawah s.39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 ("ADB 1952") sebagaimana dinyatakan seperti berikut-Bahawa kamu pada 30 Mei 2024, jam lebih kurang 6.30 petang, bertempat di rumah Blok 7-9-1, Jalan Bukit Kecil 1, Taman Sri Nibong, 11900 Bayan Lepas di dalam Daerah Barat Daya di Negeri Pulau Pinang, telah ada dalam milikan dadah berbahaya iaitu 1894.6 gram Cannabis dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A (2) Akta yang sama. Hukuman: Hendaklah selain dikenakan hukuman yang disediakan untuk kesalahan di bawah seksyen di mana orang itu telah pun didapati bersalah, dihukum dengan penjara seumur hidup atau untuk suatu tempoh tidak kurang daripada lima (5) tahun dan ia juga akan dikenakan hukuman sebat tidak kurang dari sepuluh (10) sebatan. ("pertuduhan pilihan") ("pertuduhan pilihan")
section
3. Selanjutnya, kedua-dua pertuduhan asal dan pertuduhan pilihan telah dibacakan kepada tertuduh. Tertuduh telah mengaku salah atas pertuduhan pilihan tersebut selepas memahami sifat dan akibat pengakuannya.
section
4. Mahkamah ini telah menerima pengakuan salah tertuduh dan mensabitkan tertuduh setelah berpuas hati (i) tertuduh memahami pertuduhan pilihan, hukuman serta sifat dan akibat pengakuan salahnya tersebut (ii) tertuduh mengakui benar akan fakta kes (Ekshibit P4) setelah ia dibaca dan kesemua eksibit yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan (Ekshibit P5- P34) juga dicam dan diakui betul oleh tertuduh dan (iii) pengakuan salah tertuduh adalah teratur, tidak bersyarat malah mengikut prosedur yang telah ditetapkan mengikut peruntukan undang-undang.
section
5. Setelah mempertimbangkan mitigasi pihak peguambela serta hujahan pemberatan dari pihak pendakwaraya, Mahkamah ini telah menjatuhkan hukuman penjara selama 11 tahun dari tarikh tangkap iaitu 30.05.2024 dan 10 sebatan rotan ke atas tertuduh. Latarbelakang Kes
section
6. Latar belakang kes adalah sepertimana yang dinyatakan dalam fakta kes (Ekshibit P4) sebagaimana dinyatakan semula di bawah ini -
section
1. Bersangkut laporan polis repot Queens Bay 996/24, pada 30/05/2024 jam lebih kurang 1815 hrs, pengadu iaitu Insp Fong Kwok Leong telah menemubual tangkapan bernama Shaik Faisal bin Mohamed Sidique (OKT) bersangkut laporan polis Queens Bay 996/24. Berdasarkan kepada temubual yang dijalankan, pengadu dan sepasukan anggota Balai Polis Bayan Baru telah dipandu arah oleh OKT ke Apartment Lavinia Taman Sri Nibong.
section
2. Dengan dipandu arah oleh OKT, pengadu dan sepasukan polis dari Balai Polis Bayan Baru telah dibawa ke sebuah rumah beralamat Block 7-9-1, Jalan Bukit Kecil 1, Taman Sri Nibong, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang. Setiba di hadapan rumah, OKT telah membuka pintu grill rumah tersebut dengan menggunakan kunci yang dirampas dari OKT. Selepas pintu grill rumah dibuka, pengadu dan pasukan telah mengiringi OKT masuk ke dalam rumah. Pengadu mendapati terdapat seorang perempuan Melayu sedang memegang seorang kanak-kanak lelaki di dalam rumah. Pengadu telah memperkenalkan diri sebagai pegawai kanan polis dan seterusnya saya meminta butiran diri dan mendapati perempuan Melayu tersebut bernama Fazlinda binti Ibrahim, (KPT 931111-08-5824) [isteri OKT] manakala kanak-kanak bernama Shaik Al-Fateh bin Shaik Abdul Faisal [anak OKT].
section
3. OKT telah membawa pengadu dan pasukan ke dalam bilik pertama sebelah kiri di dalam rumah tersebut sambil menunjukkan ke arah almari kayu berwarna coklat di bahagian kanan bilik. Dengan disaksikan oleh OKT, pengadu telah membuka almari dan mendapati di ruangan bahagian bawah sebelah kanan almari terdapat (1) balutan selotape lutsinar berisi ketulan mampat tumbuhan kering disyaki ganja dengan anggaran berat 1020 gram, (1) bungkusan plastik lutsinar berisi ketulan mampat tumbuhan kering disyaki ganja anggaran berat 485 gram dan (1) alat penimbang digital berwarna putih di dalam almari tersebut.
section
4. Seterusnya, pengadu menjalankan pemeriksaan di atas lantai sebelah kiri di dalam bilik tersebut dan telah menjumpai (10) bungkusan plastik warna putih setiap (1) bungkusan di dalamnya ada (1) plastik warna coklat / lutsinar yang berisi (1) bungkusan plastik lutsinar berselotape warna kuning berisi ketulan mampat tumbuhan kering disyaki ganja anggaran berat 390.0 gram dan (7) ketulan mampat tumbuhan kering di baluti plastik lutsinar dan salotape kuning di syaki ganja anggaran berat 217.00 gram. Turut dijumpai atas lantai adalah peralatan iaitu (1) alat mesin pembungkus pengedap bertulisan Emiliya, (1) pisau pemotong berhulu hitam dua hala, (1) papan pemotong, (1) pisau pemotong boleh laras berwarna hijau, (1) bungkus plastik lutsinar bertulisan Skypac, (1) gulung plastik lutsinar, (1) bungkus plastik pembungkusan bertulisan Pos Laju, (1) balang kaca warna coklat yang diubahsuai dipercayai peralatan untuk hisap ganja.
section
5. Seterusnya, pengadu juga telah menjumpai (1) dokumen surat perjanjian sewa rumah di antara penama Fazlinda binti Ibrahim dengan pemilik rumah Yam Chong Song dan (1) sijil pemilikan kenderaan (JPJ) Motosikal PPV 4080 atas pemunya berdaftar Fazlinda binti Ibrahim.
section
6. Pengadu telah memberitahu kesalahan dan menangkap OKT dan isteri. Barang kes juga telah dirampas dan pengadu menyediakan satu borang bongkar serta borang hak-hak orang ditangkap di bawah Sek 28A Kanun Tatacara Jenayah (KTJ).
section
1. Hasil siasatan mendapati rumah alamat beralamat Block 7-9-1, Jalan Bukit Kecil 1, Taman Sri Nibong, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang merupakan milik Poh Ban Siang (pemilik rumah). Dengan bantuan agen sewa rumah bernama Tey Geok Nah, rumah disewakan kepada OKT dan isteri pada 9/5/2024.
section
2. Pegawai penyiasat Insp Suzie bt Ku MD Arif telah menghantar barang kes ke Jabatan Kimia Malaysia untuk dianalisa dan hasil analisa oleh ahli kimia Haznan bin Hashim mendapati barang kes mengandungi dadah jenis 1894.6 gram dadah jenis Cannabis. Cannabis adalah seperti yang ditakrifkan di bawah seksyen 2 Akta Dadah Berbahaya 1952.
section
3. Oleh yang demikian, OKT telah melakukan kesalahan dibawah Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 39A (2) Akta yang sama dan Penghujahan Peguambela Tertuduh
section
7. Sebagai mitigasi, peguambela tertuduh telah menghujahkan faktor faktor berikut:-
i
(i) pengakuan salah oleh tertuduh dan penjimatan masa dan kos.
subparagraph
(ii) tertuduh tiada rekod kesalahan lampau.
subparagraph
(iii) tertuduh kesal, insaf dan berjanji tidak akan terlibat dengan kes jenayah selepas menjalani hukuman penjara.
subparagraph
(iv) faktor-faktor kemanusiaan - tertuduh berusia 34 tahun; bekerja sebagai pemandu Grab food sebelum ditangkap; berkahwin dan tertuduh kedua dalam pertuduhan asal adalah isteri beliau; pada masa tangkapan, anak mereka yang menghidap penyakit club foot hanya berusia 6 bulan.
section
8. Dalam memohon hukuman ringan, pihak peguambela telah mengemukakan nas undang-undang bagi menunjukkan tren hukuman seperti berikut -
i
(i) Rosli Yusof v PP [2021] 7 CLJ 681 di mana perayu (tertuduh) dihukum mati bagi pertuduhan mengedar dadah jenis cannabis seberat 112,829 gram. Rayuan ke Mahkamah Rayuan telah ditolak. Di peringkat Mahkamah Persekutuan, sabitan dan hukuman tertuduh (perayu) di bawah s.39B(1)(a) ADB 1952 telah diketepikan. Mahkamah telah mengurangkan pertuduhan kepada kesalahan memiliki dadah di bawah s.6 Akta yang sama, dan menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun bermula dari tarikh ditangkap serta 10 sebatan ke atas tertuduh.
subparagraph
(ii) Masa Daloh & Anor v PP [2010] 8 CLJ 788 di mana perayuperayu (tertuduh-tertuduh) dihukum mati bagi pertuduhan mengedar dadah jenis cannabis seberat 34,492 gram. Mahkamah Rayuan telah membenarkan rayuan perayu (tertuduh) di mana sabitan dan hukuman di bawah s.39B(1)(a) ADB 1952 diketepikan. Namun, kedua-dua tertuduh (perayuperayu) telah disabit atas pertuduhan milikan di bawah s.6 Akta yang sama dan dihukum 15 tahun penjara dari tarikh ditangkap dan 10 sebatan.
subparagraph
(iii) Pendakwaraya v Seyak bte Awang [1996] 1 LNS 410 di mana tertuduh dihukum penjara selama 10 tahun bagi kesalahan memiliki 3,845 gram cannabis bagi pertuduhan pilihan di bawah s.6 ADB 1952 dan boleh dihukum di bawah s.39A(2) Akta yang sama.
subparagraph
(iv) Pendakwaraya v Muhammad Nasharudin bin Baharudin (Kes Perbicaraan Jenayah No. PA-45A-20-04/2019) di mana tertuduh telah dihukum 10 tahun penjara dan 10 sebatan oleh Mahkamah Tinggi Malaya di Pulau Pinang bagi kesalahan memiliki 9,793.9 gram cannabis. Penghujahan Pihak Pendakwaraan
section
9. Sebagai penghujahan pemberatan, pihak pendakwaraya menghujahkan faktor-faktor pemberatan hukuman seperti berikut:-
i
(i) faktor kepentingan awam, faktor keseriusan kesalahan dan hukuman bersifat deterrence.
subparagraph
(ii) megesahkan tertuduh tiada sabitan lampau.
section
10. Dalam memohon hukuman berat, pihak pendakwaraya juga telah mengemukakan nas undang-undang bagi menunjukkan tren hukuman sepertimana disenaraikan di bawah ini –
i
(i) Pendakwaraya v Abd Ghafar bin Mohamed Ramli [2026] CLJU 669 di mana tertuduh telah dijatuhi hukuman penjara selama 14 tahun penjara dan 10 sebatan atas dua pertuduhan pilihan di bawah s.6 ADB 1952 kerana memiliki cannabis, masing-masing seberat 2,926.9 gram dan 1887.4 gram. Tempoh penjara telah diarahkan berjalan serentak dari tarikh tangkapan.
subparagraph
(ii) Public Prosecutor v Muhammad Faiz bin Fazil Mahmud & Anor [2016] 5 MLJ 476 di mana perayu telah ditawarkan dengan tuduhan pilihan memiliki cannabis seberat 871 gram di bawah s.6 ADB 1952 dan boleh dihukum di bawah s.39A(2) Akta yang sama. Perayu telah mengaku salah terhadap pertuduhan pilihan dan dihukum penjara 7 tahun dan 10 sebatan. Di peringkat rayuan, Mahkamah Rayuan telah membenarkan rayuan pihak pendakwaan dan menaikkan hukuman pemenjaraan kepada 10 tahun. Hukuman 10 sebatan dikekalkan.
subparagraph
(iii) Public Prosecutor v Jamaluddin bin Mokhtar [2006] 5 MLJ 446 di mana tertuduh telah dijatuhi hukuman penjara selama 11 tahun dan 10 sebatan atas pertuduhan pilihan di bawah s.6 ADB 1952, yang boleh dihukum di bawah s.39A(2) Akta yang sama, kerana memiliki 1,220 gram cannabis. Hukuman
section
11. Kuasa hukuman adalah terletak di atas budi bicara mahkamah yang membicarakan sesuatu kes. Mahkamah bicara mempunyai hak dan tanggungjawab sama ada bersikap lembut atau keras namun budibicara hakim bicara hendaklah dilaksanakan menurut prinsipprinsip hukuman sebagaimana yang digariskan dalam kes PP v Jafabin Daud [1981] 1 LNS 28 serta Ganesan a/l Nachiappan & Ors v Pendakwaraya [2000] 3 AMR 2621. Faktor kepentingan awam
section
12. Faktor kepentingan awam dan hukuman bersifat deteren adalah pertimbangan utama dalam menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh, sebagaimana yang dijelaskan oleh YA Hashim Yeop Sani dalam Public Prosecutor v. Loo Choon Fatt [1976] 2 MLJ 256 di mukasurat 257: One of the main considerations in the assessment of sentence is of course the question of public interest. On this point I need only quote a passage from the judgment of Hilbery J. in Rex v Kenneth John Ball 35 CrAppR 164 as follows:- "In deciding the appropriate sentencea court should always be guided by certain considerations. The first and foremost is the public interest. The criminal law is publicly enforced, not only with the object of punishing crime, but also in the hope of preventing it. A proper sentence, passed in public, serves the public interest in two ways. It may deter others who might be tempted to try crime as seeming to offer easy money on the supposition, that if the offender is caught and brought to justice, the punishment will be negligible. Such a sentence may also deter the particular criminal from committing a crime again, or induce him to turn from a criminal to an honest life. The public interest is indeed served, and best served, if the offender is induced to turn from criminal ways to honest living. Our law does not, therefore, fix the sentence for a particular crime, but fixes a maximum sentence and leaves it to the court to decide what is, within that maximum, the appropriate sentence for each criminal in the particular circumstances of each case. Not only in regard to each crime, but in regard to each criminal, the court has the right and the duty to decide whether to be lenient or severe." (penekanan ditambah)
section
13. Biarpun demikian, Mahkamah perlu juga membuat pertimbangan antara kepentingan awam dengan kepentingan peribadi tertuduh sepertimana dijelaskan dalam kes PP v. Loo Choon Fatt (supra) di mukasurat 257: "Presidents and Magistrates are often inclined quite naturally to be oversympathetic to the accused. This is a normal psychological reaction to the situation in which the lonely accused as seen as facing an array of witnesses with authority. The mitigation submitted by a convicted person will also normally bring up problems of family hardship and other usual problems of living. In such a situation the courts might perhaps find it difficult to decide as to what sentence should be imposed so that the convicted person may not be further burdened with additional hardship. This in my view is a wrong approach. The correct approach is to strike a balance, as far as possible, between the interests of the public and the interests of the accused. Lord Goddard LCJ in Rex v. Gronkowski offered some good advice when he said: The judge must consider the interests of justice as well as the interests of the prisoners. It is too often, nowadays, thought, or seems to be thought, that the interests of justice means only the interests of the prisoners." (penekanan ditambah) Tren hukuman
section
14. Mahkamah ini juga merujuk kepada faktor tren hukuman yang dihujahkan oleh kedua-dua pihak peguambela dan pendakwaan berkaitan kes-kes pemilikan dadah yang sama (iaitu cannabis) dalam menentukan hukuman bagi kes ini.
section
15. Di bawah s.39A(2) ADB 1952, hukuman yang diperuntukkan adalah penjara seumur hidup atau untuk satu tempoh tidak kurang daripada 5 tahun dan sebat tidak kurang daripada 10 sebatan.
section
16. Dalam pada itu, berpandukan kepada hukuman yang diperuntukkan di bawah s.39A(2) ADB 1952 beserta nas undang-undang yang dihujahkan oleh kedua-dua pihak peguambela dan pendakwaan, Mahkamah ini telah menjatuhkan hukuman penjara 11 tahun dan 10 sebatan ke atas tertuduh bagi kesalahan memiliki 1,894.6g dadah jenis cannabis. Tempoh reman yang telah dijalani Tertuduh
section
17. Mahkamah ini juga telah mempertimbangkan tempoh reman yang telah dijalani tertuduh. Oleh itu, hukuman pemenjaraan yang dijatuhkan oleh Mahkamah ini adalah dikira dari tarikh ditangkap iaitu 30.05.2024. Kesimpulan
section
18. Berdasarkan kepada alasan-alasan yang dinyatakan atas, Mahkamah ini percaya hukuman yang dijatuhkan ke atas tertuduh adalah berpatutan dan munasabah serta selaras dengan hukuman yang diperuntukkan di bawah ADB 1952.
section
19. Selain itu, Mahkamah ini juga percaya hukuman yang dijatuhi tersebut tidak manifestly excessive malah mengikut trend hukuman bagi kes seumpamanya. Diharap hukuman tersebut dapat memberi pengajaran kepada masyarakat secara amnya dan tertuduh secara khasnya. Bertarikh pada 9hb Julai, 2026. (YA. DR. WENDY OOI SU GHEE) Hakim Mahkamah Tinggi Georgetown Pulau Pinang Pihak-Pihak Pendakwaan: Puan Jayanthi Nagappan, Timbalan Pendakwa Raya daripada Kamar Penasihat Undang-Undang Negeri Pulau Pinang. Peguambela: Encik Hussaini Abd Rashid mewakili OKT Pertama dari Tetuan Hussaini & Co, Penang dan Encik Puven dari The Chambers of Kumar & Puven, Georgetown.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.