Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA GUAMAN NO:BA-22NCVC-252-06/2021
BA-22NCvC-252-06/2021
High Court of Malaysia2 May 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“otoriti untuk menyokong permohonan ini iaitu kes Kosmo Palm Oil Mill Sdn Bhd & Ors v Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (supra) dan Dato’ Sri Andrew Kam Tai Yeow v Granfoods Sdn Bhd and Other Appeals [2025] MLRAU 79. [11] Saya telah membaca otoriti kedua yang dikemukakan oleh defendan-defendan dan saya menukilkan semula”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA GUAMAN NO:BA-22NCVC-252-06/2021
1
SITI KAMARIAH BINTI MOHD ZAIN ...PLAINTIF-PLAINTIF [YANG MENDAKWA UNTUK DAN BAGI PIHAK PERTUBUHAN KEBAJIKAN DAN AMAL WANITA SELANGOR (PEKAWANIS)]
2
MENTERI BESAR SELANGOR (PEMERBADANAN)
1
1.
2
2.
3
OZYLIN BINTI MUSHID ALASAN PENGHAKIMAN (Notis Permohonan Penggantungan Pelaksanaan Penghakiman – Kandungan 95) A. PENDAHULUAN [1] Ini adalah permohonan oleh defendan-defendan untuk menggantung pelaksanaan bagi penghakiman (Kandungan 95) yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi pada 2.12.2024 setelah perbicaraan penuh. Kandungan 95 telah didengar oleh Mahkamah ini pada 2.5.2025. 02/05/2025 10:13:49 BA-22NCvC-252-06/2021 Kand. 105 B. LATAR BELAKANG [2] Tuntutan plaintif-plaintif telah dilupuskan oleh Mahkamah ini melalui perbicaraaan penuh yang dijalankan pada 21 Mei 2024 sehingga 24 Mei 2024 dan disambung semula pada 27 Mei 2024 sehingga 29 Mei 2024. [3] Hal perkara utama yang diputuskan adalah berkenaan saham-saham defendan pertama merupakan saham milik plaintif pertama dan dipegang oleh defendan kedua dan ketiga atas dasar amanah. Mahkamah Tinggi juga telah antara lain memerintahkan defendan kedua dan ketiga memindahmilik semula saham-saham defendan pertama kepada plaintif kedua yang akan memegang saham-saham tersebut bagi kepentingan plaintif pertama. C. PRINSIP UNDANG-UNDANG YANG TEPAKAI [4] Kedudukan undang-undang yang berkuatkuasa berkenaan dengan penggantungan penghakiman adalah mantap. Seksyen 73 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 telah memperuntukkan yang berikut –
73
Sesuatu rayuan tidak boleh berkuat kuasa sebagai penggantungan pelaksanaan atau prosiding di bawah keputusan yang dirayukan melainkan jika mahkamah bawahan atau Mahkamah Rayuan memerintahkan sedemikian dan tiada tindakan atau prosiding perantaraan boleh menjadi tidak sah kecuali setakat yang diarahkan oleh Mahkamah Rayuan. [5] Begitu juga dalam Kaedah 13, Kaedah-Kaedah Mahkamah Rayuan 1994 diperuntukkan bahawa – An appeal shall not operate as a stay of execution or of proceedings under the decision appealed from unless the High Court or the Court so orders and no intermediate act or proceeding shall be invalidated except so far as the Court may direct. [6] Pelaksanaan kuasa budi bicara untuk membenarkan suatu permohonan penggantungan pelaksanaan penghakiman adalah tertakluk kepada syarat yang telah ditetapkan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Kosma Palm Oil Mill Sdn Bhd & Ors v Koperasi Serbausaha Makmur Bhd [2004] 1 MLJ 257 8, iaitu - [23] The onus is on the applicants to demonstrate the existence of special circumstances to justify the grant of a stay of execution. The reasons must relate to the enforcement of the judgment. They must be deposed in the affidavit filed in support of the application (see Syarikat Berpakat v Lim Kai Kok [1983] 1 MLJ 406). [7] Dalam kes Asean Security Paper Mills Sdn Bhd v Mitsui Sumitomo Insurance (Malaysia) Bhd [2008] 2 MLJ 1379 Mahkamah telah memberi takrifan keadaan khas sebagaimana berikut – [16] Di dalam kes Leong Poh Shee v Ng Kat Chong [1966] 1 MLJ 86, Raja Azlan Shah H (Baginda pada masa itu) berkata bahawa: Special circumstances, as the phrase implies, must be special under the circumstances as distinguished from ordinary circumstances. It must be something, exceptional in character, something that exceeds or excels in some way that which is usual or common. D. ISU UNTUK DIPUTUSKAN [8] Permohonan defendan-defendan di sini berkait dengan satu isu sahaja iaitu sama ada defendan-defendan telah melepaskan beban menunjukkan kewujudan keadaan-keadaan khas. E. ANALISIS DAN DAPATAN MAHKAMAH [9] Bagi melepaskan beban menunjukkan wujud keadaan khas dalam permohonan ini, defendan-defendan telah mendeposkan dua afidavit iaitu Afidavit Sokongan (Kandungan 96) dan Afidavit Balasan (Kandungan 99). [10] Defendan-defendan telah mengemukakan dua otoriti untuk menyokong permohonan ini iaitu kes Kosmo Palm Oil Mill Sdn Bhd & Ors v Koperasi Serbausaha Makmur Berhad (supra) dan Dato’ Sri Andrew Kam Tai Yeow v Granfoods Sdn Bhd and Other Appeals [2025] MLRAU 79. [11] Saya telah membaca otoriti kedua yang dikemukakan oleh defendan-defendan dan saya menukilkan semula keputusan Mahkamah Rayuan yang mengakas keputusan Mahkamah Tinggi dalam perenggan [112] - [112] In light of the analysis and reasons as set out above, we are of the view that the decision of the High Court which allowed the declaration that the appellant had, according to the relevant articles, automatically retired and vacated his office as a director of the relevant respondent companies on the completion of the period during which the AGM ought to have been convened despite the non-convening of the AGM, to be erroneous and cannot be sustained. The appellant's retirement and vacation of office in the respondent companies in the three appeals are therefore not valid. [12] Meski pun dalam kes Dato’ Sri Andrew Kam Tai Yeow v Granfoods Sdn Bhd and Other Appeals (supra) keputusan hakim bicara telah diketepikan, namun fakta antara kes tersebut dengan kes melibatkan pertikaian pihak-pihak di sini adalah berbeza. Selain itu, prinsip pemakaian undang-undang berhubung isu-isu yang dibicarakan juga adalah berlainan. Fakta dalam kes Dato’ Sri Andrew Kam Tai Yeow v Granfoods Sdn Bhd and Other Appeals (supra) berkisar dengan pengosongan jawatan pengarah dan kaitannya dengan mesyuarat agung tahunan serta perlembagaan syarikat. Isu-isu sedemikian tidak berbangkit langsung semasa perbicaraan penuh kes di sini, yang secara langsung berkait dengan isu pemegangan saham atas dasar amanah. [13] Berbalik kepada permohonan Kandungan 95, antara alasan yang dikemukakan oleh defendan-defendan dalam Afidavit Sokongan adalah permohonan penggantungan tidak difailkan lewat dan tiada pejudis akan dialami oleh plaintif-plaintif jika permohonan penggantungan dibenarkan. Sebaliknya, status quo dapat dikekalkan. Selain itu, defendan-defendan meminta supaya plaintif-plaintif memberi akujanji sekuriti supaya kepentingan defendan kedua dan ketiga dipelihara jika pelaksanaan penghakiman diteruskan. [14] Saya tidak dapat menolak hujahan peguam cara bagi plaintif-plaintif bahawa dalam konteks fakta kes ini, akujanji sekuriti sedemikian tidak sesuai untuk diberikan. Dapatan Mahkamah selepas perbicaraan penuh adalah jelas berkait dengan saham-saham defendan pertama yang merupakan harta amanah. Saya tidak dapat bersetuju dengan pendirian defendan-defendan berkenaan tiada prejudis yang akan berlaku jika penghakiman Mahkamah ini digantung. Harus diingat bahawa salah satu perintah Mahkamah ini adalah berkaitan penyediaan akuan terhadap penyata akaun (untung dan rugi) syarikat bagi defendan pertama dari tahun 2011 sehingga yang terkini berikutan tiada dokumen. Perintah tersebut pada hakikatnya untuk manfaat defendan pertama sendiri yang mana pancainderanya adalah dilaksanakan oleh pengarah-pengarah iaitu defendan kedua dan ketiga sehingga setakat keputusan Mahkamah dibacakan. Prejudis sebenarnya adalah akan dialami oleh defendan pertama sendiri jika perintah yang telah diputuskan tidak patuhi. [15] Selain itu, Mahkamah ini telah ditunjukkan dengan dokumen-dokumen yang diekshibitkan oleh plaintif kedua melalui Afidavit Jawapan bahawa proses pemindahan saham-saham tersebut tidak berjalan lancar. Hal ini disokong dengan pelaksanaan para (e) Penghakiman Mahkamah iaitu Pendaftar Mahkamah Tinggi akan menandatangani dokumen-dokumen pemindahan saham defendan pertama kepada plaintif kedua bagi pihak defendan kedua dan ketiga. [16] Pelaksanaan perenggan (e) Penghakiman hanya berkuatkuasa selepas defendan kedua dan ketiga enggan melaksanakan pemindahan saham seperti diperintahkan dalam perenggan (d) Penghakiman. Saya mendapati sebelum permohonan penggantungan ini difailkan, defendan kedua dan ketiga sebagai pemegang saham dan pengarah defendan pertama telah ingkar dan enggan mematuhi Penghakiman bertarikh 2.12.2024 tersebut. [17] Plaintif-plaintif juga telah menunjukkan kepada Mahkamah ini bahawa proses pendaftaran pemindahan saham dalam Daftar Anggota telah sempurna dilaksanakan dan saham-saham tersebut kini dipegang oleh plaintif kedua. [18] Saya merujuk asas permohonan oleh defendan-defendan khususnya perenggan 14 (d) sehingga (k) Afidavit Sokongan. Defendan kedua dan ketiga tidak langsung menjelaskan kepada Mahkamah ini sebab-sebab khusus keengganan mereka mematuhi perenggan (d) Penghakiman bertarikh 2.12.2024. Berhubung dengan pemindahan keseluruhan saham defendan pertama kepada plaintif kedua tanpa meninggalkan saham-saham yang telah ditambah oleh defendan kedua dan ketiga, alasan ini tidak mengecualikan keputusan Mahkamah bahawa kesemua saham defendan pertama dipegang secara amanah oleh defendan kedua dan ketiga. [19] Kekhuatiran defendan kedua dan ketiga yang dizahirkan menjurus kepada kesan yang mungkin berlaku sekiranya pemindahan saham defendan pertama dilaksanakan dan didaftarkan atas nama plaintif kedua. [20] Pada hemat saya, kekhuatiran defendan-defendan hanya bersifat spekulasi dan tidak berasas. Hal ini kerana pemegangan saham-saham plaintif pertama oleh defendan kedua dan ketiga adalah atas dasar amanah sahaja. Jika pun rayuan kelak diputuskan sebaliknya, plaintif kedua sebagai sebuah perbadanan milikan penuh Kerajaan Negeri Selangor mempunyai keupayaan kewangan bagi memberi pampasan sewajarnya kepada defendan kedua dan ketiga. [21] Tambahan pula, alasan pembidasan yang dikemukakan oleh defendan-defendan melalui Afidavit Balasan (Kandungan 99) masih bersifat kerisauan yang berunsur spekulasi. Pada pandangan saya alasan-alasan tersebut gagal memenuhi prinsip keadaan-keadaan khas yang membolehkan saya melaksanakan kuasa budi bicara membenarkan permohonan penggantungan ini. [22] Alegasi mala fidei yang dinyatakan oleh defendan-defendan melalui Afidavit Balasan sebagai asas plaintif pertama meletakkan pemegangan saham defendan pertama kepada Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) iaitu plaintif kedua adalah pencabaran baharu dan tidak pernah dipersoalkan semasa perbicaraan penuh. Dengan hormat, saya menyifatkan alasan ini suatu fikiran terkemudian defendan-defendan. [23] Prinsip asas yang mendasari kuasa Mahkamah ini untuk membenarkan suatu penggantungan pelaksanaan masih gagal dipenuhi oleh defendan-defendan. Fakta suatu rayuan telah difailkan oleh defendan-defendan dengan keseluruhan rekod rayuan telah lengkap tidak menjadi faktor bagi Mahkamah ini membenarkan penggantungan pelaksanaan penghakiman. [24] Beban yang diletakkan ke atas bahu defendan-defendan sebagaimana yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Kosma Palm Oil Mill Sdn Bhd & Ors v Koperasi Serbausaha Makmur Bhd (supra) gagal dilepaskan. [25] Tuntasnya, alasan-alasan yang dibentangkan oleh defendan-defendan melalui afidavit-afidavit dan penghujahan bertulis adalah bersifat mengkritik tindakan plaintif-plaintif yang telah dilaksanakan secara menepati keputusan Mahkamah ini yang telah dihakimkan secara teratur melalui proses perbicaraan penuh. Justeru, adalah menjadi dapatan saya bahawa defendan-defendan telah gagal menunjukkan keadaan khas yang seperti takrifan yang diberi dalam kes Leong Poh Shee v Ng Kat Chong [1966] 1 MLJ 86. F. KESIMPULAN [26] Berpaksi kepada alasan dan justifikasi yang dicerakinkan di atas, Notis Permohonan defendan-defendan untuk menggantung pelaksanaan penghakiman (Kandungan 95) ditolak dengan kos RM4,000.00 tertakluk kepada alokator. Bertarikh pada: 2 Mei 2025 Ditandatangani ...........................................................
1
Bagi pihak Plaintif-plaintif: Amanina Yusrina Ahmad Kamal Tetuan Fahda Nur & Yusmadi (Petaling Jaya, Selangor)
2
Bagi pihak Defendan-defendan: Mohd Rosly bin Mohd Ayub Khan Tetuan Norsilati Abdullah & Partners (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur)
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.