Content
ALASAN PENGHAKIMAN NA-12B-9-08/2023 1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SEREMBAN DALAM NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO: NA-12B-9-08/2023
NA-12B-9-08/2023
High Court of Malaysia29 Jul 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“tif-Plaintif terhadap Defendan-Defendan adalah berasaskan atau berdasarkan kepada pencerobohan keatas hartanah Plaintif. [10] Menurut kes Abdul Rahim bin Ahmad v Tenaga Nasional Berhad Dan Satu Lagi [2018] MLJU 2179, di mana Mahkamah Tinggi telah telah memutuskan seperti berikut:- “15(i) Terhadap Defendan Pertama S/N 9”
“ajar untuk menolak tuntutan Plaintif-Plaintif ke atas Defendan-Defendan dengan kos. [29] Mahkamah ini juga ingin merujuk kepada kes Muhamad Ridhwan bin Mohamed Rafik v Regatta Maritime Sdn Bhd & Ors [2022] MLJU 2442 di mana Mahkamah Tinggi telah memutuskan seperti berikut:- “[70] As I have said earlier, the burden of p”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
ALASAN PENGHAKIMAN NA-12B-9-08/2023 1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SEREMBAN DALAM NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO: NA-12B-9-08/2023
1
SITI MARIAM BINTI MD NOR
2
JAMARIAH BINTI MOHD NOR
3
NORIZAN BINTI MOHD NOR
4
NOREHAN BINTI MOHD NOOR (NO. K/P: 620530-05-5330) ...PERAYU-PERAYU DAN 1.
2
KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN BAHAGIAN PEMBANGUNAN DAN PERLAKSANAAN PROJEK
3
KERAJAAN MALAYSIA ...RESPONDEN-RESPONDEN S/N 9EeijpHDq0C1TvPCoodpQg ALASAN PENGHAKIMAN NA-12B-9-08/2023 2 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUALA PILAH GUAMAN SIVIL NO NB-A51-1-02/2022 ANTARA 1. SITI MARIAM BINTI MD NOR
2
JAMARIAH BINTI MOHD NOR
3
NORIZAN BINTI MOHD NOR
4
NOREHAN BINTI MOHD NOOR (NO. K/P: 620530-05-5330) ...PLAINTIF-PLAINTIF DAN 1. PEJABAT PENGARAH, JABATAN PENGAIRAN
2
2.
3
KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN BAHAGIAN PEMBANGUNAN DAN PERLAKSANAAN PROJEK
4
4.
5
PEGAWAI DAERAH
6
6.
7
KERAJAAN MALAYSIA ...DEFENDAN-DEFENDAN S/N 9EeijpHDq0C1TvPCoodpQg ALASAN PENGHAKIMAN NA-12B-9-08/2023 3 ALASAN PENGHAKIMAN Pendahuluan [1] Di dalam kes ini Perayu-Perayu (Plaintif-Plaintif) telah memfailkan Notis Rayuan bertarikh 15.08.2023 (Lampiran - 1) terhadap keseluruhan keputusan yang telah diberikan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Pilah (‘HMS’) bertarikh pada 4.08.2023, yang telah menolak tuntutan Perayu-Perayu (Plaintif-Plaintif) terhadap pihak Responden-Responden (Defendan 2, Defendan 3 dan Defendan 7) dengan kos adalah mengikut skala. [2] Setelah Mahkamah ini mendengar, membaca dan meneliti serta menilai rekod rayuan, alasan penghakiman oleh Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Pilah tersebut (‘HMS’) berserta penghujahan-penghujahan bertulis yang telah difailkan oleh kedua-dua belah pihak kepada Mahkamah, maka pada 29.07.2024, Mahkamah ini memutuskan untuk mengekalkan keputusan yang telah diberikan oleh Hakim Mahkamah Sesyen tersebut (‘HMS’) dan menolak Notis Rayuan yang telah difailkan oleh pihak Perayu-Perayu (Plaintif-Plaintif) dibawah Lampiran - 1. S/N 9EeijpHDq0C1TvPCoodpQg ALASAN PENGHAKIMAN NA-12B-9-08/2023 4 [3] Selanjutnya, Mahkamah juga memutuskan bahawa kos rayuan ini adalah sebanyak RM2,000.00 dan jumlah ini mesti dibayar oleh pihak Perayu-Perayu (Plaintif-Plaintif) kepada pihak Responden-Responden (Defendan 2, Defendan 3 dan Defendan 7) dalam tindakan rayuan ini tertakluk kepada bayaran fi alokatur. [4] Pihak Perayu-Perayu (Plaintif-Plaintif) merasa tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah ini yang bertarikh 29.07.2024 tersebut di atas, telah memfailkan Notis Rayuan bertarikh 2.12.2024 (Lampiran - 24) untuk merayu kepada Mahkamah Rayuan terhadap keseluruhan keputusan yang telah diberikan oleh Mahkamah ini yang telah menolak rayuan Perayu-Perayu (Plaintif-Plaintif) dan telah mengekalkan keputusan ‘HMS’ bertarikh 4.08.2023, di mana tuntutan Perayu-Perayu (Plaintif-Plaintif) terhadap Responden-Responden (Defendan 2, Defendan 3 dan Defendan 7) ditolak dengan kos mengikut skala. [5] Seterusnya, bagi tujuan penyediaan alasan penghakiman ini dan untuk kemudahan, pihak-pihak akan dirujuk dalam kapasiti mereka yang asal iaitu Perayu-Perayu sebagai Plaintif-Plaintif dan Responden-Responden dirujuk sebagai Defendan-Defendan. S/N 9EeijpHDq0C1TvPCoodpQg ALASAN PENGHAKIMAN NA-12B-9-08/2023 5 Tuntutan Plaintif-Plaintif [6] Di dalam kes ini, tuntutan Plaintif-Plaintif adalah hanya terhadap Defendan Kedua, Ketiga dan Ketujuh memandangkan permohonan Defendan-Defendan lain di bawah Aturan 18 Kaedah 19 Kaedah-Kaedah 2012 telah dibenarkan oleh HMS. [7] Di dalam Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan Plaintif-Plaintif terhadap Defendan-Defendan, Plaintif-Plaintif telah memplidkan bahawa:-
a
Hartanah tersebut merupakan tanah adat yang tidak boleh dijual beli dan hendaklah diwarisi oleh anak perempuan sahaja atau dijual kepada pihak lain yang datang dari suku yang sama;
b
Sejak 15 tahun yang lalu hartanah tersebut telah diceroboh dengan satu laluan air yang telah dibuat yang melalui hartanah tersebut tanpa kebenaran atau persetujuan oleh Plaintif-Plaintif. Pencerobohan laluan air tersebut telah berlanjutan sehingga ke hari ini;
c
Hartanah tersebut telah diceroboh untuk menyalurkan air ke Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Chembong (IKBTN Chembong); S/N 9EeijpHDq0C1TvPCoodpQg ALASAN PENGHAKIMAN NA-12B-9-08/2023 6
d
Laluan air tersebut telah mengakibatkan tanah tebing hartanah Plaintif-Plaintif runtuh dan rosak. Plaintif-plaintif telah berjumpa dengan Defendan Pertama, Kedua dan Keempat tentang pencerobohan tetapi tiada tindakan diambil oleh Defendan-Defendan;
e
Lebih memburukan keadaan pencerobohan sedia ada, Plaintif-Plaintif mendapati kini, saliran air tersebut telah digunakan bagi tujuan laluan air untuk projek PPR Chembong, Rembau, Negeri Sembilan oleh Defendan Ketiga. Maka kerosakan yang ada bertambah serius;
f
Defendan Keenam tanpa meminta kebenaran dari Plaintif-Plaintif telah membenarkan laluan air dibuat di atas hartanah tersebut. Defendan Keenam telah gagal memastikan samada laluan air dibuat atas hartanah milik Defendan Keenam atau milik individu. Akibat kecuaian Defendan Keenam, Plaintif-Plaintif telah mengalami kerugian sejak 15 tahun dahulu;
g
Dalam kes ini, Defendan Ketujuh dituntut atas dasar “vicarious liability” memandangkan Defendan Ketujuh adalah majikan kepada Defendan Kedua dan Defendan Ketiga. S/N 9EeijpHDq0C1TvPCoodpQg ALASAN PENGHAKIMAN NA-12B-9-08/2023 7
h
Defendan Ketujuh telah cuai membenarkan atau meluluskan Projek PPR oleh Defendan Ketiga tanpa memeriksa laluan saliran air yang digunakan oleh
i
Pencerobohan telah menyebabkan kerugian apabila benih bagi projek kelapa pandan yang ditanam di kawasan tersebut tidak menjadi disebabkan jatuh dibawa aliran air. Pagar dan jalan tar juga jatuh menyebabkan kerosakan;
j
Plaintif telah melantik JB Jurunilai Bersekutu bagi mengetahui nilai kerosakan yang telah dialami dan menurut Laporan ianya bernilai RM131,615.00. Oleh yang demikian, Plaintif-Plaintif menuntut antara lain:
i
perintah injuksi diberikan untuk menghalang Defendan-Defendan melakukan pencerobohan yang berterusan;
II
(ii) Defendan-Defendan diperintahkan untuk membaikpulih dan perbaiki pencerobohan ke atas hartanah;
III
(iii) Defendan-Defendan membayar pampasan gantirugi sebanyak RM131,615.00 kepada Plaintif-Plaintif; S/N 9EeijpHDq0C1TvPCoodpQg ALASAN PENGHAKIMAN NA-12B-9-08/2023 8
IV
(iv) Defendan-Defendan membayar RM40,000.00 bagi kerosakan pagar, tar dan rumah pekerja dan benih kelapa muda; dan
v
kos dan faedah. Pembelaan Defendan-Defendan [8] Di dalam kes ini Defendan Kedua, Ketiga dan Ketujuh telah memplidkan antara lain sepertimana yang berikut:-
a
Air yang disalurkan ke IKTBN adalah daripada tangki air kepunyaan Defendan Kedua sendiri.
b
Laluan air di tanah Plaintif-Plaintif adalah laluan air semulajadi dan telah lama dibina bagi tujuan ternakan atau tanaman pertanian yang diusahakan. Laluan tersebut adalah saluran utama laluan air larian daripada kawasan sekitarnya.
c
IKTBN Chembong dan Projek PPR Chembong tidak terletak bersebelahan dengan hartanah Plaintif-Plaintif. Laluan air yang menyebabkan kerosakan kepada tanah Plaintif-Plaintif bukan berpunca secara langsung daripada tapak IKTBN Chembong dan Projek PPR S/N 9EeijpHDq0C1TvPCoodpQg ALASAN PENGHAKIMAN NA-12B-9-08/2023 9 Chembong kerana ia juga menjadi laluan air dari kawasan berhampiran.
d
Defendan Ketiga telah melantik Syarikat Intraxius Corporation Sdn Bhd sebagai kontraktor bagi melaksanakan Projek PPR Chembong. Adalah menjadi tanggungjawab kontraktor untuk menyediakan laluan saliran air yang sempurna di kawasan tapak projek.
e
Plaintif-Plaintif tidak berhak kepada semua relif dan gantirugi yang diplidkan. Analisis dan Penemuan Mahkamah Kedudukan undang-undang berkenaan pencerobohan [9] Di dalam kes ini, adalah tidak dipertikaikan bahawa tuntutan Plaintif-Plaintif terhadap Defendan-Defendan adalah berasaskan atau berdasarkan kepada pencerobohan keatas hartanah Plaintif. [10] Menurut kes Abdul Rahim bin Ahmad v Tenaga Nasional Berhad Dan Satu Lagi [2018] MLJU 2179, di mana Mahkamah Tinggi telah telah memutuskan seperti berikut:- “15(i) Terhadap Defendan Pertama S/N 9EeijpHDq0C1TvPCoodpQg ALASAN PENGHAKIMAN NA-12B-9-08/2023 10
b
Di dalam membuat keputusan mengenai isu pencerobohan ini, saya telah merujuk kepada definisi “pencerobohan”. Secara amnya, maksud pencerobohan tanah ialah perbuatan seseorang memasuki tanah milik orang lain tanpa izin atau secara tidak sah. Halsbury’s Law of England (3rd Edition) Vol 38 muka surat 739 telah menyatakan apa yang boleh dikatakan pencerobohan iaitu: “Every unlawful entry by one person on land in the possession of another in a trespass for which an action lies, although no actual damages is done. A person trespasses upon land if he wrongfully sets foot on, or rides or drives over it or takes possession of it, or expels the person in possession, or pulls down or destroys anything permanently fixed to it, or wrongfully takes minerals from it, or places or fixed anything on it or in it”.
c
Saya juga telah merujuk kepada beberapa kes-kes yang telah diputuskan terdahulu untuk pemakaian prinsip undang-undang mengenai beban pembuktian “pencerobohan”. Elemen yang penting untuk pencerobohan ialah pendudukan/kemasukan ke tanah secara tidak sah (wrongful occupation of the land). Oleh itu, beban pembuktian adalah di atas plaintif untuk membuktikan bahawa perbuatan Defendan Pertama memasuki hartanah plaintif telah dilakukan secara salah di sisi undang-undang dan tanpa alasan yang sah.” S/N 9EeijpHDq0C1TvPCoodpQg ALASAN PENGHAKIMAN NA-12B-9-08/2023 11 [11] Oleh itu, adalah jelas bahawa untuk berjaya di dalam tuntutan pencerobohan terhadap Defendan-Defendan ini, beban yang dipikul oleh Plaintif-Plaintif adalah untuk membuktikan bahawa Defendan Kedua dan Defendan Ketiga telah melakukan perbuatan memasuki tanah milik Plaintif-Plaintif dan perbuatan tersebut adalah tanpa izin Plaintif-Plaintif atau secara tidak sah. Isu Pertama Sama ada Plaintif telah berjaya membuktikan bahawa Defendan-Defendan yang membuat korekan dan saliran air tersebut [12] Sebagaimana prinsip yang dinyatakan di dalam kes Abdul Rahim tersebut di atas, adalah menjadi beban kepada Plaintif-Plaintif untuk membuktikan bahawa Defendan-Defendan yang telah melakukan pencerobohan di atas hartanah Plaintif-Plaintif. Mahkamah ini telah meneliti keterangan saksi-saksi Plaintif telah bersetuju dengan dapatan Hakim Mahkamah Sesyen (“HMS”) bahawa Plaintif telah gagal membuktikan bahawa Defendan Kedua dan Defendan Ketiga yang telah melakukan pencerobohan terhadap hartanah Plaintif-Plaintif di dalam kes ini. S/N 9EeijpHDq0C1TvPCoodpQg ALASAN PENGHAKIMAN NA-12B-9-08/2023 12 [13] Ini adalah kerana tiada satu pun keterangan dari saksi-saksi Plaintif yang menyokong pengataan Plaintif-Plaintif bahawa Defendan Kedua dan Defendan Ketiga yang telah melakukan pencerobohan terhadap hartanah pihak Plaintif-Plaintif tersebut. [14] Berdasarkan daripada keterangan-keterangan yang telah diberikan oleh kesemua saksi Plaintif, tiada satupun keterangan yang menunjukkan dengan tepat siapa sebenarnya yang membuat korekan saliran air yang dikatakan telah menceroboh tanah Plaintif-Plaintif tersebut. Sungguhpun, pada awalnya Plaintif iaitu Jamariah binti Mohd Nor (SP-1) mengatakan JPS yang mengarahkan korekan dibuat dan kontraktor adalah kontraktor IKTBN, namun akhirnya SP-1 sendiri mengakui dia sebenarnya tidak pasti siapa yang membuat saliran air tersebut. [15] Seterusnya, SP-1 juga mengatakan dia hanya mendapat tahu bahawa JPS yang mengarahkan untuk saliran air dibuat daripada pekerja kepada satu Syarikat kontraktor. Namun demikian, SP-1 sendiri tidak pasti kontraktor yang mana satu. Tiada sebarang keterangan lain yang telah dikemukakan kepada S/N 9EeijpHDq0C1TvPCoodpQg ALASAN PENGHAKIMAN NA-12B-9-08/2023 13 Mahkamah. Tambahan juga, SP-1 mengatakan dia mendapat perkabaran bahawa tanahnya dikorek daripada saudaranya. Walaubagaimanapun, saksi ini juga tidak dipanggil oleh Plaintif untuk menyokong keterangan yang telah diberikan oleh SP-1 ini. [16] Selanjutnya, Mahkamah juga mendapati bahawa SP-3 iaitu Mohd Hafez bin Ramlan (anak kepada Plaintif Kedua) hanya memberikan keterangan berdasarkan kepada pendapatnya sahaja dan tidak disokong dengan mana-mana keterangan dokumen mahupun keterangan daripada saksi-saksi yang lain. [17] Dalam erti kata lain, tiada satu pun keterangan sokongan yang telah dikemukakan oleh Plaintif untuk membuktikan bahawa Defendan-Defendan yang telah membuat korekan atau saliran tersebut. SP-1 dalam keterangannya mengatakan JPS yang membuat korekan pada tanahnya, tetapi pada masa yang sama mengatakan kontraktor diarahkan oleh IKTBN untuk membuat korekan. SP-3 pula mengatakan dia tidak setuju kontraktor yang membuat saliran air masuk ke tanahnya bukan kontraktor IKTBN S/N 9EeijpHDq0C1TvPCoodpQg ALASAN PENGHAKIMAN NA-12B-9-08/2023 14 kerana ianya dibuat untuk IKTBN mendapatkan CF. Namun begitu, perkara ini juga telah gagal untuk dibuktikan oleh Plaintif. [18] Oleh itu, tiada sebarang keterangan lain yang mengesahkan bahawa saliran air tersebut dibuat untuk IKTBN mendapatkan CF melainkan keterangan SP-3 sahaja. Fakta mengenai CF ini juga tidak pernah diajukan kepada mana-mana saksi Defendan. [19] Seterusnya, Mahkamah ini juga bersetuju dengan dapatan Hakim Mahkamah Sesyen (‘HMS’) bahawa Plaintif-Plaintif telah gagal membuktikan bahawa korekan saliran air tersebut dibuat di dalam tanah mereka. SP-1 memberikan keterangan mengatakan korekan dibuat di atas tanahnya, dan tidak dibuat di dalam rizab JPS. SP-1 juga mengatakan dia tidak pasti di mana rizab tersebut, tetapi mengatakan berdekatan dengan tanahnya. [20] Selanjutnya, semasa di dalam pemeriksaan balasnya, SP-1 telah bersetuju dengan cadangan pihak Defendan yang mengatakan bahawa laluan air adalah di tepi-tepi pagar dan tiada potong tengah tanahnya. Apabila ditanya samada terdapat S/N 9EeijpHDq0C1TvPCoodpQg ALASAN PENGHAKIMAN NA-12B-9-08/2023 15 jarak lebih kurang 3 kaki lebar tanah dari pagar sehingga ke saliran, SP-1 menjawab kini jarak tersebut tidak lagi sampai 3 kaki dan laluan menjadi semakin kecil. Seterusnya, semasa di peringkat pemeriksaan semula pula, SP-1 telah menukar jawapannya dengan mengatakan bahawa saliran air adalah di dalam tanahnya. SP-1 sendiri sebenarnya tidak pasti di mana saliran air yang kononnya dibuat oleh Defendan-Defendan itu berada. [21] Di dalam keterangan SP-2 iaitu Md Nasir bin Md Kasim (Jurunilai) pula, SP-2 telah memberikan keterangan tentang aliran air yang dikatakan datang dari IKTBN dan PPR di mana SP-2 telah merujuk kepada pelan yang dilampirkan iaitu Ekshibit P-2, tetapi pada masa yang sama mengatakan dia tidak boleh komen lebih mengenainya memandangkan ia telah disediakan oleh Jurukur. [22] Mahkamah ini bersetuju dengan dapatan ‘HMS’ bahawa orang yang paling layak untuk membuktikan saliran tersebut dibuat di dalam tanah Plaintif-Plaintif adalah Jurukur yang telah menyediakan Pelan Ukuran Butiran dan Pengesahan Sempadan S/N 9EeijpHDq0C1TvPCoodpQg ALASAN PENGHAKIMAN NA-12B-9-08/2023 16 (Lampiran IV) yang dirujuk di dalam Laporan Penilaian (P-2). Namun Jurukur ini tidak dipanggil untuk memberikan keterangan. [23] Mahkamah ini juga bersetuju dengan dapatan ‘HMS’ bahawa adalah penting untuk Plaintif-Plaintif membuktikan di mana sebenarnya kedudukan saliran air yang dikatakan dikorek oleh Defendan-Defendan memandangkan Defendan-Defendan telah memplidkan bahawa saliran yang dipertikaikan itu merupakan saliran sedia ada dan ia adalah merupakan saliran air semulajadi. [24] Oleh itu, Mahkamah ini bersetuju dengan dapatan ‘HMS’ yang telah mendapati SP-1 dan SP-3 sendiri sebenarnya tidak dapat membuktikan siapa sebenarnya yang telah membuat korekan bagi saliran air tersebut dan telah gagal membuktikan saliran air tersebut benar-benar dikorek di dalam tanah Plaintif-Plaintif. [25] Sungguhpun, Plaintif-Plaintif menghujahkan bahawa Defendan-Defendan telah mengakui mereka ada membuat culvert untuk mengelakkan limpahan air, ianya tidak bermaksud Defendan yang telah membuat korekan tersebut. Sebaliknya, “Crossing S/N 9EeijpHDq0C1TvPCoodpQg ALASAN PENGHAKIMAN NA-12B-9-08/2023 17 Culvert” tersebut hanya dibuat oleh Defendan bagi mengelakkan air daripada saluran air Plaintif-Plaintif melimpah ke luar sahaja. [26] Begitu juga, dengan perjumpaan yang dikatakan dihadiri oleh Defendan-Defendan, tiada satu pun keterangan sokongan lain yang menunjukkan bahawa Defendan-Defendan yang membuat saliran air pada tanah Plaintif-Plaintif. Bahkan, SP-1 sendiri di dalam keterangannya mengatakan dia tidak pasti siapa yang bercakap dan bagi pihak siapa di dalam perjumpaan tersebut. [27] Oleh itu, adalah tidak wajar sama sekali untuk Mahkamah ini menyimpulkan Defendan-Defendan adalah bertanggungan dan memutuskan Defendan-Defendan yang membuat saliran di dalam tanah Plaintif-Plaintif dan telah melakukan pencerobohan terhadap tanah Plaintif-Plaintif semata-mata disebabkan Defendan-Defendan ada bersama dalam perjumpaan tersebut. [28] Memandangkan, beban adalah dipikul oleh Plaintif-Plaintif untuk membuktikan korekan atau pembinaan saliran air tersebut dibuat oleh Defendan-Defendan, maka Mahkamah ini bersetuju dengan dapatan ‘HMS’ bahawa Plaintif-Plaintif telah gagal S/N 9EeijpHDq0C1TvPCoodpQg ALASAN PENGHAKIMAN NA-12B-9-08/2023 18 membuktikan atas imbangan kebarangkalian bahawa Defendan-Defendan yang telah membuat saliran air dan menceroboh terhadap tanah Plaintif-Plaintif. Oleh itu, atas alasan ini, Mahkamah ini berpendapat bahawa adalah wajar untuk menolak tuntutan Plaintif-Plaintif ke atas Defendan-Defendan dengan kos. [29] Mahkamah ini juga ingin merujuk kepada kes Muhamad Ridhwan bin Mohamed Rafik v Regatta Maritime Sdn Bhd & Ors [2022] MLJU 2442 di mana Mahkamah Tinggi telah memutuskan seperti berikut:- “[70] As I have said earlier, the burden of proof lies solely on the plaintiff. It is for the plaintiff to prove his case. If he does not prove his case, the defendants may choose not to even call any witnesses or even produce any evidence. [71] The evidential burden of proof moves to defendants if the plaintiff produces sufficient evidence to support its claim against the Defendants. This does not arise until such a time that the plaintiff discharges his burden. If the plaintiff does not do so, then the claim falls.” S/N 9EeijpHDq0C1TvPCoodpQg ALASAN PENGHAKIMAN NA-12B-9-08/2023 19 Isu Kedua Sama ada keterangan saksi-saksi Plaintif bercanggah dengan Pliding Plaintif [30] Di dalam perenggan 11 Penyataan Tuntutan Plaintif-Plaintif dengan jelas menyatakan bahawa:- “Hartanah tersebut telah diceroboh untuk menyalurkan air ke Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Chembong (selepas ini dirujuk sebagai IKTBN Chembong). [31] Manakala, di dalam keseluruhan keterangan yang telah diberikan oleh SP-1, SP-2 dan SP-3 menyatakan bahawa pencerobohan berlaku apabila air yang berpunca daripada IKTBN dan Projek PPR masuk ke dalam tanah Plaintif melalui saliran yang dikatakan dikorek oleh Defendan-Defendan dan menyebabkan kerosakan. Justeru itu, keterangan-keterangan ini adalah jelas bercanggah dengan pliding Plaintif-Plaintif sendiri. [32] Para 11 Penyataan Tuntutan jelas menyatakan air disalurkan ke IKTBN sebaliknya saksi-saksi mengatakan air disalirkan dari IKTBN. Atas alasan ini, Mahkamah ini berpendapat bahawa S/N 9EeijpHDq0C1TvPCoodpQg ALASAN PENGHAKIMAN NA-12B-9-08/2023 20 keterangan yang ada sememangnya bercanggah dengan pliding Plaintif. Maka adalah wajar untuk tuntutan Plaintif-Plaintif ditolak. [33] Di dalam perenggan 10 Penyataan Tuntutan Plaintif, Plaintif memplidkan bahawa hartanah tersebut telah diceroboh sejak 15 tahun yang lalu dengan satu laluan air yang telah dibuat melalui hartanah tersebut tanpa sebarang kebenaran atau persetujuan Plaintif-Plaintif. Di dalam keterangan SP-3 semasa pemeriksaan balasnya, SP-3 mengatakan bahawa pencerobohan berlaku apabila lencongan yang dibuat oleh Defendan-Defendan memasuki tanahnya sedangkan laluan asal sudah ada. SP-3 juga mengatakan bahawa sebelum ini laluan asal untuk air kumbahan daripada penduduk kampung sudah ada dan keadaan tidak begitu teruk. Hanya selepas pembinaan IKBTN dan PPR keadaan menjadi lebih teruk apabila laluan itu dilencongkan ke tanah Plaintif dan tidak mengikut laluan asal. [34] Seterusnya, SP3 juga mengatakan dia merasakan jika sekiranya laluan asal dibuat balik, ia tidak akan jadi seteruk keadaan sekarang. Oleh itu, keterangan yang telah diberikan oleh SP-3 ini juga adalah bercanggah dengan pliding Plaintif. Pliding S/N 9EeijpHDq0C1TvPCoodpQg ALASAN PENGHAKIMAN NA-12B-9-08/2023 21 Plaintif mengatakan pencerobohan berlaku apabila air disalirkan kepada IKTBN. Pliding juga mengatakan pencerobohan sudah berlaku sejak 15 tahun lalu apabila saliran air dibuat melalui tanah Plaintif-Plaintif. Tiada di mana-mana pliding yang menyentuh berkenaan lencongan dan tidak mengikut laluan asal. [35] Oleh itu, adalah wajar untuk Mahkamah ini menolak tuntutan Plaintif-Plaintif. Mahkamah ini merujuk kepada kes RHB Bank Berhad (substituting Kwong Yik Bank Bhd v Kwan Chew Holding [2010] 2 MLJ 188, di mana Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa:- “[33] …it is a cardinal rule in civil litigation that the parties must abide by their pleadings. This is trite as can be seen from the decision of this court in Menah Sulong v Lim Soo & Anor [1983] 1 CLJ 26 where Ong Hock Thye CJ said: I think it is necessary in this case to emphasize once again that the courts should give their decision in strict compliance with the pleadings. As Lord Radcliffe said in Esso Petroleum Co Ltd & Anor v Southport Corporation [1956] 2 WLR 81 at p 91; If appellate court is to treat reliance as pedantry or mere formalism, I do not see what part they play in our trial system. S/N 9EeijpHDq0C1TvPCoodpQg ALASAN PENGHAKIMAN NA-12B-9-08/2023 22 [34] In fact, the Court Of Appeal itself has reiterated this in Amanah Butler (M) Sdn Bhd v Yike Chee Wah [1997] 1 MLJ 750;[1997] 2 CLJ 79 where Gopal Sri Ram JCA (as he then was) said: It is trite law that a party is bound by its pleadings. [35] On this, we would like to add that it is not the duty of the court to invent or create a cause of action or a defence under the guise of doing justice for the parties lest it be accused of being biased towards one against the other. The parties should know best as to what they want and it is not for the court to pursue a cavalier approach to solving their dispute by inventing or creating causes of action which were not pleaded in the first place. Such activism by the court must be discouraged otherwise the court would be accused of making laws rather than applying them to a given set of facts”. Isu Ketiga Sama ada air yang dikatakan masuk ke tanah Plaintif-Plaintif adalah merupakan air semulajadi [36] Seterusnya, di dalam kes ini, Mahkamah ini mendapati melalui keterangan-keterangan yang telah diberikan oleh SP-1, SP-2 dan SP-3 sendiri menunjukkan bahawa air yang dikatakan masuk ke tanah Plaintif-Plaintif tersebut adalah merupakan air S/N 9EeijpHDq0C1TvPCoodpQg ALASAN PENGHAKIMAN NA-12B-9-08/2023 23 semulajadi iaitu air hujan. Bahkan kedua-dua SP-1 dan SP-3 turut mengakui bahawa bukan sahaja air-air hujan tersebut datang dari IKTBN tetapi juga dari rumah orang-orang kampung yang bersebelahan dengan tanah Plaintif-Plaintif. Dalam lain perkataan, keterangan-keterangan yang telah diberikan oleh saksi-saksi SP-1 dan SP-3 sendiri menyokong pembelaan Defendan-Defendan yang mengatakan bahawa air yang memasuki tanah Plaintif-Plaintif merupakan air hujan iaitu air semulajadi dan bukannya air yang berpunca dari IKTBN dan PPR. Pengataan Plaintif yang mengatakan air yang masuk ke tanah Plaintif-Plaintif adalah daripada IKTBN dan PPR adalah tidak disokong oleh mana-mana keterangan sokongan yang lain. [37] SP-2 yang hadir memberikan keterangan bagi pihak Plaintif-Plaintif adalah merupakan seorang Jurunilai dan hanya membuat penilaian kerosakan dan pampasan yang dikatakan dialami oleh Plaintif-Plaintif. SP-2 sendiri mengakui bahawa kelayakannya hanyalah berkenaan penilaian dan bukan mengenal pasti punca air. Mahkamah ini telah meneliti Laporan Penilaian (P-2) dan mendapati di dalam P-2 telah dilampirkan gambar-gambar yang menunjukkan aliran Sungai Gaing di barat S/N 9EeijpHDq0C1TvPCoodpQg ALASAN PENGHAKIMAN NA-12B-9-08/2023 24 dan Selatan tanah Plaintif-Plaintif. Di dalam P-2 telah dilampirkan gambar bangunan dengan penerangan “gambar bangunan hampir roboh” akibat dari aliran anak Sungai Gaing itu. [38] Seterusnya, di bahagian Keterangan Hartanah Terbabit (di muka surat 4 P-2) telah dinyatakan terdapat hakisan dan mendapan di Selatan dan Barat tanah tersebut akibat laluan anak Sungai Gaing. Oleh itu, Mahkamah ini mendapati bahawa keterangan-keterangan di dalam P-2 sendiri menunjukkan bahawa kerosakan yang dialami di dalam tanah Plaintif-Plaintif adalah disebabkan oleh laluan anak Sungai Gaing. Ini juga menyokong pembelaan Defendan. Oleh itu, atas alasan ini juga Mahkamah ini mendapati bahawa Plaintif-Plaintif telah gagal membuktikan kes mereka terhadap Defendan-Defendan di dalam tindakan ini. [39] Selain daripada itu, kesemua saksi Plaintif iaitu SP-1, SP-2 dan SP-3 sendiri mengakui bahawa kedudukan tanah Plaintif adalah lebih rendah daripada rumah orang-orang kampung, IKTBN dan PPR. Kesemua saksi Plaintif-Plaintif juga bersetuju bahawa sememangnya air hujan akan mengalir ke tanah Plaintif-Plaintif secara semulajadi walaupun tiada projek IKTBN ataupun PPR. S/N 9EeijpHDq0C1TvPCoodpQg ALASAN PENGHAKIMAN NA-12B-9-08/2023 25 [40] Oleh itu, pengataan Plaintif-Plaintif bahawa disebabkan IKTBN dan PPR adalah merupakan projek yang besar, maka air hujan yang turun adalah melebihi dari rumah-rumah orang kampung adalah tidak berasas sama sekali. Kapasiti air hujan yang turun sememangnya tidak dipengaruhi oleh pembinaan IKTBN dan PPR. Sebaliknya, air hujan yang turun di semua kawasan sekeliling tanah Plaintif yang lebih tinggi dari tanah Plaintif-Plaintif akan melalui tanah Plaintif-Plaintif memandangkan kedudukan tanah Plaintif-Plaintif yang paling rendah menuju ke Sungai yang menjadi tempat berkumpulnya air-air hujan tersebut. [41] Di dalam Laporan Penilaian (P-2) sendiri jelas menunjukkan terdapatnya aliran anak Sungai Gaing di bahagian Barat dan Selatan tanah-tanah Plaintif. Oleh itu, adalah lebih munasabah untuk air-air hujan melalui tanah Plaintif-Plaintif menuju ke Sungai sekaligus menyokong pembelaan Defendan-Defendan. [42] Kesemua saksi Plaintif juga mengatakan sekiranya hari hujan, maka air di dalam saliran akan mengalir laju / deras. Sebaliknya jika hari tidak hujan air tidak akan laju. Oleh itu, Mahkamah ini mendapati bahawa Plaintif sekali lagi telah gagal membuktikan S/N 9EeijpHDq0C1TvPCoodpQg ALASAN PENGHAKIMAN NA-12B-9-08/2023 26 bahawa air yang melalui tanah mereka adalah datang daripada IKTBN dan PPR. Sebaliknya keterangan yang ada menunjukkan ianya merupakan air hujan iaitu merupakan air semulajadi. Atas alasan ini Mahkamah ini bersetuju dengan dapatan ‘HMS’ yang telah menolak tuntutan pihak Plaintif-Plaintif terhadap Defendan. [43] Di samping itu, pihak Defendan telah menghujahkan bahawa pembinaan projek PPR Chembong hanya bermula pada penghujung tahun 2016. Manakala, pihak Plaintif mengatakan bahawa penecerobohan ke atas tanah Plaintif telah berlaku sejak tahun 2004. Oleh itu adalah jelas bahawa Defendan-Defendan tidak terlibat dengan pencerobohan yang didakwa dilakukan sejak tahun 2004. Mahkamah bersetuju dengan hujahan yang telah dikemukakan oleh pihak Defendan. Fakta ini menyokong pembelaan Defendan yang mengatakan bahawa aliran air ke tanah Plaintif sememangnya berlaku secara semulajadi, walaupun tanpa pembinaan projek IKTBN dan PPR. [44] Mahkamah ini juga bersetuju dengan hujahan Defendan bahawa IKTBN dan PPR bukanlah institusi yang mengeluarkan atau menghasilkan air. Tambahan juga, Defendan melalui saksi-saksi S/N 9EeijpHDq0C1TvPCoodpQg ALASAN PENGHAKIMAN NA-12B-9-08/2023 27 yang hadir telah membuktikan kepada Mahkamah ini bahawa bukan pihak Defendan-Defendan yang membuat korekan saliran air tersebut. Saksi-saksi Defendan juga mengatakan bahawa pengaliran air di projek PPR hanyalah air semulajadi iaitu air hujan. SD-2 iaitu Mohd Johari bin Malim Sirin, selaku Jurutera dan Pegawai Penguasa Utama bagi PPR Chembong telah mengesahkan kepada Mahkamah bahawa projek PPR telah mengadakan saliran air sementara di dalam Kawasan tapak bagi mengawal pengaliran air dalam tapak. Projek PPR juga telah mempunyai kawasan tadahan sendiri yang berfungsi mengawal kuantiti pelepasan air daripada tapak keseluruhannya. [45] Oleh itu, Mahkamah ini mendapati bahawa Defendan telah berjaya membuktikan bahawa tiada sebarang pencerobohan dilakukan oleh Defendan-Defendan ke atas tanah Plaintif-Plaintif. Isu Keempat Sama ada Plaintif telah berjaya membuktikan kerugiannya [46] Selanjutnya, di dalam kes ini Plaintif-Plaintif telah cuba untuk membuktikan kerosakan yang dialami olehnya melalui gambar-gambar yang diambil oleh SP-3. Di dalam keterangan SP-1 S/N 9EeijpHDq0C1TvPCoodpQg ALASAN PENGHAKIMAN NA-12B-9-08/2023 28 kepada Mahkamah, SP-1 pada awalnya mengatakan gambar-gambar diambil dari tahun 2004 sehingga kini, namun semasa pemeriksaan balas mengatakan dia tidak pasti bilakah gambar-gambar tersebut diambil. SP-3 pula mengatakan gambar-gambar tersebut menunjukkan kerosakan yang dialami di hartanah Plaintif-Plaintif yang diambil sekitar 2018 hingga 2020. [47] Oleh itu Mahkamah ini berpendapat bahawa P1 (1-28) telah gagal membuktikan kerosakan yang dialami oleh Plaintif-Plaintif memandangkan tiada sebarang gambar yang menunjukkan keadaan sebenar hartanah Plaintif tersebut sebelum tahun 2004 untuk dibandingkan dengan keadaan yang terkini tanah tersebut. [48] Plaintif telah memanggil Jurunilai (SP-2) untuk mendapatkan anggaran pampasan dan gantirugi yang dituntut terhadap Defendan-Defendan. Di dalam keterangan SP-2 kepada Mahkamah, SP-2 mengesahkan dia telah membuat penilaian berdasarkan laporan polis oleh Plaintif-Plaintif dan mengesahkan dia tidak pasti samada pencerobohan benar-benar telah berlaku. SP-2 mengatakan bahawa nilai pampasan S/N 9EeijpHDq0C1TvPCoodpQg ALASAN PENGHAKIMAN NA-12B-9-08/2023 29 sebanyak RM131,615.00 ini adalah berdasarkan nilai pasaran semasa hartanah dan kehilangan sewa tanah selama 15 tahun. [49] Seterusnya, dalam keterangan SP-2 juga, SP-2 menyatakan bahawa penilaian kehilangan sewa tanah dibuat berdasarkan faktor hartanah tersebut tidak boleh digunakan untuk menanam kelapa pandan atas sebab kekerapan air masuk ke tanah tersebut dan tidak ekonomi untuk menanam kelapa pandan dan atas alasan ini, maka tuan tanah terpaksa menyewa tanah lain. [50] Mahkamah ini mendapati bahawa syarat-syarat nyata bagi tanah Plaintif-Plaintif adalah “hendaklah digunakan untuk tanaman jangka pendek padi sahaja”. SP-2 sendiri dalam keterangannya mengakui akan fakta ini. Begitu juga, SP2 telah bersetuju bahawa Plaintif-Plaintif telah melanggar syarat nyata hartanah. [51] SP-3 di dalam keterangannya juga mengakui bahawa dia telah melanggar syarat nyata tanah apabila menanam kelapa pandan. Defendan-defendan menghujahkan bahawa memandangkan Plaintif-Plaintif telah melanggar syarat nyata tanah dengan menanam kelapa pandan, maka penilaian oleh SP-2 untuk S/N 9EeijpHDq0C1TvPCoodpQg ALASAN PENGHAKIMAN NA-12B-9-08/2023 30 kehilangan sewa tanah adalah tidak boleh terpakai. Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan oleh Defendan-Defendan tersebut. [52] Oleh itu, memandangkan Plaintif-Plaintif sudah dari awal mengetahui tentang syarat nyata tanah tersebut adalah untuk penanaman padi sahaja, maka Plaintif-Plaintif tidak boleh menuntut kerugian untuk projek penanaman kelapa pandan pula. [53] Seterusnya, berhubung tuntutan Plaintif-Plaintif untuk kerugian kerosakan pagar, rumah pekerja, jalan tar, rumah pekerja dan benih kelapa muda pula, Mahkamah ini mendapati tiada sebarang bukti berbentuk dokumentari yang telah dikemukakan yang menunjukkan jumlah kerugian sebenar yang dialami oleh Plaintif-Plaintif ini. Tiada sebarang resit-resit yang dikemukakan yang menyokong tuntutan Plaintif sebanyak RM40,000.00 tersebut. Begitu juga, tiada sebarang penjelasan yang diberikan bagaimanakah jumlah RM40,000.00 tersebut telah diperolehi. [54] Mahkamah ini merujuk kepada kes Jub’li Mohamad Taib Taral & Ors v. Sunway Lagoon Sdn Bhd [2001] 4 CLJ 599 di mana Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa: S/N 9EeijpHDq0C1TvPCoodpQg ALASAN PENGHAKIMAN NA-12B-9-08/2023 31 “(1) The general principle is that the plaintiff must be prepared to prove his special damages unless it has been agreed. It is not enough for him to write down the particulars and leave them for the court to decide. It is for him to prove them. (See Sum Kum v. Devaki Nair & Anor and Khoo See Moi v Tay Teik Chang.)” [55] Sebagaimana dinyatakan di atas, di dalam Laporan Penilaian Plaintif sendiri (P-2), jelas menyatakan bahawa kerosakan pada bangunan adalah disebabkan oleh aliran anak Sungai Gaing di Selatan Lot Plaintif-Plaintif. Bahkan SP-3 sendiri mengakui bahawa bahagian dapur rumah pekerjanya runtuh disebabkan aliran air Sungai yang deras akibat hujan. Oleh itu Mahkamah ini mendapati bahawa adalah tidak wajar untuk tuntutan ini dibuat terhadap Defendan-Defendan, memandangkan Laporan Plaintif sendiri serta keterangan Plaintif sendiri mengatakan kerosakan bangunan adalah disebabkan aliran Sungai yang sememangnya sudah ada di bahagian barat dan Selatan tanah Plaintif-Plaintif. Oleh itu atas alasan ini, Mahkamah mendapati bahawa Plaintif-Plaintif telah gagal membuktikan kerugian sebenar yang dialami. S/N 9EeijpHDq0C1TvPCoodpQg ALASAN PENGHAKIMAN NA-12B-9-08/2023 32 Isu Kelima Sama ada Plaintif-Plaintif telah berjaya memitigasikan kerugian [56] Di dalam kes ini, Defendan-Defendan telah menghujahkan bahawa Plaintif-Plaintif juga telah gagal untuk memitigasikan kerugian mereka apabila menolak cadangan daripada Jabatan Parit dan Saliran (“JPS”) untuk menanam pokok kayu bakau di tepi tebing untuk menahan tanah tersebut daripada runtuh. [57] Defendan-Defendan merujuk kepada kes Radiant Preference Sdn Bhd & Ors v Mohaizi bin Mohamad & Anor [2015] 11 MLJ 637 di mana Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa: “MITIGATION OF DAMAGES” [94] The last topic that I will deal with is mitigation of damages. Here, I find it quite perplexing as to why no steps were taken to oppose the winding up petition. P3 was fully aware of the s 218 notice and the winding up petition. She said that she was negotiating with PPPP. [95] She conceded that she did not take steps to oppose the winding up petition in court. I have great difficulty in accepting P3’s explanation in this regard. If indeed they were concerned about the repercussions on themselves as directors if there were to be a winding up order against P1, then P3 (and P2) ought to have acted reasonably and responsibly and taken appropriate steps to strike out the petition or to S/N 9EeijpHDq0C1TvPCoodpQg ALASAN PENGHAKIMAN NA-12B-9-08/2023 33 have it dismissed on the basis that it was “unauthorised” winding up petition.” [96] Also, there is no evidence as to what those in control of PPPP did about the fate of the petition which had been wrongfully filed. However, PPPP’s conduct is not under scrutiny here. What is important is the conduct of P2 and P3 as directors of P1 an in particular, the latter (P3) as she was the person who seemed to be in control of all matters in P1. Further she was the previous Chairperson of PPPP, it was therefore incumbent upon her to act reasonably and responsibly when P1 was forced with a winding up petition which she knew or ought to have known was unauthorised legal proceeding in the name of PPPP, which had been engineered by D1 and D2. In any event, the moratorium was still in place and as such the winding up petition could not have been filed in those circumstances. [97] In the circumstances, I agree with the submissions made by counsel for the defendants that there was no attempt at mitigation of damages. In this situation, the logical thing to do would have been for P3 to prevail upon PPPP to instruct the solicitors to withdraw the petition. THE OUTCOME [101] Hence, the outcome is that P1 has succeeded in establishing liability against D1 and D2 for the tort of abuse of process, but had S/N 9EeijpHDq0C1TvPCoodpQg ALASAN PENGHAKIMAN NA-12B-9-08/2023 34 failed to mitigate it losses. As such, P1 succeeds in liability but fails on quantum. As P2 and P3, they have both failed on liability and quantum.” [58] Mahkamah ini juga mendapati tiada sebarang keterangan dikemukakan oleh Plaintif-Plaintif yang menunjukkan sebarang usaha daripada Plaintif-Plaintif untuk memitigasikan kerugian dan kehilangan mereka. Di dalam laporan penilaian (P-2) di mukasurat 5, telah dinyatakan bahawa: “selain itu hakisan tanah akan terus berlaku di atas Lot ini akibat ketiadaan benteng konkrit dan tembok penahan.” [59] Ini menunjukkan sebenarnya ada terdapat kaedah atau usaha yang boleh dilakukan atau yang boleh diusahakan oleh Plaintif-Plaintif untuk mengelakkan hakisan berlarutan dan menjadi teruk. Namun demikian, tidak ada satupun usaha yang telah dijalankan oleh Plaintif-Plaintif sepanjang tempoh 15 tahun itu, iaitu mulai tahun 2004 sehingga kes ini dimulakan selain dari mengadakan perjumpaan dengan Defendan-Defendan untuk mengurangkan atau untuk mengelakkan hakisan yang dikatakan telah berlaku. S/N 9EeijpHDq0C1TvPCoodpQg ALASAN PENGHAKIMAN NA-12B-9-08/2023 35 [60] Bahkan, keterangan SP-3 sendiri menunjukkan bahawa Plaintif menolak cadangan Defendan untuk menanam pokok bakau sebagai langkah mengelakkan hakisan. Oleh itu, Mahkamah ini berpendapat Plaintif-Plaintif juga adalah tidak berhak untuk mendapatkan pampasan diatas kerugian yang dikatakan dialami. [61] Secara keseluruhannya, Mahkamah ini mendapati bahawa Plaintif-Plaintif telah gagal membuktikan Defendan-Defendan yang telah membuat saliran di atas tanah Plaintif-Plaintif. Keterangan-keterangan Plaintif juga telah bercanggah dengan pliding Plaintif yang telah difailkan. Plaintif-Plaintif juga telah gagal membuktikan kerugian yang mereka alami. Oleh itu, Mahkamah ini berpendapat adalah wajar untuk Mahkamah ini menolak tuntutan Plaintif-Plaintif ini dengan kos mengikut skala. [62] Selanjutnya, Mahkamah mendapati bahawa Plaintif-Plaintif telah gagal untuk menunjukkan mana-mana bahagian di dalam penghakiman Hakim Mahkamah Sesyen tersebut (‘HMS’) yang dikatakan telah terkhilaf dari segi fakta dan undang-undang. Mahkamah mendapati bahawa tidak ada terdapat sebarang bukti bahawa Hakim Mahkamah Sesyen tersebut (‘HMS’) telah S/N 9EeijpHDq0C1TvPCoodpQg ALASAN PENGHAKIMAN NA-12B-9-08/2023 36 terkhilaf atau tersilap atau tersalah arah di dalam keputusan dan penghakimannya. Malahan, kesemua faktor samada daripada segi fakta dan undang-undang dan juga isu-isu yang timbul di dalam kes ini telah pun diterangkan dan dijelaskan dan diambilkira serta telah dipertimbangkan dan dihuraikan secara sedalam-dalamnya dan dengan sewajarnya oleh Hakim Mahkamah Sesyen (‘HMS’) di dalam alasan penghakiman beliau. [63] Selain dari itu, perlu ditegaskan bahawa Mahkamah Tinggi seharusnya atau pun sepatutnya mengambil pendekatan lebih berhati-hati untuk tidak campur tangan terhadap keputusan yang telah diberikan oleh Hakim Mahkamah Sesyen / Majistret oleh kerana penemuan dan dapatan fakta oleh Hakim Mahkamah Sesyen / Majistret tersebut adalah disokong dengan keterangan-keterangan yang telah diberikan oleh saksi-saksi dan juga bukti-bukti serta ekshibit-ekshibit yang telah dikemukakan sewaktu perbicaraan penuh kes tersebut dijalankan di hadapan mereka. [64] Di dalam kes Kanagesh Kumar Mahendran v Sadiah Muhammad Taib (2022) MLRHU 17, di mana Mahkamah Tinggi telah memutuskan sepertimana berikut:- S/N 9EeijpHDq0C1TvPCoodpQg ALASAN PENGHAKIMAN NA-12B-9-08/2023 37 “[5] At the outset, it was imperative to state that I am mindful of the presumption that the decision of the trial court is appealed against was correct in every respect. Therefore, to succeed in an appeal, the Plaintiff in this case must convinced this Court that the decision appealed against was wrong; and if this Court was not so convinced, the appeal should fail. This is based on the premise that the findings of the trial judge who had the advantage of seeing, hearing, assessing and evaluating the witnesses must be respected: Yahaya bin Mohamed v Chin Tuan Nam [1975] 1 MLRA 322 P. An appellate court therefore, should be cautious of upsetting the findings of the trial judge.” [65] Seterusnya, di dalam kes Setapak Heights Development Sdn Bhd v Tekno Kota Sdn Bhd (2006) 1 MLRA 423, di mana Mahkamah Rayuan telah memutuskan sepertimana berikut:- “[18] The Principles of the appellate intervention with a finding of fact by the trial Judges are well settled. We as an appellate Court will not readily interfere with the findings of fact arrived at by the court of first instance to which the law entrusts the primary task of evaluating the evidence. It is only in cases where we as an appellate Court exercising an appellate jurisdiction are convinced that there was no judicial appreciation of the evidence adduced at the trial by the trier of fact or that the audio-visual advantage reserved to trial Judge had been missed or that the findings made by the trial Judge do not accord with the probabilities of the case, would we intervene and upset the findings S/N 9EeijpHDq0C1TvPCoodpQg ALASAN PENGHAKIMAN NA-12B-9-08/2023 38 made by the trial Judge and substituting therewith with our own findings. In this case we see no such fault in the conclusion made by the learned Judge. See the case of Tan Sri Khoo Teck Puat & Anor v. Plenitude Holdings Sdn Bhd [1993] 1 AMR 607.” [66] Selanjutnya, di dalam kes S Quarry Sdn Bhd v Desaru Development Corporation Sdn Bhd & Ors (2019) 6 MLRA 350, Mahkamah Persekutuan telah menggariskan beberapa keadaan atau situasi di mana keputusan Hakim Bicara tersebut adalah dianggap salah atau pun khilaf serta tersalah arah iaitu sepertimana berikut:-
i
misdirected itself on the evidence;
II
(ii) failed to judicially appreciate the evidence;
III
(iii) Failed to consider any material evidence
IV
(iv) acted on some irrelevant evidence as to render the decision wholly erroneous;
v
made wrong inference from facts;
VI
(vi) Misapprehended the facts;
VII
(vii) gave reasons which are wholly unsatisfactory or contradictory of each other S/N 9EeijpHDq0C1TvPCoodpQg ALASAN PENGHAKIMAN NA-12B-9-08/2023 39 Kesimpulan [67] Secara kesimpulannya, Mahkamah ini mendapati bahawa keputusan yang telah diberikan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Pilah (‘HMS’) bertarikh pada 4.08.2023 di mana Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Pilah (‘HMS’) telah menolak tuntutan Plaintif-Plaintif terhadap Defendan 2, Defendan 3 dan Defendan 7 dengan kos dan kos adalah ditetapkan sebagai kos mengikut skala adalah betul, tepat, wajar, adil dan munasabah serta ia berlandaskan kepada prinsip-prinsip undang-undang yang sah. [68] Oleh yang demikian, berdasarkan kepada alasan-alasan tersebut di atas, Mahkamah mendapati bahawa rayuan yang difailkan oleh pihak Defendan ini adalah jelas tidak bermerit dan tidak berasas sama sekali dan ia seharusnya ditolak oleh Mahkamah ini dengan kos. Selanjutnya, Mahkamah juga menetapkan kos rayuan ini adalah sebanyak RM2,000.00 dan jumlah ini mesti dibayar oleh Plaintif-Plaintif kepada Defendan 2, Defendan 3 dan Defendan 7 tertakluk kepada bayaran fi alokatur. S/N 9EeijpHDq0C1TvPCoodpQg ALASAN PENGHAKIMAN NA-12B-9-08/2023 40 Disediakan oleh: t.t Mohamad Haldar bin Abdul Aziz) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi 2 Seremban Negeri Sembilan Darul Khusus. Bertarikh: 22 haribulan Februari 2025. S/N 9EeijpHDq0C1TvPCoodpQg ALASAN PENGHAKIMAN NA-12B-9-08/2023 41 PEGUAMCARA PERAYU-PERAYU / PLAINTIF-PLAINTIF: TETUAN DEIDRA SHARINA & CO No. 3-1, Jalan PP Ixora 1 Pusat Perniagaan Ixora Senawang 70450 Seremban Negeri Sembilan Darul Khusus. PEGUAMCARA RESPONDEN-RESPONDEN / DEFENDAN-DEFENDAN: PEGUAM KANAN PERSEKUTUAN Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan Jalan Campbell 70000 Seremban Negeri Sembilan Darul Khusus. S/N 9EeijpHDq0C1TvPCoodpQg
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.