Content
WA-A52NCvC-1071-12/2024 | Kandungan 11 Muka surat 1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR GUAMAN SIVIL NO.: WA-A52NCvC-1071-12/2024
WA-A52NCvC-1071-12/2024
Sessions Court of Malaysia8 Jun 2026
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“29. Defendan merujuk South East Asia Insurance Bhd v Kerajaan Malaysia [1996] MLJU 642 bagi proposisi berikut: “It is well settled that if a Defendant in an O. 14 application succeeds in raising even a single triable issue, it will not be a fit and proper case to order summary judgment”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
WA-A52NCvC-1071-12/2024 | Kandungan 11 Muka surat 1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR GUAMAN SIVIL NO.: WA-A52NCvC-1071-12/2024
1
ANTARA SITI SARAH BINTI ADNAN (No. K/P: 860121-14-5856)
2
MOHAMAD SHAMIR BIN BAHAROM (No. K/P: 780205-02-6539)
3
AZIZAH BINTI RAZALI (No. K/P: 790418-08-5224)
4
NURUL SYIFA BINTI SAMSAIMI (No. K/P: 930817-10-5650)
5
MUHAMMAD HAIQAL BIN SHAHARUDDIN (No. K/P: 920222-01-5059)
6
SITI NADIAH BINTI ABDULLAH (No. K/P: 850914-01-5462)
7
M. KHAIRUL ANUAR BIN MISMAN (No. K/P: 760318-01-7657)
8
MUHAMAD ZUBIR BIN YUSOF (No. K/P: 821030-03-5473) … PLAINTIF-PLAINTIF DAN QUANTUM METAL SDN BHD (No. Syarikat: 1011907-U) … DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN (Kandungan 11 – Aturan 14 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012)
1
Ini ialah permohonan Plaintif-Plaintif di Kandungan 11 bagi penghakiman terus terhadap Defendan di bawah Aturan 14 01/08/2026 22:04:20 WA-A52NCvC-1071-12/2024 Kand. 42 WA-A52NCvC-1071-12/2024 | Kandungan 11 Muka surat 2 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (“KKM 2012”). Plaintif-Plaintif menuntut RM223,459.09, faedah pada kadar 5% setahun dari tarikh penghakiman hingga penyelesaian penuh, kos dan relif lanjut yang sesuai.
2
Permohonan Plaintif-Plaintif ini disokong oleh Afidavit Sokongan yang diikrarkan oleh Plaintif Ketiga, Azizah binti Razali, bagi pihak kesemua Plaintif-Plaintif. Defendan menentang permohonan ini melalui Afidavit Jawapan Lim Khong Soon, seorang pengarah Defendan. Plaintif-Plaintif kemudiannya memfailkan Afidavit Balasan.
3
Mahkamah ini telah meneliti keseluruhan kertas kausa, Notis Permohonan, ketiga-tiga afidavit berserta ekshibit, Pernyataan Tuntutan, Pembelaan, Jawapan kepada Pembelaan, hujahan bertulis Plaintif-Plaintif dan hujahan balas Defendan. Mahkamah turut meneliti Master Agreement dan terma Akaun Simpanan Emas yang dikemukakan Defendan, serta rekod permohonan pengeluaran dan komunikasi yang dirujuk Plaintif-Plaintif.
4
Persoalan tunggal pada tahap ini bukan sama ada Mahkamah harus menjalankan suatu perbicaraan mini, tetapi sama ada, setelah syarat awalan Aturan 14 dipenuhi, Defendan telah menunjukkan satu pembelaan bona fide atau sekurang-kurangnya satu isu yang benar-benar patut dibicarakan. Atas alasan yang dihuraikan di bawah, Mahkamah mendapati bahawa Defendan tidak berbuat demikian. WA-A52NCvC-1071-12/2024 | Kandungan 11 Muka surat 3
5
Defendan ialah sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan berkaitan pembelian, penjualan dan perdagangan komoditi emas. Dalam urusan tersebut, Defendan menyediakan suatu platform elektronik yang membolehkan pelanggannya membuka akaun, membeli emas, memantau nilai emas dan mengemukakan permohonan penjualan atau pengeluaran wang.
6
Plaintif-Plaintif telah menyertai beberapa produk yang diperkenalkan dan dikendalikan oleh Defendan. Produk-produk yang relevan kepada pertikaian ini termasuk Gold Storage Account (“GSA”), Gold Convert Account (“GCA”) dan Gold Asset Enhance 10X (“GAE10X”). Plaintif-Plaintif mendakwa bahawa produk-produk tersebut telah dipromosikan kepada mereka oleh individu yang dirujuk sebagai “leader” atau “consultant” Defendan. Menurut Plaintif-Plaintif, nilai akaun dan pulangan produk tersebut berkait dengan pergerakan harga emas.
7
Defendan tidak menafikan bahawa Plaintif-Plaintif merupakan pelanggannya dan telah menyertai produk emas yang dikendalikannya. Defendan bagaimanapun menafikan pencirian produk tersebut sebagai suatu “pelaburan”. Menurut Defendan, transaksi berkenaan ialah transaksi jual beli emas atau komoditi berasaskan prinsip tawarruq atau commodity murabahah. Defendan selanjutnya menyatakan bahawa setiap Plaintif tertakluk kepada suatu Master Agreement yang mempunyai tempoh selama lima tahun. Antara lain, Defendan bergantung pada peruntukan berhubung risiko pemilikan emas, tatacara penjualan semula emas, penamatan awal, cara pemberian notis dan tempoh perjanjian. WA-A52NCvC-1071-12/2024 | Kandungan 11 Muka surat 4 8. Plaintif-Plaintif mempertikaikan kebergantungan Defendan pada Master Agreement tersebut. Dalam Afidavit Balasan, Plaintif Ketiga menyatakan bahawa dokumen yang dikemukakan oleh Defendan tidak mempunyai tandatangan Plaintif-Plaintif dan bahawa terma-terma tersebut tidak pernah dijelaskan kepada mereka. Defendan sebaliknya menyatakan bahawa Master Agreement telah diterima secara elektronik ketika Plaintif-Plaintif mendaftar dan menyertai produk yang berkenaan. Oleh itu, kewujudan hubungan kontraktual secara umum tidak dipertikaikan, tetapi kesan, penerimaan dan tafsiran terma-terma tertentu dalam Master Agreement menjadi perkara yang dipertikaikan oleh pihak-pihak.
9
Menjelang penghujung tahun 2023 dan awal tahun 2024, harga emas telah mengalami peningkatan. Plaintif-Plaintif kemudiannya mengemukakan permohonan pengeluaran atau penjualan melalui aplikasi atau platform elektronik yang disediakan oleh Defendan.
Preamble
Menurut Plaintif-Plaintif, selepas sesuatu permohonan pengeluaran dikemukakan, sistem Defendan menghasilkan rekod transaksi dan baucar pembayaran. Dokumen tertentu yang dijana oleh sistem tersebut menunjukkan status permohonan sebagai “Approved”.
10
Baucar pembayaran yang dikemukakan oleh Plaintif-Plaintif juga mengandungi pernyataan bahawa anggaran tempoh pemprosesan ialah antara satu hingga lima hari bekerja, tertakluk kepada hari penjelasan bank, dan bahawa pengesahan pembayaran akan dihantar melalui e-mel apabila pindahan telah disempurnakan. Butiran pengeluaran Plaintif-Plaintif yang menjadi asas jumlah RM223,459.09 adalah seperti berikut: WA-A52NCvC-1071-12/2024 | Kandungan 11 Muka surat 5 Plaintif Jumlah (RM) Produk / Tarikh pengeluaran Pertama 14,572.17 GAE10X – 2.3.2024 Kedua 1,484.34 GAE10X – 2.3.2024 Ketiga 18,645.49 GAE10X/GCA – 15.12.2023, 1.2.2024 Keempat 42,070.48 GAE10X/GCA – 4.12.2023, 22.12.2023, 4.3.2024 Kelima 75,697.35 GAE10X/GCA – 4.12.2023, 4.3.2024 Keenam 14,109.13
14
GAE10X/GCA – 4.12.2023, 4.1.2024, 26.2.2024,
3
3.2024 Ketujuh 33,679.78 GAE10X – 3.12.2023 Kelapan 23,200.35 GAE10X/GCA – 28.12.2023, 4.3.2024, 8.3.2024 JUMLAH 223,459.09
11
Plaintif-Plaintif menyatakan bahawa, walaupun permohonan pengeluaran telah direkodkan atau diproses, wang tersebut tidak dikreditkan. Plaintif-Plaintif bergantung pada suatu memorandum rasmi yang didakwa dikeluarkan oleh Defendan. Menurut memorandum tersebut, pembayaran tertunggak dijangka diselesaikan selewat-lewatnya pada 31 Mac 2024. Plaintif-Plaintif menyatakan bahawa pembayaran tidak dibuat selepas tarikh tersebut. Notis tuntutan bertarikh 6 Februari 2024, 13 Februari 2024 dan 19 Februari 2024 dihantar melalui peguamcara, tetapi bayaran masih tidak dibuat.
12
Plaintif-Plaintif seterusnya merujuk kepada beberapa kenyataan media atau kenyataan rasmi Defendan pada bulan Julai dan Ogos
2024
Dalam kenyataan tersebut, Defendan menerangkan bahawa kenaikan harga emas sejak Disember 2023 telah menyebabkan jumlah permohonan penjualan atau pengeluaran meningkat dengan mendadak. Defendan turut menyatakan bahawa peningkatan permohonan secara serentak memerlukan WA-A52NCvC-1071-12/2024 | Kandungan 11 Muka surat 6 pengurusan kemudahan pembiayaan tambahan dan bahawa suatu pelan pembayaran sedang disediakan bagi menyelesaikan pembayaran tertunggak. Kenyataan tersebut bukanlah pengakuan khusus tentang amaun setiap seorang Plaintif. Walau bagaimanapun, ia merupakan kenyataan kontemporari daripada Defendan sendiri yang menunjukkan bahawa sememangnya terdapat kelewatan pembayaran kepada pelanggan dan bahawa kelewatan itu dikaitkan dengan jumlah permohonan yang tinggi serta kedudukan pembiayaan Defendan.
13
Defendan tidak menafikan atau mengemukakan rekod akaun tandingan yang menunjukkan mana-mana jumlah dalam jadual tersebut tersilap. Pendirian Defendan pada asasnya ialah berlaku kelewatan akibat proses penyelesaian, keadaan ekonomi, permintaan pengeluaran yang tinggi dan pemprosesan oleh pembekal atau institusi perbankan. Defendan turut merujuk kepada langkah alternatif berupa saham Quantum Metal Exchange Inc (“QMEI”) dan ganjaran emas.
14
C. KES PIHAK-PIHAK Plaintif-Plaintif berhujah bahawa kewujudan permohonan pengeluaran dan jumlahnya tidak dinafikan secara khusus oleh Defendan. Alasan-alasan Defendan yang berkisar tentang masalah sistem, bank, pihak ketiga atau permintaan tinggi hanyalah penjelasan kelewatan dan bukan pembelaan terhadap obligasi untuk membayar jumlah yang telah matang.
15
Plaintif-Plaintif selanjutnya berhujah bahawa Defendan tidak boleh pada masa yang sama mengakui kelewatan dan menawarkan penyelesaian, tetapi kemudian menegaskan bahawa ia masih WA-A52NCvC-1071-12/2024 | Kandungan 11 Muka surat 7 mempunyai lima tahun untuk membayar pengeluaran yang dibuat diluluskan dan/atau diproses. Plaintif-Plaintif menegaskan bahawa tuntutan ini bukan penamatan awal Master Agreement, tetapi suatu tuntutan bagi permohonan pengeluaran tertentu yang telah dikemukakan dan diluluskan atau diproses.
16
Mengenai forum, Plaintif-Plaintif menyatakan bahawa tindakan telah dimulakan berdasarkan alamat perniagaan Defendan dan Defendan tidak memperoleh suatu perintah penangguhan atau pemindahan yang menjadikan Mahkamah ini tiada bidang kuasa. Mengenai saham QMEI, Plaintif-Plaintif menafikan pernah bersetuju untuk menerima saham sebagai ganti pembayaran tunai.
17
Defendan pula berhujah bahawa hubungan antara pihak-pihak tertakluk kepada Master Agreement; transaksi ialah jual beli emas; terma kontrak mengandungi peruntukan risiko, tempoh lima tahun dan kuasa pelarasan, pembatalan atau pembalikan transaksi; notis penamatan awal tidak diberi; serta tindakan ini adalah pramatang.
18
Defendan juga bergantung pada klausa pemilihan forum Kuala Lumpur. Defendan menegaskan bahawa isu tafsiran kontrak, kesahihan tuntutan, sifat transaksi, hak pembatalan dan penerimaan risiko memerlukan saksi serta perbicaraan penuh.
Preamble
Menurut Defendan, satu isu sahaja boleh menjadikan kes ini wajar dibicarakan dan adalah mencukupi untuk menggagalkan permohonan penghakiman terus ini.
19
D. ISU-ISU UNTUK DIPUTUSKAN Mahkamah ini mendapati, terdapat isu-isu yang perlu diputuskan seperti berikut: WA-A52NCvC-1071-12/2024 | Kandungan 11 Muka surat 8
a
sama ada Plaintif-Plaintif telah memenuhi syarat awalan Aturan 14 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012;
b
sama ada Defendan telah menunjukkan pembelaan bona fide atau isu yang benar-benar patut dibicarakan;
c
sama ada isu forum, Master Agreement, tempoh lima tahun, sifat transaksi, notis penamatan, kuasa pembatalan dan saham QMEI menghalang penghakiman terus; dan
d
sama ada Plaintif-Plaintif berhak kepada relif yang dipohon.
20
E. PRINSIP UNDANG-UNDANG Aturan 14 kaedah 1(1) KKM 2012 memperuntukkan: “1. (1) Where in an action to which this rule applies a statement of claim has been served on a defendant and that defendant has entered an appearance in the action, the plaintiff may, on the ground that the defendant has no defence to a claim included in the writ, or to a particular part of such a claim, or has no defence to such a claim or part thereof except as to the amount of any damages claimed, apply to the Court for judgment against that defendant.”
21
Aturan 14 kaedah 2 menghendaki afidavit sokongan menentusahkan fakta yang menjadi asas tuntutan dan menyatakan kepercayaan deponen bahawa defendan tidak mempunyai pembelaan. Apabila syarat awalan dipenuhi, beban beralih kepada defendan untuk menunjukkan isu atau persoalan yang patut dibicarakan atau sebab lain mengapa perbicaraan wajar diadakan.
22
Muka surat 9 Aturan 14 kaedah 3(1) KKM 2012 memperuntukkan bahawa melainkan Mahkamah menolak permohonan atau Defendan memuaskan Mahkamah bahawa terdapat isu atau persoalan dalam pertikaian yang patut dibicarakan, atau terdapat sebab lain yang mewajarkan perbicaraan, Mahkamah boleh memberikan penghakiman sebagaimana yang adil. Peruntukan ini meletakkan beban substantif pada Defendan setelah syarat awalan dipenuhi. Dalam kes ini, Defendan bukan sekadar perlu menyenaraikan isu forum, tempoh lima tahun, risiko atau kuasa pembatalan; Defendan perlu menunjukkan asas fakta yang menjadikan isu tersebut benar-benar memerlukan perbicaraan.
23
Aturan 14 kaedah 3(1) hendaklah dibaca bersama Aturan 14 kaedah 1(1) dan kaedah 2(1). Kaedah 1(1) memberikan hak prosedural kepada Plaintif-Plaintif untuk memohon penghakiman terus; kaedah 2(1) menetapkan kandungan afidavit sokongan; manakala kaedah 3(1) menentukan ambang yang perlu dipenuhi oleh Defendan. Mahkamah mendapati ketiga-tiga peringkat ini telah dipenuhi kerana tuntutan, jumlah dan transaksi disahkan melalui afidavit serta dokumen, sedangkan tiada lejar atau pengiraan tandingan dikemukakan oleh Defendan.
24
Dalam National Company for Foreign Trade v Kayu Raya Sdn Bhd [1984] 1 CLJ (Rep) 283; [1984] 1 MLRA 190; [1984] 2 MLJ 300, prinsip berhubung beban awalan dan peralihan beban dinyatakan seperti berikut: “In an application under O. 14, the burden is on the plaintiff to establish the following conditions: (a) that the defendant must have entered appearance; (b) the statement of claim must have been served on the defendant; and (c) the affidavit WA-A52NCvC-1071-12/2024 | Kandungan 11 Muka surat 10 in support of the application must comply with the requirements of r. 2 of O. 14 in that it must verify the facts on which the claim is based and must state the deponent’s belief that there is no defence to the claim. Once those conditions are fulfilled, the burden then shifts to the defendant to raise triable issues.”
25
Dalam Malayan Insurance (M) Sdn Bhd v Asia Hotel Sdn Bhd [1987] 1 CLJ 246; [1987] CLJ (Rep) 182; [1987] 2 MLJ 183, Mahkamah Agung menjelaskan falsafah Aturan 14: “The underlying philosophy in the Order 14 provision is to prevent a plaintiff clearly entitled to the money from being delayed his judgment where there is no fairly arguable defence to the claim. The provision should only be applied to cases where there is no reasonable doubt that the plaintiff is entitled to judgment. Order 14 is not intended to shut out a defendant. The jurisdiction should only be exercised in very clear cases.”
26
Mahkamah tidak terhenti hanya kerana satu pihak membuat penegasan dan pihak lawan menafikannya. Dalam Bank Negara Malaysia v Mohd Ismail & Ors [1992] 1 MLJ 400, Mahkamah Agung memutuskan: “Under an O 14 application, the duty of a judge does not end as soon as a fact is asserted by one party, and denied or disputed by the other in an affidavit. Where such assertion, denial or dispute is equivocal, or lacking in precision or is inconsistent with undisputed contemporary documents or other statements by the same deponent, or is inherently improbable in itself, then the judge has a duty to reject such WA-A52NCvC-1071-12/2024 | Kandungan 11 Muka surat 11 assertion or denial, thereby rendering the issue not triable. Thus, apart from identifying the issue of fact or law, the court must go one step further and determine whether they are triable.”
27
Prinsip yang sama mengiktiraf bahawa persoalan undang-undang boleh diputuskan di bawah Aturan 14 apabila fakta material jelas, Mahkamah Agung dalam Bank Negara Malaysia v Mohd Ismail Ali Johor juga merujuk dan menerima pakai prinsip dalam Cow v Casey [1949] 1 All ER 197 dan European Asian Bank AG v Punjab and Sind Bank [1983] 2 All ER 508, memutuskan seperti berikut; “Where the issue raised is solely a question of law without reference to any facts or where the facts are clear and undisputed, the court should exercise its duty under O 14. If the legal point is understood and the court is satisfied that it is unarguable, the court is not prevented from granting a summary judgment merely because the question of law is at first blush of some complexity and therefore takes a little longer to understand.”
28
Dalam Alliance Bank Malaysia Bhd (formerly known as Multi Purpose Bank Bhd and Malaysia French Bank Bhd) v Mukhriz bin Mahathir & Anor [2006] 4 MLJ 451, Mahkamah telah menekankan kewajipan meneliti isu yang dibangkitkan, bukan sekadar menghitung bilangannya: “It is a common practice that Defendants in O14 applications will raise as many issues as possible for the purpose of impressing upon the court that there are issues to be tried and therefore summary judgment is not appropriate. In order WA-A52NCvC-1071-12/2024 | Kandungan 11 Muka surat 12 for the court to exercise its discretion judicially in an O 14 application, the court must analyse and scrutinise all the relevant affidavits, contemporary documents and other statements as well as submissions by counsels, to see whether issues raised are really triable issues.”
29
Defendan merujuk South East Asia Insurance Bhd v Kerajaan Malaysia [1996] MLJU 642 bagi proposisi berikut: “It is well settled that if a Defendant in an O. 14 application succeeds in raising even a single triable issue, it will not be a fit and proper case to order summary judgment.”
30
Proposisi tersebut tidak bermaksud suatu dakwaan yang hanya dilabel “isu” mesti diterima tanpa penelitian. Isu itu mestilah nyata, bona fide dan disokong fakta material. Dalam Shell Malaysia Trading Sdn Bhd v Filotek Trading Sdn Bhd [1999] 8 CLJ 592, keperluan memperincikan pembelaan dijelaskan: “It is not enough to swear, “I owe the man nothing”. Doubtless, if it was true, that you owed the man nothing, as you swear, that would be a good defence. But that is not enough. You must satisfy the judge that there is reasonable ground for saying so. Likewise, in O. 14 proceedings, a defendant’s affidavit must “condescend upon particulars” and should, as far as possible, deal specifically with the plaintiff’s claim and affidavit, and state clearly and concisely what the defence is, and what facts are relied on to support it.”
31
Dalam Noh Hyoung Seok v Perwira Affin Bank Bhd [2004] 2 MLJ 203, Mahkamah Rayuan mengingatkan: WA-A52NCvC-1071-12/2024 | Kandungan 11 Muka surat 13 “For completeness, it is also not the function of the trial judge in an O.14 application to delve into the merits of the case and decide whether the defendant is likely to succeed or fail.”
32
Mahkamah ini menerima batas tersebut. Walau bagaimanapun, menilai sama ada isu itu benar-benar boleh dibicarakan dengan membandingkan afidavit dan dokumen kontemporari, ianya adalah fungsi yang diwajibkan oleh Bank Negara Malaysia v Mohd Ismail, bukan suatu perbicaraan mini.
33
Dalam Icon City Development Sdn Bhd v Lee Kean Hwa & Ors [2025] 10 CLJ 867, Mahkamah Persekutuan mengesahkan bahawa tafsiran kontrak pada fakta jelas lazimnya boleh diputuskan dalam permohonan penghakiman terus: “That issue of interpretation of contract is a pure question of law which is plainly within the purview of the Court to decide in hearing a summary judgment application... Rarely would factual witnesses be necessary to give oral evidence as to what they understood the contract to mean...”
34
Mahkamah ini turut mengambil kira autoriti-autoriti berikut dalam mengukuhkan pendekatan bahawa “isu boleh dibicarakan” tidak memadai tanpa asas fakta positif, persoalan tafsiran kontrak pada fakta yang jelas boleh diputuskan secara terus dan terma yang digubal secara sepihak hendaklah ditafsir berdasarkan bahasa sebenar kontrak serta akal komersial. Mahkamah Tinggi dalam Anish Resources Sdn Bhd v Public Bank Bhd [2025] 4 MLRH 72 menekankan bahawa sesuatu syarat yang dirangka oleh satu pihak hendaklah dibaca secara adil, munasabah dan logik menurut bahasa yang dipilih. Gan Techiong JC turut mengaplikasikan WA-A52NCvC-1071-12/2024 | Kandungan 11 Muka surat 14 kaedah expressio unius est exclusio alterius serta contra proferentem dengan menyatakan yang berikut: “Had the Respondent Bank intended to make it a condition for all transactions ... it could easily have stated just that.”
35
Prinsip tersebut relevan di sini kerana Defendan bergantung secara umum pada tempoh lima tahun dan kuasa membatalkan transaksi. Jika Defendan benar-benar bermaksud bahawa setiap permohonan pengeluaran boleh ditahan sehingga tamat lima tahun, terma yang begitu penting boleh dan sepatutnya dinyatakan dengan jelas dalam perjanjian tersebut. Mahkamah ini tidak boleh menyisipkan sekatan sedemikian apabila bahasa kontrak yang dirujuk tidak menghubungkannya secara khusus dengan pengeluaran yang telah dipohon dan direkodkan.
36
Mahkamah Rayuan dalam kes Siemens Industry Software Inc v KB Engineering Coatings Sdn Bhd [2025] 2 MLRA 657 memutuskan bahawa apabila plaintif telah mengemukakan bukti prima facie melalui afidavit dan dokumen, defendan perlu menawarkan keterangan positif untuk menyangkalnya. Mahkamah Rayuan menyatakan: “It was then for the respondent to offer positive evidence to displace the appellant’s prima facie ownership.”
37
Mahkamah Rayuan dalam Siemens turut menolak sesuatu “triable issue” yang hanya muncul dalam hujahan tetapi tidak disokong afidavit. Prinsip ini secara analogi terpakai: Defendan mempunyai kawalan terhadap sistem, lejar dan status setiap pengeluaran, namun tidak mengemukakan rekod positif yang menafikan mana-mana jumlah khusus Plaintif-Plaintif. Rujukan umum kepada WA-A52NCvC-1071-12/2024 | Kandungan 11 Muka surat 15 keadaan ekonomi, bank, pihak ketiga atau risiko transaksi tidak menyanggah bukti prima facie tentang permohonan dan jumlah pengeluaran yang telah dipohon dan diluluskan.
38
Keputusan Mahkamah Persekutuan dalam Icon City Development Sdn Bhd v Lee Kean Hwa & Ors [2026] 1 MLRA 131, yang memutuskan dengan mengekalkan penghakiman terus apabila fakta material jelas dan pertikaian sebenar ialah tafsiran kontrak. Pada perenggan [75], Mahkamah Persekutuan menegaskan: “Complexity ... does not by itself bring the application within the exception under O 14 r 3 ROC.”
39
Pada perenggan [77] hingga [78] kes Icon City, Mahkamah Persekutuan membezakan kes yang benar-benar memerlukan siasatan fakta daripada kes yang terang dan tidak memerlukan penelitian lanjut. Pada perenggan [85], Mahkamah Persekutuan seterusnya menolak usaha pihak yang kalah menambah isu boleh dibicarakan secara berperingkat apabila bantahan itu tidak dikemukakan dengan sempurna pada peringkat asal.
40
Pemakaian Icon City kepada kes ini adalah walaupun Defendan menyenaraikan pelbagai istilah, Master Agreement, jual beli emas, risiko, tempoh lima tahun, kuasa pembatalan dan saham QMEI, fakta teras kekal jelas: permohonan pengeluaran Plaintif-Plaintif dibuat melalui sistem Defendan; jumlah khusus dikenal pasti; dan tiada lejar atau pengiraan tandingan dikemukakan. Persoalan kesan terma kontrak terhadap fakta yang tidak disangkal itu merupakan persoalan undang-undang yang sesuai dan boleh diputuskan di bawah Aturan 14. WA-A52NCvC-1071-12/2024 | Kandungan 11 Muka surat 16
41
F. ANALISIS DAN DAPATAN MAHKAMAH Syarat awalan Aturan 14 telah Plaintih-Plaintif penuhi. Pernyataan Tuntutan telah disampaikan; Defendan telah memasukkan kehadiran dan memfailkan Pembelaan; dan Afidavit Sokongan menentusahkan fakta tuntutan serta menyatakan kepercayaan bahawa Defendan tidak mempunyai pembelaan. Oleh itu beban kini beralih kepada Defendan.
42
Titik mula analisis ialah sifat khusus tuntutan. Plaintif-Plaintif tidak pada permohonan ini meminta Mahkamah menentukan keuntungan spekulatif masa hadapan, menamatkan semua kontrak, atau menaksir ganti rugi yang tidak tertentu. Mereka menuntut jumlah angka yang dikatakan terhasil daripada permohonan pengeluaran yang dibuat dalam sistem Defendan.
43
Defendan tidak sama sekali menafikan secara khusus setiap transaksi dan jumlah dalam jadual tuntutan. Defendan tidak pada bila-bila masa mengemukakan penyata akaun, lejar, pengiraan tandingan atau laporan audit yang menunjukkan jumlah RM223,459.09 yang dituntut Plaintif-Plaintif itu adalah salah. Defendan juga tidak mengenal pasti mana-mana permohonan tertentu sebagai tidak pernah dibuat, tidak diluluskan, telah dibayar atau telah dibatalkan secara sah.
44
Sebaliknya, alasan Defendan tentang kelewatan pembayaran pengeluaran tersebut adalah akibat dari keadaan ekonomi, permintaan tinggi, proses pembekal dan bank mengandaikan bahawa permohonan itu wujud dan belum dibayar. Penjelasan mengapa pembayaran lewat bukanlah alasannya namun tanpa lebih kepada bentuk penafian bahawa pembayaran perlu dibuat. WA-A52NCvC-1071-12/2024 | Kandungan 11 Muka surat 17 Pada fakta ini, penjelasan tersebut jelas mengukuhkan kewujudan obligasi asas.
45
G. ISU FORUM DAN BIDANG KUASA Defendan bergantung pada perenggan 7 Master Agreement yang memilih Kuala Lumpur sebagai forum. Defendan merujuk World Triathlon Corp v SRS Sports Centre Sdn Bhd [2019] 4 MLJ 394, yang menyatakan: “Although generally, a forum selection clause does not oust the jurisdiction of the court, the court is nevertheless obliged to give effect to it as what the parties had agreed... Where there is an exclusive jurisdiction clause, effect should be given to it and a stay ought to be granted, unless the party challenging the exclusive jurisdiction is able to show exceptional circumstances amounting to a strong cause warranting a refusal.”
46
Petikan itu sendiri membezakan antara kewujudan bidang kuasa dan pelaksanaan klausa forum melalui penangguhan. Klausa forum tidak dengan sendirinya meniadakan bidang kuasa inheren atau statutori mahkamah. Tambahan pula, prosiding yang kini di hadapan Mahkamah ini ialah prosiding di Kuala Lumpur, iaitu forum yang disebut Defendan. Oleh itu, isu forum tidak menghasilkan pembelaan terhadap hutang atau isu yang memerlukan perbicaraan.
47
Sekiranya bantahan Defendan merujuk pemfailan asal di forum lain, remedi prosedural ialah permohonan penangguhan atau pemindahan pada masa yang sesuai. Ia bukan jawapan pada merit terhadap jumlah pengeluaran, apatah lagi setelah perkara berada WA-A52NCvC-1071-12/2024 | Kandungan 11 Muka surat 18 di forum Mahkamah Kuala Lumpur. Maka isu ini tidak menghalang penghakiman terus.
48
TAHUN Mahkamah ini menerima bahawa pihak-pihak terikat kepada terma kontrak yang sah dan Mahkamah ini tidak boleh menulis semula kontrak. Defendan merujuk SPM Membrane Switch Sdn Bhd v Kerajaan Negeri Selangor [2016] 1 MLJ 464: “It is trite principle of contract law that the courts do not have the power to rewrite a contract, substitute any clauses or improve a contract already agreed by the parties.”
49
Namun, prinsip tersebut memerlukan Defendan mengenal pasti terma tepat yang menafikan pembayaran bagi pengeluaran yang telah dipohon. Rujukan umum kepada Master Agreement, risiko transaksi atau kuasa pentadbiran tidak mencukupi. Defendan tidak menunjukkan klausa yang secara jelas membenarkan Defendan menahan selama lima tahun suatu bayaran pengeluaran yang telah dipohon Plaintif-Plaintif dan direkodkan sebagai sedang diproses atau diluluskan.
50
Tempoh lima tahun yang dirujuk Defendan berkaitan tempoh produk atau kontrak. Ia tidak boleh dibaca terasing daripada mekanisme pengeluaran. Tuntutan Plaintif-Plaintif bukan tuntutan pulangan automatik semua modal sebelum matang semata-mata kerana mereka berubah fikiran, sebaliknya ia berasaskan permohonan pengeluaran tertentu yang diterima sistem Defendan. Defendan gagal menghubungkan tempoh lima tahun dengan setiap transaksi yang dituntut. WA-A52NCvC-1071-12/2024 | Kandungan 11 Muka surat 19
51
Sama ada produk dilabel sebagai suatu bentuk pelaburan emas atau jual beli emas juga tidak menjawab kewajipan membayar hasil transaksi yang telah dikreditkan dalam rekod platform yang disediakan Defendan. Jika benar transaksi itu jual beli, Defendan masih perlu menjelaskan mengapa harga jualan atau jumlah pengeluaran yang direkodkan tidak perlu dibayar. Tiada pengiraan tandingan dikemukakan untuk mengukuhkan alasan Defendan.
52
Defendan juga tidak menyatakan fakta material tentang pelaksanaan kuasa pembatalan: transaksi yang mana dibatalkan, pada tarikh apa, di bawah klausa mana, atas sebab apa, dan bagaimana jumlah selepas pembatalan dikira. Kuasa kontrak yang abstrak bukan bukti bahawa kuasa itu sebenarnya dan secara sah boleh dilaksanakan terhadap semua lapan Plaintif di sini.
53
I. NOTIS PENAMATAN DAN DAKWAAN TUNTUTAN PRAMATANG Defendan berhujah bahawa Plaintif-Plaintif tidak memberi notis penamatan awal. Hujah ini tersasar kerana permohonan pengeluaran melalui saluran yang disediakan sendiri oleh Defendan ialah perbuatan operasi yang berbeza daripada penamatan keseluruhan hubungan kontrak. Defendan tidak menunjukkan dan/atau gagal membuktikan bahawa setiap pengeluaran hanya boleh berlaku selepas penamatan Master Agreement.
54
Notis tuntutan juga telah dihantar pada bulan Februari 2024. Lebih penting dan utama, Defendan tidak pernah menafikan penerimaan permohonan pengeluaran atas alasan ketiadaan notis penamatan pada masa material; sebaliknya alasan yang diberikan oleh WA-A52NCvC-1071-12/2024 | Kandungan 11 Muka surat 20 Defendan sendiri ialah isu kelewatan pemprosesan dan penyelesaian. Pendirian Defendan kemudiannya bahawa hutang belum matang bercanggah dengan keterangan dokumen serta penjelasan kontemporari sendiri.
55
Mahkamah ini menerima prinsip bahawa seseorang pihak tidak boleh mengambil dua pendirian yang saling bercanggah mengikut kesesuaian. Dalam Cheah Theam Kheng v City Centre Sdn Bhd (in liquidation) and other appeals [2012] 1 MLJ 761, seperti dipetik dalam Prestaharta Sdn Bhd v Ahmad Kamal bin Md Alif & Ors [2016] 4 MLJ 39, Mahkamah Rayuan menyatakan: “We categorically say that the liquidator cannot blow hot and cold to suit him whenever he feels like it. He cannot approbate and reprobate in the same breath... There is a principle of law of general application that it is not possible to approbate and reprobate. That means you are not allowed to blow hot and cold in the attitude that you adopt. A man cannot adopt two inconsistent attitudes towards another: he must elect between them and, having elected to adopt one stance, cannot thereafter be permitted to go back and adopt an inconsistent stance.”
56
Di sini, tawaran langkah penyelesaian bagi “kelewatan pengeluaran” dan kenyataan bahawa pembayaran sedang diproses tidak selari dengan dakwaan bahawa tiada apa-apa pun perlu dibayar sehingga lima tahun tamat. Percanggahan tersebut tidak menghasilkan isu bona fide; ia malah melemahkan pembelaan pramatang. WA-A52NCvC-1071-12/2024 | Kandungan 11 Muka surat 21
57
J. SAHAM QMEI DAN PENYELESAIAN ALTERNATIF Defendan merujuk pengeluaran saham QMEI atau ganjaran emas sebagai langkah niat baik. Tiada bukti bahawa Plaintif-Plaintif bersetuju untuk menerima saham sebagai novasi, pembayaran penuh atau pelepasan tuntutan tunai. Suatu tawaran unilateral tidak memadamkan obligasi sedia ada tanpa penerimaan pihak yang berhak.
58
Defendan tidak mengemukakan sebarang persetujuan bertulis setiap Plaintif, resolusi penyelesaian, bukti pindahan saham yang diterima sebagai bayaran, atau pengiraan nilai yang mengurangkan jumlah RM223,459.09. Oleh itu, isu saham QMEI tidak menimbulkan pembelaan yang boleh dibicarakan terhadap tuntutan tunai ini.
59
Berpandukan Anish Resources, Mahkamah ini enggan membaca masuk suatu moratorium lima tahun yang tidak dinyatakan dengan jelas sebagai had bagi pengeluaran yang telah diterima sistem. Terma umum tentang tempoh produk tidak mengatasi mekanisme khusus pengeluaran atau membenarkan Defendan menangguhkan bayaran tanpa had.
60
Berpandukan Siemens, beban Defendan bukan dipenuhi dengan spekulasi atau penafian umum. Defendan perlu mengemukakan bukti positif misalnya status transaksi setiap Plaintif, sebab pembatalan, klausa yang digunakan, tarikh pelaksanaan dan pengiraan baki. Ketiadaan bukti tersebut menyebabkan pembelaan Defendan tidak melepasi tahap isu bona fide.
61
Muka surat 22 Selanjutnya, berpandukan Icon City, kewujudan dokumen kontrak dan hujahan tafsiran tidak secara automatik memerlukan perbicaraan. Apabila fakta asas tidak dipertikaikan dan kontrak boleh ditafsir oleh Mahkamah, isu itu berada dalam lingkungan Aturan 14. Mahkamah ini mendapati tiada keadaan luar biasa, dokumen tersembunyi atau konflik fakta material yang memerlukan keterangan viva voce.
62
Oleh itu, autoriti-autoriti yang dirujuk di atas bukan sahaja konsisten, malah mengukuhkan dapatan bahawa Defendan gagal mengemukakan satu pun isu yang tulen dan benar-benar boleh dibicarakan.
63
K. PENILAIAN KESELURUHAN PEMBELAAN Mahkamah ini telah mempertimbangkan kes ES HVAC Sdn Bhd v Miracle Asset Builder Sdn Bhd [2019] 3 MLJ 485, yang dirujuk Defendan bagi kata-kata: “...even if the Appellant was not able to point to a specific issue which ought to be tried, but nevertheless satisfied this Court that there were circumstances that ought to be investigated, then the words “there ought for some reason to be a trial” would be invoked...”
64
Defendan tetap perlu menunjukkan keadaan nyata yang perlu disiasat. Dalam kes ini, Defendan mengawal sistem, lejar dan rekod transaksi, tetapi tidak mengemukakan butiran khusus untuk menyangkal jumlah tuntutan Plaintif-Plaintif. Permintaan untuk perbicaraan penuh tanpa mengenal pasti saksi material, rekod tandingan atau transaksi yang dipertikaikan hanyalah seruan umum. WA-A52NCvC-1071-12/2024 | Kandungan 11 Muka surat 23
65
Pembelaan Defendan, apabila dianalisis secara substantif, terdiri daripada:
i
isu forum yang tidak lagi memberi kesan dan tidak menafikan hutang;
II
(ii) perbezaan label jual beli atau pelaburan yang tidak menjawab pengeluaran;
III
(iii) tempoh lima tahun yang tidak dikaitkan dan dipautkan kepada transaksi tertentu;
IV
(iv) notis penamatan yang tidak ditunjukkan sebagai prasyarat pengeluaran;
v
kuasa pembatalan yang tidak dibuktikan pernah dilaksanakan; dan
VI
(vi) isu saham QMEI yang tidak diterima sebagai penyelesaian.
66
Isu-isu tersebut tidak menjadi triable hanya kerana dihimpunkan dalam senarai panjang. Setelah dibandingkan dengan pengakuan tentang kelewatan, rekod permohonan pengeluaran dan ketiadaan pengiraan tandingan, isu-isu tersebut hanyalah bersifat umum, tidak tepat dan tidak disokong fakta material. Menurut prinsip yang diputuskan dalam Bank Negara Malaysia v Mohd Ismail, Mahkamah berkewajipan menolak penafian sedemikian.
67
Mahkamah ini juga tidak menerima dakwaan salah guna proses. Plaintif-Plaintif telah memplidkan transaksi, jumlah, tarikh WA-A52NCvC-1071-12/2024 | Kandungan 11 Muka surat 24 pengeluaran, kegagalan bayar dan notis tuntutan. Itulah fakta material yang mencukupi bagi suatu tuntutan pembayaran. Kegagalan menyebut setiap klausa kontrak tidak memadamkan kausa tindakan apabila fakta kemungkiran dan relif telah dikenal pasti.
68
Pada keseluruhannya, pembelaan Defendan ialah penjelasan terhadap kelewatan pembayaran, bukan penafian yang tepat terhadap kewujudan dan amaun obligasi. Kes ini termasuk dalam kategori jelas yang dimaksudkan oleh Malayan Insurance: Plaintif-Plaintif tidak wajar terus dilengahkan apabila tiada fairly arguable defence.
69
L. KEPUTUSAN DAN PERINTAH Setelah menimbangkan keseluruhan kertas kausa, afidavit, dokumen kontemporari dan hujahan kedua-dua pihak, Mahkamah ini berpuas hati bahawa Plaintif-Plaintif telah memenuhi kehendak Aturan 14 atas imbangan kebarangkalian dan Defendan telah gagal menunjukkan sebarang isu bona fide yang patut dibicarakan.
70
Dengan itu, permohonan Plaintif-Plaintif di Kandungan 11 dibenarkan dan penghakiman terus diperintahkan untuk dimasukkan terhadap Defendan seperti berikut:
a
Defendan hendaklah membayar kepada Plaintif-Plaintif jumlah RM223,459.09;
b
faedah pada kadar 5% setahun ke atas jumlah penghakiman tersebut dari tarikh penghakiman sehingga tarikh penyelesaian penuh; dan WA-A52NCvC-1071-12/2024 | Kandungan 11 Muka surat 25
c
kos sebanyak RM4,000.00 dibayar oleh Defendan kepada Plaintif-Plaintif. Bertarikh pada 30 Julai 2026. ……….Fatimah ……… (SITI FATIMAH BINTI TALIB) HAKIM MAHKAMAH SESYEN SIVIL 11 KUALA LUMPUR KAUNSEL: Peguamcara Bagi Plaintif: Noor Dinie Binti Roslan Tetuan Wan Ahmad Ridzuan & Co. Peguamcara Bagi Defendan: Mahmud Bin Abdul Jumaat Tetuan Emir Mahmud & Co.
1
SENARAI PERUNTUKKAN UNDANG-UNDANG Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 [P.U. (A) 205/2012], Aturan 14 kaedah 1(1), 2(1) dan 3(1).
2
Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 [P.U. (A) 205/2012], Aturan 42 kaedah 12.
3
Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 [P.U. (A) 205/2012], Aturan 59 kaedah 1(1) dan kaedah 3. WA-A52NCvC-1071-12/2024 | Kandungan 11 Muka surat 26
1
Alliance Bank Malaysia Bhd (formerly known as Multi Purpose Bank Bhd and Malaysia French Bank Bhd) v Mukhriz bin Mahathir & Anor [2006] 4 MLJ 451.
2
Anish Resources Sdn Bhd v Public Bank Bhd [2025] 4 MLRH 72.
3
Bank Negara Malaysia v Mohd Ismail Ali Johor & Ors [1992] 1 MLJ
400
400.
4
Cheah Theam Kheng v City Centre Sdn Bhd (in liquidation) and other appeals [2012] 1 MLJ 761.
5
Cow v Casey [1949] 1 All ER 197; [1949] 1 KB 474.
6
ES HVAC Sdn Bhd v Miracle Asset Builder Sdn Bhd [2019] 3 MLJ
485
485.
7
European Asian Bank AG v Punjab and Sind Bank [1983] 2 All ER 508; [1983] 1 WLR 642.
8
Icon City Development Sdn Bhd v Lee Kean Hwa & Ors [2025] 10 CLJ 867; [2026] 1 MLRA 131.
9
Malayan Insurance (M) Sdn Bhd v Asia Hotel Sdn Bhd [1987] 1 CLJ 246; [1987] CLJ (Rep) 182; [1987] 2 MLJ 183.
10
National Company for Foreign Trade v Kayu Raya Sdn Bhd [1984] 1 CLJ (Rep) 283; [1984] 1 MLRA 190; [1984] 2 MLJ 300. WA-A52NCvC-1071-12/2024 | Kandungan 11 Muka surat 27
11
Noh Hyoung Seok v Perwira Affin Bank Bhd [2004] 2 MLJ 203.
12
Prestaharta Sdn Bhd v Ahmad Kamal bin Md Alif & Ors [2016] 4
13
Shell Malaysia Trading Sdn Bhd v Filotek Trading Sdn Bhd [1999]
14
Siemens Industry Software Inc v KB Engineering Coatings Sdn Bhd [2025] 2 MLRA 657.
15
South East Asia Insurance Bhd v Kerajaan Malaysia [1996] MLJU
642
642.
16
SPM Membrane Switch Sdn Bhd v Kerajaan Negeri Selangor [2016]
17
World Triathlon Corp v SRS Sports Centre Sdn Bhd [2019] 4 MLJ
394
394.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.