Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (BAHAGIAN JENAYAH) PERBICARAAN JENAYAH NO.: WA-45A-48-03/2022 PENDAKWA RAYA
WA-45A-48-03/2022
High Court of Malaysia14 Mar 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“-mata (mere denials) ataupun pembelaan yang difikirkan kemudian (afterthought). (rujuk kes Liew Kaling v PP [1960] 26 MLJ 306, Adekunle Johnson Oshodi v PP [1998] 1 CLJ 515, Junaidi bin Abdullah v PP [1993] MLJ 217 & PP v Muhd Farid bin Sukis [2002] 8 CLJ 814). [39] Sekiranya suatu andaian statutori telah terpakai seba”
“court in determining whether that accused had the requisite means rea. It is in reality a common sense approach.” [21] Berdasarkan petikan kes-kes di atas dan kes PR lwn Lim Chsung Meng dan Chen Hui [2015] MLJU 2234 (Mahkamah Rayuan) serta Ibrahim Mohamad & Anor v PP [2011] 4 CLJ 113, milikan adalah keadaan di mana ses”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (BAHAGIAN JENAYAH) PERBICARAAN JENAYAH NO.: WA-45A-48-03/2022 PENDAKWA RAYA
1
SHERZODBEK ABDULRAKHIM UGLI (Passport No.: FA1059880)
2
HAJ HAMDAN NURUDDIN FAYEZ SAID (Passport No.: O426576)
3
EMON EHSANUDDIN AHMED (Passport No.: BR0912938) ALASAN PENGHAKIMAN PENGENALAN [1] Ketiga-tiga tertuduh ditangkap di dalam sebuah kereta di kawasan tepi jalan hadapan Haqim Bistro di KL Traders Square Jalan Gombak. Hasil pemeriksaan dalam kereta Proton Preve WXK 1800 membawa kepada penemuan 1 beg plastik warna putih bertulisan (Biodegradasi) yang di dalamnya terdapat 1 paket plastik lutsinar berisi 1 ketulan mampat dedaun kering yang disyaki ganja. [2] Ketiga-tiga kemudiannya dituduh di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan. [3] Tuduhan: Bahawa kamu bersama-sama pada 23 Jun 2021 jam lebih kurang 8.00 malam di tepi jalan berhadapan Haqim Bistro KL Traders Square Jalan Gombak, di dalam Daerah Wangsa Maju, di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dalam mencapai niat bersama telah mengedar dadah berbahaya iaitu 512.5 gram Cannabis. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan. [4] Bagi membuktikan pertuduhan ini, pihak pendakwaan perlu membuktikan elemen berikut: i. Bahan yang dirampas adalah dadah berbahaya; ii. Ketiga-tiga OKT mempunyai milikan dadah berbahaya tersebut; dan iii. Ketiga-tiga dengan niat bersama mengedar dadah berbahaya tersebut. [5] Selain daripada itu, pihak pendakwaan juga perlu membuktikan bahawa dadah berbahaya yang dikemukakan di Mahkamah ketika perbicaraan adalah merupakan dadah berbahaya yang sama yang dirampas dari OKT dan disahkan dadah berbahaya oleh Ahli Kimia yang menjalankan analisis. KES PENDAKWAAN Bahan yang dirampas adalah dadah berbahaya [6] Dalam kes ini, Ahli Kimia (SP1) telah memberi keterangan yang beliau telah menjalankan analisis terhadap 1 paket plastik yang mengandungi ketulan mampat bahan tumbuhan (P10) yang diterima daripada Pegawai Penyiasat (SP4). [7] Hasil analisis yang dijalankan SP1 mengesahkan kandungan P10 adalah Cannabis seberat 512.5 gram. [8] Cannabis adalah seperti yang ditakrifkan dalam seksyen 2 Akta Dadah Berbahaya 1952. [9] Dapatan oleh Ahli Kimia (SP1) tidak dicabar oleh pihak pembelaan. [10] Berpandukan kepada keputusan kes Balachandran v Public Prosecutor [2005] 2 MLJ 301, Mahkamah dengan ini menerima keterangan SP1 tentang jenis dan berat dadah yang dianalisis kerana tidak wujud sebarang sebab untuk Mahkamah memutuskan sebaliknya memandangkan keterangan SP1 bukanlah sesuatu yang ‘inherently incredible’ dan OKT juga tidak mengemukakan sebarang keterangan rebuttal dari pakar lain. Bahan yang disahkan sebagai Cannabis oleh SP1 merupakan bahan yang sama yang dirampas oleh SP2 dan dikemukakan di Mahkamah [11] Kombinasi keterangan Pegawai Tangkapan (SP2), Pegawai Penyiasat (SP4) dan Ahli Kimia (SP1) yang mengendalikan barang kes dadah P10 jelas menunjukkan eksibit yang dikemukakan di Mahkamah pada hari perbicaraan merupakan barang kes dadah yang dirampas oleh SP2 di tempat kejadian. [12] Ketiga-tiga saksi ini masing-masing ada membuat tandaan pada barang kes dadah berkenaan dan ketika memberi keterangan telah membuat pengecaman positif terhadap tandaan yang mereka buat sebelum ini. [13] Berdasarkan keterangan daripada saksi-saksi yang dinyatakan di atas, Mahkamah ini berpuas hati bahawa rantaian pergerakan P10 bermula dari waktu ia dirampas di tempat kejadian sehinggalah ia dikemukakan semula ketika perbicaraan tidak terputus dan menunjukkan bahawa ia adalah barang kes yang sama sepertimana dirampas bagi pertuduhan ini. (Kes Loh Kah Loon v PP [2011] 5 CLJ 345; Gunalan A/L Ramachandran & Ors v Public Prosecutor [2004] 489; dan Luke Nnaemeka Ugwu v Pendakwa Raya [2016] 400, berkaitan). Tertuduh mempunyai milikan terhadap dadah tersebut [14] Menurut keterangan SP2, beg plastik putih (P9) yang mengandungi 1 plastik lutsinar yang mengandungi Cannabis (P10) ditemui di atas pelapik kaki tempat duduk belakang sebelah kanan iaitu tempat duduk OKT3 dan di belakang tempat duduk OKT1 dan OKT2. [15] Gambar P15a-c iaitu gambar P9 dan P10 menunjukkan yang kandungan P10 ini dapat dilihat dengan mata kasar memandangkan plastik P9 adalah dalam keadaan terbuka dan P10 pula adalah plastik lutsinar. [16] Kereta yang terlibat dalam kes ini didaftarkan atas nama SP3 iaitu ayah OKT1 (P18). Mendakwa yang kereta ini digunakan oleh ramai orang lain selain daripada dirinya sendiri, termasuk anaknya. SP3 bersetuju yang ada kemungkinan orang yang menggunakan kereta ini ada meninggalkan barang di dalam keretanya, tetapi tidak pada hari kejadian. Dia juga mengesahkan tidak pernah nampak P15. ANALISIS KETERANGAN [17] Milikan boleh dibuktikan sama ada melalui keterangan langsung ataupun dengan menggunapakai andaian di bawah seksyen 37(d) Akta dengan membuktikan jagaan atau kawalan. Selain daripada jagaan atau kawalan, untuk menunjukkan seseorang itu mempunyai milikan, elemen pengetahuan (knowledge) juga perlu ditunjukkan. [18] Perkataan milikan tidak diberikan sebarang tafsiran di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952. Namun begitu, dalam kes Toh Ah Lok And Mak Thiam v Rex [1949] 1 MLJ 54, Mahkamah menyatakan: “Possession, in order to incriminate a person, must have the following characteristics. The possessor must know the nature of the thing possessed, must have in him a power of disposal over the thing, and lastly must be conscious of his possession of the thing.” “I have given the most careful consideration to the meaning of the word “custody” in section 37(d) of the Ordinance under consideration and have come to the conclusions that it means actual physical control. The word “control” in the same section must, therefore, be construed to mean any form of control other than actual physical control. Other names for “custody” are “physical possession”, “de facto possession” and “detention.” It is referred to in 25 Halsbury’s Laws (2nd Edn.) 194, para 327, in these terms: “The word ‘possession’ may mean effective, physical or manual control, or occupation, evidenced by some outward act, sometimes called de facto possession or detention.” [19] Dalam kes Chan Pean Leon v Public Prosecutor [1956] 1 MLJ 237, milikan ditafsirkan seperti berikut: “Possession” itself as regards to criminal law is described as follows in Stephen’s Digest (9th Edition, page 304):- “A movable thing is said to be in the possession of a person when he is so situated with respect to it that he has the power to deal with it as owner to the exclusion of all other persons, and when the circumstances are such that he may be presumed to intend to do so in case of need.” To put it otherwise, there is a physical element and a mental element which must both be present before possession is made out. The accused must not only be so situated that he can deal with the thing as if it belongs to him, for an example have it in his pocket or have it lying in front of him on a table. It must also be shown that he had the intention of dealing with it as if it belonged to him should he see any occasion to do so, in other words, that he had some animus possidendi. Intention is a matter of fact which is the nature of things cannot be proved by direct evidence. It can only be proved by inference from the surrounding circumstances. Whether these surrounding circumstances make out such intention is a question of fact in each individual case.” [20] YA Gopal Sri Ram HMR (ketika itu) dalam kes Chan King Yu v PP [2006] 3 CLJ 853 menyatakan: “Whether the prosecution has established means rea possession in a given case is a question of fact depending on the facts and circumstances of each case. Proof of knowledge in a criminal case is, short of a voluntary confession by an accused, like many other states of a guilty mind in a criminal case, a fact to be gathered inferentially from proved facts and surrounding circumstances. In particular the acts done by an accused and other circumstances provide valuable assistance to a court in determining whether that accused had the requisite means rea. It is in reality a common sense approach.” [21] Berdasarkan petikan kes-kes di atas dan kes PR lwn Lim Chsung Meng dan Chen Hui [2015] MLJU 2234 (Mahkamah Rayuan) serta Ibrahim Mohamad & Anor v PP [2011] 4 CLJ 113, milikan adalah keadaan di mana seseorang itu berada dalam kedudukan yang membolehkan beliau berupaya untuk mengambil sebarang tindakan yang beliau fikirkan bersesuaian terhadap sesuatu barangan, bila perlu, dengan menyingkirkan peranan orang lain. [22] Keterangan yang ada di hadapan Mahkamah pada hari ini menunjukkan bahawa ketiga-tiga OKT berada dalam kereta di mana Cannabis ditemui. OKT1 dan OKT2 berada di tempat duduk bahagian hadapan manakala OKT3 berada di tempat duduk bahagian belakang di mana Cannabis ditemui di atas pelapik kaki bersebelahan OKT3. [23] Sepertmana yang dinyatakan sebelum ini, Cannabis ini boleh dilihat dengan mata kasar kerana beg plastik yang di dalamnya mengandungi plastik lutsinar yang mengandungi Cannabis berada dalam kedaan terbuka. [24] OKT3 adalah individu yang paling hampir sekali dengan Cannabis yang ditemui tersebut. Oleh itu, wujudnya close proximity antaranya dan Cannabis yang ditemui. Pada hemat Mahkamah ini, dengan menggunakan pendekatan common approach seperti yang dinyatakan oleh YA Gopal Sri Ram dalam kes Chan King Yu v PP (supra), ini menunjukkan bahawa OKT3 bukan sekadar mempunyai kawalan/jagaan terhadap Cannabis yang ditemui, malah inferen boleh dibuat yang OKT3 juga mempunyai pengetahuan mengenainya kerana bukan sahaja Cannabis ini berada bersebelahan dengannya malah ia juga dapat dilihat dengan mata kasar. [25] Manakala terhadap OKT1 dan OKT2 pula, selain daripada keberadaan mereka di dalam kereta tersebut, tiada keterangan lain yang boleh menunjukkan ataupun menjadi asas untuk satu inferen dibuat yang mereka berdua mempunyai kawalan/jagaan serta pengetahuan tentang Cannabis yang ditemui. [26] Kesemua keterangan ini pada hemat Mahkamah tidak dapat menunjukkan bahawa OKT1 dan OKT2 mempunyai niat bersama dengan OKT3 dalam melakukan kesalahan ini. Rujuk kes Sabarudin bin Non & Ors v PP [2005] 1 CLJ 466 dan Farose Tamure Mohamad Khan v PP & Other Appeals [2016] 6 MLJ 227. [27] Dalam keadaan ini, saya berpuas hati bahawa hanya OKT3 sahaja yang mempunyai milikan terhadap Cannabis yang ditemui dan elemen ini telah dibuktikan melalui keterangan langsung oleh saksi-saksi pendakwaan. OKT telah mengedar dadah berbahaya tersebut [28] Manakala bagi elemen pengedaran, andaian statutori di bawah seksyen 37(da) Akta adalah terpakai memandangkan berat dadah dalam pertuduhan adalah melebihi daripada berat yang ditetapkan. BEBAN PEMBUKTIAN DI AKHIR KES PENDAKWAAN [29] Di peringkat ini, seksyen 180 Kanun Tatacara Jenayah telah menggariskan prosedur yang perlu diambil oleh Mahkamah iaitu Mahkamah perlu menilai segala keterangan yang telah dikemukakan oleh pihak pendakwaan di tahap maksimum dan memutuskan adakah keterangan yang telah dikemukakan ini mencukupi untuk mensabitkan OKT sekirannya OKT memilih untuk berdiam diri. Sekiranya ya, maka satu kes prima facie telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan. Rujuk kes Ahmad Najib bin Aris v Pendakwa Raya [2009] 2 CLJ 800, Balachandran v Public Prosecutor [2005] 2 MLJ 301, Public Prosecutor v Mohd Radzi bin Abu Bakar [2005] 6 MLJ 393. KEPUTUSAN DI AKHIR KES PENDAKWAAN [30] Berdasarkan daripada keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan, setelah memberikan penilaian di tahap maksimum sepertimana yang dikehendaki oleh undang-undang, saya memutuskan bahawa satu kes prima facie telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan terhadap OKT3. OKT3 dengan ini diperintahkan untuk membela diri terhadap pertuduhan mengedar dadah berbahaya sepertimana pertuduhan. [31] Manakala terhadap OKT1 dan OKT2 pula, Mahkamah ini memutuskan yang pihak pendakwaan gagal membawa sebarang keterangan untuk membolehkan pemakaian seksyen 34 Kanun Keseksaan bagi menunjukkan wujudnya niat bersama OKT1 dan OKT2 untuk melakukan kesalahan ini bersama OKT3. Oleh itu, OKT1 dan OKT2 dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan yang dikenakan. PEMBELAAN OKT [32] Sebelum kejadian, OKT3 mendakwa telah turun dari rumahnya untuk pergi ke kedai untuk menukar bahan rempah campuran masala dengan membawa 1 beg plastik hitam. Dia telah pergi ke beberapa kedai sebelum akhirnya ke kedai Giant Mini untuk membeli barangan keperluan. Seterusnya telah pergi ke Restoran Al-Hidayah untuk membeli makan malam. [33] Selesai membeli makan malam, OKT3 mendakwa telah dihubungi oleh OKT1 untuk berjumpa. OKT1 kemudiannya tiba dengan menaiki kereta Proton Preve warna perak. OKT3 telah masuk ke dalam kereta ini. Sebelum itu, beg kecil hitam yang dibawa oleh OKT3 telah dimasukkan ke dalam beg plastik Giant Mini. [34] Semasa membuka pintu untuk masuk ke dalam kereta tersebut, OKT3 mendakwa seorang bernama Bob telah menurunkan cermin dan meminta OKT3 masuk melalui pintu belakang sebelah kanan. Bob kemudiannya meminta OKT1 untuk terus memandu ke hadapan sehinggalah Bob meminta kereta diberhentikan untuk di parkir. [35] Ketika OKT1 memperlahankan kereta, Bob telah mencekik OKT3 dan OKT3 diheret keluar daripada kereta dan terus dipukul. Ketika ini, 4 hingga 5 orang telah datang memukul OKT3. Bob kemudiannya telah keluar dan pergi ke kereta lain. [36] OKT3 juga mendakwa tidak pernah berjumppa SP2 dan hanya melihatnya buat kali pertama ketika perbicaraan. TANGGUNGJAWAB MAHKAMAH DI AKHIR PERBICARAAN [37] Adalah menjadi tugas Mahkamah, selepas pihak pembelaan menutup kes untuk memberi pertimbangan kepada keseluruhan keterangan yang ada di hadapannya bagi menentukan sama ada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kesnya melampaui batasan kemungkinan yang munasabah (beyond reasonable doubt).(rujuk seksyen 182A kanun Tatacara Jenayah, kes Olier Sheikh Awoyal Shekh v PP [2017] 2 CLJ 141, Balachandran v PP (supra), Mat v PP [1963] 263, Ganapathy Regasamy v PP [1998] 2 CLJ 1, Nenggani Asmo v PP [2014] 1 MLJ 501, Prasit Punyang v Public Prosecutor [2014] 4 MLJ 282 & Md Zainudin bin Raujan v Public Prosecutor [2013] 3 MLJ 773). [38] Apa yang dimaksudkan dengan keraguan yang munasabah hendaklah suatu pembelaan yang bukannya berbentuk rekaan (fictitious), penafian semata-mata (mere denials) ataupun pembelaan yang difikirkan kemudian (afterthought). (rujuk kes Liew Kaling v PP [1960] 26 MLJ 306, Adekunle Johnson Oshodi v PP [1998] 1 CLJ 515, Junaidi bin Abdullah v PP [1993] MLJ 217 & PP v Muhd Farid bin Sukis [2002] 8 CLJ 814). [39] Sekiranya suatu andaian statutori telah terpakai sebagaimana dalam kes ini, maka tertuduh bertanggungan untuk mematahkan (rebut) andaian tersebut di atas imbangan kemungkinan (on a balance of probabilities). Lihat PP v Yuvaraj [1969] 2 MLJ 89. ANALISA DAN DAPATAN MAHKAMAH [40] Versi pembelaan yang diketengahkan oleh OKT3 adalah jauh berbeza dengan keterangan SP2. Meneliti keterangan OKT3, Mahkamah ini mendapati dakwaan OKT3 ini tidak pernah dikemukakan pada peringkat kes pendakwaan. [41] Dakwaan tentang kewujudan dan peranan Bob tidak pernah diajukan ketika SP2 dan SP4 memberi keterangan. Begitu juga dakwaan yang Bob ada di dalam kereta dan telah memukul OKT3. [42] SP2 di dalam keterangannya juga tidak pernah menyebut tentang kewujudan dan penemuan beg hitam seperti yang didakwa oleh OKT3. [43] Dakwaan bahawa OKT3 hanya melihat SP2 buat kali pertama ketika di Mahkamah juga tidak dapat diterima. SP2 merupakan seorang pejawat awam iaitu pegawai polis yang hanya menjalankan tugasan rasmi beliau dan tidak mempunyai sebarang kepentingan peribadi untuk mengada-adakan cerita tentang OKT3. [44] Keterangan SP2 juga telah diperhalusi oleh Mahkamah ini dan telah diterima sebagai keterangan daripada seorang yang kredibel. [45] Dakwaan Peguambela OKT3 bahawa pihak pendakwaan telah gagal menawarkan saksi bernama Luqman Nurhaqim bin Hasim @ Bob juga tidak bermerit kerana menurut keterangan saksi-saksi pendakwaan, individu ini tiada sewaktu kejadian ini berlaku. Sebaliknya senarai saksi P22 adalah senarai saksi yang ditawarkan oleh pihak pendakwaan. Namun demikian, OKT3 memilih untuk tidak memanggil mana-mana saksi dari senarai ini. [46] Mahkamah ini setelah memberikan pertimbangan sebagaimana yang ditetapkan oleh undang-undang mendapati bahawa pembelaan OKT3 adalah satu penafian, rekaan dan afterthought semata-mata dan gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah di dalam kes pendakwaan. Rujuk kes Nanda Kumar a/L Kunyikanan & Anor v Pendakwa Raya [2011] 8 CLJ 406, Sakri Yusuf v PP [2011] 1 LNS 480. KEPUTUSAN MAHKAMAH [47] Dengan berpandukan kepada prinsip yang diasaskan oleh Suffian H (pada ketika itu), dalam kes Mat v PP [1963] 263 Mahkamah ini mendapati bahawa pembelaan yang dikemukakan oleh OKT3 telah gagal untuk menimbulkan keraguan yang munasabah dalam isu milikan dan tidak berjaya menyangkal andaian pengedaran statutori yang digunapakai. Pihak pendakwaan dengan ini telah berjaya membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah (beyond reasonable doubt). [48] OKT3 dengan ini didapati bersalah dan disabitkan di atas pertuduhan yang dikenakan. HUKUMAN [49] Setelah mengambil kira bahawa ini adalah kesalahan pertama OKT3 yang merupakan seorang pelajar dari negara Bangladesh, dan hujahan pihak pendakwaan bahawa kesalahan ini merupakan kesalahan yang serius serta mengambil kira kepentingan awam, Mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup (berkuatkuasa dari tarikh OKT3 ditangkap iaitu 23.06.2021) dan 12 kali sebatan rotan. Bertarikh : 14 Mei 2026 (AZHAR BIN ABDUL HAMID) Hakim Mahkamah Tinggi Jenayah (7) Kuala Lumpur Pihak-Pihak:- Bagi pihak Pendakwaan : Syajaratudur binti Abd Rahman Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara Bagi pihak Tertuduh : Ammanjeet Singh a/l Amarjeet Singh
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.