Content
DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, MALAYSIA GUAMAN NO : WA-A72NCVC-8961-11/2023
WA-A72NCvC-8961-11/2023
Magistrates Court of Malaysia2 Jul 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“10. Kes Tan Wei Hong & Ors v Malaysia Airlines System Berhad & Ors [2017] MLJU 487 juga dirujuk di mana Mahkamah Rayuan menggariskan 2 keadaan bagi sesuatu tindakan tersebut dianggap “obviously unsustainable’: In “Bunga Melati 5 Case”, [2012] 4 SLR 546, the Singapore Court explaine”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, MALAYSIA GUAMAN NO : WA-A72NCVC-8961-11/2023
1
SIN CHUN MING
2
ONG SZE CHEN (NO. K/P: 911202-05-5286) …PLAINTIF-PLAINTIF DAN TALENT TEAM SDN BHD (NO. SYARIKAT: 515554-W) …DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN (Kandungan 6 – Permohonan Defendan Untuk Membatalkan Writ Saman dan Pernyataan
1
Ini adalah satu alasan penghakiman oleh mahkamah ini yang disediakan bagi menerangkan alasan-alasan mahkamah ini yang telah membenarkan permohonan Defendan pada 2.7.2024 di Kandungan 6, untuk membatalkan Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan Plaintif di bawah Aturan 18 Kaedah 19 Kaedah-kaedah Mahkamah (KKM) 2012, dengan kos sebanyak RM 2,500.00 dibayar oleh Plaintif-plaintif kepada Defendan.
2
Kertas kausa Berikut merupakan kertas kausa berkaitan: a. Notis Permohonan Defendan (Kandungan 6); 14/08/2024 10:39:19 WA-A72NCvC-8961-11/2023 Kand. 34 b. Afidavit Sokongan Defendan (Kandungan 7); c. Afidavit Jawapan Plaintif-plaintif (Kandungan 10); d. Afidavit Balasan Defendan (Kandungan 11); e. Hujahan Bertulis Defendan (Kandungan 15); f. Ikatan Otoriti Defendan (Kandungan 16); g. Ikatan Otoriti Plaintif (Kandungan 18); h. Hujahan Bertulis Plaintif (Kandungan 19); i. Hujahan Balas Defendan (Kandungan 23); j. Hujahan Balas Plaintif (Kandungan 24); k. Ikatan Otoriti Hujahan Balasan Plaintif (Kandungan 25);
3
Permohonan Kandungan 6 Permohonan Defendan di Kandungan 6 dibuat di bawah Aturan 18 Kaedah 19 (a),(b) dan/atau (d) dibaca bersama dengan Aturan 92 Kaedah 4 KKM 2012 yang memohon: a. Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan Plaintif dibatalkan; b. Kos atas dasar indemniti atau dasar peguamcara-anakguam; c. Perintah atau relif sewajarnya
4
Berikut merupakan alasan-alasan permohonan Defendan di Kandungan 6: a. Tuntutan Plaintif-Plaintif terhadap Defendan telah DITOLAK oleh Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah pada 19.8.2019 (“Keputusan Tribunal tersebut”); b. Plaintif-Plaintif tidak pernah memfailkan semakan kehakiman terhadap Keputusan Tribunal tersebut. Oleh itu, Plaintif-Plaintif hendaklah dianggap telah menerima Keputusan Tribunal tersebut sebagai keputusan yang sah dan boleh dikuatkuasakan dan tidak mempunyai hak-hak di sisi undang-undang untuk memfailkan tuntutan ini berdasarkan alasan yang sama terhadap Defendan di Mahkamah Sivil sekali lagi.
5
Afidavit Pihak-pihak Defendan di Afidavit Sokongan Kandungan 7 menyatakan: a. Pada 19.8.2019, Tuan Jagesh Mehalingam, Presiden Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah telah menolak tuntutan Plaintif di bawah Tuntutan No: TTPR/B/0739/19. Plaintif-plaintif tidak pernah memfailkan semakan kehakiman terhadap keputusan Tribunal tersebut. Sesalinan keputusan Tribunal tersebut dilampirkan sebagai Ekshibit ‘DTTW-1’; b. Plaintif-plaintif sekali lagi memfailkan tindakan sama di mahkamah sivil (merujuk kepada tindakan di sini). Tindakan Plaintif-plaintif bertentangan dengan undang-undang.
6
Afidavit Jawapan Plaintif di Kandungan 10 dirujuk dan Defendan menyatakan: a. Tindakan Plaintif tidak dihalang oleh prinsip res judicata kerana keputusan Tribunal bukanlah keputusan mahkamah. Oleh itu tidak akan menyebabkan prinsip res judicata terpakai kerana: i. Ianya tidak terpakai dalam penguatkuasaan statutory rights dan statutory contracts; ii. Ianya tidak terpakai sekiranya menyebabkan ketidakadilan; iii. Tribunal masih belum mempertimbangkan merit dalam Tuntutan Gantirugi Jumlah Tertentu (LAD) Plaintif-plaintif.
7
Undang-undang Aturan 18 Kaedah 19 KKM 2012 menyatakan sepertimana berikut: “Order 18. Pleadings
19
Striking out pleadings and endorsements (O. 18, r. 19)
1
The Court may at any stage of the proceedings order to be struck out or amended any pleading or the endorsement, of any writ in the action, or anything in any pleading or in the endorsement, on the ground that—
a
it discloses no reasonable cause of action or defence, as the case may be;
b
it is scandalous, frivolous or vexatious;
c
it may prejudice, embarrass or delay the fair trial of the action; or
d
it is otherwise an abuse of the process of the Court, and may order the action to be stayed or dismissed or judgment to be entered accordingly, as the case may be.”
8
Aturan 18 Kaedah 19 (1) Kaedah-kaedah Mahkamah (KKM) 2012 memberikan kuasa kepada Mahkamah untuk membatalkanWrit Saman dan Pernyataan Tuntutan Plaintif.
9
Kes Bandar Builders Sdn Bhd & Ors v United Malayan Banking Corporation Bhd [1993] 3 MLJ 36 dirujuk di mana Mahkamah Agung menyatakan seperti berikut: “The principles upon which the court acts in exercising its power under any of the four limbs of O 18 r 19(1) of the RHC are well settled. It is only in plain and obvious cases that recourse should be had to the summary process under this rule (per Lindley MR in Hubbuck & Sons Ltd v Wilkinson, Heywood & Clark Ltd 7, and this summary procedure can only be adopted when it can be clearly seen that a claim or answer is on the face of it 'obviously unsustainable' (see AG of Duchy of Lancaster v L & NW Rly Co 8). It cannot be exercised by a minute examination of the documents and facts of the case, in order to see whether the party has a cause of action or a defence (see Wenlock v Moloney & Ors 9). The authorities further show that if there is a point of law which requires serious discussion, an objection should be taken on the pleadings and the point set down for argument under O 33 r 3 (which is in pari materia with our O 33 r 2 of the RHC) (see Hubbuck & Sons Ltd v Wilkinson, Heywood & Clark Ltd 7). The court must be satisfied that there is no reasonable cause of action or that the claims are frivolous or vexatious or that the defences raised are not arguable.”
10
Kes Tan Wei Hong & Ors v Malaysia Airlines System Berhad & Ors [2017] MLJU 487 juga dirujuk di mana Mahkamah Rayuan menggariskan 2 keadaan bagi sesuatu tindakan tersebut dianggap “obviously unsustainable’: In “Bunga Melati 5 Case”, [2012] 4 SLR 546, the Singapore Court explained that a claim can be either “legally or factually unsustainable”. The Court stated at [32] and [33] -
a
(a)legally unsustainable: if “it may be clear as a matter of law at the outset that even if a party were to proceed in proving all the facts that he offers to prove he will not be entitled to the remedy that he seeks”; or
b
(b)factually unsustainable: If it is “possible to say with confidence before trial that the factual basis for the claim is fanciful because it is entirety without substance, (for example, if it is) clear beyond question that the statement of facts is contradicted by all the documents or other material on which it is based”.
11
Dapatan Mahkamah Dalam menentukan samada tindakan Plaintif-plaintif di sini sewajarnya terhalang berdasarkan kepada prinsip undang-undang res judicata, terdapat keperluan untuk merujuk kepada kes Mahkamah Agung Asia Commercial Finance (M) Bhd v Kawal Teliti Sdn Bhd [1995] 3 MLJ 189 yang menggariskan 2 prinsip estoppel iaitu estoppel kausa tindakan dan estoppel isu. Ianya diputuskan sepertimana berikut: “(1) Apabila sesuatu perkara di antara dua pihak telahpun dihakimi dan diputuskan oleh sesuatu mahkamah yang mempunyai bidang kuasa yang kompeten, mereka dan privi mereka adalah tidak dibenarkan untuk membuat litigasi sekali lagi res judicata itu, kerana penghakiman itu menjadi kebenaran di antara pihak tersebut. Sebagai hasilnya, suatu ‘estoppel per rem judicatum’ telah dibentuk.
2
(2)Terdapat dua jenis ‘estoppel per rem judicatum’ iaitu estopel kausa tindakan dan estopel isu. Estopel kausa tindakan menghalang penegasan semula suatu kausa tindakan yang telahpun diputuskan dalam suatu penghakiman muktamad di antara pihak yang sama. Sebaliknya, estopel isu menghalang penyangkalan kebetulan suatu penghakiman muktamad oleh pihak yang sama di dalam suatu prosiding yang berikut. Selanjutnya, pihak-pihak yang berkenaan juga dihalang daripada membangkitkan sesuatu kausa tindakan atau isu yang seharusnya dibangkitkan tetapi tidak dibangkitkan di dalam prosiding yang terdahulu, sama ada dengan sengaja atau tidak sengaja.
3
(3)Tidak seperti estopel biasa yang harus dinyatakan di dalam pliding, mahkamah mempunyai bidang kuasa sedia ada untuk menolak suatu tindakan dengan menggunakan doktrin res judicata, yang merupakan suatu estopel berdasarkan polisi awam, walaupun ia tidak dinyatakan dalam pliding, oleh kerana polisi awam mengkehendaki supaya terdapat kemuktamadan di dalam litigasi.”
12
Samada prinsip ‘estoppel per rem judicatum’ ini turut terpakai kepada keputusan oleh tribunal, mahkamah ini mendapati terdapat keperluan untuk merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan Akitek Tenggara Sdn Bhd v Mid Valley City Sdn Bhd [2007] 5 MLJ 697, yang mana Mahkamah Persekutuan telah mempertimbangkan isu ini dan memberikan panduan sebagaimana berikut: “(per Augustine Paul FCJ) What thus requires immediate consideration is the extent to which the doctrine of res judicata can extend to a tribunal which is not a court. The test to be applied in determining whether the decision of a tribunal, which is not a court, is capable of constituting res judicata is whether it has jurisdiction, derived either from statute or from the submission of parties, to decide finally a question arising between the parties before it. A final decision in this sense means that it leaves nothing to be judicially determined or ascertained thereafter in order to render it effective and capable of execution, and is absolute, complete, and certain, and when it is not lawfully subject to subsequent rescission, review or modification by the tribunal which pronounced it. The LAM decision will therefore constitute res judicata as a decision of LAM only if it had jurisdiction to render a final decision on the dispute (see paras 30–32);.Cheng Hang Guan & Ors v Perumahan Farlim (Penang) Sdn Bhd & Ors [1988] 3 MLJ 90; Kandiah Peter a/l Peter v Public Bank Bhd [1994] 1 MLJ 119 followed.”
13
Berdasarkan panduan oleh Mahkamah Persekutuan tersebut, mahkamah ini telah membuat semakan terhadap PART VI - Tribunal For Homebuyer Claims, Housing Development (Control and Licensing) Act 1966 (Akta 118), terutamanya di Seksyen 16AC, yang menyatakan sepertimana berikut: “Section 16AC. Decisions of Tribunal to be final.
1
Every agreed settlement recorded by the Tribunal under subsection 16T(3) and every award made by the Tribunal under section 16Y—
a
shall be final and binding on all parties to the proceedings; and
b
shall be deemed to be an order of a Magistrate’s Court or a Sessions Court, as the case may be, and be enforced accordingly by any party to the proceedings;”
14
Mahkamah ini mendapati bahawa keputusan oleh Tribunal tersebut adalah muktamad. Tiada sebarang permohonan semakan kehakiman difailkan oleh Plaintif-plaintif terhadap keputusan tersebut. Justeru itu, tindakan Plaintif memfailkan kembali tindakan sama di Mahkamah ini adalah terjumlah kepada satu proses untuk melitigasi semula terhadap tuntutan yang telah diputuskan oleh Tribunal.
15
Tuntutan Plaintif ini sewajarnya terhalang berdasarkan kepada prinsip undang-undang ‘estoppel per rem judicatum’ tersebut di bawah estoppel kausa tindakan. Justeru itu, mahkamah ini berpendapat bahawa permohonan Defendan untuk membatalkan Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan Plaintif-plaintif di bawah Aturan 18 Kaedah 19 KKM 2012 mempunyai merit.
16
Tindakan Plaintif-plaintif jelas merupakan satu tindakan yang ‘obviously unsustainable’ dan merupakan satu penyalahgunaan proses mahkamah menurut Aturan 18 Kaedah 19 (1)(d) KKM 2012.
17
Mahkamah ini membenarkan permohonan Defendan di kandungan 6 dengan kos sebanyak RM 2,500.00 untuk dibayar oleh Plaintif-plaintif kepada Defendan. Bertarikh 24 Julai 2024 …t…t…
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.