Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO.: BA-22NCvC-313-08/2021
BA-22NCvC-313-08/2021
High Court of Malaysia17 Feb 2023
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“il his registered title is cancelled or set aside in accordance with some relevant provision of the law. Such relevant provision of the law in relation to the present case is contained in s 42 of the Land Code which reads as follows:- “42…”
“while failing to come within the vitiating categories specified by the second sub-section, may yet come within the scope of s 340(4)(b), we cite, by way of illustration only, cases decided under the Moneylenders Act 1951. … [19] Based on the authorities that have settled the law relating to the construction of statutes”
“y Faiza Tamby Chik J in Dr Benjamin George & Ors v. Majlis Perbandaran Ampang Jaya [1995] 4 MLRH 157; [1995] 3 MLJ 665 at p 697; [1996] 2 CLJ 843 at p 876 as follows: Registration under s 340 of the National Land Code 1965 ('the NLC') confers an indefeasible title to the developer. However, ss 206(3) and 340(4)(b) of t”
“vitable or indeed the only remedy in a given case, a court of equity may decline to order rescission and instead may order equitable compensation by way of adjustment. The cases of Glucksteinv Barnes [1900] AC 240 and Dusik v Newton [1985] and 62 BCLR 1 amply illustrate the malleability of equitable remedies to fit par”
“ords. As Salleh Abbas F.J. Observed in another context in Lim Eng Kay v Jaafar bin **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 83 Mohamed Said [1982] CLJ 190 (Rep); [1982] CLJ 298; [1982] 2 MLJ 156: “In any case, prayer (e) in paragraph (7), 'Any other relief which”
“142. Seperti yang dinyatakan juga oleh Mahkmah Persekutuan dalam kes Lim Eng Kay v Jaafar bin Mohamed Said [1982] CLJ 298, relif tersebut bukan setakat suatu perhiasan tanpa membawa apa-apa maksud. Perkara ini telah diulang oleh Yang Arif Gopal Sri Ram JCA di dalam kes Sinar Wang Sdn. Bhd v. Ng Kee Seng [2004] 1 LNS 30”
“LJ 301; Asia Pacific Higher Learning Sdn Bhd v **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 55 Majlis Perubatan Malaysia & Ors And Another Case [2017] MLRHU 642). c. Di samping itu, Mahkamah mendapati tiada bukti yang dikemukakan oleh Plaintif-Plaintif bahawa terdapa”
“t. Mahkamah merujuk kepada kes Blackstream **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 81 Investments Pte Ltd & Anor v D’ Nonce Technology Bhd [2019] MLJU 923 yang menyatakan: “[121] Additionally, in Takako Sakao (f) v. Ng Pek Yuen (f) & Anor (No 2) [2010] 2 MLJ 181”
“cie hendaklah diambil maklum oleh Mahkamah walaupun tidak diplidkan. Namun, seperti yang telah diputuskan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Kunci Semangat Sdn. Bhd. v Thomas Varkki a/l M V Varkki & Anor [2022] MLJU 341, Aturan 18 kaedah 8 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 telah memperuntukkan bahawa fakta-fakta yang membawa ata”
“90. Selanjutnya, Mahkamah Tinggi dalam kes Mohd Affandi Ahmad & Anor v Pembangunan Tanah Dan Perumahan Sdn Bhd & Ors [2022] MLRHU 911 telah memutuskan: - “[59] Secondly, I was compelled to state that my decision in Hamdiah bt Ahmad & Anor v. Pembangunan Tanah dan Perumahan Sdn Bhd was not based on fraud alone, as found”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO.: BA-22NCvC-313-08/2021
1
SITI RUMILAH BINTI TAMYED (No. K/P: 550115-10-5002)
2
SITI HAJARIAH BINTI TAMYED (No. K/P:620101-10-7868)
3
MAT HALIN BIN TAMYED (No. K/P: 521015-10-5029)
4
TUSIMAN BIN TAMYED (No K/P: 590927-10-5055)
5
AHMAD NAZRI SYAFIK BIN AHMAD YAMIN (No. K/P: 850410-10-5157) …PLAINTIF-PLAINTIF DAN BAINI BIN KASAN MARDI (No. K/P: 441026-10-5235) ... DEFENDAN 28/07/2023 16:53:59 BA-22NCvC-313-08/2021 Kand. 79 ALASAN PENGHAKIMAN
1
Plaintif-Plaintif memfailkan Tuntutan ini untuk menghalang Defendan daripada terus menceroboh sebahagian Tanah milik Plaintif-Plaintif dan untuk Defendan mengembalikan milikan kosong bahagian tersebut serta ganti rugi.
2
Plaintif-Plaintif merupakan pemilik berdaftar ¾ bahagian tanah Geran Pajakan Mukim, No. Hakmilik 304, Lot 5386, Tanah Raja, Mukim Bandar, Daerah Kuala Langat, Negeri Selangor yang berukuran 0.8619 hektar dan/atau 2.13 ekar (Tanah tersebut). Manakala ¼ bahagian lagi dimiliki oleh Salamah. Plaintif-Plaintif menyatakan bahawa Defendan telah menduduki dan mengusahakan sebahagian Tanah tersebut tanpa persetujuan Plaintif-Plaintif.
3
Defendan dalam Tuntutan Balasnya menuntut bahawa Defendan adalah pemilik benefisial ¼ ekar Tanah tersebut atas alasan bahawa Defendan telah membeli ¼ ekar Tanah tersebut daripada pemilik berdaftar asal, iaitu Tupar Bin Muhamad (Tupar). Defendan dalam Tuntutan Balasnya antara lainnya memohon untuk satu deklarasi bahawa Plaintif-Plaintif adalah pemegang amanah bagi ¼ bahagian Tanah tersebut bagi pihak Defendan.
4
Memandangkan pihak-pihak telah memfailkan sebanyak 23 isu dalam Tuntutan asal dan 9 isu dalam Tuntutan Balas Defendan (seperti di Lampitan 18), selepas perbicaraan, Mahkamah telah mengarahkan pihak-pihak untuk meringkaskan isu-isu tersebut kepada isu-isu yang utama.
5
Sehubungan dengan itu isu-isu utama setelah diringkaskan adalah seperti berikut: a. sama ada Defendan telah menceroboh tanah yang dikenali sebagai No. Hakmilik 304, Lot 5386, Tanah Raja, Mukim Bandar, Daerah Kuala Langat, Negeri Selangor pada 2013? b. sama ada Plaintif-Plaintif telah menanggung kerugian akibat daripada pencerobohan Defendan dan berhak menuntut ganti rugi terhadap Defendan? c. sama ada Perjanjian bertarikh 17.09.1980 melanggar peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 214A dan Seksyen 205(3) Kanun Tanah Negara 1965 (Kanun Tanah Negara) dan adalah terbatal? d. sama ada Plaintif-Plaintif boleh berhujah isu frod/pemalsuan pada Perjanjian tersebut tanpa memplidkan fakta-fakta frod/pemalsuan di dalam pliding Plaintif-Plaintif? e. sama ada prinsip “Laches” telah mengalahkan Tuntutan Balas Defendan?
6
Walau apapun, Mahkamah telah meneliti isu-isu yang difikirkan relevan dalam membuat dapatan dan keputusan Mahkamah. FAKTA KES Berikut adalah fakta kes menurut kes Plaintif-Plaintif dan Defendan.
7
Tanah tersebut pada asalnya adalah Lot 3 Grant No. 3252, P. No. 253 Mukim Bandar juga dikenali sebagai Tanah Raja. Kemudian pada 23.03.1988 Tanah tersebut telah didaftarkan di bawah satu Geran Hakmilik Sementara Mukim No. H.S.(M): 839, PT 313, Tempat: Tanah Raja, Mukim Bandar, Daerah Kuala Langat Negeri Selangor (Geran HSM) atas nama Tupar.
8
Kemudian, Geran HSM itu telah didaftarkan di bawah Geran Hakmilik Tetap Pajakan Mukim No. Hakmilik: 304, Lot 5386, Tanah Raja, Mukim Bandar, Kuala Langat, Selangor (Geran Hakmilik Tetap) pada 22.06.2010.
9
Apabila pemilik berdaftar asal keseluruhan Tanah tersebut, Tupar. meninggal dunia pada 22.03.2001, pemilikan Tanah tersebut telah diturun milik melalui pembahagian pusaka kepada adik perempuan Tupar, Doliah Binti San Mohamad (Doliah) dan isteri Tupar, Salamah Binti Sidik (Salamah). Pembahagian pusaka tersebut telah didaftarkan pada 13.10.2004 dengan pembahagian sebanyak ¾ bahagian kepada Doliah dan ¼ bahagian kepada Salamah. Sehubungan itu, Doliah dan Salamah adalah merupakan pemilik bersama Tanah tersebut selepas kematian Tupar.
10
Selanjutnya, pada 07.05.2005, Doliah telah meninggal dunia dan meninggalkan waris-waris seperti berikut: a. Siti Rumilah Binti Tamyed (Plaintif 1)- anak perempuan; b. Siti Hajariah Binti Tamyed (Plaintif 2) - anak perempuan; c. Mat Halin Bin Tamyed (Plaintif 3) - anak lelaki; d. Tusiman Bin Tamyed (Plaintif 4) - anak lelaki; e. Ahmad Nazri Syafik bin Ahmad Yamin (Plaintif 5) - cucu lelaki.
11
Sehubungan itu, pada tahun 2011, Plaintif-Plaintif telah melaksanakan satu perintah pembahagian atas hakmilik Doliah sebanyak ¾ bahagian terhadap Tanah tersebut, yang mana Plaintif-Plaintif secara bersama kini adalah merupakan pemilik berdaftar ¾ bahagian Tanah tersebut bersama Salamah sebagaimana berikut: a. Plaintif 1 - 3/20 bahagian; b. Plaintif 2 - 3/20 bahagian; c. Plaintif 3 - 3/20 bahagian; d. Plaintif 4 - 3/20 bahagian; e. Plaintif 5 - 3/20 bahagian; dan f. Salamah - 1/4 bahagian.
12
Pada sekitar Januari 2013, Plaintif-Plaintif telah mendapati bahawa Defendan telah membuat satu binaan kedai dan rumah sewa tanpa kebenaran oleh Plaintif-Plaintif (Binaan Premis). Plaintif-Plaintif juga selanjutnya menyedari bahawa beberapa pokok kelapa sawit yang sepatutnya berada di atas kawasan Binaan Premis telah ditebang oleh Defendan.
13
Pada 08.01.2013, Plaintif-Plaintif telah membuat aduan terhadap pencerobohan oleh Defendan kepada Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat. Melalui surat bertarikh 23.05.2013 Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat memaklumkan bahawa Notis Peringatan telah dikeluarkan kepada Defendan terhadap pencerobohan yang telah dilakukan Defendan. Walau bagaimanapun, Defendan masih gagal, enggan, dan/atau ingkar untuk mengosongkan Tanah tersebut.
14
Plaintif-Plaintif juga telah berulang kali membuat aduan kepada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Sungai Buaya (MPKK Sungai Buaya) bagi membincangkan dan menyelesaikan tentang masalah pencerobohan di Tanah tersebut. Walau bagaimanapun, tiada tindakan yang dilakukan oleh MPKK Sungai Buaya.
15
Plaintif-Plaintif juga telah membuat beberapa laporan polis berkenaan pencerobohan Tanah tersebut, tetapi tiada sebarang tindakan dilakukan oleh pihak polis.
16
Plaintif-Plaintif menyatakan Defendan tidak mempunyai hak untuk menduduki dan membina Binaan Premis dan mana-mana bahagian yang telah dicerobohi. Tindakan Defendan ini menyebabkan Plaintif-Plaintif tidak dapat menggunakan Tanah tersebut dan akibat daripadanya, Plaintif-Plaintif telah mengalami kerosakan dan kerugian.
17
Akibat perbuatan Defendan menebang pokok-pokok kelapa sawit di atas Tanah tersebut sejak tahun 2013 sehingga kini untuk membina Binaan Premis secara tidak sah, Plaintif-Plaintif telah mengalami kerugian hasil kelapa sawit yang sepatutnya mereka terima.
18
Plaintif-Plaintif melalui peguam mereka telah menghantar surat tuntutan bertarikh 21.07.2021 kepada Defendan, antara lainnya, untuk penyerahan milikan kosong Tanah tersebut kepada Plaintif-Plaintif, namun Defendan telah gagal, enggan dan/atau abai untuk berbuat sedemikian.
19
Oleh sebab pencerobohan Defendan, Plaintif-Plaintif menuntut terhadap Defendan antara lain, seperti berikut:- a. perintah injunksi untuk menghalang Defendan daripada terus menceroboh di atas Tanah tersebut; b. kos perobohan Binaan Premis yang didirikan Defendan untuk memulihkan keadaan semula jadi Tanah tersebut secara sediakala; secara alternatif; c. perintah injunksi mandatori untuk Defendan mengeluarkan kos sendiri untuk merobohkan Binaan Premis untuk memulihkan keadaan semula jadi Tanah tersebut secara sediakala; d. ganti rugi sebanyak RM2,000,000.00 terhadap kerugian penggunaan eksklusif Tanah tersebut sejak 2013 dan juga kerugian keuntungan tanaman kelapa sawit; e. ganti rugi am dan ganti rugi teladan;
20
Dalam Pernyataan Pembelaan dan Tuntutan Balas, Defendan menyatakan bahawa melalui Perjanjian Jual Beli bertarikh
17
17.09.1980 (Perjanjian tersebut), Defendan telah membeli ¼ ekar bahagian hartanah di atas Lot 3, Grant 3252, P. No.253, Mukim Bandar yang mempunyai keluasan 3a, 3r, 10pl (Hartanah tersebut/ ¼ ekar Tanah tersebut) daripada pemilik berdaftar iaitu Tupar dengan bayaran sebanyak RM7000.00.
21
Perjanjian tersebut juga telah ditandatangani oleh dua (2) orang saksi iaitu Mujir Bin Sarmawi (Mujir), Ketua Kampung Sg. Buaya dan Jarjani Bin Kasan Mardi (Jarjani), abang kepada Defendan. Defendan menyatakan bahawa Salamah dan Doliah juga mempunyai pengetahuan mengenai Perjanjian tersebut dan mereka tahu tentang tanggungjawab Tupar dalam melakukan pecah geran Tanah tersebut dan menukar hakmilik bagi ¼ ekar Tanah tersebut kepada nama Defendan.
22
Defendan menyatakan selepas daripada Perjanjian tersebut, Tupar bukan lagi pemilik benefisiari Hartanah tersebut, malah hanya bertindak sebagai pemegang amanah bagi Hartanah tersebut sehingga Hartanah tersebut dipindah milik kepada nama Defendan.
23
Setelah Defendan membayar Tupar harga belian berjumlah RM7000.00 pada 17.08.1980, Defendan telah mengambil milikan kosong Hartanah tersebut pada hari yang sama. Selepas itu, Defendan telah mengusahakan Hartanah tersebut dengan mendirikan dua (2) buah kedai dan dua belas (12) buah rumah sewa yang kesemuanya telah disewakan kepada pihak ketiga.
24
Sepanjang hayat Tupar, Defendan telah membayar cukai tanah bagi Hartanah tersebut iaitu sebanyak RM4.00 kepada Tupar dan selepas Tupar meninggal dunia pada tahun 2001, cukai tanah bagi Hartanah tersebut telah dibayar terus kepada anak buah Tupar yang bernama Ahmad Yamin Bin Tamyed.
25
Selepas Tupar meninggal dunia, Defendan telah berjumpa dengan Salamah dan Doliah berkenaan dengan hakmilik Hartanah tersebut. Salamah dan Doliah telah menyatakan bahawa setelah permohonan Geran Mentadbir Harta Pusaka Tupar dilakukan, Salamah dan Doliah akan memastikan Defendan mendapat hakmilik Hartanah tersebut berdasarkan kepada Perjanjian tersebut.
26
Namun pada awal tahun 2014, Plaintif-Plaintif telah berjumpa dengan Defendan dan menyatakan bahawa Hartanah tersebut kini telah dipindahkan ke atas nama mereka dan meminta Defendan untuk keluar daripada Hartanah tersebut. Walaupun Defendan telah menunjukkan Perjanjian tersebut kepada Plaintif-Plaintif dan memaklumkan bahawa Tupar, Doliah dan Salamah telah memberi akujanji kepada Defendan bahawa Hartanah tersebut akan dipecah geran dan ditukar hakmilik kepada Defendan, namun Plaintif-Plaintif masih meminta Defendan keluar dari Hartanah tersebut.
27
Setelah perjumpaan tersebut, Defendan telah pergi ke Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat dan mendapati bahawa Tanah tersebut yang pada asalnya telah didaftar di bawah Master Title Grant 3252, P. No. 253, Mukim Bandar dengan keluasan 3a, 3r, 10pl telah didaftarkan atas geran baru yang dikenali sebagai HSM 839, PT 313, Tempat Tanah Raja, Mukim Bandar, Daerah Kuala Langat, Negeri Selangor atas nama Salamah sebanyak ¼ bahagian dan Doliah sebanyak ¾ bahagian pada 13.10.2004 tanpa pengetahuan dan kebenaran Defendan.
28
Defendan seterusnya telah memasukkan kaveat persendirian ke atas Hartanah tersebut pada 17.02.2014.
29
Defendan menegaskan Plaintif-Plaintif tidak berhak untuk menukar hakmilik bahagian Hartanah tersebut ke atas nama Plaintif-Plaintif memandangkan terdapat Perjanjian tersebut yang sah bertarikh 17.09.1980 di antara Tupar dengan Defendan. Plaintif-Plaintif juga adalah memegang Hartanah tersebut sebagai pemegang amanah bagi pihak Defendan.
30
Defendan menyatakan walaupun Plaintif-Plaintif merupakan pemegang amanah kepada hak Defendan sebagai pemilik benefisial yang mempunyai kepentingan ekuiti sebaik sahaja Perjanjian tersebut ditandatangani pada 17.09.1980, namun, Plaintif-Plaintif telah melakukan pecah amanah apabila merahsiakan status pendaftaran geran asal kepada hartanah dikenali sebagai HSM 839, PT 313, Tempat Tanah Raja, Mukim Bandar, Daerah Kuala Langat, Negeri Selangor dan pembahagian yang didaftarkan pada 13.10.2004 dan seterusnya telah merahsiakan pendaftaran geran sebagai PM 304, Lot 5386, Tempat Tanah Raja, Mukim Bandar, Daerah Kuala Langat, Negeri Selangor dan pecah bahagian yang didaftarkan pada 30.03.2011.
31
Defendan seterusnya menyatakan Plaintif-Plaintif telah berniat mala fide atau menipu dan menafikan hak Defendan apabila gagal untuk memaklumkan kepada Defendan mengenai permohonan pengeluaran geran baharu di atas HSM 839, PT 313, Tempat Tanah Raja, Mukim Bandar, Daerah Kuala Langat, Negeri Selangor dan pecah bahagian yang dilakukan pada Tanah tersebut yang didaftarkan sebagai PM 304, Lot 5386, Tempat Tanah Raja, Mukim Bandar, Daerah Kuala Langat, Negeri Selangor pada 30.03.2011.
32
Plaintif-Plaintif juga telah berniat mala fide atau menipu Defendan setelah perjumpaan pada tahun 2014 apabila gagal untuk menukar hakmilik bahagian Hartanah tersebut dengan memasukkan nama Defendan walaupun Defendan telah menunjukkan Perjanjian tersebut yang asal kepada Plaintif-Plaintif.
33
Oleh itu Plaintif-Plaintif di estop di sisi undang-undang dan Laches daripada mempertikaikan hak Defendan di bawah Perjanjian tersebut yang dimasuki di antara Tupar dengan Defendan.
34
Walaupun Plaintif-Plaintif mempunyai pengetahuan mengenai Perjanjian tersebut, namun Plaintif-Plaintif secara mala fide dan atau sengaja telah memfailkan tindakan undang-undang terhadap Defendan, menyebarkan fitnah di kawasan tempat tinggal Plaintif-Plaintif dan seterusnya menyebabkan reputasi Defendan sebagai pemilik Hartanah tersebut dan tuan punya Binaan Premis di atas Hartanah tersebut tercemar. Defendan mengalami tekanan emosi dan mental kerana penyewa-penyewa ingin keluar dari rumah sewa tersebut, Defendan mengalami kerugian pendapatan sewa bulanan.
35
Oleh yang demikian berdasarkan Perjanjian tersebut, Defendan telah membuat Tuntutan Balas terhadap Plaintif-Plaintif antara lain, untuk perintah seperti berikut :- a. satu deklarasi bahawa Plaintif-Plaintif merupakan pemegang amanah untuk Defendan bagi ¼ bahagian Tanah tersebut; b. perintah bahawa Plaintif-Plaintif melaksanakan instrumen pindah milik untuk memindah milik ¼ bahagian Tanah tersebut kepada Defendan; c. sekiranya Plaintif-Plaintif gagal melaksanakan instrumen pindah milik, maka Pengarah Tanah dan Galian Negeri Selangor hendaklah memindah milik ¼ bahagian Tanah tersebut kepada Defendan; d. ganti rugi khas berjumlah RM 70,000.00 iaitu kos guaman bagi pembelaan dan tuntutan balas Defendan; e. ganti rugi am dan teladan bagi penyebaran fitnah;
36
Plaintif-Plaintif menafikan kewujudan Perjanjian tersebut antara Tupar dengan Defendan yang melibatkan Tanah tersebut.
37
Seramai lapan (8) orang saksi telah memberikan keterangan ketika perbicaraan iaitu seperti berikut; Saksi Plaintif-Plaintif a. Siti Rumilah binti Tamyed (SP1) b. Siti Hajariah binti Tamyed (SP2) c. Ahmad Yamin bin Tamyed (SP3) Saksi Defendan d. Baini bin Kasan Mardi (SD1)(Defendan) e. Bakar bin Sariman (SD2) f. Siti Junaidah Binti Mujir (SD3) g. Ahmad Darus Bin Ngaton (SD4) h. Mohd Rizal Bin Abd Jalal (SD5)
38
Setelah meneliti kesemua keterangan dan bukti yang telah dikemukakan oleh Plaintif-Plaintif dan Defendan pada perbicaraan, dan setelah membaca hujahan-hujahan bertulis dan setelah mendengar hujahan lisan daripada kedua-dua pihak, Mahkamah telah mendapati Plaintif-Plaintif telah gagal untuk membuktikan kes mereka atas imbangan kebarangkalian. Manakala Defendan telah berjaya membuktikan Tuntutan Balas Defendan atas imbangan kebarangkalian. Alasan-alasan saya adalah seperti dinyatakan di bawah.
39
Di dalam tindakan ini, Mahkamah dimaklumkan kesemua individu yang terlibat secara langsung dalam Perjanjian tersebut, iaitu Tupar, Mujir, Jarjani telah meninggal dunia, kecuali Defendan. Adik Tupar, Doliah juga telah meninggal dunia. Manakala Salamah, tidak diketahui tentang keberadaannya.
40
Semasa perbicaraan, Defendan setelah selesai memanggil SD4, telah memohon kepada Mahkamah untuk memanggil seorang saksi dari Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat untuk memberikan penjelasan mengenai Tanah tersebut sama ada Lot 3, Grant 3252, P. No.253, Mukim Bandar yang dinyatakan dalam Perjanjian tersebut adalah tanah yang sama seperti yang didaftarkan sebagai Hakmilik Sementara Mukim No. H.S.(M): 839, PT 313, Tempat Tanah Raja, Mukim Bandar, Daerah Kuala Langat, Negeri Selangor yang kemudian telah didaftarkan sebagai Pajakan Mukim No. Hakmilik: 304, Lot 5386, Tanah Raja, Mukim Bandar, Kuala Langat, Selangor. Ini adalah kerana Plaintif-Plaintif, walaupun tidak memplidkan bahawa tanah yang dinyatakan di dalam Perjanjian tersebut adalah tanah yang berbeza daripada yang dimiliki oleh Plaintif-Plaintif iaitu Pajakan Mukim No. Hakmilik: 304, Lot 5386, Tanah Raja, Mukim Bandar, Kuala Langat, Selangor, telah menjalankan pemeriksaan balas yang menuju kepada pengataan bahawa tanah-tanah itu adalah berlainan. Pihak Defendan menyatakan fakta yang berbangkit semasa perbicaraan ini adalah material untuk dijelaskan kerana Plaintif-Plaintif tidak pernah mempertikaikan bahawa tanah yang dinyatakan dalam Perjanjian tersebut adalah tanah yang berbeza daripada tanah yang menjadi pertikaian dalam kes ini. Maka, bagi memastikan semua fakta yang betul dikemukakan sebagai keterangan dan demi keadilan kes ini, Mahkamah wajar membenarkan Defendan untuk memanggil saksi yang dapat menerangkan kedudukan sebenar.
41
Pihak Plaintif-Plaintif telah membantah dengan mengatakan terdapat kelewatan dalam mendapatkan penjelasan mengenai fakta tersebut dan ianya akan memprejudiskan kes Plaintif-Plaintif.
42
Mahkamah juga bersetuju perkara ini adalah fakta material yang perlu dijelaskan. Mahkamah mendapati percanggahan ini telah dibangkitkan sendiri oleh Plaintif-Plaintif ketika pemeriksaan balas saksi-saksi, walaupun fakta ini bukan fakta yang telah diplidkan oleh Plaintif-Plaintif. Malah Plaintif-Plaintif dalam Pernyataan Tuntutan dan Jawapan kepada Pernyataan Pembelaan dan Pembelaan kepada Tuntutan Balas tidak pernah mengambil pendirian bahawa tanah yang dinyatakan dalam Perjanjian tersebut adalah tanah yang berbeza daripada tanah yang diduduki oleh Defendan kini. Oleh yang demikian, Mahkamah mendapati demi keadilan adalah wajar status dan kronologi pemilikan Tanah tersebut diperjelaskan oleh saksi daripada Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat.
43
Oleh itu, Mahkamah telah menggunakan kuasa budi bicaranya di bawah Aturan 35 kaedah 3 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 untuk membenarkan Defendan untuk mengemukakan saksi untuk menjelaskan berkenaan Tanah tersebut.
44
Maka SD5 telah dipanggil pada tarikh selanjutnya. SD5, Mohamad Rizal Bin Abdul Jalal, adalah Penolong Pegawai Tanah di Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat, Selangor.
45
Keterangan SD5 menyatakan bahawa Tanah Lot 3 Grant No. 3252 Mukim Bandar, yang juga dikenali sebagai Tanah Raja, pada asalnya adalah dimiliki oleh Tengku Musa Eddin Ibni Almarhum Sultan Alaiddin Sulaiman Shah. Setelah dipindah milik beberapa kali, Tanah Lot 3 Grant No. 3252 Mukim Bandar tersebut telah diserahkan kepada Kerajaan Negeri Selangor. Pihak Kerajaan Negeri setelah mendapat perkenan Baginda Sultan telah membuka peluang kepada peneroka yang telah menduduki dan meneroka tanah itu untuk memohon tanah yang diduduki secara pemberi milikan tanah (tanah kurnia). Sehubungan itu, Tupar telah mengemukakan permohonan rasmi di bawah seksyen 76 Kanun Tanah Negara pada 25.04.1978 untuk milikan tanah yang didudukinya bagi blok 253 (menurut SD5 kawasan tanah yang telah diteroka digelar sebagai ‘portion’ atau blok seperti yang telah disebutkan dalam Perjanjian tersebut iaitu Lot 3 Grant 3252 P.No. 253). Permohonan Tupar telah diluluskan pada 21.04.1987. Tanah tersebut yang diluluskan dikenali sebagai Blok 253 PT1, bermaksud Blok 253 itu dipecahkan lebih dari satu ‘portion’ dan keluasan yang diluluskan masa itu ialah lebih kurang dua (2) ekar. Pada 23.03.1988, Hakmilik Sementara 839 No. PT 313 Mukim Bandar, Tempat Tanah Raja dengan keluasan 0.8093 hektar telah didaftarkan dan dikeluarkan kepada Tupar. Selepas No. PT 313 diukur halus oleh Jabatan Ukur Selangor, Tanah tersebut dikenali sebagai Lot 5386 dengan keluasan muktamad 0.8619 hektar dan didaftarkan pada 22.06.2010 sebagai Pajakan Mukim 304, Mukim Bandar, Tanah Raja, Daerah Kuala Langat, Selangor.
46
SD5 juga telah mengesahkan bahawa Lot 3 Geran 3252 yang dinyatakan dalam Perjanjian tersebut adalah Tanah tersebut yang telah diturun milik kepada Doliah (3/4 bahagian) dan Salamah (1/4 bahagian) dan kemudian bahagian milik Doliah telah diturun milik kepada Plaintif-Plaintif. Kini Tanah tersebut telah didaftarkan sebagai Geran Pajakan Mukim No. Hakmilik 304, Lot 5386, Tanah Raja, Mukim Bandar, Daerah Kuala Langat, Negeri Selangor yang berukuran 0.8619 hektar. A. Sama ada Plaintif-Plaintif mempunyai locus untuk membawa Tuntutan terhadap Defendan memandangkan Plaintif-Plaintif hanyalah pemilik berdaftar ¾ bahagian Tanah Tersebut
47
SP1 menyatakan Tuntutan Plaintif-Plaintif adalah terhadap keseluruhan Tanah tersebut kerana bahagian Salamah juga adalah milik Plaintif-Plaintif. Mahkamah mendapati keterangan SP1 adalah bercanggah dengan bukti dokumentari yang dikemukakan. Melalui Geran Hakmilik Tetap, Mahkamah mendapati Plaintif-Plaintif hanyalah pemilik berdaftar bagi ¾ bahagian Tanah tersebut dan ¼ bahagian lagi dimiliki dan didaftarkan atas nama Salamah. Maka Plaintif-Plaintif bukanlah pemilik keseluruhan Tanah tersebut dan hanyalah pemilik ¾ bahagian Tanah tersebut. Perkara ini juga tidak dinafikan oleh SP1 dan SP2.
48
Walaupun menurut SP1 tindakan ini juga dibawa bagi pihak Salamah juga, namun, dalam tindakan ini Salamah bukanlah salah seorang pihak yang dinamakan sebagai Plaintif. Tambahan pula, tiada apa-apa bukti yang dikemukakan bahawa Plaintif-Plaintif telah diberi kuasa dan persetujuan oleh Salamah atau wakil estet Salamah untuk membawa tindakan ini bagi pihak Salamah. Oleh itu, hak tuntutan Plaintif-Plaintif dalam tuntutan ini hanyalah atas ¾ bahagian Tanah tersebut dan bukan bagi keseluruhan Tanah tersebut. Plaintif-Plaintif tiada locus untuk membawa tindakan ini bagi ¼ bahagian milik Salamah.
49
Seterusnya, keterangan SP1 dan SP2 menyatakan terdapat tanda batu di Tanah tersebut untuk menunjukkan kawasan ¾ bahagian Plaintif-Plaintif. Namun bukti tersebut tidak dikemukakan di Mahkamah.
50
Selanjutnya, timbul persoalan sama ada Defendan telah menduduki dan membina Binaan Premis tersebut di atas ¾ bahagian Plaintif- Plaintif? Tiada apa-apa bukti yang dikemukakan oleh Plaintif-Plaintif yang menunjukkan Defendan telah menduduki dan membina Binaan Premis tersebut sama ada di atas ¾ bahagian milik Plaintiff-Plaintif atau di atas ¼ bahagian milik Salamah. Jika Defendan menduduki di atas ¼ bahagian Salamah, dan Salamah bukan pihak dalam tindakan ini, maka Plaintif-Plaintif tiada locus untuk membawa tindakan ini terhadap Defendan.
51
Selain itu Mahkamah juga berpendapat Plaintif-Plaintif tidak mempunyai locus untuk membawa tindakan ini kerana Plaintif-Plaintif bukan pemilik keseluruhan Tanah tersebut dan adalah tidak dipertikaikan Tanah tersebut masih belum dipecah tanah (sub-divided) mengikut pembahagian ¾ bahagian kepada Plaintif-Plaintif dan ¼ bahagian Salamah.
52
Maka, Mahkamah berpendapat oleh kerana tiada kepastian bahawa Defendan menduduki dan membina Binaan Premis sama ada di atas ¾ bahagian Tanah tersebut yang menjadi milik Plaintif-Plaintif atau di ¼ bahagian milik Salamah, dan kerana Salamah bukan salah seorang pihak dalam tindakan ini, tambahan Plaintif-Plaintif bukan pemilik keseluruhan bahagian Tanah tersebut, maka, Plaintif-Plaintif tidak mempunyai locus untuk membawa tindakan ini terhadap Defendan.
53
Tambahan pula, SP3 yang merupakan bapa kepada Plaintif Kelima, Ahmad Nazri Syafik Bin Ahmad Yamin, juga memaklumkan Mahkamah bahawa Plaintif Kelima tiada pengetahuan berhubung tindakan ini kerana tidak dimaklumkan. Ini bermakna tindakan ini telah dibawa bagi pihak Plaintif Kelima tanpa kebenaran dan persetujuan Plaintif Kelima.
54
Maka Mahkamah berpendapat Plaintif-Plaintif tiada locus untuk membawa tindakan ini bagi pihak Plaintif Kelima dan Salamah (seperti yang dikatakan oleh SP1).
55
Mahkamah mendapati atas alasan-alasan yang dinyatakan di atas sahaja pun Tuntutan Plaintif-Plaintif boleh ditolak. B. Sama ada Defendan telah menceroboh Tanah tersebut
56
Undang-undang berhubung pencerobohan adalah mantap. Pencerobohan hanya berlaku jika Defendan menduduki Hartanah tersebut tanpa kebenaran daripada pemilik Tanah tersebut. Walaupun Defendan dikatakan tidak memperoleh persetujuan Plaintif-Plaintif yang merupakan pemilik baharu, namun jika Defendan telah memperoleh kebenaran dari pemilik asal, maka ianya bukanlah pencerobohan. Mahkamah merujuk kes Fairise Odyssey Sdn Bhd v Tenaga Nasional Bhd [2015] 8 MLJ 625 yang menyatakan seperti berikut:- “[23] It is elementary that a trespass cannot constitute a continuing trespass if it never constituted a trespass to begin with. No continuing trespass of land will be committed by a defendant who has the express or tacit consent of the original owner of a land to erect a structure on the said land. In such circumstances the defendant is said to come on such land by the leave and licence of the plaintiff.” … “[42] In my judgment, the absence of any endorsement on the register of title, does not vitiate the implied consent given to TNB. I accept the evidence of Khairil that the existence of the transmission lines is not endorsed on the register document of title as no survey has been done as the land is still held under a qualified title. It would be endorsed on the final title only after a survey is done. [43] On the evidence, it is clear that since 1992, the transmission line has been on the subject land. There is no evidence that any of the original owners had ever objected to the presence of the transmission line. Where there is a lengthy period during which materials remain on the land without objection or without a request for those materials to be removed, the law does not permit a landowner to assert a claim in trespass. In the instant case, there is no evidence that either the state authority or Metro Angkasa or CIMB had protested about the transmission line. As noted earlier, a trespass cannot constitute a continuing trespass if it never constituted a trespass to begin with. In the result, I find that the plaintiff has failed to prove continuing trespass as the evidence demonstrates that TNB had the approval of the state authority. [44] I further hold that this approval binds all parties who have taken ownership of the subject land subsequent to its alienation to Metro Angkasa.” [penekanan ditambah]
57
Mahkamah juga merujuk kes Bayangan Sepadu Sdn Bhd v Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor & Ors [2021] 1 MLJ 322 Mahkamah Rayuan memutuskan seperti berikut :- “[35] In the case of One Visa Sdn Bhd v Telekom Malaysia Bhd [2015] 7 MLJ 104; [2015] 10 CLJ 569 the court held that: The plaintiff purchased the lands on the basis of ‘as is where is’ as evidenced by the proclamation of safe for the public auction. The application of ‘as is where is’ was in relation to the plaintiff’s purchase of the lands according to its existing condition. The plaintiff ought to have known or was otherwise deemed to have known about the exercise of the defendant’s infrastructure and of any squatters prior to the purchase of the lands … As such, the plaintiff’s claim against the defendant for trespass and damages pursuant to it with regards to the presence of the squatters on the lands was without basis and could not be sustained. [36] We agreed with the learned JC that the entry upon the land cannot be regarded an unjustifiable intrusion as contended by the plaintiff as it was with the consent of the previous owner that the land was surrendered to the third defendant. Thus, we are of the considered view that the plaintiff’s claim against the defendant for trespass and for damages is without basis and cannot be sustained. [37] After having heard the parties at length and upon careful perusal of the records of appeals, we find no appealable error to warrant our intervention. In the circumstances, and for the reasons we have given, we are of the considered opinion that there was a valid surrender of the land, approximately 14 acres by the previous owners to the defendants to build the retention pond and the structures.” [penekanan ditambah]
58
SP1 dan SP2 mengakui bahawa Defendan telah menduduki Tanah tersebut pada masa hayat Tupar, Doliah dan Salamah. Namun begitu, keterangan SP1 dan SP2 menyatakan Plaintif-Plaintif hanya sedar Defendan telah membina Binaan Premis pada awal tahun 2013.
59
Mahkamah mendapati keterangan SP1 adalah bercanggah mengenai SP1 hanya menyedari pembinaan Binaan Premis oleh Defendan pada awal tahun 2013, apabila dalam pemeriksaan balas SP1 mengakui telah mengetahui tentang keberadaan Defendan di Hartanah tersebut sejak 1980an kerana Defendan telah mula membuat pembinaan atas Hartanah tersebut sejak 1980an. SP2 juga mengakui mempunyai pengetahuan bahawa Binaan Premis Defendan telah wujud sejak 1983.
60
Selanjutnya, keterangan SP1 juga mengatakan bahawa SP1 sering balik ke kampung. Mahkamah mendapati adalah tidak mungkin untuk SP1 tidak menyedari pembinaan rumah dan kedai oleh Defendan sejak tahun 1980an sehingga 2011 memandangkan Defendan telah membina dua (2) buah kedai dan dua belas (12) buah rumah dan telah menyewakan premis-premis tersebut kepada pihak ketiga dalam tempoh tersebut. Oleh kerana proses membina rumah dan kedai telah berlaku beberapa lama secara berperingkat, tidak mungkin SP1 dan SP2 boleh terlepas pandang selama hampir 30 tahun, dan tiba-tiba hanya menyedarinya pada awal tahun 2013. Malah, SP2 ada memberi keterangan bahawa beliau boleh nampak Binaan Premis Defendan dari rumahnya. Maka, mana mungkin Plaintif-Plaintif hanya tiba-tiba sedar kewujudan Binaan Premis tersebut pada awal tahun 2013. Ini mencadangkan SP1 dan SP2 tidak jujur dalam keterangan mereka. Berdasarkan keterangan-keterangan tersebut saya mendapati Tuntutan Plaintif-Plaintif bahawa mereka hanya sedar kehadiran Defendan di atas Hartanah itu pada awal tahun 2013 tidak boleh dipercayai dan adalah tidak benar.
61
SP1 juga mengakui bahawa sebelum meninggal dunia Tupar telah memberitahu SP1 bahawa beliau telah memberi kebenaran kepada Defendan untuk berada di atas Hartanah tersebut. SP1 juga mengakui perkara yang sama telah dimaklumkan oleh Tupar kepada keluarganya, Doliah dan Salamah. Malah SP1 juga mengakui pada tahun 1990an juga Tupar ada memaklumkan keluarganya mengenai kebenaran yang telah diberikan kepada Defendan untuk menduduki Hartanah tersebut. Keterangan ini adalah konsisten dengan keterangan Defendan (iaitu SD1) yang menyatakan beliau telah menduduki Hartanah tersebut dengan kebenaran Tupar setelah beliau membeli Hartanah tersebut daripada Tupar dan mendapatkan milikan kosong Hartanah tersebut. Oleh itu, Mahkamah mendapati SP1 dan SP2 pada semua masa material sedar dan tahu bahawa Defendan telah mendapat kebenaran daripada Tupar untuk berada di atas Hartanah tersebut. Sekali lagi Mahkamah mendapati kenyataan Plaintif-Plaintif di dalam Tuntutan adalah bercanggah dengan keterangan SP1 dan SP2 mengenai Defendan telah menduduki Tanah tersebut tanpa izin mana-mana pihak dan Plaintif-Plaintif.
62
SP1 juga mengakui semasa hayat Tupar, Doliah dan Salamah, kesemua mereka tidak pernah mengambil apa-apa tindakan untuk mengusir Defendan keluar dari Hartanah tersebut mahupun menghalang Defendan dari membina Binaan Premis tersebut, walaupun, pada ketika hayat mereka Defendan telah memulakan pembinaan Binaan Premis tersebut. Keterangan ini adalah konsisten dengan keterangan Defendan bahawa Defendan telah mula mengusahakan Hartanah tersebut dengan membina rumah dan rumah kedai dan telah mengutip sewa sejak tahun 1980an tanpa apa-apa gangguan daripada Tupar, Doliah dan Salamah mahupun Plaintif-Plaintif sehinggalah pada awal tahun 2014 apabila Plaintif-Plaintif menuntut untuk Defendan mengosongkan Hartanah tersebut. Namun selepas itu Defendan memasukkan kaveat persendirian di atas ¼ bahagian milik Salamah pada 17.02.2014, Defendan juga tidak pernah menerima sebarang gangguan daripada Plaintif-Plaintif ke atas Hartanah tersebut dan Defendan terus menikmati hasil kutipan sewaan bagi Binaan Premis tersebut sehinggalah apabila Defendan menerima Notis Tuntutan bertarikh 21.07.2021 daripada Plaintif-Plaintif.
63
Keterangan Defendan bahawa beliau telah menduduki Hartanah tersebut hampir 30 tahun dan sebelum Plaintif-Plaintif menjadi pemilik Hartanah tersebut iaitu sejak membeli Hartanah tersebut daripada Tupar dan memiliki milikan kosong selepas itu adalah konsisten dengan pengakuan SP1 dan SP2 tentang keberadaan Defendan di Hartanah tersebut sejak 1980an.
64
Selain itu keterangan SD2, dan SD4 juga jelas bahawa Defendan telah mengusahakan Hartanah tersebut sejak tahun 1980. SD2 dan SD4 juga telah digaji oleh Defendan untuk bekerja di Hartanah tersebut serta membina Binaan Premis sebelum Plaintif-Plaintif didaftarkan sebagai pemilik Tanah tersebut. Mahkamah mendapati keterangan SD2 dan SD4 adalah konsisten dengan keterangan SP1 dan SP2 bahawa Defendan telah mula membuat pembinaan sejak 1980an dan 1990an.
65
Selanjutnya, bukti dan keterangan di Mahkamah ini juga menunjukkan Defendan berada di Hartanah tersebut dengan pengetahuan Tupar dan Salamah selama 21 tahun (1980 hingga 2001) dan 25 tahun dalam pengetahuan Doliah. Maka adalah munasabah untuk menyimpulkan bahawa Tupar, Doliah dan Salamah sedar bahawa pada semua masa material Defendan mempunyai kepentingan ke atas Hartanah tersebut berdasarkan kepada Perjanjian tersebut.
66
Maka, daripada keterangan-keterangan di atas adalah jelas Defendan telah menduduki Hartanah tersebut dengan kebenaran daripada pemilik asal iaitu Tupar dan telah terus menduduki Hartanah tersebut ketika pemilikan oleh Doliah dan Salamah dan seterusnya sehingga dimiliki oleh Plaintif-Plaintif. Oleh itu Mahkamah mendapati Defendan tidak menceroboh Hartanah tersebut pada tahun 2013 kerana Defendan telah mendapat kebenaran daripada pemilik asal, Tupar, untuk menduduki Hartanah tersebut setelah membeli Hartanah tersebut pada 17.09.1980. Defendan tidak boleh dikatakan telah menceroboh apabila Tanah tersebut telah diturun milik kepada Plaintif-Plaintif kerana tiada pencerobohan dari mula Defendan menduduki Hartanah tersebut. C. Sama ada Perjanjian Jual Beli 17.09.1980 wujud dan adalah sah dan mengikat pihak-pihak
67
Antara isu utama yang perlu diputuskan oleh Mahkamah adalah sama ada Defendan dan Tupar telah memasuki Perjanjian tersebut untuk Defendan membeli Hartanah tersebut daripada Tupar dan jika ya, adakah Perjanjian tersebut sah dan mengikat (valid and binding) pihak-pihak.
68
Plaintif-Plaintif telah menafikan kewujudan Perjanjian tersebut dan sekiranya Perjanjian tersebut wujud, Plaintif-Plaintif menyatakan Perjanjian tersebut adalah tidak sah, terbatal dan void ab initio kerana jual beli terhadap sebahagian tanah pertanian iaitu ¼ ekar dari Tanah tersebut tidak dapat dilaksanakan kerana melanggar syarat-syarat nyata Tanah tersebut disebabkan sekatan jual beli serta melanggar peruntukan Kanun Tanah Negara 1965.
69
Di dalam kes ini, keterangan Defendan adalah bahawa beliau telah memasuki Perjanjian tersebut dengan Tupar pada 17.09.1980 untuk membeli Hartanah tersebut dan telah membayar sejumlah RM7000.00 setelah Perjanjian tersebut ditandatangani serta telah memiliki milikan kosong Hartanah pada tarikh yang sama. Seperti yang telah dinyatakan di atas, Defendan adalah satu-satunya pihak dalam Perjanjian tersebut yang masih hidup pada masa ini. Tupar dan dua orang saksi kepada Perjanjian tersebut iaitu Mujir dan Jarjani telah meninggal dunia.
70
Terdapat keterangan Defendan sendiri yang tidak disangkal oleh Plaintif-Plaintif dengan bukti sebaliknya, bahawa Defendan telah menandatangani Perjanjian tersebut dengan Tupar. Defendan telah mengesahkan tandatangannya dalam salinan asal Perjanjian tersebut yang telah dikemukakan dan diterima di Mahkamah (D1).
71
Defendan telah mengemukakan keterangan SD2, Bakar Bin Sariman yang telah menyatakan beliau mempunyai pengetahuan mengenai Perjanjian tersebut kerana SD2 hadir bersama Defendan, Tupar, dan Jarjani pada 17.09.1980 di rumah Mujir, selaku Ketua Kampung Sg Buaya ketika itu untuk menandatangani Perjanjian tersebut. SD2 menyatakan beliau telah melihat Tupar dan Defendan menandatangani Perjanjian tersebut dengan disaksikan oleh Mujir dan Jarjani. Selanjutnya SD2 mengesahkan beliau telah melihat Defendan membayar Tupar sejumlah RM7000.00 tunai di hadapan kedua-dua saksi tersebut. SD2 juga telah mengesahkan Perjanjian tersebut yang asal (D1) adalah perjanjian yang sama yang telah ditandatangani oleh pihak-pihak. Saya dapati keterangan SD2 adalah konsisten berhubung Perjanjian tersebut dan keterangan SD2 tidak disangkal oleh Plaintif-Plaintif dengan bukti sebaliknya.
72
Defendan juga telah mengemukakan keterangan SD3 yang merupakan anak kandung Mujir. SD3 telah mengesahkan bahawa tandatangan, cap Ketua Kampung dan nombor kad pengenalan yang tertera di Perjanjian tersebut sebagai Mujir Bin Sarmawi adalah tandatangan, cap Ketua Kampung dan nombor kad pengenalan bapanya. SD3 juga mengatakan beliau percaya bapanya telah menandatangani Perjanjian tersebut sebagai saksi memandangkan Mujir merupakan Ketua Kampung Sg Buaya pada ketika itu. Menurutnya selaku Ketua Kampung Sg Buaya segala urusan yang melibatkan orang kampung akan dirujuk kepada bapanya termasuk urusan perjanjian jual beli yang dibuat sendiri. SD3 juga mengaku dokumen-dokumen yang merupakan kad kesihatan serta kad Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Sg Buaya yang dikemukakan Defendan di mukasurat 24, 25 dan 26 Ikatan B adalah dokumen milik bapanya yang berada dalam milikan SD3. Bukti dokumentari ini menunjukkan tandatangan bapanya dalam dokumen-dokumen tersebut adalah sama dengan tandatangan Mujir dalam Perjanjian tersebut. SD3 mengatakan beliau pasti itu adalah tandatangan bapanya kerana beliau biasa melihat tandatangan bapanya sejak kecil.
73
Oleh kerana ini adalah “direct oral evidence” daripada saksi-saksi, dan tiada apa-apa bukti sebaliknya yang dikemukakan oleh Plaintif-Plaintif untuk menyangkal keterangan ini, Mahkamah menerima keterangan saksi-saksi ini kerana Mahkamah mendapati keterangan-keterangan SD2 dan SD3 adalah konsisten dengan keterangan Defendan dan setelah melihat mereka memberikan keterangan, Mahkamah tidak mempunyai sebab untuk tidak mempercayai keterangan mereka. Mahkamah juga telah meneliti Perjanjian tersebut yang asal dan mendapati ianya kelihatan usang namun boleh dibaca dengan jelas akan isi kandungannya dan tandatangan pihak-pihak yang terlibat adalah jelas.
74
Walaupun Plaintif-Plaintif telah menafikan kewujudan Perjanjian tersebut, selaras dengan seksyen 73A Akta Keterangan 1950, Mahkamah mendapati Defendan telah memanggil saksi yang terlibat dan mempunyai pengetahuan dalam penyempurnaan Perjanjian tersebut. Defendan sendiri yang merupakan pihak yang membeli Hartanah tersebut dan menandatangani Perjanjian tersebut telah memberikan direct oral evidence yang mengesahkan tandatangannya dan kandungan Perjanjian tersebut. Perjanjian tersebut yang asal telah dikemukakan dan diterima di Mahkamah. Plaintif-Plaintif tidak mengemukakan apa-apa keterangan dan bukti sebaliknya yang boleh menyangkal keterangan dan bukti yang dikemukakan oleh Defendan.
75
Walaupun Tupar dan saksi-saksi lain kepada penyempurnaan Perjanjian tersebut tidak dapat dipanggil sebagai saksi kerana telah meninggal dunia, menurut seksyen 73A (2) Akta Keterangan 1950, Mahkamah boleh menggunakan kuasa budi bicaranya untuk mengecualikan saksi-saksi lain iaitu Tupar, Mujir dan Jarjani daripada dipanggil sebagai saksi kerana terdapat keterangan yang tidak dipertikaikan bahawa Tupar, Mujir dan Jarjani telah meninggal dunia (lihat : Bank of Tokyo-Mitsubishi (Malaysia) Bhd v Sim Lim Holdings Bhd & Ors [2001] 2 CLJ 474, Arab Merchant Bank Bhd v Chong On Foh Medical Hall & Liquor Dealers [1997] 4 MLJ 532, and Kubota Agricultural Machinery Sdn Bhd v Sharizan Sdn Bhd & Ors (Third Parties) [2001] 6 CLJ 104, Hamdiah bt Ahmad & Anor v Pembangunan Tanah dan Perumahan Sdn
76
Tambahan lagi, keterangan dokumen yang dikemukakan adalah berkaitan dan telah menyokong keterangan lisan Defendan, SD2 dan SD3 bahawa Perjanjian tersebut telah dibuat antara Defendan dengan Tupar. Oleh itu setelah mempertimbangkan kesemua keterangan, bukti dan fakta kes ini, Mahkamah mendapati Perjanjian tersebut adalah dokumen yang boleh diterima (admissible) menurut seksyen 73A Akta Keterangan 1950 dan mendapati Defendan telah mematuhi Seksyen tersebut. Seksyen 73A Akta tersebut memperuntukkan: “73A - Admissibility of documentary evidence in civil cases, etc
1
Notwithstanding anything contained in this Chapter, in any civil proceedings where direct oral evidence of a fact would be admissible, any statement made by a person in a document and tending to establish that fact shall, on production of the original document, be admissible as evidence of that fact if the following conditions are satisfied:
a
if the maker of the statement either-
i
had personal knowledge of the matters dealt with by the statement; or
II
(ii) where the document in question is or forms part of a record purporting to be a continuous record, made the statement (so far as the matters dealt with thereby are not within his personal knowledge) in the performance of a duty to record information supplied to him by a person who had, or might reasonably be supposed to have had, personal knowledge of those matters; and
b
if the maker of the statement is called as a witness in the proceedings: Provided that the condition that the maker of the statement shall be called as a witness need not be satisfied if he is dead, or unfit by reason of his bodily or mental condition to attend as a witness, or if he is beyond the seas and it is not reasonably practicable to secure his attendance, or if all reasonable efforts to find him have been made without success.” [penekanan ditambah]
77
Mahkamah juga mendapati Perjanjian tersebut yang asal adalah dokumen yang telah usang berusia lebih dari 40 tahun. Oleh itu seksyen 90 Akta Keterangan 1950 adalah terpakai dalam keadaan ini, seksyen 90 Akta tersebut menyatakan: “Section 90 — Presumption as to documents 20 years old Where any document purporting or proved to be twenty years old is produced from any custody which the court in the particular case considers proper, the court may presume that the signature and every other part of that document which purports to be in the handwriting of any particular person is in that person’s handwriting, and in the case of a document executed or attested, that it was duly executed and attested by the persons by whom it purports to be executed and attested.”
78
Oleh yang demikian, mengambil kira seksyen 90 Akta Keterangan 1950, dan setelah melihat Perjanjian tersebut yang asal Mahkamah mendapati ianya adalah dalam keadaan usang disebabkan usia yang lama namun adalah jelas dan tiada apa yang mencurigakan. Malah Mahkamah boleh menyatakan “it has a ring of truth and an honest face” setelah melihat dokumen asal tersebut. Oleh itu Mahkamah boleh menganggap tandatangan untuk jual beli Hartanah tersebut oleh Tupar dan Defendan serta tandatangan serta cap Ketua Kampung Sg Buaya milik Mujir dan tandatangan Jarjani yang dikatakan menjadi saksi kepada penyempurnaan Perjanjian tersebut adalah milik penama seperti yang telah dinyatakan dalam Perjanjian tersebut dan ianya telah dibuat dan disempurnakan oleh penama-penama yang dinyatakan dalam Perjanjian tersebut serta adalah sahih (lihat: Ghazali bin Arifin v Ahmad Bin Bakar & Ors [1992] 1 MLJ 282; Noraini Bt Mohamed Hadi v Pembangunan Tanah dan Perumahan Sdn Bhd and another appeal [2021] 4 MLJ 152, CA).
79
Selanjutnya, dalam menentukan kewujudan sesuatu kontrak, Mahkamah juga boleh membuat inferen dari bahasa yang digunakan oleh pihak-pihak, tingkah laku mereka, mengambil kira keadaan sekeliling dan tujuan kontrak itu. Mahkamah merujuk kes Hamdiah bt Ahmad & Anor v Pembangunan Tanah dan Perumahan Sdn Bhd (supra), mahkamah dalam kes tersebut menyatakan: “[18] It is pertinent to note that in determining the existence of a contract, inferences must be drawn from the language the parties have used, their conduct, regard being had to the surrounding circumstances, and the object of the contract. This was explained by Edgar Joseph Jr SCJ in Ayer Hitam Tin Dredging Malaysia Bhd v YC Chin Enterprises Sdn Bhd [1994] 2 MLJ 754, in the following words: As clear and helpful an enunciation of the principles as any which should guide the Court in determining the ever recurring question of whether there has been a contract between the parties is provided by Saville J in Vitol BV v Compagnie Europeene des Petroles [1988] 1 Lloyd’s Rep 574, at 576 in the following words: The approach of the English law to questions of the true construction of contracts of this kind is to seek objectively to ascertain the intentions of the parties from the words which they have chosen to use. If those words are clear and admit of only one sensible meaning, then that is the meaning to be ascribed to them — and that meaning is taken to represent what the parties intended. If the words are not so clear and admit of more than one sensible meaning, then the ambiguity may be resolved by looking at the aim and genesis of the agreement, choosing the meaning which seems to make the most sense in the context of the contract and its surrounding circumstances as a whole. In some cases, of course, having attempted this exercise, it may simply remain impossible to give the words any sensible meaning at all in which case they (or some of them) are either ignored, that is to say, treated as not forming part of the contract at all, or (if of apparent central importance) treated as demonstrating that the parties never made an agreement at all, that is to say, had never truly agreed upon the vital terms of their bargain. [19] A court when interpreting a contract, therefore, is not confined to the four corners of a document, but is entitled to look at the factual matrix forming the background to the transaction.” [penekanan ditambah]
80
Selanjutnya melihat kepada fakta kes, keterangan serta bukti yang telah dikemukakan, Mahkamah mendapati adalah jelas bahawa Tupar mempunyai niat nyata untuk menjual Hartanah tersebut (manisfest intention to sell) apabila pada masa hayatnya beliau telah melaksanakan Perjanjian tersebut dengan membenarkan Defendan untuk menduduki dan mengusahakan Hartanah tersebut. Defendan juga setelah memasuki Perjanjian tersebut telah membayar RM7000.00 sebagai balasan dan telah mengambil milikan kosong Hartanah tersebut dengan serta merta dan seterusnya mengusahkannya tanpa apa-apa gangguan daripada Tupar, Doliah dan Salamah sepanjang mereka hidup. Ini menunjukkan terdapat hasrat nyata pihak-pihak untuk melaksanakan Perjanjian tersebut (the meeting of minds of parties to the contract to perform the contract).
81
Berdasarkan keterangan dan prinsip undang-undang yang dinyatakan di atas, Mahkamah mendapati Perjanjian tersebut antara Tupar dengan Defendan yang bertarikh 17.09.1980 yang telah ditandatangani dan dimatikan stem dengan membayar balasan (consideration) sebanyak RM7000.00 adalah wujud, sah dan mengikat terhadap Tupar dan pemilik selepasnya. Oleh itu, Defendan adalah seorang pembeli ‘dengan suci hati dan untuk balasan bernilai’ (purchaser in good faith and for valuable consideration) menurut seksyen 5 Kanun Tanah Negara. Ianya juga secara langsung telah menjadikan Defendan seorang yang mempunyai kepentingan benefisial dan ekuiti (beneficial and equitable interest) di atas Hartanah tersebut. D. Sama ada Plaintif-Plaintif adalah pemegang amanah bagi Hartanah tersebut bagi pihak Defendan
82
Oleh kerana Perjanjian tersebut adalah sah dan mengikat bagi transaksi jual beli Hartanah tersebut, Defendan selaku pembeli, setelah melaksanakan tanggungjawabnya dalam Perjanjian tersebut, memperoleh hak ad rem (right ad rem) yang juga merupakan hak in personam (right in personam) ke atas Hartanah tersebut. Saya merujuk kes Kersah La’usin v Sikin Menan [1964] 1 MLRH 528, mahkamah menyatakan: “where there is valid binding contract for the sale of land, the purchaser, when he has performed his side of the contract, acquires a right ad rem which in also a right in personam…”
83
Maka itu, adalah jelas apabila Tupar telah memasuki Perjanjian tersebut dan setelah menerima bayaran bagi jual beli itu, dan setelah menyerahkan milikan kosong kepada Defendan, maka, Tupar adalah pemegang amanah bagi ¼ ekar Tanah tersebut bagi pihak Defendan. Defendan juga mempunyai kepentingan ekuiti (equitable interest) ke atas Hartanah tersebut. Seterusnya oleh kerana hakmilik bagi Tanah tersebut kemudiannya telah turun milik kepada Doliah, Salamah dan seterusnya dari Doliah kepada Plaintif-Plaintif, maka pemilik kini iaitu Salamah dan Plaintif-Plaintif juga adalah pemegang amanah bagi ¼ ekar Tanah tersebut seperti yang dinyatakan dalam Perjanjian tersebut bagi pihak Defendan.
84
Prinsip undang-undang berhubung pemegang amanah adalah undang-undang mantap. Bagi menjelaskan prinsip ini Mahkamah merujuk kes Hamdiah bt Ahmad & Anor v Pembangunan Tanah dan Perumahan Sdn Bhd (supra), yang mana mahkamah dalam kes tersebut telah menjelaskan seperti berikut: “[49] The law on constructive trust has been elucidated by Jessel MR in Lysaght v Edward [1876] 2 ChD 499, as follows: It appears to me that the effect of a contract for sale has been settled for more than two centuries; certainly it was completely settled before the time of Lord Hardwicke, who speaks of the settled doctrine of the Court as to it. What is that doctrine? It is that the moment you have a valid contract for sale the vendor becomes in equity a trustee for the purchaser of the estate sold, and the beneficial ownership passes to the purchaser, the vendor having a right to the purchase-money, a charge or lien on the estate for the security of that purchase-money, and a right to retain possession of the estate until the purchase-money is paid, in the absence of express contract as to the time of delivering possession. In other words, the position of the vendor is something between what has been called a naked or bare trustee, or a mere trustee (that is, a person without beneficial interest), and a mortgagee who is not, in equity (any more than a vendor), the owner of the estate, but is, in certain events, entitled to what the unpaid vendor is, viz, possession of the estate and a charge upon the estate for his purchase-money. (Emphasis added.) [50] This principle has been assimilated in Malaysian Jurisprudence in numerous cases including Samuel Naik Siang Ting v Public Bank [2015] 6 MLJ 1; Jasa Keramat Sdn Bhd v Monatech (M) Sdn Bhd & Ors [2014] 11 MLJ 422; Sanmaru Overseas Marketing Sdn Bhd & Anor v PT Indofood Interna Corp & Ors [2009] 2 MLJ 765; JW Properties Sdn Bhd v Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor & Anor and another appeal [2016] 1 MLJ 341 (CA): and Supreme Envy Sdn Bhd v Abul Rahim bin Sinon (suing and acting as personal representative and representing the estate of Sinon Bin Karnen, the deceased) & Anor [2017] 1 MLJ 43. [51] In Samuel Naik Siang Ting v Public Bank [2015] 6 MLJ 1, the law on constructive trust was distilled by the Federal Court, through Ramly Ali FCJ, in the following words: We are in full agreement and adopt the above well founded principles of law which, according to Jessel MR in Lysaght’s case, ‘has been settled for centuries’. Applying the said principles to the facts of the present case before us, we hold that MPM, being the registered proprietor of the land after executing the sale and purchase agreements with the earlier purchasers and having received the full purchase price, was a bare trustee (that is, a person without beneficial interest in the property); and to borrow the words of Jessel, MR in Lysaght’s case ‘ … the court will not permit the vendor afterwards to transfer the legal estate to a third person’. In other words, MPM in the present case, was therefore not permitted in law to sell or transfer the land to the new purchasers (including the appellant). The Court of Appeal was right in finding that MPM, after having entered in the sale and purchase agreements with the earlier purchasers and received the full payments of the purchase price, had become a bare trustee and as such was not permitted to deal with the lots. (Emphasis added.) [52] In a similar vein, in the present case, the deceased had paid the full purchase price to the defendant and was given possession of Lot 747.The defendant, via a letter (exhibited at p 86 of Part C of the CBD) had even permitted the deceased to enter and administer Lot 747. The letter reads: Dengan gembira-nya di-maalomkan ya’itu Lot tanah yang tersebut di-atas yang tuan/puan beli dari kami telah siap di-beri tanda oleh pehak Juru Ukor kami. Dari itu dengan sukachita-nya kami serahkan tanah yang tersebut kepada tuan/puan, dan boleh-lah pehak tuan/puan memasokki dan mentadbirkan tanah tersebut dari tarikh tuan/puan menanda tangani borang yang disertakan. [53] I also look to the case of Supreme Envy Sdn Bhd v Abul Rahim bin Sinon (suing and acting as personal representative and representing the estate of Sinon bin Karnen, the deceased) & Anor [2017] 1 MLJ 43 where Idrus Harun JCA (as he then was) held that the second respondent in that case, which was in a similar position as the defendant in this case, was a bare or constructive trustee. [54] It is also pertinent to note that although the defendant claimed that there was no privity of contract with the deceased, the concept of trust is an exception to that rule. As such, the plaintiffs could enforce the trust against the defendant, as it would be unconscionable for the defendant to assert its right on the basis of its registered title, whilst denying the plaintiffs what is rightly theirs, bearing in mind that there was a strong element of unjust enrichment and lack of probity on the part of the defendant: JW Properties Sdn Bhd v Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor & Anor and another appeal [2016] 1 MLJ 341, (CA)” [penekanan ditambah]
85
Bersandarkan kepada prinsip undang-undang yang telah diputuskan dalam kes-kes yang telah dinyatakan di atas, yang mana kedudukan Defendan dalam kes ini adalah hampir sama seperti dalam kes Hamdiah bt Ahmad yang dinyatakan di atas, dan berdasarkan Perjanjian tersebut, Tupar telah menjadi pemegang amanah dalam ekuiti bagi pihak Defendan dan dengan itu pemilikan benefisial (beneficial ownership) akan berpindah kepada Defendan. Dalam erti kata lain Tupar ialah “bare trustee” bagi pihak Defendan (seorang yang tiada lagi kepentingan benefisial (beneficial interest) atas Hartanah tersebut). Oleh kerana Plaintif-Plaintif hanya menjadi pemilik berdaftar pada 22.06.2010, maka Plaintif-Plaintif tidak boleh memiliki “title” yang lebih baik dari pemilik asal (Tupar) yang merupakan pemegang amanah Hartanah tersebut bagi pihak Defendan. Oleh itu walaupun Plaintif-Plaintif adalah pemilik berdaftar Tanah tersebut, mereka adalah pemegang amanah bagi Defendan ke atas ¼ ekar Tanah tersebut. E. Sama ada Plaintif-Plaintif memiliki Hakmilik yang tak boleh disangkal (Indefeasibility of Title)
86
Plaintif-Plaintif telah membangkitkan isu bahawa oleh kerana Plaintif-Plaintif adalah pemilik berdaftar maka Plaintif-Plaintif mempunyai hakmilik yang tak boleh disangkal (indefeasibility of title) atas hakmilik Tanah tersebut di bawah seksyen 340(1) Kanun Tanah Negara.
87
Walau bagaimanapun Mahkamah telah mendapati Plaintiff-Plaintif dan Salamah adalah pemegang amanah ke atas Hartanah tersebut bagi pihak Defendan, maka pengecualian di bawah seksyen 340(4)(b) Kanun Tanah Negara adalah terpakai kerana hakmilik yang dimiliki oleh Plaintif-Plaintif adalah “defeasible” kerana Defendan mempunyai pemilikan benefisial (beneficial ownership) berdasarkan Perjanjian tersebut yang sah dan mengikat. Seksyen 340(4)(b) Kanun Tanah Negara menyatakan: “340 Registration to confer indefeasible title or interest, except in certain circumstances …
4
Nothing in this section shall prejudice or prevent—
a
the exercise in respect of any land or interest of any power of forfeiture or sale conferred by this Act or any other written law for the time being in force, or any power of avoidance conferred by any such law; or
b
the determination of any title or interest by operation of law.” [penekanan ditambah]
88
Seksyen 340(4)(b) Kanun Tanah Negara memberikan perlindungan kepada Defendan yang merupakan pembeli bona fide dengan balasan bernilai (bona fide purchaser and for valuable consideration) dan ianya mengekalkan hak in personam (the in personam rights) yang wujud (secara kontrak atau ekuiti/‘contractual or equitable’) antara Defendan dan Tupar dan kini dengan Plaintif-Plaintif. Dapatan Mahkamah adalah bersandarkan keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam kes Ong Chat Pang & Anor v Valliappa Chettiar [1971] 1 MLRA 828 Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperti berikut:- “[57] That brings me to the major ground of appeal in this case, namely, that on the registration of their transfer the third and fourth defendants obtained an indefeasible title to the land. This ground is founded on the decision of the Privy Council in Frazer v. Walker [1967] 1 AC 569 to the effect that, the conception of indefeasibility being central in the system of land registration, so long as land stands registered in the name of a particular person such registration constitutes conclusive evidence that that person is in fact the registered proprietor of the land unless and until his registered title is cancelled or set aside in accordance with some relevant provision of the law. Such relevant provision of the law in relation to the present case is contained in s 42 of the Land Code which reads as follows:- “42…
VI
(vi) Nothing in this section shall be construed so as to prevent the title of any proprietor being defeated by operation of law." [58] It is to be observed that s 42(iv) of the Land Code gives complete protection to the proprietor who acquires title bona fide and for valuable consideration from the identical person appearing in the register as proprietor, notwithstanding any infirmity of the latter's title. A registered proprietor may thus himself have a title which is impeachable and yet be able to give an unimpeachable title to a bona fide purchaser for value. [61] The term "operation of law" in sub-section (vi), as Das on Torrens System in Malaya points out at p 235, is a generic term deliberately used by the legislature to grant relief in cases where contractual or conscientious obligations (importing a breach of duty to which equity has attached its sanction) are undertaken by or imposed on the registered proprietor either at law or in equity. The third and fourth defendants were obviously not under any contractual obligations to the plaintiff, but I do not think it can be said that they were under no conscientious obligations which can be imposed on them either at law or in equity. I say this because the execution by the first and second defendants of the transfer, which until 30 January 1958 was but an unregistered instrument in statutory form, did not of itself confer on the third and fourth defendants any superiority in equity over the earlier equity of the plaintiff under the sale agreement. [62] As I have already said, the third and fourth defendants had knowledge of the earlier equity of the plaintiff before the date of registration of their transfer. The third and fourth defendants produced no evidence at the trial to show that they obtained their transfer for value in good faith and without notice of the plaintiff’s contract with the first and second defendants.” [penekanan ditambah]
89
Mahkamah Persekutuan dalam kes Krishnadas Achutan Nair & Ors v Maniyam Samykano [1996] 2 MLRA 194 Gopal Sri Ram HMP (sebagaimana Yang Arif ketika itu) memutuskan: - “[10] The effect of s 340(4)(b) of the Code has been admirably summarised by Faiza Tamby Chik J in Dr Benjamin George & Ors v. Majlis Perbandaran Ampang Jaya [1995] 4 MLRH 157; [1995] 3 MLJ 665 at p 697; [1996] 2 CLJ 843 at p 876 as follows: Registration under s 340 of the National Land Code 1965 ('the NLC') confers an indefeasible title to the developer. However, ss 206(3) and 340(4)(b) of the NLC preserve the in personam rights (contractual or equitable) existing between the developer and the purchaser of an apartment by virtue of the sale and purchase agreement for an apartment entered into by the parties. … [12] In our judgment, Parliament enacted s 340(4)(b) for the purpose of dealing with fact patterns that do not fall squarely within the other exceptions to indefeasibility that appear in the second sub-section to s 340 of the Code. While recognising that it is neither possible, nor desirable to predict with any degree of certainty the wide range of cases that, while failing to come within the vitiating categories specified by the second sub-section, may yet come within the scope of s 340(4)(b), we cite, by way of illustration only, cases decided under the Moneylenders Act 1951. … [19] Based on the authorities that have settled the law relating to the construction of statutes, we are unable to accept that Parliament intended s 340(4)(b) to have no effect whatsoever or to lack in meaning. Quite to the contrary, we are of the view that the sub-section ought to receive the construction it has received in the cases earlier discussed.” [penekanan ditambah]
90
Selanjutnya, Mahkamah Tinggi dalam kes Mohd Affandi Ahmad & Anor v Pembangunan Tanah Dan Perumahan Sdn Bhd & Ors [2022] MLRHU 911 telah memutuskan: - “[59] Secondly, I was compelled to state that my decision in Hamdiah bt Ahmad & Anor v. Pembangunan Tanah dan Perumahan Sdn Bhd was not based on fraud alone, as found in s 340(2)(a) of the National Land Code. In fact, a scrutiny of my judgment would indicate that I had also relied on s 340(4)(b) of the National Land Code to conclude that the First Defendant's title was defeasible. Section 340(4)(b) of the National Land Code which states 'nothing shall prejudice or prevent the determination of any title or interest by operation of law', deals with fact patterns that do not fall squarely within the other exceptions to indefeasibility that appear in s 340(2) of the National Land Code. This was explained in the cases of Ong Chat Pang v. Valiappa Chettiar [1971] 1 MLRA 828; [1971] 1 MLJ 224 and Krishnadas Achutan Nair & Ors v. Maniyam Samykano [1996] 2 MLRA 194; [1997] 1 MLJ 94; [1997] 1 CLJ 636 [1997] 1 AMR 997. [62] Therefore, the role of Lee Ban Heng would not have affected my decision in Hamdiah Ahmad & Anor v Pembangunan Tanah dan Perumahan Sdn. Bhd. In the present case, the First Defendant was merely a Bare Trustee based on my finding of fact that full payment of the purchase price for Lots 430, 97, 67 and 716 had been made. As such, pursuant to s 340(4)(b) of the National Land Code, the First Defendant was contractually and conscientiously obliged to have registered Lot 430 in the name of Yusof/ the First Plaintiff, and Lots 97, 67 and 716 in the name of Ahmad/ First Plaintiff.” [penekanan ditambah]
91
Dalam kes di hadapan Mahkamah ini juga, Mahkamah telah mendapati Plaintif-Plaintif adalah pemegang amanah bagi pihak Defendan ke atas Hartanah tersebut berasaskan fakta bahawa Perjanjian tersebut adalah sah dan mengikat Tupar dan selanjutnya Plaintif-Plaintif. Oleh itu menurut seksyen 340(4)(b) Kanun Tanah Negara, Plaintif-Plaintif adalah secara kontrak dan dengan penuh kesedaran berkewajipan (contractually and conscientiously) untuk mendaftar Hartanah tersebut atas nama Defendan. F. Sama ada Plaintif-Plaintif telah melakukan pecah amanah dan salah nyata dan menafikan hak Defendan
92
Mahkamah mendapati SP1 dan SP2 adalah tidak jujur apabila kedua-dua saksi ini memberikan keterangan bahawa mereka hanya sedar tentang Binaan Premis oleh Defendan sejak tahun 2013, sedangkan mereka mengakui Defendan telah mula mengusahakan Hartanah tersebut sejak tahun 1980an. SP2 mengatakan beliau tinggal di Tanah tersebut, telah membina rumahnya sendiri. Manakala SP1 berasal dari kawasan Tanah tersebut dan sering balik kampung berjumpa keluarga. Bermaksud SP1 dan SP2 adalah penghuni kawasan Tanah tersebut sejak dari masa Tupar, Doliah dan Salamah lagi. Tambahan pula SP1 mengaku Tupar ada memaklumkannya tentang kebenaran yang diberikan oleh Tupar kepada Defendan untuk tinggal di Hartanah tersebut. SP1 juga mengaku sepanjang hayat Tupar, Doliah dan Salamah, tidak pernah menghalau atau menghalang Defendan daripada membina Binaan Premisnya. Semua keterangan-keterangan ini menunjukkan SP1 dan SP2 sedar dan mengetahui tentang kehadiran Defendan di Tanah tersebut sebelum 2013, namun SP1 dan SP2 memberikan keterangan yang bercanggah dan sering berdalih.
93
Tambahan pula, keterangan yang konsisten daripada Defendan, SD2, dan SD4 menunjukkan Defendan telah mengusahakan Hartanah tersebut sejak tahun 1980an dengan pembinaan Binaan Premis tersebut dan kemudian disewakan kepada pihak ketiga. Maka adalah tidak mungkin SP1 dan SP2 tidak nampak atau tidak tahu berhubung pembinaan dan penyewaan tersebut. Defendan menduduki Tanah tersebut lebih dari 30 tahun dan mustahil bagi SP1 dan SP2 hanya tiba-tiba sedar tentang Binaan Premis tersebut sejak tahun 2013.
94
Mahkamah juga mengambil maklum bahawa pemilikan hakmilik dari Tupar kepada Doliah dan Salamah dan kemudiannya dari Doliah kepada Plaintif-Plaintif kesemuanya adalah melalui proses turun milik dan bukan melalui pindah milik, yang menunjukkan terdapat kemungkinan bahawa pindah milik tidak dilakukan oleh Tupar, Doliah dan Salamah atas sebab wujudnya Perjanjian tersebut dan Tanah tersebut masih belum di pecah bahagi.
95
Menilai kepada keseluruhan bukti dan keterangan saksi-saksi, ianya menunjukkan kepada satu andaian yang tidak boleh disangkal, kenyataan Plaintif-Plaintif bahawa mereka hanya sedar tentang Binaan Premis sejak 2013 hanyalah alasan semata-mata untuk menidakkan hak Defendan ke atas Hartanah tersebut dan menyatakan Defendan telah menceroboh Tanah tersebut, sedangkan Plaintif-Plaintif mengetahui Defendan telah membeli dan memperoleh kebenaran daripada Tupar dan kemudian daripada Doliah dan Salamah untuk mengusahakan Hartanah tersebut.
96
Oleh yang demikian, tindakan Plaintif-Plaintif, selaku pemegang amanah, yang gagal untuk memasukkan nama Defendan sebagai pemilik ¼ ekar atas Tanah tersebut adalah suatu salah nyataan dan pecah amanah. G. Sama ada Plaintif-Plaintif boleh membangkitkan isu Perjanjian tersebut dipalsukan tanpa memplidkan fakta tersebut
97
Peguam bijaksana bagi pihak Plaintif-Plaintif pada akhir perbicaraan telah membangkitkan isu bahawa terdapat kemungkinan Perjanjian tersebut telah dipalsukan (fabricated) atas alasan Perjanjian tersebut hanya diserahkan pada hari Ikatan Dokumen Bersama difailkan dan Perjanjian tersebut adalah dokumen yang mempunyai satu muka surat sahaja. Keseluruhan pihak yang menandatangani dokumen Perjanjian tersebut telah meninggal dunia kecuali Defendan. Maka, tiada pihak lain yang dapat mengesahkan kesahihan Perjanjian tersebut. Oleh itu, Plaintif-Plaintif telah mengambil pendirian bahawa terdapat kemungkinan penipuan oleh Defendan (frod) berdasarkan perkara-perkara berikut: - a. Perjanjian tersebut adalah suatu Perjanjian yang didakwa telah ditandatangani lebih 40 puluh tahun; b. Plaintif-Plaintif bukan merupakan pihak (privy) terhadap Perjanjian tersebut; c. Plaintif-Plaintif tidak mampu mendapat maklumat lanjut memandangkan pihak Perjanjian yang didakwa, iaitu Tupar, telahpun meninggal dunia; d. Plaintif-Plaintif mampu mengesahkan kesahihan Perjanjian tersebut jika Perjanjian tersebut diserahkan kepada Plaintif-Plaintif ketika proses surat tuntutan di antara pihak-pihak, walau bagaimanapun, Defendan tidak memberikan sebarang salinan Perjanjian tersebut kepada Plaintif-Plaintif; e. maka ia adalah mustahil untuk Plaintif-Plaintif mengambil pendirian ketika pliding bahawa Perjanjian tersebut berunsur frod, kerana Plaintif-Plaintif tidak mempunyai sebarang pengetahuan berkenaan dengan Perjanjian tersebut; f. selepas Plaintif-Plaintif mendapati segala fakta yang tidak konsisten, bercanggah dan tidak dibuktikan oleh Defendan sepanjang perbicaraan, Plaintif-Plaintif telah menyatakan kepada Mahkamah yang Mulia ini bahawa terdapat kemungkinan penipuan oleh Defendan, yang keterangan saksi-saksi Defendan amat meragukan.
98
Setelah mempertimbangkan semua keterangan saksi-saksi dan bukti-bukti yang dikemukakan serta fakta kes dan pliding yang telah difailkan, Mahkamah mendapati isu pemalsuan dan/atau frod Perjanjian tersebut yang dibangkitkan oleh Plaintif-Plaintif adalah tidak berasas dan adalah ditolak oleh Mahkamah atas sebab-sebab yang berikut: a. Fakta bahawa Perjanjian tersebut telah dipalsukan tidak diplidkan oleh Plaintif-Plaintif. Adalah undang-undang mantap bahawa pihak-pihak adalah terikat dengan pliding masing-masing. Mahkamah tidak akan dan tidak boleh mengambil kira fakta-fakta yang tidak diplidkan. Aturan 18 kaedah 8 dan 12 Kaedah-Kaedah 2012, menyatakan frod hendaklah diplidkan secara nyata dan butiran mengenainya hendaklah dinyatakan dengan terperinci. Dalam kes ini, Plaintif-Plaintif dalam pliding mereka telah menafikan kewujudan Perjanjian tersebut dan bahawa Plaintif-Plaintif tiada pengetahuan berkenaan Perjanjian tersebut. Sekiranya wujud, Perjanjian tersebut adalah tidak sah, terbatal dan void ab initio kerana melanggar syarat nyata Tanah tersebut. i. Terdapat banyak kes yang telah diputuskan berhubung keperluan pliding dan bahawa pihak-pihak adalah terikat dengan pliding mereka. Tujuan mengapa fakta material perlu diplidkan dan pihak-pihak adalah terikat dengan pliding mereka adalah untuk tidak menimbulkan satu situasi yang pihak lawan berada dalam keadaan yang tidak dapat menyangkal dakwaan yang ditimbulkan oleh satu pihak itu ketika perbicaraan. Dalam kes ini, jika Mahkamah membenarkan tindakan Plaintif-Plaintif mengubah haluan pliding mereka daripada Perjanjian tersebut tidak wujud kepada pemalsuan dan frod Perjanjian tersebut, tanpa diplidkan fakta tersebut, ianya akan memprejudiskan Defendan, kerana Defendan tidak dimaklumkan awal tentang pemalsuan dan frod Perjanjian tersebut dan oleh itu tidak boleh membela kes Defendan atas isu pemalsuan dan frod yang dikatakan telah dilakukan oleh Defendan. Mahkamah merujuk kepada kes Projek Lebuh Raya Utara-Selatan Sdn Bhd v Kim Seng Enterprise (Kedah) Sdn Bhd [2013] 4 MLRA 68, Mahkamah Rayuan menyatakan seperti berikut: - “[17] At this juncture, it is ideal to address each and every breach that the respondent has itemised in the statement of claim and deal with them accordingly. But before I do so, I must categorically state that the parties are bound by their pleadings. The parties are required to state the issues of fact and frame the questions of law in order to give notice of the case intended to be set up and to prevent either party to be taken by surprise at the trial. The material facts must be pleaded but the legal consequences need not be pleaded (Wong See Leng v. C Saraswathy Ammal [1953] 1 MLRA 426; [1954] 20 MLJ 141, at 142; Koh Siak Poo v. Sayang Plantation Bhd [2000] 1 MLRA 874; [2002] 1 MLJ 65; Quah Swee Khoon v. Sime Darby Bhd [2000] 1 MLRA 856; [2000] 2 MLJ 600; and Lever Brothers, Limited and Others v. Bell and Another [1931] 1 KB 557). [18] What this amounts to is this. That the court is not entitled and should not decide a suit on an issue which is not pleaded. In short, the trial of the suit must be confined to the pleadings (Yew Wan Leong v. Lai Kok Chye [1990] 1 MLRA 327; [1990] 2 MLJ 152, at 154) and the pleadings operate to effectively define and delimit with absolute clarity and precision the real matters in controversy between the parties. In this way, the parties could prepare their respective cases and the Court too will adjudicate on those issues and no more (Asia Hotel Sdn Bhd v. Malayan Insurance (M) Sdn Bhd [1991] 3 MLRH 279 [1992]; [1992] 2 MLJ 615; S Manickam & Ors v. Ismail bin Mohamad & Ors [1996] 3 MLRH 928; [1997] 2 MLJ 90; Narayanan v. Kannamah [1993] 2 MLRH 743; [1993] 3 MLJ 730; Anjalai Ammal & Anor v. Abdul Kareem [1968] 1 MLRA 846; [1969] 1 MLJ 22; Muniandy & Anor v. Muhammad Abdul Kader & Ors [1989] 1 MLRA 74; [1989] 2 MLJ 416, at 418; Wisma Punca Emas Sdn Bhd v. Dr Donal R OHolohan [1986] 1 MLRA 562; [1987] 1 MLJ 393; Gimstern Corporation (M) Sdn Bhd & Anor v. Global Insurance Co Sdn Bhd [1986] 1 MLRA 199; [1987] 1 MLJ 302; and Tan Ah Chim & Sons Sdn Bhd v. Ooi Bee Tat & Anor [1992] 4 MLRH 91; [1993] 3 MLJ 633). [19] It is a correct statement of the law to state that where the case has been decided on an issue that is not raised in the pleadings, the judgment can be set aside forthwith. [penekanan ditambah] ii. Mahkamah juga merujuk kes Rhb Bank Bhd v Kwan Chew Holdings Sdn. Bhd. [2009] 3 MLRA 162; Yong Tim v Hoo Kok Chong & Anor [2005] 1 MLRA 440; Instantcolor System Sdn. Bhd. v Inkmaker Asia Pacific Sdn. Bhd. [2017] 2 MLJ 697, FC yang telah memutuskan prinsip undang-undang yang sama. b. Peguam bijaksana pihak Plaintif-Plaintif menyatakan Plaintif-Plaintif hanya mengetahui mengenai Perjanjian tersebut ketika pra-perbicaraan apabila pihak-pihak menerima Ikatan Dokumen Bersama dan oleh itu Plaintif-Plaintif tidak mempunyai peluang untuk memplidkan bahawa Perjanjian tersebut telah dipalsukan atau penipuan oleh Defendan. Plaintif-Plaintif juga tidak berpeluang untuk mengesahkan kesahihan Perjanjian tersebut kerana tidak diserahkan ketika proses Tuntutan dibuat. i. Mahkamah mendapati kewujudan Perjanjian tersebut telahpun dinyatakan oleh Defendan di dalam Pernyataan Pembelaan dan Tuntutan Balasnya. Namun begitu pihak Plaintif-Plaintif hanya telah mengambil pendirian untuk menafikan kewujudan Perjanjian tersebut dalam Jawapan kepada Pembelaan dan Pembelaan kepada Tuntutan Balas Plaintif-Plaintif. Plaintif-Plaintif tidak memplidkan bahawa sekiranya Perjanjian tersebut wujud ianya adalah palsu. Tambahan, Plaintif-Plaintif mempunyai masa dan peluang yang mencukupi untuk meminta Defendan menunjukkan Perjanjian tersebut apabila Defendan telah memplidkan fakta berhubung Perjanjian tersebut. Plaintif-Plaintif tidak mengambil apa-apa tindakan untuk memohon untuk Penzahiran dan Pemeriksaan Dokumen (Discovery and inspection of Documents) di bawah Aturan 24 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 untuk mendapatkan dokumen tersebut daripada Defendan atau memohon daripada Defendan untuk melihat Perjanjian tersebut yang asal untuk memastikan kesahihan dan ketulenan Perjanjian tersebut. ii. Setelah mengetahui Defendan telah memplidkan kewujudan Perjanjian tersebut, Plaintif-Plaintif juga boleh membuat permohonan untuk Perjanjian tersebut dihantar untuk verifikasi dan pemeriksaan oleh Jabatan Kimia untuk menentukan kesahihan tandatangan pihak-pihak untuk menentukan sama ada ianya adalah sahih. Namun, pihak Plaintif-Plaintif gagal untuk mengambil langkah tersebut. iii. Pihak Plaintif-Plaintif juga tidak mengambil tindakan untuk meminda pliding setelah melihat salinan Perjanjian tersebut dalam Ikatan Dokumen yang dikemukakan oleh Defendan atau memohon untuk meminda pliding di peringkat perbicaraan untuk memplidkan Perjanjian tersebut adalah palsu dan/atau Defendan telah melakukan frod, setelah mendengar keterangan-keterangan yang dikatakan tidak konsisten dan bercanggah sepanjang perbicaraan sepertimana yang didakwa oleh Plaintif-Plaintif (lihat: Hong Leong Finance Bhd. v Low Thiam Hoe and another appeal [2016] 1 MLJ 301; Asia Pacific Higher Learning Sdn Bhd v Majlis Perubatan Malaysia & Ors And Another Case [2017] MLRHU 642). c. Di samping itu, Mahkamah mendapati tiada bukti yang dikemukakan oleh Plaintif-Plaintif bahawa terdapat kemungkinan Perjanjian tersebut telah dipalsukan secara frod. Isu pemalsuan ini telah diajukan oleh peguam bijaksana pihak Plaintif-Plaintif ketika pemeriksaan balas SD3. Apa yang peguam bijaksana tersebut lakukan adalah setakat menyoal SD3 dan mencadangkan bahawa tandatangan dan cap ketua kampung boleh dipalsukan. SD3 telah memberikan penjelasan berhubung cadangan yang dikemukakan dan selanjutnya telah memberikan keterangan bahawa beliau yakin tandatangan dan cap Ketua Kampung dalam Perjanjian tersebut adalah milik bapanya. Tiada apa-apa bukti dokumen lain di hadapan Mahkamah untuk menyokong cadangan Plaintif-Plaintif bahawa tandatangan dan cap Ketua Kampung itu bukan milik Mujir dan ianya telah dipalsukan dan selanjutnya Perjanjian tersebut telah dipalsukan. d. Memandangkan isu pemalsuan dan frod telah dibangkitkan oleh Plaintif-Plaintif maka menurut seksyen 101 Akta Keterangan 1950 beban pembuktian adalah di atas Plaintif-Plaintif dan bukan atas pihak Defendan, sepertimana yang disarankan oleh peguam bijaksana pihak Plaintif-Plaintif. Hanya mencadangkan terdapat kemungkinan tandatangan dan cap Ketua Kampung tersebut boleh dipalsukan adalah tidak memadai untuk melepaskan beban pembuktian Plaintif-Plaintif. Plaintif-Plaintif hendaklah mengemukakan bukti kukuh untuk menyangkal keterangan SD3 bahawa tandatangan dan cap ketua kampung dalam Perjanjian itu adalah milik bapanya dan bukanlah palsu. Setakat mencadangkannya bukanlah bukti yang mencukupi untuk menyangkal direct oral evidence oleh SD3. e. Peguam bijaksana bagi pihak Plaintif-Plaintif juga telah menyarankan kepada Mahkamah, walaupun isu pemalsuan dan frod tidak diplidkan, bagi kepentingan keadilan, berdasarkan Aturan 1A Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012, Mahkamah harus mempertimbangkan dan mengambil kira bahawa wujud keadaan yang Perjanjian tersebut boleh dipalsukan. Mahkamah tidak menerima saranan hujahan tersebut kerana Aturan 1A Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 tidak dapat memperbaiki keadaan yang sesuatu fakta material tidak diplidkan. Seperti yang dinyatakan di atas, undang-undang berhubung keperluan memplidkan fakta material adalah mantap. Tambahan pula Aturan 18 Kaedah 8 dan 12 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 memperuntukkan butiran pemalsuan dan frod hendaklah diperincikan di dalam pliding. Maka, Aturan 1A tidak boleh memperbaiki kegagalan memplid oleh Plaintif-Plaintif. Beban bukti tetap berada di atas Plaintif-Plaintif untuk membuktikan apa yang dibangkitkan dan dinyatakan. Dalam kes ini, tiada apa-apa bukti yang dikemukakan untuk membuktikan pemalsuan dan frod Perjanjian tersebut. f. Atas sebab-sebab yang dinyatakan di atas Mahkamah mendapati Plaintif-Plaintif tidak boleh membangkitkan isu pemalsuan dan frod Perjanjian tersebut tanpa fakta tersebut diplidkan oleh Plaintif-Plaintif. Dalam kes ini, peguam bijaksana bagi pihak Plaintif-Plaintif juga mengakui fakta berhubung pemalsuan dan frod Perjanjian tersebut tidak diplidkan oleh Plaintif-Plaintif. H. Sama ada Perjanjian Tersebut adalah Menyalahi Undang-Undang (iIlegality)
99
Plaintif-Plaintif telah membangkitkan isu illegality dengan menyatakan bahawa Perjanjian tersebut adalah menyalahi undang-undang, tidak sah, terbatal dan void ab initio. Alasan Plaintif-Plaintif adalah kerana: a. terdapat sekatan kepentingan di atas Tanah tersebut yang menyatakan “Tanah ini tidak boleh dijual, dipajak, digadai atau pindah milik dengan apa cara sekalipun melainkan dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri.” b. disebabkan keluasan Tanah tersebut adalah melebihi 40 hektar, maka kebenaran hendaklah diperoleh dari Estate Land Board seperti yang diperuntukkan di bawah seksyen 214A Kanun Tanah Negara sebelum Tanah tersebut dijual atau dipindah milik. c. disebabkan tiada kebenaran yang diperoleh, maka Perjanjian tersebut adalah terbatal (void) kerana melanggari seksyen 24(a) Akta Kontrak 1950. d. Perjanjian tersebut melanggar peruntukan seksyen 205(3) Kanun Tanah Negara kerana bagi tanah jenis pertanian, terdapat sekatan yang menyatakan sebarang jual beli atau pindah milik terhadap tanah seluas kurang 2/5 hektar atau satu (1) ekar tidak boleh dijual. Ini juga dikenali sebagai ‘lot lidi’. Plaintif-Plaintif menyatakan Defendan dalam pemeriksaan balas telah mengakui keluasan tanah yang dibelinya adalah hanya ¼ ekar dan tidak boleh dijual.
100
Plaintif-Plaintif menyatakan, dalam pemeriksaan balas, Defendan telah mengakui beliau maklum Tanah tersebut mempunyai sekatan-sekatan kepentingan, maka tidak boleh menjalankan apa-apa urusan jual, pajak, gadai atau pindah milik tanpa kebenaran Pihak Berkuasa Negeri dan Defendan tidak memperoleh kebenaran daripada Pihak Berkuasa Negeri untuk membeli Hartanah tersebut. Oleh itu, Perjanjian tersebut adalah terbatal dengan sendiri akibat melanggar undang-undang, tak sah dan Mahkamah tidak boleh menerima Perjanjian tersebut sebagai keterangan.
101
Dalam menyokong hujahan Plaintif-Plaintif, peguam bijaksana telah merujuk kes Tai Thong Flower Nursery Sdn. Bhd. v Master Pyrodor Sdn. Bhd. [2014] 6 MLJ 341; Merong Mahawangsa Sdn. Bhd. & Anor v Dato’ Shazryl Eskay Abdullah [2015] 8 CLJ 212.
102
Mahkamah mendapati fakta-fakta yang membawa atau menyebabkan kepada illegality tidak diplidkan oleh Plaintif-Plaintif seperti yang telah diperuntukkan dalam Aturan 18 Kaedah 8 dan 12 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. Mahkamah telah pun membincangkan sebelum ini kedudukan undang-undang apabila suatu isu ditimbulkan berhubung fakta yang tidak diplidkan. Peguam bijaksana pihak Plaintif-Plaintif telah menghujahkan bahawa walaupun illegality dan/atau elemen-elemen illegality tidak diplid secara khusus, suatu kontrak adalah terbatal dan tidak sah jika kontrak tersebut adalah suatu kontrak nyata illegal kerana melanggar undang-undang. Peguam yang bijaksana telah merujuk kes Merong Mahawangsa Sdn. Bhd. & Anor v Dato’ Shazryl Eskay Abdullah (supra) yang menyatakan: [35] Clearly, therefore, courts are bound at all stages to take notice of illegality, whether ex facie or which later appears, even though not pleaded, and to refuse to enforce the contract. In that regard, we endorse the following statement of law by the Court of Appeal per Hamid Sultan JCA, delivering the judgment of the court, in China Road & Bridge Corporation & Anor v. DCX Technologies Sdn Bhd [2014] 7 CLJ 644; [2014] 5 MLJ 1: At the outset we must say that the trial courts must be vigilant not to provide any relief on contracts which is void on the grounds of public policy, or illegality... whether or not it is the pleaded case of the parties or whether the issue was raised during the trial. The case of Blay v. Pollard & Morris [1930] 1 KB 628 where Scrutton LJ observed: Cases must be decided on the issues on the record; and if it is desired to raise other issues they must be placed on the record by amendment. which has been followed in a number of local cases will not stand to tie the hands of judges to deal with the above issues, or arrest impropriety on its own motion at limine...
103
Mahkamah bersetuju berdasarkan kes Merong Mahawangsa Sdn. Bhd. & Anor v Dato’ Shazryl Eskay Abdullah (supra), illegality yang nyata secara ex facie hendaklah diambil maklum oleh Mahkamah walaupun tidak diplidkan. Namun, seperti yang telah diputuskan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Kunci Semangat Sdn. Bhd. v Thomas Varkki a/l M V Varkki & Anor [2022] MLJU 341, Aturan 18 kaedah 8 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 telah memperuntukkan bahawa fakta-fakta yang membawa atau menyebabkan illegality hendaklah diplidkan. Plaintif-Plaintif tidak boleh dengan mudah hanya mengatakan bahawa ini adalah kes illegality ex facie. Plaintif-Plaintif hendaklah memplidkannya dan mengutarakan kes mereka kemudian membuktikannya kepada Mahkamah. Tidak dinafikan bahawa Mahkamah boleh mengambil perhatian terhadap illegality, walaupun ianya tidak diplidkan, tetapi untuk perkara tersebut berlaku, Perjanjian tersebut yang menjadi asas pertikaian dalam Tuntutan ini mestilah ex facie tidak sah.
104
Di dalam kes ini Perjanjian tersebut bukan ex facie illegal. Plaintif-Plaintif telah memplid Perjanjian tersebut tidak wujud dan sekiranya wujud ianya adalah terbatal, tidak sah dan void ab initio. Namun, tiada fakta yang diplidkan untuk menyatakan Perjanjian tersebut adalah illegal. Maka, pihak Defendan telah ditempatkan dalam keadaan yang Defendan tidak boleh mengemukakan pembelaan untuk menyangkal anggapan atau inferen illegality tersebut. Ini adalah memprejudiskan Defendan.
105
Mahkamah merujuk kepada kes Kunci Semangat Sdn. Bhd. v Thomas Varkki a/l M V Varkki & Anor (supra), Mahkamah Rayuan telah menyatakan seperti berikut: “[80] It is trite law that the parties are bound by their pleadings. It is not in dispute that in the Defence and Counterclaim dated 28 February 2020 the Defendant did not plead any facts showing the unlawfulness or illegality of the claim and in particular that there has been a breach of the Act. The Defence was that there was no agreement between the Defendant and the Plaintiffs for the payment of RM20 psf and that the Plaintiffs are liable to pay damages for misrepresentation. But the Defendant maintains that based on the Federal Court’s decision in Merong Mahawangsa Sdn Bhd & Anor. v Dato’ Shazrul Eskay Abdullah [2015] 5 AMR 681; [2015] 5 MLJ 619 ; [2015] 8 CLJ 212 (FC), illegality need not be pleaded and that a Court must take note of illegality and refuse to enforce contracts which are ex facie (on the face of it) illegal. [81] No doubt, it is settled law that illegality that is ex facie must be taken cognizance of by the Court even if not pleaded, as most recently recognized by the Federal Court in Merong Mahawangsa. But, in this case, the Defendant failed to plead the elements which are necessary to maintain that defence namely:
1
that Plaintiffs had held out and represented themselves as real estate agents; and
2
particularised the estate agent relationship that allegedly existed between the parties; or
3
that the Plaintiffs were in the business of or practice of estate agency. … [96] This is underscored by the imperative words of Order 18 r.8 ROC which requires that the facts giving rise to illegality have to be pleaded. The Defendant cannot just conveniently contend that this is a case of ex facie illegality. They have to plead, then put their case and finally, prove it to the satisfaction of the trial court. [97] No doubt, the court can take cognizance of illegality, even if it is not pleaded, but for that to happen, the contract on which the claim is predicated, must be ex facie illegal. In Abdol Mulok Bin Awang Damit v Perdana Industri Holdings Bhd [2003] 4 MLJ 441 ; [2003] 4 AMR 285; [2003] 3 CLJ 497 (CA) the Court of Appeal opined (MLJ p.444) that the failure to plead illegality is not in itself fatal, provided the claim or transaction is ex facie illegal: We were well aware of the settled principle that a party may raise a point on illegality even at an appeal stage (see Thangaulu v Saudagar Singh [1965] 1 MLJ 38). However, in the instant case, it was not shown in any fashion that the transaction in question was ex facie illegal as to warrant the court not to enforce it. [98] Now, applying those principles to the factual matrix here, if illegality had been pleaded in the Defence, then the Plaintiffs would have been put on notice of a possible legal impediment to their claim and they would have marshalled such evidence or responses as may be necessary to rebut the presumption or inference of illegality. [99] In the present context, if illegality had been pleaded, then the Plaintiffs would have had to rebut or repudiate the Defendant’s allegation that they were engaged in “estate agency practice”. Thus, since the issue was not pleaded in the Defence and not raised during the trial, but only raised during post-trial written submissions, the Plaintiffs were deprived of the opportunity of neutralizing the allegation that they were engaged in estate agency practice. Indeed, the allegation of illegality seems to be an “afterthought” and in any event, amounts to “trial by ambush” which is a key building block for miscarriage of justice. … [penekanan ditambah]
106
Walau apapun, Mahkamah telah mempertimbangkan isu illegality yang telah dibangkitkan oleh Plaintif-Plaintif seperti yang dinyatakan di bawah.
107
SD5 telah mengesahkan bahawa apabila Lot 3 Grant No. 3252, diluluskan, pemberian milik kepada Tupar keluasan Tanah tersebut adalah lebih kurang dua (2) ekar dan setelah Geran HSM 839 dikeluarkan keluasan Tanah tersebut adalah hanya 0.8093 hektar. Maka, adalah jelas bahawa tanah yang dinyatakan di dalam Perjanjian tersebut hanya mempunyai keluasan 0.8093 hektar sahaja. Oleh itu, seksyen 214A Kanun Tanah Negara adalah tidak terpakai kerana Tanah tersebut walaupun merupakan tanah pertanian, tetapi Tanah tersebut bukan Tanah Ladang (Estate Land) kerana tidak mempunyai keluasan melebihi 40 hektar. Seksyen 214A Kanun Tanah Negara hanya terpakai untuk Tanah Ladang dan Tanah Ladang ditakrifkan di bawah Seksyen 214A(11) Kanun Tanah Negara sebagai: “For the purpose of this Act, “estate land” means any agricultural land held under one or more than one title the area or the aggregate area of which is not less than 40 hectares and the alienated lands constituting such area are contiguous” [penekanan ditambah]
108
Mahkamah bersetuju dengan hujahan pihak Defendan bahawa Plaintif-Plaintif gagal untuk mengemukakan apa-apa bukti dokumentasi untuk menunjukkan syarat sekatan kepentingan “Tanah ini tidak boleh dijual digadai atau dipindahmilik dengan apa cara sekalipun melainkan dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri” telah wujud pada Lot 3 Grant No. 3252, P. No. 253 semasa Defendan membeli Hartanah tersebut pada 17.09.1980. Bukti dokumentari menunjukkan Sekatan Kepentingan tersebut hanya wujud pada 23.03.1988 iaitu lapan (8) tahun selepas Defendan membeli Tanah tersebut daripada Tupar, iaitu selepas Geran HSM dikeluarkan.
109
Selanjutnya, berhubung hujahan Plaintif-Plaintif bahawa Perjanjian tersebut melanggar seksyen 205(3) Kanun Tanah Negara, Mahkamah merujuk kepada seksyen 205(3) Kanun Tanah Negara yang memperuntukkan seperti berikut :- “205. Dealings capable of being effected, and persons capable of taking thereunder
5
Nothing contained in subsections (3) and (4) shall render invalid any instrument effecting any dealing in any alienated land or any undivided share therein executed under this Part before the commencement of this subsection.” [penekanan ditambah]
110
Seterusnya, Mahkamah merujuk “Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 11/1985, Sekatan Terhadap Urusniaga Tanah Pertanian Yang Akan Membawa kesan Pemecahan Tanah kepada Kurang 2/5 Hektar (Disemak 2009)” pada perenggan 4, menjelaskan seperti berikut:- “4. Mengikut subseksyen (5) kepada seksyen 205 yang berkuat kuasa pada 1 Jun 1985, sekatan yang terkandung dalam subseksyen (3) dan (4) tidak terpakai bagi suratcara-suratcara yang disempurnakan sebelum tarikh kuat kuasa subseksyen tersebut (iaitu 1 Jun 1985). Di negeri Kelantan pula bagi kes-kes yang melibatkan efek pemecahan tanah pertanian hanya melibatkan 1/5 hektar sahaja.” [penekanan ditambah]
111
Adalah jelas bahawa disebabkan Perjanjian tersebut telah dimasuki oleh Defendan dan Tupar pada 17.09.1980 maka seksyen 205(3) Kanun Tanah Negara adalah tidak terpakai bersandarkan seksyen 205(5) Kanun Tanah Negara dan Pekeliling Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Bilangan 11/1985.
112
Tambahan pula undang-undang tersebut juga tidak mempunyai kesan “retrospective”. Mahkamah merujuk kepada kes Hassan bin Kadir & Ors v Mohamed Moidu bin Mohamed & Anor [2018] supp MLJ 266: - “…However, as alluded to above, s 205(3) is to be read subject to sub-ss (4) and (5). The amendment in s 205(5) was effected by s 24 of Act A625 (sic)/1985 which came into force on 25 March 1985. The Deed in the instant appeal was executed on 7 October 1978, some six seven years before the enactment s 205(3) as modified by s 205(5). It is therefore axiomatic that s 205(3) is inapplicable. Instead, s 205(5) prevails and the Deed is not rendered invalid by s 205(3). The effect of introducing s 205(5) is to preclude the retrospective effect of s 205(3) on certain instruments. In the circumstances of this appeal, s 205(5) prevails. Hence the deed is not rendered invalid by s 205(3)…” [penekanan ditambah]
113
Perjanjian tersebut telah dilaksanakan pada 17.09.1980, lima (5) tahun sebelum penguatkuasaan Seksyen 205(3) Kanun Tanah Negara. Oleh itu, Mahkamah mendapati Perjanjian tersebut tidak melanggar apa-apa peruntukan Kanun Tanah Negara dan isu illegality adalah tidak relevan. Perjanjian tersebut adalah sah dan mengikat Defendan dan Tupar.
114
Memandangkan Mahkamah mendapati Perjanjian tersebut tidak melanggar apa-apa undang-undang, maka, hujahan Plaintif-Plaintif bahawa Perjanjian tersebut adalah “diharamkan oleh undang-undang” di bawah pengertian seksyen 24(a) Akta Kontrak 1950 dan “tidak boleh di lakukan” di bawah pengertian Seksyen 57(2) Akta Kontrak 1950 juga akan gugur dengan sendiri.
115
Walau apapun, Mahkamah bersetuju dengan hujahan Defendan bahawa jika Defendan telah memasuki Perjanjian tersebut dan telah membuat bayaran kepada Tupar dan menjadikan Tupar sebagai pemegang amanah bagi pihak Defendan, maka ekuiti akan membantu mempertahankan hak Defendan terhadap ¼ ekar Tanah tersebut. I. Sama ada Tupar boleh menjual Hartanah tersebut apabila Tupar bukan pemilik berdaftar Tanah tersebut pada masa Perjanjian tersebut dibuat
116
Seterusnya Plaintif-Plaintif telah membangkitkan isu bahawa pada tarikh Perjanjian tersebut ditandatangani Tupar bukan pemilik berdaftar Tanah tersebut, oleh itu Perjanjian tersebut adalah terbatal sejak awal berdasarkan seksyen 57(2) Akta Kontrak 1950. Tanah tersebut hanya didaftarkan atas nama Tupar pada tahun 23.03.1988.
117
Dalam erti kata lain Plaintif-Plaintif menyatakan prinsip Nemo dat adalah terpakai terhadap Tupar. Doktrin Nemo dat yang berasal dari frasa ‘nemo dat quod non habet’ bermaksud ‘no one gives what they do not have’. Doktrin nemo dat telah dijelaskan di dalam kes Sia Hiong Tee & Ors v Chong Su Kong & Ors [2015] 4 MLJ 188 (FC), Arifin Zakaria CJ menyatakan: “The nemo dat rule literally means ‘no-one can transfer what he has not got’ (Bishopsgate Motor Finance Corporation Ltd v Transport Brakes Limited [1949] 1 KB 322 as per Denning LJ). This is sometimes called the ‘derivation’ principle: the transferee’s rights derived from those of the transferor. The nemo dat rule protects the true owner of the goods (right of ownership) and the innocent purchaser who purchases the goods from non-owner gets no title as the non-owner could not pass good title because he has none. In other words, the right of the true owner is retained in the event of his possession is being stolen or sold to the unsuspecting purchaser. (Emphasis added)”
118
Mahkamah bersetuju dengan hujahan pihak Defendan bahawa fakta bahawa Tupar bukan pemilik berdaftar pada masa Tupar dan Defendan menandatangani Perjanjian tersebut bukan satu perkara yang menghalang Mahkamah memutuskan Defendan sebagai pemilik benefisial yang sah bagi ¼ ekar Tanah tersebut, ini adalah kerana kedua-dua pihak telah memasuki Perjanjian tersebut dengan niat bahawa Tupar akan menjual ¼ ekar Tanah tersebut kepada Defendan.
119
Undang-undang berhubung isu ini telah diputuskan dalam kes-kes terdahulu. Pemilikan sebenar Tanah tersebut bukanlah syarat utama selagi penjual berada dalam posisi apabila tiba masa untuk memindah milik, penjual boleh memindahkan hakmilik kepada pembeli. Dalam keadaan ini, kontrak tersebut adalah sah, namun hanya dalam ekuiti. Ini telah diputuskan di dalam kes Kersah La’usin v Sikin Menan (supra), Raja Azlan Shah J (sebgaimana Baginda pada ketika itu) menyatakan: “Actual possession of both the legal estate and any equitable rights are not prerequisites so long as the vendor is in such a position that when the time for completion comes he will be in a position to pass on the title to the purchaser. In those circumstances the contract is good but only in equity…”
120
Tambahan lagi, dalam kes ini keterangan SD5 mengesahkan pada masa Perjanjian tersebut dibuat Tupar telah menduduki dan meneroka Tanah tersebut. Menurut SD5 Tupar telah membuat permohonan untuk pemberian milikan Tanah tersebut pada 25.04.1978 dan sedang dalam proses untuk pemberi milikan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan seterusnya telah diberikan kelulusan milikan Tanah tersebut pada 21.04.1987. Pada tahun 1988 Tanah tersebut telah didaftarkan atas nama Tupar. Maka Mahkamah mendapati Tupar adalah dalam posisi untuk memindahkan hakmilik tersebut kepada Defendan selepas Perjanjian tersebut dibuat kerana Tupar telah menduduki Tanah tersebut dan permohonan untuk pemilikan tanah adalah dalam proses kelulusan pihak Kerajaan Negeri Selangor. Seterusnya Tanah tersebut juga telah dipindah milik ke atas namanya.
121
Dapatan Mahkamah adalah bersandarkan kes-kes yang telah diputuskan. Mahkamah merujuk kes Boustead Trading [1985] Sdn Bhd v Arab Malaysian Merchant Bank Bhd. [1995] 1 MLRA 738, Mahkamah Persekutuan telah merujuk dan bersetuju dengan keputusan Amalgamated Investment (1982) 1 QB 84 yang di putuskan seperti berikut: “[38] The width of the doctrine has been summed up by Lord Denning in the Amalgamated Investment case (at p 122) as follows: ... When the parties to a transaction proceed on the basis of an underlying assumption either of fact or of law - whether due to misrepresentation or mistake makes no difference - on which they have conducted the dealings between them - neither of them will be allowed to go back on that assumption when it would be unfair or unjust to allow him to do so. If one of them does seek to go back on it, the Courts will give the other such remedy as the equity of the case demands.” [penekanan ditambah]
122
Manakala dalam kes Besharapan Sdn Bhd & Ors v Agroco Plantation Sdn Bhd & Anor [2007] 1 MLJ 101 Mahkamah Rayuan memutuskan seperti berikut: - “(1) On the authority of Borneo Housing Mortgage Finance Bhd v Time Engineering Bhd [1996] 2 MLJ 12, even though on the date of execution of the 1989 agreement the second and third appellants did not have any registered right or interest in the subject land that does not render the agreement which is otherwise valid and enforceable to be void or invalid. The second and third appellants at the material time have sufficient interest in the subject land to enter into a binding agreement by which they agreed to transfer the subject land when the title or interest in the subject has been registered in their names. In other words the parties agreed that the agreement will only become enforceable the moment the second and third appellants' right or interest in the subject land is registered under the Ordinance (see para 6).” [penekanan ditambah]
123
Seterusnya, dalam kes Hamdiah bt Ahmad & Anor v Pembangunan Tanah dan Perumahan Sdn Bhd (supra) Mahkamah Tinggi menyatakan: “[45] In my view, the defendant’s argument on the application of the nemo dat rule is flawed. Although the defendant may not have been the true owner when the 1968 agreement was executed on 6 January 1968, it was nevertheless the future owner, as all the rights in Lot 747 had been transferred to the defendant on 18 May 1968, rendering it to have good title to pass to the deceased, upon payment of the full purchase price. [46] It is trite law that there is nothing inherently impossible in the performance of an agreement to sell land belonging to a third person. This means that ‘one may contract to sell to another any defined subject-matter and can enforce the contract if by the time when he is obliged to do so, he has obtained a sufficient interest or can compel other interested parties to concur in the sale. It matters not at all that at the date of the contract he had no interest, if he obtained it in time to fulfil the bargain’: per Harman J in Harold Elliott And H Elliott (Builders), Limited v Pierson [1948] Ch 452, which was adopted and approved by Edgar Joseph Jr J in Goh Hooi Yin v Lim Teong Ghee & Ors [1990] 3 MLJ 23; [1990] 2 CLJ Rep 48. See also Sinniah a/l Pampayan v Muthuvelu Pillai a/l Palanichamy Pillai [1997] 1 MLJ 403 and Kersah La’ Usin v Sikin Menan [1966] 2 MLJ 20; [1964] 1 LNS 57. … [48] Thus, when the deceased entered into the agreement on 6 January 1968, the defendant sold the land, not as the owner of the land but as a party which was going to own the land, and which it subsequently did on 18 May 1968. Furthermore, since the defendant had received consideration for the 1968 agreement, and that the deceased had come into possession of Lot 747, this court can compel the defendant to perform the contract: Holroyd v Marshall (1862) 11 ER 999.” [penekanan ditambah]
124
Oleh itu, fakta bahawa kedua-dua Tupar dan Defendan, tidak tahu bahawa Tupar belum menjadi pemilik sah Tanah tersebut tidak menghalang pihak-pihak untuk mengambil tindakan susulan untuk menguatkuasakan Perjanjian tersebut yang telah dimasuki bersama yang Tupar telah memberi Defendan hak memasuki ¼ ekar Tanah tersebut dan seterusnya membina rumah serta kedai untuk disewakan tanpa apa-apa bantahan dan halangan. J. Sama ada Plaintif-Plaintif layak untuk mendapat Ganti rugi
125
Mahkamah mendapati Plaintif-Plaintif tidak dan/atau gagal untuk mengemukakan apa-apa bukti untuk membuktikan ganti rugi sepertimana yang telah diplidkan. Ketika perbicaraan, peguam bijaksana bagi pihak Plaintif-Plaintif juga telah memaklumkan Mahkamah bahawa Plaintif-Plaintif tidak mempunyai kiraan berhubung ganti rugi yang diplidkan. Maka Plaintif-Plaintif tidak mempunyai bukti yang cukup untuk membuktikan ganti rugi yang dinyatakan.
126
Tambahan pula, Mahkamah telah membuat dapatan fakta bahawa Defendan tidak menceroboh Tanah tersebut kerana Defendan telahpun membeli Hartanah tersebut melalui Perjanjian tersebut yang sah daripada Tupar. Oleh itu, Defendan adalah pemilik benefisial yang sah bagi ¼ ekar Tanah tersebut yang dipegang oleh Plaintif-Plaintif sebagai pemegang amanah bagi pihak Defendan. Oleh itu, Plaintif-Plaintif tidak layak diberikan apa-apa ganti rugi.
127
Selanjutnya, Plaintif-Plaintif juga telah memohon Mahkamah mengambilkira bahawa Plaintif-Plaintif berhak untuk pengkayaan tidak adil (unjust enrichment) terhadap Defendan akibat daripada pendudukan lanjutan Defendan yang telah membina Binaan Premis dan telah mengaut keuntungan tidak sah daripadanya. Oleh kerana Mahkamah telah mendapati Defendan tidak menceroboh, maka, Plaintif-Plaintif tidak berhak untuk tuntutan pengkayaan tidak adil terhadap Defendan. Tambahan pula, fakta berhubung pengkayaan tidak adil tidak diplidkan oleh Plaintif-Plaintif. K.
128
Prinsip undang-undang berhubung Laches telah diterangkan dalam kes Alfred Templeton & Ors v Low Yat Holdings Sdn Bhd & Anor [1989] 2 MLJ 202, Edgar Joseph Jr J (sebagaimana Yang Arif pada masa itu) menyatakan: “Laches is an equitable defence implying lapse of time and delay in prosecuting a claim. A court of equity refuses its aid to a stale demand where the plaintiff has slept upon his rights and acquiesced for a great length of time. He is then said to be barred by laches. In determining whether there has been such a delay as to amount to laches the court considers whether there has been acquiescence on the plaintiff’s part and any change of position that has occurred on the part of the defendant. The doctrine of laches rests on the consideration that it is unjust to give a plaintiff a remedy where he has by his conduct done that which might fairly be regarded as equivalent to a waiver of it or where by his conduct and neglect he has, though not waiving the remedy, put the other party in a position in which it would not be reasonable to place him if the remedy were afterwards to be asserted: 14 Halsbury’s Laws of England (3rd Ed) paras 1181, 1182. Laches has been succinctly described as ‘inaction with one’s eyes open.”
129
Plaintif-Plaintif telah menyatakan bahawa terdapat kelewatan dalam Tuntutan deklarasi berbentuk relif ekuiti oleh Defendan untuk menuntut ¼ ekar Tanah tersebut. Defendan dikatakan tidak membuat apa-apa usaha untuk menguatkuasakan Perjanjian tersebut semasa Tupar masih hidup iaitu sejak Perjanjian tersebut ditandatangani pada 19.08.1980 hingga 22.03.2001 (tarikh Tupar meninggal), iaitu selama 20 tahun 6 bulan. Malahan Defendan hanya membuat tuntutan relif ekuiti tersebut apabila Plaintif-Plaintif memfailkan tindakan ini. Mengambil kira tarikh pemfailan tindakan ini pada 11.08.2021 kelewatan adalah lebih 40 tahun. Plaintif-Plaintif menghujahkan ianya adalah satu kelewatan yang tidak munasabah. Oleh yang demikian, Plaintif-Plaintif telah menghujahkan bahawa prinsip undang-undang Laches adalah terpakai dan hak Defendan ke atas ¼ ekar Tanah tersebut adalah terbatal kerana kelewatan.
130
Defendan pula menghujahkan prinsip undang-undang laches hanya terpakai ke atas pihak-pihak kepada Perjanjian tersebut iaitu Tupar dan Defendan. Dalam kes ini Plaintif-Plaintif bukan pihak kepada Perjanjian tersebut.
131
Selanjutnya, Defendan menghujahkan laches tidak terpakai kerana tiada apa-apa kelewatan di pihak Defendan untuk menguatkuasakan haknya memandangkan Defendan telah terus memasuki dan memiliki milikan kosong Tanah tersebut dengan serta merta selepas Perjanjian tersebut ditandatangani pada tahun
1980
Defendan kemudian telah mula bercucuk tanam dan setelah itu telah membina Binaan Premis mulai tahun 1980an untuk disewakan, serta telah terus mengutip sewa bulanan dengan pengetahuan Tupar, Salamah dan Doliah, yang tidak pernah menghalang atau menghalau Defendan dari menduduki ¼ ekar Tanah tersebut.
132
Mahkamah bersetuju dengan hujahan Defendan tersebut. Mahkamah juga telah mendapati Defendan telah membuktikan bahawa Defendan telah membeli dan menduduki Tanah tersebut hampir 30 tahun dan telah mengusahakan ¼ ekar tersebut, malah sebelum Plaintif-Plaintif menjadi pemilik Tanah tersebut. Tambahan lagi Mahkamah juga telah mendapati Defendan tidak menceroboh Tanah tersebut.
133
Selain itu, SP1 juga telah mengesahkan Plaintif-Plaintif sedar bahawa Defendan menduduki Tanah tersebut dengan kebenaran Tupar, sebelum Plaintif-Plaintif menjadi pemilik Tanah tersebut.
134
Dalam kes ini, Defendan telah mengambil pemilikan di bawah Perjanjian tersebut dengan hak ekuiti (equitable rights) untuk berada atas ¼ ekar Tanah tersebut. Apa yang perlu dilakukan hanyalah penyempurnaan hakmilik atas ¼ ekar Tanah tersebut. Dalam keadaan ini, laches atau kelewatan tidak akan menghalang hak Defendan ke atas ¼ ekar Tanah tersebut.
135
Mahkamah membuat dapatan ini bersandarkan keputusan kes Kersah La'usin v Sikin Menan (supra) yang Mahkamah memutuskan seperti berikut: “It may be argued, perhaps, in due course, that laches or delay may be a bar to the personal representative's claim. In answer I would rely on the case of Williams v. Greatrex [1957] 1 WLR 31. I need not go into the details of that case beyond saying that it was an action for specific performance of a contract for the sale of land simpliciter made ten years previously. On behalf of the vendor it was argued that when he repudiated the contract the purchaser ought to have brought an action for specific performance then and there to compel him to perform the contract. Denning LJ (as he then was) said at p 36: “A very long time elapsed without his taking the vendor to Court. But I think the answer to it is this: once the purchaser went into possession of the land, having the contractual right to be there, he not only had an equity to be there, but also the benefit of a contract to sell him these two plots. That was not only an equity: it was an equitable interest in the land. He was in a sense the equitable owner of the land. So long as he was in possession of the land, he does not lose his rights simply by not proceeding at once for specific performance". [16] And in a later paragraph of the same page: “There is an interesting passage which Mr Pennant read us from a case in 1806, Crofton v. Ormsby [1806], 2 Sah and Lef 583 in which Lord Redesdale, Lord Chancellor in Ireland, said: 'The whole laches here consists in the not clothing an equitable estate with a legal title, and that by a party in possession. Now I do not conceive that this is that species of laches, which will prevail against the equitable title; if I should hold it so, it would tend to overset a great deal of property in this country, where parties often continue to hold under an equitable contract for 40 or 50 years, without clothing it with the legal title. I conceive, therefore, that possession having gone with the contract there is no room for the objection'. And then he added: 'But, in the present case, there is nothing but a resting on the equitable estate by a person in possession, without clothing it with a legal title, which I think never was held to be that sort of laches that would prevent relief. Likewise we have here possession which is taken under a contract of purchase with an equitable right to be there. All that needs to be done is for the legal title to be perfected. In such a case, laches or delay is not a bar". [17] At p 40, Hodson LJ (as he then was) said: What is the position if the plaintiff was in possession? In Fry LJ's book an Specific Performance (6 Edn 1921)-which was not, of course, edited by him-at p 517 it is stated: '1110. Where the contract is substantially executed, and the plaintiff is in possession of the property, and has the equitable estate, so that the object of his action is only to clothe himself with the legal estate, time either will not run at all as laches to debar the plaintiff from his right, or it will be looked at less narrowly by the Court'; and the authority for that proposition is stated to be that of Lord Redesdale in Crofton v. Ormsby, supra…” [penekanan ditambah] L. Sama ada Mahkamah mempunyai bidang kuasa untuk memerintahkan Defendan adalah pemilik benefisial ¼ ekar Tanah tersebut dan memerintahkan kemasukan Kaveat Pendaftar atas Tanah tersebut.
136
Pihak Defendan mengakui dalam Pernyataan Pembelaan dan Tuntutan Balas, Defendan telah memplidkan untuk satu deklarasi bahawa Plaintif-Plaintif adalah pemegang amanah bagi ¼ bahagian Tanah tersebut bagi pihak Defendan. Peguam bijaksana bagi pihak Defendan telah memohon Mahkamah untuk membenarkan Tuntutan Balas Defendan hanya bagi ¼ ekar Tanah tersebut sepertimana yang telah dinyatakan dalam Perjanjian tersebut memandangkan semua keterangan dan bukti di Mahkamah menunjukkan tuntutan Defendan hanya bagi ¼ ekar Tanah tersebut dan bukan ¼ bahagian.
137
Selain itu, pihak Defendan dalam hujahannya juga telah mencadangkan supaya Mahkamah memerintahkan satu Kaveat Pendaftar dimasukkan atas ¼ ekar Tanah tersebut untuk melindungi hak Defendan selaku pemilik benefisial ¼ ekar Tanah tersebut, memandangkan Plaintif-Plaintif adalah pemegang amanah bagi pihak Defendan bagi ¼ ekar tersebut.
138
Meneliti keterangan Defendan dan bukti dokumentari iaitu Perjanjian tersebut, adalah jelas bahawa Defendan hanya telah membeli ¼ ekar daripada Tupar dan bukan ¼ bahagian seperti yang diplidkan oleh Defendan. Oleh itu apa yang telah dibuktikan di Mahkamah adalah pembelian ¼ ekar Tanah tersebut. Mahkamah juga telah membuat dapatan fakta bahawa Perjanjian tesebut adalah sah dan mengikat, dan Defendan adalah pemilik benefisial bagi ¼ ekar Tanah tersebut. Mahkamah bersetuju bahawa Mahkamah mempunyai bidang kuasa sedia ada untuk membenarkan Tuntutan Balas Defendan untuk ¼ ekar Tanah tersebut mengikut bukti yang telah dikemukakan.
139
Bagi isu Kaveat Pendaftar, Mahkamah setelah membuat keputusan bahawa Plaintif-Plaintif merupakan pemegang amanah untuk faedah Defendan untuk ¼ ekar hartanah HSM 839, PT 313, Tempat Tanah Raja, Mukim Bandar, Daerah Kuala Langat, Negeri Selangor dan/atau PM 304, Lot 5386, Tempat Tanah Raja, Mukim Bandar, Daerah Kuala Langat, Negeri Selangor, telah mendapati satu Kaveat Pendaftar wajar dimasukkan ke atas ¼ ekar Tanah tersebut untuk melindungi hak dan kepentingan Defendan.
140
Mahkamah telah membuat kedua-dua perintah di atas berasaskan kuasa budi bicara di bawah bidang kuasa sedia ada Mahkamah untuk memberikan apa-apa perintah sampingan selain daripada perintah yang telah dipohon oleh Defendan, yang difikirkan wajar, sesuai dan adil.
141
Tambahan lagi Defendan dalam Tuntutan Balasnya di perenggan 24(ix) telah memohon untuk “Apa-apa relif lain yang dianggap adil dan sesuai oleh Mahkamah yang Mulia ini.” Maka Mahkamah mempunyai bidang kuasa untuk memerintahkan apa-apa perintah lain yang wajar, sesuai dan difikirkan perlu untuk pelaksanaan perintah Mahkamah dan juga untuk memberi kesan (effect) kepada perintah tersebut. Mahkamah merujuk kepada kes Blackstream Investments Pte Ltd & Anor v D’ Nonce Technology Bhd [2019] MLJU 923 yang menyatakan: “[121] Additionally, in Takako Sakao (f) v. Ng Pek Yuen (f) & Anor (No 2) [2010] 2 MLJ 181, the Federal Court again commented on the ample power to make consequential order. His Lordship Gopal Sri Ram FCJ stated thus: ‘It is settled that this court has ample jurisdiction to make consequential orders to give effect to the judgment (see Tan Soo Bing & Ors v. Tan Kooi Fook [1996] 3 MLJ 547) including directing the entry of a registrar’s caveat (see Seet Soh Ngoh v. Venkateswara Sdn Bhd [1976] 1 MLJ 242) and to ensure that its judgment in particular cases is not defeated by intervening events’. [emphasis added] … [123] So, clearly the Court has ample jurisdiction to make such consequential orders as may be necessary to give effect to its judgment or order and to make sure that the parties who are subject to the judgment or order do not ‘thumb their noses at the judgment’.” [penekanan ditambah]
142
Seperti yang dinyatakan juga oleh Mahkmah Persekutuan dalam kes Lim Eng Kay v Jaafar bin Mohamed Said [1982] CLJ 298, relif tersebut bukan setakat suatu perhiasan tanpa membawa apa-apa maksud. Perkara ini telah diulang oleh Yang Arif Gopal Sri Ram JCA di dalam kes Sinar Wang Sdn. Bhd v. Ng Kee Seng [2004] 1 LNS 308 yang Yang Arif merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan tersebut seperti berikut: - “31. We now address the fourth point. Mr. Tan's argument that the learned judge gave the plaintiff something he had not asked for overlooks two fundamental principles. A Court of Equity exercises its jurisdiction not in a straight jacketed or inflexible fashion. The whole approach of equity to problems coming within its parameters is one of flexibility based on broad and general doctrines rather than strict and unyielding rules. This is the hallmark of equity and it is in this fundamental respect that equity differs and diverges from common law. Equitable remedies and doctrines are therefore flexible and adaptable to particular circumstances. The Court of Equity may therefore mould the relief that is to be granted on particular facts. So, for example if rescission appears to be the inevitable or indeed the only remedy in a given case, a court of equity may decline to order rescission and instead may order equitable compensation by way of adjustment. The cases of Glucksteinv Barnes [1900] AC 240 and Dusik v Newton [1985] and 62 BCLR 1 amply illustrate the malleability of equitable remedies to fit particular circumstances. We therefore find no merit in Mr. Tan' s argument. “32. There is another reason why we would reject the submission of counsel. In his statement of claim the plaintiff also sought a prayer for "other relief that this Honourable Court deems fit and just." Now these are not empty words. As Salleh Abbas F.J. Observed in another context in Lim Eng Kay v Jaafar bin Mohamed Said [1982] CLJ 190 (Rep); [1982] CLJ 298; [1982] 2 MLJ 156: “In any case, prayer (e) in paragraph (7), 'Any other relief which this Honourable Court deem fit to grant' must not be treated as a mere ornament to pleadings devoid of any meaning." …” [penekanan ditambah]
143
Selain itu, di dalam kes ini Mahkamah telah membuat dapatan fakta dan membuat keputusan bahawa ekuiti menghendaki Plaintiff-Plaintif memegang ¼ ekar Tanah tersebut bagi pihak Defendan sebagai pemegang amanah. Tiada apa-apa peruntukan dalam Kanun Tanah Negara yang membolehkan pendaftaran sebagai pemegang amanah atau “constructive trust”. Manakala, hak Defendan perlu dilindungi sehingga ¼ ekar tersebut boleh dipindah milik kepada Defendan. Kaveat persendirian yang dimasukkan oleh Defendan mempunyai jangka hayat yang terhad. Maka dalam keadaan sedemikian Mahkamah wajar memerintahkan supaya satu Kaveat Pendaftar dimasukkan ke atas ¼ ekar Tanah tersebut. Saya merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan Hassan Bin Kadir & Ors v Mohamed Moidu Bin Mohamed & Anor [2018] supp MLJ 266 Mahkamah telah menyatakan: “(2) In the present case, a constructive trust came into existence upon the execution of the deed of sale. This was in line with the common law principle that the deed of sale entitled the respondent to specific performance and this, in turn, activated the equitable principle that equity looked upon as done, that which ought to have been done. Equity dictated that the appellants held the said portion subject to a constructive trust in favour of the respondents pursuant to the terms of the deed of sale (see paras 27–28).
3
There was no provision under the NLC for registration of the constructive trust to protect the beneficiaries thereunder. It was more appropriate to direct the Registrar of Land Titles to enter a registrar’s caveat against the land to protect the interests of the respondents as beneficiaries under the constructive trust. Accordingly, the order of the High Court, as affirmed by the Court of Appeal, was varied to include such a direction (see paras 30–31). … [28] Having considered the facts in this present case and based on the authorities cited above, I am in agreement with the courts below that equity dictates that the defendants must hold the said portion subject to the constructive trust in favour of the plaintiffs pursuant to the term of the deed of sale. [29] The next issue to be considered is whether the court could properly, within the provisions of the Code, direct the Registrar of Titles and/or land administrator to cause an endorsement to be entered on the Register of Titles of the constructive trust in favour of the plaintiffs. The courts below did not specify under what provision of the Code the endorsement was to be effected. [30] Under the Code, there is no provision for the registration of the constructive trust as such. Normally, if the beneficiary of a constructive trust wishes to protect his interest, he may do so by entering a private caveat against the land. But, in this case, a private caveat would not be appropriate because of its limited lifespan. The other alternative is for the court to direct the Registrar of Titles to enter the registrar’s caveat against the said land to protect the interest of the plaintiffs as beneficiaries under the constructive trust. That I think is the more appropriate order to be made in the present case. Accordingly I would direct that the registrar’s caveat be entered against the said land to the effect that the defendants, as registered proprietors, hold 21,000/84,398 undivided shares in the said land as constructive trustees for the plaintiffs, their successors in title or assigns.” [penekanan ditambah]
144
Oleh itu, bersandarkan keputusan kes Mahkamah Persekutuan di atas, Mahkamah atas budi bicara di bawah bidang kuasa sedia ada telah memerintahkan bahawa Pendaftar Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor hendaklah memasukkan Kaveat Pendaftar atas ¼ ekar Tanah tersebut untuk melindungi hak dan kepentingan Defendan.
145
Tidak boleh disangkal bahawa keadilan adalah pertimbangan utama dalam membuat keputusan oleh Mahkamah. Tugas Mahkamah adalah untuk melakukan keadilan berdasarkan merit kes berasaskan keterangan dan bukti berlandaskan undang-undang dalam sesuatu kes itu.
146
Berdasarkan fakta, keterangan, dan bukti yang telah dikemukakan di hadapan Mahkamah ini, Mahkamah telah mendapati Perjanjian tersebut antara Tupar dengan Defendan adalah sahih, wujud, sah dan mengikat pihak-pihak. Sehubungan dengan itu, Tupar adalah pemegang amanah bagi ¼ ekar Tanah tersebut dan lanjutan dari itu, Doliah, Salamah dan kemudian Plaintif-Plaintif adalah juga pemegang amanah bagi pihak Defendan atas ¼ ekar Tanah tersebut. Oleh kerana Defendan telah membeli ¼ ekar Tanah tersebut dengan sah, maka Defendan mempunyai hak ekuiti atas ¼ ekar Tanah tersebut. Defendan juga telah mendapat kebenaran daripada Tupar dan selanjutnya daripada Doliah dan Salamah untuk terus berada atas ¼ ekar Tanah tersebut. Oleh itu, dengan bukti dan keterangan yang kukuh yang dikemukakan oleh Defendan, agak mustahil untuk Mahkamah ini bersetuju dengan Plaintif-Plaintif bahawa Defendan telah menceroboh Tanah tersebut. Mahkamah merujuk kes Supreme Envy Sdn Bhd v Abdul Rahim bin Sinon (suing and acting as personal representative and representing the estate of Sinon bin Karnen, the deceased) & Anor [2017] 1 MLJ 43 di mana Mahkamah Rayuan memutuskan seperti berikut: - “[22] Under the circumstances, we have absolutely no hesitation to hold that the deceased and subsequently the first respondent as the beneficiary of the estate of the deceased, is entitled to the said property held by the second respondent under a constructive trust. With the overwhelming evidence, it is virtually impossible for this court to agree with the appellant that the deceased was a trespasser. The deceased clearly acquired the beneficial interest on the said property even before the appellant was incorporated in 2012, when the second respondent gave vacant possession of the said property to the deceased in 1972. Certainly the rights of the first respondent as the beneficiary of the estate of the deceased cannot be denied.” [penekanan ditambah]
147
Maka, atas alasan-alasan yang dinyatakan di atas Mahkamah berpuashati bahawa Plaintif-Plaintif telah gagal untuk membuktikan Tuntutan mereka atas imbangan kebarangkalian, manakala Defendan telah membuktikan Tuntutan Balasnya atas imbangan kebarangkalian. Oleh yang demikian, saya dengan itu, telah memerintahkan Tuntutan Plaintif-Plaintif ditolak. Tuntutan Balas Defendan dibenarkan seperti berikut: a. satu deklarasi bahawa Plaintif-Plaintif merupakan pemegang Amanah untuk faedah Defendan untuk ¼ ekar hartanah HSM 839, PT 313, Tempat Tanah Raja, Mukim Bandar, Daerah Kuala Langat, Negeri Selangor dan/atau PM 304, Lot 5386, Tempat Tanah Raja, Mukim Bandar, Daerah Kuala Langat, Negeri Selangor, dan b. memerintah Pendaftar, Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor untuk memasukkan Kaveat Pendaftar atas Tanah tersebut untuk melindungi ¼ ekar hak Defendan. c. Plaintif-Plaintif membayar kos sebanyak RM25,000.00 kepada Defendan. Bertarikh: 28 Julai 2023 t.t. JAMHIRAH ALI PESURUHJAYA KEHAKIMAN Mahkamah Tinggi Malaya di Shah Alam (NCVC1) Kepada peguam pihak-pihak: Pihak Plaintif 1-5 : Muhammad Shahrin Bin Satheer dan Muhammad Faiz Kamal Bin Jaafar (Tetuan Shahrin Satheer Kamal & Co.) Pihak Defendan : Paramjothy a/l Pahavan dan Armikayani Binti Amiruddin (Tetuan K Francis & Varghese)
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.