Content
1 F. G. H. I. DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN RAYUAN SIBIL NO:12B - TAHUN 2017 ANTARA MD FISOL BIN SAID …. PIHAK MERAYU
A53KJ-280-09/2016
Sessions Court of Malaysia13 Nov 2017
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 F. G. H. I. DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN RAYUAN SIBIL NO:12B - TAHUN 2017 ANTARA MD FISOL BIN SAID …. PIHAK MERAYU
1
1.
2
SITI NUR ZULAIKA BT NAJMUDDIN SITI NORAZIZAH BT MOHD …. PIHAK MENENTANG (DALAM MAHKAMAH SESYEN DI SUNGAI PETANI DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN, MALAYSIA
1
1.
2
SITI NUR ZULAIKA BT NAJMUDDIN SITI NORAZIZAH BT MOHD ….…. PLAINTIF DAN MD FISOL BIN SAID …….. DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN
1
Ini adalah tuntutan pihak Plaintif terhadap Defendan untuk Gantirugi Am dan Khas akibat dari suatu kemalangan jalanraya yang berlaku pada 31.5.2015 diantara Plaintif Pertama yang menunggang motorsikal No. KDU 4318 dan dibonceng oleh Plaintif Kedua dan Defendan yang memandu motokar No. PJD 1539.
2
Pihak Defendan pula telah memfailkan tuntutan balas terhadap Plaintif pertama untuk menuntut sumbangan daripada Plaintif pertama 2 untuk setiap gantirugi yang Plaintif kedua akan memperolehi daripada Defendan setakat mana Plaintif pertama bertanggungjawap sebagai indemniti atau sumbangan.
3
Mahkamah mendapati atas imbangan kebarangkalian, pihak Plaintif telah berjaya membuktikan kes terhadap Defendan seperti berikut: Liabiliti Plaintif Pertama 30% Liabiliti Defendan 70% Keputusan Mahkamah adalah di atas Liabiliti 100%, Pihak Defendan hendaklah membayar pihak Plaintif Kedua Kos pembedahan masa hadapan sebayak RM2,666/- tanpa faedah, Gantirugi Am kepada Plaintif Pertama sebanyak RM225,000/- dan kepada Plaintif Kedua sebanyak RM91,500/- dengan faedah pada kadar 5% setahun bermula dari tarikh Penyerahan saman sehingga tarikh Penghakiman dan Kos. Kos adalah atas skala penuh tanpa pembahagian liabiliti. Tuntutan balas pihak defendan Tuntutan balas Defendan dibenarkan terhadap Plaintif 1 mengikut liabiliti yang diagihkan. Pihak Defendan tidak berpuashati dengan keputusan terhadap liabiliti dan mengemukakan rayuan terhadap keputusan tersebut.
2
LIABILITI 1 Versi Pihak Plaintif adalah pada 31.1.2015, Plaintif Pertama telah menunggang motorsikal No. KDU 4318 dan Plaintif Kedua membonceng motorsikal tersebut. Mereka berdua di dalam perjalanan dari Pantai Merdeka ke Sungai Petani. Apabila sampai di KM62.5 Jalan Alor Setar - Butterworth, tiba-tiba sebuah motokar yang datang dari arah belakang telah melanggar motorsikal mereka. Merujuk kepada rajah kasar (eksibit P1), pihak Plaintif mengatakan arah perjalanan mereka adalah dari bawah ke atas dan arah perjalanan motokar Defendan juga dari bawah ke atas. 3
2
2.2 Versi pihak Defendan pula adalah beliau memandu motokar PJD 1539 dari rumah ke bandar Sungai Petani. Merujuk kepada rajah kasar (eksibit P1), arah perjalanan motokar Defendan juga adalah dari bawah ke atas. Apabila sampai di KM65.2 Jalan Alor Setar - Butterworth, sebuah motorsikal yang datang melawan arus dari kiri beliau secara tiba-tiba melintas di hadapan motokarnya. Defendan mengelak ke kanan lalu terlanggar motokarnya di lampu depan kiri menyebabkan motokar terbabas ke laluan bertentangan dan terlanggar sebuah motorsikal yang datang dari arah bertentangan. Motorsikal yang dikatakan yang datang melawan arus adalah motorsikal No. KDU 4318 yang ditunggang oleh Plaintif pertama. Apabila terbabas ke laluan bertentangan, motokar Defendan telah melanggar motorsikal No. PGC 3195.
2
2.3 Fakta yang dipertikaikan adalah arah perjalanan motorsikal KDU 4318 iaitu merujuk kepada rajah kasar, samada dari bawah ke atas ataupun melintas dari kiri ke kanan jalan Keputusan Mahkamah 3.1 Seperti mana sedia maklum, beban untuk membuktikan sesuatu kes sivil adalah sentiasa terletak di pihak Plaintif atas dasar imbangan kebarangkalian (on a balance of probabilities). Di dalam kes U.N. Pandey lwn Hotel Marco Polo Pte. Ltd. [1980] 1 MLJ 4, Mahkamah Tinggi Singapura menyatakan “In civil cases, as much as in criminal cases, a party must prove his case before the burden of proof shifts to the other side….In a civil case, it is on a balance of probabilities. But the proof is that the balance must be tilted by the plaintiff before the defendant makes his case”.
3
3.2 Begitu juga di dalam kes Baharuddin Arshad & Satu lagi lwn Zalman Ya’acob [1999] 2 CLJ 167 di mana Mahkamah Tinggi memutuskan “Adalah menjadi satu prinsip undang-undang bahawa di dalam apa-apa tuntutan pihak yang minta dibebankan untuk membuktikan kesnya. Di dalam tuntutan sivil beban pembuktian itu adalah di atas 4 imbangan kebarangkalian”.
3
3.3 Berdasarkan prinsip yang dinyatakan di dalam kes-kes di atas dan jika diteliti keterangan yang dikemukakan di hadapan Mahkamah ini, Mahkamah mendapati atas imbangan kebarangkalian, pihak Plaintif telah berjaya membuktikan kes terhadap Defendan.
3
3.4 Mengikut siasatan Pegawai Penyiasat, beliau mendapati arah perjalanan motorsikal Plaintif dan motokar Defendan adalah dari bawah menuju ke atas rajah kasar. Motokar Defendan telah tergesel disisi sebelah kanan motorsikal Plaintif yang bergerak di hadapannya dan selepas itu motokar Defendan terbabas ke jalan arah bertentangan dan berlanggar dengan motorsikal No. PGC 3195 yang datang dari arah bertentangan. Pegawai Penyiasat menyatakan kerosakan motorsikal KDU 4318 ialah seperti berikut: a) bakul depan kemek b) fork depan bengkok c) penghadang angin hadapan pecah d) pemijak kaki belakang bengkok ke hadapan dan patah e) starter kit bengkok ke hadapan Kerosakan motokar PJD 1539 pula adalah seperti berikut: a) kesan kerosakan lampu depan kiri pecah b) cermin sisi kiri pecah c) bumper depan kiri pecah d) bonet depan kiri kemek dan calar e) cermin besar depan kiri pecah f) nombor pendaftaran depan patah g) fender depan kiri kemek Mahkamah mendapati gambar (eksibit P2 A-N) yang menunjukkan 5 kerosakan motorsikal KDU 4318 dan motokar PJD 1539 adalah konsisten dengan keterangan Pegawai Penyiasat.
3
3.5 Semasa memberi keterangan di Mahkamah pada tahap pemeriksaan utama, Defendan mengatakan sebuah motorsikal yang datang melawan arus dari kiri beliau secara tiba-tiba melintas di hadapan motokarnya. Pada tahap pemeriksaan balas, Defendan mengatakan mula-mula beliau nampak motorsikal pihak Plaintif sebelum kemalangan adalah apabila motorsikal Plaintif dari kiri hendak ke kanan jalan iaitu hendak melintas di hadapan motokarnya. Peguam Plaintif telah merujuk kepada Laporan polis (eksibit D20) yang dibuat oleh Defendan dimana Defendan telah melaporkan bahawa beliau nampak motorsikal pihak Plaintif datang melawan arus. Apabila Peguam Plaintif mengatakan ada dua (2) versi yang bercanggah dan tanyakan versi mana yang betul, Defendan mengatakan laporan polis adalah betul. Peguam Plaintif telah mencadangkan bahawa keterangan Defendan yang mengatakan motorsikal Plaintif dari kiri ke kanan jalan adalah tidak benar, dan Defendan telah setuju.
3
3.6 Penunggang motorsikal PGC 3195 bernama Mah Chee Kiong di dalam laporan polisnya (Trafik Kuala Muda Rpt 1473/15) dan juga di dalam rakaman percakapannya telah menyatakan bahawa beliau telah melihat motokar Defendan yang datang dari arah bertentangan melanggar motorsikal Plaintif yang juga datang dari arah bertentangan. Versi penunggang motorsikal PGC 3195 tentang bagaimana kemalangan berlaku adalah konsisten dengan versi pihak Plaintif.
3
3.7 Sekiranya versi Defendan adalah benar, motorsikal pihak Plaintif sepatutnya mempunyai kerosakan di bahagian body sebelah kanan. Akan tetapi Mahkamah mendapati tiada kerosakan sebegini pada motorsikal pihak Plaintif. Kerosakan pada motokar Defendan pada keseluruhan bahagian depan kiri menunjukkan impak perlanggaran telah berlaku disisi kiri motokar Defendan. Semasa pemeriksaan balas Defendan, beliau telah 6 setuju dengan cadangan peguam Plaintif bahawa impak perlanggaran dengan motorsikal adalah di bahgian sisi sebelah kiri motokar Defendan dan bukannya di bahagian hadapan motokar beliau.
3
3.8 Merujuk kepada rajah kasar (eksibit P1), A adalah gigi jalan tar sebelah kiri jalan dari arah Tikam Batu. A1 adalah garisan putih putus-putus panjang pembahagi laluan motorsikal dan lain-lain kenderaan dari arah Tikam Batu. A2 adalah garisan putih berkembar panjang pembahagi arah jalan. Kesan pecahan komponen kenderaan yang ditandakan ‘H’ berada di antara lorong A1 dan A2. Impak perlanggaran semestinya berlaku di tempat yang ditandakan ‘H’. Mahkamah mendapati ‘H’ berada di tengah–tengah jalan di antara lorong A1 dan A2.
3
3.9 Saya mendapati versi pihak Plaintif tentang bagaimana kemalangan berlaku adalah konsisten dan ia disokong dengan keterangan Pegawai Penyiasat, rajah kasar dan laporan polis yang dibuat oleh penunggang motorsikal PGC 3195.
3
3.10 Walaubagaimanapun, saya telah mendapati pihak Plaintif pertama telah cuai sumbangan sebanyak 30% di dalam kemalangan ini. Motorsikal tersebut adalah kepunyaan abang Plaintif kedua. Pada hari kemalangan, Plaintif pertama yang telah menunggang motorsikal dari Pantai Merdeka menuju balik ke rumah di Sungai Petani sehingga berlakunya kemalangan. Plaintif pertama tidak mempunyai lesen untuk menunggang motorsikal pada ketika itu. Selain daripada itu, beliau juga menunggang motorsikal tersebut untuk kali pertama. Plaintif pertama juga mengaku di dalam keterangannya bahawa beliau tidak biasa dengan jalan di tempat kemalangan. Dia telah menunggang di lorong motorsikal di jalan paling kiri. Plaintif kedua juga di dalam keterangannya menyatakan bahawa Plaintif pertama menunggang di lorong A ke A1. Jika dilihat pada rajah kasar, lorong paling kiri ialah diantara A ke A1. Mahkamah mendapati kemalangan tidak berlaku di lorong A ke A1. 7 Semua kesan seperti kesan pecahan komponen kenderaan (H), kesan brek motokar (G), kesan darah (F) dan kesan calar (E), berada dilorong di antara A1 ke A2. Merujuk kepada kerosakan yang dialami oleh motorsikal pihak Plaintif, saya mendapati kerosakan motorsikal adalah di bahagian sisi kanan motorsikal. Ini menunjukkan walaupun motokar Defendan datang dari belakang motorsikal pihak Plaintif, dia tidak betul-betul melanggar di bahagian belakang motorsikal. Sekiranya bahagian belakang motorsikal dilanggar, semestinya kerosakan motorsikal adalah pada bahagian tayar belakang dan no. plet belakang. Akan tetapi saya mendapati tiada kerosakan sebegini pada motorsikal kerana motorsikal tidak berada di dalam keadaan lurus semasa perlanggaran berlaku. Oleh yang demikian, dengan mengambil kira kedudukan motorsikal sebelum kemalangan, kerosakan pada motorsikal dan motokar dan pengalaman Plaintif pertama di dalam menunggang motorsikal, saya mendapati terdapat sumbangan kecuaian oleh pihak Plaintif pertama. Berdasarkan alasan-alasan yang diberikan diatas, saya berpendapat penghakiman yang diberikan adalah wajar dan munasabah. Bertarikh pada 10 Januari, 2018 (PRISCILLA HEMAMALINI NADARAJAN) HAKIM MAHKAMAH SESYEN (2) SUNGAI PETANI KEDAH 8
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.