Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN
A53KJ-324-11/2016
Sessions Court of Malaysia21 Dec 2017
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“enarkan tuntutan berkenaan kerana gagal dibuktikan dengan kukuh dan tiada keterangan dikemukakan di hadapan Mahkamah mengenai perkara-perkara tersebut. Di dalam kes Bonham-Carter lwn Hyde Park Hotel [1948] WN 89 Mahkamah menyatakan (dengan izin) : “Plaintiff must understand that if they bring actions for damages it is”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN
1
ANTARA SHANMUGAM A/L KALIMUTHU, bapa yang sah dan tanggungan kepada
2
MOHANA KUMAR A/L SHANMUGAM, simati THANALETCHEMEE A/P SUBRAMANIAM, ibu yang sah dan tanggungan kepada MOHANA KUMAR A/L SHANMUGAM, simati …. PIHAK MERAYU
1
1.
2
ZULKIFLI BIN MOHAMED HASHIM WAKIL DIRI KEPADA HARTA PUSAKA MUHAMMAD NUR ZAMANI SHAH BIN ZULKIFLI …. PIHAK MENENTANG (DALAM MAHKAMAH SESYEN DI SUNGAI PETANI DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN, MALAYSIA
1
ANTARA SHANMUGAM A/L KALIMUTHU, bapa yang sah dan tanggungan kepada
2
MOHANA KUMAR A/L SHANMUGAM, simati THANALETCHEMEE A/P SUBRAMANIAM, ibu yang sah dan tanggungan kepada MOHANA KUMAR A/L SHANMUGAM, simati …. PLAINTIF
2
WAKIL DIRI KEPADA HARTA PUSAKA MUHAMMAD NUR ZAMANI SHAH BIN ZULKIFLI …. DEFENDAN 2 ALASAN PENGHAKIMAN
1
Suatu kemalangan telah berlaku pada 27.3.2016 di antara pejalan kaki Mohana Kumar a/l Shanmugam (simati 1) dan penunggang motosikal no. pendaftaran KDJ 3310 bernama Muhammad Nur Zamani Shah bin Zulkifli (simati 2). Motosikal KDJ 3310 juga telah terlibat dengan kemalangan dengan sebuah lagi motosikal no. pendaftaran KDR 4056 yang ditunggang oleh Mohd Fahmi bin Mat Akhir. Akibat kemalangan ini, Mohana Kumar dan Muhammad Nur Zamani Shah telah meninggal dunia di tempat kemalangan.
2
Kes A53KJ-324-11/2016. Tuntutan ini dibawa oleh ibu bapa Mohana Kumar (simati 1) terhadap Defendan 1 yang merupakan pemilik motosikal KDJ 3310 dan Defendan 2 yang merupakan wakil diri harta pusaka Muhammad Nur Zamani Shah (simati 2).
3
Kes A53KJ-342-11/2016. Tuntutan ini dibawa oleh bapa kepada Muhammad Nur Zamani Shah (simati 2) terhadap Mohd Fahmi bin Mat Akhir, penunggang motosikal no. KDR 4056. Pihak Defendan telah memfailkan notis Pihak Ketiga terhadap ibu bapa Mohana Kumar (simati 1).
4
Kedua-dua kes telah digabungkan dan dibicara sekali dan selepas Pegawai Penyiasat memberi keterangan, pihak-pihak di dalam kes A53KJ-342-11/2016 telah rekodkan Penghakiman Persetujuan.
5
Kes A53KJ-324-11/2016 telah diteruskan dengan perbicaraan dan setelah meneliti keterangan saksi-saksi, kesemua eksibit, dokumen yang difailkan, Hujah bertulis dan autoriti yang dikemukakan, saya telah membuat keputusan seperti berikut : Liabiliti pihak Plaintif : 50% Liabiliti pihak Defendan: 50% 3 Kehilangan tanggungan tidak dibenarkan. Di atas Liabiliti 100%, Pihak Defendan hendaklah membayar pihak Plaintif Gantirugi Khas sebanyak RM5,000/- dengan faedah pada kadar 2.5% setahun bermula dari tarikh Kemalangan sehingga tarikh Penghakiman dan Kos.
6
Pihak Plaintif tidak berpuashati terhadap keputusan saya dan telah memfailkan Notis Rayuan terhadap keseluruhan keputusan tersebut.
1
Pihak Plaintif hanya memanggil Pegawai Penyiasat (SP 1) bagi membuktikan isu liabiliti. SP 1 memberi keterangan bahawa beliau telah menyiasat suatu kemalangan jalanraya yang telah berlaku di Km 85 Lebuhraya Utara Selatan bersangkut Kuala Muda Trafik Rpt. 3403/16. Beliau telah sampai di tempat kemalangan pada jam 3.00 pagi pada 27.3.2016. Keadaan cuaca masa itu adalah baik dan gelap dan tiada lampu jalan.
2
Kenderaan yang terlibat adalah sebuah motosikal no. pendaftaran KDJ 3310 yang ditunggang oleh Muhammad Nur Zamani Shah bin Zulkifli (simati 2), motosikal no. pendaftaran KDR 4056 yang ditunggang oleh Mohd Fahmi bin Mat Akhir dan seorang pejalan kaki bernama kaki Mohana Kumar a/l Shanmugam (simati 1). Mohana Kumar dan Muhammad Nur Zamani telah meninggal dunia di tempat kemalangan.
3
Satu laporan polis telah dibuat oleh penunggang motosikal KDR 4056 (eksibit ID D5). Laporan polis beliau menyatakan pada 27.3.2016 jam lebih kurang 2.00 pagi, semasa beliau menunggang motosikal No. KDR 4045 di lorong motosikal di KM 85 Lebuhraya Utara Selatan, tiba-tiba sebuah motosikal yang berada di hadapan motosikalnya telah melanggar seorang pejalan kaki. Beliau telah brek dan cuba elak lalu terlanggar motosikal tersebut. 4
4
Daripada siasatan, impak pertama perlanggaran telah berlaku di lorong kecemasan X3 dan X4 di antara pejalan kaki Mohana Kumar dan penunggang motosikal KDJ 3310. Selepas itu telah berlaku perlanggaran di antara penunggang motosikal KDJ 3310 dan penunggang motosikal KDR 4056 di lorong X4 dan X5.
5
Mengikut rajah kasar (eksibit P 3), arah perjalanan kedua-dua motosikal sejurus sebelum kemalangan adalah dari arah bawah ke atas dalam rajah kasar. Kedudukan kenderaan di dalam rajah kasar dipercayai telah diubah.
6
SP 1 menyatakan bahawa bapa Mohana Kumar telah membuat satu laporan polis (eksibit P 14) bahawa anaknya dipercayai hilang akibat tekanan perasaan. Mohana Kumar telah hilang pada 24.3.16 jam 1.00 petang iaitu 2 hari sebelum kemalangan.
7
Mahkamah telah memberi beberapa penangguhan untuk memberi peluang kepada pihak Plaintif untuk memanggil penunggang motosikal KDR 3056 Mohd Fahmi sebagai saksi tetapi sapina tidak dapat diserahkan ke atas beliau. Laporan polis Mohd Fahmi telah ditandakan sebagai eksibit ID D 15 dan walaupun ia kekal sebagai ID, Mahkamah telah memberi pertimbangan kepada laporan ini.
8
Adalah jelas daripada Laporan polis ID D15, keterangan Pegawai Penyiasat, rajah kasar dan kesan-kesan di atas jalanraya bahawa kemalangan pertama telah berlaku di lorong kecemasan X3 dan X4 di antara pejalan kaki Mohana Kumar dan motosikal KDJ 3310 yang telah membawa kepada kematian Mohana Kumar. Kemalangan kedua adalah di antara motosikal KDJ 3310 dan motosikal KDR 4056 di lorong perlahan X4 dan X5.
9
Seperti mana sedia maklum, beban untuk membuktikan sesuatu kes sivil adalah sentiasa terletak di pihak Plaintif atas dasar imbangan kebarangkalian (on a 5 balance of probabilities). Di dalam kes U.N. Pandey lwn Hotel Marco Polo Pte. Ltd. [1980] 1 MLJ 4, Mahkamah Tinggi Singapura menyatakan seperti berikut (dengan izin): “In civil cases, as much as in criminal cases, a party must prove his case before the burden of proof shifts to the other side….In a civil case, it is on a balance of probabilities. But the proof is that the balance must be tilted by the plaintiff before the defendant makes his case”.
10
Begitu juga di dalam kes Baharuddin Arshad & Satu lagi lwn Zalman Ya’acob [1999] 2 CLJ 167 di mana Mahkamah Tinggi memutuskan seperti berikut (dengan izin): “Adalah menjadi satu prinsip undang-undang bahawa di dalam apa-apa tuntutan pihak yang minta dibebankan untuk membuktikan kesnya. Di dalam tuntutan sivil beban pembuktian itu adalah di atas imbangan kebarangkalian”.
11
Di dalam kes Kunasegaran Manickam v Baula Singh Kipa Sigh & Anor & Another Case [1982] CLJ Rep 506, Mahkamah Tinggi memutuskan seperti berikut (dengan izin): “The fact that the defendants had not been called to rebut the plaintiff’s case did not mean judgment must be entered in favour of the plaintiff. The question of tilting the balance of probabilities in the plaintiff’s favour would only arise where the plaintiff has proved his case.”
12
Pihak Plaintif tidak dapat menunjukkan kepada Mahkamah bagaimana pejalan kaki boleh berada di tempat kemalangan seorang diri pada waktu berkenaan tanpa menggunakan apa-apa kenderaan.
13
Bapa Mohana Kumar (SP 3) telah memberi keterangan bahawa pada 24.3.16, iaitu 2 hari sebelum kemalangan, semasa beliau dan Mohana Kumar keluar bersama-sama untuk makan tengahari, SP 3 telah memberhentikan kereta di sebuah pusat cuci kereta. Mereka berdua telah keluar dari kereta dan 6 menunggu kereta untuk dicuci dan tiba-tiba SP 3 mendapati Mohana Kumar telah menghilangkan diri. Satu laporan polis (eksibit P14) telah dibuat berkenaan kehilangan ini. Di dalam laporan polis ini, SP 3 telah menyatakan bahawa Mohana Kumar telah mengalami tekanan perasaan.
14
SP 3 memberi keterangan bahawa kadang-kadang anaknya tidak akan balik ke rumah untuk bermalam. Ini berlaku 2 kali sebelum ini dalam masa 2-3 minggu tersebut. Beliau hanya akan bermalam 1 hari sahaja di luar. Apabila kali ini beliau tidak balik untuk 2 malam, SP 3 pun khuatir dan membuat laporan polis tersebut.
15
Penunggang motosikal KDJ 3310 juga mempunyai tugas untuk menunggang motosikal dengan berhati-hati dengan mengambil kira keadaan sekeliling beliau. Beliau juga telah memandu motosikal di lorong kecemasan Lebuhraya tersebut. Merujuk kepada kes Soong Kok Jong v Ahmad Tarmizi Adnan [2015] 7 CLJ 522, Mahkamah telah memutuskan seperti berikut (dengan izin): “A motorist (the defendant) owes a duty of care to other road users. However, in this instant case, the defendant might not be in a position to see a pedestrian who is crossing a poorly lit road at midnight. Thus, the plaintiff knowing the apparent danger that he put himself into by crossing the road, had contributed to the accident. Therefore, the finding of a 100% liability of the SCJ was flawed since she had not considered the contribution on the part of the plaintiff in the accident. The liability should be apportioned at 50:50.”
16
Oleh yang demikian, saya berpendapat kedua-dua pejalan kaki dan penunggang motosikal KDJ 3310 telah cuai bersama-sama dalam mengakibatkan kemalangan ini dan saya berpendapat kecuaian mereka adalah sebanyak 50:50. 7 ISU KUANTUM (atas dasar 100%) Kehilangan pendapatan
1
Keterangan SP 2 SP 2 adalah Penyelia di Syarikat Velsmetels Sdn. Bhd. dan beliau memberi keterangan bahawa Mohana Kumar adalah seorang pekerja di syarikat tersebut. Mohana Kumar telah datang ke tempat kerja pada 24.3.2016 dan selepas beliau keluar makan tengahari bersama bapanya (SP 3), dia didapati hilang. Pada 27.3.16, SP 3 telah memaklumkan kepada beliau bahawa Mohana Kumar telah meninggal dunia akibat kemalangan.
2
Gaji bulanan Mohana Kumar adalah RM3,820/- dan selepas potongan EPF dan Socso sebanyak RM114.75, gaji bersih beliau adalah RM3,705.25. Slip gaji bagi bulan Januari 2016 (eksibit P 6) dan bulan Februari 2016 (eksibit P 7) dikemukakan bersama Penyata Caruman KWSP (eksibit P 8 A-E dan P 9).
3
Pada tahap pemeriksaan balas, SP 2 menyatakan beliau telah bekerja di Velsmetels Sdn. Bhd. sejak tahun 2004. Dia kurang pasti berapa lama Mohana Kumar telah bekerja di syarikat tersebut. Kerani yang jaga akaun untuk bayaran gaji bernama Kasturi. Gaji pokok Mohana Kumar adalah RM1,000/- sebulan. Selain gaji pokok, Mohana Kumar dibayar elaun-elaun lain seperti ‘food’, ‘transport’, ‘attendant’, ‘phone’ dan ‘monthly allowance’. SP 2 setuju bayaran elaun-elaun ini akan dicatitkan di dalam akaun Velsmetels Sdn. Bhd. tetapi akaun tersebut tidak dibawa ke Mahkamah.
4
SP 2 tidak setuju dengan cadangan Peguam Defendan bahawa gaji Mohana Kumar hanya RM1,000/- sahaja mengikut caruman EPF.
5
Pemilik saham Syarikat Velsmetels Sdn. Bhd. adalah Shanmugam, Vadivelu, Kanesh dan Thaveselan. Shanmugam (SP 3) adalah bapa Mohana Kumar, Vadivelu ialah adik kepada Shanmugam dan dua (2) orang lagi merupakan anak kepada Vadivelu. 8
6
Keterangan SP 3 Shanmugam a/l Kalimuthu (SP 3) telah mengesahkan bahawa anaknya Mohana Kumar telah terlibat dalam satu kemalangan jalanraya dengan motosikal KDJ 3310 pada 27.3.12016 pada jam 2.00 pagi dan telah meninggal dunia akibat kemalangan tersebut.
7
Umur Mohana Kumar sewaktu kemalangan adalah 35 tahun dan dia sihat dan masih bujang. Mohana Kumar telah bekerja di Velsmetels Sdn. Bhd. dan gaji bersih beliau adalah RM3,705.25. Mohana Kumar memberi sumbangan sebanyak RM2,500/- kepada beliau dan isterinya Thanaletchemee a/p Subramaniam untuk saraan hidup.
8
Pada 24.3.16, semasa beliau dan Mohana Kumar keluar bersama-sama untuk makan tengahari, SP 3 telah memberhentikan kereta di sebuah pusat cuci kereta. Mereka berdua telah keluar dari kereta dan menunggu kereta untuk dicuci dan tiba-tiba SP 3 mendapati Mohana Kumar telah menghilangkan diri. Satu laporan polis (eksibit P14) telah dibuat berkenaan kehilangan ini. Di dalam laporan polis ini, SP 3 telah menyatakan bahawa Mohana Kumar telah mengalami tekanan perasaan.
9
SP 3 menyatakan kadang-kadang Mohana Kumar tidak akan balik ke rumah untuk bermalam. Ini berlaku 2 kali sebelum ini dalam masa 2-3 minggu tersebut. Beliau hanya akan bermalam 1 hari sahaja di luar. Apabila kali ini beliau tidak balik untuk 2 malam, SP 3 pun khuatir dan membuat laporan polis tersebut. Mohana Kumar ada masalah tekanan perasaan tetapi dia tidak mengambil apa-apa ubat kerana hanya pada masa singkat ini dia mengalami tekanan perasaan.
10
Peguam defendan mencadangkan bahawa apa-apa elaun yang dicatit di dalam slip gaji (eksibit P 6 dan P 7) akan dimasukkan di dalam akaun Velsmetels dan SP 3 tidak setuju.
11
SP 3 tidak setuju dengan cadangan peguam defendan bahawa Mohana Kumar tidak memberi apa-apa sumbangan kepada SP 3 dan isterinya kerana mereka 9 sudah kaya.
12
Pendapat Mahkamah
Preamble
Mengikut slip gaji (eksibit P 6 dan P 7), gaji pokok Mohana Kumar adalah RM1,000/- dan elaun-elaun yang diterima berjumlah RM2,820/- . Velsmetels Sdn. Bhd. hanya membuat potongan KWSP untuk gaji pokok sepertimana slip gaji dan Penyata Caruman KWSP yang dikemukakan. Seksyen 2 Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta KWSP) memberi tafsiran ‘upah’. Upah ertinya semua saraan dalam bentuk wang yang kena dibayar kepada pekerja di bawah kontrak perkhidmatan atau perantisannya samada ia dipersetujui dibayar secara bulanan, mingguan, harian atau selainnya dan termasuklah apa-apa bonus, komisen atau elaun yang kena dibayar oleh majikan kepada pekerja samada bonus, komisen atau elaun itu kena dibayar di bawah kontrak perkhidmatan atau perantisannya atau selainnya. Antara bayaran yang dikenakan caruman KWSP adalah: a) Gaji b) Bayaran bagi cuti rehat tahunan dan cuti sakit yang tidak digunakan c) Bonus d) Elaun e) Komisen f) Insentif g) Tunggakan upah h) Upah bagi cuti bersalin, cuti belajar dan cuti separuh gaji i) Bayaran-bayaran lain di bawah kontrak perkhidmatan atau sebaliknya Antara bayaran yang dikecualikan caruman KWSP adalah: a) Caj perkhidmatan b) Bayaran kerja lebih masa c) Ganjaran d) Faedah persaraan e) Faedah pengurangan pekerja, pemberhentian sementera atau penamatan f) Mana-mana elaun perjalanan atau nilai mana-mana konsesi perjalanan 10 g) Bayaran bagi ganti notis penamatan h) Yuran pengarah Merujuk kepada tafsiran di atas, kesemua elaun yang diterima oleh Mohana Kumar kecuali ‘Transport alowance’ adalah bayaran yang dikenakan caruman KWSP.
13
SP 2 sebagai Penyelia Syarikat Velsmetels Sdn. Bhd. menyatakan kerani yang bernama Kasturi yang telah menyediakan slip gaji ini dan apa-apa elaun yang dibayar akan ditunjukkan di dalam akaun Velsmetels Sdn. Bhd tetapi Pihak Plaintif tidak memanggil mana-mana saksi atau Kasturi untuk membawa akaun-akaun tersebut ke Mahkamah. SP 3 pula menyatakan apa-apa elaun yang dicatit di dalam slip gaji tidak akan dimasukkan di dalam akaun Velsmetels Sdn. Bhd.
14
Mahkamah mendapati terdapat dua set keterangan yang berbeza mengenai isu elaun-elaun yang dibayar kepada Mohana Kumar. Walaupun dicabar mengenai isu ini, pihak Plaintif tidak memanggil kerani yang bernama Kasturi yang menyediakan slip gaji dan tidak mengemukakan akaun syarikat untuk membuktikan bahawa elaun-elaun ini sememangnya telah dibayar kepada Mohaha Kumar. Saya menggunapakai inferens di bawah S.114(g) Akta Keterangan 1950 akibat kegagalan pihak Plaintif mengemukakan akaun syarikat dan juga memanggil Kasturi sebagai saksi walaupun dia masih bekerja dengan Velsmetels Sdn. Bhd.
15
Mahkamah juga berpendapat Pihak Plaintif telah gagal membuktikan jumlah gaji sebenar yang diterima oleh Mohana Kumar kerana caruman EPF tidak dibuat untuk elaun-elaun seperti yang dinyatakan di dalam slip gaji dan juga buku akaun Velsmetels Sdn. Bhd. tidak dikemukakan di Mahkamah untuk menunjukkan bahawa elaun-elaun ini telah sebenarnya dibayar kepada Mohana Kumar. 11
16
Ibu dan bapa Mohana Kumar telah membawa tuntutan ini sebagai tanggungan dan mengikut keterangan bapa Mohana Kumar (SP 3), anaknya memberi sumbangan sebanyak RM2,500/- sebulan kepada mereka berdua. Di dalam kes Siti Ajar Mat Zain v Cindy Teoh & Anor [1991] 2 CLJ 282, Abdul Hamid Embong J (as he then was) menyatakan (dengan izin): “In my experience in this type of cases, I notice that more often than not, the amount of contribution by a son, etc. who died in road accidents tend to be exaggerated for obvious reasons. And it is almost impossible for the defendants to disprove it. Indeed, if we were to believe all the evidence adduced in Court by parents of deceased sons as to how generous they were to their parents, it appears that only exceptionally good sons die in road accidents.” Juga di dalam kes Lum Jenn Wah & Ors v Tan Swee Kang [2012] 1 LNS 48, Hakim Mahkamah Tinggi menyatakan (dengan izin): “It is trite law that in a claim for loss of dependency, the claimant must prove not only the deceases was gainfully employed at the time of his or her death, but also the monthly earnings he or she received. From this amount, the monthly living expenses of the deceased in the form of entertainment, food, travelling, tax liability etc. are to be deducted, leaving a nett figure which is spent on the dependants. It is not too far-fetched for me to say in a claim of this nature there is a tendency for the claimant to exaggerate and inflate the amount claimed. And it is almost impossible for the respondent to disprove the figure. Because of this element of exaggeration that the court must always be cautious and ask itself whether court should readily award what the claimed asked for?”
17
Oleh yang demikian, Mahkamah berpendapat pihak Plaintif tidak dapat membuktikan jumlah pendapatan sebenar Mohana Kumar dan jika ada, samada sejumlah dari pendapatannya diberikan sebagai sumbangan kepada ibu dan bapanya. 12 GANTIRUGI KHAS Saya telah memutuskan Gantirugi Khas seperti berikut: Item a - Laporan polis Kepada kos Item b - Laporan bedah siasat Item c - Gambar polis Item d - Rajah kasar serta kunci Item e - Carian JPJ Item f – Perbelanjaan pengangkutan bagi ahli keluarga melawat pesakit di hospital Tidak dibenarkan kerana tidak dibuktikan Item g – Perbelanjaan pengangkutan semasa pesakit keluar dari Hospital Item h – Kerosakan pakaian Item I - Perbelanjaan pengkebumian RM 5,000 JUMLAH RM 5,000 Bagi kesemua item dalam butir-butir gantirugi khas yang ditolak kerana gagal dibuktikan, saya tidak membenarkan tuntutan berkenaan kerana gagal dibuktikan dengan kukuh dan tiada keterangan dikemukakan di hadapan Mahkamah mengenai perkara-perkara tersebut. Di dalam kes Bonham-Carter lwn Hyde Park Hotel [1948] WN 89 Mahkamah menyatakan (dengan izin) : “Plaintiff must understand that if they bring actions for damages it is for them to prove their damages; it is not enough to write down the particulars, and so to speak, throw them at the head of the court, saying, “This is what I have lost, I ask you to give me these damages”. They have to prove it.” Begitu juga di dalam kes Guan Soon Tin Mining Company v Wong Fook Kum [1968] 1 LNS 43 dimana Mahkamah Persekutuan menyatakan (dengan izin): “The respondent, as plaintiff, of course had to discharge the burden of proving both the fact and the amount of damages before he could recover”. 13 Prinsip yang sama juga dinyatakan di dalam kes Ngooi v Aidi Abdullah [1985] 1 MLJ 30, dimana Mahkamah Persekutuan menyatakan seperti berikut (dengan izin): “Special damages on the other hand have to be specifically pleaded and strictly proved. They refer to past expenses and loss of earnings. The exact loss must be pleaded where the precise amount of item has become clear before the trial. The reason that special damages have to be specifically pleaded is in order to comply with its object which is to crystallize the issue and to put the defendants on their guard and tell them what they have to meet when the case comes on trial.” Pihak Plaintif telah menuntut RM5,000/- sebagai Perbelanjaan Pengkebumian. Pihak Defendan tidak menghujah apa-apa mengenai isu ini. Saya telah membenarkan RM5,000/- seperti yang dituntut oleh Pihak Plaintif memandangkan ia satu amaun yang munasabah. FAEDAH DAN KOS Saya telah membenarkan Faedah pada kadar 2.5% setahun untuk Gantirugi Khas bermula dari tarikh Kemalangan sehingga tarikh Penghakiman dan Kos. Berdasarkan alasan-alasan yang diberikan diatas, saya berpendapat penghakiman yang diberikan adalah wajar dan munasabah. Bertarikh pada 10, Februari 2018 ( PRISCILLA HEMAMALINI NADARAJAN ) HAKIM MAHKAMAH SESYEN (2) SUNGAI PETANI KEDAH 14
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.