Content
DALAM MAHKAMAH SESYEN DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA GUAMAN NO. BA-B52NCC-7-01/2016
B52NCC-7-01/2016
Sessions Court of Malaysia28 Sept 2017
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
DALAM MAHKAMAH SESYEN DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA GUAMAN NO. BA-B52NCC-7-01/2016
1
1.
2
CHONG KIAN KOK (Berniaga atas nama dan gaya
3
CHONG JIAN FEI (Berniaga atas nama dan gaya SENG FEI MOTOR WORKSHOP …PLAINTIF-PLAINTIF
1
1.
2
LIM SENG KIANG …DEFENDAN-DEFENDAN
1
Melalui saman dan pernyataan tuntutan bertarikh 18.1.2016 , plaintif pertama dan plaintif kedua (“plaintif”) menuntut daripada defendan pertama dan defendan kedua (“defendan”) wang berjumlah RM340,000.00 yang diberikan oleh plaintif kepada defendan atas permintaan defendan sebagai suatu pinjaman persahabatan melalui beberapa transaksi deposit ke dalam akaun-akaun defendan.
2
Plaintif mendakwa bahawa walaupun plaintif telah berkali-kali menuntut pembayaran balik wang berjumlah RM340,000.00 yang diberikan kepada defendan sebagai pinjaman persahabatan namun defendan telah enggan, gagal dan/atau cuai untuk membuat bayaran balik wang tersebut kepada plaintif menyebabkan plaintif memulakan tindakan ini terhadap defendan.
3
Defendan menafikan tuntutan plaintif dan dalam pernyataan pembelaan terpinda dan tuntutan balas, defendan mendakwa bahawa wang yang diberikan oleh plaintif kepada defendan adalah sebagai bayaran balik kepada satu wang pendahuluan sebanyak RM1,155,000.00 yang didahulukan oleh defendan pertama di atas arahan plaintif pertama untuk dimasukkan ke dalam akaun-akaun pihak ketiga sebagai bayaran kepada pembekal-pembekal di Singapura dan bukannya sebagai pinjaman persahabatan.
4
Setelah mendengar keterangan saksi-saksi dan setelah mempertimbangkan hujah-hujah kedua-dua belah pihak, mahkamah memutuskan tuntutan plaintif terhadap defendan dibenarkan dengan kos atas jumlah yang dituntut sebanyak RM340,000.00 dan tuntutan balas defendan terhadap plaintif berjumlah RM815,000.00 ditolak dengan kos.
5
Defendan tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah yang memihak kepada plaintif dan defendan seterusnya memfailkan rayuan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam. Berikut adalah alasan-alasan kepada keputusan mahkamah yang memihak kepada plaintif.
6
Plaintif mendakwa atas permintaan lisan oleh defendan pertama, plaintif pertama telah memberikan satu pinjaman persahabatan berjumlah RM140,000.00 kepada defendan pertama di mana selepas itu defendan pertama pada sekitar bulan Mac 2015 telah meminta satu lagi pinjaman persahabatan sebanyak RM200,000.00 daripada plaintif pertama melalui aplikasi nota suara whatsapp.
7
Plaintif seterusnya mendakwa defendan pertama meminta plaintif pertama mendepositkan wang berjumlah RM200,000.00 tersebut ke dalam akaun Maybank milik defendan kedua bernombor 108092473124 yang ditulis di atas kertas kecil namun memandangkan plaintif pertama tidak mempunyai wang yang secukupnya sepertimana permintaan defendan pertama, plaintif pertama telah meminta pertolongan plaintif kedua dan plaintif ketiga untuk mencukupkan jumlah wang yang diminta oleh defendan pertama.
8
Defendan mendakwa wang yang diberikan oleh plaintif kepada defendan adalah sebagai sebahagian pembayaran balik wang yang telah didahulukan oleh sebuah syarikat iaitu VAS Auto Parts Sdn. Bhd. kepada plaintif pertama
9
Mahkamah mendapati fakta bahawa plaintif pertama telah mendepositkan wang sebanyak RM140,000.00 telah diakui oleh defendan pertama sendiri. Seterusnya defendan pertama turut mengakui beliau ada mengarahkan plaintif pertama untuk mendepositkan wang berjumlah RM200,000.00 ke dalam akaun bank milik defendan kedua.
10
Defendan pertama mengaku bahawa beliau telah menulis nombor akaun defendan kedua Lim Seng Kian di atas sekeping kertas dan memberikannya kepada plaintif pertama dan meminta plaintif pertama memasukkan wang berjumlah RM200,000 ke dalam akaun tersebut..
11
Defendan kedua turut mengakui semasa pemeriksaan balas di mahkamah bahawa defendan pertama telah mengarahkan plaintif pertama untuk mendepositkan wang berjumlah RM200,000.00 ke dalam akaun Maybank milik defendan kedua.
12
Oleh itu adalah jelas bahawa plaintif telah berjaya membuktikan bahawa terdapatnya pemberian dan penerimaan wang yang berjumlah RM340,000.00 seperti yang didakwa oleh plaintif dalam tuntutan plaintif.
13
Fakta berkenaan pemberian dan penerimaan wang berjumlah RM340,000 ini tidak dinafikan oleh defendan dalam keterangan mereka. Defendan pertama sendiri di dalam keterangannya mengaku bahawa wang berjumlah RM140,000.00 yang diterimanya adalah satu pinjaman persahabatan.
14
Defendan pertama mengaku telah menerima wang berjumlah RM140,000 yang didepositkan ke dalam akaun Public Bank milik beliau bernombor 314074331. Defendant pertama juga bersetuju dengan bukti slip-slip deposit berjumlah RM100,000 yang ditunjukkan kepada beliau semasa memberi keterangan di mahkamah. Beliau turut bersetuju dengan bukti slip deposit berjumlah RM30,00 dan bukti slip deposit berjumlah RM10,000.
15
Berkenaan dengan pembelaan defendan dan tuntutan balas defendan terhadap plaintif, defendan pertama mendakwa bahawa defendan pertama atas kapisiti persendirian telah membuat pembayaran pendahuluan untuk plaintif pertama atas arahan plaintif pertama berjumlah RM1,115,000.00 untuk membayar pembekal-pembekal di Singapura. Begitupun, apa yang jelas wang berjumlah RM1,115,000.00 dikeluarkan dari akaun syarikat VAS Auto Parts Sdn Bhd dan bukannya dari akaun persendirian defendan pertama.
16
Isu berkenaan wang pendahuluan berjumlah RM1,115,000.00 tidak pernah dibangkitkan oleh defendan pada bila-bila masa sebelum tindakan ini difailkan di mahkamah malahan hanya dibangkitkan buat pertama kali oleh defendan melalui pindaan kepada pembelaan defendan dan tuntutan balas defendan.
17
Mahkamah bersetuju dengan plaintif bahawa sekiranya terdapat wang pendahuluan daripada VAS Auto Parts Sdn. Bhd kepada plaintif pertama maka pihak yang seharusnya memulakan tindakan litigasi terhadap plaintif untuk menuntut wang berjumlah RM1,115,000.00 adalah VAS Auto Parts Sdn Bhd dan bukannya defendan pertama di atas kapasiti peribadi beliau.
18
Mahkamah bersetuju dengan hujahan plaintif bahawa walaupun defendan pertama merupakan salah seorang pengarah dan/atau pemegang saham dalam VAS Auto Parts Sdn. Bhd. namun doktrin perundangan menunjukkan bahawa VAS Auto Parts Sdn. Bhd. dan defendan pertama adalah dua entiti berbeza. Oleh itu defendan pertama tidak mempunyai locus standi untuk menuntut balas terhadap plaintif berkaitan wang pendahuluan yang dikatakan didahulukan oleh VAS Auto Parts Sdn. Bhd. kepada plaintif pertama.
19
Berdasarkan kepada pliding dan keterangan saksi-saksi dan juga bukti-bukti dokumentari, mahkamah mendapati plaintif telah berjaya membuktikan wang berjumlah RM340,000.00 yang telah diberikan oleh plaintif adalah suatu pinjaman persahabatan atas permintaan defendan pertama kepada plaintif pertama dan defendan kedua adalah salah satu benifisiari yang menikmati hasil pinjaman persahabatan tersebut.
20
Mahkamah juga mendapati bahawa plaintif telah berjaya membuktikan bahawa wang berjumlah RM340,000.00 tersebut telah diserahkan kepada defendan. Walaupun tiada sebarang perjanjian bertulis dibuat mengenai perjanjian persahabatan tersebut, namun terdapatnya pengakuan-pengakuan defendan tentang penerimaan wang sebanyak RM340,000.00 tersebut. Isu mengenai penyerahan wang berjumlah RM340,000.00 tidak boleh dipertikaikan lagi.
21
Defendan telah memplidkan bahawa wang berjumlah RM340,000.00 adalah sebagai pembayaran balik wang pendahuluan oleh VAS Auto Parts Sdn. Bhd untuk plaintif pertama.
22
Oleh itu beban pembuktian telah berpindah kepada defendan untuk membuktikan dakwaan defendan. Seksyen 102 Akta Keterangan 1950 memperuntukkan seperti berikut:- “The burden of proof in a suit or proceeding lies on that person who would fail if no evidence at all were given on either side. ILLUSTRATIONS ...
b
A sues B for money due on a bond. The execution of the bond is admitted, but B says that it was obtained by fraud, which A denies. If no evidence were given on either side, A would succeed as the bond is not disputed and the fraud is not proved. Therefore the burden of proof is on B.”
23
Walaupun defendan memplidkan bahawa wang berjumlah RM340,000.00 adalah sebagai pembayaran balik wang yang dikatakan didahulukan oleh VAS Auto Parts Sdn. Bhd. kepada plaintif, namun sukar untuk mahkamah menerima dakwaan defendan. Defendan telah gagal untuk membawa pihak VAS Auto Parts Sdn. Bhd. sebagai salah satu pihak di dalam kes ini untuk membantu defendan membuktikan kes defendan di mahkamah.
24
Seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 memperuntukkan seperti berikut:-
114
Court may presume existence of certain fact. The court may presume the existence of any fact which it thinks likely to have happened, regard being had to the common course of natural events, human conduct, and public and private business, in their relation to the facts of the particular case.
g
that evidence which could be and is not produced would if produced be unfavourable to the person who withholds it;
25
Dakwaan defendan sepatutnya boleh dibuktikan melalui keterangan pegawai syarikat VAS Auto Parts Sdn. Bhd. Kegagalan defendan memanggil pegawai syarikat VAS Auto Parts Sdn. Bhd. membolehkan mahkamah menggunapakai seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950. Beban pembuktian telah beralih kepada defendan seperti yang dijelaskan di dalam Seksyen 103 Akta Keterangan 1950.
26
Mahkamah merujuk kepada kes Tan Aik Teck v Tang Soon Chye [2007] 5 CLJ 441 yang mana Mokhtar Sidin HMR (sebagaimana beliau pada waktu itu) telah memutuskan bahawa:- “[7] The plaintiff admitted that there was no loan agreement in respect of the loan given to the defendant. The loan given could only be proved by the two cheques which were paid into the defendant's account and also the admission by the defendant that he had put the money into his bank account. Since the defendant had admitted that he had received the two cheques and had credited them into his account, I am of the view that the plaintiff had discharged his burden that the money was a loan unless proven otherwise by the defendant. As such, the burden is on the defendant that the money given to him by the plaintiff was not a friendly loan… ...[12] It is clear to me that the defendant, in particular his counsel, was under the misconception what is meant by a friendly loan. A friendly loan is opposed to the normal borrowing from a moneylender or financial institution. A friendly loan is a loan between two persons based on trust… …[13]In my view, a friendly loan is a loan given by the lender to the borrower based on mutual trust whereby the borrower was to repay the loan within the specified time with no interests charged. For the reasons I have stated, I see no merit in the contention of the defendant in respect of this…”
27
Mahkamah berpendapat dengan menggunapakai prinsip di dalam kes Tan Aik Teck jelas bahawa defendan perlu membuktikan dan menunjukkan sebaliknya bahawa wang berjumlah RM340,000.00 yang diakui diterima oleh defendan bukanlah satu pinjaman persahabatan dan defendan perlu membuktikan dan menunjukkan kepada mahkamah bahawa wang tersebut adalah sebagai bayaran balik bagi wang yang dikatakan didahulukan oleh VAS Auto Parts Sdn. Bhd. kepada plaintif
28
Berdasarkan kepada alasan-alasan di atas mahkamah mendapati bahawa, atas imbangan kebarangkalian, plaintif telah berjaya membuktikan tuntutan plaintif terhadap defendan. Oleh itu mahkamah memutuskan tuntutan plaintif terhadap defendan dibenar atas jumlah yang dituntut sebanyak RM340,000.00.
29
Berkenaan dengan tuntutan balas defendan terhadap plaintif berjumlah RM815,000.00 mahkamah mendapati bahawa defendan telah gagal untuk membuktikan, atas imbangan kebarangkalian, tuntutan balas defendan terhadap plaintif. Oleh itu tuntutan balas defendan terhadap plaintif ditolak dengan kos.
30
Kos perbicaraan ini ditetapkan atas jumlah RM10,000 dibayar oleh defendan kepada plaintif. Bertarikh pada 4 haribulan Disember, 2017 tt (ISHAK BIN BAKRI) Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam Selangor.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.