Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO.: WA-21NCVC-17-02/2024
WA-21NCvC-17-02/2024
High Court of Malaysia9 Jan 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM NEGERI WILAYAH PERSEKUTUAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO.: WA-21NCVC-17-02/2024
1
SITI MARIAM BINTI HAJI SAMAT (No. K/P: 350322-10-5228) [Menyaman melalui wakil litigasi yang sah iaitu Nazariah binti Abbas, No. K/P: 610104-10-6626]
2
NAZARIAH BINTI ABBAS (No. K/P: 610104-10-6626)
3
MARLIA BINTI ABBAS (No. K/P: 570715-10-5514) …PLAINTIF-PLAINTIF
1
NOR RAFIDAH BINTI ABBAS (No. K/P: 730908-14-5766)
2
NOR ISMAN BIN ISMAIL (No. Pendaftaran Badan Peguam : BC/N/839) (Disaman sebagai rakan kongsi Tetuan Rizal & Hafez)
3
TETUAN RIZAL & HAFEZ (Berniaga/beramal sebagai sebuah firma guaman
4
PENDAFTAR HAKMILIK WILAYAH PERSEKUTUAN
5
PENGARAH TANAH PEJABAT TANAH 16/04/2025 16:45:20 WA-21NCvC-17-02/2024 Kand. 66 WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR …DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN (Lampiran 24) PENGENALAN [1] Ini merupakan Permohonan Plaintif di bawah Aturan 19 Kaedah 7 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 (KM 2012) dibaca bersama Aturan 91 Kaedah 4 KM 2012 (Lampiran 24) atas keingkaran pliding oleh Defendan Keempat dan Kelima untuk memfailkan Pembelaan terhadap Writ dan Pernyataan Tuntutan Plaintif-plaintif. RINGKASAN KES [2] Plaintif Pertama adalah tuanpunya berdaftar 319/1728 bahagian hartanah yang dikenali sebagai Lot 2473 dalam Geran Mukim 648 Mukim Setapak, Tempat 4 ¾ Mile Gombak Road Daerah Kuala Lumpur dan tinggal di dalam sebuah rumah yang beralamat Lot 2473 Kg Padang Balang, Sentul 51100 Kuala Lumpur beserta beberapa pintu rumah sewa (Hartanah), sebelum pindahmilik Hartanah itu ke atas nama Defendan pertama (D1) dalam Perserahan 5843/2015 pada 18-06-2015 yang didaftarkan oleh Defendan ke-4 (D4) dan Defendan ke-5 (D5). [3] Plaintif ke-2 dan ke-3 merupakan anak kandung Plaintif Pertama. [4] D1 merupakan anak kandung Plaintif Pertama dan juga adik kandung Plaintif ke-2 dan ke-3. [5] Plaintif-plaintif memplidkan bahawa D1 telah melalui manipulasi, salah laku, dorongan pengaruh tak wajar, fraud dan penipuan serta salah representasi, manipulasi dan 'undue influence' serta konspirasi komplot subahat pakatan sulit bersekongkol dengan D2 dan D3 telah mendorong secara salah dan menyebabkan Plaintif Pertama memindahmilik Hartanah beliau kepada D1 melalui Perserahan No: 5843/2015 yang didaftarkan oleh D4 dan D5. [6] Plaintif-plaintif menyatakan terdapat satu Surat Ikatan Amanah sehingga menyebabkan nama-nama Plaintif Ke-2 dan Plaintif Ke-3 tidak dimasukkan ke dalam Surat Ikatan Amanah tersebut sebagai benefisiari-benefisiari dan menyebabkan Hartanah tersebut dipindahmilik oleh Plaintif Pertama kepada D1. [7]
Preamble
Menurut Plaintif-plaintif, Plaintif Pertama dan D1 telah menandatangani Surat Ikatan Amanah tersebut bertarikh 18/6/2015 (Surat Ikatan Amanah) di mana Plaintif Pertama telah melantik D1 sebagai Pemegang Amanah kepada benefisiari-benefisiari yang dinamakan bagi satu Hartanah sebagaimana yang dinyatakan di dalam Surat Ikatan Amanah dan diplidkan di dalam Tuntutan Plaintif tersebut. [8]
Preamble
Menurut pembelaan D2 dan D3, pada masa yang material, D2 dan D3 merupakan peguam dan firma guaman kepada sebuah syarikat yang dikenali sebagai Darma Hemat Sdn Bhd (Syarikat). Seorang individu yang bernama Mohd Hamzah Bin Jumiran (MHJ) merupakan pengarah Syarikat tersebut, dan menantu kepada Plaintif Pertama. Berdasarkan hubungan D2 dan D3 dengan Syarikat tersebut dan MHJ, D2 telah diminta untuk menjadi saksi kepada tandatangan Plaintif Pertama dan D1 di Surat Amanah di pejabat Syarikat tersebut. Oleh itu, D2 menyatakan bahawa peranan dan penglibatan D2 hanyalah menyaksikan tandatangan-tandatangan yang diturunkan oleh Plaintif Pertama dan Defendan Pertama di Surat Amanah. [9] D2 dan D3 telah memfailkan permohonan untuk membatalkan tuntutan Plaintif dan Mahkamah ini telah membenarkan permohonan tersebut pada 9.1.2025. Tiada rayuan difailkan berkaitannya.
Lampiran
Lampiran 24 [10] Melalui Lampiran 24, Plaintif-plainitf memohon perintah-perintah yang berikut dimasukkan ke atas Defendan Keempat (D4) dan Defendan Kelima (D5)- (a) Satu Perintah bahawa Borang 14 A yang ditandatangani oleh Mohd Khairul Safwan bin Othman Odanu, Penolong Pentadbir Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu agen dan pegawai Defendan keempat dan Defendan kelima adalah terbatal, tidak sah, void ab initio dan pindahmilik dalam Perserahan No. 5843/2015 adalah tercemar, tidak berkuatkuasa dan terbatal void ab initio, (b) Satu Perintah bahawa pindahmilik dalam Perserahan No. 5843/2015 adalah tercabar, terbatal dan diketepikan void ab initio dan disangkal dalam seksyen 340(2) kanun Tanah Negara 1965, (c) Satu Perintah supaya Pendaftar Hakmilik Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur membatalkan pendaftaran pindahmilik Hartanah dalam Perserahan No. 5843/2015 kerana keujudan elemen fraud, (d) Satu Perintah supaya Pendaftar Hakimilik Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur membatalkan Surat Ikatan Amanah diperbuat pada 18 Jun 2015 atas Surat Ikatan Amanah ( Trust Deed ) No. PT 11/2015 didaftarkan pada 18 Jun 2015 jam 01:09:31 petang kerana keujudan elemen fraud, (e) Satu Perintah supaya Defendan keempat dan Defendan kelima menandatangani segala dokumen dan/atau instrument yang perlu untuk memindahmilik dan mendaftarkan semula Hartanah tersebut ke atas nama Plaintif pertama tanpa kos dalam masa 14 hari daripada Tarikh Perintah dan sekiranya Defendan-defendan gagal berbuat demikian maka: i) Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur berhak menandatangani Borang 14 A pindahmilik Hartanah tersebut ke atas nama Plaintif pertama semula, f) satu Perintah supaya Defendan keempat dan kelima membayar gantirugi yang akan ditafsirkan dan kos yang akan ditetapkan, g) lain-lain perintah atau relif yang dianggap suai dan manfaat oleh Mahkamah yang Mulia h) Plaintif mempunyai kebebasan memohon relf-relif lain (jika perlu) [11] Secara ringkasnya, Plaintif-plaintif memohon supaya suatu Penghakiman dimasukkan di bawah A.19 k. 7(1) KM 2012 berpihak kepada Plaintif-plaintif seperti yang terkandung di dalam Pernyataan Tuntutan bertarikh 29 Februari 2024 iaitu memindahkan semula hartanah Lot 2473 Kg Padang Balang Geran Mukim 648 Mukim Setapak Kuala Lumpur yang tersebut ke atas nama Plaintif Pertama. [12] Plaintif-plaintif juga menuntut supaya satu Perintah diberikan supaya D4 dan D5 menandatangani segala dokumen dan/atau instrumen untuk memindahmilik dan mendaftarkan semula Hartanah tersebut ke atas nama Plaintif pertama dan sekiranya Defendan-defendan gagal berbuat demikian maka Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur berhak menandatangani Borang 14 A pindahmilik Hartanah tersebut ke atas nama Plaintif Pertama semula. [13] Dalam hal ini, D4 dan D5 telah memfailkan Affidavit Jawapan (Lampiran 32) berkaitan Lampiran 24, yang telah diikrarkan oleh Rozaini Bin Rosley, selaku Ketua Penolong Pengarah di Bahagian Pendaftaran Hakmilik Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PTGWPKL) yang diberi kuasa dengan sewajarnya untuk mengikrarkan Afidavit bagi pihak D4 dan D5. [14] Beliau menyatakan di dalam afidavitnya berkaitan Lampiran 24 bahawa-i. Perenggan 1 hingga 3 dirujuk dan dibantah melainkan mahkamah membenarkan perintah tersebut. Selanjutnya saya menyatakan bahawa penyempurnaan Borang 14A tersebut dilakukan selaras dengan peruntukan di bawah subperenggan 3(1) Jadual Kelima Kanun Tanah Negara. ii. Perenggan 4 dirujuk dan dibantah melainkan Mahkamah memutuskan bahawa wujudnya elemen fraud sebagaimana didakwa oleh Plaintif-plaintif dan membenarkan perintah tersebut. Selanjutnya, saya menyatakan bahawa Plaintif-plaintif diletakkan dengan beban pembuktian yang kukuh bagi mendapatkan perintah tersebut. Saya juga menegaskan bahawa Surat lkatan Amanah didaftarkan selaras dengan peruntukan Kanun Tanah Negara dan Defendan ke-4 dan ke-5 hanya mendaftarkan instrumen yang pada pandangannya adalah sah. Defendan ke-5 dan ke-6 tidak mempunyai tanggungjawab untuk menyiasat keesahan dan keaslian dokumen tersebut dan sekiranya wujud elemen-elemen fraud sepertimana didakwa oleh Plaintif-plaintif maka adalah tanggungjawab Plaintif-plaintif untuk membuktikannya. Selain itu, waktu/jam Surat lkatan Amanah tersebut dibuat tidak menjadi pertikaian kerana berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2019 - Pelaksanaan Waktu Bekerja Fleksi (WBF) di Agensi Kerajaan Persekutuan adalah 9 jam termasuk dengan waktu rehat. iii. Perenggan 5 dirujuk dan dibantah melainkan diperintahkan oleh Mahkamah dan tempoh masa 14 hari dikenakan juga dibantah kerana tidak wajar. iv. Perengan 6 dirujuk dan dibantah dengan sekeras-kerasnya.”. [15] D4 dan D5 seterusnya menyatakan melalui Lampiran 32 bahawa- “Saya telah dinasihati oleh Peguam Persekutuan bagi Defendan ke-4 dan ke-5, dan menyatakan sepertimana berikut: a) Plaintif-plaintif perlu terlebih dahulu membuktikan kepada Mahkamah yang Mulia ini berkenaan dengan wujudnya unsur-unsur penipuan atau pun elemen fraud terhadap pindahmilik tersebut yang menjadi 'triable issue' di dalam saman ini; b) Adalah tidak munasabah untuk Defendan ke-4 dan ke-5 diperintahkan terlebih dahulu bagi melaksanakan pindah milik semula tanpa Mahkamah memutuskan isu utama di dalam saman ini terlebih dahulu; c) Pada dasarnya, Defendan ke-4 dan ke-5 tiada bantahan terhadap perintah yang dipohon di dalam Writ Saman tertakluk kepada perintah yang diberikan oleh Mahkamah Yang Mulia ini hendaklah selaras dengan peruntukan di dalam Kanun Tanah Negara;”. [16] Adalah tidak dipertikaikan bahawa tiada pembelaan yang difailkan oleh D4 dan D5. [17] Awalnya Mahkamah ini membatalkan Lampiran 24 kerana kegagalan Plaintif mematuhi ‘unless order’ menurut Aturan 34 KM 2012 bahawa tiada apa-apa permohonan boleh difailkan selepas 24/6/2024. D4 dan D5 telah memfailkan Kehadiran pada 11.03.2023. Plaintif telah memfailkan permohonan ini selepas arahan Mahkamah tersebut di mana Lampiran 24 telah difailkan pada 22/7/2024. [18] Selain itu, alasan selanjutnya kenapa Lampiran 24 ditolak adalah berdasarkan alasan-alasan yang dinyatakan seterusnya. DAPATAN DAN ANALISIS [19] Aturan 19 Kaedah 7 KM 2012 memperuntukkan- (1) Where the plaintiff makes against a defendant or defendants a claim of a description not mentioned in rules 2 to 5, then, if the defendant or all the defendants (where there is more than one) fails or fail to serve a defence on the plaintiff, the plaintiff may, after the expiration of the period fixed under these rules for service of the defence, apply to the court for judgment, and on the hearing of the application the court shall give such judgment as the plaintiff appears entitled to on his statement of claim. (2) Where the plaintiff makes a claim as is mentioned in paragraph (1) against more than one defendant, then, if one of the defendants makes default as mentioned in that paragraph, the plaintiff may: (a) if his claim against the defendant in default is severable from his claim against the other defendants, apply under that paragraph for judgment against that defendant, and proceed with the action against the other defendants; or (b) set down the action by notice of application for judgment against the defendant in default at the time when the action is set down for trial, or is set down by notice of application for judgment, against the other defendants. (3) An application under paragraph (1) shall be by notice of application. [20] Mahkamah ini berpandangan bahawa adalah perlu tuntutan ini diselesaikan terhadap D1, 2 dan 3 terlebih dahulu berkaitan isu frod dan konspirasi yang dikatakan Plaintif-plaintif telah dilakukan oleh kesemua D1, 2 dan 3. Setelah hal ini diputuskan, maka seterusnya adalah menjadi tanggungjawab statutori D4 dan D5 pula untuk mematuhi keputusan Mahkamah ini, sekiranya keputusan itu berpihak kepada pihak Plaintif-plaintif. [21] Oleh itu, Mahkamah ini bersetuju dengan pernyataan D4 dan D5 di Lampiran 32 bahawa- “Apa-apa instrumen yang dikemukakan kepada jabatan ini pada pandangannya adalah sah dan teratur, akan didaftarkan selaras dengan prosedur dan peruntukan di bawah Kanun Tanah Negara dan bukanlah tanggungjawab Defendan ke-4 dan ke-5 untuk menyiasat keesahan dokumen yang dikemukakan sekiranya wujud unsur penipuan ataupun elemen fraud sepertimana didakwa Plaintif-plaintif di dalam saman ini; Defendan ke-4 dan ke-5 di dalam saman ini hanya menjalankan tanggungjawab statutori untuk mendaftarkan pindah milik tersebut pada ketika itu dan sekiranya Mahkamah memberikan perintah yang dipohon sewajarnya dan/atau Plaintif Berjaya membuktikan tuntutan-tuntutannya di dalam saman ini, Defendan ke-4 dan ke-5 semestinya akan melaksanakan perintah tersebut.”. [22] Tambahan tuntutan Plaintif-plaintif ini perlu diselesaikan terlebih dahulu kerana ianya melibatkan isu frod dan konspirasi. [23] Jika dilihat kepada Pernyataan Tuntutan Plaintif-plaintif berkenaan relif yang dituntut atas D4 dan D5, adalah jelas bahawa perintah yang dipohon adalah berkaitan tanggungjawab statutori D4 dan D5. Tuntutan Plaintif-plaintif terhafap D4 dan D5 adalah seperti berikut- “44.1 Satu Perintah bahawa Borang 14 yang ditandatangani oleh Mohd Khairul Safwan bin Othman Odanu, Penolong Pentadbir Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur iaitu agen dan pegawai Defendan ke-4 dan Defendan ke-5 adalah terbatal, tidak sah, void ab initio dan pindahmilik dalam Perserahan No. 5843/2015 adalah tercemar, tidak berkuatkuasa dan terbatal void ab initio; 44.2 Satu Perintah bahawa pindahmilik dalam Perserahan No. 5843/2015 adalah tercabar, terbatai dan ketepikan void ab initio dan disangkal di bawah seksyen 340(2) Kanun Tanah Negara 1965 44.3 Satu Perintah supaya Pendaftar Hakmilik Tanah dan Galian Wilayah Perekutuan Kuala Lumpur membatalkan pendaftaran pindahmilik Hartanah dalam Perserahan No. 5843/2015 kerana keujudan elemen fraud 44.4 Satu Perintah supaya Pendaftar Hakmilik Tanah dan Galian Wilayah Perekutuan Kuala Lumpur membatalkan pendaftaran Surat lkatan Amanah diperbuat pada 18 Jun 2015 atas Surat lkatan Amanah ( Trust Deed) No. PT 11/2015 didaftarkan pada 18 Jun 2015 jam 01:09:31 petang kerana keujudan elemen fraud 44.5 Satu Perintah supaya Defendan 4 dan Defendan ke-5 menandatangani segala dokumen dan/atau instrument yang perlu untuk memindahmilik dan mendaftarkan semula Hartanah tersebut ke atas nama Plaintif pertama tanpa kos dalam masa 14 hari daripada tarikh Perintah…”. [24] Mahkamah ini mendapati bahawa sekiranya Lampiran 24 dibenarkan, ianya akan menjadi penghakiman muktamad ke atas D4 dan D5 yang mana kesannya adalah bertentangan dengan kedudukan D4 dan D5 selaku pihak yang akan melaksanakan tugas statutori yang hanya akan berlaku setelah mahkamah ini memutuskan berkaitan isu frod dan konspirasi yang dikatakan Plaintif-plaintif dalam tuntutannya ke atas D1, 2 dan 3. [25] Oleh itu Mahkamah ini berpandangan bahawa demi keadilan, perlulah ditentukan dan diputuskan tuntutan-tuntutan Plaintif keatas D1, D2 dan D3 terlebih dahulu bagi menentukan sama ada mereka bertanggungan, yang mana penentuan ini akan akhirnya menjurus kepada sama ada D4 dan D5 adalah bertanggungan, sekiranya tuntutan Plaintif berjaya. Dalam hal ini, Mahkamah ini merujuk kepada Aturan 92 Kaedah 4 KM 2012 yang memperuntukkan seperti berikut: “For the removal of doubt it is hereby declared that nothing in these Rules shall be deemed to limit or affect the inherent powers of the Court to make any order as may be necessary to prevent injustice or to prevent an abuse of the process of the Court.” (Emphasis Added) [26] Selain itu, Mahkamah ini mendapati bahawa pihak Plaintif telah tidak menyangkal atau menjawab Afidavit Jawapan D4 dan D5 iaitu Lampiran 32 dan oleh itu, peguam menghujahkan bahawa kes Ng Hee Thoong & Anor. V. Public Bank Berhad [1995] 1 CLJ 609 adalah terpakai. Mahkamah bersetuju. Mahkamah Rayuan di dalam kes Ng Hee Thoong (supra) telah memutuskan- “Now, it is a well settled principle governing the evaluation of affidavit evidence that where one party makes a positive assertion upon a material issue, the failure of his opponent to contradict is usually treated as an admission by him of the fact so asserted: Alloy Automotive Sdn. Bhd. v. Perusahaan Ironfield Sdn. Bhd. [1986] 1 MLJ 382; Overseas Investment Pte. Ltd. v. O’Brien [1988] 3 MLJ 332.” KESIMPULAN [27] Berdasarkan alasan-alasan di atas, Lampiran 24 ditolak dengan kos. -SGD- (Y.A DR. SUZANA BINTI MUHAMAD SAID) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Sivil NCVC1 Kuala Lumpur Bertarikh: 12 APRIL 2025 PIHAK-PIHAK PLAINTIF PERTAMA MELALUI WAKIL LITIGASI OLEH PLAINTIF KE- 2 DAN KE-3 (MEWAKILI DIRI SENDIRI) Nazariah binti Abbas (Wakil litigasi Siti Mariam binti Haji Samat) No. 7, Lorong Masria 2, Taman Bunga Raya Setapak 53000 Kuala Lumpur PEGUAMCARA DEFENDAN KE 2 & KE 3 Tetuan Rizal & Hafez Peguambela & Peguamcara No. 23B, Tingkat 2, Persiaran Cahaya 1 Taman Cahaya Indah 68000 Ampang Selangor Darul Ehsan PEGUAMCARA DEFENDAN KE 4 & KE 5 Peguam kanan Persekutuan Jabatan Peguam Negara Cawangan Wilayah Persekutuan Unit Penasihat (Tanah) Tingkat 5 (Sayap Kiri), Wisma Chase Perdana Off Jalan Semantan, Damansara Heights 50512 Kuala Lumpur
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.