Schedule
Jadual 4 PJB. [19] Antara terma-terma PJB yang dipersetujui kedua-dua pihak adalah: (i) pembayaran harga pembelian hartanah tersebut perlu dibayar secara progresif berdasarkan Jadual 4 setelah Defendan 2 mengesahkan peringkat penyiapan kerja oleh Defendan 1 di Projek Berkenaan (Jadual 4 dan Klausa 3 PJB). (ii) Defendan 1 wajib menyediakan, menyiapkan dan meletakan semua kabel dan trunking air, elektrik, pembentungan dan telefon hingga ke sempadan hartanah tersebut (selepas ini dipanggil “Infrastruktur Berkenaan”) (Klausa 11 PJB). (iii) Defendan 1 wajib menyerahkan milikan kosong hartanah tersebut yang lengkap dengan Infrastruktur Berkenaan kepada Plaintif-Plaintif dalam tempoh 18 bulan dari Perintah Pembangunan diperolehi dengan perlanjutan masa 6 bulan secara automatik sekiranya masih menunggu kelulusan dari pihak berkuasa atau menunggu keputusan rayuan penolakan permohonan kelulusan dari pihak berkuasa (Klausa 5 PJB). Bagi Plaintif 6, 7 dan 8 dalam Kes 283, tempoh penyerahan milikan kosong adalah 24 bulan. (iv) Defendan 1 bertanggungjawab membayar LAD (gantirugi yang telah ditentukan) kepada Plaintif-Plaintif dengan kadar yang dipersetujui (Klausa 5.3 PJB) iaitu 8% setahun ke atas harga pembelian yang dikira dari tarikh luput penyerahan milikan kosong (Klausa 5 PJB). [20] Plaintif-Plaintif mendakwa Defendan 1 telah gagal melaksanakan kewajipan untuk menyediakan dan melengkapkan Infrastruktur Berkenaan berdasarkan peruntukan Klausa 11 PJB. Manakala Defendan 1 pula dalam tuntutan balasnya mendakwa terdapat kelewatan oleh Plaintif-Plaintif dalam pembayaran progresif hartanah berkenaan dan menuntut bayaran tersebut bersama faedah. Isu [21] Isu-isu yang perlu diputuskan mahkamah adalah: (i) sama ada Defendan 1 melanggar terma PJB dalam menyerahkan milikan kosong hartanah tersebut kepada Plaintif-Plaintif. (ii) sama ada penyerahan milikan kosong hartanah tersebut tertakluk kepada penyiapan keseluruhan Infrastruktur Berkenaan. (iii) sama ada pengeluaran CPC oleh Defendan 2 mematuhi terma PJB i.e. Infrastruktur Berkenaan telah disiapkan. (iv) sama ada Plaintif-Plaintif berhak menuntut LAD kepada dakwaan kelewatan penyerahan milikan kosong. (v) sama ada Defendan 1 berhak kepada tuntutan balas terhadap Plaintif-Plaintif bagi faedah kelewatan bayaran progresif. Penelitian dan penemuan mahkamah [22] Dalam perbicaraan kedua-dua kes ini, seramai 11 orang saksi memberikan keterangan bagi pihak Plaintif-Plaintif, 4 orang bagi pihak Defendan 1 dan seorang bagi pihak Defendan 2. [23] Tuntutan terhadap Defendan 1 iaitu pemaju Projek Berkenaan dalam Kes 283 dan Kes 284 adalah kegagalan menyiapkan Infrastruktur Berkenaan dan melanggar terma PJB (Klausa 11.2) sebelum menyerahkan milikan kosong hartanah berkenaan kepada Plaintif-Plaintif. [24] Manakala tuntutan terhadap Defendan 2 pula adalah kerana kecuaiannya dalam mengeluarkan CPC bertarikh 7.9.2015 (muka surat 11, Common Bundle “D”) dan 30.9.2015 (muka surat 12, Common Bundle “D”) untuk kerja-kerja bagi Peringkat 4 dan 5 seperti yang diperuntukan di bawah Jadual 4 PJB. [25] Pertikaian antara Plaintif-Plaintif dan Defendan-Defendan bermula apabila dua keping CPC berkenaan dikeluarkan oleh Defendan 2 kepada Defendan 1 yang mengesahkan kerja-kerja Infrastruktur Berkenaan atas hartanah yang dibeli Plaintif-Plaintif dalam Projek Berkenaan telah disiapkan dan ini membolehkan Defendan 2 memberikan milikan kosong dan menjadikan Plaintif-Plaintif berkewajipan membayar baki harga belian hartanah-hartanah tersebut. [26] Pertikaian utama yang ditimbulkan Plaintif-Plaintif adalah bahawa Defendan 1 telah gagal menyiapkan kerja Infrastruktur Berkenaan iaitu: (i) kabel elektrik tidak diletakan hingga ke sempadan hartanah Plaintif-Plaintf. (ii) sub-stesyen TNB tidak berfungsi. (iii) telephone trunking tidak diletakan. (iv) rumah pam tidak berfungsi. [27] Pertikaian tersebut telah menimbulkan beberapa isu (bagi kedua-dua kes) yang perlu diputuskan mahkamah dalam perbicaraan ini seperti berikut: (i) sama ada Defendan 1 melanggar terma PJB untuk menyerahkan milikan kosong hartanah tersebut kepada Plaintif-Plaintif [28] Dari dokumen-dokumen contemporaneous yang dikemukakan adalah didapati Defendan 2 dilantik oleh Defendan 1 sebagai seorang perunding sivil dan struktur (civil and structural consultant) untuk Projek Berkenaan. Tugas Defendan 2 adalah untuk mengawasi pelaksanaan kerja-kerja struktur sivil seperti yang dikehendaki oleh pihak berkuasa berkaitan dan mengesyorkan kepada pihak berkuasa berdasarkan kepada Perintah Pembangunan yang telah diluluskan i.e. seperti yang termaktub dalam plan lukisan. [29] Kewajipan Defendan 2 juga adalah untuk mengesahkan kerja-kerja Infrastruktur Berkenaan atas hartanah yang dibeli Plaintif-Plaintif dalam Projek Berkenaan telah disiapkan dan ini membolehkan Defendan 2 memberikan milikan kosong dan menjadikan Plaintif-Plaintif berkewajipan membayar baki harga belian hartanah-hartanah tersebut. [30] Kerja-kerja struktur sivil adalah merangkumi: (a) kawasan terbuka (b) kolam takungan air (c) tempat parkir kenderaan berat (d) asrama pekerja (e) surau (f) pencawang elektrik double chamber (g) stesyen suis utama (h) pencawang rumah (i) simpanan parit (j) simpanan jalan [31] Berdasarkan kepada skop kerja, saya mendapati Defendan 1 telah membina struktur-struktur sivil berkenaan. Tanggungjawab untuk meletakan kabel elektrik dan melengkapkan sub-stesyen TNB adalah Tenaga Nasional Berhad (selepas ini dipanggil “TNB”) dan bukannya tanggungjawab atau obligasi Defendan 1. Pengesahan ini diberikan oleh SP8 (Mohd Ainuddin bin Md Khairuddin) dan SP9 (Herdawati binti Hussein) yang merupakan pegawai dari TNB sendiri. [32] SP8 dalam keterangannya menyatakan bahawa sebahagian pembeli hartanah industri Projek Berkenaan telah pun dibekalkan dengan bekalan elektrik kerana mereka telah siap membina bangunan atau kilang mereka. Saya berpendapat ini jelas menunjukan Defendan 1 telah mematuhi terma atau Klausa 11.2 PJB. [33] Begitu juga dengan sewerage plants di mana saya mendapati Defendan 1 telah siap membina strukturnya. Keterangan SP6 (Mohd Amin Fadzil) iaitu pegawai dari Indah Water Konsortium (selepas ini dipanggil “IWK”) telah mengesahkan tanggungjawab untuk melengkapkan peralatan kepada sewerage plant adalah kepada IWK dan bukannya kepada pemaju atau pun Defendan 1 dalam kedua-dua kes ini. Berdasarkan kepada keterangan ini saya berpandangan Defendan 1 telah pun menyiapkan struktur sewerage plant dalam Projek Berkenaan dan tugas selanjutnya untuk melengkapkan pengisiannya adalah IWK. [34] Klausa 11.2 PJB memperuntukan: Untuk Plaintif 1, 6 dan 7 dalam Kes 283 dan Plaintif 1 dalam Kes 284 “The vendor shall at its own cost and expense lay or cause to be laid all necessary water, electricity and sewerage mains, and telephone trunking and cabling up to the boundary of the Land in accordance with the recommendation of the Consultant and as approved by the Appropriate Authorities (‘Infrastructures”).” Untuk Plaintif 2, 3, 4 dan 5 dalam Kes 283 “The vendor shall at its own cost and expense lay or cause to be laid all necessary water, electricity and sewerage mains, gas piping (if any) and internal telephone trunking and cabling to serve the building on the Land in accordance with the recommendation of the Consultant, and at its own costs and expense undertake to apply for the connection of internal water, electricity, sanitary and sewerage mains of the Appropriate Authorities, and the gas mains of the relevant authority (‘Infrastructures”).” [35] Berdasarkan kepada peruntukan Klausa 11.2 PJB ini, saya berpendapat adalah menjadi tanggungjawab Defendan 1 untuk meletakan/menyediakan kabel elektrik dan telephone trunking atau memastikan atau menyebabkan sedemikian atas hartanah-hartanah yang dibeli oleh Plaintif-Plaintif sebelum memberikan milikan kosong. Ini bermaksud Defendan 1 mempunyai obligasi untuk membuat permohonan kepada pihak-pihak berkuasa berkenaan seperti TNB, IWK dan Telekom Malaysia untuk meletakan/menyediakan kabel atau trunking berkaitan setelah pembinaan struktur sivil disiapkan. [36] Selain dari itu tanggungjawab Defendan 1 juga adalah untuk memastikan pihak-pihak berkuasa berkaitan telah meletakan kabel atau trunking atau peralatan yang mencukupi terhadap pembinaan struktur sivil tersebut sebelum memberikan milikan kosong kepada Plaintif-Plaintif dalam tempoh yang telah ditetapkan dalam PJB tanpa mengira sama ada Plaintif-Plaintif telah menyiapkan bangunan atau kilang-kilang mereka. [37] Ini sejajar dengan peruntukan Klausa 11.2 PJB yang perlu dibaca dan ditafsirkan berdasarkan kepada perkataan yang digunakan, niat pihak-pihak dan membawa maksud commercial sense. Prinsip-prinsip ini telah diputuskan dalam beberapa kes seperti: SPM Membrane Switch Sdn Bhd v Kerajaan Negeri Selangor [2016] 1 CLJ 177 FC: “Thus, the nub of this appeal is, when one has to choose between two competing interpretations, the one which makes more commercial sense should be preferred if the natural meaning of the words is unclear.” Malaysian Airline System Bhd v Yong Chong Hee & Anor [2010] 3 MLRH 428: “I agree with the appellant’s submission that the wordings or language used in the contract are clear. There is no ambiguity whatsoever. In the circumstances, the court must give effect to the intention of the parties by referring to the words used within the four corner of the agreement only.” Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor v Selangor Country Club Sdn Bhd [2017] 1 MLRA 4 CA: “As a general rule, the words of an instrument must be construed to their natural meaning. Where the language of a document is plain and unambiguous and applies accurately to existing facts then the intention of the parties to the document should be gathered from the language of the document itself. No amount of acting by the parties can alter or qualify words which are plain and unambiguous. Accordingly, when a court is called upon to interpret a document, it looks at the language. If the language is clear and unambiguous and applies accurately to existing facts, it shall accept the ordinary meaning, for the duty of the court is not to delve into the intricacies of the human mind to disclose one’s undisclosed intention, but only to take the meaning of the words used by him, that is to say his expressed intentions. It is not for the court to insert an implied term in a contract unless such term is made requisite by necessary implication either from the context of the surrounding circumstances.” Mulpha Pacific Sdn Bhd v Paramount Corporation Bhd [2003] 4 CLJ 294 CA: “The first two issues involve the construction of the contract. I bear in mind the principles of construing a contract. The relevant ones for the purpose of this case are: (1) construction of a contract is a question of law; (2) where the contract is in writing, the intention of the parties must be found within the four walls of the contractual documents; it is not legitimate to have regard to extrinsic evidence (there is, of course, no such evidence in this case); (3) a contract must construed as at the date it was made: it is not legitimate to construe it in the light of what happened years or even days later; (4) the contract must be construed as a whole, and also, so far as practicable, to give effect to every part of it.” [38] Sehubungan itu obligasi Defendan 1 tidak sahaja seperti yang termaktub dalam Perintah Pembangunan tetapi juga kepada terma-terma PJB. [39] Dari penemuan-penemuan ini saya mendapati Defendan 1 telah gagal mematuhi dan melanggar terma-terma dalam PJB. (ii) sama ada penyerahan milikan kosong hartanah tersebut tertakluk kepada penyiapan keseluruhan Infrastruktur Berkenaan [40] Berdasarkan kepada penemuan-penemuan di atas, saya berpendapat Defendan 1 hanya boleh memberikan milikan kosong kepada Plaintif-Plaintif tertakluk kepada siapnya semua kerja Infrastruktur Berkenaan termasuklah kerja-kerja mekanikal dan elektrikal (mechanical and electrical works – M&E). [41] Sebagai tambahan, Klausa 5.4 PJB jelas memperuntukan sedemikian: Klausa 5.4 PJB “The Vendor shall grant the Purchaser the vacant possession of the Land upon the Purchaser having paid all monies payable in accordance with the Fourth Schedule …” (iii) sama ada pengeluaran CPC oleh Defendan 2 mematuhi terma PJB i.e. Infrastruktur Berkenaan telah disiapkan [42] Keterangan menunjukan Defendan 2 telah mengeluarkan kedua-dua CPC (muka surat 11 dan 12, Common Bundle “D”) kepada Defendan 1 yang mengesahkan kerja-kerja sivil dan struktur telah disiapkan. Surat pelantikan Defendan 2 sebagai “Civil Infrastructural Consultant bertarikh 31.10.2016 yang dapat dirujuk di muka surat 1 – 3, Common Bundle “D”). Selanjutnya kewajipan Defendan 1 adalah untuk memastikan juga kerja infrastruktur mekanikal dan elektrikal (M&E) yang dilaksanakan oleh seorang lagi perunding iaitu ILHAM telah siap sebelum Defendan 1 boleh menuntut baki harga jualan dari Plaintif-Plaintif. [43] Sehubungan itu Defendan 2 pada pandangan saya adalah tidak bertanggungan kepada tuntutan Plaintif-Plaintif kerana tiada keterangan yang menunjukan dia bertindak secara cuai dalam mengeluarkan CPC kerana kerja-kerja sivil dan struktur telah disiapkan. [44] Berdasarkan kepada penemuan-penemuan tersebut, tuntutan Plaintif-Plaintif terhadap Defendan 2 tidak dibuktikan dan tuntutan ini ditolak (iv) sama Plaintif-Plaintif berhak menuntut LAD kepada dakwaan kelewatan penyerahan milikan kosong [45] Isu sama ada Plaintif-Plaintif berhak kepada tuntutan LAD atas dakwaan kelewatan penyerahan milikan kosong, saya mendapati memandangkan hartanah-hartanah berkenaan telah pun didaftarkan atas nama Plaintif-Plaintif dan diserahkan dalam tempoh yang dinyatakan dalam PJB, maka sebahagian Plaintif-Plaintif adalah tidak lagi berhak kepada tuntutan LAD. (v) sama ada Defenfan 1 berhak kepada tuntutan balas terhadap Plaintif-Plaintif bagi faedah kelewatan bayaran progresif [46] Defendan 1 berhak membuat tuntutan balas terhadap Plaintif-Plaintif terhadap faedah lewat bayaran progresif. Ini jelas diperuntukan di bawah Klausa 3.2 PJB. Penemuan dan penelitian kepada kes Plaintif (A)Kes 283 (1)Plaintif 1 [47] PJB ditandatangani pada 12.12.2012 (Common Bundle “B” di muka surat 31 – 34). Berdasarkan Klausa 5.1, milikan kosong mesti diserahkan dalam tempoh 18 bulan dari tarikh Perintah Pembangunan diperolehi (i.e. 1.8.2013). Memandangkan terdapat beberapa lagi kelulusan dari pihak berkuasa yang belum diperolehi, di bawah Klausa 5.2, tempoh tersebut secara otomatik dilanjutkan 6 bulan ke 1.2.2015. Dengan persetujuan bersama antara pihak-pihak, tempoh berkenaan dilanjutkan 6 bulan lagi hingga 31.1.2016. Klausa-klausa tersebut memperuntukan: Klausa 5.1 “… vacant possession of the Land shall be delivered to the Purchaser which shall in any event occur within eighteen (18) calendar months from the date of the Development Order in respect of the project is obtained by the Vendor which shall be notified by the Vendor to the Perchaser in writing, and until such delivery of vacant possession, the Vendor shall have exclusive occupation and possession of the Land.” Klausa 5.2 “In the event that vacant possession of the Land is not delivered to the Purchaser within the time stated in Clause 5.1 above by reasons that one or more approvals is or are pending the approval of any Appropriate Authorities or if an application is rejected, an appeal is outstanding, the delivery of vacant possession shall be automatically extended by a futher six (6) months from the delivery of vacant possession and thereafter, it may be further extended by the mutual agreement between the parties, acting reasonably.” [48] Pada 7.10.2015 Defendan 1 mengeluarkan notis memberikan milikan kosong kepada Plaintif 1 dan telah diterima oleh Plaintif 1 tanpa bantahan. Dengan itu milikan kosong telah diberikan dalam tempoh yang dipersetujui. Plaintif 1 kemudiannya membayar baki harga belian hartanah berkenaan dalam tempoh yang ditetapkan dan hartanah berkenaan didaftarkan atas namanya pada 11.4.2016. Tiada keterangan yang dikemukakan di mahkamah semasa perbicaraan bagi menunjukan Plaintif 1 mengalami kerugian dari transaksi ini. [49] Dengan itu saya mendapati Plaintif 1 tidak berhak menuntut LAD dari Defendan 1. (2)Plaintif 3 [50] PJB ditandatangani pada 12.12.2012 (Common Bundle “B” di muka surat 64 – 92). Berdasarkan Klausa 5.1, milikan kosong mesti diserahkan dalam tempoh 18 bulan dari tarikh Perintah Pembangunan diperolehi (i.e. 1.8.2013). Memandangkan terdapat beberapa lagi kelulusan dari pihak berkuasa yang belum diperolehi, di bawah Klausa 5.2, tempoh tersebut secara otomatik dilanjutkan 6 bulan ke 1.2.2015. Dengan persetujuan bersama antara pihak-pihak, tempoh berkenaan dilanjutkan 6 bulan lagi hingga 31.1.2016. [51] Pada 7.10.2015 Defendan 1 mengeluarkan notis memberikan milikan kosong kepada Plaintif 1 dan telah diterima oleh Plaintif 3 tanpa bantahan. Dengan itu milikan kosong telah diberikan dalam tempoh yang dipersetujui. Plaintif 3 kemudiannya membayar baki harga belian hartanah berkenaan dan hartanah berkenaan didaftarkan atas namanya. Tiada keterangan yang dikemukakan di mahkamah semasa perbicaraan bagi menunjukan Plaintif 3 mengalami kerugian dalam transaksi ini. [52] Dengan itu saya mendapati Plaintif 3 tidak berhak menuntut LAD dari Defendan 1. [53] Seterusnya berdasarkan Klausa 3.2 PJB, Plaintif 3 telah gagal membayar bayaran progresif dalam tempoh yang ditetapkan. Dari pengiraan penjaga akaun Defendan 1 (Mohd Noor Adha bin Mohd Sahran dan selepas ini dipanggil “SD3”), Plaintif 3 bertanggungan kepada jumlah yang perlu dibayar kepada Defendan 1 iaitu sejumlah RM82,246.58 dan faedah 5% setahun dari tarikh penghakiman hingga ke tarikh pembayaran penuh dibuat. (3)Plaintif 4 dan 5 [54] Kedua-dua PJB ditandatangani pada 9.10.2013 (Common Bundle “B” di mjka surat 122 – 150). Berdasarkan Klausa 5.1, milikan kosong mesti diserahkan dalam tempoh 18 bulan dari tarikh Perintah Pembangunan diperolehi (i.e. 1.8.2013). Memandangkan terdapat beberapa lagi kelulusan dari pihak berkuasa yang belum diperolehi, di bawah Klausa 5.2, tempoh tersebut secara otomatik dilanjutkan 6 bulan ke 1.2.2015. Tiada persetujuan antara pihak-pihak untuk melanjutkan tempoh berkenaan seterusnya. [55] Pada 7.10.2015 Defendan 1 mengeluarkan notis memberikan milikan kosong kepada Plaintif 4 dan 5 dan telah diterima oleh Plaintif 4 dan 5 tanpa bantahan. Dari kronologi kes dan tarikh-tarikh, saya mendapati milikan kosong telah diberikan setelah tempoh otomatik 6 bulan tamat. Plaintif 4 dan 5 kemudiannya membayar baki harga belian hartanah berkenaan dan hartanah berkenaan didaftarkan atas nama mereka. Tiada keterangan yang dikemukakan di mahkamah semasa perbicaraan bagi menunjukan Plaintif 4 dan 5 mengalami kerugian dalam transaksi berkenaan. [56] Dengan itu saya mendapati Plaintif 4 dan 5 berhak menuntut LAD dari Defendan 1. [57] Seterusnya berdasarkan Klausa 3.2 PJB, Plaintif 4 dan 5 telah gagal membayar bayaran progresif dalam tempoh yang ditetapkan. Dari pengiraan SD3, Plaintif 4 dan 5 bertanggungan kepada jumlah yang perlu dibayar kepada Defendan 1 iaitu sejumlah RM21,655.68 dan faedah 5% setahun dari tarikh penghakiman hingga ke tarikh pembayaran penuh dibuat. (4)Plaintif 6 [58] Kedua-dua PJB ditandatangani pada 18.12.2013 (Common Bundle “B” di muka surat 180 – 208). Berdasarkan Klausa 5.1, milikan kosong mesti diserahkan dalam tempoh 18 bulan dari tarikh Perintah Pembangunan diperolehi (i.e. 1.8.2013). Memandangkan terdapat beberapa lagi kelulusan dari pihak berkuasa yang belum diperolehi, di bawah Klausa 5.2, tempoh tersebut secara otomatik dilanjutkan 6 bulan ke 1.2.2015. Tiada persetujuan pihak-pihak untuk melanjutkan tempoh berkenaan seterusnya. [59] Pada 7.10.2015 Defendan 1 mengeluarkan notis memberikan milikan kosong kepada Plaintif 6 dan telah diterima oleh Plaintif 6 tanpa bantahan. Dari kronologi kes dan tarikh-tarikh berkaitan, saya mendapati milikan kosong telah diberikan setelah tempoh otomatik 6 bulan tamat. Plaintif 6 kemudiannya membayar baki harga belian hartanah berkenaan dan hartanah berkenaan didaftarkan atas namanya. Tiada keterangan yang dikemukakan di mahkamah semasa perbicaraan bagi menunjukan Plaintif 6 mengalami kerugian dalam transaksi berkenaan. [60] Dengan itu saya mendapati Plaintif 6 berhak menuntut LAD dari Defendan 1. [61] Seterusnya berdasarkan Klausa 3.2 PJB, Plaintif 6 telah gagal membayar bayaran progresif dalam tempoh yang ditetapkan. Dari pengiraan SD3, Plaintif 6 bertanggungan kepada jumlah yang perlu dibayar kepada Defendan 1 iaitu sejumlah RM454,088.92 dan faedah 5% setahun dari tarikh penghakiman hingga ke tarikh pembayaran penuh dibuat. (5)Plaintif 7 [62] Kedua-dua PJB ditandatangani pada 17.7.2014 (Common Bundle “C” di muka surat 209 – 237 dan 238 – 266). Berdasarkan Klausa 5.1, milikan kosong mesti diserahkan dalam tempoh 24 bulan dari tarikh PJB ditandatangani. Memandangkan terdapat beberapa lagi kelulusan dari pihak berkuasa yang belum diperolehi, di bawah Klausa 5.2, tempoh tersebut secara otomatik dilanjutkan 6 bulan ke 17.1.2017. Tiada persetujuan kedua-dua pihak untuk melanjutkan tempoh berkenaan seterusnya. [63] Pada 7.10.2015 Defendan 1 mengeluarkan notis memberikan milikan kosong kepada Plaintif 7 dan telah diterima oleh Plaintif 7 tanpa bantahan. Dari kronologi kes dan tarikh-tarikh berkaitan, saya mendapati milikan kosong telah diberikan setelah tempoh otomatik 6 bulan tamat. Plaintif 7 kemudiannya membayar baki harga belian hartanah berkenaan dan hartanah berkenaan didaftarkan atas namanya. Tiada keterangan yang dikemukakan di mahkamah semasa perbicaraan bagi menunjukan Plaintif 7 mengalami kerugian dalam transaksi berkenaan. [64] Dengan itu saya mendapati Plaintif 7 tidak berhak menuntut LAD dari Defendan 1. [65] Seterusnya berdasarkan Klausa 3.2 PJB, Plaintif 7 telah gagal membayar bayaran progresif dalam tempoh yang ditetapkan. Dari pengiraan SD3, Plaintif 7 bertanggungan kepada jumlah yang perlu dibayar kepada Defendan 1 iaitu sejumlah RM598,342.07 dan faedah 5% setahun dari tarikh penghakiman hingga ke tarikh pembayaran penuh dibuat. (A)Kes 284 (1)Plaintif 1 [66] PJB ditandatangani pada 29.4.2014 (Common Bundle “C” di muka surat 267 – 295 dan 296 – 324). Berdasarkan Klausa 5.1, milikan kosong mesti diserahkan dalam tempoh 24 bulan dari tarikh PJB ditandatangani. Memandangkan terdapat beberapa lagi kelulusan dari pihak berkuasa yang belum diperolehi, di bawah Klausa 5.2, tempoh tersebut secara otomatik dilanjutkan 6 bulan ke 29.10.2014. Tiada persetujuan antara pihak-pihak untuk melanjutkan tempoh berkenaan seterusnya. [67] Pada 7.10.2015 Defendan 1 mengeluarkan notis memberikan milikan kosong kepada Plaintif 1 dan telah diterima oleh Plaintif 1 tanpa bantahan. Dari kronologi kes dan tarikh-tarikh berkaitan, saya mendapati milikan kosong tidak diberikan dalam tempoh lanjutan otomatik 6 bulan tersebut. Plaintif 1 kemudiannya membayar baki harga belian hartanah berkenaan dan hartanah berkenaan didaftarkan atas namanya. Tiada keterangan yang dikemukakan di mahkamah semasa perbicaraan bagi menunjukkan Plaintif 1 mengalami kerugian dari transaksi ini. [68] Dengan itu saya mendapati Plaintif 1 berhak menuntut LAD dari Defendan 1. [69] Seterusnya berdasarkan Klausa 3.2 PJB, Plaintif 1 telah gagal membayar bayaran progresif dalam tempoh yang ditetapkan. Dari pengiraan SD3, Plaintif 1 bertanggungan kepada jumlah yang perlu dibayar kepada Defendan 1 iaitu sejumlah RM847,565.16 dan faedah 5% setahun dari tarikh penghakiman hingga ke tarikh pembayaran penuh dibuat. (2)Plaintif 2 [70] PJB ditandatangani pada 29.4.2014 (Common Bundle “C” di muka surat 325 – 353). Berdasarkan Klausa 5.1, milikan kosong mesti diserahkan dalam tempoh 24 bulan dari tarikh PJB ditandatangani. Memandangkan terdapat beberapa lagi kelulusan dari pihak berkuasa yang belum diperolehi, di bawah Klausa 5.2, tempoh tersebut secara otomatik dilanjutkan 6 bulan ke 29.10.2014. Tiada persetujuan antara pihak-pihak untuk melanjutkan tempoh berkenaan seterusnya. [71] Pada 7.10.2015 Defendan 1 mengeluarkan notis memberikan milikan kosong kepada Plaintif 2 dan telah diterima oleh Plaintif 2 tanpa bantahan. Dari kronologi kes dan tarikh-tarikh berkaitan, saya mendapati milikan kosong tidak diberikan dalam tempoh lanjutan otomatik 6 bulan tersebut. Plaintif 2 kemudiannya membayar baki harga belian hartanah berkenaan dan hartanah berkenaan didaftarkan atas namanya. Tiada keterangan yang dikemukakan di mahkamah semasa perbicaraan bagi menunjukan Plaintif 1 mengalami kerugian dari transaksi ini. [72] Dengan itu saya mendapati Plaintif 2 berhak menuntut LAD dari Defendan 1. [73] Seterusnya berdasarkan Klausa 3.2 PJB, Plaintif 2 telah gagal membayar bayaran progresif dalam tempoh yang ditetapkan. Dari pengiraan SD3, Plaintif 2 bertanggungan kepada jumlah yang perlu dibayar kepada Defendan 1 iaitu sejumlah RM768,668.46 dan faedah 5% setahun dari tarikh penghakiman hingga ke tarikh pembayaran penuh dibuat. Keputusan (A)Kes 283 (i)Plaintif 1 (a) tuntutan Plaintif 1 terhadap Defendan 1 untuk LAD ditolak memandangkan milikan kosong diberikan dalam tempoh yang dipersetujui. (b) tiada keterangan dikemukakan dalam perbicaraan ini bagi menunjukkan Plaintif 1 telah mengalami apa-apa kerugian atau kerosakan berhubung dengan kerja Infrastruktur Berkenaan tidak siap semasa milikan kosong diberikan. (c) tuntutan Plaintif 1 terhadap Defendan 2 juga ditolak. (d) Plaintif 1 diperintahkan membayar kos seperti berikut: (i) kepada Defendan 1 sebanyak RM6,000 (ii) kepada Defendan 2 sebanyak RM6,000 (iii) kedua-dua kos tertakluk kepada 4% alokatur. (ii)Plaintif 3 (a) tuntutan Plaintif 3 terhadap Defendan 1 untuk LAD ditolak memandangkan milikan kosong diberikan dalam tempoh yang dipersetujui. (b) tiada keterangan dikemukakan dalam perbicaraan ini bagi menunjukan Plaintif 1 telah mengalami apa-apa kerugian atau kerosakan berhubung dengan kerja Infrastruktur Berkenaan tidak siap semasa milikan kosong diberikan. (c) Plaintif 3 bertanggungan membayar kepada Defendan 1 faedah lewat membayar baki harga belian sebanyak RM82,246.58 (seperti tuntutan balas Defendan 1) dengan faedah 5% setahun dari tarikh penghakiman hingga penyelesaian penuh. (d) tuntutan Plaintif 3 terhadap Defendan 2 juga ditolak. (e) Plaintif 3 diperintahkan membayar kos seperti berikut: (i) kepada Defendan 1 sebanyak RM6,000 (ii) kepada Defendan 2 sebanyak RM6,000 (iii) kedua-dua kos tertakluk kepada 4% alokatur. (iii)Plaintif 4 dan 5 (a) tuntutan Plaintif 4 dan 5 terhadap Defendan 1 untuk LAD dibenarkan memandangkan milikan kosong diberikan pada 7.10.2015 dan tempoh yang dipersetujui telah tamat (1.2.2015). (b) tiada keterangan dikemukakan dalam perbicaraan ini bagi menunjukan Plaintif 4 dan 5 telah mengalami apa-apa kerugian atau kerosakan berhubung dengan kerja Infrastruktur Berkenaan tidak siap semasa milikan kosong diberikan. (c) Plaintif 4 dan 5 bertanggungan membayar kepada Defendan 1 faedah lewat membayar baki harga belian sebanyak RM21,655.68 (seperti tuntutan balas Defendan 1) dengan faedah 5% setahun dari tarikh penghakiman hingga penyelesaian penuh. (d) tuntutan Plaintif 4 dan 5 terhadap Defendan 2 juga ditolak. (e) Plaintif 4 dan 5 diperintahkan membayar kos seperti berikut: (i) kepada Defendan 1 sebanyak RM6,000 (ii) kepada Defendan 2 sebanyak RM6,000 (iii) kedua-dua kos tertakluk kepada 4% alokatur. (iv)Plaintif 6 (a) tuntutan Plaintif 6 terhadap Defendan 1 untuk LAD dibenarkan memandangkan milikan kosong diberikan pada 7.10.2015 dan tempoh yang dipersetujui telah tamat (1.2.2015). (b) tiada keterangan dikemukakan dalam perbicaraan ini bagi menunjukan Plaintif 6 telah mengalami apa-apa kerugian atau kerosakan berhubung dengan kerja Infrastruktur Berkenaan tidak siap semasa milikan kosong diberikan. (c) Plaintif 6 bertanggungan membayar kepada Defendan 1 faedah lewat membayar baki harga belian sebanyak RM454,088.92 (seperti tuntutan balas Defendan 1) dengan faedah 5% setahun dari tarikh penghakiman hingga penyelesaian penuh. (d) tuntutan Plaintif 6 terhadap Defendan 2 juga ditolak. (e) Plaintif 6 diperintahkan membayar kos seperti berikut: (i) kepada Defendan 1 sebanyak RM6,000 (ii) kepada Defendan 2 sebanyak RM6,000 (iii) kedua-dua kos tertakluk kepada 4% alokatur. (v)Plaintif 7 (a) tuntutan Plaintif 7 terhadap Defendan 1 untuk LAD ditolak memandangkan milikan kosong diberikan dalam tempoh yang dipersetujui. (b) tiada keterangan dikemukakan dalam perbicaraan ini bagi menunjukan Plaintif 7 telah mengalami apa-apa kerugian atau kerosakan berhubung dengan kerja Infrastruktur Berkenaan tidak siap semasa milikan kosong diberikan. (c) Plaintif 7 bertanggungan membayar kepada Defendan 1 faedah lewat membayar baki harga belian sebanyak RM598,342.07 (seperti tuntutan balas Defendan 1) dengan faedah 5% setahun dari tarikh penghakiman hingga penyelesaian penuh. (d) tuntutan Plaintif 7 terhadap Defendan 2 juga ditolak. (e) Plaintif 7 diperintahkan membayar kos seperti berikut: (i) kepada Defendan 1 sebanyak RM6,000 (ii) kepada Defendan 2 sebanyak RM6,000 (iii) kedua-dua kos tertakluk kepada 4% alokatur. (B)Kes 284 (i)Plaintif 1 (a) tuntutan Plaintif 1 terhadap Defendan 1 untuk LAD ditolak memandangkan milikan kosong diberikan dalam tempoh yang dipersetujui iaitu 7.10.2015 dan tempoh masa belum lagi luput (29.10.2016). (b) tiada keterangan dikemukakan dalam perbicaraan ini bagi menunjukan Plaintif 1 telah mengalami apa-apa kerugian atau kerosakan berhubung dengan kerja Infrastruktur Berkenaan tidak siap semasa milikan kosong diberikan. (c) Plaintif 1 bertanggungan membayar kepada Defendan 1 faedah lewat membayar baki harga belian sebanyak RM847,565.16 (seperti tuntutan balas Defendan 1) dengan faedah 5% setahun dari tarikh penghakiman hingga penyelesaian penuh. (d) tuntutan Plaintif 1 terhadap Defendan 2 juga ditolak. (e) Plaintif 1 diperintahkan membayar kos seperti berikut: (i) kepada Defendan 1 sebanyak RM6,000 (ii) kepada Defendan 2 sebanyak RM6,000 (iii) kedua-dua kos tertakluk kepada 4% alokatur. (ii)Plaintif 2 (a) tuntutan Plaintif 2 terhadap Defendan 1 untuk LAD ditolak memandangkan milikan kosong diberikan dalam tempoh yang dipersetujui iaitu 7.10.2015 dan tempoh masih belum luput (29.10.2016). (b) tiada keterangan dikemukakan dalam perbicaraan ini bagi menunjukan Plaintif 2 telah mengalami apa-apa kerugian atau kerosakan berhubung dengan kerja Infrastruktur Berkenaan tidak siap semasa milikan kosong diberikan. (c) Plaintif 2 bertanggungan membayar kepada Defendan 1 faedah lewat membayar baki harga belian sebanyak RM768,668.46 (seperti tuntutan balas Defendan 1) dengan faedah 5% setahun dari tarikh penghakiman hingga penyelesaian penuh. (d) tuntutan Plaintif 2 terhadap Defendan 2 juga ditolak. (e) Plaintif 2 diperintahkan membayar kos seperti berikut: (i) kepada Defendan 1 sebanyak RM6,000 (ii) kepada Defendan 2 sebanyak RM6,000 (iii) kedua-dua kos tertakluk kepada 4% alokatur. Bertarikh: 21 November 2023. (ROSLAN BIN ABU BAKAR) Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu. PIHAK-PIHAK: Bagi pihak Plaintif: Tetuan K L Wong, No. 31, 2nd Floor, Jalan Barat, Off Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur. Bagi pihak Defendan 1: Tetuan Vincent Lim & Partners, No.18-3A,3rd Floor, Jalan Kampong Attap, 50460 Kuala Lumpur. Bagi pihak Defendan 2: Tetuan Kam & Sidhu VO2-07-08, Level 7, Sunway Velocity Office 2, Lingkaran SV, Off Jalan Peel, 55100 Kuala Lumpur.