Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN, MALAYSIA (BAHAGIAN DAGANG) RAYUAN NO. WA-12ANCC-144-12/2022
WA-12ANCC-144-12/2022
High Court of Malaysia11 Jul 2023
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN, MALAYSIA (BAHAGIAN DAGANG) RAYUAN NO. WA-12ANCC-144-12/2022
1
SIMREN SINGH A/L SUNDER SINGH (No K/P: 901025-07-5649)
2
JJCM REALTY SDN BHD (COMPANY NO: 1095589-T ) … PERAYU-PERAYU DAN MAYA DECOR (M) SDN BHD (COMPANY NO: 931482-A) … RESPONDEN DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUALA LUMPUR DALAM NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN, MALAYSIA WRIT SAMAN NO: WA-BS2NCC-73-02/2021 ANTARA MAYA DECOR (M) SDN BHD (COMPANY NO: 931482-A) … PLAINTIF
1
SIMREN SINGH A/L SUNDER SINGH (No K/P: 901025-07-5649)
2
JJCM REALTY SDN BHD (COMPANY NO: 1095589-T ) … DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN A. Pengenalan [1] Bagi tujuan alasan penghakiman ini, pihak-pihak akan dirujuk sebagaimana mereka dirujuk di Mahkamah Sesyen, iaitu perayu-perayu sebagai defendan-defendan dan responden sebagai plaintif. [2] Defendan-defendan memfailkan permohonan untuk mengenepikan penghakiman bertarikh 18 Julai 2022 yang direkodkan terhadap mereka (“Penghakiman”). Mahkamah Sesyen menolak permohonan defendan-defendan, dan defendan-defendan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen. [3] Setelah meneliti rekod rayuan dan mendengar hujahan-hujahan peguam-peguam yang terpelajar, mahkamah ini menolak rayuan defendan-defendan. Mahkamah mendapati bahawa Penghakiman tersebut direkodkan dengan sempurna dan defendan-defendan tidak mempunyai pembelaan bermerit terhadap tuntutan plaintif. B. Latar Belakang [4] Tuntutan plaintif adalah untuk jumlah sebanyak RM750,000 yang dikatakan diberikan oleh plaintif kepada defendan pertama sebagai pinjaman persahabatan. [5] Plaintif menyatakan bahawa sebagai jaminan pembayaran balik pinjaman tersebut, defendan pertama telah: a. menandatangani perjanjian-perjanjian jaminan bertarikh 14 Mac 2019, 14 November 2019 dan 20 Disember 2019; dan b. memberikan tiga keping cek tidak bertarikh yang dikeluarkan oleh defendan ke-2, untuk jumlah-jumlah sebanyak RM500,000, RM150,000 dan RM100,000, kepada plaintif. [6] Defendan pertama gagal membayar balik pinjaman tersebut. Oleh itu, plaintif cuba mendeposit salah satu cek yang diberikan kepada plaintif, tetapi cek tersebut telah dikembalikan. [7] Justeru itu, plaintif memfailkan tindakan di Mahkamah Sesyen untuk menuntut jumlah RM750,000, yang dikatakan terhutang oleh defendan-defendan. [8] Semasa pengurusan kes pada 18 Julai 2022, Mahkamah Sesyen merekodkan Penghakiman tersebut atas ketidakhadiran peguam defendan-defendan The Chambers of Kisho (“Peguam Terdahulu defendan telah mendapat perintah mahkamah untuk menarik diri daripada menjadi peguam defendan- 2022 untuk pengurusan kes. Peguam Terdahulu Defendan-defendan dan defendan-defendan tidak hadir semasa pengurusan kes tersebut. Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana menangguhkan kes sehingga jam 3.00 petang, sebelum merekodkan Penghakiman Defendan-defendan”) ke pengurusan kes, dan atas keingkaran defendan-defendan memfailkan dokumen-dokumen yang telah diarahkah oleh mahkamah untuk difailkan untuk perbicaraan. [9] Defendan-defendan telah memfailkan permohonan di bawah aturan 42 kaedah 13 Kaedah-kaedah Mahkamah (“KKM”) untuk mengenepikan Penghakiman tersebut. Mahkamah Sesyen menolak permohonan tersebut dan defendan-defendan memfailkan rayuan ini terhadap keputusan Mahkamah Sesyen. C. Dapatan Mahkamah [10] Mahkamah telah meneliti kronologi peristiwa yang membawa kepada Penghakiman tersebut direkodkan, iaitu: a. defendan (“Perintah Menarik Diri”). b. tersebut. Mahkamah Sesyen seterusnya menetapkan 18 Julai Pada 16 Jun 2022, Peguam Terdahulu Defendan- [11] Mahkamah mendapati bahawa walaupun Peguam Terdahulu Defendan-defendan telah memperolehi Perintah Menarik Diri tersebut pada 16 Jun 2022, deraf perintah hanya diserahkan kepada peguamcara plaintif pada 1 Ogos 2022, dan perintah termeterai hanya dimuktamadkan sekitar bulan Ogos 2022. [12] Mahkamah merujuk kepada aturan 64 kaedah 5 KKM, yang menyatakan: “(1) Jika seorang peguam yang bertindak bagi suatu pihak kepada kausa atau perkara telah terhenti bertindak sedemikian dan pihak itu belum memberikan suatu notis penukaran mengikut kaedah 1, atau suatu notis niat untuk bertindak secara sendiri mengikut kaedah 3, peguam itu boleh memohon kepada Mahkamah untuk suatu perintah mengisytiharkan bahawa peguam itu telah terhenti daripada menjadi peguam yang bertindak bagi pihak itu dalam kausa atau perkara itu, dan Mahkamah atau Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Persekutuan, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh membuat suatu perintah dengan sewajarnya, tetapi melainkan jika dan sehingga peguam itu menyampaikan kepada tiap-tiap pihak kepada kausa atau perkara itu (yang tidak menjadi suatu pihak yang ingkar tentang kemasukan kehadiran) suatu salinan perintah itu, dia hendaklah, tertakluk kepada peruntukan-peruntukan tersebut di atas dalam Aturan ini, dianggap sebagai peguam pihak itu sehingga pengakhiran muktamad kausa atau perkara itu, sama ada dalam Mahkamah Tinggi atau Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Persekutuan.” (penekanan ditambah) [13]
Preamble
Menurut peruntukan di atas, peguam yang mendapat perintah pengisytiharan bahawa dia terhenti daripada menjadi peguam pihak yang berkenaan perlu menyampaikan kepada pihak-pihak dalam kausa tersebut suatu salinan perintah yang diperolehi. Peruntukan tersebut turut menyatakan bahawa jika dan sehingga peguam tersebut menyampaikan salinan perintah kepada pihak-pihak di dalam kausa tersebut, peguam tersebut dianggap sebagai peguam pihak yang berkenaan sehingga pengakhiran muktamad kausa itu. [14] Dalam kes ini, Perintah Menarik Diri tersebut hanya dimuktamadkan dan disampaikan kepada pihak-pihak di dalam kes ini sekitar bulan Ogos 2022. [15] Oleh itu, menurut aturan 64 kaedah 5(1) KKM, semasa pengurusan kes pada 18 Julai 2022, Peguam Terdahulu Defendan-defendan masih mewakili defendan-defendan. [16] Penghakiman tersebut diberikan semasa pengurusan kes tersebut, di mana minit pengurusan kes adalah seperti berikut: “Plaintif - LETCHIEMANAN A/L. SITHAMPARAM [PATHI & ASSOC.] 18/07/2022 09:14:18 Dengan izin TUan Hakim, peguamcara Defendan-Defendan telah memperolehi perintah untuk menarik diri sebagai peguamcara mewakili Defendan-Defendan pada 16/6/2022 (Kandungan 43) peguamcara Defendan harus memaklumkan kepada Defendan- Defendan. TUan daripada rekod pada e-filing kami tidak melihat sebarang perintah berkenaan (Kdg 43) yang difailkan. Mahkamah 18/07/2022 09:24:08 Tiada perintah penarikan diri difailkan oleh peguam Defendan Plaintif - LETCHIEMANAN A/L SITHAMPARAM [PATHI & ASSOC.] 18/07/2022 09-25:27 Benar TUan, kami juga tidak diserahkan dengan deraf perintah untuk kelulusan sehingga kehari ini Tuan. Plaintif - LETCHIEMANAN A/L SITHAMPARAM [PATHI & ASSOC.] 18/07/2022 09:27:57 Dengan izin Tuan, bagi Plaintif segala arahan PTCM telahpun dipathui, pohon arahan lanjut Tuan. Mahkamah 18/07/2022 10:13:57 Kita tunggu sehingga pukul 3:00 ptg. Sekiranya tiada maklum balas darpada Defendan, Mahkamah akan memasukkan penghakiman terhadap Defendan dan tuntutan Plaintif dibenarkan.” (penekanan ditambah) [17] Setelah menunggu sehingga jam 3.49 petang, dan dengan ketidakhadiran Peguam Terdahulu Defendan-defendan atau defendan-defendan sendiri, Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana telah membenarkan tuntutan plaintif, dengan kos. [18] Mahkamah telah mengambil kira pandangan Peguam Terdahulu Defendan-defendan bahawa pemfailan dan penyampaian Perintah Menarik Diri tersebut hanyalah satu formaliti. Mahkamah mendapati pandangan ini bercanggah dengan aturan 64 kaedah 5(1) KKM yang mewajibkan penyampaian Perintah Menarik Diri tersebut kepada semua pihak di dalam kes ini. Peguam Terdahulu Defendan-defendan dianggap sebagai peguam defendan-defendan jika dan sehingga ia menyampaikan Perintah Menarik Diri tersebut. Pendapat Peguam Terdahulu Defendan-defendan bahawa penyampaian perintah adalah sekadar formaliti merupakan salah tafsir peruntukan aturan 64 kaedah 5(1) KKM. [19] Mahkamah merujuk kepada Duli Yang Amat Mulia Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar Al-Haj v Datuk Captain Hamzah Mohd Noor [2009] 4 CLJ 329, di mana Mahkamah Persekutuan telah menyatakan seperti berikut berkenaan pemulihan ketidakpatuhan kaedah-kaedah di bawah KKM: “[46] The technical non-compliance of any rule may be remedied where there is an accidental omission or oversight by a party. A general provision such as O. 1A RHC is for the court or judge to give heed to justice over technical non-compliance. It must not supersede a mandatory requirement of the Rules. O.1A RHC cannot be invoked when a party intentionally disregards in complying with the Rules. Otherwise, parties would be bahawa defendan-defendan telah dimaklumkan tentang tarikh pengurusan kes pada 18 Julai 2024, melalui mesej WhatsApp yang dihantar oleh Peguam Terdahulu Defendan-defendan kepada defendan-defendan, tetapi mereka telah dengan silap mencatit tarikh pengurusan kes sebagai 27 Julai 2022. Namun, mahkamah mendapati pernyataan ini tidak boleh menjadi alasan ketidakhadiran Peguam Terdahulu Defendan-mempunyai pembelaan bermerit terhadap tuntutan plaintif. Defendan-defendan tidak menafikan penerimaan wang daripada plaintif, tetapi encouraged to ignore the Rules. Thus in this case, O. 1A RHC does not apply as the respondents had intentionally disregarded O. 6 r. 7(2A) RHC for their own reasons.” (penekanan ditambah) [20] Memandangkan kes ini melibatkan ketidakpatuhan kaedah-kaedah mahkamah yang dilakukan bukan secara tidak sengaja, mahkamah mendapati kesan ketidakpatuhan tersebut tidak dapat dipulihkan. Berikutan dapatan ini, Peguam Terdahulu Defendan-defendan tetap merupakan peguam defendan-defendan semasa tarikh pengurusan kes pada 18 Julai 2022. Seterusnya, atas ketidakhadiran Peguam Terdahulu Defendan-defendan atau defendan-defendan sendiri semasa pengurusan kes, dan atas ketidakpatuhan defendan-defendan dengan arahan-arahan yang diberikan oleh Mahkamah Sesyen, mahkamah ini mendapati Peghakiman tersebut direkodkan dengan sempurna. [21] Mahkamah turut mengambil kira pernyataan defendan-defendan defendan ke pengurusan kes tersebut. [22] Seterusnya, mahkamah berpendapat defendan-defendan tidak menyatakan bahawa wang tersebut adalah pinjaman dengan faedah yang tidak sah di bawah undang-undang. Tambahan pula, penafian defendan-defendan terhadap perjanjian-perjanjian jaminan bertarikh 14 Mac 2019, 14 November 2019 dan 20 Disember 2019 dan cek-cek yang dikeluarkan bagi tujuan pembayaran pinjaman hanyalah penafian kosong sahaja. D. Keputusan [23] Berdasarkan pertimbangan-pertimbangan di atas, mahkamah mendapati bahawa tidak terdapat apa-apa kekhilafan dalam keputusan Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana untuk menolak permohonan defendan-defendan untuk mengenepikan Penghakiman tersebut. [24] Mahkamah menolak rayuan defendan-defendan / perayu-perayu, dengan kos. Bertarikh 30 Ogos 2024 - sgd - ADLIN ABDUL MAJID Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Bahagian Dagang (NCC6) Kuala Lumpur Peguam: Perayu-perayu : Saravanan Annamalay daripada Tetuan Lim Yeoh & Partners Responden : Letchiemanan Sithamparam daripada Tetuan Pathi & Associates
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.