Content
1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN SIVIL NO: W-02(IM)(NCVC)-636-03/2021
WA-22NCVC-579-09/2020
High Court of Malaysia2 Mar 2021
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“k Implementation And Coordination Corporation [2020] 1LNS 346 diputuskan seperti berikut:- “ [13] It is trite that in the circumstances such as the Plaintiff which is a wound-up company, s. 486(1) of Companies Act provides that the Liquidator shall be the person who could maintain and continue the current suit in the n”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN SIVIL NO: W-02(IM)(NCVC)-636-03/2021
1
SRI THARAN A/L GANESAN
2
VANITHA A/P SIVA SUBRAMANIAM (NO. K/P : 690630-10-5992) … PERAYU-PERAYU DAN KNIGHT CAPITAL SENDIRIAN BERHAD (NO. SYARIKAT : 203673-U) … RESPONDEN DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR GUAMAN SIVIL NO: WA-22NCVC-579-09/2020
1
SRI THARAN A/LGANESAN
2
VANITHA A/P SIVA SUBRAMANIAM (NO. K/P : 690630-10-5992) … PLAINTIF-PLAINTIF DAN KNIGHT CAPITAL SENDIRIAN BERHAD (NO. SYARIKAT : 203673-U) … DEFENDAN 2 ALASAN PENGHAKIMAN (LAMPIRAN 7) RAYUAN [1] Dalam rayuan ini Perayu-Perayu / Plaintif-Plaintif yang dinamakan di atas tidak berpuashati dengan keputusan yang diberikan oleh Mahkamah pada 2 Mac 2021 dan merayu kepada Mahkamah Rayuan terhadap keseluruhan keputusan yang membenarkan Notis Permohonan Defendan dibawah Aturan 18 Kaedah 19(1)(a), (b) dan / atau (d) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (KKM 2012) bertarikh 26.10.2020 Lampiran 7 dengan membatalkan Writ dan Pernyataan Tuntutan bertarikh 11.9.2020 dengan kos RM10,000.00 tertakluk kepada fi alokatur. [2] Pihak-pihak akan disebut sebagai Plaintif-Plaintif dan Defendan dalam Alasan Penghakiman ini. Latarbelakang Kes Defendan [3] Plaintif-Plaintif telah memfailkan tindakan guaman ini terhadap Defendan berdasarkan dakwaan Plaintif-Plaintif bahawa kononnya terdapat kemungkiran Penghakiman Persetujuan bertarikh 7.8.2019 ( selepas ini disebut “Penghakiman Persetujuan tersebut” ) oleh Defendan. ( rujuk kepada eksibit KK-1 Afidavit Sokongan Defendan ) [4] Defendan telah mengambil tindakan undang-undang terhadap Plaintif-Plaintif dan seorang lagi penjamin, Low Eng Wah melalui writ bertarikh 15.8.2018 dan Pernyataan Tuntutan bertarikh 14.8.2018 di Mahkamah 3 Sesyen Kuala Lumpur yang telah didaftarkan dibawah No Kes. WA-A52NCC-1823-08/2018 ( Defendan adalah sebagai Plaintif dalam Guaman 1823 tersebut ) atas keingkaran dan / atau kegagalan Plaintif-Plaintif termasuk Low Eng Wah untuk membayar jumlah terhutang dibawah Perjanjian Pinjaman bertarikh 5.4.2017 yang telah dimasuki oleh Plaintif Pertama dan Defendan yang telah dijamin oleh Plaintif Kedua, Plaintif Ketiga dan Low Eng Wah. ( Plaintif-Plaintif adalah sebagai Defendan-Defendan dalam Guaman 1823, rujukan kepada eksibit KK-2 ) [5] Terma-terma Penghakiman Persetujuan tersebut adalah seperti berikut:- “(1) Defendan-Defendan secara bersama dan berasingan tanpa pengakuan liabiliti dikehendaki membayar jumlah sebanyak RM190,000.00 sahaja (Jumlah Penyelesaian tersebut) pada atau sebelum 31.12.2019;
2
Pihak Plaintif bersetuju tiada sebarang laporan kepada CTOS boleh dibuat oleh Plaintif berkenaan Penghakiman Persetujuan ini;
3
Plaintif melalui peguamcaranya, Tetuan Rajes Hisham Rahim & Gopal, untuk memberi kepada peguamcara Defendan-Defendan, Tetuan Guna Perumal & Associates, Borang Penarikan Balik Kaveat yang telah ditandatangani oleh Plaintif terhadap kaveat Persendirian dibawah Nombor Perserahan 13348/2016 dalam masa 5 hari bekerja dari tarikh Penghakiman Persetujuan ini; 4
4
Sekiranya Defendan-Defendan gagal untuk membayar Jumlah Penyelesaian tersebut kepada Plaintif-Plaintif pada tarikh 31.12.2019 tersebut, kedua-dua pihak bersetuju bersama untuk melanjutkan tempoh pembayaran, maka Jumlah Penyelesaian tersebut, selepas menolak apa-apa bayaran yang telah dibayar oleh Defendan-Defendan ( jika ada ), dijadikan hutang yang sah dan dikehendaki dibayar oleh Defendan-Defendan kepada Plaintif dengan serta merta dengan faedah pada kadar 5% setahun dari tarikh kegagalan pembayaran ini sehingga tarikh penyelesaian penuh dan Plaintif adalah berhak kepada prosiding-prosiding pelaksanaan terhadap Defendan-Defendan tanpa sebarang rujukkan kepada Defendan-Defendan dan kos prosiding-prosiding perlaksanaan adalah ditanggung oleh Defendan-Defendan.” [6] Walaupun didalam Penghakiman Persetujuan tersebut tertera Kaveat Perserahan No.13348/2016 yang mana adalah kesilapan typographical, namun kaveat yang tepat yang dimasuki oleh Defendan terhadap hartanah Plaintif Kedua dan Plaintif Ketiga adalah Kaveat Perserahan No. 15857/2017 bertarikh 7.4.2017. Perkara ini tidak pernah ditimbulkan oleh Plaintif-Plaintif sebelum tuntutan kes ini. ( sesalinan carian sebagai eksibit KK-3 ) [7] Defendan telah mematuhi terma (3) Penghakiman Persetujuan tersebut dimana Defendan melalui surat peguamcaranya, Tetuan Rajes Hisham Rahim & Gopal bertarikh 14.8.2019 telah menyerahkan Notis Untuk Menarik Balik Kaveat Persendirian kepada peguamcara Plaintif-Plaintif iaitu 5 Tetuan Guna Perumal & Associates. ( Salinan surat bertarikh 14.8.2019 sebagai eksibit KK-4 ) [8] Plaintif-Plaintif telah gagal membayar Jumlah Penyelesaian tersebut kepada Defendan pada tarikh 31.12.2019 selaras dengan terma Penghakiman Persetujuan tersebut dan permintaan Plaintif-Plaintif untuk lanjutan masa yang hanya dibuat pada 2.1.2020 (iaitu selepas tarikh akhir untuk Plaintif-Plaintif membayar Jumlah Penyelesaian selaras dengan Penghakiman Persetujuan tersebut) juga telah ditolak oleh Defendan melalui surat peguamcara Defendan bertarikh 10.1.2020. Mengikut Terma (4) perlanjutan masa memerlukan persetujuan kedua-dua pihak. ( Surat peguamcara Plaintif-Plaintif bertarikh 2.1.2020 dan surat peguamcara Defendan bertarikh 10.1.2020 seperti eksibit KK-5 ) Latarbelakang Kes Plaintif-Plaintif [9] Plaintif Pertama adalah sebuah Syarikat pembinaan yang didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Plaintif Kedua dan Plaintif Ketiga adalah Pengarah Syarikat tersebut ( selepas ini dirujuk sebagai Plaintif-Plaintif ) [10] Defendan adalah sebuah Syarikat peminjam wang yang didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan menyatakan bahawa Defendan telah meminjamkan wang kepada Plaintif Pertama melalui suatu Money Lending Agreement-Unsecured Loan dan Plaintif Kedua, Plaintif Ketiga dan seorang yang bernama Low Eng Wah telah menjadi Penjamin dalam transaksi pinjaman tersebut. Defendan juga telah memasukan suatu Kaveat 6 Persendirian No. 15859/2017 terhadap hartanah kepunyaan Plaintif Kedua dan Plaintif Ketiga sebagai suatu keperluan Defendan. [11] Defendan mendapati bahawa Plaintif Pertama telah gagal membayar baki tunggakan sebanyak RM190,000.00 dan telah memfailkan tindakan guaman No. WA-A52NCC-1823-08/2018 ( Guaman 1823) terhadap Plaintif Pertama, Plaintif Kedua, Plaintif Ketiga dan Low Eng Wah sebagai penjamin-penjamin dan menuntut pembayaran RM190,000.00 tersebut. [12] Dalam Guaman 1823 tersebut, pihak-pihak bersetuju memasukan suatu Penghakiman Persetujuan bertarikh 7.8.2019. Dalam Penghakiman Persetujuan tersebut antara lain Plaintif-Plaintif ( pihak Defendan dalam Guaman 1823) tanpa pengakuan liabiliti dikehendaki membayar RM190,000.00 pada atau sebelum 31.12.2019 dan jika gagal pihak-pihak bersetuju melanjutkan tempoh pembayaran. Defendan ( pihak Plaintif dalam Guaman 1823 ) bersetuju menarik balik Kaveat Persendirian tersebut dan dikehendaki untuk memberi kepada Plaintif-Plaintif suatu Borang Penarikan Kaveat Persendirian yang ditandatangani oleh Defendan. [13] Tujuan utama untuk menarik balik kaveat adalah supaya Plaintif Kedua dan Plaintif Ketiga boleh menjual hartanah tersebut dan membayar jumlah RM190,000.00 yang dituntut oleh Defendan. Tetapi pihak Defendan semasa merekodkan Penghakiman Persetujuan tersebut telah memasukan Nombor Kaveat Persendirian yang salah iaitu No. Perserahan 13348/2016. Nombor Perserahan yang betul adalah 15859/2017 dan telah menyediakan Borang Penarikan Kaveat Persendirian dengan menggunakan Nombor Perserahan 15859/2017 yang mengakibatkan kekeliruan kepada Plaintif-Plaintif. 7 [14] Selanjutnya, Borang Penarikan Kaveat yang disediakan oleh pihak Defendan adalah tidak lengkap dan teratur menurut kehendak Pejabat Tanah dan telah ditolak melalui surat bertarikh 22.7.2020. Defendan gagal, enggan dan atau cuai menyerahkan dokumen-dokumen dari pihak Defendan yang diperlukan oleh Pejabat Tanah. [15] Plaintif Kedua dan Plaintif Ketiga mendapati sukar untuk menjual hartanah mereka disebabkan oleh Kaveat Persendirian yang dimasukkan oleh Defendan dan telah melepaskan peluang untuk menjual tanah tersebut pada harga pasaran. Pihak Plaintif Kedua dan Plaintif Ketiga juga telah terlepas peluang untuk menjual hartanah tersebut apabila pembeli yang telah menandatangani Perjanjian Jual-Beli telah membatalkan perjanjian tersebut disebabkan oleh Kaveat Persendirian Defendan. Plaintif-Plaintif mendakwa mengalami kehilangan dan kerugian besar akibat Kaveat Persendirian Defendan tersebut. Keputusan Mahkamah [16] Mahkamah setelah membaca afidavit dan hujahan kedua-dua pihak secara bertulis dan lisan, membenarkan permohonan Defendan di Lampiran 7 dengan kos RM10,000.00 tertakluk kepada fi alokatur. Alasan Keputusan Mahkamah Keperluan Sanksi [17] Plaintif Pertama telah digulungkan pada 3.11.2020, bagi meneruskan tindakan ini satu sanksi diperlukan untuk tindakan ini walaupun kes ini difailkan terlebih awal dari tarikh penggulungan. Rujuk seksyen 226(3) Akta Syarikat (Akta 125). 8 “ (3) When a winding up order has been made or a provisional liquidator has been appointed no action or proceeding shall be proceeded with or commenced against the company except-
a
by leave of the court;and
b
in accordance with such terms as the Court imposes.” [18] Tiada keterangan yang dikemukakan oleh Plaintif-Plaintif bahawa sanksi telah diperolehi dari Jabatan Insolvensi Malaysia. Walaupun tuntutan ini difailkan terdahulu dari penggulungan syarikat tetapi dibawah Akta, sanksi perlu diperolehi memandangkan Plaintif Pertama telah digulungkan pada 3.11.2020. [19] Mahkamah ingin merujuk kepada kes Mahkamah Tinggi dalam Simfoni Maya Sdn Bhd v Kperak Implementation And Coordination Corporation [2020] 1LNS 346 diputuskan seperti berikut:- “ [13] It is trite that in the circumstances such as the Plaintiff which is a wound-up company, s. 486(1) of Companies Act provides that the Liquidator shall be the person who could maintain and continue the current suit in the name and on behalf of the Plaintiff company. Alternatively, the Plaintiff company may do so, subject to prior sanction / leave from the Liquidator. This was posited by Court Of Appeal in HLE Engineering Sdn BHd v HTE Letrik Bumi JV Sdn Bhd [2015] 1 NLS 4;[2015]2MLJ 661, where it held ; “As a statement of general principle that pertains to a situation involving a wound-up company, it is trite that its subsequent affairs would be in the hands of its liquidator. In matters pertaining to its 9 legal affairs, such as a civil litigation, either as a plaintif in pursuing a legal right or as a defendant in opposing a liability suit, it must first obtain a prior sanction from the liquidator or from the Court. This must necessarily include it maintaining a suit that is pending in Court, namely a suit that was filed in the Court before the winding-up order was issued against it but which suit had not been finally disposed of. The legal position thus appears to be rather mundane and straight-forward. In fact, the Federal Court case of Zaitun Marketing Sdn Bhd v Boustead Aldred Sdn Bhd [2010] 3 CLJ 785 learned Justice Gopal Sri Ram FCJ had succinctly described the position of a company that has been wound-up as follows; “Once a company is wound up, its assets and liabilities vest in the liquidator. It is up to him to decide whether to institute, continue the prosecution of or defend legal proceedings”. “In short, a prior consent is needed even to continue the prosecution of a legal proceeding…” [20] Dalam tuntutan ini tiada sanksi diperolehi oleh pihak Plaintif-Plaintif. Perlu juga diberi penekanan bahawa Plaintif Kedua dan Plaintif Ketiga adalah Pengarah Syarikat Plaintif Pertama. [21] Fakta menunjukkan Plaintif-Plaintif dan Defendan telah memasuki Penghakiman Persetujuan untuk kes di Mahkamah Sesyen Guaman No. WA-A52NCC-1823-08/2018 iaitu tuntutan terhadap Plaintif-Plaintif dan juga salah seorang penjamin bernama Low Eng Wah. ( ekshibit KK-1 dan KK-2 Afidavit Sokongan dirujuk). 10 [22] Plaintif-Plaintif telah gagal untuk mematuhi Penghakiman Persetujuan tersebut yang mana diantara terma adalah untuk menyelesaikan pembayaran sejumlah RM190,000.00 kepada Defendan pada atau sebelum 31.12.2019. Tiada keterangan dikemukakan oleh Plaintif-Plainrtif bahawa terdapatnya persetujuan diantara kedua-dua pihak untuk melanjutkan tempoh pembayaran selepas tamatnya tarikh 31.12.2019. [23] Berikutan kegagalan Plaintif-Plaintif mematuhi Penghakiman Persetujuan tersebut telah menyebabkan Defendan memfailkan Petisyen Penggulungan terhadap Plaintif Pertama pada 16.3.2020 di Mahkamah Tinggi Penggulungan, Kuala Lumpur, No. Penggulungan WA-28NCC-333- 03/2020 (Petisyen Penggulungan). (Rujuk Ekshibit KK-7) [24] Perlu diberi perhatian bahawa pada hari pendengaran Petisyen Penggulungan pada 22.9.2020, Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi Penggulungan tersebut telah memberi tempoh masa 4 minggu dari 6.10.2020 untuk Plaintif Pertama menyelesaikan pembayaran jumlah RM190,000.00 kepada Defendan dan jika Plaintif Pertama gagal, Plaintif Pertama akan digulung secara automatik pada 3.11.2020 bersama kos sebanyak RM5,000.00 kepada Defendan. [25] Plaintif-Plaintif telah gagal membayar hutang tersebut selepas 31.12.2019. ( rujuk kepada eksibit KK-8 ) dan Mahkamah mendapati bahawa tiadanya keterangan yang menunjukkan terdapatnya persetujuan pihak-pihak untuk perlanjutan tempoh pembayaran. Plaintif-Plaintif ada memohon perlanjutan untuk membuat pembayaran pada 2.1.2020 tetapi ditolak oleh Defendan pada 10.1.2020. 11 [26] Berkaitan isu kaveat yang ditimbulkan oleh Plaintif-Plaintif. Pada hari pendengaran Petisyen Penggulungan pada 22.9.2020, Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi Penggulungan tersebut telah mengarahkan pihak Defendan untuk menyerahkan Notis Untuk Menarik Balik Kaveat tersebut bersama dokumen sokongan yang relevan bagi penarikan balik kaveat tersebut kepada peguamcara Plaintif-Plaintif dalam tempoh 2 minggu dari tarikh pendengaran Petisyen Penggulungan tersebut iaitu pada 6.10.2020. [27] Selaras dengan Perintah Mahkamah Tinggi Penggulungan tersebut, Defendan telahpun menyerahkan Notis Untuk Menarik Balik Kaveat tersebut bersama dokumen sokongan yang relevan bagi tujuan penarikan balik kaveat tersebut kepada peguamcara Plaintif-Plaintif pada 5.10.2020. (rujuk eksibit KK-9). Defendan telah mematuhi Penghakiman Persetujuan dengan mengemukakan Notis Untuk Menarik Balik Kaveat Persendirian kepada Plaintif-Plaintif pada 14.8.2019. [28] Plaintif-Plaintif hanya memasukkan penarikan kaveat pada 20.7.2020 iaitu hampir setahun selepas Notis Untuk Menarik Balik Kaveat Persendirian tersebut diserahkan kepada peguamcara Plaintif-Plaintif pada 14.8.2019. Ini adalah disebabkan Peguamcara Plaintif-Plaintif telah menghilangkan Notis Untuk Menarik Balik Kaveat Persendirian tersebut. [29] Plaintif yang gagal mematuhi Penghakiman Persetujuan tersebut mengikut masa yang munasabah. [30] Walaupun isu kaveat ditimbulkan Mahkamah berpendapat isu kaveat tidak relevan memandangkan pada 14.8.2019 Tetuan Rajes Hisham Rahim 12 & Gopal iaitu Peguamcara Defendan telah menyerahkan Notis Untuk Menarik Balik Kaveat tersebut kepada peguamcara Plaintif-Plaintif iaitu Tetuan Guna Perumal & Associates. Peguam Plaintif sendiri telah memaklumkan semasa hujahan pada 1.3.2021 bahawa kaveat telahpun ditarik balik. Perkara ini bukan lagi merupakan isu dan secara tidak langsung telah menjadi akademik. [31] Plaintif dalam hujahan menimbulkan bahawa disebabkan kaveat persendirian tersebut, harta tersebut tidak dapat dijual oleh Plaintif-Plaintif dan menyebabkan kerugian di pihak Plaintif-Plaintif. Perlu juga diberi perhatian bahawa tindakan guaman ini cuma difailkan oleh Plaintif-Plaintif pada bulan September 2020 iaitu setelah 13 bulan Notis Untuk Menarik Balik Kaveat diberikan oleh Defendan. Tiada apa-apa keterangan yang dikemukakan oleh Plaintif-Plaintif berkaitan kerugian yang telah dialami. [32] Mahkamah berpendapat bahawa tindakan ini menyalahgunakan proses Mahkamah disebabkan telah adanya Penghakiman Persetujuan antara kedua pihak dan juga telah terdapatnya Perintah Petisyen Penggulungan berkaitan perkara yang sama yang telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Penggulungan. Tindakan Plaintif-Plaintif adalah res judicata. [33] Mengambilkira kes Bandar Buiders Sdn Bhd & Ors v United Malayan Banking Corporation Bhd [1993] 4CLJ 7 dan Seruan Gemilang Makmur Sdn Bhd v Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur & Anor [2016] 3 CLJ yang mana adalah undang-undang mantap bahawa dibawah Aturan 18 k.19 (1) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 kes-kes yang jelas dan nyata sahaja 13 yang mempunyai jalan keluar dengan prosedur ringkas untuk dibatalkan dibawah Aturan ini. Mahkamah berpendapat tuntutan dalam kes Petisyen Penggulungan telah diberi pertimbangan sewajarnya oleh Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi Penggulungan dan tuntutan adalah sama dengan tuntutan dalam kes ini. [34] Mengambilkira Plaintif-Plaintif gagal mematuhi Penghakiman Persetujuan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan gagal mematuhi Perintah Mahkamah Tinggi Penggulungan Kuala Lumpur yang berpandukan Penghakiman Persetujuan tersebut dan juga alasan-alasan seperti di atas, adalah wajar Mahkamah membenarkan permohonan Defendan di Lampiran 7 dengan kos tertakluk kepada fi alokatur. ( LATIFAH BINTI HAJI MOHD TAHAR ) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi NCVC 1 Kuala Lumpur. Bertarikh : 15.5.2021. 14 Peguam Bagi Pihak Perayu Tetuan Guna Perumal & Associates No. Suite 6-3A-6, Floor 3A, Block 6, Queens Avenue, Jalan Bayam Off Jalan Peel, 55100 Kuala Lumpur. (Tel : 03-92056109 H/P : 013-6230657) Peguam Bagi Pihak Responden Tetuan RAJES Hisham Rahim & Gopal Tingkat 6, Yee Seng Building No. 15, Jalan Raja Chulan, 50200 Kuala Lumpur.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.