Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: BA-11B-26-07/2024
BA-11B-26-07/2024
High Court of Malaysia23 Apr 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“upon him who alleges it and not upon him who denies it, so that where a particular allegation forms an essential part of a person's case, the proof of such allegation falls on him. (See s 103 of the Evidence Act 1950). **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 15”
“will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 5 primary facts unless satisfied that he was plainly wrong.” (The Supreme Court of United Kingdom in McGraddie v. McGraddie [2013] WLR 2472). [34] The “plainly wrong” test operates on the principle that the trial court has had the advantage of s”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: BA-11B-26-07/2024
1
SPEED LOGISTICS SDN. BHD. … PERAYU- (NO. SYARIKAT: 200001023701/526309-X)
2
RAVICHANDRAN A/L KANAGARATHNAM (NO. K/P: 891029-14-5249) DAN WONG YOON HOI … RESPONDEN (NO. K/P: 851002-14-5381) [DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA NO. GUAMAN SIVIL: BA-A73KJ-988-09/2023] ANTARA WONG YOON HOI …PLAINTIF (NO. K/P: 851002-14-5381)
1
SPEED LOGISTICS SDN. BHD. … DEFENDAN-
2
RAVICHANDRAN A/L KANAGARATHNAM (NO. K/P: 891029-14-5249)] ALASAN PENGHAKIMAN PENDAHULUAN [1] Ini adalah rayuan oleh perayu iaitu defendan pertama dan kedua bertarikh 2 Julai 2024 terhadap keseluruhan keputusan Majistret Shah Alam pada 26 Jun 2024 yang membenarkan tuntutan plaintif terhadap defendan-defendan. [2] Pada 23 April 2025, Mahkamah Tinggi telah menolak rayuan defendan-defendan dengan keputusan Mahkamah Majistret dikekalkan. [3] Defendan-defendan selanjutnya memfailkan notis rayuan ke Mahkamah Rayuan bertarikh 30 Oktober 2025 terhadap isu liabiliti selaras dengan kebenaran oleh Mahkamah Rayuan bertarikh 29 Oktober 2025. LATAR BELAKANG [4] Perbicaraan di Mahkamah Majistret telah dijalankan dengan dua orang saksi dipanggil oleh plaintif tanpa defendan-defendan mengemukakan saksi. Saksi-saksi plaintif ialah pegawai penyiasat ganti (SP1) dan penyelaras (SP2). [5] Majistret yang bijaksana telah memutuskan –
i
Defendan-defendan bertanggungan 100% menyebabkan kemalangan;
II
(ii) Gantirugi khas berjumlah RM9,786.40 bagi kos kerosakan kenderaan dan kos laporan penyelaras sebanyak RM694.60 dibenarkan;
III
(iii) Faedah pada kadar 2.5% setahun dari tarikh kemalangan sehingga tarikh penghakiman;
IV
(iv) Faedah 5% setahun atas jumlah penghakiman dari tarikh penghakiman sehingga penyelesaian penuh; dan
v
Kos mengikut skala. FAKTA MATERIAL [6] Plaintif menuntut gantirugi khas, faedah dan kos bagi kerosakan kenderaan plaintif terhadap defendan-defendan berikutan kemalangan jalan raya yang berlaku pada 6 Februari 2018 pada jam 11 pagi di Jalan Subang 2. [7] Plaintif adalah pemandu motorkar no. pendaftaran WUW
3267
Semasa kemalangan berlaku, kenderaan plaintif berada dalam keadaan statik di tempat letak kereta. Defendan kedua, pemandu motorlori dengan no. pendaftaran AHH 6983 telah gagal menarik brek tangan motorlori telah menyebabkan motorlori bergerak dan melanggar motorkar plaintif. [8] Keterangan SP1 mendedahkan, defendan kedua telah disaman kerana mengakibatkan kemalangan tersebut. Defendan kedua membayar saman RM300.00. KEDUDUKAN UNDANG-UNDANG [9] Mahkamah ini mengambil perhatian terhadap prinsip asas dalam menjalankan bidang kuasa rayuan. Mahkamah ini tidak boleh mengganggu dapatan hakim bicara melainkan hakim bicara nyata khilaf. [10] Dalam melaksanakan bidang kuasa rayuan, berdasarkan prinsip duluan mengikat, Mahkamah ini mengikuti prinsip dalam kes Ng Hoo Kui & Anor v Wendy Tan Lee Peng, Administrator of the Estate of Tan Ewe Kwang, Deceased & Ors [2020] 10 CLJ 1 – [33] “It was a long settled principle, stated and restated in domestic and wider common law jurisprudence, that an appellate court should not interfere with the trial judge’s conclusions on primary facts unless satisfied that he was plainly wrong.” (The Supreme Court of United Kingdom in McGraddie v. McGraddie [2013] WLR 2472). [34] The “plainly wrong” test operates on the principle that the trial court has had the advantage of seeing and hearing the witnesses on their evidence as opposed to the appellate court that acts on the printed records. .. ISU UNTUK DIPUTUSKAN [11] Sama ada hakim bicara telah nyata khilaf dalam membenarkan tuntutan plaintif berhubung isu-isu yang berikut – a) Sama ada hakim bicara terkhilaf dalam membenarkan tuntutan plaintif. b) Sama ada hakim bicara terkhilaf dari segi fakta dan undang-undang dengan membenarkan liabiliti 100% sedangkan hanya pegawai penyiasat gantian yang hadir memberi keterangan tanpa keterangan plaintif. c) Sama ada hakim bicara terkhilaf dari segi fakta dan undang-undang dengan membenarkan dokumen-dokumen ditandakan oleh pegawai penyiasat gantian yang tidak mempunyai pengetahuan peribadi. ANALISIS DAN DAPATAN MAHKAMAH Sama ada Majistet telah khilaf dalam keputusannya membenarkan tuntutan plaintif. [12] Kedua-dua isu (b) dan (c) di atas telah diputuskan oleh hakim bicara sebagai memihak kepada plaintif. Justeru isu (a) akan dijawab seiring dengan analisis bagi kedua-dua isu (b) dan (c) . Sama ada hakim bicara terkhilaf dari segi fakta dan undang-undang dengan membenarkan liabiliti 100% sedangkan hanya pegawai penyiasat gantian yang hadir memberi keterangan tanpa keterangan plaintif. [13] Peguam cara terpelajar bagi defendan-defendan berhujah bahawa –
i
beban bukti terletak di pundak plaintif dalam tuntutan kecuaian dan tuntutan ini tidak boleh berjaya melainkan kecuaian defendan dibuktikan. (lihat Wong Thin Yit v Mohamed Ali [1971] 1 LNS 151).
II
(ii) Plaintif tidak memberi keterangan meskipun kes plaintif bergantung kepada laporan polis yang dibuat oleh plaintif. Sebaliknya laporan polis telah diterima masuk melalui keterangan pegawai penyiasat ganti sedangkan siasatan dilakukan oleh pegawai penyiasat yang telah bertukar. [14]
Preamble
Menurut hujahan peguam cara plaintif, tuntutan plaintif bukan terhadap kecederaan pada tubuh badan tetapi kerugian akibat kerosakan kenderaan yang mana kehadiran pegawai penyiasat dan Penyelaras adalah mencukupi. [15] Majistret yang bijaksana telah menerima keterangan pegawai penyiasat ganti SP1 dan adjuster SP2 tanpa plaintif hadir memberi keterangan dengan mengikuti Keputusan dalam kes Siven Subramaniam v Lim Hai Chie [2017] 1 LNS 1384 bahawa – [33] where the plaintiff's evidence is presumed to be true in a situation where the defendant elects not to call any evidence, it follows that full weight must be given to that evidence. [16] Saya mendapati bahawa hakim bicara dalam membuat keputusan telah memberi pertimbangan terhadap keterangan yang dikemukakan oleh SP1 iaitu -
i
Mengakui tiada catatan dalam kertas siasatan oleh pegawai penyiasat asal bahawa keterangan bertulis telah diambil daripada pengadu-pengadu.
II
(ii) Kertas siasatan mengandungi laporan polis, rajah kasar, saman dan keputusan siasatan kes tanpa gambar berwarna.
III
(iii) Kerosakan motorkar plaintif tidak dicatatkan dalam kertas siasatan. [17] Keterangan SP1 mengesahkan beliau tidak tahu kedudukan kenderaan-kenderaan semasa kemalangan berlaku dan mengakui pegawai penyiasat asal merupakan orang yang layak memberi keterangan dalam kes ini. [18] Berdasarkan pengakuan SP1 tersebut, peguam cara defendan-defendan menegaskan siasatan pegawai penyiasat asal tidak lengkap dan menatijahkan kes plaintif gagal dibuktikan. Peguam cara terpelajar bagi defendan-defendan merujuk kes Teo Bee Leng v Mohd Farhan Azizan Adnan [2020] 1 LNS 612 yang memutuskan hakim bicara telah nyata khilaf kerana menerima keterangan pegawai penyiasat yang bersifat pandangan semata-mata kerana tidak mempunyai pengetahuan peribadi tentang kemalangan yang berlaku. [19] Selanjutnya turut dirujuk oleh peguam cara defendan-defendan adalah kes Public Prosecutor v Siew Sung [1966] 1 MLJ 145 bahawa –
3
an IO’s evidence regarding who is negligent or otherwise, is purely his or her opinion. The court cannot accept opinion evidence unless there is a relevant issue before the court which is beyond the court’s competence wherein the court may accept an opinion under s.45(10 EA. [20] Pada hemat saya, keterangan SP2 adalah memenuhi pengecualian yang dinyatakan dalam kes PP v Siew Sung (supra). Saya turut mendapati bahawa naratif penghujahan peguam cara defendan-defendan dalam mencabar keputusan hakim bicara adalah tertumpu kepada keterangan SP1. Sebaliknya keterangan SP2 tidak dicabar secara tuntas. [21] Meskipun keterangan SP2 pada asasnya bertujuan untuk membuktikan kuantum, namun keterangan tersebut terbit daripada kerosakan motorkar plaintif. [22] Tidak ada keterangan lain yang dikemukakan oleh defendan-defendan di hadapan Mahkamah ini yang mencadangkan bahawa kerosakan motorkar plaintif disebabkan oleh faktor lain. [23] Saya meneliti hujahan peguam cara defendan-defendan khasnya berhubung SP1 tidak kenal pegawai penyiasat asal dan SP1 tiada pengetahuan peribadi pada hemat saya tidak relevan kerana mengambilkira keadaan kemalangan berlaku. Ketiadaan pegawai penyiasat asal bukanlah suatu yang fatal dan ia tidak memprejudiskan defendan-defendan. Hal ini juga kerana laporan polis plaintif merupakan dokumen awam yang boleh diterima masuk sebagai keterangan menurut seksyen 74 dan 90 Akta Keterangan 1950. [24] Saya turut mendapati bahawa keputusan hakim bicara adalah tepat meskipun plaintif tidak hadir memberi keterangan. Dapatan in sejajar dengan Keputusan Mahkamah Rayuan dalam Raja Lob Sharuddin bin Raja Ahmad Terzali & Ors v Sri Seltra Sendirian Bhd [2008] 2 MLJ 87 yang memutuskan – In a civil action a counsel may appear on behalf of a plaintiff without the need of that plaintiffs to be present in court. … The presence of a plaintiff is not essential in a civil action. Sama ada hakim bicara terkhilaf dari segi fakta dan undang-undang dengan membenarkan dokumen-dokumen ditandakan oleh pegawai penyiasat gantian yang tidak mempunyai pengetahuan peribadi. [25] Adakah tanpa kehadiran plaintif dan dengan bergantung kepada keterangan SP1 selaku pegawai penyiasat ganti yang tidak mempunyai pengetahuan peribadi tentang kemalangan, plaintif boleh diputuskan sebagai gagal membuktikan kecuaian defendan. [26] Pada hemat saya, pembuktian kes plaintif disini tidaklah sepenuhnya bergantung dengan pemanggilan plaintif dan keterangan pegawai penyiasat asal semata-mata. Pliding defendan dan dokumen-dokumen pra bicara di Mahkamah Majistret mendedahkan bahawa wujud pengakuan oleh defendan terhadap tuntutan plaintif. [27] Dalam menilai dapatan oleh hakim bicara dan hujahan peguam cara plaintif, saya telah meneliti pembelaan defendan-defendan dan mendapati bahawa defendan-defendan telah mengakui yang motorlori tersebut telah bergerak sendiri dan melanggar motorkar plaintif yang sedang parkir. [28] Mahkamah ini secara khusus merujuk bahagian Butir-butir kemalangan yang tidak dapat dielakkan dalam perenggan 5 Pernyataan Pembelaan defendan-defendan yang memplidkan seperti berikut – Defendan kedua secara sahnya sedang memandu motorlorinya dengan no. pendaftaran AHH6983. Apabila dia sampai di tepi Jalan Subang 2, dia telah memberhentikan motorlorinya di tepi jalan. Pada masa yang sama, tiba-tiba motorlorinya dengan nombor pendaftaran AHH6983 telah secara tiba-tiba bergerak sendiri. Oleh sebab itu, defendan kedua walaupun dengan kewajipan dan kemahiran yang besar defendan kedua tiba-tiba tidak dapat mengelakkan satu perlanggaran daripada berlaku di Jalan Subang 2. [29] Kandungan dalam perenggan tersebut di atas secara zahirnya mengandungi pengakuan defendan-defendan bahawa motorlori tersebut telah bergerak sendiri selepas diberhentikan di tepi jalan oleh defendan kedua. Defendan-defendan tidak memplidkan pembelaan atau faktor lain yang menyebabkan motorlori bergerak sendiri dalam menjawab alegasi plaintif dalam pernyataan tuntutan bahawa defendan kedua gagal menggunakan brek tangan. [30] Jelas dan ketara pengakuan oleh defendan-defendan dalam pembelaan tidak boleh diabaikan. Mahkamah ini merujuk kes Esso Malaysia Bhd v Hills Agency (M) Sdn Bhd & Ors [1994] 1 MLJ 740, yang memutuskan bahawa – Admission are strongest evidence possible and even a wrong construction of document will be assumed to be correct in view of the admission. [31] Selanjutnya dokumen keputusan penyiasatan kes bagi kemalangan tersebut telah dikemukakan dalam mukasurat 53 Rekod Rayuan (Kandungan 2). Keputusan siasatan bertarikh 7.2.2018 menunjukkan defendan kedua didapati melakukan kesalahan dan telah disaman. [32] Alasan defendan-defendan bahawa tiada catatan dalam kertas siasatan tentang bagaimana kemalangan berlaku, pada hemat saya tidak membantu kes defendan-defendan. Bahkan pengakuan oleh defendan kedua yang dizahirkan melalui pembayaran saman menyokong bahawa kehadiran SP1 adalah memadai menggantikan pegawai penyiasat asal. [33] Dokumen kontemporari yang didedahkan semasa perbicaraan menunjukkan saman telah dikeluarkan kepada defendan kedua dan saman tersebut telah telah dibayar oleh defendan kedua sebanyak RM300. Mahkamah ini merujuk laporan polis defendan kedua dalam Bahagian B mukasurat 54 Rekod Rayuan (Kandungan 2). Bahkan laporan polis defendan kedua bertarikh 7.2.2018 menyatakan – Pada 6.2.2018 jam lebih kurang 1100 hrs, saya memandu lori nombor AHH6983 dari Subang Jaya menuju ke Sungai Buloh. Pada ketika itu, apabila saya sampai di Jalan Subang 2, saya letak lori dan pergi ke kedai makan, tiba-tiba lori saya bergerak ke depan kerana terlupa menarik brek tangan dan melanggar motorkar nombor WUW3267 yang diletakkan di hadapan kawasan kilang dalam kejadian itu, saya tidak mengalami apa-apa kecederaan. [34] Berhubung dengan pembayaran saman oleh defendan kedua, pihak defendan telah mengemukakan kes Teo Bee Leeng v Mohd Farhan Azizan bin Adnan [2020]1 LNS 612 yang memutuskan hakim bicara khilaf kerana membuat dapatan yang defendan telah membayar saman dalam memutuskan defendan bertanggungan. Dalam kes tersebut, wujud pertikaian tentang sama ada benar defendan yang telah membayar saman. Defendan telah membuktikan yang saman tidak dibayar olehnya. Pada hemat saya, kes tersebut tidak membantu pihak defendan-defendan. Dalam kes di sini, tiada keterangan dikemukakan oleh defendan-defendan bahawa bukan defendan kedua yang membayar saman tersebut. [35] Saya turut menerima hujahan peguam cara plaintif bahawa pergerakan motorlori secara sendiri selepas defendan kedua memberhentikan motorlori berkemungkinan akibat defendan kedua gagal menarik brek tangan dan bukan sebab lain. Hal ini jelas diperkukuhkan dengan fakta bahawa tiada alasan lain dikemukakan oleh defendan-defendan. [36] Pada hemat saya, beban bukti telah dipuaskan oleh plaintif. Sebaliknya defendan-defendan telah gagal mengemukakan pembelaan dalam mencabar tuntutan plaintif selaras prinsip dalam kes Datuk Mohd Ali Hj Abdul Majid & Anor v. Public Bank Berhad [2014] 4 MLRA 397; [2014] 4 MLJ 465; [2014] 6 CLJ 269; [2014] 4 AMR 301 bahawa – [32] It is trite law that a claimant claiming damages must prove that he has suffered the damage. The claimant has the burden of proving 39 both liability and quantum of damages, before he can recover the sum claimed. This follows from the general rule that the burden of proving a fact is upon him who alleges it and not upon him who denies it, so that where a particular allegation forms an essential part of a person's case, the proof of such allegation falls on him. (See s 103 of the Evidence Act 1950). If he fails to prove both the liability and the quantum of damages, he loses the action. KESIMPULAN [37] Setelah meneliti rekod-rekoda rayuan, hujahan-hujahan bertulis oleh kedua-dua peguam cara terpelajar dan Alasan Penghakiman hakim bicara, saya berpuashati bahawa tiada khilaf nyata oleh hakim bicara dalam mencapai keputusan membenarkan tuntutan plaintif. [38] Berdasarkan alasan-alasan yang diperihalkan di atas, Mahkamah ini memutuskan -
i
Notis Rayuan perayu ditolak dengan kos RM5000.00 tertakluk kepada alokator.
II
(ii) Keputusan Majistret bertarikh 26.6.2024 dikekalkan. Bertarikh pada 24 Disember 2025. Ditandatangani …………………………………….. Hazizah binti Kassim Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Sivil (NCvC10) Shah Alam, Selangor
1
Bagi Pihak Perayu-Perayu : Samreet Singh Sagoo Tetuan Lovelace & Hastings (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur)
2
Bagi Pihak Responden : Nur Liyana Zulkifli Tetuan C F Ho & Co. (Subang Jaya, Selangor)
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.